persatuan guru stem malaysia ©,2020 perpustakaan negara
Post on 02-Oct-2021
4 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Persatuan Guru STEM Malaysia ©,2020
Hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan
dalam sistem simpanan kekal atau dipindahkan ke dalam sebarang bentuk atau sebarang cara
elektronik, mekanik, penggambaran semula dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin
daripada penulis.
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Koleksi Ilmiah Pendidikan Amalan Baik Edisi 2020 disunting Oleh Nur Farhana Ramli, Ku
Mahani Ku Mat Desa
Diterbitkan oleh:
Persatuan Guru STEM Malaysia
(PPM-013-10-16042018)
STEMUPM Laboratory Fakulti Sains,
Universiti Putra Malaysia, 43400,
Serdang , Selangor
Reka bentuk kulit : Siti Nabilah Kasdi
Rupa Taip Teks : Times New Roman
Saiz Taip Teks : 12 / 18
E-ISBN : e-978-967-18115-3-5
LEMBAGA EDITOR
PENASIHAT
DR NURZATULSHIMA KAMARUDIN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN, UPM
EN NOORSUHAILY BIN ALI MRSM JOHOR BAHRU, JOHOR
PN LEE SAW IM SMK BINTANG UTARA, KUALA LUMPUR
KETUA EDITOR
DR NUR FARHANA RAMLI SEKOLAH DALAM HOSPITAL PPUKM, KL
KU MAHANI KU MAT DESA SMK ALAM DAMAI, KUALA LUMPUR
SIDANG EDITOR
DR CHIN CHEE KEONG IPG KAMPUS TUANKU BAINUN ,PULAU PINANG
DR NAJIHAH MUSTAFFA SEKOLAH MENENGAH SAINS TAPAH, PERAK
DR FATIMAH RAMLI SMK KHIR JOHARI, BERANANG, SELANGOR
DR INTAN BAIZURA A GHANI SMAP LABU , NEGERI SEMBILAN
DR KHOO CHWEE HOON IPG KAMPUS KENT, SABAH.
DR NORAZLINDA MOHD DARBY MAKTAB TENTERA DIRAJA, KUALA LUMPUR
DR NORHANA BAKHARY PPD SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN
DR SUHAIMI ZAKARIA @ OTHMAN SM SAINS MUAR, JOHOR
DR SUHAIZA MAT SAID SMA SETIU, TERENGGANU
DR WAN NOR FADZILAH WAN HUSIN BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM, PUTRAJAYA
DR WAN NOOR ADZMIN MOHD SABRI IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK, NEGERI SEMBILAN
DR ANIS DIYANA HALIM SM SAINS SERI PUTERI, KUALA LUMPUR
DR RAHAYU JOHARI SM SAINS REMBAU, NEGERI SEMBILAN
DR NORAZLA MUSTAFA SM SAINS TUANKU SYED PUTRA, PERLIS
DR ASMAWATI MOHAMAD ALI KOLEJ MATRIKULASI PAHANG, PAHANG
DR BAVANI A/P NAGESWANA ROW SK ST PAUL, NEGERI SEMBILAN
TS DR PAJUZI AWANG IPG KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL, TERENGGANU
KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurniaNya telah lahir siri buku Koleksi Ilmiah
Pendidikan yang juga merupakan penerbitan pertama dari Persatuan Guru STEM Malaysia
(PGSM). Buku ini merupakan kesinambungan dari program Konfren Pengajaran dan
Pembelajaran, Cabaran STEM Maya PGSM 2020.
Pertamanya, saya bagi pihak seluruh ahli Persatuan Guru STEM Malaysia ingin mengucapkan
terima kasih kepada Pusat STEM Negara, Kementerian Pelajaran Malaysia dan juga Universiti
Putra Malaysia atas kerjasama yang diberikan. Saya yakin, kerjasama seperti ini sangat membantu
para guru dalam mengembangkan profesionalisma mereka.
Ucapan terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sepanjang
menjayakan program ini terutamanya kepada pasukan penerbitan atas kesungguhan dan komitmen
mereka. Tidak lupa juga kerjasama yang diberikan oleh para perserta dalam membantu kelancaran
penghasilan buku ini.
Penghargaan ini juga diberikan kepada semua ahli Persatuan Guru STEM Malaysia dan rakan
strategik PGSM yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi kejayaan ini. Semoga
lebih banyak kejayaan yang kita dapat cipta dalam memartabatkan pendidikan khususnya
pendidikan STEM di Malaysia.
Sekian, terima kasih.
En Noorsuhaily Bin Ali
Pengerusi
Persatuan Guru STEM Malaysia
PRAKATA Salam sejahtera.
Saya amat bangga dengan kejayaan Persatuan Guru STEM Malaysia menerbitkan Koleksi Ilmiah
Pendidikan yang melibatkan hasil penyelidikan daripada warga pendidik dari seluruh Malaysia.
Penyelidikan merupakan amalan yang penting bagi menangani isu dalam bilik darjah. Amalan
baik, inovasi, penilaian dan kajian tindakan dalam pendidikan STEM memainkan peranan yang
penting dalam usaha melahirkan modal insan yang berdaya saing secara global.
Buku ini merupakan platform bagi para pendidik untuk membuat perkongsian penyelidikan
masing-masing. Diharap dengan adanya perkongsian ini dapat memberi suntikan dalam usaha
memperkasakan STEM untuk menyediakan murid-murid menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan
pembelajaran abad ke-21 (PAK21). Para pembaca juga boleh membuat rujukan adaptasi idea baru
dalam pelaksanakan aktiviti pendidikan di institusi masing-masing.
Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua penulis yang sudi mengambil bahagian
dalam penerbitan koleksi ilmiah PGSM ini. Tidak lupa juga merakamkan jutaan terima kasih
kepada Pasukan Editor yang bertungkus lumus untuk membuat penyuntingan untuk
menghasilkan koleksi ilmiah yang berkualti. Syabas, anda semua hebat!
Akhir kata saya berharap agar penerbitan penyelidikan pada kali ini dapat memberi manfaat
kepada semua warga pendidik.
Puan Lee Saw Im
Timbalan Pengerusi Persatuan Guru STEM Malaysia
Pengerusi Persidangan Pengajaran dan Pembelajaran Kebangsaan 2020
ISI KANDUNGAN
INTIPATI PENAAKULAN SAINTIFIK
Ho Wen Jye 1
PENGHARGAAN KENDIRI GURU SEKOLAH DALAM PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN
PAK-21
Ahmad Kamal Yusoff & Shahlan Surat 9
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH TERHADAP MINAT,
PENGUASAAN DAN PENGLIBATAN MURID BERMASALAH PEMBELAJARAN DALAM
KURSUS DANDANAN RAMBUT
Hemarani A/P Munisamy & Mohd Rustam Mohd Rameli 14
PEMANTAUAN MELALUI RONDAAN PEMBELAJARAN MEMBANTU MENINGKATKAN
AMALAN PEMBUDAYAAN 14 KOMPETENSI PDPC GURU YANG BERKESAN KEPADA
MURID
Lazifah Mohd Aziz 22
PERIBAHASA MELAYU MERENTAS SAINS
Haslindar Nor Ismail 28
HUBUNGAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 TERHADAP MOTIVASI MURID DALAM
PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
Sirah Nasriah Mohd Tajuddin & Ruslin Amir 35
THE UNDERACHIEVING YEAR 6 PUPILS’ ATTITUDE AND PARENTS’ SUPPORT TOWARDS
READING IN ENGLISH
Bavani Nair a/p Appunni 41
MENILAI KEBERKESANAN PENDEKATAN FLIPPED CLASSROOM DALAM MODUL BAIK
PULIH DAN SELENGGARAAN KOMPUTER
Sharifah Nadiyah Razali & Mohd Hafiez Ahmad 47
MENJANA KELESTARIAN MATEMATIK TAMBAHAN SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
MENJADI HUB MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH KEPALA BATAS 2021
Marlinawati Romli 55
PROGRAM PENDIDIKAN KELESTARIAN
Aishah Mohd Taha 63
LET’S EMBRACE THE P.E.N.Y.U
Kamariah Awang 70
POTENSI PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN KEYAKINAN PELAJAR DALAM
MEMPELAJARI KIMIA
Intan Baizura A Ghani 75
AMALAN PENGGUNAAN E-RPH DALAM KALANGAN GURU-GURU DAERAH KULIM
BANDAR BAHARU
Mohd Ridzuan Mohd Taib 81
TAHAP KESEDARAN ‘HAZARD’ DI BENGKEL ELEKTRIK: KAJIAN TINJAUAN DI KOLEJ
KOMUNITI SEGAMAT
Siti Norzekhan Che Aziz & Nurriswin Jumadi 88
PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM KALANGAN WARGA SEKOLAH
Saharidah Sahaban 94
PERKAITAN TEORI KOGNITIVISME, KONSTRUKTIVISME DAN CONNECTISVISM DENGAN
AMALAN PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PDPC) STEM DALAM KALANGAN
GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH
Noor Anita Rahman 101
PERMAINAN TEKA SILANG KATA DALAM MENINGKATKAN PENCAPAIAN, MOTIVASI
DAN MINAT PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN BIDANG SIRAH
Mohd Zahid Zulkefly 110
ScanNGo
Ragu A/L Sinnasamy ,Vadivelan A/L Lohonathan & Kukan A/L Nallepan 115
1
INTIPATI PENAAKULAN SAINTIFIK
Ho Wen Jye
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak
Emel: howenjye@ipgmipoh.edu.my
Abstrak
Kajian ini berteraskan Teori Piaget dan Teori Hipotesis Beraneka iaitu Teori Piaget mendakwa bahawa
seseorang pemikir operasi formal dikatakan boleh menaakul dengan cara logik tanpa terikat oleh
konteksnya. Sebaliknya Teori Hipotesis Beraneka menjelaskan bahawa intipati penaakulan saintifik
adalah kebolehan seseorang untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih
daripada satu antejadian dalam konteksnya (Pernyataan: jika p, maka q; p adalah antejadian, q adalah
akibat). Kajian ini meninjau intipati penaakulan saintifik dengan menguji andaian Teori Hipotesis
Beraneka vs Teori Piaget melalui dua instrumen: 1.Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah (UPSBD),
2. Ujian Penaakulan Bersyarat Kimia (UPBK). Taburan respon penaakulan bersyarat dalam kalangan
130 orang pelajar sains tingkatan lima bagi tiga kumpulan peringkat kognitif Piaget yang berlainan (tiga
kumpulan berdasarkan skor UPSBD: operasi konkrit, peralihan, operasi formal) dibandingkan. Dua
trend utama diperoleh dalam keputusan kajian: 1. pelajar peringkat operasi formal lebih kerap memberi
respon bercorak penaakulan bersyarat (45.5%) berbanding dengan pelajar peringkat peralihan (25.0%)
dan operasi konkrit (18.2%), 2. pelajar peringkat operasi formal tidak menaakul mengikut logik
penaakulan bersyarat secara konsisten daripada Tugasan Pertama ke Tugasan Ketiga (peratusan
berubah dari 45.5% → 25.0% → 18.2%). Didapati peratusan respon penaakulan bersyarat semakin
menurun apabila beralih dari tugasan logik pertama ke ketiga, sejajar dengan trend keadaan konteks
tugasan adalah semakin sukar untuk membayangkan antejadian alternatif (selain daripada antejadian p).
Secara amnya, dapatan kajian menyokong andaian Teori Hipotesis Beraneka dan menambah lagi bukti
empirikal bahawa penaakulan tidak boleh dilihat sebagai suatu konstruk yang bebas daripada konteks.
Implikasi dapatan kajian terhadap pengajaran sains turut dibincangkan.
Kata kunci: penaakulan saintifik, peringkat operasi formal, teori hipotesis beraneka
1.0 Pengenalan
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), peranan
pendidikan sains untuk merealisasikan perubahan dan pencapaian Malaysia di peringkat antarabangsa
merupakan agenda yang begitu mencabar dan kritikal. Dimensi kualiti menjadi fokus utama untuk
mentransformasikan sistem pendidikan negara. Antara aspirasi yang digariskan untuk setiap murid ialah
kemahiran berfikir iaitu setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk
penaakulan (Kementerian Pendidikan Malaysia, KPM 2013). Dalam usaha ini, Malaysia menyediakan
pelbagai penambahbaikan prestasi misalnya dalam kurikulum standard sekolah rendah (KSSR) dan
kurikulum standard sekolah menengah (KSSM), kemahiran menaakul merupakan satu kemahiran yang
diutamakan (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2012). Menurut dokumen The Central Purpose of
American Education (Educational Policies Commission, 1961), objektif umum sekolah seharusnya
membantu pelajar mengembangkan keupayaan merasional, penekanan harus diberikan kepada
perkembangan kemahiran berfikir dan penaakulan saintifik. Justeru wujudnya keperluan untuk
mengalih fokus kepada kajian tentang intipati bagi kebolehan menaakul dan kebolehan berfikir.
1.1 Pernyataan Masalah
Selama ini, teori perkembangan kognitif Piaget menjadi tumpuan kajian ramai pendidik.
Berdasarkan model perkembangan intelektual kanak-kanak Piaget (Inhelder & Piaget, 1958), seseorang
pemikir operasi formal dikatakan mampu menggunakan corak pemikiran yang tidak terikat kepada
kandungan hujah, yakni seseorang pemikir operasi formal boleh menaakul dengan cara logik tanpa
terikat oleh konteksnya. Teori operasi formal Piaget telah menarik perhatian dan dipegang kuat oleh
para pendidik sains. Menurut kajian Lawson dan Renner (1975), majoriti konsep sains menengah adalah
abstrak dan memerlukan pemikiran formal. Skor pelajar dalam ujian penaakulan formal Piaget didapati
berkolerasi dengan pencapaian sains secara konsisten (Lawson, 1978; Roadrangka, Yeany & Padilla,
1983). Akan tetapi, sekadar melabelkan pelajar kepada kategori pemikir operasi formal, peralihan dan
2
operasi konkrit adalah tidak memadai, pengertian seharusnya lebih daripada data yang dipamerkan
dalam ujian penaakulan formal. Masalah yang timbul dari ujian penaakulan semasa adalah kita tidak
dapat memperuntukan banyak pengertian terhadap pencapaian pelajar dalam ujian ini. Lebih-lebih lagi
apabila berlakunya ketidak-konsistensi pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar dalam ujian, iaitu
seseorang pelajar yang berjaya dalam sesetengah item formal tidak berjaya dalam item konkrit. Ini
membawa kepada isu ketidak-konsistensi bagi peringkat operasi formal (Wollman, 1978b; Briggs,
1980), bertentangan dengan dapatan Piaget bahawa konsistensi merupakan satu petunjuk bagi
penaakulan formal (Inhelder & Piaget, 1958, hlm.265). Untuk membolehkan lebih pengertian dan
interpretasi dapat dibuat terhadap pencapaian pelajar dalam ujian penaakulan formal, maka adalah
pentingnya bagi kajian ditumpukan kepada persoalan tentang apakah yang sebenarnya diukur oleh ujian
penaakulan formal dan apakah sifat tabii bagi penaakulan formal.
1.2 Tinjauan Literatur
Lawson (1992) mengemukakan Teori Hipotesis Beraneka sebagai teras empirikal dalam
persoalan tentang apakah intipati bagi penaakulan saintifik. Hipotesis asas ini ingin menguji sama ada
ciri utama penaakulan saintifik adalah kecenderungan penaakul untuk mengusahakan penaakulan
dengan mempertimbangkan lebih daripada satu antejadian spesifik (Markovis, 1984; 1985) atau
sekiranya penaakul itu tidak dapat memikirkan lebih daripada satu antejadian (antecedent), dia adalah
sedar bahawa mungkin terdapat lebih daripada satu antejadian; maka kesimpulan yang dibuat olehnya
adalah terikat oleh kemungkinan ini. Berdasarkan teori ini, intipati bagi penaakulan saintifik adalah
“kebolehan untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada satu
antejadian” (Lawson, 1992, hlm.965). Maka teori ini meramalkan bahawa pelajar yang mempunyai
keupayaan penaakulan saintifik yang lebih tinggi akan lebih cenderung menggunakan logik bersyarat
(conditional) berbanding dengan logik dwisyarat (biconditional). Tambahannya, konteks juga
memainkan peranan yang penting dalam menentukan jenis logik yang digunakan. Ini bermakna konteks
soalan mempengaruhi corak kesimpulan yang dibuat. Jadual 1 menunjukkan ringkasan bagi elemen
utama dalam Teori Hipotesis Beraneka yang dipetik dari Lawson (1992, hlm.971).
Jadual 1
Perwakilan mental situasi dengan satu atau dua antejadian serta kesimpulan yang terhasil
Perwakilan mental Kesimpulaan terhasil
Situasi: satu antejadian
p q
�̅� �̅�
q p
�̅� �̅�
Situasi: dua antejadian
p q
�̅� tiada kesimpulan
q tiada kesimpulan
�̅� �̅�
Kajian ini menguji Teori Hipotesis Beraneka tentang sifat tabii penaakulan. Berdasarkan kajian
Lawson (1992) dan Norman (1997), barangkali urutan tugasan logik dalam instrumen Ujian Penaakulan
Bersyarat Kimia (UPBK) adalah dalam keadaan iaitu konteksnya semakin sukar untuk memikirkan
antejadian alternatif apabila beralih dari tugasan logik pertama (Isotop) menuju ke tugasan ketiga
(Keasidan). Teori Piaget mendakwa bahawa pemikir operasi formal dapat menaakul dengan cara logik
bersyarat tanpa terikat oleh konteksnya. Dengan itu, Teori Piaget membawa kepada ramalan bahawa
pelajar peringkat operasi formal akan memberi respon bercorak logik bersyarat yang sama kepada
semua tugasan UPBK kerana semua tugasan itu adalah dalam bentuk logik bersyarat yang identikal
(jika p, maka q). Manakala Teori Hipotesis Beraneka membawa kepada ramalan jenis corak respon
p
q
seakan-akan corak
penaakulan dwisyarat
(biconditional reasoning)
p
q
seakan-akan corak
penaakulan bersyarat
(conditional reasoning)
0
3
penaakulan adalah berubah-ubah dari satu tugasan ke tugasan lain bergantung kepada sejauh mana
konteksnya memudahkan dan menghadkan bayangan antejadian alternatif.
1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk meninjau intipati penaakulan saintifik dengan menguji andaian
asas Teori Hipotesis Beraneka Lawson (1992). Kajian ini menganalisis corak respon penaakulan yang
dipamerkan oleh pelajar sains tulen tingkatan lima pada tugasan logik bersyarat berdasarkan konsep
kimia asas dengan membandingkan taburan respon penaakulan bersyarat dalam kalangan pelajar
daripada kumpulan peringkat kognitif Piaget yang berlainan.
1.4 Persoalan Kajian
Apakah taburan respon penaakulan bersyarat pelajar mengikut peringkat kognitif Piaget yang
berlainan dalam Ujian Penaakulan Bersyarat Kimia (UPBK)?
1.5 Kepentingan Kajian
Falsafah Pendidikan Negara kita menekankan aspek perkembangan intelek. Dalam sistem
pendidikan Malaysia kini, warga pendidik dititikberatkan untuk mengasah kemahiran kognitif yang
tinggi dalam diri setiap murid agar sentiasa berfikir dan berusaha untuk mengembangkan daya
pemikiran supaya individu mampu menghuraikan, menaakul, merumus dan menghasilkan idea yang
bernas. Maka amat pentingnya pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dirancang oleh para pendidik
untuk mendedah dan melatih pelajar khasnya pelajar aliran sains dalam kemahiran berfikir secara logik
dan analitik. Dalam hal ini, kemahiran menaakul merupakan satu kemahiran yang diutamakan, ia
merupakan keupayaan individu membuat pertimbangan dan penilaian secara logik dan rasional
(Bahagian Pembagunan Kurikulum, 2012). Majoriti konsep sains menengah adalah abstrak dan
memerlukan kemahiran menaakul dan pemikiran peringkat formal. Penguasaan kemahiran berfikir
kritis dan kreatif serta strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat
penaakulan dengan rasional dan teratur. Sebelum itu, persoalan yang perlu ditinjau adalah: Apakah
intipati bagi kebolehan berfikir dan apakah aspek yang mempengaruhi kebolehan penaakulan saintifik
seseorang pelajar? Kajian berkenaan dengan intipati penaakulan saintifik perlu diteliti agar membantu
para pendidik dalam usaha meningkatkan kemahiran penaakulan saintifik pelajar, menggunakan
pendekatan dan persekitaran pembelajaran yang sesuai supaya kebolehan penaakulan pelajar dapat
dipertingkatkan. Kejayaan PPPM amat bergantung kepada kualiti PdP dan keupayaan guru untuk
merealisasikan matlamat dan aspirasi pendidikan seperti yang digariskan. Diharapkan hasil kajian dapat
memberi idea dan cadangan kepada guru dan perancang kurikulum tentang strategi dan situasi yang
sesuai dalam pengajaran sains supaya dapat meningkatkan keberkesanan PdP serta kebolehan
penaakulan saintifik dalam kalangan pelajar.
2.0 Metodologi
Kajian ini berupa kajian tinjauan yang melibatkan pengumpulan data kuantitatif. Data numerika
yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan ujian statistik deskriptif berbentuk frekuensi dan
peratusan.
2.1 Subjek Kajian
Subjek kajian terdiri daripada 130 orang pelajar sains tingkatan lima di tiga buah sekolah
menengah di Perak. Subjek kajian diambil secara intact daripada kelas aliran sains.
2.2 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan dua instrumen, iaitu (1) Ujian Penaakulan Saintifik Bilik Darjah
(UPSBD) dan (2) Ujian Penaakulan Bersyarat Kimia (UPBK).
Instrumen UPSBD (Lawson, 1978; 1987) merupakan versi ubahsuaian berdasarkan “Ujian
Penaakulan Formal Bilik Darjah” (Lawson, 1978). Instrumen ini terdiri daripada 10 item dan digunakan
untuk menentukan peringkat kognitif Piaget dalam kalangan responden. Kesahan UPSBD telah
ditentukan oleh Lawson (1978) secara kesahan konvergen dan kesahan muka. Ujian perintis UPSBD
dijalankan kepada 32 pelajar aliran sains tingkatan lima dari sebuah sekolah yang terlibat dalam kajian
sebenar. Kebolehpercayaan UPSBD telah dianggarkan dengan menggunakan 130 orang pelajar
4
tingkatan lima dan nilai koefisien KR-20 yang diperolehi adalah 0.78. Pelajar dikelaskan kepada
peringkat kognitif Piaget mengikut sistem potongan mata yang digunakan dalam kajian Lawson (1992)
dan Norman (1997). Jadual 2 menunjukkan skema pengelasan skor UPSBD yang digunakan.
Jadual 2
Skema pengelasan Peringkat Kognitif Piaget berdasarkan skor UPSBD
Skor UPSBD (mata) Peringkat Kognitif Piaget
0 – 3 Operasi konkrit
4 – 6 Peralihan
7 – 10 Operasi formal
Instrumen UPBK dibina oleh Norman (1997) dan digunakan untuk mengkaji corak penaakulan
pelajar dalam konteks yang berbeza. Dalam UPBK, terdapat tiga tugasan logik bersyarat berbentuk
“jika p, maka q” yang sama tetapi dalam konteks yang berbeza (Jadual 3). Setiap tugasan logik
penaakulan bersyarat ini disusuli dengan empat item yang berlainan berdasarkan empat premis
penaakulan bersyarat, iaitu p, �̅�, q, 𝑞 ̅ masing-masing.
Jadual 3
Tiga Tugasan Logik dalam UPBK
Tajuk tugasan Tugasan logik
1. Isotop Jika dua atom merupakan isotop kepada suatu unsur, maka atom-atom
itu berbeza dari segi bilangan neutron.
2. Tindak Balas
Kimia
Pertimbangkan persamaan tindak balas berikut:
A + B C + D
Jika tindak balas kimia ini berlaku, maka bahan B hadir dalam
campuran bahan tindak balas.
3. Keasidan Jika suatu larutan mempumyai nilai pH kurang daripada 7, maka
larutan itu adalah larutan berasid dan bukan beralkali.
Jadual 4 menunjukkan contoh empat item bagi tugasan logik pertama (Isotop) dan hasil respon
opsyen jawapan pelajar (iaitu A-C-C-B) jika pelajar menaakul mengikut prinsip penaakulan bersyarat
bagi keempat-empat item tersebut. Kesahan UPBK telah ditentukan dengan bantuan dua orang guru
matematik dan dua orang guru kimia yang pakar dan berpengalaman untuk memastikan item dalam
UPBK dan konsep kimia asas yang dirangkumi adalah sesuai dan memadai bagi tahap pelajar sains
tingkatan lima. Kebolehpercayaan UPBK pula ditentukan melalui koefisien korelasi Pearson iaitu 0.77
menunjukkan bahawa item-item UPBK adalah stabil untuk mengukur aspek penaakulan bersyarat
pelajar.
Jadual 4
Contoh empat item bagi Tugasan Logik 1 (Isotop) dan Hasil Respon Opsyen Jawapan Pelajar
mengikut Prinsip Penaakulan Bersyarat
Bentuk
logik
dan premis
No. Item Opsyen jawapan Penaakulan
bersyarat
p ⇒ q
p
1. Atom A dan atom B
merupakan isotop
kepada suatu unsur.
Kesimpulan: .....
A. Atom-atom itu berbeza dari segi
bilangan neutron.
B. Atom-atom itu sama dari segi bilangan
neutron.
C. Tiada kesimpulan dapat dicapai.
A
p ⇒ q
�̅�
2. Atom X dan atom Y
bukan isotop kepada
suatu unsur.
A. Atom-atom itu berbeza dari segi
bilangan neutron. C
5
Kesimpulan: ..... B. Atom-atom itu sama dari segi bilangan
neutron.
C. Tiada kesimpulan dapat dicapai.
p ⇒ q
q
3. Atom P dan atom Q
berbeza dari segi
bilangan neutron.
Kesimpulan: .....
A. Atom-atom itu merupakan isotop kepada
suatu unsur.
B. Atom-atom itu bukan isotop kepada
suatu unsur.
C. Tiada kesimpulan dapat dicapai.
C
p ⇒ q
�̅�
4. Atom M dan atom N
sama dari segi
bilangan neutron.
Kesimpulan: .....
A. Atom-atom itu merupakan isotop kepada
suatu unsur.
B. Atom-atom itu bukan isotop kepada
suatu unsur.
C. Tiada kesimpulan dapat dicapai.
B
Catatan:
Bentuk logik bersyarat: Jika p, maka q (Perwakilan simbolik: p ⇒ q)
Tugasan logik Isotop: Jika dua atom merupakan isotop kepada suatu unsur, maka atom-atom itu
berbeza dari segi bilangan neutron.
2.3 Pengumpulan Data
UPBK ditadbirkan kepada pelajar subjek kajian di tiga buah sekolah sasaran. Tujuan dan arahan
ujian diterangkan kepada pelajar, jangka masa yang diperuntukkan adalah 30 minit. Setelah tamat,
semua skrip kertas soalan dikumpul untuk dianalisis.
2.4 Penganalisisan Data
Hasil analisis dilaporkan dalam statistik frekuensi dan peratusan pelajar yang memberi respon
penaakulan bersyarat (A-C-C-B) terhadap setiap tugasan logik dalam UPBK dan dibandingkan antara
kumpulan pelajar peringkat kognitif Piaget yang berlainan.
3.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan
Untuk meninjau persoalan kajian, dapatan kajian dilaporkan mengikut dua bahagian, iaitu (i)
taburan pelajar mengikut peringkat kognitif Piaget berdasarkan skor UPSBD, dan (ii) taburan respon
penaakulan bersyarat pelajar dalam UPBK mengikut peringkat kognitif Piaget.
3.1 Taburan Pelajar mengikut Peringkat Kognitif Piaget
Skor UPSBD berjulat dari 0 ke 10 mata (skor min, �̅� = 5.4, sisihan piawai, SD = 2.26). Jadual
5 menunjukkan taburan palajar yang dikelaskan kepada peringkat operasi konkrit, peralihan dan operasi
formal berdasarkan skor UPSBD.
Jadual 5
Taburan pelajar mengikut Peringkat Kognitif Piaget berdasarkan skor UPSBD
Skor UPSBD Peringkat kognitif Piaget Frekuensi
(%)
0 – 3 Operasi konkrit 32
(24.6%)
4 – 6 Peralihan 54
(41.5%)
7 – 10 Operasi formal 44
(33.9%)
Jumlah 130
(100%)
Daripada jumlah 130 orang pelajar (min umur = 16.4 tahun), 32 orang (24.6%) berada pada
peringkat operasi konkrit, 54 orang (41.5%) pada peringkat peralihan, dan 44 orang (33.9%) pada
peringkat operasi formal.
6
3.2 Taburan Respon Penaakulan Bersyarat dalam UPBK mengikut Peringkat Kognitif Piaget
Jadual 6 menunjukkan peratusan pelajar pada setiap peringkat kognitif Piaget yang memberi
respon penaakulan bersyarat bagi tugasan logik dalam UPBK.
Jadual 6
Peratusan pelajar pada setiap peringkat kognitif Piaget yang memberi respon penaakulan bersyarat
bagi tugasan logik dalam UPBK
Tugasan logik
Peringkat operasi formal Peringkat peralihan Peringkat operasi konkrit
Frekuensi
(%)
Frekuensi
(%)
Frekuensi
(%)
Isotop 20
(45.5%)
7
(13.0%)
3
(9.4%)
Tindak balas
kimia
11
(25.0%)
6
(11.1%)
2
(6.3%)
Keasidan 8
(18.2%)
6
(11.1%)
2
(6.3%)
Catatan:
% pelajar pada setiap peringkat kognitif Piaget yang memberi respons penaakulan bersyarat adalah
dikira berdasarkan jumlah bilangan pelajar formal (44 orang), peralihan (54 orang) dan konkrit (32
orang) masing-masing.
Rajah 1 pula memaparkan trend perubahan peratusan pelajar bagi peringkat operasi formal
berbanding dengan peringkat peralihan dan peringkat operasi konkrit yang memberi respon penaakulan
bersyarat bagi tugasan logik dalam UPBK.
Berdasarkan paparan Rajah 1, dua trend keputusan dapat diperhatikan. Yang pertama, dalam
setiap tugasan, peratusan respons penaakulan bersyarat adalah lebih tinggi bagi pelajar pada peringkat
operasi formal berbanding dengan pelajar pada peringkat peralihan dan operasi konkrit. Keputusan ini
menunjukkan bahawa pelajar yang dikenalpasti sebagai peringkat operasi formal lebih kerap memberi
respon bercorak penaakulan bersyarat berbanding dengan pelajar pada peringkat peralihan dan operasi
konkrit bagi setiap tugasan logik dalam UPBK. Maka pelajar yang mempunyai keupayaan penaakulan
saintifik yang lebih tinggi (peringkat operasi formal > peringkat peralihan > peringkat operasi konkrit)
adalah lebih cenderung menggunakan bentuk logik penaakulan bersyarat. Keputusan ini menyokong
andaian Teori Hipotesis Beraneka yang mencadangkan bahawa ciri utama penaakulan saintifik adalah
45.5%
25.0%
18.2%
13.0% 11.1% 11.1%9.4%6.3% 6.3%
0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
70%
Isotop Tindak Balas Kimia Keasidan
Per
atusa
n (
%)
Tugasan Logik
Formal Peralihan Konkrit
Rajah 1 : Trend perubahan peratusan pelajar bagi peringkat operasi formal berbanding dengan
peringkat peralihan dan peringkat operasi konkrit yang memberi respon penaakulan bersyarat bagi
tugasan logik dalam UPBK
7
kecenderungan penaakul untuk mengusahakan penaakulan dengan mempertimbangkan lebih daripada
satu antejadian atau sekiranya penaakul itu tidak dapat membayangkan lebih daripada satu antejadian,
dia adalah sedar bahawa mungkin terdapat lebih daripada satu antejadian; maka kesimpulan yang dibuat
olehnya adalah cenderung kepada corak penaakulan bersyarat.
Yang kedua, pelajar pada peringkat operasi formal tidak menaakul mengikut logik penaakulan
bersyarat secara konsisten dari satu tugasan ke tugasan yang lain (peratusan berubah dari 45.5% bagi
Tugasan 1: Isotop kepada 25.0% bagi Tugasan 2: Tindak Balas Kimia dan 18.2% bagi Tugasan 3:
Keasidan). Ini bermakna terdapat kesan pengaruh konteks ke atas corak penaakulan pelajar peringkat
operasi formal di mana mereka tidak menaakul secara bebas daripada konteks bagi semua tugasan logik
bersyarat. Selain daripada itu, didapati peratusan respon penaakulan bersyarat semakin menurun apabila
beralih dari Tugasan 1: Isotop ke Tugasan 2: Tindak Balas Kimia ke Tugasan 3: Keasidan (45.5%
25.0% 18.2%). Memandangkan konteks tugasan UPBK adalah semakin sukar untuk memikirkan
antejadian alternatif apabila beralih dari Tugasan 1: Isotop ke Tugasan 2: Tindak Balas Kimia ke
Tugasan 3: Keasidan, maka keputusan ini sejajar dengan trend yang diramalkan oleh Teori Hipotesis
Beraneka iaitu kesan konteks adalah bergantung kepada sejauh mana pelajar mampu memikirkan
antejadian yang lain (atau hipotesis alternatif) berdasarkan pengetahuannya tentang konteks itu.
4.0 Rumusan dan Cadangan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa mempertimbangkan hipotesis alternatif merupakan suatu
aspek yang penting dalam penaakulan. Sesetengah pelajar sedar akan perhubungan sebab-akibat (cause-
effect relationships), tetapi pemikiran mereka terbatas kepada satu punca untuk satu akibat (iaitu lebih
kerap membuat penaakulan bercorak dwisyarat). Manakala sesetengah pelajar tidak terbatas dengan
pemikiran sedemikian, mereka sedar akan keadaan punca beraneka bagi suatu akibat spesifik dalam
konteks tertentu, dan terdapatnya satu kecenderungan umum (satu tabiat minda) yang membimbing
mereka untuk melihat kepada alternatif, walaupun dalam keadaan di mana alternatif tidak ketara.
Pandangan tentang sifat tabii penaakulan saintifik seperti ini membawa beberapa implikasi kepada
pengajaran sains di sekolah.
Dengan menyedari bahawa mempertimbangkan hipotesis alternatif merupakan aspek yang
penting dalam penaakulan, guru seharusnya menyemai tabiat ini di dalam minda pelajar. Aktiviti
pendidikan yang mendorong pelajar untuk mempertimbangkan dan menguji antejadian alternatif (atau
hipotesis alternatif) akan dapat merangsang pelajar supaya lebih bersifat reflektif dan
mempertingkatkan perkembangan intelektual pelajar.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar tidak menaakul semata-mata mengikut bentuk
logik suatu pernyataan. Sebaliknya wujud suatu kecenderungan untuk melihat kepada hipotesis
alternatif. Kebolehan untuk memikirkan hipotesis alternatif adalah bergantung kepada sejauh mana
pelajar dapat mengesan perhubungan sebab-menyebab dan sejauh mana pelajar mampu menstruktur
semula secara konkrit suatu hipotesis alternatif dalam konteks yang abstrak (Norman, 1997). Oleh itu,
pengajaran harus dirancang ke arah meningkatkan kebolehan pelajar untuk menstrukturkan semula
secara konkrit suatu hipotesis alternatif dalam konteks yang abstrak serta meningkatkan kebolehan
pelajar untuk mengesan perhubungan sebab-akibat yang tidak ketara atau abstrak.
Kebolehan untuk mempertimbangkan pengaruh saling-bergantungan antara pembolehubah
yang berlainan dalam suatu konteks tertentu adalah penting untuk membantu pelajar menjana hipotesis
alternatif yang sah bagi sesuatu situasi. Guru perlu menggunakan strategi pengajaran yang sesuai supaya
pelajarnya sentiasa mengambil kira pembolehubah yang relevan dan mempertimbangkan kombinasi
pembolehubah dalam suatu situasi yang diberikan.
Dapatan kajian dapat dilihat sebagai satu langkah ke hadapan dalam usaha cuba menerangkan
dan mengesahkan konstruk tentang penaakulan. Diharapkan dapatan kajian ini menjadi landasan untuk
merangsang idea-idea bernas yang menyumbang kepada peningkatan dan penambahbaikan kualiti
pendidikan di Malaysia demi melahirkan modal insan yang mampu menangani cabaran dan persaingan
di peringkat global sejajar dengan aspirasi PPPM.
8
Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Spesifikasi
Kurikulum Matematik Tingkatan 4. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Briggs, J.B. (1980). Developmental processes and learning outcomes. In R. Kirby and J.B. Briggs
(Eds.), Cognition, development and instruction. New York: Academic.
Educational Policies Commission. (1961). The central purpose of American education.Washington,
D.C.: National Education Association of the United States.
Inhelder, B., & Piaget, J. (1958). The growth of logical thinking from children to adolcescence. New
York: Basic.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013–2025.
Putrajaya: Author.
Lawson, A.E. (1978). The development and validation of a classroom test of formal reasoning. Journal
of Research in Science Teaching, 15(1), 11-24.
Lawson, A.E. (1992). What do tests of formal reasoning actually measure? Journal of Research in
Science Teaching, 29, 965-983.
Lawson, A.E., & Renner, J.W. (1975). Relationship of science subject matter and development levels
of learners. Journal of Research in Science Teaching, 12(4), 347-358.
Markovtis, H. (1984). Awareness of the “possible” as a mediator of formal thinking in conditional
reasoning problems. British Journal of Psychology, 75, 367-376.
Markovtis, H. (1985). Incorrect conditional reasoning among adults: Competence or performance?
British Journal of Pshchology, 76, 241-247.
Norman, O. (1997). Investigating the nature of formal reasoning in chemistry: Testing the Lawson’s
multiple hypothesis theory. Journal of Research in Science Teaching, 34(10), 1067-1081.
Roadrangka, V., Yeany, R.H., & Padilla, M.J. (1983). The construction and validation of group
assessment of logical thinking (GALT). Paper presented at the Annual Meeting of the National
Association for Research in Science Teaching, Dallas.
Wollman, W. (1978b). Developmental implications of science teaching: Early adolescence. Columbus,
OH: ERIC/SMEAC.
9
PENGHARGAAN KENDIRI GURU SEKOLAH DALAM
PEMBUDAYAAN KEMAHIRAN PAK-21
Ahmad Kamal Yusoff1 dan Shahlan Surat2
1,2 Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Emel: kamalsjkt3@gmail.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk menentukan tahap amalan kemahiran (PAK21) pembelajaran abad ke 21
guru dan hubungannya terhadap penghargaan kendiri guru. Kajian tinjauan ini melibatkan 124 orang
guru yang dipilih secara rawak sekolah di 8 buah sekolah daerah Jasin Melaka. Aplikasi Statistical
Package for the Sosial Sciences for Windows (SPSS) Versi 2.0 digunakan untuk menganalisis data yang
diperolehi.Kajian mendapati tahap amalan guru kemahiran ( PAK21) mempunyai interprestasi tinggi
dan tahap penghargaan kendiri guru mempunyai tahap interpretasi sederhana. Kajian ini turut
mendapati nilai korelasi PAK21 yang signifikan iaitu mempunyai hubungan dengan penghargaan
kendiri guru iaitu amalan kemahiran penerapan nilai (r = 0.498, sig=0.005,p<0.01) dan amalan
kemahiran patriotik dan kewarganegaraan (r = 0.784, sig = 0.001, p<0.01) dengan nilai
p<0.01.Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu pihak sekolah terutama sekali guru dan
Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menambahbaik kualiti pengajaran dalam memberikan input
kemahiran berguna untuk mencapai kemahiran PAK21.
Kata kunci : Penghargaan Kendiri , Kemahiran PAK21
1.0 Pengenalan
Perubahan sistem pendidikan telah merubah corak pelan pendidikan Malaysia yang lebih
dinamik dan berdaya saing dengan menerapkan elemen teknologi, pembudayaan PAK21, kemahiran
berfikir aras tinggi serta melahirkan guru yang mampu bersaing dalam era revolusi perindusrian 4.0
(IR4.0) .Pembudayan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK 21) merupakan satu perkara yang perlu
dilakukan oleh semua sekolah masa kini. Secara asasnya, PAK21 merujuk kepada konsep 6K iaitu
Kemahiran Komunikasi,Kemahiran kolaboratif, Kemahiran kritis,Kemahiran kreatif , Kemahiran Nilai
dan Kewarganegaraan .Bagaimanapun dalam pelaksanaan sebenar di sekolah, masih ramai guru tidak
tahu dan tidak memahami pembelajaran Abad ke 21 (Syed 2017). Enam komponen yang dikenalpasti
dan diambilkira ini merupakan komponen utama yang perlu ada di sekolah dalam pembudayaan PAK21
.
2.0 Penyataan Masalah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menetapkan kepada kebolehan
individu mengunakan kemahiran mencari ,menaakul pendapat ,cadangan dan idea dalam bentuk
pemikiran kreatif dan kritis. Budaya ini perlu dipupuk sebagai budaya harian dan budaya dalam
merubah landskap pendidikan negara. Guru kini masih lagi dibawah kepompong kaedah pengajaran
yang lama dan tidak mahu berubah mengikut perubahan teknologi. Menurut Nor Nazimi (2017).Masih
ramai guru yang tidak tahu dan tidak mempunyai kemahiran dalam pembelajaran Abad ke -21 Isu yang
ditimbulkan oleh guru tidak faham dan tidak didedahkan dengan terperinci mengenai pembudayaan
budaya pembelajaran (PAK-21) kerana terdapat banyak elemen baru dalam sistem pembelajaran (PAK-
21) serta tiada cukup sokongan kepada guru dalam melakukan budaya pembelajaran (PAK-21)
menurut Jo Corlett (2018).
2.1. Tujuan Kajian Dan Objektif/Persoalan Kajian
Kajian ini adalah bertujuan mengenal pasti pembudayaan amalan baik dalam Kemahiran
PAK21 yang merangkumi 6 kemahiran utama terhadap hubungan penghargaan kendiri merlandaskan
kepada teori keperluan maslow dalam kalangan guru sekolah. Antara persoalam kajian adalah.
a) Apakah tahap penghargaan kendiri dan kemahiran(PAK21) dalam kalangan guru?
b) Apakah hubungan Kemahiran(PAK21) terhadap penghargaan kendiri guru?
10
2.2 . Kerangka Konseptual Kajian
Rajah 1 : Kerangka konsep diadaptasikan dari Widya (2010),Raf (2004)
3.0 Metodologi Kajian Dan Instrumen Kajian
Instrument penghargaan kendiri di adaptasikan dari instrument penghargaan kendiri rosenburg
(1968) “Rosenbrg, (1965) Scale For Teacher’s Self-Esteem (TSS)” digunakan untuk mengukur tahap
penghargaan kendiri guru. Kemudian instrument kemahiran PAK 21 diadaptasikan dari Eow Yew
(2017) bagi mengukur 6 elemen pembudayaan PAK21 iaitu kemahiran kritis ,kemahiran nilai,
kemahiran komunikasi,kemahiran kolaboratif,kemahiran kreatif dan kemahiran kewarganegaraan.
3.1 . Kebolehpercayaan Instrumen Kajian
Kajian ini berfokus kepada pembolehubah-pembolehubah kemahiran (PAK21) terhadap
penghargaan kendiri.
Jadual 1
Nilai Cronbach Alpha
Konstruk Nilai Alpha
Penghargaan kendiri 0.900
Pembudayaan Kemahiran
PAK21
0.896
3.2 Analisis Data
Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPPS versi 2. Kajian ini telah
menggunakan analisis deskriptif yang terdiri daripada min, sisihan piawai, kekerapan dan peratus bagi
menjawab persoalan 1. Manakala analisis inferensi dengan ujian korelasi pearson digunakan untuk
mendapatkan hubungan bagi menjawab persoalan 2 kajian.
Jadual 2
Interprestasi skor min bagi item tahap penghargaan kendiri dan kemahiran PAK-21
Julat skor Min Tahap kecederungan
1.00 hingga 2.33 Rendah
2.34 hingga 3.67 Sederhana
3.68 hingga 5.00 Tinggi
Sumber: Cadangan Pallant (2007)
Jadual 3
Skala Davies (1971) bagi kekuatan korelasi antara dua pemboleh ubah
Nilai Pekali Tafsiran Deskriptif
0.70 – 1.00 Amat Tinggi
0.50 – 0.69 Tinggi
0.30 – 0.49 Sederhana
0.10 – 0.29 Rendah
0.01 – 0.09 Diabaikan
Pembudayaan Persekitaran (PAK 21)
Kemahiran Berfikir Kreatif
Kemahiran Berfikir Kritis
Kemahiran kolaboratif
Kemahiran Nilai
Kemahiran Kewarganegaraan
Kemahiran komunikasi
Penghargaan diri
(selfesteem) Teori
Hierarki keperluan
Maslow
11
4.0 Dapatan Kajian
4.1 Persoalan kajian pertama: Apakah tahap penghargaan kendiri dan Tahap pembudayaan
amalan kemahiran(PAK21) dalam kalangan guru?
Jadual 4
Jadual Purata Tahap Pembudayaan Amalan PAK21
Tahap Pembudayaan Amalan
PAK21
Min Sisihan
Piawai
Interpretasi
Kolaboratif 2.97 0.56 Sederhana
Komunikasi 3.50 0.54 Sederhana
Berfikiran Kritikal 3.84 0.77 Tinggi
Kreativiti 3.68 0.77 Tinggi
Penerapan Nilai 3.58 0.74 Sederhana
Semangat Patriotik Dan
Kewarganegaraan
2.97 0.85 Sederhana
Purata 3.68 0.77 Tinggi
Jadual 4 Bagi menentukan min skor bagi enam konstruk pembudayaan PAK21, penyelidik
menggunakan tafsiran min yang diubah suai daripada Pallant (2007) iaitu nilai min 1.00 – 2.33 adalah
skor rendah, 2.34 – 3.67 sederhana dan 3.68 – 5.0 adalah tinggi yang bermaksud, para guru memiliki
tahap penghargaan kendiri dan amalan PAK21 sama ada tinggi, sederhana atau rendah. Perbandingan
min tahap penghargaan kendiri dan amalan PAK21 yang ditetapkan ditunjukkan seperti Jadual 5.
Jadual 5
Jadual Perbandingan Min Tahap Penghargaan Kendiri dan Tahap Pembudayaan Amalan PAK21
Min Sisihan
Piawai
Interpretasi
Tahap Pembudayaan Amalan PAK
21
3.68 0.77 Tinggi
Penghargaan Kendiri Guru 3.43 0.512 Sederhana
4.2 Persoalan kajian kedua: Apakah hubungan Kemahiran(PAK21) terhadap penghargaan
kendiri guru?
Jadual 6 membentangkan dapatan hubungan Amalan Kemahiran PAK21 dengan Penghargaan
kendiri di kalangan guru . Dapatan ini diukur berdasarkan nilai pekali korelasi oleh Cohen (1988) iaitu
0.1 hingga 0.29 menunjukkan tahap lemah, 0.30 hingga 0.49 tahap sederhana dan 0.50 hingga 1.0 adalah
tahap kuat hubungannya. Berdasarkan dapatan ini, terdapat hanya dua konstruk amalan kemahiran
PAK21 yang signifikan iaitu mempunyai hubungan dengan penghargaan kendiri guru iaitu amalan
kemahiran penerapan nilai dan amalan kemahiran patriotik dan kewarganegaraan .
Jadual 6
Korelasi Pearson hubungan Kemahiran(PAK21) terhadap penghargaan kendiri guru
Amalan Kemahiran PAK21
Penghargaan kendiri
guru Kep
utusan
Hubungan
r Sig
kolaboratif
0.30
5 0.101*
Sede
rhana
Tidak
signifikan
komunikasi
-
0.053 0.780*
Lem
ah
Tidak
signifikan
Berfikiran kritikal
0.07
1 0.708*
Lem
ah
Tidak
signifikan
Berfikiran kreativiti
0.39
9
0.029*
*
Sede
rhana
Tidak
signifikan
12
Penerapan nilai
0.49
8
0.005*
*
Sede
rhana
signifikan
Semangat patriotik dan
kewarganegaraan
0.78
4
0.001*
* Kuat
signifikan
*. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 level (2-hujung).
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 level (2-hujung)
Sumber: Merujuk kepada nilai pekali korelasi Skala Davies (1971)
5. Perbincangan Dapatan Kajian
5.1 Hubungan antara Pembudayaan Amalan PAK21 dengan Penghargaan Kendiri.
Berdasarkan dapatan ini, terdapat hanya dua konstruk amalan kemahiran PAK21 yang
signifikan iaitu mempunyai hubungan dengan penghargaan kendiri guru iaitu amalan kemahiran
penerapan nilai dan amalan kemahiran patriotik dan kewarganegaraan dengan nilai p<0.01 .
Kesimpulannya, pembudayaan amalan PAK21 kemahiran penerapan nilai serta amalan kemahiran
patriotik dan kewarganegaraan mempunyai hubungan yang signifkan dengan penghargaan kendiri
dalam kalangan guru.Hasil dapatan ini menunjukan bahawa sikap dan nilai keperibadian guru akan
meningkatkan penghargaan kendiri guru tersebut persekitaran yang menerapkan nilai seperti hormat
menghormati secara tidak langsung akan meningkatkan penghargaan kendiri guru dalam bilik darjah
dan luar bilik darjah. Kemahiran kewarganegaraan dalam kalangan guru cukup kuat kerana menghormti
amanat dan amanah yang dipukul sebagai pendidik serta penghormatan masyarakat setempat
membuatkan guru rasa dihargai dan dihormati dalam masyarakat .
Penghargaan yang tinggi dan sokongan sekeliling dari persekitaran PAK21 ini merubah tingkah
laku guru dan murid . Tingkah laku seseorang juga dapat dinilai dengan mengetahui penghargaan
kendirinya, penghargaan kendiri yang rendah adalah salah satu punca berlakunya masalah sosial
menurut Masome Khosravi (2018),. Mereka tidak dapat menerima diri sendiri yang seterusnya akan
mengalami tekanan hidup dan mencetuskan masalah dalam kehidupan disebabkan ingin melepaskan
perasaan tidak puas hati. Guru yang mempunyai penghargaan kendiri yang rendah akan mempunyai
konsep kendiri yang negatif dan ini boleh memberikan impak tahap pencapaian mereka.
5.2. Implikasi dan cadangan untuk kajian lanjutan
Hasil kajian ini membuka ruang kepada kajian lanjutan amalan pembudayaan PAK21 dan cara
pelaksanaanya secara umumnya. Berdasarkan dapatan,kajian memberi implikasi kepada pihak-pihak
tertentu seperti guru-guru,ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah dan juga Kementerian Pendidikan
Malaysia(KPM).Pihak yang terlibat perlu bekerjasama memberi penekanan terhadap amalan baik
pembudayaan kemahiran PAK21 yang membantu mengembang potensi guru dan kecemerlangan
sistem pendidikan di negara kita. Kajian lanjutan boleh menggunakan mediator motivasi untuk
menambahbaik keputusandapatan kajian disamping itu juga instrument kajian seperti set temubual
atau pemerhatian bagi mengukuhkan hasil dapatan boleh dilaksanakan . Hal ini kerana kajian kualitatif
dan kuantitatif adalah dua pendekatan yang berbeza dan mempunyai kekuatan dan batasan yang
tersendiri. Gabungan beberapa metodologi kajian juga boleh dijalankan untuk menghasilkan dapatan
kajian yang lebih tepat.Disamping itu juga kajian lanjutan perlu mengambil kira pendapat dan sokongan
golongan professional dalam pendidikan agar kualiti pengajaran dan pembelajaran amalan baik
pembudayaan kemahiran PAK21 yang dilaksanakan dalam kelas berkualiti untuk mengumpulkan
maklumat tambahan sokongan dalam pelaksanaan kajian pada masa akan datang.
6.0 Kesimpulan
Bilik darjah seronok dan menghiburkan adalah matlamat utama dalam pengajaran biik darjah
abad ke -21 dalam mengalakan amalan pembudayaan kemahiran PAK21 di dalam dan di luar bilik
darjah proses pembelajaran akan lebih bermakna apabila seorang guru mengunakan teknik dan
pengetahuan pelbagai amalan baik kemahiran PAK21 dalam membina penyampaian kemahiran
PAK21 kepada pelajar .Kajian ini juga penting dalam memberikan panduan kepada guru-guru
khususnya guru-guru yang terlibat dengan guru sekolah dalam memahami amalan –amalan baik dalam
konsep pembudayaan amalan baik PAK21 yang akan memberikan impak terhadap proses pengajaran
dan psikologi guru di sekolah.
13
Rujukan
Azizi Yahaya, Fawziah Yahaya, Zurihanmi Zakariya, Noordin Yahaya 2005 Pembangunan Kendiri:
Terbitan Universiti Teknologi Malaysia
Eow Yew (2017) Kajian tindakan guru dalam PAK21 , Universiti Tun Hussein Onn
Jo Corlett (2018) “Enhancing Self-Esteem In Vulnerable Families” School Of Nursing And Midwifery,
University Of Dundee
Latifah Binti Abdul Majid ,Wan Nasyrudin Wan Abdullah; Nurul Hidayah Binti Ahmad Zakhi (2012
)Penerapan Nilai Murni Dan Pembentukan Jati Diri Kanak-Kanak Prasekolah Melalui
Penggunaan Multimedia Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
Masome Khosravi (2018), “Relationship Of Self-Esteem And Attributional Styles With Self-
Handicapping In Primary Schools.” Department Of Education, University Of Sistan And
Baluchestan, Zahedan, Ir Iran
Nor Nazimi Mohd Mustaffa (2017) Teori Maslow Dan Kaitannya Dengan Kehidupan Muslim Institut
Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia
Rosenberg, M. (1965). Society and the adolescent self-image. Princeton, NJ:
Princeton University Press
Salina Nen (2017) bertajuk “Tahap Keyakinan Diri Bekas Penagih Dadah Dalam Pengawasan Di
Malaysia: Ke Arah Kepulihan Menyeluruh”, Universiti Kebangsaan Malaysia, Pusat
Penyelidikan Psikologi &Kesejahteraan Manusia ,Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Syed Kamaruzaman (2017) Tekanan Dan Kepuasan Dalam Kalangan Kalangan Guru Pendidikan
Jasmani : Journal Of Global Business And Social Entrepreneurship.
Zamani, A., & Talatapeh, M. B. B. (2014). Discussion of the motivation in the islamic and non-islamic
worlds. Journal of Applied Environmental and Biological Sciences
14
KEBERKESANAN PEMBELAJARAN LUAR BILIK
DARJAH TERHADAP MINAT, PENGUASAAN DAN
PENGLIBATAN MURID BERMASALAH
PEMBELAJARAN DALAM KURSUS DANDANAN
RAMBUT
Hemarani A/P Munisamy1 dan Mohd Rustam Mohd Rameli2 1 Panitia Dandanan Rambut, SMPK Vokasional Indahpura, Johor, Malaysia
2 Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia
Johor
Emel: henira83@gmail.com
Abstrak
Minat, penguasaan dan penglibatan awal dalam bidang Dandanan Rambut merupakan satu kemahiran
yang sangat diperlukan oleh majikan salon terhadap pekerja terutama pekerja dari kalangan murid
bermasalah pembelajaran. Kekurangan pendedahan terhadap industri sebenar menyukarkan murid
untuk mengaitkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak salon. Kajian ini dijalankan untuk melihat
keberkesanan pembelajaran luar bilik darjah terhadap minat, penguasaan dan penglibatan murid
bermasalah pembelajaran dalam Kursus Dandanan Rambut. Sampel kajian ini terdiri daripada sembilan
orang murid bermasalah pembelajaran dari Kursus Dandanan Rambut di salah sebuah Sekolah
Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Negeri Johor. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi
eksperimental ujian pra dan ujian pasca satu kumpulan yang menjadikan sesi pembelajaran luar bilik
darjah sebagai intervensi setelah sesi pembelajaran secara tradisional dijalankan. Kajian ini dijalankan
secara kuantitatif dengan menggunakan instrumen borang pemerhatian. Data borang pemerhatian minat,
penguasaan dan penglibatan dianalisis secara deskriptif. Min bagi pemerhatian minat menunjukkan
peningkatan daripada 1.93 kepada 3.58. Sementara itu, penguasaan menunjukkan peningkatan daripada
1.82 kepada 3.46 dan penglibatan daripada 1.94 kepada 3.87. Kesimpulannya, kaedah pembelajaran
luar bilik darjah boleh menjadi alternatif kaedah pembelajaran yang berkesan kepada murid bermasalah
pembelajaran untuk Kursus Dandanan Rambut.
Kata kunci: Pembelajaran Luar Bilik Darjah; Murid Bermasalah Pembelajaran; Minat; Penguasan;
Penglibatan
1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu Saya diamanahkan untuk mengajar kemahiran vokasional Dandanan Rambut Tahap 2 yang
melibatkan topik dalam setiap tajuk unit kompetensi iaitu Hair Care Consultation, Hair Shampooing,
Hair Styling, Hair and Scalp Treatment, Hair Salon Maintenance dan Hair Product Retailing bagi
murid bermasalah pembelajaran (MBP) daripada pelbagai tahap. Saya menghadapi masalah untuk
memberikan pengalaman industri sebenar dan mengaitkan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam
salon kepada MBP melalui kaedah tradisional di dalam kelas. Natijahnya, saya mendapati MBP tidak
dapat mengaitkan pembelajaran dengan kemahiran yang dipelajari dan tidak dapat melibatkan diri
dalam proses PdPc mengikut spesifikasi kemahiran. Kesannya MBP tidak menunjukkan minat,
penguasaan dan penglibatan dalam Kursus Dandanan Rambut dengan baik.
Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk menukarkan kaedah PdPc saya kepada Pembelajaran
Luar Bilik Darjah (PLBD) yang terancang dan berstruktur dari tahun 2018 sehingga 2020 kerana
merangkumi persekitaran pembelajaran yang progresif. Banyak kajian dalam dan di luar negara
membuktikan bahawa keberkesanan PLBD dapat meningkatkan, megukuhkan pemahaman murid
terhadap konsep yang dipelajari di luar bilik darjah, memberikan pengalaman pembelajaran dalam
situasi yang sebenar, bermakna dan menyeronokkan kerana murid akan mendapat pengalaman secara
langsung dengan situasi sebenar. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan mutu
pembelajaran dengan memotivasikan murid dan menyediaan persekitaran pembelajaran yang lebih
konduksif. PLBD juga membolehkan murid berfikir dan menguasai ilmu pengetahuan melalui
15
pengalaman kontekstual, meningkatkan minat dan sikap murid untuk belajar, mengembangkan
kemahiran mengumpul, memproses, dan menganalisis data serta maklumat. Kaedah ini juga
menggalakkan MBP untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah. PLBD ini membuktikan
bahawa dapat menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana ia
melibatkan perbincangan dalam proses mengumpul maklumat. PLBD juga memberi peluang kepada
MBP mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan jangka panjang MBP terhadap
perkara-perkara yang dipelajari secara langsung daripada pihak salon. Sehubungan dengan ini, amalan
dan nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri murid melalui pelaksanaan PLBD. Justeru itu,
PLBD ini juga membuktikan bahawa para guru juga memperolehi pelbagai ilmu terkini melalui aktitivi
PLBD serta menyeronokkan guru dalam mempelbagaikan pendeketan pembelajaran kepada murid.
Beberapa kajian luar negara membuktikan bahawa PLBD ini menggalakkan guru dan murid dalam
penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pengajaran dan pembelajaran.
Pendedahan PLBD merupakan satu percubaan terutamanya untuk melihat minat, peningkatan
penguasaan dan penglibatan murid kelas saya dalam topik dalam tajuk unit kompetensi Dandanan
Rambut Tahap 2. Saya berharap sekiranya kajian saya ini berjaya, saya akan mengubah cara atau
strategi proses PdPc ke arah yang lebih berkesan di samping memberi keseronokan kepada murid-murid
serta merealisasikan tag line sekolah Skills for living: Towards excellent future. Justeru itu, kajian ini
juga memberikan satu pendedahan dan galakan kepada murid untuk berada dalam situasi industri
sebenar melalui pendidikan berorientasikan industri.
2.0 Isu Keperihatinan/ Fokus Kajian Kumpulan sasaran saya merupakan 9 orang MBP yang tidak menunjukkan minat, sukar dalam
menguasai sesutu kemahiran dan kurang penglibatan diri di dalam kelas walaupun proses PdPc
dijalankan secara interaktif iaitu melalui tayangan video YouTube. MBP juga tidak fokus dan lambat
memberi respon jika soalan secara lisan yang berkaitan kemahiran diajukan kepada mereka. Justeru itu,
saya menggunakan pendekatan konkrit kepada abstrak melalui PLBD iaitu melawat ke salon selepas
menguasai kemahiran tajuk unit kompetensi.
Kajian yang dijalankan ini berfokus untuk mengembangkan kemahiran sosial dan kerja
berpasukan murid dalam meningkatkan minat, penguasaan dan penglibatan supaya kaedah ini dapat
digunakan dalam menyelesaikan masalah penguasaan murid dengan cepat. Di samping itu, kajian ini
juga secara tidak langsung dapat meningkatkan daya ingatan, kemahiran insaniah dan keyakinan diri
murid-murid terhadap kemahiran yang diambil.
3.0 Objektif Kajian
Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengenal pasti:
3.1 Objektif Am
Meningkatkan minat, penguasaan dan penglibatan dalam kursus dandanan rambut bagi MBP.
3.2 Objektif Khusus
1. Menentukan peningkatan minat dalam kursus dandanan rambut bagi MBP selepas PLBD
dijalankan;
2. Menentukan peningkatan penguasaan dalam kursus dandanan rambut bagi MBP selepas
PLBD dijalankan;
3. Menentukan peningkatan penglibatan dalam kursus dandanan rambut bagi MBP selepas
PLBD dijalankan.
4.0 Kumpulan Data
Kumpulan sasaran saya terdiri daripada sembilan orang MBP iaitu 6 orang murid lelaki dan 3
orang murid perempuan dari kelas 5 Dandanan Rambut 2 yang mengambil Kursus Dandanan Rambut,
Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 yang mengikuti kursus Dandanan Rambut. Sampel dalam kajian ini
tidak dapat digeneralisasikan kepada seluruh populasi MBP sekolah tersebut.
16
4.1 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, instrumen kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan
menggunakan reka bentuk kajian kuasi experimental ujian pra dan ujian pasca satu kumpulan. Kajian
ini dinilai dengan menggunakan instrumen borang pemerhatian yang telah dibangunkan melalui
pembacaan artikel-artikel, perbincangan dengan guru-guru panitia secara rawak dan pengesahan
daripada pensyarah untuk mendapatkan maklumat yang ingin diperolehi.
5.0 Perlaksanaan Kajian
Model kaedah yang digunakan ialah menjalankan PLBD jauh dari kawasan sekolah dengan
kebenaran Pejabat Pendidikan Daerah, lawatan terancang dan berintergrasi ilmu bersama salon-salon
terkemuka yang dirancang dari tahun 2018 sehingga 2020.
5.1 Perancangan PLBD
Proses PLBD ini melibatkan kepada tiga (3) fasa seperti berikut:
5.1.1 Sebelum lawatan
MBP diberikan penerangan tentang tujuan PLBD berdasarkan topik dalam tajuk unit
kompetensi bagi subtajuk Hair Care Consultation, Hair Shamppoing, Hair Styling, Hair and Scalp
Treatment, Hair Salon Maintenance dan Hair Product Retailing sebelum mengadakan lawatan di salon-
salon terpilih di sekitar Johor. Antara maklumat yang diperlukan adalah seperti pengenalan kepada
setiap subtajuk, perlatan dan bahan yang digunakan, cara-cara menjalankan perkhidmatan, pengurusan
organisasi, perkhidmatan yang ditawarkan serta pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk
aktiviti lawatan. MBP didedahkan dan dilatih dengan WH Questions supaya MBP dapat menyoal untuk
mendapatkan maklumat.. MBP dikehendaki membuat beberapa tugasan beserta dengan bahan-bahan
rujukan yang diperolehi daripada buku, majalah dan internet. Mereka dikehendaki mencari bahan yang
berkaitan dengan industri dandanan rambut dan membuat kajian mengenainya. Pengisian maklumat
dibuat oleh MBP dalam dan dibentangkan di dalam kelas.
5.1.2 Semasa lawatan
MBP dibawa ke salon-salon terpilih untuk menguasai situasi sebenar pengurusan salon tersebut.
MBP digalakkan untuk bersoal untuk mendapatkan maklumat terkini. MBP turut diberi tugasan dan
mencatat maklumat yang diberikan oleh pihak salon kepada mereka. Pendedahan tentang kerjaya
industri salon turut diberikan kepada MBP untuk meningkatkan minat, penguasaan dan penglibatan
dalam PLBD.
5.1.3 Selepas lawatan
MBP dibimbing membuat perlu membuat sinopsis terhadap PLBD dan maklumat yang telah
diperolehi hendaklah dibentangkan di dalam kelas. Ia bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman
MBP sepanjang lawatan. Interaksi dua hala bagi proses PdPc berlaku diantara guru dan MBP dalam
menganalisis topik dalam tajuk unit kompetensi yang telah dipelajari. PLBD ini menambahkan aktiviti
sokongan yang membolehkan MBP memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.
Disamping itu, MBP dapat mengumpul maklumat secara langsung untuk pemahaman yang lebih jelas
dan berkesan.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil daripada aktiviti PLBD melalui pemerhatian, perbincangan bersama guru panitia, MBP
dan pensyarah, saya mendapati:
17
Jadual 1
Analisis Deskriptif Minat Sebelum dan Selepas PLBD
Bil
Item
Sebelum
Min
(SP)
(Tahap)
Selepas
Min
(SP)
(Tahap)
1 Murid memberikan perhatian terhadap penerangan guru berkaitan
penggayaan rambut.
2.10
(0.88)
(Sederhana)
3.90
(0.32)
(Tinggi)
2 Murid terlibat aktif dalam pembelajaran berkaitan penggayaan
rambut.
2.30
(0.67)
(Sederhana)
3.80
(0.42)
(Tinggi)
3 Murid aktif bertanyakan soalan berkaitan penggayaan rambut
kepada guru.
2.20
(0.79)
(Sederhana)
3.70
(0.48)
(Tinggi)
4 Murid membantu rakan yang menghadapi kesukaran dalam topik
penggayaan rambut.
1.70
(0.48)
(Rendah)
3.20
(0.63)
(Tinggi)
5 Murid terlibat aktif dalam aktiviti perbincangan berkaitan dengan
penggayaan rambut.
1.90
(0.88)
(Rendah)
3.20
(0.42)
(Tinggi)
6 Murid yakin memberikan pendapat dalam penggayaan rambut. 2.00
(0.00)
(Sederhana)
3.40
(0.52)
(Tinggi)
7 Murid berani menjawab soalan guru dalam penggayaan rambut.
2.20
(0.42)
(Sederhana)
3.50
(0.53)
(Tinggi)
8 Murid yakin menyelesaikan masalah dalam penggayaan rambut. 1.90
(0.00)
(Rendah)
3.90
(0.32)
(Tinggi) Min Keseluruhan 1.93
(Rendah) 3.58
(Tinggi)
Bagi melihat perbezaan markah bagi minat sebelum dan selepas PLBD dijalankan,
perbandingan peratusan peningkatan minat ditunjukkan dalam Jadual 1. Analisis min juga dilaksanakan
bagi melihat perbezaan markah minat murid sebelum dan selepas PLBD dijalankan. Jadual 1, dapat
dilihat bahawa terdapat peningkatan min iaitu daripada 1.93 kepada 3.58. Secara spesifiknya, kesemua
item menunjukkan peningkatan min bagi skor minat selepas PLBD dilaksanakan. Item yang
menunjukkan peningkatan min yang tertinggi adalah item lapan dengan peningkatan min daripada 1.90
(tahap rendah) kepada 3.90 (tahap tinggi). Hal ini diikuti dengan item pertama daripada 2.10 (tahap
rendah) kepada 3.90 (tahap tinggi). Seterusnya item dua menunjukkan peningkatan daripada 2.30 (tahap
sederhana) kepada 3.80 (tahap tinggi). Justeru, item tiga juga menunjukkan peningkatan daripada 2.20
(tahap sederhana) kepada 3.70 (tahap tinggi). Hal ini diikuti dengan item empat yang menunjukkan
peningkatan daripada 1.70 (tahap rendah) kepada 3.20 (tahap tinggi). Seterusnya, item enam
menunjukkan peningkatan daripada 2.0 kepada 3.40. Justeru item lima menunjukkan peningkatan
daripada 1.90 kepada 3.20 setelah PLBD dilaksanakan. Akhir sekali item tujuh menunjukkan
peningkatan terendah daripada 2.20 kepada 3.50. Dariapda pemerhatian, MBP didapati kaedah ini amat
sesuai untuk dipraktikkan dalam proses PdPc kerana ia meningkatkan minat mereka.
18
Jadual 2
Analisis Deskriptif Penguasaan Sebelum dan Selepas PLBD
Bil
Item
Sebelum
Min
(SP)
(Tahap)
Selepas
Min
(SP)
(Tahap)
1 Murid tahu perkara asas dan boleh menguasai kemahiran asas
berkaitan kursus Dandanan Rambut.
2.20
(0.68)
(Sederhana)
3.70
(0.42)
(Tinggi)
2 Murid memberikan respons terhadap penguasaan kemahiran asas
berkaitan kursus Dandanan Rambut.
2.00
(0.00)
(Sederhana)
3.43
(0.41)
(Tinggi)
3 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu
perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi berkaitan
kursus Dandanan Rambut.
1.20
(0.48)
(Sederhana)
3.29
(0.68)
(Tinggi)
4 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu
kemahiran pada suatu situasi berkaitan kursus Dandanan Rambut.
1.40
(0.38)
(Rendah)
3.10
(0.62)
(Tinggi)
5 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara
analitik dan sistematik berkaitan kursus Dandanan Rambut.
2.20
(0.42)
(Sederhana)
3.50
(0.53)
(Tinggi)
6 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu
kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur secara
analitik, sistematik serta bersikap positif berkaitan kursus
Dandanan Rambut.
1.90
(0.88)
(Rendah)
3.20
(0.42)
(Tinggi)
7 Murid mengaplikasikan semua pengetahuan dan kemahiran sedia
ada untuk digunakan pada situasi baru secara
keseluruhan berkaitan kursus Dandanan Rambut.
1.90
(0.00)
(Rendah)
3.90
(0.32)
(Tinggi)
8 Murid berupaya memberikan pandangan daripada pengetahuan
dan kemahiran serta penghasilan idea baru secara kreatif dan
inovatif yang boleh dicontohi berkaitan kursus Dandanan Rambut.
2.00
(0.00)
(Sederhana)
3.40
(0.52)
(Tinggi) Min Keseluruhan 1.82
(Rendah) 3.46
(Tinggi)
Bagi melihat perbezaan markah bagi penguasaan sebelum dan selepas PLBD dijalankan,
perbandingan peratusan peningkatan penguasaan ditunjukkan dalam Jadual 2. Analisis min juga
dilaksanakan bagi melihat perbezaan markah penguasaan murid sebelum dan selepas PLBD
dilaksanakan. Jadual 2, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan min iaitu daripada 1.82 kepada 3.46.
Secara spesifiknya, kesemua item menunjukkan peningkatan min bagi skor penguasaan selepas PLBD
dilaksanakan. Item yang menunjukkan peningkatan min yang tertinggi adalah item tujuh dengan
peningkatan min daripada 1.90 (tahap rendah) kepada 3.90 (tahap tinggi). Hal ini diikuti dengan item
pertama daripada 2.20 (tahap rendah) kepada 3.70 (tahap tinggi) berkaitan dengan menguasai
kemahiran asas. Seterusnya item lima menunjukkan peningkatan daripada 2.20 (tahap sederhana)
kepada 3.50 (tahap tinggi). Item dua juga menunjukkan peningkatan daripada 2.00 (tahap sederhana)
kepada 3.43 (tahap tinggi). Hal ini diikuti dengan item lapan yang menunjukkan peningkatan daripada
2.00 (tahap rendah) kepada 3.40 (tahap tinggi). Seterusnya item tiga menunjukkan peningkatan daripada
1.20 kepada 3.29 manakala item enam menunjukkan peningkatan daripada 1.90 kepada 3.20 setelah
PLBD dijalankan. Akhir sekali item empat menunjukkan peningkatan terendah daripada 1.40 kepada
3.10. Aktiviti PLBD menambahkan fokus MBP kerana suasana pembelajaran berbeza seperti biasa dan
dibawa ke salon dan boleh melihat situasi kerjaya yang sebenar. MBP sangat setuju dengan PLBD ini
membantu dalam menguasai kemahiran mereka.
19
Jadual 3
Analisis Deskriptif Penglibatan Sebelum dan Selepas PLBD
Bil
Item
Sebelum
Min
(SP)
(Tahap)
Selepas
Min
(SP)
(Tahap)
1 Murid menumpukan perhatian dan bertanyakan soalan dalam
amali
2.30
(0.79)
(Sederhana)
3.70
(0.48)
(Tinggi)
2 Murid bersemangat untuk menjawab dan melibatkan diri dalam
amali
2.10
(0.88)
(Sederhana)
3.90
(0.32)
(Tinggi)
3 Murid kelihatan seronok dan tidak sabar untuk menjalankan amali 1.90
(0.88)
(Rendah)
3.20
(0.42)
(Tinggi)
4 Murid melibatkan diri secara aktif dalam amali 2.20
(0.67)
(Sederhana)
3.80
(0.42)
(Tinggi)
5 Murid menunjukkan daya usaha dalam melaksana amali 1.70
(0.00)
(Rendah)
3.87
(0.32)
(Tinggi)
6 Murid mengadakan komunikasi kepada rakan dan guru untuk
membaiki kelemahan dalam amali
1.90
(0.00)
(Sederhana)
3.40
(0.52)
(Tinggi)
7 Murid dapat menghasilkan idea dan berkongsi maklumat bersama
rakan sepanjang amali
1.70
(0.42)
(Sederhana)
3.50
(0.53)
(Tinggi)
8 Murid dapat membuat analisis daripada amali yang dijalankan
dan menyelesaikan masalah kumpulan selepas amali
1.70
(0.48)
(Rendah)
3.37
(0.63)
(Tinggi) Min Keseluruhan 1.94
(Rendah) 3.87
(Tinggi)
Bagi melihat perbezaan markah bagi penglibatan sebelum dan selepas PLBD dijalankan,
perbandingan peratusan peningkatan penglibatan ditunjukkan dalam Jadual 3. Analisis min juga
dilaksanakan bagi melihat perbezaan markah penglibatan murid sebelum dan selepas PLBD dilakukan.
Jadual 3, dapat dilihat bahawa terdapat peningkatan min iaitu daripada 1.94 kepada 3.87. Secara
spesifiknya, kesemua item menunjukkan peningkatan min bagi skor penglibatan selepas PLBD
dilaksanakan. Item yang menunjukkan peningkatan min yang tertinggi adalah item dua dengan
peningkatan min daripada 2.10 (tahap rendah) kepada 3.90 (tahap tinggi). Hal ini diikuti dengan item
lima daripada 1.70 (tahap rendah) kepada 3.87 (tahap tinggi) berkaitan dengan menunjukkan daya usaha
dalam melaksanakan amali. Seterusnya item empat menunjukkan peningkatan daripada 2.20 (tahap
sederhana) kepada 3.80 (tahap tinggi). Item pertama juga menunjukkan peningkatan daripada 2.20
(tahap sederhana) kepada 3.70 (tahap tinggi). Hal ini diikuti dengan item tujuh yang menunjukkan
peningkatan daripada 1.70 (tahap rendah) kepada 3.50 (tahap tinggi). Seterusnya item enam
menunjukkan peningkatan daripada 1.90 kepada 3.40. Item lapan pula menunjukkan peningkatan
daripada 1.70 kepada 3.20 setelah PLBD dijalankan. Akhir sekali item tiga menunjukkan peningkatan
terendah daripada 1.90 kepada 3.20. Analisis ini menunjukkan penglibatan MBP dalam setiap aktiviti
yang dijalankan dengan baik dan gemar melibatkan diri dengan baik dalam proses PdPc.
20
5.3 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/Penilaian
Jadual 4
Analisis Peratus Minat, Penguasaan dan Penglibatan Sebelum dan Selepas PLBD
BIL
TAHUN
TAJUK UNIT
KOMPETENSI
SALON
Hasil Dapatan
Sebelum PLBD
dilaksanakan dalam
minat, penguasaan
dan
penglibatan
dalam
Kursus Dandanan
Rambut
Selepas PLBD
dilaksanakan
dalam minat,
penguasaan
dan
penglibatan
dalam
Kursus
Dandanan
Rambut
1 2018 Hair Salon
Maintenance
Wong Salon,
Aeon,
Indahpura
menunjukkan
10 %-15 %
peningkatan
sebanyak 70%
2 2018 Hair Care
Consultation
Vintage
Academy
Salon, Sutera
Mall
menunjukkan
20 %-30 %
peningkatan
sebanyak 80%
3 2019 Hair Shamppoing Salon
Ridzokumura
menunjukkan
30 %-45 %
peningkatan
sebanyak 85%
4 2019 Hair Styling Kolej Komuniti
Pasir Gudang
menunjukkan
40 %-60 %
peningkatan
sebanyak 90%
5 2019 Hair Product
Retailing
Watsons, Aeon
Indahpura
menunjukkan
55 %-65 %
peningkatan
sebanyak 90%
6 2020 Hair and Scalp
treatment
HAIR.SCALP
Angsana Mall
menunjukkan
65 %-75 %
peningkatan
sebanyak 100%
Jadual 4 menunjukkan peningkatan peratus secara drastik setelah mendedahkan MBP kepada
PLBD dari tahun 2018 sehingga 2020. Hasil dapatan daripada pemerhatian menunjukkan peningkatan
minat, penguasaan dan penglibatan MBP dalam Kursus Dandanan Rambut adalah sangat
memberangsangkan. Kajian ini membuktikan bahawa, pendedahkan MBP kepada PLBD dapat
mewujudkan pembelajaran aktif serta dapat menyelesaikan masalah yang diberikan dalam tempoh masa
tertentu. Selain itu, konsep pembelajaran “learning by doing” melalui PLBD lebih diminati oleh MBP
kerana dapat bergerak aktif, beraktiviti dan terdedah dengan pelbagai aktiviti. MBP juga menerokai
persekitaran dan pengalaman pembelajaran mereka sendiri serta dapat melibatkan diri dalam aktiviti
sosial dan kolaboratif antara rakan kumpulan akan berlaku sepanjang tugasan. MBP juga terdedah
dengan komunikasi tidak hanya dengan rakan mereka, malah dengan pihak luar dan menjadikan
pengalaman pembelajaran yang lebih menarik. Akhir sekali, PLBD memberikan pengetahuan baru
terhadap isi pembelajaran dan dapat meningkatkan kemahiran generik (softskill) atau insaniah dalam
kalangan MBP seperti konsep berkumpulan, berdikari, berkomunikasi, menepati masa dan pelbagai
lagi.
5.4 Refleksi Kajian
Secara keseluruhannnya, saya amat bersyukur dan gembira kerana kajian tindakan yang saya
jalankan ini telah berjaya membantu murid-murid kelas saya kerana ia berkaitan dengan aplikasi dunia
sebenar dalam meningkatkan minat, penguasaan dan penglibatan dan seterusnya dapat menguasai
21
pelbagai kemahiran insaniah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Murid kelas saya juga amat meminati
dan terpegun dengan pengalaman melalui PLBD yang dibuat kerana ini merupakan pembelajaran
berbentuk akademik yang memberikan peluang mereka mendekatkan diri dengan kerjaya sebenar
mereka dalam bidang salon. Keupayaan mereka untuk mengaitkan antara teori yang dipelajari di dalam
kelas dan dengan pengalaman PLBD. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui PLBD ini membekalkan
informasi yang lebih realistik, merangsang pelbagai deria dalam dalam satu masa, meningkatkan
keberkesanan perjalanan proses PdPc, memudahkan kawalan emosi dan sikap murid, membekalkan dan
membentuk pelbagai kemahiran dengan lebih cepat, menjimatkan masa, tenaga dan kos perbelanjaan
dalam proses PdPc serta pengurusan pembelajaran yang lebih sistematik dan tersusun. Pelbagai aktiviti
dalam PLBD juga mengukuhkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajar dalam kelas (situasi
sebenar), membina kefahaman berdasarkan persekitaran dan pengalaman, mengembangkan kemahiran
sosial, menjadi lebih bermanfaat dan lebih berbentuk kontekstual kepada MBP dan kerja berpasukan
serta menerapkan 6C iaitu Colaboratif, Communication, Creativity dan Critikal Thinking, Character
dan Country. Sementara itu, kekurangan yang didapati daripada kajian ini adalah memerlukan
perancangan rapi dari segi faktor, cuaca, tempat, mengennal pasti sumber pengajaran yang terhad
disebabkan oleh pengajaran berlaku di luar bilik darjah dan melibatkan kos yang tinggi. Secara tidak
langsung aktiviti-aktiviti tersebut dapat menimbulkan minat murid-murid serta dapat mengaplikasikan
tahap pembelajaran aras tinggi terhadap Kursus Dandanan Rambut dan memberikan keyakinan kepada
mereka dalam merealisasikan tag line sekolah Skills for living: Towards excellent future.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Memandangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan amat memberangsangkan minat,
penguasaan dan penglibatan murid-murid, maka saya bercadang untuk mengaplikasikan kajian tindakan
ini kepada kumpulan sasaran yang lain di sekolah saya untuk membantu meningkatkan kemahiran
vokasional. Semua aktiviti yang bakal dijalankan boleh mengikut kesesuaian dan kemampuan murid-
murid mengikut kursus yang diambil mengikut tempoh masa yang difikirkan sesuai dan agar PLBD
dapat mengamalkan “Four Pillars of Education: Learning to Know, Learning to Do, Learning to Live
Together dan Learning to Be”. Selain itu, pendekatan yang sama juga akan saya gunakan kepada
peningkatan motivasi dan penerapan nilai keusahawanan dalam kalangan MBP dalam kajian
seterusnya.
Rujukan
Humberstone, B., & Stan, I. (2011). Outdoor learning: Primary pupils’ experiences and
teachers’interaction in outdoor learning. Education 3-13,39, 529–540.
Jailani b Md. Yunos, Wan Mohd Rashid Bin. Wan Ahmad, Noraini Binti Kaprawi, Wahid Bin
Razally (2006). “System of Technical & Vocational Education & Training in Malaysia
(TVET)”. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Garispanduan pembelajaran luar bilik darjah (PLBD). Pusat
Perkembangan Kurikulum.
Mazlina Jamaludin, Ruzimas Ayu Razali dan Nek Kamal Yeop Yunus (2010) Kesan Lawatan
Lapangan Industri Terhadap Program Pemasaran di Politeknik, Politeknik Sultan Azlan Shah,
Perak dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Kertas Kerja Meningkatkan Mutu Pembelajaran Melalui
Aktiviti Pendidikan Luar Bilik Darjah. Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rea, T. 2008. Alternative visions of learning: Children’s learning experiences in the outdoors.
Educationalfutures: e-journal of the British Education Studies Association 2.
Rickinson, M., J. Dillon, K. Teamey, M. Morris, M.Y. Choi, D. Sanders, and P. Benefield. 2004. A
review of research on outdoor learning. Shrewsbury, UK: Fields Study Council.
Waite, S. (2011). Teaching and learning outside the classroom: Personal values, alternative
pedagogies and standards.Education 3-13,39,65–82.
Waite, S., and T. Rea. 2007. The joy of teaching and learning outside the classroom, chapter. In Joyful
teaching and learning in the primary school, ed. D. Hayes, 52–62. Exeter, UK: Learning
Matters.
22
PEMANTAUAN MELALUI RONDAAN
PEMBELAJARAN MEMBANTU MENINGKATKAN
AMALAN PEMBUDAYAAN 14 KOMPETENSI PDPC
GURU YANG BERKESAN KEPADA MURID
Lazifah Mohd Aziz
SK Kijal,Kemaman,Terengganu
Emel : lazifah69mohdaziz@gmail.com
Abstrak
Proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan
(PdPc) yang berkesan akan memberi impak yang positif kepada murid .Guru berperanan sebagai
pemudahcaraan dalalm PdP yang berkesan akan melihat perkembangan murid secara menyeluruh dan
meningkatkan pencapaian murid secara berterusan. Setiap pemimpin sekolah ingin melahirkan guru
yang kreatif dan inovatif dalam PdPc. Ianya bertujuan untuk menjadikan murid yang mempunyai
kemahiran berfikir aras tinggi dan boleh berkolaborasi dalam pembelajaran mereka. Sekolah
Kebangsaan Kijal merupakan salah sebuah sekolah di daerah Kemaman yang menjalani Program
Sekolah Amanah (PSA) bermula pada tahun 2016. Program ini diberi bimbingan oleh pihak konsultan
iaitu LeapEd Services Sdn Bhd, yang dilantik oleh pihak Yayasan Amir yang telah bekerjasama
dengan Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Program Sekolah Amanah , empat matlamat
strategik yang menjadi sasaran utama perlu dicapai dan sangat dititikberatkan terutama mengenai PdPc
guru. Amalan Rondaan Pembelajaran merupakan salah satu kaedah pemantauan yang dijalankan bagi
melihat proses pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc ) guru berjalan dengan baik di
bilik darjah. Rondaan Pembelajaran secara berfokus dijalankan apabila mendapati guru tidak dapat
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari berkaitan dengan 14 kompetensi PdPc Program Sekolah
Amanah (PSA). Rondaan Pembelajaran juga dijalankan bagi memantau fizikal kelas yang kondusif
dan bermaklumat dengan pelbagai instrument yang perlu dilaksanakan oleh guru. Bagi memantapkan
lagi proses PdPc yang berkesan kepada murid pelbagai intervensi dijalankan seperti mengadakan
Continuos Professional Development (CPD), Professional Learning Community (PLC) serta pelan
sokongan melalui Middle Leader (ML) yang dilantik bagi membantu guru dalam kumpulan masing-
masing. Data Rondaan Pembelajaran secara berkala dan berfokus menunjukkan perubahan setiap kali
diadakan Rondaan Pembelajaran. Data Lesson Observation (LO) atau pun pencerapan PdPc juga
dilihat berlaku perubahan yang ketara sebelum dan selepas amalan Rondaan Pembelajaran dijalankan.
Kata kunci : Rondaan Pembelajaran , Proses Pengajaran , Pembelajaran dan Pemudahcaraan yang
berkesan , Intervensi PdPc
1.0 Pengenalan
Berdasarkan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) oleh Jemaah
Nazir dan Jaminan Kualiti yang diselaraskan dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia ( PPPM 2013-2025 ) ianya mengandungi lima standard yang perlu difahami agar pengurusan
sesebuah organisasi berada di landasan yang betul. Standard yang pertama dalam SKPMg2 ialah
Pengetua/ Guru Besar (PGB) berperanan sebagai pemimpin berimpak tinggi yang berupaya
menggembeling dan menggerakkan warga sekolah secara bersepadu untuk memajukan sekolah dan
meningkatkan kualiti pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) telah diselaraskan dalam
pengurusan Program Sekolah Amanah (PSA) di mana matlamat strategi yang pertama ialah
membangunkan kepimpinan dan pengurusan berkualiti tinggi. Ianya juga selaras dengan kehendak PPM
2013-2025 melalui anjakan yang ke lima iaitu Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi di
tempatkan di setiap sekolah. Oleh yang demikian peranan seorang Guru Besar adalah bagi memastikan
semua dasar dan Key Performance Indikator (KPI) yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan
dengan baik mengikut instrument yang ditetapkan sebagai panduan. Ayob Jantan (2018 ) menyatakan
bahawa dalam menjayakan Pembelajaran Abad ke 21,Yayasan Amir telah memperkenalkan program
23
Sekolah Amanah Malaysia bukan sahaja organisasi profesional tetapi membimbing sekolah kearah
amalan professional.Pengurusan sekolah yang dilaksanakan secara strategik akan dapat memberi impak
yang positif kepada kemenjadian murid, guru dan sekolah. Hussein Mahmood (1993) dan Edmonds
(1979) berpendapat bahawa, kejayaan sesebuah sekolah menjadi tanggungjawab pengetua atau guru
besar. Dalam hal ini, tanggungjawab dan amanah yang diberi perlu dilaksanakan dengan sebaik
mungkin agar proses pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan kepada
murid sentiasa dibudayakan di bilik darjah dan juga di luar bilik darjah.Program Sekolah Amanah
berfokus kepada pembudayaan PdPc yang bermakna serta memberi kesan yang positif kepada murid
secara berterusan.
Sebagai sebuah sekolah yang diberi bimbingan melalui Program Sekolah Amanah, sudah
semestinya amalan PdPc berkesan berdasarkan 14 kompetensi PSA sentiasa dititikberatkan oleh
pengurusan sekolah. Bagi memastikan PdPc berkesan , salah satu kaedah yang diberi ialah mengenai
aktiviti Rondaan Pembelajaran . Rondaan Pembelajaran merupakan aktiviti berjalan di sekeliling
sekolah sambil membuat pemerhatian dan pemantauan terhadap pengajaran guru dan aktiviti
pembelajaran murid. Sebagai pentadbir sekolah, amalan membuat Rondan Pembelajaran sudah
dibudayakan dalam kalangan School Leadership Team (SLT), Middle Leader (ML) dan juga Ketua
Panitia (KP) .Secara tidak langsung amalan ini dapat mengetahui kelemahan dan kekuatan yang boleh
diberi penambahbaikan dari semasa ke semasa.
2.0 Penyataan Masalah
2.1 Analisis dan huraian isu/masalah
Bagi membudayakan pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan ( PdPc ) yang berkesan ,
di samping mewujudkan fizikal kelas yang bermaklumat serta kondusif,ianya merupakan satu proses
yang memerlukan satu jangka masa yang agak lama . Semuanya bermula dari sikap guru, jika seseorang
guru berfikiran positif mengenai sesuatu ilmu baru yang dipelajari maka hasilnya akan diterjemahkan
dengan cara yang terbaik. Namun, sekiranya diterima dengan penuh persoalan maka proses tersebut
agak lambat untuk dibudayakan dalam PdPc mereka. Pihak pentadbir sentiasa memberi kerjasama dan
bimbingan agar proses PdPc dapat dilaksanakan mengikut 14 kompetensi Program Sekolah Amanah.
Data permasalahan ini di ambil melalui lesson plan checklist atau senarai semak untuk Rancangan
Pengajaran Harian (e-RPH), pemerhatian dan juga temu bual tidak formal.Hasil dapatan awal mengenai
isu ini ialah :
i. Kemahiran guru dalam merancang PdPc yang berkesan masih berada ditahap sederhana
ii. Guru kurang faham konsep pembezaan, koperatif, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
serta teknik penyoalan yang berkesan.
iii. Guru tidak membudayakan amalan PdPc berkesan semasa di dalam kelas
iv. Aktiviti PdPc guru tidak menarik
v. Guru tidak berupaya menyediakan Bahan Bantu Mengajara (BBM) yang menarik dan
berkesan
Berdasarkan permasalahan yang disenaraikan,ianya berlaku dalam kalangan guru-guru di
Sekolah Kebangsaan Kijal. Satu pendekatan atau kaedah perlu dilakukan dengan tujuan agar
permasalahan yang berlaku dapat diatasi dengan baik. Permasalahan yang pertama ialah kemahiran
guru dalam merancang proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) yang berkesan masih berada
di tahap sederhana walaupun bimbingan dalam bentuk Continuous Professional Development (CPD)
dan Professional Learning Community (PLC) telah diberi. Proses pembudayaan tersebut belum dapat
dilaksanakan dengan sepenuhnya walaupun Program Sekolah Amanah di sekolah ini telah memasuki
tahun yang ke empat pada tahun 2019.
2.2 Perancangan dan Pelaksanaan Tindakan
Hasil perbincangan dalam mesyuarat pengurusan pentadbir sekolah , bagi memastikan
permasalahan yang berlaku dalam kalangan guru , pihak School Leadership Team (SLT) dan Middle
Leader (ML ) akan membuat pemantauan melalui Rondaan Pembelajaran secara berkala dan berfokus.
Jadual Rondaan Pembelajaran secara berfokus dirancang dan dilaksanakan agar proses PdPc dapat
dijalankan dengan baik. Tugasan ini dijalankan oleh kumpulan SLT, ML dan Ketua Panitia .
24
3.0 Objektif
3.1. Objektf Am
Semua guru dapat melaksanakan proses pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan secara
berkesan dan mewujudkan kelas yang bermaklumat serta kondusif.
3.2 Objektif Khusus
i.Meningkatkan kesedaran guru mengenai pentingnya pembudayaan PdPc yang berkesan
berdasarkan 14 kompetensi PSA bagi memberi impak yang positif kepada murid.
ii.Meningkatkan kesedaran guru mengenai pentingnya perancangan dalam penulisan rancangan
penulisan harian (e-RPH) sebagai langkah awal untuk melaksanakan PdPc yang berkesan.
4.0 Metodologi
4.1 Kaedah Penyelesaian Masalah
Bagi menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan guru yang tidak dapat merancang
seterusnya melaksanakan PdPc yang berkesan , pihak pentadbir telah mengadakan perbincangan
bersama pasukan Middle Leader. Middle Leader merupakan mentor kepada kumpulan guru yang diberi
tanggungjawab untuk membimbing guru yang mempunyai masalah dalam PdPc. Hasil perbincangan
yang dijalankan , maka satu keputusan yang terbaik telah disepakati iaitu pihak pentadbir perlu
membuat pemantauan melaui Rondaan Pembelajaran secara berjadual serta berfokus kepada kemahiran
14 kompetensi PdPc yang guru tidak menguasainya lagi. Bagi memantapkan lagi pelaksanaan PdPc
guru yang berkesan, CPD dan PLC yang berfokus dirancang dan dilaksanakan.
4.2 Prosedur atau langkah kaedah penyelesaian masalah
4.2.1 Merancang jadual Rondaan Pembelajaran .
Sebelum merancang jadual Rondaan Pembelajaran , pihak pentadbir bersama barisan Middle
Leader berbincang bagi mengenal pasti kelemahan guru dalam PdPc melalui semakan data Lesson
Observation ( LO ) akhir tahun 2018. Sesi lesson observation (LO) berlaku dua kali iaitu pertengahan
dan akhir tahun. Daripada data LO tersebut pihak SLT dan ML dapat mengenalpasti kelemahan guru
dalam 14 kompetensi PdPc. Kaedah Rondaan Pembelajaran dijalankan bagi melihat dan memantau
proses pelaksanaan PdPc guru secara tidak formal. Ianya bertujuan untuk melihat dan memberi
bimbingan kepada kemahiran yang belum dikuasai oleh guru. Rondaan Pembelajaran dijalankan juga
untuk memantau dan melihat perkembangan pembelajaran murid semasa PdPc serta melihat fizikal
kelas yang bermaklumat atau pun tidak.
Jadual 1
Jadual Pelaksanaan Rondaan Pembelajaran (RP )Tahun 2019
BIL TARIKH FOKUS RP TINDAKAN
1. 13.01.2019 LO & SC SLT, ML
2. 20.01.2019 Guru Ganti ( releif ) SLT, ML
3. 24.01.2019 LO & SC SLT,ML
4. 30.01.2019 Persekitaran SLT, ML
5. 14.02.2019 Persekitaran SLT, ML
6. 20.02.2019 Guru Ganti ( releif ) SLT, ML
7. 27.02.2019 PdPc SLT,ML
8. 06.03.2019 Lesson Observation & Sucees Criteria SLT, ML
9. 13.03.2019 Persekitaran SLT, ML
10. 20.03.2019 Guru ganti ( releif ) SLT, ML
11. 03.04.2019 PdPc SLT,ML
12. 10.04.2019 LO & SC SLT, ML
13. 17.04.2019 Persekitaran SLT, ML
14. 24.04.2019 Guru Ganti ( Releif ) SLT, ML
15. 02.05.2019 PdPc SLT,ML
25
4.2.2 Merancang dan melaksanakan Professional Learning Community (PLC)
Professional Learning Community (PLC) merupakan salah satu aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan oleh pihak pengurusan sekolah.Ianya bertujuan untuk berbincang mengenai sesuatu isu
untuk diselesaikan secara bersepakat melalui satu kaedah. Fokus utama PLC adalah kumpulan Middle
Leader bersama kumpulan guru masing-masing boleh berbincang mengenai sesuatu tajuk berdasarkan
14 kompetensi PdPc program Sekolah Amanah dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan
persekitaran kelas yang bermaklumat mengikut kehendak Program Sekolah Amanah. Semasa PLC
Middle Leader dan guru diadakan , pihak SLT akan membuat Rondaan Pembelajaran bagi memantau
perjalanan PLC tersebut.
Jadual 2
Jadual Pelaksanaan PLC dan CPD bagi tahun 2019
BIL TARIKH PERKARA MASA TAJUK
1. 28/1/2019 PLC 1 2.30-4.00 Effective Use Of Data
( Action Research )
2. 11/2/2019 PLC 2 2.30 – 4.00 PMS Folders for Teacher
Teaching ( competency Rubric-
Level 3 & 4 )
3. 25/2/2019 CPD 1 2.30-4.30 Planning ( LO & SC ) / Use of
Resource )
4. 8/4/2019 PLC 3 2.30-4.00 Physical / Emotional Environment
5. 22/4/2019 CPD 2 2.30 – 4.30 Feedback / Assessment
6. 10/6/2019 PLC 4 2.30-4.00 Feedback / Assessment
7. 24/6/2019 CPD 3 2.30 – 4.30 Differentation / CLs
8. 8/7/2019 PLC 5 2.30-4.00 Differentation / CLs
9. 22/7/2019 CPD 4 2.30 – 4.30 Questioning / Thinking Skills
10. 19/8/2019 PLC 6 2.30 – 4.00 Questioning / Thinking Skills
4.2.3 Merancang dan melaksanakan Continuous Professional Development ( CPD ).
Continuous Professional Development (CPD ) adalah berdasarkan keperluan guru dan juga
sekolah. Fokus utama adalah untuk meningkatkan kemahiran guru dalam sesuatu bidang. CPD
merupakan salah satu program yang dititikberatkan bagi memantapkan lagi pengurusan sekolah
terutamanya dalam memantapkan kemahiran mengajar berdasarkan 14 kompetensi Program Sekolah
Amanah. Apabila CPD dilaksanakan pihak pentadbir akan turut serta dan memberi bimbingan di
samping Middle Leader yang dilantik sebagai fasilitator. Apabila selesai sesuatu CPD , maka guru akan
melaksanakan apa yang telah dipelajari semasa CPD dalam PdPc mereka. Semasa proses PdPc
dilaksanakan, pihak pentadbir akan membuat Rondaan Pembelajaran untuk memantau dan melihat
kemahiran yang telah dipelajari tersebut berlaku atau pun tidak di dalam kelas.
5.0 Hasil dan Impak .
Hasil daripada membuat pemantauan secara berkala dan berfokus melalui Rondaan
Pembelajaran selepas CPD dan juga PLC , semasa proses Lesson Observation pertama (LO 1) dan
Lesson Observation (LO 2) pada tahun 2019 berlaku peningkatan skor bagi setiap rubrik yang terdapat
dalam 14 kompetensi PdPc Program Sekolah Amanah sebagaimana Rajah 2 di bawah. Rajah 1 di
bawah menunjukkan salah satu impak selepas Rondaan Pembelajaran secara berfokus dijalankan.
26
Rajah 1 : Graf perbandingan guru memberi maklum balas dan peluang kepada murid untuk
memberi maklum balas kepada antara satu sama lain.
Rajah 1 di atas menunjukkan salah satu perkara yang di lihat semasa membuat Rondaan
Pembelajaran PdPc guru secara tidak formal iaitu selepas guru mengikuti CPD yang
diadakan.Perbezaan berlaku pada setiap kali Rondaan Pembelajaran dijalankan. Selepas membuat
Rondaan Pembelajaran , pihak pentadbir dan Middle Leader akan berbincang dengan guru bagi
membuat penambahbaikan pada rubrik yang difokuskan.
Rajah 2 : Graf Bar menunjukkan perbandingan skor Lesson Observation (LO) pada tahun 2018
dan tahun 2019
6.0 Perbincangan dan rumusan
Kesimpulan daripada amalan Rondaan Pembelajaran yang dilaksanakan di Sekolah
Kebangsaan Kijal adalah untuk meningkatkan pelaksanaan Pembelajaran dan pemudahcaraan ( PdPc)
guru-guru SK Kijal serta meningkatkan persekitaran bilik darjah yang bermaklumat , di samping
intervensi melalui CPD dan PLC yang berfokus. Perkara ini sentiasa diberi penambahbaikan agar proses
25.9 25.933.3
0 0
11.1
40.737
3.700
3.7
66.7
29.6
0
Skala / Rubrik 1 Skala/Rubrik 2 Skal / Rubrik 3 Skala/Rubrik 4 Skala/Rubrik 5
Peratus Perbandingan Guru memberi maklumbalas dan peluang kepada murid untuk memberi
maklumbalas kepada satu sama lain (Afl)
Kali 1 Kali 2 Kali 3
100
93.6
87.2
80.9
93.6
85.1
89.4
87.2
80.9
97.9
89.4
100
95.7
100
0 20 40 60 80 100 120
Application of Effective Learning & Teaching…
Use of Differentiated Learning
Use of Strategies to Promote Student Thinking
Use of Question
Providing Opportunities for Students to Learn…
Providing Opportunities for Self & Peer…
Use of Defined Cooperative Learning Structures
Use of Ongoing Assessment
Use of Feedback Strategies
Development of the Emotional Environment
Development of the Physical Environment
Use of Resources to Support Learning
Use of Learning Objectives and Success Criteria
Effective Lesson Planning
Analisa Skor 14 kompetensi PdPc
LO 2 2019
LO 1 2019
LO 2 2018
LO 1 2018
27
pelaksanaan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) guru-guru SK Kijal dapat dilaksanakan dengan
berkesan dan memberi impak yang positif kepada murid. Selain daripada itu , amalan Rondaan
Pembelajan juga dilaksanakan untuk memantau aktiviti kokurikulum, disiplin murid , fizikal sekolah
dan sebagainya.Ianya dilihat memberi kesan yang baik kepada pentadbir sekolah untuk sentiasa
membuat penambahbaikan dalam pengurusan sekolah.
Rujukan
Amir, Y. (2016). Garis Panduan Sekolah Amanah (GPSA). Puterajaya: Unit Sekolah Amanah,
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH),Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Choong Lean Keow, P. (2011). Asas Penyelidikan Tindakan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
Jantan, A. (2018). PAK 21 Mentransformasikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi. Puterajaya: Majlis
Pengetua Sekolah Malaysia.
Kualiti, J. N. (2017). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Puterajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mahmood, H. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Malaysia, K. P. (2013). Ringkasan Eksekutif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
(Pendidikan Pra sekolah hingga lepasan menengah ). Puterajaya: Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Noriati A.Rashid, B. P. (2010). Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru. Selangor:
Oxford fajar Sdn.Bhd.
Noriati, B. P. (2010). Guru Dan Cabaran Semasa. Shah Alam , Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd.
https://www.slideshare.net/KrishnaVeeni/kepemimpinan-guru-besar-dalam-organisasi-sekolah
https://www.tatiuc.edu.my/assets/files/ICTM19-Papers/ICTM-09.pdf
https://www.scribd.com/doc/315845503/Instrumen-Pemerhatian-Learning-Walk
https://siscklusterbppdseremban.blogspot.com/2018/05/modul-1-pelaksanaan-pembelajaran-dan.html
.
28
PERIBAHASA MELAYU MERENTAS SAINS
Haslindar Nor Ismail
Abstrak
Elemen Merentas Kurikulum (EMK) merupakan unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam standard kandungan setiap kali pdp berlangsung di dalam bilik darjah. Antara unsur nilai tambah
yang terdapat dalam EMK yang perlu diterapkan dalam pdp ialah ilmu bahasa. Dalam pdp mata
pelajaran Sains guru boleh menerapkan ilmu bahasa dan salah satunya ialah peribahasa Melayu. Hal ini
dapat menarik minat murid untuk mempelajari mata pelajaran Sains di samping dapat menambahkan
ilmu dalam bidang bahasa Melayu itu sendiri. Maksud sesuatu peribahasa Melayu dapat difahami,
dihayati dan ditaakul lebih mudah apabila adanya ilmu pengetahuan yang teratur dan dapat dibuktikan
kebenarannya. Teknik DeSiR diperkenalkan sebagai pemudah cara untuk murid memahami dan
menghayati maksud sesesuatu peribahasa Melayu. Dengan teknik ini dapat merangsang pemikiran
kognitif murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis melalui penghuraian daripada sudut sains yang
akan menerangkan sebab sesuatu perkara itu berlaku. Teknik DeSiR menggunakan pendekatan
pembelajaran kontekstual iaitu murid dapat memproses pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baharu
dengan cara bermakna dalam rangka minda mereka. Amalan baik pdp ini dicetuskan atas kesedaran
bahawa generasi muda sekarang kurang minat mempelajari aspek peribahasa dan ada dalam kalangan
generasi muda meragui kekuatan maksud yang didukung oleh sesuatu peribahasa. Melalui amalan baik
ini, murid dapat memahami, menghayati dan menaakul peribahasa Melayu seterusnya secara tidak
langsung dapat mengaitkan dengan ilmu mata pelajaran Sains. Rumusnya, pengajaran peribahasa
Melayu merentas sains diyakini dapat membantu murid untuk mengetahui maksud sesuatu peribahasa
dengan mengaitkan fakta dan bukti yang kukuh daripada sudut sains.
Kata kunci: peribahasa Melayu, KBAT, amalan baik, EMK, kontekstual, DeSiR.
1.0 Refleksi pengajaran lalu
Refleksi pengajaran lalu ialah murid sukar untuk memahami maksud peribahasa. Walaupun
senarai peribahasa beserta dengan maksudnya sudah diberikan kepada pelajar, namun pelajar masih
lemah untuk memahami, mengingati,menghayati dan menaakul maksud sesuatu peribahasa
2.0 Isu keprihatinan/fokus kajian
Teknik DeSiR menggunakan pendekatan pembelajaran kontekstual iaitu murid dapat
memproses pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baharu dengan cara bermakna dalam rangka minda
mereka. Amalan baik pengajaran dan pembelajaran (pdp) ini dicetuskan atas kesedaran bahawa generasi
muda sekarang kurang minat mempelajari aspek peribahasa dan ada dalam kalangan generasi muda
meragui kekuatan maksud yang didukung oleh sesuatu peribahasa. Melalui amalan baik ini, murid dapat
memahami, menghayati dan menaakul peribahasa Melayu seterusnya secara tidak langsung dapat
mengaitkan dengan ilmu mata pelajaran Sains. Supyan, Ding Choo Ming, Afendi & Arba’eyah (2004)
dlm. Mohd Mahzan Awang et al. (2014), berpendapat sejauh mana kehebatan peribahasa digunakan
dalam pembelajaran formal Bahasa Melayu masih menjadi persoalan dan kurang diterokai dalam kajian
pendidikan bahasa. Malah, keupayaan guru dan murid untuk menggunakan peribahasa yang sesuai bagi
tujuan pembelajaran pelbagai aspek kehidupan masih menjadi isu utama. Hal ini demikian kerana,
terdapat banyak peribahasa Melayu yang memerlukan tafsiran makna secara tepat dan dibuktikan
kesahihannya. Maka, melalui kajian yang dijalankan akan memberi ruang dan peluang kepada murid
serta guru untuk menginterpretasi maksud peribahasa dengan lebih mudah dan tepat dari sudut mata
pelajaran Sains. Kesimpulannya, kajian ini amat memberi manfaat kerana peribahasa yang dikenal pasti
akan dikupas maksudnya tersirat, melalui Teknik DeSiR seterusnya dianalisis pula ilmu sains yang
terkandung dalam peribahasa yang boleh diamalkan oleh murid dalam kehidupan seharian mereka.
29
3.0 Objektif kajian
3.1 Objektif Am
Murid dapat mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) iaitu murid-murid
dapat memahami maksud peribahasa berdasarkan situasi sebenar dalam kehidupan seharian.
3.2 Objektif Khusus
-Mengenal pasti peribahasa yang boleh dihuraikan daripada sudut mata pelajaran sains.
-Menganalisis maksud peribahasa Melayu dengan mengaitkan fakta dan bukti yang kukuh
daripada sudut mata pelajaran Sains.
4.0 Kumpulan sasaran
Murid tingkatan 5
5.0 Perlaksanaan kajian
5.1 Tinjauan masalah
Pengajaran dan pembelajaran peribahasa memang sudah termaktub dalam Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu tingkatan satu sehingga tingkatan lima kerana peribahasa Melayu menjadi elemen
penting dalam pengisian kurikulum sekolah menengah. Masalah yang dihadapi ialah murid kurang
minat mempelajari peribahasa Melayu. Masyarakat pada hari ini merasakan peribahasa Melayu sudah
tidak relevan digunakan pada zaman sains dan teknologi maklumat. Hal ini sejajar dengan pendapat
yang dikemukakan oleh Amira Razlan (2010), yang menyatakan masyarakat hari ini menganggap
peribahasa merupakan bahasa yang hanya digunakan dalam situasi tertentu sahaja, misalnya dalam
upacara adat dan tidak mempunyai kepentingan lain. Malah golongan murid mula meragui kekuatan
maksud yang terkandung dalam sesebuah peribahasa. Perkara ini mungkin disebabkan sebahagian
masyarakat dunia lebih cenderung berkomunikasi secara berterus terang dan tidak mengamalkan
kesantunan bahasa kerana mereka percaya bahawa sikap terus terang ini akan memudahkan interaksi
dan penyampaiannya akan menjadi lebih mudah (Norazlina Hj. Mohd Kiram, 2010). Implikasinya,
peribahasa masih dipinggirkan oleh generasi muda hari ini dan mereka masih kurang menghayati dan
menaakul maksud di sebalik sesuatu peribahasa.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Daripada pemerhatian dibuat, rata-rata latihan peribahasa yang diberikan murid tidak mendapat
markah penuh. Selain itu , semasa mengarang murid tidak memasukkan peribahasa dalam karangan
mereka kerana kurang memahami maksud sesuatu peribahasa.
5.3 Tindakan yang diambil
Untuk mengatasi masalah ini, guru mengaplikasikan teknik DeSiR semasa pdp Seterusnya,
murid akan berusaha mengenal pasti dan menyenaraikan peribahasa yang mempunyai penghuraian
daripada sudut mata pelajaran Sains. Teknik DeSiR diperkenalkan sebagai pemudah cara untuk pelajar
memahami dan menghayati maksud peribahasa Melayu. Teknik ini dapat merangsang pemikiran
kognitif pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Teknik DeSiR menggunakan pendekatan
pembelajaran konstektual iaitu pelajar dapat memproses pengetahuan sedia ada dan pengetahuan baharu
dengan cara bermakna dalam rangka minda mereka. Dengan menggunakan pendekatan teknik DeSiR
ini, pelajar dibantu untuk mentafsir maksud sesuatu peribahasa dan secara tidak langsung pelajar dapat
menghayati nilai murni yang ingin disampaikan dalam peribahasa tersebut. Teknik DeSiR
menggariskan langkah-langkah yang mudah diingat bagi mencari maksud peribahasa. Akronim yang
digunakan berdasarkan konsep yang terlibat dalam setiap langkah yang diberikan seperti jadual di
bawah:
30
Jadual 1
Huraian Teknik DeSiR
Kata kunci Huraian
De Definisi setiap kata nama yang terdapat dalam peribahasa.
Si Situasi yang digambarkan dalam peribahasa.
R Rasional situasi dan maksud yang digambarkan dalam peribahasa
lalu dikaitkan dengan sifat dan perilaku manusia atau keadaan
manusia itu sendiri.
5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian/penilaian
Setiap kali pdp peribahasa Melayu guru akan mengaplikasikan Teknik DeSiR dan mengaitkan
peribahasa yang sesuai dengan ilmu Sains. Murid juga berperanan memikirkan dan cuba untuk
mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan ilmu sains. Rujukan ilmu sains ialah daripada buku rujukan,
murid yang mengambil mata pelajaran Sains, guru mata pelajaran Sains, Fizik, Kimia dan Biologi.
Berikut adalah penghuraian peribahasa Melayu menggunakan Teknik DeSiR dan penghurainnya dari
sudut mata pelajaran Sains.
Jadual 2
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Kata kunci Huraian
Definisi Pokok enau ialah sejenis pokok palma. Contoh pokok
palma ialah kelapa sawit, kelapa dan pokok kurma.
Tumbuh dalam belukar.
Situasi Pucuk pokok enau keluar daripada belukar
Rasional Rasionalnya, maka bersesuaianlah dikatakan maksudnya
sifat pokok enau hanya mementingkan diri sendiri.
Huraian daripada sudut Sains
Simbiosis bermaksud hidup bersama-sama antara dua atau lebih individu daripada spesies yang
berlainan. Enau dan belukar hidup bersama-sama namun persaingan berlaku untuk mendapatkan cahaya
matahari demi kelangsungan hidup. Enau berjaya mendapatkan cahaya matahari untuk proses
fotosintesis berbanding belukar yang berada disekelilingnya.
Jadual 3
Bau-bau bacang
Kata kunci Huraian
Definisi Bacang ialah sejenis buah-buahan tempatan. Buah ini
hampir sama dengan buah mangga. Namun terdapat
perbezaan dari segi bau kerana bau bacang lebih kuat
daripada mangga.
Situasi Buah bacang akan gugur dengan sendiri jika sudah
masak, dan aromanya akan dapat dibau daripada jauh
lagi.
Rasional Rasionalnya, situasi bacang yang dapat dibau daripada
jauh, dikiaskan dengan hubungan persaudaraan yang
jauh.
31
Huraian daripada sudut Sains
Dalam istilah kimia, hubungan antara molekul bersebelahan dirujuk sebagai ikatan. Hubungan
persaudaraan merupakan ikatan antara satu individu dengan individu lain. Maka simpulan bahasa ini
boleh dijelaskan ikatan antara atom atau molekul. Atom atau molekul dikelilingi oleh elektron yang
terlibat dalam pembentukan ikatan. Kekuatan ikatan ini bertambah dengan saiz molekul. Lebih besar
saiz molekul, lebih banyak bilangan elektron permolekul dan lebih kuat ikatannya. Begitu juga
sebaliknya. Maka, bau bacang dapat dibau daripada jauh tidaklah begitu kuat baunya berbanding jika
dibau dari dekat. Hal ini demikian kerana, bau bacang yang jauh itu, molekulnya lebih kecil dan kurang
bilangan elektron permolekul dan lebih lemah ikatannya.
Jadual 4
Minyak dengan air tidak akan bercampur
Kata kunci Huraian
Definisi Minyak ialah lemak tulen yang berasal daripada tumbuhan
atau haiwan. Air pula ialah molekul yang terdiri daripada
dua atom hidrogen dan satu atom oksigen. Semasa ketiga-
tiga atom ini bersama, akan membentuk ikatan yang kuat
dan sukar untuk diputuskan
Situasi Apabila dicampurkan, air dan minyak tidak bercampur.
Rasional Rasionalnya, sikap buruk manusia yang suka membeza-
bezakan darjat berdasarkan kedudukan pangkat, kekayaan
dan keturunan.
Huraian daripada sudut Sains
Air dan minyak tidak dapat disatukan kerana molekul yang terdapat dalam kedua-duanya tidak
sama. Selain itu, jisim minyak lebih ringan daripada jisim air. Apabila minyak dicampurkan dengan air,
minyak akan terapung di atas air. Walaupun, dibuat pelbagai cara untuk mencampurkannya, minyak
dengan air tetap tidak akan bercampur. Hal ini demikian kerana, minyak kurang tumpat berbanding
ketumpatan air, oleh itu minyak akan terapung di dalam air.
Jadual 5
Air dicincang tidak akan putus
Kata kunci Huraian
Definisi Air ialah molekul yang terdiri daripada dua atom hidrogen
dan satu atom oksigen.
Situasi Apabila air mengalir dan cuba untuk memutuskannya pasti
tidak berjaya kerana apabila ketiga-tiga atom ini bersama,
akan membentuk ikatan yang kuat dan sukar untuk
diputuskan.
Rasional Rasionalnya, keadaan ini dikiaskan hubungan
kekeluargaan tidak akan putus kerana adanya pertalian
darah antara mereka.
Huraian daripada sudut Sains
Penghuraian dari sudut kimia ialah molekul air terdiri daripada satu atom oksigen dan dua atom
hidrogen. Ikatan hidrogen memegang molekul air bersama-sama dalam cecair. Walau bagaimanapun,
ikatan hidrogen mudah terbentuk, terputus dan terbentuk semula antara molekul air. Dalam hukum fizik
pula menerangkan setiap molekul dalam cecair ditarik oleh daya jelekit yang sama nilainya dengan
molekul yang mengelilinginya. Daya tarikan inilah yang sentiasa tarik menarik antara molekul sehingga
sukar untuk memutuskannya.
32
Jadual 6
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua
Kata kunci Huraian
Definisi Tupai ialah binatang yang tinggal di atas pokok suka
mengunggis buah-buah di atas pokok
Situasi Pergerakan tupai melompat dari satu dahan ke dahan yang
lain adalah sangat pantas. Namun, ada kalanya tupai akan
jatuh ke tanah jika tersilap langkah.
Rasional Rasionalnya, keadaan ini dikiaskan sepandai-pandai
seseorang melakukan pekerjaan, pastinya akan membuat
kesilapan.
Huraian daripada sudut Sains
Kejadian ini berkaitan dengan tarikan graviti bumi. Berat satu jasad adalah jumlah daya graviti
yang bertindak ke atasnya. Semakin berat jasad, semakin tinggi daya graviti yang bertindak dan lebih
kuat akan jatuh ke bumi. Semua benda yang dilambung atau terlambung ke atas pasti akan terjatuh ke
bawah selaras dengan Hukum Graviti Newton.
Jadual 7
Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi
Kata kunci Huraian
Definisi Tangan ialah anggota badan manusia yang digunakan untuk
melakukan pelbagai pekerjaan dan salah satunya bertepuk.
Situasi Perbuatan bertepuk hendaklah dilakukan oleh kedua-dua
belah tangan, iaitu tangan kanan dan tangan kiri. Jika
bertepuk sebelah tangan tentulah tidak berbunyi.
Rasional Rasionalnya, keadaan ini dikiaskan kedua-dua belah pihak
sama-sama bertanggungjawab jika terjadi sesuatu.
Huraian daripada sudut Sains
Objek yang bergerak akan terus bergerak jika tiada daya yang menahannya. Perlanggaran
antara dua objek bergerak akan mengubah arah pergerakan di samping menukarkan sebahagian tenaga
kinetik kepada tenaga bunyi menerusi perubahan bentuk tenaga. Oleh itu, bunyi dihasilkan ketika
seseorang bertepuk kedua belah tangan.
Jadual 8
Lain padang lain belalang
Kata kunci Huraian
Definisi Belalang ialah sejenis serangga yang selalunya berwarna
hijau, berkepak dan berkaki panjang. Terdapat beberapa
jenis belalang seperti belalang kunyit, belalang hijau dan
mentadak mentadu. Padang pula ialah tanah datar yang luas
dan lapang serta tidak ditumbuhi dengan pokok-pokok besar.
Situasi Padang yang berlainan akan berbezalah belalang yang
menghuninya
Rasional Rasionalnya, situasi ini disamakan dengan setiap negeri, lain
adat dan peraturannya.
33
Huraian daripada sudut Sains
Organisme hidup terdiri daripada pelbagai spesies yang hidup di persekitaran yang berbeza.
Peribahasa ini mengambil contoh kepelbagaian ekosistem daratan yakni padang yang menjadi habitat
belalang. Serangga ini lazimnya menunjukkan ciri-ciri yang berbeza di antara dua kawasan berlainan.
Jadual 9
Bagai mencurah air ke daun keladi
Kata kunci Huraian
Definisi Keladi ialah tumbuhan yang tumbuh di tempat yang
berair atau paya.
Sifat daun keladi adalah kalis air atau tidak basah
Situasi Apabila air dicurahkan ke atasnya, daunnya tidak basah
Rasional Rasionalnya, memberi nasihat kepada seseorang dan
nasihat itu sia-sia sahaja kerana tidak pedulikan dan
diendahkan.
Huraian daripada sudut Sains
Air mempunyai daya lekitan (daya antara zarah-zarah yang sama) yang lemah dan daya lekatan
(daya tarikan antara zarah-zarah yang berbeza) yang tinggi. Maka air lebih cenderung untuk melekat
pada suatu permukaan yang bersentuh dengannya (membasahi). Sifat air itu sendiri mempunyai daya
lekitan. Air akan melekat pada permukaan. Namun, air tiada daya lekitan. Justeru, secara amnya air
tidak akan boleh berkumpul membentuk bentuk bulat. Daun keladi pula kalis air kerana terdapat lapisan
kurtikel yang berlilin pada daun dan menyebabkan air tidak menyerap. Apabila air tidak menyerap
maka air akan berkumpul dalam bentuk bulat. Maka, daya lekatan air tidak berdaya apabila melawan
daun keladi.
5.5 Refleksi kajian
Di dapati murid berasa seronok semasa pdp peribahasa Melayu. Mereka lebih bersemangat
untuk mempelajari peribahasa Melayu kerana dapat dibuktikan dengan kukuh daripada sudut mata
pelajaran Sains.
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Cadangan kajian seterusnya ialah kajian daripada sudut peribahasa Melayu merentas mata
pelajaran lain seperti Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi dan Pendidikan Islam. Hal ini demikian
kerana, dengan eleman merentas kurikulum ini akan dapat melahirkan murid yang berfikiran kreatif
dan berfikir aras tinggi.
Rujukan
Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (2004). Kamus Peribahasa Kontemporari. Bentong: PTS
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). KBSM Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ahmad Fuad Mat Hassan & Zaitul Azma Zainon Hamzah. (2010). Pengkategorian Peribahasa Melayu
Berdasarkan Aspek Nilai dan Pemikiran: Satu analisis Pragmatik. Selangor: Universiti Putra
Malaysia.
Amira Razlan (2013). Perbandingan Pentafsiran Leksikel Haiwan dalam Peribahasa Cina dan Tamil.
Tesis Master Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Serdang: Universiti Putra Malaysia
Chong Kum Ying, Thong Kum Soon dan Mazliana Abdul Hashim, Sains Tingkatan 5. Kuala Lumpur:
Odonata Pubishling Sdn Bhd.
34
Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (1990). Pukal Latihan KBSM. Falsafah Pendidikan Negara. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nor Hasimah Jalaluddin dan Junaini Kasdan. (2010). Remaja dan Peribahasa Melayu. Jurnal Linguistik:
hlmn 158 – 172.
Mohd Mahzan Awang et al. (2015). Mesej Perpaduan dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 4
dan 5: Analisis Terhadap Peribahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu., hlmn 44-52
Norazlina Hj. Mohd Kiram, 2010. Kesantunan Berbahasa Cerminan Peribadi Mulia, Dewan Bahasa ,
Februari 2010, hlmn 61
Yeap Tok Kheng (2007). Science Prosess Skills. Selangor: Pearson Malaysia Sdn Bhd
Yeap Tok Kheng (2015). Motivator Kimia Tingkatan 4 SPM. Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.
Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan. (2011). Peribahasa Melayu: Penelitian
Makna dan Nilai. Serdang: Universiti Putra Malaysia.
35
HUBUNGAN KEMAHIRAN ABAD KE 21 TERHADAP
MOTIVASI MURID DALAM PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH RENDAH
Sirah Nasriah Mohd Tajuddin1 dan Ruslin Amir 2 1,2 Fakulti Pendidikann, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Emel: sirahnasriah@gmail.com
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan kemahiran pembelajaran abad ke-21 terhadap motivasi
murid dalam matapelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Rendah. Kajian berbentuk kajian tinjauan
menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik sebagai alat kajian. Soal
selidik tersebut terdiri daripada enam bahagian iaitu maklumat demografik, motivasi murid dan empat
fokus utama kemahiran abad ke-21 iaitu literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan
dan produktiviti yang tinggi. Seramai 217 orang murid tahap 2 di tujuh buah sekolah sekitar daerah
Jasin telah dipilih sebagai sampel dalam kajian ini. Data yang diperolehi daripada pelajar dianalisis
dengan menggunakan kaedah deskriptif dan inferensi. Melalui kajian ini dapat dilihat hubungan
kemahiran abad ke-21 dalam meningkatkan tahap motivasi murid dalam pembelajaran Pendidikan
Islam di sekolah. Dapatan kajian menunjukan tahap motivasi murid berada di tahap yang tinggi dengan
nilai min=3.915 dan menunjukkan hubungan yang signifikan dengan nilai r=0.861 menunjukkan
hubungan antara motivasi dan kemahiran abad ke-21 yang tinggi.
Kata kunci: motivasi, kemahiran abad ke-21, Pendidikan Islam
1.0 Refleksi Pengajaran lalu
Pendidikan adalah salah satu medium utama dalam mengembangkan ekonomi dan
pembangunan sesebuah negara. Proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berlaku di dalam
kelas adalah kayu ukur utama yang dapat menilai sejauh manakah kemajuan masa hadapan negara.
Dalam mempersiapkan generasi yang mampu bersaing di peringkat global, setiap individu perlulah
menguasai bidang ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi agar dapat membangunkan negara di
masa hadapan (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013-2015). Oleh itu, bidang pendidikan
dilihat sebagai salah satu aspek yang paling penting dalam melahirkan generasi yang akan
membangunkan negara dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani yang stabil. Ini bertepatan dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk membangunkan potensi setiap individu agar
dapat menyumbang kembali kepada kesejahteraan negara.
Dalam memandu negara Malaysia setanding dengan global, setiap individu generasi terkini
perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan yang lengkap dan juga asas kemahiran yang baik. Ini
kerana, penguasaan akademik sahaja tidak akan mampu menjadikan seseorang itu dapat bersaing di
masa hadapan. Antara kemahiran yang perlu ada pada setiap individu adalah kemahiran berkomunikasi,
kemahiran berfikir kritis dan kreatif, dan kemahiran dalam bidang teknologi. Kesemua kemahiran ini
adalah menjadi nilai tambah kepada seseorang itu jika dapat menguasainya dengan baik selain
cemerlang di dalam akademik.
2.0 Fokus Kajian
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan Kemahiran Abad ke 21 terhadap
motivasi murid dalam Pendidikan Islam.
3.0 Objektif Kajian
1. Mengenalpasti tahap motivasi dalam kalangan murid Pendidikan Islam setelah diterapkan
Kemahiran Abad ke-21.
2. Mengenalpasti hubungan antara motivasi murid terhadap Pendidikan Islam dengan
Kemahiran Abad ke-21.
36
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian ini dilakukan kepada murid tahun 4, 5 dan 6 di tujuh buah sekolah di daerah Jasin,
Melaka.
5.0 Perlaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Keberkesanan proses pembelajaran bukan sahaja dipengaruhi oleh strategi, kaedah yang
digunakan oleh guru, mahupun persekitaran serta fasiliti yang disediakan oleh pihak sekolah, malah
motivasi murid adalah aspek yang memberikan kesan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan di
sekolah. Motivasi adalah salah satu aspek penting dalam pembentukkan insan pelajar sekaligus
memberikan kesan positif dalam pencapaian akademik pelajar. Pelajar yang mempunyai motivasi
adalah pelajar yang menaruh minat untuk belajar dan berubah. Mereka mendengar dan memberikan
perhatian terhadap pelajaran serta bergerak aktif di dalam dan di luar kelas selain bersedia menerima
arahan daripada guru. Daripada keadaan inilah akan lahirnya pelajar yang berkualiti (Baharom & Iliyas,
2011). Muhammad Kamil (2001) turut menyatakan bahawa motivasi dalaman pelajar sendiri yang
boleh menghasilkan pembelajaran yang sempurna.
Namun, bergantung kepada motivasi pelajar sahaja tidak akan mampu memberikan kesan
terhadap penghayatan Pendidikan Islam jika proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
matapelajaran ini lebih berbentuk berpusatkan guru yang membosankan. Menurut Hamid (2000);
Tamuri (2007); Tengku Kasim & Che Husain (2008) terdapat sebilangan guru Pendidikan Islam kurang
berupaya serta lemah menjalankan proses pengajaran dengan cekap dan berkesan. Akibatnya, hasil
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai malah menjadikan sesi pengajaran kurang menarik
dan hambar. Pengajaran Pendidikan Islam bukan hanya bergantung kepada sebanyak mana ilmu yang
disampaikan tetapi turut melibatkan kepelbagaian kreativiti pengajaran guru dalam menghasilkan idea
yang baru dengan kaedah dan strategi pengajaran yang kreatif (Sulaiman, 2005). Menurut Mat Som
(2005), satu perubahan besar yang perlu guru lakukan ialah untuk mempraktikkan kreativiti pengajaran
agar bersesuaian dengan suasana pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan
penting dalam memastikan pengajaran yang diajarkan lebih menarik dan lebih bersifat berpusatkan
murid seterusnya dapat meningkatkan motivasi murid dalam mempelajari matapelajaran Pendidikan
Islam.
Selain itu, matapelajaran Pendidikan Islam dianggap tidak penting kerana tidak dinilai di dalam
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Menurut Nor Hafizah (2008), impak yang paling besar adalah
apabila matapelajaran Pendidikan Islam tidak begitu ditekankan khasnya dalam peperiksaan awam,
maka pelajar hanya akan belajar sekadar untuk memenuhi jadual waktu persekolahan mereka sahaja
tanpa adanya sebarang penghayatan terhadap perkara yang dipelajari oleh mereka. Menurut Kamarul
Azmi (2011), peningkatan kadar jenayah dan keruntuhan akhlak dalam kalangan murid adalah berpunca
daripada kurangnya penghayatan terhadap Pendidikan Islam yang dipelajari di sekolah. Ini jelas
menunjukkan bahawa Pendidikan Islam bukanlah matapelajaran yang boleh diambil mudah, kerana
melalui Pendidikan Islam yang diajarkan di sekolah, walaupun tidak dimasukkan di dalam peperiksaan
awan UPSR, namun matapelajaran ini penting untuk memandu setiap individu menjadi insan yang
seimbang dunia dan akhirat.
Berdasarkan permasalahan isu-isu di atas, hal ini dapat dikaitkan dengan pengaruh
pembelajaran abad ke-21 terhadap motivasi murid dalam Pendidikan Islam. Hal ini kerana terlalu
banyak kajian yang dilakukan berkaitan penyepaduan kemahiran abad ke-21 terhadap matapelajaran
lain, namun kajian penyepaduan kemahiran abad ke-21 dalam Pendidikan Islam belum pernah
dijalankan. Dalam kajian Masyuniza (2015) menyatakan bahawa terdapat hubungan yang positif antara
sikap dan persepsi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu dengan kemahiran abad ke-21. Melalui
kemahiran abad ke-21, gaya pengajaran yang lebih berpusatkan guru dapat diubah kepada berpusatkan
murid, sekaligus meningkatkan minat murid dalam pembelajaran kerana mereka dapat bergiat aktif di
dalam PdPc. Dengan mengambil kira kepelbagaian sikap murid di dalam bilik darjah, guru dapat
mengenal pasti kekuatan dan kelemahan muridnya ketika belajar. (Zamri, Ruslin & Mohamed Amin
2015).
37
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Kajian ini adalah kajian tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif. Soal selidik
digunakan untuk mengenalpasti hubungan kemahiran Abad ke-21 terhadap motivasi murid dalam
matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah. Responden kajian terdiri daripada murid tahap 2
(iaitu Tahun 4, 5, dan 6) di sekolah daerah Jasin.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang
dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah Bahagian A yang berkaitan dengan
demografi responden. Bahagian kedua pula iaitu Bahagian B berkaitan dengan motivasi murid terhadap
PdPc Pendidikan Islam dan Bahagian C adalah konstruk kemahiran-kemahiran abad ke-21.
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Soal selidik akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science
(SPSS) versi 23.0. Bagi menjawab soalan kajian Bahagian B, analisis deskriptif untuk mengetahui
tahap motivasi murid terhadap Pendidikan Islam dan hubungan kemahiran abad ke-21. Frekuensi,
peratusan, skor min dan sisihan piawai akan didapati melalui analisis ini. Skor min yang tinggi pula
akan menandakan tahap motivasi yang tinggi, skor min yang sederhana menandakan tahap motivasi
yang sederhana dan skor min yang rendah akan menandakan tahap motivasi yang rendah. Ujian korelasi
pearson juga digunakan untuk melihat perkaitan di antara dua pembolehubah. Dalam kajian ini,ujian
korelasi person digunakan bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga.
6.0 Refleksi Kajian
6.1 Motivasi Murid Terhadap Pendidikan Islam di Sekolah Rendah
Selain sikap dan persepsi murid, motivasi dalam pembelajaran juga menjadi salah satu
pendorong kepada keberhasilan seseorang murid dalam matapelajaran yang dipelajarinya di sekolah.
Dapatan menunjukkan setelah diterapkan elemen Kemahiran Abad ke-21 dalam Pendidikan Islam,
motivasi murid semasa PdPc matapelajaran tersebut semakin meningkat. Menurut Muhammad Kamil
(2001), motivasi merupakan elemen yang penting dalam menghasilkan pembelajaran yang sempurna.
Hal ini kerana motivasi merupakan suatu kaedah pengajaran yang boleh merangsang minat pelajar
dalam mata pelajaran yang diikuti. Weiner (1990), menyatakan motivasi adalah keadaan dalaman
sesorang yang membangkitkan, mengarah dan tingkah laku secara berterusan.
Penerapan Kemahiran Abad ke-21 dalam PdPc dapat meningkatkan motivasi malah
memberikan suatu pengalaman baharu kepada murid, malah pengalaman ini akan memacu semangat
dan motivasi murid untuk terus berkembang dalam PdPc. Dalam kajian Laili Farhana Md Ibharim
(2015) juga turut menyatakan bahawa penerapan kemahiran abad ke-21 iaitu produktiviti yang tinggi
memberikan suautu pengalaman yang baru kepada murid dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Pengalaman pertama merupakan pengalaman yang amat bernilai bagi kanak-kanak. Kanak-kanak
berasa teruja apabila berjaya menghasilkan produk mereka sendiri. Dengan penggunaan bahan
penceritaan digital ianya membantu murid mendalami sesuautu kemahiran dengan baik. Sesuai dengan
sikap berani mencuba, suka meneroka dan ingin tahu menjadikan kanak-kanak mahir secara semula
jadi. Meski pun ada ketikanya mereka kelihatan agak sukar dalam mengendalikan tablet dan alatan
pengarangan, namun mereka tidak mudah berputus asa. Mereka merujuk tutorial yang disediakan atau
mencuba secara cuba jaya. Dix (2004) turut menyatakan kemahiran selalunya diukur berdasarkan
indikator masa. Tahap kemahiran kanak-kanak dapat dikenal pasti berdasarkan tempoh masa yang
diambil bagi menyelesaikan tugasan. Kanak-kanak yang mahir dapat menyelesaikan tugasan dalam
tempoh waktu yang singkat.
Jadual 1
Tahap Motivasi Murid Terhadap Pembelajaran Pendidikan Islam
Min Sisihan Piawai Interpretasi
Tahap Motivasi Murid 3.915 0.579 Tinggi
Berdasarkan Jadual 1 dapatan menunjukkan tahap motivasi murid setelah diterapkan elemen
Kemahiran Abad ke-21 dalam PdPc berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min=3.915, sp=0.579.
38
Murid mula menunjukkan minat dalam pembelajaran Pendidikan Islam dan lebih aktif di dalam bilik
darjah.
6.2 Kemahiran Abad ke-21
Kemahiran abad ke-21 dapat dilaksanakan dengan baik di dalam PdPc sekiranya guru bersedia
dengan kemahiran dan mempunyai infrastruktur yang baik. Kejayaan kemahiran abad ke-21 dalam
mengkasilkan murid yang kompeten di peringkat global sangat bergantung kepada pelaksanaannya di
peringkat guru dalam menghadapi cabarannya. Menurut Husni Abdullah (2018), dalam menerapkan
kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi oleh guru,
antara cabaran yang dinyatakan dalam kajian beliau adalah cabaran yang melibatkan kesediaan guru,
kesediaan pelajar, kemudahan infrastruktur, kemudahan BBM, kemudahan sumber rujukan tambahan,
penggunaan teknologi dan capaian internet. Cabaran dari sudut kesediaan guru dapat diatasi jika guru
tersebut mempunyai persepsi yang baik terhadap pelaksanaan pembelajaran abad ke-21 di dalam kelas.
Persepsi ini merupakan indikator utama yang menentukan niat guru dalam penyampaian pengajaran
mereka. Guru yang kompeten sentiasa menyiapkan diri dengan segala bentuk perubahan dalam
pendidikan.
Manakala dalam Ainun Rahmah (2017) menyatakan bahawa dalam menerapkan elemen
kemahiran abad ke-21 dalam PdPc di sekolah antara salah satu konstruk yang ditekankan dalam
pembelajaran di sekolah pada abad ini adalah penggunaan teknologi. Hal ini demikian kerana
penggunaan teknologi dalam PdPc memberi peluang kepada pelajar untuk mengasah kepelbagaian
kemahiran seperti kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berkumpulan, kemahiran pemikiran kritis,
kemahiran penyelesaian masalah dan sebagainya. Kemahiran ini dapat membantu para pelajar sewaktu
PdPc di dalam kelas serta dapat diterapkan juga di alam pekerjaan nanti. Kemahiran abad ke-21 amat
penting dalam konteks pendidikan. Hal ini demikian kerana, teknologi pada zaman ini diperlukan bagi
setiap pelajar mahupun guru untuk melaksanakan tugasan-tugasan yang diberikan.
NCREL & Meitri Group telah menggariskan kerangka enGauge 21st century skills untuk
menggalakkan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar, guru dan pentadbir. NCREL & Meitri
Group telah membangunkan enGauge 21st century skills yang terdiri daripada empat bidang utama iaitu
(a) literasi era digital, (b) pemikiran inventif, (c) komunikasi berkesan dan (d) produktiviti tinggi. Tahap
penguasaan keempat-empat domain ini yang tinggi dapat meningkatkan pencapaian akademik dan
merupakan kemahiran yang diperlukan dalam era digital (NCREL & Metiri Group, 2003). The
Partnerships for 21st century skills telah mengemukakan kerangka pembelajaran abad ke-21 untuk
membantu penerapan abad ke-21 dalam kurikulum.
Jadual 2
Tahap Penguasaan Kemahiran Abad ke-21 dalam Pendidikan Islam
Min Sisihan Piawai Interpretasi
Literasi Era Digital 3.711 0.598 Tinggi
Pemikiran Inventif 3.923 0.614 Tinggi
Komunikasi Berkesan 3.926 0.696 Tinggi
Produktiviti Tinggi 3.904 0.627 Tinggi
Jadual 2 menunjukkan tahap penguasaan Kemahiran Abad ke-21 yang diterapkan dalam PdPc
matapelajaran Pendidikan Islam. Kesemua bidang utama dalam kemahiran ini berada pada tahap yang
tinggi dengan nilai min antara 3.711 hingga 3.926, sp antara 0.598 hingga 0.696.
6.3 Hubungan Motivasi dan Kemahiran Abad ke-21
Dapatan menunjukkan tahap motivasi murid meningkat apabila diterapkan Kemahiran Abad
ke-21 dalam PdPc. Ini kerana pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif dan lebih bersifat
berpusatkan murid lebih menarik minat murid berbanding kaedah lama. Berdasarkan kajian lepas oleh
Nurul Nashrah et al (2015) menyatakan bahawa guru digalakkan menggunakan strategi yang boleh
melibatkan murid secara aktif bagi menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Kesesuaian pembelajaran murid akan meningkatkan sikap dan persepsi kepada pembelajaran tersebut
seterusnya akan meningkatkan kemahiran berfikir murid. Ini bersesuaian dengan pernyataan Irvine dan
39
York (1995) yang menyatakan bahawa kesesuaian proses serta pendekatan pembelajaran akan
meningkatkan persepsi murid terhadap pembelajaran dan seterusnya meningkatkan kemahiran berfikir
murid. Apabila murid telah mahir menggunakan kemahiran berfikir dalam memproses dan menyusun
maklumat, penerapkan kemahiran abad ke-21 boleh dilaksanakan dengan baik, ini kerana kemahiran
ini memerlukan tahap komunikasi dan kolaborasi yang baik antara murid semasa di dalam kelas.
Keberkesanan proses pembelajaran bukan sahaja dipengaruhi oleh strategi, kaedah yang
digunakan oleh guru, mahupun persekitaran serta fasiliti yang disediakan oleh pihak sekolah, malah
motivasi murid adalah aspek yang memberikan kesan dalam proses pengajaran dan pemudahcaraan di
sekolah. Motivasi adalah salah satu aspek penting dalam pembentukkan insan pelajar sekaligus
memberikan kesan positif dalam pencapaian akademik pelajar. Pelajar yang mempunyai motivasi
adalah pelajar yang menaruh minat untuk belajar dan berubah. Mereka mendengar dan memberikan
perhatian terhadap pelajaran serta bergerak aktif di dalam dan di luar kelas selain bersedia menerima
arahan daripada guru. Daripada keadaan inilah akan lahirnya pelajar yang berkualiti (Baharom & Iliyas,
2011). Muhammad Kamil (2001) turut menyatakan bahawa motivasi dalaman pelajar sendiri yang
boleh menghasilkan pembelajaran yang sempurna.
Namun, bergantung kepada motivasi pelajar sahaja tidak akan mampu memberikan kesan
terhadap penghayatan Pendidikan Islam jika proses pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
matapelajaran ini lebih berbentuk berpusatkan guru yang membosankan. Menurut Hamid (2000);
Tamuri (2007); Tengku Kasim & Che Husain (2008) terdapat sebilangan guru Pendidikan Islam kurang
berupaya serta lemah menjalankan proses pengajaran dengan cekap dan berkesan. Akibatnya, hasil
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dicapai malah menjadikan sesi pengajaran kurang menarik
dan hambar. Pengajaran Pendidikan Islam bukan hanya bergantung kepada sebanyak mana ilmu yang
disampaikan tetapi turut melibatkan kepelbagaian kreativiti pengajaran guru dalam menghasilkan idea
yang baru dengan kaedah dan strategi pengajaran yang kreatif (Sulaiman, 2005). Menurut Mohd Yusof
(1998) pula tanpa kreativiti pengajaran guru, gaya penyampaian guru akan lesu, membosankan dan
tidak menarik menyebabkan pelajar melakukan pelbagai masalah semasa pengajaran dan pembelajaran
seperti tidur, ponteng kelas, tidak menurut arahan, memberontak dan tidak menumpukan perhatian
terhadap pelajaran yang diajar.
Motivasi murid setelah diterapkan kemahiran abad ke-21 adalah signifikan (r(217)= 0.861,
p<0.01) Kajian dapatan nilai p=0.000 lebih kecil dari nilai signifikan pada kadar 0.01. Ini membuktikan
terdapat hubungan yang signifikan terhadap motivasi murid setelah diterapkan kemahiran abad ke-21.
Nilai pekali korelasi antara kemahiran abad ke-21 dan motivasi murid adalah r=0.861dan hubungan ini
adalah tinggi.
Jadual 3
Jadual Pekali Korelasi antara Kemahiran Abad ke-21 dengan Motivasi Murid
Kemahiran Abad ke-2
Motivasi
Kemahiran Abad
ke-21
Korelasi pearson 0.861**
Sig. (2-hujung) 0.000
*. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.05 level (2-hujung).
**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 level (2-hujung)
7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Hasil kajian ini membuka ruang kepada kajian lanjutan tentang Kemahiran Abad ke-21 dan
perubahan dalam pembelajaran secara umumnya. Diharapkan hasil kajian ini dapat menambahkan lagi
penyelidikan lepas yang dalam bidang yang sama. Selain itu, diharapkan juga kajian ini dapat
menimbulkan minat kepada pengkaji akan datang untuk meneruskan kajian yang sedia ada melalui
pendekatan yang berbeza. Kajian ini hanya melibatkan beberapa pemboleh ubah iaitu mengenai
motivasi. Terdapat beberapa pemboleh ubah yang masih tidak diterokai oleh kajian ini,seperti
pencapaian murid, sikap, latar belakang keluarga dan lain-lain. Oleh itu,kajian yang meninjau sejauh
mana faktor tersebut mempengaruhi keberkesanan Kemahiran Abad ke-21 perlu dilakukan.
40
Kajian lanjutan juga boleh dijalankan di daerah-daerah lain di negeri Melaka dan boleh
melibatkan pelajar daripada sekolah menengah. Hal ini kerana, pelajar sekolah menengah lebih
memahami konteks soalan pada soal selidik berbanding murid sekolah rendah. Kajian ulangan dengan
menggunakan instrumen kajian yang sama juga boleh dijalankan kepada responden yang berbeza
seperti pelajar sekolah asrama penuh, maktab rendah sains mara, sekolah menengah agama dan
seumpamanya bagi melihat dapatan yang berbeza.Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai
instrument kajian. Kajian lanjutan boleh dilakukan dengan menggunakan set temubual atau pemerhatian
bagi mengukuhkan hasil dapatan tersebut. Hal ini kerana kajian kualitatif dan kuantitatif adalah dua
pendekatan yang berbeza dan mempunyai kekuatan dan batasan yang tersendiri. Gabungan beberapa
metodologi kajian juga boleh dijalankan untuk menghasilkan dapatan kajian yang lebih tepat.
Keputusan dari kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada guru-guru sekolah rendah
dalam meningkatkan motivasi murid dalam pelajaran Pendidikan Islam. Melalui kajian ini diharapkan
agar guru-guru dapat mengubah cara pengajaran yang berbentuk berpusatkan guru kepada berpusatkan
murid. Mendidik generasi kini lebih mencabar kerana mereka lebih gemar kepada aktiviti yang
melibatkan pergerakkan dan inkuiri (ingin tahu). Ini bertepatan dengan kaedah pembelajaran abad ke-
21 yang menekankan aspek pembelajaran kolaboratif, berpusatkan murid dan pencarian maklumat.
Rujukan
Abdullah Nasih Ulwan (1988), Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Syed Ahmad Semait (terj.)
Singapura: Pustaka Nasional Pte. Ltd.
Ainun Rahmah Iberahim (2017). Pembelajaran Abad Ke-21 Dan Pengaruhnya Terhadap Sikap,
Motivasi Dan Pencapaian Bahasa Melayu Pelajar Sekolah Menengah. Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Laili Farhana Md Ibharim et al (2015). Menerokai Kemahiran Abad Ke-21 Kanak-Kanak dalam Proses
Reka Bentuk Permainan Penceritaan Digital. Universiti Pendidikan Sultan Idris
Masyuniza Yunos (2015). Hubungan Sikap Dan Persepsi Murid Terhadap Pembelajaran Bahasa
Melayu Dengan Kemahiran Abad Ke-21. Kementerian Pendidikan Malaysia
Mohd Ali Bin Jaamat (1999). Keberkesanan Modul Motivasi Terhadap Peningkatan Motivasi
Pencapaian Pelajar Di Beberapa Buah Sekolah Menengah Daerah Jelebu Negeri Sembilan.
Universiti Putra Malaysia.
Nurul Nashrah Salehudin et al (2015). Matematik Dan Kemahiran Abad Ke-21: Perspektif Pelajar.
Universiti Kebangsaan Malaysia.
41
THE UNDERACHIEVING YEAR 6 PUPILS’
ATTITUDE AND PARENTS’ SUPPORT TOWARDS
READING IN ENGLISH
Bavani Nair a/p Appunni
Abstract
The problem in reading in English language especially for those underachieving pupils is a reality which
could not be denied. This study aims to see the underachieving Year 6 pupils’ attitude and parents’
support towards reading in English at a primary schoo in Johor Bahru. There were 33 respondents were
involved and the research design used by the researcher was quantitative. A descriptive survey research
technique was used in the study, whereby the data collected through the use of 2 questionnaires which
were Pupils’ Attitude towards Reading in English Survey to measure pupils’ attitude towards reading
in English and Parents’ Support towards Reading in English Survey to measure parents’ support towards
reading in English. Therefore, the finding showed that the pupils’ attitude was in high level, the mean
was 3.03 and the standard deviation was =.47. Next, the finding for parents’ support showed that the
level was moderate, the mean was 2.79 and the standard deviation was =.67. The conclusion of this
study revealed that negative attitude and lack of parents’ support will decrease the level of reading
performance.
Keywords: Attitude, parents’ support, reading in English and underachieving year 6 primary students
1.0 Reflection On The Past Lesson
In the year 2019, I was assaigned to teach a year 6 class due to some management changes.
This class was the third class and eventualy the last out of three classes in Year 6. The pupils were
academicly below average and their take over values when they were in Year 5 were very poor enough.
Only 5 passed for English Paper 1 and for Paper 2 only 1 was able to pass. Hence, when I took over this
class, headache was clinning for the first month as I saw myself as a failure. The main reason was the
overlook for UPSR has changed whereby geting an A is not a priority but a pass from a pupil is much
regarded as an achievement. So, being a language teacher for the third class has knowingly or
unknowingly created a burden on me to make more passes as the class were occupied by 33 pupils. The
management expecially the headmaster had a high hope on me to produce more passes which will
eventually increases the school’s percentage in the distric of Pasir Gudang.
Threfore, litterally the whole school’s pecertange was in my hands whereby the take of value
was so low. I was devastated and stress was engulfing me harder just to obtain the given criteria. Beyond
that, the pupils’ future were my main priority. Techniques and strategies were implimentated but I was
witnessing failure day by day. Being labelled as the underachieving pupils, they were in blindfolded
situation and their main hindrance was reading.
My final aproach was towards their attitude and parents’ support towards reading in English.
The construct that will be seen within pupils’ attitude are personality, intelligence and motivation.
Personality means character that has been shown through behaviour, feeling and thinking where else
intelligence measures the ability to learn, to understand and make judgement. The last one is motivation
which define the condition of being eager to act. The second construct which is parents’ support
intended to look into cognitive, affective and socio economy. Cognitive is parents’ learning strategy,
affective is measuring emotions where else socio-economy measures a parent’s income.
The focus of this research is to enhance reading through pupils’ attitude and parents’ support
so that the results of English Paper 1 and Paper 2 could be seen with many passess expecially in my
class where by most of the underachieving pupils are silently suffering. I really do hope that if my
research has created an impact to my pupils, i would like to share this research to other educaters where
by all the underachieving pupils’ result in English language would change for the betterment. In a nut
shell, this research may enrich the pupils’ confidence and credibility by boosting their attitude and
support from their parents.
42
2.0 Research Focus
The population of this study was the Year 6 Mars which involved 33 underachieveing pupils in
English language who actually obtained marks 39 and below for their English Mid-Year Exam. These
pupils did not show any interest or initiative to enhance their vocabulary level. Language became a
barrier because reading was considered to be the crusial means to learn different materal and attaining
entree to other clarifications and explanations. Moreover, all other lesson techniques were introduce to
enhance their reading level but I witnessed failure along with the pupils.
Thus, changing the year 6 Mars pupils’ attitude and encouraging parents’ support towards
reading had shown positive results not only in the English language exams but also in their inner
attitude.Moreover, the research was done whereby the main focus was to find out the level of pupils’
attitude and parents’ support towards reading in English and how to overcome with the complication so
that the result would shoot up.
3.0 Research Objective
The research objective is to:
3.1 General Objective
To improve the interest for the underachieving pupils’ reading in English language
and their mastery in UPSR for Paper 1 and Paper 2.
3.2 Specified Objective
3.2.1 To identify the level of underachiving pupils’ attitude in 6 Mars towards reading
in English.
3.2.2 To identify the level of parents’ support among the underachieving
pupils in 6 Mars towards learning in English.
4.0 Data Collection
The targeted group of mine was the Year 6 class who eventually failed their first and second
monthly test in their Paper 1 and Paper 2 English language. The sample which includes 33 both male
and female pupils are the failling one which does not includes the whole underachieving population in
Year 6.
5.0 Research Implementation
One type of statistical method had been applied to analysed the data which was collected from
the study. Descriptive statistic was used to analysed the data for each research questions. The range of
the mean level for 1.00 to 1.99 is low, 2.00 to 2.99 is moderate and 3.00 to 4.00 is high.
5.1 Analysis of the Reviewed Problem
5.1.1 Research Question 1: What is the Level of Pupils’ Attitude Towards Reading Performance in
English?
Table 1
Analysis for Pupils Attitude Test score
Item
Frequency
(Percentage)
Mean Std.
Deviation Level 1
Unhappy
2
In
between
3
Happy
4
Very
Happy
B1) How do you feel when
you read a book in school
during free time?
2
(4.8)
1
(3.8)
11
(32.3)
19
(59.1) 3.46 0.79 H
B2) How do you feel about
reading for fun at home?
2
(5.9)
5
(16.1)
12
(38.2)
14
(39.8)
3.12 0.89 H
43
B3) How do you feel about
spending free time reading
a book?
4
(13.4)
6
(18.3)
15
(43.0)
8
(25.3)
2.8 0.97
M
B4) How do you feel
reading during the summer
vacation?
7
(21.0)
5
(17.7)
10
(28.5)
11
(32.8)
2.73 1.13
M
B5) How do you feel
reading instead of playing?
9
(28.5)
7
(22.0)
8
(23.1)
9
(26.3)
2.47 1.16
M
B6) How do you feel about
reading different kinds of
books?
2
(7.5)
5
(15.6)
9
(28.0)
17
(48.9)
3.18 0.96
H
B7) How do you feel about
reading in school?
3
(9.1)
7
(17.7)
12
(37.6)
11
(35.5)
2.99 0.95
M
B8) How do you feel about
it's time for reading in
class?
4
(11.8)
7
(15.6)
11
(36.0)
11
(36.6)
2.97 1
M
B9) How do you feel about
reading stories?
2
(7.5)
4
(12.9)
10
(29.0)
17
(50.5)
3.23 0.94
H
B10) How do you feel
about learning from a
book?
5
(14.5)
7
(18.8)
11
(33.9)
10
(32.8)
2.85 1.04
M
B11) How do you feel
about starting a new book?
2
(6.5)
3
(9.7)
10
(29.6)
18
(54.3)
3.32 0.9
H
B12) How do you feel
about going to the library?
2
(7.0)
2
(7.0)
12
(35.5)
17
(50.5)
3.3 0.88
H
Overall 3.03 0.47 H
Note: H (High) M (Moderate)
This research question required analysis of the level of pupils’ attitude towards reading
performance in English. Table 1 showed the frequency and percentage for every scale of each item and
overall mean for Pupils’ Attitude Test (PAT). The mean for the overall mean for PAT was 3.03
(S.D.=.47). This showed that the level of pupils’ attitude towards reading performance in English is
high. There are twelve items in Table 1 and the levels are divided to low, moderate and high. Six items
were identified as moderate level while another six items were identified as high. For the moderate level
item are B3, B4, B5, B7, B8 and B10 and meanwhile for the high level items are B1, B2, B6, B9, B11
and B12.
5.1.2 Research Question 2: What is the Level of Parents’ Support Towards Reading Performance in
Reading
Table 2
Frequency table for PST score
Item
Frequency
(Percentage)
Mean Std.
Deviation Level 1
(Strongly
Disagree)
2
(Disagree)
3
(Agree)
4
(Strongly
Agree)
C1) My parents
expose me to a
8
(26.9%)
5
(13.4%)
9
(27.4%)
11
(32.3%) 2.65 1.19 M
44
variety of works in
English.
C2) My parents
communicate with
me in simple
English.
7
(24.2%)
6
(19.9%)
11
(29.6%)
9
(26.3%)
2.58 1.12
M
C3) My parents
encourage me to
watch English
programme on
television.
7
(21.1%)
6
(18.8%)
8
(23.1%)
12
(36.6%)
2.75 1.17
M
C4) My parents
encourage me to
listen to English
radio station.
10
(29.6%)
6
(17.7%)
9
(28.0%)
8
(24.7%)
2.48 1.16
M
C5) My parents
encourage me to
retell them what I
have read.
5
(16.7%)
6
(17.7%)
9
(28.5%)
13
(37.1%)
2.86 1.10
M
C6) My parents
encourage me to do
repeated reading
based on my school
homework.
3
(11.8%)
9
(26.3%)
7
(21.0%)
14
(40.9%)
2.91 1.07
M
C7) My parents ask
me short questions
after I have read.
7
(21.5%)
8
(22.0%)
10
(31.7)
8
(24.7%)
2.6 1.08
M
C8) My parents
listen to me while I
am reading.
7
(22.6%)
4
(11.8%)
9
(28.5%)
13
(37.1%)
2.8 1.17
M
C9) My parents
praise when I about
to read.
5
(14.5%)
4
(13.4%)
8
(26.3%)
16
(45.7%)
3.03 1.09
H
C10) My parents
praise me while I
am reading.
6
(19.4%)
4
(14.0%)
13
(37.6%)
10
(29.0%)
2.76 1.07
M
C11) My parents
praise me after I
read.
6
(17.7%)
5
(16.1%)
10
(30.6%)
12
(35.5%)
2.84 1.10
M
C12) My parents
read along with me.
5
(15.6%)
6
(17.7%)
8
(26.3%)
14
(40.3%)
2.91 1.10 M
C13) My parents
accompany me
while I read.
6
(19.9%)
6
(17.7%)
12
(35.5%)
9
(26.9%)
2.69 1.07
M
C14) My parents
show positive face
reaction while I am
reading.
5
(15.6%)
4
(14.0%)
9
(26.3%)
15
(44.1%)
2.99 1.1
M
45
C15) My parents
will pay me for
English language
tuition to improve
my reading.
6
(21.0%)
6
(21.0%)
8
(22.6%)
13
(35.5%)
2.73 1.16
M
C16) My parents
buy me non-fiction
books
(comprehension,
sample of essay
writing etc…) to
improve my
reading.
6
(17.7%)
4
(13.4%)
9
(28.0%)
14
(40.9%)
2.92 1.12
M
Overall 2.79 0.67 M
This research question required analysis of the level of parents’ support towards reading
performance. Table 2 showed the frequency and percentage for every scale of each item and overall
mean for Parents’ Support Test (PST). The mean for the overall mean for PST was 2.79 (S.D.=.67).
This showed that the level of parents’ support towards reading performance in English is moderate.
There are sixteen items in Table 2 and the levels are divided to low, moderate and high. Fifteen items
were identified as moderate level while another one and only item is identified as high. For the moderate
level item are C1, C2, C3, C4, C5, C6, C7, C8, C10, C11, C12, C13, C14, C15 and C16. Meanwhile
for the high level item is C9.
5.2 Taken Action
The result for research question 1 showed that the level of pupils’ attitude towards reading
performance in English was high meanwhile the result for research question 2 showed that the level of
parents’ support towards reading performance in English was moderate. Ultimately most
underachieving pupils showed positive attitude and positive reaction on parents’ support towards
reading in English.
To rekindle or to change the pupils’ attitude overnight was not possible but feeding them with
positive thoughts daily helped all the way along for me. Killing their fear to read aloud in bigger groups
helped me alot which gradually narrowed the groups to be smaller and smaller. Interference while
reading may cause a huge insecure feeling in a child. It is okey to pronunce wrongly or not understand
each and one word of the meaning while reading. Every morning from 6.50 a.m. to 7.10 a.m. was
reading time. Initially they followed word by word after me then sooner or later i realised that their
fluency had increased when they started reading independently.
On the other hand, 6 Mars parents were supportive enough to lend their hands to make their
children to read. I did gave suggestions such as readling along with their children which boost their
confident level, observing them while reading, allocate time to read materials in English, enrolling them
in an English language tuition, buying story books and paying visits to the library triggers the child’s
perspective and realiase the importance of reading. By god’s grace, I did see tremendous changes in
their upcoming results. I witnesed many passes along the journey of UPSR and finally I manage to
increase the percentage of English languge in SK Taman Daya from 96.04% to 98.92 for Paper 1 and
95.05% to 97.87 for paper 2. In short, my school was the second best for Paper 1 among all the schools
in the district of Pasir Gudang for the 2019.
5.3 Research Reflection
First and foremost, I’m thankful to the almighty that I was able to find a sollution to my problem
which was strainning the pupils and myself. Infusing reading as a basement to education progress is a
vital movement which inderectly evoke the pupils’ attitude as well as support from their parents’. Their
progression through their results gave me a tremendous satisfaction knowing that I have implemented
the joy of reading in each and one of them. Hence, through reading practice they were able to read
question papers without negleting the key points and most importantly the laziness to understand the
46
words was reduced due to huge curiosity in knowing the meanings while reading. Moreover, enhancing
the pupils’ attitude with the help of parents’ support are meant as a structure to shape their personalities
which subsequently produced a better quality in education. Meanwhile the lacking side of this research
is that to gain trust and commitment from the pupils and their parents were very difficult at initial stage.
Sustaning the pupils volume moving towards the goal by making sure with parents’ involment is a big
challenge. In a nut shell, persistence from the teacher, changes of attitude in pupils and parents’ support
could bring drastic improvisation towards reading in English.
6.0 Suggestions For Upcoming Research
I would love introduce this action research to not only to the coming Year 6 underachieving
pupils but also to the inderachiving year 1 to year 5 pupils. Though emphazing on their attitudes and
getting their parents’ support may create a good net working between the pupils and the teachers,
improvising this research in a different manner or perspective is in my mind. Hence, with the very same
approach I would like to focus on peer support towards enhanching each others attitude when ever the
pupils are lacking in motivation, indoubt about their personalities and intelligence.
References
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pembangunan Kokurikulum 2010.
Koka, I. (2010).The relationship between students’ reading comprehensionachievement and their
attitudes towards learning English and their abilities to use reading strategies with regard to
hemispheric dominance. Procedia – Social and Behavioural Sciences. 3. 144-151
Kulaca, D. Waltersb, J. (2016). The Effect of Contextual Inferencing Strategies on EFL
Learners’ Attitudes towards Reading. Procedia - Social and Behavioural Sciences.232. 486-
493.
Mohd Asraf, R. and Ahmad, I. S. (2003). Promoting English language development and the reading
habit among students in rural schools through the Guided Extensive Reading program. Procedia
- Social and Behavioural Sciences. 15. 222-250
Ormrod, J. E. and Anderman, E. M. (2017). Education Psychology: Developing Learners. Ninth
Edition. United States: Pearson.
Pandian, A. (2012). Lerners’ Perceptions of Sustained Silent Reading Practices in Tertiary Classroom.
Procedia - Social and Behavioural Sciences. 45. 118- 139
Eaves & Exner, (2009). Quality of interpersonal relationships and problematic children’s
upgrading. Cyber psychology Behave,12, 681684.
47
MENILAI KEBERKESANAN PENDEKATAN FLIPPED
CLASSROOM DALAM MODUL BAIK PULIH DAN
SELENGGARAAN KOMPUTER
Sharifah Nadiyah Razali1 dan Mohd Hafiez Ahmad2 1Kolej Komuniti Selandar, Melaka
2Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
Emel: sharifahnadiyah@gmail.com
Abstrak
Bermula tahun 2013, Institut Pengajian Tinggi mula dibanjiri dengan Pelajar Generasi Z. Pelajar
Generasi Z yang lahir pada era pengkomputeran mudah alih, mahir berkongsi maklumat melalui media
sosial dan minat belajar perkara baru dalam talian. Dengan kehadiran pelajar Generasi Z, pengajaran
dan pembelajaran di bilik kuliah tidak lagi boleh kekal secara konvensional sekiranya pendidik ingin
melahirkan graduan yang mampu berdaya saing, inovatif dan kreatif. Kajian ini bertujuan untuk menilai
keberkesanan pendekatan Flipped Classroom dalam modul Baik Pulih dan Selenggaraan Komputer.
Rekabentuk kajian eksperimen kuasi selama 14 minggu dijalankan terhadap dua kumpulan pelajar
Program Sistem Komputer dan Rangkaian Sesi Mac 2018 dan Sesi Jun 2019, Kolej Komuniti Selandar
yang melibatkan 53 responden. Selain itu, dua instrumen iaitu Borang Persepsi Pelajar dan Protokol
Temubual separa berstruktur turut digunakan dalam kajian ini. Data keseluruhan pemarkahan pelajar
yang diperolehi dari Unit Peperiksaan, KKSL dan dapatan daripada Borang Persepsi Pelajar dianalisis
secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 23. Manakala dapatan sesi temubual diadakan
bersama majikan latihan industri dianalisis menggunakan tema. Dapatan pertama menunjukkan berlaku
peningkatan markah penilaian keseluruhan pelajar. Dapatan kedua, menunjukkan interpretasi nilai skor
adalah ditahap yang tinggi (antara nilai 3.67 – 3.97). Manakala, untuk dapatan temubual majikan latihan
industri menunjukkan tidak banyak perbezaan diantara pelajar kawalan dan pelajar rawatan dari segi
kefahaman pelajar dalam kerja baikpulih komputer. Namun, dari segi kemahiran dan keyakinan pelajar
dalam kerja baikpulih komputer terdapat perbezaan yang ketara. Triangulasi hasil dapatan kajian jelas
menunjukkan penerapan pendekatan Flipped Classroom dalam Modul Baik Pulih dan Selenggaraan
Komputer dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar dalam menjalankan kerja
baikpulih komputer.
Kata kunci: Flipped Classroom, modul Baik Pulih dan Selengaraan Komputer; Generasi Z; eksperimen
kuasi
1.0 Refleksi pengajaran lalu
Kajian literatur lepas menunjukkan keperluan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran bagi matapelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Mulai tahun
2013, Institut Pengajian Tinggi mula dibanjiri dengan Pelajar Generasi Z (Gen Z). Pelajar Gen Z yang
lahir pada era pengkomputeran mudah alih, mahir berkongsi maklumat melalui media sosial dan minat
belajar perkara baru dalam talian. Dengan kehadiran pelajar Gen Z, pengajaran dan pembelajaran di
bilik kuliah tidak lagi boleh kekal secara konvensional sekiranya pendidik ingin melahirkan graduan
yang mampu berdaya saing, inovatif dan kreatif.
Kursus Baikpulih dan Senggaraan Komputer merupakan subjek semester 3 bagi Program Sijil
Komputer dan Rangkaian (SSK), Kolej Komuniti Malaysia yang memperuntukkan 3 jam mata kredit
(Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, 2017). Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran
didalam bidang baikpulih dan selenggaraan komputer. Lima (5) penilaian (1 tugasan, 1 pembentangan
dan 3 ujian amali) yang telah ditetapkan dalam kurikulum perlu dilaksanakan oleh pelajar dalam tempoh
14 minggu perkuliah dengan 6 jam pertemuan setiap minggu.
48
Rajah 1: Refleksi Pengajaran Lalu
Rajah 1 menunjukkan kaedah sediaada yang digunakan ialah dengan membekalkan handout
tutorial amali kepada pelajar seminggu sebelum kelas dijalankan agar pelajar boleh mendapat gambaran
awal amali yang akan dipelajari. Demonstrasi dalam bentuk kumpulan kecil dijalankan didalam kelas,
kemudian pelajar akan cuba mempraktikkan secara berpasangan / berkumpulan. Pengukuhan kursus
dijalankan diluar waktu kelas. Akhir sekali, pelajar diuji secara individu untuk melihat penguasaan
kefahaman dan kemahiran yang diperolehi.
2.0 Isu keperihatinan/ fokus kajian
2.1 Isu keprihatinan 1: Markah Pelajar
Data sekunder yang diperolehi dari Unit Peperiksaan, Kolej Komuniti Selandar bagi sesi Mac
2018 menunjukkan trend markah yang lemah (rujuk Rajah 2). Hasil mesyuarat Akademik
mencadangkan agar pensyarah kursus dapat memperbanyakkan aktiviti amali baikpulih komputer.
Walaupun telah memperbanyakan aktiviti amali baikpulih komputer pada sesi Julai 2018, namun tidak
berlaku peningkatan markah pelajar yang ketara.
Rajah 2 : Perbandingan Markah Penilaian Pelajar Sesi Mac dan Julai 2018
0
5
10
15
20
25
30
35
40
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D D- Jumlah
Markah Pelajar
Mac 2018 Julai 2018
49
2.2 Isu Keprihatinan 2: Maklum Balas Majikan Latihan Industri Pelajar
Hasil temubual bersama majikan latihan industri pelajar semasa sesi lawatan bagi sampel
pelajar sesi Mac 2018, 76% majikan mendapati pelajar kurang keyakinan dan kemahiran untuk
membuat kerja-kerja baikpulih komputer. Saranan daripada pihak majikan menekankan keperluan
memperbanyakkan aktiviti baikpulih komputer bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kemahiran
pelajar. Namun, walaupun telah diperbanyakan aktiviti baikpulih komputer, hasil dapatan sampel Julai
2018 menunjukkan tahap keyakinan dan kemahiran pelajar masih sederhana. Hanya beberapa pelajar
yang cemerlang sahaja dapat menunjukkan tahap keyakinan dan kemahiran yang tinggi dalam membuat
kerja-kerja baikpulih komputer.
2.3 Fokus kajian
Dapat disimpulkan, gred markah pelajar telah menunjukkan bahawa pelajar kurang keyakinan
dan kemahiran dalam membuat kerja-kerja baikpulih komputer. Kesimpulan ini disokong oleh dapatan
tembual majikan latihan industri bagi responden yang sama. Berdasarkan kepada permasalah diatas,
satu pendekatan yang sesuai perlu diterapkan bagi meningkatkan tahap keyakinan dan kemahiran
pelajar.
Pendekatan Flipped Classroom semakin digunakan dalam pelbagai Institusi Pendidikan di
seluruh dunia (Zainuddin & Halili, 2016). Kajian lepas yang berkaitan dengan STEM menunjukkan
pendekatan Flipped Classroom yang berpusatkan kepada pelajar anataranya dapat meningkatkan
motivasi (Suo & Hou, 2017), penglibatan aktif (Stanberry, M. L., & Payne, 2018), pengalaman
pembelajaran (T.Awidia & Paynter, 2019) dan kefahaman pelajar (Aidinopoulou; & Sampson, 2017).
Oleh itu, satu kajian perlu dijalankan bagi menilai keberkesanan penerapan pendekatan Flipped
Classroom dalam Kursus Baikpulih dan Selenggaran Komputer.
3.0 Objektif kajian
3.1 Objektif Am
Secara amnya, kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penerapan pendekatan Flipped
Classroom dapat meningkatkan hasil pembelajaran.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
i. Menilai keberkesanan penerapan pendekatan Flipped Classroom terhadap markah
penilaian pelajar
ii. Menilai persepsi pelajar rawatan terhadap penerapan pendekatan Flipped Classroom
yang dilaksanakan
iii. Menilai persepsi majikan latihan industri terhadap pelajar rawatan yang mengikuti
latihan industri
Berdasarkan objektif diatas, soalan kajian berikut ditakrifkan:
i. Adakah terdapat perbezaan antara pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan
dari segi hasil pembelajaran?
ii. Apakah persepsi pelajar kumpulan rawatan terhadap penerapan pendekatan Flipped
Classrom?
iii. Adakah terdapat perbezaan persepsi majikan latihan industri terhadap pelajar
kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
iv.
4.0 Kumpulan sasaran
Pemilihan responden adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Menurut (Denscombe,
2010), teknik persampelan bertujuan adalah cara terbaik untuk mendapatkan maklumat kerana dengan
memilih responden yang berpengalaman dapat memberikan maklumat yang berkualiti dan pandangan
yang berharga terhadap kajian. Responden terdiri daripada dua kumpulan pelajar Program Sistem
Komputer dan Rangkaian yang mendaftar Sesi Mac 2018 dan Sesi Jun 2019, Kolej Komuniti Selandar.
Seramai 53 responden terlibat iaitu 29 pelajar kumpulan kawalan dan 24 pelajar kumpulan rawatan.
50
5.0 Perlaksanaan Kajian
Pemilihan responden adalah berdasarkan teknik persampelan bertujuan. Menurut (Denscombe,
2010), teknik persampelan bertujuan adalah cara terbaik untuk mendapatkan maklumat kerana dengan
memilih responden yang berpengalaman dapat memberikan maklumat yang berkualiti dan pandangan
yang berharga terhadap kajian. Responden terdiri daripada dua kumpulan pelajar Program Sistem
Komputer dan Rangkaian yang mendaftar Sesi Mac 2018 dan Sesi Jun 2019, Kolej Komuniti Selandar.
Seramai 53 responden terlibat iaitu 29 pelajar kumpulan kawalan dan 24 pelajar kumpulan rawatan.
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan model ADDIE yang meliputi fasa analisis, rekabentuk,
pembangunan, pelaksanaan dan penilaian. Model ADDIE merupakan asas kepada model pengajaran
dan pembelajaran selepasnya. Kajian terdahulu menunjukkan keberkesanan model ADDIE dalam
membangunkan rancangan pengajaran dan bahan pembelajaran untuk membolehkan sesuatu
pengajaran yang disampaikan menjadi lebih efektif dan efisien (Hoffman, 2013; Sharifah Nadiyah &
Faaizah, 2015).
5.1 Fasa analisis
Fasa analisis adalah fasa asas dalam kebanyakan model rekabentuk pengajaran. (Zaidatun,
2002) menakrifkan fasa analisis termasuk persekitaran pembelajaran, kumpulan sasaran, matlamat dan
objektif pengajaran, rekabentuk pembelajaran dan strategi pembelajaran. Fasa ini penting dalam
mengenalpasti input pemilihan untuk rekabentuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam fasa ini, teori
pembelajaran yang digunakan dalam kajian telah ditakrifkan. Berdasarkan masalah yang telah
dinyatakan, teori Model Pembelajaran Kolb dan Flipped Classroom digunakan dalam kajian ini. Selain
itu, analisis medium teknologi sediaada dianalisis bagi menentukan media yang digunakan dalam
kajian. Berdasarkan analisis dokumen yang dijalankan, antara medium teknologi yang digunakan ialah
untuk Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS), platform Edmodo digunakan; data disimpan secara atas
talian menggunakan platform Google Drive; video tutorial diperolehi melalui saluran Youtube dan
penggunaan laman Wix bagi membangunkan laman web kumpulan.
5.2 Fasa rekabentuk
Fasa analisis diikuti oleh fasa rekabentuk. Menurut (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014;
Wang & Hsu, 2009), aktiviti pembelajaran, penilaian dan kaedah pengajaran perlu direka berdasarkan
objektif pembelajaran yang selaras dengan Kurikulum Kolej Komuniti. Kajian ini mencadangkan
rekabentuk pengajaran yang bersandarkan teori Model Pembelajaran Kolb dan Flipped Classroom.
Kursus yang secara tradisinya dijalankan menggunakan pendekatan model tradisional Taksonomi
Bloom diubahsuai berdasarkan integrasi model Taksonomi Bloom dengan model pembelajaran Kolb
dan Flipped Classroom.
Rajah 3: Integrasi model pembelajaran Kolb dan Flipped Classroom
Rajah 3 menunjuk dalam pembelajaran traditional yang berpusatkan pensyarah dimana proses
mengingat dan memahami berlaku didalam kelas melalui penerangan tutorial oleh pensyarah. Manakala
proses mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta berlaku diluar kelas dengan melakukan
51
pengukuhan melalui kerja rumah. Dalam pembelajaran Flipped Classroom yang berpusatkan pelajar,
proses mengingat dan memahami berlaku diluar kelas yang memerlukan pelajar memuatturun video
tutorial berkaitan. Untuk proses mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta berlaku didalam
kelas dimana pensyarah akan membuat demonstrasi sebelum mengarahkan pelajar membuat latihan
praktikal secara berkumpulan. Pelajar juga dikehendaki membuat video tutorial sendiri. Seterusnya bagi
mengukuhkan lagi kemahiran dan keyakinan pelajar, pelajar dikehendaki membuat servis komputer
berbayar dibawah seliaan pensyarah kursus.
5.3 Fasa pembangunan
Dalam fasa pembangunan, kesemua hasil daripada fasa rekabentuk dibangunkan. Tiga (3)
instrumen iaitu tugasan pelajar, Borang Persepsi Pelajar dan Set Protokol Temubual Separa Berstruktur
telah disahkan oleh tiga (3) pakar bidang. Menurut (Gay & Airasian, 2003), semakan dan pengesahan
pakar diperlukan untuk memastikan instrumen yang dibangunkan memenuhi objektif yang telah
ditetapkan. Seterusnya, kajian rintis ke atas 30 pelajar dijalankan bagi menguji kebolehpercayaan
instrumen Penilaian menggunakan skala Likert 5 dimana keputusan menunjukkan nilai pekali Alpha
Cronbach adalah 0.88. Menurut (Zikmund & Babin, 2010), nilai Alpha yang diperolehi adalah sangat
baik dan mempunyai tahap konsistensi yang tinggi.
5.4 Fasa implementasi
Rekabentuk kajian eksperimen kuasi selama satu semester (14 minggu) dijalankan terhadap dua
kumpulan pelajar Program Sistem Komputer dan Rangkaian Sesi Mac 2018 dan Sesi Jun 2019, Kolej
Komuniti Selandar yang melibatkan 53 responden. Bagi mengelakkan sebarang perbezaan, kedua-dua
kelas dikendalikan oleh pensyarah yang sama. Data keseluruhan pemarkahan pelajar diperolehi dari
Unit Peperiksaan, KKSL dibandingkan secara deskriptif untuk melihat sejauh mana keberkesanan
penerapan pendekatan Flipped Classroom. Selain itu, dua (2) instrumen iaitu Borang Persepsi Pelajar
dan Protokol Temubual separa berstruktur digunakan dalam kajian ini. Kedua-dua instrumen
dimodifikasi dari kajian (Sharifah Nurulhuda, 2017) dan (Nurul & Mohamad, 2014). Borang Persepsi
Pelajar diedarkan kepada pelajar rawatan selepas tamat minggu ke 14. Dapatan daripada Borang
Persepsi Pelajar dianalisis secara deskritif menggunakan perisian SPSS versi 23. Nilai skor min
diinterpretasikan berdasarkan jadual interpretasi (Huang & Hew, 2016).
Jadual 1
Tahap Interpretasi Skor Min
Skor Min Interpretasi Skor Min
0.00 – 1.66 Rendah
1.67 – 3.33 Sederhana
3.34 – 5.00 Tinggi
Akhir sekali, satu sesi temubual diadakan bersama majikan latihan industri pada sesi lawatan
pensyarah ke tempat latihan industri untuk membuat perbandingan dari segi kemahiran dan keyakinan
pelajar dalam kerja baikpulih komputer. Temubual hanya dijalankan bersama 15 majikan latihan
industri yang menerima kedua-dua pelajar kawalan dan rawatan. Hasil dapatan temubual dianalisis
berdasarkan tema.
5.5 Fasa penilaian
Fasa penilaian merupakan fasa terakhir dalam model ADDIE. Penilaian yang dijalankan
berdasarkan hasil dapatan daripada tiga (3) instumen yang digunakan iaitu Markah Penilaian
Keseluruhan Pelajar, Borang Persepsi Pelajar dan Protokol Temubual Majikan Latihan Industri.
52
5.5.1 Markah penilaian akhir pelajar
Data pemarkahan akhir pelajar diperoleh dari Unit Peperiksaan KKSL bagi sesi Mac 2018 dan
Jun 2019. Pada sesi Mac, bilangan pelajar yang mendapat gred A adalah seorang manakala gred D
adalah 2 orang. Namun, untuk kumpulan rawatan, bilangan pelajar yang mendapat gred A meningkat
kepada 11 orang dan gred D menurun kepada seorang. Hasil dapatan menunjukkan berlaku peningkatan
penilaian keseluruhan pelajar (rujuk Rajah 4). Dapat disimpulkan, dengan penerapan pendekatan
Flipped Classroom telah meningkatkan markah penilaian keseluruhan pelajar.
Rajah 4: Markah Penilaian Akhir
5.5.2 Borang persepsi pelajar
Selain itu, satu borang soal selidik diedarkan kepada pelajar kumpulan rawatan untuk melihat
persepsi pelajar terhadap pendekatan Flipped Classroom yang diterapkan.
Jadual 2
Skor Min dan Interpretasi Skor
Bil Item Skor Min Intepretasi
Skor
Penerapan pendekatan Flipped Classroom dalam kursus baikpulih dan selengaaran
komputer telah meningkatkan
1 motivasi saya untuk mempelajari kursus baikpulih komputer. 3.81 Tinggi
2 keseronokan belajar saya. 3.80 Tinggi
3 penglibatan saya dalam aktiviti yang disediakan. 3.90 Tinggi
4 interaksi saya bersama pensyarah. 3.67 Tinggi
5 interaksi saya bersama rakan. 3.97 Tinggi
6 kefahaman saya tentang baikpulih komputer. 3.86 Tinggi
7 kemahiran saya untuk menjalankan kerja baikpulih komputer. 3.89 Tinggi
8 keyakinan saya untuk menjalankan kerja baikpulih komputer. 3.73 Tinggi
Jadual 2 menunjukkan nilai skor tertinggi ialah 3.97 untuk item peningkatan interaksi bersama
rakan dan nilai skor terendah adalah 3.67 untuk item peningkatan interaksi bersama pensyarah. Dapatan
membuktikan pendekatan Flipped Classrom merupakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar
kerana interaksi bersama rakan adalah lebih tinggi berbanding interaksi bersama pensyarah. Namun,
keberadaan pensyarah adalah perlu sebagai fasilitator dalam proses pembelajaran berpusatkan pelajar.
Namun begitu, secara keseluruhannya, interpretasi nilai skor adalah ditahap yang tinggi (antara nilai
0
2
4
6
8
10
12
14
16
A+ A A- B+ B B- C+ C C- D+ D D-
Markah Penilaian Akhir
Mac 2018 Jun 2019
53
3.67 – 3.97). Kesimpulannya, apabila pelajar termotivasi untuk mempelajari kursus baikpulih komputer
dan seronok untuk belajar, maka ia meningkatkan perglibatan pelajar dalam proses pembelajaran.
Peningkatan penglibatan pelajar dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar
dalam menjalankan kerja baikpulih komputer.
5.5.3 Temubual majikan latihan industri
Hasil temubual bersama 15 majikan latihan industri menunjukkan peningkatan dari segi
kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar dalam membuat baikpulih komputer. Dari segi kefahaman
pelajar dalam kerja baikpulih komputer, tidak banyak perbezaan diantara pelajar kawalan dan pelajar
rawatan. Namun, dari segi kemahiran dan keyakinan pelajar dalam kerja baikpulih komputer terdapat
perbezaan yang ketara.
Rajah 5: Dapatan temubual Majikan Latihan Industri
Hasil dapatan kajian ini, membuktikan dengan penerapan pendekatan Flipped Classroom, ia
dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan pelajar dalam kerja baikpulih komputer.
6.0 Cadangan untuk kajian seterusnya
Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan penerapan pendekatan Flipped Classroom
dalam Modul Baik Pulih dan Selenggaraan Komputer. Triangulasi hasil dapatan kajian jelas
menunjukkan penerapan pendekatan Flipped Classroom dalam Modul Baik Pulih dan Selenggaraan
Komputer dapat meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar dalam menjalankan kerja
baikpulih komputer. Justeru itu, para pendidik hendaklah mengambilan pendekatan ini dalam
meningkatkan kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar.
Kajian ini hanya melibatkan bilangan responden yang sedikit. Untuk itu, sampel kajian perlu
diperluaskan bagi memastikan pendekatan yang diperkenalkan secara konsisten dapat meningkatkan
kefahaman, kemahiran dan keyakinan pelajar dalam menjalankan kerja baikpulih komputer. Perluasan
sampel kajian perlu dilakukan sebelum pendekatan Flipped Classroom diperluaskan kepada subjek
STEM yang lain. Selain itu, temubual berfokus perlu dijalankan ke atas pelajar yang kurang kemahiran
dan keyakinan bagi mengenalpasti faktor yang menjadikan penghalang. Secara tidak langsung, ia dapat
meningkatkan lagi keberkesanan penerapan pendekatan Flipped Classroom.
Rujukan
Aidinopoulou;, V., & Sampson, D. G. (2017). An Action Research Study from Implementing Flipped
Classroom Model in Professional English Teaching and Learning. Educational Technology &
Society, 20(1), 237–247.
Denscombe, M. (2010). The Good Research Guide: For Small-Scale Social Research Projects: for
small-scale social research projects.
Gay, D., & Airasian. (2003). The Rating Scale Model. In Linden W. J. & Hambleton R. K.: Handbook
of Modern Item Response Theory (p. Chapter 4, 67-148). Springer-Verlag: New-York.
Hoffman, E. S. (2013). Beyond The Flipped Classroom: Redesigning A Research Methods Course For
e3 Instruction. Contemporary Issues in Education Research (CIER), 7(1), 51.
0
5
10
15
kefahaman kemahiran keyakinan
pelajar kawalan pelajar rawatan
54
Huang, B., & Hew, K. F. (2016). Measuring Learners’ Motivation Level in Massive Open Online
Courses. International Journal of Information and Education Technology, 6(10), 759–764.
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, K. (2017). Kurikulum Sistem Komputer dan Rangkaian Semakan
Julai 2017.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia: Laporan
Tahunan 2014.
Nurul, S., & Mohamad, M. (2014). Model For Online Teaching Tools Based On Interpersonal, Visual
And Verbal IntellegencE. Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
Sharifah Nadiyah, R., & Faaizah, S. (2015). The Development of Online Project Based Collaborative
Learning Using ADDIE Model. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 195, 1803–1812.
Sharifah Nurulhuda, T. M. Y. (2017). Penilaian Pelaksanaan Program Diploma Kejuruteraan
Mekatronik Politeknik Di Malaysia. Universiti Tun Hussien Onn, Malaysia.
Stanberry, M. L., & Payne, W. R. (2018). Active Learning in Undergraduate STEM Education: A
Review of Research. Research Highlights In STEM Education, 147.
Suo, J., & Hou, X. (2017). A Study on the Motivational Strategies in College English Flipped Classroom.
English Language Teaching, 10(5), 62. https://doi.org/10.5539/elt.v10n5p62
T.Awidia, I., & Paynter, M. (2019). The impact of a flipped classroom approach on student learning
experience. Computers & Education, 128, 269–283.
Wang, S. K., & Hsu, H. Y. (2009). Using the ADDIE model to design second life activities for online
learners. TechTrends, 53(6), 76–81. https://doi.org/10.1007/s11528-009-0347-x
Zaidatun, T. (2002). Pembinaan dan Penilaian Keberkesanan Perisian Multimedia Interaktif
Matematik Berasaskan Kecerdasan Pelbagai. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Zainuddin, Z., & Halili, S. H. (2016). International Review of Research in Open and Distributed
Learning Flipped Classroom Research and Trends from Different Fields of Study. The
International Review of Research in Open and Distributed Learning, 17(3), 1–18.
Zikmund, W. G., & Babin, B. J. (2010). Essentials of Marketing Research (4th editio). Australia: South-
Western.
55
MENJANA KELESTARIAN MATEMATIK
TAMBAHAN SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
MENJADI HUB MATEMATIK TAMBAHAN DAERAH
KEPALA BATAS 2021
Marlinawati Romli
SMK Datuk Haji Ahmad Badawi, Pulau Pinang
Abstrak
Matapelajaran Matematik Tambahan merupakan matapelajaran penting dalam sistem pendidikan dan
terutamanya dalam STEM. Tahap penguasaan Matematik Tambahan lemah. Ia juga matapelajaran yang
sukar dikuasai terutamanya sekolah luar bandar. Tidak dinafikan terdapat pelajar yang cemerlang
namun ada yang tercicir. Keadaan menyedihkan akhir-akhir ini terdapat pelajar yang mendapat semua
A tetapi tidak mengambil subjek Matematik Tambahan. Justeru pelbagai usaha dijalankan di peringkat
sekolah untuk meningkatkan pencapaian Matematik Tambahan di sekolah harian biasa seperti SMK
Datuk Haji Ahmad Badawi. Kelestarian secara umumnya bermaksud pengekalan sesuatu perkara atau
keadaan . Ini bermakna kelestarian ada kaitannya dengan usaha mengekalkan serta memelihara keaslian.
Walaupun begitu, kelestarian dalam konteks yang lebih luas sewajarnya merangkumi bukan sahaja
pengekalan sebaliknya turut menambahbaik keadaan sedia ada. Menjana kelestarian Matematik
Tambahan memerlukan perancangan jangka pendek dan jangka panjang. Target untuk menjadi Hub
Matematik peringkat daerah adalah satu cita-cita murni yang sangat besar bagi sekolah harian biasa
seperti kami. Sebagai persediaan menjadi Hub Matematik Tambahan peringkat daerah, sekolah sudah
pastinya perlu cemerlang dalam pencapaian SPM Matematik Tambahan dan menjadi contoh serta
sebutan dari sekolah sekitarnya.Justeru itu beberapa persoalan telah dibangkitkan sebelum amalan
terbaik diperkenalkan. Bagaimanakah sikap murid terhadap pencapaian Matematik Tambahan? Apakah
minat murid mempengaruhi pencapaian Matematik Tambahan ? Bagaimanakah pengajaran guru
mempengaruhi pencapaian Matematik Tambahan? Sejauhmanakah pengaruh rakan sebaya terhadap
pencapaian Matematik Tambahan? Apakah sokongan ibubapa mempengaruhi gred pencapaian pelajar
dalam Matematik Tambahan? Persoalan ini membantu sekolah merangka projek-projek atau aktiviti-
aktiviti yang menjana kecemerlangan Matematik Tambahan di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi.
Kata kunci : Matematik Tambahan, Hub Matematik
1.0 Refleksi
SPM 2016 menyaksikan kejayaan pertama SMK Datuk Haji Ahmad Badawi menjadi sekolah
terbaik dalam Matematik Tambahan peringkat daerah Kepala Batas. Kejayaan ini sangat berharga bagi
sekolah harian biasa dan menjadi sejarah lonjakan saujana sekolah dengan mendapat GPMP 4.06.
Kejayaan ini sangat manis menyaksikan seramai 11 orang pelajar mendapat A dan A+ dan 18 orang B+
dan hanya seorang gagal dalam kelas Sains. Penyumbang utama gred ini adalah dari pelajar kelas aliran
sains. 3 orang pelajar mendapat semua A kerana Matematik Tambahan bukan lagi menjadi punca pelajar
gagal mendapat semua A. Kelestarian kecemerlangan ini harus dilestarikan dan ditambah baik dari masa
ke masa.
2.0 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Berdasarkan refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu, satu kajian telah dijalankan bertujuan
mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengatasi kelemahan dalam kaedah pengajaran. Sememangnya
subjek Matematik Tambahan merupakan matapelajaran penting dalam menentukan GPS sekolah. Isu-
isu yang terbit dari hasil penelitian kepada semua masalah adalah dana untuk menjalan operasi,
penglibatan waris, keprihatinan dan bimbingan rakan sebaya, guru yang kreatif dan berinovasi sebagai
moderator dan mentor, jaringan dan jalinan dan pasarana sekolah yang menyokong dan membantu
meningkatkan pencapaian Matematik Tambahan.
56
Suatu mesyuarat khusus telah diadakan diantara pihak pentadbir, Ketua Bidang Sains dan
Matematik dan Ketua Panitia Matematik Tambahan untuk merangka projek melestari kecemerlangan
dan langkah-langkah atau proses yang perlu dilalui dalam menjadikan SMK Datuk Haji Ahmad Badawi
Hub Matematik Tambahan Peringkat Daerah 2021. Maka amalan terbaik yang dilestarikan adalah
Program Kecemerlangan Menara Pemangkin Kelestarian Matematik Tambahan SMK Datuk Haji
Ahmad Badawi.
Program yang ditambahbaik adalah program Fasiliator telah dinaiktraf menjadi program
Simbiosis. Simbiosis berasal dari perkataan purba Yunani yang bermaksud “bersama-sama”. Hubungan
timbal balik antara dua makhluk hidup. Namun tidak semua hubungan menguntungkan tetapi Program
Simbiosis yang dijalankan adalah bersifat mutualisme berterusan hubungan yang membawa manfaat
kepada kedua-dua individu .Program Simbiosis ini melibatkan fasilitator terlatih yang mampu
mengendalikan kumpulan dan kelas tanpa kehadiran guru. Malah pasukan fasilitator yang terdiri
daripada pelajar tingkatan 4 dan 5 ini turut menganjurkan program kecemerlangan Matematik
Tambahan peringkat sekolah dan juga di peringkat daerah. Pelajar-pelajar ini juga turut membuka
perkhidmatan klinik Matematik Tambahan bersama guru subjek atau tanpa kehadiran guru pada waktu
rehat dan 30 minit selepas waktu pulang. Keyakinan diri dan kebolehan membantu pelajar lain terserlah
dan menjadi nilai bekalan kehidupan mereka di institusi pengajian tinggi, sesuai dengan tajuk program
Menara yang membawa pelajar berjaya ke menara gading dan mencapai cita-cita bidang professional
yang bersesuaian dengan mereka.
2.1 Persoalan : Apakah sokongan ibubapa mempengaruhi gred pencapaian pelajar dalam
Matematik Tambahan?
Projek 1 : Program Menara
Latarbelakang projek
Projek bermula pada tahun 2010. Projek ini adalah salah satu projek kecemerlangan akademik
untuk peperiksaan SPM. Projek ini khusus diadakan untuk kelas 4 Sains dan 5 Sains. Projek ini adalah
di bawah sarana PIBG. Program Menara melibatkan para waris menjadi penggerak dalam memastikan
program kecemerlangan berjalan mengikut perancanagan. Pihak sekolah menjadi penasihat dalam
memastikan program yang dijalankan menepati sukatan dan kehendak semasa dalam kurikulum dan
pendidkan abad ke 21. Ibubapa pro aktif dalam mencari dana dan menyediakan kemudahan dari segi
makanan, kelas dan penyeliaan kelas tambahan di sekolah. Program Menara adalah program
kecemerlangan yang di jalankan di sekolah dibawah Sarana PIBG melibatkan ibubapa, guru dan
pentadbir sekolah. Program ini telah membuahkan hasil yang sangat memberangsangkan terutamanya
dalam pencapaian Matematik Tambahan. Program ini juga memberikan impak positif kepada hubungan
sekolah dan ibubapa. Ibubapa sebagai pengurus dan penyumbang dana, manakala guru dan pihak
sekolah sebagai pelaksana. Program Menara telah berjaya mengeluarkan produk pelajar yang bukan
sahaja berjaya mendapat gred yang baik dalam peperiksaan malah berjaya ke pusat pengajian utama di
Malaysia. Terdapat alumni program Menara yang berjaya menjadi pelajar terbaik fakulti dalam program
ijazah mereka.
Program-program yang telah dijalankan sepanjang 2019:
1. Perjumpaan Waris dan Pelancaran Program Menara 2019
Tarikh : 23/02/2019
Tempat : SMKDHAB
8.00 pagi Pendaftaran Waris dan pelajar
8.30 – 9.00 pagi Taklimat Penyelaras Program Menara
9.00 – 9.30 pagi Perlantikan AJK Ibubapa
9.30 pagi Ucaptama PengerusiMenara 2 2017
9.40 pagi Perbincangan AJK bersamaIbubapa yang hadir
10.00pagi Sesi Soaljawab
57
2.2 Persoalan : Bagaimanakah sikap murid terhadap pencapaian Matematik Tambahan? Apakah
minat murid mempengaruhi pencapaian Matematik Tambahan ?
Projek 2 : Buku Peta Minda Topikal Matematik Tambahan
Langkah – langkah
1. Ujian Pra
Pelajar diberi sekeping kertas kosong bersaiz A4 dan di minta mencatatkan apa yang
mereka ingat tentang topik yang telah ditetapkan guru tanpa melihat buku.
2. Guru menampal hasil peta minda setiap murid dan semua pelajar membuat
perbandingan.
3. Pelajar yang mampu menulis penuh kertas tersebut menunjukkan dia mampu menjawab
soalan kerana semua keyword dalam soalan ada didalam minda dan dia mampu membuat
link kepada konsep itu apabila dia menjawab soalan.
4. Langkah ini diulang berkali-kali sehingga pelajar mampu menulis semua perkara yang
terkandung dalam topik tanpa meninggalkan satu konsep pun
5. Aktiviti ini dilakukan setiap kali habis sesuatu topik atau ketika sesi ulangkaji.
6. Peta minda yang telah lengkap dibukukan oleh pelajar dan menjadi rujukan sebelum
menjelang peperiksaan.
Refleksi
Hasil tinjauan didapati pelajar yang pandai semakin berkeyakinan kerana tiada lagi keciciran
maklumat. Mereka mampu mencapai markah 95 hingga 100%. Manakala bagi pelajar yang lemah
mereka telah ada maklumat tentang soalan di minda mereka dan mereka mampu recall kembali
maklumat semasa peperiksaan. Ramai pelajar takut dalam sesi peta minda ini kerana disini guru dan
kawan-kawan dapat mengesan yang mereka tidak ada maklumat langsung tentang apa yang telah
mereka pelajari. Untuk member motivasi kepada pelajar saya akan memberitahu perkara ini seminggu
lebih awal untuk mereka membuat persiapan. Tindakan menampal di dinding kelas adalah satu
enforcement untuk memastikan tiada pelajar tercicir dan kejayaan dapat dicapai bersama-sama.
2.3 Persoalan : Sejauhmanakah pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik
Tambahan?
Projek 3 : Simbiosis Mutualisme
Rasional
Bilangan pelajar yang ramai didalam kelas menyebabkan guru tidak mampu memberi perhatian
kepada semua kategori pelajar pada satu masa. Kekangan ini sangat menekan guru dalam memastikan
ramai pelajar mendapat A dan semua pelajar lulus dan mendapat paling kurang C+. Jurang markah yang
tinggi diantara kelompok yang cemerlang, sederhana dan lemah sangat tinggi. Masa peruntukan untuk
Matematik Tambahan hanya 3 jam seminggu tidak mencukupi untuk pengayaan. Masa bersama guru
agak terhad. Tambah menyedihkan lagi apabila guru terpaksa menghadiri kursus dan ada acara
peringkat sekolah, daerah atau kebangsaan ketika waktu Matematik Tambahan. Kemahiran pedagogi
abad ke 21 merupakan salah satu cirri guru dalam pendidikan abad ke 21. Terdapat banyak pendapat
dalam mendefinisi pendidikan abad ke 21. Istilah yang digunakan pelbagai “ kelas abad ke 21 “, “
pembelajaran abad ke 21”. Walau apa pun definisi yang diberikan ianya mempunyai cirri sepunya iaitu
satu konsep yang diperkenalkan untuk menyediakan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan
mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif serta pelajar belajar secara kolaboratif sama ada dengan
bahan bantu belajar, sesama rakan, guru dan persekitaran. Guru pula bertindak sebagai fasilitator yang
sentiasa member galakan kepada pelajar sehingga mampu menyelesaikan masalah, membuat keputusan
seterusnya mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Sehubungan itu, guru perlu mempunyai cirri-
ciri tertenyu yakni sebagai pendidik abad ke 21. Merujuk kepada Buletin Transformasi Pendidikan
Malaysia bil 5/2015 , terdapat enam cirri iaitu menguasai kandunga kurikulum, mahir dan
berketrampilan dalam pedagogi , memahami perkembangan pelajar dan menyokong mereka,
58
memahami psikologi pembelajaran , memiliki kemahiran kaunseling dan menggunakan teknologi
terkini. Catatan ini telah membawa kepada wujudnya projek simbiosis . Projek Simbiosis adalah projek
pebentukan fasilitator terlatih yang sentiasa bersedia, berpengetahuan jitu tentang setiap topik , pandai
menyelesaikan masalah serta memahami selok belok soalan , pandai berkomunikasi dan mampu
menyelesaikan masalah pelbagai aras. Untuk membentuk kumpulan fasilitator hebat ini, saya perlu buat
beberapa langkah awal.
1. Membuat tawaran kepada pelajar yang berminat ,mampu beri komitmen tidak mengira masa dan
tempat serta mempunyai kemudahan telefon pintar berinternet. Gred pencapaian haruslah C+
dan ke atas.
2. Sesi pemilihan dibuat ketika waktu P&P , 3 calon dipanggil ke depan untuk menunjukkan
penyelesaian masalah kepada soalan yang diberikan. Jawapan dicatatkan pada kertas mahjong.
Guru membuat semakan. Sekiranya betul penyelesaian maka setiap calon mengemukakan
penyelesaian dan menerangkan kepada rakan bagaimana mereka menyelesaikan masalah dan
konsep apa yang digunakan. Guru dan dua pelajar lemah bertindak sebagai panel penilai. Sesi
ini adalah sesi yang paling menyeronokkan, pelajar akan menguji pembentang dengan pelbagai
soalan dan disini aspek kesabaran dan kepantasan berfikir adalah sangat penting. Gaya
pengajaran pembentang sangat dipengaruhi oleh guru yang mengajar. Kebanyakannya sangat
bagus dan 15 orang pelajar terpilih. 2 orang pelajar yang mendapat D dalam PAT 2018 telah
mencuba nasib dan turut terpilih kerana guru dapat lihat kegigihan mereka mencuba.
3. Kelas Mentoring diadakan setiap hari Rabu dan Jumaat malam dirumah guru. 15 orang pelajar
hadir tanpa ponteng semasa kelas mentoring sebagai syarat untuk menjadi fasilitator. Bak kata
pepatah , bersusah dahulu bersenang kemudian. Dalam kelas mentoring ini guru akan minta
pelajar bentang .Guru dan rakan fasilitator yang memberi komen membina sehingga pelajar
sangat cekap dan berjaya meyakinkan mereka yang diajar. Fasilitator juga diberi soalan spontan
dalam masa yang ditetapkan agar mereka tidak gawat ketika mendapat soalan.
2.3.1 KEM FASILITATOR MATEMATIK TAMBAHAN 2019 siri 1
PERINGKAT SEKOLAH
SIRI 1 ( F5 HELP F5)
TARIKH : 13 Julai 2019
TEMPAT : SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
LAPORAN:
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan seramai 15 orang fasilitator tingkatan 5 terlatih
yang dilatih oleh guru dalam mentor coaching selama 2 minggu. Topik Taburan
Kebarangkalian telah dibentang dan di bengkelkan di 6 stesen berbeza.
DAPATAN:
Sangat menarik dan pelajar-pelajar sangat teruja dengan program ini. Kem ini membantu
pelajar –pelajar tingkatan 5 menjawab soalan secara terurus dan terarah.
2.3.2 KEM FASILITATOR MATEMATIK TAMBAHAN 2019 siri 2
PERINGKAT SEKOLAH
SIRI 2 ( F4 HELP F5)
TARIKH : 27 Julai 2019 & 2 Ogos 2019
TEMPAT : SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
59
LAPORAN:
Pelajar dibahagikan kepada 7 kumpulan dan seramai 14 orang fasilitator tingkatan 4 terlatih
yang dilatih oleh guru dalam mentor coaching selama 2 minggu. 7 topik telah dibentangkan di
7 stesen.
DAPATAN:
Sangat menarik dan pelajar-pelajar sangat teruja dengan program ini. Kem ini membantu
pelajar pelajar tingkatan 5 mengulangkaji topik tingkatan 4 sebagai persiapan menghadapi
percubaan.
2.3.3 KEM FASILITATOR MATEMATIK TAMBAHAN 2019 siri 3
PERINGKAT SEKOLAH
SIRI 3 ( F5 HELP F5)
TARIKH : 5 Oktober 2019
TEMPAT : SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
LAPORAN:
Pelajar dibahagikan kepada 6 kumpulan dan seramai 15 orang fasilitator tingkatan 5 terlatih
yang dilatih oleh guru dalam mentor coaching selama 2 minggu. Pecutan Akhir menghadapi
SPM.
DAPATAN:
Program ini membantu pelajar melihat teknik menjawab yang betul , soalan-soalan target
yang membantu pelajar skor C+ dan ke atas.
2.3.4 PROGRAM SIMBIOSIS KEM FASILITATOR PERINGKAT DAERAH 2019
2.3.4.1 KEM STRIVE 4 EXCELLENCE BERSAMA SMK PERMATANG TOK JAYA
TARIKH : 22 JUN 2019
TEMPAT : SMK PERMATANG TOK JAYA
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
LAPORAN:
Seramai 12 orang fasilitator tingkatan 5 terlatih yang dilatih oleh guru dalam mentor coaching
selama 2 minggu telah terlibat. 50 orang pelajar terlibat dan mereka dibahagikan kepada 5
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar dan 2 orang fasilitator menjadi
pembimbing. Topik Taburan Kebarangkalian telah dibentang dan di bengkelkan.
DAPATAN:
Para fasilitator sangat professional dan sangat mahir mengendalikan pelajar. Mereka membantu
pelajar memahami teknik mudah menjawab dan memahami topik Taburan Kebarangkalian.
Pelajar di sekolah tersebut minta meneruskan lagi kelas kerana mereka sangat teruja dengan
program ini.
2.3.4.2 KEM STRIVE 4 EXCELLENCE BERSAMA SMK DATUK HAJI HASSAN NOH
TARIKH : 14 SEPTEMBER 2019
TEMPAT : SMK DATUK HAJI HASSAN NOH
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
60
LAPORAN:
Seramai 12 orang fasilitator tingkatan 5 terlatih yang dilatih oleh guru dalam mentor coaching
selama 2 minggu telah terlibat. 50 orang pelajar terlibat dan merek dibahagikan kepada 5
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar dan 2 orang fasilitator menjadi
pembimbing. Topik Taburan Kebarangkalian telah dibentang dan di bengkelkan.
DAPATAN:
Para fasilitator sangat professional dan sangat mahir mengendalikan pelajar. Mereka
membantu pelajar memahami teknik mudah menjawab dan memahami topik Taburan
Kebarangkalian. Pelajar di sekolah tersebut minta meneruskan lagi kelas kerana mereka
sangat teruja dengan program ini.
2.3.4.3 KEM STRIVE 4 EXCELLENCE BERSAMA SMK GEMILANG
TARIKH : 22 SEPTEMBER 2019
TEMPAT : SMK GEMILANG
MASA : 7.30 PAGI HINGGA 1.30 PETANG
LAPORAN:
Seramai 12 orang fasilitator tingkatan 5 terlatih yang dilatih oleh guru dalam mentor coaching
selama 2 minggu telah terlibat. 50 orang pelajar terlibat dan merek dibahagikan kepada 5
kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang pelajar dan 2 orang fasilitator menjadi
pembimbing. Topik Taburan Kebarangkalian telah dibentang dan di bengkelkan.
DAPATAN:
Para fasilitator sangat professional dan sangat mahir mengendalikan pelajar. Mereka
membantu pelajar memahami teknik mudah menjawab dan memahami topik Taburan
Kebarangkalian. Pelajar di sekolah tersebut minta meneruskan lagi kelas kerana mereka
sangat teruja dengan program ini.
2.4 Persoalan:
Sejauhmanakah pengaruh rakan sebaya terhadap pencapaian Matematik Tambahan?
Sejauhmanakah penerapan elemen pendidikan abad ke 21 berpusatkan pelajar ?
Projek 4 : Klinik Matematik Tambahan
Rasional
Menyediakan kemudahan kepada pelajar yang memerlukan bantuan dan tunjuk ajar dalam
Matematik Tambahan. Operasi klinik berjalan ketika waktu rehat dan 30 minit selepas waktu sekolah.
Klinik beroperasi hasil kerjasama fasilitator yang dilantik sebagai Doktor Muda seramai 13 orang yang
terdiri daripada 7 pelajar tingkatan 5 dan 6 orang pelajar tingkatan 4. Klinik menyediakan bukan sahaja
perkhidmatan secara personal, malah secara berkumpulan. Klinik sentiasa dipenuhi oleh pelajar yang
musykil atau ketinggalan semasa P&P datang untuk mendapatkan kepastian. Malah klinik juga
menyediakan soalan latihan yang boleh dijawab, disemak dan di jelaskan dengan panjang lebar
konsepnya.
Langkah – langkah
1. Menyediakan klinik Matematik Tambahan di tempat yang mudah di akses oleh para pelajar.
2. Menyediakan pasarana yang kondusif .
3. Perlantikan Doktor- doktor muda yang akan mengendalikan klinik mengikut jadual yang
ditetapkan
4. Merekod kehadiran pelajar dan doktor pada setiap kali operasi
5. Menyediakan peti cadangan kepada pelanggan untuk penambahbaikan pada masa akan datang.
61
Majlis Pelancaran Klinik Matematik Tambahan dan Penyampaian watikah perlantikan kepada
Doktor Muda
Refleksi : Klinik Matematik menjadi pusat kegiatan aktif dalam menjana kecemerlangan Matematik
Tambahan di SMK Datuk Haji Ahmad Badawi. Didapati keputusan gred peperiksaan para doktor
muda yang membantu operasi klinik semakin cemerlang. Pelajar yang lemah kini tidak perlu
menunggu kehadiran guru untuk meyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Rujukan
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Spesifikasi Kurikulum
Matematik Tambahan Tingkatan 4. BPK
Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Spesifikasi Kurikulum
Matematik Tambahan Tingkatan 5. BPK
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008).
Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi ketiga. EPRD
Liew Su Tim, Wan Muhamad Saridan Wan Hassan. (1989). Kearah memahami Dan Mengurangkan
Kesukaran Dalam Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia.
Macgregor, M & Stacey, K. (1997). Student Understanding Of Algebraic Notation.
Educational Studies in Mathematics; 33. 1-19.
Irma Yanti Mahamud, Norlizah Che Hassan, Fathiyah Mohd Fakhruddin (2018) Relationship between
the Academic Performance of Students in Religious Government-affiliated Schools and the
Extent of Parents’ Involvement in Their Children’s Self-Study . Universiti Putra Malaysia, UPM
62
LAMPIRAN
IMPAK/ KEBERHASILAN/PERBANDINGAN PERATUS LULUS KELAS 5 SAINS
PERATUS BILANGAN A SPM 2016-2019 KELAS 5 SAINS
70
80
90
100
110
2016 2017 2018 2019
TRIALSPM
ETR
84
97
85
100
92
100
88
100
0
10
20
30
40
50
60
2016 2017 2018 2019
TRIAL
SPM
ETR
22
29
2225
40 40
4750
63
PROGRAM PENDIDIKAN KELESTARIAN
Aishah Mohd Taha
Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana, Johor
Emel : aishahmohdtaha7@gmail.com
Abstrak
Sekolah Kebangsaan Sri Pulai Perdana merupakan salah sebuah sekolah Showcase Pendidikan
Kelestarian Negeri Johor dan Hari Pendidikan Kelestarian merupakan kemuncak impak amalan
kelestarian setelah dilaksanakan sepanjang tahun. Aktiviti yang dijalankan tidak terhad kepada warga
sekolah malah melibatkan jaringan kerjasama komuniti setempat, universiti dan badan korporat. Hub
pembelajaran di luar bilik darjah diwujudkan memudahkan murid akses kepada maklumat serta
penghijauan di kawasan sekolah dilaksanakan melalui pelbagai projek tanaman. Skuad Lestari telah
ditubuhkan sebagai pembimbing rakan sebaya dalam program kelestarian. Bagi aktiviti STEM lestari,
program inovasi dan problem based learning berdasarkan permasalahan yang wujud sewaktu
menangani isu lestari dilaksanakan melalui program Ace Junior: Inventing The Young Inventors. Selain
itu, budaya kitar semula bukan sahaja dijalankan di sekolah malah di rumah melalui pelbagai
pertandingan. Amalan menggunakan bahan terpakai dijadikan satu budaya dalam melaksanakan projek
sekolah manakala amalan guna semula pula dilaksanakan melalui program Kuru-Kuru. Pelaksanaan
paperless telah meningkatkan kemahiran ICT di kalangan warga sekolah. Pengkomposan sisa makanan
digunakan dalam tanaman di sekolah juga telah diperluaskan kepada bengkel pengkomposan kepada
murid dan ibu bapa. Seterusnya, pelaksanaan Zero Tong Sampah di sekolah telah membantu
mengurangkan pembuangan sampah di sekolah. Amalan kelestarian juga diintegrasikan dalam PdPc
melalui pelaksanaan PdPc lestari. Impaknya, seluruh warga sekolah membudayakan kelestarian alam
sekitar dengan efektif.
Kata kunci: kelestarian, waste, pengkomposan, kitar semula, Kuru-Kuru
1.0 Pendahuluan
Pendidikan Kelestarian di peringkat sekolah merupakan salah satu usaha dalam membudayakan
kelestarian secara berkesan dan usaha ini juga dapat memenuhi enam aspirasi murid yang ingin dicapai
dalam Pelan Pendidikan Malaysia. Pendidikan Kelestarian telah mula dilaksanakan di peringkat
sekolah, namun begitu terdapat beberapa isu dan cabaran dalam budaya lestari di sekolah. Antaranya
ialah pembudayaan lestari tidak menyeluruh, pendidikan alam sekitar merentas kurikulum yang kurang
dilaksanakan, pelibatan tenaga pakar yang terhad serta program lestari yang masih belum memberikan
impak yang tinggi.
Oleh yang demikian, satu Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian 2019-2023 telah dilancarkan
untuk membudayakan kelestarian dalam sekolah-sekolah di negeri Johor dengan lebih berkesan. Pelan
tindakan ini merupakan salah satu usaha Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dalam membantu
merealisasikan Dasar Kelestarian Johor 2017-2021 yang bermatlamat menjadikan negeri Johor komited
dalam memulihara dan melindungi warisan alam,mengawal pencemaran dan mengurangkan karbon
bagi memastikan kesejahteraan rakyat ( Pelan Tindakan , Kelestarian JPNJ, 2018).
Selaku Johan Pendidikan Kelestarian Negeri Johor anjuran MBIP 2017, Naib Johan Pendidikan
Kelestarian Negeri Johor anjuran MBIP 2018 dan 2019, juga pelaksanaan budaya Zero Tong Sampah
yang telah diusahakan sejak 2017, pelaksanaan pendidikan kelestarian di SK Sri Pulai Perdana akan
diteruskan dengan lebih tersusun, efektif dan menyeluruh dengan pelibatan daripada semua warga
sekolah, masyarakat setempat serta agensi luar.
2.0 Rasional
Pelaksanaan pendidikan kelestarian telah dilaksanakan namun masih belum menyeluruh dari
aspek kurikulum, pelibatan semua warga sekolah dan pembudayaan lestari dalam sekolah. Program
perlu dilaksanakan dengan menyeluruh dan berkesan.
64
3.0 Matlamat
Pendidikan kelestarian tidak terhad untuk pembelajaran di dalam bilik darjah malah menjadi
satu budaya di sekolah untuk menerapkan nilai mencintai alam sekitar. Selain itu, pelibatan guru, ibu
bapa dan warga sekolah dalam program ini diharapkan dapat membantu memperkasakan pendidikan
kelestarian sehingga warga sekolah boleh membudayakan lestari dalam kehidupan seharian.
4.0 Objektif
Mengamalkan budaya kelestarian dalam kalangan warga sekolah
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam budaya kelestarian.
Memberikan kesedaran positif kepada semua warga sekolah dan masyarakat dalam amalan
membudayakan kelestarian dalam kehidupan.
Mewujudkan peluang untuk pihak sekolah bekerjasama dengan komuniti luar bagi perkongsian
kemahiran dan pengetahuan kepada warga sekolah.
5.0 Program Pendidikan Kelestarian
5.1 Latar Belakang
Amalan zero tong sampah telah menjadi budaya di sekolah ini. Murid diterapkan amalan
pengurusan sampah dengan membawa beg plastik masing-masing ke sekolah. Murid juga kerap
diingatkan agar mengurangkan penghasilan sampah melalui sesi taklimat.
Persekitaran sekolah yang kondusif juga dapat membantu dalam peningkatan prestasi murid.
Hub pembelajaran luar bilik darjah dengan tema lestari telah disediakan. Setiap hub pembelajaran ini
juga mempunyai aktiviti penanaman mengikut kawasan. Taman Al Quddus dengan tanaman herba,
Mapela dengan tanaman cili , Lestari Park dan kawasan gazebo dengan pelbagai tanaman hiasan serta
persekitaran sekolah dengan tanaman betik.
Proses pembelajaran di sekolah diterapkan dengan amalan penggunaan bahan terpakai. Guru
menggalakkan murid menggunakan bahan terpakai dalam projek dan hasil kerja murid malah
penggunaan bahan terpakai telah dijadikan rubrik pemarkahan dalam penilaian hasil kerja.
5.2 Pelancaran Program Pendidikan Kelestarian
5.2.1 Perancangan Program
Pelancaran Program Pendidikan Kelestarian merupakan hari pendidikan kelestarian yang
dijalankan untuk memberikan peluang bagi semua warga sekolah dalam menunjukkan impak positif
amalan kelestarian yang telah diamalkan sepanjang tahun. Program yang dilaksanakan merupakan
kemuncak bagi program kelestarian dengan sasaran yang menyeluruh bagi semua warga sekolah.
Jawatankuasa pelaksana telah ditubuhkan untuk hari pendidikan kelestarian dan beberapa
penyelaras telah dilantik untuk sub program yang dijalankan. Antara sub program yang dijalankan ialah
Ace Junior : Inventing The Young Inventors , perasmian Bilik Kuru-kuru, pertandingan kitar
semula,taklimat kitar semula, Make Over Challenge, bengkel kompos, kelestarian budaya membaca
dan taklimat Project Based Learning& IMELC. Program yang dirancang pada hari tersebut akan
dijalankan serentak dengan kumpulan sasaran yang berbeza. Beberapa program melibatkan pelaksanaan
dan persediaan awal kerana melibatkan beberapa fasa kerja sebelum mencapai objektif akhir.
5.2.2 Persediaan Program
5.2.2.1 Program Ace Junior: Inventing The Young Inventors
Program Ace Junior:Inventing The Young Inventors telah dirancang selama empat bulan
sebelum pelancaran Program Pendidikan Kelestarian bagi membantu melaksanakan program rekacipta
dan juga inovasi di peringkat sekolah. Program ini mendapat kerjasama daripada Sekolah Kejuruteraan
Universiti Teknologi Malaysia(UTM) Skudai dibawah bimbingan Dr Nor Fasiha bt Mohd Yusof. Pihak
sekolah telah menyusun beberapa fasa bagi proses pelaksanaan rekacipta dan dilaksanakan sebagai
problem based learning. Murid berjaya menghasilkan protototaip berdasarkan proses membuat
rekacipta yang telah ditetapkan. Penjurian dijalankan sewaktu pelancaran Program Pendidikan
Kelestarian.
65
Murid mengikuti taklimat, sesi brain storming, dan membuat prototaip dengan bimbingan
pensyarah dan pelajar Sekolah Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) ,
Skudai, Johor.
5.2.2.2 Pengkomposan
Pengkomposan sisa pepejal di sekolah telah dilaksanakan dengan menyediakan ruang untuk
aktiviti kompos. Selain itu, pendedahan awal telah diberikan kepada murid dan guru tentang cara
menjalankan pengkomposan melalui bengkel di sekolah. Pengujian baja kompos di makmal juga telah
dijalankan melalui Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Projek
pengkomposan ini merupakan projek di bawah bimbingan Dr Huszalina bt Hussin, Dr Alina bt Wagiran
dan Dr Nurriza bt Ab Latif.
Tempat kompos telah diletakkan informasi tentang pengkomposan. Bengkel pengkomposan
telah dijalankan untuk guru dan murid.
5.2.3 Hari Pelancaran Program Pendidikan Kelestarian
5.2.3.1 Perasmian Program
Program Pendidikan Kelestarian SK Sri Pulai Perdana telah dirasmikan oleh Yang Berhormat
Dato’ Haji Adib Azhari b Daud , Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Pendaftaran secara
paperless menggunakan QR Code telah digunakan. Skuad Lestari sekolah juga diberi sijil penghargaan.
Skuad Lestari ini terdiri daripada Skuad Pengurusan Sisa Pepejal, Skuad Penghijauan, Skuad
Pengkomposan, Skuad Kitar Semula dan Skuad Jimat Tenaga telah banyak membantu program
kelestarian sekolah.
66
Sekitar majlis perasmian pelancaran program pendidikan kelestarian. Program pelancaran ini
dihadiri wakil-wakil daripada Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ), Pejabat Pendidikan Daerah
Kulai, SWM Environment Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
5.2.3.2 Perasmian Bilik Kuru-Kuru
Setelah mengadakan lawatan penandaarasan ke SK Taman Suria, bilik kuru-kuru telah
diwujudkan bagi menggalakkan amalan guna semula dikalangan warga sekolah. Bilik kuru-kuru
dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Adib Azhari b Daud, Datuk Bandar Majlis Bandaraya
Iskandar Puteri. Bilik kuru-kuru ini dibuka kepada ibu bapa dan murid untuk sumbangan dan
pengambilan barangan.
Bilik Kuru-Kuru
5.2.3.3 Penjurian Program Ace Junior: Inventing The Young Inventors
Setelah melalui beberapa sesi pembelajaran dan tambah baik, murid membuat pembentangan
hasil projek. Penjurian telah dijalankan oleh pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Nor
Fasiha binti Mohd Yusof, pelajar Sarjana Universiti Teknologi Malaysia , En Thamilarasan
Balasubramaniam , pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kulai,En Nazib bin Shariff dan pegawai
Jabatan Pelajaran Negeri Johor(JPNJ), En Mohd Munir bin Baharom. Program ini dapat melahirkan
murid yang berkeyakinan tinggi, berdaya saing dan berfikiran kreatif serta inovatif. Projek rekacipta
yang berpotensi untuk digunakan di sekolah telah dapat dikenalpasti dan akan diteruskan.
Murid membuat pembentangan hasil projek sewaktu sesi penjurian.
5.2.3.4 Penjualan Tanaman
Murid membuat persediaan bagi penjualan tanaman daripada memetik dan membungkus serta
menyediakan tapak jualan. Beberapa hasil tanaman yang telah ditanam sepanjang tahun telah dijual.
67
Antaranya ialah pisang, betik, cili dan pelbagai hasil tanaman lain. Hasil jualan dapat menjana wang
dan menerapkan nilai keusahawanan kepada murid.
Penjualan tanaman
5.2.3.5 Taklimat Project Based Learning & IMELC
Program ini menyasarkan murid tahun 6. Murid diberikan taklimat untuk program pasca UPSR
iaitu Iskandar Malaysia Ecolife Challenge. Program ini merupakan program kerjasama Iskandar
Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam
mendidik murid tentang amalan kelestarian dalam penjimatan tenaga dan kitar semula. Murid juga telah
diberikan penerangan tentang dalam melaksanakan Project Based Learning. Antara projek kajian yang
telah dibincangkan bagi tahun 2019 ialah Trash to Treasure dan kajian pengurusan sisa pepejal.
Sesi taklimat program IMELC dan projek Trash to Treasure yang dijalankan.
5.2.3.6 Kitar Semula dan Pengkomposan Sisa Makanan
Pelibatan ibu bapa bagi membantu pihak sekolah bagi menyebarluas kepentingan amalan
kelestarian adalah penting supaya kesedaran bukan sahaja berada di sekolah malahan di rumah. Oleh
itu, program yang telah disasarkan untuk pelibatan ibu bapa ialah kitar semula dan pengkomposan sisa
makanan. Taklimat kitar semula telah disampaikan oleh En Mohd Aizad b Osman wakil SWM
Environment Sdn Bhd bagi menerangkan cara menjalankan kitar semula dan kepentingannya. Ibu bapa
juga berpeluang menyertai pertandingan kitar semula. Selain itu, bengkel tentang pengkomposan juga
telah diberikan oleh Dr Alina bt Wagiran dan Dr Nurriza bt Ab Latif daripada Fakulti Sains, Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran terhadap
mengurangkan pembuangan sisa makanan serta menjadikan hasil buangan sebagai baja untuk
penggunaan tanaman di rumah.
Ibu bapa menyertai program kitar semula dan membuat baja kompos. Setiap ibu bapa yang
menyertai bengkel kompos diberikan bekas kompos percuma sebagai galakkan menjalankan kompos
di rumah.
68
5.2.3.7 Make Over Challenge
Make Over Challenge merupakan satu program yang dijalankan bagi membersihkan kawasan
luar sekolah di Taman Sri Pulai Perdana. Murid membersihkan padang permainan, kaki lima, kawasan
riadah dan sebagainya. Murid dikehendaki mengambil gambar sebelum dan selepas aktiviti. Pasukan
yang berjaya melakukan perubahan terhadap tempat yang banyak sampah dan tidak diuruskan dengan
baik merupakan pemenang cabaran ini. Cabaran ini merupakan sumbangan murid dan guru kepada
komuniti setempat.
Murid membersihkan kawasan riadah dan taman permainan sebagai sumbangan kepada komuniti
setempat.
5.2.3.8 Kelestarian Budaya Membaca
Pusat Sumber Sekolah telah menjalankan aktiviti kelestarian budaya membaca dengan pelbagai
program seperti bercerita spontan, membuat permainan dalaman melalui barangan terpakai, membuat
buku cerita dan membuat kolaj dengan tema Cintai Alam. Aktiviti secara kreatif ini meningkatkan
kreativiti dan minat dalam budaya membaca.
Murid menjalani aktiviti berkaitan kelestarian budaya membaca dengan bimbingan guru.
5.2.4 Impak Selepas Pelancaran Program
Beberapa kerjasama luar telah dijalankan iaitu bersama Universiti Teknologi Malaysia seperti
Fakulti Sains untuk pengkomposan menggunakan sisa makanan dan Sekolah Kejuruteraan Mekanikal
untuk program rekacipta serta inovasi. Kesediaan ibu bapa untuk menjalankan pengkomposan di rumah
selepas sesi bengkel dapat mengukuhkan amalan kelestarian dari sekolah kepada komuniti. Kunjungan
murid dalam pembentangan rekacipta di peringkat universiti seperti IDEX’19 dapat mendedahkan
murid kepada projek rekacipta yang lebih tinggi.
Selain itu, sekolah juga mendapat bimbingan menerusi Jabatan Pelajaran Negeri Johor sebagai
rujukan dalam menjalankan program kelestarian sekolah seperti program IMELC yang juga dengan
kerjasama Universiti Teknologi Malaysia dan Iskandar Puteri serta program kelestarian yang lain di
peringkat negeri. Pendedahan yang lebih meluas ini banyak membantu sekolah dalam meningkatkan
pendidikan kelestarian ke arah yang lebih efektif.
Menerima jemputan ke IDEX’19 di UTM Skudai, Johor
69
Maklumbalas ibu bapa terhadap program kelestarian sangat positif dalam kaji selidik
pengkomposan bersama UTM menunjukkan kesediaan ibu bapa untuk menjalankan kompos di rumah
6.0 Refleksi
Secara keseluruhannya, impak positif telah dapat dilihat di kalangan warga sekolah. Amalan
kelestarian yang diteruskan dapat mendidik warga sekolah untuk mengamalkan budaya kelestarian
alam sekitar. Implikasinya, warga sekolah telah memahami dengan jelas amalan kelestarian yang
seharusnya dilakukan.
Program ini akan diteruskan dan ditambahbaik dari segi pelaksanaannya. Pelibatan murid, ibu
bapa dan guru pada setiap program yang dijalankan perlu ditingkatkan dan diberi panduan yang lebih
jelas. Kerjasama dengan komuniti dalam program kelestarian juga akan diperluas supaya lebih banyak
pendedahan dapat diperoleh warga sekolah. Projek inovasi dan kajian yang berpotensi di peringkat
sekolah sewajarnya direalisasikan untuk memberi manfaat kepada pendidikan kelestarian di sekolah.
Rujukan
Program Kelestarian Negeri Johor. (2018). Pelan Tindakan Kelestarian Negeri Johor.
Jabatan Pelajaran Negeri Johor.
SK Sri Pulai Perdana (2019, September 14). Pelancaran Program Pendidikan Kelestarian.
SK Sri Pulai Perdana Facebook Page .
https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2686416041392786/
SK Sri Pulai Perdana ( 2019, November 23). Majlis Penyampaian Hadiah
Pertandingan Lestari MBIP. SK Sri Pulai Perdana Facebook Page.
https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2835619036472485/
SK Sri Pulai Perdana ( 2019, September 14). Make Over Challenge. SK Sri Pulai Perdana
Facebook Page. https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2683237285043995/
SK Sri Pulai Perdana ( 2019, September 14) Bengkel Kompos Ibu Bapa. SK Sri Pulai
Perdana Facebook Page.
https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2686416041392786/
SK Sri Pulai Perdana ( 2019, Ogos 7 ) Bengkel Kompos Murid dan Guru. SK Sri Pulai
Perdana Facebook Page.
https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2612977755403282/
SK Sri Pulai Perdana ( 2019, September 14 ) Pertandingan Kitar Semula. SK Sri Pulai
Perdana Facebook Page.
https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2673904282643962/
SK Sri Pulai Perdana ( 2020, Mei 2019). Program Kitar Semula.
SK Sri Pulai Perdana
Facebook Page.
https://www.facebook.com/747117685322641/posts/2475429955824730/
Amir Putra Md Saad ( 2020, Februari) Petera, UTM anjurkan IDEX’19 bangunkan
teknik reka bentuk yang cekap.UTM NewsHub.
70
LET’S EMBRACE THE P.E.N.Y.U
Kamariah Awang
SK Gong Balai, Terengganu
Emel : kamariah.awg@gmail.com
Abstrak
Sesi pengajaran dan pembelajaran untuk matapelajaran Sejarah memerlukan penerokaan ilmu dan juga
alat bantu mengajar yang menggunakan teknologi ICT yang terkini. Terdapat pelbagai ciri inovatif yang
boleh diadaptasi dengan menggunakan aplikasi terkini serta penerokaan alam semulajadi untuk
pembelajaran Sejarah.Walau bagaimanapun, buku teks sejarah masih menggunakan kaedah tradisional
untuk mengajar murid-murid yang mana agak kurang memahami. Murid-murid tidak dapat menghayati
sepenuhnya apa yang tertulis di dalam buku teks. manakala guru pula mempunyai masalah untuk
menarik minat murid dan memberikan input yang terbaik yang menyebabkan guru tidak dapat
melaksanakan pengajaran dengan efisyen. Kajian amalan terbaik ini membincangkan kaedah
penerokaan alam semulajadi dan teknologi ICT bagi matapelajaran Sejarah Tahun 4 iaitu bagi sub unit
menjaga tempat tinggal serta alam persekitaran.Objektif amalan terbaik ini adalah untuk memberikan
kefahaman teori dan eksplorasi ilmu secara amali. Pendekatan secara eksplorasi dan elemen multimedia
sebagai kaedah pembelajaran interaktif untuk mempelajari dan memahami konsep asal menjaga tempat
tinggal dan juga alam persekitaran laut dan pantai. Metodologi amalan terbaik ini melibatkan beberapa
langkah dalam setiap minggu memandangkan matapelajaran Sejarah hanya satu jam dalam seminggu.
Antaranya ialah penerokaan alam semulajadi, interaktif multimedia, kemahiran berkomunikasi dan
kemahiran menyelesaikan masalah. Seramai 34 orang murid dari kelas tahun 4 Ibnu Sina telah terlibat
dalam projek Lets Embrace The P.E.N.Y.U. Hasil amalan terbaik ini menunjukkan perkembangan
positif dan penerimaan baik oleh semua murid tahun 4 sehinggakan mereka mampu menghasilkan satu
inovasi dan dibentangkan di dalam satu pertandingan diperingkat negeri.
Abstrak : PENYU, ICT, Sejarah, Inovasi
1.0 Refleksi Pengajaran Lalu
Berdasarkan pengajaran lalu, matapelajaran sejarah boleh dikategorikan antara matapelajaran
yang memerlukan banyak pembacaan dan kajian. Kebanyakan murid tidak dapat menonjolkan bakat
mereka bagi setiap aktiviti yang dijalankan. Kemudian mereka akan hanya mengambil keputusan untuk
tidak aktif atau tidak mengambil bahagian dalam aktiviti matapelajaran Sejarah.
2.0 Isi Keperihatinan / Fokus Kajian
Fokus kajian yang saya jalankan adalah untuk melibatkan kesemua anak murid dalam subjek
yang diajari iaitu matapelajaran sejarah. Untuk topik yang saya ajar dan pilih ini, saya melibatkan semua
murid perlu mengambil bahagian agar mereka rasa dihargai dan mereka semakin minat untuk
mempelajari Sejarah dengan lebih mendalam.
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
3.1.1 Meningkatkan penguasaan dan kemahiran TMK murid.
3.1.2 Memupuk minat dan cintakan Sejarah amnya.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Meningkatkan penglibatan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan di
dalam bilik darjah.
3.2.2 Meningkatkan kemahiran berkomunikasi setiap murid sesame mereka dan juga
komuniti luar.
4.0 Kumpulan Sasaran
Untuk projek Amalan Terbaik saya ini, saya telah memilih murid Tahun 4 Ibnu Sina SK Gong
Balai, iaitu seramai 34 orang.
71
5.0 Perlaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Matapelajaran sejarah hanya satu jam dalam seminggu, saya hanya berpeluang berjumpa
mereka hanya satu kali seminggu. Oleh yang demikian saya melihat mereka semakin tidak minat dan
mereka kurang aktif sewaktu sesi pembelajaran subjek sejarah.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Berikutan dari masalah yang telah saya hadapi Bersama murid tahun 4 tersebut, saya
kemudiannya telah membuat carian dan eksplorasi “Education Apps” di talian internet. Saya telah
mencuba menggunakan penggunaan TMK (ICT) yang terkini di dalam kelas sewaktu matapelajaran
sejarah. Penggunaan Aplikasi ICT yang saya maksudkan ialah Aplikasi Flipgrid dan juga Skype.
5.3 Tindakan Yang Dijalankan
Bagi memudahkan pengajaran saya untuk kelas Sejarah ini, saya telah jadikan topik tersebut
sebagai satu projek besar yang melibatkan 4 minggu dan juga penyertaan yang menyeluruh setiap
murid. Projek yang diberi nama P.E.N.Y.U ini merupakan singkatan kepada :
P = protect and restore the ecosystem ( melindungi alam)
E = eliminate the destruction of natures (hapuskan kerosakan alam)
N = now, it’s time to do it together (inilah masanya, lakukan bersama)
Y = you are the one we are looking for (andalah yang kami cari)
U = ultimate the goal (matlamat akhir adalah untuk menjaga alam sekitar )
Saya menamakan projek ini dengan PENYU bersempena dengan kami yang tinggal
berhampiran tepi pantai dan penyu juga sangatlah hampir dan sinonim dengan Negeri kami iaitu
Terengganu Darul Iman. Selain itu juga, saya ingin “create awareness” berikutan sekarang penyu
hampir pupus di kawasan perairan pantai negeri kami. Gambarajah 1 menunjukkan Poster Projek
P.E.N.Y.U yang telah dibuat.
Gambarajah 1 : Poster Projek P.E.N.Y.U
Untuk minggu yang pertama – mereka akan melukis persekitaran pantai dan juga Kawasan
tempat tinggal mereka, saya juga membawa mereka bergotong royong di sekitar kawasan luar sekolah
yang mana berdekatan dengan Pantai,memandangkan sekolah kami ditepi pantai
72
Untuk minggu kedua – mereka akan memberi respon kepada grid aktiviti link yang telah saya
ciptakan untuk kelas mereka menerusi aplikasi Flipgrid.
Gambarajah 2 : Aplikasi Flipgrid yang telah dilancarkan untuk respon
Untuk minggu ketiga – mereka akan cuba ber skype dengan komuniti luar, seperti sekolah lain
di negeri selain Terengganu, di luar negara seperti Brunei, Thailand dan juga Vietnam serta lain-lain
negara lagi. Antara topik yang dibincangkan ialah bagaimana menjaga alam persekitaran dan juga
bagaimana ingin menjaga hidupan laut memandangkan sekolah kami ditepi pantai.
Gambarajah 3 : Murid sedang “berskype”
73
Gambarajah 4 : Murid dan Guru sedang “Berskype”
Gambarajah 5 : Murid dan Guru dari Negara Vietnam sedang “berskype”
74
Untuk minggu keempat – mereka akan cuba mencipta kreativiti mereka dengan cara mencipta
prototaip alat untuk memelihara alam sekitar iaitu bertemakan kitar semula (3R). Penilaian dibuat
dengan mengadakan pertandingan antara kumpulan, mereka telah mencuba rekacipta prototaip
berasaskan “Green Technology” dan juga lebih kepada rekabentuk bahan daripada bahan kitar semula.
Untuk kumpulan yang berjaya di peringkat Sekolah, Pihak sekolah telah menghantar sebagai Pasukan
Wakil Sekolah untuk ke Peringkat Negeri dalam Pertandingan Berasaskan Green Technology.
Gambarajah 6 : Murid dan Guru telah menyertai Pertandingan Peringkat Negeri
5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian
Dengan melalui keempat minggu tersebut, saya telah melihat mereka bergerak aktif sewaktu
matapelajaran sejarah. Mereka tidak lagi diam sewaktu kelas berjalan kerana masing-masing ingin
memberi respon dengan aplikasi flipgrid dan juga sewaktu sesi skype. Mereka juga cuba untuk
berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan sekaligus mengaplikasikan apa yang telah mereka pelajari
sewaktu kelas pembelajaran Bahasa Inggeris. . Semua video yang telah di muat naik menerusi aplikasi
flipgrid dapat dilihat dan disemak oleh guru satu persatu secara maya.
5.5 Refleksi Kajian
Daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya jalankan Bersama dengan anak
murid saya, saya dapati anak murid saya amatlah aktif dan ingin melibatkan diri sewaktu sesi PDPC
dijalankan. Cuma mereka tidak diberi peluang sebelum ini bersuara kerana masing-masing agak malu
untuk mencuba. Dengan aplikasi flipgrid dan juga skype, mereka dapat melihat secara terus dan
bersiaran secara langsung bersama murid lain di luar negeri dan juga luar negara.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Untuk kajian seterusnya, saya ingin membawakan aplikasi yang lebih terkini dalam
matapelajaran Sejarah dan juga untuk matapelajaran lain yang saya ajari di sekolah. Saya juga ingin
gabung jalinkan bersama dengan matapelajaran lain agar mereka semua lebih bergiat aktif sewaktu
pembelajaran dan pengajaran berlangsung.
Rujukan
Embrace The Penyu (2019) https://sway.office.com/RtpWT43a5ofFHPty
https://flipgrid.com/embracethepenyu
Aplikasi skype
75
POTENSI PETA KONSEP UNTUK MENINGKATKAN
KEYAKINAN PELAJAR DALAM MEMPELAJARI
KIMIA
Intan Baizura A Ghani
SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan
Emel : qhurune81@gmail.com
Abstrak
Kefahaman terhadap konsep Kimia dipelajari penting bagi membolehkan konsep tersebut diaplikasikan
dalam penyelesaian masalah harian dan yang berasaskan STEM. Namun, persepsi negatif pelajar
terhadap konsep-konsep kimia yang abstrak menyebabkan mereka sukar menguasai konsep-konsep
tersebut dengan baik. Perkara ini seterusnya merendahkan motivasi pelajar dan menyebabkan
pencapaian yang rendah dalam mata pelajaran Kimia. Antara alat visual yang berpotensi meningkatkan
keyakinan pelajar untuk mempelajari konsep Kimia seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar adalah
melalui penggunaan peta konsep. Sehubungan itu, maklumbalas penggunaan peta konsep dalam
meningkatkan keyakinan diri pelajar serta kefahaman dalam menguasai konsep kompleks Kimia
merupakan tujuan utama kajian ini dilaksanakan. Seramai 58 orang pelajar Tingkatan 5 telah terlibat
dalam kajian ini. Borang refleksi telah digunakan untuk mendapatkan maklum balas pelajar dan telah
dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan peta
konsep telah mendapat maklumbalas positif dalam menghasilkan keyakinan pelajar dalam mempelajari
konsep-konsep kimia yang kompleks khususnya
Kata kunci: Peta konsep, keyakinan diri, kefahaman, konsep Kimia
1.0 Refleksi pengajaran lalu
Saya telah diamanahkan untuk mengajar kimia kelas Tingkatan 5 Haitham dan 5 Battani pada
tahun ini. Pelajar-pelajar ini merupakan pelajar yang berpotensi dalam mencapai gred yang baik dalam
mata pelajaran Kimia. Namun, mereka selalu menghadapi masalah dalam mempelajari dan menguasai
topik-topik kompleks seperti topik garam, sebatian karbon dan elektrokimia. Perkara ini dapat dilihat
semasa pelajar menduduki peperiksaan bertulis iaitu semasa peperiksaan pertengahan tahun. Daripada
analisis jawapan pelajar, antara kelemahan utama pelajar tidak dapat menjawab dan memperolehi gred
yang baik adalah kerana kesukaran mereka untuk menjawab soalan berkaitan dengan topik-topik
kompleks tersebut. Setelah diselidiki, para pelajar sebenarnya tidak dapat menguasai konsep dalam
topik-topik tersebut dengan baik. Mereka mengatakan kesukaran untuk mengaitkan semua konsep
abstrak tersebut dengan jelas. Apa yang menggerunkan adalah, mereka akan menjadi bimbang
sekiranya berjumpa dengan soalan-soalan konsep kompleks ini dan akan meninggalkan soalan
berkaitan topik-topik ini pada penghujung waktu menjawab soalan. Perkara ini menyebabkan mereka
kurang bermotivasi dalam bersungguh-sungguh untuk mnejawab soalan-soalan peperiksaan Kimia
khususnya berkaitan dengan topik-topik ini.
2.0 Fokus kajian
Kimia merupakan salah satu mata pelajaran yang sukar bagi pelajar kerana mengandungi
banyak konsep-konsep yang abstrak. Antara sebab utama adalah kerana ramai pelajar mempunyai
persepsi yang kurang tepat terhadap konsep-konsep Kimia seterusnya menyebabkan mereka merasa
bimbang dan kurang yakin dalam mempelajari ilmu-ilmu Kimia secara mendalam. Perkara ini
seterusnya mengurangkan motivasi pelajar dan memberi kesan kepada pencapaian akademik yang
rendah dalam mata pelajaran Kimia (Yee & Fah, 2014; Bell & Volckmann, 2011).
Selain itu, kurang keyakinan diri terhadap mata pelajaran Kimia merupakan antara punca utama
yang telah menyebabkan fenomena kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains
di peringkat sekolah dan pengajian tinggi. Perkara ini bukan saja berlaku di Malaysia, malah hampir di
serata dunia, termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah telah menjadi isu kritikal
76
dalam dunia pendidikan global secara amnya (Bramwell-Lalor dan Rainford, 2014; Norazilawati et al.,
2013; Phang et al., 2012).
Antara sebab utama mengapa pelajar berasa kurang yakin dan motivasi dalam mendalami ilmu
Kimia adalah kerana mereka sukar menguasai konsep asas Kimia dengan baik. Masalah penguasaan
konsep-konsep Kimia telah banyak dilaporkan sehingga kini (Cooper et al., 2010; Luxford dan Bretz,
2014; Burrows dan Moorings, 2015). Perkara ini membimbangkan dunia pendidikan kerana
pembelajaran Kimia secara bermakna hanya dapat berlaku sekiranya pelajar berupaya untuk
mengaplikasikan segala konsep asas dipelajari dalam situasi konteks yang baharu (Lopez et al., 2014).
Untuk tujuan ini, pembangunan konsep asas sangat penting dalam memastikan pembangunan kepada
penguasaan ilmu Kimia dan KBAT pelajar dapat dihasilkan (Vachliotis et al., 2011).
2.1 Potensi peta konsep sebagai alat bantu mempelajari Kimia
Peta konsep, suatu alat visual yang telah banyak dilaporkan berpotensi sebagai alat untuk
mengenalpasti kefahaman pelajar dalam struktur kognitif mereka (Bransdter, 2012). Kefahaman pelajar
dapat diwakili melalui percambahan frasa hubungan yang tepat dapat dibina oleh pelajar. Frasa
hubungan terdiri daripada dua konsep yang telah dihubungkan oleh satu kata hubung yang dapat
menjelaskan dengan tepat hubungan yang wujud antara dua konsep tersebut. Semakin banyak frasa
hubungan tepat yang dapat dihasilkan, semakin tinggi tahap kefahaman yang diperolehi oleh pelajar
tersebut (Davies, 2011; Hilbert & Renkl, 2008). Perkara ini juga menggambarkan bahawa pembelajaran
bermakna telah berlaku, apabila pelajar dapat menjelaskan, membuat perkaitan dan mengintegrasikan
idea dan konsep baru terhadap idea sedia ada semasa penghasilan banyak frasa hubungan yang tepat
dalam sesebuah peta konsep. Pembelajaran bermakna penting dalam membentuk kemahiran kognitif
pelajar pada aras yang lebih tinggi (Ruiz Primo, 2001).
Walaupun penggunaan peta konsep telah dilaporkan secara meluas, namun peranannya sebagai
alat pentaksiran alternatif masih kurang dan perlu diperluaskan (Kibar et al., 2013), khususnya dalam
aktiviti pembelajaran makmal. Perkara ini perlu diberi penekanan kerana aktiviti pentaksiran dan
penilaian merupakan komponen penting dalam transformasi pendidikan abad ke 21. Justeru, kajian
ini dijalankan bertujuan untuk menyumbang kepada pencarian alternatif terhadap pendekatan aktiviti
pentaksiran yang boleh diaplikasikan dalam aktiviti pembelajaran makmal Kimia khususnya bagi
pembangunaan kefahaman pelajar.
3.0 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas pelajar terhadap keyakinan diri dan
kefahaman konsep dalam mempelajari konsep Kimia melalui penggunaan peta konsep.
4.0 Kumpulan sasaran
Kajian ini telah melibatkan 58 orang pelajar Kimia Tingkatan 5 yang telah mempelajari topik
garam dan sebatian karbon.
5.0 Pelaksanaan kajian
5.1 Tinjauan masalah
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian semasa proses
PdPc iaitu semasa pelajar memberi maklumbalas kepada soalan-soalan guru, latihan serta ujian bertulis.
5.2 Analisis tinjauan masalah
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku pelajar semasa sesi PdPc dilaksanakan.
Pelajar seringkali sukar memberikan jawapan yang tepat dan cepat apabila berkaitan dengan konsep-
konsep garam dan sebatian karbon. Mereka sukar mengingat dan mengaitkan segala konsep yang
terlibat dalam topik-topik tersebut. Selain itu, analisis terhadap jawapan pelajar dalam setiap ujian dan
peperiksaan juga menunjukkan penguasaan mereka terhadap konsep-konsep kompleks tersebut juga
lemah.
5.3 Tindakan yang dijalankan
Seramai 58 orang pelajar Tingkatan 5 telah terlibat dalam kajian ini. Pelajar telah diminta untuk
membuat peta konsep berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari (khusus kepada topik-topik
77
kompleks iaitu topik garam dan sebatian karbon) sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan
percubaan SPM pada Julai 2019. Mereka telah diberi masa selama seminggu untuk membuat dua peta
konsep berkaitan tajuk-tajuk tersebut. Selepas selesai membuat peta konsep, pelajar diminta untuk
menulis refleksi bagi mendapatkan maklum balas mereka terhadap perkara tersebut.
5.4 Pelaksanaan tindakan yang dijalankan/ Penilaian
Refleksi pelajar telah dianalisa secara kualitatif menggunakan teknik analisis kandungan
melalui pendekatan induktif. Beberapa tema telah dapat ditimbulkan daripada refleksi tersebut dan telah
dibahagikan kepada tema positif dan negatif. Berdasarkan catatan refleksi yang telah diterima
menunjukkan bahawa kesemua lima puluh lapan pelajar telah bersetuju tentang peranan peta konsep
dalam membantu memudahkan mereka memahami sesuatu topik Kimia yang kompleks. Lima puluh
tujuh orang telah menzahirkan rasa positif apabila membuat peta konsep walaupun mereka rasa tercabar
pada permulaan pembinaan peta konsep tersebut. Namun, hanya terdapat seorang pelajar yang
menyatakan bahawa beliau tidak suka membuat peta konsep kerana proses pembinaannya dianggap
membebankan.
5.4.1 Penggunaan peta konsep memberi manfaat dalam mempelajari topik-topik kompleks
Daripada kesemua lima puluh lapan pelajar tersebut, seramai lima puluh tujuh orang pelajar
(98%) menyatakan bahawa pembinaan peta konsep dapat membantu mereka dalam memahami konsep-
konsep Kimia yang abstrak dengan lebih baik berbanding kaedah lain. Beberapa maklumbalas positif
seperti lebih mudah untuk membina kefahaman topik yang kompleks, dapat meningkatkan keyakinan
diri, rasa seronok serta membantu membina kreativiti diri telah dapat ditunjukkan hasil daripada analisis
refleksi pelajar yang telah dilakukan. Berikut merupakan beberapa contoh refleksi pelajar terhadap
maklumbalas positif yang telah diperolehi.
i) Lebih mudah peroleh kefahaman terhadap konsep kompleks dipelajari
Daripada jumlah tersebut, majoriti pelajar iaitu seramai lima puluh orang pelajar (98%)
menyatakan bahawa pembinaan peta konsep dapat membantu mereka memahami konsep-konsep Kimia
yang kompleks seperti garam dan sebatian karbon dengan lebih baik. Topik-topik kompleks tersebut
mempunyai banyak konsep dan fakta untuk difahami dengan mendalam agar pelajar dapat menguasai
topik-topik tersebut dengan baik. Dengan menggunakan peta konsep dapat membantu membina
kefahaman mereka dengan lebih baik terhadap semua konsep tersebut. Antara contoh refleksi yang
telah diberikan pelajar ialah:
ii) Membantu meningkatkan keyakinan diri
Antara ulasan positif yang banyak diterima ialah pembinaan peta konsep dapat membantu
pelajar dalam meningkatkan keyakinan diri. Seramai lima puluh tiga orang pelajar (91%) telah
mengakui bahawa peta konsep dapat membantu mereka untuk lebih yakin terhadap sesuatu topik yang
kompleks seperti garam dan sebatian karbon. Mereka lebih yakin untuk menjawab soalan-soalan
berkaitan topik tersebut serta lebih yakin untuk mengajar kawan-kawan dalam kelas yang lain.
Pelajar Respon
P12 Saya memang susah faham Kimia ni…especially bila bab cam garam dengan
sebatian karbon..rasa cam susah sgt mula-mula, tapi bila dah buat peta
konsep , die ubah persepsi saya terhadap tajuk-tajuk ni..rupanya senang je
bab ni bila kita dah ubah melalui bentuk peta konsep ni…saya lebih mudah
faham, sebab saya boleh nampak flow sesuatu topik tu
P20 Peta konsep terbaik!..map ni dapat mudahkan saya untuk kuasai bab garam
dengan baik. Mula-mula saya kene faham konsep yang saya nak buat dengan
baik dahulu baru saya dapat ringkaskan dan susun atur konsep tu semula.
Tkasih Dr paksa saya buat map ni...
P42 Alhamdulillah, best, peta konsep meng’compresskan’ semua perkara yang
ada dalam tajuk tu..kita bina ikut kefahaman kita sendiri..sangat-sangat
membantu untuk membina kefahaman yang baik
78
Pelajar Respon
P 05 Keyakinan saya semakin bertambah lepas map especially bila saya nak ajar
kawan-kawan lain, sebab dah faham konsep and suka tunjuk map saya kat
diorang sambil explain
P 19 Lepas dah siap peta konsep, saya lebih yakin dengan sesuatu bab tu..saya
lebih mudah faham dan ingat points melalui peta konsep yang saya buat.
Saya lebih yakin untuk ajar orang tentang tajuk garam sebab dah nampak
flow.
P 48 Apabila sesuatu peta konsep telah dapat saya hasilkan, saya lebih mudah
faham, kemudian saya akan jadi lebih yakin apabila hendak menjawab
soalan garam dan sebatian karbon
iii) Seronok semasa aktiviti membina peta konsep
Selain itu, pelajar juga berasa seronok dapat menterjemahkan kefahaman mereka melalui
pembinaan peta konsep terhadap konsep-konsep kompleks yang telah dipelajari. Seramai tiga puluh
lima orang pelajar menyatakan keseronokan mereka dalam membina peta konsep. Ada pelajar yang
menyifatkan bahawa menggunakan peta konsep menjadi seronok apabila aktiviti tersebut dapat
mencabar kefahaman mereka terhadap konsep yang telah dipelajari.
Pelajar Respon
P1 Seronok buat peta konsep, mencabar pengetahuan saya tentang konsep
garam dan sebatian karbon ni, kalau guna modul, boring sikit
P19 Rasa seronok sangat bila dah siapkan map yang lawa-lawa, rasa puas,
happy sebab attractive, banyak warna ..
iv) Penggunaan peta konsep membantu membina kreativiti diri pelajar
Aktiviti pembinaan peta konsep juga didapati dapat meningkatkan kreativiti pelajar. Ini kerana,
pelajar perlu kreatif membina cabang-cabang konsep, membina frasa hubungan yang paling tepat dalam
mewakili setiap ilmu yang telah dipelajari. Selain itu, mereka juga perlu kreatif menggunakan pelbagai
bentuk dan warna untuk menarik minta mereka mengulangkaji topik menggunakan peta konsep
tersebut. Beberapa contoh respon pelajar adalah seperti berikut:
Berdasarkan kesemua maklumbalas pelajar yang diperolehi, membuktikan bahawa kesemua
lima puluh lapan orang pelajar bersetuju bahawa peta konsep membantu mereka meningkatkan
keyakinan diri dalam mempelajari topik-topik kompleks dalam kimia. Selain itu, pelajar juga
memperoleh kefahaman yang lebih baik terhadap konsep kompleks seperti garam dan sebatian karbon
melalui penggunaannya. Aktiviti menghasilkan hubungan yang tepat antara konsep melalui pembinaan
peta konsep telah menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pembangunan kefahaman konsep-
konsep kompleks tersebut.
5.5 Refleksi kajian
Maklum balas positif telah diterima daripada pelajar terhadap penggunaan alat visual yang telah
diketengahkan. Berdasarkan analisis refleksi yang telah diterima, sebanyak empat tema telah dapat
diterbitkan berdasarkan respon yang diterima iaitu ‘lebih mudah peroleh kefahaman’, ‘membantu
meningkatkan keyakinan diri’, ‘lebih seronok’ dan ‘meningkatkan kreativiti diri’. Bagi penerbitan tema
yang pertama, majoriti pelajar mengakui peta konsep dapat meningkatkan keyakinan mereka dalam
mempelajari topik-topik kompleks seperti garam dan sebatian karbon. Pelajar menjelaskan bahawa
konsep-konsep kompleks sering menjadi punca kepada kebimbangan dan putus asa mereka dalam
Pelajar Respon
P9 Rasa seronok bila buat map sebab dapat tambah kreativiti bila guna banyak
colours, kene banyak fikir juga macam mana nak simplifykan semua konsep-
konsep kompleks ni
P2 By doing this concept map, it also increases my creativity level
79
menguasai konsep kimia. Mereka tidak tahu bagaimana hendak mempelajari konsep-konsep tersebut
dengan lebih mudah, lalu menyebabkan mereka membiarkan konsep-konsep tersebut tanpa
menguasainya dengan baik. Perkara ini sangat merugikan kerana soalan terhadap topik-topik tersebut
sering keluar dalam kertas peperiksaan Kimia SPM. Dengan adanya peta konsep, pelajar dapat
menyusun segala maklumat berkaitan konsep kompleks dengan lebih teratur, daripada konsep utama
bercabang kepada konsep-konsep yang lain. Penyusunan maklumat secara teratur ini menyebabkan
pelajar lebih jelas tentang konsep-konsep yang ada seterusnya memudahkan mereka menguasai konsep
tersebut dengan baik.
Selain itu, majoriti pelajar berasa seronok menggunakan peta konsep sebagai alat pemudahcara
untuk mereka menguasai topik garam dan sebatian karbon. Apabila pelajar sudah mula jelas dan faham
dengan konsep-konsep sukar yang dipelajari, rasa seronok dalam membina peta konsep terhadap topik-
topik tersebut akan mula timbul. Rasa ingin mendalami topik-topik tersebut melalui pembinaan peta
konsep akan dizahirkan oleh para pelajar. Hal ini seterusnya menyebabkan pelajar lebih yakin terhadap
penguasaan konsep-konsep tersebut. Rasa seronok yang dizahirkan pelajar semasa aktiviti membina
peta konsep terhadap aktiviti pembelajaran dalam kelas juga telah dilaporkan oleh beberapa kajian lepas
seperti Bramwell Lalor et al., (2014) serta Ozmen et al., (2009) yang mendapati bahawa pelajar seronok
membina peta konsep dalam membantu membangunkan kefahaman mereka dalam mempelajari konsep
Kimia.
Selain itu, kemahiran membina kreativiti pelajar juga dapat dibangunkan semasa membina peta
konsep. Pelajar menyifatkan proses membina peta konsep yang baik memerlukan daya kreativiti yang
tinggi. Hal ini kerana mereka perlu kreatif dalam menyusun atur cabang-cabang konsep agar nampak
lebih jelas dan tersusun, meringkaskan segala maklumat kompleks kepada yang lebih mudah, mahir
dalam menyusun konsep dalam ruang yang minimum serta penggunaan warna dan bentuk untuk
menjadikan peta konsep mereka lebih menarik untuk digunakan. Peta konsep yang terbaik penting
dalam membantu menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna daripada hanya memperoleh
pembelajaran berasaskan hafalan semata-mata.
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi, membuktikan bahawa penggunaan peta konsep
berupaya digunakan sebagai alat bantu untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman pelajar dalam
mempelajari konsep-konsep kompleks Kimia. Pengkaji berharap agar pelaksanaan kajian seperti ini
dapat diperluaskan kepada semua topik pembelajaran Kimia khususnya. Kepentingan perolehan
keyakinan serta kefahaman tinggi terhadap konsep dipelajari amat penting kerana ia merupakan asas
kepada pembentukan segala kemahiran pembelajaran yang lain.
Rujukan
Bell, P., & Volckmann, D. (2011). Knowledge surveys in general chemistry: confidence,
overconfidence, and performance. Journal of Chemical Education, 88(11), 1469-1476.
Bramwell-Lalor, S., & Rainford, M. (2014). The Effects of Using Concept Mapping for Improving
Advanced Level Biology
Students’ Lower- and Higher-Order Cognitive Skills. International Journal of Science Education, 36(5),
839–864
Burrows, N. L., & Mooring, S. R. (2015). Using concept mapping to uncover students’ knowledge
structures of chemical bonding concepts. Chemistry Education Research and Practice, 16, 53–
66
Davies, M. (2011). Concept mapping, mind mapping and argument mapping: what are the differences
and do they matter? Higher education, 62(3), 279-301.
Hilbert, T. S., & Renkl, A. (2008). Concept mapping as a follow-up strategy to learning from texts:
what characterizes good and poor mappers?. Instructional Science, 36(1), 53-73.
Hofstein, A., & Kind, P. M. (2012). Learning in and from science laboratories. In Second international
handbook of science education (pp. 189-207). Netherlands: Springer.
Kibar, Z. B., Yaman, F., & Ayas, A. (2013). Assessing prospective chemistry teachers' understanding
of gases through
80
qualitative and quantitative analyses of their concept maps. Chemistry Education Research and
Practice, 14(4), 542-554.
Ruiz-Primo, M. A., & Shavelson, R. J. (1996). Problems and issues in the use of concept maps in science
assessment. Journal of research in science teaching, 33(6), 569-600.
Yee, A. L. S., & Fah, L. Y. (2014). Sikap dan Kebimbangan Kimia Dalam Kalangan Pelajar Aliran
Sains: Satu Pendekatan Pemodelan Persamaan Struktural (SEM). Jurnal Pemikir Pendidikan, 5
81
AMALAN PENGGUNAAN E-RPH DALAM
KALANGAN GURU-GURU DAERAH KULIM
BANDAR BAHARU
Mohd Ridzuan Mohd Taib
SK Jalan Selama, Kedah
Emel: mohdridzuan@edidik.edu.my
Abstrak
Seiring dengan Revolusi Industri 4.0, penggunaan e-RPH adalah suatu relevan untuk dijadikan amalan
baik dalam pendidikan lantaran tidak bercanggah dengan Pekeliling Ikhtisas bilangan 3/1999 yang
sedang berkuatkuasa. e-RPH merupakan kaedah penyediaan RPH secara digital yang menjimatkan
masa, kos dan memudahkan proses semakan oleh pentadbir serta pemantauan dari PPD, JPN ataupun
JNJK. Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan, bilangan guru yang menggunakan e-RPH di daerah
Kulim Bandar Baharu, Kedah meningkat dari tahun 2019 ke tahun 2020. Kajian tinjauan ini telah
menggunakan instrumen soal selidik untuk kutipan data yang melibatkan 140 orang responden guru
yang dipilih secara rawak daripada sekolah-sekolah yang melaksanakan e-RPH. Hasil analisis data
menggunakan perisian SPSS versi 22, didapati bahawa guru-guru yang menggunakan e-RPH di daerah
ini mempunyai tahap pengetahuan dan sikap yang baik terhadap penggunakan e-RPH. Persepsi guru
terhadap penggunaan e-RPH di daerah ini juga adalah sangat positif. Justeru, amalan penggunaan e-
RPH ini wajar diteruskan dan diperluaskan ke sekolah-sekolah yang masih belum menggunakan e-RPH.
Kata kunci : e-RPH, pengetahuan, sikap, persepsi, Google Drive, Google Classroom
1.0 Refleksi Amalan Lalu
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) merupakan perkara yang wajib disediakan oleh guru
setiap kali sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) berlangsung. Menurut Nurasyikin Binti
Abd. Rahman (2017), dalam menulis RPH, guru mestilah menyatakan dengan jelas objektif yang ingin
dicapai, memilih dan menyusun topik yang ingin diajar serta mengenal pasti kaedah dan prosedur
pengajaran yang bakal dijalankan. Di abad ke-21 ini, pelbagai cara yang telah digunakan oleh guru
untuk menyediakan RPH. Terdapat sebahagian guru yang masih menggunakan Buku Persediaan
Mengajar (BRM) untuk menulis RPH. Tidak kurang juga guru yang menggunakan sistem fail untuk
menyediakan RPH.
Namun, terdapat beberapa masalah yang timbul melalui penggunaan buku dan fail dalam
penyediaan RPH. Antara masalah yang telah ditinjau ialah penggunaan buku memerlukan komitmen
guru untuk menulis RPH yang lengkap. Dengan kekangan masa yang wujud kerana guru-guru diberikan
tugas lain untuk dilaksanakan selain tugas mengajar, menulis RPH yang ringkas telah menjadi pilihan
dan kebiasaan yang dilakukan oleh guru-guru. Mereka tidak lagi menulis RPH lengkap seperti yang
dilatih semasa latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru mahupun Universiti yang menawarkan
bidang Pendidikan.
Bagi guru-guru yang memilih menggunakan fail pula, RPH dapat ditaip melalui aplikasi
pemprosesan kata seperti Microsoft Word. Namun, permasalahan yang berlaku adalah apabila guru
tersebut perlu mencetak RPH. Kebanyakan sekolah kini kekurangan peruntukan untuk bekalan dakwat
bagi mesin pencetak. Justeru, guru terpaksa memilih untuk mencetak RPH menggunakan pencetak yang
dibeli dengan wang sendiri. Permasalahan ini menunjukkan bahawa cetakan RPH bukanlah suatu
pilihan yang paling efisien. Terdapat juga guru yang menaip RPH, mencetak dan menampalnya di
dalam BRM. Berdasarkan tinjauan awal yang dijalankan, BRM yang dilekatkan dengan dengan RPH
akan menjadi tebal dan lebih berat walaupun baru sahaja beberapa bulan digunakan.
Dari aspek penyemakan pula, Pengetua Guru Besar (PGB) dan Guru Penolong Kanan (GPK)
didapati memerlukan ruang yang besar untuk menyusun dan menyemak BRM mahupun Fail RPH.
Permasalahan ini menjadi lebih serius apabila bilangan guru yang terdapat di sesebuah sekolah lebih
ramai dan menghantar BRM atau fail RPH secara serentak. Justeru, berdasarkan kesemua permasalahan
yang berlaku, suatu amalan yang lain perlu ditimbang tara untuk mengatasi permasalah yang berlaku.
82
2.0 Isu Keprihatinan / Fokus Kajian
Berdasarkan tinjauan awal dan refleksi yang telah dibuat, isu keprihatinan yang menjadi fokus
kepada kajian yang telah dijalankan adalah amalan penyediaan RPH menggunakan kaedah
konvensional (BRM dan Fail RPH) yang dikatakan kurang relevan dengan keadaan semasa. Justeru,
kajian yang telah dijalankan ini adalah berfokuskan kepada amalan penggunaan e-RPH sebagai
alternatif kepada kaedah konvensional yang dinyatakan.
Menurut Nor Faradila Binti Othman, e-RPH ditakrifkan sebagai penyediaan rancangan
pengajaran harian secara online dimana guru akan menyediakan rancangan pengajaran menggunakan
komputer dan rancangan pengajaran ini boleh disemak oleh guru panitia, guru ketua bidang, pengetua,
bahkan pengarah pendidikan sekalipun (2010). Penggunaan e-RPH dikatakan dapat membantu
mengatasi permasalahan penggunaan BRM mahupun fail RPH seperti yang dinyatakan dalam refleksi
di atas. Menurut Esah Sulaiman et. al. (2003), penggunaan rancangan pengajaran secara online telah
dibuktikan lebih kemas dan teratur bahkan lebih cantik berbanding rancangan pengajaran secara
konvensional.
Tambahan pula, penyediaan e-RPH adalah disokong olehpekeliling ikhtisas bilangan 3/1999
yang sedang berkuatkuasa. Berdasarkan pekeliling tersebut, pada para 4 dinyatakan:
(Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, 1999)
Berdasarkan petikan pekeliling diatas, amalan penggunaan e-RPH merupakan suatu alternatif
yang baik bagi mengatasi permasalahan yang berlaku rentetan kepada penguaan kaedah konvensional
dalam menguruskan rekod PdP guru-guru di sekolah. Justeru, sebuah kajian tinjauan kepada amalan
penggunaan e-RPH telah dijalankan di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah untuk melihat pelaksanaan
e-RPH di sekolah-sekolah yang telah melaksanakannya.
3.0 Objektif Kajian
Kajian yang telah dijalankan ini adalah berdasarkan objektif am dan khusus yang berikut:
Objektif Am
-Mengkaji amalan penggunaan e-RPH dalam kalangan guru-guru di Daerah Kulim Bandar
Baharu, Kedah.
Objektif Khusus
-Mengkaji tahap pengetahuan guru tentang penggunaan e-RPH di Daerah Kulim Bandar
Baharu.
-Mengkaji tahap sikap guru terhadap penggunaan e-RPH di Daerah Kulim Bandar Baharu.
-Mengkaji tahap persepsi guru terhadap penggunaan e-RPH di Daerah Kulim Bandar Baharu.
4.0 Kumpulan Sasaran
Kajian yang telah dijalankan ini melibatkan seramai 140 responden yang terdiri daripada guru-
guru Daerah Kulim Bandar Baharu yang menggunakan e-RPH daripada keseluruhan 5012 guru di
daerah Kulim Bandar Baharu. Jenis pensampelan yang digunakan adalah pensampelan bertujuan
dimana hanya guru-guru yang mengikuti kursus dan pendedahan menggunakan e-RPH sama ada di
PPD Kulim Bandar Baharu mahupun melalui latihan dalam perkhidmatan di sekolah masing-masing
sahaja dipilih sebagai sampel kajian. Di sekolah mereka juga terdapat seorang pentadbir e-RPH yang
dilantik dalam kalangan guru sebagai pegawai meja bagi menguruskan e-RPH di peringkat sekolah
masing-masing.
83
5.0 Pelaksanaan Kajian
Kajian yang dijalankan adalah menggunakan rekabentuk kajian tinjauan. Namun, sebelum
kajian dijalankan, tinjauan awal telahpun dibuat menggunakan instrumen Google Form untuk
mengenalpasti sekolah-sekolah yang menggunakan e-RPH pada tahun 2019 dan 2020. Tinjauan awal
ini melibatkan kesemua 119 sekolah di daerah ini.
Untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden untuk kajian ini, instrumen Soal Selidik
Pengetahuan, Sikap dan Persepsi Terhadap Penggunaan e-RPH telah digunakan. Instrumen ini telah
dibina sendiri oleh pengkaji dan telah melalui kajian rintis sebelum kajian sebenar dijalankan untuk
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Berdasarkan analisis data kajian rintis yang
telah dijalankan, didapati bahawa nilai alpha Cronbach (α) adalah seperti berikut:
Instrumen Nilai alpha Cronbach (α)
Soal selidik pengetahuan guru tentang penggunaan e-RPH 0.926
Soal selidik sikap guru terhadap penggunaan e-RPH 0.874
Soal selidik persepsi guru terhadap penggunaan e-RPH 0.937
Berdasarkan dapatan analisis kajian rintis dalam jadual di atas, kesemua ketiga-tiga intrumen
mencatatkan nilai alpha Cronbach yang melebihi 0.8 (α > 0.8). Justeru, kesemua ketiga-tiga instrumen
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi untuk digunakan sebagai instrumen ujian (George &
Mallery, 2003).
5.1. Tinjauan Masalah
Tinjauan masalah ini dihuraikan dengan melihat kepada situasi pra-penggunaan e-RPH dan
pasca penggunaan e-RPH. Sebelum kajian ini dijalankan, tinjauan kepada permasalahan penggunaan
kaedah konvensional terlebih dahulu telahpun dilakukan. Berdasarkan tinjauan awal, guru-guru di
sekolah yang terlibat dengan kajian lebih cenderung menaip RPH mereka berbanding menulis RPH di
dalam BRM. Seiring dengan kecanggihan semasa, kesemua 100% responden kajian memiliki komputer
(PC) ataupun komputer riba (laptop) mereka sendiri. Mereka tidak lagi berminat untuk menulis RPH
dan menggunakan BRM. Namun, masalah pula timbul apabila sebahagian daripada mereka tidak
dibekalkan dengan pencetak untuk tujuan penyediaan RPH dalam fail RPH. Justeru, setelah
diperkenalkan dengan e-RPH, mereka kini selesa dengan penggunaan e-RPH.
5.2. Analisis Tinjauan Masalah
Secara ringkasnya, Google Drive merupakan suatu perkhidmatan penyimpanan berasaskan
awan (cloud-based) yang membolehkan pengguna membuat simpanan dokumen secara atas talian.
Manakala, Google Classroom pula merujuk kepada suatu aplikasi pengurusan pembelajaran (Learning
Management System – LMS) yang membolehkan guru menguruskan bahan pengajaran dengan lebih
teratur. Dalam konteks penggunaan e-RPH, Google Classroom yang merupakan LMS ini diubahsuai
menjadi suatu platform untuk menguruskan e-RPH. Google Sheet pula merupakan suatu aplikasi
hamparan elektronik yang membolehkan penggunan untuk mencipta jadual untuk memasukkan data
ataupun maklumat, misalnya jadual untuk membuat e-RPH. Kesemua aplikasi ini merupakan
perkhidmatan secara percuma yang disediakan oleh Google kepada semua guru melalui pengedaran ID
Pembelajaran Digital.
Untuk menganalisis tinjauan masalah, ciri-ciri yang terdapat dalam kaedah e-RPH dihuraikan
secara ringkas untuk dibandingbezakan dengan kaedah konvensional. Perbandingan yang dibuat ini
adalah berdasarkan 5 fasa iaitu penyediaan RPH, penulisan refleksi, penghantaran RPH, penyemakan
RPH dan pencerapan / pemantauan.
Fasa Kaedah Konvensional
Kaedah E-RPH BRM Fail RPH
Penyediaan
RPH
RPH ditulis atau
ditaip dan
ditampal
RPH ditaip dan
dicetak
RPH ditaip dan disimpan dalam
aplikasi Google Drive
84
Penulisan
Refleksi
Refleksi PdP
ditulis
Refleksi ditulis atau
ditaip
Refleksi ditaip dan simpan
Penghantaran
RPH
Dihantar secara fizikal kepada Pentadbir Dihantar atas talian kepada Pentadbir
Penyemakan
RPH
Disemak oleh Pentadbir secara manual
(menulis disemak oleh, komen, cop dan
tarikh)
Disemak oleh Pentadbir secara atas
talian (taip komen, cop digital dan
tarikh)
Pencerapan /
Pemantauan
Dikemukakan BRM / Fail RPH secara
fizikal
Dikemukakan e-RPH dengan memberi
pautan kepada folder e-RPH di Google
Drive dan Google Classroom
Jadual yang berikut pula menunjukkan contoh cetakan paparan bagi setiap fasa yang dinyatakan
dalam kaedah e-RPH.
Fasa Cetakan Paparan
Penyediaan e-RPH Folder e-RPH dalam Google Drive menggantikan BRM / Fail RPH
Penyediaan e-RPH menggunakan Google Sheet dalam Google Drive
Penulisan
Refleksi
Refleksi ditaip selepas sesi PdP dijalankan
Penghantaran
e-RPH
Penghantaran e-RPH dengan menggunakan Google Classroom
85
Penyemakan
e-RPH
Pentadbir membuat penyemakan e-RPH menggunakan Google Classroom
menggunakan id pentadbir sama ada di komputer ataupun telefon pintar
yang ada capaian internet
Pencerapan /
Pemantauan
Pemantauan boleh dibuat dengan lebih tersusun. Rekod penghantaran e-
RPH oleh guru akan automatik dijana dalam Google Classroom.
5.3. Tindakan Yang Dijalankan
Secara ringkasnya jadual pelaksanaan kajian ini adalah seperti jadual yang berikut:
Tarikh / Tempoh Pelaksanaan
November –
Disember 2019 Sekolah-sekolah yang telah menggunakan e-RPH pada 2019 telah
dikenalpasti.
Januari –
Februari 2020 Sekolah-sekolah yang telah menggunakan e-RPH pada 2020 telah
dikenalpasti.
Mengedarkan borang soal selidik pengetahuan, sikap dan persepsi
terhadap penggunaan e-RPH kepada guru-guru di sekolah-sekolah
yang melaksanakan e-RPH.
Februari 2020 Menganalisis dapatan soalan selidik yang diedarkan
Membuat analisis data soal selidik
Menulis laporan kajian berdasarkan data soal selidik.
86
5.4 Analisis Data
Data yang dikutip adalah berdasarkan instrumen Soal Selidik Pengetahuan, Sikap dan Persepsi
Guru Terhadap e-RPH yang menggunakan soal selidik dengan skala Likert 4 mata yang mengumpulkan
darjah persetujuan iaitu 1 – sangat tidak setuju, 2 – tidak setuju, 3 setuju dan 4 – sangat setuju. Oleh
kerana terdapat pernyataan yang negatif dalam soal selidik, proses pengekodan semula (recode)
dilakukan sebelum analisis data dilakukan. Analisis data telah dijalankan mengunakan perisian SPSS
versi 22.
Pengetahuan Guru Tentang Penggunaan e-RPH di Daerah Kulim Bandar Baharu
Statistik Deskriptif
N Min
Saya tahu cara menaip e-RPH menggunakan Google Doc atau Google
Sheet 140 3.0429
Saya tahu cara memuatnaik e-RPH ke dalam Google Drive 140 3.1143
Saya tahu cara menghantar e-RPH menggunakan Google Drive 140 3.1857
Saya tahu cara menghantar e-RPH menggunakan Google Classroom 140 2.7500
Saya tahu cara untuk menyemak status penghantaran e-RPH kepada
pentadbir 140 3.1143
Saya boleh menunjukcara kepada rakan lain cara menggunakan e-RPH 140 2.9286
Saya tahu cara menulis refleksi selepas PdP dalam e-RPH 140 3.1429
Pengetahuan Guru Tentang Penggunaan e-RPH 140 3.0398
Berdasarkan jadual di atas, secara keseluruhannya min pengetahuan guru tentang penggunaan
e-RPH di daerah Kulim Bandar Baharu adalah 3.0394. Ini menunjukkan bahawa mereka mempunyai
pengetahuan yang tinggi tentang penggunaan e-RPH.
Sikap Guru Terhadap Penggunaan e-RPH di Daerah Kulim Bandar Baharu
Statistik Deskriptif
N Min
Saya suka menggunakan e-RPH 140 3.1714
Saya rasa terpaksa menggunakan e-RPH (R) 140 3.3071
Saya selesa menggunakan e-RPH berbanding buku / fail RPH 140 3.0857
Saya tidak suka menggunakan e-RPH (R) 140 3.4714
Penggunaan e-RPH memudahkan pengurusan rekod pengajaran saya 140 3.1643
Saya mencadangkan agar guru-guru lain juga turut menggunakan e-RPH 140 3.1357
Saya kurang mahir menggunakan e-RPH, namun saya mahu belajar 140 2.9929
Sikap Guru Terhadap Penggunaan e-RPH 140 3.1898
Berdasarkan jadual di atas, min sikap guru terhadap penggunaan e-RPH di Daerah Kulim
Bandar Baharu adalah 3.1898. Ini menunjukkan bahawa tahap sikap guru terhadap penggunaan e-RPH
adalah positif.
Persepsi Guru Terhadap Penggunaan e-RPH di Daerah Kulim Bandar Baharu
Statistik Deskriptif
N Mean
Saya semakin suka menggunakan e-RPH 140 3.1786
Saya rasa teruja apabila menggunakan e-RPH 140 3.0071
Saya rasa ingin meneruskan e-RPH pada masa-masa akan datang 140 3.2071
Saya rasa penggunaan e-RPH menyusahkan saya (R) 140 3.3357
Saya rasa penggunaan e-RPH seharusnya diperluaskan lagi 140 3.2214
Saya rasa yakin untuk mencuba perkara baru yang meningkatkan produktiviti
diri saya termasuklah e-RPH
140 3.3143
Persepsi Guru Terhadap Penggunaan e-RPH 140 3.2107
87
Berdasarkan jadual di atas, min persepsi guru terhadap penggunaan e-RPH di daerah Kulim
Bandar Baharu ialah 3.2107. Ini menunjukkan bahawa, persepsi guru terhadap penggunaan e-RPH
adalah positif di daerah ini.
5.5 Refleksi Kajian
Berdasarkan kesemua hasil analisis data, didapati bahawa secara keseluruhannya pengetahuan,
sikap dan persepsi guru terhadap penggunaan e-RPh berada di tahap yang sangat baik. Justeru, amalan
penggunaan e-RPH ini wajar diteruskan penggunaan bersesuaian dengan Revolusi Industri 4.0. Selain
itu, ianya sangat wajar diperluaskan di kawasan atau daerah mahupun sekolah-sekolah yang masih
belum menggunakannya.
6.0 Cadangan Kajian Seterusnya
Sebagai cadangan kajian lanjutan, ingin dicadangkan kepada para pengkaji untuk membuat
penambahbaikan terhadap kajian yang telah dibuat. Antaranya, membuat kajian yang lebih mendalam
terhadap aspek-aspek penyediaan e-RPH. Mungkin terdapat perbezaan tentang cara penyediaan e-RPH
mengikut mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru di sekolah. Selain itu, kajian lanjutan terhadap
penggunaan aplikasi lain yang mungkin bersesuaian perlu dijalankan. Hal ini bertujuan supaya hasil
kajian tersebut dapat mencari alternatif kepada pengunaan aplikasi Google Drive dan Google Classroom
yang mungkin kurang sesuai bagi sesetengah warga pendidikan.
Selain itu, kajian ini tidak menyentuh langsung kepada responden yang tidak menggunakan e-
RPH. Justeru, sebagai cadangan kajian lanjutan, suatu kajian yang terperinci boleh dijalankan untuk
mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan mereka ini masih setia dengan kaedah konvensional
dalam menyediakan RPH. Pengkaji yang akan datang juga turut boleh mengkaji kaedah-kaedah yang
bersesuaian untuk menarik minat mereka menggunakan e-RPH pada masa akan datang.
Rujukan
Nor Adila Binti Othman. (2010). Pembangunan Sistem Rancangan Mengajar Harian Berasaskan Web
(E-Lesson Plan), Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia
Nurasyikin Binti Abd. Rahman. (2017). Penilaian Tahap Kefahaman Tentang Rancangan Pengajaran
Harian Dalam Kalangan Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tesis Sarjana. Universiti
Pendidikan Sultan Idris
Esah Sulaiman, et. al. (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia
George, D., & Mallery, P. (2003). SPSS for Windows Step by Step: A Simple Guide and Reference.
Boston: Allyn & Bacon.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. (1999). Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran.
Diakses dari https://www.moe.gov.my/pekeliling/2018-surat-pekeliling-ikhtisas-bilangan-3-
tahun-1999-penyediaan-rekod-pengajaran-pembelajaran/file pada 29 Februari 2020
Syed Abi Ghufran bin Syed Ahmad, Juhaida binti Abdul Aziz, Mamat Soleh bin Ismail & Wan Sulaini
binti Wan Ambak. (2019). Integrasi M-SIMS Dalam Mentransformasikan Pendidikan di Era
Revolusi Industri 4.0. Kuala Lumpur: Rasaianet Solutions
88
TAHAP KESEDARAN ‘HAZARD’ DI BENGKEL
ELEKTRIK: KAJIAN TINJAUAN DI KOLEJ
KOMUNITI SEGAMAT
Siti Norzekhan Che Aziz1 dan Nurriswin Jumadi2 1 Kolej Komuniti Segamat, Johor
2 Kolej Komuniti Jelebu, Negeri Sembilan
Emel : rensa_renz@yahoo.com.my
Abstrak
Saban tahun, kes-kes kemalangan di tempat kerja masih tinggi. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), sebanyak 35,460 jumlah kemalangan pekerjaan
berlaku pada tahun 2018. Kadar kemalangan di sektor pengilangan adalah tertinggi diikuti sektor
pembinaan. Bidang elektrik merupakan antara bidang yang tergolong dalam sektor pembinaan dan
pengilangan. Didikan dan amalan di peringkat institusi memainkan peranan penting dalam
mengurangkan kadar kemalangan di industri. Kajian ini dijalankan secara tinjauan bertujuan untuk
mengetahui tahap kesedaran terhadap hazard dan amalan keselamatan di bengkel elektrik di Kolej
Komuniti Segamat. Pendekatan kuantitatif digunakan sebagai metodologi kajian. Data dikumpulkan
dengan menggunakan satu set soalan soal selidik yang dibina berdasarkan objektif kajian dan sorotan
kajian. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar semester satu sehingga semester tiga Program Sijil
Teknologi Elektrik. Fokus utama kajian tertumpu kepada kesedaran pelajar terhadap punca-punca
hazard dan amalan keselamatan bagi kawalan risiko di bengkel elektrik. Kajian ini dianalisis
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) bagi mendapatkan skor min, dan
peratusan. Hasil kajian menunjukkan kesedaran pelajar terhadap punca-punca hazard dan amalan
keselamatan berada pada tahap tinggi. Secara kesimpulannya, tahap kesedaran yang tinggi memberi
kesan yang positif terhadap amalan keselamatan pelajar di bengkel elektrik.
Kata kunci: hazard, kemalangan, bengkel elektrik
1.0 Pendahuluan
Pengenalan kepada keselamatan pekerjaan telah diperkenalkan kepada pelajar Sijil Teknologi
Elektrik semasa semester satu dalam modul SKE1012 Keselamatan dan Peraturan Elektrik. Modul
tersebut merangkumi topik berkenaan Keselamatan, Kemalangan, dan Pencegahan, Perundangan dan
Tata Amalan, Bahaya Elektrik dan Mekanikal, Keselamatan dan Latihan Kebakaran, dan akhir sekali
topik Pertolongan Cemas. Dalam modul tersebut juga telah dijelaskan tentang hazard, risiko,
keselamatan bengkel dan makmal, serta amalan kerja sihat dan selamat. Pengenalan kepada
keselamatan pekerjaan bertujuan mendidik dan menerapkan amalan kerja beretika kepada pelajar yang
bakal mengisi kekosongan pekerjaan di industri kelak. Hal ini seterusnya dapat mengurangkan kadar
kemalangan khususnya di tempat kerja.
Hazard bermaksud punca atau sesuatu keadaan yang mempunyai potensi dimana boleh
mendatangkan mudarat dalam bentuk kecederaan atau kesihatan yangburuk kepada manusia, kerosakan
harta, kerosakan alam sekitar atau gabungan daripada mana-mana mudarat tersebut (Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 2008). Berdasarkan maksud hazard tersebut, dapat disimpulkan
bahawa hazard dapat dikawal, dicegah, seterusnya dihapuskan melalui amalan-amalan baik semasa
melakukan kerja.
Peraturan dan etika semasa berada di bengkel dan makmal merupakan langkah kecil dalam
mendidik pelajar mematuhi peraturan selain mengelakkan berlaku kemalangan. Ada antara amalan-
amalan yang dinyatakan pada peraturan di bengkel dan makmal merupakan langkah pencegahan hasil
penambahbaikan terhadap kejadian kemalangan lepas. Perkara yang disenaraikan dalam peraturan
tersebut perlu dipatuhi dan diamalkan supaya matlamat peraturan digubal tercapai. Matlamat tersebut
pula hanya akan dicapai sekiranya pelajar mempunyai pengetahuan, kefahaman, dan kesedaran tentang
keselamatan.
89
2.0 Refleksi Pengajaran Lalu
Beberapa kajian telah dibuat berkenaan amalan keselamatan di bengkel bagi menerangkan
kepentingan pengetahuan, kefahaman dan sikap pelajar bagi mencegah kemalangan di bengkel. Kajian
yang dijalankan oleh Indrayani & Ika Sulianti (2014) mendapati tahap pengetahuan mahasiswa di
makmal tentang Kesihatan dan Keselamatan Kerja masih jauh dari nilai yang seharusnya.
Walaubagaimanapun, sebilangan besar mahasiswa telah menggunakan peralatan Kesihatan dan
Keselamatan Kerja dalam proses pembelajaran di makmal dan bengkel bagi mengelakkan berlaku
kemalangan semasa bekerja di makmal dan bengkel. Kemudian, Nur Hidayat & Indah Wahyuni (2016)
menyatakan mahasiswa perlu menekankan aspek kesihatan dan keselamatan kerja kerana bahaya boleh
terjadi setiap masa.
Siti Hajar Binti Ishak (2013) dalam kajian tinjauan terhadap Amalan Keselamatan dalam
Kalangan Pelajar Dan Pensyarah di Makmal Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
menyimpulkan bahawa pelajar dan pensyarah melaksanakan dan mengamalkan keselamatan di dalam
makmal kejuruteraan dengan baik. Lebih awal dari itu, kajian Roslena Che Juhan Negara (2012)
terhadap Tahap Kesediaan Pelajar Kejuruteraan Politeknik Terhadap Keselamatan di dalam Bengkel
mendapati tahap kesediaan pelajar kursus kejuruteraan Politeknik Ungku Omar dari aspek sikap,
persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan adalah pada tahap tinggi. Selain itu, terdapat
perbezaan yang signifikan dari aspek sikap, persekitaran dan kemahiran penggunaan alatan tangan
terhadap keselamatan di dalam bengkel mengikut jabatan. Kemudiannya, Ismail et al (2018) yang
menggunakan kaedah kajian kuantitatif melalui soal selidik sebagai instrumen mendapati sikap pelajar
yang bertanggungjawab akan mendorongkan seseorang pelajar itu mematuhi peraturan dan
mengamalkan budaya kerja yang selamat.
Amalan pada dasarnya merupakan suatu perbuatan yang dilakukan berulang-ulang sehingga
perbuatan tersebut menjadi tabiat atau latih tubi untuk memperoleh kemahiran atau kecekapan (Kamus
Dewan Edisi Keempat). Begitu juga dengan aspek keselamatan. Pelajar perlu diberi latihan berkaitan
aspek keselamatan bagi membolehkan mereka menjadikan keselamatan sebagai amalan. Pernyataan
ini disokong oleh Mustazar Mansur & Ho (2009) yang menyatakan memang ada keberkesanannya,
tanpa ada latihan keselamatan dan kesihatan, adalah amat susah untuk mencari cara yang lebih baik
untuk mendidik orang ramai dan memberikan maklumat-maklumat berguna dan bermanfaat bagi
membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang keselamatan dan kesihatan
pekerjaan. Disamping itu, Siti Nakiah Mohd Shaain et al (2015) menyenaraikan aktiviti keselamatan
anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) bagi mempromosikan tentang
pentingnya amalan keselamatan di tempat kerja sebagai langkah menambahbaik amalan keselamatan
di tempat kerja.
3.0 Isi Keprihatinan / Faktor Kajian
Kerapkali kita dengar berita kes-kes kemalangan di tempat kerja terpampang di dada-dada
akhbar, dilaporkan di kaca-kaca televisyen, ditularkan di media sosial, dan sebagainya. Tidak terkecuali
juga kemalangan yang kita sendiri alami. Oleh hal demikian, kita menganggap bahawa kemalangan
telah sebati dengan kehidupan kita walhal kemalangan mampu dielakkan. Kajian menunjukkan bahawa
kemalangan yang berlaku kebanyakkan berpunca dari kelemahan manusia antaranya disebabkan oleh
sikap mementingkan diri sendiri, kecenderungan salah dan betul, fokus kepada yang salah, persepsi
orang ramai mengatasi individu, memandang mudah terhadap insiden kemalangan nyaris, serta kurang
faham maksud kemalangan (Syaiful Nizam, 2020).Oleh kerana kemalangan terjadi kepada manusia dan
manusia bertanggungjawab terhadap punca kemalangan tersebut, maka manusia yang perlu mencari
punca dan mencegah dari kemalangan tersebut berulang.
Kemalangan yang telah berlaku perlu dijadikan ikhtibar dan diambil pengajaran oleh semua
pihak. Oleh itu perlu adanya medium yang sesuai untuk menghebahkan langkah-langkah pencegahan
yang telah dikenalpasti. Penerapan melalui medium pendidikan merupakan salah satu kaedah yang
dapat menyebarluaskan pengetahuan tentang pencegahan kemalangan secara menyeluruh. Ini sejajar
dengan tujuan pendidikan, iaitu melahirkan orang yang berilmu (Jasmi, K.A & Onn, U.T.M., 2016).
Berdasarkan dapatan kajian yang dijalankan oleh Indrayani & Ika Sulianti (2014) mendapati
pengetahuan keselamatan pelajar di Politeknik Negeri Sriwijaya berada pada tahap rendah telah
mendorong kajian tinjauan ini dilaksanakan bagi mengenalpasti adakah tahap pengetahuan pelajar Sijil
Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Segamat juga berada pada tahap rendah.
90
4.0 Objektif Kajian
4.1 Objektif Am
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana tahap kesedaran pelajar dalam
konteks punca-punca hazard terhadap amalan keselamatan di bengkel elektrik.
4.2 Objektif Khusus
Kajian ini memfokuskan kepada beberapa objektif khusus iaitu:
-Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap ‘hazard’ di bengkel
elektrik.
-Mengenalpasti hubungan tahap pengetahuan, kefahaman dan sikap terhadap punca-punca
hazard dengan tahap kesedaran pelajar di bengkel elektrik.
5. 0 Kumpulan Sasaran
Skop kajian tinjauan ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Segamat khususnya
pelajar Program Sijil Teknologi Elektrik. Borang soal selidik diedarkan kepada pelajar semester satu
hingga semester tiga sahaja yang berjumlah 40 orang.
6.0 Pelaksanaan Kajian
6.1 Tinjauan Masalah
Kemalangan merupakan isu yang tidak asing lagi dengan kehidupan. Kemalangan boleh terjadi
dimana-mana sahaja baik di rumah, di sekolah, di jalanraya mahupun di tempat kerja. Kemalangan
mampu dicegah sekiranya kita mengetahui keadaan atau punca terjadinya kemalangan. Kebanyakkan
kemalangan yang biasa berlaku di dalam makmal adalah disebabkan kecuaian dan ini dapat diatasi
sekiranya pengguna sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati (Siti Hajar Ishak, 2013).
Statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menunjukkan
sejumlah 35,460 kes kemalangan pekerjaan berlaku pada tahun 2018. Jumlah ini menunjukkan jumlah
kemalangan masih tinggi walaupun nilai tersebut rendah berbanding tahun sebelumnya. Nilai ini
mungkin akan menurun sekiranya usaha meningkatkan kesedaran kepada semua pihak dipergiat.
Gambarajah 1 di bawah menunjukkan perbandingan statistik kes kemalangan pekerjaan pada tahun
2015 hingga 2018.
Gambarajah 1: Statistik Kemalangan Pekerjaan Negara Tahun 2015 hingga 2018
Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)
6.2 Instrumen Kajian
Pendekatan kajian kuantitatif dilaksanakan bertujuan mengenalpasti tahap pengetahuan,
kefahaman, dan sikap pelajar Sijil Teknologi Elektrik terhadap hazard yang menyumbang kepada
terjadinya kemalangan di bengkel. Borang soal selidik diedarkan secara manual kepada para pelajar
bagi mendapatkan respon mereka.
Borang soal selidik yang mengandungi 17 soalan terdiri dari aspek pengetahuan, sikap, dan
amalan telah diedarkan kepada pelajar semester satu hingga semester tiga Sijil Teknologi Elektrik.
Terdapat 6 soalan berkaitan pengetahuan punca-punca hazard, 5 soalan berkaitan sikap pelajar terhadap
91
punca-punca hazard, dan 6 soalan selebihnya berkaitan amalan pelajar. Soalan-soalan ini dibina bagi
mengukur tahap kesedaran pelajar terhadap hazard di bengkel elektrik menerusi tiga aspek tersebut.
Soalan ini dibina dalam bentuk skala Likert. Skor yang didapati dalam ujian ini diberi markah
seperti pada Jadual 1 berikut:
Jadual 1
Skor Soal Selidik
Pilihan Jawapan Kadar Skor
Sangat setuju (SS) 5
Setuju (S) 4
Kurang Setuju (KS) 3
Tidak setuju (TS) 2
Sangat tidak setuju (STS) 1
Sumber: Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko (Lope Pihie et al, 2005)
6.3 Analisis Data
Data mentah yang dipungut melalui hasil soal selidik kemudiannya di analisis menggunakan
perisisan Statistical Package for Social Science (SPSS). Keputusan analisis diterjemah pada Jadual 3.
Berdasarkan analisis min pada tahap tinggi, sederhana, dan rendah boleh dinilaikan jawapan yang dikaji
melalui nilak kiraan 𝑀𝑖𝑛 = 𝛴𝑥/𝑛.
Jadual 2
Tahap bagi markah Min
Markah Min Tahap
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.66 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Sumber: Kaedah Penyelidikan Pendidikan (Konting, 2009)
Jadual 3
Analisis Data Soal Selidik
Bil. Soalan STS TS KS S SS Min
1. Saya tahu bahawa hazard ialah keadaan
yang berpotensi mendatangkan
kecederaan dan penyakit kepada manusia,
kerosakan harta benda, kerosakan
persekitaran atau gabungannya.
-
-
-
-
3
7.5%
13
32.5%
24
60.0% 4.53
2. Saya faham maksud tanda-tanda amaran
yang terdapat di bengkel elektrik.
-
-
-
-
2
5.0%
15
37.5%
23
57.5% 4.53
3. Saya tahu etika dan peraturan semasa
berada di bengkel elektrik.
-
-
-
-
-
-
11
27.5%
29
72.5% 4.73
4. Saya tahu cara menggunakan alatan tangan
dan mesin.
-
-
-
-
1
2.5%
20
50.0%
19
47.5% 4.45
5. Saya tahu tentang penjagaan dan
penyelenggaraan alatan tangan dan mesin.
-
-
-
-
3
7.5%
20
50.0%
17
42.5% 4.35
6. Saya tahu perbuatan mengganggu rakan-
rakan semasa di bengkel boleh
mendatangkan kemalangan.
-
-
-
-
-
-
8
20.0%
32
80.0% 4.80
7. Saya memberi tumpuan semasa
menggunakan mesin dan peralatan di
bengkel elektrik.
-
-
-
-
-
-
20
50.0%
20
50.0% 4.50
8. Saya mematuhi peraturan semasa di
bengkel elektrik.
-
-
-
-
1
2.5%
16
40.0%
23
57.5% 4.55
92
9. Saya mendengar arahan pensyarah semasa
berada di bengkel elektrik.
-
-
-
-
-
-
11
27.5%
29
72.5% 4.73
10. Saya bergurau senda semasa melakukan
kerja-kerja amali di bengkel.
13
32.5%
8
20.0%
9
22.5%
6
15.0%
4
10.0% 2.50
11. Saya mengembalikan peralatan di tempat
asal setelah digunakan.
-
-
-
-
2
5.0%
18
45.0%
20
50.0% 4.45
12. Saya sentiasa memakai kelengkapan
perlindungan diri semasa bekerja di
bengkel elektrik.
-
-
-
-
10
25.0%
18
45.0%
12
30.0% 4.05
13. Saya menggunakan peralatan dan mesin
mengikut Protokol Kerja Selamat (SOP)
yang telah ditetapkan.
-
-
-
-
3
7.5%
21
52.5%
16
40.0% 4.33
14. Saya sentiasa memastikan peralatan yang
digunakan berfungsi dengan baik sebelum
menggunakannya.
-
-
-
-
3
7.5%
18
45.0%
19
47.5% 4.40
15. Saya sentiasa memastikan ruang kerja
berada dalam keadaan kemas dan tersusun
semasa dan selepas melaksanakan kerja-
kerja amali.
-
-
-
-
3
7.5%
18
45.0%
19
47.5% 4.40
16. Saya sentiasa menanggalkan barang-
barang perhiasan yang diperbuat dari
logam semasa melaksanakan amali di
bengkel elektrik.
-
-
1
2.5%
2
5.0%
22
55.0%
15
37.5% 4.28
17. Saya sentiasa menghidupkan bekalan
kuasa untuk menguji kefungsian litar
dengan seliaan pensyarah.
-
-
-
-
2
5.0%
14
35.0%
24
60.0% 4.55
6.4 Refleksi Kajian
Berdasarkan kajian tinjauan ini, didapati secara keseluruhannya pelajar mempunyai kesedaran
yang baik terhadap keadaan yang boleh mengakibatkan berlakunya kemalangan di bengkel elektrik.
Bersesuaian dengan pendapat Ismail et al (2018) menyatakan bahawa dengan mematuhi peraturan di
dalam bengkel, segala risiko yang melibatkan kemalangan dapat dihindari. Ini dapat dilihat pada respon
pelajar terhadap keputusan analisis data yang mana sebilangan besar respon pelajar adalah setuju dan
sangat setuju kepada soalan berkaitan pengetahuan, kefahaman dan amalan pelajar semasa
melaksanakan amali di bengkel elektrik.
Markah Min bagi item yang menggambarkan aspek pengetahuan keselamatan menunjukkan
pengetahuan pelajar berada pada tahap tinggi. Item yang menunjukkan kefahaman dan sikap pelajar
sebahagian besar berada pada tahap tinggi kecuali pada item 10 dimana pelajar kebanyakkannya masih
bergurau senda semasa berada di bengkel. Manakala, bagi item berkenaan amalan pelajar, keseluruhan
item menunjukkan nilai min pada tahap tinggi.
7.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Berdasarkan dapatan kajian tinjauan ini, beberapa cadangan kajian masa depan wajar
dijalankan. Antaranya, kajian tentang perbandingan tahap keselamatan persekitaran di beberapa
institusi latihan kemahiran berbeza boleh dijalankan bagi mengenalpasti adakah semua institusi latihan
kemahiran menyediakan persekitaran yang selamat kepada pelajar. Selain itu,boleh juga melaksanakan
kajian berkenaan pelaksanaan kawalan hazard di bengkel dan makmal sesebuah institusi bagi
mengenalpasti apakah langkah kawalan yang telah diambil bagi mencegah berlakunya kemalangan di
sesuatu kawasan kerja.
93
Rujukan
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Indrayani & Ika Sulianti. (2014). Kajian Penerapan Kesehatan dan Keselamatan Kerja (K3) Dalam
Proses Belajar Mengajar di Bengkel dan Laboratorium Politeknik Negeri Sriwijaya. Jurnal
Teknik Sipil Volume 10 No. 1, 27-6.
Ishak, S. H. (2013). Tinjauan Terhadap Amalan Keselamatan dalam Kalangan Pelajar dan Pensyarah
di Makmal Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. (Doctoral dissertation,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Ismail, M. E., Hashim, S., Marian, M. F., Rahim, M. B., Amin, F., Yunus, N., & Masran, S. H. (2018).
Amalan Keselamatan Pelajar dalam Bengkel Katering. Online Journal for TVET Practitioners,
3(1). https://publisher.uthm.edu.my/ojs/index.php/oj-tp/article/view/4825
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (2018). Statistik Kemalangan Pekerjaan Negara Tahun
2018. Putrajaya: Kementerian Sumber Manusia.
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kementerian Sumber Manusia Malaysia. (2008). Garis
Panduan Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC). ISBN
978-983-2016-62-1
Jasmi, K. A., & Onn, U. T. M. (2016). Pendidikan sebagai Medium Penerapan Islam dalam Sains dan
Teknologi. Persidangan Islam dalam Sains dan Teknologi 2016 (PIST’16).
Konting, M. (2009). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lope Pihie, Zaidatol Akmaliah and Foo, S. F. (2005) Memperkasa Pendidikan Pelajar Berisiko. Penerbit
Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor. ISBN 9789832871808
Mustafa Kamal, Syamsul Anuar and Kamaruddin, Meor Ibrahim (2008). Tahap Kesedaran Pelajar
Terhadap Peraturan dan Keselamatan Dalam Makmal Sains. (Bachelor's thesis, Universiti
Teknologi Malaysia).
Mustazar Mansur & Ho Shu Peng. (2009). Keberkesanan Latihan Keselamatan dan Kesihatan dalam
Mengurangkan Kemalangan di Tempat Kerja . Prosiding Perkem IV, Jilid 2, 293-324.
Nur Hidayat & Indah Wahyuni. (2016). Kajian Keselamatan Dan Kesehatan Kerja Bengkel. Jurnal
Pendidikan Teknologi dan Kejuruan, 51-66.
Rahim, S. N. (2020). Pengetahuan dan Pengamalan Staf Politeknik Mukah Sarawak Terhadap
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di Tempat Kerja., 1-15.
Roslena Che Juhan Negara. (2012). Tahap kesediaan pelajar kejuruteraan Politeknik terhadap
keselamatan di dalam bengkel. (Masters thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Sallehuddin, N.F. (2013). Kesedaran Terhadap Amalan Keselamatan dalam Kalangan Pelajar di
Makmal Kejuruteraan UTHM. (Bachelor's thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Siti Nakiah Mohd Shaain, Noor Raudhiah Abu Bakar, & Azharuddin Hashim. (2015). Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Kesedaran Pekerja Terhadap Amalan Keselamatan Pekerjaan: Kajian Kes
di Sebuah Syarikat Logistik. Proceeding of the 2nd International Conference on Management
and Muamalah 2015 (2nd ICoMM) , 210-220.
94
PEMBUDAYAAN TEKNOLOGI HIJAU DALAM
KALANGAN WARGA SEKOLAH
Saharidah Sahaban
SMK Convent Taiping, Perak
Emel: saharidahsiregar@gmail.com
Abstrak
Amalan Teknologi Hijau di SMK Convent bermula dari tahun 2017. Pada mulanya ia hanya sebagai
aktiviti Kelab Pencinta Alam Sekolah tetapi amalan ini telah diterapkan kepada semua warga sekolah
sehingga menjadikan Amalan Teknolgi Hijau sebagai budaya di sekolah ini. Sekolah tanpa penyedut
minuman dan tanpa pembungkus plastik dikuatkuasa bermula dari tahun 2018. Konsep 5R (reduce,
reuse, recycle, rethink and redo) dimantapkan. Konsep 5R menjadi panduan kepada Pasukan Inovasi
STEM Sekolah menghasilkan ciptaan kreatif yang boleh diaplikasikan terutamanya dalam bidang
pengurusan sisa plastik dan polistrin. Semua bilik darjah diwajibkan menggunakan bahan terpakai atau
terbuang sebagai bahan hiasan dinding dan mengadakan sudut bahan kitar semula. Pasukan Patrol
Denggi Sekolah ditubuhkan untuk memberi info dan memantau kawasan sekolah supaya bebas dari
pembiakan nyamuk aedes. Pondok Green Guardian menjadi pusat pengumpulan dan penjualan bahan
kitar semula dan ia merupakan tunggak utama Aktiviti Alam Sekitar di sekolah ini. Budaya ini sentiasa
dipantau dan semua warga sekolah adalah menjadi contoh teladan kepada yang lain. Sekolah Lestari
Anugerah Alam Sekitar, Pertandingan Patrol Denggi, Pengiktirafan Eco School dan Pengiktirafan
Sekolah Warisan Negara adalah antara pencapaian terbaik hasil dari Amalan Teknologi Hijau yang
dibudayakan di SMK Convent Taiping.
Kata kunci : Pembudayaan , Teknologi Hijau, Alam sekitar
1.0 Refleksi Amalan Lalu
Di SMK Convent Taiping usaha untuk memelihara alam sekitar dimulakan oleh Kelab Pencinta
Alam (KPA). Aktiviti yang dijalankan berfokus kepada usaha mengumpul surat khabar lama dan kertas
terpakai untuk jualan sebagai aktiviti mengumpul dana untuk kelab. Aktiviti berunsurkan alam sekitar
ini hanya terhad dalam kalangan ahli kelab KPA sahaja.
Usaha Kelab Pencinta Alam untuk mendapatkan Green Flag – Eco School seterusnya mendapat
perhatian dari guru-guru kelab, persatuan dan unit beruniform yang lain. Program secara kolaboratif
dalam pelbagai bentuk aktiviti bersama dalam kalangan warga sekolah mendapat sambutan yang sangat
baik. Pada tahun 2018, dengan usaha pihak pentadbir sekolah, semua program Kurikulum,
Kokurikulum dan Keceriaan sekolah adalah berteraskan kepada Teknologi Hijau dan Kelestarian
Sekolah.
2.0 Isu Keperihatinan / Fokus Kajian
2.1 Teknologi Hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dengan meminimakan kesan negatif daripada aktiviti
manusia. Di SMK Convent, penekanan ditumpukan kepada aktiviti
(i) penjimatan tenaga
(ii) menambah dana bagi Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan
(iii) meningkatkan kualiti kebersihan, kesihatan dan keselamatan warga sekolah
(iv) memulihara alam sekitar
2.2 Program-program yang dijalankan secara berterusan adalah
2.2.1 Program Pembangunan Keupayaan.
Pembangunan Keupayaan merujuk kepada program-program yang berupaya
menambahkan impak kepada penjagaan alam sekitar termasuklah pengurusan
sampah, penjagaan kawasan sekolah yang bebas aedes dan membuat inovasi
95
yang berasaskan penjagaan alam sekitar serta pendedahan maklumat dari masa
ke semasa.
2.2.2 Kempen Jimat Elektrik, Air dan tanah
2.2.3 Kempen tanpa plastik (plastik kelas 1, 4,5 dan 6 )
2.3 Fokus kajian ialah bagaimanan amalan-amalan Teknologi Hijau ini dapat menjadi
budaya dalam kalangan warga sekolah. Budaya yang dimaksudkan ialah perbuatan-
perbuatan yang menjadi amalan tanpa disuruh. Setiap warga sekolah tahu peranan
masing-masing dan melakukannya dengan rasa tanggungjawab bukan kerana paksaan.
3.0 Objektif
3.1 Objektif Am
Pembudayaan Teknologi Hijau dalam kalangan warga sekolah ini diharapkan dapat
memberi kesedaran kepada semua warga sekolah akan kepentingan menguruskan alam sekitar dan
menunjukkan contoh yang baik kepada masyarakat luar. Disamping itu juga pemikiran kreatif dan
inovatif dapat dijana dan dikongsi bersama dengan seluruh warga sekolah dan juga dengan warga luar
sekolah. Amalan-amalan yang diterapkan ini diharapkan menjadi amalan sepanjang hayat bagi setiap
warga sekolah walau di mana juga mereka berada.
3.2 Objektif Khusus
3.2.1 Semua murid, guru, anggota pelaksana sekolah, pekerja swasta dan pihak
pengurusan kantin, ahli Persatuan Ibubapa dan guru, ahli Lembaga Pengelola
Sekolah dapat bersama-sama memberi sumbangan dari segi tenaga, idea, masa
dan kos perbelanjaan untuk menguruskan persekitaran sekolah dengan baik.
3.2.2 Semua warga sekolah melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dirancang
3.2.3 Menambah bilangan pasukan sekolah yang mengambil bahagian dalam
program-program Alam Sekitar yang dianjurkan di peringkat daerah, negeri
dan kebangsaan serta antarabangsa.
3.2.4 Memastikan sekolah bebas dari tempat pembiakan jentik-jentik dan tikus.
3.2.5 . Meminimakan penggunaan plastik kelas 1, kelas 4, kelas 5 dan kelas 6
3.2.6 Mendapat tempat sekurang-kurangnya saguhati bagi pertandingan-
pertandingan yang melibatkan Teknologi Hijau.
4.0 Kumpulan Sasaran
Semua warga sekolah (murid, guru, anggota pelaksana sekolah, pekerja swasta dan pihak
pengurusan kantin, ahli Persatuan Ibubapa dan guru, ahli Lembaga Pengelola Sekolah)
5.0 Pelaksanaan Kajian
5.1 Pelaksanaan Program Pembudayaan Teknologi Hijau
Pelan Pembangunan Pendidikan SMK Convent Taiping Menekankan Kepada 5 Usaha Yang
Dipanggil ‘Convent Cares For C.A.R.E.S’ dimana, C (Character Building) A ( Academic
Excellence), R ( Racial Unity ) , E ( Environment ) dan S ( Safety)
Pihak Pentadbir sekolah menetapkan untuk semua program sekolah, amalan-amalan berikut
mesti berlaku iaitu;
(i) Tidak menggunakan bahan plastik, straw atau polistrin sebagai bekas makanan.
(plastik kelas 1,4,5 dan 6)
(ii) Menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula
(iii) Tidak merosakkan pokok dan taman.
(iv) Hapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes
(v) Jimat air dan jimat elektrik
(vi) Membuang sampah ke dalam Tong Sampah Kitar Semula
(vii) Memasukkan unsur penjagaan alam sekitar dalam semua aktiviti
(viii) Membuang sisa makanan di tempat yang disediakan.
96
5.1.1 Strategi Dan Pelan Tindakan Pelaksanaan Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Tindakan (PDCA) telah dilakukan dengan teliti
untuk merealisasikan pembudayaan ini.
Jadual 1 menunjukkan strategi dan Pelan Tindakan dalam melaksanakan program ini.
Jadual 1
Strategi dan pelan tindakan pelaksanaan program
Bil Perkara Tempoh
masa
Tindakan
1 Menubuhkan Jawatankuasa Induk Program Jan Pengetua
2 Tinjauan Kekuatan, kelemahan, peluang
dan Cabaran kepada program
Jan Pentadbir Sekolah
3 Soal Selidik 1 kefahaman murid dan guru
terhadap pembudayaan Teknologi Hijau di
sekolah
Feb Guru Pembimbing
Kelab/Persatuan/Unit
Beruniform
4 Kempen/ Pendedahan Teknologi Hijau
kepada semua murid, guru dan anggota
kakitangan pelaksana
Feb - Mei Guru Penyelaras Teknologi
Hijau Sekolah
5 Lapuran Program Fasa 1 Mei - Jun Guru Kanan
6 Soal Selidik Keberkesanan Program
Soal Selidik 2 dan 3
Julai
November
Guru Pembimbing
Kelab/Persatuan/Unit
Beruniform
7 Mempelbagaikan Aktiviti Teknologi Hijau Ogos- Nov PK KoKurikulum
8 Lapuran Program Fasa 2 Nov Semua Penolong Kanan
Semua Guru Kanan
Penyelaras Teknolgi Hijau
5.2 Tinjauan Masalah
Berdasarkan pemerhatian dan analisis kekuatan dan kelemahan sekolah, didapati sekolah ini
berpotensi untuk membudayakan teknologi hijau dalam kalangan murid. Ini berdasarkan sekolah ini
adalah sekolah kluster kecemerlangan dan Kelab Pencinta Alam, KPA adalah salah satu kebitaraan
sekolah. Malangnya usaha pengurusan alam sekitar ini hanya terletak di bahu KPA sahaja. Murid adalah
cemerlang dalam akademik dan sahsiah tetapi tidak diterapkan sepenuhnya dengan rasa tanggungjawab
terhadap isu alam sekitar.
Pemantauan aktiviti sekolah menunjukkan murid dan guru tidak mahir bagaimana menyelitkan
kesedaran alam sekitar dalam aktiviti samada aktiviti di dalam bilik darjah mahupun aktiviti luar. Tiada
projek atau hasil murid untuk dipamirkan. Amalan baik tidak dapat ditunjukkan dengan jelas. Maka
berdasarkan ini, pihak pentadbir sekolah telah menggerakkan semua warga sekolah supaya dapat
menunjukkan budaya teknologi hijau untuk dilaksanakan sepenuhnya.
5.3 Analisis Tinjauan Masalah
150 murid dipilih secara rawak untuk sesi soal selidik tentang sejauh mana mereka
imengamalkan Teknologi Hijau di sekolah.
Dapatan dari soal selidik ini ditunjukkan dalam Jadual 2
Jadual 2
Dapatan Soal Selidik Fasa 1
Bil Perkara Peratus
dapatan (%)
1 Penglibatan murid secara sukarela dalam aktiviti penjagaan alam sekitar 40
2 1 Pengetahuan tentang bagaimana untuk mempelbagaikan penggunaan semula
barang-barang terpakai
30
97
3 1 Bersifat peka kepada persekitaran sekolah yang boleh menjadi tempat
pembiakan nyamuk terutamanya aedes
40
4 Pendedahan dengan maklumat-maklumat kesan dari kerosakan alam secara
global.
50
5 Pengetahuan tentang bagaimana membuat kajian secara inovatif dan kreatif
untuk mengaplikasikan teknologi hijau supaya dapat dimanfaatkan kepada
masyarakat
10
6 Penekanan terhadap Pendidikan Alam sekitar merentas Kurikulum dan
Merentas KoKurikulum.
30
7 Mengamalkan membawa bekalan dari rumah, botol air, membawa sapu
tangan ke sekolah
40
8 Kesediaan mereka untuk membudayakan Teknologi Hijau dalam kalangan
warga sekolah.
90
Pihak sekolah percaya bahawa semua warga SMK Convent dapat membudayakan amalan
Teknologi Hijau di sekolah dengan perancangan yang jitu.
5.4 Tindakan Yang Dijalankan
Untuk memantapkan pembudayaan ini maka Jawatankuasa Kerja ditubuhkan mengikut
komponen iaitu Komponen Pengurusan, Komponen Kurikulum, dan Komponen KoKurikulum. Setiap
komponen mempunyai tugasan khas dan tugasan ini dipantau dari masa ke semasa.
5.5 Pelaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian/ Penilaian
Jadual 3
Pelaksanaan Program Utama Teknologi Hijau Sekolah
Bil Program/
Aktiviti
Tempoh
masa
Pemerhatian/ Penilaian
1 KOMPONEN PENGURUSAN
1 Gotong Royong
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Jan – Feb
Mei –Jun
Okt – Nov
-100 % Hiasan Kelas dan Papan Kenyataan
adalah menggunakan kertas surat khabar
lama dan bahan kitar semula.
-Jualan kertas terpakai bagi dua tahun
adalah lebih kurang RM 1500.00
2 Kempen 3K
(dalam dan luar
bilik darjah)
Jan - Nov -Dua kawasan kolam telah ditambak
menjadi taman utama sekolah.
-Pasukan Patrol Denggi bermula pada
bulan Feb dan sepanjang tahun.
3 Hari Kantin Tingkatan 5,4,3,2,1
Feb, Apr
Jul, Ogos
Sept
-100% Tiada penggunaan Straw
-92.0% penggunaan pembungkus kertas
2
KOMPONEN KURIKULUM
1 Sudut Alam Sekitar di Bilik
Darjah
Jan - Okt
Kesemua Kelas 100% ada sudut Alam
Sekitar
98
2 Karnival STEM/
Teknologi
Hijau
April
Julai
-Pasukan sekolah menyertai semua
pertandingan yang dianjurkan di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan serta
antarabangsa.
-Beberapa Panitia bergabung mengadakan
Pamiran dan Project-based Learning
sempena Hari Anugerah
1 Minggu MBMMBI
dan NILAM
Julai Aktiviti Kuiz Bicara Berirama, Koir,
Pengucapan Awam , Melukis dan Sketsa
menggunakan tema penjagaan Alam
Sekitar
4 Bulan
Kemerdekaan
Ogos
Sept
Aktiviti wajib Pendidikan Seni Visual
membuat kraf tangan dari bahan terbuang
dan lukisan batu.
5 Sudut Pidato Jan- Nov -Sudut Pidato Harian diselitkan unsur
alam sekitar di dalam pengucapannya
-Info Khas Alam Sekitar- setiap kali
Perhimpunan Rasmi sekolah
6 Program Pasca
PT3
Nov 80 % Aktiviti dalam Program berunsurkan
Alam Sekitar
3 KOMPONEN
KOKURIKULUM
1 Aktiviti Kelab Pencinta Alam
Jan - Dis
100 % Aktiviti Pembudayaan Eco School
dan Go Green dilaksanakan samada
aktiviti dalam sekolah mahupun di luar
sekolah.
2 Projek Khidmat Sept Bertemakan Alam Sekitar
3 Hari Sukan April 100% Pengumpulan semula botol air
mineral. 95% Tiada pembungkus plastik
dan penyedut minuman
4 Perkhemahan
Perdana
Julai Setiap aktiviti menggunakan bahan kitar
semulaTiada kertas tisu, straw, botol air
mineral dibawa
5 Kem Kepimpinan Mac ,
Sept
Lokasi kem di kawasan rekreasi
Aktiviti berunsurkan alam sekitar
Program Penjimatan tenaga Elektrik dilakukan secara berterusan dengan bantuan Pengawal
Keselamatan, Pembantu Makmal, Anggota Pelaksana Sekolah dan pekerja swasta Label penjimatan
diletakkan di setiap suis dan paip air.
Jadual 4 menunjukkan Analisis Soal Selidik Fasa 2 di mana terdapat peningkatan dalam
Penglibatan Murid dalam aktiviti pembudayaan Teknologi Hijau.
Jadual 4
Bilangan dan Peratus Penglibatan murid Dalam Aktiviti Teknologi Hijau
Bil
Aktiviti
Bilangan murid terlibat
Dan peratus penglibatan
2018 2019
Bil % Bil %
1 Aktiviti Kelab Pencinta Alam 80 16 350 70.0
2 Aktiviti Bulan STEM 40 7.4 400 80.0
3 Sekolah tanpa Straw 480 87.3 500 100
4 Sekolah tanpa polistrin 450 82 490 98.0
5 Sekolah tanpa plastik pembungkus 480 87.3 480 96.0
99
6 Murid membawa botol air dari rumah 480 96 485 97
7 Murid membawa bekal makanan dari rumah 86 17.2 200 40
8 Murid membawa sapu tangan/tuala muka
Menggantikan penggunaan kertas tisu.
240
48.0
400
80.0
9 Bilangan aktiviti yang melibatkan penjagaan alam
sekitar
10 - 30 -
10 Bilangan projek inovasi alam sekitar (5 R ) 2 - 12 -
Jadual 5 di bawah menunjukkan maklumbalas murid dan warga sekolah terhadap Soal Selidik
3 menggunakan Google Form.
Jadual 5
Maklumbalas warga SMK Convent terhadap Pembudayaan Teknologi Hijau
Bil Soalan Respons Ya
1 Adakah anda maklum berkaitan Amalan Teknologi Hijau (Go Green)
di sekolah anda?
95.9 %
2 Adakah anda menyokong ProgramTeknologi Hijau yang dijalankan
di sekolah anda
97.7 %
3 Bagi anda, adakah aktiviti yang dijalankan menarik? 94.1 %
4 Adakah anda berminat tentang ilmu Teknologi Hijau dan ingin
mengetahui serta terlibat dengan lebih lanjut?
93.2 %
5.5 Refleksi Kajian
Daripada pemerhatian dan data-data yang ditunjukkan maka dapat disimpulkan bahawa
Pembudayaan Teknologi Hijau telah Berjaya menjadi amalan kepada warga SMK Convent Taiping. Ini
diperkukuhkan lagi dengan kejayaan-kejayaan cemerlang yang telah dicapai oleh sekolah iaitu;
1 Tempat Ketiga Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan tahun 2019
2 Anugerah Sekolah Harapan –Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar Peringkat
Kebangsaan tahun 2019
3 Tempat Kedua Pertandingan Alam Sekitar negeri Perak PERKISS (Pertandingan
Kitar Semula Sekolah ) 2018 dan 2019
4 Sijil Penganjuran Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Kluster bertemakan Alam
Sekitar Peringkat Negeri tahun 2019
5 Anugerah Gangsa bagi Pertandingan Poster dalam International Conference of
Young
Scientist 2019 – Tajuk Inovasi CTD Concrete
6 Sijil Penganjurkan Karnival Alam Sekitar Sekolah Kluster Peringkat Kebangsaan
2018.
7 Menyertai Pamiran Alam Sekitar UNESCO Peringkat Kebangsaan 2018
8 Naib Johan Pertandingan Inovasi Tenaga Biojisim Peringkat Daerah 2018
8 Naib Johan Pertandingan Bandar Teknologi Hijau Eco Green Peringkat Daerah
2018
9 Naib Johan Anugerah Kecemerlangan KoKurikulum Peringkat Negeri Kategori
Sekolah Kluster tahun 2018 dan 2019
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Amalan ini akan diteruskan dengan terus menanam sifat kepedulian tentang Pengurusan Alam
Sekitar dalam kalangan warga sekolah. Dengan adanya sifat kepedulian ini, secara tidak langsung
Budaya Teknologi Hijau akan dapat dibudayakan bukan sahaja di sekolah malah oleh masyarakat
setempat dan juga akan diwarisi oleh generasi akan datang.
100
Rujukan
https://cetree.usm.my/index.php/en/muat-turun/modulsekmen/modul-teknologi- hijau/409-
teknologi-hijau-dalam-kurikulum
Kamaruzzaman Sopian & Halim Razali.(2018).Tenaga Keterbaharuan: Revolusi Teknologi Hijau di
Malaysia.UKM Press.
Kamarulazizi Ibrahim &Fauziah Sulaiman (2001), Buku Aktiviti Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan
Tenaga, CETREE USM
Mohd Fazli, H.,Suhaida, A.K. & Soaib, A. (2013). Hubungan persekitaran sekolah dengan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2): 1-
9
Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA). 2015. Laporan Tahunan 2014.
Putrajaya.
101
PERKAITAN TEORI KOGNITIVISME,
KONSTRUKTIVISME DAN CONNECTISVISM
DENGAN AMALAN PEMBELAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (PDPC) STEM DALAM
KALANGAN GURU MATEMATIK SEKOLAH
MENENGAH
Noor Anita Rahman
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
Emel : p96377@siswa.ukm.edu.my
Abstrak
Teori merupakan antara perkara asas dalam sesuatu bidang ilmu. Pembentukan sesuatu teori itu adalah
secara berproses. Setiap disiplin dibina berdasarkan konsep dan idea yang dikembangkan oleh teori
sebelumnya. Teori adalah cabaran dan kekuatan bagi golongan akademik untuk mempraktik dan
membuat penilaian bagi membuktikan kesesuaian sesuatu teori tersebut. Teori-teori pembelajaran
dalam pendidikan memberi tumpuan kepada aspek-aspek pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc).
Kajian ini mengkaji perkaitan teori kognitivisme, konstruktivisme dan connectivism dengan amalan
PdPc STEM dalam kalangan guru matematik sekolah menengah. Kajian ini akan meneroka amalan
PdPc STEM dan melihat hubung kaitnya dengan teori kognitivisme, konstruktivisme dan connectivism.
PdPc STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan
nilai STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam
sekitar. Pendekatan ini menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha membudayakan amalan
STEM. Penguasaan guru matematik terhadap teori-teori kognitivisme, konstruktivisme dan
connectivism dipercayai dapat membantu guru untuk melaksanakan PdPc STEM dengan berkesan.
Kata kunci: kognitivisme, konstruktivisme, connectivism, PdPc STEM
1.0 Latar Belakang Kajian
Generasi masa hadapan mestilah dilengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan
untuk menghadapi perkembangan teknologi (Hawkins, 2017) terutama dalam cabaran revolusi industri
4.0 (4IR). Maka daya saing sesebuah negara bergantung pada modal insan STEM seiring dengan 4IR
(Granovskiy, 2018). Sehubungan itu, tindakan yang lebih tersusun dan menyeluruh perlu diambil bagi
memastikan tahap penguasaan STEM dipertingkatkan sejajar dengan keperluan negara pada masa
hadapan (Zuniga, 2017). Oleh itu pelajar hendaklah diberi peluang dan pendedahan menyeluruh untuk
memilih kerjaya dalam bidang STEM (Asunda, 2014). Pelajar berkemahiran STEM bakal mengisi
peluang pekerjaan dalam bidang sains dan kejuruteraan (Thomas, 2014). Namun begitu di sebalik
permintaan tinggi terhadap tenaga kerja STEM, didapati minat pelajar terhadap subjek STEM semakin
menurun dan mendapat perhatian kebanyakan negara di seluruh dunia (Bowen et al., 2012).
Menurut Tseng et al. (2013), minat terhadap STEM akan meningkat apabila pelajar memahami
dan boleh mengaplikasikan pembelajaran dalam kehidupan seharian serta mengaitkannya dengan dunia
sebenar. Kesannya pendidikan STEM memberi impak kepada pencapaian pelajar terutama dalam
matematik (Siregar et al., 2019). Matematik merupakan salah satu disiplin dalam pendidikan STEM.
Dalam kebanyakan aspek, matematik berfungsi sebagai lingua franca untuk mata pelajaran STEM yang
lebih khusus (Sosnovsky, 2018). Oleh itu minat, sikap dan motivasi pelajar memainkan peranan dalam
mencapai hasil pembelajaran matematik, manakala guru pula perlu bijak menyesuaikan kemahiran
pengajarannya mengikut tahap prestasi pelajar (Hunt & Zakaria, 2018). Justeru, guru matematik perlu
menggunakan strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan berbeza-beza agar dapat menggalakkan
kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran abad ke-21 dalam PdP matematik (Zakaria et al., 2016).
102
Secara tidak langsung pendekatan integrasi STEM dapat dilaksanakan seiring dengan pembelajaran
abad ke-21 (PAK-21).
STEM merupakan satu pendekatan PdPc yang melibatkan pengaplikasian pengetahuan,
kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar
(Meyrick, 2011). Kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru akan memberi kesan kepada pelajar
(Ball, Hill & Bass, 2005). Oleh itu, ilmu pengetahuan dan kepakaran dalam merancang pengintegrasian
STEM di dalam kelas perlu ada pada setiap guru (Rauf et al., 2017). Keupayaan guru dalam mengaitkan
teori-teori yang berkaitan dengan pendidikan STEM dipercayai dapat membantu guru dalam
melaksanakan PdPc STEM di dalam kelas mahu pun di luar kelas (Shernoff 2017; Thibaut et al., 2018).
Antara teori yang mempunyai perkaitan dengan PdPc STEM adalah kognitivisme, konstruktivisme dan
connectivism.
2.0 Kognitivisme
Kognitivisme menjadi satu teori yang dominan dalam psikologi pada abad ke-20, menggantikan
behaviorisme sebagai satu paradigma yang terkenal dalam memahami fungsi mental (Costall & Still,
1987). Kini teori kognitivisme merupakan teori yang sering digunakan di dalam kelas abad ke-21
(Wallace et al., 2007). Menurut Piaget (1987), belajar adalah suatu proses usaha yang melibatkan
aktiviti mental dalam diri manusia. Ia merupakan satu proses interaksi aktif dengan persekitaran di
mana akan berlaku perubahan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, tingkah laku, keterampilan dan
sikap yang bersifat relatif.
Kognitivisme mementingkan proses belajar lebih daripada hasil belajar. Dalam konteks ini,
belajar bukan sekadar melibatkan ransangan dan tingkah laku bahkan melibatkan proses berfikir yang
sangat kompleks (Lilienfeld et al., 2010; Piaget 1987). Dari sudut pandangan ahli teori kognitif, proses
pembelajaran adalah satu usaha untuk memahamkan sesuatu dengan mengaitkan pengetahuan baru ke
dalam pengetahuan sedia ada (Schunk, 1991). Pengetahuan sedia ada akan digunakan pelajar untuk
mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara maklumat yang terdahulu dan maklumat baru yang
diterimanya (Jonassen, 1991). Pengetahuan baru yang dimiliki pelajar dapat diasimilasikan dengan
berkesan ke dalam struktur kognitif pelajar (Stepich & Newby, 1988).
Ilmu perkembangan kognitif kanak-kanak (Bruner, 1960), membantu guru merancang
pengajaran dengan lebih berkesan. Guru mengenal pasti aras pemikiran kanak-kanak dan
menyesuaikannya dengan aras pemikiran pelajar-pelajar di dalam kelas. Oleh itu, guru dapat membuat
perancangan yang teliti mengenai topik yang ingin diajarkan kepada pelajar. Ini membolehkan proses
pembelajaran berlaku pada tahap yang betul di samping dapat mencapai proses pembelajaran yang
optimum. Berdasarkan kepada teori Piaget (1987), terdapat beberapa langkah yang boleh diambil oleh
guru ketika di dalam bilik darjah untuk menggalakkan perkembangan kognitif pelajar. Antaranya ialah:
i. Guru menekankan proses pembelajaran bukan hasil pembelajaran.
ii. Guru mementingkan pemikiran kritis dan kreatif.
iii. Guru menggunakan strategi pengajaran berpusatkan tugasan atau masalah.
iv. Guru mengenal pasti aras pemikiran pelajar.
2.1 Teori kognitivisme dalam PdPc STEM
Pembelajaran berlaku apabila teori kognitivisme menekankan pemerolehan pengetahuan dan
pertumbuhan struktur mental. Teori ini cenderung menumpukan perhatian kepada konsep pembelajaran
pelajar iaitu bagaimana maklumat diterima, diproses dan diambil balik. Dalam erti kata lain teori
kognitif bertujuan menjelaskan proses mendapatkan ilmu pengetahuan dan kesannya kepada struktur
mental dalam minda (Cooper, 1993). Oleh itu tumpuan aktiviti mental pelajar ketika proses
pembelajaran adalah merujuk kepada perancangan mental, penetapan tujuan dan strategi berkumpulan.
Kognitivisme dalam proses pembelajaran melibatkan persekitaran dan komponen pengajaran termasuk
pemikiran, kepercayaan dan sikap pelajar (Ertmer & Newby, 2013).
Kognitivisme menekankan bahawa pengetahuan yang bermakna adalah dengan membantu
pelajar menghubung kait pengetahuan baru yang diterima dengan pengetahuan sedia ada mereka. Untuk
merealisasikannya, perancangan aktiviti PdPc dan arahan yang berkesan oleh guru adalah merujuk
kepada pengetahuan sedia ada dan struktur mental pelajar. Teori kognitif menekankan tugas utama guru
adalah menganalisis pelbagai pengalaman pelajar dan dikaitkan dengan situasi pembelajaran. Dalam
konteks ini, guru menekankan proses pembelajaran pelajar lebih daripada hasil pembelajaran (Meng,
103
2002). Bagi mencapai pengetahuan yang bermakna dalam kalangan pelajar, kognitivisme menyarankan
agar guru mengenal pasti aras pemikiran pelajar. Dengan adanya ilmu mengenai perkembangan kognitif
kanak-kanak, guru dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih berkesan.
Kognitivisme mencadangkan beberapa aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan oleh
guru di dalam bilik darjah. Antaranya ialah permainan berasaskan kognitif direka untuk membantu
merangsang pelbagai kawasan otak. Permainan ini digunakan untuk memperbaiki refleks, membantu
pelajar untuk belajar, mempromosi pemikiran kritis dan membantu pelajar mempelajari corak
pemikiran. Guru mementingkan aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid secara kreatif dan kritis.
Kebijaksanaan guru mengolah tugasan pelajar bagi memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
merupakan salah satu elemen dalam kognitivisme. Penggunaan laman web pendidikan dan permainan
komputer dipercayai dapat merangsang deria pelajar sambil melibatkan mereka dalam pelbagai tugasan
kognitif (Pallavicini, Ferrari & Mantovani, 2018; Unsworth et al., 2015). Sebagai contoh guru
matematik perlu mengenali skop fungsi matematik melebihi tahap yang mereka sedang mengajar. Oleh
itu adalah lebih bermanfaat guru mengetahui kategori fungsi yang sering didapati dalam laman web.
Misalnya, laman functions.wolfram.com yang membekalkan nota serta kategori fungsi seperti yang
disenaraikan. Guru boleh memperkayakan pengetahuan mereka dan akan dapat memaklumkan pelajar
tentang pembelajaran matematik ke tahap yang lebih tinggi di samping dapat mengintegrasikan disiplin
teknologi, kejuruteraan dan sains dalam topik fungsi.
Komputer untuk kognitif merupakan satu inovasi yang memerlukan penglibatan luas bagi
seseorang guru untuk menukar kaedah pengajaran di samping menentukan peranannya dalam suasana
bilik darjah. Guru perlu mengambil inisiatif untuk menggunakan elemen teknologi komputer di dalam
kelas. Ini adalah kerana dengan adanya pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi komputer,
guru mampu membimbing pelajar terutama dalam aspek keselamatan perkakasan dan pendekatan
pengajaran berpusatkan bahan, tugasan atau masalah . Selain itu proses pembelajaran dapat
dipertingkatkan apabila pelajar dipandu oleh arahan seseorang guru sebagai pemudah cara (Wallace et
al., 2007). Sebagai contoh, guru menghasilkan satu aktiviti seperti menyatakan pencemaran udara
meracuni bumi. Dari masalah ini, pelajar akan mempelajari jumlah sulfur dioksida ditambah ke udara
di sekeliling dengan merujuk kepada satu fungsi yang telah ditentukan oleh pakar tertentu. Pelajar boleh
menghitung amaun sulfur dioksida dengan menggunakan aplikasi spreadsheet dan membentangkan
hasil kerja masing-masing secara berkumpulan.
Kesimpulannya, kognitivisme memberi tumpuan kepada konsep proses pembelajaran pelajar
dan menangani isu bagaimana maklumat diterima, mengatur maklumat diterima, maklumat disimpan,
dan mendapatkan semula maklumat oleh minda (Jonassen, 1991). Pembelajaran tidak begitu menjurus
kepada apa yang pelajar lakukan tetapi lebih menekankan kepada memperoleh pengetahuan dan struktur
mental yang melibatkan pengekodan dalaman dan penstrukturan pelajar (Bower & Hilgard, 1981).
Pelajar dilihat sebagai peserta yang aktif dalam proses pembelajaran. Maka dengan teori
konstruktivisme, keupayaan pemikiran pelajar dapat dilakukan secara praktikal melalui penglibatan
mereka berkolaboratif bersama rakan pelajar. Peranan guru dalam memberi bimbingan dan arahan
kepada aktiviti berkumpulan dapat menyokong perkembangan kognitif pelajar. Teori konstruktivisme
digunakan sebagai pengukuhan kepada teori kognitivisme.
3.0 Konstruktivisme
Konstruktivisme berasal daripada bahasa Inggeris ‘construct’ yang bermaksud membina.
Konstruktivisme merupakan satu pandangan baharu tentang ilmu pengetahuan dan cara bagaimana
manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Pandangan ini menganggap pelajar bukan hanya menerima
pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan
persekitarannya (Postman & Weingartner, 1969).
Jean Piaget (1972) menegaskan bahawa pembelajaran secara konstruktivisme adalah
berdasarkan kebijaksanaan pelajar yang terhasil daripada interaksi dengan persekitaran pembelajaran.
Interaksi itu seterusnya diadaptasi dan disesuaikan dengan struktur pemikiran sedia ada. Penyesuaian
ini adalah berdasarkan bagaimana pemikiran (mental) itu disusun atau diorganisasi untuk
mempersembahkan keadaan sebenar. Teori penyesuaian (adaption) yang dijelaskan Piaget adalah
merujuk kepada proses menggunakan skema kognitif iaitu secara asimilasi atau akomodasi (Lutz &
Huitt, 2004).
104
Asimilasi bermaksud berlaku integrasi pengalaman pembelajaran baharu ke dalam pengetahuan
atau skema sedia ada. Dalam erti kata mudah, pengalaman pembelajaran baharu disesuaikan dengan
pengetahuan sedia ada. Manakala penyesuaian secara akomodasi pula berlaku dengan mengintegrasi
pengalaman pembelajaran baharu bersama pengetahuan sedia ada iaitu mengubahsuai skema sedia ada
dengan memasukkan pengalaman pembelajaran baharu (Lutz & Huitt, 2004). Guru perlu mengambil
kira pengetahuan sedia ada pelajar dan kemudian pembelajaran yang berlaku adalah hasil usaha pelajar
itu sendiri. Usaha tersebut adalah dengan menghubungkan idea baharu dan idea sedia ada, seterusnya
menstruktur semula bagi membentuk suatu konsep.
Bell (1993) pula menyatakan konstruktivisme adalah satu fahaman yang mengandaikan bahawa
pelajar-pelajar datang ke bilik darjah dengan membawa persiapan mental dan kognitifnya. Ini bererti
pelajar yang datang ke bilik darjah sudah memiliki konsep awal dari bahan yang akan dipelajari kerana
mereka memiliki potensi untuk pmbelajaran kendiri dari sumber yang ada atau dari pengalaman dalam
persekitaran kehidupan mereka. Idea atau pengalaman dari persekitaran akan membentuk struktur
kognitif pelajar. Dalam hal ini, guru bertindak sebagai pemudah cara iaitu membantu pelajar membina
konsep atau pengetahuan baharu dengan mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada pelajar.
Konstruktivisme memberi penekanan kepada pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajar akan
berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperoleh kefahaman tentang bahan dan peristiwa
tersebut. Justeru, pelajar membina sendiri konsep dan membuat penyelesaian kepada masalah.
Autonomi dan inisiatif pelajar hendaklah diterima dan digalakkan (Carter, 2008). Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) (2001), menggariskan beberapa ciri pembelajaran secara konstruktivisme. Antaranya
seperti berikut:
i. Guru menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran.
ii. Guru menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen.
iii. Guru memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar.
iv. Guru menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar.
v. Guru menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang pengajaran.
vi. Guru mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar.
3.1 Teori konstruktivisme dalam PdPc STEM
Konstruktivisme menekankan PdP berpusatkan pelajar. Segala pengetahuan yang dimiliki oleh
pelajar adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar tersebut dan bukannya
pengajaran yang diterima secara pasif. Guru berperanan sebagai pemudah cara yang membantu pelajar
membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Guru juga berperanan sebagai pereka bentuk bahan
pengajaran yang bersesuaian dengan pengetahuan sedia ada pelajar serta menyediakan peluang kepada
pelajar membina pengetahuan baharu menerusi pengalaman.
Menurut Vogel-Walcutt et al. (2011), beberapa pendekatan pengajaran terletak di bawah
‘payung’ konstruktivisme seperti pembelajaran berasaskan masalah (Schmidt et al., 2007),
pembelajaran penemuan atau inkuiri (Dean & Kuhn, 2006) dan pembelajaran penyelidikan atau
eksperimen (Hmelo-Silver, Duncan & Chinn, 2007). Ini menunjukkan bahawa pembelajaran
berasaskan masalah dan pembelajaran siasatan dikategorikan sebagai contoh pendekatan
konstruktivis. Pendekatan ini pada kebiasaannya bermula dengan satu permasalahan dan ia
bertentangan dengan pendekatan tradisional. Guru membantu pelajar memikirkan cara melakukan
operasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pengajaran atau arahan matematik yang melibatkan pendekatan konstruktivis akan memberi
peluang kepada pelajar untuk berfikir dan menggunakan pengetahuan matematik sedia ada untuk
mengetahui dan memahami pengetahuan matematik baru yang akan dipelajari. Menurut Nik (1999),
pengajaran dan pembelajaran matematik yang menggunakan pendekatan konstruktivis melibatkan tiga
peringkat: pembelajaran pengalaman aktif (active experiential learning), refleksi (reflection) dan
abstraksi (abstraction). Pelajar akan memperoleh pembelajaran pengalaman aktif dengan menjalankan
satu siri tindakan dalam satu aktiviti. Refleksi adalah proses mental yang memantau pelbagai operasi
yang berlaku semasa menjalankan tindakan. Abstrak melibatkan ekspresi konsep, fakta atau algoritma
yang diwakili oleh tindakan-tindakan ini dalam bentuk matematik. Bahan manipulatif digunakan secara
105
meluas dalam sebarang bentuk pengajaran dan arahan yang membabitkan konstruktivisme. Bahan-
bahan ini perlu diambil untuk membantu pelajar membina pengetahuan dan memahami konsep. Dengan
cara ini, pelajar dapat membentuk hubungan antara masalah kehidupan sebenar dan ungkapan
matematik abstrak. Bahan manipulatif yang digunakan harus mudah, mudah alih, murah, warna yang
sesuai dan mempunyai banyak aplikasi (Nik, 1999).
Pembelajaran secara konstruktivisme sangat mementingkan proses pembelajaran itu sendiri
sama seperti pentingnya hasil pembelajaran tersebut. Sebagai persiapan pelajar menghadapi cabaran
pembelajaran abad ke-21, guru matematik harus berusaha untuk membantu pelajar membina
pemahaman tentang konsep yang dipelajari selain memberikan mereka kemahiran dan prinsip yang
diperolehi. Ini dapat dicapai dengan meminta pelajar membuktikan dan menjelaskan teorem dan prinsip
yang dipelajari oleh mereka sama ada secara berkumpulan atau ke seluruh kelas. Pendekatan konstruktif
mendorong kepada pembelajaran secara koperatif yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan,
berpusatkan pelajar dan guru sebagai fasilitator, menggalakkan pelajar menjalankan pelbagai aktiviti
berasaskan penemuan atau projek atau penyelesaian masalah.
Kesimpulannya, pembelajaran secara konstruktivisme wajar diaplikasikan oleh guru kerana
selain dapat menimbulkan kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu bahan pembelajaran, ia
juga berupaya membangkitkan motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar (Abdullah, 2010). Oleh itu
kefahaman mengenai teori pembelajaran konstruktivisme amat berguna dalam membantu guru
matematik merancang dan melaksanakan aktiviti PdPc STEM agar lebih berkesan. Oleh kerana teori
kognitivisme dan konstruktivisme berperanan sebagai teori yang menjelaskan aspek pembelajaran
maka peranan teknologi pula adalah sokongan kepada perkembangan kemahiran dalam teori tersebut.
Teori connectivism didapati bersesuaian untuk dibincangkan dan menunjukkan perkaitan dalam
pendidikan STEM.
4.0 Connectivism
Teori pembelajaran seperti behaviourism (Skinner, 1958), konstruktivisme (Bartlett, Burton &
Peim, 2001; Piaget, 1972) dan kognitivisme (Bruner, 1960; Vygotsky, 1978) telah memberikan
penerangan terperinci tentang proses pembelajaran; Walau bagaimanapun, tiada pernyataan dari teori-
teori tersebut mengambil kira kesan teknologi pembelajaran. Sebaliknya, connectivism adalah teori
teknologi dan berorientasikan rangkaian (Downes, 2008; Siemens, 2006). Connectivism
menggambarkan pengetahuan sebagai satu set pembinaan mental simbolik dan pembelajaran sebagai
proses mengakses dan menyimpan perwakilan simbolik dalam ingatan pelajar. Menurut mereka,
pengetahuan adalah rangkaian manakala pembelajaran adalah proses meneroka rangkaian tersebut.
Connectivism menggalakkan integrasi, kepelbagaian dan pengetahuan yang disambungkan ke seluruh
rangkaian.
Connectivism mempunyai persamaan dengan interaksi manusia dan komputer (human
computer interaction) (HCI). Ia merupakan satu ilmu yang mempelajari bagaimana manusia
berinteraksi dengan komputer dan pengaruh dari interaksi manusia dan komputer. Fokus dari interaksi
manusia dan komputer adalah perancangan dan penilaian antara muka pengguna (user interface)
(Shneiderman, 1998). HCI adalah disiplin ilmu yang berhubungan dengan perancangan, evaluasi dan
implementasi sistem komputer interaktif untuk digunakan oleh manusia serta pembelajaran fenomena
besar yang berhubungan dengannya. Antara elemen dalam teori connectivism ialah:
i. guru menggunakan teknologi komputer di dalam proses PdPc
ii. guru menggalakkan murid untuk meneroka dan menggunakan komputer
iii. guru mendorong pelajar membina dan membentangkan hasil tugasan berbantukan komputer.
4.1 Teori connectivism dalam PdPc STEM
Teori ini digunakan oleh guru dengan membuat perancangan pengajaran baik dalam mata
pelajaran matematik mahu pun disiplin STEM yang lain. Connectivism memfokuskan kepada
penggunaan komputer atau medium interaktif iaitu membina perhubungan di antara pengguna dan
komputer. Pembelajaran boleh berlaku pada tahap yang optimum dan mampu mengurangkan beban
guru dalam menyediakan alatan untuk mengajar di dalam kelas.
Connectivism dibentangkan sebagai teori pembelajaran dalam persekitaran pendidikan dan juga
e-pembelajaran (Kop & Hill, 2008). Kajian empirikal telah dilakukan dengan menggunakan kursus
dalam talian (Barnett, McPherson & Sandieson, 2013). Oleh itu teori connectivism adalah bersesuaian
106
digunakan dalam persekitaran pendidikan termasuk aktiviti dalam bilik darjah. Pengkaji dapati
beberapa artikel berikut mengetengahkan kebaikan teori connectivism dalam proses PdP. Antaranya
Vas, Weber dan Gkoumas (2018), menerangkan bahawa penggunaan teori connectivism memberi
impak teknologi baru dalam pembelajaran. Keupayaan pelajar menggunakan teknologi untuk
membentuk sambungan dan seterusnya menggunakan rangkaian tersebut untuk mencari pengetahuan
yang diperlukan, menunjukkan apa yang boleh dipelajarinya adalah lebih penting daripada apa yang
mereka ketahui sekarang.
Kajian Techakosit dan Wannapiroon (2015) mendapati reka bentuk persekitaran pembelajaran
connectivism berupaya meningkatkan celik saintifik dalam kalangan pelajar. Menurut Renda dan Kuys
(2015), walaupun teori connectivism teori pembelajaran yang agak baru namun kemunculannya dalam
bidang e-pembelajaran dan rangkaian pembelajaran adalah bersesuaian dengan bidang teknikal seperti
Reka Bentuk Perindustrian. Dalam kajian mereka, connectivism berupaya meningkatkan kemahiran
menyelesaikan masalah dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian
pelajar. Kajian ini melibatkan aplikasi laman web yang mempunyai rangkaian sosial berteknologi,
digunakan untuk mengintegrasikan aktiviti pengetahuan dan pembelajaran dalam proses pembelajaran
berasaskan masalah. Dapatan hasil kajian menunjukkan teori connectivism menggalakkan penggunaan
teknologi agar pelaksanaan proses PdPc menjadi lebih efektif, sistematik dan menarik.
5.0 Kesimpulan
Kombinasi teori konstruktivisme, kognitivisme dan connectivism didapati mempunyai
hubungan yang kuat dalam pelaksaanan pendidikan STEM bersepadu. Pengetahuan mengaplikasikan
teori-teori tersebut dapat membantu seseorang guru melaksanakan PdPc yang berkesan dan seterusnya
mampu meningkatkan prestasi matematik pelajar (Rahman, Zamri & Eu, 2017). Kekuatan gabungan
teori-teori ini menjadikan persekitaran STEM menjadi lebih bermakna baik untuk guru dan juga pelajar.
Rujukan
Abdullah, N. (2010). Pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam PPSMI (Unpublished doctoral
dissertation). Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Asunda, P. A. (2014). A conceptual framework for STEM integration into curriculum through career
and technical education, Journal of STEM Teacher Education, 49(1), 4.
https://doi.org/10.30707/JSTE49.1Asunda
Ball, D. L., Hill, H. C., & Bass, H. (2005). Knowing mathematics for teaching who knows mathematics
well enough to teach third grade and how can we decide? American Educator, 29(1), 14-17,
20-22, 43-46. http://hdl.handle.net/2027.42/65072
Barnett, J., McPherson, V., & Sandieson, R. M. (2013). Connected teaching and learning: the uses and
implications of connectivism in an online class. Australasian Journal of Educational
Technology, 29(5), 685–698. https://doi.org/10.14742/ajet.243
Bartlett, S., Burton, D., & Peim, N. (2001). Introduction to education studies. London: Paul Chapman.
Bell, B. (1993). Children's Science, Constructivism and learning in science. Geelong, Victoria:Deakin
University Press.
Bower, G.H., & Hilgard, E.R. (1981). Theories of learning (5th ed.). Englewood Cliffs, NJ:
Prentice-Hall
Bruner, J.S. (1960). The process of education. New York : Vintage Books.
Carter, T. L. (2009). Millennial expectations, constructivist theory, and changes in a teacher preparation
course. SRATE Journal, 18(1), 25-31.
Cooper, P. A. (1993). Paradigm shifts in designed instruction: from behaviourism to cognitivism to
constructivism. Educational Technology, 33(5), 12-19.
https://www.jstor.org/stable/44428049
Costall, A. & Still, A. (1987). Cognitive Psychology in Question. St Martin's Press.
Dean, D., & Kuhn, D. (2007). Direct instruction vs. discovery: the long view. Science Education,
91(3), 384-397. https://doi.org/10.1002/sce.20194
107
.Downes, S., & Hug, T. (Eds.). (2008). An introduction to connective knowledge: media, knowledge &
education - exploring new spaces, relations and dynamics in digital media ecologies. Innsbruck
University Press
Ertmer, P. A., & Newby, T. J. (2013). Behaviorism, cognitivism, constructivism: comparing critical
features from an instructional design perspective. International Society for Performance
Improvement, 26(2), 43–71. https://doi.org/10.1002/piq.21143
Granovskiy, B. (2018). Science, technology, engineering and mathematics (STEM) education: An
overview. Congressional research service (CRS Report).
Hawkins, C. M. (2017). Globalization; science, technology, engineering, mathematics (STEM), project-
based learning; and 21st-century workforce requirements: How they are connected to the Irish
education system (Doctoral dissertation). Retrieved from ProQuest Dissertations & Theses
Global. (10801467).
Hmelo-Silver, C.E., Duncan, R. G., & Chinn, C. A. (2007). Scaffolding and achievement in problem-
based and inquiry learning: a response to Kirschner, Sweller, and Clark (2006). Educational
Psychologist, 42(2), 99-107. https://doi.org/10.1080/00461520701263368
Hunt, W.C., & Zakaria, E. (2018). Hubungan antara Kebimbangan Matematik dan Pencapaian
Matematik Murid Sekolah Rendah. Prosiding Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan
Universiti Awam. (217-227).
Jonassen, D.H. (1991). Objectivism vs constructivism: Do we need a new philosophical paradigm.
Educational Technology Research and Development, 39(3), 5–14.
Kop, R., & Hill, A. (2008). Connectivism: Learning theory of the future or vestige of the past?
International Review of Research in Open and Distance Learning, 9(3).
https://doi.org/10.19173/irrodl.v9i3.523
Lilienfeld, S., Lynn, S. J., Namy, L., & Woolf, N. (2010). Psychology: A Framework for Everyday
Thinking (1st ed.). New York: Pearson.
Lutz, S., & Huitt, W. (2004). Connecting cognitive development and constructivism: Implications from
theory for instruction and assessment. Constructivism in the Human Sciences, 9(1), 67-90.
Meng, E.A. (2002). Pedagogi III (edisi kedua). Shah Alam, Selangor: Fajar Bakti Sdn Bhd
Meyrick, K.M. (2011). How STEM education improves students learning? Meridian K-12 School
Computer Technologies Journal, 14(1), 1-6.
National Science Board. (2012). Science and Engineering Indicators 2012. Arlington VA: National
Science Foundation.
Nik, A. N. P. (1999). Pembentukan model pengajaran matematik berlandaskan konstrutivisme radikal.
Science and Mathematics Education, 11, 27-36
Pallavicini, F., Ferrari, A., & Mantovani, F. (2018). Video games for well-being: A systematic review
on the application of computer games for cognitive and emotional training in the adult
population. Frontiers in Psychology, 9, 2127. https://doi.org/10.3389/fpsyg.2018.02127
Piaget, J. (1972). The epistemology of interdisciplinary relationships. Interdisciplinarity: Problems of
teaching and research in universities, 127-139.
Postman, P. N., & Weingartner, C.. 1969. Teaching as a subversive activity. Delta.
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Pembelajaran secara
konstruktivisme. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rahman, M. N. A., Zamri, S. N. A. S., & Eu, L. K. (2017). Pengetahuan matematik untuk pengajaran
dalam kalangan guru pra perkhidmatan di IPG. In: Social Sciences Postgraduate International
Seminar (SSPIS) 2017. School of Social Sciences, USM, Pulau Pinang, Malaysia, pp. 767-773.
ISBN 9789671544013
Rauf, R. A. A., Rasul, M. S., Sathasivam, R., & Rahim, S. S. A. (2017). Training of Trainers STEM
Build Program for Primary Science Teachers: An Initiative Towards Stem Education in School.
In Conference Proceedings. New Perspectives in Science Education. Florence: Italy.
Renda, G., & Kuys, B. 2015. Connectivism as a pedagogical model within industrial design education.
Procedia Technology, 20(July), 15–19.
108
Schmidt, H. G., Loyens, S. M., Van Gog, T., Paas, F. (2007). Problem-based learning is compatible
with human cognitive architecture: commentary on Kirschner, Sweller, and Clark (2006).
Educational Psychologist, 42(2), 91-97.
https://doi.org/10.1080/00461520701263350
Schunk, D. H. (1991). Self-efficacy and academic motivation. Educational Psychologist, 26(3-4), 207–
231. https://doi.org/10.1080/00461520.1991.9653133
Shernoff, D. J., Sinha, S., Bressler, D. M., & Ginsburg, L. (2017). Assessing teacher education and
professional development needs for the implementation of integrated approaches to STEM
education. International Journal of STEM Education, 4(1), 1–16.
https://doi.org/10.1186/s40594-017-0068-1
Shneiderman, B. (1998). Relate-Create-Donate: a teaching/learning philosophy for the cyber-
generation. Computers & Education, 31(1), 25-39.
Siemens, G. (2006). Connectivism : a new learning theory ? Journal of Instructional Technology and
Distance Learning, 2(1), 1–5.
Siregar, N. C., Rosli, R., Maat, S. M., & Capraro, M. M. (2019).. The effect of science, technology,
engineering and mathematics (STEM) program on students’ achievement in mathematics: A
Meta-Analysis. International Electronic Journal Of Mathematics Education, 15(1), em0549.
https://doi.org/10.29333/iejme/5885
Skinner, B. F. (1958). Teaching machines; from the experimental study of learning come devices which
arrange optimal conditions for self- instruction. Science, 128(3330), 969– 977.
Sosnovsky, S. (2018). TEMPUS Projects MetaMath and MathGeAr. Modern Mathematics Education
for Engineering Curricula in Europe. Switzerland: Springer International Publishing AG.
https://doi.org/10.1007/978-3-319-71416-5
Stepich, D. A., & Newby, T. J. (1988). Analogical instruction within the information processing
paradigm: Effective means to facilitate learning. Instructional Science 17(2), 129–144.
https://doi.org/10.1007/BF00052699
Techakosit, S., & Wannapiroon, P. (2015). Connectivism learning environment in augmented reality
science laboratory to enhance scientific literacy. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
174(2), 2108–2115. https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.02.009
Thibaut, L., Knipprath, H., Dehaene, W., & Depaepe, F. (2018). The influence of teachers’ attitudes
and school context on instructional practices in integrated STEM education. Teaching and
Teacher Education, 71, 190–205.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2017.12.014
Thomas, T. A. (2014). Elementary teachers receptivity to integrated STEM education in the elementary
grade (Unpublished doctoral dissertation). University of Nevada.
Tseng, K. H., Chang, C.C., Lou, S. J., & Chen, W. P. (2013). Attitudes towards science, technology,
engineering and mathematics (STEM) in a project-based learning (PjBL) environment.
International Journal of Technology and Design Education, 23(1), 87-102.
https://doi.org/10.1007/s10798-011-9160-x
Unsworth, N., Redick, T. S., McMillan, B. D., Hambrick, D. Z., Kane, M. J., & Engle, R. W. (2015).
Is playing video games related to cognitive abilities? Psychological Science, 26(6), 759–774.
https://doi.org/10.1177%2F0956797615570367
Vas, R., Weber, C. and Gkoumas, D. (2018). Implementing connectivism by semantic technologies for
self-directed learning, International Journal of Manpower, 39(8), 1032-1046.
https://doi.org/10.1108/IJM-10-2018-0330
Vogel-Walcutt, J. J., Gebrim, J. B., Bowers, C., Carper, T. M., & Nicholson, D. 2011. Cognitive load
theory vs. constructivist approaches: which best leads to efficient, deep learning?. Journal of
Computer Assisted Learning, 27, 133-145. https://doi.org/10.1111/j.1365-2729.2010.00381.x
Vygotsky, L.S., 1978. Mind in society: The Development of Higher Mental Process. Cambridge, MA:
Harvard University Press.
Wallace, B ., Ross, A., Davies, J.B., & Anderson T. 2007. The Mind, the Body and the World:
Psychology after Cognitivism. London: Imprint Academic.
109
Zakaria, E., Addenan, N., Maat, S. M., & Nordin, N. M. (2016). Teaching concepts and use of high-
order cognitive strategies in mathematics among secondary school teachers. Research Journal
of Applied Sciences, 11(8), 632-635.
Zuniga, E. 2017. The impact of globalization, economics, and educational policy on 21st-century skills
and education in science, technology, engineering, mathematics and the science fairs in schools
in Ireland such as fingal school (Doctoral dissertation). Retrieved from ProQuest Dissertations
& Theses Global. (10820750).
110
PERMAINAN TEKA SILANG KATA DALAM
MENINGKATKAN PENCAPAIAN, MOTIVASI DAN
MINAT PELAJAR TERHADAP PEMBELAJARAN
BIDANG SIRAH
Mohd Zahid Zulkefly
Abstrak
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teka silang kata dalam meningkatkan
pencapaian, motivasi dan minat terhadap bidang Sirah mata pelajaran Pendidikan Islam KSSM. Fokus
kajian ini ialah terhadap bidang Sirah dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan 1. Sampel
pelajar terdiri daripada 113 orang pelajar Tingkatan Satu dari sebuah sekolah menengah. Kumpulan
rawatan terdiri daripada 57 orang pelajar manakala kumpulan kawalan terdiri daripada 56 orang pelajar.
Kajian kuasi-eksperimen ini memerihalkan perbandingan penggunaan teka silang kata berbanding
dengan pembelajaran konvensional. Ujian pra, ujian pasca dan soal selidik telah dijalankan terhadap
kedua-dua kumpulan untuk menentukan tahap pencapaian, motivasi dan minat terhadap pembelajaran
bidang Sirah. Data-data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan
statistik inferensi. Skor daripada ujian pasca menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan
di antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan dalam pembelajaran bidang Sirah. Kumpulan
rawatan memperlihatkan peningkatan yang lebih tinggi berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain
itu, dapatan soal selidik memperlihatkan pelajar kumpulan rawatan menunjukkan motivasi dan minat
terhadap bidang Sirah yang lebih positif berbanding pelajar kumpulan kawalan. Kajian ini menunjukkan
penggunaan teka silang kata dalam pengajaran dan pembelajaran bidang Sirah dapat meningkatkan
proses pengajaran dan pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Diharapkan
penulisan ini dapat dijadikan rujukan untuk meningkatkan tahap keberkesanan PdPc bidang sirah.
Kata kunci: Teka Silang Kata, Motivasi, Minat
1.0 Refleksi Pengajaran lalu
Pada PdPc yang lalu, semasa mengajar topik-topik dalam bidang Sirah Pendidikan Islam,
didapati murid-murid kelihatan bosan dan pasif menyebabkan majoriti murid banyak melakukan
kesalahan di dalam latihan berkenaaan topik tersebut. Hal ini menunjukkan bahawa tahap kefahaman
mereka terhadap isi pengajaran adalah rendah.
Sirah merupakan suatu bidang dalam subjek Pendidikan Islam di Malaysia. Berdasarkan kepada
Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Sirah dalam Pendidikan Islam merupakan salah satu
bidang selain bidang al-Quran, Hadis, Akidah, Feqah serta Akhlak Islamiyah. Dalam bidang Sirah,
pelajar diperkenalkan dengan riwayat hidup Rasulullah s.a.w supaya dapat mengambil iktibar daripada
Sirah Rasulullah SAW itu sendiri (Mohd Yusof 2004).
Kajian yang dilakukan oleh Ab Halim (2004) menyatakan bahawa kaedah bercerita adalah
kaedah yang paling memberi kesan menurut persepsi oleh guru-guru sewaktu pengajaran Sirah. Ini
dikuti oleh kaedah latih tubi dan kaedah kuliah. Namun sebaliknya, guru lebih kerap menggunakan
kaedah kuliah dalam pengajaran mereka berbanding kaedah-kaedah yang lain. Ini memperlihatkan
pembelajaran Sirah yang telah berjalan selama ini hanya bersifat tradisional dan sehala (Jundan 2008).
Guru hanya menggunakan media buku dan kaedah syarahan. Cara seperti ini menimbulkan kebosanan
dan tidak menarik perhatian pelajar. Pelajar cenderung tidak meminati pelajaran ini dan menyebabkan
nilai prestasi yang dihasilkan dalam ujian tidak memberansangkan.
2.0 Fokus kajian
Terdapat tanggapan yang menyatakan bahawa pelajar memandang bidang Sirah sebagai
pelajaran yang membosankan sama seperti mata pelajaran Sejarah. Mereka berpendapat bahawa Sirah
merupakan suatu perkara yang kurang memberi faedah dalam kehidupan kerana mereka tidak pernah
memperoleh iktibar dari Sirah dan menjadikan Sirah sebagai pedoman hidup (Radiah 2006). Ini selari
dengan dapatan Ab. Halim (2004) bahawa pelajar merasakan bidang Sirah kurang memberikan impak
111
ke atas kesejahteraan diri mereka. Apabila masalah ini berlaku, pelajar tidak akan merasai manfaat dari
belajar Sirah disebabkan tidak wujud rasa minat terhadap Sirah kerana Sirah tidak boleh dilihat dengan
pandangan mata kasar tetapi ianya perlu difahami dan dihayati dalam hati untuk mendapat iktibar
daripadanya (Jundan 2008).
Oleh itu, satu inovasi berbentuk permainan ke arah menghasilkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan untuk menarik minat dan memberi keseronokan kepada pelajar dengan
penglibatan aktif diri mereka adalah perlu. Permainan teka silang kata dalam kaedah bermain adalah
salah satu permainan yang dicadangkan.
3.0 Objektif kajian
3.1 Objektif Am
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan permainan teka
silangkata dalam pembelajaran bidang Sirah. Kajian ini juga bertujuan untuk menilai tahap
minat dan motivasi pelajar terhadap topik yang diajar pada akhir sesi pengajaran dan
pembelajaran.
3.2 Objektif Khusus
i. Mengkaji perbezaan motivasi dan minat dalam bidang Sirah antara pelajar kumpulan
rawatan (teka silangkata) dengan pelajar pembelajaran konvensional.
ii. Meninjau persepsi pelajar kumpulan teka silangkata terhadap modul teka silangkata
dalam bidang Sirah.
iii. Mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar yang menggunakan teka silang kata
berbanding pelajar yang mengikuti pembelajaran konvensional berdasarkan ujian pra
dan pasca.
4.0 Kumpulan sasaran
Kajian ini dijalankan ke atas 113 pelajar Tingkatan Satu yang beragama Islam di sebuah sekolah
berasrama penuh di daerah Pekan, Pahang.
5.0 Perlaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan Masalah
Pengkaji menggunakan beberapa instrumen dalam menjalankan kajian ini iaitu ujian pra, modul
pengajaran dan pembelajaran teka silang kata, ujian pasca dan soal selidik.
Ujian pra dibina sendiri oleh penyelidik berdasarkan Taksonomi Bloom yang memberikan
panduan dalam pembentukan ujian berdasarkan domain kognitif pengetahuan, kefahaman, aplikasi,
analisis, sintesis dan penilaian. Soalan-soalan ujian adalah berbentuk objektif aneka pilihan
merangkumi topik-topik yang terdapat dalam bidang Sirah.
Ujian Pra diadakan untuk menilai pengetahuan sedia ada pelajar kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan dalam bidang Sirah sebelum mereka mengikuti pembelajaran menggunakan kaedah
teka silangkata dan kaedah konvensional. Ujian dijalankan kepada pelajar daripada kelas Tingkatan
Satu yang dipilih pihak sekolah bagi mendapatkan data prestasi pelajar.
Berdasarkan markah ujian pra, para pelajar akan ditentukan sama ada terpilih dalam kajian atau
sebaliknya. Pelajar yang mendapat markah sederhana iaitu lingkungan 40 -69 markah akan dipilih
sebagai sampel. Berdasarkan markah ujian pra juga, kelas yang terpilih sebagai kumpulan rawatan akan
dibahagikan para pelajarnya kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang
pelajar pelbagai tahap kepintaran untuk mengikuti proses kajian selanjutnya.
Kumpulan rawatan ialah kumpulan yang dipilih untuk menjalani kaedah pengajaran dan
pembelajaran mengikut aspek dan strategi pendekatan teka silangkata. Seramai 57 orang pelajar yang
dipilih akan menduduki ujian pra sebelum pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
Kumpulan kawalan dalam kajian ini merupakan kumpulan yang dipilih untuk membandingkan
markah-markah skor yang diperolehi dengan kumpulan rawatan. Bagi tujuan itu, ujian pra dan ujian
pasca diberikan kepada kumpulan ini. Ujian pra dilaksanakan bagi memastikan responden yang dipilih
mempunyai tahap yang hampir sama iaitu lingkungan markah 40-69 peratus. Seramai 56 orang pelajar
dipilih untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara konvensional daripada guru.
112
Topik yang diajar kepada kumpulan kawalan adalah sama dengan kumpulan rawatan iaitu
topik-topik dalam bidang Sirah. Perbezaan antara kumpulan ialah dari segi pendekatan dan kaedah yang
digunakan iaitu menggunakan pendekatan konvensional.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Hasil ujian pra mendapati responden mendapat lingkungan markah yang hampir sama. Jadual
1.0 menunjukkan keputusan ujian pra kedua-dua kumpulan.
Jadual 1.0
Taburan Ujian Pra Responden Mengikut Strategi Pembelajaran
Markah Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan Interpretasi
0-39 4 (7.01 %) 3 (5.35%) Rendah
40-69 36 (63.15%) 34 (60.71%) Sederhana
70-100 17 (29.82%) 19 (33.92%) Tinggi
Jumlah 57 (100 %) 56 (100 %)
Jadual di atas menunjukkan tahap pengetahuan Sirah bagi sampel kedua-dua kumpulan berada
pada tahap yang sederhana. Bagi kumpulan rawatan, mod ialah pada tahap sederhana iaitu 63.15%
sampel (n=36). Hanya terdapat 7.01% sampel (n=4) sahaja yang berada di tahap rendah. Bagi kumpulan
kawalan juga, skor mod pada tahap sederhana iaitu 60.71% sampel (n=34). Hanya terdapat 5.35%
sampel (n=3) sahaja dalam kumpulan kawalan berada di tahap yang rendah.
5.3 Tindakan yang dijalankan
Berdasarkan markah ujian pra, kelas yang terpilih sebagai kumpulan rawatan dibahagikan para
pelajarnya kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada empat hingga lima orang pelajar pelbagai
tahap kepintaran untuk mengikuti proses kajian selanjutnya.
Dari segi pelaksanaannya, semua pelajar yang terpilih sebagai responden akan didedahkan
dengan penggunaan teka silangkata oleh guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Modul pembelajaran teka silang kata dalam kajian ini dibina sendiri oleh penyelidik
berdasarkan model koperatif STAD yang diadaptasi daripada kajian Parno (2009).
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Topik yang diajar kepada kumpulan kawalan adalah sama dengan kumpulan rawatan iaitu
topik-topik dalam bidang Sirah. Perbezaan antara kumpulan ialah dari segi pendekatan dan kaedah yang
digunakan iaitu menggunakan pendekatan konvensional. Proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung selama tiga minggu, iaitu 80 minit seminggu. Seminggu selepas pengajaran dan
pembelajaran berakhir, pelajar kumpulan rawatan akan diberi ujian pasca bagi mendapatkan skor untuk
dibandingkan dengan kumpulan kawalan.
Ujian pasca terdiri daripada 10 soalan berbentuk objektif aneka pilihan yang berkisar topik-
topik dalam bidang Sirah yang telah diajarkan kepada kedua-dua kumpulan sepanjang kajian ini. Ujian
pasca diadakan untuk menilai pengetahuan baru pelajar setelah menjalani pembelajaran menggunakan
kaedah teka silangkata dan kaedah konvensional. Kedua-dua kumpulan iaitu kumpulan rawatan dan
kumpulan kawalan akan menjawab soalan yang sama selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang. Dapatan skor responden dinilai dan dibuat perbandingan antara kedua-dua kumpulan.
Jadual 1.1 menunjukkan keputusan ujian pasca kumpulan rawatan.
Jadual 1.1
Keputusan Ujian Pasca Kumpulan Rawatan
Markah Kumpulan Rawatan Interpretasi
0-39 0 (0%) Rendah
40-69 23 (40.3%) Sederhana
70-100 34 (59.6%) Tinggi
Jumlah 57 (100 %)
113
Jadual di atas menunjukkan skor mod ialah pada tahap tinggi 70 - 100 markah iaitu 59.6%
sampel (n=34). Manakala 40.3% (n=23) berada pada tahap sederhana. Tiada sampel berada pada tahap
yang rendah. Oleh itu, secara keseluruhannya prestasi kumpulan rawatan adalah tinggi setelah
penggunaan modul pembelajaran teka silang kata.
Pelajar juga menjawab soal selidik untuk memenuhi objektif kajian. Dua set soal selidik telah
dibina sendiri oleh penyelidik dalam kajian ini. Soal selidik yang diberikan kepada kumpulan rawatan
adalah untuk mendapatkan maklum balas berkenaan motivasi dan minat mereka terhadap
pembelajaran bidang Sirah. Soal selidik ini juga bertujuan mendapatkan pandangan mereka terhadap
pembelajaran teka silangkata. Selain itu soalan-soalan yang dibina dalam soal selidik ini juga adalah
untuk menguji kemampuan penggunaan teka silangkata untuk mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang ceria dan terbuka bagi merangsang pemahaman dan penghayatan yang menyeluruh
kepada pelajar terhadap ilmu yang diperolehi. Soal selidik yang diberikan kepada kumpulan rawatan
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
Manakala soal selidik yang diberikan kepada kumpulan kawalan adalah untuk menilai motivasi
dan minat mereka terhadap pembelajaran bidang Sirah. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian
iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Kedua-dua bahagian ini adalah soalan yang sama yang diajukan
kepada kumpulan rawatan.
Analisis data berdasarkan soal selidik menunjukkan perbezaan motivasi dan minat pelajar
rawatan dan pelajar kawalan adalah tinggi. Skor min bagi kumpulan rawatan ialah 4.04 (n=57,
SP=0.58679), manakala skor min kumpulan kawalan ialah 2.88 (n=56, SP=0.65748). Ini menunjukkan
skor min kumpulan rawatan lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Manakala nilai t antara
kumpulan ialah t=9.928 dan tahap signifikan ialah p=0.000. Ini bererti terdapat perbezaan yang
signifikan antara motivasi dan minat kumpulan rawatan dengan kumpulan kawalan. Minat dan motivasi
kumpulan rawatan terhadap pembelajaran Sirah adalah lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan.
5.5 Refleksi Kajian
Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa motivasi dan minat pelajar kumpulan teka silangkata
adalah lebih tinggi berbanding kumpulan pembelajaran konvensional. Ini menunjukkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran telah menyumbang terhadap aspek motivasi dan minat. Ini dapat dikaitkan
dengan pendapat Sakri (2012), minat seseorang adalah berperingkat. Seterusnya, minat seseorang
dikatakan pada peringkat yang tinggi apabila seseorang itu sangat menginginkan objek yang diminati
dan mempunyai keinginan atau kehendak untuk memilikinya dengan segera. Dapatan ini sesuai dengan
kajian dalam mata pelajaran Sejarah oleh A Agus (2009).
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa persepsi pelajar kumpulan rawatan terhadap
modul teka silangkata adalah positif. Dalam kajian ini, pelajar menyatakan permainan teka silangkata
dapat meningkatkan tahap ingatan mereka terhadap pembelajaran bidang Sirah serta memudahkan
pemahaman mereka terhadap sesuatu tajuk dalam Sirah Pendidikan Islam.
Ini bersesuaian dengan prinsip pembelajaran kognitif yang dikemukakan Ertmer & Newby
(1993) yang menyatakan bagaimana pelajar menerima, memproses, menyimpan dan mencari makumat
dalam memori. Melalui strategi teka silangkata, pelajar akan mengetahui apa yang mereka pelajari
daripada pembayang soalan yang telah dipilih.
Dapatan kajian ini juga menunjukkan bahawa prestasi pelajar kumpulan teka silangkata adalah
tinggi berbanding dengan pembelajaran konvensional. Ini bermakna pengajaran dan pembelajaran
menggunakan teka silangkata memberi kesan lebih baik dalam meningkatkan pencapaian pelajar bagi
bidang Sirah. Maka, ini menyokong dapatan kajian lepas yang melibatkan mata pelajaran lain seperti
mata pelajaran Kimia (Nuzul 2013), Biologi (Putri Wahyu 2014), Bahasa Inggeris (Wiwat 2013) dan
Bahasa Arab (Khalilullah 2012). Implikasi dapatan ini penting kerana menunjukkan cadangan bahawa
pembelajaran teka silangkata wajar digunakan di dalam kelas khususnya dalam bidang Sirah Pendidikan
Islam.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
Kajian ini telah dijalankan secara kuasi eksperimen. Oleh itu dapatan kajian adalah benar untuk
pelajar Tingkatan Satu yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah tersebut sahaja.
Adalah dicadangkan agar kajian yang akan datang dijalankan menggunakan kaedah tinjauan. Para
pelajar sekolah dalam sesebuah daerah atau negeri boleh digunakan sebagai sampel. Ini dapat memberi
114
input kepada pihak bertanggungjawab dalam merancang program-program pembangunan
pembelajaran.
Selain itu, kajian ini hanya melibatkan 113 orang pelajar sahaja dan menunjukkan jumlah
sampel yang kecil. Adalah dicadangkan agar kajian lanjutan haruslah melibatkan lebih ramai pelajar.
Penggunaan pelajar yang lebih ramai menambahkan kuasa ujian.
Kajian ini hanya melibatkan bidang Sirah Pendidikan Islam Tingkatan Satu sahaja. Adalah
dicadangkan agar kajian akan datang dijalankan secara meluas terhadap keseluruhan bidang-bidang
yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam Tingkatan Satu. Ini dapat membantu pelajar
mempelajari bidang-bidang lain dengan lebih mudah dan seterusnya dapat menguasai konsep dan ilmu
yang terdapat dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dengan lebih mudah.
Rujukan
A Agus .(2009). Kreativiti Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. In: Transformasi Pengajaran dan
Pembelajaran Sejarah UKM dan Universiti Riau Indonesia.
Ab. Halim Tamuri .(2004). Keberkesanan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam ke
atas Pembangunan Diri pelajar. Bangi: Fakulti Pendidikan UKM.
Ertmer & Newby .(1993). Behaviorism, cognitivism, constructivism: comparing critical features from
an instructional design perspective. Wiley Online Library.
Jundan .(2008). Efektifitas Penggunaan Multimedia dalam Pembelajaran Sirah Nabawiyah.Universitas
Muhammadiyah Surakarta.
Khalilullah .(2012). Permainan Teka Teki Silang Sebagai Media dalam Pembelajaran Mufradat Bahasa
Arab. Jurnal Pemikiran Islam; Vol. 37, No. 1.
Mohd Yusuf Ahmad .(2004). Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya, m/s 31.
Nuzul Rakhmadhani .(2013). Pengaruh Penggunaan Metod Permainan terhadap motivasi dalam
pembelajaran. Jurnal Pendidikan Kimia, Universitas Sebelas Maret
Parno. (2009). Perbedaan penguasaan pokok-pokok fisika sekolah mahasiswa antara pembelajaran
menggunakan peta konsep dan model pemecahan masalah dengan model STAD. Universitas
Negeri Malang JI. Gombong 4 Malang.
Putri Wahyu .(2014). Penerapan Teka Teki Silang (TTS) Untuk Meningkatkan Motivasi Hasil Belajar
Biologi. Jurnal Universiti Jember, Vol. 3, No. 1
Radiah Idris. (2006). Kenapa Mahasiswa Jahil Sirah?
http://munawwarah.blogdrive.com/archive/62.html [1Mei 2009].
Sakri Yusof. (2012). Sikap dan minat pelajar kemahiran membaca dan menghafal al-Quran di negeri
Perak. Tesis Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wiwat .(2013). Crossword Puzzle as a Learning Tool for Vocabulary Development. Electronic Journal
of Research in Educational Psychology.
115
ScanNGo
Ragu A/L Sinnasamy 1,Vadivelan A/L Lohonathan2 dan Kukan A/L Nallepan,2 1,2,3SJK(T) Sepang, Selangor
Emel: ragu@edidik.edu.my
Abstrak
ScanNGo merupakan satu Google form (single form) bagi semua urusan sekolah. Sistem ini dihasilkan
untuk tujuan meringankan bebanan guru. Dengan adanya ScanNGo guru-guru hanya menghantar data
yang diperlukan melalui google form. Guru-guru boleh menghantar data melalui talipon pintar mudah
alih. Dengan berbuat demikian analisa data dan format maklumat yang diperlukan dijana secara
automatik. Penjanaan data dan laporan akan disimpan didalam cloud Google. Simpanan data dan
laporan ini hanya boleh di akses oleh Guru Besar, guru-guru Penolong kanan dan guru yang dilantik
untuk urusan tertentu. Walaupun penggunaan QR CODE telah wujud di sekolah-sekolah namun ianya
adalah satu Code untuk satu urusan. Saya telah menghasilkan satu QRCODE untuk semua urusan. Ini
akan menjimatkan masa guru-guru. Urusan yang telah diintegrasikan ialah Kehadiran Murid RMT,
Kehadiran Murid Kelas Tambahan UPSR, Laporan kawalan Kelas, Laporan Perhimpunan, Laporan
RMT, Minit Curai, Penggunaan Bilik-Bilik Khas, Pencapaian sekolah, Kehadiran Guru KOKU.
Amalan Baik ini telah memberikan impak yang sangat baik di kalangan guru-guru. Guru-guru tidak
perlu mencari buku kehadiran atau laporan pada setiap hujung bulan bagi melengkapkan. Ini kerana
sistem ini akan mengisi semua data yang diperlukan secara automatik. Guru hanya cetak dan simpan
untuk tujuan rujukan.
Kata kunci : ScanNGo, QR CODE, single form
1.0 Refleksi Pengajaran yang lalu
Bekas Menteri Pendidikan YB Mazlee Malik semasa berucap di Perhimpunan Khas Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) dan Amanat Tahun Baharu Menteri
Pendidikan pada 28.12.2019 mengatakan bahawa “KPM komited memastikan semua tugas pentadbiran
yang ada seharusnya bertujuan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran anak-anak di sekolah. Ini
termasuk menyelesaikan semua tugas yang bertindih dan tidak relevan dengan Pengajaran dan
Pembelajaran. Ini semua untuk memastikan guru fokus mengajar serta mendidik di dalam kelas.
Pesanan YB Bekas Menteri Pendidikan dengan jelas telah memberikan pesanan kepada seluruh warga
pendidik supaya memberikan fukos utama kepada peningkatan kualiti pembelajaran murid-murid
sekolah. Oleh itu semua pihak harus melangkah kearah meringankan bebanan guru supaya matlamat
yang disampaikan itu di capai.
Berdasarkan kesemua isu yang telah dikenal pasti, Kementerian Pendidikan telah menggariskan
strategi pelaksanaan dalam tempoh jangka masa pendek untuk dilaksanakan sepanjang 2019, jangka
sederhana iaitu untuk dilaksanakan pada Jun 2019 dan jangka panjang untuk dilaksanakan pada tahun
2020 sehingga 2021,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap.
Ledakan Teknologi memanglah memudahkan para guru untuk meningkatkan keberkesanan
Pdpc. Walaubagaimanapun kewujudan QRCODE dan Google form pada masa kini banyak di gunakan
di sekolah-sekolah. Satu tugas satu QRCODE dan Form dibina secara berasingan mengikut tugasan.
Analisa data adalah daripada carta form itu sendiri.
Profesion keguruan merupakan profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya
yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan
kerja dalam kalangan guru-guru juga menjadi topik penyelidikan. Beban tugas yang banyak telah
menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan emosi kepada guru. Di dalam kelas guru
juga terpaksa membuat pelbagai keputusan dalam satu jangka waktu yang singkat (40 hingga 80 minit).
Setiap hari seorang guru akan berhadapan dengan 20 hingga 120 orang pelajar dalam kelas yang terdiri
daripada 20 hingga 30 orang pelajar. Guru tidak boleh menumpukan perhatian terhadap seorang pelajar
sahaja, tetapi kepada semua pelajar dalam kelasnya yang mempunyai kepelbagaian minat, bakat,
116
hambatan pembelajaran, keadaan emosi dan latar budaya. Oleh kerana itu, untuk menumpukan
perhatian sekali gus terhadap semua pelajar memerlukan suatu seni kompleks yang tinggi.
Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Siti Rodziah Kadir (1982) telah
membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) di Selangor dan Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah
beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang
diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja
perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar
guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu.
2.0 Fokus Kajian
Saya dapat memerhatikan kekangan guru-guru untuk menyediakan dan menyiapkan pelbagai
laporan yang diperlukan oleh pihak sekolah/Daerah/JPN dan KPM. Para Guru kelihatan Stress dan tiada
berminat terhadap Pdpc disebabkan kekangan penyediaan laporan, kehadiran murid dan sebagainya.
Tugasan sampingan yang banyak menyebabkan mereka tidak dapat menumpukan terhadap murid.
Oleh itu, bagi mengurangkan bebanan penyediaan laporan, kehadiran murid saya telah pun
membuat inovasi ini untuk tujuan meringankan bebanan tugas guru. Saya dapat perhatikan Penyediaan
Laporan RMT dan Kehadiran RMT melibatkan seorang guru untuk satu kelas. Setiap hari guru-guru
perlu bawa buku kehadiran ke kantin dan menandakan kehadiran murid. Setiap bulan guru-guru perlu
membuat perkiraan kehadiran secara manual untuk melengkapkan laporan.
Profesion keguruan merupakan profesion yang sungguh mencabar memandangkan tugasnya
yang begitu banyak dan tanggungjawabnya yang begitu berat. Di Malaysia, persoalan mengenai tekanan
kerja dalam kalangan guru-guru juga menjadi topik penyelidikan. Beban tugas yang banyak telah
menimbulkan kerumitan, ketidakpuasan hati dan keletihan emosi kepada guru. Di dalam kelas guru
juga terpaksa membuat pelbagai keputusan dalam satu jangka waktu yang singkat (40 hingga 80 minit).
Setiap hari seorang guru akan berhadapan dengan 20 hingga 120 orang pelajar dalam kelas yang terdiri
daripada 20 hingga 30 orang pelajar. Guru tidak boleh menumpukan perhatian terhadap seorang pelajar
sahaja, tetapi kepada semua pelajar dalam kelasnya yang mempunyai kepelbagaian minat, bakat,
hambatan pembelajaran, keadaan emosi dan latar budaya. Oleh kerana itu, untuk menumpukan
perhatian sekali gus terhadap semua pelajar memerlukan suatu seni kompleks yang tinggi.
Beban tugas guru telah menjadi satu isu sejak lama dulu. Siti Rodziah Kadir (1982) telah
membuat kajian tentang persepsi guru-guru yang mengajar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) di Selangor dan Negeri Sembilan. Guru-guru menyatakan kerumitan yang mereka alami ialah
beban tugas yang berat, kekurangan peralatan, kekurangan persiapan mengajar kerana kursus yang
diikuti tidak mencukupi, saiz kelas yang besar dan kerja-kerja perkeranian yang dibuat. Kerja-kerja
perkeranian ini akan mendatangkan keletihan kepada guru dan boleh mengurangkan masa mengajar
guru di dalam kelas serta membuatkan fikiran guru tidak tenteram kerana masanya sentiasa terganggu.
Dalam konteks Malaysia, menurut Syed Ismail dan Ahmad Subki (2010), sistem pendidikan
akan dapat mencapai matlamat apabila guru-guru yang berkualiti dapat dihasilkan. Hal ini kerana
pencapaian pelajar yang cemerlang adalah bergantung dengan keberkesanan sistem pengajaran
yang digunapakai oleh guru mereka (Adeyemi,2010). Sehubungan dengan itu, guru adalah aset
yang sangat berharga dalam sistem pendidikan bagi mana-mana negara sekalipun. Hal ini kerana,
peranan guru-guru adalah sangat penting demi memastikan pencapaian objektif dalam proses
persekolahan secara amnya serta proses pengajaran dan pembelajaran(PdP) secara khususnya
(Mohamad Johdi, 2007). Menurut Saedah dan Mohammed Sani (2012), tanpa penglibatan dan
sokongan daripada kaum guru, segala perancangan pendidikan yang telah disediakanakan terbengkalai
begitu sahaja. Ololube (2006) mengatakan bahawa pencapaian matlamat pendidikan dalam mana-mana
masyarakat secara dasarnya berkait rapat dengan prestasi kerja guru-guru dalam masyarakat itu.
Sebagai input utama dalam kualiti pendidikan, prestasi kerja guru telah digariskan secara meluas
sebagai faktor kritikal yang mempengaruhi kualiti pendidikan (Mekonnen, 2014). Nadeem et al.(2011)
pula mengatakan bahawa dalam keseluruhan sistem pendidikan, prestasi kerja guru merupakan salah
satu faktor penyumbang dalam menentukan keberkesanan sekolah dan hasil pembelajaran
117
3.0 Objektif Kajian
3.1 Objektif Am
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui jumlah masa yang digunakan oleh guru untuk
menjalankan tugas akademik dan bukan akademik, membuat perbandingan antara beban tugas
guru dari segi akademik dan bukan akademik serta tugas rutin dan tugas bermusim dan
mengenal pasti tahap motivasi pengajaran guru dalam bilik kelas.
3.2 Objektif Khusus
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
i. Meninjau beban tugas bukan akademik guru di sekolah SJK(T) SEPANG.
ii. Meninjau beban tugas guru di sekolah SJK(T) SEPANG bagi penyediaan laporan dan
cetakan laporan.
iii. Meninjau kepantasan tugasan yang disap tanpa mengganggu pdpc.
4.0 Kumpulan Sasaran.
Guru-guru SJK(T) Sepang
5.0 Perlaksanaan Kajian
5.1 Tinjauan masalah
Guru-guru di SJK(T) Sepang pada masih kini, mereka perlu menyediakan banyak laporan
dalam bentuk hard copy dan simpan di dalam fail mereka. Ini mengambil masa yang lama bagi
seseorang guru. Sekiranya pentadbir memerlukan sesuatu Laporan maka guru-guru perlu cari fail
tersebut dan tunjukkan kepada pentadbir sekolah sebagai evidensnya. Banyak masa pdpc disia-siakan
untuk kerja perkeranian ini. Diantara laporan yang disediakan oleh Guru-Guru ialah Laporan RMT,
Laporan Kehadiran RMT, Laporan Guru Bertugas, Laporan kawalan Kelas, Laporan PLC, Laporan
Kehadiran Kelas tambahan UPSR, Penggunaan Bilik-bilik khas, Minit Curai, Borang kelaur Pejabat,
Kebenaran Ibu bapa, Kehadiran Murid KPBM, Laporna Perhimpunan pagi, Laporan panitia,Laporan
Mesyuarat dan Minit Mesyuarat guru dan lain-lain lagi. Kesemua laporan ini perlu disediakan secara
harian, mingguan atau bulanan.
5.2 Analisis Tinjauan Masalah
Bebanan menyediakan pelbagai laporan memang menyebabkan tegangan kepada guru-guru.
Setiap kali saya minta laporan guru-guru tidak dapat menyerahkan Laporan mengikut tempoh yang
diberikan. Saya juga menghadapi masalah dalam menyediakan sebarang keputusan kerana kelewatan
laporan yang diterima.
Pada setiap hujung bulan guru Penyelaras RMT mencari-cari buku kehadiran RMT untuk
menyediakan rumusan kehadiran. hampir seminggu beliau memerlukan untuk menyiapkan rumusan
kehadiran RMT. Apabila ditanya, alasan yang diberikan ialah buku kehadiran RMT hilang atau tidak
dapat dijumpai.
Minit curai juga dibawa ke perhatian saya sangat lewat. Ramai guru pula tidak menyediakan
minit curai kerana bebanan tugas Guru. Saya juga dapat perhatikan semua guru tidak dapat menulis
laporan di dalam buku laporan guru bertugas. Ini kerana buku tersebut tidak diterima oleh guru bertugas
yang lepas. Keciciran buku tersebut kerap berlaku. Pada akhir tahun saya perhatikan banyak hari tidak
ditulis laporan. Rungutan semua guru adalah penyediaan terlalu banyak laporan. Mereka perlu
menghabiskan masa yang lama di hadapan komputer atau laptop.
Secara praktikalnya semua guru menghadapi kesukaran dalam menyimpan Cetakan Laporan
di dalam fail. Dimana Satu laporan dikehendaki mencetak 3 salinan untuk disimpan dalam 3 fail yang
berasingan. Maka bilangan cetakan laporan dan bilangan fail ynag banyak menyukaran guru-guru untuk
mengingati dan mengambil fail yang diperlukan pada sesuatu masa. Saya sendiri menyedari bahawa
semua guru menghabiskan masa yang lama untuk penyediaan fail dan laporan.
5.3 Tindakan yang dijalankan
Saya dengan ilmu pengetahuan ICT saya mengilhamkan inovasi ScanNGo ini. Dimana
penggunaan google form dijadikan mesra pengguna. Hanya satu borang sahaja diwujudkan untuk
seluruh warga sekolah. Mereka hanya perlu pilih menu dan tugasan yang hendak key in. Inovasi ini
118
sangat memudahkan guru. Tugasan yang diberikan disiapkan dengan lebih mudah dan tepat pada masa.
Penjimatan masa, tenaga, dan juga keseronokan menyediakan laporan diwujudkan. Guru-guru kini
lebih senang menyediakan laporan mereka pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja pun. Guru-
guru tak perlu menggunakan laptop atau PC lagi untuk menyediakan laporan-laporan. hanya dengan
talipon pintar beres tugasan. Guru-guru hanya boleh menggunakan sekiranya cetak laporan yang
dikehendaki. Secara tidak langsung bebanan guru-guru sekolah SJK(T) Sepang dikurangkan.
Saya mengambil selama 2 tahun untuk menghasilkan sistem ScanNGo ini. setelah
memerhatikan bebanan guru yang begitu banyak, saya mula memikirkan untuk meringankan bebanan
tugas yang boleh setakat. Jadi terhasilnya inovasi ini untuk meringankan bebanan guru.
5.4 Perlaksanaan Tindakan dan Pemerhatian/ Penilaian
Perlaksanaan Sistem ini amatlah membantu guru-guru di sekolah SJK(T) SEPANG. Guru-guru
pada mulanya ragu-ragu mengenai sistem ini, setelah menggunakannya semua guru begitu terharu dan
merasa seronok untuk bekerja. Dimana sistem ini memberikan kebebasan kepada para guru untuk
mengkunci masuk data yang diperlukan. Sebelum menggunakan sistem ini guru-guru memerlukan masa
yang lama untuk menyiapkan laporan dan juga menyerahkan data yang dikehendaki oleh pentadbir.
Dimana guru-guru perlu mebuka Laptop atau komputer untuk menyediakan data atau laporan. Meraka
juga perlu mencetak Laporan yang dikehenadi oleh Guru Besar. Ini mengambil masa dan juga guru-
guru terpaksa menggunakan masa pdpc mereka. Manakala dengan adanya sistem ini guru-guru tidak
perlu lagi membuka komputer atau laptop. Ini kerana semua data yang dikehendaki boleh dihantar
melalui talipon pintar dengan google form sahaja.
Laporan pula dijana secara automatik. Laporan yang dijana itu pula dibuat salinan dan dihantar
melalui emel kepada guru yang memasukkan data dan satu salinan kepada Penolong Kanan yang
bertanggung jawab, Satu Salinan kepada Guru Besar manakala satu salinan lagi pula dihantar kepada
drive sekolah. Kehilangan data tidak wujud. Fail-Fail pula tidak perlu. Semuanya disimpan dalam
bentuk digital.
5.5 Gambar-gambar perlaksanaan ScanNGo
119
120
121
5.6 Refleksi Kajian
Inovasi ini sangat membantu kepada guru-guru SJK(T) SEPANG. Meringankan bebanan guru.
semua guru SJK(T) SEPANG memang menyambut baik penggunaan inovasi ini. Mereka berasa senang
dan mudah untuk menggunakan inovasi ini. Mereka juga tidak perlu lagi bimbang tentang keciciran
data atau laporan. Kaedah penyimpanan yang teratur dan secara digital ini memudahkan guru-guru
untuk merujuk balik apabila laporan diperlukan.
6.0 Cadangan Untuk Kajian Seterusnya
SJK(T) SEPANG mengamalkan 20% digitilasi sekolah. saya bercadang untuk
mendigitalasikan SJK(T) SEPANG kepada 60%. Pada masa akan datang sekolah ni menjadi sekolah
digital yang pertama di daerah Sepang. Baru-baru ini dua buah sekolah dari Daerah Kuala selangor dan
daerag Gombak telah pun membuat lawatan penanda arasan untuk mengetahui dan mengamalkan
konsep digital ini di sekolah masing-,asing. selain daripada itu SJK(T) SEPANG juga mengamalkan
100% erph. Dimana penulisan RPH adalah di dalam bentuk Digital. Tiada lagi Folder kepada guru-
guru. semuanya disimpan didalam Drive sekolah.
Tugasan atau bidang yang boleh akan didigitalkan sepenuhnya pada masa akan datang. SJKT
SEPANG kearah Digital sepenuhnya. Dengan amalan ini maka kos cetakan dan juga kertas dapatlah
dikurangkan. Penggunaan kertas bolehlah dialihkan untuk penyediaan kertas latihan untuk murid. Ini
meningkatkan kemenjadian murid.
Rujukan
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1986. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia mata pelajaran.
Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 2001. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001: Semua guru adalah guru
disiplin. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
http://eprints.utm.my/view/types/thesis.html
http://deriakacamata.blogspot.com/2010/04/beban-tugas-guru.html
Abd. Rahim. (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors.
Adeyemi, T. O. (2010). Principal’s Leadership Styles and Teacher’s Job Performance
in Senior Secondary Schools in Ondo State, Nigeria. Journal of Economic Theory3 (3),84-97.
Azita Abdul Rahim. (2012). Beban Tugas Guru Sekolah Menengah di Daerah Batu Pahat, Johor Darul
Takzim. Tesis yang tidak diterbitkan. Johor Darul Takzim : Universiti Teknologi Malaysia.
122
TERIMA KASIH
PERSATUAN GURU STEM MALAYSI
123
top related