peraturan dan syarat majlis konvokesyen ke-26 1....
Post on 04-May-2019
270 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERATURAN DAN SYARAT MAJLIS
KONVOKESYEN KE-26
1. TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN
1.1. Majlis Konvokesyen ke-26 Politeknik Kuching Sarawak akan diadakan pada 8 dan 9 Ogos 2018
(Rabu dan Khamis) di Dewan Jubli Perak (DJP), Politeknik Kuching Sarawak (PKS).
1.2. Graduan yang terlibat untuk Majlis Konvokesyen adalah seperti berikut:
1.2.1. Sidang Pertama ( Rabu, Sesi Pagi - 8 Ogos 2018 )
1.2.1.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) yang telah disahkan lulus dan
tamat pengajian pada SESI DISEMBER 2016.
1.2.2. Sidang Kedua ( Rabu, Sesi Petang - 8 Ogos 2018)
1.2.2.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Petrokimi
(JKPK) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer (JTMK) yang telah
disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI DISEMBER 2016.
1.2.3. Sidang Ketiga ( Khamis, Sesi Pagi - 9 Ogos 2018)
1.2.3.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal (JKM) dan Jabatan Perdagangan (JP) yang telah disahkan lulus dan
tamat pengajian pada SESI JUN 2017.
1.2.4. Sidang Keempat (Khamis, Sesi Petang - 9 Ogos 2018)
1.2.4.1. Graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Petrokimi
(JKPK) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komputer (JTMK) yang telah
disahkan lulus dan tamat pengajian pada SESI JUN 2017.
Nota: Graduan yang berkaitan adalah graduan diploma daripada pengajian Sepenuh Masa
dan Separa Masa (kursus secara sambilan-(KSS).
2. PENYERTAAN MAJLIS KONVOKESYEN
2.1. Penyertaan graduan ke majlis konvokesyen ini hendaklah dibuat secara dalam talian (online)
melalui laman web http://www.poliku.edu.my dengan mengisi borang permohonan sama
ada hadir / tidak hadir majlis konvokesyen. Tatacara permohonan bolehlah dirujuk terus ke
laman web berkenaan. Sekiranya terdapat masalah, sila berhubung terus dengan Urusetia
konvokesyen melalui talian 082-845 596 (samb. 186 atau 182).
2.2. Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen yang lengkap diisi melalui laman web
hendaklah dicetak serta dipos (Pos Ekspres / Pos Laju) bersama-sama Salinan Slip Bayaran
Konvokesyen dan hendaklah sampai kepada Urusetia Konvokesyen sebelum 1 OGOS 2018
(RABU), jam 5.00 petang.
2.3. Berikut adalah alamat bagi tujuan pos:
JK PENGURUSAN GRADUAN & IBU BAPA
Majlis Konvokesyen Ke-26
Politeknik Kuching Sarawak
KM 22, Jalan Matang,
93050 Kuching, SARAWAK.
(u.p. Jabatan Hal Ehwal Pelajar)
3. BAYARAN
3.1. Bayaran Konvokesyen :
3.1.1. Hadir Majlis : RM 270.00 (Bayaran termasuk yuran seumur hidup Alumni
sebanyak RM50.00)
3.1.2. Tidak Hadir Majlis : RM 220.00 (Bayaran termasuk yuran seumur hidup
Alumni sebanyak RM50.00)
3.2. Tarikh mula bayaran 30 Jun – 1 Ogos 2018.
3.3. Pembayaran hanya boleh dibuat melalui mesin Cash Deposit Machine (CDM) BANK
ISLAM sahaja.
3.4. Pembayaran secara Inter-Bank daripada bank selain Bank Islam adalah TIDAK
DITERIMA. Hanya pembayaran melalui mesin CDM Bank Islam sahaja yang diterima.
3.5. Jika di kawasan anda TIADA cawangan BANK ISLAM, anda dinasihatkan membuat
pembayaran yuran dan Asrama di cawangan BANK ISLAM berhampiran atau di BANK
ISLAM cawangan Kuching.
3.6. Berikut adalah tatacara bayaran di Bank Islam (Rujuk panduan bergambar di
Lampiran D):
i. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT.
ii. Masukkan NO KAD PENGENALAN PELAJAR
iii. Pilih POLI KUCHING
Bayaran RM270 jika HADIR
Bayaran RM220 jika TIDAK HADIR
iv. Sahkan data dan masukkan wang.
v. Sahkan jumlah wang yang dimasukkan.
vi. Transaksi selesai dan ambil Resit.
3.7. Slip bayaran atau resit CDM atau resit Fund Transfer ASAL akan disimpan oleh
graduan dan dikehendaki menunjukkan slip bayaran semasa hari pendaftaran
konvokesyen/raptai, pengambilan jubah dan pengambilan diploma nanti.
3.8. Graduan dikehendaki membuat Salinan Slip Bayaran (pastikan nama dan no kad
pengenalan sudah ditulis) kemudian dipos (Pos Ekspres / Pos Laju) kepada urusetia
bersama-sama dengan Borang Jawapan Penyertaan Konvokesyen.
3.9. Graduan dinasihatkan untuk mengambil dan menghantar gambar slip bayaran tadi
ke nombor WhatsApp 017-8053901. Ini adalah untuk mempercepatkan pengesahan
awal kehadiran.
4. PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN PENYERTAAN KONVOKESYEN
4.1. Semua graduan hendaklah mendaftar dan mengesahkan penyertaan konvokesyen
kepada urusetia pada hari dan masa seperti yang ditetapkan dalam Lampiran A.
4.2. Graduan hendaklah mengemukakan Slip Bayaran bersama-sama borang jawapan
penyertaan Konvokesyen yang dicetak semula kepada urusetia sebagai bukti
pembayaran konvokesyen telah dibuat. (Slip bayaran adalah bukti pembayaran dan
tidak akan diambil)
5. RAPTAI / TAKLIMAT KONVOKESYEN / MAJLIS ANUGERAH KHAS KETUA JABATAN
5.1. Jadual pendaftaran dan raptai konvokesyen sepertimana Lampiran A.
5.2. Graduan diminta membawa Kad Pengenalan, Slip Bayaran Asal dan Salinan Borang
jawapan penyertaan Konvokesyen semasa pendaftaran pada hari raptai. (Slip
bayaran adalah bukti pembayaran dan tidak akan diambil).
5.3. Graduan yang gagal menghadiri majlis raptai, tidak dibenarkan menyertai
majlis konvokesyen.
5.4. Pakaian semasa raptai hendaklah kemas dan sesuai dengan majlis. (‘Jeans’, selipar
dan T-Shirt tanpa kolar tidak dibenarkan semasa raptai).
5.5. Graduan yang memperolehi Himpunan Purata Nilai Mata (HPNM) 3.50 dan ke
atas layak untuk menerima pingat Anugerah Ketua Jabatan dan wajib menghadiri
Majlis Anugerah Khas Ketua Jabatan.
5.6. Sila rujuk Lampiran A untuk Majlis Anugerah Khas Ketua Jabatan. Kerjasama untuk
mematuhi Perkara 5.4 hendaklah dititikberatkan bagi gambaran menarik untuk majlis
formal dan media.
6. MAJLIS KONVOKESYEN
6.1. Jadual majlis konvokesyen sepertimana Lampiran A.
6.2. Semua graduan hendaklah mendaftarkan diri di tempat yang ditetapkan semasa
raptai.
6.3. Graduan yang gagal mendaftar diri seperti tarikh dan masa yang ditetapkan, tidak
akan dibenarkan menyertai majlis konvokesyen.
6.4. Graduan yang telah mendaftar dikehendaki berbaris mengikut JABATAN MASING-
MASING seperti yang telah dimaklumkan semasa raptai.
6.5. Semasa majlis sedang berlangsung graduan diminta menghormati majlis dengan
tidak membuat bising atau keluar meninggalkan dewan.
6.6. Graduan dinasihatkan supaya tidak membawa barang-barang persendirian seperti
beg, kamera DSLR, kamera perakam video atau sebagainya ke dalam dewan.
7. IBU BAPA / TETAMU
7.1. Setiap graduan hanya dibenarkan membawa DUA (2) orang
( ibu/bapa/penjaga/tetamu) memasuki dewan ketika majlis konvokesyen
berlangsung.
7.2. Kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah TIDAK DIBENARKAN berada di dalam
dewan konvokesyen.
7.3. Ibu/bapa/tetamu yang tidak memasuki dewan, disediakan tempat khas untuk
mengikuti upacara majlis konvokesyen melalui siaran terus CCTV.
7.4. Ibu/bapa/tetamu TIDAK DIBENARKAN mengambil gambar graduan ketika
majlis berlangsung.
7.5. Ibu/bapa/tetamu diminta menghormati majlis dengan tidak keluar dari dewan atau
membuat bising di dalam dewan.
7.6. Pakaian ibu/bapa/tetamu hendaklah kemas dan bersesuaian untuk majlis rasmi.
7.7. Graduan diminta memaklumkan peraturan ini kepada ibu/bapa/tetamu.
8. PASS KENDERAAN & TEMPAT LETAK KENDERAAN
8.1. Graduan diberikan sekeping pass kenderaan (berbentuk stiker kenderaan) pada hari
dan masa pendaftaran raptai (7 Ogos 2018). Pass kenderaan yang diberikan hendaklah
dipamerkan pada cermin hadapan kenderaan semasa Hari Konvokesyen.
8.2. Hanya kenderaan yang mempunyai pass kenderaan sahaja dibenarkan memasuki
kawasan PKS.
8.3. Graduan dan ibu bapa/tetamu hendaklah meletakkan kenderaan di tempat letak kereta
yang disediakan oleh PKS.
8.4. Sila patuhi arahan/tunjuk arah yang diberikan oleh pihak pengawal lalu lintas/JK
Keselamatan, Kecemasan .
9. ETIKA PAKAIAN DAN RUPA DIRI GRADUAN
9.1. Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Lelaki
9.1.1. Graduan dimestikan memakai sama ada :
9.1.1.1. Baju Melayu cekak musang berwarna hitam berbutang lengkap,
bersongkok hitam dan bersampin.
ATAU
9.1.1.2. Berkemeja lengan panjang berwarna putih, seluar slack hitam, bertali
leher dan bersongkok (non muslim digalakkan bersongkok). Graduan
digalakkan memakai kot.
9.1.2. Kasut kulit dan sarung kaki berwarna hitam/gelap yang bersesuaian untuk majlis
rasmi. KASUT SUKAN TIDAK DIBENARKAN.
9.1.3. Graduan hendaklah berambut pendek (tidak mencecah kolar baju serta
tidak menutupi telinga dan dahi) dan kemas.
9.1.4. Rambut berfesyen seperti ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.
Nota : Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitan seperti
ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen
9.2. Etika Pakaian dan Rupa diri Graduan Wanita
9.2.1. Baju kurung, kebaya, kebarung, sari atau pakaian labuh yang sopan dan
bertudung putih bagi yang beragama Islam.
9.2.2. Bagi yang bukan Islam, selain memilih mengenakan pakaian pada 9.2.1, boleh
memakai blaus putih berlengan panjang dan skirt labuh hingga paras buku lali /
seluar slack hitam.
9.2.3. Tudung berwarna putih sahaja dibenarkan dipakai oleh wanita muslim bagi
tujuan penyeragaman warna untuk seri majlis.
9.2.4. Warna dan corak pakaian hendaklah sesuai dengan majlis rasmi.
9.2.5. Kasut atau sandal bertumit. KASUT SUKAN TIDAK DIBENARKAN.
9.2.6. Graduan bukan Islam hendaklah berambut kemas.
9.2.7. Rambut berfesyen seperti ‘punk’, berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan.
Nota: Sila buat persedian sewajarnya supaya graduan tidak menghadapi kesulitan seperti
ditahan dan sebagainya untuk menyertai majlis pada hari konvokesyen
ETIKA PAKAIAN DAN RUPADIRI BAGI GRADUAN WANITA
(warna dan corak hendaklah sesuai dengan majlis rasmi)
10. JUBAH KONVOKESYEN
10.1. Pengambilan Jubah
10.1.1. Jadual pengambilan jubah seperti Lampiran B, Jadual 1.
10.1.2. Jubah boleh diambil sebelum majlis raptai dengan mengemukakan Slip
Bayaran Asal Konvokesyen dan Slip Pengesahan Kajian Pengesanan
Graduan.
10.1.3. Urusan pengambilan jubah selain daripada Lampiran B tidak akan dilayan.
10.1.4. Sebarang pengubahsuaian pada jubah tidak dibenarkan.
10.2. Pemulangan Jubah
10.2.1. Jadual pemulangan jubah seperti Lampiran B, Jadual 1.
10.2.2. Jubah perlu dipulangkan selepas majlis konvokesyen tamat.
10.2.3. Pemulangan jubah selepas daripada tarikh 11 Ogos 2018 akan dikenakan
denda RM10 sehari (hari bekerja sahaja)
10.2.4. Pemulangan Jubah akan menjadi bukti untuk graduan membuat
tuntutan diploma.
10.3. Kehilangan atau Kerosakan Jubah
10.3.1. Jadual Kehilangan atau Kerosakan Jubah jubah seperti Lampiran B, Jadual 2.
10.3.2. Graduan tidak dibenarkan meminda/mengubah mana-mana bahagian
jubah yang disewa.
10.3.3. Caj akan dikenakan kepada graduan bagi kos kehilangan/kerosakan pada
jubah dan Diploma tidak akan dikeluarkan kepada graduan sehingga
bayaran tersebut dijelaskan.
11. PENGAMBILAN DIPLOMA
11.1. Graduan yang HADIR majlis konvokesyen boleh mengambil diploma di Unit
Peperiksaan PKS selepas penghantaran jubah mengikut sidang.
11.2. Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen boleh menuntut diploma mereka di
Unit Peperiksaan PKS selepas daripada tarikh rasmi majlis konvokesyen berlangsung.
Graduan perlu mengemukakan Slip Bayaran Konvokesyen, Slip Pengesahan Kajian
Pengesanan Graduan dengan mengemukakan Borang Tuntutan Sijil/Diploma. Borang
boleh diperolehi daripada pejabat Unit Peperiksaan.
11.3. Graduan yang TIDAK HADIR majlis konvokesyen juga boleh mendapatkan diploma
mereka secara pos dengan memenuhi tatacara berikut:
11.3.1. Memuat turun Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo) melalui
laman web www.poliku.edu.my
11.3.2. Isi Borang Tuntut Sijil/Diploma (Tidak Hadir Konvo) dan disertakan
salinan kad pengenalan dan Slip Bank atau;-
11.3.3. Datang sendiri untuk mengambilnya atau;-
11.3.4. Menghantar wakil untuk menuntutnya dengan memberikan surat kuasa
yang dibawa bersama oleh wakil pihak anda atau;-
11.3.5. Pos borang tersebut yang telah lengkap diisi bersama dokumen
berkaitan dan hantar ke:
Unit Peperiksaan,
Politeknik Kuching Sarawak
KM 22, Jalan Matang
93050, Kuching
SARAWAK.
11.4. Sijil yang tidak dituntut akan terus disimpan oleh Unit Peperiksaan PKS.
11.5. Pengambilan diploma melalui wakil hendaklah disertai surat rasmi yang mencatatkan
nama graduan berserta no. kad pengenalan mewakilkan kepada nama wakil serta no.
kad pengenalan wakil untuk mengambil diploma berkenaan.
12. GAMBAR KONVOKESYEN
12.1. Gambar konvokesyen diurus oleh Urusetia Konvokesyen di bawah JK Multimedia,
Rakaman dan Siar Raya dengan melantik syarikat fotografi luar.
12.2. Setiap graduan yang hadir akan menerima gambar secara pakej 1 keping size 6R, 1
keping size 8R dan 1 keping gambar 12R.
12.3. Penghantaran secara pos diuruskan oleh syarikat fotografi yang dilantik.
12.4. Perkhidmatan Studio Fotografi juga disediakan semasa majlis. Walaubagaimanapun,
gambar studio tidak termasuk dalam pakej fotografi.
13. PERSATUAN ALUMNI POLITEKNIK KUCHING
13.1. Persatuan ini ditubuhkan bagi membentuk jaringan perhubungan di antara Alumni
Politeknik Kuching bersama Politeknik Kuching Sarawak dari segi pembangunan, kerjaya,
pengalaman dan infrastruktur politeknik.
13.2. Peranan Persatuan Alumni Politeknik Kuching :
Bekerjasama dengan CISEC Politeknik Kuching Sarawak dalam mengesan
perkembangan status dan kerjaya graduan Politeknik Kuching Sarawak.
Membangunkan pangkalan data alumni Politeknik Kuching Sarawak.
Menggembeling kepakaran Alumni Politeknik Kuching Sarawak dalam melahirkan
graduan berkualiti serta berdaya saing dari segi pembelajaran dan kerjaya.
Platform pertemuan di antara graduan Politeknik Kuching Sarawak.
Mempromosikan graduan Politeknik Kuching Sarawak melalui rangkaian hubungan
dengan industri.
Menyalurkan maklumat mengenai graduan Politeknik Kuching Sarawak kepada
agensi luar.
Mewujudkan jalinan bestari di antara Alumni Politeknik Kuching Sarawak dan
Politeknik KPT bagi membantu graduan dalam pemajuan kecemerlangan akademik
dan kerjaya.
Menyediakan berita-berita aktiviti persatuan Alumni.
13.3. Graduan Politeknik Kuching Sarawak adalah secara automatik menjadi ahli Persatuan
Alumni Politeknik Kuching.
13.4. Bayaran yuran keahlian seumur hidup Alumni sebanyak RM50.00 dikenakan sekali dalam
yuran konvokesyen ini.
13.5. Semua graduan yang telah membayar yuran keahlian wajib mengisi borang Permohonan
Keahlian Persatuan Alumni Politeknik Kuching dan sila bawa bersama borang yang
lengkap diisi semasa majlis konvokesyen nanti.
14. KAJIAN PENGESANAN GRADUAN
14.1. Panduan Kepada Bakal Graduan :
14.1.1. Semua Graduan yang HADIR konvokesyen diwajibkan menjawab
Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah.
14.1.2. Graduan yang TIDAK HADIR konvokesyen perlu menghubungi pegawai
CISEC jabatan masing-masing. Kegagalan menjawab kajian ini akan
mengakibatkan tidak dapat mengambil jubah dan DIPLOMA atau
TANSKRIP anda ditahan.
14.2. Tujuan/matlamat kajian ini
14.2.1. Kajian ini dilaksanakan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap
program, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan semasa anda
mengikuti pengajian serta bagaimana anda memasuki dan menghadapi
alam pekerjaan.
14.2.2. Maklum balas anda sangat penting bagi membawa perubahan yang
membina kepada institusi anda dan juga bagi pihak Kementerian
Pengajian Tinggi. Ini juga merupakan salah satu cara anda untuk
menyumbang kembali kepada institusi anda dan menyatakan rasa terima
kasih anda.
Proses Kerja Pengisian Kajian :
Jadual Pengisian Kajian kepada yang Hadir Konvokesyen mengikut waktu pengambilan Jubah:
1. Graduan yang akan mengambil Jubah mulai 31 Julai – 3 Ogos 2018 (Selasa – Jumaat), dan
pada 6 Ogos 2018 (Isnin) dikehendaki mengisi kajian di :
Tempat Kajian : Bilik Seminar UIDM (Pendaftaran kajian) & Makmal E-Learning
(bersebelahan DJP)
Masa : Jam 9:00am – 12:00pm
Jam 2:00pm – 4:00pm
2. Graduan yang akan mengambil Jubah pada Hari Raptai (7 Ogos 2018) :
Tempat Kajian : BK10 (Pendaftaran kajian) & MK1, MK2, MK3 (Blok
Pentagon)
Masa : Sebelum raptai
Sebarang masalah untuk sila hubungi :-
Pegawai Pengesanan Graduan
Politeknik Kuching Sarawak
hudzimah@poliku.edu.my
082-845596 ext 113
HP : 0168587660
15. PERINGATAN TAMBAHAN
15.1. Graduan yang masih belum menjelaskan apa-apa hutang dengan PKS atau belum
memulangkan buku perpustakaan atau barang-barang yang lain yang dipinjam dari
mana-mana bahagian di PKS, diingatkan supaya menyelesaikan urusan dengan pihak
yang berkenaan dengan segera.
15.2. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan diploma dan transkrip
DITAHAN.
LAMPIRAN A
JADUAL PENDAFTARAN & MAJLIS KONVOKESYEN KE-26
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Atur cara : Majlis Raptai Konvokesyen
(PKS) Ke-26
Tarikh : 7 Ogos 2018 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi (Masa pendaftaran graduan bermula)
RINGKASAN TENTATIF MAJLIS KONVOKESYEN PKS 2018
TARIKH/ HARI MASA AKTIVITI
7 Ogos 2018 (Selasa)
8.00 am –
4.30 pm
Persiapan AJK
Pendaftaran graduan
Majlis Raptai Konvokesyen PKS
Majlis PKJ PKS
8 Ogos 2018 (Rabu) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 1
Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 2
9 Ogos 2018 (Khamis) Pagi Majlis Konvokesyen PKS Sidang 3
Petang Majlis Konvokesyen PKS Sidang 4
TENTATIF PENDAFTARAN DAN MAJLIS RAPTAI KONVOKESYEN PKS 2018
MASA
AKTIVITI
8.00 am
Persiapan Tempat dan Peranan Setiap Jawatankuasa Konvokesyen
9.00 am
Pendaftaran Graduan untuk semua sesi
10.30 am
Graduan berkumpul di Dewan Jubli Perak PKS untuk persediaan Majlis Raptai Konvokesyen PKS 2018
11.00 am
Majlis Raptai Konvokesyen PKS 2018 bermula
- Taklimat tatacara perjalanan majlis konvokesyen bermula
MASA
AKTIVITI
12.30 pm
Perarakan masuk graduan Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan doa
Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian oleh VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan
Penyampaian diploma Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang
Penyampaian cenderamata kepada VIP Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai
* Graduan penerima Anugerah Pingat Ketua Jabatan (AKKJ) bersedia untuk Majlis APKJ Konvokesyen PKS Kali Ke 26 pada masa pendaftaran jam 1.30 pm
MASA
AKTIVITI
2.00 pm
MAJLIS ANUGERAH PINGAT KETUA JABATAN KONVOKESYEN PKS KALI KE-26 TAHUN 2018 Ketibaan Pengarah PKS
Nyanyian Lagu Negaraku
Bacaan doa
Ucapan dan amanat Pengarah PKS Penyampaian Anugerah Pingat Ketua Jabatan Konvokesyen PKS Kali ke-
26 2018
Nyanyian Lagu Politeknik Malaysia
Sesi bergambar
Bersurai
ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG PERTAMA / PAGI]
GRADUAN : SESI DISEMBER 2016 bagi:
i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik
ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
iii) Jabatan Perdagangan
TARIKH : 8 OGOS 2018 [RABU]
MASA : 7.00 PAGI
MASA
AKTIVITI
7:00 am 8.15 am
Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis
8:30 am
Perarakan masuk graduan
8.40 am 9:00 am
Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP
Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma
MASA
AKTIVITI
12.30 pm
Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai
ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG KEDUA / PETANG]
GRADUAN : SESI DISEMBER 2016 bagi:
i) Jabatan Kejuruteraan Awam
ii) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
iii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
TARIKH : 8 OGOS 2018 [RABU]
MASA : 1.00 PETANG
MASA
AKTIVITI
1.15 pm
1.30 pm
Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis
1.50 pm
Perarakan masuk graduan
2.00 pm 2.15 pm
Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP
Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma
MASA
AKTIVITI
5.00 pm
Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang
Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai
ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG KETIGA / PAGI]
GRADUAN : SESI JUN 2017 bagi :
i) Jabatan Kejuruteraan Elektrik
ii) Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
iii) Jabatan Perdagangan
TARIKH : 9 OGOS 2018 [KHAMIS]
MASA : 7.00 PAGI
MASA
AKTIVITI
7:00 am 8.15 am
Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis
8:30 am
Perarakan masuk graduan
8.40 am 9:00 am
Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma
MASA
AKTIVITI
12.30 pm
Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai
ATURCARA : MAJLIS KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING SARAWAK KALI KE 26 [SIDANG KEEMPAT / PETANG]
GRADUAN : SESI JUN 2017 bagi:
i) Jabatan Kejuruteraan Awam
ii) Jabatan Kejuruteraan Petrokimia
iii) Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
TARIKH : 9 OGOS 2018 [KHAMIS]
MASA : 1.00 petang
MASA
AKTIVITI
1.15 pm
1.30 pm
Ketibaan graduan (berkumpul di tempat perbarisan) Ketibaan ibu bapa Ketibaan para jemputan - Ibu bapa dan jemputan dijemput masuk ke dalam dewan - Taklimat ringkas keselamatan & tentatif majlis oleh pengacara majlis
1.50 pm
Perarakan masuk graduan
2.00 pm 2.15 pm
Ketibaan VIP Perarakan masuk VIP dan tetamu kehormat Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan doa Ucapan aluan Pengarah PKS Ucapan perasmian VIP Penyampaian diploma Rehat dan persembahan Penyampaian diploma
MASA
AKTIVITI
5.00 pm
Penyampaian Anugerah Graduan Cemerlang
Penyampaian Cenderamata Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku Perarakan keluar VIP Bersurai
LAMPIRAN B
JADUAL 1: PENGAMBILAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN
POLITEKNIK KUCHING
Perkara Tarikh / Masa Lokasi
Pengambilan /
Agihan
31 Julai – 3 Ogos 2018 ( Selasa – Jumaat )
dan
6 Ogos 2018 ( Isnin )
Jam 9:00am – 12:00pm
Jam 2:00pm – 4:00pm
Cybercafe
Koperasi
Politeknik Kuching
Sarawak Berhad
7 Ogos 2018 ( Selasa )
Selepas selesai raptai Konvokesyen
Cafeteria Politeknik
Kuching Sarawak
Pemulangan
(Pemulangan jubah
yang lewat daripada
tarikh 10 Ogos 2018
akan dikenakan
denda RM10 sehari)
8 – 9 Ogos 2018 ( Rabu – Khamis )
Selesai majlis konvokesyen hingga jam 5:00pm
Cafeteria Politeknik
Kuching Sarawak
10 Ogos 2018 ( Jumaat )
Jam 9:00am – 12:00pm
Jam 2:00pm – 4:00pm
Cybercafe
Koperasi
Politeknik Kuching
Sarawak Berhad
JADUAL 2 : KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN JUBAH KONVOKESYEN POLITEKNIK KUCHING
Perkara Kadar Caj (RM)
Kehilangan Jubah 500.00
Kerosakan Jubah Bergantung kepada jenis kerosakan
LAMPIRAN C
PERATURAN PEMINJAMAN DAN PEMULANGAN JUBAH KONVOKESYEN
1. Semasa mengambil Jubah Konvokesyen, graduan mestilah meyertakan salinan
a. Slip Bayaran Asal Kovokesyen.
b. Slip Pengesahan Kajian Pengesanan Graduan.
2. Graduan digalakkan mengambil sendiri Jubah Konvokesyen dan menunjukkan kad
pengenalan diri sebagai bukti.
3. Graduan dikehendaki mengisi maklumat pada borang yang disediakan semasa
melakukan pinjaman. Hanya graduan yang tersenarai dalam Buku Konvokesyen
sahaja yang layak menerima Jubah Konvokesyen.
4. Graduan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang kerosakan atau
kehilangan Jubah Konvokesyen semasa dalam jagaan mereka. Jika berlaku
kerosakan atau kehilangan, graduan berkenaan akan dikenakan bayaran ganti rugi
sebanyak RM500.00 ( Ringgit Malaysia: Lima Ratus Sahaja ).
5. Graduan tidak dibenarkan mencuci sendiri Jubah Konvokesyen.
6. Jika perlu, graduan dinasihatkan menggosok/seterika jubah pada suhu yang
rendah.
7. Graduan tidak dibenarkan membuat sebarang pengubahsuaian pada Jubah
Konvokesyen.
8. Diploma tidak akan diserahkan kepada graduan yang gagal untuk memulangkan
Jubah Konvokesyen pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan.
LAMPIRAN D
KAJIAN PENGESANAN GRADUAN & PERATURAN KEPADA BAKAL GRADUAN
PROSES KERJA PENGISIAN KAJIAN UNTUK GRADUAN YANG HADIR KONVOKESYEN
** NOTA PENTING: Sekiranya menghantar wakil, pastikan segala maklumat yang diperlukan untuk kajian dibawa bersama.
GRADUAN (KATEGORI BEKERJA)
Bekerja Sepenuh Masa / Separa Masa Bekerja Kontrak / Bekerja Sementara
Freelance – baiki komputer/alatan elektrik/kenderaan, pereka grafik, dropship, mekanik, tour guide, catering, ejen insurans dll
Membantu perniagaan keluarga – walaupun tidak diberi upah tetapi diberi makan/tempat tinggal
Berniaga sendiri – gerai tepi jalan, pasar malam, online, bertani, menternak, menjual hasil pertanian, nelayan, pemborong dll
Bekerja di luar bidang / kelayakan seperti petrol pam attendant, cashier, cleaner, pengasuh, salesman dll
Bekerja sekurang-kurangnya sejam semasa minggu rujukan untuk mendapatkan upah, keuntungan atau keuntungan keluarga (sebagai majikan, pekerja, bekerja sendiri atau pekerja keluarga tanpa gaji).
Bekerja mengikut keperluan, tidak bekerja buat sementara waktu tetapi bergaji dan pasti akan dipanggil bekerja semula
PROSES SELESAI
GRADUAN
(KATEGORI TIDAK BEKERJA)
Tidak bekerja
Lanjut pengajian
Tingkat kemahiran
Tunggu penempatan kerja
Dapatkan cop pengesahan dari urusetia
Kajian Pengesanan Graduan setelah selesai
mengisi kajian
Daftar dahulu di kaunter Kajian Pengesanan Graduan sebelum mengambil jubah. Maklumkan
status sama ada bekerja atau belum bekerja
Pergi ke makmal komputer yang akan diberitahu pada hari berkenaan.
Ikut arahan urusetia bertugas
Serahkan SLIP KAJIAN YANG TELAH
DISAHKAN OLEH URUSETIA KAJIAN
PENGESANAN GRADUAN kepada urusetia
Jubah untuk mengambil jubah
LAMPIRAN E
PANDUAN BERGAMBAR
1. Pilih menu YURAN IPT / BILL PRESENTMENT.
2. Masukkan No Kad Pengenalan Graduan.
Hadir Konvokesyen : RM 270.00
Tidak Hadir Konvokesyen : RM 220.00
top related