peraturan dam haji
Post on 03-Jun-2018
1.384 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/12/2019 Peraturan Dam Haji
1/2
1.0 FORMAT PERTANDINGAN
1.1.Format pertandingan ialah secara KALAH MATI.1.2.Setiap unit dikehendaki menghantar wakil sebanyak dua orang untuk menyertai
pertandingan ini.
1.3.Sebelum permainan berlangsung, peserta dan lawannya dikehendaki melakukan wantu som. Mana-mana peserta yang mendapat 3 mata dahulu akan memulakan
permainan dam haji.
1.4.Masa yang ditentukan bagi satu perlawanan ialah selama 15 minit.
2.0 CARA BERMAIN
2.1 Terdapat dua pemain sahaja.
2.2 Seorang pemain menggunakan kepingan gelap (hitam/merah), dan seorang lagi
kepingan cerah (merah/putih).
2.3 Setiap buah dam hanya boleh bergerak secara pepenjuru sama ada kiri atau kanan dari
satu petak ke petak yang lain sekiranya petak tersebut kosong (tidak mempunyai
buah dam yang lain).
2.4 Bila seorang pemain melompat (makan) ke atas kepingan lawan, dia akan mengambil
kepingan tersebut.
2.5 Sekiranya mana-mana buah dam pemain berjaya sampai ke hujung papan lawan, ia
dikatakan "naik haji".
2.6 Buah haji ini biasanya dibezakan dari buah biasa dengan meletakkan satu lagi buah di
atasnya (disusun dua tingkat). Keistimewaan buah haji ialah ia boleh pergi seberapa
banyak petak yang dikehendaki.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS PEREMPUAN MELAYU
PERATURAN
PERTANDINGAN DAM HAJI
-
8/12/2019 Peraturan Dam Haji
2/2
3.0 PERATURAN PERTANDINGAN.
3.1 Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan mana-mana buah dam pemain maka
buah dam pihak lawan boleh dirampas oleh pemain.
3.2 Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya boleh dilakukan sekiranya ia
tidak melanggar atau makan balik buah dam yang dimakan.
3.3 Masa berfikir satu-satu pergerakan adalah dihadkan selama 15 saat.
3.4 Masa untuk satu perlawanan berlangsung ialah selama 15 minit.
top related