persepsi pelajar pendidikan tahun tiga (spa/e/j/h ... · bab ii sorotan kajian 2.0 pengenalan 12...
Post on 31-Dec-2019
17 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR PENDIDIKAN TAHUN TIGA (SPA/E/J/H) TERHADAP
PROGRAM SOKONGAN PEMBELAJARAN
(PENASIHAT AKADEMIK) DI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM), SKUDAI, JOHOR.
WAN RAFEAH BINTI WAN ADNAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRlL 2008
iii
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
kajian ini dapat disiapkan . Selawat dan salam ditujukan kepada Rasulullah S.A.W.
yang membawa rahmat ke seluruh alam .
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Penyelia PSM iaitu En. Rosni
Zamuddin Shah Bin Sidek yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan
dalam menyiapkan kajian ini .
Buat suami tercinta, ibu bapa dan keluarga yang dikasihi...terima kasih diatas
dorongan dan semangat yang diberikan untuk saya terus belajar, cekal dan tidak
mudah putus asa sehingga tamat pengajian di UTM dengan jayanya.
Terima kasih juga ditujukan kepada responden tahun 3 SPA/E/J/H sesi
2007/2008 yang memberikan kerjasama yang baik kepada saya .
Akhir sekali ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan projek ini . Wassalam .
iv
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji persepsi pelajar terhadap program penasihat
akademik di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai Johor sepanjang pengajian
mereka di universiti . Antara aspek yang dikaji ialah peranan penasihat akademik,
personaliti yang ada pada seorang penasihat akademik serta masalah yang dihadapi
oleh para pelajar dalam mendapatkan khidmat penasihatan . Seramai 127 responden
mahasiswa dan mahasiswi terdiri dari pelajar tahun tiga yang sedang mengikuti
kursus SPA/E/J/H di Fakulti Pendidikan . Ia telah dipilih secara rawak mudah untuk
dijadikan sebagai responden kajian . Satu set soal selidik yang mengandungi 27 item
telah dikemukakan kepada responden . Maklumat kajian ini telah dikumpulkan
dengan menggunakan instrumen kajian iaitu soal selidik . Kajian rintis menunjukkan
kebolehpercayaan soal selidik pada nilai Alpha Cronbach 0.927 . Dapatan kajian
dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Package For The Sosial Science (SPSS) .
Penganalisian dibuat secara kaedah deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratus,
dan min . Daripada kajian yang dilakukan, secara umumnya didapati program
penasihatan adalah penting dalam usaha membantu para pelajar sepanjang pengajian
mereka di universiti .
v
ABSTRACT
The research was carried out to investigate student’s perception towards an program
in Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor during their study in university . The
research construct were been studied are the role of academic advisor, the personality
of academic advisor and also the problems that existed in order to get counselling
service . There were 127 respondents from third year students which were from the
course SPA/E/J/H, in Faculty of Education . The surveys were selected by the
researcher . A set of questionnaire which include 27 items were use as the main
instrument for this research . The findings from the preliminary survey showed that
the Alpha Cronbach value for this instrument was at 0.927 . The result was analyzed
using Statistical Package For the Social Science (SPSS) . After that the analysis was
done by descriptive method in frequency, percentage and mean . With this research,
it is shown that generally the counselling program is important in order to assist
students during their studies in university .
vi
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN
JUDUL i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vi– ix
SENARAI LAMPIRAN x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 6
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Rasional Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Operasional 10
1.8.1 Program 10
1.8.2 Persepsi 10
vii
1.8.3 Pelajar – Pelajar Pendidikan Tahun Tiga
10
1.8.4 Penasihat Akademik 11
1.9 Penutup 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Penubuhan Penasihat Akademik di
Universiti
13
2.1.1 Konsep Penasihat Akademik 14
2.1.2 Maksud Penasihat Akademik 14
2.2 Peranan Penasihat Akademik 15
2.2.1 Peranan Pelajar 15
2.2.2 Perkhidmatan Penasihat Akademik
di Universiti
15
2.2.3 Program Penasihat Akademik di
Universiti
16
2.2.4 Komponen Bimbingan 17
2.2.5 Ciri Remaja 17
2.2.6 Pencapaian Akademik Pelajar 18
2.2.7 Tugas dan Tanggungjawab
Penasihat Akademik
19
2.3 Kajian–Kajian Lepas Tentang Penasihat
Akademik
20
2.4 Kesimpulan 22
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 23
3.1 Rekabentuk Kajian 23
3.2 Tempat Kajian 24
3.3 Populasi dan Sampel 24
3.4 Instrumen Kajian 25
viii
3.4.1 Pembinaan Soal Selidik 26
3.5 Kajian Rintis 28
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Kaedah Analisis Data 30
3.8 Jangka Masa Kajian 31
3.9 Kesimpulan 32
BAB IV ANALISA DATA
4.0 Pengenalan 33
4.2 Analisis Data Bahagian A 34
4.3 Analisis Data Bahagian B 37
4.3.1 Persoalan Kajian Pertama 37
4.3.2 Persoalan Kajian Kedua 41
4.3.3 Persoalan Kajian Ketiga 44
4.4 Analisa Keseluruhan 47
4.5 Kesimpulan 48
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 49
5.1 Rumusan 50
5.2 Perbincangan 51
5.2.1 Persepsi Pelajar terhadap Peranan
Penasihat Akademik
52
5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap
Personaliti Penasihat Akademik
53
5.2.3 Masalah Yang Dihadapi Untuk
Mendapatkan Khidmat
Penasihatan
54
5.3 Kesimpulan 55
5.4 Cadangan Tindakan 56
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 57
ix
5.6 Penutup 57
RUJUKAN 59
LAMPIRAN
A Borang Soal Selidik 62
B Surat Pengesahan Soal Selidik 66
C Surat Mohon Kesahan Isi Kandungan
Instrumen Kajian
68
D Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan
Populasi Krejcie dan Morgan (1970)
69
x
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 62 - 65
B Surat Pengesahan Soal Selidik 66
C Surat Mohon Kesahan Isi Kandungan
Instrumen Kajian 68
D Jadual Penentuan Saiz Sampel 69
Berdasarkan Populasi Krejcie dan
Morgan (1970)
xi
SENARAI JADUAL
NO. JUDUL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Item–Item Soal Selidik 27
3.2 Skala Likert 28
3.3 Skala Pengukuran Nilai Min 31
3.4 Skala Pengukuran Nilai Peratus 31
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 34
4.2 Taburan Responden Mengikut Keturunan 34
4.3 Taburan Reponden Mengikut Kursus 35
4.4 Taburan Responden Mengikut Umur 35
4.5 Taburan Responden Mengikut CGPA 36
4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Menerangkan Dapatan Bagi Persoalan
Kajian 1 37
4.7 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Menerangkan Dapatan Bagi Persoalan
Kajian 2 41
4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus dan
Min Menerangkan Dapatan Bagi Persoalan
Kajian 3 44
4.9 Analisis Keseluruhan Mengikut Persoalan Kajian 47
xii
SENARAI SINGKATAN
CGPA - Cumulative Grade Point Average
IPTA - Institusi Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institusi Pengajian Tinggi Swasta
JPTK - Jabatan Pendidikan Teknikal
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PSM - Projek Sarjana Muda
RM8 - Rancangan Malaysia Ke-8
SPA - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPE - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPJ - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPH - Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)
SPM - Sijil Pengajian Malaysia
SPSS - Statistical Package For The Sosial Science
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
% - Peratus
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan adalah elemen terpenting pembangunan negara . Sejak mencapai
kemerdekaan hingga sekarang kerajaan telah memberi tumpuan yang utama dan
peruntukan yang besar untuk pembangunan pendidikan . Ini adalah kerana pendidikan
telah memberi sumbangan yang sangat bernilai kepada pembangunan sosial, ekonomi dan
politik negara . Kejayaan-kejayaan yang dicapai oleh Malaysia, sama ada dari
pembangunan insaniah atau kemajuan dalam era teknologi, mencapai tahap yang
membanggakan ini adalah dari dasar dan polisi pendidikan yang pragmatik, bagi mencapai
matlamat dan wawasan negara .
Pembangunan pembelajaran seseorang individu terutamanya pelajar tidak boleh
dibangunkan secara menyeluruh menggunakan program pembangunan formal semata-
mata. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada suasana sebenar
dimana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari akan dapat diaplikasikan secara
praktikal (Rogayah Abd Rahman, 2002) .
Menurut Semudram (1989), pendidikan menjadi nadi atau keutamaan dan bahan
utama untuk perkembangan dalam teknologi. Sistem pendidikan yang baik bukan sahaja
2
memberi peluang untuk mengejar negara maju malah ia juga menyediakan satu
persekitaran ‘to transplant and adapt’ . Menurut beliau lagi, pelaburan dalam pendidikan
akan memberi faedah kepada peningkatan kualiti buruh, mobiliti buruh, keupayaan
keusahawanan dan kadar penyertaan buruh yang tinggi .
Menurut Mehmet (1987) pula, pendidikan khususnya pengajian tinggi, sudah lama
dihargai oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia sebagai cara terbaik untuk mencapai
mobiliti ke atas diri dari segi ekonomi dan sosial . Rakyat mengharapkan pelajaran sebagai
jalan keluar dari belenggu kemiskinan dan kemunduran .
Sehingga 2007, Malaysia kini memiliki 14 buah Institut Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) dan lebih 601 buah Institut Pengajian Tinggj Swasta (IPTS) bagi menampung
keperluan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM) untuk melanjutkan pelajaran mereka . Institusi pengajian tinggi
mengambil kemasukan pelajar ke universiti tempatan mahupun swasta dan para pelajar
berpusu-pusu untuk mendapatkan tempat di universiti terutamanya di universiti awam
kerana kos lebih murah dan pelbagai kursus ditawarkan . Laporan statistik menunjukkan
jumlah siswazah daripada universiti dan institusi pengajian tinggi meningkat setiap tahun.
Statistik Rancangan Malaysia Kelapan (RM8) untuk tempoh 2001-2005 menunjukkan
siswazah daripada bidang-bidang sastera, sains dan teknikal akan meningkat daripada
136,003 orang (antara tahun 1996-2000) kepada 292, 378 orang dalam tempoh 2001
hingga 2005 . Bidang sastera yang terdiri daripada sastera, kemanusiaan, ekonomi,
perniagaan dan undang-undang meningkat daripada 78, 433 orang (1996-2000) kepada
134,764 orang dalam tempoh 2001-2005 . Bidang sains yang meliputi perubatan, pergigian
pertanian, sains tulen dan berkaitan meningkat daripada 34, 805 siswazah (1996-2000)
kepada 91,607 siswazah pada tahun 2001-2005 . Sementara bidang teknikal yang
merangkumi kejuruteraan, senibina, perancangan bandar dan ukur serta lain-lain bidang
berkaitan, siswazahnya bertambah daripada 22,765 orang untuk tempoh 1996-2000 kepada
66,007 orang untuk tempoh 2001-2005 . (Mohamad Yahya, 2000)
Secara rasional, setiap pelajar mempunyai latar belakang yang berbeza-beza dalam
pelbagai aspek, contohnya tempat tinggal, keluarga dan kedudukan ekonomi . Ada pelajar
yang tinggal di bandar dan ada yang tinggal di kampung . Perbezaan juga wujud dari segi
3
adat kebiasaan mereka, dialog bahasa yang digunakan dan pelbagai lagi . Mereka ini
adalah orang yang berada di universiti untuk menimba ilmu pengetahuan . Universiti
sebenarnya merupakan institusi pelengkap kepada pendidikan yang berlaku di rumah dan
di sekolah . Pendidikan anak-anak bermula di rumah dimana guru pertama mereka adalah
ibu dan ayah kepada anak-anak tersebut . Daripada ibu bapalah anak-anak mempelajari
bahasa dan nilai-nilai dalam kehidupan. Ibu bapalah juga yang melatih dan mendidik anak-
anak supaya dapat menerima nilai-nilai masyarakat sekelilingnya .
Di zaman persekolahan guru kelas yang akan memantau pekembangan diri pelajar-
pelajarnya dari segi pelajaran . Guru kelas akan melihat peningkatan atau penurunan
markah ujian . Bagi pelajar yang bermasalah dalam pelajaran, guru kelas akan membantu
supaya pelajar tersebut tidak terkandas . Kerjasama antara guru sekolah dan ibu bapa
memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah diri dari sudut kecemerlangan
kurikulum mahupun ko-kurikulum di sekolah .
Setelah melangkahkan kaki ke institusi pengajian tinggi, perubahan yang drastik
berlaku dimana sebahagian besar mereka tidak lagi dipantau oleh ibubapa ataupun guru .
Para pensyarah di universiti pula tidak boleh disamakan dengan guru pada zaman
persekolahan dahulu . Bilangan pelajar yang ramai di universiti dan mustahil untuk
pensyarah melihat keadaan para pelajar . Maka, dengan itu sistem penasihat akademik
memainkan peranan yang amat besar dengan harapan dapat meninjau keadaan para pelajar.
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan di universiti amat berbeza
dengan sistem pembelajaran dan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah . Di sekolah,
guru berfungsi sebagai pengajar dan pembimbing yang memberi segala maklumat dan
nota-nota yang berkaitan dengan sesuatu pengajaran yang dilakukan . Menurut Norlaili
Sapan (2002), pelajar selalu bersifat sebagai pendengar dan menyalin nota-nota yang
diberikan oleh guru . Di sekolah juga, pengajarannya adalah berorientasikan peperiksaan di
mana pelajar belajar untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR),
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mahupun Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) .
Berlainan pula dengan sistem pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan di
universiti yang menuntut pelajar untuk mencari maklumat mengenai sesuatu pengajaran
4
yang diajar oleh seseorang pensyarah . Menurut Norlaili Sapan (2002), sekiranya pelajar
rajin mencari maklumat sama ada melalui buku-buku yang telah dicadangkan atau internet,
maka banyaklah input yang akan diperolehi dan memantapkan lagi pengetahuan pelajar
mengenai subjek tersebut . Ini adalah kerana pensyarah tidak akan memberi segala
maklumat kerana pembelajaran di universiti mengalakkan pelajar mencari maklumat
sendiri bukannya ‘disuap’ dengan nota-nota yang diberikan oleh pengajar .
Konsep pembelajaran adalah aktiviti yang membawa kepada perubahan seperti
yang dibawa oleh proses kematangan . Proses biologi yang bersifat semulajadi sudah
mempelajari bermakna bahawa pelajar telah sampai ke tingkat tertentu iaitu pelajar telah
mengetahui atau menguasai, menyedari, memahami dan dapat menerangkan sesuatu yang
sebelumnya tidak diketahui olehnya . Apa yang mungkin dicapai dan dikuasai oleh
seseorang melalui pembelajaran yang luas sangat banyak seperti menguasai maklumat,
fakta, prinsip, konsep, kepercayaan, kebiasaan, sikap dan kemahiran . Menurut Norlaili
Sapan (2002), banyak jenis aktiviti dalam pembelajaran boleh dijalankan termasuklah
menghafal, membaca, menulis, melihat, mendengar, melukis, berbincang dan berfikir .
Pembelajaran tidak boleh dianggap sebagai satu aktiviti sahaja tetapi konsep pembelajaran
seperti itu perlu digunakan dan diperlukan oleh pelajar-pelajar universiti .
Menurut Abu Zahari Abu Bakar (1992) yang dipetik daripada Ma Chau Wai
(2001), pembelajaran dianggap sebagai perolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan
kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat bermula sebaik sahaja dilahirkan . Pembelajaran bukan setakat
merangkumi nilai estetika dan kesenian serta ciri dalaman tetapi juga dipengaruhi oleh
pembelajaran . Pembelajaran boleh membawa perubahan pada diri seseorang sama ada
perubahan ke arah kebaikan atau pun keburukan .
Sistem pembelajaran di universiti jauh berbeza dengan sistem persekolahan .
Mungkin ada dikalangan para pelajar yang menghadapi konflik semasa berada di kampus.
Oleh itu, pihak universiti telah meletakkan beberapa orang pelajar di bawah seorang
penasihat akademik bagi membantu para pelajar berkaitan hal akademik mahupun peribadi.
5
Sistem penasihat akademik merupakan satu sistem yang meletakkan seseorang
pelajar di institusi pengajian tinggi dibawah bimbingan seorang pegawai akademik
sepanjang tempoh pengajiannya . Pegawai ini digelar penasihat akademik dan ianya
merupakan penasihat merangkap sahabat kepada pelajar . Sistem penasihat akademik juga
adalah satu susunan hubungan mentor-mentee (pengajar-pelajar) bagi tujuan menimbulkan
rasa tenteram dikalangan pelajar, yakin diri dan bermotivasi untuk belajar sehingga
akhirnya pelajar mencapai kejayaan di dalam program pengajiannya (Norlaili Sapan,
2002).
Mentor atau pembimbing itu haruslah mempunyai sifat positif seperti mesra,
menolong, berfikiran terbuka serta bersungguh-sungguh membimbing dan berupaya
menjadi penggerak kepada pelajar-pelajar dan sifat ini dapat membantu pelajar dalam
menangani masalah (Zuraidah Abdul Rahman,1997) . Pembimbing harus peka kepada
perasaan pelajar dibawah penasihatannya dan memahami keperluan mereka di dalam
tempoh penasihatan .
Sistem penasihat akademik di universiti seharusnya digunakan oleh mereka
dimana pelajar digalakkan untuk menggunakan sistem penasihat akademik ini dengan
sepenuhnya . Mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkan nasihat, pandangan atau
buah fikiran penasihat akademik jika mempunyai masalah sama ada akademik atau
peribadi serta selalu berbincang tentang perkembangan pelajaran mereka . Pertemuan boleh
diatur pada bila-bila masa yang sesuai sepanjang pengajian pelajar . Perbincangan sesama
pelajar secara kumpulan dengan penasihat akademik juga digalakkan .
Oleh itu, program penasihat akademik dilihat amat perlu diberikan kepada para
pelajar sejak dari tahun satu lagi supaya dapat membantu mereka menyesuaikan diri dalam
keadaan sebenar di universiti serta dapat membimbing mereka dalam menentukan hala tuju
mereka di universiti .
6
1.1 Latar Belakang Masalah
Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sentiasa menyediakan pelbagai
program dan rancangan bagi meningkatkan sahsiah pelajar . Selain motivasi daripada
ibubapa dan rakan sebaya, salah satu program yang dijalankan di institusi pengajian tinggi
khususnya di UTM ialah program penasihat akademik . Program penasihat akademik ini
adalah sistem dimana pensyarah-pensyarah bertindak sebagai penasihat akademik . Mereka
berperanan sebagai pusat rujukan oleh para pelajar di bawah jagaannya bagi membimbing
pelajar supaya mengetahui dengan lebih jelas jika terdapat sebarang kemusykilan berkaitan
mata pelajaran yang diambil .
Program ini dilaksanakan sebagai satu kaedah alternatif kepada pelajar dalam
menangani sebarang masalah dalam pembelajaran . Disamping itu juga, pelajar boleh
berkongsi sebarang masalah dalam kehidupan agar dapat mengurangkan tekanan akibat
sesuatu konflik diri, rakan sebaya, pensyarah dan keluarga. Ia juga dapat memupuk
semangat kekeluargaan yang lebih rapat .
Dalam situasi ini, penasihat akademik bertindak sebagai penjaga kepada pelajar
dibawah penasihatannya dimana penasihat akademik bertanggungjawab untuk
mengenalpasti masalah dan membantu dari segi akademik, sosial, emosi, peribadi dan
pembangunan insan atau akhlak mulia . Secara tidak langsung kemajuan akademik pelajar
sentiasa dipantau dan disiplin pelajar dapat dikawal oleh mereka . Disamping itu, ia akan
dapat membina dan menanam sikap positif dalam diri pelajar seperti kuat berusaha, rajin,
sentiasa menghargai masa, mengambil berat tentang pelajaran dan menghargai
pengorbanan kedua ibubapa .
7
1.2 Pernyataan Masalah
Rentetan daripada latar belakang masalah tersebut penyelidik akan meninjau
persepsi pelajar terhadap program penasihat akademik oleh pihak Universiti Teknologi
Malaysia . Persepsi yang ingin dikaji adalah melibatkan peranan dan personaliti penasihat
akademik serta masalah yang dihadapi pelajar untuk mendapatkan perkhidmatan penasihat
akademik . Sistem penasihat akademik merupakan satu program dimana seorang pelajar
universiti akan diletakkan di bawah bimbingan seorang pegawai akademik yang dikenali
sebagai penasihat bagi para pelajar . Pelajar - pelajar yang memasuki pengajian tinggi ini
kebiasaannya akan menghadapi pelbagai masalah . Namun, dengan adanya penasihat
akademik diharapkan ianya dapat membantu pelajar mengurangkan masalah yang dihadapi
samaada berkaitan akademik mahupun masalah peribadi . Namun begitu terdapat para
pelajar yang tidak mengetahui fungsi dan peranan penasihat akademik tersebut . Malah ada
yang menganggap bahawa penasihat akademik hanya berperanan sebagai penandatangan
untuk mengesahkan borang pendaftaran matapelajaran bagi setiap semester .
1.3 Rasional Kajian
Hasil daripada kajian ini diharapkan dapat memberi sedikit maklumat penting
dalam menilai kejayaan terhadap program yang dianjurkan pihak universiti . Disamping itu
hasil kajian ini juga diharapkan dapat dijadikan kayu pengukur didalam merancang dan
melaksanakan program-program yang akan datang . Sebagaimana yang telah dinyatakan,
sesuatu program yang dianjurkan adalah bertujuan untuk meningkatkan potensi pelajar
didalam pembelajaran . Oleh itu segala penyusunan program-program yang diadakan perlu
menjurus ke arah itu . Kajian ini diharap dapat mencari penyelesaian dalam melahirkan
pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dalam mewujudkan
masyarakat Malaysia yang cemerlang .
8
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang ingin dikaji dalam kajian ini adalah untuk :
1.4.1 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun tiga (SPA/E/J/H) terhadap peranan
penasihat akademik mereka .
1.4.2 Mengenalpasti persepsi pelajar tahun tiga (SPA/E/J/H) terhadap personaliti
penasihat akademik di Universiti Teknologi Malaysia .
1.4.3 Mengenalpasti masalah yang dihadapi pelajar tahun tiga (SPA/E/J/H) ketika
mendapatkan perkhidmatan penasihat akademik di Universiti Teknologi
Malaysia .
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini :
1.5.1 Apakah persepsi pelajar tahun tiga terhadap peranan penasihat akademik di
Universiti Teknologi Malaysia?
1.5.2 Apakah persepsi pelajar tahun tiga terhadap personaliti penasihat
akademik di Universiti Teknologi Malaysia?
1.5.3 Apakah masalah yang dihadapi pelajar ketika mendapatkan perkhidmatan
penasihat akademik ini di Universiti Teknologi Malaysia?
9
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil dari kajian ini pengkaji berharap dapat:
1.6.1 Mewujudkan kerjasama diantara penasihat akademik UTM dan pelajar
tahun tiga UTM .
1.6.3 Membantu mengenalpasti peranan penasihat akademik dari sudut
pandangan pelajar tahun tiga UTM .
1.6.4 Membantu pihak Jabatan Fakulti Pendidikan UTM untuk memantapkan lagi
konsep penasihat akademik terhadap para pelajarnya .
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan
Teknika (JPTK) tahun tiga dari kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik),
Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) dan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi
Malaysia . Kajian ini dilakukan untuk melihat persepsi pelajar terhadap peranan,
personaliti penasihat akademik dan masalah yang dihadapi untuk mendapatkan
perkhidmatan penasihat akademik di Universiti Teknologi Malaysia .
Maklumat yang diperolehi adalah terbatas kepada maklum balas yang bertulis
dalam soal selidik oleh pelajar . Segala dapatan adalah bergantung kepada maklumat yang
diberi melalui soal selidik bertulis dan segala keputusan, dapatan hasil daripada kajian
yang dijalankan mungkin tidak dapat memberi generalisasi bagi tempat-tempat lain kerana
maklumat ini hanya terbatas kepada responden-responden yang terdiri daripada pelajar
tahun tiga kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (SPA, SPE, SPJ dan SPH) di
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia sahaja . Skop bagi kajian ini adalah
mengkaji persepsi pelajar - pelajar terhadap program penasihat akademik untuk pelajar
pendidikan tahun tiga .
10
1.8 Definisi operasional
Terdapat beberapa istilah yang perlu diperjelas bagi menerangkan dengan
lebih tepat terhadap perkara-perkara yang akan dibuat oleh pengkaji .
1.8.1 Program
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000), program ialah rancangan yang
menentukan dasar-dasar yang akan dijalankan . Dalam konteks kajian ini, program ialah
suatu pelaksanaan yang dijalankan untuk mencapai sesuatu matlamat .
1.8.2 Persepsi
Ia merupakan proses minda yang membolehkan seseorang itu membaca, mentafsir
dan memahami alam . Persepsi adalah tahap pertama proses berfikir dan diikuti dengan
logik . Dalam konteks ini, ia membawa kepada kesedaran pelajar-pelajar melalui
interpretasi pengalaman dan logik bagi mentafsirkan sesutu perkhidmatan yang berhubung
secara langsung dengan kebajikan mereka . Melalui pengalaman ini, pelajar-pelajar dapat
menentukan penerimaan atau penolakan sesuatu perkara . Persepsi juga membawa erti
gambaran seseorang mengenai sesuatu perkara terhadap kebolehfahaman, pendapat dan
sikap menurut fikiran mengenai isu yang dikemukakan .
1.8.3 Pelajar-pelajar pendidikan tahun tiga
Mengikut kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), pelajar
dimaksudkan orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut maktab dan sebagainya)
untuk itu, pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pelajar tahun tiga
(SPA/E/J/H) Fakulti Pendidikan yang sedang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor .
1.8.4 Penasihat akademik
Penasihat akademik adalah satu susunan hubungan mentor mentee (pengajar-
pelajar) bagi tujuan menimbulkan rasa tenteram dikalangan pelajar, yakin diri dan
11
bermotivasi untuk belajar sehingga akhirnya pelajar mencapai kejayaan di dalam program
pengajiannya .
Menurut Tuan Baharom Mahmood (2007) dalam makalah penasihat akademik (satu
pandangan peribadi) menyatakan penasihat akademik bermaksud satu saluran perhubungan
yang bersistematik bagi pelajar mendapatkan bimbingan dan nasihat yang berkaitan
dengan hal ehwal akademik dan yang berkaitan dalam usaha untuk melahirkan golongan
pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab .
1.9 Penutup
Dalam bab ini pengkaji telah membahagikan penulisan kepada 8 tangga kecil iaitu
pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, persoalan kajian, objektif kajian,
kepentingan kajian, skop kajian, dan definisi operasi . Di bawah tajuk pengenalan, pengkaji
meceritakan tentang situasi dan latar belakang para pelajar yang memasuki alam pengajian
tinggi di universiti . Dalam tajuk latarbelakang masalah pula, pengkaji memaparkan
peranan penasihat akademik dalam membantu pelajar dalam pelajaran . Kemudian, di
bawah tajuk pernyataan masalah pengkaji cuba menerangkan kesemua masalah tersebut
kepada satu persoalan iaitu persepsi pelajar pendidikan tahun tiga terhadap program
sokongan pembelajaran (penasihat akademik) di Universiti Teknologi Malaysia .
Responden untuk kajian ini terdiri daripada pelajar tahun tiga Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Baharu .
top related