perkahwinan
Post on 05-Jul-2015
1.746 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Pertunangan Dan Perkahwinan Menurut Islam
Proses PertunanganSetelah mengambil kira dasar-dasar pemilihan Suami isteri,maka pihak lelaki pun mengutus wakil untuk melamar dan meminang.
Mendapat persetujuan daripada anak perempuan terlebih dahulu.
HIKMAHNYA
Memberi peluang si anak meluahkan isi hatinya yg ikhlas.
Adalah tidak adil dan wajar jika paksaan dilakukan oleh wali terhadap anak perempuannya untuk menerima lamaran seseorang yang semata mata disukai atas dasar kemewahan, bukan atas dasar ketaatan beragama
Tanda Persetujuan Kedua Belah Pihak
Biasanya,selesai acara peminangan,maka cincin akan disarungkan di jari manis orang yang dipinang tanda persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak.Begitu juga tentang tarikh perkahwinan yang akan diadakan.
TAHUKAH ANDA ?
Inilah suatu tempoh percubaan yang mencabar
kepada bakal pasangan suami isteri.
Islam MENGHARAMKAN mereka berdua-duaan kesana kemari kerana pertunangan itu bukanlah “ tiket “ untuk melakukan perkara-perkara yang dihalalkan dalam
perhubungan suami isteri
WALIMATUL URUS
• SELAMAT PENGANTIN BARU
Pelamin Pengantin
Masih kedapatan dikalangan masyarakat Islam mengadakan acara persandingan buat tontonan masyarakat.Ia sebenarnya tidak dibenarkan oleh Islam apatah lagi pakaian pengantin yang membuka aurat.
Majlis Akad Nikah
• Majlis akad nikah kebiasaanya dilakukan dimasjid.Pun begitu ada juga dilakukan dirumah pengantin.Sebaiknya bapa pengantin perempuan mengakadnikah anaknya sendiri.Selepas akad nikah sisuami akan menyarungkan cincin kepada isterinya.(membatalkan air sembahyang).
Maskahwin ( Mahar )
• Mahar merupakan pemberian wajib bakal suami kepada bakal isteri.Mahar terbahagi kepada dua:Mithil dan Musamma.Namun mahar yang paling rendah adalah yang terbaik.Namun begitulah terpulang kepada pihak pengantin perempuan.
Rombongan Pengantin
• Rombongan pengantin lelaki menuju kerumah pengantin perempuan bersama dulang hantaran.Paluan kompang turut mengiringi pengantin
Dulang Hantaran
• Dulang hantaran biasanya terpulang kepada kedua-dua belah pihak.Islam menganjurkan kita agar bersederhana dalam apa jua perkara.
Menjamu Selera
• Makan kenduri (menjamu selera) biasanya diadakan dibawah khemah yg didirikan oleh tuan rumah.Ada juga diadakan didewan dan hotel.Bergantung kepada status atau kedudukan kewangan.
• Persoalannya sekarang adakah diasingkan khemah lelaki dan perempuan?
Hukum Bersanding Dalam Islam
Hukum Bersanding
Jika majlis persandingan tersebut dibuat secara tertutup (di hadapan keluarga terdekat/mahram), ada di antara adat yang masih boleh dipulihkan mengikut acuan Islam atau memenuhi tuntutan syarak.
Tujuan asal majlis bersanding ini ialah untuk memperkenalkan pengantin yang bergelar raja sehari kepada orang ramai.Memang seharusnya mereka diperkenalkan sebagai pasangan suami isteri. Lebih-lebih lagi kebanyakan tetamu yang datang ke majlis walimah itu adalah bertujuan melihatdan menatap wajah pasangan raja sehari.
Persoalan yang sangat penting dalam bersanding ialah dari manakah asalnya budaya bersanding adaka ia budaya masyarakat melayu atau budaya masyarakat lain.
Sepanjang pemerhatian, saya dapati budaya bersanding di Malaysia asal usulnyaadalah dari budaya masyarakat India.
Kesimpulan
Sebagai seorang Islam yang beriman,jadikanlah Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan kepada kita dalam setiap urusan. Adat resam serta pegangan orang tua-tua terdahulu banyak yang menyimpang dari ajaran Al-Quran. Kata pepatah “ Biar mati anak jangan mati adat” sudah tidak relevan lagi sekarang ini.Kalau anak mati siapa pula yang hendak meneruskan adat.Pun begitu adat yang diamalkan jika tidak bertentangan dengan ajaran Islam dibolehkan.Bertepatanlah dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: Berpeganglah kamu dengan dua perkara nescaya kamu selamat.iaitu Kitab Allah dan Sunnahku. Wallahua’lam.
Sekian Terima Kasiholeh:
MOHD ZAMRI BIN RASHID
top related