pengurusan pejabat
Post on 29-Jun-2015
2.928 Views
Preview:
TRANSCRIPT
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
1. Pegnenalan
Keselamatan dan kesihatan di tempat kerja meruapakan satu perkara yang penting
dan juga meruapakan satu tanggungjawab social. Kebanyakan pejabat pada masa kini
memberi perhatian yang serius terhadap aspek-aspek keselamatan dan kesihatan
kakitangannya dan menjadi satu agenda utama di temapat kerja. Persekitaran tempat
kerja perlulah selamat dan tidak mendatangkan sebarang risiko kepada para pekerja.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Malaysia melalui Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan atau Department of Occupational Safety and Health (DOSH) telah
menggubal satu akta pada tahun 1994 yang dinamakan Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994). Dengan adanya akta ini, ia sedikit sebanyak
dapat memberikan garis panduan kepada majikan dan perkerja mengenai
tanggungjawab mereka dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang sihat dan
selamat. Sebagai seorang majikan, tanggungjawab menyediakan persekitaran tempat
kerja yang selamat sangatlah penting di mana aspek keselamatan tidak boleh
dipandang remeh dan perlu dititik beratkan. Ini kerana penjimatan kos dapat
dikurangkan sekirnya jumlah kemalangan berkurangan. Selain itu juga, aset dan
maklumat sesebuah pejabat juga terpelihara sekiranya aspek keselamatan menjadi
keutamaan dalam pejabat tersebut. Walau bagaimanapun, kewajiapan dalam
memeliharan dan menyediakan persekitaran kerja yang selamat tidak bergantung pada
majikan sahaja. Pekerja juga mempunyai tanggungjawab yang sama dalam
memastikan keselamatan di tempat kerja. Oleh itu, persekitaran tempat kerja yang
selamat adalah tanggungjawab bersama dan merupakan sesuatu yang penting bagi
sesebuah pejabat.
192004 Halaman 1
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
2. Kepentingan Aspek Keselamatan
Aspek keselamatan di pejabat merupakan sesuatu yang penting. Sebagai seorang
majikan dan pekerja, kebanyakkan masa kehidupan seharian kita banyak diluangkan
dan dihabiskan di tempat kerja atau pejabat. Kehidupan pekerjaan dan aktiviti seharian
di pejabat mendedahkan kita kepada pelbagai punca bahaya sama ada pada diri kita,
dokumen pejabat, aset pejabat dan sebagainya. Tempat kerja atau pejabat yang kurang
selamat akan mendedahkan kita kepada kemalangan dan penyakit yang berkaitan
dengan pekerjaan. Akibatnya, ia akan memudaratkan kita, pekerjaaa, pejabat dan juga
keluarga dari segi social serta kewangan. Aspek keselamatan pejabat meslitah meliputi
keselamatan fizikal seperti bangunan, ruang kerja, penggunaan mesin dan sebagainya,
keselamatan dokumen dan kewangan serta keselamatan peribadi. Kesemua perkara
tersebut penting dan harus diambil berat tentang aspek keselamatan bagi
mengurangkan risiko berlakunya perkara yang tidak diingini yang akan merugikan
pejabat. Aspek keselamatan di pejabat mungkin berbeza-beza mengikut fungsi
sesebuah pejabat tetapi kepentingan keselamtan di pejabat adalah sama bagi
mengurangkan risiko kemalangan serta perkara yang tidak diingini yang akan
merugikan sesebuah pejabat.
3. Faedah Mempunyai Pejabat Yang Selamat
Persekitaran pejabat yang selamat meberikan pelbagai faedah kepada kita.
Antarnaya adalah melindungi aset terpenting bagi sesebuah pejabat. Aset bagi
sesebuah pejabat meliputi pelbagai perkara antaranya perkerja, harta benda, kewangan
dan sebgainya. Bagi sesebuah pejabat, aset yang paling penting adalah pekerja. Tanpa
192004 Halaman 2
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
pekerja, sesebuah pejabat itu tidak akan berfungsi dengan baik dan persekitaran
pejabat yang selamat akan memberi jaminan kepada para pekerja untuk bekerja
dengan tenang. Selain itu juga, persekitaran pejabat yang selamat juga akan
meningkatkan lagi pruduktiviti sesebuah organisasi tesebut. Pejabat yang selamat akan
memberi keyakinan dan motivasi kepada para pekerja untuk bekerja bagi meningkatkan
lagi produktiviti dan keluaran organisasi.
Di samping itu juga, keadaan pejabat yang selamat juga boleh mengurangakan
kadar kemalangan serta penyakit di tempat kerja. Persekitaran pejabat yang tersusun
dan selamat dapat mengurangkan risiko untuk berlaku sebarang kemalangan. Kita
semua tahu bahawa setiap pekerjaan yang dilakukan mempunyai risiko yang boleh
membawa kepada kemalangan dan penekanan kepada aspek keselamatan sewaktu
melakukan sesuatu pekerjaan akan dapat mengurangkan risiko untuk terjadinya
sesuautu yang tidak diingini. Pejabat juga dapat mengurangkan pembayaran insurans
pampasan pekerja. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerugian yang akan
ditanggung oleh pihak organisasi. Sekiranya berlakunya sesuatu kemalangan sewaktu
bekerja, pihak pejabat terpaksa membayar pampasan insurans kepada pekerja tersebut
dan keadaan ini akan merugikan pihak pejabat.
Selain itu juga, penekanan terhadap aspek keselamatan di pejabat juga akan dapat
mengurangkan perbelanjaan bagi perubatan sekiranya berlaku kemalangan atau
tersebarnya sesuatu penyakit di pejabat. Langkah-langkah keselamatan penting bagi
mengelakkan berlakunya keadaan seperti ini. Kesihatan pekerja haruslah dititik
beratkan bagi menjamin kualiti kerja serta menggalakkan persaingan yang sihat di
192004 Halaman 3
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
antara para pekerja. Keadaan pejabat yang selamat juga sedikit sebanyak akan
meningkatkan motivasi dan moral perkerja di mana para pekerja akan merasa lebih
terpelihara daripada sebarang kecelakaan. Oleh yang demikian, aspek keselamatan di
pejabat memainkan peranan yang sangat penting dan memberikan bayak faedah
kepada sesebuah organisasi.
4. Ancaman Keselamatan
Kita semua tahu bahawa terdapat pelbagai ancaman keselamatan dalam dunia
pekerjaan. Antara ancaman yang seringkali kita temui adalah ancaman subversive,
sabotaj, kelemahan manusia, pelampau, terrorisma, siber dan juga espionaj. Ancaman-
ancaman ini seringkali akan memberikan kesan yang boleh menjatuhkan sesebuah
organisasi. Oleh itu, aspek keselamant memainkan peranan yang penting bagi
mengelakkan dan mengurang ancaman keselamatan yang boleh merugikan sesebuah
organisasi.
5. Keselamatan Fizikal.
5.1. Keselamatan Bagunan dan Penggunaan Teknologi
Keselamatan fizikal adalah memastikan keselamatan fizikal seperti bangunan,
premis atau tempat termasuk yang digunakan bagi mengurus perkara-perkara
terpetingkat dan sensitive terlindung daripada sebarang ancaman. Terdapat pelbagai
langkah-langkah keselamantan fizikal yang boleh dilakukan antaranya adalah dengan
mengisytiharkan sesuatu kawasan sebagai kawasan larangan. Dengan
mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawsan larangan, hanya golongan tertentu
192004 Halaman 4
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
atau pekerja sahaja yang boleh memasuki kawasan tersebut dan keengganan individu
dalam mematuhi larangan tersebut boleh mengakibatkan individu tersebut boleh di
ambil tindakan. Selain itu juga, keselamatan bangunan juga boleh dibuat melalui
pembinaan semula atau pengubahsuaian bangunan tersebut sekiranya terdapat
kerosakan. Sekiranya pihak kerajaan ingin membuat cadangan pembinaan,
pengubahsuaian, pembelian bagunan-bangunan Kerajaan, penempatan dan
pemindahan pejabat-pejabat Kerajaan di bangunan-bangunan Kerajaan dan swasta,
semua aktiviti tersebut hendaklah dirujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan.
Selain itu juga, sesebuah pejabat atau organisasi juga mestilah mempunyai pagar
dan lampu serta menghadkan pintu keluar masuk. Ini penting pagi mengelakkan
individu yang tidak berkenaan daripada menceroboh kawasan pejabat. Kegunaan
teknologi yang canggih juga boleh diadaptasi bagi menguatkan lagi sistem keselamatan
di pejabat. Penggunaan alat-alat pengalih bunyi, penggera keselamtan, CCTV dan lain-
lain lagi boleh meningkatkan lagi kawalan keselamatan di sesebuah pejabat.
5.2. Pengawal Keselamatan
Walau bagaimanapun, kita tidak boleh bergantung sepenuhnya kawalan
keselamatan kepada kecanggihan teknologi semata-mata. Keperluan mengadakan
pengawal keselamatan juga penting bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan
pejabat. Mengadalan pengawal keselamatan dengan alat-alat keselamatan penting. Ini
kerana pengawal keselamatan mempunyai tugas mereka yang tertentu dalam
mengawal keselamatan pejabat. Antara tugasan mereka adalah mengadakan kawalan
keselamatan dan rondaan bangunan pejabat, mengawasi setiap pergerakan atau
192004 Halaman 5
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
aktiviti yang berlaku di dalam atau luar bangunan secara fizikal atau dari bilik CCTV dan
menyediakan laporan keselamatan harian dan mingguan. Dengan adanya khidmat
daripada pengawal keselamatan serta penggunaan teknologi, keselamatan bangunan
pejabat akan lebih berkesan dan lebih efektif. Sesebauh organisasi juga boleh
melaksanakan sistem pegawau bertugas di mana mereka bertangggunjawab terhadap
keselamatan kepada Pegawai Keselamatan Jabtan dan Ketua Jabatan.
5.3. Papan Kenyataan dan Pas Keselamatan
Penggunaan papan kenyataan di tempat yang sesuai juga memainkan peranan
yang penting dalam aspek keselamatan di pejabat. Penggunaan papan kenyataan akan
memudahkan pekerja atau individu luar untuk mengetahui dan menunjukkan bahawa
kawasan atau tempat itu adalah kawasan atau tempat larangan. Bagi meningkatkan lagi
keselamatan dan mengawal kemasukan individu luar ke dalam premis pejabat, sitem
pas keselamatan perlua diwujudkan. Pas keselamatan ini digunakan bagi memudahkan
pihak keselamatan untuk mengawal kemasukan pekerja atau orang luar ke dalam
pejabat. Pas keselamatan perlulah berdasarkan beberapa kategori iaitu Pas
Keselamatan Tetap untuk anggota Jabatan, Pas Keselamatan Sementara dan Pas
Keselamatan Pelawat. Selain itu juga, penguatkuasaan terhadap pemakaian Pas
Keselamatan mestilah dilakukan sewaktu berada dipejabat dan sekiranya pekerja
tersebut telah tamat perkhidmatan, berhenti bekerja, bersara atau tamat kontrak, pas
tersebut hendaklah dipulangkan manakala bagi Pas Pelawat pula, ia mestilah dihadkan
di mana sekiranya pelawat tersebut telah selesai dengan urusan meraka, pas tersebut
hendaklah dikembalikan. Sebarang kehilangan pas keselamatan hendaklah dilaporkan
192004 Halaman 6
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
ke pejabat yang mengeluarkan Pas Keselamtan tersebut dengan segera bagi
mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini.
5.4. Pengukuhan Struktur Bangunan dan Penggunaan Kunci
Keselamatan fizikal juga boleh dibuat melalui pemeriksaan dan memperkukuhkan
struktur tingkap, pintu, dinding dan juga siling di pejabat. Pengukuhan ini juga
termasuklah dari aspek tanggungjawab ke atas semua perkara berkaitan dengan kunci
dan anak kunci termasuklah kunci-kunci keselamatan. Selain itu juga, penyelenggaraan
terhadap Buku Daftar Kunci juga mestilah dilakukan di mana pemeriksaan terhadap
senarai lengkap kesemua anak kunci yang digunakan serta mengemaskinikan dan
mengaudit semua kunci-kunci tersebut. Pihak pengurusan juga mestilah sentiasa
memastikan bahawa anggota yang diamanahkan dengan kunci-kunci keselamtan
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugasan mereka dalam memastikan
keselamatan kunci-kunci tersebut.
Setaip anggota yang bertanggungjawab terhadap kunci keselamatan juga mestilah
peka dan memastikan setiap kunci serta kunci-kunci pendua mempunyai label
menggunakan kod-kod tertentu serta memastikan kunci pendua disimpan di dalam peti
keselamatan yang berkunci dan ditempatkan di dalam bilik anggota keselamatan yang
bertanggungjawab. Buku pergerakan kunci juga memainkan peranan penting dalam
aspek keselamatan di pejabat di mana buku tersebut akan merekodkan segala perjalan
kunci. Setiap anggota yang mengambil kunci tersebut mestilah mengisi butiran di dalam
buku pergerakan kunci. Sebarang kunci pendua tambahan tidak boleh dibuat tanpa
kebenaran daripada pihak pengurusan disesebuah pejabat. Pemilihan dan penggunaan
192004 Halaman 7
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
kunci yang berkualiti serta bermutu juga dapat meningkatkan lagi kawalan keselamatan
di pejabat.
5.5. Keselamatan Peti Besi dan Kaunter
Selain itu juga, pemeriksaan serta penyelenggaraan perti besi mestilah dilakukan
dan kombinasi nombor keselamatan peti besi tersebut hendaklah ditukar setahun sekali
apabila terdapat ahli atau anggota yang mengetahu kombinasi tersebut telah berhenti
atau bertukar. Kombinasi nombor keselamatan juga hendaklah ditukar sekiranya pihak
pengurusan mengesyaki bahawa kombinasi tersebut telah diketahui oleh individu atau
orang lain. Selain daripada kombinasi nombor, sekiranya terdapat anggota atau ahli
yang berhenti, bertukar, tamat kontrak atau bersara, pihak pengurusan hendaklah
memastikan bahawa kesemua anak kunci yang berada dalam simpnan anggota atau
ahli tersebut hendaklah diserahkan kembali kepada pihak pengurusan. Sebarang
kehilangan anak kunci keselamatan hendaklah dilaporkan segera kepada Pegawai
Keselamatan Jabatan atau Ketua Jabatan yang akan menyiasat kehilangan tersebut.
Bagi menigkatkan lagi kawalan keselamatan, penyediaan kaunter dan tempat
menunggu atau bilik khas untuk pelawat-pelawat adalah penting. Ini bertujuan
memudahkan lagi kawalan bagi pergerakan pelawat yang mempunyai urusan.
5.6. Pengawasan Penggunaan Mesin
Pengawasan dalam penggunaan mesin seperti mesin perincih, mesin penyalin,
computer, mesin fax, mesin cetak, mesin pengimbas dan lain-lain lagi matlah penting
terutama sekali mesin penyalin apabila membuat salinan dokumen terperingkat.
192004 Halaman 8
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
Seorang pegawai yang bertanggungjawab mestilah dilantik bagi mengawasi mesin dan
buku daftar hendaklah diadakan bagi merekodkan segala penggunaan mesin tersebut.
Mesin terbebut juga hendaklah disimpan ditempat yang selamat dan berkunci dan
hanya angota yang dibenarkan sahaja boleh ditugaskan membuat salinan dokumen
terperingkat. Jumlah salinan yang dibuat juga mestilah mengikut jumlah yang telah
diluluskan dan sebarang salinan yang rosak hendaklah dibinasakan.
Pihak pengurusan hendaklah sentiasa membuat semakan terhadap buku daftar bagi
memastikan setiap salinan terperingkat di buat mengikut peraturan yang telah
ditetapkan dan sebarang penyelewengan dan penyalahgunaan mesin penyalinan
hendahlah dipalorkan kepada Ketua Jabatan. Selain daripada mesin penyalin,
penggunaan mesin fax juga hendaklah dipantau di mana penyeragaman peraturan
mengguanakan mesin fax hendaklah diambil berat bagi menjamin keselamatan
dokumen rasmi atau sulit sesbuah organisasi.
6. Keselamatan Dokumen
Keselamatan dokumen adalah kawalan ke atas dokumen rahsia rasmi dan dokumen
rasmi daripada pendedahan atau penglihatan tanpa kebenaran daripada pihak
terntentu. Dokumen tersebut merangkumi dokumen yang bercetak, dokumen dalam pita
magnet dan lain-lain bentuk di mana maklumat boleh diproses, disimpan dan dihantar.
Keselamatan terhadap dokumen ini penting kerana ia akan menentukan bahawa
sesuatu dokumen penting tidak diakses oleh orang ramai tanpa sebarang kebenaran
terutama sekali dokumen rasmi dan rahsia. Keselamatan dokumen juga penting pagi
192004 Halaman 9
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
mencegah dan menghalang individu-individu yang tidak bertanggungjawab untuk
mengakses dokumen tersebut untuk tujuan kepentingan diri mereka dan
mengkomprominya. Keselamatan dokumen juga penting bagi mengurangkan ancaman
espionaj, kebocoran dan pelanggaran keselamatan dokumen.
6.1. Sistem Pergerakan Fail
Dalam keselamatan dokumen, pergerakan fail penting bagi mengawal kerahsiaan
sesebuah fail. Sistem Pergerakan Fail seperti Kad Indeks, Sistem Doket dan lain-lain
sistem hendaklah diwujudkan bagi mengesan dan merekodakan setiap pergerkan fail.
Ini penting bagi mengatasi dan mengelakkan berlakunya masalah kehilangan fail. Oleh
yang demikian, fail-fail penting yang mempunyai maklumat seperti dokumen harga atau
tender, soalan peperiksaan dan lain-lain lagi dokumen terperingkat hendahlah disimpan
di dalam Kabinet Keluli Berpalang dan Berkunci serta dimangga. Kabinet tersebut pula
hendaklah ditempatkan di dalam bilik kebal manakala dokumen tidak terperingkat
hendaklah disimpan di dalam cabinet keluli yang berkunci atau Mobile Filling Cabinet
yang berkunci.
Bilik yang menyimpan fail atau bilik kebal hendaklah berkunci pada setiap masa. Ini
penting bagi mengelakkan pencerobohan darpada individu yang tidak
bertanggungjawab dan segala urusan berkaitan fail hendaklah dibuat melalui kaunter
bilik fail sahaja. Penggunaan notis “DILAANG MASUK TANPA KEBENARAN” juga
penting dan hendaklah ditampal di pintu masuk bilik fail dan pintu di mana dokumen
terperingkat di simpan. Pengawasan ketat bilik fail juga hendaklah dibuat di mana
192004 Halaman 10
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
hanya anggota atau pegawai yang tertentu sahaja dibenarkan untuk memasuki bilik
berkenaan.
Penghantaran dokumen atau fail terperingkat hendaklah menggunakan beg
berkunci dan dokumen atau fail rahsia besar, rahsian, sulit atau terhad yang ingin
dibawa keluar daripada pejabat untuk tujuan rasmi hendahlah mendapat kebenaran
terlebih dahulu. Selain itu juga, buku rekod keluar dan masuk surat, buku dispatch dan
lain-lain buku yang mempunyai kaitan dengan surat-menyurat hendaklah dikemaskinid
an dipantau sepanjang masa. Ini penting bagi mengesan jika berlakunya sebarang
kehilangan surat.
7. Keselamatan Personel / Peribadi
Keselamatan peribadi adalah untuk memastikan tahap kesetiaan seseorang
terhadap organisasi atau pejabat. Seseorang yang diragui kesetiaannya terhadap
organisasi atau pejabat tidak akan dilantik dan sekiranya seseorang itu telah bekerja
dan diragui kesetiaannya, kedudukannya tidak akan diteruskan dalam bidang tugas dab
tanggungjawab mengendalikan urusan rasmi.
Setiap anggota yang dikehendaki mengakses perkara-perkara terperingkat
hendaklah menandatangani borang akaun seperti mana yang telah terkandung dalam
Arahan Keselamatan. Selain itu juga, bagi anggota yang sudah tamat perkhidmatan
atau ingin berhenti, meraka perlulah menandatangani borang perakauan yang
terkandung dalam Arahan Keselamatan sebelum meraka berhenti autau meninggalkan
perkhidmatan.
192004 Halaman 11
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
Setiap anggota juga yang telibat dalam menguruskan maklumat terperingkat Rahsia
Besar dan Rahsia hendaklah membuat tapisan Keselamtan Halus manakala bagi
anggota yang terlibat dalam mengurusakn perkara Sulit atau Terhad sahaja
dikehendaki membuat Tapisan Keselamatan Kasar. Setiap Ketua Jabatan pula mestilah
bertanggungjawab dalam menyelenggarakan fail yang mengandungi senarai lengkap
dan mengemaskini semua Jawatan Keselamatan Berjadual dan senarai pemeganga
jawatan tersebut. Setiap keputusan Tapisan Keselamatan anggota mestilah direkodan
di dalam Buku Perkhidmatan anggota.
Kesemua ini adalah penting dan pantauan hendaklah sentiasa dilakukan bagi
mengelakkan berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dalam
melakukan perkerjaan dan pengurusan dokumen.
8. Keselamatan ICT
ICT memainkan peranan yang penting dalam sesebuah pejabat. Ia berfungsi untuk
menyalurkan maklumat dengan lebih cepat dan lebih efisyen dalam sesebuah pejabat.
Walaubagaimanapun, keselamatan ICT perlulah diambil kira kerana pada zaman yang
serba canggih ini, jenayah ICT semakin berleluasa. Keselamatan ICT merangkumi
perlindungan ke atas semua bentuk maklumat elektronik bagi menjamin kerahsiaan,
integrity, kesahihan dan kebolehsediaan kepada pengguna yang dibenarkan. Dalam
sistem pengkomputeran, maklumat merupakan hasil ayng terakhir ayng diperoleh dan
ianya mempunyai nilai yang tinggi bagi sesebuah pejabat. Kenyakkan kehilangan datau
kemusnahan data atau maklumat adalah berpunca daripada kejadian seperti
kebakaran, pengkhianatan, kecuain dan kecurian. Kesemau masalah ini boleh di atasi
192004 Halaman 12
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
melalui kawalan yang dibuat terhadap capaian data atau maklumat serta keselamatan
fizikal dipertingkatkan. Selain itu juga, bagi data atau maklumat yang penting, salinan
dan juga teknik penyulitan (encryption) digalakkan bagi mengekalkan kerahsiaan data
atau maklumat tersebut.
8.1. Pengelasan Data atau Maklumat
Setiap pengkelasan data atau meklumat mestilah mematuhi Arahan Keselamtan di
mana ia mestilah dikategorikan mengikut tahap kerahsiaan data atau maklumat
tersebut. Apabila ia telah dikategorikan, akses bagi setiap data atau maklumat tersebut
hanya akan diberikan untuk tujuan yang sfesifik kepada pengguna yang tertentu sahaja
atas “Dasar Mengetahui” mengikut klasifikasi maklumat tersebut. Ia juga bergantung
kepada tapisan keselamatan pengguna.
Pengalabelan semua maklumat mengikut cara atau media pemyimpanan maklumat
juga mestilah mengikut klasifikasi dan warna tertentu serta sekiranya maklumat tersebut
hendak dikirim menggunkan disket atau media elektronik yang lain, pastikan data atau
maklumat tersebut adalah betul. Segala penyimpanan data ata umakluamt secara
elektronik mestilah mengikut Arahan Keselamatan. Sebgaimana dokumen bertulis,
maklumat atau data terpetingkat dalam bentuk elektronik juga mestilah dilindungi atau
disimpan daripada sebarang pendedahan, dimanipulasi atau diubah semasa dalam
penghantaran. Penggunaan kod penyulitan atau tandatangan digital mesti
dipertimbangkan bagi melindungi kerahsiaan data atau maklumat yang dikirimkan
melaui elektronik.
192004 Halaman 13
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
8.2. Kawalan Sistem Komputer
Apabila terdapatnya seseuatu sistem atau rangkaian, kawalan penggunaan perlu
dibuat dengan menghadkan penggunaan sistem tersebut ke tahap paling minima
berdasrkan keperluan melaksanakan tugas yang efektif. Selain itu juga, kawalan
terhadap akses bagi melihat sahaja, mewujud, kemaskini, megubah atau memadam
hendaklah diambil berat dan kebenaran bagi melakukan sesuatu akses tersebut
mestilah melibatkan kebenaran daripada pihak tertentu.
8.2.1. Pencaman Pengguna (User ID)
Semua pengguna computer atau sistem akan dibekalkan dengan kod
pencaman bagi membolehkan seseorang itu membuat capaian. Setiap kod
pencaman tidak boleh dikongsi atau digunakan oleh individu lain dan
pengguna mestilah menyediakan pengesahan kata laluan yang hanya
diketahui oleh pengguna tersebut sahaja untuk menggunakan sesuatu sistem
atau computer.
8.2.2. Kawalan Kata Laluan
Kawalan kata laluan sangat penting bagi mengelakkan daripada diketahui
orang. Kawalan kerahsiaan kata laluan dapat mengelakkan berlakunya
penyalahgunaan sesuatu system computer. Individu yang tidak
bertanggungjawab boleh menggunakan kata laluan kita untuk memasuki dan
menyalahgunakan computer kita. Terdapat beberapa tindakan yang boleh
diambil bagi menjaga kerahsiaan kata lalauan seperti dengan mengelakkan
menulis kata laluan di atas kertas. Seeloknya kombinasi bagi kata laluan
192004 Halaman 14
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
mesti lah sekurang-kurangnya mempunyai kombinasi 6 aksara. Kata laluan
juga dinasihatkan ditukar setiap 6 bulan sekali dan setiap kata laluan yang
disimpan dalam computer akan dikodkan. Kata laluan juga hendaklah
dimasukkan pada medan tanpa boleh dilihat oleh orang lain serta had bagi
tempoh percubaan mestilah ditetapkan. Had ini ditetapkan sekiranya
kemasukan melebihi hadyang ditetapkan, percubaan seterusnya tidak
berjaya.
8.2.3. Kawalan Perisian
Keselamatan persisian dapat dipertingkatkan melalui salinan yang dibuat
terhadap sesuatu perisian dan disimpan di tempat yang lebih selamat. Ini
bertujuan bagi melindungai perisian tersebut daripada pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kawalan perisian juga boleh dibuat melalui penggunaan
kata laluan dan pencaman pengguna. Selain itu juga, kawalan daripada virus,
Trojan horse dan bom jangka sangat penting di mana ketidak prihatinan
terhadap kawalan ini mungkin akan menyebabkan sesebuah perisian itu akan
rosak.
8.3. Perlindungan Virus dan Pencegahan
Ancaman virus merupakan satu ancaman yang merbahaya terhadap ICT. Serangan
virus yang merbahaya boleh melumpuhkan system ICT sesebuah organisasi. Oleh itu
kawalan serta perlindungan dan pencegahan terhadap ancaman virus memainkan
peranan yang penting dalam perkhidmatan computer dan rangkaian. Bagi mengelakkan
berlakunya gangguan pada rangkaian computer, setiap system mestilah dilengkapi
dengan system “virus-screening”. Perisisan ini penting bagi mengimbas semua perisian
192004 Halaman 15
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
pihak ketiga atau dari agensi-agensi lain serta sumber. Pada kebiasaannya, proses
pengimbasan ini dilakukan sebelum sesuatu perisian itu digunakan.
8.4. Komputer Mikro dan Komputer Peribadi
Pemprosesan, penyimpanan dan penggunaan data pada computer mikro hendaklah
dilindungi. Perlindungan yang berasasakan computer mikro hendaklah berasaskan
tahap sensitivity dan nilai sesuatu data atau maklumat serta sesuatu perisisan sistam
kepada organisasi. Setiap penggunaan system atau persisian pada computer mikro
hendaklah dilindungi seperti mana kita melindungi computer biasa akan tetapi
perlindungan terhapan penggunaan sesebuah perisian pada computer mikro hendaklah
berdasarkan sensivtiviti perisian tersebut, ini kerana komputer mikro mudah untuk
disalahgunakan dan ia muadh untuk dibawa ke mana-mana.
8.5. Salinan dan Hakcipta
Setiap maklumat atau ada dan juga perisian yang digunakan mestilah mempunyai
hakcipta di mana sebaranga salinan pengguna adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Salaian bagi data atau maklumat dan juga perisian system sama ada untuk kegunaan
rasmi mahupun persendirian adalah tidak dibenarkan kerana ia menyalahi Akta
Hakcipta. Pihak pengurusan sesebuah organisasi atau pejabat mestilah mengambil
berat akan kepentingan hakcipta dan sentiasa memantau setiap aktiviti di pejabat bagi
mengelakkan berlakunya kegiatan salian persisian dan sebagainya.
192004 Halaman 16
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
8.6. Kawalan Fizikal dan Akses
Pada kebiasaanya, sesebuah organisasi atau pejabat mestilah mempunyai risiko
untuk berlakunya sesuatu kemalangan. Oleh itu kawalan fizikal terhadap peralatan ICT
seperti bilik server, instalasi computer dan bekalan elektrik penting dan pemilihan tapak
computer yang selamat juga penting. Ini bertujuan bagi mengurangkan kesan terhadap
bencana alam seperti banjir, kebakaran, gempa bumi dan capaian yang tidak
dibenarkan.
8.6.1. Perlindungan Daripada Kebakaran
Seperti yang diketahui bahawa bencana alam merupakan ancaman terbesar
bagi sesebuah pejabat dan organisasi. Kita tidak tahu bila dan di mana ia
akan berlaku. Oleh itu, kawalan bagi mengurangakan risiko kebakaran
terhadap peralatan ICT penting dan ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan
kerosakan yang berlaku. Bagi mengelakkan dariapda berlaku kebakaran,
berbagailangakh boleh diambil sperti melarang aktiviti merokok di dalam bilik
server dan juga di tempat yang menyimpan bahan mudah terbakan serta
melengkapi kawasan sekitar bilik server dan pejabat dengan alat pemadam
api. Elakkan menyimpan bahan mudah terbakar di dalam bilik server dan
bekas sampah juga hendahlah diletakkan diluar bilik server. Pastikan setiap
suis alat-alat computer ditutup sekiranya ia tidak digunakan.
8.6.2. Perlindungan Daripada Air
Selain daripada perlindungan kepada kebakaran, kawalan terhadap limpahan
air juga mestilah diambil berat. Ini kerana kita tidak mahu peralatan ICT
192004 Halaman 17
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
seperti server menghadapi risiko kerosakan disebabkan air. Setiap pegawai
yang bertugas di bilik server hendaklah memastikan tidak ada limpahan air
yang berlaku daripada alat hawa dingin. Keadaan bilik server juga hendaklah
selamat daripada sebarang kebocoran.
8.6.3. Kawalan Persekitaran
Selain daripada bencana alam, persekitaran ditempat kerja terutama
dikawasan bilik server juga haruslah dikawal. Pihak pengurusan juga mestilah
melindungai peralatan ICT daripada ancaman bahaya daripada persekitaran.
Pelbagai ancaman persekitaran yang perlu dititkberatkan seperti system
elektrik di mana kerosakan system elektrik boleh mengakibatkan kerosakan
kepada peralatan. Suhu dan kelembapan bilik server juga mestilah sentiasa
dipantau serta dikawal dan kakitangan yang menjaga bilik server mestilah
terlatih untuk mengawasi kawalan persekitaran peralatan serta tahu apa yang
akan dilakukan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan.
8.6.4. Kawalan Akses
kawalan kemasukan kaitangan ke dalam bilik server juga hendaklah dipantau
di mana sesiapa yang ingin memasuki bilik server mestilah mendapat
kebenaran daripada pihak tertentu. Pintu masuk ke bilik server juga
hendaklah sentiasa dikunci serta diawasi dan pelawat-pelawat di kawasan
bilik server hendaklah diringi sepanjang masa. Kekasukan kakitangan ke
dalam bilik server juga hendaklah dihadkan kepada yang bertanggungjawab
sahaja. Ini penting bagi mengelakkan server sesebuah organisasi atau
pejabat dicerobohi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
192004 Halaman 18
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
9. Cara Untuk Mewujudkan Tempat Kerja atau Pejabat Yang Selamat.
9.1. Tahap Pentadbiran
Pihak pentadbiran bagi sesbuah organisai atau pejabat mestilah menyediakan satu
polisi atau dasar kesihatan dan keselamatan serta melantik satu komuniti yang terdiri
daripada pihak pengurusan serta kakitangan. Penubuhan komuniti ini bertujuan
mengkaji langkah keselamatan yang perlu di mabil untuk memastikan keselamatan dan
kesihatan pekerja di tempat kerja. Selain itu juga, kumuniti ini juga bertanggungjawab
menyiasat perkara yang tidak selamat sekiranya ia dibangkitkan oleh pekerja dan juga
menyelesaikan perkara berbangkit ini dengan pihak tertentu. Di samping itu juga, pihak
pentadbiran haruslah mematuhi Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (OSHA).
Pihak pentadbiran juga haruslah peka dan sentiasa membincangkan isu-isu keselamtan
di tempat kerja dengan pekerja mereka serta merekodkan setiap kemalangan atau
nyaris kemalangan untuk dibuat penilaian bagi langkah pencegahan. Latihan dan
pendidikan mengenai amalan pekerjaan yang selamat juga mestilah diadakan bagi
mendidik dan mengajar pekerja cara-cara bertindak sekiranya berlaku kemalangan.
Penyediaan peti kecemasan ditempat juga perlu dan isi kandungan peti tersebut
hendaklah sentiasa diperiksa dan pastikan ia mencukupi dengan keperluan-keperluan
perubatan kecemasan. Pihak pentadbiran juga hendaklah sentiasa mengambil tahu
tentang aspek keselamtan di pejabat atau oraganisasi mereka dengan melihat kepada
objektif ayng terkandunga dalam OSHA iaitu menjamin keselamatan, kesihatan dan
kebajikan perkerja di tempat kerja, melindungi individu di tempat kerja selain daripada
pekerja terhadap bahaya, menggalakkan persekitaran kerja yang sesuai dengan
keperluan fisiologi dan psikologi perkerja serta menyediakan cara untuk membentuk
192004 Halaman 19
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
suautu system peraturan yang dilulukan untuk bergabung dengan Akta ini dalam
mengekalkan atau memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan.
9.2. Persekitaran Kerja Selamat
Persekitaran tempat kerja atau pejabat juga penting bagi mengelakkan berlakunya
kemalangan. Pejabat atau tempat kerja haruslah berada dalam keadakan kemas dan
pastikan tempat laluan terutama laluan kecemasan tidak terhalang dan sekiranya perlu
ditanda, tandakan dengan garisan kuning bagi menunjukkan laluan kecemasan.
Penggunaan lantai juga penting dan pastikan lantai yang digunakan tidak licin.
Peredaran udara juga mestilah baik dan efektif bagi mewujudakn suasana dan suhu
yang selesa. Selain daripada udara, tahap pencahayaan yang cukup juga memainkan
peranan yang penting bagi mengelakkan sebarang perkara yangtidak diingini berlaku.
Setiap pejabat mestilah mempunyai stor dan pastikan stor berada dalam keadaan yang
tersusun serta teratur. Jangan sesekali menyimpan bahan kimia bersama-sama dengan
bahan makanan atau minuman. Pengunaan papan tanda juga penting dan
penggunaannya mestilah tepat mengikut keperluan sepeti larangan merokok, laluan
kecemasan dan sebagainya. Kedudukan perkakasan dan mesin juga mestilah sesuai
serta selesa dan kemudahan seperti tandas, tempat mencuci, tukar baju, tempat rehat
dan sebaginya mestilah disediakan.
9.3. Keselamatan Kebakaran
Kawalan terhadap kebakaran juga penting bagi sesebuah pejabat. Sesebuah premis
pejabat itu mestilah mempunyai alat pemadam api dan pastikan ia berfungsi dengan
192004 Halaman 20
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
baik. Hos pemadam api juga mestilah disediakan dan ia hendaklah sentiada diperiksa
bagi mengelakkan berlakunya kegagalan berfungsi. Tandakan tempat berkumpul
sekiranya berlaku kecemasan dan pelan evakuasi semasa kecemasan hendaklah
sentiasa dipaparkan. Lakukan latihan kebakaran dengan meminta bantuan daripada
pihak bomba.
9.4. Penggunaan Bahan Kimia dengan Selamat
Sekiranya pejabat atau sesebuah organisasi itu terlibat atau menggunakan bahan
kimia, pastikan bahan kimia yang merbahaya ditukan kepada bahan kimia yang lebih
selamat. Bekas bagi penggunaan bahan kimia juga hendaklah dilabelkan supaya tidak
bertukar dengan bekas yang lain terutama sekali bekas makanan dan pastikan data
keselematan penggunaan sesuatu bahan kimia disimpan untuk dijadikan rujukan.
Sewaktu menggunakan bahan kimia, pastikan aspek keselamatan diutamakan dengan
menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang disyorkan seperti penutup
mulut, sarung tangan, kaca mata keselamatan dan sebgainya. Pastikan juga arahan
bagi penggunaan sesuautu bahan kimia dibaca atau dirujuk terlebih dahulu sebelum
menggunakannya. Selain itu juga, peralatan kecemasan juga hendaklah disediakan
untuk kegunaan kecemasan sekiranya berlaku kemalangan. Alat pencuci mata dan
tempat mandi kecemasan hendaklah disediakan sekiranya perlu.
9.5. Penggunaan Elektrik yang Selamat
Setiap organisasi atau pejabat mempunyai pelbagai perkakasan elektrik bagi
kegunaan pengoperasian. Oelh yang demikian, setiap penggunaan sambungan litar
192004 Halaman 21
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
elektrik mestilah tidak melebihi had yang telah ditetapkan. Pastikan peralatan elektrik
yang digunakan berada dalam keadaan yang baik dan tidak mengalami sebarang
kerosakkan. Sekiranya berlaku kerosakkan pada peralatan atau sambungan litar
elektrik, jangan sesekali cuba untuk memperbaikinya sendiri. Sebarang kerja-kerja
pembaikan mestilah dilakukan oleh orang yang layak dan mahir.
9.6. Penggunaan Alat Perkakas dengan Selamat
Sebagai seorang pengurus dalam sesebuah pejabat, kita mestilah
bertanggungjawab dalam memberikan latihan kepada pekerja kita tentang penggunaan
sesuatu perkakasan atau mesin dengan selamat. Kita mestilah menyediakan tenaga
pekerja yang mahir bagi member tunjuk ajar kepada pekerja lain. Pihak pengurusan
juga hendaklah peka terhadap persekitaran di tempat kerja di mana pemasangan
penghadang mesin hendaklah dibuat bagi mengurangkan risiko berlakunya
kemalangan. Sebarang pembaik pulihan, pengubahsuaian atau pemeliharaan sesuatu
mesin hendaklah mendapat kebenaran daripada pihak tertentu sebelum dilakukan.
Segala kerja-kerja pembaikan dan pengubahsuaian mestilah dilakukan oleh individu
yang berkelayakan dan mahir. Penggunaan alatan perlindungan keselamatan juga
penting bagi mengurangkan risiko berlakunya kecederaan sewaktu bekerja. Pastikan
juga peralatan atau mesin yang digunakan berada dalam keadaan baik sebelum
menggunakannya.
192004 Halaman 22
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
9.7. Penggunaan Alat Perlindungan Keselamatan Diri yang Betul
Sekiranya boleh, elakkan dan hindarkan diri kita daripada segala punca bahaya
yang boleh membawa kepada kemalangan sewaktu melakukan sesuautu kerja di
pejabat anda. Pastikan juga alat keselamatan dipakai dengan betul dan kita mesti ingat
bahaya penggunaan alat keselamatan diri hanyalah untuk mengurangakn risiko
berlakunya kemalangan dan digunakan jika punca bahaya tersebut tidak dapat dikawal.
Kita juga hendaklah sentiasa menggunakan alat perlindungan keselamatan diri yang
bersesuaian dengan tugas seharian kita dan pihak pengurusan juga mestilah tegas
dalam peraturan penggunaannya. Alat perlindungan diri juga hendaklah dipelihara dan
diperiksa setiap masa bagi memastikan ia dapat digunakan serta berfungsi dengan
baik. Pihak pengurusan juga haruslah menggantikan alat keselamatan yang telah rosak
dengan peralatan yang baru.
192004 Halaman 23
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
10. Penutup dan Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, aspek keselamatan memainkan peranan yang penting bagi
sesebuah pejabat. Ini kerana, pekerja merupakan asset penting bagi setiap organisasi
atau pejabat. Oleh yang demikian, kerjasama majikan dan para pekerja dalam
mewujudakan pejabat yang selamat amatlah penting. Ini kerana, setiap individu sama
ada majikan ataupun pekerja memainkan peranan penting dalam aspek keselamatan di
pejabat. Aspek keselamatan di pejabat bukan sahaja untuk melindungi kebajikan para
pekerja malahan penting bagi meningkatkan lagi produktiviti, kualiti barangan atau
perkhidmantan, motivasi kerja, kepuasan kerja serta dapat mempengaruhi kualiti hidup
seseorang individu serta masyarakat. Aspek keselamatan di pejabat bukan sesuatu
perkara yang boleh dipandang remeh kerana kegagalan sesebuah pejabat dalam
menyediakan tahap keselamatan akan menyebabkan timbul masalah kepada sesebuah
organisasi. Sebagai seorang piahk pentadbir sesebuah pejabat, kita hendaklah prihatin
dan sentiasa memandang serius tentang aspek keselamtan di dalam pejabat kita.
Tahap keselamatan yang tinggi di dalam pejabata akan memberikan keyakian dan
keselesaan kepada para pekerja untuk terus bekerja bagi meningkatkan prestasi
pejabat. Persekitran yang selamat juga akan member galakan dan dorongan serta
motivasi yang tinggi kepada para pekerja dalam memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada sesebuah organisasi. Aspek keselamatan juga perlu dititik beratkan bagi
mengurangkan risiko dan seterusnya mengelakkan daripada berlaku sesuatu
kemalangan di samping menjaga kebajikan para pekerja untuk kepentingan semua
pihak dalam organisasi atau pejabat.
192004 Halaman 24
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
11. Lampiran
Bahagian Fizikal
1. Undang-Undang Yang Berkaitan
1.1. Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (semakan 1983)
1.2. Akta Keselamatan Dalaman 1960
1.3. Peraturan Kecemasan (Kunci Asas) 1965
1.4. Akta Pendaftaran Nasional 1959 (Peraturan Pendaftaran Nasional 1960)
2. Pekeliling-Pekeliling Yang Berkaitan
2.1. Surat Pekeliling Am Bil. 4/1982 (Permohonan ruang pejabat sama ada
dalam Bangunan Gunasama ataupun di Sewa Bangunan Swasta)
2.2. Surat Pekeliling Am Bil. 14 Tahun 1982. (Pelaksanaan Pejabat Pelan
Terbuka)
2.3. Surat Pekeliling Am Rahsia Bil. 2 Tahun 1975 (Keselamatan Jabatan-
jabatan Kerajaan )
3. Peraturan - Peraturan Yang Berkaitan
3.1. Arahan Tetap Sasaran Penting
3.2. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 20 (Kawasan Terperingkat)
3.3. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 21 (Cadangan
pembinaan,pengubahsuaian, pembelian bangunan-bangunan kerajaan,
penempatan dan pemindahan)
3.4. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 23 (Pengawal Keselamatan)
3.5. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 24 (Kuasa Pusat Pas dan Kad)
192004 Halaman 25
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
3.6. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 28 (Cadangan pembelian,
kegunaan,kawalan dan keselamatan kelengkapan)
3.7. Surat Bil. MIS.Y. 34/29 – (202) bertarikh 11/1163 daripada KDN.
(Kawasan Yang Dilindungi dan Ordinan Tempat Yang Dilindungi 1959)
3.8. Surat Bil. KPKK/308/A (2) bertarikh 7/9/79. (mencetak Pas-Pas
Keselamatan dan Kad-Kad Pengenalan Kementerian/Jabatan)
3.9. Arahan Jawatankuasa Keselamatan Pusat Sasaran Penting Bil. 1 Tahun
1985. (Pembinaan Bangunan Berdekatan Dengan Sasaran Penting,
Kawasan Larangan Dan Tempat Larangan)
Bahagian Dokumen
1. Undang-Undang Yang Berkaitan
1.1. Akta Rahsia Rasmi 1972
1.2. Akta Audit 1957
1.3. Akta Cukai Pendapatan 1967 (Akta 53)
1.4. Akta Agensi Anti Rasuah 1982
2. Pekeliling-Pekeliling Yang Berkaitan
2.1. Surat Pekeliling Am Bil. 2/87.(Peraturan Pengurusan Rahsia Rasmi
selaras dengan Peruntukan-Peruntukan Akta Rahsia Rasmi (Pindaan
1986)
2.2. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 24/86. (Kerja-kerja percetakan yang
dijalankan oleh Kementerian/Jabatan Kerajaan dan Badan-Badan
Berkanun).
192004 Halaman 26
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
2.3. Pindaan Pertama Kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 24/1986.
(Kerja-Kerja Percetakan Yang dijalankan oleh Kementerian/Jabatan
Kerajaan dan Badan Berkanun.)
2.4. Surat Pekeliling Am Bil. 8 Tahun 1990 (Buku Arahan Keselamatan,
Kawalan serta Penyelenggaraan maklumat-maklumat ukur dan geografi
yang antara lainnya merangkumi peta-peta rasmi dan citraan penderiaan
jauh).
2.5. Memorandum Pekeliling Am Sulit Bil. 1/1959 (Kod Perkataan –
Peruntukan & Kawalan)
2.6. Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1972. (Keselamatan Rahsia-Rahsia
Kerajaan Daripada Ancaman Penyuluhan Pengintipan)
2.7. Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 10/1985 (Merahsiakan Proses
Tender)
3. Peraturan - Peraturan Yang Berkaitan
3.1. Buku Arahan Keselamatan - Perkara 42-60 ( Pengurusan Dokumen
Terperingkat, Peringkat Keselamatan, Tanda Keselamatan dan
Penyimpanan Perkara-Perkara Perperingkat)
3.2. Confidential General Circular Memorandum No.1 of 1962 (Security
Vetting)
3.3. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 1985 (Pernyataan Awam oleh
Pegawai-Pegawai Awam)
3.4. Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1985 (Hubungan Dengan Perwakilan
Asing di Malaysia)
192004 Halaman 27
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
4. Peraturan - Peraturan Yang Berkaitan
4.1. Instruction on Positive Vetting Procedure.
4.2. Tapisan Keselamatan untuk perlantikan Panel Perundingan diantarapihak
awam dan swasta.
4.3. Tapisan Keselamatan untuk memasuki perkhidmatan kerajaan JPA Sulit
376/Bhg.10/5 bertarikh 2/5/79.
4.4. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 80-84 (Tapisan Keselamatan)
Bahagian Perancangan, Latihan dan Naziran
A. bidang Utama: Perancangan
1. Peraturan – Peraturan Yang Berkaitan
1.1. Perakuan Jawatankuasa mengkaji semula peraturan keselamatan
Pejabat Tahun 1982 (Para 21a)
B. Bidang Utama : Latihan
1. Pekeliling – Pekeliling Yang Berkaitan
1.1. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/1984
1.2. Surat Pekeliling Sulit Bil. 4/1966
1.3. Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1/1967
1.4. Pekeliling Perbendahraan Bil. 3/1993
192004 Halaman 28
MGR 2213 Pengurusan Pejabat
192004 Halaman 29
2. Peraturan –Peraturan Yang Berkaitan
2.1. Perakuan Jawatankuasa mengkaji semula Peraturan Keselamatan
Pejabat 1982. (Para 12, dan 19b) 3.2. Buku Arahan Keselamatan –
Perkara 88
2.2. Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Gaji Sektor Awam
bertarikh Oktober 1991. (Para 11.17, 11.18 dan 11.19)
2.3. Government security Officer: Terms of Reference – Ectract on Training
of Deparmental Security Officers.
C. Bidang Utama : Naziran
1. Pekeliling – Pekeliling Yang Berkaitan
1.1. Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1993
2. Peraturan – Peraturan Yang Berkaitan
2.1. Perakuan Jawatankuasa Mengkaji Semula Peraturan Keselamatan
Pejabat 1982 (Para 21b)
2.2. Buku Arahan Keselamatan – Perkara 15 (Kewajipan dan
Tanggungjawab Pegawai Keselamatan Kerajaan)
top related