peraturan-peraturan am pesta sukan se · pdf file5.1.3 bola jaring (wanita) 5.1.4 bola tampar...
Post on 30-Jan-2018
245 Views
Preview:
TRANSCRIPT
4
PERATURAN-PERATURAN AM
PESTA SUKAN SE MALAYSIA (PESUMA) KE-31
TAHUN 2017
PERATURAN 1. NAMA
Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Pesta Sukan Ukur Se Malaysia
Ke XXXI Tahun 2017 atau disebut sebagai PESUMA KE-31.
PERATURAN 2. PENGUASAAN
Semua pertandingan permainan PESUMA KE-31 akan mengikut Undang-
undang dan Peraturan-Peraturan Am Pertandingan Pesta Sukan Ukur Se
Malaysia Ke XXXI Tahun 2017 atau disebut PERATURAN-PERATURAN
AM PESUMA KE-31.
PERATURAN 3. PENGELOLAAN
3.1 Seluruh pengelolaan pertandingan permainan PESUMA KE-31
akan dikelolakan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Jabatan Ukur
Kelantan (KESUKA), Negeri Kelantan sebagai tuan rumah
kejohanan ini.
3.2 KESUKA selaku pengelola bolehlah menggubal peraturan-
peraturan dan undang-undang permainan yang bersesuaian
dengan PESUMA KE-31 dengan perakuan Majlis Sukan Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (Majlis Sukan JUPEM).
5
PERATURAN 4. TARIKH DAN TEMPAT
PESUMA KE-31 akan diadakan pada 25 hingga 28 Ogos 2017 bertempat
di Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Kelantan Darul
Naim.
PERATURAN 5. JENIS SUKAN YANG DIPERTANDINGKAN
5.1 Acara-acara rasmi yang akan dipertandingkan dalam PESUMA
KE-31 seperti berikut:-
5.1.1 Sepak Takraw (Lelaki)
5.1.2 Badminton (Campuran)
5.1.3 Bola Jaring (Wanita)
5.1.4 Bola Tampar (Lelaki)
5.1.5 Bola Tampar (Wanita)
5.1.6 Bola Sepak (Lelaki)
5.1.7 Dam Aji (Lelaki)
5.1.8 Damak (Lelaki)
5.1.9 Damak (Wanita)
5.1.10 Karom (Lelaki)
5.1.11 Karom (Wanita)
5.1.12 Ping Pong (Campuran)
5.1.13 Tenis (Lelaki)
5.1.14 Tarik Tali
5.1.15 Catur (Campuran)
5.1.16 Congkak (Wanita)
5.1.17 Perbarisan
5.1.18 Golf VIP (Acara Khas)
5.1.19 Bowling VIP (Acara Khas)
PERATURAN 6. UNDANG – UNDANG PERMAINAN
Undang-undang permainan antarabangsa semasa yang sedang berkuat
kuasa kini hendaklah digunakan bagi setiap permainan dan menjadi
undang-undang khas yang menguasai pertandingan permainan PESUMA
6
KE-31 dan dipersetujui oleh Ahli Gabungan yang mengambil bahagian
dalam kejohanan ini.
PERATURAN 7. KELAYAKAN
7.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli gabungan Majlis
Sukan JUPEM dan pasukan jemputan dari kelab sukan yang lain.
7.2 Pemain mestilah terdiri daripada pegawai dan kakitangan
lantikan tetap atau sementara dan juga yang berkhidmat secara
sambilan atau kontrak sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum
pertandingan.
7.3 Pihak Pengelola Pesta dengan persetujuan Majlis Sukan JUPEM
berhak menjemput kelab-kelab sukan yang lain untuk menyertai
pesta ini.
PERATURAN 8. PENDAFTARAN
8.1 Semua penyertaan bagi setiap acara sukan hendaklah
didaftarkan sebelum atau pada 26 Jun 2017 dengan
menggunakan Borang Penyertaan Acara (Borang PESUMA–31)
seperti dilampirkan dan perlu dihantar kepada Pengerusi,
Jawatankuasa Pengelola PESUMA KE-31, d/a Jabatan Ukur dan
Pemetaan Kelantan, Jalan Hospital, 15000 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim atau melalui
Faks : 09-7443923 untuk perhatian Sr Mohd Affan bin Jusop
(e-mail affan@jupem.gov.my). Borang Penyertaan Acara
tersebut hendaklah ditandatangani oleh Ketua Jabatan atau
Yang Dipertua Kelab Sukan masing-masing.
8.2 Pendaftaran peserta pula hendaklah dengan menggunakan
Borang Pendaftaran Pemain (Borang PESUMA- **) bagi setiap
acara seperti terkandung dalam Peraturan-peraturan Am
PESUMA KE-31 sebelum 26 Jun 2017 kepada Urus setia
PESUMA KE-31 seperti alamat di para 8.1 di atas
8.3 Bayaran penyertaan untuk acara-acara yang disertai di PESUMA
KE-31 ini adalah sebanyak RM 50.00 untuk setiap satu acara
7
yang disertai kecuali acara perbarisan (tanpa bayaran
penyertaan) di mana adalah acara wajib untuk disertai oleh
setiap kontinjen yang menyertai kejohanan ini manakala bayaran
tambahan penyertaan bagi acara-acara sukan Golf dan Bowling
hendaklah dibuat menggunakan cek atas nama "Kelantan
Survey Department Sports And Welfare Club", (No. Akaun
Semasa : Bank Islam 03018010022009) sebelum atau pada 26
Jun 2017 dan dihantar kepada Urus setia PESUMA KE-31 seperti
alamat di para 8.1 di atas.
8.4 Jawatankuasa Pengelola hendaklah mengadakan Mesyuarat
Pengurus-Pengurus Pasukan sebelum pertandingan dijalankan
bagi membincangkan pengurusan pertandingan serta
menguruskan apa-apa pertukaran pemain. Selepas mesyuarat
tersebut, sebarang pertukaran pemain tidak dibenarkan.
PERATURAN 9. PAKAIAN PERMAINAN
9.1 Tiap-tiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam yang
sopan dan menutup aurat bersesuaian mengikut jenis
permainan. Denda akan dikenakan berdasarkan Seksyen 5 (1)
Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan.
9.2 Nombor-nombor pada jersi hendaklah serupa iaitu sama dengan
nombor-nombor yang didaftarkan di dalam borang
pertandingan.
9.3 Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warnanya,
pasukan yang namanya mula-mula tercatat di dalam jadual
pertandingan hendaklah menukar jersi yang lain warnanya.
PERATURAN 10. TUGAS-TUGAS JAWATANKUASA PENGELOLA
10.1 Menentukan tempat, tarikh dan masa pertandingan permainan
PESUMA KE-31.
10.2 Melantik pegawai-pegawai yang diperlukan.
8
10.3 Menyediakan peralatan dan persediaan yang diperlukan seperti
padang, gelanggang, tempat penginapan, kenderaan, minuman
dan lain-lain yang berkaitan dengan pertandingan.
PERATURAN 11. SISTEM PERTANDINGAN
11.1. Undian kumpulan/giliran akan dilakukan dan ditetapkan oleh
Jawatankuasa pengelola.
11.2. Format Penentuan Kumpulan
Format bagi sistem liga adalah seperti berikut:-
JUMLAH PASUKAN FORMAT PASUKAN DALAM KUMPULAN
5 LIGA SATU KUMPULAN
6 3,3
7 3,4
8 4,4
9 3,3,3
10 3,3,4
11 3,4,4
12 3,3,3,3
13 3,3,3,4
14 3,3,4,4
15 3,4,4,4
16 4,4,4,4
17 5,4,4,4
18 5,5,4,4
11.3. Pusingan Kalah Mati
11.3.1. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan liga adalah layak
untuk memasuki Pusingan Kalah Mati
11.3.2. Semua pertandingan peringkat suku, separuh dan akhir
akan dijalankan secara KALAH MATI.
9
11.3.3. Susunan pusingan seterusnya bagi 2 Kumpulan adalah
seperti berikut:-
JOHAN A
NAIB JOHAN B
NAIB JOHAN A
JOHAN B
11.3.4. Susunan pusingan seterusnya bagi 3 Kumpulan adalah
seperti berikut:-
JOHAN A
NAIB JOHAN C
NAIB JOHAN B
JOHAN C
NAIB JOHAN A
JOHAN B
10
11.3.5. Susunan pusingan seterusnya bagi 4 Kumpulan adalah
seperti berikut:-
JOHAN A
NAIB JOHAN D
NAIB JOHAN B
JOHAN C
JOHAN D
NAIB JOHAN A
NAIB JOHAN C
JOHAN B
11.4. Setiap pasukan yang bertanding di peringkat liga akan diberi
mata kemenangan berdasarkan format berikut:
11.4.1 Menang - 3 mata
11.4.2 Seri - 1 mata
11.4.3 Kalah - 0 mata
11.5. Penentuan Kedudukan dalam Kumpulan
11.5.1. Kedudukan dalam kumpulan ditentukan melalui mata
kemenangan (Rujuk 11.4.) yang dikumpulkan, iaitu
kedudukan teratas dikira berdasarkan jumlah mata
tertinggi.
11
11.5.2. Sekiranya terdapat jumlah mata yang sama, maka
kedudukan akan ditentukan berdasarkan jumlah
jaringan/gol/skor yang dimenangi
11.5.3. Sekiranya terdapat jaringan/gol/skor yang sama, maka
kedudukan akan ditentukan berdasarkan perbezaan
jaringan/gol/skor dan jaringan/gol/skor kena yang sikit
Nilai perbezaan
= (jaringan/gol/skor pasukan) –( jaringan/gol/skor kena)
11.5.4. Jika masih seri lagi, pasukan yang pernah mengalahkan
lawannya dikira menang.
11.5.5. Sekiranya masih sama, maka keputusan akan ditentukan
dengan cara lambungan syiling sebanyak tiga (3) kali
dikira sebagai pemenang.
PERATURAN 12. PENANGGUHAN PERMAINAN/PERTANDINGAN
Sekiranya pada pendapat Pengadil/Refri Kehormat atau Lembaga
Pengadil/Refri Kehormat mengenai keadaan atau situasi adalah tidak
sesuai untuk meneruskan permainan/pertandingan, maka
permainan/pertandingan pada ketika itu akan ditangguhkan kepada
suatu masa dan tarikh yang lain. Penetapan masa dan tarikh akan
ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola. Segala keputusan adalah
MUKTAMAD.
PERATURAN 13. MENARIK DIRI / MEMBERI KEMENANGAN PERCUMA
13.1 Tiap-tiap pasukan mestilah berada di gelanggang 30 minit
sebelum masa yang ditetapkan untuk perlawanan.
13.2 Pasukan yang lewat 15 minit selepas masa yang dijadualkan
akan dianggap sebagai telah memberi kemenangan percuma
bagi lawannya.
12
13.3 Pasukan yang memberi kemenangan percuma dianggap telah
menarik diri dari pertandingan berkenaan dan tidak dibenarkan
menyertai perlawanan-perlawanan seterusnya.
13.4 Pasukan yang menarik diri selepas Pengesahan Penyertaan yang
boleh mengakibatkan acara tidak dapat dipertandingkan akan
dikenakan denda RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus
sahaja) dan yuran penyertaan tidak dikembalikan serta penalti 7
mata ditolak dari kontinjen.
PERATURAN 14. PENGADIL
14.1 Jawatankuasa Pengelola akan melantik pengadil-pengadil yang
bertauliah dan diberi kuasa sepenuhnya dalam membuat
keputusan dan KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.
PERATURAN 15. BANTAHAN DAN RAYUAN
15.1 Keputusan pengadil dalam tiap-tiap perlawanan adalah
muktamad. Segala bantahan mengenai undang-undang
permainan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Rayuan.
15.2 Pasukan yang ingin membuat bantahan semasa perlawanan
berjalan, mesti memberitahu pengadil secara lisan. Walau
bagaimanapun perlawanan akan diteruskan "Dalam Bantahan".
Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat
bantahan.
15.3 Bantahan bertulis hendaklah dibuat menggunakan Borang
Bantahan atau Rayuan (Borang PESUMA-B/R) yang
ditandatangani oleh Pengurus Pasukan permainan berkenaan
hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Jawatankuasa
Pengelola atau wakilnya di pejabat urus setia tidak lewat
daripada 30 minit selepas perlawanan berakhir dan disertakan
dengan wang tunai sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga
Ratus sahaja) yang akan dikembalikan sekiranya bantahan itu
diterima.
13
PERATURAN 16. JAWATANKUASA BANTAHAN/RAYUAN
16.1 Jawatankuasa Pengelola menubuhkan Jawatankuasa Bantahan
dan Jawatankuasa Rayuan bagi memutuskan sebarang bantahan
dan rayuan.
16.2 Jawatankuasa Bantahan terdiri daripada:-
16.2.1. Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan Pertandingan atau
wakilnya
16.2.2. Setiausaha Jawatankuasa Sukan dan Pertandingan
16.2.3. Sekurang-kurang tiga (3) orang Pengurus Permainan yang
tidak terlibat dalam kes bantahan.
16.3 Ahli-ahli Jawatankuasa Rayuan ini terdiri daripada :-
16.3.1. Pengerusi : Timbalan Yang Di Pertua I Majlis Sukan
JUPEM
16.3.2 Ahli : Naib Yang Di Pertua I Majlis Sukan JUPEM
16.3.3 Ahli : Naib Yang Di Pertua II Majlis Sukan JUPEM
16.3.4 Ahli : Setiausaha Kehormat Majlis Sukan JUPEM
16.3.5. Ahli : Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis
Sukan JUPEM
16.3.6. Ahli : Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi Majlis
Sukan JUPEM
16.3.7. Ahli : Penolong Setiausaha Kehormat Majlis
Sukan JUPEM
16.3.8. Ahli : Bendahari Kehormat Majlis Sukan JUPEM
14
16.3.9. Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola
PESUMA KE-31.
16.3.10. Ahli : Pengerusi Jawatankuasa Sukan dan
Pertandingan PESUMA KE-31
16.4 Jika sekiranya Pengerusi tidak dapat mempengerusikan
Jawatankuasa Bantahan/Rayuan, salah seorang dari ahli
jawatankuasa yang hadir hendaklah dilantik sebagai pengerusi.
16.5 Jawatankuasa Bantahan/Rayuan terdiri daripada tidak kurang 3
orang akan bersidang dalam masa satu jam sebaik sahaja
menerima bantahan/rayuan itu dan akan menyampaikan
keputusan kepada pihak Jawatankuasa Pengelola untuk
diumumkan.
16.6 Pengerusi Jawatankuasa Bantahan/Rayuan akan memutuskan
siasatan dan cara mengendalikan perbicaraan atau siasatan ke
atas rayuan / bantahan.
16.7 Jawatankuasa Bantahan/Rayuan adalah berhak mendapat
maklumat dari mana-mana pihak yang berkaitan dengan perkara
yang dibincangkan untuk membuat keputusan.
PERATURAN 17. TANGGUNGAN JAWATANKUASA PENGELOLA
17.1 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas
kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan
seseorang pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan,
asrama, hotel atau perkampungan sukan dan sebarang
kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa PESUMA
KE-31 dijalankan. Namun begitu, segala usaha akan diambil oleh
pihak pengelola bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak
diingini daripada berlaku.
PERATURAN 18. PINDAAN / TAMBAHAN KEPADA UNDANG-UNDANG DAN
PERATURAN-PERATURAN INI
15
18.1 Jika terdapat sebarang percanggahan undang-undang dan
peraturan am mengenai pertandingan, Jawatankuasa Pengelola
dengan perakuan Majlis Sukan JUPEM boleh meminda atau
menambah peraturan-peraturan pertandingan.
PERATURAN 19. HADIAH / CENDERAMATA
19.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pemenang-pemenang semua
pertandingan termasuklah acara-acara khas.
19.2 Penerima hadiah bagi pertandingan-pertandingan bercorak liga
adalah :-
19.2.1 Pasukan Johan
19.2.2 Pasukan Naib Johan
19.2.3 Pasukan Ketiga
19.3 Piala Pusingan akan dihadiahkan kepada Pasukan Johan bagi
pertandingan-pertandingan Per. 5.1.1 hingga 5.1.17 (Peraturan
ini tidak tertakluk kepada pasukan Jemputan.)
19.4 Kontinjen pasukan yang berjaya merebut Piala Pusingan
bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan piala berkenaan
dan bertanggungjawab untuk menyerahkan kembali kepada
pihak Majlis Sukan JUPEM dua bulan sebelum Pesta Sukan Ukur
Se Malaysia berikutnya berlangsung.
19.5 Sekiranya dalam penjagaan, Piala Pusingan ini didapati rosak
atau hilang, maka kontinjen berkenaan bertanggungjawab untuk
memperbaiki ataupun mengganti dengan nilai yang ditetapkan
oleh Majlis Sukan JUPEM.
PERATURAN 20. JUARA KESELURUHAN PESTA SUKAN
20.1 Untuk menentukan Juara Keseluruhan Pesta Sukan ini, markah
yang akan diberikan bagi tiap-tiap permainan adalah seperti
berikut:-
16
20.1.1 Johan - 7 Markah
20.1.2 Naib Johan - 5 Markah
20.1.3 Tempat ketiga - 3 Markah
20.1.4 Tempat keempat - 2 Markah
20.1.5 Penyertaan - 1 Markah
20.1.6 Tiada Penyertaan - 0 Markah
20.2 Kontinjen yang memperoleh jumlah markah yang tertinggi akan
diisytiharkan sebagai ‘Juara Keseluruhan Pesta Sukan’ tidak
termasuk markah bagi pasukan jemputan yang bukan ahli
gabungan Majlis Sukan JUPEM.
20.3 Dalam situasi di mana jumlah kutipan mata seri untuk gelaran
juara, kontinjen yang mempunyai lebih banyak tempat pertama
(Johan Pertandingan) di dalam acara yang disertai akan dikira
sebagai juara.
20.4 Sekiranya masih dalam situasi seri mengikut para 20.3 di atas,
kontinjen yang memenangi lebih banyak tempat kedua (Naib
Juara) dalam acara yang disertai akan diumumkan sebagai Juara.
PERATURAN 21. PERUNTUKAN AM
21.1 Jawatankuasa Pengelola mempunyai hak untuk mengambil
sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan dalam
pesta ini yang tidak dinyatakan dalam peraturan pertandingan
ini dan keputusannya adalah muktamad. Jawatankuasa
Pengelola juga berhak meminda sebarang undang-undang pesta
ini jika didapati perlu.
21.2 Tiap-tiap Kontinjen dikehendaki menyerahkan satu (1) helai
bendera Negeri dan satu (1) helai bendera kelab sukan masing-
masing kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum kejohanan
bermula. Kedua-dua bendera tersebut akan dikembalikan
semula selepas kejohanan.
21.3 Disiplin dan kebajikan ahli sesuatu kontinjen adalah
tanggungjawab Ketua Kontinjen masing-masing dan diharap
17
semua akan memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Pengelola
supaya Pesta Sukan ini boleh dijalankan dengan lancar dan
berjaya.
PERATURAN 22. HAD UMUR PESERTA VETERAN
22.1 Umur untuk peserta veteran ialah tidak kurang dari
Empat Puluh Lima (45) tahun pada 1 Januari 2017 bagi semua
acara.
PERATURAN 23. HAK JAWATANKUASA PENGELOLA
23.1 Jawatankuasa Pengelola Kejohanan PESUMA KE-31 adalah
berhak mengambil atau membuang sebarang keputusan jika
timbul sesuatu masalah dalam mana-mana pertandingan yang
dianjurkan yang mana tidak disebut dalam peraturan
pertandingan. Pihak penganjur juga berhak untuk membuat
sebarang pindaan atau perubahan pada jadual, ‘venue’
pertandingan dan perkara-perkara lain yang berkaitan untuk
melicinkan perjalanan pertandingan. SEMUA KEPUTUSAN
JAWATANKUASA PENGELOLA ADALAH MUKTAMAD.
Disediakan oleh :
18
Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan PESUMA KE-31
Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Ukur Kelantan (KESUKA)
Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
top related