perhimpunan bulanan jabatan kimia malaysia jun 2016 ucapan kp... · perhimpunan bulanan jabatan...
Post on 16-Jul-2019
241 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA JUN 2016
TEKS UCAPAN
YANG BERUSAHA TUAN HAJI
ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
7 JUN 2016 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Rosnah binti
Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hasnah binti
Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
4
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia, Ibu Pejabat
bagi bulan Jun 2016 pada pagi di
bulan Ramadhan yang berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah dan warga kerja Bahagian
Forensik kerana telah mengatur dan
menganjurkan Majlis Perhimpunan
Bulanan kita pada pagi ini dengan
begitu baik sekali.
5
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[KURNIAAN PINGAT KEBESARAN]
3. Saya ingin mengucapkan syabas dan
tahniah kepada 4 orang pegawai
Jabatan Kimia Malaysia atas
penerimaan pingat kebesaran
sempena Hari Keputeraan DYMM
SPB Yang Di Pertuan Agong pada 4
Jun 2016 yang lepas. Untuk
makluman, sebenarnya majlis
pengurniaan pingat ini belum lagi
berlangsung, namun saya nyatakan
6
lebih awal untuk makluman warga
Kimia sahaja. Bakal penerima pingat
kebesaran tersebut adalah:
Puan Zaiton binti Ariffin,
Pengarah Bahagian PJK yang
dikurniakan pingat Johan Setia
Mahkota (JSM)
Dr. Cornelia Charito Siricord,
Pengarah Bahagian Forensik
yang dikurniakan Kesatria
Mangku Negara (KMN)
7
Puan Nor Aidora binti Saedon,
Pegawai Sains di Seksyen DNA
yang dikurniakan Ahli Mangku
Negara (AMN)
Puan Noor Hasimah binti Mohd.
Zabidi, Penolong Pegawai Sains,
C27 yang telah bersara
dikurniakan Pingat Pangkuan
Negara (PPN).
8
[PERSEPSI]
4. Bercakap berkenaan dengan
penerimaan pingat ini, suka saya
sentuh sedikit berkenaan dengan
persepsi yang akan muncul apabila
melibatkan 3 perkara iaitu;
Kenaikan pangkat
Anugerah perkhidmatan
cemerlang
Kurniaan pingat kebesaran
5. Apabila terdapat berita berkenaan 3
situasi di atas, saya sedari bermacam-
9
macam persepsi akan mula tersebar.
Contoh sekiranya ada pegawai yang
dinaikkan pangkat atau menerima
anugerah perkhidmatan cemerlang,
mulanya kedengaran suara tidak
berpuas hati dan mempersoalkan
kenapa pegawai tersebut layak dan
bukannya pegawai lain.
6. Ingin saya tekankan di sini bahawa
setiap keputusan yang dibuat oleh
pihak pengurusan ada sebabnya.
Saya harap agar tuan-tuan dan puan-
10
puan menyemak terlebih dahulu
keadaan sebenar serta keperluan
semasa Jabatan sebelum membuat
persepsi mengenainya. Sekiranya
tidak berpuas hati atau ragu-ragu
berkenaan dengan sesuatu
keputusan, tuan/puan dijemput untuk
bersemuka atau menghubungi saya
terus untuk bertanya keadaan
sebenar. Saya mengamalkan sistem
terbuka. Saya sedia mendengar apa
jua isu daripada kakitangan saya.
11
Hadirin sekalian,
[SPK Bil 1/2016 – Tambahan Waktu
Peringkat (WP) Dalam Jadual Waktu
Bekerja Berperingkat (WBB) Khas Pada
Bulan Ramadhan]
7. Sempena menyambut bulan
Ramadhan ini, Kerajaan telah
bersetuju untuk mengurangkan waktu
rehat penjawat awam selama
setengah jam. Langkah ini diambil
bagi memberikan kemudahan kepada
12
mereka untuk memanfaatkan bulan
Ramadhan yang mulia ini.
8. Bagi melaksanakan perkara tersebut,
Kerajaan bersetuju untuk menambah
Waktu Peringkat (WP) dalam jadual
Waktu Bekerja Berperingkat (WBB)
yang sedia ada di semua agensi
Kerajaan Persekutuan.
WBB Sediada
WBB Khas
Catatan
WB1 WB4 Waktu bekerja : 7.30 am hingga 4.00 pm Waktu rehat tengahari : 1.00 pm hingga 1.30pm Waktu rehat t/hari Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm Tiada waktu rehat pagi (antara jam 10 – 11 pagi)
13
WB2 WB5 Waktu bekerja : 8.00 am hingga 4.30 pm Waktu rehat tengahari : 1.00 pm hingga 1.30pm Waktu rehat t/hari Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm Tiada waktu rehat pagi (antara jam 10 – 11 pagi)
WB3 WB6 Waktu bekerja : 8.30 am hingga 5.00 pm Waktu rehat tengahari : 1.00 pm hingga 1.30pm Waktu rehat t/hari Jumaat: 12.30 pm hingga 2.30 pm Tiada waktu rehat pagi (antara jam 10 – 11 pagi)
9. Bagi yang bukan muslim adalah
digalakkan untuk mengekalkan waktu
bekerja sedia ada dengan tujuan
14
untuk memanjangkan tempoh waktu
demi kepentingan pelanggan.
10. Sekiranya pegawai-pegawai bukan
muslim yang mahu bekerja dalam zon
waktu khas, WB 4, WB 5 dan WB6,
anda hendaklah mematuhi syarat-
syarat seperti dinyatakan dalam SPK
1/206 di mana tiada waktu untuk tea-
time dan waktu rehat tengahari
hanyalah setengah jam pada hari
biasa dan 2 jam pada hari Jumaat.
15
[LAWATAN KERJA KP KIMIA KE JKM
CAWANGAN JOHOR]
11. Pada 30 Mei 2016 yang lepas, saya
telah mengadakan lawatan kerja ke
JKMC Johor. Dalam lawatan ini, saya
dapat melihat sendiri keadaan
cawangan Johor dan beramah mesra
dengan kakitangan di sana. Lawatan
sebegini membolehkan saya bersua
muka dengan semua warga Kimia
Johor dan dapat mendengar terus
16
idea atau sebarang masalah daripada
mereka.
12. Terima kasih kepada semua yang
telah memberi kerjasama dalam sesi
lawatan ini terutamanya yang memberi
pandangan semasa sesi dialog
diadakan. Pihak pengurusan akan
cuba untuk mengambil tindakan atas
segala pandangan yang diutarakan.
17
[PAMERAN]
13. Sepanjang bulan Mei lepas, Jabatan
Kimia Malaysia seluruh negara telah
terlibat dengan pelbagai pameran.
Saya ambil maklum bahawa
penglibatan Jabatan Kimia Malaysia
bagi kesedaran STI ini adalah pada
tahap yang amat membanggakan. Kita
sering dijemput untuk mengadakan
pameran di semua lapisan masyarakat
di mana jua.
18
14. Antara pameran yang disertai oleh
Kimia pada Mei lepas adalah:
JKMC Pahang : Pameran
Minggu Sains dan Matematik di
Sekolah Menengah Agama Al-
Maarif, Bukit Goh, Pahang pada
4 Mei 2016.
JKMC Kedah : Pameran
“Program Inovasi Sosial MOSTI:
Karnival Sains Bagi Program
Duta Sains Jerlun” di Sekolah
Menengah Kebangsaan Jerlun,
Kedah pada 10 Mei 2016.
19
Bahagian IKTD : Pameran
Karnival Islam sempena Islamic
Festival of Science and
Technology 2016 (i-FeST’16) di
Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM) pada 19-20 Mei 2016.
JKMC Perak : Pameran
sempena Program 'Let’s
Discover Science' Peringkat
Kebangsaan di Sekolah
Kebangsaan Bandar Behrang
2020 Tanjung Malim Perak Darul
Ridzuan pada 23 Mei 2016.
20
Forensik Ibu Pejabat :
Pertandingan CSI Explorace
sempena Hari UNESCO
Malaysia di Taman Wetland,
Putrajaya pada 28 Mei 2016.
15. Seperti diketahui YB Menteri MOSTI
amat menggalakkan semua jabatan
agar terlibat secara aktif dalam
program sebegini. Setinggi
penghargaan diucapkan kepada
semua yang terlibat atas kesungguhan
dalam menjayakan semua program
21
yang saya nyatakan sebentar tadi.
Kerjasama dan usaha gigih anda
semua dalam menjayakan program ini
adalah amat dihargai. Syabas!
Hadirin sekalian,
[KELAB : RAJA DAM DAN CATUR]
16. Pada bulan Mei yang lepas jua, Biro
Kebudayaan KSKJKM telah
menganjurkan 2 program iaitu:
22
Pencarian Raja Dam Aji yang
telah disertai oleh 16 orang
peserta.
Pencarian Raja Catur yang
disertai oleh 16 orang peserta.
17. Tahniah kepada para pemenang.
Mereka adalah:
Raja Dam Aji :
- Johan: Shuhimi Md Isa (Forensik)
- Naib Johan: Tarmizi Isa (BKP)
- Tempat ke 3: Muhammad Afifi Abdul Hamid (BKP)
23
Raja Catur:
- Johan: Muhammad Rashid Shaari (IKTD)
- Naib Johan: Muhammad Syafiq Rozman (IKTD)
- Tempat ke 3: Tarmizi Isa (BKP)
18. Tahniah kepada para pemenang!
Saya amat berharap agar semua
warga kerja Kimia Malaysia dapat
melibatkan diri dalam aktiviti yang
dianjurkan oleh Kelab Sukan dan
Kebajikan Jabatan Kimia Malaysia
sebagai satu wadah gaya hidup sihat
24
dan aktif di samping mengeratkan
hubungan sesama teman sekerja.
Hadirin yang dihormati sekalian,
[SAMBUTAN PESTA KAAMATAN & HARI
GAWAI]
19. Dikesempatan ini, saya ingin
mengucapkan Selamat Hari Kaamatan
(30 & 31 Mei) pada mereka yang
berbangsa Kadazan Dusun di Sabah,
serta Selamat Hari Gawai (1 Jun) buat
25
warga Kimia berbangsa Dayak di
Sarawak.
20. Kotobian Tadau Tagazo Do
Kaamatan.
Selamat Ari Gawai kepada Bansa
Dayak Sarawak. Ngajih ka kita Gayu
Guru Gerai Nyamai, Lantang Senang
Nguan Menua : (Mudah-mudahan kita
beroleh kesejahteraan, nasib yang
baik dan hidup bahagia aman
makmur).
26
Hadirin sekalian,
[PENUTUP: BULAN RAMADHAN]
21. Sebelum mengakhiri ucapan saya
pada pagi yang berbahagia ini, saya
ingin mengambil kesempatan
mengucapkan selamat menyambut
bulan Ramadhan dan menjalani
ibadah puasa kepada semua warga
kerja Jabatan Kimia Malaysia yang
beragama Islam.
27
22. Bersempena bulan Ramadhan yang
mulia ini PEMURNI Jabatan Kimia
Malaysia akan menganjurkan
beberapa aktiviti seperti majlis
berbuka puasa, tadarus, pemberian
kurma, program ceramah dan lain-lain
lagi.
23. Di sini saya ingin menyarankan semua
warga kimia memberikan sumbangan
bagi menjayakan program yang telah
dirangka tersebut. Sumbangan ikhlas
28
tersebut boleh disalurkan ke PA
Bahagian / Seksyen masing-masing.
24. Untuk makluman jua, suatu program
‘Singgah Sahur’ di Rumah Kebajikan
Anak Yatim dan Miskin Baitu Saidati
Khadijah Gombak akan dianjurkan
secara bersama oleh PEMURNI,
Kelab Sukan & Kebajikan Kimia serta
Puspanita Kimia. Marilah sama-sama
melibatkan diri dalam program
29
tersebut dan bersahur dengan anak-
anak yatim di sana kelak.
25. Semoga amalan baik kita pada bulan
yang suci ini diterima oleh Allah SWT.
Aamiinnn…
Mencuci tangan di pinggir telaga.. Pohon serumpun indah di tepiannya.. Bulan suci Ramadhan telah tiba.. Mohon ampun maaf dari saya, KP Kimia. Wabillahittaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.
top related