pentafsiran imam al- teks ayat- ayat taharah dalam …
Post on 20-Feb-2022
52 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
320
PENTAFSIRAN IMAM AL-SHAFI’I BERASASKAN SUNNAH DALAM KONTEKS AYAT-
AYAT TAHARAH DALAM KITAB AL-UMM
Dr. Muhammad Yusry Affandy bin Md Isa (Corresponding author)
Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
E-Mail: ustazyusryaffandy@gmail.com
Ribhan binti Ibrahim
Politeknik Port Dickson,
KM. 14, Jalan Pantai
71050 Si Rusa, Negeri Sembilan.
E-Mail: ustazahribhan@gmail.com
ABSTRAK
Imam al-Shafi’i merupakan antara tokoh fiqh yang terkemuka dalam dunia kesarjanaan Islam. Beliau
tersenarai sebagai salah seorang mujaddid ummah lantaran sumbangan agung dalam bidang fiqh yang
bersumberkan al-Quran, Sunnah, Qiyas dan Ijma’. Dalam karya utamanya al-Umm, terdapat pentafsiran
al-Quran berasaskan Sunnah yang menjadi landasan perbahasan fiqh atau cabang perbahasan. Objektif
kajian ini adalah untuk menerangkan bentuk pentafsiran Imam al-Shafi’i yang berasaskan Sunnah
terhadap ayat-ayat taharah yang menjadi permulaan kandungan kitab al-Umm. Meskipun kitab al-Umm
lebih dikenali sebagai kitab induk fiqh Mazhab Shafi’i, namun ia mengandungi data tersirat mengenai
pentafsiran al-Quran. Kajian ini juga menerangkan hadith-hadith penting di bawah pentafsiran ayat
taharah bagi membuktikan metodologi Imam al-Shafi’i adalah amat sinonim dengan penerapan Sunnah.
Kajian ini penting dalam agenda mendedahkan bahawa pentafsiran Imam al-Shafi’i berperanan
melahirkan perbahasan fiqh terutama dalam bab taharah. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif
yang menerapkan kaedah pengumpulan data daripada sumber manuskrip primer dan sekunder.
Seterusnya data diproses dengan kaedah deduktif dan deskriptif bagi menerangkan dasar pentafsiran
Imam al-Shafi’i berasaskan Sunnah dalam konteks ayat-ayat taharah. Dapatan kajian menerangkan
bahawa Kitab al-Umm mempunyai pentafsiran ayat taharah pada hampir setiap bab kecil di bawah Bab
al-Taharah. Pentafsiran adalah bersifat ma’thur lantaran sumber hadith sering dijadikan bahan
pencerahan terhadap nas al-Quran biarpun Imam al-Shafi’i mempunyai beberapa kaedah lain selaku Ahli
al-Ra’yi. Di samping itu, pentafsiran Imam al-Shafi’i menunjukkan keilmuannya yang luas dalam
lapangan al-Quran dan Sunnah. Hadith-hadith yang diutarakan terdiri daripada sanad dalam pelbagai
status hadith serta disusuli ijtihad fiqh yang kemudiannya telah menjadi sebahagian dasar dalam Mazhab
Shafi’i.
Kata Kunci: Pentafsiran, Imam Al-Shafi’i, Sunnah, Taharah, Kitab Al-Umm
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
321
PENDAHULUAN
Abu ‘Abd-Allah Muhammad bin Idris atau Imam al-Shafi’i merupakan tokoh mujtahid terkemuka.
Beliau yang mengasaskan Mazhab Shafi’i telah dilahirkan pada tahun 150 Hijrah di Ghazah, Palestin.1
Setelah kembara ilmu yang panjang di Yaman, Mekah, Madinah dan Iraq, akhirnya Imam Shafi’i
menetap di Mesir dan meninggal pada tahun 204 Hijrah ketika berumur 54 tahun.2 Gelaran “al-Shafi’i”
adalah bersempena dengan nama moyang beliau. Imam al-Shafi’i dikenali sebagai tokoh fiqh hasil
daripada keilmuan yang tinggi dan peninggalan kitab ulung seperti al-Umm dan al-Risalah yang menjadi
rujukan dasar Mazhab Shafi’i di negara seperti Yaman, Mesir, Syria, Afrika Selatan, Somalia dan Asia
Tenggara.3 Imam al-Shafi’i bersungguh-sungguh menerapkan Sunnah sehingga mendapat gelaran “Nasir
al-Sunnah” iaitu pembantu Sunnah.4
Meskipun ketokohannya lebih menonjol dalam bidang fiqh namun Imam al-Shafi’i turut diakui sebagai
ahli hadith hasil pengajian yang mendalam dengan para muhaddith.5 Dikatakan bahawa Imam Abu
Hanifah (w.150H) dan Imam al-Shafi‘i tidak menulis kitab hadith secara khusus. Kitab Musnad Abu
Hanifah dan Musnad al-Shafi’i dihimpun dan disusun oleh ulama lain. Kitab Musnad yang dinisbahkan
kepada Imam al-Shafi’i adalah disusun oleh Abu al-‘Abbas Muhammad bin Ya‘qub bin Yusuf al-Asam
(w.346H). Antara hadith yang datang dari jalur riwayatnya ialah:
Maksudnya: “Diriwayatkan daripada al-Imam Ahmad bin Hanbal (beliau meriwayatkan)
daripada al-Imam al-Shafi’i, (beliau pula meriwayat) daripada al-Imam Malik bin Anas,
daripada Ibn Shihab al-Zuhri daripada 'Abd al-Rahman bin Ka'ab bin Malik (mendapat
riwayat) daripada ayahandanya r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Roh orang
mukmin (seperti) burung yang hinggap di pohon syurga sehingga Allah mengembalikan
ke jasadnya pada hari ia dibangkitkan.”
(Riwayat Imam Ahmad no.15778, hadith disahihkan oleh Syeikh Shu’aib al-Arnaut)
Ramai di kalangan ulama menzahirkan pujian terhadap Imam al-Shafi’i lantaran sumbangannya yang
luas dalam bidang fiqh dan hadith. Antaranya Imam Ahmad bin Hanbal, Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-
Baihaqi, al-Nawawi dan ulama terkemudian seperti Abu Zuhrah dan ‘Abd al-Ghani al-Daqr. Al-Nawawi
selaku tokoh ulama Shafi’iyyah telah mengeluarkan satu kenyataan pujian dan keistimewaan mengenai
kaedah fiqh Imam al-Shafi’i:
“Keistimewaannya yang lain ialah al-Shafi’i muncul semasa kitab-kitab baru saja
selesai ditulis (ulama lain) dan beberapa hukum mula ditetapkan. Maka beliau hadir
untuk meneliti mazhab-mazhab terdahulu. Beliau mempelajari daripada para imam
terkemuka dan berdiskusi dengan para pakar yang matang ilmunya. Beliau melakukan
kajian, analisa, validasi dan pengujian ilmiah terhadap mazhab tersebut. Hasilnya satu
kaedah komprehensif tentang al- Qur-an, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas. Tidak sekadar itu,
beliau juga mencurahkan waktunya untuk memilih, menyempurnakan, dan merapikan
kesemua bahan itu dengan sempurna, menampakkan ketinggian hasrat ilmiah dan
1 Al-Munawa, ‘Abd al-Rauf (1995), Manaqib Imam al-Shafi’i. Tanta: Dar al-Sahabat li Turath, 55. 2Al-Razi, Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Abu Hatim (2003), Adab al-Shafi’iyyah wa Manaqibuh. Beirut: Dar al-
Kutub al-‘Ilmiyyat, 26. 3 Nu’man Jaghim (2011) Madkhal ila al-Madhhab al-Shafi’i. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, 71. 4 Abu Zahrah, Muhammad (t.t.), Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al- Fikr, hlm.106. 5Al-Qattan, Manna’ (1995). Tarikh al-Tashri’ al-Islami. Beirut: Muassasah al-Risalah, 296.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
322
kepakarannya dalam pelbagai disiplin ilmu yang beliau kuasai dengan begitu
mendalam. Beliaulah tokoh sejati dalam istinbath al-Quran dan Sunnah…”6
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif yang menerapkan kaedah pengumpulan data daripada
sumber manuskrip primer dan sekunder. Seterusnya data diproses dengan kaedah deduktif dan deskriptif
bagi menerangkan dasar pentafsiran Imam al-Shafi’i berasaskan Sunnah dalam konteks ayat-ayat
taharah. Penulis telah melakukan dalam bentuk gerak kerja kepustakaan. Menurut Sidek Mohd Noh
(2002), reka bentuk deskriptif biasanya dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik
mengenai fakta yang disasarkan.7
ASAS PENDEKATAN IMAM AL-SHAFI’I
Menurut Abu Zuhrah, pemikiran fiqh Imam al-Shafi’i adalah pemikiran yang mengabungkan aliran ahli
hadith dan Ahli al-Ra’yi. Pemikiran ini terbina implikasi daripada pengalaman kembara ilmu dan
perdebatan ilmiah bersama pendokong Mazhab Hanafi yang cenderung mengaplikasikan metod qiyas.8
Justeru, pendapat Imam al-Shafi’i di samping mengutamakan nas, turut mengaplikasikan kaedah
penghujahan qiyas, ilmu Bahasa Arab dan ilmu mantiq.
Imam al-Shafi’i bersama para mujtahid mutlaq seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik bin Anas dan
Imam Ahmad bin Hanbal telah meletakkan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber syariat yang paling
utama. Kedua-dua sumber ini adalah yang teratas selepas Ijma’ dan Qiyas dalam Mazhab Shafi’i. Apabila
Imam al-Shafi’i mentafsirkan al-Quran dalam wadah perbahasan fiqh, beliau akan memilih untuk
mendahulukan pentafsiran berasaskan Sunnah. Selanjutnya melakukan ijithad dalam memahami ayat al-
Quran dan Sunnah. Dalam hal ini, berlaku kesamaan dan perbezaan qaul dengan ijtihad mazhab lain.
Sebagai contoh pentafsiran ayat berikut:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan
sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu,
dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah dari kepala kamu dan basuhlah kedua
belah kaki kamu meliputi buku lali.”
(Surah al-Maidah, 5:6)
Berdasarkan pentafsiran ayat ini, Imam al-Shafi'i berpendapat wajib membasuh sebahagian sahaja
daripada kepala. Imam Abu Hanifah berpendapat wajib dibasuh satu perempat dari kepala manakala
pendapat rajih dalam Mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat wajib dibasuh keseluruhan kepala.9
Dalam konteks membasuh muka, Imam al-Shafi’i dan semua mazhab bersetuju bahawa keseluruhan
zahir muka adalah wajib dibasuh atau disampaikan air.10 Setiap ijtihad ini berasaskan al-Quran dan
6Al-Nawawi, Abu Zakariya Yahya bin Sharaf ( t.t. ), al-Majmu’ Sharh al-Muhadhab li al-Shirazi. Jiddah: Maktabah al-
Irshad, 26. 7Sidek Mohd Noh (2002), Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis. Selangor: Penerbit Universiti Putra
Malaysia, 22. 8Abu Zuhrah, Muhammad (t.t.), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah. Qahirah: Dar al-Kitab al-‘Arabi, 25. 9Al-Zuhaili, Wahbah. (2003), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Beirut-Lubnan: Dar al-Fikr, j.1, 220-222. 10Ibid., j.1, 214.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
323
Sunnah. Berlaku kesamaan dan perbezaan disebabkan setiap mazhab mempunyai dalil Sunnah dan
kaedah istinbat yang tersendiri.
KITAB AL-UMM SEBAGAI SUMBER PENTAFSIRAN
Imam al-Shafi’i telah meninggalkan sumbangan ilmu dalam pelbagai bentuk kitab khasnya dalam bidang
fiqh dan hadith. Menurut Yaquth al-Rumi al-Hamawi, terdapat 147 kitab yang disandarkan Imam al-
Shafi’i.11 Antara kitab utama yang disandarkan beliau ialah:
i. Al-Hujjah: kitab fiqh berkisar penghujahan bersama ahli al-ra’yi di Iraq.12
ii. Musnad al-Imam al-Shafi’i: Kitab ini dihasilkan oleh Abu al-‘Abbas al-Asam hasil daripada
hadith dan athar Sahabat riwayat Imam al-Shafi’i. Al-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi banyak
berperanan dalam kitab ini selaku anak murid terdekat Imam al-Shafi’i. beliau bertindak sebagai
perantara sesuatu riwayat hadith.13
iii. Al-Risalah: kitab mengenai Usul al-Fiqh dan Qawa’id al-fiqihiyyah. Asalnya kitab ini
merupakan surat-surat yang ditulis atas permintaan ‘Abd al-Rahman bin Mahdi untuk
mendapatkan penjelasan makna al-Quran, makna hadith, penghujahan ijma’ dan ilmu nasikh dan
mansukh.14
iv. Al-Umm: Kitab ini menjadi kitab induk bagi Mazhab Shafi’i. Kitab ini merupakan koleksi fatwa
dan syarahan Imam Shafi’i di Mesir. Ia juga ditulis hasil daripada penelitian semula pendapat-
pendapat terdahulu (Qaul al-Qadim) sewaktu berada di Iraq. Al-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi
memainkan peranan penting dalam menyusun kitab ini bersama Imam al-Shafi’i. Kitab ini sering
menukilkan ungkapan riwayat “berkata al-Shafi’i” dan kalam penulisan al-Rabi’ dengan istilah
“kami mengkhabarkan”.15
Kitab al-Umm lebih menumpukan perbahasan fiqh. Dalam pada itu, ia mengandungi pentafsiran ayat al-
Quran. Imam al-Shafi’i mengaplikasikan kaedah meletakkan ayat al-Quran sejurus bab-bab fiqh. Beliau
juga mengemukakan ulasan dan pendalilan Sunnah yang dapat diklasifikasikan sebagai wadah
pentafsiran. Hasil daripada pendekatan ini, Dr. Ahmad bin Mustafa al-Farran telah menghasilkan kitab
Tafsir al-Imam al-Shafi’i yang memuatkan secara khusus pentafsiran Imam Shafi’i.16
AYAT TAHARAH DI DALAM AL-QURAN
Perkataan taharah sinonim dalam masyarakat Melayu tanah air hasil daripada pengajian agama yang
sentiasa berlangsung di pondok, masjid dan pelbagai institusi Islam. Istilah taharah kini menjadi
sebahagian istilah Bahasa Melayu. Kamus Dewan mentakrifkan taharah ialah hukum fiqh yang berkaitan
11Wildan Jauhari, Lc. (2018), Biografi Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i. Jakarta Selatan: Rumah Fiqih Publishing, 31. 12Al-Indunisi, Ahmad Nahrawi (1988), al-Imam al-Shafi’i fi Madhhabaih al-Qadim wa al-Jadid. Qahirah: Dar al-Kutub, 712. 13Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Husain al-Naisaburi (t.t.), Manaqib al-Shafi’i. Tahqiq Ahmad Saqar, al-Qahirah: Dar al-Turath,
j.2, 271. 14Al-Indunisi, Ahmad Nahrawi ‘Abd al-Salam (2000), al-Imam al-Shafi’i fi Madhabih al-Qadim wa al-Jadid. Jakarta:
Hikmah, 100. 15Ridzuan Ahmad, Dr. (2012), Fiqh Imam Syafie. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., 50. 16Karya ini asalnya tesis doktor falsafah daripada Universiti al-Qur’an al-Karim wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Khurtum, Sudan.
Lihat karya Dr. Ahmad bin Mustafa al-Farran (2006), Tafsir al-Imam al-Shafi’i. Riyadh: Dar al-Tadmuriyyah.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
324
dengan kebersihan merangkumi hukum air, bersuci, najis dan sebagainya. Dalam Mazhab Shafi’i,
taharah dapat diertikan antaranya menerusi tarkifan Imam Taqiy al-Din al-Shafi’i (w.829H). Beliau
menyebut taharah di sudut bahasa ialah bersih manakala di sudut perspektif syarak ialah tatacara
mengangkat hadas dan menghilangkan najis.17
Terdapat enam ayat yang mempunyai perkaitan dengan perbincangan taharah di dalam al-Quran al-
Karim. Jadual di bawah memerincikan kedudukan dan intipati ayat:
No. Kedudukan ayat
taharah
Intipati ayat
1. Ayat 222 Surah
al-Baqarah
Status haid, menjauhi jima’ terhadap wanita haid dan perintah
bersuci selepas haid.
2. Ayat 43 Surah
al-Nisa’
Larangan melakukan solat ketika wabuk iaitu sebelum perintah
pengharaman arak diturunkan, larangan orang berjunud menetap
dalam masjid, tatacara tayammum ketika sakit, musafir, berhadas
kecil dan interaksi dengan wanita.
3. Ayat 6 Surah al-
Maidah
Perintah dan tatacara wudhu’, kewajipan bersuci untuk orang yang
berjunud dan tatacara tayammum ketika sakit, musafir, berhadas
kecil dan interaksi dengan wanita. Menampilkan maqasid al-
Qur’an iaitu tujuan pensyariatan ini ialah untuk kepentingan
penyucian terhadap orang-orang beriman dan prinsip kemudahan
dalam taharah.
4. Ayat 11 Surah
al-Anfal
Status air hujan sebagai bahan taharah.
5. Ayat 48 Surah
al-Furqan
Status air hujan sebagai bahan taharah.
6. Ayat 4 Surah al-
Muddathir
Perintah membersihkan pakaian.
PENTAFSIRAN BERASASKAN SUNNAH
Terdapat sebahagian ayat taharah dijadikan asas pentafsiran dalam kitab al-Umm. Imam al-Shafi’i
meletakkan ayat tersebut dalam bab-bab seperti berikut:
No. Kedudukan ayat taharah Bab dalam kitab al-Umm
1. Ayat 6 Surah al-Maidah al-Taharah
Ma Yujib al-Wudhu’ wama La Yujibuh
al-Wudhu’ min al-Mulasamah wa al-Ghaith
17Taqiy al-Din Abu Bakr Muhammad al-Shafi’I (2001), Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayah al-Ikhtisar. Dimashq: Dar al-
Bashair, 19.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
325
al-Wudhu’ min al-Ghaith wa al-Baul al-Rih
Bab fi al-Istinja’
Bab Ghals al-Yadain Qabl al-Wudhu’
Bab Ghasl al-Wajh
Bab Mash al-Ra’si
Bab Ghasl al-Rijlain
Bab Taqdim al-Wudhu’ wa Mutabi’atuh
Bab Jamma’ al-Mash ‘ala al-Khiffain
Bab Kaif al-Ghasl
Bab ‘Illah min Yujib ‘alaih al-Ghasl wa al-Wudhu
Bab al-Tayammum li al-Muqim wa al-Musafir
Bab Kaif al-Tayammum
Bab al-Turab alladhi Yatayammam bih wa la
Yatayammam
2. Ayat 43 Surah al-Nisa’ Bab ma Yujib al-Ghasl wa la Yujibuh
3. Ayat 4 Surah al-Muddathir Bab Thaharah al-Thiyab
4. Ayat 222 Surah al-Baqarah Kitab al-Haidh
Bab ma Yuhrim an Yu’ta min al-Mahidh
Bab Tark al-Haidh al-Salah
KENYATAAN DALIL AL-QURAN
Imam al-Shafi’i banyak menggunakan ayat 6 Surah al-Maidah sebagai asas pentafsiran berbanding ayat
43 Surah al-Nisa’. Ini disebabkan kandungan kedua-dua ayat ini adalah sama dalam perihal wuduk,
mandi dan tayammum. Beliau meletakkan ayat 6 Surah al-Maidah sebagai dalil utama dalam bab
permulaan “al-Thaharah.” Ayat 43 Surah al-Nisa’ pula dijadikan asas pentafsiran dalam “Bab ma Yujib
al-Ghasl wa la Yujibuh”.
Dalam bab “al-Thaharah”, Imam al-Shafi’i mengungkapan zahir al-Quran telah menjelaskan tentang
manfaat air untuk taharah. Beliau tidak mendatangkan secara spesifik ayat tersebut. Imam al-Shafi’i
mengaitkan jenis-jenis air yang boleh digunakan untuk membersihkan pakaian ketika mentafsirkan ayat
4 Surah al-Muddathir. Ayat kedua yang sering dtafsirkan Imam al-Shafi’i ialah ayat 222 Surah al-
Baqarah untuk dihubungkan dengan perbahasan fiqh haid.
UNGKAPAN BERKAITAN SUNNAH
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
326
Imam al-Shafi’i menggunakan ungkapan berkaitan Sunnah dalam pentafsiran al-Quran yang
dilaksanakan. Ungkapan tersebut terdiri daripada:
i. Akhbarana: “dikhabarkan kepada kami.”18
ii. Dallat ‘ala al-sunnah: “menunjukkan atas sunnah.”19
iii. Dallat al-sunnah: “Sunnah menunjukkan.”20
iv. Wa lam a’lam min al-Sunnah: “Tidaklah aku ketahui ia daripada sunnah.”21
Dalam pentafsiran ayat perintah wuduk bagi sesiapa yang telah membuang air, Imam al-Shafi’i berkata
Sunnah menunjukkan bahawa seseorang terbatal wuduk dan solat disebabkan keluar angin dari tempat
keluar kotoran (dubur). Oleh itu, buang air lebih ketara berbanding keluar angin dalam perbahasan ini.
Imam al-Shafi’i mengemukakan sebuah hadith sahih riwayat Ibn al-Shammah tentang Rasulullah s.a.w.
membuang air kecil dan seterusnya bertayammum.22
Dalam pentafsiran yang lain, Imam al-Shafi’i tidak mengemukakan hadith tetapi sekadar
mengungkapkan kenyataan yang disandarkan kepada Sunnah. Dalam pentafsiran firman Allah s.w.t.
yang bermaksud:“…dan basuhlah tanganmu hingga ke siku”,23 Imam al-Shafi’i menyatakan tidak
diketahui berlaku khilaf kawasan tangan yang perlu dibasuh lantaran para ulama telah memahami zahir
ayat ini. Beliau berijtihad bahawa adalah Sunnah memulakan membasuh bahagian tangan kanan. Tiada
dalil Sunnah disertakannya dalam pentafsiran tersebut. Ijithad Sunnah ini timbul kesan daripada
pemahaman hadith tentang amalan Rasulullah s.a.w. sering memulakan sesuatu dengan anggota kanan:
Maksudnya:“Daripada ‘Aishah r.a. berkata: Nabi s.a.w. menyukai melakukan
sesuatu daripada sebelah kanan ketika mengenakan sandal, menyisir rambut,
bersuci dan dalam setiap amalan yang dilakukannya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.168)
PENGAPLIKASIAN HADITH
Imam al-Shafi’i amat mementingkan rujukan Sunnah dalam memahami tuntutan sesuatu ayat taharah.
Setiap bab tidak meminggirkan pengaplikasian ini. Sebagai contoh dalam bab al-Thaharah, Imam al-
Shafi’i menyatakan zahir ayat al-Quran menunjukkan air adalah bahan untuk bersuci. Air boleh didapati
di bumi dari sumber air hujan, air sungai, air perigi, air bukit dan air laut. Zahir nas memaklumkan status
air adalah suci untuk digunakan. Beliau mengemukakan dalil air laut boleh digunakan berdasarkan hadith
berikut:
18Al-Shafi’i, Abu ‘Abd-Allah Muhammad bin Idris (t.t.), al-Umm. Beirut-Lubnan: Dar al-Ma’rifah li Taba’ah wa al-Nashr,
j.1, 3. 19 Ibid., j.1, 17. 20 Ibid., j.1, 26. 21 Ibid., j.1, 45. 22 Ibid., j.1, 17. 23 Surah al-Maidah, ayat 6.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
327
Maksudnya:“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. ditanya tentang
wuduk dengan air laut maka baginda bersabda: ia adalah bersih akan airnya, halal
(haiwan laut) yang mati dalamnya.”
(Riwayat Abu Daud no.83, al-Tirmidhi no.69, al-Nasaii no.59, Ibn Majah no.386 dan
Ahmad no.8720, hadith ini disahihkan al-Bukhari, al-Tirmidhi, Ibn Hibban dan al-Albani)
Maksudnya:“Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: Sesiapa
yang tidak dibersihkan oleh laut, maka Allah tidak membersihkannya.”
(Riwayat al-Shafi’i dalam al-Umm, al-Baihaqi no.3 dan al-Daruquthni no.35/1, dinilai
dha’if oleh al-Albani)
Pendekatan yang dilaksanakan ini adalah sejajar dengan disiplin al-tafsir bi al-ma’thur yang meletakkan
pentafsiran al-Quran dilaksanakan berasaskan sunnah.24 Disiplin ini dapat mengelak berlakunya
pentafsiran yang terbabas daripada syariat. Imam al-Shafi’i telah melaksanakan hal ini bagi melahirkan
perbahasan fiqh yang berdiri dengan dalil yang teguh.
Mengemukakan Sanad Ketika Mengemukakan Dalil Sunnah
Imam al-Shafi’i tidak mengabaikan sanad ketika menampilkan sesuatu hadith. Beliau dan al- Rabi’ bin
Sulaiman al-Muradi konsisten dalam hal ini bagi membuktikan hadith diperolehi melalui jalan
periwayatan yang diyakini mereka. Imam al-Shafi’i mentafsirkan ayat 43 Surah al-Nisa’ dengan
mengemukakan dalil Sunnah beserta sanad seperti berikut:25
Maksudnya:“Berkata al-Shafi’i: Telah mengkhabarkan kepada kami Malik
daripada Hisham bin ‘Urwah daripada ayahandanya (yang mendapat riwayat)
Zainab binti Abi Salamah daripada (riwayat) Ummu Salamah telah berkata: Telah
datang Ummu Sulaim, isteri Abu Thalhah kepada Rasulullah s.a.w., lalu ia berkata:
Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan perkara
benar. Adakah seorang wanita itu perlu mandi apabila ia bermimpi? Maka
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ya apabila ia melihat adanya air (kesan pada
kemaluan).”
(Hadith sahih riwayat al-Bukhari no.282 dan Muslim no.313)
Dalam pentafsiran ayat perintah tayammum, contoh dalil sunnah beserta sanad seperti berikut:26
Maksudnya:“Berkata al-Shafi’i: Telah mengkhabarkan kepada kami Ibrahim bin
Muhammad daripada Abi Huwairith ‘Abd al-Rahman bin Mu’awiyah (yang
mendapat riwayat) daripada al-‘Iraj daripada Ibn al-Sammah bahawa Rasulullah
s.a.w. bertayammum dengan menyapu wajah dan telingannya.”
(Hadith dinilai sahih Ibn Qudamah di dalam al-Mughni, no.231/1)
24Al-Zarqani, Muhammad ‘Abd al-‘Azim (t.t.), Manahil al-‘Irfan fi ‘Ulum al-Qur’an. Qahirah: Dar Ihya’ al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, j.2, 12. 25 Al-Shafi’i (t.t.) op. cit., j.1, 37. 26Ibid., j.1, 49.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
328
Menampilkan Hadith Sahih dan Dha’if
Dalam pentafsiran ayat 6 Surah al-Maidah, Imam al-Shafi’i mentafsirkan bahawa wuduk dan mandi
junub perlu menggunakan air mutlak namun air mushammas tidaklah disarankan. Terdapat hadith yang
menjadi sandaran beliau iaitu:27
Maksudnya: “Daripada Jabir bin ‘Abd-Allah bahawa ‘Umar tidak menyukai mandi
dengan air musyammas, beliau berkata: sesungguhnya ia menyebabkan penyakit
sopak.”
(Hadith diterima di sisi al-Shafi’i dalam al-Umm dan Ibn al-Asbahani no.68/1,
hadith ditinggalkan di sisi al-Bukhari)
Hadith ini dinilai dha’if di sisi Ibn Hajar al-‘Asqalani.28 Muhammad Ibn ‘Abd al-Hadi mentakhrijkan
hadith ini dengan menyatakan hadith ini wajar ditinggalkan. Ini disebabkan salah seorang perawi ialah
Ibrahim bin Muhammad dinilai pendusta oleh Imam Malik, Yahya bin al-Qathan, Yahya bin Ma’in dan
beberapa ulama lain. Namun Imam al-Shafi’i dalam kitab al-Umm dan Ibn al-Asbahani menerimanya.
Al-Bukhari turut menyatakan Ibrahim bin Muhammad turut dipertikai Ibn Mubarak sebagai tidak
thiqah.29
Dalam mentafsirkan ayat perintah Allah s.w.t. agar bertaharah menggunakan air, Imam Shafi’i mengulas
bahawa tidak makruh menggunakan air mushammas melainkan disebabkan alasan di sudut kesihatan.
Beliau terkesan dengan athar ‘Umar bin al-Khattab yang menyatakan air mushammas menyebabkan
penyakit sopak. Athar tersebut dnilai dha’if di kalangan ulama hadith lain. Imam Shafi’i mengambil
athar ini untuk disabitkan dengan hukum makruh.30
Hadith-hadith tadi menunjukkan Imam al-Shafi’i ada menggunakan hadith yang menjadi pertikaian di
kalangan ulama. Dalam pada itu, Imam al-Shafi’i terkenal dengan prinsip penting dalam berinteraksi
dengan Sunnah:
Maksudnya: “Jika hadis itu sahih maka ia adalah mazhabku.” 31
Asasnya Imam al-Shafi’i berprinsipkan mengutamakan hadith yang sahih. Apabila terdapat hadith yang
ditolak muhaddith lain, kemungkinan Imam al-Shafi’i mendakwa hadith berkenaan tidak mempunyai
kecacatan. Ketika menampilkan hadith-hadith dalam kitab al-Umm sebagai dalil sandaran, berlaku hadith
tidak sahih yang dimasukkan bersama dalam kitab.
Dalam mengulas air mushammas, Imam al-Shafi’i juga mendatangkan hadith sahih iaitu:
Maksudnya:“Daripada Zaid bin Aslam daripada ayahandanya (meriwayatkan)
bahawa ‘Umar disediakan untuknya air yang dipanaskan dalam bekas dan beliau
mandi dengannya.”
27Ibid., j.1, 3-4. 28Wizarah al-Awqaf (2000), al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah, Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Shuun al-Islamiyyah Kuwait,
j.1, 363. 29Takhrij al-Hadith, al-Durar al-Saniyyah. https://www.dorar.net/h/57e6f13544a7615be5bcba438d0229d6 30Al-Shafi’i (t.t.) op. cit., j.1, 3-4. 31 Al-Subki, Taj al-Din Abu Nasr 'Abd al-Wahhab (1995), Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra. Jiddah: Dar al-Kutub al-
‘Ilmiyyah, j.6, 139.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
329
(Hadith riwayat al-Baihaqi no.11 dan al-Daruquthni no.37/1, dinilai sahih oleh al-
Albani)
Hadith ini dijadikan dalil keharusan menggunakan air yang dipanaskan asalkan bukan menerusi panas
matahari. Menurut Mazhab Shafi’i, air mushammas adalah air dalam bekas selain emas dan perak yang
menjadi panas akibat sinaran matahari di kawasan panas melampau seperti di negara timur tengah.
Hukum air ini adalah suci dan menyucikan namun makruh digunakan.32 Dalil hukum air mushammas di
sisi Imam al-Shafi’i adalah daripada sumber hadith yang dinilai dha’if.
Mentafsirkan Nas al-Quran Untuk Dijustifikasikan Dengan Hadith
Pentafsiran Imam al-Shafi’i terhadap firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “…atau kamu sentuh
perempuan…”33 mempunyai perbezaan ketara dengan mazhab lain. Mazhab Hanafi mentafsirkan
maksud menyentuh wanita ialah jima’. Mazhab Maliki dan Hanbali mentafsirkan ia sebagai sentuhan
wanita dengan iringan syahwat. Imam Shafi’i mentafsirkan ayat ini sebagai sentuhan kulit wanita biarpun
dalam keadaan tidak bernafsu.34
Dalam ijtihad ini, Imam al-Shafi’i memulakan pentafsirannya dengan melihat pada zahir perkataan
“laamastum”. Perkataan ini dihubungkan dengan kalimah “mulasamah” yang bererti sentuhan semata-
mata bukan jima’. Untuk menjustifikasikan hal ini, Imam al-Shafi’i menghubungkan nas al-Quran
dengan sebuah hadith riwayat ‘Abd-Allah bin Mas’ud bahawa Ibn ‘Umar mendakwa sentuhan terhadap
kulit isteri sama ada dengan syahwat atau tidak menyebabkan wuduk batal.35 Wahbah al-Zuhaili
(w.2015M) menukilkan bahawa ijtihad Imam al-Shafi’i dalam perkara ini tidak bersama dengan jumhur
ulama. 36
Imam al-Shafi’i turut menggunakan pendekatan mentafsirkan nas al-Quran untuk dijustifikasikan dengan
hadith dalam bab membasuh kepala. Beliau memfokuskan bahawa kalimah “ ۡبرِءُُوسِكُم ْ ”وَٱمۡسَحُوا
mengandungi huruf ba’ yang membawa makna sebahagian kepala. Ini berlainan dengan Mazhab Hanafi
yang mentafsirkan ba’ adalah bermaksud ilsaq iaitu menyapu air sepadan dengan kadar alatan sapuan
(tangan).37 Bagi memperteguhkan hujah, Imam al-Shafi’i mengatakan tiada petunjuk Sunnah yang
mewajibkan untuk membasuh keseluruhan kepala. Antara dalil Sunnah ialah riwayat ‘Ata’ bahawa
Rasulullah s.a.w. menyampaikan air di bahagian depan kepala dengan mengangkat sedikit serban
baginda.38
Prinsip Ihtiyat terhadap Pentafsiran Yang Bercanggah Dengan Sunnah
Mazhab Shafi’i mengetengahkan prinsip ihtiyat atau kewaspadaan yang menjadi sebahagian daripada
dasar hukum. Contohnya apabila terdapat dua situasi antara pandangan mengatakan haram dan harus,
kebanyakan ulama Shafi’iyyah cenderung memilih pandangan mengatakan haram. Prinsip ini
32 Mustafa al-Khin et al. (2009), al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Madhhab al-Imam al-Shafi’i. j.1, 32. 33 Surah al-Maidah, ayat 6. 34 Al-Zuhaili, Wahbah (2003), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh. Beirut-Lubnan: Dar al-Fikr, j.1, 274. 35 Al-Shafi’i (t.t.) op. cit., j.1, 15. 36 Ibid., j.1, 276. 37 Ibid., j.1, 221. 38 Ibid., j.1, 26.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
330
diaplikasikan dalam hukum seperti status haram memakan anak haiwan hasil percantuman benih haiwan
yang halal dan haram dimakan dan haram mengauli isteri akibat syubhat status perceraian.39
Sebelum prinsip ini berkembang, Imam Shafi’i telah memperkenalkan prinsip ihtiyat dalam
pentafsirannya. Ini dapat dilihat menerusi pentafsiran ayat 6 Surah al-Maidah dalam bab keharusan
mencari tanah untuk bertayammum. Beliau menyatakan Allah s.w.t. mengharuskan tayammum dalam
dua keadaan iaitu musafir yang sukar mendapatkan air dan orang yang sakit sama ada bermukim atau
bermusafir. Imam Shafi’i mengungkapkan:
“Tidaklah aku ketahui terdapat (petunjuk) daripada sunnah yang menunjukkan
adakah sebahagian golongan musafir sahaja yang boleh bertayammum. Bahkan yang
jelas daripada al-Quran seluruh golongan musafir boleh bertayammum sama ada
perjalanan jauh atau dekat.”40
Imam al-Shafi’i tidak memerincikan apakah orang musafir mempunyai batasan jarak untuk keharusan
tayammum. Beliau lebih cenderung dengan zahir nas al-Quran disebabkan ketiadaan nas Sunnah yang
memerincikan. Dalam hal ini, Imam al-Shafi’i menerapkan prinsip ihtiyat iaitu berhati-hati membuat
keputusan apabila tiada sebarang dalil Sunnah. Imam Shafi’i juga mengaplikasikan prinsip ihtiyat dalam
pentafsiran ayat perintah membasuh muka ketika berwuduk. Beliau mengungkapkan:
“Saya lebih menyukai bahagian tumbuh rambut di tepi muka (berhampiran telinga)
dibasuh bersama muka. Namun apabila hal itu ditinggalkan maka tiada hukum
tentangnya. Apabila janggut yang tumbuh pada diri seseorang tidak lebat dan tidak
menutupi muka maka ia harus untuk membasuh muka (hingga) bahagian janggut itu.
Namun apabila janggut itu lebat sehingga mengambil bahagian mukanya maka
tindakan berhati-hati ialah dengan membasuh keseluruhannya. Saya tidak mengetahui
tentang hukum wajib membasuhnya. Penjelasan tadi juga adalah daripada
kebanyakan ulama dan individu (alim) yang saya jumpai.”41
Penutup
Pentafsiran Imam al-Shafi’i memainkan peranan utama dalam melahirkan perbahasan fiqh dalam kitab
al-Umm. Ayat-ayat taharah ditafsirkan dengan pelbagai petunjuk Sunnah sama ada secara khusus atau
amalan Sunnah secara umum. Ternyata setiap ayat taharah mempunyai sandaran daripada Sunnah. Imam
al-Shafi’i mempunyai beberapa pendekatan seperti menggunakan istilah Sunnah, menampilkan hadith
sahih dan juga dha’if, mengemukakan sanad dalil Sunnah, mentafsirkan nas al-Quran untuk
dijustifikasikan dengan hadith dan berpegang kepada prinsip ihtiyat dalam mengemukakan pentafsiran.
Pentafsiran Imam al-Shafi’i adalah bersifat ma’thur lantaran sumber Sunnah sering dijadikan bahan
pencerahan terhadap nas al-Quran biarpun Imam al-Shafi’i mempunyai beberapa kaedah lain selaku Ahl
al-Ra’yi. Di samping itu, pentafsiran Imam al-Shafi’i menunjukkan keilmuannya yang luas dalam
lapangan al-Quran dan Sunnah. Beliau konsisten mengutarakan pelbagai hadith dan penghujahan yang
39 Ridzuan Ahmad, Dr. (2012), Fiqh Imam Syafie. Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd., 107. 40 Al-Shafi’i (t.t.) op. cit., j.1, 26. 41 Ibid., j.1, hlm.25.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
331
mengandungi ijtihad fiqh. Natijahnya, Kitab al-Umm menjadi khazanah ilmu yang ulung dalam Mazhab
Shafi’i.
Rujukan
Al-Quran al-Karim
Al-Baihaqi, Ahmad bin al-Husain al-Naisaburi. (t.t.). “Manaqib al-Shafi’i.” Tahqiq Ahmad Saqar, al-
Qahirah: Dar al-Turath.
Al-Bukhari, Muhammad bin Ismail. “Sahih al-Buhkari.” (2003). Beirut: Dar Ibn Kathir.
Al-Qattan, Manna’. (1995). “Tarikh al-Tashri’ al-Islami.” Beirut: Muassasah al-Risalah.
Al-Munawa, ‘Abd al-Rauf. (1995). “Manaqib Imam al-Shafi’i.” Tanta: Dar al-Sahabat li Turath.
Al-Razi, Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman bin Abu Hatim. (2003). “Adab al-Shafi’iyyah wa
Manaqibuh.” Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyat.
Al-Shafi’i, Abu ‘Abd-Allah Muhammad bin Idris. (t.t.). “al-Umm.” Beirut-Lubnan: Dar al-Ma’rifah li
Taba’ah wa al-Nashr.
Al-Shafi’i, Abu ‘Abd-Allah Muhammad bin Idris. (t.t.). “al-Risalah.” Beirut-Lubnan: Dar al-Ma’rifah li
Taba’ah wa al-Nashr.
Al-Subki, Taj al-Din Abu Nasr 'Abd al-Wahhab. (1995). “Tabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra.” Jiddah: Dar
al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Al-Indunisi, Ahmad Nahrawi ‘Abd al-Salam. (1988). “Al-Imam al-Shafi’i fi Madhhabaih al-Qadim wa
al-Jadid.” Qahirah: Dar al-Kutub.
Al-Indunisi, Ahmad Nahrawi Abdus Salam. (2018). “Ensiklopedia Zaman Syafi’i.” Terj. Usman
Sya’roni. Jakarta: PT Mizan Publika.
Al-Zuhaili, Wahbah. (2003). “Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh.” Beirut-Lubnan: Dar al-Fikr.
Abu Zuhrah, Muhammad. (t.t.). “Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah.” Qahirah: Dar al-Kitab al-‘Arabi.
Abu Zahrah, Muhammad. (t.t.). “Usul al-Fiqh.” Beirut: Dar al- Fikr.
Ahmad bin Hanbal, al-Imam. (2003). “Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal.” Qahirah: Muassasah al-
Risalah.
Mustafa al-Khin, Dr., Mustafa al-Bugha, Dr. dan ‘Ali al-Sharbaji. (2009). “al-Fiqh al-Manhaji ‘ala
Madhhab al-Imam al-Syafi’i.” Damsyiq: Dar al-Qalam.
Nu’man Jaghim. (2011). “Madkhal ila al-Madhhab al-Shafi’i.” Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Proceedings of the 7th International Prophetic Conference (SWAN) 2020 Paper No. BM014
FPQS,Universiti Sains Islam Malaysia, 29-30 October 2020
332
Ridzuan Ahmad, Dr. (2012). “Fiqh Imam Syafie.” Selangor: PTS Millennia Sdn. Bhd.
Sheikh Abdullah Muhammad Basmeih. (1994). “Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-
Quran.” c.11. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Sidek Mohd Noh. (2002). “Reka Bentuk Penyelidikan: Falsafah, Teori dan Praktis.” Selangor: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Sutomo Abu Nashr. (2019). “Sekilas Tentang Kitab al-Umm Karya Imam Syafi’i.” Jakarta Selatan:
Rumah Fiqih Publishing.
Taqiy al-Din Abu Bakr Muhammad al-Shafi’i. (2001). “Kifayah al-Akhyar fi Hal Ghayah al-Ikhtisar.”
Dimashq: Dar al-Bashair.
Wildan Jauhari, Lc. (2018). “Biografi Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i.” Jakarta Selatan: Rumah
Fiqih Publishing.
Wizarah al-Awqaf. (2000). “al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah.” Kuwait: Wizarah al-Awqaf wa al-Shuun al-
Islamiyyah Kuwait.
Rujukan Internet
Kamus Dewan Online, http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online
Takhrij al-Hadith, https://www.dorar.net/
top related