perbezaan antara rmk 9 dan rmk 10
Post on 02-Jan-2016
309 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERBEZAAN ANTARA RMK 9 DAN RMK 10
NAMA: MEGAT ZAIM SYAMIM BIN MEGAT NAWAWI
NO.MATRIX: 2011206976
COURSE:
LECTURE: PN. NORMASFAZURA
DATE: 10 SEPTEMBER 2013
1.0 PENGENALAN
Dalam membangunkan sesebuah negara yang maju, perancangan yang rapi harus
diwujudkan supaya sesebuah negara itu dapat membangun dengan terancang dan sistematik.
Seperti di negara kita, Rancangan Malaysia telah diwujudkan bagi merancang negara ke arah
kemajuan pada masa akan datang. Rancangan Malaysia adalah perancangan lima tahun
pembangunan kerajaan Malaysia. Rancangan lima tahun ini merupakan kesan peninggalan
daripada zaman pemerintah British di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Semasa
pemerintahan British, pembangunan Tanah Melayu telah dirancang mengikut Draf Rancangan
Pembangunan (DRP) atau lebih dikenali sebagai Buku Kuning. Buku Kuning ini merujuk kepada
rancangan pembangunan Tanah Melayu dari tahun 1951 ke 1955. Buku Kuning merupakan
rancangan rasmi untuk Tanah Melayu yang menyenaraikan semua projek pembangunan yang
menjadi tanggungjawab pelbagai jabatan kerajaan untuk dilaksanakan. Akan tetapi, Buku
Kuning ini tidak lengkap kerana ia mengabaikan sektor swasta serta tidak memasukkan
perusahaan-perusahaan awam yang penting. Ia juga tidak membentuk jentera penyelarasan
projek. Walaupun Buku Kuning tidak sempurna, ia merupakan permulaan kepada bentuk
perancangan-perancangan seterusnya di Malaysia.
Rancangan lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama, iaitu, dari tahun
1956 hingga 1960. Selepas itu disambung dengan Rancangan Malaya Kedua dari tahun 1961
hingga 1965. Setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963, rancangan lima tahun ini telah
ditukar kepada Rancangan Malaysia (RM). Rancangan Malaysia Pertama bermula pada tahun
1966 hingga 1970. Perbezaan ialah perancangan ekonomi sebelumn tertubuhnya Malaysia,
tumpuan untuk kali ini dan seterusnya adalah untuk seluruh Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.
2.0 PERBINCANGAN
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) telah dibentangkan oleh Perdana Menteri
Malaysia kelima iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi. Rancangan Malaysia Kesembilan ini
merupakan rancangan pembangunan Malaysia bagi tempoh 2006-2010. Rancangan ini telah
dibentangkan di Parlimen pada 30 Mac 2006. Rancangan pembangunan lima tahun ini
diumumkan setelah Malaysia melalui fasa 15 tahun pertama semenjak Wawasan 2020
diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad semasa membentangkan
Rancangan Malaysia Keenam pada tahun 1991. Objektif utama bagi RMK-9 adalah
“Mengukuhkan Perpaduan Nasional” bertemakan “Bersama Ke Arah Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang”. Seperti rancangan-rancangan pembangunan dahulu, RMK9 bermatlamat untuk terus
memacu negara ke arah kemakmuran walaupun Malaysia menghadapi persekitaran dalam dan
luar negara yang sukar seperti kesan dari krisis kewangan Asia dan kenaikan harga minyak.
RMK9 mempunyai 5 teras utama iaitu pertama, meningkatkan ekonomi dalam rantaian
nilai lebih tinggi. Melalui teras ini, Kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan nilai tambah
sektor ekonomi sedia ada, serta mewujudkan aktiviti berasaskan pengetahuan dan peluang
pekerjaan dalam bidang ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan. Di samping itu,
Kerajaan akan turut mewujudkan persekitaran kondusif bagi sektor swasta menerajui
pembangunan ekonomi negara. Kedua, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi
negara serta memupuk minda kelas pertama. Berdasarkan teras ini, kejayaan masa hadapan
bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga
keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan
sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat
tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih
banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan
diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral. Ketiga,
menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yg berterusan secara membina dan
produktif. Melalui teras ketiga ini, kerajaan akan mendokong matlamat untuk membasmi
kemiskinan, menjana pembangunan lebih seimbang, serta memastikan manfaat pembangunan
dinikmati rakyat secara adil dan saksama. Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan
kualiti hidup. Teras ini, kerajaan akan terus menyediakan keperluan asas bagi kehidupan
masyarakat seperti air, tenaga, perumahan, pengangkutan dan kemudahan lain, namun penekanan
harus diberikan kepada usaha menangani isu-isu berhubung penyenggaraan, penaiktarafan dan
keberkesanan penggunaan sumber. Dan kelima adalah mengukuhkan keupayaan institusi dan
pelaksanaan. Berdasarkan teras ini, kejayaan bagi perancangan terletak pada keupayaan untuk
melaksananya. Oleh itu, kerajaan komited dalam menambahbaik sistem penyampaian
perkhidmatan awam di semua peringkat. Di samping itu, kerajaan juga akan menangani isu-isu
berkaitan dengan rasuah dan integriti di dalam sektor awam dan swasta, mahupun di kalangan
masyarakat umum.
Strategi utama yang dilaksanakan dalam RMK-9 ialah memantapkan bidang
perkhidmatan, pembuatan dan pertanian baru. Selain itu, perjalanan RMK-9 perlu melalui
kelima-lima teras yang telah digarap dalam Rancangan ini. Tumpuan juga turut diberi dalam
aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu
mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu
mencapai matlamat RMK-9.
Daripada jumlah keseluruhan peruntukan, sejumlah RM 200 bilion telah diagih-agihkan
mengikut sektor. 44.9 peratus akan diagih kepada projek pembangunan di bawah sektor
ekonomi, 37.5 peratus sosial, 10.6 peratus sektor keselamatan dan 6.9 peratus sektor pentadbiran
am. Dari segi sub-sektor pendidikan dan latihan akan diperuntukkan peratusan terbesar iaitu 20.6
peratus, selaras dengan keazaman kerajaan untuk meningkatkan kualiti modal insan. Sub-sektor
pengangkutan akan diperuntukkan sebanyak 15.9 peratus, kemudahan awam dan tenaga, 10.9
peratus; perdagangan dan perindustrian 9.9 peratus; pertanian 5.7 peratus; kesihatan 5.4 peratus
dan perumahan 5.0 peratus.
Di bawah RMK-9, perancangan bagi pembangunan tiga wilayah koridor juga telah
dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-5 iaitu Y.A.B. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad
Badawi. Antara wilayah yang terbabit ialah Wilayah Ekonomi Koridor Utara. Wilayah Ekonomi
Koridor Utara meliputi negeri-negeri yang terletak di utara Malaysia seperti Kedah, Perlis, Pulau
Pinang dan wilayah-wilayah di sekitar Perak Utara. Kawasan ini berpotensi untuk menjadi pusat
industri asas tani yang moden dan berskala besar di samping industri-industri teknologi tinggi
seperti ICT, bioteknologi dan automotif.
Tunjang utama bagi projek pembangunan Wilayah Koridor Utara ialah pembuatan atau
perkilangan, pertanian dan perkhidmatan. Antara senarai projek-projek yang akan dilaksanakan
di Wilayah Ekonomi Koridor Utara adalah pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang
bernilai RM3 bilion. Jambatan ini akan menghubungkan Batu Kawan dengan Batu Maung.
Jambatan yang berukuran 24 kilometer itu dijangka siap pada tahun 2011. Selain itu, ada
beberapa lagi projek lain yang termasuk di dalam Wilayah Ekonomu Koridor Utara. Antaranya:
Pusat Pemakanan Utama
Pusat Pemakanan Tambahan (Penubuhan Zon Khas Makanan)
Pusat Pemprosesan Halal Berintegrasi?
Pusat Akuakultur
Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
Pembinaan Lebuhraya Rentas Pedalaman Kedah
Pembinaan Lebuhraya Tunjang Sentral
Pembinaan Lebuhraya Ekspres Utara-Selatan
Wilayah kedua yang tercatit di dalam perancangan RMK-9 adalah Wilayah Ekonomi
Pembangunan Iskandar. Wilayah Pembangunan Iskandar ini meliputi kawasan di Selatan Johor.
Wilayah Pembangunan Iskandar ini juga merupakan projek pembangunan terancang yang paling
besar dalam sejarah negara. Berlandaskan kekuatan kawasan Selatan Johor dari segi lokasi,
Wilayah Pembangunan Iskandar akan dibangunkan untuk menjadi destinasi antarabangsa bagi
pelaburan, perniagaan, industri, pelancongan dan kebudayaan. Antara senarai projek-projek yang
akan dilaksanakan di Wilayah Pembangunan Iskandar Malaysia adalah:
Pembinaan Kompleks Jabatan-Jabatan Kerajaan Persekutuan Negeri Johor
Pelabuhan Tanjung Pelepas
Lapangan Terbang Senai (Hab Penerbangan Senai)
Bandaraya Cyber Berteknologi Tinggi
Pelabuhan Tanjung Langsat (Hab Bahan Api Bio Negara)
Menempatkan Sekolah Antarabangsa dan Universiti Luar Negara bertaraf dunia (Hab
Pendidikan)
Program Sekolah Angkat di kawasan luar bandar yang miskin
Pusat Kecemerlangan Barat dan Kolej Komuniti akan dibangunkan
Wilayah yang ketiga yang disebutkan di dalam perancangan RMK-9 adalah Wilayah
Ekonomi Koridor Timur. Wilayah Ekonomi Koridor Timur ini meliputi negeri-negeri yang
terdapat di pantai timur Malaysia seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Kawasan ini
berpotensi untuk menjadi pusat pertumbuhan baru bagi industri petrokimia serta pelancongan.
Pelan konsep pembangunan Wilayah Koridor Timur ini masih dalam peringkat perancangan dan
pembangunan. Ia akan mengalami penyesuaian daripada semasa ke semasa. Selain itu
kemudahan pendidikan teknikal akan dibina bagi menyokong bentuk perniagaan yang baru
diperkenalkan. Di samping itu juga, pembangunan rangkaian produk halal untuk dieksport ke
Amerika Syarikat dan Eropah melalui program pembangunan sub-kontraktor juga merupakan
projek yang ada di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Timur. Berikut adalah antara
projek lain yang terdapat di dalam perancangan Wilayah Ekonomi Koridor Timur:
Memperkenalkan teknik perladangan moden dengan meluas.
Fasa Kedua: Projek Lebuhraya Pantai Timur
Penambahbaikan Industri Kompleks Petroleum Petronas terbesar di Pantai Timur.
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) pula telah dibentangkan oleh Perdana Menteri
Malaysia ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Razak. Rancangan Malaysia kesepuluh ini merupakan
rancangan lima tahun pembangunan Malaysia bagi tempoh 2011-2015. Rancangan Malaysia
Kesepuluh ini telah dibentangkan di Parlimen pada 10 Jun 2010. Menurut Datuk Seri Najib
Razak, Rancangan Malaysia Kesepuluh ini mengandungi aspirasi Program Transformasi
Kerajaan dan Model Ekonomi Baru yang berteraskan pendapatan tinggi, keterangkuman dan
kemampanan. RMK10 menggariskan lima teras strategik ke arah mencapai status negara
berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020. Antara lima teras strategik itu adalah
meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Kedua, meningkatkan keupayaan
pengetahuan dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Ketiga, menangani
ketidaksamaan sosioekonomi yang berterusan. Keempat, meningkatkan tahap dan kemampanan
kualiti hidup. Dan kelima adalah mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan negara.
RMK-10 amat penting bagi memulihkan keadaan ekonomi negara yang tergugat kesan
daripada kejatuhan ekonomi diseluruh dunia. Menurut Mohd. Ayop Abdul Razid iaitu Ketua
Unit Komunikasi Media, Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan, pada keseluruhannya, prestasi ekonomi negara menguncup pada 2009 dan
berkembang semula secara perlahan pada 2010. Pencapaian ekonomi negara dari tahun 2000 -
2009 pula adalah pada kadar 4.5 peratus hingga 5.0 peratus. Prestasi pertumbuhan dalam tempoh
RMK-9 mencatatkan 4.2 peratus setahun. Ia juga meninggalkan kesan pada tahun 2010 iaitu di
mana berlakunya jurang sebanyak 26 peratus bagi pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK), manakala jurang di dalam Keluaran Negara Kasar (KNK) pula adalah 52 peratus. Oleh
itu, kadar pertumbuhan ekonomi negara perlu dinaikkan agar tidak wujud jurang yang besar.
Selain itu juga, ia adalah cabaran kerana untuk tempoh lima tahun akan datang, ekonomi
dunia dijangka berkembang pada kadar 4.5 peratus. Ia berasaskan kepada pertumbuhan ekonomi
negara membangun dan negara baru yang dianggarkan pada kadar 6.6 peratus setahun. Walau
bagaimanapun , dari segi agenda nasional, RMK-10 sangat penting bagi mencapai Wawasan
2020 yang telah diilhamkan oleh Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 4 iaitu Tun Dr. Mahathir
Mohammad. Justeru, RMK-10 harus meningkatkan pertumbuhan KDNK pada kadar enam
peratus setahun. Kerajaan juga harus mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus dalam
tahun 2010 kepada kurang daripada tiga peratus pada tahun 2015.
Petunjuk positif pertumbuhan ekonomi negara sudah ada. Bagi suku tahun pertama tahun
ini, ekonomi negara sudah mencapai pertumbuhan sebanyak 10 peratus. Pasaran eksport negara
dijangka meningkat sebanyak 10.6 peratus setahun di mana sektor pembuatan dilihat akan
menyumbang sebanyak 78.8 peratus daripada jumlah eksport pada akhir RMK-10. Selain itu,
kerajaan juga telah meletakkan sasaran urusan perniagaan negara pada kedudukan 10 negara
teratas di dunia menjelang akhir 2015. Sasaran itu juga akan meletakkan negara mampu berdaya
saing di peringkat global serta menjadi destinasi penting menjalankan perniagaan di Asia.
Dasar kewangan negara yang dinamik dan pragmatik juga telah menyumbang kepada
pemulihan ekonomi domestik. Daya tahan sistem kewangan negara tetap kukuh. Sistem
perbankan kita tidak terjejas. Menurut Laporan Tahunan dan Kestabilan Kewangan 2009, modal
wajaran risiko perbankan kita meningkat pada paras 14.8 peratus pada akhir 2010 berbanding
12.6 peratus pada 2008. Yang nyata, RMK-10 menampakkan satu perancangan rapi oleh
kerajaan bagi melakukan program reformasi ekonomi negara. Dengan jumlah peruntukan
sebanyak RM290 bilion, kerajaan berusaha menyediakan pentas bagi transformasi ekonomi
negara ke arah ekonomi berpendapatan tinggi. Ini bermakna dalam tempoh lima tahun RMK-10,
purata pendapatan rakyat perlu ditingkatkan sekali ganda daripada kadar sedia ada iaitu sebanyak
RM26,420 kepada RM38,850 setahun.
Di antara cabaran kerajaan bagi menjayakan RMK-10 adalah mengurus kewangan awam
secara mapan dengan mengimbangkan di antara usaha menyokong pertumbuhan ekonomi
dengan pengurangan defisit fiskal secara teratur dan berkesan. Defisit fiskal kerajaan membesar
sejak 12 tahun lalu kerana kekurangan pelaburan modal dari sektor swasta dan Pelaburan Asing
Langsung (FDI). Senario itu telah menyebabkan kerajaan terpaksa lebih banyak melabur dan
menyebabkan defisit fiskal kerajaan tidak dapat dikecilkan. Oleh itu, di dalam RMK-10, kerajaan
akan memastikan sektor swasta akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi
negara. Bagi pengurusan awam yang mapan, kerajaan akan melaksanakan beberapa perkara iaitu
memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan subsidi secara berperingkat, meningkatkan
kecekapan dan ketelusan dalam perolehan, memacu produktiviti melalui penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) serta memperluas akses pungutan cukai
Bagi memastikan RMK-10 berjalan dengan lancar dan berkesan, kerajaan telah
menyediakan mekanisme bagi memantau pelaksanaan program dan aktiviti melalui petunjuk
prestasi utama (KPI) bagi setiap menteri dan kementerian. Disamping itu, usaha untuk
mewujudkan persekitaran yang boleh merangsang dan menjayakan pertumbuhan ekonomi dan
NKEA akan diberikan keutamaan. Terdapat 10 premis atau idea utama di bawah RMK-10 yang
akan berupaya melonjakkan status negara maju. Premis-premis tersebut adalah ekonomi yang
dipacu oleh faktor dalam negeri di samping mengambil kira persekitaran luar Negara,
memanfaatkan kepelbagaian etnik untuk mencapai kejayaan di pentas antarabangsa, transformasi
ke arah negara berpendapatan tinggi menerusi pengkhususan, menjayakan pertumbuhan yang
diterajui oleh produktiviti dan inovasi; memupuk, menarik dan mengekalkan modal cemerlang,
memastikan peluang sama rata dan melindungi golongan yang mudah terjejas, pertumbuhan
menyeluruh, pembangunan inklusif, menyokong perkongsian pintar dan berkesan, menghargai
khazanah dan alam sekitar serta kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
Jika kita teliti, idea-idea tersebut nampaknya menyokong dan mendukung lapan inisiatif
yang digariskan oleh Majlis Penasihat Ekonomi negara (MPEN) bagi merealisasikan Model Baru
Ekonomi. Lapan inisiatif yang digariskan itu termasuklah menyubur kembali sektor swasta,
membangun tenaga kerja berkualiti dan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing,
menyubur ekonomi domestik yang berdaya saing, mengukuh sektor awam, tindakan afirmatif
yang telus dan mesra pasaran, membina infrastruktur berasaskan pengetahuan, meningkatkan
sumber pertumbuhan dan memastikan kebolehmapanan pertumbuhan.
Potensi perkembangan ekonomi di bawah RMK-10 perlu direalisasikan melalui
peningkatan pelaburan dan produktiviti, kreativiti dan inovasi serta penggunaan modal insan dan
sumber asli dan kewangan secara optimum. Keperluan terhadap penggunaan modal insan yang
berkualiti dan cemerlang amat penting dan ia dilihat sebagai faktor kritikal bagi menjayakan
RMK-10. Oleh demikian, tumpuan akan diberikan kepada program pembangunan kemahiran,
aktiviti R&D dan modal teroka. Di antara isu yang harus ditangani kerajaan dalam soal modal
insan ini ialah pengaliran kepakaran dan tenaga kerja mahir ke luar negara. Negara rugi apabila
modal insan yang telah dilatih melalui sumber kewangan kerajaan dimanfaatkan oleh negara
lain. Pendapatan dan insentif yang lebih baik harus dirangka bagi membendung aliran itu.
Berdasarkan senario yang ada pada zaman kini, beberapa cabaran mungkin dihadapi oleh
negara. Cabaran yang paling besar ialah kemungkinan berlakunya sentimen pelaburan yang
rendah kesan daripada pertumbuhan ekonomi global yang perlahan. Selain itu, dasar inward
looking di negara maju serta persekitaran pelaburan yang semakin kompetitif boleh menjejaskan
FDI. Justeru, kita perlu yakin perkara itu dapat diurus dengan baik kerana di bawah RMK-10
kerana kerajaan sudah menggariskan lima tumpuan utama bagi menjayakan RMK-10 iaitu
pertama, mewujudkan persekitaran untuk pertumbuhan ekonomi yang diterajui oleh sektor
swasta. Kedua, mewujudkan pembangunan sosioekonomi secara inklusif supaya kekayaan
negara diagihkan secara saksama bagi mengurangkan ketidaksamaan. Ketiga, membangun dan
mengekalkan modal insan bertaraf dunia, terutama dalam menggalakkan produktiviti dan
pertumbuhan diterajui inovasi. Keempat, mewujudkan persekitaran ke arah meningkatkan kualiti
hidup supaya selari dengan status negara berpendapatan tinggi. Dan kelima, mentransformasikan
kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia supaya mencapai taraf negara maju
berpendapatan tinggi.
Walaupun RMK-9 dan RMK-10 telah dibentangkan oleh Mantan Perdana Menteri
Malaysia ke-5 dan Perdana Menteri Malaysia ke-6 pada masa ini, terdapat beberapa perbezaan
diantara kedua-dua RMK tersebut. Berdasarkan kepada kedua-dua RMK tersebut, perbezaannya
adalah dari segi pendidikan, perumahan, keselamatan, kesihatan, pengangkutan, insfrastruktur,
ekonomi, dasar keadilan sosial, alam sekitar, kawasan luar bandar, awam-swasta, kebajikan
warga emas dan akhir sekali tenaga mahir. Jadual di bawah merupakan perbezaan antara RMK-9
dan RMK-10:
PENDIDIKAN
RMK - 9 RMK- 10
Bumiputra:
Tiada
Bukan Bumiputra:
•444 buah SJKC telah menerima peruntukan
itu dengan nilai RM25,408,761
• 160 buah SJKT turut menerima bantuan sama
dengan nilai RM15,474,410, diikuti 157 buah
sekolah mubaligh (RM10,804,915) dan 11
buah SABK (RM733,000).
Bumiputra:
• Lepasan Sijil Menengah Agama atau Sijil
Tinggi Agama yang memiliki sijil SPM diberi
pertimbangan menjadi guru program
pendidikan agama Islam dan J-Qaf.
Bukan Bumiputra:
• Guru lulusan Unified Examination Certificate
(UEC) yang memiliki sijil SPM
dipertimbangkan mengikuti pengajian bagi
Bumiputra dan Bukan Bumiputra:
• Universiti Darul Iman di Terengganu dan
Universiti Darul Naim di Kelantan dibina.
• Peruntukan RM1.15 bilion disediakan untuk
menambah baik kemudahan sekolah luar
bandar, khususnya di Sabah dan Sarawak.
• Sebanyak 180 sekolah rendah dan 229
sekolah menengah dan sekolah berasrama
penuh dibina dalam RMK9.
• RM690 juta disediakan untuk membina
rumah guru, hampir separuh daripadanya untuk
rumah guru di luar bandar.
• RM1.51 bilion disediakan untuk program
pengkomputeran sekolah manakala RM284
juta diperuntukkan untuk program
pembestarian sekolah.
program bahasa Cina.
• Peruntukan RM280 juta bagi tujuan
mengubahsuai dan menaik taraf sekolah
bantuan modal di mana setiap satu akan
menerima RM70 juta iaitu:
i) Sekolah jenis kebangsaan Cina
ii)Sekolah jenis kebangsaan Tamil
iii)Sekolah agama
iv) Sekolah mubaligh (mission schools)
Bumiputra dan Bukan Bumiputra:
• Bantuan pembayaran utiliti iaitu bil elektrik
dan air sehingga RM2,000 sebulan bagi hampir
1,900 buah sekolah bantuan modal.
• Nisbah guru siswazah di sekolah rendah akan
ditingkatkan daripada 28% kepada 60%.
• Prestasi pelajar dalam subjek kritikal
terutamanya Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik akan
dipertingkatkan dengan penambahan guru yang
berkualiti.
• Syarat pelantikan guru prasekolah akan
ditingkatkan kepada Diploma dan Sarjana
Muda.
•20 buah sekolah diberi status Sekolah
Berprestasi Tinggi (SBT) bagi pelajar
mencapai kecemerlangan dan akan ditambah
kepada 100 buah pada akhir tahun 2012.
• Sekolah Amanah (Trust Schools) akan
diperkenalkan bagi memudah cara perkongsian
awam-swasta.
• Pendidikan awal kanak-kanak sebagai agenda
penting nasional melalui program PERMATA.
• Penyertaan kanak-kanak (empat hingga lima
tahun) peringkat prasekolah akan
dipertingkatkan daripada 67% kepada 87%
menjelang tahun 2012.
• Insentif RM10 ribu kepada sektor swasta
yang menubuhkan institusi prasekolah swasta.
• Kanak-kanak dalam isi rumah 40% terendah
akan terus diberi peluang dalam pendidikan.
PERUMAHAN
RMK-9 RMK-10
•Sebanyak 43,000 unit rumah kos rendah
dibina melalui program perumahan rakyat.
•Syarikat Perumahan Negara Berhad membina
29,000 rumah kos rendah dan sederhana
rendah.
•78,000 buah rumah mampu milik akan dibina.
•RM500 juta bagi tujuan membiayai kerja-
kerja membaik pulih dan penyelenggaraan
rumah mampu milik awam mahupun swasta.
KESELAMATAN
RMK-9 RMK-10
Tiada •Sebanyak 496 buah CCTV sedang dipasang di
seluruh negara bagi meningkatkan keupayaan
pemantauan.
•Program Safe Cities terus dilaksanakan
dengan menggembleng tenaga pelbagai agensi
kerajaan termasuk PDRM, Pihak Berkuasa
Tempatan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan
Jabatan Kebajikan Masyarakat.
•Undang-undang dan peraturan berkaitan sedia
ada akan disesuaikan bagi mendorong
penyertaan besar daripada wanita.
•Rondaan polis akan ditambah di 50 ‘hotspots’
yang telah dikenal pasti.
•Peruntukan RM2.04 juta bagi tujuan
melaksanakan pendekatan baru dalam sistem
keadilan jenayah yang menekankan
penglibatan semua pihak termasuk agensi
kerajaan di peringkat Persekutuan dan Negeri,
sektor swasta dan warga negara melalui
program memupuk semangat kesukarelawan.
•Polis akan membuat saringan terhadap
penjaga kanan-kanak untuk menjamin
keselamatan dan perlindungan kanak-kanak
yang berada di bawah jagaan pihak lain seperti
pusat jagaan, pusat asuhan dan tadika.
•RM2.4 bilion untuk kebajikan anggota polis
seperti menaik taraf balai polis dan kuarters
serta menambah baik prospek kerjaya sebagai
motivasi dalam meningkatkan prestasi.
•Peruntukan RM120 juta di bawah Skim
Rondaan Sukarela dalam bentuk inisiatif untuk
terus menggalakkan aktiviti kesukarelawan
dalam program Rukun Tetangga dengan
penyertaan penduduk setempat di kawasan
kejiranan.
KESIHATAN
RMK-9 RMK-10
•Dalam tempoh RMK-9, sejumlah RM10.28
bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor
kesihatan, Sebahagian besar daripada
peruntukan ini disediakan bagi pelaksanaan
program kesihatan awam termasuk
penggalakan kesihatan dan pencegahan
penyakit serta peningkatan pembangunan
sumber manusia. Usaha R&D serta menaik
taraf dan mengubahsuai kemudahan penjagaan
kesihatan sedia ada juga diberi penekanan.
•8 buah hospital dibina di seluruh negara
•RM2.3 b diperuntukkan kepada Majlis Kanser
Nasional, National Forensic Institute and
National Institute for Oral Health
•Kerajaan akan membina 8 hospital, termasuk
hospital-hospital pakar, 197 klinik dan juga
tambahan sebanyak 50 klinik 1Malaysia yang
akan disiapkan dalam tempoh separuh pertama
rancangan ini.
•RM600 juta turut disediakan bagi pembinaan
empat hospital baru dan empat hospital
gantian. Ini termasuk institusi perubatan khas
iaitu Institut Kanser Nasional dan Pusat
Rehabilitasi Cheras.
•Klinik bergerak, perkhidmatan doktor udara
dan wakil kesihatan kampung akan diperluas
bagi memenuhi keperluan masyarakat di
kawasan terpencil.
•Penyampaian pra-hospital dan penjagaan
kecemasan juga turut akan diperluaskan selain
perkhidmatan penjagaan ambulatori.
PENGANGKUTAN
RMK-9 RMK-10
•RM3.5 b membina dan menaik taraf jalan
•Jambatan kedua Pulau Pinang dibina bagi
merangsang pertumbuhan di kawasan
berdekatan merangkumi Pulau Pinang, Kedah
dan Perak Utara.
•Sebuah Suruhanjaya Nasional ditubuhkan
untuk mengawal selia pengangkutan awam
manakala suruhanjaya khusus ditubuhkan bagi
kawasan Lembah Klang.
•Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
(SPAD) telah ditubuhkan sebagai agensi
tunggal yang bertanggungjawab merancang,
mengawal setia dan menguatkuasakan sistem
serta operasi pengangkutan awam darat.
•Kerajaan akan memperkemaskan lagi juraian
dan rangkaian perhubungan awam di Kuala
Lumpur dengan pelaksanaan projek Mega
Mass Rapid Transit berkapasiti tinggi.
•Terminal pengangkutan bersepadu dibina di
Gombak dan Bandar Tasik Selatan sebagai hab
transit ke Kuala Lumpur.
•Monorel Pulau Pinang dan lebuh raya
hubungan penyuraian timur di Johor dibina.
•Pembinaan landasan sepanjang lebih kurang
150km yang membolehkan dua juta perjalanan
sehari berbanding 480,000 perjalanan bagi
sistem pengangkutan bandar masa kini.
•Pembinaan terminal bas dan rel seperti
Pengangkutan Bersepadu Gombak akan
dilaksanakan bagi kelancaran perjalanan
pengangkutan awam.
•Sistem Bas Rapid Transit akan diperkenalkan
di Wilayah Iskandar, Johor.
•Bas awam akan ditambah sebanyak 200 buah
di Pulau Pinang.
INFRASTRUKTUR
RMK-9 RMK-10
•RM10bilion - pembangunan infrastruktur
Iskandar Malaysia
•RM1bilion – menaik taraf Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK)
•Pelaksanaan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi
di bandar-bandar besar, kawasan pertumbuhan
ekonomi utama dan kawasan industri.
•Pembangunan rangkaian pengangkutan
multimodal untuk menyokong pertumbuhan
negara seperti projek Lebuh raya Pantai Timur
dari Kuantan ke Kuala Terengganu yang telah
berada dalam Fasa 2 dengan kos RM3.7 bilion.
•Projek landasan elektrik berkembar dari
Gemas ke Johor Baru dengan anggaran kos
RM8 bilion sebagai pelengkap kepada sistem
landasan elektrik berkembar dari Padang Besar
di utara ke Johor Baru di Selatan.
•Loji rawatan kumbahan (Sewerage Treatment
Plant) berdasarkan teknologi hijau di Lembah
Pantai, Kuala Lumpur dan akan diperluaskan
ke seluruh negara.
EKONOMI
RMK-9 RMK-10
Bumiputra:
• Capai sasaran 30% pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.
Bukan Bumiputra:
• Meningkatkan pemilikan ekuiti etnik India
kepada 3% menjelang tahun 2020.
Bumiputra dan Bukan Bumiputra:
• KDNK sebenar pada kadar 6% setahun
• KNK per kapita dijangka meningkat pd 5.9%
setahun
• Kerajaan bercadang menubuhkan dua badan
bertindak pelaksanaan Negara yang pertama
untuk memantau projek RMK9 dan yang kedua
bagi memantau program masyarakat
perdagangan dan perindustrian Bumiputera
generasi baru yang dipengerusikan oleh
Perdana Menteri.
• RM200bilion disediakan oleh Kerajaan
Persekutuan bagi perbelanjaan pembangunan
untuk mencapai Misi Nasional dalam tempoh
RMK9. Projek bernilai RM20bilion lagi
dilaksanakan melalui inisiatif pembiayaan
swasta.
Bumiputra:
• Program ekuiti swasta dalam syarikat
pelaburan berkaitan Kerajaan seperti PNB,
Tabung Haji, Lembaga Tabung Angkatan
Tentera akan diperbaharui dan diperkukuh
dalam usaha memperluas pemilikan dan
kawalan ekuiti Bumiputera.
• Kerajaan akan menyokong usahawan
Bumiputera.
• Tabung Pelaburan Amanah Hartanah akan
ditubuhkan untuk mengurangkan kekangan
kepada Bumiputera untuk melabur dalam
sektor hartanah komersial dan industri.
• Kampung Bharu, Kuala Lumpur akan
dibangunkan semula agar pemilik tanah dapat
merealisasikan nilai sebenar hartanah mereka
tanpa menjejaskan kedudukan orang-orang
Melayu sebagai pemegang asal tanah-tanah di
kawasan ini.
• RM1.5 bilion atau separuh daripada
tambahan dana Skim Jaminan Modal Kerja
sebanyak RM3 bilion akan diperuntukkan
kepada usahawan Bumiputera.
• RM3 bilion bagi organisasi
• Pembangunan keusahawanan seperti MARA
dan PUNB.
• Terus membangunkan guna tenaga
profesional Bumiputera secara lebih tuntas.
• Menubuhkan satu Majlis peringkat tertinggi
untuk merancang, menyelaras dan memantau
pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
Bukan Bumiputra:
TIADA
Bumiputra dan Bukan Bumiputra:
• Tumpuan kepada sebilangan kluster
perbandaran berdensiti yang berteraskan
industri bernilai tinggi untuk menarik perhatian
pelaburan dan tenaga kerja mahir.
• Pembangunan kluster akan ditumpukan
kepada sektor-sektor terpilih dengan mengenal
pasti aktiviti dan pelaburan utama termasuk
GLC dan syarikat swasta.
• Kerajaan menyediakan Skim Jaminan Modal
Kerja sebanyak RM7 bilion di bawah Pakej
Rangsangan Ekonomi Kedua. Tambahan RM3
bilion menjadikan jumlah sebanyak RM10
bilion.
DASAR KEADILAN SOSIAL
RMK-9 RMK-10
TIADA Bumiputra:
• Fokus kepada golongan terpinggir yang
tinggal di pedalaman terutama di Sabah dan
Sarawak serta orang Asli di Semenanjung
Malaysia .
• Kerajaan sedang mempertimbangkan kaedah
untuk memberi hak milik tanah kepada
masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di
Sabah dan Sarawak.
Bukan Bumiputra:
• Fokus kepada golongan terpinggir seperti
pekerja Estet di Semenanjung
Malaysia.
• Memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang
dan displaced estate workers.
• Sambungan bekalan air ke 182 estet yang
mempunyai keluasan 1,000 ekar atau kurang
dan terletak tidak melebihi 5 kilometer dari
paip utama dengan peruntukkan RM109 juta.
• Penduduk yang tinggal di kampung baru Cina
akan diberi bantuan. RM100 juta disediakan
sebagai pinjaman bagi membantu mereka
membuat pembayaran premium tanah bagi
perlanjutan tempoh pajakan.
Bumiputra dan Bukan Bumiputra:
• Program latihan kemahiran akan disediakan
terutama golongan muda pelbagai kaum yang
tercicir daripada persekolahan.
KAWASAN LUAR BANDAR
RMK-9 RMK-10
• Pembinaan sepanjang 6,200 kilometer
jalan berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500
kilometer di Sabah dan 2,800 kilometer di
Sarawak.
• Liputan air di luar bandar yang lebih
berkualiti dan berterusan sebanyak 99% di
Semenanjung Malaysia, 98% di Sabah dan
95% di Sarawak. Juga melibatkan
penyambungan bekalan air kepada 117,000
rumah di Semenanjung Malaysia, 112,700 di
Sabah dan 87,400 di Sarawak.
• Kemudahan elektrik akan diperluaskan
meliputi 6,000 buah rumah di Semenanjung
Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di
Sarawak.
• Juga akan menyediakan amenity sosial dan
kemudahan teknologi maklumat kepada
masyarakat luar bandar.
ALAM SEKITAR
RMK-9 RMK-10
• RM510 m pemuliharaan sungai
• RM4 bilion dibelanjakan bagi projek tebatan
• RM1.5 bilion melalui Skim Pembiayaan
Teknologi Hijau untuk mempertingkatkan
banjir . aplikasi teknologi hijau dalam pengeluaran
produk dan penyediaan perkhidmatan.
• Garis panduan, piawaian dan undang-undang
berkaitan akan diperkenal bagi memastikan
kecekapan penggunaan tenaga, termasuk
penurunan tahap pelepasan gas rumah hijau.
• Putrajaya dan Cyberjaya dijadikan model
perintis bagi bandar hijau contoh.
AWAM SWASTA
RMK-9 RMK-10
• Perluasan Taman Teknologi Tinggi Kulim,
penubuhan Taman Teknologi Sarawak dan
Taman Teknologi Perak, penubuhan 20 Taman
Industri dan PKS di seluruh negara.
• Kelompok industri petrokimia di Pahang dan
Terengganu
• 7 lebuh raya dengan anggaran kos RM19
bilion.
• 2 buah Projek Loji Jana Kuasa Elektrik
Arang Batu dengan anggaran kos RM7 bilion.
• Pembangunan tanah Lembaga Getah
Malaysia di Sungai Buloh seluas 3,300 ekar
dengan anggaran RM10 bilion.
• Pihak swasta berpeluang menyertai projek-
projek pembangunan beberapa projek lain yang
dipimpin syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)
yang beranggaran RM3 bilion.
• RM20 bilion melalui Dana Mudahcara atau
‘Facilitation Fund’ bagi membantu merapatkan
jurang daya maju pelaburan swasta dalam
melaksana projek bernilai tinggi.
WARGA EMAS
RMK-9 RMK-10
TIADA • Mendapat infrastruktur yang lebih mesra,
akses kemudahan kesihatan yang mampu
dibiayai, rumah perlindungan yang mencukupi
dan juga peluang pekerjaan di samping
mengukuhkan kewangan.
TENAGA MAHIR
RMK-9 RMK-10
• RM500 juta disediakan di bawah Perbadanan
Tabung Pembangunan Kemahiran untuk
latihan sekurang-kurangnya 38,000 pekerja.
3.0 KESIMPULAN
Rancangan Malaysia telah banyak memberi kesan yang sangat positif kepada
pembangunan negara ke arah negara yang maju. Usaha kerajaan untuk bersaing dengan negara
yang membangun seperti negara-negara di Barat sudah nampak hasilnya. Kini, negara Malaysia
tinggal 7 tahun sahaja lagi bagi menjelang Wawasan 2020. Oleh itu, RMK-10 sangatlah penting
kerana ia menentukan sejauh mana kemampuan negara kita dalam menuju negara yang maju dan
membangun. Walaupun RMK-9 dan RMK-10 mempunyai banyak perbezaan, namun,
matlamatnya tetap sama iaitu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan
makmur.
4.0 RUJUKAN
http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/html/bahasa.htm
http://www.epu.gov.my/web/guest/tenth-malaysia-plan-10th-mp-
http://www.kpkk.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=1302:intipati-
rancangan-malaysia-ke-10-2011-2015&catid=120:artikel&Itemid=148&lang=bm
http://hafiy.tripod.com/adm/interstitial/remote.html
http://saiminginsariipkent.blogspot.com/2009/02/selepas-merdeka-kerajaan-memberi.html
http://www.moa.gov.my/web/guest/rmk-91
http://www.aspirasidigital.net.my/buletin/buletin13_for_web.pdf
top related