penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru … · laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi...
Post on 09-Jun-2019
244 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH
KEDAH BIN ALI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PENYELIAAN PENGAJARAN DALAM KALANGAN GURU-GURU MATA PELAJARAN SEJARAH
KEDAH BIN ALI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan Dan Pembangunan
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MAC, 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Dan Menguasai Sekalian Alam.
Istimewa ditujukan kepada kekasih hati anakanda, bondaku Pn.Sawiyah Bt Idris
Yang tersayang , isteriku ,Pn.Hjh.Zahriyah Bt Awang
Permata Hatiku , Aniza Bt Kedah
Terima kasih kepada kalian yang tidak pernah kenal erti jemu dan putus asa yang
sentiasa memberi sokongan ,galakan dan kesabaran. Tidak dapat untukku jelaskan
dan ungkapkan dengan perkataan semoga Allah sentiasa melindungi dan
dipanjangkan umur kalian bertiga.
Juga,
Buat rakan-rakan yang banyak membantu , berkorban masa ,dan sentiasa
memotivasikan untuk menguatkan sokongan terhadap penulisan tesis ini. Terima
kasih atas kesudian kalian mendengar segala masalah .
Anggaplah ini sebagai permulaan bagi kejayaan masa depan.
Jasa dan budi kalian amatlah dihargai.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih
yang tulus ikhlas kepada penyelia projek Prof. Madya Dr. Baharin bin Abu yang
telah memberi bimbingan dan dorongan sepanjang tempoh penyediaan projek ini.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada para pensyarah, tenaga
pengajar dan kakitangan Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang
telah mencurahkan ilmu serta kerjasama yang telah diberikan semasa pengajian saya
di sini. Penghargaan juga diberikan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan
Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru, Pengetua Sekolah
Menengah Tasek Utara Johor Bahru, Pengetua Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru,
Pengetua Sekolah Menengah Sultan Ismail Johor Bahru, Pengetua Sekolah
Menengah Mohd Khalid Johor Bahru, Pengetua Maktab Sultan Abu Bakar Johor
Bahru, Pengetua Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim Johor Bahru, dan
Pengetua Sekolah Menengah Infant Jesus Convent Johor Bahru kerana memberikan
kerjasama dan kebenaran untuk menjalankan kajian. Terima kasih juga kepada guru-
guru yang terlibat memberikan maklum balas sehingga projek ini disiapkan.
v
ABSTRAK
Kajian ini mengkaji penyeliaan pengajaran dalam kalangan guru-guru mata
pelajaran Sejarah. Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti sikap
penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran dan menentukan tahap
pengaplikasian konsep dan amalan Penyeliaan Klinikal serta melihat keberkesanan
penyeliaan pengajaran. Kajian tinjauan ini dijalankan melalui soal selidik ke atas 7
buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru. Responden kajian terdiri daripada 37 orang
guru. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis melalui perisian ‘Statistical
Package For Social Sciences’(SPSS 11.5 for Windows). Min, peratusan, dan sisihan
piawai digunakan dalam menganalisis data. Ujian-t dan ANOVA Sehala pada aras
signifikan α = 0.05 telah digunakan dalam menguji hipotesis. Dapatan kajian
mendapati sikap penerimaan guru Sejarah berada pada tahap tinggi, dan tahap
pengaplikasian Penyeliaan Klinikal berada pada tahap sederhana. Manakala tahap
keberkesanan penyeliaan berada pada aras tinggi. Walau bagaimanapun, masih
terdapat ruang untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, memperkukuh hubungan
profesion perguruan, perkongsian maklumat, dan memberi bantuan dalam pengajaran
dapat dilakukan dari aspek penyeliaan pengajaran. Kajian lanjutan untuk melihat
kemahiran dan kesediaan penyelia untuk menyelia perlu dijalankan untuk
memperbaiki keberkesanan penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah.
vi
ABSTRACT
The purpose of the study is to investigate teaching supervision among History Teachers at 7 Premier Schools in the District of Johor Bahru. The study examines the acceptance of History Teachers towards the teaching supervision and to determine the level of application of the concept and practice of Clinical Supervision and also to identify the effectiveness of teaching supervision. This research was carried out via questionnaires where 37 respondents took part in the questionnaire. The data was gathered quantitatively and analyzed by Statistical Package for Social Sciences (SPSS 11.5 for Windows). Mean value, percentages and standard deviation were used to analyze the data. T-test and One-way ANOVA at ( alpha ) α = 0.05 have been used to test the hypothesis. The research found that teachers’ acceptance towards the supervision in teaching was high while the application level of Clinical Supervision was moderate. But the level of the effectiveness of supervision was high. However there are still many rooms to improve the quality of teaching, strengthen the teaching profession, and information sharing. Assistance in teaching can be extended in the aspect of the teaching and supervision. Further studies are needed to look at the skills and the supervisor’s readiness to supervise, to improve the effectiveness of teaching supervision in schools.
.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
TAJUK i
DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN
iv333333333333333hkSENARAI ISTILAH / SINGKATAN
xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
viii
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Hipotesis Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 9
1.8 Batasan Kajian 10
1.9 Definisi Kajian 10
1.10 Kerangka Konsep kajian 11
1.11 Kesimpulan 13
2 SOROTAN PENULISAN 14
2.1 Pengenalan 14
2.2 Konsep Penyeliaan 15
2.3 Kepentingan Kajian 16
2.4 Kriteria Dalam Penyeliaan 18
2.5 Pendekatan dan Model Penyeliaan 24
2.6 Proses Lima Tahap Goldhammer 26
2.7 Panduan Menggunakan Penyeliaan Klinikal 31
2.8 Sikap Terhadap Penyeliaan Pengajaran 34
2.9 Keberkesanan Penyeliaan Pengajaran 36
2.10 Kesimpulan 41
3 METODOLOGI KAJIAN 42
3.1 Pendahuluan 42
3.2 Reka Bentuk Kajian. 43
3.3 Lokasi Kajian 44
ix
3.4 Instrumen Kajian 45
3.5 Kajian Rintis 47
3.6 Prosedur Kajian 48
3.7 Analisis Data 49
3.8 Kesimpulan 51
4 ANALISIS KAJIAN 52
4.1 Pendahuluan 52
4.2 Latar Belakang Responden 53
4.3 Deskriptif Item 57
4.4 Analisis Tahap 64
4.5 Analisis Perbandingan 65
4.6 Kesimpulan 72
5 ULASAN DAN PERBINCANGAN 73
5.1 Pengenalan 73
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 75
5.3.1 Perbezaan sikap penerimaan para guru Sejarah daerah 76
Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan
jantina, pengalaman dan kelulusan akademik guru
5.3.2 Tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam 79
pengajaran Sejarah oleh pengetua atau wakilnya
x
5.3.3 Keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru 81
Sejarah di daerah Johor Bahru
5.4 Cadangan Penyelidik 83
5.5 Cadangan Lanjutan 85
5.6 Kesimpulan 87
RUJUKAN 88
LAMPIRAN 95
xi
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Populasi 44
3.2 Taburan item daripada Aspek Penerimaan Penyeliaan
Pengajaran, Pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dan
Keberkesanan Penyeliaan
47
3.3 Kaedah Analisis Data 50
3.4 Analisis Rumusan Min 50
4.1 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
sekolah
53
4.2 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut jantina 54
4.3 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut etnik 54
4.4 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
kelulusan ikhtisas
54
4.5 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
pengalaman mengajar
55
xii
NO.
JADUAL TAJUK HALAMAN
4.6 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut
penyelia yang paling kerap menyelia
56
4.7 Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut cara
penyeliaan yang pernah dialami
57
4.8 Maklumbalas responden terhadap setiap item sikap
penerimaan
58
4.9 Maklumbalas responden terhadap setiap item konsep dan
amalan Penyeliaan Klinikal
59
4.10 Maklumbalas responden terhadap setiap item keberkesanan
penyeliaan pengajaran
61
4.11 Analisis min dan tahap penerimaan guru terhadap
penyeliaan dan amalan Penyeliaan Klinikal
65
4.12 Analisis Ujian-t perbandingan penerimaan guru terhadap
penyeliaan mengikut jantina
66
4.13 Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan
penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut kelulusan
ikhtisas
67
4.14 Analisis skor min dan ANOVA Sehala perbandingan
penerimaan guru terhadap penyeliaan mengikut
pengalaman mengajar
68
xiii
SENARAI CARTA
NO.
CARTA TAJUK HALAMAN
1.1 Kerangka Konsep Kajian
12
xiv
SENARAI ISTILAH / SINGKATAN
SPSS - Statistical Package for Social Sciences
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
GPK - Guru Penolong Kanan
HEM - Hal Ehwal Murid
PPD - Pejabat Pelajaran Daerah
JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang Soal Selidik 68
B Surat Kebenaran JPNJ Untuk Menjalankan Kajian 103
C Surat Kebenaran KPM Untuk Menjalankan Kajian 105
D Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987 107
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Penyeliaan pengajaran merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh
seseorang penyelia seperti pengetua atas seseorang yang diselia iaitu guru bertujuan
untuk melihat dan memantau keberkesanan pengajaran di samping
memperkembangkan potensi diri serta dapat menangani kekurangan dan kelemahan
yang sedia ada. Selain itu, penyeliaan penting dalam mendorong, menyelaras, dan
membimbing guru supaya mereka berupaya melakukan semua fungsi berkaitan
pengajaran dengan sebaik-baiknya, agar berkesan, serta efektif. Di pihak pengurusan
2
sekolah, penyeliaan pengajaran merupakan satu alat atau mekanisme yang digunakan
untuk mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran (Muaz Abd.Karim, 2000).
Penyeliaan yang dilakukan membolehkan seseorang penyelia dan guru yang
diselia lebih memahami tanggungjawab dan tugas yang diamanahkan kepada mereka
untuk dilaksanakan. Perkara ini bersesuaian dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
3/1987, bertarikh 11 November 1987 KP(BS)8591/Jld. 11(77) yang bertajuk
‘Penyeliaan Pengajaran di Dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah’(Rujuk
lampiran). Di samping berperanan sebagai pemimpin profesional sekolah,
tanggungjawab utama seseorang pengetua adalah untuk memastikan kejayaan
pelaksanaan kurikulum berlaku melalui proses pengajaran-pembelajaran oleh para
guru di sekolahnya. Pada masa yang sama para pengetua berserta para pentadbirnya
harus memastikan proses penyeliaan pengajaran dilaksanakan seperti yang
diamanahkan oleh pihak Kementterian Pelajaran Malaysia.
Aktiviti penyeliaan pengajaran menjadi salah satu isu utama senarai tugas
serta tanggungjawab seseorang pengetua yang telah dimandatkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia. Ia perlu dilaksanakan secara bersistem dan berlandaskan
hubungan profesionalisme guru dan bukan untuk mencari kesalahan. Penekanan
kepada aspek ini sepatutnya menjadi amalan para pemimpin pendidikan masa
kini(Sergiovanni dan Starrat, 2002; Glickman, Gordon dan Ross-Gordon, 1995; dan
Muaz Abd Karim, 2000).
Penyeliaan pada masa kini lebih bercorak perbincangan dan berbentuk
klinikal turut memfokuskan kepada peningkatan pengajaran apabila adanya interaksi
3
atau melalui perbincangan dan pertukaran idea antara penyelia dan guru Surat
pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987, 11November 1987 KP(BS)8591/Jld.11(77).
1.2 Latar Belakang Masalah
Sergiovanni dan Starrat (2002), menyatakan bahawa penyeliaan adalah satu
aktiviti yang memfokuskan kepada peningkatan pengajaran apabila adanya hubungan
yang disengajakan dan saling berinteraksi antara organisasi kepimpinan, profesion
pendidikan dan pengajaran. Pihak pentadbiran dan para pendidik harus mahir serta
memahami kepentingan penyeliaan agar matlamat memaksimumkan kaberkesanan
pengajaran-pembelajaran itu tercapai.
Semua guru harus mempunyai tanggapan baik terhadap proses penyeliaan
yang dijalankan atas mereka. Manakala Glickman (1995) mengatakan penyeliaan
berperanan sebagai penggerak kepada perubahan sikap guru, keyakinan diri dan
mempertingkatkan kesedaran guru ke arah mewujudkan atmosfera sekolah yang
efektif. Tanner dan Tanner (1987) pula menitikberatkan Penyeliaan Klinikal dalam
program penyeliaan pengajaran khususnya dalam pengembangan profesionalisme
para guru. Satu bentuk penyeliaan pengajaran yang bercorak perbincangan dan
bimbingan serta nasihat amat diperlukan dalam penambahbaikan dan peningkatan
prestasi pengajaran. Di sekolah didapati para pengetua atau wakil yang diberi kuasa
4
untuk menyelia tidak melakukannya secara sistematik, tetapi hanya melakukannya
kadang kala dan menyemak buku persediaan mengajar sahaja (Hashim Hamad,
2000).
Dalam dunia pendidikan masa kini sekolah biasanya lebih mementingkan
hasil prestasi akademik pelajar berbanding proses untuk menghasilkan ‘output’
tersebut. Mulai bulan Februari 2005, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) telah
mewajibkan pihak sekolah menghantar laporan penyeliaan sebulan sekali berbanding
tiga bulan sekali seperti sebelumnya. Justeru, sesuatu bentuk penyeliaan pengajaran
yang bercorak perbincangan, bimbingan dan nasihat amat diperlukan dalam
penambahbaikan dan peningkatan prestasi pelajaran. Ini membuktikan bahawa aspek
penyeliaan semakin diambil berat dalam dunia pendidikan kini.
Para pengetua mempunyai tanggungjawab yang besar atas kemajuan
pelajaran dan semua staf bawah pimpinannya. Alma Harris (2003) berpendapat
bahawa sebagai seorang pemimpin pengajaran, pengetua harus mengetahui
perkembangan dan penilaian guru serta bervisi jauh dan mempunyai akauntabiliti
dalam profesion. Mereka harus berperanan sebagai penggerak utama dalam
melicinkan proses penyeliaan di sekolah-sekolah agar semua guru mempunyai sikap
penerimaan yang positif terhadap penyeliaan pengajaran, serta memandang positif
terhadap penyeliaan demi pembangunan pengajaran.
Sebuah akhbar tempatan pernah melaporkan bahawa 60% daripada guru di
Malaysia takut untuk diselia (Mohd Nor Mohd Zain, 1999). Fenomena ini akan
bertambah serius jika para penyelia tidak mengaplikasikan langkah penyeliaan yang
5
sewajarnya ketika menjalankan penyeliaan dan sukar untuk keberkesanan pengajaran
para guru. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk menilai penyeliaan
pengajaran guru.
1.3 Pernyataan Masalah
Penyeliaan pengajaran merupakan satu usaha yang dilakukan untuk
membimbing guru berfungsi sebagai pengajar yang efektif dan berketrampilan dalam
profesion, namun terdapat juga guru yang bukan sahaja takut serta ragu-ragu untuk
diselia malah kurang percaya serta yakin terhadap kesignifikanan proses penyeliaan
dalam menyumbangkan profesionalisme keguruan. Terdapat sebilangan guru masa
kini merasakan bahawa mereka sudah cukup terlatih di institut-institut perguruan
serta di universiti-universiti dan mereka tidak perlu diselia lagi. Ada juga guru yang
ragu-ragu terhadap kewibawaan, kebolehan, kemahiran, dan kepakaran penyelia
dalam penyeliaan(Ramaiah, 1995). Walau bagaimanapun terdapat juga guru yang
berpandangan positif dan yakin bahawa penyeliaan akan membawa manfaat dalam
meningkatkan keberkesanan pengajaran sekiranya ia dapat dilakukan dalam suasana
berkerjasama(Zainuddin Muhammad, 1998). Sebenarnya, penyeliaan pengajaran
bukan sahaja sekadar menilai, tetapi juga menyokong dan membantu guru dalam
proses pengajaran.
6
Di samping itu, beberapa kajian telah dijalankan menjelaskan ketidakyakinan
guru terhadap proses penyeliaan. Antaranya adalah seperti pandangan daripada
Bajunid, Ibrahim Ahmad (1995) yang mengatakan bahawa penyeliaan masih belum
dapat memperoleh kepercayaan para guru serta pandangan Muaz Abd Karim (2002)
pula mengatakan bahawa terdapat ramai guru masih ragu-ragu terhadap penyeliaan
yang dijalankan terhadap mereka.
Hasil pembuktian kajian-kajian yang dinyatakan di atas jika diteliti
menjelaskan hakikat pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyeliaan
dilihat sebagai satu bentuk pemantauan dan bukan berbentuk perbincangan (Sullivan
dan Glantz , 2000). Penyeliaan yang dijalankan seharusnya lebih berbentuk klinikal
daripada ‘developmental’ (Surat Pekeliling Ikhtisan Bil.3 , 1987). Tanggapan ini
haruslah diperbetulkan segera.
Oleh yang demikian kajian ini dibuat untuk mengkaji dan menilai penyeliaan
pengajaran dalam kalangan guru-guru. Kajian dijalankan terhadap guru-guru Sejarah
di tujuh buah Sekolah Kawalan di Johor Bahru bertujuan untuk mempertingkatkan
proses dan kualiti pengajaran dan pembelajaran.Terdapat tiga aspek yang dikaji iaitu
sikap penerimaan para guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap pengaplikasian
Penyeliaan Klinikal, dan keberkesanan penyeliaan pengajaran.
7
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini diharap dapat mencapai objektif berikut :-
i) Mengenalpasti sikap penerimaan guru Sejarah di 7 buah Sekolah
Kawalan di Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran dan
menentukan perbezaan sikap penerimaan guru Sejarah ini terhadap
penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina, pengalaman, dan
kelulusan akademik.
ii) Menentukan tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam
pengajaran Sejarah.
iii) Mengkaji keberkesanan penyeliaan pengajaran terhadap
profesionalisme pengajaran Sejarah daerah Johor Bahru.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif pada bahagian 1.3, persoalan berikut
dikemukakan bagi memperoleh penjelasan:
i) Apakah sikap penerimaan guru Sejarah di 7 buah Sekolah Kawalan di
Johor Bahru terhadap penyeliaan pengajaran dan adakah terdapat
perbezaan sikap penerimaan berdasarkan jantina, pengalaman, dan
kelulusan akademik guru.
8
ii) Apakah tahap pengaplikasian Penyeliaan Klinikal dalam pengajaran
Sejarah.
iii) Adakah penyeliaan pengajaran terhadap guru-guru Sejarah di daerah
Johor Bahru berkesan?
1.6 Hipotesis Kajian
Berdasarkan objektif dan persoalan kajian di atas, tiga hipotesis nol ( Ho )
dibina seperti di bawah :
Hipotesis 1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan guru
Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan jantina
guru.
Hipotesis 2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan penerimaan guru
Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran berdasarkan
pengalaman.
Hipotesis 3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi
penerimaan guru Sejarah terhadap penyeliaan pengajaran
berdasarkan kelulusan akademik.
top related