pengaruh ruangan pelajari matematik dan permainan … · pengaruh ruangan pelajari matematik dan...
Post on 16-Sep-2019
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGARUH RUANGAN PELAJARI MATEMATIK DAN PERMAINAN
MAJALAH WEB DUNIA MATEMATIK TERHADAP MOTIVASI
PELAJAR TINGKATAN EMPAT
NURUL NAZIHAH BINTI BAKERI
Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian
daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(MATEMATIK)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
ii
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah….
Segala kesyukuran ku panjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t
kerana diberikan kekuatan untuk menjalankan kajian
dan menyiapkan laporan kajian ini ,
Buat ayahanda, bonda, dan adindaku yang dikasihi ,
Terima kasih tak terhingga di atas sokongan dan doa yang diberikan..
Untuk pensyarah yang dihormati dan disegani,
PM Dr Zaleha Binti Ismail,
Terima kasih di atas segala ilmu dan pandangan yang diberikan..
Semoga Allah membalas segala jasa dan bakti yang dicurahkan..
Ribuan terima kasih juga kepada teman-teman seperjuangan
yang sentiasa memberi
sokongan dan dorongan yang padu,
Pahit manis yang kita harungi bersama
akan menjadi pengalaman hidup yang bermakna bagiku..
Semoga kejayaan itu milik kita bersama..
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t di
atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, kajian ini telah berjaya
disiapkan dengan kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Seinfiniti
penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PM Dr Zaleha
Binti Ismail selaku penyelia Projek Sarjana Muda saya yang terlalu banyak
membimbing dan memberikan idea serta pendapat sepanjang proses menyiapkan
projek ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu daripada beliau, mana mungkin saya
dapat menghasilkan kajian sebegini.
Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak memberi sokongan dan dorongan sewaktu menyiapkan laporan kajian
ini. Terima kasih di atas segala pertolongan mereka dan saya amat hargainya.
Penghargaan khas ini juga ditujukan khas buat Abah dan Mama tercinta, Bakeri Bin
Misdi dan Noriani Binti Abdullah kerana telah mendidik dan mengasuh saya dari
kecil hinggalah ke hari ini dalam ketaatan kepada Allah s.w.t. Buat mereka juga,
terima kasih yang tidak terhingga di atas segala nasihat dan kasih sayang yang
dicurahkan dengan penuh keikhlasan. Kepada guru-guru yang turut membantu
dalam melancarkan proses kajian ini, jasa baik mereka tidak akan dilupakan.
Akhir sekali, saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat samada secara langsung atau tidak kerana sanggup
membantu meluangkan masa untuk bekerjasama dalam menyiapkan kajian ini.
v
ABSTRAK
Motivasi merupakan proses yang membangkitkan keghairahan yang akhirnya
mendorong seseorang untuk mencapai apa yang diimpikan. Kajian ini telah
dijalankan untuk mengenalpasti motivasi pelajar tingkatan 4 dalam membina
pengetahuan matematik melalui Model Motivasi ARCS iaitu Perhatian (Attention),
Relevan (Relevance), Keyakinan (Confidence) dan Kepuasan (Satisfiction) yang
telah diintegrasikan di dalam ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah
Web Dunia Matematik. Majalah web Dunia Matematik telah dibangunkan lebih dari
tiga tahun menjadi platform bagi memotivasikan pelajar terhadap pembelajaran
matematik. Pembelajaran Matematik yang menjangkaui luar bilik darjah telah
dimuatkan dalam setiap artikel dan aktiviti dalam majalah web tersebut. 37 orang
pelajar tingkatan 4 dari sebuah sekolah menengah di kawasan Johor dijadikan
sampel bagi kajian ini. Alat kajian yang digunakan bagi kajian ini adalah borang
soal selidik. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus dan min digunakan dalam
kajian ini. Hasil kajian menunjukkan ruangan Pelajari Matematik dan Permainan
Majalah Web Dunia Matematik dapat memotivasikan pelajar dari aspek ARCS
terhadap pembelajaran Matematik. Motivasi aspek Releven (Relevance)
menunjukkan tahap motivasi yang sangat tinggi terhadap pembelajaran matematik
melalui ruangan Pelajari Matematik. Manakala ruangan Permainan Majalah Web
Dunia Matematik memberikan Motivasi aspek Perhatian (Attention) yang sangat
tinggi terhadap pembelajaran Matematik. Implikasi kajian ini antaranya ialah
keperluan bagi krew Majalah Web Dunia Matematik untuk menyesuai-padankan
kandungan ruangan Pelajari Matematik dan Permainan dengan pengalaman atau
pengetahuan sedia ada pelajar kerana Motivasi ARCS dipengaruhi oleh isi
kandungan yang disampaikan. Selain itu, Keperluan bagi guru untuk menggunakan
Majalah Web Dunia Matematik sebagai bahan bantu mengajar ketika di dalam bilik
darjah, supaya pelajar dapat melihat perkaitan antara subjek matematik yang diajar
terhadap dunia luar. Yang terakhir, keperluan bagi pelajar untuk melibatkan diri
secara aktif dan konsisten sebagai pengguna Majalah Web Dunia Matematik dengan
melibatkan diri dalam aktiviti yang disediakan kerana dapat memotivasikan mereka
terhadap pembelajaran matematik.
vi
ABSTRACT
Motivation is a process that drives any individual to achieve the dreams in
life. This study have done to identify the motivation of students Form 4 in building
their understanding of mathematics through Model Motivation ARCS which are
Attention (Perhatian), Relevance (Perkaitan), Confidence (Keyakinan) dan
Satisfication (Kepuasan). All this have integrated in the sections of Pelajari
Matematik and Permainan in Dunia Matematik web magazine. Dunia Matematik
web Magazine had been developed more than three years old as the platform to help
students to achieve mathematics learning process. In Dunia Matematik web
magazine, students are exposed to the concept of mathematics beyond the classroom
through the articles and activities. 37 students have selected from one of secondary
school in area Johor were chosen as the sample in this research. The instrument of
this research is questionnaire. Statistic descriptive which are frequencies,
percentages and mean have used in this study. The results shows that the section
Pelajari Matematik and Permainan gives motivation with aspect Attention
(Perhatian), Relevance (Perkaitan), Confidence (Keyakinan) dan Satisfication
(Kepuasan) in learning Mathematics. Motivation aspect Relevance (Relevan)
shows the highest motivation that influence learning mathematics among students
through the section Pelajari Matematik. While for section Permainan gives highest
motivation in aspect Attention (Perhatian) to the learning mathematics among
students. There are some of implication from this study. Firstly, crew Majalah Web
Dunia Matematik need to make sure that the topic in the section Pelajari Matematik
and Permainan must be relating with the students knowledge. Besides that, teachers
need to use Majalah Web Dunia Matematik as a tool in teaching and learning in
classroom. This is way to shows students the relating of subjects mathematics with
real life. Last but not least, students must be contribute in active through the learning
using Majalah Web Dunia Mathematik because it can initiate the motivation aspect
ARCS in learning mathematics.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
KELULUSAN PENYELIA
JUDUL i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
SENARAI SINGKATAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kerangka Teori Kajian 9
1.7 Skop Kajian 11
1.8 Batasan Kajian 12
1.9 Kepentingan Kajian 12
1.9.1 Krew Majalah Web Dunia Matematik 12
1.9.2 Pelajar 13
viii
1.9.3 Guru 13
1.9.4 Ibubapa dan masyarakat 14
1.10 Definisi Istilah 14
1.10.1 E-pembelajaran 14
1.10.2 Majalah Web Dunia Matematik 14
1.10.3 Pengaruh 15
1.10.4 Motivasi 15
1.10.5 Pembelajaran Matematik 15
1.10.6 Ruangan Pelajari Matematik 16
1.10.7 Ruangan Permainan 16
1.11 Penutup 16
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 17
2.2 Motivasi pelajar terhadap Matematik 18
2.3 Hubungan antara motivasi pelajar 20
dengan pencapaian dalam Matematik
2.4 Hubungan antara perubahan motivasi 22
terhadap Matematik dengan kepelbagaian
pendekatan pembelajaran berasakan komputer
2.5 Hubungan permainan dalam Matematik 25
terhadap motivasi pelajar
2.6 Penutup 26
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka bentuk Kajian 27
3.3 Sampel kajian 28
3.4 Instrumen Kajian 28
3.4.1 Borang soal Selidik 28
3.4.2 Data Sokongan 36
ix
3.5 Prosedur Kajian 36
3.6 Kajian Rintis 37
3.7 Kaedah Analisis Data 38
3.8 Penutup 39
4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 40
4.2 Analisis Data Kuantitatif 41
4.2.1 Bahagian A 41
4.2.1.1 Taburan responden mengikut jantina 41
4.2.1.2 Taburan responden mengikut 42
keputusan subjek matematik
pertengahan tahun
4.2.2 Bahagian B 43
4.2.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 45
4.2.2.2 Analisis Persoalan Kajian 2 49
4.2.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3 54
4.2.2.4 Analisis Persoalan Kajian 4 59
4.2.3 Analisis Purata Min setiap aspek 65
Dalam Model Motivasi ARCS
4.3 Analisis Data Sokongan 67
4.3.1 Data Kualitatif 67
4.3.2 Kuiz Online 70
4.4 Penutup 71
5 PERBINCANGAN, CADANGAN, IMPLIKASI
DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan 72
5.2.1 Ruangan Pelajari Matematik 73
5.2.1.1 Motivasi aspek Perhatian 74
x
5.2.1.2 Motivasi aspek Relevan 76
5.2.1.3 Motivasi aspek Keyakinan 77
5.2.1.4 Motivasi aspek Kepuasan 79
5.2.2 Ruangan Permainan 80
5.2.2.1 Motivasi aspek Perhatian 81
5.2.2.2 Motivasi aspek Relevan 82
5.2.2.3 Motivasi aspek Keyakinan 83
5.2.2.4 Motivasi aspek Kepuasan 84
5.3 Masalah sewaktu kajian dan cadangan 85
penambahbaikkan
5.4 Implikasi Kajian 87
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 88
5.6 Kesimpulan 89
RUJUKAN 91
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK M MUKA SURAT
1.1
Model Motivasi ARCS
9
3.1 Strategi Pembinaan Item-item Bahagian A 29
3.2 Pembahagian item-item berdasarkan Model
Motivasi ARCS
30
3.3 Skala Likert 32
3.4 Model ARCS yang dirujuk bagi membangunkan
ruangan Pelajari Matematik majalah web Dunia
Matematik Edisi Ogos 2010
36 32
3.5 Model ARCS yang dirujuk bagi membangunkan
ruangan Permainan majalah web Dunia Matematik
Edisi Ogos 2010
34
3.6 Jadual indeks kebolehpercayaan item 38
3.7 Petunjuk Min untuk mengukur tahap penilaian
responden
39
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratus Bagi Keputusan
Peperiksaan Subjek Matematik Pertengahan Tahun
42
4.3 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek Attention
(perhatian) terhadap ruangan Pelajari Matematik
Majalah Web Dunia Matematik.
44
xii
4.4 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek Attention
(perhatian) terhadap ruangan Permainan Majalah
Web Dunia Matematik.
47
4.5 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek Relevance
(perkaitan) terhadap ruangan Pelajari Matematik
Majalah Web Dunia Matematik.
50
4.6 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek Relevance
(perkaitan) terhadap ruangan Permainan Majalah
Web Dunia Matematik.
53
4.7 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek
Confidence (keyakinan) terhadap ruangan Pelajari
Matematik Majalah Web Dunia Matematik.
56
4.8 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek
Confidence (keyakinan) terhadap ruangan
Permainan Majalah Web Dunia Matematik.
57
4.9 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek
Satisfication (kepuasan) terhadap ruangan Pelajari
Matematik Majalah Web Dunia Matematik.
60
4.10 Taburan kekerapan dan min bagi pendapat
responden mengenai motivasi dari aspek
Satisfication (kepuasan) terhadap ruangan
Permainan Majalah Web Dunia Matematik.
63
xiii
4.11 Taburan Purata Min Motivasi ARCS terhadap
ruangan Pelajari Matematik Majalah Web Dunia
Matematik
65
4.12 Taburan Purata Min Motivasi ARCS terhadap
ruangan Permainan Majalah Web Dunia Matematik
66
4.13 Komen Responden terhadap ruangan Pelajari
Matematik Majalah Web Dunia Matematik Edisi
Ogos 2010
68
4.14 Komen Responden terhadap ruangan Permainan
Majalah Web Dunia Matematik Edisi Ogos 2010
69
xiv
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK M MUKA SURAT
1.1
Kerangka teori projek kajian pengaruh ruangan
‘Pelajari Matematik’ dan ‘Permainan’ dalam
majalah web Dunia Matematik
10
3.1 Carta alir prosedur kajian 36
4.1 Taburan Purata Min bagi setiap aspek Motivasi
ARCS terhadap ruangan Pelajari Matematik
65
4.2 Taburan Purata Min bagi setiap aspek Motivasi
ARCS terhadap ruangan Permainan
66
4.3 Markah Kuiz Online 71
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Soal Selidik
B Data untuk Ruangan Pelajari Matematik Web Dunia
Matematik
C Data untuk Ruangan Permainan Majalah Web Dunia
Matematik
D Jadual Purata Min Skor Komponen ARCS bagi ruangan
Pelajari Matematik
E Jadual Purata Min Skor Komponen ARCS bagi ruangan
Permainan
F Ruangan Pelajari Matematik Edisi Ogos 2010 Majalah Web
Dunia Matematik
G Ruangan Permainan Edisi Ogos 2010 Majalah Web Dunia
Matematik
H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian dari KPM
I Surat Kebenaran Pengesahan Fakulti Pendidikan UTM
J Surat Kebenaran Penyelidikkan Jabatan Pelajaran Johor
xvi
SENARAI SINGKATAN
ICT - Information and communication technologies
TIMSS - Trends in International Mathematics and Science Study
PISA - Programme for International Student Assessment
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
SPSS - Statistical Package for the Social Science
ARCS - Motivasi aspek Perhatian (Attention), Relevan (Relevance),
Keyakinan (Confidence) dan Keyakinan (Satisfication)
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sistem pendidikan memainkan peranan yang penting dalam usaha
membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berkeperibadian
mulia, berketerampilan, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi
keperluan negara maju 2020. Jesteru itu, didalam buku Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan ada dinyatakan, tugas Kementerian Pendidikan adalah untuk menyediakan
generasi muda Malaysia dengan seluas-luasnya peluang bagi memperkembangkan
potensi diri dengan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-
ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam
kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia.
Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, jelas menunujukkan kita bukan sahaja
mahu melahirkan individu yang cemerlang dari segi intelek, tetapi juga cemerlang dari
segi pembentukkan sahsiah diri. Untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, jasmani dan sosial, seseorang itu haruslah sentiasa mempunyai
motivasi diri yang positif.
Mengikut Model Dun dan Dun, motivasi boleh dibahagikan kepada dua
bahagian iaitu motivasi intrinsik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran). Motivasi
2
intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman yang terdiri
daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan aktiviti tanpa mengharap
ataupun meminta ganjaran (Ee Ah Meng, 2003). Bruner (2004) mengaitkan motivasi
instrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi pelajar
yang baru masuk sekolah.
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi motivasi instrinsik pelajar dalam
proses pembelajaran mereka, iaitu persepsi kebolehan, persepsi kawalan, dan perasaan
dalam pembelajaran. Persepsi terhadap kebolehan diri mempengaruhi bagaimana
individu itu rasa berkenaan dirinya (Baharom dan Iliyas, 2009). Ini bermaksud,
sekiranya seseorang pelajar itu mempunyai pencapaian yang tinggi, besar kemungkinan
pelajar itu menilai dirinya sebagai berkebolehan. Menurut Burzi (2004), sebab-sebab
kejayaan dan kegagalan pelajar adalah bergantung pada persepsi kawalan. Kajian yang
dijalankan Weiner (1984) menunujukkan kejayaan dan kegagalan pelajar di sekolah
disebabkan oleh punca-punca dalaman yang dapat dikawal seperti usaha sendiri.
Perasaan dalam pembelajaran, merangkumi sikap, nilai, minat dan pilihan yang
ditujukan oleh individu pada sesuatu mata pelajaran (Baharom dan Iliyas, 2009).
Jadinya, dapat disimpulkan perasaan pelajar pada sesuatu matapelajaran akan
mempengaruhi pencapaianya dan pencapaian ini akan mempengaruhi motivasinya.
Manakala motivasi ekstrinsik pula adalah jenis motivasi yang timbul sebagai
akibat pengaruh dari luar individu seperti adanya ajakan, suruhan, pujukan atau paksaan
dari orang lain sehingga menyebabkan individu tersebut mahu melakukan sesuatu
tindakan. Contoh yang terdekat bagi setiap manusia adalah belajar. Jika motivasi
intrinsik seseorang dalam keadaan yang lemah, maka motivasi ekstrinsik perlu
diberikan kerana perasaan kurang rasa ingin tahunya akan dapat diatasi. Motivasi jenis
ekstrinsik ini diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan
orang bagi melakukan aktiviti yang membawa manfaat atau faedah kepadanya
(Baharom dan Iliyas, 2009).
3
Motivasi dalam diri boleh dipupuk melalui proses pembelajaran. Melalui proses
pembelajaran, seseorang dapat memahami sesuatu konsep yang baru, dan atau
mengalami perubahan tingkah laku, sikap, dan ketrampilan. Seperti juga yang
dikemukakan oleh Ahmadi dan Supriono (1991) bahawa belajar adalah suatu proses
usaha yang dilakukan individu untuk memperoleh suatu perubahan tingkah laku yang
baru secara keseluruhan sebagai hasil pengalaman individu itu sendiri dalam
berinteraksi dengan lingkungannya.
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi berlaku dengan sangat
pantas pada masa kini. Komputer yang telah dihubungkan dengan jaringan internet
membolehkan maklumat dapat diperoleh dengan cepat. Inovasi dalam teknologi
maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat kepada pelbagai lapisan masyarakat
(Nik Azis,1996). Ini secara tidak langsung, akan melahirkan masyarakat yang berilmu
dan berdaya maju.
Arus perubahan ICT (Information and communication technologies) yang
berlaku dalam dunia ini, menjadikan sistem pendidikan di Malaysia tidak terkecuali dari
merasainya. Seperti kata Jamalludin dan Zaidatun (2003), perkembangan pesat dalam
teknologi multimedia dan juga teknologi internet sedikit sebanyak telah berjaya
membawa nafas baru dalam dunia pendidikan dengan mengenengahkan pengajaran dan
pembelajaran berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi.
Pembelajaran yang menyeronokkan adalah pembelajaran yang berkesan. Jesteru
itu, E-pembelajaran telah diperkenalkan dalam dunia pendidikan kerana ianya selari
dengan keghairahan pelajar dalam penggunaan ICT. Melalui analisis beberapa kajian
mengenai kesan teknologi terhadap pelajar, didapati pelajar yang menggunakan
teknologi dalam pembelajaran adalah sederhana, tetapi memberikan kesan yang positif
dalam memahami pelajaran berbanding mereka yang belajar tanpa menggunakan
teknologi (Kadek, 2005 dan Waxman, 2002).
4
Melihat kepada banyaknya keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran
berasaskan web atau E-pempelajaran, pelbagai pihak sama ada individu, agensi kerajaan
ataupun swasta telah banyak membina laman web berbentuk pendidikan untuk
memudahkan pelajar-pelajar mengikuti pembelajaran secara atas talian. Kjeldsen,
Krogsdal dan Gomme (2003) menggambarkan pembelajaran berasakan Web sebagai
apa-apa pembelajaran yang menggunakan asas web atau komunikasi melalui internet.
Sankaran dan Bui (2001), dalam kajian mereka menemui bahawa motivasi berkait rapat
dengan pencapaian dalam pembelajaran berasakan web. Disebabkan itu, Majalah Web
Dunia Matematik telah dibangunkan sebagai salah satu kaedah atau pendekatan proses
pembelajaran matematik yang memberi peluang kepada pelajar meneroka matematik
dengan lebih meluas.
1.2 Latar Belakang Masalah
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran atau kajian mengenai kuantiti,
corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain kajian mengenai nombor
dan gambar rajah (Wikipedia). Daripada definisi matematik tersebut, jelas menunjukkan
matematik merupakan subjek sains yang sangat berkait rapat dengan kehidupan
seharian kita. Setiap hari kita akan mengalami persekitaran dan pengalaman matematik.
Malangnya, kebanyakkan pelajar pada masa sekarang tidak ramai yang
berminat untuk mempelajari subjek matematik. Alasan mereka, matematik adalah
subjek yang susah. Janata (2005) dalam penulisannya mengatakan, jika kita tahu
bagaimana matematik itu dibentuk dengan sendirinya, kita akan jatuh cinta dengan
matematik. Kepuasan dalam pembelajaran matematik dapat dirasakan jika kita
memperolehi jawapan bagi setiap persoalan matematik.
5
Kurangnya kemahiran dalam bidang matematik menjadi salah satu faktor
penyebab pelajar lemah dalam mata pelajaran sains (Tamby Subahan dan Rushdi,
1986). Ini membuktikan, pihak sekolah perlu memberi perhatian yang lebih terhadap
permasalahan pelajar yang tidak minat akan subjek matematik. Jika tidak, ini akan
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik mereka. Hal ini kerana hubungan
antara sikap terhadap subjek matematik mempengaruhi pencapaian terhadap subjek
matematik (Hamzah Muhammad, 1994).
Kebanyakkan pelajar mempunyai sikap yang negatif terhadap matematik adalah
berpunca dari cara matematik itu sendiri disampaikan. Keindahan matematik tidak
dapat diterokai pelajar jika penyampaiannya tidak menyeronokkan. Gaya pengajaran
dan pembelajaran di sekolah yang berpusatkan peperiksaan (exam oriented) menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas membosankan.
Selain itu, isi pelajaran yang tidak mendorong pelajar menyelidik dan meneroka
merupakan salah satu penyebab tidak membantu pelajar memperoleh aras motivasi yang
lebih tinggi bagi meneruskan aktiviti pembelajaran. Sekiranya ini dapat diatasi, aras
motivasi yang tinggi akan menyebabkan pelajar memberi lebih perhatian ketika guru
mengajar (Baharom dan Iliyas, 2009).
Tambahan lagi, teknik pengajaran guru setiap hari kadangkala tidak berubah,
menyebabkan pelajar yang lemah akan terus hilang minat untuk mempelajari subjek ini
(Sharif, 2001). Donna Walker Tilston dalam bukunya yang bertajuk ‘What Every
Teacher Should Know About Student Motivation’, ada menerangkan, antara faktor yang
menyebabkan pelajar kurang berprestasi adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang
kurang menarik perhatian pelajar. Beliau menyatakan pengajaran guru yang kurang
menarik perhatian pelajar menyebabkan kesukaran pelajar menerima pegajaran yang
disampaikan guru.
6
Menurut Sobel (1988), Kreativiti guru dan motivasi pelajar adalah elemen
penting dalam menentukan keseronokkan dan kejayaan dalam pembelajaran matematik.
Oleh itu, Guru perlu bijak dalam menentukan bahan atau sumber yang dapat
memberikan keseronokan dan kejayaan pelajar dalam subjek matematik. Janata (2005)
sekali lagi dalam penulisan beliau mengenai ‘Matematik ; satu matapelajaran yang
sukar’ mengatakan, bagi para guru, penyampaian pengajaran matematik hendaklah
disulami dengan penggunaan teknologi sejajar dengan perkembangan arus pemikiran
para pelajar kearah zaman maklumat ICT (Information and communication
technologies). Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru dapat menarik minat
pelajar ke arah idea dengan menjadikan pelajar sentiasa peka kepada bunyi,
penglihatan, sentuhan dan sebagainya (Kamaruddin, 1993).
E-pembelajaran dan Majalah Web merupakan contoh talian yang
mengaplikasikan ICT. Dengan adanya audio, grafik, gambar, video dan sebagainya
dalam E-pembelajaran atau Majalah Web, telah memberikan satu inovasi dalam sistem
pendidikan. Persembahan matematik dengan menggunakan multimedia dapat
membantu pelajar untuk berfikir, menganalisis, meningkatkan perasaan ingin tahu,
belajar untuk membuat penerangan dan pembentangan (Martha, 2004).
Menurut Azman (2002), sikap seseorang pelajar terhadap sesuatu pelajaran
dipengaruhi oleh minat. Jika seseorang pelajar mempunyai minat yang mendalam
terhadap sesuatu matapelajaran, ianya akan mendorong pelajar tersebut untuk berusaha
dengan lebih gigih untuk mencapai hasratnya. Jesteru itu, minat seseorang boleh
dimotivasikan dengan memberi nasihat atau cuba merangsangkan kaedah pengajaran
untuk menarik perhatian pelajar.
Kaedah pengajaran yang dapat menarik perhatian pelajar pada masa sekarang
adalah pembelajaran berasaskan web, sama ada melalui E-pembelajaran atau Majalah
Web. Motivasi yang diharapkan wujud hasil daripada menggunakan E-pembelajaran
7
atau Majalah Web, dapat membantu pelajar untuk meminati subjek matematik dan
seterusnya berjaya dengan cemerlang dalam bidang sains mahupun matematik.
1.3 Pernyataan Masalah
Memandangkan ramai pelajar kurang bermotivasi terhadap matematik,
menjadikan penguasaan matematik mereka menjadi lemah. Sistem pendidikan di negara
kita telah memanfaatkan sebaik-baiknya kemajuan dalam bidang teknologi maklumat
dan internet sebagai salah satu usaha untuk memotivasikan pelajar terhadap
pembelajaran matematik melalui kepelbagaian aktiviti menggunakan multimedia.
Majalah Web Dunia Matematik merupakan salah satu usaha tempatan bagi
membuka minda pelajar mengenai keindahan dalam matematik. Majalah Web yang
telah dibangunkan lebih dari tiga tahun ini, mengandungi 13 ruangan dimana Model
Motivasi ARCS telah diterapkan dalam pembangunan setiap ruangan Majalah Web
Dunia Matematik tersebut. Model motivasi ini digunakan bertujuan memotivasikan
pembaca tehadap pembelajaran matematik. Dunia Matematik memaparkan matematik
menjangkau bilik darjah dalam menyajikan pelbagai maklumat dan aktiviti matematik
dalam setiap ruangan. Ini bersesuaian dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), yang mana pembelajaran matematik hendaklah melahirkan pelajar
yang dapat menghargai kepentingan matematik dan keindahan matematik.
Sebelum ini, kajian keatas Majalah Web Dunia Matematik pernah dijalankan
oleh Norulhuda (2010) kepada pelajar bagi mengetahui perubahan sikap terhadap
matematik setelah mengalami pengalaman matematik melalui Majalah Web. Hasil
kajian beliau menunjukkan keputusan yang positif diterima apabila pelajar mengakui
Majalah Web dapat menambah baik kepercayaan mereka tentang matematik, emosi
terhadap matematik dan sikap mereka terhadap matematik.
8
Bagaimanapun, kajian Norulhuda tidak dapat menggambarkan pengaruh setiap
ruangan dalam Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar terhadap
pembelajaran matematik. Oleh sebab itu, kajian keatas setiap ruangan dalam Majalah
Web Dunia Matematik khususnya ruangan Pelajari Matematik dan Permainan perlu
dijalankan untuk mengetahui motivasi pelajar dari aspek ARCS terhadap pembelajaran
matematik.
1.4 Objektif Kajian
Majalah Web Dunia matematik telah dibangunkan berdasarkan Model Motivasi
ARCS yang merangkumi aspek Perhatian (Attention), Relevan (Relevance), Keyakinan
(Confidence) dan Kepuasan (Satisfication). Objektif kajian ini ialah untuk menentukan
dua ruangan Majalah Web Dunia Matematik iaitu Pelajari Matematik dan Permainan ke
atas empat aspek motivasi dalam pembelajaran matematik di kalangan pelajar
Tingkatan Empat.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan mengenalpasti pengaruh ruangan Pelajari Matematik dan
ruangan Permainan Majalah Web Dunia Matematik terhadap motivasi pelajar dari aspek
Perhatian (Attention), Relevan (Relevance), Keyakinan (Confidence) dan Kepuasan
(Satisfication). Empat persoalan yang timbul ialah:
i. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah Web Dunia
Matematik, mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek
Perhatian (Attention) ?
9
ii. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah Web Dunia
Matematik, mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek
Relevan (Relevance)?
iii. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan Majalah Web Dunia
Matematik, mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek
Keyakinan (Confidence)?
iv. Adakah ruangan Pelajari Matematik dan Permainan dalam Majalah Web Dunia
Matematik mempengaruhi motivasi pelajar terhadap matematik dari aspek
Kepuasan (Satisfication)?
top related