pengantar linguistik
Post on 20-Jun-2015
1.394 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
1.0 PENGENALAN
Ilmu linguistik merupakan ilmu yang mengkaji secara ilmiah atau secara saintifik.
Menurut Abdullah Hassan (2009), kajian bahasa merupakan satu kajian yang sama
dengan bidang- bidang kajian sains lainnya yang memerlukan pemerhatian yang teliti
dan mendalam. Kajian bahasa memerlukan undang- undang dan syarat- syarat tertentu
berdasarkan teori- teori yang tertentu juga. Dengan perkataan lain kajian bahasa
mestilah dilakukan berdasarkan data- data yang empirikal dan dapat dijadikan
kenyataan. Hasil analisis yang dijalankan mestilah konsisten iaitu tidak bercanggah
satu sama lain. Hasil analisis adalah rumus- rumus yang berupa peraturan- peraturan
bahasa yang perlu ringkas, tepat dan padat sifatnya.
Bidang pengantar linguistik sangat luas dan banyak perkara yang diperkatakan
dalamnya. Munurut Nikolas Coupland dan Adam Jaworski dalam buku Sociolinguistic: A
Reader and Coursebook (1997) membincangkan dialektologi Bandar dan kajian variasi
urban,etnografi komunikasi termasuk bahasa merentas budaya dan sosiologi bahasa
termasuk kepelbagaian kebahasaan dan psikologi sosial bahasa termasuk kajian
terhadap sikap dan kepelbagaian bahasa. Janet Holmas di dalam buku An Introduction
to Sociolinguistics (1996) memperkatakan tentang bidang linguistik yang meliputi
perkara seperti pemilihan bahasa dalam komuniti multibahasa, pengekalan dan
pemindahan bahasa, kelainan bahasa dan Negara multibahasa,bahasa kebangsaan
dan perancangan bahasa,dialek daerah dan dialek sosial.
Zaman perkembangan ilmu linguistik dalam abad ke-20 boleh dianggap
sebagai zaman perkembangan linguistik moden. Kajian linguistik pada zaman ini
dijalankan berdasarkan kaedah penyelidikan sains. Asmah Haji Omar (1993) pula
mengatakan bahawa ilmu linguistik mempunyai bidang pengkajian yang sangat luas.
Pengkajian bahasa boleh dilakukan dari pelbagai aspek. Berdasarkan aspek- aspek
tertentu yang dijalankan dalam pengkajian bahasa, ilmu linguistik dapat berdiri sebagai
salah satu daripada disiplin-disiplin iaitu linguistik umum, linguistik deskriptif, linguistik
komparatif dan linguistik sejarah.
1
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
2.0 SEJARAH LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Berdasarkan catatan awal sejarah ilmu linguistik, kajian tentang bahasa telah berlaku
seawal 800 tahun sebelum masihi yang berlaku di India. Walau bagaimanapun titik
permulaan kajian ilmu linguistik dipercayai berlaku pada zaman Yunani. Hal ini ada
kaitannya dengan penemuan kegiatan kajian orang-orang India yang didasarkan
kepada hasil kajian Panini telah diwartakan pada abad ke-17. Kehebatan orang Yunani
dalam kajian bahasa adalah berdasarkan bukti dalam bentuk catatan yang dikaji pada
zaman linguistik yang bermula di Eropah.
2.1 Zaman Yunani
Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian
bahasa ialah orang-orang Yunani.Tamadun Yunani merupakan satu tamadun terawal
yang wujud di atas muka bumi ini. Kehebatan tamadun ini merangkumi semua aspek
seperti bahasa, ekonomi, budaya dan politik. Kegiatan dalam pengkajian bahasa
bermula kira-kira 500 tahun sebelum masihi. Disebabkan seluruh kehidupan mereka
dibendung oleh falsafah, maka kajian mereka tentang bahasa banyak dipengaruhi oleh
pemikiran yang berbentuk falsafah. Falsafah bahasa bermula pada zaman pra-
Socrates, iaitu pada abad ke-6 sebelum masihi. Falsafah Bahasa merupakan satu teras
kepada bermulanya satu falsafah yang menjadi pegangan dan kekuatan masyarakat
ketika itu
Tokoh hebat dalam pengkajian bahasa pada zaman Yunani ialah Plato dan
Aristotle, iaitu murid Plato. Plato (427 – 347) merupakan ahli falsafah pertama yang
mengenal pasti dan menyelidik bahasa sebagai suatu masalah dan persoalan melalui
karyanya yang berbentuk dialog, iaitu Cratylus. Dialog Cratylus telah mencetuskan
kontroversi berabad-abad lamanya, iaitu antara kumpulan analogis yang mempercayai
bahawa bahasa bersifat alamiah, nalar dan logis dengan kumpulan anomalis yang
berpegang kepada kepercayaan bahawa bahasa tidak nalar sepenuhnya. Plato telah
menimbulkan persoalan adakah ketepatan sesuatu nama berasaskan tabii dan realiti
atau konvensyen, iaitu berdasarkan persetujuan masyarakat. Beliau juga menyelidik
tentang tatabahasa yang membezakan antara kata nama dengan kata kerja. Plato telah
2
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
meletakkan fungsi kata nama sebagai subjek kepada predikat dan kata kerja sebagai
penerangan kepada perbuatan.
Ilmu linguistik terus berkembang pada zaman Aristotle tahun 384 – 322 sebelum
masihi dengan menambah satu lagi pembahagian dalam tatabahasa, iaitu kata
penghubung. Beliau memperkembang dan memperdalam pemikiran tentang falsafah
bahasa yang diasaskan oleh Plato. Aristotle merupakan sarjana yang mula-mula
mengakui tentang adanya sistem kala atau tense dalam bahasa Yunani. Gagasan lain
yang dikembangkan oleh Aristotle ialah fungsi bahasa sebagai alat, khususnya untuk
retorik dan puisi. Beliau menganggap bahawa bahasa itu sebagai suatu juzuk dunia,
tetap dan dapat diperoleh dalam tulisan yang menjadi subjek tatabahasa dan sebagai
cara menunjukkan apa-apa sahaja yang ada di dunia yang menjadi subjek logika.
Secara umumnya, anda dapati bahawa kajian mengenai bahasa pada era
Yunani lebih tertumpu kepada tatabahasa. Namun demikian, kaedah kajian mereka
lebih bercorak logik dan bukannya saintifik.
Rajah 2.1 (a) : Tokoh-tokoh Zaman Yunani
3
TOKOHPlato (427-437 SM)
Karya : Crystalus
Mengkaji hubungan benda dengan nama benda samada bersifat tabii atau sepakat
Ayat ialah ‘logos’ yang merupakan rentetan kata yang mempunyai idea yang sempurna
‘Logos’ terbahagi kepada dua iaitu onoma (benda) dan rhema (cerita)
Membezakan kata nama dan kata kerja
Mengenali bunyi konsonan geseran, letupan dan sebagainya (fonetik)
Aristotle (384 – 322 SM)
memperkenalkan kata hubung
dan sistem kala ‘tense’ (past
tense, present tense)
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Rajah 2.1 (b) : Sejarah perkembangan Zaman Yunani
4
Zaman Yunani Sejarah Perkembangan
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
2.2 Zaman Iskandariah
Zaman Iskandariah bermula pada abad ketiga tahun masihi. Sebagai sebuah tanah
jajahan Yunani, Iskandariah menjadi pusat perkembangan kesusasteraan dan linguistik
tamadun Yunani, namun penumpuan bahasa pada waktu ini lebih kepada aspek lisan,
iaitu pertuturan. Mereka turut mengkaji sistem fonetik dan membahagikan perkataan
kepada adverb, participal, ganti nama dan kata depan. Para sarjana turut
memperkenalkan bidang sintaksis, iaitu ayat yang merupakan satu unit deskriptif yang
terdiri daripada turutan-turutan perkataan yang mempunyai makna.
Rajah 2.2 : Sejarah Perkembangan Zaman Iskandariah
2.3 Zaman Rom
5
…..Zaman Iskandariah……
Merupakan salah satu tanah jajahan Yunani
Sejak abad ke-3 telah berkembang menjadi pusat penyelidikan sastera dan linguistik
Melanjutkan usaha sarjana Yunani
Pengaruh bahasa Yunani dibawa oleh Crates dari Malus pada 167 SM
Kemudian dikembangkan oleh Derrentusvaro dalam karyanya ‘De Lingua Latina’
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman Rom. Orang Rom telah
mengambil alih bidang bahasa setelah tamadun Yunani runtuh. Orang Rom mengambil
ilmu bahasa Yunani dan membuat kajian dalam bahasa Latin. Jika dikaji perkembangan
bahasa pada zaman ini lebih kepada perubahan sistem bahasa daripada tamadun
Yunani kepada bahasa Latin. Mereka kurang menyumbang kepada perkembangan
ilmu baharu berkenaan bahasa. Walau bagaimanapun sumbangan mereka amat
penting kerana hasil tulisan mereka menjadi rujukan kepada semua pengkaji bahasa
selepas zaman itu.
Rajah 2.3 : Sumbangan Zaman Rom
2.4 Zaman Pertengahan
6
ZAMAN
ROM
Menyusun tatabahasa latin
berdasarkan tatabahasa yunani.
Meniru model daripada yunani
berdasarkan pandangan dan andaian
terhadap bahasa
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Sejarah perkembangan linguistik zaman pertengahan dikenali juga sebagai zaman
Renaissance. Pada era ini ahli bahasa mula meneroka bahasa termasuk tatabahasa
vernakular. Para pengkaji pada zaman ini menggunakan ilmu bahasa sebagai satu
elemen untuk mengukur kualiti sesuatu bahasa. Anggapan mereka bahawa hasil tulisan
itu baik sekiranya bahasa dan hasil tulisan itu tepat dan kurang kesalahan tatabahasa.
Bahasa pada era ini masih kekal kepada fungsi kesusasateraan. Harus diingatkan
bahawa pada era ini juga teori sebab musabab, kelainan logika dalam bahasa dan
hubungan antara bahasa mula berkembang. Golongan zaman pertengahan ini menolak
bahasa luar atau bahasa pinjaman. Mereka juga dapat mengesan hubungan satu
bahasa dengan bahasa lain terutama bahasa Inggeris.
Rajah 2.4 : Kronologi Zaman Pertengahan
7
Dikenali juga sebagai zaman renaissance
Meneroka bahasa seperti tatabahasa vernakular.
Mengekalkan fungsi kesusasteraan
Teori sebab musabab,kelainan lugika
dan hubungan antara bahasa mula berkembang
Menolak bahasa luar atau bahasa pinjaman.
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
2.5 Zaman Arab
Pada zaman Arab bahasa berkembang pesat di Baghdad sebagai sebuah pusat ilmu di
dunia. Hal ini disebabkan Eropah mengalami zaman gelap. Kebanyakan ahli fikir yang
lahir pada zaman ini ialah sarjana Islam yang sentiasa mendapat sokongan daripada
pemimpin mereka. Kajian mereka tertumpu kepada sumber al-Qur’an dan hasilnya
perkembangan ilmu fonetik semakin pesat dan hampir menjadi sempurna serta
terciptanya kamus lengkap untuk dijadikan bahan rujukan.
Rajah 2.5 : Sejarah Perkembangan Bahasa Zaman Arab
2.6 Zaman India
8
Berkembang melalui tokoh falsafah is lam iaitu Al-Khalil Di Basrah dan Al-Masi r
Bahasa arab dipengaruhi bahasa Syria.
Mengekalkan pengucapan Al-Quran
Piagam Acokadianggap dokumen bertulis yang tertua.
pembelajaran bahasa bertujuan ritual.
Mempelajari bahasa untuk mendapatkan
hikmah.
mempelajari bahasa secara saintifik.
Panini menghasilkan karya ASTADYAYI mengandungi 400
pelajaran.
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Seterusnya ialah sejarah perkembangan linguistik zaman India. Pada era ini bahasa
Sanskrit digunakan dengan meluas dan memberikan kesan besar kepada ilmu
linguistik. Bahan kajian turut berubah daripada tradisi bahasa Inggeris kepada kitab Rig-
Veda. Kajian mereka lebih baik daripada Yunani dari aspek fonetik, morfologi dan
sintaksis.Sumbangan terpenting ahli-ahli bahasa zaman ini ialah kejayaan mereka
membawa pembaharuan dalam ilmu bahasa dan mula mengkaji bahasa secara
saintifik. Tamadun ini turut mengiktiraf bahawa bahasa berasal daripada satu bahasa
yang sama. Hal ini dapat dibuktikan melalui kajian, hampir semua bahasa memiliki
perkataan yang hampir sama dan maksud perkataan juga hampir sama.
Rajah 2.6 : Kitaran Perkembangan Bahasa Zaman India
9
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
2.7 Zaman Linguistik Bandingan
Zaman ini dikatakan sebagai permulaan kepada linguistik moden, iaitu sekitar abad ke-
19. Bidang bahasa mula berkembang dengan wujudnya bidang baharu, iaitu
antropologi dan sosiologi. Pendekatan kajian bahasa berdasarkan bukti nyata. Mereka
turut mengkaji pertalian dan hubungan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain.
Mereka mendapati bahawa hubungan bahasa bukan melalui peminjaman atau
kebetulan tetapi wujud daripada satu rumpun yang sama. Kesan daripada kajian ini
wujudnya rumpun-rumpun bahasa daripada semua bahasa di dunia. Ahli bahasa
zaman ini turut mengasingkan bahasa-bahasa di dunia kepada tiga kelompok, iaitu
bahasa berisolasi, berimbuhan dan bahasa berfleksi. Hukum baharu mula wujud yang
dikenali sebagai hukum R-G-L dan R-D-L.
10
bermula dari abad ke - 19
pendekatan agak objektif dan
subjektif
terpengaruh dengan bidang anthropologi dan
sosiologi dalam pengkajian bahasa
mempunyai ciri-ciri persamaan sama ada dari
fonetik atau strukrur.
ilmu perbandingan bertujuan mempelajarin
dan mencari keakrabatan antara bahasa.
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Rajah 2.7 : Kronologi Perkembangan Bahasa Zaman LInguistik Bandingan
2.8 Zaman Linguistik Moden
Sejarah perkembangan linguistik zaman moden sekitar abad ke-20. Pengkajian ilmu
bahasa pada zaman ini lebih cenderung kepada linguistik deskriptif atau linguistik
huraian. Kajian pada era ini lebih sistematik dan menekankan kepada sinkronis dan
diakronis. Para pengkaji turut mengeluarkan satu teori baharu, iaitu bahasa adalah
baka dan satu fenomena sosial
Rajah 2.8 : Perkembangan Linguistik Pada Zaman Moden
11
Penekanan diberikan kepada linguistik deskriptif
Pentingnya tinjauan mengenai bahasa itu dilakukan dari sudut berbeza.
Kajian mengenai sesuatu bahasa pada waktu tertentu.
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
3.0 BIDANG-BIDANG LINGUISTIK
Bidang ilmu linguistik terdiri daripada bidang pengkajian bahasa yang meluas dari
pelbagai sudut. Malah, terdapat pelbagai aspek tertentu yang perlu ditinjau dalam
setiap pengkajian bahasa. Oleh yang demikian, diantara bidang ilmu linguistik ini
meliputi bidang Linguistik Am dan Linguistik Gunaan, Llinguistik Sejarah dan Linguistik
Perbandingan serta Linguistik kontekstual seperti dalam rajah yang berikut:
Rajah 3.0: Bidang-bidang Linguistik
3.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan
Linguistik Am juga turut disebut sebagai inguistic umum, iaitu bidang yang mengkaji
aspek-aspek teori Ilmu inguistik secara umum.
Rajah 3.1: Linguistik Am
12
Bidang-bidang Linguistik
Linguistik Umum dan Linguistik
Gunaan
Linguistik sejarah dan Linguistik perbandingan
Linguistik Kontekstual
Istilah umum bagi cabang-cabang pengkajian linguistik yang menghasilkan konsep asas, kaedah, dan biasanya merangkumi prinsip analisis dan pemerian dalam pengkajian fonologi, tatabahasa, dan kosa kata.
Linguistik Am
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Linguistik Am adalah berkenaan dengan rangka-rangka untuk memerihalkan bahasa-
bahasa dan teori-teori individu dari segi ciri kesejagatan dalam bahasa serta
merumuskan secara umum semua bahasa manusia yang bersifat alamiah.
Oleh yang demikian, antara sifat-sifat umum bahasa secara universal adalah seperti
dalam rajah yang berikut :
Rajah 3.1.1: Sifat-sifat Umum Bahasa
Manakala, Linguistik Gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Bidang Linguistik
Gunaan ini timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan
psikologi. Malah, Linguistik Gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan
teori, deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan
menulis buku-buku teks Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata,
ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli
dan juga bahasa asing.
13
Sifat-sifat Umum Bahasa
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Rajah 3.1.2: Konsep Linguistik Gunaan
Rajah 3.1.3 : Kajian Linguistik Terapan
Selain itu, Linguistik ini juga menghasilkan kaedah-kaedah mengajarkan bahasa
dan bahan-bahan mengajarkan bahasa. Antara kaedah mengajarkan bahasa yang
dicipta itu ialah kaedah terus yang mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan
bahasa asli pelajarnya. Manakala, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan
linguistik gunaan termasuklah terjemahan dan perkamusan. Bidang ini juga melibatkan
14
Penerapan ilmu linguistik dalam bidang yang berkaitan seperti linguistik pedagogi, leksikografi, psikolinguistik, dan terjemahan. (Kamus Linguistik, 1997:149)
Arbak Othman (1986), menjelaskan bahawa linguistik gunaan ialah apabila seseorang pengkaji itu berusaha menggunakan teori linguistik untuk menyatakan sumbangannya terhadap bidang-bidang ilmu yang lain.
Linguistik Gunaan
Linguistik terapan –
kajian tentang bahasa
secara lebih praktikal, berkaitan dengan
masalah-masalah sebenar seperti:
pengajaran dan pembelajaran bahasa asing
sebagai bahasa kedua
polisi dan perancangan
bahasa
penilaian program bahasa
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
perkara pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara
umum.
Dalam menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal,
cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara
deskriptif. Di samping itu, Linguistik Gunaan juga ialah bidang yang mengumpulkan
beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Maka,
pengenalan linguistik gunaan adalah sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang
merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang
disebut juga sebagai sains gunaan.
15
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Rajah 3.1.4 : Kaedah Mengajar Bahasa
16
Sebelum timbulnya linguistik moden, bahasa diajar melalui kaedah terjemahan tatabahasa.
Latihan terdiri daripada memahami dan menghafal rumus-rumus tatabahasa.
Timbullah kaedah yang terkenal dengan nama kaedah terus.
Bahasa asli pelajar pelajar tidak digunakan, tetapi terus menggunakan bahasa sasaran.
Disusun latihan belajar bahasa secara berperingkat.
disusun pula latihan-latihan yang memperkenalkan pelajar kepada apa yang sama dengan yang ada dalam bahasa aslinya terlebih dahulu.
Kaedah mengajar Bahasa
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Rajah 3.1.5 : Isi Pengajaran
3.2Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan
Linguistik sejarah atau historis ialah disiplin linguistik yang bersangkutan dengan
perkembangan sesuatu bahasa zaman awal kemunculannya hinggalah ke suatu tahap
yang tertentu. Kajian dilakukan misalnya untuk memperoleh data, maka kajian akan
dilakukan secara sinkronik iaitu kajian mengenai sesuatu bahasa pada satu waktu
tertentu sahaja.
17
Sesuai dengan kurikulum.
Berorientasikan tujuan.
Berlandaskan kebahasaan,
kependidikan, dan psikologi.
Memperhatikan jenjang pendidikan
peringkat dini, tengah dan tinggi.
Memungkinkan pelajar
memperkembang keupayaan berbahasa.
Memastikan bahawa bahan
terpadu dan utuh.
Berguna kepada pelajar.
Isi Bahan Pengajaran
Pendekatan dalam cabang linguistik yang mengkaji bentuk satu bahasa
atau lebih pada peringkat atau satu masa perkembangan tertentu.
Linguistik Sinkronik
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Rajah 3.2 : Isi Linguistik Sinkronik
Linguistik perbandingan pula dikenali sebagai bidang kajian yang mengadakan
perbandingan antara bahasa-bahasa yang sekeluarga. Contohnya, persamaan bahasa
Sanskrit dengan bahasa-bahasa Eropah (Indo-Eropah) serta bahasa Inggeris dan
Belanda yang terdapat perkataan seakan-akan sama.
Bahasa Inggeris Bahasa Belanda
mother moeder
son zon
Jadual 3.2 : Contoh Perkataan
Selain itu, Indo-Eropah adalah keluarga bahasa di Eropah dan Asia Barat seperti
Inggeris, Sepanyol, Jerman, Itali, Parsi, Hindi, Punjabi dan Urdu. Namun begitu, yang
penting adalah ciri-ciri persamaan sama ada dalam fonetik atau struktur tatabahasa di
antara bahasa yang dibandingkan. Oleh yang demikian, tujuan kajiannya tidak lain
untuk melihat ciri-ciri perubahan dan persamaan di antara bahasa yang sekeluarga atau
mencari dan menentukan kekerabatan antara bahasa. Akibat pemisahan geografi dan
sebagainya, perubahan telah menyebabkan perbezaan bunyi berlainan.
Perbandingan yang dilakukan mungkin di antara beberapa aspek tertentu sahaja
atau seluruh aspek bahasa-bahasa yang dibandingkan itu. Peringkat permulaan, kajian
bertumpu di bidang fonetik iaitu kajian mengenai bunyi-bunyi ujaran manusia. Ini
bertujuan sekiranya sesuatu bahasa tergolong dalam rumpun yang tertentu yang sama,
ciri-ciri persamaan tetap ada pada sekumpulan perkataan yang menjadi dasar bahasa
itu. Misalnya,dalam pengkajian bahasa-bahasa Austronesia, Bahasa Melayu
memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan bahasa Jawa, Tagalog dan Bali.
18
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Bahasa Perkataan
Jawa pari
Malegasi fari
Sunda pare
Madura padih
Melayu padi
Bali padi
Tagalog palai
Jadual 3.2.1 : Contoh Perkataan Bahasa Austronesia
Di atas adalah bukti jelas bagi menyatakan adanya hubungan kekeluargaan dan
berasal dari satu rumpun atau turun dari satu bahasa induk yang lebih tua. Umumnya,
linguistik perbandingan lebih menumpukan usaha ke arah menentukan rumpun bahasa
melalui perbandingan. Antara rumpun bahasa sedunia adalah; Indo-Eropah, Hamito-
Semit, Finno-Ugria, Bantu, Tibeto-China, Austro-Asia, Austroneis, Japhetit dan lain-lain.
Tokoh kajian linguistik perbandingan adalah seperti R.K Rask (1787-1832), Jacob
Grimm (1785-1863) dan Verner.R.K Rask membuktikan bahawa perkataan bahasa
German ada pertalian dari segi bunyi dengan perkataan bahasa Indo-Eropah.
Bahasa Contoh
Latin pater
Inggeris father
Jerman vater
Belanda vader
Jadual 3.2.2 : Contoh Perkataan yang Mempunyai Pertalian dari Segi Bunyi
3.3 Linguistik Kontekstual
19
Dalam Bahasa Austronesia, Bahasa Melayu memperlihatkan persamaan kekerabatan dengan beberapa bahasa seperti:
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Linguistik kontekstual ialah bidang linguistik yang berinteraksi dengan disiplin-disiplin
akademik yang lain. Sedangkan linguistik teori teras mengkaji bahasa semata-mata
untuk tujuan sendiri, bidang-bidang linguistik antara disiplin mengkaji bagaimana
bahasa berinteraksi dengan dunia.
Sosiolinguistik, linguistik antropologi, dan antropologi linguistik
merupakan sains sosial yagn mengkaji interaksi–interaksi linguistik dengan
masyarakat pada keseluruhannya. Analisis wacana kritis ialah bidang yang
retorik dan falsafah berinteraksi dengan linguistik. Psikolinguistik dan
neurolinguistik menggabungkan sains perubatan dengan linguistik. Bidang-
bidang linguistik merentasi disiplin termasuk pemerolehan.
Rajah 3.3 : Bidang Kajian Cabang Linguistik kontektual
3.3.1 Sosiolinguistik
20
Sosiolinguistik
Mengkaji perhubungan di antara bahasa dan gejalanya dalam
masyarakat.
berfokus kepada variasi bahasa yang muncul dalam masyarakat
Linguistik Antropologikal Mengkaji hubungan di
antara bahasa dan budaya
aspek-aspek kehidupan penutur , bagaimana
suasana kehidupan dan sistem nilai yang
dipegang oleh para penutur
Antropologi linguistikMengkaji hubungan antara bahasa dan
budaya untuk mengamati
bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari
ebagai alat dalam tindakan bermasyarakat.
Cabang Linguistik Kontektual
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Sosiolinguistik adalah bidang yang mengkaji perhubungan di antara bahasa
dan gejalanya dalam masyarakat. Cenderung berfokus kepada variasi
bahasa yang muncul dalam masyarakat yang kebiasaanya dipengaruhi oleh
stratifikasi sosial dalam masyarakat. Malah, ianya merupakan satu kajian
yang sangat luas dan pelbagai meliputi bermacam-macam perkara seperti
fungsi bahasa, peranan bahasa, penerimaan istilah akuntasi di kalangan ahli
ekonomi, kata sapaan yang ditinjau dari perpaduan sosial dan jarak sosial di
antara penutur, kriteria dan persepsi kesantunan berbahasa, pelacakan
bahasa rahsia bajak laut, pengungkapan jati diri secara sosial melalui grafiti,
mantra dan pelbagai istilah lain lagi.
Pada prinsipnya, ia mengkaji mengenai aspek-aspek linguistik yang
melihat aspek bahasa, struktur dan penggunaan bahasa yang ada dengan
fungsi-fungsi sosial, kebudayaan dan penggunaannya dalam sesebuah
masyarakat yang tertentu.Secara mudah, sosiolinguistik adalah bidang yang
memperlihatkan pertalian antara bahasa dengan masyarakat. Fungsi
linguistik memperkatakan tentang perkara-perkara seperti perbandingan di
antara bahasa rasmi dengan bahasa vernakular yang tidak rasmi, iaitu satu
perihal yang melibatkan apa yang dinamakan “perancangan bahasa” dalam
menegakkan identiti sesebuah negara.
Kesimpulannya, sosiolinguistik mengkaji berbagai bahan sosio-budaya
yang berhubung dengan aspek-aspek linguistik seperti perhubungansosial
harian yang berkaitan pula dengan kebudayaan, masyarakat, kumpulan
sosial, bahasa, dialek dan bentuk-bentuk gaya yang dibezakan oleh perihal
taraf pemakai-pemakainya.
3.3.2 Linguistik Antropologikal
Mengkaji hubungan di antara bahasa dan budaya. Melihat aspek-aspek
kehidupan penutur yang tertentu dan seterusnya melihat bagaimana
21
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
suasana kehidupan dan sistem nilai yang dipegang oleh para penutur
mempengaruhi cara mereka berbahasa.
3.3.3 Antropologi Linguistik
Satu cabang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan budaya terutama
untuk mengamati bagaimana bahasa itu digunakan sehari-hari sebagai alat
dalam tindakan bermasyarakat. Adakala disebut etnolinguistik iaitu bidang
yang dikatakan memberi penumpuan kepada perhubungan di antara bahasa
dengan penyelidikan
primitif, pertalian bahasa dengan kumpulan-kumpulan etnik. Salah satu cara
atau kaedah yang dapat digunakan untuk melihat pemakaian bahasa dalam
konteks sosial budaya secara terperinci adalah participant observation.
Participant observation merujuk kepada seseorang yang dihantar kepada
sesuatu etnik, menetap dan bergaul dengan etnik berkenaan sehingga
kadang-kadang membawa kepada perkahwinan dan jangka masa yang lama.
22
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
4.0 SIFAT-SIFAT BAHASA
Pada zahirnya, bahasa-bahasa di dunia kelihatan berbeza antara satu sama lain,
terutamanya dari segi bunyi dan bentuk. Namun demikian, Lyons (1988)mengatakan
bahawa pada hakikatnya bahasa-bahasa ini memiliki sifat dan ciri sepunya yang
dikongsi bersama. Ia merangkumi cara menyampaikan perasaan, menanyakan soalan,
mengemukakan permintaan, memberi perintah dan membuat kenyataan. Oleh sebab
bahasa boleh berkembang dan berubah maka kerap terdapat istilah-istilah baharu di
dalam sesuatu bahasa berbanding dengan bahasa yang lain. Semua bahasa terdiri
daripada konsonan dan vokal serta gabungan kedua-duanya akan menghasilkan bunyi
yang bermakna. Manakalan set-set konsonan dan vokal bila bercantum akan
menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.
Bahasa mempunyai sifatnya tersendiri. Sifat ini menjadikan bahasa itu berbeza
pada aspek dalamannya. Setiap sifat bahasa ini akan menjadikan bahasa itu unik
berdasarkan beberapa aspek yang mempengaruhinya.
23
SIFAT-SIFAT BAHASA
Bahasa sebagai satu sistem Bahasa bersifat
dinamis
Bahasa bersifat sejagat
Bahasa sebagai alat komunikasi
Bahasa bersifat arbitrari
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
RAJAH 4.0: SIFAT-SIFAT BAHASA
4.1 Bahasa Sebagai Satu Sistem
Sifat bahasa yang pertama ialah bahasa sebagai satu sistem. Bahasa sebagai
satu sistem ialah bahasa itu mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau
dituliskan. Dalam bahasa, terdapat unit dan unsur yang dicantumkan menjadi satu
susunan yang sempurna strukturnya. Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud
bentuk perkataan dan kedudukan perkataan dengan perkataan lain dalam ayat ialah
secara teratur. Semua bahasa mempunyai sistem, bunyi dan lambang. Namun begitu,
sistem setiap bahasa mempunnyai beberapa bentuk dan pola yang berbeza antara satu
bahasa dengan bahasa yang lain. Jika ada beberapa perkataan yang tertinggal dalam
sesuatu ayat, ayat tersebut akan dikatakan janggal dan tergantung dari segi binaan
ayat dan maksud. Hal ini bermakna bahasa itu bersistem dan apabila bertutur, secara
tidak langsung kita juga mematuhi sistem bahasa tersebut serta menyusun struktur
yang betul. Oleh itu, daripada sifat ini lahirlah ilmu morfologi dan sintaksis dalam
bahasa-bahasa di dunia. Sebagai contoh, sekiranya pendengar, iaitu rakan kita
meminta supaya kita menerangkan struktur bahasa Melayu kepada mereka, kita
mungkin tidak dapat menjelaskannya secara terperinci, tetapi dalam masa yang sama
kita tahu struktur bahasa itu dan dapat bertutur dengan mematuhi peraturan dan
struktur bahasa itu secara automatik.
24
RAJAH 4.1 : BAHASA SEBAGAI SATU SISTEM
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
4.2 Bahasa Bersifat Dinamis
Sifat bahasa yang seterusnya ialah bahasa bersifat dinamis. Bahasa mempunyai
potensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta menerbitkan pembaharuan
dan kemajuan. Melalui pergaulan dan berinteraksi di kalangan manusia berlakulah
pertembungan kebudayaan menyebabkan pertambahan dan pengayaan
perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, dinamis
ditakrifkan sebagai bertenaga dan berkekuatan serta mampu membuatkan penyesuaian
25
BAHASA SEBAGAI SATU
SISTEM
Sistem ialah satu peraturan yang telah
ditetapkan oleh susunan bahasa.
Mempunyai sejumlah unit iaitu fonem,
marhum, kata, rangkai kata, klausa dan ayat.
Percantuman menurut cara dan peraturan tertentu.
Sistem itu telah ditetapkan oleh
susunan bahasa.Setiap bahasa
mempunyai bahasa masing-masing
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
serta menerbitkan pembaharuan dan kemajuan. Sifat bahasa sedemikian akan terus
berkekalan sekiranya penutur-penuturnya bergaul dan berinteraksi dengan manusia
yang lain. Selain itu, sifat bahasa ini dapat dilihat melalui pengolahan semula beberapa
frasa Melayu dengan frasa Inggeris. Misalnya, penggunaan frasa bajet dalam
pembentangan perbelanjaan negara pada setiap tahun. Frasa bajet merupakan
perkataan pinjaman bahasa Inggeris, budget yang bermaksud belanjawan.
Penggunaan ini bermula pada pembentangan Rancangan Belanjawan Negara 2002,
yang dibentangkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed pada ketika itu. Selain
perkataan bajet, perkataan bestari juga hasil daripada pengolahan semula dari segi
ejaan dan sebutannya. Pada asalnya, perkataan bestari dieja sebagai bistari. Oleh
sebab perkembangan dalam struktur bahasa, para ahli bahasa tanah air telah
menukarnya dengan bestari, hasil pinjaman perkataan Inggeris, best, yang bermaksud
terbaik.
4.3 Bahasa Bersifat Sejagat.
Selain itu, bahasa juga bersifat sejagat dan luas penggunaannya. Setiap bahasa boleh
dituturkan oleh mana-mana manusia di dunia selagi individu itu masih mampu
berbahasa dan berkomunikasi. Tiada satu bahasa pun di dunia ini melarang seseorang
itu daripada bertutur dalam bahasa asing. Secara umum bunyi bahasa dan gabungan
perkataan dalam ayat dapat menghasilkan makna. Dengan makna inilah manusia
menggunakan bahasa untuk berkomunikasi di antara satu dengan yang lain.
Sedasawarsa ini, ramai manusia sudah mampu bertutur lebih daripada satu bahasa.
Hal ini demikian kerana kebebasan untuk bertutur dalam bahasa asing tiada had
batasannya. Malahan, senario ini dikatakan menjadi satu kelebihan dan keistimewaan
kepada seseorang itu. Alibinya, usaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
menganjurkan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan
Perdana Menteri telah berjaya melahirkan pemidato-pemidato bangsa asing yang
mampu berbahasa Melayu dengan fasih dan baik. Malahan mereka juga sudah mampu
26
RAJAH 4.3 : BAHASA BERSIFAT SEJAGAT
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
bersyair dan berpantun persis orang Melayu asli di dalam negara ini serta mempelajari
bahasa Melayu di institut pengajian tinggi di negara mereka.
4.4 Bahasa Sebagai Alat Komunikasi
Bahasa juga dikatakan sebagai medium komunikasi antara satu sama lain. Hal ini tidak
dapat disangkal lagi kerana sememangnya melalui bahasa sahajalah, manusia atau
binatang itu berkomunikasi antara satu sama lain. Penutur harus boleh bercakap
dengan jelas melalui sebutan yang betul, kemas, teratur dan berupaya untuk
menggunakan jeda, tekanan dan gaya yang tepat.
Pendengar pula harus mendiskriminasikan bunyi-bunyi ujaran, mendengar
dengan teliti, memahami dan mentafsirkan percakapan yang didengar dan seterusnya
bertindak balas terhadap apa yang didengainya itu. Bahasa sebagai alat komunikasi
juga melibatkan jarak tempat dan jarak masa. Dengan bantuan teknologi canggih
komunikasi boleh berlaku walaupun jarak penutur dan pendengar berjauhan antara satu
dengan yang lain.
27
BAHASA BERSIFAT SEJAGAT
Bahasa sejagat bermaksud ciri yang sama dimiliki oleh bahasa di dunia. Ciri
yang bersifat umum, dan dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat bahasa lain.
Antara ciri umum bahasa yang bersifat sejagat ialah kewujudan bunyi vokal dan
konsonan, walaupun jumlahnya tidak sama
Setiap bahasa juga mempunyai satuan yang bermakna, seperti satuan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana. Cara
pembentukannya mungkin tidak sama.
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
Jika diimbas kembali ke zaman awal manusia dahulu, mereka juga
berkomunikasi dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Pada ketika itu,
komunikasi mereka hanya difahami dalam kelompok mereka sahaja. Sebagai contoh,
manusia zaman Paleolitik berkomunikasi dengan bahasa mereka sendiri.
Namun begitu, selepas melalui revolusi masa dan manusia, manusia sudah
mampu berkomunikasi dalam bahasa yang juga difahami manusia yang lain. Waima
orang bisu sekalipun, mereka mampu berkomuniksai antara satu sama lain dengan
menggunakan bahasa isyarat. Penggunaan bahasa sebagai wacana komunikasi perlu
menitikberatkan ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri daripada penutur, pendengar,
latar belakang komunikasi atau perbualan topik pembicaraan dan tujuan komunikasi.
28
Proses komunikasi ialah adanya maklumat yang hendak di sampaikan oleh penutur kepada pendengar.
BAHASA SEBAGAI ALAT KOMUNIKASI
RAJAH 4.5 : BAHASA BERSIFAT ARBITRARI
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
4.5 Bahasa Bersifat Arbitrari
Ciri seterusnya ialah bahasa itu bersifat arbitrari. Bahasa tidak semestinya
terdapat hubungan antara bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan dengan benda-benda
yang dimaksudkan. Ini bermakna untuk satu simbol yang sama manusia menggunakan
bunyi bahasa berbeza disebabkan oleh pengaruh budaya masing-masing. Oleh sebab
bahasa itu bersifat arbitrari, bahasa-bahasa di dunia mempunyai perkataan yang
berbeza bagi merujuk kepada satu perkara yang sama.
Alibinya, apabila ada pasangan hendak melafazkan kata cinta kepada
kekasihnya, mereka akan menyebut aku cinta padamu untuk melahirkan rasa cinta
terhadap pasangannya. Sebaliknya, dalam bahasa Inggeris, mereka menyebut I love
You, dalam bahasa Tagalog, disebut mahal kita, bahasa Korea diucapkan sebagai
sarang hae yo dan dalam bahasa Hindi pula, dilafazkan sebagai mere pyar hai tum. Hal
ini menjelaskan bahawa simbol dan bunyi bahasa bersifat sewenang-wenangnya atau
bebas serta tiada perkaitan antara satu bunyi yang lain dengan simbol secara pegun
dan tetap bagi bahasa-bahasa di dunia. Ironinya, manusia berbeza latar belakang
budaya dan adat menggunakan bunyi bahasa yang berbeza-beza untuk sesuatu simbol
yang sama.
29
Arbitrari ialah pertalian sesuatu
bentuk atau lambang dalam bahasa dengan
makna yang diberikan secara kebetulan dan ditentukan oleh budaya sesuatu
masyarakat Tidak semestinya ada
hubungan antara bunyi
yang dilafazkan dengan benda-
benda yang dimaksudkan.
Oleh kerana sifat-sifat
arbitrari inilah maka kita dapati tiap-tiap bahasa
mempunyai perkataan yang berlainan bagi benda-benda
sama
PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
5.0 PENUTUP
Melalui tugasan ini, kami dapat menguasai dan mempelajari mengenai
bidang linguistik dan sifat bahasa. Selain itu, kami memperoleh ilmu mengenai susur
galur sejarah perkembangan linguistik. Sejarah perkembangan ilmu linguistik yang
bermula pada tahun 500 SM hingga ke zaman moden. Sejarah pengkajian ilmu
linguistik bermula pada zaman Yunani, zaman Iskandariah,zaman Rom, zaman
Pertengahan,zaman Peralihan (Renaissance), zaman Arab, zaman India, zaman
Linguistik Perbandingan dan zaman Linguistik Moden.
Bidang-bidang linguistik terbahagi kepada tiga bidang iaitu Linguistik Am dan
Linguistik Gunaan, Linguistik Sejarah dan Linguistik Perbandingan serta Linguistik
Kontekstual. Linguistik Umum dan Linguistik Gunaan menghasilkan kaedah-kaedah
mengajar bahasa dan bahan-bahan mengajar bahasa. Deskripsi bahasa seperti
sistem sebutan ,ejaan,bentuk kata,ayat dan makna mula digunakan bagi
mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing. Linguistik
Sejarah dan Linguistik Perbandingan merupakan satu cabang linguistik yang
membandingkan bahasa-bahasa supaya dapat menentukan perhubungan sejarah
antara bahasa-bahasa itu. Linguistik Kontekstual pula ialah bidang yang linguistik
berinteraksikan dengan disiplin akademik yang lain.Ianya mengkaji bagaimana
bahasa berinteraksi dengan dunia.
Menurut Noam Chomsky, bahasa di dunia ini mempunyai sifat-sifat yang
tersendiri. Dalam menyiapkan tugasan ini kami telah memahami bahawa
kepentingan penggunaan bahasa dalam berkomunikasi dikekalkan dengan adanya
sifat-sifat bahasa iaitu bahasa sebagai satu sistem ,bahasa bersifat dinamis,bahasa
bersifat arbitari, bahasa sebagai alat komunikasi, bahasa mempunyai makna, dan
bahasa bersifat linear. Dengan memahami sifat-sifat bahasa yang pelbagai,
komunikasi dalam masyarakat akan semakin dititikberatkan dan mampu menjaga
penggunaan sesebuah bahasa itu dengan sempurna.
30
top related