penghasilan watak psikopat dalam filem muhammad …
Post on 26-Oct-2021
9 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGHASILAN WATAK PSIKOPAT DALAM FILEM
MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD MUTALIB
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Sinematografi) 2018
PENGHASILAN WATAK PSIKOPAT DALAM FILEM
MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD MUTALIB
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Sinematografi)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2018
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Gred: _ _____
Sila Tandakan (")
Laporan Projek Tahun Akhir
Sarjana
Ijazah Doktor Falsafah D
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
Pengisytiharan ini dibuat pada tarikh ..~...~.. hari bulan ... :o:u.~.&. .... 2018.
Pengesahan Pelajar:
Saya MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD MUTALIB (52745) pelajar daripada FAKULTI SEN I
GUNAAN DAN KREATIF dengan ini mengesahkan bahawa kerja yang bertajuk PENGHASILAN
WATAK PSIKOPAT DALAM FILEM adalah kerja saya yang asli. Saya tidak disalin dari kerja
mana-mana pelajar yang lain atau dari mana-mana sumber lain kecuali di mana rujukan
sewajarnya atau pengakuan telah dinyatakan dengan jelas dalam teks, dan tidak mempunyai
mana-mana bahagian telah ditulis untuk saya dengan orang lain.
Tarikh Penghantaran Muhammad Taufiq bin Abd
Mutalib (52692)
Pengesahan Penyelia:
Saya ENCIKYOW CHONG LEE dengan in; memperakui bahawa kerja yang bertajuk PENGHASILAN
WATAK PSIKOPAT DALAM FILEM telah disediakan oleh pelajar yang bernama di atas, dan telah
diserahkan kepada "FAKULTI" sebagai * memenuhi sebahagian I penuh bagi penganugerahan
IJAZAH SARJANA MUDA SENI GUNAAN DAN KREATIF, dan kerja yang dinya takan di atas adalah
sepanjang pengetahuan dan bimbingan saya, adalah kerja pelajar terseb ut.
Oiterima untuk diperiksa oleh: Tarikh : {/!r Ji6/1'fJ/1f ~n 1 cC'l"w Ch nJ .• "'"
(Encik Yow Chong Lee) I · .;. . ,.~, - ~ t t.".lU"e ""h "
f"""'1Y of fl. ' N " S ! I~:;p.RAWA""\.TN!\- \;1<5\!' I', - '
Saya mengaku Projek ini / Tesis diklasifikasikan sebagai (Sila tandakan (v)) :
D SUlIT (Mengandungi maklumat sulit di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972)*
o TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi di mana
penyelidikan dijalankan)*
l"'.J AKSES TERBUKA
P!,ngesahan Projek / Tesis
Oleh itu, saya disahkan dengan sewajarnya dengan kebenaran bebas dan kesediaan
mengisytiharkan bahawa ini berkata Projek / Tesis hendaklah diletakkan secara rasmi di Pusat
Khidmat Maklumat Akademik dengan kepentingan mematuhi dan hak-hak seperti berikut:
• Projek / Tesis ini adalah harta undang-undang tunggal Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
• Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk membuat
salinan untuk tujuan akademik dan penyelidikan sahaja dan bukan untuk tujuan lain.
• Pusat Khidmat Maklumat Akademik mempunyai hak yang sah untuk mendigitalkan kandungan untuk untuk Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
• Pusat Maklumat Perkhidmatan Akademik mempunyai ok yang sah untuk membuat
salinan Proj ek / Tesis pertukaran antara institusi pen gajian antara Institut Pengajian
Tinggi.
• Tiada pertikaian atau apa-apa tuntutan akan muncul dari pelajar itu sendiri tiada
pihak ketiga dalam Projek ini / Tesis apabila ia menjadi milik tunggal UNIMAS.
• Projek / Tesis ini atau apa-apa bahan, data dan maklumat yang berkaitan dengannya
tidak boleh diedarkan, diterbitkan atau didedahkan kepada mana-mana pihak oleh
pelajar melainkan dengan kebenaran UNIMAS. Il Tandatangan Pelajar ~ Tandatangan Penyelia: { UJ--lI'( / ( Yow Chong Le. Tarikh: l' ~N~ :)01 Tarikh : 010 (){Jig' Lecl,,",r .
. It of Arp\itO '>c,d Crealwe ~~ Alamat Semasa: tJ~,~~d~Sl1I Mi\LIWSIASARi'>
37, Jalan 4/1, Taman Selayang Mutiara, 68100 Batu Cave s, Selangor,
Nota: * Jika Projek / Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan bersa ma-sama sebagai lampiran surat
daripada organisasi dengan sebab dan tempoh kerahsiaan dan sekatan,
[Instrum en ini tel ah di sediaka n dengan sewajarnya oleh Pusat untuk M aklumat Perkhidmatan Akademik)
PENGAKUAN
Projek bertajuk PENGHASILAN WATAK PSIKOPAT DALAM FILEM telah
disediakan oleh MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD MUTALIB dan telah
diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Sinematografi).
Diterima untuk diperiksa oleh:
_____________________________
(EN YOW CHONG LEE)
Tarikh:
PENGESAHAN
Adalah ini diakui bahawa saya, MUHAMMAD TAUFIQ BIN ABD
MUTALIB disertai penulisan yang bertajuk PENGHASILAN WATAK
PSIKOPAT DALAM FILEM sebagai sebahagian daripada keperluan
untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dan Kreatif dalam Program
Sinematografi diterima.
Disahkan oleh:
__________________________
(EN YOW CHONG LEE)
Penyelia
i
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya,
penyelidikan tahun akhir dapat disiapkan dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini dengan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan projek tahun
akhir ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada penyelia
saya iaitu Encik Yow Chong Lee kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan
cadangan yang baik, nasihat yang membina serta komen yang membina kepada saya
untuk menyiapkan kursus pengajian ini. Saya berasa terharu dengan beliau kerana
sanggup meluangkan masa yang berharga dan mencurahkan ilmu untuk menyelia
saya. Saya juga telah banyak belajar dan memperoleh pengetahuan dari beliau
sepanjang proses persiapan projek tahun akhir ini. Jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada pensyarah-pensyarah lain seperti Dr Abdul Riezal Dim, Cik Teo
Miaw Lee, Encik Jefri b. Samaroon, Encik Aliffazraie dan juga Encik Affendi b.
Azizian atas tunjuk ajar yang diberikan selama ini serta membantu saya sepanjang
menjadi pelajar tahun akhir ini.
Akhir sekali penghargaan ini ditujukan kepada kedua ibu bapa saya, Abd
Mutalib dan Norainy kerana doa yang mereka hulurkan. Selain itu, rakan-rakan
seperjuangan yang turut membantu dan menyokong saya untuk sepanjang
menyiapkan tugasan projek tahun akhir.
ii
ISI KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
Penghargaan i
Isi Kandungan ii
Abstrak iv
Abstract v
Senarai Jadual vi
Senarai Rajah vii
Senarai Singkatan viii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan………………………………………....................1
1.1 Latar Belakang…………………………………………...........2
1.2 Penyataan Masalah…………………………………................3
1.3 Objektif Kajian…………………………………………...........3
1.4 Persoalan Kajian…………………………………………….....4
1.5 Tujuan Kajian……………………………………………….....4
1.6 Kepentingan Kajian……………………………………………4
1.7 Limitasi Kajian………………………………………………...4
1.8 Audiens………………………………………………………...5
1.9 Konklusi………………………………………………………..5
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan……………………………………………………..6
2.1 Kriteria dalam Pembentukan Watak …………………………..7
2.2 Ciri-ciri Seorang Psikopat yang Realistik……………………..8
iii
2.3 Konklusi………………………………………………………..10
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan……………………………………………………...11
3.1 Reka Bentuk Kajian……………………………………………12
3.1.1 Pemerhatian……………………………………………...12
3.1.2 Tinjauan………………………………………………….13
3.2 Rajah Ringkasan……………………………………………….14
3.3 Konklusi………………………………………………………..14
BAB 4 DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan……………………………………………………...15
4.1 Deskriptif…………………………………………………….....16
4.1.1 Pemerhatian Makmal…………………………………….16
4.1.2 Tinjauan…………………………………………………..19
4.1.3 Sumber Wawancara daripada Youtube …………………...23
4.2 Konklusi…………………………………………………………24
BAB 5 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan…………………………………………………….25
5.1 Aplikasi Kajian………………………………………………..27
5.2 Limitasi Kajian………………………………………………..27
5.3 Cadangan……………………………………………………...27
RUJUKAN 29
LAMPIRAN 32
iv
ABSTRAK
Kajian ini memfokuskan kepada watak psikopat dalam filem dan cara
penghasilannya. Pertama sekali pengkaji harus mengenalpasti kriteria-kriteria yang
diperlukan dalam penghasilan watak. Sebagai contoh pengalaman lalu watak itu dan
keinginannya. Seterusnya ciri-ciri seorang psikopat yang realistik di mana psikopat
ini merupakan watak bukan fiksyen. Contohnya psikopat ialah seorang yang ego dan
tiada rasa belas kasihan. Metodologi kajian ini bersifat deskriptif dengan
menggunakan pemerhatian makmal (analisa filem), tinjauan (wawancara) dan filem
dokumentari mengenai psikopat. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kriteria
pembentukan watak dapat dikenalpasti melalui analisa filem seperti keinginan,
halangan, perbezaan, pendedahan dan rahsia watak tersebut. Ciri-ciri psikopat yang
realistik pula dapat dianalisa dengan mewawancara pakar psikiatri dan data
terkumpul daripada filem dokumentari berkenaan dengan psikopat.
v
ABSTRACT
This study focuses on psychopathic characters in film and how it is produced.
Firstly, the researcher will identify the criteria needed in the character‟s creation, as
an example the past experiences of the character and his/her desires. Next is the
characteristic of a realistic psychopath whereas this psychopath is a non-fictional
character. For example, a psychopath is someone with egoistic character and does
not has mercy. The methodology of this study was descriptive design by using
laboratory observation (film analysis), surveys (interviews) and sources from
Youtube. The findings show that character‟s criteria can be identified through film
analysis such as desires, obstacles, differences, disclosures and secrets of the
character. Realistic psychopathic features can also be analyzed by interviewing
psychiatrists and collected data from documentary film that discusses on psychopath.
vi
SENARAI JADUAL
SENARAI JADUAL MUKA SURAT
4.1 Analisa filem terpilih 17
4.2 Kriteria pembentukan watak yang diterapkan 18
vii
SENARAI RAJAH
SENARAI RAJAH MUKA SURAT
3.2.1 Carta aliran metodologi kajian 14
viii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN
APA : American Psychiatric Association
DSM-5 : Diagnostic and Statistic Manual (5th
edition)
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Filem merupakan satu medium komunikasi massa berasaskan kreativiti yang
berlatarbelakangkan politik, ekonomi, sosial serta budaya. Ringkasnya filem ialah
gambar bergerak atau motion picture. Penentuan watak dalam filem amat
dititikberatkan kerana watak yang dinamik dapat memberikan impak kepada
keseluruhan cerita contohnya seperti watak psikopat.
Watak psikopat seringkali dikaitkan dengan watak antagonis/jahat dalam
filem. Ia muncul dalam genre filem seperti action dan thriller. Hal ini kerana watak
dan perwatakan dalam genre filem seperti ini lebih menonjol untuk dipertontonkan.
Contoh filem seperti Split (2017) arahan M. Night Shyamalan yang bergenre thriller.
2
Kevin sebagai watak utama dalam filem ini yang menghidap penyakit Dissociative
Identity Disorder (DID) dimana dia mempunyai 24 identiti yang lain. Watak yang
diketengahkan oleh Kevin ialah seorang psikopat dan perwatakannya adalah seperti
seseorang yang normal tetapi sebenarnya menghadapi masalah mental yang
menjadikan dia seorang pembunuh pada akhirnya.
Secara khususnya, kajian ini memfokuskan kepada cara penghasilan watak
psikopat dalam filem dengan menggunakan beberapa filem berunsur psiko sebagai
sampel kajian. Psikopat diterjemahkan sebagai seseorang yang menghidap
sebahagian kecil daripada penyakit mental atau dikenali sebagai Antisocial
Personality Disorder (Vince McLeod, 2013).
1.1 Latar Belakang
Kajian ini berlatarbelakangkan penghasilan watak dalam filem.
Terdapat beberapa cara untuk menghasilkan sesuatu watak dalam filem.
Secara asasnya adalah seperti menyatakan umur, isu kesihatan, ahli
keluarga, kelas sosial, pekerjaan, pendapatan, hobi, makanan kegemaran,
warna kegemaran, kesan fizikal, keperluan dan kehendak, dan juga
motivasi diri (Elizabeth English, 2011). Penghasilan watak utama
hendaklah yang disenangi dan menarik perhatian untuk membuatkan
penonton rasa dan mengikuti perjalanan watak itu sehingga ke
penghujung cerita. Selain itu, penghasilan watak dalam filem juga
perlulah mencabar watak untuk mengatasi was-was dalam diri, kesilapan
dalam berfikir, kesalahan atau trauma dari masa lampau atau ketakutan
3
yang dialami dan juga harapan untuk masa depan. Kelemahan dan
ketidaksempurnaan dalam watak menampakkan lagi realistik dan
keberadaan watak itu dalam filem. Justeru itu, penghasilan watak dalam
filem perlulah dilihat dari segi psikologi, sosiologi dan fisiologi seseorang
itu secara spesifik.
1.2 Penyataan Masalah
“Real psychopaths don‟t giggle. The maniacal laugh: only in the movies.”
Sebahagian daripada petikan artikel oleh Erika Engelhaupt (2014).
Maksudnya psikopat yang sebenar bukanlah seperti yang ditunjukkan dalam
filem. Kebanyakan filem tidak menunjukkan watak psikopat yang realistik
kerana filem memerlukan variasi emosi dalam menyampaikan watak.
Dengan kata lain, permasalahan kajian ini ialah watak psikopat yang
diaplikasikan ke dalam filem kebanyakannya tidak realisitik seperti psikopat
sebenar.
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan kepada tiga objektif utama. Kesemua
objektif berkait rapat dalam meneruskan kajian ini kehadapan. Tiga
objektif tersebut adalah:
I. Untuk mengenalpasti kriteria yang perlu ada dalam pembentukan
watak.
II. Untuk menganalisa ciri-ciri seorang psikopat yang realistik.
4
III. Untuk mengaplikasikan pembentukan watak psikopat ke dalam
filem pendek.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian ini adalah kesinambungan daripada objektif kajian. Tiga
persoalan kajian yang perlu diselesaikan adalah;
I. Apakah kriteria yang perlu ada dalam pembentukan watak?
II. Apakah ciri-ciri seorang psikopat yang realistik?
III. Bagaimana perwatakan psikopat (sebenar) diaplikasikan ke dalam
filem?
1.5 Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui cara pembentukan
watak psikopat dan pengaplikasian ke dalam filem.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini dapat menyalurkan lagi idea kepada penyelidikan berkaitan
psikopat sama ada dalam bidang psikiatri mahupun perfileman. Psikopat
wujud di dunia sebenar dan boleh menjadi sumber inspirasi untuk
diaplikasikan ke dalam filem.
1.7 Limitasi Kajian
Limitasi kajian ini adalah penggunaan watak psikopat lebih kerap
digunakan dalam industri perfileman Hollywood. Oleh sebab itu, penulis
5
akan memperolehi bilangan sampel yang terhad dengan menganalisa
filem No Country For Old Men, The Loved Ones, Orphan dan Split. Dari
segi temuramah pula, penulis mendapatkan informasi melalui pakar
psikiatri dan bukannya pemerhatian ke atas pesakit psikopat kerana sukar
untuk penulis memerhati psikopat yang sebenar kerana mungkin ia berada
disekeliling kita. Tambahan lagi penulis menghadapi kesukaran untuk
mendapatkan akses ke hospital yang mempunyai pesakit psikopat.
1.8 Audiens
Target audiens untuk kajian ini adalah untuk peminat filem berunsur
psychothriller sama ada pelajar bidang perfileman, pengkaji filem
mahupun peminat umum.
1.9 Konklusi
Penghasilan watak amat penting dalam memberikan impak kepada filem.
Untuk filem-filem yang mengandungi watak psikopat, ia harus
menampakkan realistik seperti psikopat sebenar namun kebanyakan filem
menokok tambah emosi watak psikopat. Jadi penulis berharap kajian ini
dapat merealisasikan seorang psikopat ke dalam filem.
6
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan
Dalam filem, penghasilan watak adalah amat penting dalam menyampaikan
jalan cerita dan memberi impak kepada penonton. Hal ini kerana penghasilan watak
yang dinamik menjadi nadi utama dalam penghasilan filem (Elizabeth 2002).
Watak dan perwatakan dalam filem akan menghidupkan lagi jalan ceritanya.
Protagonis mahupun antagonis akan memainkan peranan yang penting dalam
menentukan halatuju sesebuah filem.
7
2.1 Kriteria dalam Pembentukan Watak
Watak adalah antara nadi utama dalam pembikinan filem selain daripada
jalan cerita. Untuk menghasilkan sesebuah watak, seseorang itu haruslah
mengetahui kriteria-kriteria yang diperlukan. “The characters in your fiction are
people. Human beings. Yes, I know you make them up. But readers want your
characters to seem like real people. Whole and alive, believable and worth caring
about” kata Orson Scott (2010) dalam bukunya yang bertajuk Characters &
Viewpoint. Beliau menjelaskan tentang kriteria yang penting dalam pembentukan
watak, iaitu watak haruslah nampak realistik dan meyakinkan. Penonton mahupun
pembaca mahu merasakan watak itu adalah benar walaupun ianya hanyalah rekaan
semata.
Linda Seger (1990) menyenaraikan dalam bukunya mengenai kriteria yang
perlu ada jika ingin menghasilkan sesebuah watak seperti konteks, pengaruh budaya,
lokasi, pekerjaan, tempoh peristiwa dan kajian secara umum atau spesifik. “The first
step in the creation of any character is research. Since most writing is a personal
exploration into new territory, it demands some research to make sure that the
character and context make sense and ring true.” (Seger, 1990). Maksudnya
seseorang itu haruslah membuat kajian terlebih dahulu dan dapatkan rujukan
sebanyak yang mungkin untuk menghasilkan watak. Penulis atau pengkaji boleh
mendapatkan idea melalui pemerhatian atau pengalaman lalu dan mencari teras
kepada pembentukan watak tersebut (Linda 1990; Swain 1990). Penghasilan watak
memerlukan psikologi, fisiologi dan sosiologi. Ketiga-tiga elemen ini amat penting
untuk diterapkan ke dalam watak. Sesebuah watak itu mengandungi stereotaip
8
seperti pekerjaannya, jantina, umur, peranan dalam keluarga, dan juga kaum atau
etnik (Swain 1990; Scott 2010; Linda 1990).
Tambahan lagi, setiap watak yang ingin dihasilkan perlu ada keperluan dan
kehendaknya sendiri. Watak yang ingin dihasilkan tidak semestinya sependapat
kerana ianya perlu ada pertentangan dengan dirinya sendiri (Linda 1990, Corbett
2013). Oleh itu, kriteria-kriteria yang disebutkan merupakan antara sorotan kajian
yang penulis perolehi.
2.2 Ciri-ciri Seorang Psikopat yang Realistik
Dalam satu artikel yang ditulis oleh Jerry Flattum (2013) menyatakan bahawa
“The simplest definition is a person superficially charming, often times appearing
quite normal, but with a profound absence of guilt and/or empathy. It‟s not hard to
see the psychopath all around us, in everyday life.” Petikan di atas menggambarkan
ciri-ciri psikopat yang realistik secara am.
Menurut kajian terdahulu yang ditulis oleh Hikmah Maulanie (2011)
mengenai watak psikopat, beliau ada menyatakan bahawa salah satu ciri utama
psikopat ini adalah sangat kekurangan emosi positif mahupun negatif. Hal ini
menunjukkan bahawa seseorang psikopat itu tidak mempunyai emosi yang sama
seperti manusia yang normal. “Psikopat dikategorikan sebagai sindrom yang
menyebabkan seseorang itu mempunyai ketidakstabilan deria yang membawa kepada
kemusnahan dirinya sendiri. Kebiasaanya berpunca daripada pengalaman hidup
yang lepas dan trauma” tambah Maulanie dalam kajiannya.
Seorang yang sangat menawan dan suka memanipulasi antara ciri lain bagi
seseorang yang psikopat. Kebiasaannya dia (psikopat) akan menyembunyikan diri
9
mereka daripada khalayak ramai. Tetapi jika mereka menonjolkan diri, mereka akan
menjadi seseorang yang sangat disenangi ramai. Contohnya dalam filem Split (2017)
di mana Kevin, watak utama yang menghidap penyakit Dissociative Identity
Disorder (DID) yang mempunyai 24 watak yang berbeza. Dia menyembunyikan
dirinya di sebuah tempat bawah tanah tetapi seringkali menonjolkan dirinya sebagai
Barry dan berjumpa dengan pakar psikologi yang merawatnya. Wataknya sebagai
Barry amat disenangi oleh profesor tersebut.
Watak psikopat dan sosiopat boleh dikatakan sama kerana sifat anti-sosial
akan tetapi ada perbezaannya. Dalam satu artikel daripada Kristina Adams (2015)
menyebut “The main thing that helps me seperate the two is that sociopaths are
neurotic and don‟t plan; psychopath are controlled and plan things meticulously”.
Penyataan tersebut menjelaskan bahawa psikopat boleh mengawal dan merancang
manakala sosiopat pula tidak merancang dan tidak stabil. “And once the psychopath
implodes, the character usually ends up dead.” penyataan yang dibuat oleh Flattum
(2013) dalam artikelnya. Penyataan tersebut menggambarkan ciri-ciri yg ada pada
seorang psikopat di mana pada akhirnya seorang psikopat itu akan memudaratkan
dirinya sendiri. Jadi kajian terdahulu ada memberikan ciri-ciri watak psikopat tetapi
belum dikumpulkan di bawah bumbung yang sama.
“If you want to create a story that chills and thrills, there is no better way
than having a psychopath as a character.” (Vince McLeod, 2011). Watak psikopat
seringkali dimunculkan di dalam filem yang bergenre thriller atau horror. Watak ini
kebiasaannya digelar watak jahat/villain di mana ada artikel yang ditulis oleh Jerry
Flattum (2013) mengatakan “Psychopath is one of Hollywood‟s most favorite
antagonists.”
10
2.3 Konklusi
Konklusinya, kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada bahan bacaan
kajian terdahulu. Terdapat kajian terdahulu berkaitan watak psikopat di mana ciri-
ciri psikopat yang wujud seperti seseorang yang ego, suka memanipulasi, sangat
menawan dan tidak ada rasa belas kasihan. Dalam menghasilkan watak, kriteria
yang diperlukan seperti psikologi, fisiologi dan sosiologi adalah penting supaya
watak yang dihasilkan nampak lebih realistik. Jadi penghasilan watak psikopat yang
nampak realistik memerlukan ciri-ciri yang realistik juga.
top related