pengertian iman dan perbezaannya dengan kufur
Post on 05-Apr-2018
251 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
1/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
1
PENGENALAN
Dalam Al-Quran dan Hadis terdapat beberapa ayat yang memperkatakan kepentingan dan
perintah beristiqamah dalam beriman dan beribadat kepada Allah S.W.T. Salah satunya adalah:
Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh ( di atas jalan yang betul)
sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.
(Surah Hud : 112)
Iman merupakan satu persoalan yang sangat penting dalam kehidupan setiap insan. Iman
mencakupi seluruh kegiatan manusia dan menjadi faktor penentu bagi kejayaan seseorang itu
di dunia dan di akhirat, sama ada mukmin atau sebaliknya, ke syurga atau ke neraka tempat
kembalinya.
Jika kita lihat kehidupan umat Islam pada hari ini, kita dapati bahawa kepatuhan terhadap
perintah dan larangan Allah S.W.T tidak dilaksanakan dengan sepenuhnya, perkara yang
menyebabkan gugurnya iman seseorang itu terus berlaku tanpa mengira dosa dan maksiat, ini
disebabkan oleh kejahilan seseorang itu akan hakikat iman, tuntutan dan implikasinya dalam
kehidupan sehari-hari.
Islam yang lahir daripada iman itu, bermakna penyerahan diri kepada Allah S.W.T dan
menerima hukumanNya walaupun tidak diketahui hikmatnya. Penyerahan dan penerimaan itu,
berlaku dengan dua perkara iaitu dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan
iman atau akidah, dan juga dengan sifat-sifat lahiriah iaitu perkataan dan perbuatan.
Seseorang yang beriman dengan reda hati akan menerima hukum Allah S.W.T dalam semua
aspeknya tanpa syak wasangka dan ragu-ragu di samping beramal dengannya. Iman dan amal
merupakan dua perkara yang tidak berpisah walaupun berbeza dari segi takrifnya, kerana amal
itu hasil daripada iman, dan iman pula tidak sempurna tanpa amal.
Akidah adalah suatu yang paling asas dan dasar dalam Islam. Ia berupa keimanan dan
keyakinan kepada nilai-nilai murni dan mutlak yang terikat kukuh dalam sanubari seseorang
dan tidak mungkin terurai dengan paksaan manusia, pertukaran masa dan tempat, kecuali atas
kehendak sendiri dengan izin Allah S.W.T. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan ialah keimanan
dan keyakinan kepada perkara-perkara ghaib (ghaibiyah) yang berpaksikan keyakinan terhadap
Allah S.W.T yang Maha Esa dari sudut uluhiyah dan rububiyahNya serta Esa pada al-Asma
wasifat.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
2/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
2
Akidah Islam ialah akidah yang menyemaikan keyakinan tentang kewujudan Allah S.W.T serta
menjelaskan dan menyatakan kepada muslim mengenai Rukun Iman yang menjadi teras
kepada akidah yang salih. Akidah yang salih adalah akidah yang disampaikan kepada manusia
yang bersumber kepada wahyu assamawi yang datang daripada Allah S.W.T sama ada
mengenai iktikad perundangan atau akhlak. Akidah inilah yang menyelamatkan manusia
daripada kesesatan kepada petunjuk agama yang sebenar, jalan yang lurus dan diakui sah oleh
Allah S.W.T. Akidah ini juga mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya Islam
yang dapat membezakan antara benar dan salah. Firman Allah S.W.T:
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat dilahirkan bagi (feadah) umat
manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada
perkara yang salah (buruk dan keji). Serta kamu pula beriman kepada Allah.
(Surah Al-Imran: 110)
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
3/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
3
IMAN
Iman dalam bahasa Arab bermaksud membenarkan atau suatu kepercayaan yang kukuh. Dari
segi bahasa, iman ialah membenarkan sesuatu secara pasti dan tidak menerima perubahan
ataupun pembatalan dengan disertai kepatuhan yang sempurna padanya. Dari sudut istilah
syarak pula, pengertian iman yang paling tepat ialah apa yang dinyatakan oleh Nabi
Muhammad S.A.W ketika menjawab pertanyaan Jibrail as berkenaan iman, Islam dan ihsan.
Baginda S.A.W menyatakan iman ialah, Kamu beriman dengan Allah, para Malaikat-Nya, kitab-
kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat dan kamu beriman qadak serta qadar-Nya, yang baik
dan yang buruknya. Iman ertinya kepercayaan yang terbitnya daripada hati seseorang iaitu
mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W
adalah benar datangnya daripada Allah S.W.T. Maka ilmu yang dipelajari adalah untuk
menyempurnakan pengamalan iman.
Manusia mukmin ialah mereka yang beriman kepada Allah S.W.T. dan beriman dengan perkara
Rukun Iman dengan sebenar-benarnya melalui perbuatan dan amal. Sebagaimana yang kita
ketahui, iman itu ialah tasdiq(pembenaran) yang disertakan dengan amal. Kita juga mengetahui
bahawa tasdiqdan amal itu dua perkara yang tidak bercerai tanggal, apabila tasdiq wujud maka
wujudlah amal. Tasdiq yang dimaksudkan di sini adalah merangkumi perkara-perkara ghaib
yang diceritakan oleh Allah S.W.T. dan Nabi Muhammad S.A.W.
Sesiapa yang mendustakan sebahagian daripada apa yang diceritakan oleh Allah S.W.T dan
RasulNya bererti imannya telah kurang. Tetapi untuk menggolongkan seseorang itu dalam
golongan orang yang beriman, dia haruslah beritikad dan menyakini bebrapa pokok asas yang
terkandung dalam kalimah syahadat. Dengan ini kita telah dapat memahami bahawa iman,
seperti yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah mempunyai dua pengertian:
1) Beriman teguh dengan perintah-perintah yang telah Allah S.W.T perintahkan dan
membenarkan perkhabaran Allah S.W.T.
2) Membenarkan khabar Allah S.W.T dan khabar Nabi Muhammad S.A.W.
A) PENGERTIAN IMAN DAN PERBEZAANNYA DENGAN KUFUR,
MUNAFIK, SYIRIK, DAN MURTAD
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
4/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
4
Iman itu ialah percaya dengan kuat kepada Allah S.W.T malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-
Nya,hari akhirat,dan qadak dan qadar. Iman itu akan melahirkan amal-amal yang soleh.
Kesimpulannya, iman yang hakiki adalah kepercayaan yang kukuh dan teguh dalam hati
berkaitan kewujudan dan kekuasaan Allah S.W.T, kewujudan makhluk-makhluk ghaib ciptaan
Allah terutama para malaikat-Nya, penurunan kitab-kitab Zabur, Taurat, Injil dan al-Quran serta
suhuf-suhuf, pengutusan rasul-rasul, hari kiamat, dan ketentuan qadar dan qadak Allah S.W.T.
Keimanan ini pula membuahkan amalan ketaatan, kecintaan dan perjuagan di jalan Allah
S.W.T.
KUFUR
Kalimah kufur dalam istilah Bahasa Arab bererti dinding dan tutupan. Orang Arab menyebut
malam sebagai kafir, kerana malam itu mendinding dan menyembunyikan sesuatu. Mereka juga
menyebut peladang itu kafir kerana peladang itu menutup (mengambus) benih dalam tanah,
sama dengan pengertian ini. Firman Allah S.W.T:
Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan di dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang
melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang
banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengkagumkan para
petani.
(Surah al-Hadid : 20)
Kalimah kafir dalam ayat ini bererti petani, mereka yang keluar daripada landasan Islam
dinamakan kafir kerana mereka melihat dalil-dalil tauhid dan sesuatu yang mendorong mereka
masih berkeras dalam kebatilan dan kekufurannya seolah-olah mereka tidak dapat melihat dalil-
dalil yang ada dihadapannya.
Kafir menurut syariat ialah mereka yang tidak beriman kepada Allah S.W.T dan segala Rukun
Iman yang lainnya, serta menolak syariat Allah S.W.T, dengan kata lain, mengingkari apa yang
diturunkan oleh Allah S.W.T dan apa yang dibawa dating oleh Nabi Muhammad S.A.W.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
5/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
5
Kufur itu ertinya ialah menutup kebenaran. Orang kafir tidak percaya kepada Tuhan
penciptanya, sekalipun ada tanda-tanda wujud Tuhan itu di bumi dan di langit. Mereka tidak
percaya dengan Rasul-rasul TuhanNya sekalipun jelas hujah-hujah mereka dan keterangan
tentang kebenaran mereka. Orang itu menjadi hamba kepada manusia atau patung dan patuh
kepada taghuttanpa dalil atau kebenaran.
Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran agama Islam, tidak mengetahui ketuhanan Allah
yang Maha Esa dan tidak mengetahui kerasulan Nabi Muhammad S.A.W. Orang kafir ini boleh
memeluk Islam apabila dia berasa akan ketuhanan Allah S.W.T dan kebenaran Nabi
Muhammad S.A.W dengan hanya mengucapkan dua kalimah syahadat.
Antara ciri kekufuran yang diterangkan dalam Al-Quran ialah:
1. Tidak yakin akan adanya hari kebangkitan dan alam akhirat
2. Memperolokan Al-quran dan orang yan beriman .
3. Menghalangi manusia lain daripada mengikuti jalan Allah s.w.t.
4. Manjadi hamba kepada kebendaan.
5. Berasa iri hati kepada orang Islam yang menyeru kepada kebenaran.
6. Memperolok agama Allah S.W.T serta membenci atau menentang satu-satu pekara
yang berhubung dengan Islam.
MUNAFIK
Satu daripada penyakit rohani yang amat berbahaya iaitu nifak, kemunafikan dan orang yang
memiliki sifat itu disebut munafik. Asal makna nifak ialah kenampakan yang baik sedangkan
hatinya tidak begitu. Munafik dalam erti yang umum ialah orang yang suka berpura-pura lain di
mulut dan lain di hatinya. Munafik pada pengertian istilah ialah orang yang menyembunyikankekafiran dalam hatinya dan menyatakan iman dengan lidahnya.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
6/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
6
Munafik dengan perkataan lain ialah melahirkan sesuatu yang bukan kadungan batinnya atau
menyatakan kebaikan dengan menyembunyikan kejahatan atau :
1. Menentang kebenaran dengan kebatilan.
2. Menjual petunjuk membeli kesesatan.
3. Memilih kufur menolak iman.
4. Memperjuangkan bidaah menggantikan sunah.
5. Memilih azab daripada nikmat.
Munafik terbahagi kepada dua bahagian iaitu :
1. Munafik iktikad,iaitu iktikadnya terhadap pokok atau asas persoalan keimanan adalah
bersifat nifak,maka golongan ini kekal dalam neraka sekiranya mati tanpa bertaubat kepada
Allah S.W.T dan memperbetulkan semula iktikadnya.
2. Munafik amali,iaitu amalan-amalan dalam ibadatnya bersifat dan bersikap nifak. Maka
golongan ini melakukan dosa yang memerlukan bertaubat kepada Allah S.W.T. Sekiranya
mereka mati tanpa bertaubat kepada Allah S.W.T,mereka akan dimasukkan ke dalam syurga
sesudah dimasukkan kedalam neraka.
Dalam Al-Quran dilukiskan sikap dan identity orang munafik sebagaimana firman Allah S.W.T :
Antara manusia ada yang menyatakan, kami beriman kepada Allah dan hari akhirat pada hal
mereka itu sesungguhnya bukan orang yang beriman, pada hal mereka hanya menipu diri
sendiri sedang mereka tidak sedar.
( Surah al-Baqarah:8-9)
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
7/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
7
Ciri-ciri Munafik
Antara ciri orang munafik sebagaimana digambarkan oleh Al-quran dan Hadis ialah:
1. Tidak menyempurnakan amanah yang diserahkan kepada mereka, bercakap dusta,
memungkiri janji, dan melampaui batas ketika berselisihan faham.
2. Munafik sebagai perosak,iaitu kerosakan yang mereka lakukan di muka bumi ini.
Contohnya, menghasut orang kafir dan menentang orang islam (surah al-Baqarah,11-
12).
3. Munafik sebagai perusuh (surah al-Ahzab,60).
4. Munafik menyalahi janji, kerana antara mereka berikrar jika Allah S.W.T memberi
sebahagian daripada kurnianNya kepada mereka,pasti mereka bersedekah (surah at-
Taubah,74)
5. Munafik suka mencela dan mencaci. Orang munafik ada penyakit dalam hatinya
mengatakan bahawa orang mukmin sentiasa ditipu oleh agamanya (surah al-Anfal,49).
6. Munafik malas solat dan riak dalam amalannya (surah an-Nisa,142).
7. Munafik ragu-ragu tidak ada pendirian (an-Nisa,142).
8. Munafik kuat permusuhan dan bongkak dengan perbuatan dosanya (surah al-Baqarah,204).
9. Menghalang orang lain daripada berbelanja pada jalan Allah S.W.T..
10. Memandang rendah terhadap orang mukmin.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
8/22
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
9/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
9
Menjauhi Syirik dalam Segala Bentuk
Syirik yang tersembunyi itu amatbanyak antaranya ialah :
1. Mempercayai sesuatu yang menjadi sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesan
baik atau buruk.
2. Menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain daripada Allah
S.W.T.
3. Menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah
S.W.T.
4. Bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah
S.W.T.
5. Mengatakan :kalaulah tidak kerana pertolonan Allah atau pertolongan si anu, tentulah aku
tidak akan berjaya,
6. Mengatakan :Kalau tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya tentulah
rumahku dimasuki pencuri.
7. Melakukan sesuau ibadat,atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana
menjunjung perintah Allah(swt) semata-mata,tetapi juga untuk tujuan atau matlamat yang
lain.
Kesimpulan bagi menyelamatkan seseorang daripada syirik tersembunyi ini hendaklah :
1. Jangan menggunakan sesuatu benda, perkataan, ataupun sesuatu cara sebagai sebab-
sebab bagi mendapatkan kebaikan atau menolak perkara-perkara yang tidak diingini, kecuali
setelah diketahui bahawa sesuatu itu telah berlaku adat Tuhan menjadikannya sebab bagi
munasabah tertentu.
2. Jangan iktikadkan sesuatu sebab itu dengan keadaan hakikatnya memberi kesanmenghasilkan musabahnya,bahkan memberi kesannya itu bergantung takdir dan izin Allah
Yang Maha Kuasa.
3. Jangan melakukan amal ibadat dengan tujuan mendapat penghargaan atau balasan
daripada yang lain daripada Allah S.W.T.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
10/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
10
MURTAD
Riddah ertinya berbalik menjadi kafir setelah beragama Islam, dan orang yang melakukan
demikian dinamakan murtad. Murtad secara umum bolehlah ditakrifkan sebagai seorang Islam
yang telah keluar daripada Islam baik secara langsung atau tidak, sama ada dia kembali
kepada agama asalnya atau menganut agama lain ataupun tidak menganut mana-mana
agama. Orang yang murtad maka segala amalannya akan gugur dan diberi pembalasan
dengan dimasukkan kedalam api neraka buat selama-lamanya. Firman Allah S.W.T :
Dan sesiapa antara kamu yang murtad (berpaling tadah) daripada agamanya (agama Islam) ,
lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya
(yang baik) di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka dalamnya
(selama-lamanya).
(Surah al-Baqarah : 217)
Antara sebab seseorang itu menjadi murtad ialah :
1. Sujud atau tunduk kepada berhala secara pilihan sendiri bukan kerana terpaksa.
2. Menghina atau memperkecil-kecilkan sesuatu yang dimuliakan oleh agama Islam seperti
nama Allah S.W.T yang mulia, sifat-sifat Allah S.W.T, Al-Quran, Hadis Nabi Muhammad,
S.A.W hukum syarak, Rasul-rasul, perintah serta larangannya dan sebagainya.
3. Mengucapkan sesuatu ucapan kekafiran yang biasanya ucapan itu menyebabkan orang
menyangka dia telah kafir atau dengan terang-terang orang itu mengatakan yang dirinya
telah menjadi kafir atau keluar daripada Islam hal keadaannya secara ikhtiar.
4. Dan lain-lain yang boleh menyebabkan menjadi terkeluar daripada Islam seperti menyatakan
yang wajib itu sebaliknya begitu juga yang haram.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
11/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
11
Seseorang yang murtad itu ialah orang yang berbalik menjadi kafir. Orang yang murtad tidak
boleh dibiarkan dia dalam keadaan riddah kerana bagi orang murtad ini mempunyai hukum-
hukum yang tersendiri bagi mereka iaitu:
1. Hendaklah pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat kembali kepada Islam, kalau masih
enggan hendaklah dikenakan hukuman bunuh. Hukuman tersebut pernah dilaksanakan oleh
para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, antaranya Syaidina Abu Bakar, Syaidina Umar dan
Sayidina Ali.
2. Tidak sah perkahwinan orang yang murtad, sama ada dia sendiri kahwin atau
mengahwinkan orang lain. Bahkan isterinya wajiblah dipisahkan daripadanya sekiranya dia
kembali bertaubat menjadi Islam semula sebelum habis idahnya, maka kekallah isterinya itu
bersamanya ,kalau dia tidak bertaubat maka tercerailah isterinya mulai saat dia menjadi
murtad.
3. Haram memakan daging sembelihannya.
4. Seseorang yang murtad tidak boleh menerima pusaka dan tidak boleh dipusakai bahkan
semua hartanya dimasukkan ke dalam Baitul Mal.
Cara Masuk Islam
Mana-mana orang yang hendak masuk Islam, sama ada orang murtad atau orang kafir asli,
hendaklah dia menyempurnakan perkara-perkara berikut :
1. Melafazkan dua kalimah syahadat, sebaik yang mungkin dengan lafaz yang tersebut, dan
hendaklah diberi faham kepada orang yang melafazkan itu akan maksud kandungan dua
kalimah syahadat yang tersebut serta diakui maksudnya itu.
2. Kepada orang kafir yang berfahaman bahawa kerasulan Nabi Muhammad S.A.W itu hanya
tertentu kepada bangsa Arab sahaja, hendaklah ditambah pengakuanya bahawa kerasulan
Baginda adalah umum kepada umat manusia seluruhnya.
3. Kepada orang yang menjadi murtad dengan mana-mana satu sebab yang menyebabkan dia
menjadi muartad,hendaklah ditambahkan pengakuannya ; bahawa dia bertaubat daripada
melakukan pekara yang dengan sebabnya dia telah menjadi murtad.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
12/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
12
Beriman seseorang itu ialah dengan kepercayaan yang menjadi akidah tanpa syak dan ragu
dengan rukun-rukun iman dan Islamnya pula dengan pengakuan yang menjadi tanda kepada
kita. Walaupun demikian, jika sekiranya berlaku ikrar syahadat dan menunaikan perkara fardu,
tetapi hatinya tidak ada kepercayaan atau ragu atau tidak mengaku apa yang diwajibkan itu,
bermakna dia tidak beriman walaupun masih dinamakan Islam.
Dalam Surah al-Hujurat, Allah S.W.T telah menerangkan bahawa persoalan iman itu
sebenarnya tidak semudah apa yang diucapkan dengan lidah sahaja tanpa ia bersemadi dalam
hati dan dilakukan dengan amal. Firman Allah S.W.T :
Orang Arab berkata : Kami telah beriman. Katakanlah ( wahai Muhammad ) : Kamu belum
beriman (kerana iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu). Berkatalah sahaja :
Kami telah Islam.
( Surah al-Hujurat :14)
Oleh itu, dalam usaha untuk kembali menghayati Islam sepenuhnya, maka perlulah kita
memahami secara mendalam apakah hakikat iman yang sebenarnya, syarat dan sifat-sifat
orang yang beriman kea rah meningkatkan iman tersebut.
Antara sifat orang yang beriman adalah seperti berikut:
1. Sifat takwa
Sifa takwa adalah sifat yang berhubung dengan orang mukmin kerana seseorang itu tidak
cukup untuk dikatakan mukmin andainya ketakwaannya kepada Allah S.W.T tidak ada. Firman
Allah S.W.T :
Kitab Al-Quran ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertakwa.
( Surah al-Baqarah :2)
B) LIMA CIRI ORANG BERIMAN
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
13/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
13
2. Bersedia patuh kepada perintah Allah S.W.T
Orang yang beriman ialah orang yang bersedia dan mengikut serta patuh terhadap hukum-
hukum Allah S.W.T; menerima dan patuh terhadap segala perintah Allah S.W.T; menerima
dengan redha dan gembira. Firman Allah S.W.T:
Sesungguhnya jawapan orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya
untuk menghukum ( mengadili) antara mereka ialah ucapan kami dengar dan kami patuh, dan
mereka itulah orang yang beruntung.
(Surah an-Nur: 51)
3. Membersihkan diri daripada sebarang syirik
Sudah pasti bahawa orang mukmin menjauhkan diri daripada syirik dan amalan serta perbuatan
yang membawa kepada syirik. Kerana mereka menyedari bahawa perbuatan syirik adalah
bercanggah dengan dasar tauhid. Begitu juga dalam melaksanakan ibadat, mereka
mengemukakan ibadat semata kerana Allah S.W.T, tidak kepada yang lain selain daripada
Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T:
Dan orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain beserta Allah.
(Surah al-Furqan : 68)
4. Mentauhidkan Allah (swt)
Menegakkan pengertian Lailahaillalah, pengertian yang memawa erti beriman kepada Allah
S.W.T dan tunduk patuh kepada perintahNya, mengiktirafkan syariatNya, menolak sesuatu
yang disembah selain daripadaNya. Di samping itu, menuntut supaya membulatkan sokongan
terhadap Islam dan umat Islam, baik dalam bentuk perkataan, perbuatan, membenci orang
kufur dan orang munafik. Dengan mentauhidkan Allah S.W.T dan tidak berlaku pengabdian
kepada sesuatu yang lain daripadaNya.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
14/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
14
Firman Allah S.W.T :
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang
bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan
kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian daripada kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan
selain daripada Allah S.W.T . Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling maka katakanlah
kepada mereka: Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam.
(Surah Al-Imran: 64)
5. Memelihara dan menjaga akidah
Orang yang beriman sentiasa menjaga akidahnya, kerana akidah adalah asas bagi amal,
amalan hati lebih penting daripada amalan ikir, mencari kesempurnaan dalam kedua-dua
bidang itu dituntut oleh syariat.Allah (swt)tidak menerima amalan yang tidak disertai dengan
akidah yang benar.Orang yang beriman sentiasa menjaga dan mengawal akidahnya supaya
tidak rosak. Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
Akan berlaku sebelum kiamat beberapa fitnah seperti bahagian malam yang gelap pekat (di
mana) seorang lelaki pada pagi sebagai orang mukmin (beriman) dan (apabila) petang menjadi
kafir, mukmin di waktu petang dan kafir di waktu pagi. Beberapa golongan menjual
(menukarkan) agama mereka dengan kepentingan dunia.
(Tirmizi)
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
15/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
15
LIMA LANGKAH MEMELIHARA AKIDAH
Sebagai umat Islam, kita perlu memelihara akidah daripada sebarang pencemaran. Walaupun
begitu, kita juga dikehendaki mengetahui langkah pencegahan daripada rosaknya akidah
sebagai persediaan pada masa hadapan. Akidah tauhid menekankan umat Islam supaya
menetapkan pegangan, mengukuhkannya serta memeliharanya. Dalam hal ini, beberapa
perkara utama yang mesti dijaga oleh setiap mukmin yang mahu menjaga kesejahteraan
imannya ialah:
1. Mengikhlaskan ubudiyahkepada Allah S.W.T
Keikhlasan ubudiyah(pengabdian) kerana Allah S.W.T dengan erti memberi hak uluhiyahyang
sempurna daripada sudut keagungan, kecintaan dan ketundukan mutlak kepada Allah S.W.T.
Ini akan tercapai dengan tiga perkara:
a) Jangan menjadikan yang lain sebagai Tuhan dengan mengagungkannya seperti Allah
S.W.T. Lihat firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Imran ayat 64.
b) Jangan mengambil selain Allah S.W.T sebagai penolong (wali) dan mencintainya seperti
mencintai Allah S.W.T. Adalah menjadi tuntutan tauhid supaya seseorang itu menjadikan
cintanya tulen kepada Allah S.W.T; tidak mengambil dan mencintai wali dan berhala
seperti mencintai Allah S.W.T, kerana wilayah (kepatuhan) hanyalah kepada Allah S.W.T
dan tidak kepada yang lain.
c) Jangan mencari hakikat selain Allah S.W.T, memberi ketaatan kepadanya seperti memberi
ketaatan kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya yang mempunyai hak penentu bagi segala
urusan hambaNya serta hak menggubal perundangan (tasyrik) untuk mereka dalam
urusan-urusan agama dan dunia hanyalah Allah S.W.T sahaja. Dia amat mengetahui
tentang kejadian mereka, amat mengasihani hambaNya serta amat mengetahui apa yang
baik dan apa yang buruk untuk hambaNya.
C) LIMA LANGKAH MEMELIHARA AKIDAH DAN MENGEMBALIKAN
KEPADA KEIMANAN YANG SEBENAR
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
16/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
16
2. Mengkufurkan segala taghut
a) Untuk mencapai tauhid ini hendaklah dengan membersihkan ubudiyah kepada Allah
S.W.T serta memberikan hak keuluhiyahan ( ketuhanan) kepadaNya baik daripada sudut
kebesaranNya, kecintaanNya dan ketaatan yang hanya layak bagi Allah S.W.T dan tidak
kepada yang lain.
b) Mengkufurkan taghut dan membersihkan hati daripada apa yang disembah dan ditaati
selain daripada Allah S.W.T, sehingga terdapat ayat-ayat Al-Quran kadang-kadang
didahului dengan mengkufuri taghut kemudian mengimani Allah S.W.T. Firman Allah
S.W.T:
Barang siapa yang ingkar kepada taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya
ia telah berpegang kepada tali yang amat kuat dan tidak akan putus.
(Surah al-Baqarah : 256)
3. Menuntut ilmu
Orang yang mencari ilmu untuk dijadikan bekalan dalam perjalanan hidup untuk hari kemudian
dan berniat untuk mencari keredaan Allah S.W.T semata-mata termasuk golongan orang yang
bakal memperoleh keselamatan dan kejayaan. Imam Al- Ghazali menyatakan yang paling
utama sekali adalah waktu kamu itu digunakan untuk menambah ilmu yang berguna dan
bermanfaat terhadap din, iaitu ilmu yang dapat menghantar kamu menuju ketakwaan kepada
Allah S.W.T, membuka kesedaran kamu untuk menyaksikan segala keburukan yang terdapat
dalam dirimu. Memperdalamkan makrifat terhadap dunia dan menambah penglibatan dirimu
terhadap kehidupan di akhirat kelak. Ilmu ini dapat membuka luas mata hatimu, sehingga kamu
dapat menjaga jangan sampai berulang lagi perbuatan yang buruk, malah membuat kamu lebih
waspada dan berhati-hati sekali terhadap godaan-godaan syaitan dan tipu dayanya.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
17/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
17
4. Mentaati perintah Allah S.W.T
Taat itu maksudnya ialah menuntut atau patuh kepada peraturan-peraturan dan ketentuan-
ketentuan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. Perintah-perintah Allah S.W.T itu terdiri daripada
amal-amal yang wajib dan yang sunat.
Amal-amal yang wajib merupakan amal yang paling penting bagi menggerakkan setiap urusan
serta membawa manusia ke jalan yang selamat dan bahagia. Amal-amal yang sunat pula
merupakan keuntungan yang memberikan dan mengangkat darjat kepada kejayaan dan
kemuliaan.
Dalam mentaati perintah Allah S.W.T seseorang mukmin mestilah menunaikan kewajipan-
kewajipan yang telah difardukan kepadanya seperti solat, puasa pada bulan Ramadan,
menunaikan haji dan mengeluarkan zakat. Demi memastikan keempat-empat fardu ini hidup
dalam diri seseorang, dia hendaklah menyeru manusia kepada pelaksanaannya serta melarang
manusia daripada mengabaikannya Usaha ini dinamakan amrubil-makruf wanahau anil-munkar.
Oleh itu, sekiranya tugas ini tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka menjadi kewajipan
kepadanya untuk melaksanakannya.
Di samping melakukan perkara-perkara yang fardu, seseorang mukmin itu hendaklah
meningkatkan dirinya dengan melaksanakan amalan-amalan yang sunat. Amalan-amalan yang
sunat ini begitu luas ruang lingkungannya. Oleh itu, perkara yang paling penting dalam
pelaksanaan amalan-amalan sunat ini hendaklah ia berdasarkan petunjuk-petunjuk daripada
Sunah Nabi Muhammad S.A.W.
5. Menjauhi maksiat
Seorang mukmin itu juga mestilah menjauhkan dirinya daripada maksiat, memandang berat
terhadap dosa-dosa besar, berwaspada terhadap dosa-dosa kecil dan berusaha bersungguh-
sungguh untuk menjauhinya.
Imam Al-Ghazali memberi peringatan bahawa dalam tuntutan din terdapat dua perkara yang
sangat penting untuk diperhatikan. Pertama, meninggalkan dan menjauhi segala sesuatu yang
dilarang dan diharamkan. Kedua, berbuat taat dan menunaikan segala perintah, beribadat dan
berbakti kepada Allah S.W.T.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
18/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
18
Antara kedua-duanya itu, menjauhi segala yang dilarang dan diharamkan itu adalah sesuatu hal
yang terlalu berat, kerana ketaatan melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T memang
mampu dilaksanakan, tetapi meninggalkan dan menjauhi apa yang dilarang dan diharamkan itu
hanya mampu dilakukan oleh orang yang benar-benar kuat keimanannya.
Untuk menjadikan iman jauh daripada pengaruh maksiat hendaklah seseorang mukmin itu
menjaga adab-adab yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Ini kerana
kebiasaannya syaitan itu menyerang manusia daripada pintu-pintu yang terlemah dalam dirinya.
Oleh itu, hendaklah dia membentengi dirinya daripada serangan-serangan syaitan.
LIMA LANGKAH MENGEMBALIKAN KEIMANAN YANG SEBENAR
Firman Allah S.W.T:
Barang siapa yang murtad antara kamu daripada agamanya lalu dia mati, sedang dia dalam
kafir, maka telah habislah amalannya di dunia dan di akhirat. Maka mereka itulah penghuni
neraka, mereka kekal dalamnya.
( Surah al-Baraqah : 217 )
Sesiapa yang menyatakan atau melakukan sesuatu yang merosakkan akidah (kufur), maka dia
telah melakukan satu jenayah. Sekiranya dia mati sebelum bertaubat, maka dia mati sebagai
seorang kafir. Kedudukannya di dunia ini sebagai seorang yang beriman akan luput dan di
akhirat dia dimasukkan oleh Allah S.W.T dalam golongan orang kafir.
Orang yang rosak akidah (murtad) dan ingin kembali kepada iman hendaklah mengikut
langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Al-Quran. Lihat firman Allah S.W.T dalam Surah
al-Baqarah ayat 159-160 dan Surah an-Nisa ayat 146.
Langkah-langkah yang digariskan oleh kedua-dua ayat di atas adalah seperti berikut:
1. Bertaubat
Orang yang murtad itu hendaklah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Dia mesti
menyedari kesalahannya, menginsafi keterlanjurannya, berazam untuk tidak mengulanginya
dan menanamkan perasaan benci untuk kembali menjadi kafir semula setelah beriman.
Wajib baginya mengucap semula dua Kalimah Syahadat.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
19/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
19
2. Mengadakan Islah atau pembaikan
Dia hendaklah mengadakan pengislahan yang sepenuhnya dalam hidupnya. Sekiranya, dia
rosak akidah (murtad) oleh kerana ucapannya yang dilandaskan kepada kejahilannya yang
berterusan terhadap Islam maka wajib baginya belajar daripada orang yang berilmu.
Sekiranya rosaknya akidah disebabkan oleh pengaruh cara hidup kawan-kawan atau
kumpulannya, maka wajib dia menukar cara hidup tersebut serta meninggalkan kawan-
kawan dan keluar daripada kumpulan yang telah disertainya sebelum itu.
3. Menerangkan kebenaran
Wajib baginya menyatakan, menerangkan atau mengisytiharkan taubatnya kepada kaum
muslimin. Hendaklah dia menyatakan kesalahannya, dan membuktikan dalam hidupnya
kemudian bahawa dia telah telah meninggalkan ucapan-ucapan atau perbuatan-
perbuatannya yang telah menjadikan dia rosak iman.
4. Berpegang teguh kepada agama Allah S.W.T
Orang tersebut hendaklah berpegang sepenuhnya kepada ajaran Islam, melaksanakan
yang diperintahkan Allah S.W.T dan meninggalkan segala yang dilarangNya. Sekiranya dia
tidak berpegang teguh dengan ajaran Islam, dikhuatiri dia akan kembali kufur semula.
5. Mengikhlaskan diri kerana Allah S.W.T
Orang tersebut mestilah mengikhlaskan seluruh amal dan tindakannya kepada Allah
S.W.T. Firman Allah S.W.T :
Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan
ketaatanNya dalam menjalankan agama yang lurus.
( Surah al-Bayinah : 5)
Setelah orang tersebut memenuhi kelima-lima langkah di atas, barulah dia tergolong semula ke
dalam kalangan orang yang beriman. Firman Allah S.W.T :
Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman.
( Surah an-Nisa : 146)
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
20/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
20
KESIMPULAN
Sesungguhnya, telah jelas dan menjadi keyakinan kepada umat ini bahawa iamn dan Islam
sahajalah yang dapat menjamin akidah mereka. Oleh itu, ia mestilah dipertahankan supaya
dapat menjamin keselamatan akidah . Akidah sahih yang dipandukan oleh Al-Quran dan Hadis
menjadi panduan, ikutan dan keyakinan kepada kita. Kita menolak mana-mana akidah yang
menyeleweng, batil dan kufur sama ada ia dibawa oleh orang perseorangan, kumpulan, jemaah
dan sebagainya.
Kita terpaksa menolak mana-mana penjajahan yang dilakukan oleh kuffar, khususnya
penjajahan pemikiran kepada umat ini. Sekaligus mereka mahu menyahudikan, menasranikan
serta merosakkan akidah umat Nabi Muhammad S.A.W. Kita hendaklah berwaspada
menghadapi golongan ini dengan berpegang teguh kepada ajaran Allah S.W.T dan Nabi
Muhammad S.A.W.
Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat yang mengingatkan beberapa perkara yang boleh
menyebabkan akidah dan iman menjadi rosak serta yang boleh menyebabkan syirik dan kufur.
Iman dan akidah seseorang muslim menjadi rosak dengan beberapa cara; sama ada secara
perbuatan, perkataan, dan iktikad. Dengan ini, terkeluarlah dia daripada agama Islam. Allah
S.W.T telah memperingatkan umat ini dengan firmanNya dalam Surah al-Maidah, ayat 54.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
21/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
21
REFLEKSI
Pada 8 Mac 2012, kumpulan DPLI Ambilan Jan 2012 (Pendidikan Seni Visual) telah diberikan
tugasan kerja kursus pendek bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Tajuk tugasan ini ialah
Keimanan dan kemantapan akidah. Pada mulanya, kami diberi taklimat mengenai tugasan ini
oleh pensyarah. Dalam tugasan ini, kami dikehendaki menjawab ketiga-tiga soalan dengan
menghasilkan satu esei pendek. Tugasan ini hendaklah dibuat secara individu.
Selepas mendapat tugasan, kami mula mencari maklumat dan buku-buku di perpustakaan.
Kami memerlukan sekurang-kurangnya lima buku sebagai rujukan. Selain itu, kami perlu
melampirkan buku sebagai bukti pengumpulan sumber maklumat atau bahan rujukan berkaian
tugasan ini. Buku-buku rujukan yang saya pinjam di perpustakaan, saya berkongsi bersama-
sama dengan rakan-rakan lain untuk mendapatkan maklumat tentang tugasan. Saya juga
fotostat segala maklumat yang berkaitan untuk dijadikan lampiran.
Di samping itu, saya juga mencari maklumat di internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan. Tetapi tidak banyak yang saya fahami kerana tiada penerangan. Hanya sedikit
sahaja maklumat yang saya rujuk. Akhir sekali, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan
jayanya dengan bantuan ahli keluarga dan rakan-rakan lain.
-
8/2/2019 Pengertian Iman Dan Perbezaannya Dengan Kufur
22/22
PIK 2102W KEIMANAN DAN KEMANTAPAN AKIDAH
RUJUKAN
Ahmad Mohd Salleh (1998). Pendidikan Islam Dinamika Guru Jilid I. Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd
Prof Dr. Haron Din, Prof. Madya Mohd Sulaiman Hj. Yasin, Prof. Madya Hassan Salleh, Drs,
Sidi Ghazalba (1990). Manusia dan Islam Jilid I. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pendidikan Malaysia
Abdul Majid Aziz Al-Zandani (1992). Tauhid: Pendekatan Saintifik (Buku 1). Percetakan Zainon
Kassim Sdn. Bhd untuk J.P.N.K.L
Ahmad B. Mohd Salleh (2002). Pendidikan Islam Asas Dinamika Guru Jilid II Edisi Kedua
(Semester V). Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Dr. Abdul Aziz Muhammad As-Salman (1994). Soal- jawab Aqidah Islam Menurut Pegangan
Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Darul NuMan
top related