pengurusan belanjawan negara kursus pengurusan …
Post on 04-Oct-2021
32 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENGURUSAN BELANJAWAN NEGARA KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN
BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
18 JANUARI 2016
KANDUNGAN ◦DEFINISI BELANJAWAN
◦ PERANAN BELANJAWAN
◦OBJEKTIF PENGURUSAN BELANJAWAN
◦ KOMPONEN BELANJAWAN NEGARA
◦ SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
◦ PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN
◦AKAUNTABILITI
◦ PENUTUP
DEFINISI BELANJAWAN
◦ Satu pernyataan hasil dan perbelanjaan bagi masa hadapan yang
digunakan sebagai alat perancangan dan pengurusan sumber ekonomi
Negara untuk memenuhi keperluan rakyat.
◦ Alat ekonomi tahunan yang bertujuan untuk melaksanakan dasar
sosioekonomi Negara seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia
Ke-11.
◦ Perancangan jangka pendek Kerajaan yang berperanan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah Negara dan memberi kesan kepada aktiviti
swasta.
◦ Pengurusan belanjawan merangkumi peringkat penyediaan, pengagihan dan
pemindahan peruntukan, kawalan dan pemantauan.
PERANAN BELANJAWAN
◦ Belanjawan sebagai Alat Dasar Fiskal
Dasar fiskal adalah dasar kewangan Kerajaan yang bertujuan mencapai matlamat
membangun dan menstabilkan ekonomi Negara melalui pengurusan perbelanjaan dan dasar
percukaian yang cekap dan berkesan.
1. Fungsi Peruntukan
Peruntukan digunakan untuk menjaga keamanan serta ketenteraman, meningkatkan
taraf hidup, kualiti dan kesejahteraan rakyat.
2. Fungsi Agihan
Mengagihkan hasil perbelanjaan Negara secara adil mengikut keperluan.
3. Fungsi Penstabilan
menstabilkan ekonomi Negara seperti memastikan pertumbuhan ekonomi yang mapan,
pengurangan pengangguran dan inflasi serta mengawal imbangan pembayaran.
PERANAN BELANJAWAN ◦ Belanjawan sebagai Alat Pengurusan
1. Alat Mengurus Sumber Kewangan
Dokumen yang dibuatb oleh pengurus program/aktiviti mempunyai maklumat seperti
objektif, KPI dan aktiviti terlibat serta jumlah keperluan yang diperlukan. Ini akan membantu
pengurus program untuk bertindak secara efisien dan cekap.
2. Dokumen Kawalan Belanjawan dan Kewangan
Dokumen yang disediakan adalah merupakan perancangan strategik beserta keperluan
kewangan terlibat yang membantu pengurus program/aktiviti mencapai matlamat
organisasi.
3. Alat Mengukur Prestasi
Untuk melihat tahap pencapaian sesuatu aktiviti/program yang telah dirancang dalam
organisasi. Analisa ini akan membantu organisasi untuk menambahbaik pengurusan
mereka.
OBJEKTIF PENGURUSAN BELANJAWAN
Menyedia dan mendokumentasikan anggaran aliran pendapatan dan
perbelanjaan tahunan
Menunjukkan hala tuju aliran kewangan tahunan dalam organisasi
Memastikan agihan peruntukan sumber kewangan secara sistematik untuk
memenuhi keperluan dan objektif organisasi
Asas pemantauan dan penilaian prestasi pengurusan kewangan sesebuah
organisasi
Memastikan akauntabiliti dalam pengurusan kewangan
Menyedia laporan yang tepat dan mantap
KOMPONEN BELANJAWAN NEGARA
KUMPULAN
WANG
DISATUKAN
PEMBIAYAAN HASIL
PERBELANJAAN
KUMPULAN WANG DISATUKAN
AKAUN HASIL DISATUKAN
• Kutipan hasil, cukai dan bayaran kerajaan.
AKAUN AMANAH DISATUKAN
• Deposit, Kumpulan Wang Amanah Awam, Kerajaan
AKAUN PINJAMAN DISATUKAN
• Pinjaman dalam dan luar negeri
KOMPONEN BELANJAWAN NEGARA
1. HASIL NEGARA
Semua jenis pendapatan yang diterima oleh Kerajaan dalam bentuk cukai, yuran, lesen dan
terimaan lain. Hasil Negara ini terbahagi kepada tiga peringkat iaitu:-
a) Hasil Kerajaan Persekutuan
Hasil yang dikutip oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia yang terbahagi kepada 4 kategori:-
Hasil Cukai
Hasil Cukai ialah hasil yang dikutip atas harta atau pendapatan individu, perbadanan,
perkongsian dan syarikat seperti cukai pendapatan, duti kastam, duti eksais dan cukai jualan.
Hasil cukai ada dua:-
o Hasil Cukai Langsung – cukai/duti berhubung dengan ganjaran/emolumen (Cukai
Pendapatan)
o Hasil Cukai Tidak Langsung – cukai/duti yang dikenakan atas urus niaga barangan dan
perkhidmatan (Duti Kastam)
KOMPONEN BELANJAWAN NEGARA
2. Hasil Bukan Cukai
Semua hasil kerajaan selain daripada cukai dan pelbagai terimaan termasuk kenaan
daripada kelulusan permit, bayarana untuk perkhidmatan yang diberi, jualan perkhidmatan dsb.
3. Terimaan Bukan Hasil
Kutipan yang tidak berasaskan sebarang akta atau perundangan tetapi lebih merupakan kutipan
daripada pulangan balik perbelanjaan, terimaan untuk perkhidmatan, bayaran balik dsb.
4. Hasil Wilayah Persekutuan
Hasil dari 3 buah Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. (Hasil Cukai
Langsung dan Tidak Langsung, Hasil Bukan Cukai dan Terimaan Bukan Hasil).
KOMPONEN BELANJAWAN NEGARA
Hasil Kerajaan Negeri
Hasil yang dikutip dari tanah, lombong, pelesenan, duti hiburan, harta karun, zakat.
Hasil Kerajaan Tempatan
Cukai Taksiran, Denda dan Rampasan, Sewaan Aset oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
KOMPONEN PERBELANJAAN NEGARA
1. Belanja Mengurus
Perbelanjaan Operasi bagi aktiviti harian yang berulang dan berterusan. Ada dua kategori
iaitu:-
Perbelanjaan Tanggungan
Perbelanjaan yang ditanggung terus kepada Kumpulan Wang Yang Disatukan tanpa perlu mendapat kelulusan Parlimen selaras dengan Artikel 98 Perlembagaan Persekutuan
seperti Elaun Diraja, Gaji Ketua Hakim Negara, Hakim Besar, Ketua Audit Negara dsb. Kod
huruf “T”.
Perbelanjaan Perbekalan
Semua jenis perbelanjaan bagi membiayai kegiatan harian kementerian dan jabatan untuk menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat. Kod huruf “B”. Perlu melalui
kelulusan Parlimen terlebih dahulu melalui Rang Undang-undang Perbekalan.
KOMPONEN PERBELANJAAN NEGARA
2. Belanja Pembangunan
Perbelanjaan Modal dalam tempoh jangka masa pendek atau sederhana dan
memberi pulangan dalam jangka masa panjang, perancangan perbelanjaan
pembangunan berasaskan Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Kod “P”.
Memiliki ciri-ciri berikut:-
o Memerlukan jumlah modal yang besar;
o Aliran wang keluar masuk bagi sesuatu tempoh yang panjang;
o Dibiayai dengan dana dalaman;
o Melibatkan kos penyelenggaraan dan pembaikan pada masa hadapan;dan
o Memberi kesan terhadap matlamat pembangunan Negara.
KOMPONEN PERBELANJAAN NEGARA
Tiga kategori iaitu:-
Perbelanjaan Pembangunan Kerajaan Persekutuan;
Perusahaan Awam Bukan Kewangan ; dan
Perbelanjaan Pembanguna Kerajaan Negeri.
Pengagihan Perbelanjaan Pembangunan kepada sektor:-
Perkhidmatan ekonomi;
Perkhidmatan sosial;
Keselamatan; dan
Pentadbiran Am.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA SIS
TEM
BELA
NJA
WA
N
SEB
ELU
M P
EN
JA
JA
HA
N
Zaman Kesultanan Melayu
Pengunaan logam
Pungutan hasil oleh pembesar Negeri
Contoh : Melaka menggunakan konsep tabung seperti Baitul Mal dan akan diagihkan ikut keperluan. S
ISTE
M B
ELA
NJA
WA
N
SEM
ASA
PEN
JA
JA
HA
N
Menggunakan sistem pentadbiran British
Dua prinsip:
a)hasil cukai tidak boleh dipungut atau dibelanjakan tanpa persetujuan Parlimen
b) Perancangan kewangan adalah menerusi kuasa Kabinet atau eksekutif. S
ISTE
M B
ELA
NJA
WA
N
SELE
PA
S K
EM
ER
DEK
AA
N
Sistem Belanjawan Tradisional 1957-1968
Sistem Belanjawan Program dan Prestasi 19668 hingga 1989
Sistem Belanjawan Diubahsuai 1990 hingga 2010
Sistem Belanjawan Tradisional
(Sistem Butiran Kini – Line Item
Budgeting)
Sistem Belanjawan
Program dan Prestasi
Sistem Belanjawan Diubahsuai
Sistem Belanjawan Berasaskan Outcome
KRONOLOGI BELANJAWAN DI MALAYSIA
1957-1968 1969-1990 1990-2010 2011>
Kawalan dan Displin Program dan
Prestasi
Akauntabiliti dan
Fleksibiliti
Rakyat Diutamakan
Prestasi Didahulukan
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA ◦ Sistem Belanjawan Tradisional (Sistem Butiran Kini – Line Item Budgeting)
◦ Semua cadangan belanjawan disediakan mengikut objek perbelanjaan secara terperinci
◦ Kawalan dilakukan kepada had peruntukan bagi objek berkenaan
◦ Fokus kepada aspek input, iaitu sumber kewangan yang diperlukan bagi pengendalian operasi
◦ Ciri-ciri adalah:-
◦ Memberi penekanan kepada keperluan, terutamanya barangan dan perkhidmatan serta kawalan keselamatan;
◦ Memberi tumpuan ke atas kawalan perbelanjaan dari segi kesahan, pematuhan peraturan dan kaedah supaya perbelanjaan yang dilakukan adalah selaras dengan kelulusan dalam belanjawan; dan
◦ Belanjawan disediakan secara terperinci dan pengiraan dibuat mengikut objek perbelanjaan.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA ◦ Sistem Belanjawan Program dan Prestasi
◦ Berorientasikan pengurusan dan menyediakan maklumat yang diperlukan,terutamanya mengenai pengagihan sumber terhad mengikut keutamaan dan keperluan.
◦ Ciri- ciri adalah:-
◦ Penentuan Objektif Kementerian dan Jabatan
◦ Gubal objektif, rancang dan pilih alternatif dan kos efektif untuk capai objektif
◦ Elak tindih fungsi
◦ Ukur prestasi organisasi ikut objektif
◦ Merangka Struktur Program dan Aktiviti
◦ Pengukuran Prestasi
◦ Untuk nilai kecekapan, keberkesanan dan kejayaan program/aktiviti dalam mencapai objektif organisasi
◦ Penilaian Program
◦ Lihat kesesuaian dasar ngan keadaan semasa
◦ Tindakan pengubahsuaian, perbaiki atau pengguguran dan penambahan strategi atau objektif.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
◦ Sistem Belanjawan Diubahsuai
◦ Permainan pokjer – keperluan dipohon melebihi amaun sebenar dengan harapan
kelulusan akan mengikut nilai keperluan
◦ Tujuan :
◦ Membaiki agihan sumber supaya matlamat belanjawan yang seimbang dapat dicapai;
◦ Mengukuh dan mempercepatkan lagi pencapaian pelaksanaan;
◦ Membantu pengurus program mempertingkatkan lagi prestasi program; dan
◦ Memudah dan meningkatkan akauntabiliti para pengurus.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
◦ Ciri –ciri adalah :-
◦ Mengekalkan ciri utama dengan penentuan objektif, struktur program dan aktiviti, pengukuran
prestasi dan penilaian program;
◦ Menurunkan kuasa membuat keputusan kepada pengurus di peringkat bawahan (mengikut
pratikaliti) di peringkat Pusat Tanggungjawab untuk mempercepatkan pelaksanaan aktiviti;
◦ Melaksanakan konsep “Lets Manager Manage” di mana pengurus menentukan keutamaan
keperluan dan pengagihan sumber kewangan untuk mencapaiu objektif organisasi dan
meningkatkan prestasi; dan
◦ Kuasa membuat keputusan mengenai pertukaran sumber kewangan diseimbangkan dengan
akauntabiliti untuk mengelakkan salah laku dalam pengurusan kewangan.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA ◦ Jenis Peruntukan yang diberikan:-
◦ Jumlah peruntukan mengurus mengandungi Dasar Sedia Ada, Dasar Baru dan One-Off.
Dasar Sedia Ada
Program yang telah melalui perundangan dan Kabinet, Menteri, Perbendaharaan atau
pihak berkuasa lain yang setaraf.
Program ini masih dalam proses pelaksanaan pada tahun semasa dan tahun sebelumnya.
Dasar Baru
Meliputi Dasar Baru atau aktiviti baru atau tambahan atau perluasan Dasar Sedia Ada yang melibatkan perbelanjaan berulang.
Dasar Baru yang diluluskan dan dibelanjakan akan diterapkan di bawah DSA pada tahun berikutnya.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
One-Off
Perbelanjaan yang tidak dapat dielakkan, tidak berulang, dan bukan merupakan
perbelanjaan tahunan bagi tahun sebelumnya. Untuk kawalan perbelanjaan.
Program Khusus
Peruntukan bagi tujuan tertentu untuk tempoh tertentu.
Treshold
Satu tahap atau nilai yang berperanan sebagai batas permintaan perbelanjaan
yang ditentukan oleh Perbendaharaan.
Hanya nilai permohonan peruntukan bagi Dasar Baru atau One-Off yang
melebihi threshold akan dipertimbangkan oleh Perbendaharaan.
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
◦ Peruntukan yang diberikan kepada setiap Kementerian dan Jabatan untuk satu tahun
belanjawan adalah:-
◦ PERUNTUKAN = - -
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
◦ Batas Perbelanjaan
◦ Suatu jumlah yang telah ditetapkan oleh Perbendaharaan di peringkat permulaan proses
belanjawan.
◦ Batas Perbelanjaan 2017 =
+ - - -
◦ Faedah Batas Perbelanjaan adalah mengenal pasti kepentingan polisi fiskal secara menyeluruh,
meneguhkan displin kewangan, menggalakkan kawalan terpeinci oleh Perbendaharaan dan
melaksanakan pendekatah belanjawan ‘dari atas ke bawah.’
Dasar Sedia
Ada 2016
Dasar Baru
2016
Peruntukan
Aktiviti
Dasar baru 2015 yang
tidak dilaksanakan
2% keuntungan
untuk ekonomi
(OA10000 tahun
2016
SISTEM BELANJAWAN MALAYSIA
◦ Penjimatan
◦ Dasar Sedia Ada yang dicadangkan untuk diubahsuai sama ada dimansuhkan, dikecilkan
atau diganti dengan yang lain disebabkan melebihi tempoh atau tidak lagi sesuai dengan
keadaan semasa dan Dasar Kerajaan.
◦ Laporan Pengecualian
◦ Satu laporan yang disediakan oleh agensi mengenai tahap prestasi sesuatu program/aktiviti
yang tidak mencapai matlamat seperti yang ditetapkan dalam MyResult.
◦ Peratus melangkau atau rendah 5 peratus
“Kerajaan akan memperkemaskan struktur
pengagihan peruntukan dan perbelanjaan supaya
lebih cekap dan berkesan. Selaras dengan itu sistem
Outcome-Based Budgeting (OBB) akan dibangunkan
dalam tahun 2010. Sistem ini akan diaplikasikan
dalam tempoh RMKe-10 dan akan menggantikan
MBS. Dalam pendekatan OBB, penekanan akan
diberikan kepada impak dan keberkesanan
program berbanding mementingkan perbelanjaan
dan output semata-mata…”
Ucapan Bajet 2010
YAB Perdana Menteri/ Menteri Kewangan
Pendekatan Berasaskan Outcome
26
• Pembangunan
Kerangka
Keberhasilan
Kementerian
berdasarkan
keperluan OBB
• Penyediaan Kerangka Keberhasilan dan Bajet berasaskan kerangka OBB secara online
• Pelaksanaan perakaunan akruan
• Cadangan pelaksanaan penuh OBB disokong oleh pembangunan penuh sistem dan institusi
2010 - 2011
2012
2013 - 2015
2016
• Bajet 2012 masih berdasarkan struktur Program-Aktiviti MBS
• Penyediaan Bajet 2013 secara dual approach (OBB + MBS)
FASA 1
FASA 2
Pelan Pelaksanaan OBB
27
Strategik Transformasi/Kerangka Konseptual
MODEL
• Struktur Program-Aktiviti yang holistik
• Jajaran menegak & hubungan mendatar
• Kerangka Keberhasilan berasaskan outcome
• Kerangka Akauntabiliti yang jelas
• Templat strategik
• Penyediaan dan pemeriksaan bajet bersepadu
PEOPLE
• Akauntabiliti di semua peringkat
• Komunikasi strategik
• Latihan dan bina upaya yang komprehensif
• Agen perubahan di kementerian/agensi
• Jawatankuasa Pelaksanaan di kementerian
MIS
• Penyediaan dan penyerahan bajet dalam talian
• Pemantauan dan Penilaian Program
• Pelaporan Prestasi 28
• Enam penggerak transformasi
PENGGERAK
Jajaran menegak aktiviti
kementerian dengan
keutamaan nasional
Menangani isu-isu cross cutting
Penyelarasan Bajet
Mengurus & Pembangunan
Akauntabiliti dan autoriti ke
atas sumber
Sistem pemantauan dan
penilaian bersistematik
Fokus kepada Outcome
Mengapa perlu berubah?
29
29
JENIS-JENIS BELANJAWAN
◦Bajet Lebihan = Hasil > Belanja
◦Bajet Defisit = Hasil < Belanja
◦Bajet Berimbang = Hasil = Belanja
PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN ◦ Pekeliling-pekeliling Untuk Penyediaan Belanjawan:-
◦ Perlembagaan Persekutuan
◦ Perkara 74, 99, 101 dan 103
◦ Akta Acara Kewangan 1957
◦ Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966
◦ Arahan Perbendaharaan
◦ Pekeliling Perbendaharaan
◦ Surat Pekeliling Perbendaharaan
◦ Akta Audit 1957
◦ Pekeliling Am Bil 5 Tahun 2004
32
PEKELILING PERBENDAHARAAN &
BATAS PERBELANJAAN (ET)
(JAN/FEB)
PUSINGAN ABM TAHUNAN
JANUARI 2016 JANUARI 2017
PENYEDIAAN BAJET OLEH
KETUA AKTIVITI/PROGRAM/ PEGAWAI PENGAWAL (FEB -MAC)
PEGAWAI BAJET MENGKAJI,
MELULUS & MENYELARAS
ABM AKTIVITI/PROGRAM
(MAC)
KEMUKAKAN CADANGAN ABM
KEPADA PERBENDAHARAAN
APRIL
AGENSI PUSAT KAJI
CADANGAN BAJET
(APRIL)
MESYUARAT PEMERIKSAAN
BAJET
(MEI - JUN)
PERBENDAHARAAN MENYEDIAKAN
BAJET NEGARA
(JUN – OGOS/SEPT)
BENTANG BAJET
DI PARLIMEN
(OGOS – SEPT)
WARAN AM KEPADA
AKAUNTAN NEGARA
(JAN)
WARAN PERUNTUKAN KEPADA
KEMENTERIAN/JABATAN
(JAN)
PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN
◦Cadangan Belanjawan ini akan diserahkan kepada:-
◦Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan
Malaysia
◦Bahagian Perjawatan, Jabatan Perkhidmatan Awam
◦Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri
◦Unit Penyelaras Pelaksana, Jabatan Perdana Menteri
PRINSIP UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN
◦ Dua prinsip utama:-
◦ Legaliti
◦ Pengurusan kewangan kerajaan dengan mematuhi segala undang dan
peraturan yang berkuatkuasa:-
◦ Perlembagaan Persekutuan
◦ Akta Tatacara Kewangan 1957
◦ Arahan Perbendaharaan
◦ Surat Pekeliling Perbendaharaan
PRINSIP UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN
◦ Akauntabiliti
◦ Tanggungjawab rasmi pegawai kewangan yang diberi kuasa yang mengurus
sumber kewangan Kerajaan dengan menjamin bahawa segala proses pengurusan
adalah seperti berikut:-
◦ Undang-undang dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan;
◦ Prosedur yang sistematik teratur, terkawal dan berkensan; dan
◦ Matlamat yang ditetapkan.
OBJEKTIF PENGURUSAN KEWANGAN BERKESAN
◦ Mengurus sumber kewangan dengan cekap, berkesan dan ekonomi.
◦ Memastikan proses pengurusan kewangan adalah berdasarkan prinsip legaliti dan
akauntabiliti
◦ Menyedari dan mengurus risiko supaya masalah yang mungkin timbul dapat dikawal
atau dielakkan
◦ Memastikan data atau maklumat kewangan yang disediakan untuk melapor adalah
tepat dan boleh dipercayai.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN
◦ Menentu dan menetapkan visi objektif, matlamat dan rancangan strategik
pengurusan kewangan
◦ Mengagihkan tugas dengan jelas dan sesuai yang berkaitan dengan pelaksanaan
proses pengurusan kewangan
◦ Memperuntukkan sumber-sumber untuk digunakan dengan berkesan dalam
pengurusan kewangan
◦ Memastikan pematuhan segala undang dan peraturan untuk pengurusan kewangan
◦ Memantau dengan cekap dan berkesan atas segala proses dan kemajuan
perlaksanaan projek kewangan
◦ Menjalankan kawalan dalaman secara teliti – Arahan Pegawai Pengawal Tahun 2016
◦ Menentu piawai untuk menilai pencapaian dan prestasi kerja.
AUTORITI DAN AKAUNTABILITI
Pelaksanaan OBB melibatkan penstrukturan semula tahap akauntabiliti di sesebuah kementerian. Penentuan akauntabiliti di peringkat Kementerian, Program dan Aktiviti adalah penting bagi memastikan keberhasilan yang telah dirancang berjaya dicapai oleh pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.
Pencapaian keberhasilan kementerian merupakan akauntabiliti Pegawai Pengawal. Namun begitu, selaras dengan konsep Let Managers Manage’, Pegawai Pengawal dibenarkan mewakilkan kuasa kepada pegawai-pegawai di bawah seliaan beliau untuk melaksanakan Program/ Aktiviti kementerian berdasarkan batasan tertentu .
Akauntabiliti di sektor awam adalah merujuk kepada tiga jenis akauntabiliti iaitu akauntabiliti program, akauntabiliti pengurusan dan akauntabiliti kewangan.
Di bawah OBB, seseorang pengurus dalam sesebuah kementerian, sama ada di peringkat Kementerian, Program atau Aktiviti, perlu bertanggungjawab untuk bersetuju dan mengesahkan akauntabiliti masing-masing melalui Perjanjian Prestasi.
Arahan Pegawai Pengawal (APP) setiap tahun:
◦ Peratus agihan waran pertama;
◦ Pelantikan Bahagian-bahagian selaku penyelaras
peruntukan tertentu (ikut fungsi);
◦ Penetapan tarikh-tarikh penting (untuk pindah
peruntukan, tarik balik)
◦ Mengemaskini garis panduan dan prosedur
permohonan bagi perjalanan ke luar negara
◦ Menyelesaikan pembayaran di bawah AP58(a)
JPKA
Mesti diadakan setiap 6 kali setahun
terutamanya bagi melihat prestasi
perbelanjaan aktiviti.
Minit mesyuarat dikemukakan kepada
peringkat BahKew sebelum dikemukakan
kepada Perbendaharaan.
Pemantauan
◦ Diadakan bersama Bahagian dan JPN dan Ketua-ketua
Aktiviti bagi meneliti prestasi dan keperluan.
Pewujudan kod objek lanjut
◦ Bagi mengkhususkan tujuan satu-satu peruntukan dan memantau prestasi perbelanjaan.
Menyediakan peruntukan secukupnya bagi perkara-perkara
kontraktual.
Mematuhi Arahan Perbendaharaan, Pekeliling
Perbendaharaan, SPK dan lain-lain peraturan yang berkuatkuasa.
SEKIAN,
TERIMA KASIH.
top related