peringkat permulaan dalam kaunseling kelompok
Post on 07-Aug-2015
125 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAB 3
PERINGKAT AWAL DALAM PEMBENTUKAN KUMPULAN.
Hajijah Maulad Abdul Rahsip, Noor Suhada bt Aziz & Solehah bt Ghazali
3.1 PERINGKAT PERTAMA: MEMBENTUK KELOMPOK
3.1.1Penubuhan Kelompok dan Pengambilan Ahli
Ahli yang berpotensi untuk menjadi ahli kelompok perlu jelas dengan
matlamat dan rational penubuhan kelompok. Kaunselor boleh melakukan
hubungan secara terus dengan populasi yang boleh mendapat manfaat
dengan penubuhan kelompok tersebut.
3.1.2Proses Menilai dan Memilih Ahli Kelompok
Mengikut akta ACA (2005) :
untuk memilih ahli kelompok, mestilah memilih ahli yang berkeperluan
dan matlamat seiring dengan matlamat kelompok yang mana ia tidak
akan menghalang perjalanan kelompok dan tidak akan merasa terancam
dengan kelompok yang ditubuhkan tersebut
i. Ketua atau fasilitator boleh membantu untuk membuat penilaian
mengenai kesediaan kelompok dan berbincang mengenai potensi
untuk mengubah kehidupan bagi seseorang individu yang terbabit
ii. Penilaian perlulah dijalankan dengan melibatkan proses dan
perhubungan dua hala.
iii. Ahli yang berpotensi perlu diberi peluang untuk menilai secara
rahsia dengan adanya sesi temubual bagi melihat adakah kelompok
dan ketua tersebut adalah sesuai untuk mereka.
iv. Proses menilai ini juga sangat penting bertujuan untuk mengelakkan
kemudharatan berlaku pada ahli kelompok.
v. Antara soalan asas yang boleh ditanyakan dalam mencari ahli
kelmpok adalah
“ Adakah kelompok yang ditubuhkan ini produktif atau counterproduktif
untuk seseorang individu itu ?”
Sekiranya jawapanya adalah “couterproactive” jadi individu terbabit tidak
sesuai menyertai kelompok tersebut kerana mungkin kesan negatif yang
akan diperolehi kelak.
vi. Proses menilai ini sangat perlu untuk memberi peluang kepada
ketua menilai calon-calon ahli kelompok yang sesuai dan
mengetahui apakah yang diingini oleh seseorang individu itu dalam
kelompok yang akan ditubuhkan tersebut
vii. Ini juga merupakan peluang untuk ahli kelompok yang berpotensi
untuk mengenal ketua dan membentuk keyakinan .
viii. Sekiranya proses menilai ini tidak dijalankan dengan baik dan betul,
mungkin kesannya ahli-ahli akan merasa kurang semangat dengan
kelompok tersebut dan tidak banyak membantu
Yalom (2005) ada menyatakan bahawa kelompok ini sangat sesuai
dijalankan kepada mereka yang mempunyai masalah interpersonal
seperti kesunyian dan lain-lain. Asas terpenting dalam pemilihan ahli
adalah memilih ahli yang berpotensi dapat memberikan kerjasama.
sekiranya terdapat ahli yang tidak sesuai, ketua perlu memberikan alasan
yang munasabah dan membuat rujukan ahli ini dengan cara yang
professional.
3.2 Pembentukan Kelompok
3.2.1Kelompok Terbuka vs Kelompok Tertutup (Open versus
Closed Group)
Terdapat kelompok yang akan dilaksanakan dalam masa yang singkat,
focus kepada jalan penyelesaian, bergantung kepada ahli kelompok.
Namun begitu, terdapat beberapa kebaikan yang jelas dalam kedua-dua
jenis kelompok ini. Dalam kelompok yang tertutup, tidak akan berlaku
penambahan ahli baru dalam kelompok kaunseling. Hal ini membantu
kepada kestabilan semasa menjalankan sesi dan akan memastikan
kelangsungan perjalanan sesi kelompok.
Manakala, dalam kelompok yang terbuka, terdapat ahli baru yang
akan menggantikan ahli lain yang meninggalkan kelompok. Kelemahan
bagi kelompok terbuka ialah ahli baru berkemungkinan mengahadapi
kesukaran untuk menyesuaikan diri dalam kelompok. Hal ini demikian
kerana, ahli baru tidak tahu akan isu yang dibincangkan dalam kelompok.
Selain itu, ia juga akan menganggu kelancaran sesi kelompok yang
dijalankan. Maka, pemimpin kelompok perlu memastikan dan memberi
perhatian terhadap ahli kelompok yang baru.
3.2.2Ahli Sukarela vs Ahli tidak Sukarela (Voluntary versus
Involuntary Membership)
Secara umumnya, terdapat beberapa kelebihan apabila ahli menyertai
kelompok secara sukarela. Kebiasaannya, ahli menyertai kelompok
kerana dihantar untuk menghadiri sesi kaunseling akan menyekat atau
meminimumkan keberkesanan sesi yang dijalankan.
Corey menyatakan bahawa, beliau banyak bertemu dengan ahli
yang menghadiri kelompok bukan atas kerelaan tetapi ternyata dengan
menghadiri sesi kaunseling tersebut, mereka boleh berubah seperti yang
mereka mahukan. Seorang kaunselor perlu mempelajari bagaimana
hendak berhadapan dengan ahli yang hadir bukan atas kerelaan
berbanding hanya mengutamakan dan berfokus kepada ahli yang
sukarela untuk menghadiri sesi kaunseling. Namun begitu, sesi ini
berkemungkinan mengambil masa yang lama untuk mewujudkan
kepercayaan dan kesediaan dalam kelompok.
3.2.3Kelompok Homogeneous vs Heterogeneous (Homogeneous
versus Heterogeneous Group)
Selain itu, pemimpin kelompok hendaklah menentukan jenis kelompok
yang akan dibantu. Antaranya ialah ;
HOMOGEN HETROGEN
- Kelompok yang dibentuk berdasarkan
pemilihan ahli yang mempunyai kategori
yang sama seperti kanak-kanak dengan
kanak-kanak, remaja dengan remaja,dewasa
dengan dewasa. Ataupun ia juga boleh
dikelompokkan mengikut isu yang sama
dihadapi dalam satu kelompok.
- Dengan adanya persamaan antara ahli
kelompok, mereka mudah untuk
mengekpresikan perasaan mereka
- Kelompok yang mempunyai ciri yang
berbeza dalam satu kelompok.
- Maka, proses kaunseling mengambil masa
sama ada dalam jangka masa yang pendek
ataupun panjang dalam perkembangan
kelompok.
3.3 Tempat pertemuan kelompok (Meeting place)
Banyak tempat yang boleh dijadikan sebagai tempat pertemuan, namun,privasi klien perlu
diambil berat. Posisi kedudukan yang menghadap muka antara setiap ahli kelompok juga
memainkan peranan penting supaya dapat memudahkan interaksi antara semua ahli apabila
berhadapan. Selain itu, persekitaran juga perlu dititikberatkan, persekitaran yang positif
mendatangkan kelancaran kepada kelompok begitu juga sebaliknya.
3.4 Saiz kelompok (group size)
Jumlah anggota kelompok bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, pengalaman
daripada pemimpin kelompok, jenis masalah yang ingin diterokai. Kelompok bagi kanak-
kanak boleh seramai 3 atau 4 orang, sedangkan kelompok bagi orang dewasa boleh seramai
6-8orang. Jumlah anggota kelompok boleh dikatakan baik jika dapat memberikan interaksi
dan kesempatan kepada setiap anggota untuk terlibat dan merasakan penyatuan antara
anggota kelompok yang lain.
3.5 Frekuensi dan tempoh pertemuan (Frequency & Length of Meetings)
Ianya bergantung kepada jenis kelompok dan pengalaman ketua kelompok. sekali dalam
seminggu kebiasaannya dijalankan oleh kebanyakan kelompok. bagi kelompok yang terdiri
daripada kanak-kanak dan remaja mungkin lebih baik dilakukan kerap dan tempoh masa yang
lebih singkat. Manakala, bagi kelompok dewasa yang relative, 2 jam dalam satu minggu
adalah sesuai dan beberapa intensif boleh dilakukan.
3.6 Kelompok masa yang singkat vs kelompok masa yang panjang.
Adalah lebih baik jika pemimpin kelompok menetapkan tarikh atau masa yang tertentu untuk
penamatan sesi kelompok. Oleh itu, ahli kelompok akan dapat membuat perancangan dari
segi masa untuk memberi komitmen dalam kelompok. Tempoh sesi yang dijalankan
bergantung kepada jenis kumpulan, bilangan ahli dan keperluan agensi itu sendiri. Terdapat
agensi yang menetapkan polisi bahawa kelompok yang kecil hanya akan mengambil masa
yang singkat. Manakala, bagi kelompok terapi, tempoh masa yang diambil untuk proses
terapi adalah untuk membuat takrifan ciri-ciri.
Bagi kelompok yang mempunyai masa yang terhad, kumpulan ini mempunyai fokus
yang khusus dan menggunakan intervensi yang berfokus dan berkesan. Manakala, untuk
closed group, kelompok ini mempunyai tempoh masa yang lama dan memerlukan komitmen
yang lama dalam kalangan ahli.
Practice group pula, kelompok berkemungkinan menjadi kelompok yang singkat atau lama.
Ada kelompok yang dijalankan sekitar 12-20 minggu, ada 30-50 minggu dan ada yang
melebihi 1 tahun.
Kebanyakan daripada kelompok yang terdiri daripada pelajar kolej atau sekolah
menengah, sesi kelompok akan dijalankan sepanjang semester, lebih kurang 15 minggu.
Kelompok tersebut perlu berjumpa dalam keadaan yang lama untuk memastikan kelompok
tersebut berkesan.
3.7 Manfaat perjumpaan permulaan sesi.
Sebaik sahaja ahli kelompok ditubuhkan, pemimpin kelompok boleh mengutarakan soalan
berkenaan dengan peranan pemimpin kelompok dalam memberikan ahli manfaa secara
maksimum hasil daripada pengalaman kelompok. Menurut Corey, persediaan yang sistematik
perlu dilakukan dan ia bermula daripada proses screening dan dimulakan dengan perjumpaan
awal sesi. Persediaan yang perlu untuk dilakukan adalah penerokaan ahli kelompok seperti
penerokaan beberapa informasi tentang harapan ahli, kerisauan, matlamat serta salah faham
yang ada pada diri ahli. Antara perkara asas dalam kelompok kaunseling adalah mengenal
pasti risiko psikologi yang ada pada ahli kelompok dan kaedah untuk mengatasinya, nilai dan
limitasi dalam kelompok, panduan untuk mendapatkan maklumat daripada pengalaman ahli
kelompok sendiri dan keperluan kepada kerahsiaan. Persediaan ini boleh dilakukan melalui
tindakan awal semasa perjumpaan untuk ahli yang menyertai kelompok tersebut.
Selain itu, Corey akan menjalankan temubual secara peribadi bersama klien sebelum
kelompok dibentuk. Corey akan memulakan sesi dengan proses screening. Sesi permulaan
adalah sesuai untuk menerangkan tentang tujuan kumpulan dan untuk memaklumkan kepada
setiap ahli kelompok bagaimana hendak memanfaatkan masa kelompok , untuk membuat
penerokaan isu yang mungkin akan dibincangkan dalam kelompok, untuk membincangkan
polisi dan peraturan, dan proses untuk membiasakan diri. Hal ini demikian kerana, Corey
berpendapat bahawa, beliau lebih mengutamakan ahli-ahli yang sudah bersedia untuk
menjadi ahli kelompok yang aktif. Corey menyatakan bahawa, perjumpaan pada sesi pertama
membantu mereka untuk membuat keputusan.
top related