perjanjian akaun cimb lazada prepaid mastercard · yang salah. bank selanjutnya tidak akan...
Post on 28-Oct-2019
13 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERJANJIAN AKAUN CIMB LAZADA PREPAID MASTERCARD
Layak Menerima Perlindungan daripada PIDM
Sebagai balasan CIMB BANK BERHAD [13491-P] membuka Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dalam nama
saya, saya dengan ini bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat berikut.
1. Definisi
Dalam Perjanjian ini jika konteks membenarkannya ungkapan berikut akan membawa maksud yang ditetapkan
kecuali dinyatakan sebaliknya:-
a) Ungkapan “Akaun” bermaksud Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard, daripada mana semua pembayaran
untuk pembelian barangan dan/atau perkhidmatan dan pengeluaran tunai yang dilaksanakan melalui
penggunaan Akaun dan/atau Kad dan semua fi dan caj yang berkenaan akan didebitkan;
b) Ungkapan “Pemegang Akaun” bermaksud orang yang untuknya Akaun dibuka dan kepadanya Kad
dikeluarkan, jika dimohon oleh Pemegang Akaun dan hendaklah temasuk waris, wakil diri dan pengganti
hakmiliknya dan perkataan “anda” hendaklah bermaksud Pemegang Akaun;
c) Ungkapan “Akaun Lain Pemegang Akaun” bermaksud akaun perbankan atau akaun lain Pemegang Akaun
dengan Bank dan/atau CIMB Islamic Bank Berhad di samping Akaun dan termasuk akaun bersama
Pemegang Akaun dengan pihak ketiga;
d) Ungkapan “Nombor Akaun” bermaksud nombor akaun yang diperuntukkan kepada Akaun dan nombor akaun
yang diperuntukkan kepada Kad dan dicetak timbul pada Kad;
e) Ungkapan “notis terdahulu yang mencukupi” bermaksud tempoh notis selama tiga (3) hari bekerja, yang akan
dianggap notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun;
f) Ungkapan “Perjanjian ini” bermaksud perjanjian antara Pemegang Akaun dan Bank dan melaluinya Akaun
dan Kad, jika dimohon oleh Pemegang Akaun, disediakan kepada Pemegang Akaun oleh Bank berdasarkan
terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini serta terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam
borang permohonan dalam talian standard Bank yang disediakan melalui CIMB Clicks dan diserahkan dalam
talian oleh Pemegang Akaun kepada Bank apabila memohon pembukaan Akaun dan sebarang terma dan
syarat lain yang ditambah atau dipinda dari semasa ke semasa;
g) Ungkapan “ATM” bermaksud mesin juruwang automatik;
h) Ungkapan “Bank” bermaksud CIMB BANK BERHAD [13491-P] yang mempunyai pejabat berdaftarnya di Aras
13, Menara CIMB, Jalan Stesen Sentral 2,Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur dan tempat perniagaan
di Customer Resolution Unit (CRU), P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur. 50710 Wilayah Persekutuan atau
di sebarang alamat lain atau lokasi lain yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dan termasuk
pengganti hakmilik dan pemegang serah haknya;
i) Ungkapan “mata wang pengebilan” bermaksud mata wang pengebilan dalam Ringgit Malaysia dan termasuk
singkatannya “RM”;
j) Ungkapan “Kad” bermaksud kad fizikal yang dikeluarkan oleh Bank di bawah Akaun Pemegang Akaun;
k) Ungkapan “CIMB Clicks” bermaksud laman web perbankan internet Bank di www.cimbclicks.com;
l) Ungkapan "ID Pengguna CIMB Clicks " bermaksud nama unik yang dipilih oleh anda apabila mendaftar diri
buat kali pertama dengan CIMB Clicks, yang terdiri daripada tidak kurang daripada enam (6) dan tidak lebih
daripada tiga puluh dua (32) aksara abjad angka yang hendaklah dimasukkan oleh anda setiap kali anda log
masuk ke dalam CIMB Clicks, untuk membolehkan sistem Perbankan Internet CIMB Bank mengaitkannya
dengan CRN dan CIMB Clicks e-PIN anda bagi tujuan penentusahan dan pengesahan untuk membolehkan
anda mengakses CIMB Clicks;
Ungkapan “Kumpulan CIMB” bermaksud CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat berkaitannya
seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 yang menyediakan perkhidmatan kewangan
dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang
beroperasi di luar Malaysia;
m) Ungkapan "CRN" bermaksud nombor enam belas digit pada Kad Mesin Juruwang Automatik ("ATM") atau
Kad Kredit yang diperuntukkan oleh CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank berhubung dengan Akaun anda,
yang mungkin telah atau akan dibuka oleh anda dengan CIMB Bank atau CIMB Islamic Bank dan yang
hendaklah dimasukkan bersama-sama dengan CIMB Clicks e-PIN anda untuk pendaftaran dirianda buat kali
pertama dengan CIMB Clicks.
n) Ungkapan “caj pengendalian” dan “caj tambahan” bermaksud caj pengendalian dan caj tambahan yang
dirujuk di dalam ini;
o) Ungkapan "Kata Laluan Perbankan Internet" bermaksud kata laluan peribadi yang dipilih oleh anda untuk
mengakses CIMB Clicks setiap kali and log masuk ke dalam CIMB Clicks untuk membolehkan sistem
Perbadankan Internet Bank mengaitkannya dengan CRN and ID Pengguna CIMB Clicks anda bagi tujuan
penentusahan dan pengesahan sebelum memberikan anda akses kepada CIMB Clicks;
p) Ungkapan “MCI” bermaksud MasterCard Worldwide, sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah State of
Delaware, dengan pejabat dan tempat perniagaan utamanya di 2000 Purchase Street, Purchase, New York,
NY 10577-2509, United States of America yang mana Bank adalah salah satu institusi ahlinya;
q) Ungkapan “peniaga” hendaklah termasuk semua peniaga yang membekalkan barangan dan/atau
perkhidmatan;
r) Ungkapan “PIN” bermaksud nombor pengenalan peribadi Pemegang Akaun;
s) Ungkapan “Fi Kad Gantian” bermaksud fi yang perlu dibayar oleh anda untuk menggantikan Kad selaras
dengan peruntukan Klausa 14.4;
t) Ungkapan "SMS" bermaksud Perkhidmatan Pesanan Ringkas;
u) Ungkapan “Penyata” bermaksud penyata berkala yang menunjukkan antara lainnya jumlah yang dicaj,
didebit atau dikredit kepada Akaun;
v) Ungkapan “Kod Pemberikuasaan Transaksi (Transaction Authorization Code)” (TAC) bermaksud ciri
keselamatan yang dilaksanakan untuk menyediakan lapisan perlindungan kedua bagi transaksi perbankan
dalam talian, di samping ID Pengguna CIMB Clicks dan Kata Laluan Perbankan Internet anda. TAC adalah
kod unik 6 digit yang perlu dimasukkan bagi transaksi dalam talian tertentu; dan
w) Ungkapan “hari bekerja” bermaksud hari perniagaan (yang bukan hari Sabtu atau Ahad) apabila bank yang
berlesen untuk menjalankan perniagaan perbankan di bawah peruntukan Akta Perkhidmatan Kewangan
2013, dibuka untuk perniagaan di Kuala Lumpur.
2. Pembukaan Akaun
2.1. Permohonan untuk membuka Akaun hendaklah dibuat dalam talian melalui CIMB Clicks atau saluran lain
yang ditetapkan yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda tidak mempunyai akaun perbankan atau akaun lain dengan Bank dan / atau CIMB Islamic Bank Berhad,
anda mestilah warganegara Malaysia dengan MyKad Malaysia untuk layak memohon pembukaan Akaun.
2.2. Penerimaan dan penerusan Akaun adalah semata-mata menurut budi bicara Bank. Bank berhak untuk
menolak permohonan anda menurut budi bicara tunggal dan mutlak Bank atau jika rekod Bank menunjukkan
bahawa anda telah disenarai hitam oleh Bank, Bank Negara Malaysia atau MCI atau jika mana-mana akaun
anda dipantau oleh Bank disebabkan aktiviti yang luar biasa, tidak teratur, mencurigakan, menipu dan/atau
tidak dibenarkan atau disyaki disalahgunakan, atau telah disekat, dibatalkan atau ditamatkan oleh Bank
dengan syarat sentiasa bahawa Bank tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebab atau bukti atau
alasan kepada anda apabila menolak permohonan anda. Meskipun permohonan terbuka kepada semua
pelanggan individu, Bank berhak menolak apa-apa permohonan dan/atau enggan membuka Akaun menurut
budi bicara tunggal dan mutlak Bank tanpa memberikan sebarang sebab pun jua, dan keputusan Bank
adalah muktamad dan konklusif. Bank berhak menetapkan dan mengubah, dari semasa ke semasa, jumlah
minimum deposit permulaan yang dikehendaki untuk membuka Akaun.
2.3. Anda hendaklah mematuhi semua keperluan Bank untuk membuka Akaun. Semasa anda memohon Akaun,
menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, anda membuat representasi dan menjamin bahawa (i)
semua maklumat yang diberikan oleh anda kepada Bank adalah benar, tepat dan lengkap (ii) anda tidak
mempunyai sebarang Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dengan Bank (iii) anda berumur sekurang-
kurangnya lapan belas(18) tahun dan (iv) anda mempunyai nombor mudah alih berdaftar dan alamat pos di
Malaysia. Anda bersetuju bahawa berdasarkan pendedahan sedemikian, anda bertanggungjawab kerana
salah nyata atau maklumat yang palsu, tidak benar atau tidak tepat yang didedahkan oleh anda untuk
membuka Akaun dan untuk terus menggunakan dan/atau mengendalikan Akaun, dan anda hendaklah
bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kerugian yang dialami atau ditanggung oleh Bank
berbangkit daripada sebarang kemungkiran atau keingkaran anda di dalam ini.
2.4. Anda mengakui bahawa Akaun akan dikawal oleh dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang
dibentangkan dalam Perjanjian ini, Terma-terma Akses Bank yang mengawal penggunaan CIMB Clicks dan
Perjanjian Perbankan Internet CIMB Clicks (“terma-terma dan syarat-syarat”) sebagaimana yang dipinda,
diubah dan/atau disemak semula dari semasa ke semasa oleh Bank dengan memberikan notis yang
mencukupi. Sekiranya terdapat sebarang konflik atau percanggahan antara sebarang terma-terma dan
syarat-syarat, terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini akan mengatasi yang lain dan akan dianggap
mengikat anda.
2.5. Akaun boleh dibuka dengan permohonan oleh anda bagi pengeluaran Kad seperti yang ditentukan oleh Bank
menurut budi bicara tunggalnya dari semasa ke semasa. Anda hendaklah terlebih dahulu membayar fi
tahunan supaya permohonan anda dapat diproses dengan jaya. Bank tidak akan memproses sebarang
permohonan untuk membuka Akaun dengan pengeluaran Kad jika fi tahunan tidak dibayar atau diterima oleh
Bank. Pembayaran fi tahunan boleh dilakukan dalam talian di CIMB Clicks melalui (i) Financial Process
Exchange (FPX) atau (ii) kad kredit; atau di mana-mana saluran lain yang ditetapkan yang mungkin
dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa.
2.6. Dengan membuka Akaun, anda dengan ini secara nyata mengakui dan bersetuju bahawa:-
2.6.1. Bila dan apabila dikehendaki, anda hendaklah memberikan kepada Bank sebarang maklumat yang
diperlukan oleh Bank bagi tujuan kewajipan pelaporan kawal selia atau untuk apa jua sebab yang
dianggap munasabah atau perlu oleh Bank.
2.6.2. Anda dengan ini memberikan kebenaran dan keizinan nyata anda kepada Bank untuk mendedahkan
maklumat yang berkenaan kepada mana-mana pihak ketiga semata-mata bagi tujuan menentukan
kelayakan anda untuk menyertai dan/atau untuk menikmati sebarang manfaat yang akan diberikan
kepada anda di dalam ini atau di bawah sebarang promosi atau kempen yang mungkin dianjurkan oleh
Bank atau oleh Bank bersama-sama dengan pihak ketiga lain dari semasa ke semasa. Promosi atau
kempen tersebut boleh dimaklumkan kepada anda melalui CIMB Clicks dan/atau saluran lain yang
ditetapkan yang boleh dipilih oleh Bank dari semasa ke semasa. Meskipun sifat am perkara yang
disebut sebelum ini, jika anda tidak mahu menyertai promosi atau kempen sedemikian dan tidak lagi
membenarkan pendedahan yang disebut sebelum ini, anda boleh menghubungi Bank di nombor telefon
atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa dengan memberikan notis
kepada anda): CIMB Bank Berhad / CIMB Islamic Bank Berhad, Customer Resolution Unit (CRU), P.O.
Box 10338, GPO Kuala Lumpur. 50710 Wilayah Persekutuan, No. Tel.: 03-6204 7788.
2.6.3. Anda mengakui dan memahami bahawa Akaun bukan akaun yang diberikan faedah dan tidak akan
memperolehi sebarang faedah sama sekali.
2.6.4. Anda mengakui dan memahami bahawa anda tidak boleh menambah atau mengkreditkan dana ke
dalam Akaun melebihi Jumlah Maksimum yang dirujuk dalam Klausa 27.2.
2.6.5. Anda telah dimaklumkan bahawa Akaun layak menerima perlindungan daripada Perbadanan Insurans
Deposit Malaysia (PIDM) dan telah memuat turun sesalinan risalah PIDM yang boleh didapati melalui
CIMB Clicks.
3. Penghantaran Kad
Jika anda memohon pengeluaran Kad, Kad yang akan dikeluarkan di bawah Akaun akan dihantar ke alamat pos
yang diberikan oleh anda dalam masa empat belas (14) hari bekerja selepas Akaun berjaya dibuka. Kad akan
timbul dengan 20 huruf pertama termasuk ruang nama anda yang dikemukakan semasa permohonan untuk
membuka Akaun. Sila pastikan anda telah menyatakan alamat pos yang betul dalam butir-butir permohonan anda
untuk mengelakkan Kad anda dihantar ke alamat yang salah. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
kesilapan yang terkandung dalam permohonan anda termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang alamat pos
yang salah yang dimasukkan oleh anda dalam permohonan anda yang menyebabkan Kad dihantar ke alamat pos
yang salah. Bank selanjutnya tidak akan bertanggungjawab jika Bank telah menghantar Kad ke alamat pos yang
dinyatakan dalam permohonan anda dan dalam rekod Bank tetapi atas apa jua sebab yang tidak diketahui atau
bukan berpunca daripada Bank, anda tidak menerima Kad anda.
4. PIN dan Pengaktifan Kad
4.1. Apabila anda menerima Kad, anda hendaklah terlebih dahulu mengaktifkan Kad sebelum anda boleh
menggunakannya untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan di mana-mana peniaga
yang menerima MasterCard atau untuk sebarang pengeluaran wang. Anda akan menerima PIN sementara
yang dihantar ke alamat pos yang diberikan oleh anda semasa proses pembukaan akaun. Untuk
mengaktifkan Kad, anda dikehendaki menelefon Pusat Panggilan CIMB Bank atau menghantar SMS kepada
nombor yang diberikan dalam kiriman kad yang melampirkan Kad anda.
4.2. Setelah menerima PIN sementara, Pemegang Akaun hendaklah menukar PIN sementara di ATM Bank
sendiri, laman web selamat dan/atau saluran selamat lain yang dibenarkan oleh Bank dalam masa tujuh (7)
hari atau sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
4.3. Jika Pemegang Akaun terlupa PIN beliau, Bank akan mengeluarkan PIN sementara yang baharu kepada
Pemegang Akaun atas permintaan Pemegang Akaun.
4.4. Jika Kad hilang atau dicuri seperti yang dilaporkan oleh Pemegang Akaun dan Bank bersetuju mengeluarkan
Kad baharu kepada Pemegang Akaun, PIN sementara untuk Kad baharu juga akan dikeluarkan. Pemegang
Akaun tidak boleh menggunakan PIN sedia adanya untuk Kad gantian.
4.5. Pemegang Akaun hendaklah merahsiakan PIN beliau dan tidak boleh mendedahkan PIN beliau kepada
mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan. Semasa memilih PIN Pemegang Akaun, Pemegang Akaun
TIDAK BOLEH memilih PIN yang ketara atau mudah diramal, termasuk PIN yang:-
merupakan tarikh lahirnya;
jika PIN adalah huruf, merupakan bahagian yang mudah dicam daripada namanya;
terdiri daripada nombor yang berturut (misalnya 12345); atau
terdiri daripada semua nombor yang sama (contohnya 111111).
4.6. Pemegang Akaun hendaklah memastikan bahawa jumlah transaksi adalah tepat sebelum menandatangani
sebarang baucer atau rekod transaksi dan sebelum memasukkan PIN Pemegang Akaun di mana-mana
terminal “point of sale” elektronik yang memerlukan PIN Pemegang Akaun dimasukkan. Dengan
menandatangani PIN atau rekod transaksi atau memasukkan PIN Pemegang Akaun atau sebaliknya
menggunakan Kad Pemegang Akaun di mana-mana terminal “point of sale” elektronik, Pemegang Akaun
dianggap menyetujui transaksi dan mengesahkan bahawa jumlahnya adalah tepat.
4.7. Pemegang Akaun mengesahkan dan bersetuju bahawa PIN akan berfungsi sebagai satu cara untuk
menentusahkan dan mengesahkan identiti Pemegang Akaun kepada Bank bagi tujuan transaksi yang
dirancang di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini. Dalam hal ini, Pemegang Akaun membenarkan Bank
menerima, mematuhi dan mengambil tindakan terhadap semua arahan Pemegang Akaun apabila dikenal
pasti melalui PIN Pemegang Akaun dan Bank tidak akan bertanggungjawab apabila mengambil tindakan
terhadap arahan sedemikian dengan niat baik. Arahan sedemikian akan dianggap tak boleh batal dan
mengikat Pemegang Akaun apabila Bank menerimanya meskipun apa-apa kesilapan, penipuan, pemalsuan,
ketidakjelasan atau salah faham tentang arahan sedemikian. Bank berhak bergantung kepada PIN sebagai
bukti konklusif mengenai identiti Pemegang Akaun tetapi jika Bank mempunyai keraguan atau tidak pasti
tentang identiti Pemegang Akaun, Bank masih boleh meminta sebarang bentuk atau cara pengenalan lain
yang dianggapnya wajar menurut budi bicara mutlaknya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa.
5. Akaun dan kemudahan yang tersedia
5.1. Akaun dibuka untuk digunakan berhubung dengan kemudahan yang disediakan oleh Bank dari semasa ke
semasa menurut budi bicara mutlaknya termasuk tetapi tidak terhad kepada kemudahan berikut dan
kemudahan ini boleh diubah, digantikan atau ditambah atau ditarik balik oleh Bank dari semasa ke semasa
dengan memberikan notis yang wajar kepada anda:-
i. pembayaran untuk sebarang pembelian barangan dan/atau perkhidmatan, yang mana pembayaran ini
boleh didebit kepada Akaun; dan/atau
ii. Pemindahan Dana yang dirujuk di bawah iaitu pemindahan dana daripada Akaun kepada Akaun Lain
Pemegang Akaun atau kepada akaun pihak ketiga yang dibuka dengan Bank atau CIMB Islamic Bank
Berhad atau mana-mana pemindahan dana lain daripada Akaun yang mungkin dibenarkan oleh Bank
dari semasa ke semasa ; dan/atau
iii. perkhidmatan pembayaran automatik (“Perkhidmatan Autopay”) yang mana semua jumlah yang kena
dan perlu dibayar terhadap bil rasmi berkala Pemegang Akaun daripada peniaga yang dinyatakan
dalam borang permohonan untuk Perkhidmatan Autopay akan dibayar oleh Bank dan didebit daripada
Akaun Pemegang Akaun sebagaimana yang diarahkan oleh Pemegang Akaun dalam borang
permohonan untuk Perkhidmatan Autopay; dan/atau
iv. pengeluaran tunai daripada ATM Bank dan/atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan nama
dan/atau logo MasterCard dengan menggunakan Kad; dan/atau
v. Kiriman Wang (Pemindahan Bertelegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing dan
Cek Jurubank); dan/atau
vi. Pembayaran Bil; dan/atau
vii. Tambah Nilai Prabayar; dan/atau
viii. kemudahan lain, tertakluk kepada persetujuan bertulis terdahulu oleh Bank.
Kemudahan yang disebut sebelum ini adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat Bank
yang mengawal kemudahan dan/atau perkhidmatan tersebut
5.2. Perkhidmatan Autopay
5.2.1. Apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay, semua jumlah
yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga hendaklah selepas itu dibayar oleh Bank setelah Bank
menerima bil peniaga atau permintaan lain untuk pembayaran. Arahan Pemegang Akaun sebelum itu,
jika ada, kepada:-
i. bank dan/atau institusi kewangan lain untuk membuat pembayaran kepada peniaga; dan/atau
ii. peniaga untuk mencaj jumlah yang kena dan perlu dibayar kepada akaun Pemegang Akaun yang
dipegang dengan bank dan/atau institusi kewangan lain,
akan, apabila Bank meluluskan permohonan Pemegang Akaun untuk Perkhidmatan Autopay,
dianggap dibatalkan dan Pemegang Akaun hendaklah dengan serta-merta memaklumkan
peniaga dan/atau bank atau institusi kewangan lain mengenai perubahan pada arahan
pembayaran Pemegang Akaun.
5.2.2. Dengan menyediakan Perkhidmatan Autopay, Bank tidak bertanggungjawab untuk:-
i. membuat pembayaran apa-apa caj kepada peniaga tepat pada masanya dan dalam hal ini,
Pemegang Akaun tidak boleh mempertanggungjawabkan Bank atas sebarang kesilapan,
kecuaian, keengganan atau ketinggalan untuk membayar atau kelewatan untuk membayar
semua atau sebarang caj kepada peniaga;
ii. membuat pembayaran sebarang caj yang dibuat dengan niat baik kepada peniaga;
iii. membayar semua atau sebarang caj kepada peniaga jika tidak ada atau tidak cukup dana dalam
Akaun Pemegang Akaun atau jika penggunaan Kad oleh Pemegang Akaun ditamatkan atau
digantung atas sebarang sebab jua atau jika Kad tidak dibaharui atau diganti, mengikut keadaan,
atau jika Bank menurut budi bicara mutlaknya menentukan dengan konklusif bahawa keadaan
menjustifikasi pembayaran tidak dibuat atas apa jua sebab; dan/atau
iv. membayar apa-apa caj kepada peniaga jika Pemegang Akaun pada bila-bila masa mengarahkan
Bank untuk menghentikan sebarang pembayaran atau membatalkan atau menamatkan
Perkhidmatan Autopay.
Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa kekal menanggung tanggungjawab utama untuk
membayar semua caj yang terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan Bank
tidak akan pada bila-bila masa mempunyai kewajipan untuk memaklumkan Pemegang Akaun
jika Bank tidak membuat pembayaran semua atau sebarang caj yang disebut sebelum ini. Jika
Bank tidak membayar sebarang caj yang kena dan perlu dibayar kepada peniaga, Pemegang
Akaun hendaklah menjelaskan pembayaran yang belum dijelaskan kepada peniaga secara terus.
Jika nombor Akaun Pemegang Akaun berubah, Pemegang Akaun bertanggungjawab
memaklumkan peniaga tentang perubahan pada nombor Akaun Pemegang Akaun. Walau
bagaimanapun Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) menurut budi bicara mutlaknya
menerima sebarang permintaan untuk pembayaran yang dibil kepada nombor Akaun Pemegang
Akaun yang lama dan membuat pembayaran terhadapnya, tertakluk kepada kredit yang tersedia
dalam nombor Akaun yang lama.
5.2.3. Jika dana dalam Akaun Pemegang Akaun tidak mencukupi untuk membayar caj semua peniaga, Bank
boleh:-
i. memilih untuk tidak membayar sebarang caj kepada semua atau mana-mana peniaga dan dalam
keadaan sedemikian Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran yang belum
dijelaskan secara terus dengan peniaga; atau
ii. menurut budi bicara mutlaknya dengan konklusif menentukan turutan keutamaan pembayaran
caj mana-mana peniaga yang dianggap wajar oleh Bank dan dalam keadaan sedemikian
Pemegang Akaun hendaklah menjelaskan semua pembayaran belum dijelaskan secara terus
dengan peniaga relevan yang mana caj mereka masih terhutang oleh Pemegang Akaun.
5.2.4. Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang kerugian, kos, kerosakan,
perbelanjaan atau tuntutan (termasuk perbelanjaan guaman atas dasar peguamcara dan anakguam
dan tanggung rugi penuh) yang mungkin dialami atau ditanggung oleh Bank akibat penyediaan
Perkhidmatan Autopay kepada Pemegang Akaun.
5.2.5. Kewajipan Bank untuk membuat pembayaran kepada peniaga seperti yang diarahkan oleh Pemegang
Akaun akan dengan serta-merta terhenti apabila:-
i. Perkhidmatan Autopay ditamatkan samada oleh Bank atau Pemegang Akaun dengan
memberikan pihak satu notis bertulis tidak kurang daripada satu (1) bulan dan dengan itu apabila
luput tempoh satu (1) bulan dari tarikh notis penamatan, Perkhidmatan Autopay akan ditamatkan;
atau
ii. penamatan Perjanjian ini dan/atau Akaun.
Meskipun perkara di atas, Pemegang Akaun bertanggungjawab memaklumkan peniaga yang
berkenaan secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan meminta peniaga
tersebut menghentikan pengebilan kepada Bank. Sehingga peniaga tersebut memaklumkan
Bank bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan, Bank berhak (tetapi tidak mempunyai
kewajipan) untuk membuat pembayaran kepada peniaga tersebut meskipun Perjanjian ini
ditamatkan, Akaun ditamatkan atau dibatalkan dan/atau Pemegang Akaun telah memaklumkan
Bank secara bertulis bahawa Perkhidmatan Autopay telah ditamatkan dan Pemegang Akaun
akan terus bertanggungjawab untuk pembayaran yang dibuat oleh Bank kepada peniaga.
5.2.6. Meskipun apa jua yang terkandung di dalam ini, Bank berhak memberhentikan, menggantung atau
menamatkan Perkhidmatan Autopay pada bila-bila masa dengan memberikan notis terdahulu yang
mencukupi kepada Pemegang Akaun dan tidak membuat pembayaran caj kepada peniaga. Pemegang
Akaun hendaklah pada semua masa terutamanya bertanggungjawab untuk membayar semua caj yang
terhutang dan kena dibayar kepada peniaga secara terus dan sekiranya Bank melaksanakan hak
sedemikian, Bank tidak akan menanggung sebarang liabiliti kepada Pemegang Akaun yang hendaklah
menyelesaikan semua pembayaran yang belum dijelaskan secara terus dengan peniaga.
5.3. Kemudahan berikut tidak boleh didapati oleh Pelanggan Baru CIMB dengan akaun CIMB Clicks (Pelanggan
Baru merujuk kepada pelanggan yang baru mendaftar dengan Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dan
CIMB Clicks) dan Pelanggan CIMB yang tidak berdaftar dengan CIMB Clicks, dan yang sama boleh diubah,
diganti atau ditambah oleh Bank dari semasa ke semasa apabila pemberitahuan yang wajar kepada anda:
i. pengeluaran tunai dari ATM Bank dan / atau ATM institusi kewangan lain yang memaparkan
Nama dan / atau logo MasterCard melalui penggunaan Kad;
ii. Pemindahan Dana iaitu pemindahan dana dari Akaun ke Akaun Lain Pemegang Akaun (tidak
termasuk akaun tunggal yang lain yang dinamakan CASA (tidak termasuk akaun CASA bersama)
dengan Bank) atau kepada akaun pihak ketiga yang dikendalikan dengan Bank atau CIMB
Islamic Bank Berhad atau sebarang pemindahan dana lain dari Akaun sebagai mungkin tidak
dibenarkan oleh Bank dari semasa ke semasa; dan / atau
iii. Pengiriman wang (Pemindahan Telegraf Asing, MoneyGram, Draf Permintaan Tempatan & Asing
dan Pemeriksa Bankir).
6. Kad dengan ciri-ciri “Transaction-Enabled” Tanpa Sentuh
6.1. Pemegang Akaun mengakui bahawa Kad tertentu yang dikeluarkan oleh Bank akan menggabungkan ciri
yang membolehkan Kad digunakan untuk membuat pembayaran untuk barangan dan perkhidmatan dengan
menepuk atau melambaikan Kad di pembaca/terminal tanpa sentuh (“Transaksi Tanpa Sentuh”). Kad ini dan
peranti dan terminal berkaitan mungkin mengandung logo atau jenama MasterCard “PayPass” atau sebarang
logo atau jenama yang boleh ditentukan oleh Bank atau MasterCard dari semasa ke semasa.
6.2. Transaksi Tanpa Sentuh yang tidak melebihi jumlah yang mungkin dari semasa ke semasa ditetapkan oleh
Bank, boleh diproses dan Akaun Pemegang Akaun didebit dengan jumlah Transaksi Tanpa Sentuh tanpa
memerlukan:-
i. Kad dilalukan pada pembaca jalur pita magnet;
ii. Cip Kad dibaca oleh terminal cip; atau
iii. tandatangan Pemegang Akaun atau kemasukan nombor PIN Pemegang Akaun untuk
membenarkan transaksi.
Dengan menerima Kad yang boleh digunakan untuk Transaksi Tanpa Sentuh dan
menggunakannya untuk melaksanakan Transaksi Tanpa Sentuh atau dalam sebarang cara lain
pun jua (termasuk menggunakannya dalam cara konvensional iaitu Kad dilalukan pada pembaca
jalur pita magnet atau pada pembaca cip atau sebaliknya) Pemegang Akaun berakujanji untuk
menggunakan Kad selaras dengan dan bersetuju terikat oleh terma-terma dan syarat-syarat yang
terkandung di dalam ini.
6.3. Tanpa prejudis terhadap perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun berakujanji untuk
bertanggungjawab bagi semua Transaksi Tanpa Sentuh yang ditanggung menggunakan Kad dan diposkan
kepada Akaun Pemegang Akaun. Semua Transaksi Tanpa Sentuh akan dianggap dibenarkan dengan
sewajarnya oleh Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang
menyatakan sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa Transaksi Tanpa Sentuh tanpa
kebenaran boleh dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.
7. Transaksi Luar Negara
7.1. Sebarang transaksi luar negara menggunakan Kad dan atau Akaun adalah dilarang kecuali Pemegang Kad
dengan nyata memilih untuk melaksanakan transaksi sedemikian dan memaklumkan Bank tentangnya
dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank, melalui ATM atau sebarang saluran lain yang mungkin
disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
7.2. Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi luar negara tersebut, Pemegang Akaun
berakujanji untuk bertanggungjawab bagi semua transaksi luar negara yang diposkan kepada Akaun
Pemegang Akaun dan semua transaksi sedemikian akan dianggap dibenarkan dengan sewajarnya oleh
Pemegang Akaun kecuali Pemegang Akaun boleh menunjukkan bukti konklusif yang menyatakan
sebaliknya. Dalam hal ini Pemegang Akaun mengakui bahawa transaksi luar negara tanpa kebenaran boleh
dilaksanakan dengan mudah dan menerima risikonya.
7.3. Jika Pemegang Akaun memilih untuk melaksanakan transaksi luar negara tersebut, Pemegang Akaun
mempunyai pilihan selepas itu untuk menghentikan transaksi sedemikian dengan memaklumkan Bank
tentangnya dengan menghubungi Pusat Panggilan CIMB Bank, melalui ATM atau sebarang saluran lain yang
boleh disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa.
8. Tandatangan atas Kad
8.1. Jika anda memohon pengeluaran Kad, setelah menerima Kad anda hendaklah DENGAN SERTA-MERTA
menurunkan tandatangan di atas Kad. Tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-mana deraf
penjualan, rekod transaksi, baucer kredit, dan/atau rekod caj lain dan/atau penggunaan Kad dan/atau
pengakuterimaan slip resit (Dokumen) merupakan bukti yang mengikat dan konklusif tentang (i) kemasukan
anda ke dalam Perjanjian ini dengan Bank dan (ii) persetujuan anda untuk mematuhi semua terma dan syarat
Perjanjian ini dan untuk terikat olehnya berhubung dengan penggunaan Kad dengan syarat sentiasa bahawa
penggunaan Kad akan dianggap bukti yang cukup dan konklusif tentang transaksi yang dilaksanakan di
bawah Akaun tidak kira samada anda telah menurunkan tandatangan anda di atas Kad atau di atas mana-
mana Dokumen.
8.2. Kad tidak boleh dipindahkan dan hendaklah digunakan secara eksklusif oleh anda. Kad tidak boleh
disandarkan atau digadai atau digunakan dalam apa cara jua oleh anda sebagai cagaran untuk sebarang
tujuan apa jua.
8.3. Anda boleh pada bila-bila masa menamatkan penggunaan Kad melalui notis bertulis kepada Bank dan
memulangkan kepada Bank, Kad yang telah dipotong separuh merentas strip magnet dan merentas cip (jika
Kad mempunyai mikrocip yang terbenam di dalamnya). Anda adalah dan akan terus bertanggungjawab
terhadap semua transaksi yang dilaksanakan menerusi penggunaan Kad sebelum Bank menerima notis
penamatan bertulis tersebut bersama-sama dengan Kad yang telah dipotong dua.
9. Mendapatkan Nombor “Card Verification Value” (CVV)
Pemegang Akaun yang tidak memohon pengeluaran Kad atau sementara menunggu pengaktifan Kad boleh
mendapatkan Nombor CVV dan tarikh luput Nombor CVV mereka bagi Akaun dalam talian melalui CIMB Clicks.
Nombor CVV diperlukan untuk membuat apa-apa pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan
dalam talian. Pemegang Akaun perlu menyerahkan permohonannya untuk mendapatkan nombor tersebut dan
kod pemberikuasaan transaksi (TAC) enam (6) digit akan dihantar melalui SMS kepada nombor telefon mudah
alih Pemegang Akaun dalam rekod Bank. Apabila Pemegang Akaun menghantar TAC dengan tepat melalui CIMB
Clicks, nombor CVV Akaun dan tarikh luput akan dipaparkan dalam talian melalui CIMB Clicks.
10. Pra-Pemberikuasaan
Jika Kad digunakan untuk membuat pembayaran bagi transaksi petrol, Bank berhak menahan dan/atau
menggantung pembayaran jumlah sebanyak hingga Ringgit Malaysia Dua Ratus (RM 200) daripada Akaun anda
untuk tempoh selama dua (2) hari selepas tarikh transaksi petrol tersebut. Jika Kad digunakan untuk membayar
penginapan di hotel, Bank juga berhak menahan jumlah yang bersamaan dengan jumlah yang dipegang oleh hotel
relevan semasa daftar masuk kepada hotel yang berkenaan bagi tempoh maksimum selama lapan (8) hari.
11. Kepatuhan dengan undang-undang dan penggunaan bersyarat dan ketersediaan Akaun/ Kad
11.1. Penggunaan Akaun dan/atau Kad juga tertakluk kepada syarat dan peraturan semasa Bank dan semua
terma, syarat dan peraturan lain yang mengawal Akaun Lain Pemegang Akaun termasuk sebarang peraturan
kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia. Pemegang Akaun hendaklah pada semua masa mematuhi
semua undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa berhubung dengan penggunaan Akaun dan/atau
Kad dan tanpa prejudis terhadap sifat am peruntukan sebelum ini, Pemegang Akaun hendaklah memastikan
Pemegang Akaun mematuhi semua peraturan kawalan pertukaran Bank Negara Malaysia dan bahawa
Pemegang Akaun tidak menggunakan Kad untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti,
tetapi tidak terhad kepada, pertaruhan haram “dalam talian” (seperti yang ungkapan ini biasanya dikenali).
11.2. Tanpa prejudis terhadap sifat am perkara yang disebut sebelum ini, penggunaan Akaun dan/atau Kad dan
ketersediaannya bergantung kepada:-
i. tiada sebarang undang-undang yang dilanggar berhubung dengannya; dan
ii. Pemegang Akaun membuat representasi dan berakujanji (dan terus membuat representasi dan
berakujanji) kepada Bank bahawa persetujuan Bank untuk memberikan atau menyediakan atau
terus menyediakan Akaun kepada Pemegang Akaun tidak akan melanggar atau memungkiri
sebarang undang-undang atau keperluan kawal selia yang berkuat kuasa atau sebarang
peruntukan atau sekatan lain yang mungkin dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa
oleh Bank Negara Malaysia atau sebarang pihak berkuasa lain yang mempunyai bidang kuasa
terhadap Bank termasuk Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (“Undang-undang dan Peraturan
Yang Dikenakan”).
11.3. Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan terhadap Akaun dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad
kepada:-
i. semua peruntukan yang berkuat kuasa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (“FSA”) dan
Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
(“AMLA”);
ii. semua garis panduan dan arahan Bank Negara Malaysia yang berkuat kuasa yang dikeluarkan
terhadap FSA dan AMLA; dan
iii. semua garis panduan, had peminjaman atau sekatan yang dikeluarkan oleh Bank Negara
Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan lain dari semasa ke semasa termasuk yang
berkait dengan atau dikenakan terhadap pemberian dan/atau penggunaan Akaun dan/atau Kad
kepada dan/atau oleh orang-orang yang mempunyai hubungan dengan Bank.
11.4. Pemegang Akaun hendaklah dengan serta merta memaklumkan Bank secara bertulis jika:-
i. Pemegang Akaun kini atau selepas ini melanggar sebarang Undang-undang dan Peraturan Yang
Dikenakan; atau
ii. mana-mana terma dan syarat yang terkandung di dalam ini tidak lagi dipenuhi atau didapati telah
dilanggar atau tidak dipenuhi oleh Pemegang Akaun.
Semasa memberikan deklarasi berhubung dengan apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau sebarang
terma dan syarat yang terkandung di dalam ini jika dikehendaki oleh dan menurut terma yang ditetapkan
oleh Bank, Pemegang Akaun akan dianggap membuat representasi dan menjamin kepada Bank bahawa
kandungan di dalamnya akan terus benar dan tepat dari semua segi selagi Akaun dan/atau Kad masih
disediakan atau sebarang jumlah yang kena dibayar di bawahnya masih perlu dibayar.
12. Arahan Telekomunikasi
12.1. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) menurut budi bicara tunggalnya menerima arahan daripada
Pemegang Akaun melalui telefon berkaitan dengan Akaun dan/atau Kad, termasuk tetapi tidak terhad kepada
permintaan untuk melakukan perkara berikut:-
i. perubahan alamat pos; atau
ii. pelaporan kad hilang; atau
iii. penggantian kad yang hilang atau rosak; atau
iv. transaksi lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa.
12.2. Sebelum menerima arahan melalui telefon, identiti Pemegang Akaun akan terlebih dahulu ditentusahkan
oleh wakil Bank melalui proses keselamatan yang diwujudkan oleh Bank yang mungkin termasuk butir-butir
peribadi Pemegang Akaun.
12.3. Meskipun Klausa 12.1 dan 12.2 di atas, Bank boleh meminta pengesahan bertulis daripada Pemegang
Akaun tentang arahan Pemegang Akaun sebelum melaksanakannya.
12.4. Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan yang
walau bagaimanapun jua diakibatkan atau dialami oleh Pemegang Akaun kerana mematuhi atau tidak
mematuhi sebarang atau semua arahan yang dibentangkan dalam Klausa 12.1.
12.5. Pemegang Akaun mengakui dan bersetuju bahawa:-
i. Bank boleh merakamkan semua perbualan telefon antara Pemegang Akaun dan wakil Bank; dan
ii. disebabkan sifat perbualan telefon, Bank tidak akan bertanggungjawab jika pihak ketiga yang
tidak dibenarkan terdengar perbualan sedemikian.
12.6. Pemegang Akaun selanjutnya memberi kuasa kepada Bank untuk bertindak terhadap arahannya yang
diberikan melalui faks atau kaedah telekomunikasi lain dan sebarang permintaan yang dibuat oleh
Pemegang Akaun kepada peniaga atau penyedia perkhidmatan bagi pembekalan barangan dan/atau
perkhidmatan yang akan dicaj kepada Akaun atau Kad membentuk kuasa untuk Bank mendebit Akaun yang
berkenaan dengan jumlah yang dicaj. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal bersetuju
menanggung rugi Bank atas semua tindakan, tuntutan, kerugian, liabiliti atau gantirugi yang dialami oleh
Bank kerana bersetuju bertindak berdasarkan arahan Pemegang Akaun secara lisan, melalui faks atau
melalui kaedah telekomunikasi.
12.7. Bank dengan tak boleh batal diberi kuasa (tetapi tidak mempunyai kewajipan) untuk menghubungi dan/atau
memaklumkan Pemegang Akaun melalui mel elektronik, atau melalui telefon atau melalui SMS di mana teks
atau mesej atau maklumat elektronik lain tersebut dihantar ke alamat e-mel atau nombor telefon mudah alih
Pemegang Akaun dalam rekod Bank atau sebarang alamat e-mel atau nombor lain yang dianggap sesuai
oleh Bank. Maklumat yang dihantar melalui mel elektronik atau melalui SMS boleh terdiri daripada maklumat
yang dianggap wajar oleh Bank dan mungkin merangkum (tetapi tidak terhad kepada) peringatan yang
dihantar mengenai tarikh pembayaran kena dibayar, pengemaskinian tentang manfaat, program dan promosi
dan maklumat kepentingan am lain dan/atau maklumat yang khusus kepada Pemegang Akaun.
12.8. Pemegang Akaun bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan simpanan selamat maklumat
yang diterima olehnya.
12.9. Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau kerosakan
(langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit), kehilangan perniagaan atau keuntungan, atau kerugian
atau kerosakan tidak kira sifatnya yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan
oleh sebarang:-
i. kerosakan atau kecacatan dalam penghantaran maklumat tidak kira sebabnya;
ii. sebarang maklumat yang dihantar tidak tepat, tidak lengkap, terlewat atau tidak dihantar atau
penghantaran maklumat yang salah kepada mana-mana pihak ketiga;
iii. akses, penggunaan atau pentafsiran yang salah, tidak dibenarkan atau tidak wajar terhadap
maklumat yang dihantar; dan
iv. tuntutan bagi fitnah (libel atau slander) berbangkit daripada penghantaran sebarang maklumat.
13. Penamatan dan/atau Penggantungan Akaun/ Kad
13.1. Kad adalah dan akan, pada semua masa, menjadi harta Bank dan hendaklah diserahkan kepada Bank
dengan serta-merta apabila diminta oleh Bank atau agennya yang diberi kuasa dengan wajar. Bank boleh
menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan, menurut budi bicara mutlaknya, Kad dan/atau Akaun
dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya sebagaimana dianggapnya wajar menurut
budi bicara mutlaknya dan tidak kira samada sebarang peristiwa keingkaran telah berlaku atau tidak dengan
memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun. Dengan ini selanjutnya dipersetujui
bahawa Bank tidak mempunyai sebarang kewajipan apa jua untuk mendedahkan sebab di sebalik
penamatan atau penggantungan penggunaan Kad dan/atau Akaun.
13.2. Di samping hak Bank yang terkandung dalam Klausa 13.1 di atas dan Klausa 39, Bank boleh menarik balik,
menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau sebarang perkhidmatan yang ditawarkan
terhadapnya dengan serta-merta, tanpa memberikan sebarang sebab, meskipun Bank mungkin pernah
menepikan haknya sebelum itu, apabila berlaku mana-mana satu atau lebih daripada satu peristiwa berikut:-
i. jika Pemegang Akaun melakukan atau mengancam untuk melakukan keingkaran atau
kemungkiran sebarang perjanjian, waad, penetapan, terma atau syarat yang terkandung di dalam
ini yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pemegang Akaun;
ii. jika Bank dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melalukan tindakan kebankrapan
dan/atau notis kebankrapan dan/atau petisyen kebankrapan telah dikemukakan atau perintah
dibuat bagi sebarang perintah penghukuman dan/atau penerimaan terhadap Pemegang Akaun;
iii. jika Pemegang Akaun memberikan maklumat atau data yang palsu atau tidak tepat kepada Bank;
iv. jika Pemegang Akaun menjadi kurang siuman atau meninggal dunia;
v. jika Bank tidak mengetahui di mana Pemegang Akaun berada selama lebih daripada tiga (3)
bulan;
vi. jika Bank berpendapat bahawa transaksi yang mencurigakan atau luar biasa dijalankan terhadap
Kad dan/atau Akaun dan penggantungan dan/atau penamatan perlu dilakukan secara
munasabah untuk menghalang transaksi penipuan atau tidak dibenarkan;
vii. jika Pemegang Akaun didapati melanggar sebarang undang-undang atau peraturan yang
dikenakan berhubung dengan penggunaan Kad dan/atau Akaun oleh Pemegang Akaun; atau
viii. Jika Bank mengesyaki bahawa Akaun digunakan untuk sebarang tujuan apa jua yang menyalahi
undang-undang; atau
ix. jika Bank berpendapat bahawa Akaun dan/atau Kad digunakan untuk pembelian korporat iaitu
Akaun dan/atau Kad digunakan untuk membeli barangan dan/atau produk untuk tujuan jualan
semula; atau
x. jika Bank dimaklumkan dan diminta oleh mana-mana pihak berkuasa, termasuk tetapi tidak
terhad kepada Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Kerajaan Malaysia atau mana-
mana pihak berkuasa berkanun atau kerajaan yang lain (“pihak berkuasa yang berkenaan”) untuk
menahan diri daripada melaksanakan sebarang transaksi di bawah Akaun seperti yang disebut
di atas tidak kira samada pihak berkuasa yang berkenaan tersebut mempunyai kuasa undang-
undang atau kuasa sah untuk meminta Bank berbuat demikian.
13.3. Semasa menarik balik, menggantung dan/atau menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana
perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras dengan Perjanjian ini termasuk sebarang tindakan yang
mungkin diambil oleh Bank seperti memulangkan sebarang suratcara yang dideposit untuk pungutan seperti
yang diperuntukkan di dalam ini Pemegang Akaun bersetuju bahawa Bank tidak akan
dipertanggungjawabkan untuk fitnah dan atau untuk kemungkiran kontrak dan atau untuk sebarang kerugian
kerosakan perbelanjaan kos atau caj apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank oleh Pemegang Akaun
atau oleh mana-mana orang lain atas apa-apa sebab pun jua.
13.4. Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa sekiranya Bank didakwa atau dijadikan pihak dalam
sebarang guaman berbangkit daripada tindakan Bank yang menarik balik, menggantung dan/atau
menamatkan Kad dan/atau Akaun dan/atau mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan terhadapnya selaras
dengan Perjanjian ini (“Tindakan”) atau sekiranya Bank sebelum atau selepas Tindakan memulakan
sebarang guaman termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang prosiding interplider terhadap mana-mana
pihak termasuk Pemegang Akaun untuk sebarang relief atau deklarasi yang sesuai yang akan dibuat oleh
mana-mana mahkamah, semua penalti kerugian kerosakan tuntutan perbelanjaan caj dan kos (guaman atau
sebaliknya termasuk kos atas dasar peguamcara dan anakguam dan kos pihak ke pihak) yang mungkin
diberikan oleh mahkamah terhadap Bank atau yang mungkin ditanggung oleh Bank hendaklah ditanggung
rugi dengan sepenuhnya oleh Pemegang Akaun.
13.5. Semasa bertindak selaras dengan sebarang terma, syarat dan peruntukan di dalam ini Pemegang Akaun
bersetuju bahawa Bank tidak akan dipertanggungjawabkan atas sebarang kerugian, kerosakan,
perbelanjaan atau kos apa jua yang mungkin dituntut terhadap Bank atas alasan bahawa Bank tidak
dimaklumkan tentang peristiwa relevan yang disebut dalam Klausa 13.2(ii) dan Klausa 13.2(ix) disebabkan
makluman tidak teratur, tidak sah, silap, salah, batal, tidak berkesan atau disebabkan sebarang alasan lain
pun jua.
13.6. Tidak kira tarikh transaksi, Pemegang Akaun akan terus bertanggungjawab untuk penggunaan Kad dan/atau
Akaun meskipun Kad telah dipulangkan.
13.7. Sekiranya Akaun dan/atau Kad ditamatkan samada oleh Pemegang Akaun atau oleh Bank, Bank tidak akan
memulangkan sebarang fi atau mana-mana bahagian daripadanya kepada Pemegang Akaun.
14. Tanggungjawab dan Liabiliti Pemegang Akaun
14.1. Kecuali seperti yang diperuntukkan selepas ini, anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab untuk
kos yang ditanggung bagi semua barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh mana-mana peniaga
dan semua pendahuluan tunai yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad. Anda
mempunyai kewajipan untuk dengan sedaya upaya melaksanakan sikap berjaga-jaga, ketekunan dan
langkah mencegah untuk menghalang kehilangan, kecurian atau kegunaan Akaun dan/atau Kad dengan
menipu dan untuk mengelakkan pendedahan ID Pengguna CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet,
TAC,PIN anda atau sebarang kod lain yang digunakan oleh anda untuk mengakses Akaun dan/atau Kad
(selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “kata laluan”) kepada mana-mana orang lain dan anda hendaklah
menanggung rugi dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap sebarang liabiliti untuk
kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) berbangkit daripada
kemungkiran kewajipan sedemikian oleh anda. Kewajipan untuk menggunakan sikap berjaga-jaga,
ketekunan dan langkah beringat yang sepenuhnya untuk mengelakkan kerugian, kecurian atau penggunaan
Akaun dan/atau Kad dengan menipu dan untuk mengelakkan pendedahan kata laluan anda kepada mana-
mana orang lain termasuk:-
i. tidak boleh membenarkan orang lain menggunakan Akaun dan/atau Kad
ii. menyemak secara tetap bahawa Kad masih ada dalam simpanan anda
iii. jangan tulis kata laluan di atas Kad atau apa-apa barangan yang biasanya disimpan dengan Kad
dan menyimpan rekod kata laluan anda berasingan daripada Kad anda, meskipun jika kata laluan
diselindung
iv. jangan tulis kata laluan dalam cara yang boleh difahami oleh orang lain
v. jangan dedahkan/maklumkan kata laluan kepada orang lain
vi. jangan tinggalkan Kad.
14.2. Anda hendaklah memaklumkan Bank: -
i. dengan serta-merta secara lisan atau bertulis tentang sebarang kehilangan dan/atau kecurian
Kad dan/atau pelanggaran, pendedahan atau kehilangan kata laluan anda;
ii. secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat tahu bahawa Kad hilang, dicuri,
transaksi yang tidak dibenarkan telah berlaku atau kata laluan mungkin telah didedahkan;
iii. dengan serta merta selepas menerima amaran transaksi melalui SMS jika transaksi tidak
dibenarkan; dan
iv. dengan serta-merta tentang sebarang perubahan pada nombor hubungan anda.
14.3. Anda hendaklah dan akan kekal bertanggungjawab kepada Bank bagi apa-apa barangan atau perkhidmatan
yang dibekalkan oleh peniaga dan pendahuluan tunai yang dilakukan melalui penggunaan Kad oleh mana-
mana orang sebelum Bank menerima makluman bertulis atau lisan oleh anda tentang kehilangan dan/atau
kecurian Kad dan/atau pendedahan kata laluan. Untuk mengelakkan keraguan, anda akan
bertanggungjawab untuk: -
i. transaksi berasaskan PIN yang tidak dibenarkan, jika anda: -
a. bertindak dengan menipu;
b. lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat
tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;
c. dengan sukarela mendedahkan PIN kepada orang lain; atau
d. mencatat PIN pada Kad, atau atas apa jua benda yang disimpan berhampiran dengan Kad
dan yang mungkin hilang atau dicuri dengan Kad.
ii. transaksi yang tidak dibenarkan yang memerlukan penentusahan tandatangan atau penggunaan
Kad tanpa sentuhan, jika anda: -
a. bertindak dengan menipu;
lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat
tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;
b. meninggalkan Kad atau barang yang mengandungi Kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh
dilihat dan diakses oleh orang lain atau gagal melaksanakan sikap berjaga-jaga yang wajar
untuk melindungi Kad di tempat kediaman anda; atau
lewat memaklumkan Bank secepat yang mungkin secara munasabah selepas mendapat
tahu tentang kehilangan Kad atau penggunaan Kad dalam cara yang tidak dibenarkan;
c. dengan sukarela membenarkan orang lain menggunakan Kad.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan Bank berhubung dengan sebarang
perkara berbangkit daripada klausa ini, anda boleh merujuk pertikaian kepada Skim
Ombudsman Kewangan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut. Apabila Kad yang
hilang atau dicuri didapatkan balik, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Kad yang
telah didapatkan balik tersebut dan hendaklah dengan serta-merta memotong Kad
separuh merentas jalur magnet dan merentas cip (jika Kad mempunyai mikrocip
dibenamkan di dalamnya).
14.4. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk mengeluarkan Kad gantian kepada anda selepas Kad hilang atau
dicuri. Jika Bank membuat keputusan untuk mengeluarkan Kad gantian, Kad gantian tersebut adalah
tertakluk kepada Fi Kad Gantian berikut:-
i. RM10.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali pertama;
ii. RM15.00 untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali kedua.
Untuk mengelakkan keraguan, anda hendaklah menanggung Fi Kad Gantian dan cukai (termasuk tetapi
tidak terhad kepada cukai perkhidmatan) berkaitan dengan pengeluaran Kad gantian. Bank berhak untuk
tidak menggantikan Kad untuk sebarang kehilangan atau kecurian Kad yang dilaporkan buat kali ketiga.
Bank tidak akan mengenakan sebarang Fi Kad Gantian jika penggantian Kad adalah disebabkan Kad atau
cip yang terkandung dalam Kad rosak atau cacat atau jika penggantian Kad diperlukan disebabkan
peningkatan kad atau sistem oleh Bank.
14.5. Jika Kad gantian dikeluarkan, semua jumlah kredit dalam Akaun akan dipindahkan kepada Akaun baru
dengan nombor yang sama seperti Kad gantian.
14.6. Jika Kad hilang dan/atau dicuri dan/atau PIN didedahkan kepada mana-mana orang, jika diminta oleh Bank,
Pemegang Akaun juga hendaklah memberikan kepada Bank:-
i. sesalinan laporan polis; dan/atau
ii. pengesahan bertulis
yang dibuat oleh Pemegang Akaun mengenai kehilangan dan/atau kecurian Kad dan/atau pendedahan PIN
kepada mana-mana orang dalam masa tujuh (7) hari kalendar dari tarikh permintaan oleh Bank.
15. Penggantungan Akaun
15.1. Pemegang Akaun boleh meminta Bank menggantung operasi atau penggunaan Akaun pada bila-bila masa
dengan menghubungi Pusat Panggilan Bank dan selepas itu menamatkan penggantungan tersebut dengan
menghubungi Pusat Panggilan Bank. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang kelewatan atau kegagalan untuk menggantung Akaun dan Pemegang
Akaun akan terus bertanggungjawab untuk semua transaksi yang dilaksanakan melalui Akaun.
16. Pembaharuan Kad
16.1. Apabila luput tempoh kesahan Kad, Bank boleh mengeluarkan Kad gantian yang baharu kepada anda
dengan syarat Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya enggan mengeluarkan Kad gantian yang baharu
tanpa memberikan sebarang sebab pun jua.
17. Had Pembelian dan Transaksi
17.1. Had bagi pembelian dan transaksi terhadap Akaun dan/atau Kad adalah jumlah yang tersedia dalam Akaun
atau sebarang had lain yang boleh dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa menurut budi bicara tunggalnya
dengan memberikan notis terdahulu yang mencukupi kepada Pemegang Akaun.
Jumlah had transaksi untuk pembelian, pemindahan dana dan pengeluaran pada Akaun dan / atau Kad
adalah sehingga RM50,000 bagi setiap tahun kalendar. Had urusniaga ini adalah 'setiap transaksi' dan hanya
boleh digunakan untuk transaksi yang keluar dari akaun. Contohnya: pengeluaran ATM, jumlah perbelanjaan
dan pemindahan daripada akaun. Sekali Jika had transaksi sebanyak RM50,000 dicapai dalam satu tahun
kalendar, Pemegang Akaun tidak akan dapat membuat kad prabayar tidak akan dapat membuat pembelian
atau pengeluaran selanjutnya dari Akaun dan / atau Transaksi Kad, sehingga hari ke-1 berikut tahun
kalendar.
17.2. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun akan terus dan hendaklah bertanggungjawab
untuk semua liabilitinya termasuk tetapi tidak terhad kepada semua pembelian dan transaksi melebihi jumlah
kredit dalam Akaun. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank
tidak mempunyai kewajipan dalam apa cara jua untuk memastikan bahawa jumlah kredit dalam Akaun tidak
dilampaui oleh Pemegang Akaun.
17.3. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan) pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa
menghubungi anda untuk mengesahkan transaksi yang dijalankan terhadap Kad sebagai langkah
menghalang sebarang kemungkinan yang Akaun digunakan dalam cara yang tidak dibenarkan.
Sekiranya Bank tidak dapat menghubungi anda, Bank boleh (tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk)
menolak transaksi tanpa liabiliti kepada Bank. Sekiranya Bank membenarkan transaksi dilaksanakan, anda
akan terus bertanggungjawab untuk caj yang dikenakan dan/atau wang yang dikeluarkan.
18. Fi dan Caj
18.1. Pemegang Akaun bersetuju membayar fi dan caj berikut:
i. fi tahunan untuk Akaun;
ii. sebarang cukai perkhidmatan atau impos lain yang mungkin dikenakan oleh mana-mana pihak
berkuasa yang berkenaan dari semasa ke semasa;
iii. caj pengendalian bagi pengeluaran Kad gantian;
iv. caj bagi penyediaan salinan draf jualan dan sebarang dokumen sokongan lanjut lain atau
perkhidmatan yang mungkin disediakan oleh Bank dari semasa ke semasa kecuali ditetapkan
sebaliknya oleh Bank;
v. fi dan caj bagi sebarang atau semua transaksi Akaun yang dilaksanakan melalui penggunaan
Akaun/Kad (termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi melalui ATM dan/atau pengeluaran
tunai); dan
vi. sebarang fi dan caj lain yang boleh dikenakan oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan
mutlaknya dari semasa ke semasa dengan memberikan notis selama dua puluh satu (21) hari
kalendar kepada Pemegang Akaun sebelum tarikh berkuatkuasanya pelaksanaan.
Jumlah fi dan caj yang perlu dibayar adalah sebarang jumlah yang boleh ditentukan oleh Bank
dan penentuan tersebut adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan atas apa-
apa sebab pun jua. Fi sedemikian boleh didebit kepada Akaun.
Untuk butir-butir penuh fi dan caj yang dikenakan berhubung dengan Kad dan/atau penggunaan
Akaun, sila rujuk kepada jadual struktur fi di laman web CIMB Bank.
19. Rekod Transaksi dan mata wang pengebilan
19.1. Bank berhak memperlakukan:-
i. sebarang draf jualan, rekod transaksi yang disimpan atau direkodkan secara elektronik atau
sebaliknya, baucer kredit dan/atau rekod caj lain yang mempunyai teraan atau cara lain untuk
menghasilkan semula maklumat yang dicetak timbul yang terkandung terhadap Akaun dan/atau
Kad; dan/atau
ii. rekod Bank tentang sebarang transaksi lain yang dilaksanakan menerusi penggunaan Akaun
dan/atau Kad termasuk tetapi tidak terhad kepada transaksi yang dilaksanakan melalui pesanan
pos atau melalui telefon atau melalui internet atau melalui sebarang media atau peranti
mekanikal, elektrikal atau elektronik
sebagai bukti transaksi yang dilaksanakan dengan wajar oleh Pemegang Akaun yang akan
didebit kepada Akaun meskipun sebarang dokumen sedemikian mungkin tidak mengandungi
tandatangan Pemegang Akaun atau tandatangan Pemegang Akaun tersebut (jika kelihatan)
berbeza daripada tandatangan Pemegang Akaun. Pemegang Akaun bersetuju bahawa rekod
Bank tentang sebarang transaksi yang dilaksanakan melalui penggunaan Akaun dan/atau Kad
adalah konklusif dan mengikat terhadap Pemegang Akaun bagi semua tujuan. Meskipun perkara
di atas, jika Bank menerima bukti berdokumen yang memuaskan dan tidak dapat disangkal
bahawa sebarang transaksi yang dilaksanakan terhadap Akaun adalah disebabkan oleh
penipuan yang bukan disebabkan atau disumbang oleh tindakan dan/atau ketinggalan oleh
Pemegang Akaun dan dengan syarat sentiasa bahawa Pemegang Akaun telah benar-benar
mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam Perjanjian ini, Bank boleh menurut budi
bicara tunggal dan mutlaknya memilih untuk tidak mendebit caj yang ditanggung berbangkit
daripada transaksi memfraud daripada Akaun.
19.2. Semua hutang jika ditanggung dalam mata wang selain daripada mata wang pengebilan hendaklah:-
i. sebelum didebit kepada Akaun, ditukar kepada mata wang pengebilan pada sebarang kadar
pertukaran yang boleh ditentukan secara konklusif oleh MCI pada tarikh kemasukan ke dalam
Akaun; dan
ii. tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak 1% daripada jumlah yang ditransaksi atau sebarang
kadar lain yang boleh ditentukan secara konklusif oleh Bank dari semasa ke semasa dengan
memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada anda dan caj
tersebut boleh didebit kepada Akaun.
20. Rebat Tunai
Rebat Tunai hanya akan diberikan kepada Akaun yang sah, tidak luput dengan mana-mana terma dan syarat untuk
transaksi yang dikenakan ke dalam Kad dalam kategori berikut:
i. Rebat Tunai 1% untuk perbelanjaan dalam talian di Lazada; dan
ii. Rebat Tunai 0.5% untuk sebarang transaksi lain kecuali:
a. Pembelian petrol, diesel dan apa-apa pembelian lain yang dibuat di kiosk / stesen petrol;
b. Urus niaga tunai dan urus niaga pengeluaran tunai;
c. Urus niaga runcit yang tidak sah dan transaksi yang dipertikaikan;
d. Cukai kerajaan, bayaran lewat dan sebarang yuran dan caj yang didebitkan ke Akaun;
e. Pembayaran kepada badan amal di bawah Kod Kategori Pedagang yang ditetapkan (MCC) 8398 -
Pertubuhan khidmat amal; dan
f. Sebarang pembayaran berkaitan kerajaan di bawah MCC yang ditetapkan di bawah: -
9211 Kos mahkamah, termasuk sokongan dan sokongan anak
9222 Denda
9223 Bayaran jaminan dan bon
9311 Pembayaran cukai
9399 Perkhidmatan kerajaan
9402 Perkhidmatan pos - kerajaan sahaja
9405 Pembelian Intra-Kerajaan-Kerajaan sahaja
Bank akan mengikut budi bicara mutlaknya menentukan sama ada sebarang urus niaga lain yang tidak dinyatakan
di atas juga harus dikecualikan daripada pemberian Rebat Tunai. Rebat Tunai maksimum yang diberikan
dihadkan pada RM25 setiap Akaun / penyata bulanan.
21. Transaksi ATM
21.1. Atas permintaan anda, Bank akan memberikan PIN untuk Kad yang dikeluarkan kepada anda untuk
membolehkan anda melakukan pengeluaran tunai melalui ATM di mana-mana cawangan Bank atau di ATM
mana-mana bank atau institusi lain yang mempunyai perkiraan dengan Bank bagi penggunaan ATM bank
atau institusi tersebut, tertakluk kepada had pengeluaran harian yang dikenakan untuk ATM tersebut. Anda
tidak boleh mendedahkan PIN ini kepada mana-mana orang lain dalam apa jua keadaan.
21.2. Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara atas sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan,
kesulitan atau perasaan malu yang walau bagaimanapun jua disebabkan atau ditanggung atau dialami oleh
anda termasuk tetapi tidak terhad kepada keadaan apabila transaksi tidak dapat dilaksanakan atau
dilaksanakan dengan salah samada disebabkan oleh kecacatan, kerosakan, penghentian atau penutupan,
gangguan atau kehilangan bekalan kuasa kepada ATM ("Kecacatan Teknikal") atau sebaliknya atau jika Kad
tidak diterima untuk penggunaan atau jika Kad ditahan oleh ATM disebabkan Kecacatan Teknikal atau atas
sebarang alasan atau sebab lain pun jua yang akan ditentukan semata-mata oleh Bank.
21.3. Waktu operasi, jenis operasi, kemudahan dan perkhidmatan yang tersedia kepada anda serta kekerapan
dan cara penggunaan Kad untuk melaksanakan transaksi melalui ATM akan ditentukan oleh Bank dari
semasa ke semasa menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya.
21.4. Merujuk kepada Klausa 5.4 di atas, kemudahan transaksi ATM ini tidak boleh didapati oleh Pelanggan Baru CIMB dengan akaun CIMB Clicks (Pelanggan Baru merujuk kepada pelanggan yang baru berdaftar dengan Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard) / Pelanggan CIMB yang tidak berdaftar dengan CIMB Clicks .
22. Pengeluaran Tunai
22.1. Anda boleh mendapatkan pengeluaran tunai melalui cara berikut:-
i. menggunakan Kad di mana-mana ATM selaras dengan Klausa 21.1; atau
ii. bagi semua transaksi luar negara melalui ATM dan/atau mana-mana institusi ahli MCI dan
dengan itu kadar pertukaran (jika berkenaan) yang dikenakan untuk pengeluaran tunai tersebut
adalah kadar pertukaran semasa yang ditentukan oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dari
semasa ke semasa. Anda hendaklah bertanggungjawab dengan sepenuhnya untuk memastikan
bahawa transaksi tersebut tidak melanggar undang-undang yang wujud dalam negara di mana
transaksi dilaksanakan.
22.2. Pemegang Akaun boleh meminta Bank memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun
Lain Pemegang Akaun. Di samping perkara yang disebut sebelum ini, Pemegang Akaun dengan tak boleh
batal memberi kuasa kepada Bank (tanpa perlu mendapatkan kebenaran terdahulu Pemegang Akaun) untuk
mendebit dan memindahkan dana daripada Akaunnya kepada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun
yang dipegang dengan Bank untuk melunaskan cek, menyelesaikan sebarang transaksi debit dan/atau
secara amnya untuk memasukkan dana ke dalam akaun jika akaun tidak mempunyai dana yang cukup
samada disebabkan penamatan kemudahan overdraf atau sebaliknya. Bank boleh (tetapi tidak mempunyai
kewajipan untuk) memindahkan dana seperti yang disebut sebelum ini. Dana yang dipindahkan selaras
dengan klausa ini akan diperlakukan sebagai pengeluaran tunai oleh Pemegang Akaun.
22.3. Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab untuk semua pengeluaran tunai atau pemindahan yang
dilaksanakan melalui Akaun.
22.4. Dengan merujuk kepada Fasal 5.4 di atas, kemudahan Pengeluaran Tunai ini tidak boleh didapati oleh
Pelanggan Baru CIMB dengan akaun CIMB Clicks (Pelanggan Baru merujuk kepada pelanggan yang baru
mendaftar dengan Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dan CIMB Clicks) dan Pelanggan CIMB yang
tidak berdaftar dengan CIMB Clicks.
23. Penyata Akaun
23.1. Penyata bulanan untuk Akaun akan disediakan kepada Pemegang Akaun dalam talian di CIMB Clicks atau
sebarang cara lain yang boleh ditentukan oleh Bank dari semasa ke semasa dan dengan ini dipersetujui
bahawa semua penyata sedemikian akan dianggap telah diterima oleh Pemegang Akaun apabila disediakan
dalam talian melalui CIMB Clicks.
23.2. Bank boleh memilih mana-mana hari dalam suatu bulan sebagai tarikh penyata bulanan dan apabila
menerima atau dianggap menerima penyata, Pemegang Akaun dianggap telah menyemak semua masukan
dalam penyata.
23.3. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan berakujanji dengan Bank bahawa Pemegang Akaun
akan memaklumkan Bank secara bertulis tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau ketidaktepatan
tidak kira jenisnya dalam penyata yang disediakan dalam talian dalam masa empat belas (14) hari kalendar
dari tarikh Pemegang Akaun dianggap telah menerima penyata. Jika Pemegang Akaun tidak memaklumkan
Bank secara bertulis atau gagal memaklumkan Bank tentang sebarang kesilapan, percanggahan atau
ketidaktepatan apa-apa masukan dalam penyata maka Pemegang Akaun dianggap telah menerima
masukan yang terkandung di dalamnya yang disediakan sehingga masukan terakhir dalam penyata sebagai
tepat dan sebagai bukti muktamad dan konklusif tentang fakta yang terkandung di dalamnya dan mengikat
terhadap Pemegang Akaun dan Pemegang Akaun selepas itu akan dihalang daripada membuat apa-apa
tuntutan terhadap Bank dengan mendakwa bahawa penyatanya tersebut mengandungi sebarang kesilapan,
percanggahan atau ketidaktepatan.
23.4. Sekiranya Pemegang Akaun meminta penyata akaun daripada Bank (dalam salinan cetak), Bank boleh
mengenakan caj sebanyak RM5.00 terhadap Pemegang Akaun bagi setiap permintaan dan jumlah tersebut
boleh didebit daripada Akaun Pemegang Akaun. Bank tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan
kepada Pemegang Akaun sebarang penyata, atau salinan penyata tersebut atau slip jualan atau rekod
transaksi lain berkaitan dengan transaksi yang berlaku lebih dari dua belas (12) bulan dari tarikh permintaan
Pemegang Akaun.
23.5. Semua pembayaran bagi pembelian barangan dan/atau perkhidmatan yang dilaksanakan menerusi
penggunaan Kad atau menerusi penggunaan nombor CVV Akaun dan semua fi, caj pengendalian, caj
tambahan dan sebarang fi dan caj lain yang dikenakan akan didebit kepada Akaun dan akan dipaparkan
dalam Penyata.
24. Perubahan pada caj
24.1. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan hak Bank yang terkandung dalam Klausa 33, Bank berhak
menurut budi bicara tunggalnya pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa mengubah kadar atau cara
pengiraan fi tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan yang diperuntukkan di
dalam ini dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar kepada Pemegang
Akaun. Pemegang Akaun dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak menggunakan mana-mana satu atau
lebih daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berhubung dengan perubahan pada fi tahunan, caj
pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan termasuk tarikh berkuatkuasanya sebarang
perubahan sedemikian:-
i. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
ii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang
perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iii. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iv. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan
kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau
v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan
melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis
tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.
24.2. Komunikasi yang dibuat oleh Bank di bawah ini akan dianggap telah diterima oleh atau disampaikan kepada
Pemegang Akaun:-
i. pada tarikh penampalan notis di premis Bank, jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh
Bank selaras dengan peruntukan Klausa 24.1(i) di atas; dan/atau
ii. pada tarikh penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar pilihan Bank jika komunikasi dibuat
atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 24.1(ii) di atas; dan/atau
iii. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank kepada Pemegang Akaun
jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan peruntukan Klausa 24.1(iii)
di atas; dan/atau
iv. tiga (3) hari kalendar selepas tarikh pengeposan notis kepada Pemegang Akaun melalui pos
biasa atau berdaftar jika komunikasi dibuat atau dilaksanakan oleh Bank selaras dengan
peruntukan Klausa 24.1(iv) di atas; dan/atau
v. pada tarikh notis tentang perubahan tersebut dihantar melalui SMS atau mel elektronik kepada
Pemegang Akaun atau tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut diletakkan di CIMB Clicks
selaras dengan peruntukan Klausa 24.1(v) di atas.
Kegagalan Bank untuk memberikan sebarang notis kepada Pemegang Akaun tentang
perubahan tidak akan melepaskan Pemegang Akaun daripada kewajipannya untuk membayar fi
tahunan, caj pengendalian dan sebarang fi atau levi lain yang dikenakan pada kadar yang diubah
atau menurut kaedah pengiraan yang diubah. Keputusan Bank tentang kadar yang boleh dicaj
atau kaedah pengiraannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dipersoalkan dalam
apa jua keadaan.
25. Akaun Tidak Aktif/Dorman
25.1. Akaun tanpa sebarang transaksi kredit dan/atau debit (melainkan transaksi yang dilakukan oleh Bank bagi
tujuan mendebit untuk fi dan/atau caj yang perlu dibayar oleh Pemegang Akaun kepada Bank) selama enam
(6) bulan atau lebih akan dianggap akaun dorman dan Bank berhak untuk dengan serta-merta menggantung
dan menutup Akaun.
25.2. Pemegang Akaun akan dimaklumkan oleh Bank melalui mel elektronik selewat-lewatnya 21 hari bekerja
tentang penutupan Akaun disebabkan Akaun dianggap akaun dorman.
25.3. Untuk mengelakkan penutupan Akaun selaras dengan Klausa 25.1, Pemegang Akaun hendaklah
melaksanakan sebarang transaksi kredit dan/atau debit terhadap Akaun sebelum Akaun dianggap akaun
dorman.
26. Penutupan Akaun
Bank akan menutup Akaun dengan serta-merta atau pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank selepas
menerima permintaan penutupan daripada anda melalui CIMB Clicks atau melalui Pusat Panggilan Bank atau jika
Kad dan/atau Akaun ditarik balik, digantung dan/atau ditamatkan oleh Bank selaras dengan Klausa 13, 24 atau 38
tanpa perlu memberikan sebarang sebab. Berhubung dengan penutupan Akaun sedemikian, Bank akan membuat
perkiraan agar baki dalam Akaun, jika ada, selepas menolak duti setem dan sebarang fi yang berkenaan
dipulangkan kepada Pemegang Akaun. Pemulangan tersebut hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh (30) hari
kalendar secara pemindahan dana atau melalui Cek Jurubank atau Draf Bank yang akan dihantar melalui pos
atau melalui sebarang cara lain atau sebarang kaedah pembayaran lain yang ditentukan oleh Bank.
27. Pembayaran dan Kredit ke dalam Akaun
27.1. Kecuali pembayaran yang dibuat melalui cek yang tidak dibenarkan, anda boleh “menambah wang” dan
mengkreditkan wang ke dalam Akaun dalam cara berikut atau sebarang cara lain yang boleh ditetapkan oleh
Bank dari semasa ke semasa:-
i. Memasukkan wang tunai menggunakan Mesin Deposit Tunai Bank;
ii. Pemindahan dana daripada mana-mana Akaun Lain Pemegang Akaun melalui internet
menggunakan “CIMB Clicks” jika anda telah diberikan akses kepada CIMB Clicks selaras dengan
Akaun Lain Pemegang Akaun tersebut;
iii. Pemindahan wang antara bank (GIRO) daripada akaun anda yang lain yang dipegang dengan
bank lain; dan/atau
iv. Pemindahan Dalam Talian MEPS FPX.
27.2. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia dan
kredit atau jumlah wang maksimum yang boleh dikreditkan ke dalam Akaun bagi pemegang akaun CIMB
tidak boleh pada bila-bila masa melebihi Ringgit Malaysia Empat Ribu Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh
Sembilan (RM 4,999.00) sahaja. Bagi Pelanggan Baru CIMB dengan akaun CIMB Clicks (Pelanggan Baru
merujuk kepada pelanggan yang baru mendaftar dengan Akaun CIMB Lazada Prepaid Mastercard dan CIMB
Clicks) dan Pelanggan CIMB yang tidak berdaftar dengan CIMB Clicks tidak boleh pada bila-bila masa
melebihi Ringgit Malaysia Dua Ribu Sembilan Ratus dan Sembilan Puluh Sembilan (RM 2,999.00) sahaja
atau sebarang jumlah lain yang boleh ditetapkan oleh Bank dari semasa ke semasa (“Jumlah Maksimum”),
dengan notis terdahulu yang mencukupi. Pemegang Akaun berakujanji untuk tidak menambah atau
mengkreditkan dana melebihi Jumlah Maksimum ke dalam Akaun. Pembayaran oleh Pemegang Akaun
kepada Bank tidak akan dianggap dibuat sehingga dana yang berkenaan diterima untuk nilai sedemikian
oleh Bank.
27.3. Bank berhak pada bila-bila masa menurut budi bicara mutlaknya menentusahkan sumber dana pembayaran
dan memastikan Bank berpuas hati tentang kepatuhan Undang-undang dan Peraturan Yang Dikenakan pada
masa itu. Dengan syarat Bank berpuas hati dengan penentusahan tersebut, tanpa prejudis terhadap
sebarang hak Bank yang lain di bawah Perjanjian ini, Boleh boleh mengkreditkan dana tersebut ke dalam
Akaun Pemegang Akaun. Sementara menunggu Bank menentusahkan sumber dana pembayaran:-
i. Bank berhak untuk menggantung penggunaan Akaun/Kad dan/atau menolak sebarang transaksi
yang cuba dilaksanakan terhadap Akaun/Kad oleh Pemegang Akaun selepas pembayaran; dan
ii. sebarang jumlah kredit dalam Akaun akibat pembayaran tersebut tidak akan dikembalikan
kepada Pemegang Akaun.
27.4. Pemegang Akaun tidak boleh menggunakan atau cuba menggunakan Akaun dan/atau Kad untuk
melaksanakan sebarang transaksi kecuali terdapat dana yang mencukupi dalam Akaun untuk menjelaskan
transaksi yang akan dilaksanakan. Pemegang Akaun hendaklah dalam semua keadaan menanggung
tanggungjawab penuh untuk semua transaksi yang diproses menerusi penggunaan Akaun dan/atau Kad,
samada diproses dengan pengetahuan, keakuran atau kuasa Pemegang Akaun atau tidak. Bank berhak
mendebit Akaun dengan jumlah sebarang transaksi yang dilaksanakan dengan Akaun dan/atau Kad dan
Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk semua transaksi menggunakan Akaun dan/atau Kad.
27.5. Semua pembayaran atau kredit yang dibuat kepada Akaun oleh Pelanggan Baru CIMB dengan akaun CIMB
Clicks (Pelanggan Baru merujuk kepada pelanggan yang baru mendaftar dengan Akaun CIMB Lazada
Prepaid Mastercard dan CIMB Clicks) dan Pelanggan CIMB yang tidak berdaftar dengan CIMB Clicks
mestilah dari akaun CASA sendiri mereka iaitu akaun tunggal CASA mereka yang tidak termasuk akaun
bersama CASA, dikendalikan dengan bank lain, yang dilakukan melalui pembayaran FPX , untuk kali
pertama mereka buat.
28. Penepian
28.1. Penepian hak oleh Bank atau kelonggaran oleh Bank kepada Pemegang Akaun tidak akan beroperasi untuk
menghalang Bank daripada menguatkuasakan sebarang haknya di bawah Perjanjian ini atau beroperasi
sebagai kebenaran terhadap modifikasi Perjanjian ini dalam apa jua segi.
28.2. Hak Bank yang terkandung di dalam ini adalah kumulatif, boleh dilaksanakan seberapa kerap yang
dianggapnya wajar dan adalah di samping haknya di bawah sebarang undang-undang yang berkuat kuasa.
Hak Bank yang terkandung di dalam ini tidak boleh diketepikan atau diubah, kecuali melalui penepian atau
perubahan nyata secara bertulis, dan khususnya, sebarang kegagalan untuk melaksanakan atau sebarang
kelewatan untuk melaksanakan sebarang hak tidak akan beroperasi sebagai penepian atau perubahan hak
tersebut atau sebarang hak lain, sebarang pelaksanaan hak tersebut dalam cara yang cacat atau secara
sebahagian tidak akan menghalang sebarang pelaksanaan lain atau lanjut terhadap hak tersebut atau
sebarang hak lain, dan tiada tindakan atau jalan tindakan atau rundingan olehnya atau bagi pihaknya akan
dalam apa cara jua menghalangnya daripada melaksanakan sebarang hak sedemikian atau merupakan
penggantungan atau sebarang perubahan terhadap sebarang hak sedemikian.
29. Hak Tolakan dan Hak Debit
29.1. Bank menyimpan hak untuk mengeluarkan makluman selama 7 hari kalendar kepada Pemegang Akaun
untuk menggabungkan, menyatukan Akaun dan sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang
dengan Bank (‘Akaun-akaun’) dan atau menolak dan atau memindahkan sebarang baki kredit dalam Akaun-
akaun untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank, samada liabiliti
tersebut kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama, ditanggung
dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan atau penyedia cagaran,
atau dalam mata wang lain (‘Keberhutangan’). Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut,
Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran sebarang wang daripada baki kredit dalam
Akaun-akaun. Sekiranya Pemegang Akaun gagal menjelaskan Keberhutangan dengan sepenuhnya dengan
Bank apabila luput makluman selama 7 hari kalendar tersebut, Bank berhak menolak keseluruhan baki kredit
daripada Akaun-akaun atau sehingga jumlah Keberhutangan untuk menyelesaikan Keberhutangan dengan
sebahagiannya atau sepenuhnya (mengikut keadaan).
29.2. Untuk mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa hak Bank untuk menahan atau
menggantung pembayaran dan atau tolakan dikenakan terhadap dan boleh dilaksanakan oleh Bank
berkaitan atau berhubung dengan (a) Akaun dan atau mana-mana akaun bersama lain Pemegang Akaun
jika baki kreditnya digunakan untuk menolak keberhutangan yang ditanggung kepada Bank oleh Pemegang
Akaun dan atau oleh Pemegang Akaun dengan mana-mana orang lain dan samada keberhutangan tersebut
yang ditanggung kepada Bank adalah sebenar, kontingen, utama, sampingan, berasingan, bersama,
ditanggung dalam kapasiti sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penanggung rugi dan atau
penyedia cagaran; (b) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah melakukan tindakan
kebankrapan dan atau satu notis kebankrapan dan atau petisyen untuk kebankrapan atau penggulungan
telah difailkan terhadap Pemegang Akaun; (c) Bank telah dimaklumkan bahawa Pemegang Akaun telah
diisytiharkan sebagai bankrap; (d) Bank telah dimaklumkan tentang kematian Pemegang Akaun.
29.3. Pemegang Akaun dengan tak boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit Akaun tanpa notis
terdahulu bagi tujuan membuat pembayaran, pembayaran balik dan atau pembayaran ganti kepada Bank
dan atau membuat pembayaran dan atau pembayaran balik jumlah relevan kepada pihak ketiga di bawah
atau berbangkit daripada yang berikut:
i. fi, kos, perbelanjaan, caj yang perlu dibayar berhubung dengan Akaun selaras dengan Perjanjian
ini dan atau walau bagaimanapun jua ditanggung dan atau dicaj oleh Bank berhubung dengan
sebarang perkhidmatan yang disediakan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;
ii. cukai, duti setem dan sebarang levi atau caj lain yang dikenakan oleh kerajaan dan perlu dibayar
oleh Pemegang Akaun berhubung dengan Akaun dan atau sebarang perkhidmatan atau
kemudahan lain yang disediakan oleh Bank kepada atau untuk manfaat Pemegang Akaun;
iii. kerugian dan atau kerosakan yang walau bagaimanapun jua dialami atau ditanggung oleh Bank
untuk melaksanakan sebarang permintaan dan arahan Pemegang Akaun dan atau untuk
menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan Akaun seperti yang diperuntukkan dalam
Perjanjian ini;
iv. jumlah berbangkit daripada sebarang tanggung rugi dan atau jaminan yang diberikan oleh
Pemegang Akaun memihak kepada Bank berhubung dengan penyediaan sebarang
perkhidmatan dan kemudahan oleh Bank kepada Pemegang Akaun selaras dengan Perjanjian
ini;
v. pembayaran yang dibuat, dipindahkan atau dikreditkan ke dalam Akaun disebabkan kesilapan
Bank dan atau disebabkan tuntutan oleh mana-mana pihak ketiga bahawa jumlah yang
berkenaan telah dibayar dengan salah oleh pihak ketiga ke dalam Akaun dan atau disebabkan
oleh tuntutan oleh pihak ketiga bahawa dia telah ditipu, difraud atau diperdaya agar membuat
pembayaran ke dalam Akaun dan atau disebabkan oleh sebarang kerosakan atau kepincangan
pada operasi dan atau sistem Bank dan atau sebarang sebab lain di luar kawalan munasabah
Bank;
vi. sebarang suratcara wang selepas itu tidak dilayan atas apa sebab jua dan jika hasil suratcara
wang ini telah dikreditkan oleh Bank ke dalam Akaun sebelum itu;
vii. pembayaran di bawah Akaun yang diminta dibayar oleh Bank Negara Malaysia dan atau pihak
berkuasa Polis atau mana-mana pihak berkuasa lain selaras dengan sebarang undang-undang
yang dikenakan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa;
viii. fi guaman, pembayaran, perbelanjaan dan kos (atas dasar peguamcara-anakguam dan
tanggung rugi penuh) yang ditanggung oleh Bank berhubung dengan sebarang:
a. langkah mendapatkan balik sebarang keberhutangan di bawah sebarang kemudahan atau
pinjaman yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun;
b. prosiding garnisi yang difailkan dan disampaikan kepada Bank dan jika Bank dinamakan
sebagai garnisi berhubung dengan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun
yang dipegang dengan Bank;
c. prosiding interplider atau sebarang prosiding mahkamah lain yang difailkan oleh Bank
terhadap Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan
Bank;
d. prosiding injunksi atau sebarang prosiding mahkamah lain yang dimulakan terhadap
Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang dipegang dengan Bank,
samada Bank dinamakan sebagai parti atau tidak; dan
e. prosiding undang-undang yang difailkan terhadap Bank oleh Pemegang Akaun atau mana-
mana pihak lain melibatkan Akaun dan atau sebarang akaun lain Pemegang Akaun yang
dipegang dengan Bank dan jika Bank berjaya membela prosiding undang-undang
tersebut; dan
ix. pembayaran terdahulu yang dibayar kepada Pemegang Akaun dan atau mana-mana pihak
ketiga di bawah sebarang perkiraan yang dimasuki antara Bank dan Pemegang Akaun dan atau
di bawah sebarang kemudahan yang diberikan oleh Bank kepada Pemegang Akaun.
30. Pembatasan Liabiliti dan Tanggung Rugi
30.1. Bank tidak akan bertanggungjawab dan Pemegang Akaun hendaklah menanggung rugi Bank dengan
sepenuhnya dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap semua kerugian, kos dan
perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh Pemegang Akaun atau Bank berhubung dengan sebarang atau
semua akaun apa jua atau pelaksanaan apa-apa arahan oleh Bank (meskipun arahan tersebut mungkin
menipu atau tanpa kebenaran) atau jika mana-mana akaun Pemegang Akaun atau mana-mana bahagian
daripadanya dikurangkan atau dibekukan oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau rasmi.
30.2. Pemegang Akaun selanjutnya bersetuju bahawa semua dana, wang, sekuriti dan barangan berharga dan
harta lain apa jua kepunyaan Pemegang Akaun dan dideposit dengan Bank di bawah Akaun dan atau
sebarang akaun lain Pemegang Akaun ('harta') akan secara automatik menjadi cagaran kepada Bank dan
Bank berhak (i) menolak dan atau mendebit sebarang wang yang dirangkum dalam harta bagi tujuan
membuat pembayaran liabiliti yang ditanggung oleh Pemegang Akaun kepada Bank seperti yang
diperuntukkan di bawah peruntukan Klausa 28 di dalam ini (ii) memegang atau menahan harta sehingga
liabiliti Pemegang Akaun kepada Bank yang diperuntukkan di dalam ini telah dijelaskan dengan sepenuhnya
dengan Bank.
30.3. Pemegang Akaun bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank semua kos undang-undang (termasuk
tetapi tidak terhad kepada kos guaman atas dasar peguamcara dan anakguam), caj dan perbelanjaan yang
mungkin ditanggung oleh Bank untuk menguatkuasakan atau cuba menguatkuasakan Perjanjian ini atau
untuk mendapatkan atau cuba mendapatkan pembayaran semua atau mana-mana bahagian wang yang
terhutang oleh Pemegang Akaun. Pemegang Akaun selanjutnya berakujanji untuk tidak
mempertanggungjawabkan Bank dan untuk menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti untuk
kerugian, kerosakan, kos dan perbelanjaan (undang-undang atau sebaliknya) yang mungkin ditanggung oleh
Bank disebabkan peruntukan di dalam ini atau untuk menguatkuasakan haknya di bawah ini.
31. Force Majeure
Tanpa prejudis terhadap sebarang peruntukan Perjanjian ini, Pemegang Akaun bersetuju untuk tidak
mempertanggungjawabkan Bank sekiranya Bank tidak dapat melaksanakan mana-mana kewajipannya di bawah
Perjanjian ini secara keseluruhan atau sebahagian, yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada
kegagalan sebarang peranti mekanikal atau elektronik, sistem pemprosesan data, talian penghantaran, terputus
bekalan elektrik, pertikaian perusahaan, sebarang tindakan di luar kawalan Bank atau disebabkan sebarang faktor
yang bersifat force majeure. Sebarang ketidakupayaan untuk menjelaskan pembayaran yang kena dibayar oleh
Pemegang Akaun kepada Bank disebabkan ketiadaan dana tidak akan dalam apa jua keadaan dianggap sebagai
peristiwa force majeure. Sekiranya Bank tidak dapat memberikan penyata akaun kepada Pemegang Akaun
selaras dengan peruntukan Perjanjian ini bagi sebarang tempoh masa, liabiliti Pemegang Akaun untuk caj dan
transaksi lain walau bagaimanapun akan diteruskan.
32. Bank tidak bertanggungjawab atas tindakan peniaga dan pihak ketiga lain
32.1. Bank tidak akan bertanggungjawab atas keengganan mana-mana peniaga atau institusi ahli MCI untuk
menerima Akaun dan/atau Kad atau atas sebarang kecacatan atau kekurangan pada barangan atau
perkhidmatan yang dibekalkan kepada Pemegang Akaun oleh mana-mana peniaga. Sebarang aduan oleh
Pemegang Akaun hendaklah diselesaikan secara terus dengan peniaga atau institusi ahli MCI yang terbabit
dan sebarang tuntutan terhadap peniaga atau institusi ahli MCI tidak boleh ditolak (‘set-off’) atau dituntut
balas terhadap Bank. Selanjutnya Pemegang Akaun bersetuju bertanggungjawab terhadap jumlah yang
ditanggung dan tidak akan menahan pembayaran kepada Bank disebabkan sebarang aduan sedemikian
atau dalam apa jua keadaan. Barangan dan perkhidmatan yang diperolehi terhadap Akaun dan/atau Kad
tidak boleh ditukar atau dipulangkan bagi pemulangan tunai tetapi baucer kredit akan dikeluarkan oleh
peniaga bagi tujuan ini. Setelah menerima sebarang baucer kredit Bank akan mengkreditkannya ke dalam
Akaun Pemegang Akaun. Kecuali baucer kredit yang dikeluarkan diterima oleh Bank, Pemegang Akaun
dianggap bertanggungjawab dan akan terus bertanggungjawab untuk jumlah yang ditanggung.
32.2. Untuk menghuraikan dan tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, Bank tidak akan atas
sebarang sebab jua bertanggungjawab untuk kerosakan yang dialami atau kerugian yang ditanggung oleh
Pemegang Akaun dalam apa jua keadaan samada keadaan tersebut berkait dengan atau berbangkit
daripada Perjanjian ini atau tidak, termasuk tetapi tidak terhad kepada jika mana-mana peniaga, orang atau
badan tidak menerima Akaun dan/atau Kad atas sebarang sebab jua, kemudahan tidak dibaharui, disekat
atau dibatalkan, mana-mana ATM menolak Kad, Nombor Akaun disenaraikan dalam mana-mana senarai
pembatalan atau dalam sebarang keadaan jika Bank mempunyai kewajipan untuk bertindak dengan
munasabah untuk melindungi haknya di bawah peruntukan Perjanjian ini.
33. Pindaan
33.1. Bank menyimpan hak untuk mengubah (samada melalui tambahan, pemotongan, modifikasi, pindaan atau
sebaliknya walau bagaimanapun jua) (“Pindaan”) sebarang terma dan syarat ini pada bila-bila masa dan dari
semasa ke semasa dengan memberikan notis terdahulu selama dua puluh satu (21) hari kalendar dan
Pindaan akan menjadi berkuat kuasa pada tarikh yang dipilih untuk digunakan oleh Bank. Menurut budi
bicara tunggal dan mutlak Bank, makluman tentang Pindaan boleh dilaksanakan melalui mana-mana satu
cara komunikasi berikut:-
i. dengan menghantarnya kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan; dan/atau
ii. dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan sedemikian dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iii. melalui penerbitan sekali sahaja dalam satu atau lebih daripada satu akhbar pilihan Bank tentang
perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
iv. dengan meletakkan sisipan dalam penyata akaun Bank tentang perubahan tersebut dan tarikh
berkuatkuasanya perubahan; dan/atau
v. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan
melalui pos kepada Pemegang Akaun melalui pos biasa atau berdaftar; dan/atau
vi. dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan
melalui SMS atau mel elektronik kepada Pemegang Akaun atau dengan meletakkan notis
tentang perubahan tersebut dan tarikh berkuatkuasanya perubahan di CIMB Clicks.
33.2. Komunikasi kepada Pemegang Akaun melalui mana-mana satu kaedah komunikasi di atas akan dianggap
telah diterima oleh atau disampaikan kepada Pemegang Akaun selaras dengan peruntukan Klausa 24.1 dan
jika notis tentang Pindaan dihantar kepada Pemegang Akaun melalui kurier atau serahan tangan, pada hari
penghantaran.
33.3. Perubahan akan berkuat kuasa pada tarikh kuat kuasa yang ditetapkan oleh Bank dan akan dikenakan
terhadap semua jumlah kredit dalam Akaun. Penyimpanan atau penggunaan Akaun dan/atau Kad selepas
tarikh berkuatkuasanya sebarang perubahan terma dan syarat akan dianggap penerimaan perubahan
tersebut tanpa syarat oleh Pemegang Akaun.
33.4. Perjanjian ini (dengan semua perjanjian sampingan yang dari semasa ke semasa dipinda oleh Bank)
mengandungi dan dirancang menjadi kenyataan lengkap tentang semua terma dan perkiraan antara pihak-
pihak di sini berhubung dengan perkara yang diperuntukkan di dalam ini, dan menggantikan semua
perjanjian dan persefahaman terdahulu antara pihak-pihak di sini berhubung dengan sebarang perkara
tersebut.
34. Kebolehasingan
Jika mana-mana peruntukan Perjanjian ini menjadi tidak sah, menyalahi undang-undang atau tidak boleh dikuat
kuasa dalam apa jua segi di bawah sebarang undang-undang, kesahan dan kebolehkuatkuasaan peruntukan
selainnya tidak akan dalam apa cara jua terjejas atau dimudaratkan.
35. Pendedahan Maklumat
35.1. Pemegang Akaun dengan ini secara nyata memberi kuasa kepada Bank bila dan apabila dianggap wajar
oleh Bank menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya, tanpa merujuk kepada Pemegang Akaun, untuk
mendedahkan kepada mana-mana agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat
profesionalnya, penyedia cagaran dan penjamin di dalam atau di luar Malaysia dan kepada syarikat di dalam
kumpulan Bank serta syarikat dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk muktamad Bank
(secara kolektif "Syarikat-syarikat Kumpulan”) samada Syarikat-syarikat Kumpulan tersebut bermastautin,
terletak, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di luar Malaysia, sebarang
maklumat berkaitan dengan Pemegang Akaun, urusan Pemegang Akaun dan/atau sebarang akaun yang
dipegang oleh Pemegang Akaun dengan Bank untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan
perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan
kepada pelanggan mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada memberi kuasa Bank untuk melakukan
perkara berikut:-
i. memberikan, mengemukakan, memberitahu, menerbitkan atau sebaliknya mendedahkan, atau
membuat rekod tentang butir-butir peribadi Pemegang Akaun yang diserahkan kepada Bank dan
sebarang maklumat lain berkaitan dengan Akaun dan Akaun Lain Pemegang Akaun dan Nombor
Akaun bagi kad baru dibaharui atau diganti dan sebarang maklumat lain berkaitan dengan
penggunaan Akaun atau sebarang transaksi yang dilaksanakan atau akan dilaksanakan melalui
penggunaan Akaun dan sebarang maklumat atau dokumen lain pun jua berkaitan dengan urusan
atau akaun Pemegang Akaun (termasuk penyata akaun berkaitan dengannya) dan sebarang
kemudahan kredit yang mungkin dipunyai oleh Pemegang Akaun dengan Bank kepada:-
a. mana-mana orang yang menjamin atau mungkin menjamin atau sebaliknya menyediakan
cagaran atau mungkin menyediakan cagaran berkaitan dengan penggunaan Akaun;
b. mana-mana syarikat, organisasi, institusi, persatuan, biro kredit, agensi kredit, institusi
kewangan atau entiti lain yang mungkin melakukan semakan kredit terhadap Pemegang
Akaun, Unit Kredit Pusat Bank Negara Malaysia, DCHEQS, Sistem Maklumat Rujukan
Kredit Pusat (CCRIS) atau sebarang pihak berkuasa atau badan lain yang ditubuhkan oleh
Bank Negara Malaysia, mana-mana badan atau pihak berkuasa lain (kerajaan atau
sebaliknya) yang dianggap wajar oleh Bank di bawah sebarang undang-undang,
peraturan, garis panduan, keperluan kawal selia atau arahan yang terpakai (samada
mempunyai kuasa undang-undang atau sebaliknya);
c. mana-mana orang yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik apa-apa
wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank
(termasuk tetapi tidak terhad kepada agensi pungutan hutang, pekerja dan agennya);
d. mana-mana peniaga, mana-mana pegawai Bank dan mana-mana institusi ahli MCI
dan/atau mana-mana orang atau entiti lain yang mempunyai kepentingan sah dalam
Pemegang Akaun setakat mana berkait dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang
Akaun; dan
e. kepada mana-mana pihak ketiga yang membuat pertanyaan dengan tujuan memasuki
transaksi yang dijangka dengan Bank.
Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan yang terlibat dalam promosi, penjualan,
penyampaian dan pengedaran produk dan perkhidmatan kewangan adalah bagi tujuan
memudahkan operasi, perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain Bank dan atau Syarikat-
syarikat Kumpulan. Meskipun sifat am perkara yang disebut sebelum ini, Bank bersetuju bahawa
(1) pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan bagi tujuan penjualan silang tidak
akan dilaksanakan jika pendedahan tersebut dibantah oleh Pemegang Akaun dengan
menghubungi Pusat Panggilan Bank di nombor telefon atau alamat berikut (yang boleh diubah
oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada Pemegang Akaun): Tingkat 19, Menara
Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No. Tel.: +603-6204 7788.; dan
(2) Bank hanya akan mendedahkan maklumat Pemegang Akaun (tidak termasuk maklumat
berkaitan dengan urusan atau akaun Pemegang Akaun) kepada pihak ketiga bagi tujuan
perikatan strategik, pemasaran dan promosi, hanya jika Pemegang Akaun dengan nyata
membenarkan pendedahan tersebut.
ii. untuk membuat laporan (termasuk laporan Polis) dan/atau pekeliling dan/atau memasukkan iklan
atau menerbitkan atau memaparkan notis (termasuk sebarang iklan dalam mana-mana media)
yang mengandungi sebarang atau semua butir-butir peribadi Pemegang Akaun, butir-butir
akaunnya berkaitan dengan Akaun (termasuk tetapi tidak terhad kepada akaun dan status
kewangan Pemegang Akaun) yang dianggap perlu oleh Bank bagi tujuan mendapatkan balik
apa-apa wang yang terhutang dan kena dibayar daripada Pemegang Akaun kepada Bank;
iii. untuk menyemak kedudukan kredit pemohon untuk Akaun; dan/atau butir-butir peribadi, urusan
dan kedudukan kredit Pemegang Akaun dengan apa jua syarikat, individu, agensi, institusi
kewangan atau badan lain dan mendapatkan daripadanya sebarang maklumat yang mungkin
dikehendaki oleh Bank, samada melalui komunikasi lisan atau melalui dokumen.
Bank dengan ini menafikan semua liabiliti kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian atau
gantirugi (langsung, tidak langsung, khas atau berbangkit) tidak kira sifatnya atau perasaan malu
yang dialami oleh Pemegang Akaun berbangkit daripada atau disebabkan oleh pendedahan
sebarang maklumat atau pentafsiran atau penggunaan maklumat yang didedahkan meskipun
jika maklumat tidak tepat atau salah kecuali jika disebabkan secara langsung oleh kecuaian
melampau atau keingkaran yang disengajakan oleh Bank.
35.2. Anda dengan ini bersetuju dan dengan nyata membenarkan dan mempelawa pekerja, kontraktor bebas,
wakil dan/atau agen Bank untuk menghubungi anda dari semasa ke semasa melalui lawatan peribadi atau
komunikasi lisan yang dilakukan melalui apa-apa cara komunikasi termasuk tetapi tidak terhad kepada
panggilan telefon tentang sebarang promosi.
35.3. Tanpa menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini dan berdasarkan alamat pos, alamat e-mel, nombor
telefon dan atau sebarang butir-butir hubungan lain Pemegang Akaun yang sedia ada disimpan atau
direkodkan dengan Bank, Bank dengan ini dengan tak boleh batal dibenarkan ( tetapi tidak mempunyai
kewajipan ) untuk menghubungi dan / atau memaklumkan Pemegang Akaun melalui pos dan atau mel
elektronik dan atau telefon dan atau perkhidmatan pesanan ringkas ( SMS ) dan atau perkhidmatan kurier
dan atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dipilih oleh Bank mengikut budi bicara tunggalnya.
Maklumat atau makluman yang dihantar oleh Bank akan merangkum sebarang maklumat atau makluman
yang dianggap sesuai atau perlu oleh Bank dan boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang
maklumat tentang Akaun dan atau sebarang maklumat berkaitan dengan apa-apa perkhidmatan, manfaat,
promosi, program Bank dan atau mana-mana pihak lain yang diadakan secara bersama dengan Bank.
36. Dokumen Lanjut
Pemegang Akaun berakujanji untuk menandatangani sebarang dokumen lanjut yang mungkin diminta oleh Bank
dari semasa ke semasa dan Pemegang Akaun dengan ini secara nyata berwaad dan bersetuju bahawa menurut
pilihan Bank, sebarang dokumen lanjut tersebut boleh dianggap berkuat kuasa secara retrospektif.
37. Penyampaian
37.1. Pemegang Akaun dengan ini secara tak boleh batal membenarkan penyampaian sebarang notis di bawah
Perjanjian ini atau sebarang proses mahkamah atau penyerahan cek jurubank atau Kad atau sebarang
dokumen atau barangan lain melalui pos biasa atau melalui serahan tangan atau melalui perkhidmatan kurier
ke alamat Pemegang Akaun yang terakhir diketahui dalam rekod Bank dan penyampaian dan/atau
penyerahan tersebut akan dianggap berkesan dua (2) hari kalendar selepas pengeposan, jika dihantar
melalui pos dan pada masa penyerahan, jika diserahkan melalui serahan tangan atau melalui kurier.
Penyampaian proses mahkamah juga boleh dilaksanakan melalui sebarang cara lain yang dibenarkan oleh
undang-undang.
37.2. Pemegang Akaun hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang sebarang perubahan pada
pekerjaan atau perniagaan atau alamat (pejabat atau kediaman) atau jika Pemegang Akaun merancang
untuk berada di luar Malaysia selama lebih daripada tiga puluh (30) hari kalendar berturut-turut.
38. Perakuan Bukti Konklusif
Perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai Bank tentang transaksi yang dijalankan terhadap Akaun; dan/atau
jumlah yang pada masa itu tersedia dalam Akaun adalah bukti konklusif terhadap Pemegang Akaun dalam
sebarang prosiding undang-undang.
39. Pembatalan/Penggantungan disebabkan Keganasan
39.1. Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang hak dan remedi lain Bank atau sifat am sebarang
peruntukan lain dalam Perjanjian, Bank berhak menurut budi bicara tunggal dan mutlaknya untuk dengan
serta-merta mengisytiharkan bahawa:-
i. Akaun dan/atau penggunaannya akan digantung, dan dengan itu ia akan digantung; dan/atau
ii. Akaun dan/atau penggunaannya akan dibatalkan, dan dengan itu ia akan dibatalkan;
jika sebarang peristiwa atau siri peristiwa samada berkaitan atau tidak, termasuk tetapi tidak
terhad kepada sebarang tindakan kekerasan, keganasan, permusuhan atau peperangan,
darurat, revolusi, pemberontakan, rampasan atau bencana lain (samada berlaku di dalam atau
di luar Malaysia atau mana-mana tempat lain di mana Bank mungkin menjalankan perniagaan)
atau perubahan keadaan lain telah berlaku yang menurut pendapat Bank (yang mana pendapat
tersebut adalah muktamad dan mengikat terhadap Pemegang Akaun):-
iii. akan atau mungkin menjadikannya tidak wajar atau tidak praktik bagi Bank untuk menyediakan
Akaun dan/atau Kad atau terus menyediakannya atau membenarkan Akaun dan/atau Kad
digunakan atau terus digunakan; atau untuk mematuhi mana-mana obligasinya di bawah terma
dan syarat ini; atau
iv. akan atau mungkin menjejaskan keupayaan atau kesanggupan Pemegang Akaun untuk
mematuhi sebarang kewajipan yang perlu dipatuhi oleh Pemegang Akaun di bawah terma dan
syarat ini atau menjadikan Pemegang Akaun mungkin tidak berupaya atau sanggup berbuat
demikian.
40. Pengganti
Perjanjian ini mengikat terhadap waris, wakil diri dan pengganti hakmilik Pemegang Akaun dan terhadap pengganti
hakmilik dan penerima serah hak Bank.
41. Penyusunan Semula Bank
Kewajipan dan liabiliti Pemegang Akaun akan terus sah dan mengikat bagi semua tujuan pun jua meskipun
sebarang perubahan melalui penggabungan, penyusunan semula atau sebaliknya yang dilakukan terhadap Bank
atau mana-mana syarikat yang menjalankan perniagaan Bank pada masa itu dan akan tersedia kepada syarikat
yang menjalankan perniagaan tersebut pada masa itu.
42. Masa Menjadi Asas
Masa di mana jua disebut akan menjadi asas Perjanjian.
43. Undang-undang Yang Dikenakan dan Bidang Kuasa
Perjanjian ini akan dianggap satu kontrak yang dibuat di bawah undang-undang Malaysia dan hendaklah bagi
semua tujuan dikawal oleh dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang Malaysia dan pihak-pihak di sini
bersetuju berserah kepada bidang kuasa bukan eksklusif Mahkamah Malaysia di Kuala Lumpur atau mahkamah
sebarang bidang kuasa kompeten lain yang mana Bank boleh menurut budi bicara tunggalnya memilih untuk
berserah kepada bidang kuasa tersebut dan seterusnya bersetuju bahawa penyampaian sebarang proses
undang-undang boleh dilaksanakan dalam cara yang dibentangkan di dalam ini. Pemegang Akaun menepikan
sebarang bantahan atas alasan tempat atau forum non-conveniens.
44. Keselamatan Kata Laluan
Anda bertanggungjawab melaksanakan keselamatan dan kawalan yang mencukupi terhadap semua ID Pengguna
CIMB Clicks, Kata Laluan Perbankan Internet, TAC, PIN atau sebarang kod lain yang akan anda gunakan untuk
mengakses Akaun dan/atau Kad.
45. Pengecualian Liabiliti
Bank tidak akan bertanggungjawab kepada Pemegang Akaun atas sebarang kerugian (termasuk sebarang
kerugian faedah, perbelanjaan yang ditanggung, kehilangan kontrak atau keuntungan atau kerugian berbangkit
lain, samada langsung atau tidak langsung) yang walau bagaimanapun jua ditanggung (samada melalui
ketinggalan atau keingkaran lain) berhubung dengan penggunaan Akaun oleh Pemegang Akaun termasuk tetapi
tidak terhad kepada kerosakan atau kerugian yang ditanggung terhadap sebarang penyata, representasi atau
implikasi berkaitan dengan atau berbangkit daripada tindakan tidak membaharui atau membatalkan Akaun
dan/atau Kad atau sebarang pembatalan, penggantungan atau sekatan terhadap penggunaan Akaun dan/atau
Kad oleh Pemegang Akaun kecuali disebabkan kecuaian melampau oleh Bank.
46. Klausa Privasi
46.1. Pemegang Akaun dengan ini mengesahkan bahawa Pemegang Akaun telah membaca, memahami dan
bersetuju terikat oleh Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di www.cimbbank.com.my) dan
klausa-klausa di dalam ini, yang berkait dengan pemprosesan maklumat peribadi Pemegang Akaun. Untuk
mengelakkan sebarang keraguan, Pemegang Akaun bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut akan dianggap
digabungkan melalui rujukan ke dalam Perjanjian ini.
46.2. Sekiranya Pemegang Akaun memberikan maklumat peribadi dan kewangan berkaitan dengan pihak ketiga,
termasuk maklumat berhubung dengan waris dekat dan tanggungan Pemegang Akaun, bagi tujuan
membuka atau mengendalikan akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan Bank atau sebaliknya
melanggan produk dan perkhidmatan Bank, Pemegang Akaun (a) mengesahkan bahawa Pemegang Akaun
telah mendapatkan kebenaran mereka atau sebaliknya berhak memberikan maklumat ini kepada Bank dan
untuk Bank menggunakannya selaras dengan Perjanjian ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa
maklumat peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju mengemaskinikan Bank
secara bertulis sekiranya terdapat apa-apa perubahan material pada maklumat peribadi dan kewangan
tersebut; dan (d) menyetujui hak Bank untuk menamatkan Akaun ini sekiranya kebenaran tersebut ditarik
balik oleh mana-mana pihak ketiga tersebut.
46.3. Jika Pemegang Akaun mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang jenis transaksi rentas sempadan
(termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butir-butir yang relevan bagi transaksi rentas
sempadan tersebut (termasuk maklumat berkaitan dengan mereka yang terlibat dalam transaksi tersebut)
mungkin diterima dari atau dihantar ke luar negara, di mana maklumat tersebut boleh diakses (samada
secara langsung atau tidak langsung) oleh pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan
kewajipan sah mereka (misalnya pencegahan jenayah). Dengan mengarahkan Bank dan/atau agen kami
agar memasuki sebarang transaksi rentas sempadan bagi pihak Pemegang Akaun, Pemegang Akaun
menyetujui pendedahan di atas bagi pihak Pemegang Akaun dan pihak lain yang terlibat dalam transaksi
rentas sempadan tersebut.
46.4. Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan/rujukan kredit untuk membantu membuat keputusan,
misalnya apabila Bank perlu (a) menyemak butir-butir tentang permohonan bagi kemudahan kredit dan
berkaitan kredit atau kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau kemudahan kredit dan berkaitan kredit,
termasuk menjalankan semakan terhadap portfolio Pemegang Akaun; dan/atau untuk mendapatkan balik
hutang. Pemegang Akaun akan dikaitkan oleh agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama
lain yang kini atau pernah digunakan oleh Pemegang Akaun, dan mana-mana pemohon bersama dan
berasingan. Bank juga mungkin berkongsi maklumat tentang Pemegang Akaun dan bagaimana Pemegang
Akaun mengurus akaun/kemudahan Pemegang Akaun dengan agensi pelaporan/rujukan kredit yang
berkenaan.
46.5. Meskipun selepas Pemegang Akaun memberikan apa-apa maklumat kepada Bank, Pemegang Akaun
mempunyai pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum itu. Dalam keadaan sedemikian,
Bank mempunyai hak untuk tidak menyediakan atau berhenti menyediakan apa-apa produk, perkhidmatan,
akaun dan/atau kemudahan yang dikaitkan dengan maklumat tersebut.
46.6. Bagi tujuan Klausa 45 ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan semua syarikat
berkaitannya seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 7 Akta Syarikat 2016 dan syarikat yang dikawal
bersama yang menyediakan perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan terkawal lain, tidak termasuk
syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan penggunaan
perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai rujukan kepada Kumpulan CIMB.
46.7. Klausa ini adalah tanpa prejudis terhadap sebarang klausa lain dalam Perjanjian ini yang membuat
peruntukan bagi pendedahan maklumat.
47. Tiada Penyerahan Hak
Pemegang Akaun tidak boleh tanpa kebenaran bertulis Bank menyerah hak atau mewujudkan sebarang
kepentingan cagaran terhadap hak, hakmilik, manfaat dan kepentingan Akaun termasuk tetapi tidak terhad kepada
semua wang yang dipegang di dalamnya memihak kepada mana-mana orang kecuali dan melainkan bahawa ini
boleh diserah hak dan atau diwujudkan memihak kepada Bank.
48. Penerbitan Perjanjian ini di CIMB Clicks
48.1. Sesalinan Perjanjian ini diterbitkan di CIMB Clicks (atau mana-mana laman web lain yang boleh diubah oleh
Bank dari semasa ke semasa dengan memaklumkan Pemegang Akaun). Sekiranya Bank mengubah atau
meminda sebarang terma Perjanjian ini, versi yang dipinda dan dikemaskinikan akan diletakkan di laman
web Bank yang disebut sebelum ini.
48.2. Jika terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kesamaran atau percanggahan antara versi terma-terma
dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, versi terma-terma dan syarat-syarat ini
dalam Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini, jika
permintaan dibuat oleh Pemegang Akaun dan dicatat dan diakui oleh Bank dalam rekodnya bahawa versi
terma-terma dan syarat-syarat dalam Bahasa Malaysia akan mengawal operasi Akaun, maka versi terma-
terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
48.3. Sekiranya terdapat sebarang aduan tentang Perjanjian ini, Pemegang Akaun boleh menghubungi Customer
Resolution Unit (“CRU”) Bank di alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks berikut (atau di
sebarang alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nombor faks lain) yang boleh diubah oleh Bank dengan
memaklumkan Pemegang Akaun:-
Customer Resolution Department
P.O. Box 10338, GPO Kuala Lumpur 50710 Wilayah Persekutuan
Tel: +603-6204 7788 Faks: +603- 26913248
Alamat e-mel: CRU@cimb.com
top related