penutup esaimen

Post on 13-Aug-2015

44 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

penutup

TRANSCRIPT

5.0 PENUTUP

Projek Statistik (MTE 3105) adalah projek yang memperkenalkan pelajar kepada

dunia statistik secara lebih mendalam. Selepas daripada projek ini pelajar seharusnya

boleh menguasai tajuk statistik terutama dalam mengumpul, menganalisa,

menginterpretasi dan mempersembahkan data. Pelajar boleh mengenal pasti

pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar serta melihat hubungan antara

dua pembolehubah tersebut dan menukar pembolehubah bebas dan mengekalkan

pemboleubah bersandar untuk mendapat keputusan yang berlainan.

Setelah menyelesaikan projek ini juga pelajar seharusnya boleh mengenalpasti

hubung kait pembolehubah dengan melihat nilai signifikan hasil dari menganalisa data

yang telah diperolehi. Pelajar juga harus tahu menggunakan kaedah kolerasi dan

regrasi. Selain dari itu, pelajar boleh menentukan nilai korelasi linear yang signifikan

yang terdapat dalam data. Penggunaan kertas graf dan Microsoft Excel untuk membuat

rajah sebaran bagi menunjukkan sebaran data dapat mendedahkan pelajar dengan

cara– cara mebuat graf dengan berkesan samada secara ‘softcopy’ ataupun ‘hardcopy’.

Kegunaan statistik tidak terhad hanya dalam projek sahaja, malahan pelajar

boleh menggunakan statistik dalam kehidupan seharian. Dengan mengenal pasti

pembolehubah bebas dan besandar pelajar boleh membuat anlisis dengan sendiri

berdasarkan data – data yang diperoleh dalam kehidupan seharian untuk mendapatkan

analisis yang tepat berkenaan dengan keputusan yang bakal dibuat.

Jesteru statistik bukanlah tajuk yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai oleh

pelajar. Dengan latihan dan penggunaan yang kerap dalam kehidupan seharian tidak

mustahil untuk pelajar membuat kajian sendiri suatu hari nanti berdasarkan projek ini.

Jadi statistik merupakan tajuk yang menarik untuk dipelajari dan untuk dipraktikan

dalam kehidupan seharian kita.

top related