pengantar aqidah- ajaran sesat haji kahar
Post on 10-Feb-2017
320 Views
Preview:
TRANSCRIPT
AJARAN SESAT HAJI KAHAR
AHMAD
FARRA SHAHIRRA BT ASEHARI
LATAR BELAKANG HAJI KAHARHaji Kahar
Bin Haji Abdul Jalal
Dilahirkan pada
27.4.1950
Berasal dari Hulu Kelang,Selangor
Tahap pendidikan beliau sehingga
darjah lima sekolah melayu
Beliau belajar agama dari ayahnya yang menjadi
imam masjid Hulu Kelang
Pengikut terlibat 20 orang disekitar Lembah
Kelang
Bekas pesara Zoo Negara
ASPEK PENYELEWANGAN AJARAN HAJI KAHAR
Mendakwa ‘Tuhan’ melantiknya menjadi Rasul Melayu menerusi surah Yasin dan surah Ibrahim menerusi ayat ke-4.
Sembahyang lima waktu adalah tidak wajib. Pada dia “sembahyang “ itu memadai dengan dengan membuat kebaikan dan menjauhkan diri dari kemungkaran.
Dia tidak percayakan Al-Quran yang ada sekarang ini sebagai Al-Quran yang sebenarnya.Pada dia Al-Quran yang ada sekarang adalah sebagai catatan sahaja. Al-Quran yang sebenarnya berada di atas langit iaitu di Luh Mahfuz.
Beliau mengaku dirinya menerima wahyu daripada Allah yang diturunkan di Bukit Kemensah dan diturunkan dalam keadaan sepertimana dialami Rasullullah S.A.W
Mendakwa mendapat ´ma’unah´ atau pertolongan serta perlindungan Allah melalui pemberian mukjizat. Contohnya, ketika hujan turun, beliau tidak akan terkena hujan kerana mendapat perlindungan oleh Allah.
Dia tidak percayakan Hadis.Pada dia,Hadis yang ada sekarang hanyalah rekaan manusia yang dibuat setelah wafatnya Rasullullah.
Solat Jumaat tidak perlu, tetapi diganti dengan majlis ilmu yang diketuai oleh beliau sendiri.
Orang Islam tidak perlu mengerjakan haji ke Mekah.Ibadah haji boleh dilakukan di mana mana sahaja.
Mengarang buku “Al-Furqan” yang bercanggah dengan Islam.
M/S 12 : TAKRIF APAKAH ITU AL-
QURANPengetahuan Allah
yang diturunkan melalui Malaikat Jibril kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki di antara
hambanya.
M/S 69 1.Sesiapa mengikut Imam Syafie pasti ia
menganiaya diri.2.Sesiapa mengikut Imam Hanafi,pasti ia
bersesat hati.3.Sesiapa mengikut
Imam Maliki,jadilah ia seperti agama Yahudi
ISI KANDUNGAN AL-FURQAN
M/S 68 : KUMPULAN PANTUN DUA KERAT UNTUK RENUNGAN
Barang siapa mengikut hadis,mudah sahaja disesatkan iblis.
Sesiapa mengikut mazhab,pasti ia ditimpa azab. Sesiapa mengikut tariqat,pasti terikat dan sesat, Sesiapa mengikut Ijmak Ulama’,pasti terjebak dalam
semak. Sesiapa mengikut qias,nanti harta dan bini kena
rampas. Sesiapa mengikut Ahli Sunnah Wal-Jamaah ia
menjadi pendusta dan bid’ah
CARA PENYEBARAN
CERAMAHBLOG
BLOG
Digunakan bertujuan untuk menyebarkan dan menarik orang ramai supaya mempercayai akan ajaran tersebut.
CERAMAH
Disampaikan kepada pengikut-pengikut yang berada di sekitar beliau.
28 Mac 1991-Majlis Fatwa
Kebangsaan telah menfatwakan
ajaran ini sebagai haram
23 Mei 1991-Jawatankuasa
Perundangan Majlis Agama Islam Selangor telah mengisytiharkan
ajaran ini sebagai sesat.
29 Ogos 1991-Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (JAKIM) telah
mewartakan ajaran ini sebagai sesat.
HUKUMAN TERHADAP HAJI KAHAR
o Dijatuhi hukuman penjara 10 tahun, denda RM16,500 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam selepas mengaku bersalah terhadap lima tuduhan.
o Menjalani pemulihan di Pusat Pemurnian Akidah Baitul Iman di Hulu Yam Baharu pada enam bulan terakhir pelaksanaan hukuman penjara itu.
o Dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,500 kerana mempersendakan dengan perkataan amalan yang berhubung dengan Agama Islam iaitu menyatakan: “Sekiranya ada orang yang berbuat mungkar barulah boleh solat, mencegah kemungkaran ini adalah rukun, mentaati Allah itu adalah sujud, tidak perlu tonggang tonggek dan membebel seorang-seorang.”
Masalah ajaran sesat memberi impak yang besar kepada masyarakat kerana dengan berlaku penyelewengan akidah akan menyebabkan individu berkenaan membuat tanggapan yang salah terhadap ajaran agama Islam.Kita sebagai umat Islam seharusnya sentiasa memantapkan akidah kita agar tidak mudah terjebak dalam jurang kesesatan.
top related