persiapan sebelum banjir · 2019. 12. 5. · bawalah perkara berikut semasa berpindah: • buku...
Post on 03-Feb-2021
5 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
Ibu hamil Pesakit kronik yang sedang mendapatkan rawatan
Ahli keluarga pesakit yang terlantar dan pesakit haemodialisis
Bawalah perkara berikut semasa berpindah:
• Buku rekod kesihatan ibu• Keperluan peribadi• Keperluan bayi/anak• Bekalan ubat
Ibu hamil yang hampir bersalin diminta segera memaklumkan kepada klinik kesihatan / hospital terdekat.
Bawalah perkara berikut semasa berpindah: • Buku rekod perubatan• Keperluan peribadi• Bekalan ubat
Anda dinasihatkan untuk memindahkan pesakit berkenaan dan menghubungi pejabat kesihatan terdekat untuk khidmat nasihat selanjutnya.
PERSIAPAN SEBELUM BANJIR
751
-
2
-
1. Minum air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan.2. Elakkan makan makanan mentah. Sentiasa makan makanan yang
telah dimasak. 3. Jika makan buah, kupas kulitnya. 4. Jaga kebersihan dan keselamatan makanan. 5. Larang kanak-kanak bermain banjir. 6. Jangan merokok di pusat pemindahan. 7. Balut luka jika cedera. 8. Pesakit kronik perlu patuh dengan arahan pasukan perubatan. 9. Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling. 10. Dapatkan rawatan segera jika demam, cirit-birit dan muntah.
TINDAKAN SEMASA BANJIR
753
-
4
-
Tips Menangani Ketidakstabilan Emosi Semasa Banjir
TANGANI STRES DENGAN BIJAK
5
1. Beri masa untuk menyesuaikan diri dengan perkara yang telah berlaku.2. Berkongsi perasaan dengan orang yang boleh dipercayai.3. Mendapatkan bantuan daripada kumpulan sokongan yang diketuai oleh pakar yang terlatih. 4. Mengamalkan cara hidup sihat dengan melakukan aktiviti riadah untuk mengisi masa lapang. 5. Menambah baik rutin harian. 6. Membuat keputusan yang rasional.
755
-
6
-
1. Semasa kerja pembersihan, pakai alat pelindung diri seperti kasut getah, sarung tangan dan pelindung mata (googles).
2. Selepas kerja pembersihan, bersihkan diri dengan sempurna.3. Bersihkan peralatan rumah, pinggan mangkuk dan pakaian
yang dicemari air banjir dengan air bersih dan bahan pencuci.4. Hapuskan punca pembiakan lipas, lalat, tikus, dan nyamuk.5. Lupuskan sampah dan bangkai binatang dengan cara yang
betul.6. Segera dapatkan rawatan sekiranya anda mengalami demam,
cirit-birit, muntah dan lain-lain.7. Makanan di dalam peti sejuk harus dibuang untuk mengelakkan
keracunan makanan.8. Pastikan bekalan elektrik dipadam semasa kerja pembersihan.9. Berhati-hati dengan kehadiran binatang berbisa seperti ular,
lipan, dan lain-lain semasa kerja pembersihan.
TINDAKAN SELEPAS BANJIR
757
-
8
-
9
Risiko Penyakit Huraian Tanda/Gejala
Keracunan makanan
Penyakit ini adalah penyakit bawaan air dan makanan yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman tercemar.
• Sakit perut• Cirit-birit• Loya/muntah • Sakit kepala• Pening
Disenteri Disenteri atau cirit-birit berdarah adalah cirit-birit dengan najis berair mengandungi darah yang kelihatan pada mata kasar.
• Demam • Cirit-birit berdarah atau berlendir
Taun/Kolera Penyakit cirit-birit yang mudah berjangkit dan sangat berbahaya disebabkan oleh kuman Vibrio Cholerae.
• Cirit-birit dan dehidrasi yang teruk
* Simptom ini muncul beberapa jam hingga 5 hari selepas terdedah kepada jangkitan
Demam Kepialu (Typhoid)
Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh kuman kepialu (Salmonella typhi). Kuman ini terdapat di dalam air kencing dan najis pesakit kepialu dan pembawanya.
• Sakit kepala yang kuat• Sakit perut• Sembelit diikuti cirit- birit• Demam panas berpanjangan • Ruam pada badan • Mata layu dan cengkung
BANJIR DAN RISIKO PENYAKIT
759
-
10
-
11
Risiko Penyakit
Huraian Tanda/Gejala
Hepatitis A Penyakit ini adalah penyakit bawaan makanan dan air yang disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis A.
• Demam• Loya/muntah • Kurang selera makan • Air kencing seakan- akan warna coklat• Sakit perut• Mata/kulit menjadi kuning • Letih/lesu
Konjunktivitis Penyakit ini lebih dikenali sebagai sakit mata. Penyakit ini boleh berjangkit melalui perkongsian alat-alat peribadi seperti tuala, bantal dan sapu tangan serta berada dekat dengan orang yang sakit mata.
• Mata merah, berair, pedih • Tahi mata yang berlebihan • Mata berasa gatal • Mata sensitif terhadap cahaya
Leptospirosis Penyakit ini boleh berjangkit kepada individu yang terdedah secara langsung dengan air/air banjir yang telah tercemar dengan air kencing haiwan mamalia berkaki empat seperti tikus, kucing, anjing dan lembu yang telah dijangkiti dengan bakteria “Leptospira”.
• Demam • Sakit kepala• Loya/muntah• Sakit otot• Kemerahan pada
mata• Ruam• Sakit pada
abdomen • Jaundis• Air kencing
berwarna kehitaman
BANJIR DAN RISIKO PENYAKIT
7511
-
12
-
LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN JANGKITAN DENGGI SEBELUM BANJIR
1. Buang segala bekas yang boleh menakung air di persekitaran rumah.
2. Letakkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam bekas air yang sukar dikosongkan.
3. Periksa dan pastikan salur hujan di bumbung rumah tidak tersumbat oleh sampah-sarap.
4. Simpan bekalan repelan dan semburan aerosol nyamuk di rumah.
7513
-
14
-
15
LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN JANGKITAN DENGGI SEMASA BANJIR
1. Sapu losyen repelan atau semburan repelan pada kulit yang terdedah.
2. Lakukan semburan aerosol pembunuh nyamuk di ruang yang terlindung.
3. Memakai baju berlengan panjang dan berseluar panjang serta berwarna cerah.
4. Tidur di dalam kelambu (sekiranya dibekalkan).
7515
-
16
-
LANGKAH PENCEGAHAN DAN KAWALAN JANGKITAN DENGGI SELEPAS BANJIR
1. Lakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan di persekitaran rumah.
2. Lakukan semburan aerosol di dalam rumah sejurus sebelum masuk ke dalam rumah.
3. Elakkan keluar pada waktu awal pagi & senja.4. Rancang aktiviti gotong-royong bersama komuniti bagi membersihkan
tempat yang menakung air selepas banjir.
7517
-
18
-
CARA PENCEGAHAN DAN KAWALAN LIPAS, LALAT DAN TIKUS SEPANJANG MUSIM BANJIR
1. Tutup tong sampah. 2. Tutup makanan daripada dihinggap oleh lipas, lalat dan tikus.3. Lap dan bersihkan meja selepas makan untuk mengelakkan
tarikan lipas, lalat dan tikus.4. Pasang jaring atau perangkap untuk menghalang kemasukan
lipas, lalat dan tikus.5. Jangan buang sisa makanan merata-rata6. Kenal pasti kawasan hurungan lipas, lalat dan tikus serta lupuskan
punca tumpuan lipas, lalat dan tikus.7. Lupus bangkai haiwan yang menjadi tumpuan lipas, lalat dan tikus.8. Tanam bangkai sedalam 4 kaki atau lebih dan tandakan supaya
tidak digali semula.9. Hubungi anggota kesihatan untuk menggunakan bahan kimia yang
sesuai untuk merawat punca pembiakan.
7519
-
20
-
1. Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan.
2. Makan makanan yang telah dimasak sahaja. 3. Buang makanan yang telah terendam dengan air banjir atau
rosak. 4. Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan
sayur-sayuran yang belum dimasak. 5. Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak
lipas, lalat atau tikus. 6. Pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda. 7. Percayakan deria anda dan amalkan ‘lihat, hidu dan rasa’. 8. Jangan makan makanan yang dihidang lebih dari 4 jam. 9. Jaga kebersihan diri. Basuh tangan sebelum makan dan
selepas ke tandas. 10. Jaga kebersihan kawasan persekitaran.
10 TIPS KESELAMATAN MAKANAN SEMASA BENCANA
7521
-
22
top related