personaliti kampus rencana tpkf - h.usm.my · sedikit atau banyak tak penting, yang penting...
Post on 12-Apr-2018
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
@farmasi oleh Che Salbini
Rencana TPKF Personaliti kampus
JABATAN FARMASI HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
Segmen TIPS MAKAN NASI, TETAPI TETAP KURUS!!!
KEHENDAK TERSIRAT
PELANGGAN
Sedikit atau banyak tak penting, yang
penting pencapaian setanding!!!!
Bila tengok kajian perbandingan per-
jawatan, Pegawai Farmasi kat HUSM dah
la sedikit, PRP pun
tak ramai
Penaung
Hj. Zainol Abidin Hamid
Penasihat
Pn Mariani Hj. Yaacob
Editor
Hj Azman Mat
Pengerusi
Pn Noryati Mohammad Nur
Setiausaha
Cik Intan Farahanah Amran
Ketua Pengarang
Hjh khairul Bariah Johan
Pengarang
Hj Adnan Sudin
Pengarang
En Eh Nem a/l Cha Eak
Grafik & Publisiti
Dellemin Che Abdullah
Grafik & Publisiti
En Mohd Hasrul Hisham
Tugas-tugas Khas
En Izazi Mohd Zain
Grafik & Publisiti
Pn Wan Rohana Wan Mohd
kartun asal diambil dari Utusan Malaysia
SENYUM KAMBING FARMASI
Perjalanan meniti tahun 2013 semakin menjengah
penghujungnya. Jabatan Farmasi semakin matang
menangani kehendak-kehendak pelanggan, sama ada
pelanggan dalaman mahupun luaran. Namun demikian,
sudahkah kesemua kehendak pelanggan kita penuhi?
Hakikatnya, memenuhi kehendak pelanggan bukanlah
semudah memberikan senarai ubatan yang tertulis
pada preskripsi, mahupun menghidangkan TPN, tanpa
ditambah unsur dedikasi. Pelanggan, baik dalaman lebih
-lebih lagi pelanggan luaran atau dikenali juga sebagai
pelanggan muktamad mempunyai ekspektasi yang mahu
dipenuhi. Inilah yang dinamakan kehendak tersirat yang
adakalanya lebih dituntut berbanding yang tersurat.
Sentuhan peribadi seseorang insan yang memegang
amanah sebagai sebahagian daripada pasukan perawat
menjadikan kehendak tersirat seseorang pelanggan itu
suatu yang lebih diganjari berbanding material yang
diberi. Sumbangan tutur komunikasi yang berkesan,
dengan perwatakan yang menyenangkan serta menam-
pakkan kesungguhan untuk memberikan yang terbaik
adalah antara intipati yang bakal merealisasikan tun-
tutan kehendak tersirat pelanggan itu akan dipenuhi.
Jadi, apa yang ditunggu lagi, mari kita fahami apakah
kehendak tersirat pelanggan kita!
KEHENDAK
TERSURAT & TERSIRAT
PELANGGAN
1
KEHENDAK TERSIRAT
PELANGGAN
P elanggan ditakrifkan secara umum sebagai orang
yang menerima hasil kerja daripada seseorang.
Pelanggan luaran atau dikenali juga sebagai pelanggan
muktamad ialah mereka yang menerima hasil kerja yang
telah siap untuk terus digunakan. Manakala staf sesebuah
organisasi yang menerima hasil kerja yang belum siap
daripada rakan seorganisasi untuk disempurnakan dikenali
sebagai pelanggan dalaman.
bersambung ke muka sebelah
Oleh Khairul Bariah Johan
meja pengarang
dari
Setiap pelanggan mempunyai kehendak-
kehendak tertentu. Terdapat dua jenis
kehendak pelanggan iaitu kehendak
tersurat dan kehendak tersirat. Kehendak
tersurat ialah kehendak yang diminta oleh
pelanggan atau yang ditawarkan oleh
organisasi secara jelas. Kehendak tersirat
pula biasanya tidak disebut oleh mana-
mana pihak, tetapi jauh di dalam hati
pelanggan mereka amat
mengharapkannya.
Contoh kehendak tersurat ialah tatkala
pelanggan berkunjung ke sesebuah
organisasi sambil mengemukakan borang
permohonan perkhidmatan. Dalam
konteks Jabatan Farmasi, segala
maklumat mengenai ubat yang jelas
tercatat di atas preskripsi adalah contoh
kehendak tersurat pelanggan. Tawaran
perkhidmatan perawatan oleh sesebuah
hospital juga menjadi satu kehendak
tersurat bagi pesakit yang berkunjung ke
situ bagi menguruskan penyakit mereka.
Realitinya, tidak sukar bagi sesebuah
organisasi memenuhi kehendak-kehendak
tersurat pelanggan kerana ia dinyatakan
dengan jelas. Organisasi juga telah
menyediakan segala sumber untuk
memenuhi kehendak-kehendak ini
dengan baik. Antara sumber-sumber yang
dimaksudkan ialah prasarana (seperti
klinik, makmal dan wad), peralatan
(seperti alat pengimbas, mesin ECG dan
komputer), bahan-bahan (seperti reagen,
ubat-ubatan dan linen), panduan kerja
(seperti manual operasi, prosedur kerja
dan garispanduan) dan sumber manusia.
Walaupun kehendak-kehandak tersurat ini
penting dan perlu dipenuhi agar tujuan
utama pelanggan dapat dicapai,
kehendak-kehendak tersirat juga tidak
boleh dikesampingkan. Contoh paling
mudah kehendak tersirat pelanggan ialah
layanan yang baik. Semasa
mendapatkan perkhidmatan di sesebuah
organisasi, pelanggan tidak meminta
sama ada secara lisan atau bertulis untuk
dilayan dengan mesra. Tetapi jauh di
sudut hati, meraka amat berharap agar
diberikan layanan sedemikian atau
sekurang-kurangnya tidak diherdik, disindir
mahu pun diabai.
Lazimnya, layanan yang baik mencakupi
beberapa perkara termasuk ketrampilan
diri dan cara berkomunikasi para petugas.
Mereka yang berhubung secara terus
dengan pelanggan perlu memastikan
kekemasan pakaian, kerapian rambut,
keceriaan wajah dan kebersihan jasmani
secara keseluruhan. Pelanggan sangat
suka melihat para petugas berketrampilan
kerana ia menggambarkan kesungguhan
dan kesediaan petugas berkenaan untuk
berkhidmat. Termasuk dalam maksud
ketrampilan juga ialah gaya berjalan,
berdiri dan duduk. Gaya duduk yang baik
semasa melayan pelanggan contohnya
ialah duduk secara tegak dengan sedikit
condong ke arah pelanggan tanpa
menyilangkan kaki. Para petugas juga
perlu mahir berkomunikasi dengan
pelanggan khususnya dari segi
penggunaan bahasa, kesederhanaan
suara dan alunan nada percakapan.
Perlu juga dijaga komunikasi tanpa lisan
seperi pandangan mata, riak wajah,
gerak geri tubuh dan sebagainya.
Terdapat banyak lagi kehendak-
kehendak pelanggan yang perlu
diketahui dan dipenuhi. Antara yang
disentuh secara khusus semasa kerajaan
memperkenalkan program transformasi
jabatan-jabatan awam ialah kecepatan
(speed), kebolehpercayaan (certainty),
kreativiti, inovasi, nilai untuk wang dan
diberi keutamaan.
Seperti diketahui umum, pelanggan amat
mementingkan masa. Mereka ingin
perkhidmatan yang cepat, dimulakan
tepat pada waktunya dan dilaksana
dalam tempoh masa yang bersesuaian.
Aspek kebolehpercayaan pula
membabitkan jaminan kualiti
perkhidmatan atau produk yang
dikeluarkan. Pelanggan ingin supaya apa
yang mereka perolehi adalah betul dan
boleh diguna. Contohnya ialah ubat-
ubatan yang dibekalkan mestilah
berkesan, selamat dan berkualiti supaya
penyakit dapat disembuhkan tanpa
sebarang kesan buruk yang serius.
Pelanggan juga ingin produk yang
dikeluarkan mempunyai ciri-ciri kreativiti
dan inovasi agar mereka memperolehi
manfaat yang maksima. Umpamanya,
urusan pembayaran boleh dibuat secara
on-line atau peralatan boleh digunakan
untuk pelbagai tujuan. Namun demikian,
pelanggan mahu kadar caj yang
dikenakan cukup rendah walaupun kualiti
keluaran adalah tinggi. Sekurang-
kurangnya mereka merasakan apa yang
diperolehi berbaloi dengan pelaburan
mereka dari segi wang, tenaga dan
masa.
Selain daripada itu, pelanggan amat
mengharapkan agar mereka diberi
keutamaan ketika berurusan dengan
jabatan-jabatan kerajaan. Mereka ingin
kehadiran mereka disambut dengan
ceria, difahami setiap keperluan,
diberikan keselesaan dan dilayan dengan
sempurna.
Untuk mengetahui dengan lebih terperinci
akan kehendak-kehendak pelanggan ini,
sesebuah organisasi perlu menganalisa
aduan-aduan pelanggan, menjalankan
kaji selidik pelanggan, mendapatkan
pandangan pakar, berbincang dengan
organisasi lain, membuat rujukan-rujukan
dan sebaginya.
Usaha-usaha memenuhi kehendak-
kehendak ini perlu dilakukan dengan
bersungguh-sungguh, bersepadu dan
berterusan. Penilaian semula terhadap
sumber-sumber yang ada termasuk
kompetensi tenaga manusia, kefungsian
peralatan, kesesuaian cara kerja,
kecukupan peruntukan, kualiti bahan-
bahan, kecanggihan teknologi dan
keberkesanan kepimpinan hendaklah
dilakukan. Penghayatan nilai dan budaya
yang terpuji di dalam organisasi perlu
dititikberatkan. Ini termasuklah penerapan
nilai-nilai murni khususnya nilai kualiti
peribadi, nilai profesionalisma dan nilai
mengutamakan pelanggan di samping
menyuburkan budaya yang positif seperti
budaya ilmu dan budaya kualiti.
Kemudahan-kemudahan pelanggan
seperti kawasan parkir, ruang menunggu
yang selesa, maklumat-maklumat
perkhidmatan dan sebagainya mesti
disediakan.
Kehendak tersirat pelanggan mesti
diketahui dan dipenuhi. Kegagalan
memenuhi kehendak-kehendak ini boleh
memberi kesan negatif kepada sesebuah
organisasi dari segi pencapaian matlamat
dan imej. Malah yang banyak diadu oleh
pelanggan sama ada secara lisan atau
melalui peti aduan dan media massa
adalah yang menyentuh kehendak-
kehendak dari jenis ini. Analisa
maklumbalas pelanggan hospital
misalnya menunjukkan bahawa lebih 95%
daripada keseluruhan aduan yang
diterima menyentuh kehendak-kehendak
tersirat. Antara aduan-aduan itu ialah
petugas bercakap kasar, staf tidak
prihatin pelanggan, tempat duduk tidak
mencukupi, tandas rosak, persekitaran
kotor, menunggu lama, sistem giliran tidak
adil dan tiada maklumat mengenai
perkhidmatan.
Sebagai penutup, elok dihayati sebuah
rayuan pelanggan berikut:
Rencana TPKF
KEHENDAK TERSIRAT
Oleh Tn. Hj. Zainol Abidin Hamid PELANGGAN
dari ke muka sebelah
2
Jangan jual rumah kepada saya
Jualkan saya perlindungan, kemegahan
dan keselesaan.
Jangan jual buku kepada saya
Jualkan saya pengatahuan, pemikiran
dan kebenaran.
Jangan jual mainan kepada saya
Jualkan saya gelak-tawa anak, kasih
sayang dan kebahagiaan
Jangan jual ubat kepada saya
Jualkan saya kesembuhan, kesihatan
dan kesejahteraan.
Oleh Khairul Bariah Johan
segmen bual bicara
Perkhidmatan farmasi di ketiga-tiga buah hospital yang diband-
ingkan secara amnya terbahagi kepada empat bahagian iaitu,
pesakit dalam, pesakit luar, stor/perolehan dan makmal/
manufacturing. Walaupun setiap farmasi hospital mempunyai
pembahagian perkhidmatan yang sama, namun demikian ia
dikenali dengan nama yang berbeza.
Hospital USM dan PPUM mempunyai bilangan pegawai farmasi
yang sama bagi perkhidmatan pesakit dalam, iaitu berjumlah 10
orang. Jika di Hospital USM, perkhidmatan bahagian pesakit
dalam terdiri daripada Unit Farmasi Satelit (UFS), Unit Kajian dan
Maklumat Drug (UKMD) dan Unit Farmasi Klinikal (UFK). Bahagian
pesakit dalam di PPUM pula terdiri dari unit preskripsi wad,
bekalan wad, maklumat ubat, klinikal, MMUS dan TDM. Per-
bezaan ketara di antara Hospital USM dan PPUM ialah MMUS dan
TDM yang dimasukkan sebagai salah satu unit di bahagian pesa-
kit dalam. Manakala di PPUKM, unit-unit bahagian pesakit dalam
adalah sama dengan Hospital USM. Di PPUKM, terdapat 15
pegawai yang terlibat di dalam bahagian ini. Majoriti daripada
15 pegawai farmasi di bahagian pesakit dalam ini iaitu sejumlah
11 orang ditempatkan di unit klinikal. Mereka juga secara lang-
sung terlibat dengan kaunseling farmasi pesakit luar dan farmasi
klinik warfarin serta klinik „quit smoking‟. Ini merupakan satu kele-
bihan kepada sebuah hospital pengajar kerana pegawai farmasi
turut memberi input dalam proses perawatan pesakit secara
langsung dengan menyertai rondaan wad dan klinik. Tidak
seperti Hospital USM dan PPUM, pegawai farmasi klinikal di PPUKM
turut terlibat secara langsung dalam pemantauan drug tera-
peutik (TDM), oleh itu tiada unit khusus bagi perkhidmatan terse-
but di PPUKM.
Jika di Hospital USM, perkhidmatan farmasi pesakit luar ditunjangi
oleh 5 orang pegawai farmasi yang mana 3 daripadanya di Unit
Farmasi Pesakit Luar (UPFL) dan 2 orang di Unit Kaunseling, PPUKM
pula mengamalkan formasi yang sedikit berbeza. Pengopti-
maan lokasi pegawai dilakukan dengan menempatkan juga
pegawai farmasi klinikal (dari perkhidmatan pesakit dalam sera-
mai 11 orang) untuk menyelia farmasi klinik seperti yang disebut
terdahulu. Secara tetapnya, terdapat 5 orang pegawai farmasi
dalam bahagian ini yang mana 3 daripadanya di pesakit luar, 1
di unit kaunseling dan 1 untuk pakar khas. PPUM pula menempat-
kan sejumlah pegawai yang hampir sama untuk perkhidmatan
pesakit luarnya dengan pesakit dalamnya iaitu 9 orang
(berbanding 10 orang untuk pesakit dalam). Pembahagian 9
pegawai ini dilakukan untuk unit-unit pesakit luar (OPD), Pharm-
CARE, Trauma & Kecemasan, ANC dan MTAC. Satu lagi perkhid-
matan yang ada di dalam pesakit luar di PPUM, yang tiada di
hospital lain ialah lawatan rumah. Pegawai dalam unit ini bertu-
gas untuk meninjau pesakit yang mengambil jenis ubat yang
banyak terutama dari segi pemantauan cara penyimpanan,
cara administrasi dan kaunseling ubat-ubatan. Lawatan ini dila-
kukan secara berkala demi memastikan komplians pesakit terha-
dap ubat-ubatan dipatuhi terutama bagi pesakit dari kalangan
warga emas.
Bagi perkhidmatan stor/perolahan, ketiga-tiga hospital menem-
patkan jumlah pegawai yang hampir sama iaitu 2 (di PPUKM)
hingga 3 orang (Hospital USM dan PPUM). Di PPUKM, tiada unit
khas yang menguruskan perolehan dan inventori ubat-ubatan
dan alat-alatan guna habis. Ia diuruskan secara langsung oleh
pihak pengurusan hospital bersama ketua jabatan dan penguru-
san kedai farmasi. Di Hospital USM, unit-unit kawalan inventori
dan stor (UKIDS) untuk alat dan ubat diwujudkan dengan me-
nempatkan 3 orang pegawai farmasi. Manakala di PPUM, 3
orang pegawai farmasi juga menjalankan tugas perolahan dan
inventori ini melalui stor farmasi, kedai PharmUMMC, Cawangan
PharmUMMC, Wad UMMC, dan klinik UMMC.
Di bahagian perkhidmatan makmal dan manufacturing, PPUM
menempatkan 5 pegawai farmasi di unit-unit kompleks steril, TPN/
IVA, sitotoksik/CDR, galenikal/prabungkus dan radiofarmaseuti-
kal. Sejumlah bilangan pegawai farmasi yang sama dilokasikan
di Hospital USM bertanggungjawab untuk UPF (Galenikal), Unit
Radiofarmasi , Unit Pendispensan Aseptik (TPN/CDR) dan TDM.
Manakala di PPUKM, seramai 3 orang pegawai menguruskan unit
TPN/CDR.
Secara keseluruhannya, dengan bilangan pegawai farmasi yang
paling sedikit di Hospital USM (23 orang) berbanding PPUKM (25
orang ) dan PPUM (27 orang), Jabatan Farmasi HUSM masih
mampu dan sedang giat mengorak langkah kearah penamba-
hbaikan perkhidmatan yang masih belum ada seperti kedai
farmasi dan lawatan ke rumah pesakit. Jadual di bawah adalah
ringkasan perbandingan perjawatan pegawai farmasi dan
perkhidmatan bagi ketiga-tiga institusi ini.
Jadual di bawah adalah ringkasan perbandingan perjawatan
pegawai farmasi dan perkhidmatan bagi ketiga-tiga institusi ini.
PERBANDINGAN PERJAWATAN PEGAWAI FARMASI DAN PERKHIDMATAN ANTARA HOSPITAL
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (HOSPITAL
USM), PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
(PPUKM) DAN PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) 2012
3
segmen perundangan
4
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian. Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara -saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran. "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabatsahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah. "Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara: "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka." Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan „ikhwan‟ baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah. "Malaikat," jawab sahabat. "Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah, sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, " Para nabi." "Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka." "Mungkin kami," celah seorang sahabat. "Bagaimana kamu tidak beriman, sedangkan aku berada ditengah- tengah kamu," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu. "Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka. "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah. "Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu. Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakan diri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan beramal dengan Sunnahnya.
Courtesy from Author: Fareed Mujaheed
Rindukah kita pada Rindukah kita pada Rindukah kita pada
RASULULLAH S.A.WRASULULLAH S.A.WRASULULLAH S.A.W
Sehingga tahun 2004, terdapat hanya 5 universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi (Bachelor of Pharmacy) yang menghasilkan antara 300 hingga 400 graduan farmasi setiap tahun. Pada masa sekarang, terdapat 18 universiti tempatan yang menawarkan kursus ijazah farmasi (Bachelor of Pharmacy) yang menghasilkan lebih kurang 1000 graduan farmasi setiap tahun. Keadaan ini menyebabkan terdapat lambakan pelatih-pelatih di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Sebelum pindaan pada Pharmacist Act 2003, terdapat 40% ke-kurangan Pegawai Farmasi di hospital-hospital KKM seluruh negara. Ini mendorong kepada pengenalan kepada perkhidma-tan wajib di dalam perkhidmatan kerajaan (1+3). Menjelang tahun 2012, bilangan ahli farmasi berdaftar telah melepasi 10,000 orang. Menjelang tahun 2016, nisbah ahli farmasi:penduduk dijangka mencapai nisbah 1:2000. Sebelum pengenalan perkhidmatan wajib 1+3, nisbah bilangan
ahli farmasi di sektor kerajaan dan swasta adalah 20%:80%. Selepas enam tahun pelaksanaan perkhidmatan wajib nisbah-nya berubah menjadi 39%:61%. Liberalisasi latihan Pegawai Farmasi Provisional (PRP) melibat-kan latihan PRP di sektor farmasi industri, farmasi runcit dan juga di institut pengajian tinggi (akademik). Di samping itu, PRP sedia ada juga boleh memohon untuk me-mendekkan latihan wajib di sektor kera-jaan selepas satu tahun.
LATIHAN PEGAWAI FARMASI PROVISIONAL LIBERALISASI
Oleh Hj Azman Mat
4
1. Nama yang paling banyak umumnya
di dunia ini ialah Muhammad.
2. Produk pertama menggunakan bar
code adalah Wrigley's gum.
3. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang
paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara
pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk
makanan.
4. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton
televisyen.
5. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby' .
TAHUKAH
ANDA
renungan
segmen
1. LATARBELAKANG
Jawatankuasa Penambahbaikan Berterusan di-
tubuhkan pada 1 Ogos 2007 di bawah naungan Jawa-
tankuasa Penyelaras Kualiti (JPQ). Penubuhan jawa-
tankuasa ini selaras dengan keputusan Mesyuarat Ja-
batan Farmasi kali ke 57 yang bermatlamat melestarikan
tahap kualiti perkhidmatan Jabatan Farmasi.
Pengerusi : En. Dellemin Che Abdullah
Setiausaha : Cik Nor Suriana Mohd Yusof
AJK : En. Tuan Roslli Tuan Yusoff
Cik Hjh Noraini Arifin
Pn. Noryati Mohammad Nur
Pn. Zainon Omar
Pn. Asmalailey Mohamad
Pn. Nur Delaida Mohd Nawi
En. Mohd Hanif Abdul Rahman
Pn. Khairul Bariah Johan
Pn. Surashimar Mohd Salleh
Pn. Rosmiza Mohamad
2. FUNGSI
- Menyemarakkan budaya inovási dan kreatif di kalan-
gan staf Jabatan Farmasi.
- Mengumpul dan menyimpan semua laporan penam-
bahbaikan termasuk tindakan pencegahan.
- Melaporkan projek penambahbaikan dan tindakan
pencegahan kepada JPQ (keperluan KSP).
3. AKTIVITI
- Menggerakkan fungsi kumpulan ICC Jabatan Farmasi
dengan mengumpul kemajuan kumpulan ICC setiap 3
bulan.
- Mengumpul laporan penambahbaikan dan tindakan
pencegahan setiap pertengahan tahun dan akhir tahun
bagi semua unit dalam jabatan.
4. PENCAPAIAN.
5. PERANCANGAN
1. Memperkenalkan dan menggalakkan unit-unit mela-
por projek penambahbaikan berimpak tinggi mengi-
kut format yang telah diberikan. (bermula tahun
2012)
2. Meneruskan aktiviti-aktiviti pengumpulan laporan
penambahbaikan berterusan dan tindakan
pencegahan unit.
3. Menggerakkan kumpulan ICC Jabatan Farmasi.
segmen kualiti
Oleh Cik Nor Suriana Mohd Yusof
STAF JABATAN FARMASI YANG BERTUKAR 2012
5
2012 status staf
Jabatan Farmasi
STAF JABATAN FARMASI YANG BERSARA 2012
BIL. NAMA STAF UNIT
1. EN. JUHARY B. UMAR UPDT
2. PN. AZIZA BT. ABDULLAH ZAWAWI UPDK
BIL. NAMA STAF PENEMPATAN BARU UNIT
ASAL
CATATAN
1. EN. JUMAAIN B. ISHAK
UNIT REKOD
PERUBATAN
(02 MEI 2012)
UPDK PEMB. TABBIR
(N17)
2. PN. KHANA BT. SULAIMAN
UNIT PENTADBIRAN &
KEMUDAHAN AM,
HUSM
(02 MEI 2012)
UPDK PEMB. TABBIR
(N17)
3. EN. SHAMSUDIN B. RAHIM
UNIT PERUBATAN
TRANSFUSI
(02 MEI 2012)
UPDK PEMB. AM
PEJABAT
SENARAI STAF BARU JABATAN FARMASI 2012
BIL. NAMA STAF PENEMPATAN BARU UNIT ASAL CATATAN
1. HJ. MOHD. ADNAN B.
CHE YUSOFF UPDK
UNIT PENTADBIRAN & KEMUDAHAN
AM, HUSM
PEMB. TABBIR (N17)
2. FAUZI B. HASSAN UPDK JABATAN PATOLOGI PEMB. AM PEJABAT (N4 KUP)
BERTERUSAN Jawatankuasa Penambahbaikan
Pendahuluan
Indah sungguh Jabatan Farmasi khas-
nya, Unit Farmasi Pesakit Luar amnya
kerana telah berjaya mengekalkan
MS ISO 9001, lapan tahun berturut-
turut kerana apa yang ditulis telah
dilaksanakan, dan apa yang dilak-
sanakan semuanya dicatat mengikut
keperluan masing-masing.
Sumber haba
Usia, keadaan persekitaran, jenama,
kaedah penggunaan dan penye-
lenggaraan sesuatu alatan atau me-
sin akan menentukan kadar tempoh
hayatnya samada sentiasa baik
berterusan atau mempunyai kadar
tempoh hayat yang terhad dan
pendek. Zaman dahulu ada kipas
siling sebagai penghawa dingin, ke-
m u d i a n d i n a i k t a r a f k e p a d a
penghawa dingin berpusat, ke-
mudian diambil alih oleh penghawa
dingin berasingan bagi tujuan penji-
matan tenaga. Semua pihak telah
sedia maklum bahawa ubat-ubatan
lebih stabil potensinya dan tahan le-
bih lama jika disimpan dalam suhu
yang bersesuaian. Namun potensinya
mungkin akan berubah sedikit demi
sedikit dan mungkin hilang terus jika
terdedah kepada suhu panas secara
berterusan/berpanjangan.
Unit Farmasi Pesakit Luar telah men-
galami perubahan di mana sistem
preskripsi kertas secara manual telah
bertukar kepada sistem preskripsi ber-
komputer(online). Secara tak disedari
ianya telah meningkatkan suhu di
dalam ruang kerja staf. Telah terbukti
bahawa semakin ramai manusia
berada dalam sesuatu kawasan,
maka peningkatan haba semakin
ketara. Tambahan pula, jika manusia
tersebut sentiasa berjalan dan
bekerja. Dengan kapasiti staf seramai
60 orang serta purata pelanggan
seramai 1200 orang sehari, maka su-
dah tentu haba panas akan mening-
kat secara mendadak. Kepanasan
juga boleh disebabkan oleh penutu-
pan ruang udara bagi menyejukkan
udara dan pintu-pintu juga perlu ditu-
tup sepanjang masa kerana Unit
Farmasi Pesakit Luar adalah kawasan
kawalan keselamatan dan perlu me-
matuhi peraturan dan polisi berkaitan.
Amat dikesalkan kerana penghawa
dingin yang dipasang kurang sesuai
dengan persekitaran tempat kerja
yang mempunyai penghadang
(barrier) di mana kedapatan tempat
tertentu tidak merasai suhu dingin
tetapi merasai panas yang berteru-
san. Faktor penjimatan dan ekonomi
selalu dijadikan hujah utama tanpa
melihat kebaikan yang berterusan
dalam jangka tempoh yang lebih
panjang.
Penggunaan dan Penyelenggaraan
Sekiranya alatan tersebut diguna-
pakai secara berterusan dan kurang
pula penyelenggaraan maka sudah
pasti tempoh hayatnya akan menjadi
lebih pendek lantaran beban yang
berat tanpa giliran sepanjang tahun.
Pengguna selalu dipersalahkan ker-
ana sentiasa memaksimakan peng-
gunaannya, namun suatu yang pasti,
setiap pergerakan badan akan men-
yebabkan seseorang merasai panas
dalam semua perkara samada fizikal
dan emosi. Sistem kualiti yang diguna-
pakai telah diabaikan kerana tidak
memberi keutamaan kepada kemu-
dahan asas kepada pekerja. Sang-
gupkah kita semua melihat ada
kalangan kita yang memerah kerin-
gat hingga ke kaki demi memenuhi
objektif organisasi? Mereka yang
berada di tempat sejuk merasa lega
dan selesa, namun mereka yang ber-
gelut dengan ribuan pelanggan
setiap hari....merungut panas tetapi
mereka semua masih sabar. Syukur
kerana masih ada staf yang rela dan
baik hati.
Cadangan
Kita mahukan jurutera turun padang
dengan melawat sendiri serta melihat
suasana yang ada agar dapat pula
berbincang dengan pihak terbabit
supaya satu penyelesaian dapat
diambil dan dilaksanakan sesegera
mungkin. Perbincangan amat perlu
kerana mungkin akan ada cadangan
yang lebih konkrit diperolehi, misal-
nya:
Pasangkan 4-6 buah distributer aircool
di atas siling yang boleh digilirkan
penggunaannya.(Contoh: Lihat
penghawa dingin Kedai Koperasi)
Pasangkan 6-8 buah kipas siling(bulat)
sebagai alternatif jika berlaku kerosa-
kan terhadap penghawa dingin.
Adakan sistem pemantauan yang
ditandatangani pelanggan sebagai
pengesahan kerja yang dilakukan,
telah selesai oleh kontraktor.
Rumusan
Semua kemudahan asas perlu dijaga
supaya sentiasa baik, sempurna dan
dapat digunapakai bila diperlukan.
Peralatan yang melebihi 10 tahun
perlu diganti segera terutama yang
tidak ekonomik untuk dibaikpulih su-
paya tidak menimbulkan suasana
baru yang lebih gawat.
segmen sosek-sosek
Oleh Hamas/KBJ
Sanggupkah kita semua
melihat ada kalangan kita
yang memerah keringat hingga
ke kaki demi memenuhi objektif
organisasi? Mereka yang
berada di tempat sejuk merasa
lega dan selesa, namun
mereka yang bergelut dengan
ribuan pelanggan setiap
hari....merungut panas tetapi
mereka semua masih sabar.
Syukur kerana masih ada staf
yang rela dan baik hati.
DARI WARGA UNIT FARMASI PESAKIT LUAR.
6
PENGHAWA
DINGIN ADA SEJUKNYA KE MANA?
Oleh Pn Noryati Mohammad Nur
segmen ilmu
PENDAHULUAN
Sistem Pengurusan Inventori Farmasi Alat (SPIFA) adalah
sistem yang diguna dalam pengurusan stor alat gunahabis
standard di Jabatan Farmasi.
Pada tahun 2006 pihak Pengurusan Universiti telah men-
cadangkan supaya stor di Jabatan Farmasi dijadikan Stor
Tak Beruntuk dan dikendalikan secara berkomputer yang
lengkap dengan kos pengurusan yang mudah dikesan
dan diperolehi.
Bagi tujuan tugasan ini, En Mohd Amree Che Mohd Zaid
yang dibantu oleh En Rahimi Ahmad dari Unit Sistem Mak-
lumat, HUSM telah ditugaskan untuk membangun sistem
pengurusan stor alat gunahabis di Jabatan Farmasi.
Ekoran daripada itu, sistem pengurusan stor secara manual
telah berakhir pada bulan Julai 2007 dan diubah keseluru-
hannya kepada sistem berkomputer.
PENGGUNAAN SPIFA
Umumnya, SPIFA yang dibangunkan telah merangkumi
semua aspek pengurusan stor iaitu perolehan, peneri-
maan, penyimpanan, pembekalan dan pembayaran. Di
antaranya ialah :
Menu utama SPIFA adalah Data, Ulangkaji Stok, Peneri-
maan, Pengeluaran dan Statistik.
Perkara berkaitan kos seperti peruntukan, nilai stok dan
perbelanjaan dapat dikira dengan cepat, tepat serta
mudah.
Perkara yang paling penting adalah peruntukan tam-
bahan dapat dianggar dari segi jumlah kuantiti setiap
item dan jumlah kos yang diperlukan.
Pemantauan objektif kualiti unit dan laporan peman-
tauan
Secara keseluruhannya, penggunaan SPIFA yang diban-
gun sendiri oleh staf HUSM adalah amat mantap dan selari
dengan aliran proses kerja pengurusan stor alat gunahabis
serta “friendly”. SPIFA amat dibanggakan oleh sesiapa sa-
haja yang menggunakannya.
Penggunaan SPIFA dipanjangkan kepada unit-unit peng-
guna di HUSM di mana pesanan alat gunahabis secara
talian melalui modul MINI SPIFA.
PENAMBAHBAIKAN
Walau bagaimanapun, SPIFA ditambah baik dari semasa
ke semasa untuk meningkatkan kemantapannya. Di
antara penambahbaikan adalah:
Analisa ABC – tujuan pemantauan perbelanjaan dan
penggunaan
Statistik pesanan unit-unit pengguna.
Susunan senarai item yang dibeli paling tinggi kosnya
hingga paling sedikit.
Nilai stok di UKIDS(A) pada satu-satu masa.
Format verifikasi stor.
Pengiraan kadar pusingan stok.
Borang Terimaan Barang (BTB) atau (GRN) dan nom-
bor pemesanan (GON).
Jumlah pengiraan stok (semakan stok) bagi sesuatu
item.
Arahan pembelian yang belum diambil tindakan di-
tandakan dengan warna merah.
Catatan nota pada arahan pembelian yang dibatal-
kan dengan kebenaran.
Statistik jumlah bilangan dan nilai pesanan, bilangan
nota hantaran dan inbois.
Pembezaan penerimaan diantara yang telah disem-
purna dan belum sempurna mengikut pembekal den-
gan warna merah.
Membuat surat susulan kepada syarikat pembekal
bagi pembekalan yang belum disempurnakan.
KEBAIKAN SPIFA
Kebaikan SPIFA yang ketara iaitu :
Menjimatkan masa jika berbanding manual.
Kekemasan, ketepatan data
Rekod mudah dikesan jika timbul masalah
Pengurusan stor lebih cepat, lancar dan mantap
KESIMPULAN
SPIFA yang mantap dan dibangun sendiri oleh staf HUSM
patut dibanggakan kerana ianya amat selari dengan pen-
gurusan stor alat gunahabis sepertimana digariskan dalam
Pekeliling Perbendaharaan bertajuk Tatacara Pengurusan
Stor Kerajaan. Juga ianya sesuai digunakan dalam be-
berapa keadaan yang lain seperti pengurusan kedai
farmasi dan lain-lain pengurusan stor.
SISTEM PENGURUSAN INVENTORI FARMASI ALAT (SPIFA) DI
UNIT KAWALAN INVENTORI DAN STOR (ALAT) – UKIDS(A)
JABATAN FARMASI, HUSM
7
8
Jabatan Farmasi
Aktiviti @
Sabtu, 11 Mei 2013 – Badan Kebajikan
Dan Sosial Farmasi melalui Biro Sukannya
telah berjaya menganjurkan Kejohanan
Futsal edisi sulung dengan penuh ke-
jayaan pagi semalam.
Kejohanan Futsal kali pertama tersebut
dimulakan dengan bacaan doa oleh
Ustaz Hasrul Hisyam Semail, dan diikuti den-
gan perasmian oleh Tn Hj Zainol Abidin
Hamid. Para peserta dan penonton ber-
sorak kegembiraan apabila Tn Hj Zainol
Abidin Hamid menyempurnakan acara
perasmian dengan menjaringkan gol me-
newaskan En Ramlan Rose.
Kejohanan ini diceriakan lagi dengan
kehadiran Pn Noor Aini Abu Samah yang
datang memberi sokongan padu kepada
pasukan Pesakit Dalam, sementara En
Dellemin Che Abdullah juga hadir sebagai
pengurus, penyokong dan pemain
kepada pasukan Makmal.
Secara keseluruhannya, kejohanan ini ber-
jalan lancar tanpa sebarang kejadian
yang tidak diingini. Permainan berjalan
lancar dan kelihatan seimbang, namun
kesilapan pasukan Pesakit Luar tidak men-
yenaraikan Hj Norazmi diawal perlawanan
sebagai penyerang memakan diri apabila
mereka tewas dalam dua perlawanan
pertama. Apabila Haji Norazmi Sukian
beraksi dalam perlawanan ketiga mela-
wan pasukan makmal, pasukan lawan
dikucar kacirkan dengan larian dan
olekan beliau.
Sementara itu, Pasukan Perolehan menun-
jukkan permainan yang menakjubkan
apabila mereka berjaya menewaskan
pasukan Pesakit Luar. Gandingan mantap
En Mansor dan En Ramlan Rose diba-
hagian serangan jelas berbisa Semua ahli
pasukan Perolehan peserta menunjukkan
komitmen yang amat tinggi bagi men-
jayakan kejohanan kali pertama ini.
Pasukan Makmal yang berjaya menjadi
Johan pula dikuatkan dengan En Dellemin
yang menjadi defender kebal pada perla-
wanan akhir. Walaupun perlawanan yang
melibatkan pasukan Makmal dihangatkan
dengan suara En Rozaimi yang sibuk mem-
buat percaturan, kredit sepenuhnya diberi-
kan kepada Adik Fa-iz yang menyumbang
kepada keputusan semua perlawanan.
Pasukan Satelit pula berjaya menggondol
tempat kedua setelah tewas kepada
pasukan Makmal pada perlawanan akhir.
Kehebatan Mohd Shafudin sebagai pen-
jaga gol dapat dipuji apabila beraksi ce-
merlang dan dapat menafikan beberapa
cubaan berbahaya oleh pasukan Mak-
mal. Namun disebabkan kealpaan pasu-
kan satelit, mereka dihukum dengan dua
gol oleh En Fauzi dan Adik Fa-iz.
Pada acara penutup, piala pusingan
disampaikan sendiri oleh Tn Hj Zainol Abidin
Hamid yang sanggup menunggu hingga
tamat perlawanan. Pihak penganjur men-
gucapakan jutaan terima kasih kepada
beliau diatas semangat dan komitmen
beliau. Jutaan terima kasih juga diucap-
kan kepada Pn Noor Aini Abu Samah dan
En Dellemin yang bersama-sama sehingga
tamat perlawanan.
Keputusan penuh perlawanan adalah
sebagaimana berikut:
Johan : Pasukan Makmal
Naib Johan : Pasukan Satelit
Tempat ketiga : Pasukan Perolehan
Tempat keempat : Pasukan Pesakit Luar
P rofessor Hans Van Rostenberghe
Luc Aster lahir pada 18 Oktober
1964 di Oudenaarde, Belgium.
Ayah beliau bernama Romain Van
Rostenberghe dan ibu bernama Meriette
Hayse yang menetap di Nazareth hingga
sekarang. Keluarga beliau mengusahakan
syarikat percetakan di samping aktif
dalam kerja-kerja amal. Beliau merupakan
anak bongsu yang sangat disayangi
keluarga ini.
Sejak kecil lagi Professor Hans sudah
bercita-cita ingin menjadi seorang doktor
dan ingin berkhidmat di dunia ketiga atau
di negara membangun. Minat ini timbul
setelah membaca kisah Dr Albert
Schweitzer berbangsa German yang
menjual semua harta benda untuk
membina sebuah hospital bagi membantu
golongan miskin di Afrika. Cita-cita ini
dianggap amat melucukan oleh ahli
keluarga beliau.
Pada tahun 1982, Professor Hans diterima
untuk mengikuti pengajian dalam bidang
perubatan di Universiti of Ghent, iaitu
sebuah universiti tertua di Belgium. Seawal
dari tahun kedua pengajian lagi, Professor
Hans sudah dianugerahkan Boddaerd
Medal, iaitu pengiktirafan kecemerlangan
dalam bidang penyelidikan. Tiga tahun
kemudian beliau menyambung pengajian
dalam ijazah doktor perubatan di universiti
yang sama. Beliau seringkali mendapat
keputusan cemerlang dan berada dalam
top 5 students. Pada tahun 1994, Professor
Hans menamatkan latihan dalam pediatrik
di University of Ghent. Beliau juga pernah
mendapat latihan kepakaran dalam
bidang Neonatology di University of
Sydney, Australia.
Hasrat suci Professor Hans Van
Rostenberghe Luc Aster untuk berbakti di
dunia ketiga termakbul apabila takdir
menjodohkan beliau dengan seorang
gadis Kelantan, iaitu Prof. Madya Dr.
Maraina Che Hussin
Sebenarnya, Professor Hans dan isteri
beliau Prof. Madya Maraina Che Hussin
mula berkenalan di Belgium sejak tahun
1983 lagi. Waktu itu, Dr Maraina adalah
salah seorang daripada 20 pelajar
Malaysia yang terpilih untuk mengikuti
bidang pengajian perubatan di sana.
Salah satu perkhidmatan diberikan
universiti kepada setiap pelajar Malaysia
ketika itu adalah godfather dan
godmother. Program ini merupakan
program bantuan dan sokongan
pembelajaran daripada pelajar tempatan
kepada pelajar luar. Professor Hans
merupakan godfather kepada Dr Maraina.
Perkenalan biasa dan ikhlas telah
menguntumkan bunga percintaan yang
suci yang membawa kepada
perkahwinan mereka pada 04 Mei 1991 di
Brussel Mosque, Belgium.
Pada tahun 1994 Professor
Hans datang ke Malaysia bersama isteri
dan mula berkhidmat di Jabatan Pediatrik
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti
Sains Malaysia, Kubang Kerian, sebagai
pensyarah perubatan. Beliau merupakan
seorang pensyarah yang berdedikasi dan
tegas semasa menjalankan tugas. Pada
tahun 2000, iaitu setelah enam tahun
berkhidmat beliau dilantik sebagai
Professor Madya. Pada tahun 2010 beliau
dilantik sebagai Ketua Jabatan Pediatrik,
sehinggalah sekarang.
Di atas inisiatif dan usaha gigih Professor
Hans, unit sub-kepakaran dalam bidang
nefrologi kanak-kanak berjaya ditubuhkan
sekitar tahun 1995. Malah, pada tahun
yang sama juga beliau turut mengetui
Neonatal Intensive Care Unit (NICU) di
HUSM dan turut memperkenalkan kaedah
Kangaroo Care dengan memberi
kaunseling antenatal di unit tersebut.
Program intervensi bagi mengurangkan
kadar jangkitan kuman ke atas kanak-
kanak baru lahir turut dilakukan di NICU.
Hasilnya, kadar jangkitan kuman ke atas
bayi di NICU, HUSM menurun secara
signifikan.
Dalam bidang pembelajaran, Professor
Hans menggalakkan pelajar perubatan
beliau mengamalkan kaedah interaktif
dan melibatkan perbincangan dalam
kumpulan kecil yang kompetatif. Kaedah
ini berjaya menarik minat pelajar untuk
mengikuti bidang pengajian pediatrik dan
turut melahirkan sebuah kompilasi puisi
berkaitan etika yang diilhamkan oleh 55
orang pelajar. Atas usaha gigih tersebut,
pada tahun 2002 beliau dianugerahi
Anugerah Perkhidmatan Pendidikan oleh
USM.
Professor Hans sangat aktif dalam bidang
penyelidikan. Beliau adalah merupakan
penyelidik bersama kajian jangka panjang
di peringkat Asia Tenggara berjudul South
East Asia – Optimising Reproductive and
Child Health in Developing Countries (SEA-
ORCHID) dan South East Asia-Using
Research for Change in Hospital-acquired
Infection in Neonates (SEA-URCHIN).
Puluhan penulisan jurnal tempatan dan
peringkat antarabangsa telah diterbitkan.
Beliau juga merupakan penilai jemputan
kepada Medical Journal of Malaysia,
Malaysian Journal of Paediatric and Child
Health, Medical Science Monitor (New
York, USA), Jounal Pediatrics International
(Tokyo, Japan), Journal Neonatology
(Basel, Switzerland), dan Journal of
Paediatric Infectious Diseases. Atas
sumbangan ilmiah yang banyak ini,
Professor Hans telah menerima Anugerah
Sanggar Sanjung (Bahagian Penerbitan
Jurnal) pada tahun 2010.
Sifat peribadi Professor Hans yang diwarisi
daripada kedua orang tua beliau ialah
suka membantu golongan kurang
bernasib baik dan kurang upaya. Ini
terbukti apabila berusaha menubuhkan
Kelab Sahabat Yayasan Kurang Upaya
Kelantan (YOKUK) pada tahun 2004. Kelab
ini menawarkan perkhidmatan percuma
rawatan pergigian, fisioterapi, rawatan
mata dan diet kepada golongan kurang
upaya. Atas tujuan sama, program Make
a Difference telah dilaksanakan di mana
pelajar perubatan tahun satu
direncanakan agar membuat lawatan ke
rumah golongan termiskin, termasuk
kawasan perkampungan sekitar negeri
Kelantan.
Di atas sumbangan dan jasa yang begitu
banyak kepada universiti dan masyarakat,
Professor Hans Van Rostenberghe Luc Aster
telah dilantik professor penuh pada tahun
2009. Bagi USM, khususnya warga Kampus
Kesihatan, kehadiran Professor Hans
sebagai pensyarah perubatan adalah
umpama sebiji permata putih dari benua
Eropah yang jatuh ke bumi bertuah ini.
Beliau adalah antara insan yang berjasa
kepada negara ini dan masyarakat .
segmen personaliti
kampus En Eh Nem a/l Cha Eak
9
2011 2012
848215103
Bilangan dos yang telah didispens kepada pesakit
Methadone
Series1
FA
KTA
SATELIT
segmen berita unit
Oleh Noraini bt. Arifin &
Mohd Hasrul Hisham Semail
PENGENALAN
Unit Farmasi Satelit beroperasi selama 24 jam di aras 3, bangunan
Hospital Universiti Sains Malaysia. Ia merupakan unit di bawah
Perkhidmatan Farmasi Pesakit Dalam, Jabatan Farmasi. Fungsi
utama unit ini adalah membekalkan ubat untuk kegunaan
pesakit di dalam wad. Sebanyak 33 buah wad/unit yang
menerima perkhidmatan dari unit ini. Di samping itu,
perkhidmatan pembekalan untuk pesakit discaj juga beroperasi
di Unit Farmasi Satelit iaitu selepas jam dua petang setiap hari
bekerja. Selepas pukul lima petang, Unit Farmasi Satelit akan
membuka perkhidmatan kepada pesakit dari Unit Kemalangan
dan Kecemasan, Klinik Staf dan USAINS. Pada hari kelepasan am,
Unit Farmasi Satelit beroperasi 24 jam sehari untuk semua kes.
KAKITANGAN
Seramai 23 orang kakitangan yang ditempatkan di unit ini, dan
ianya melibatkan gred-gred jawatan sebagaimana berikut:
OBJEKTIF KUALITI UNIT
Bekalan ubat unit dos disiapkan dalam tempoh 1 jam 45 minit
bagi Carta Pengubatan yang diterima sebelum pukul 10.30 pagi.
Bagi Carta Pengubatan yang diterima pada dan selepas pukul
10.30 pagi hingga 12 tengahari, masa yang diambil untuk peny-
iapan bekalan ialah 3 jam.
KPI UNIT FARMASI SATELIT.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
1) Pembekalan ubat kepada pesakit di dalam wad melalui
sistem unit dos
Unit Farmasi Satelit beroperasi selama 24 jam dan ia berperanan
membekalkan ubat kepada pesakit di dalam wad secara sistem
unit dos dan stok wad. Pembekalan bersama troli dilakukan
sebanyak 3 kali seminggu iaitu pada hari Ahad, Selasa dan
Khamis. Setiap wad akan menghantar Carta Pengubatan pesakit
bersama troli ubat ke Unit Farmasi Satelit untuk proses
pembekalan ubat. Carta Pengubatan pesakit disaring oleh Pe-
gawai Farmasi dari segi kesesuaian regimen ubat. Seterusnya
ubat-ubat dibekalkan bagi setiap pesakit dan dimasukkan ke
dalam laci troli ubat berkaitan. Sebanyak 33 buah wad yang
menerima perkhidmatan dari unit ini.
2) Pembekalan ubat untuk stok wad
Selain pembekalan ubat kepada pesakit di dalam wad melalui
sistem unit dos, ubat-ubat juga dibekal sebagai stok wad seperti
sediaan drip, ubat-ubat yang disimpan di dalam troli
kecemasan, sediaan-sediaan yang lazim digunakan di wad
(termasuk sediaan berbentuk injeksi, oral dan mikstur/losyen),
item Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik.
Ubat-ubat yang disimpan sebagai stok wad (selain Dadah
Berbahaya dan Bahan Psikotropik) dipesan melalui buku
pesanan berdasarkan senarai ubat dan kuantiti yang telah
ditetapkan untuk setiap wad.
Bagi Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik, pembekalan
adalah berdasarkan buku pesanan khas Dadah Berbahaya dan
Bahan Psikotropik dan mengikut Akta Dadah Berbahaya dan
Akta Racun 1952.
3) Pembekalan ubat untuk pesakit discaj, pesakit dari Jabatan
Kecemasan, Klinik Staf, Klinik Pergigian dan juga pesakit USAINS
Operasi 24 jam di unit ini menyediakan perkhidmatan selepas
waktu pejabat untuk pesakit discaj, pesakit dari Jabatan
kecemasan, Klinik Staf, Klinik Pergigian dan juga pesakit USAINS
dan lain-lain preskripsi. Unit Farmasi Satelit membuka kaunter
pendispensan untuk pesakit discaj bermula jam dua petang.
4) Prabungkus ubat-ubatan
Aktiviti prabungkus ubat-ubatan juga dijalankan di unit ini. Ubat-
ubat yang diprabungkus adalah meliputi hampir kesemua ubat
yang dipreskrib oleh pegawai perubatan. Ubat-ubat yang
terlibat meliputi sediaan tablet/kapsul, sediaan sirap, losyen dan
krim.
5) Pemeriksaan ubat-ubatan, Dadah Berbahaya, Bahan
Psikotropik dan Troli Kecemasan
Pemeriksaan ubat-ubatan di wad/unit dijalankan oleh Pegawai
Farmasi dan Polong Pegawai Farmasi secara berjadual. Ianya
melibatkan 39 unit iaitu meliputi wad-wad, Jabatan A&E, Dewan
Bedah , Unit „Pain Management‟ , Makmal Pemeriksaan Klinikal
(ECHO), Makmal Kardiologi Invasif (ICL) , Unit Endoskopi dan
Jabatan Radiologi. Pemeriksaan item troli kecemasan serta da-
dah berbahaya dan bahan psikotropik adalah sebagaimana
dijadualkan.
6) Pemantauan ubat bukan standard
Unit Farmasi Satelit juga menjalankan pemantauan dan penga-
walan bagi ubat bukan standard. Sebanyak 287 permohonan
ubat bukan standard telah diterima oleh unit ini sepanjang tahun
2011.
PENUTUP
Unit Farmasi Satelit merupakan salah satu unit yang besar di
dalam Jabatan Farmasi. Dalam usaha memberikan
perkhidmatan yang terbaik pihak Unit Farmasi Satelit sentiasa
menjalankan aktiviti penambahbaikan. Antara aktiviti yang baru
dilaksanakan ialah penggunaan klip kertas pada Carta
Pengubatan Kumulatif untuk setiap pesakit. Ia bertujuan
memudahkan pencarian maklumat pesakit apabila pesakit
bertukar katil atau wad. Hasilnya masa yang diambil bagi proses
pencarian adalah lebih singkat. Klip akan diguna semula untuk
kes lain selepas pesakit keluar wad, dengan itu penggunaan klip
dapat dikurangkan. Aktiviti pemulangan ubat-ubatan yang
dijalankan di Unit Farmasi Satelit telah menyumbang sebanyak
RM17680.14 bagi tahun 2011. Antara penambahbaikan yang
sedang diusahakan ialah penyediaan modul preskripsi secara
talian bagi bekalan ubat untuk pesakit dalam wad.
10
UNIT FARMASI JABATAN FARMASI HUSM
MAKAN NASI
Penurunan berat badan adalah berkaitan dengan kalori.
Apa sahaja jenis diet, pelan senaman atau trend kesi-
hatan dan kecergasan, kesemuanya berkembang dari-
pada fakta asas bahawa penurunan berat badan adalah
sepenuhnya tentang kalori…..lebih tepat lagi kalori defisit.
Contoh:
Keperluan Kalori Harian (KKH) Adam (bukan nama se-
benar) adalah sebanyak 2464 kalori, Berikut merupakan
menu Adam setiap hari.
Baiklah, kini kita ada pengambilan makanan biasa Adam
– 2,845 kalori dan kita juga tahu bahawa KKH Adam
adalah 2,464 kalori. Dengan ini kita boleh buat kesimpulan
berikut.
1. Berat Adam kian bertambah! Pada kadar (2,845 – 2,464)
atau 381 kalori setiap hari.
2. Jika Adam mahu mewujudkan 550 kalori defisit, Adam
hanya boleh mengambil (2,464-550) atau 1,914 kalori.
Bagaimanakah caranya???? Kita bantu Adam kurangkan
kalori, tetapi NASI TETAP ADA DALAM MENUNYA!!!!
Jadual Makanan Baru Adam
Hasilnya!
Kalori defisit Adam di sini adalah (2,464 – 1,655) atau 890
kalori. Ini akan membantunya menurunkan lebih daripada
5kg dalam 5 minggu! Hebat kan!
Dengan pelan pemakanan baru Adam, dia masih boleh
makan dan boleh menikmati teh tarik kegemarannya.
Jadi, anda perlu menganalisis pengambilan makanan
anda, bahagikan kalori dan buat perubahan yang sesuai
agar kalori defisit anda sekurang-kurangnya 550 kalori.
Bagaimanakah anda ingin mengetahui Keperluan Kalori
Harian Anda, nantikan di keluaran seterusnya!!
Courtesy from : E-book of Kevin Zahri (Panduan Kurangkan 5kg dalam 5 Minggu)
Hidangan Saiz Hidangan Kalori
Sarapan
Nasi Lemak 1 Paket 340
Daging Rendang 1 Ketul 165
Telur 1/2 50
Teh Tarik 1 Gelas 70
Snek
Nescafe (gula +
susu)
1 Gelas 90
Karipap 2 Ketuls 160
Makan Tengah Hari
Nasi Putih 1 Pinggan 220
Ayam Goreng,
Drumstick
1 Ketul 220
Sayur-sayuran 1 Hidang 40
Telur Goreng 1 Biji 110
Jus Oren 1 Gelas 80
Snek
Teh Tarik 1 Gelas 70
Roti Canai den-
gan kari
1 Keping 340
Tembikai 1 Hidang 60
Makan Malam
Nasi Goreng +
Ayam
1 Pinggan 350
Sate 5 Cucuk 200
Nescafe Ais 1 Gelas 110
Snek Malam
Milo 1 Gelas 170
Jumlah Kalori 2,845
Hidangan Saiz Hidangan Kalori
Sarapan
Nasi Putih 1/2 Hidangan 110
Daging Rendang 1 Ketul 165
Telur, Putih Sahaja 1/2 20
Teh Tarik 1/2 Gelas 35
Air Kosong 1 Gelas 0
Snek
Nescafe (Tiada gula
atau susu)
1 Gelas 0
Protein Shake 1 Hidangan 90
Roti, Wholemeal 1 Keping 90
Makan Tengahari
Nasi Putih 1/2 Pinggan 110
Ayam Panggang,
Dada
2 Ketul 240
Sayur-sayuran 1 Hidangan 40
Jus Oren 1 Gelas 80
Snek
Teh Tarik 1/2 Gelas 35
Susu, Lemak Rendah 1 Gelas 80
Tembikai 1 Hidangan 60
Makan Malam
Nasi Putih 1/2 Pinggan 110
Tomyam, Ayam 1 Mangkuk 200
Nescafe Ais 1 Gelas 110
Air Mineral 1 Gelas 0
Snek
Susu, Lemak Rendah 1 Gelas 80
Jumlah Kalori 1,655
tetapi tetap kurus!!!
11
tips
segmen
Kepada : Warga UFPL
Ucapan: Syabas dan tahniah serta
syukur diucapkan kepada semua
staf UFPL atas usaha & kerjasama
kearah mempertingkat & memper-
tahan pencapaian prestasi unit.
Daripada : NMN
Kepada : Ibu-ibu muda UFPL
Ucapan: Selamat menyambut baby
pertama kepada semua ibu-ibu muda
UFPL. Banyak "claim"2 yang dinikmati di
UFPL. Teruskan
Daripada : NMN
12
sampaikan
segmen
Kepada : BLC 501
Ucapan: Selamat menjadi ATUK
le....join the club
Daripada : DBT 360
Kepada : Staf baru Jabatan farmasi HUSM
Ucapan: Syabas dan tahniah serta syukur
kerana terpilih menjadi sebahagian dari-
pada kami.
Daripada : MH2
Kepada : Adik Baru Satelit
Ucapan: Salam muhibbah dan
selamat datang kepada adik baru
satelit
Daripada : kak Ngah Satelit
Kepada : Pasukan Futsal
In-Pt
Ucapan: Tahniah
kepada pasukan Futsal
In-Patient. Tu baru anak
buah main, kalu kapten
main sure juara
Daripada : Kapten In-pt
Kepada : Ibu, bapa guru
Ucapan: Selamat Hari Ibu kepada
yang dah jadi ibu, Selamat Hari
Guru kepada semua guru dan se-
lamat Hari Bapa kepada semua
bapa
Daripada : Abe Chik
Kepada : Kak Ja
Ucapan: Buat Kak Ja…hati-hati
„posting‟ tu….Sabor ye…
Daripada : Zura
Kepada : Pokcik Ishak
Ucapan: Tahniah buat Pokcik Ishak
diatas kenaikan pangkat….Tabik
bos
Daripada : Zura
Hi, nama
saya Nadiah
Kepada : Semua Warga Farmasi
Ucapan: Buah Cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kami budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
Salam muhibbah daripada
kami
Daripada : Majdiah, Nooraini, Nadiah &
Nur Aimi
Kepada : All PRP‟s that leaving
Ucapan: Wish you all have a good journey
and get the posting you want
Daripada : Man Fye Goh
Saya suka main bola
Kepada : DCA 2623,
Ucapan: Handsome sakan ESTIMA. .
Daripada : DCA 159
Kepada : Ahli Kontigen Sukan Farmasi
Hospital USM Kelantan 2013
Ucapan: Tahniah kerana berjaya me-
wakili Jabatan Farmasi. Selamat berjuang
dan semoga kita menjadi juara. Majulah
sukan untuk jabatan
Daripada : MH2
Coretan Kenangan UKIDS(U)
U ~ Ungkapan yang sukar dilupai
K ~ Kenangan bersama sentiasa di hati
I ~ Indah sungguh kemesraan itu
D ~ Debaran kini kian terasa
S ~ Semakin hampir saat perpisahan
U ~ Untuk semua kenang daku dalam doamu
UKIDS(U) ……
4 tahun sempatku menimba ilmu dan pengalaman darimu.
Bemula dalam stor hinggalah ke bahagian pembekalan.
Dari U29,U32 KUP hingga U32 hakiki sempat ditempuhi.
Segala dugaan dan cabaran telah dilalui.
Kepada Pn.Hjh. Norita dan Cik Fizah terima kasih atas segala tunjuk
ajar.
Setiap Ilmu dan pengalaman yang dicurah tetap tersemat di dada.
Seribu kemaafan andai ada salah dan silap atau perlakuan yang
kurang menyenangkan.
Segala kekurangan harap dilupakan semoga hilang dalam ingatan.
Kepada Tn.Hj. Shawal terima kasih atas segala ilmu yang diperturunkan.
Dari tak tahu menjadi tahu dari tak faham menjadi faham.
Kini kutahu proses „invoice‟, kenal „force close‟ dan „GRN‟.
„Order‟ Pharmaniaga pun ku tak takut lagi.
Kepada Kak Sura dan Pak Cik terima kasih kerana sentiasa membantu
bila saat memerlukan.
Kini anda bebas tiada lagi yang suka berebut cuti bila musim cuti
sekolah.
Tahniah dan syabas kini anda rakan kongsi yang seia sekata.
Kepada Za, Ja, Wani, Abe Yie, Faiz dan Zura, terima kasih jua atas
segala komitmen yang diberi. Anda semua adalah yang terbaik.
Kepada Kak Da, Na, Za dan Ya, terima kasih juga kerana sentiasa
membantu terutamanya masalah komputer.
Kak Da dan Na UTL tidak dilupakan.
Sampai di sini dulu celoteh saya kali ini semoga ada kesempatan di lain
kali jumpa lagi.
Jari sepuluh saya susunkan andai ada yang tesalah dan terkasar
bahasa. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan yang kurang itu
dari kelemahan saya sendiri
WASSALAM
Hasil Nukilan,
Hasmah Hamid
Pantun - Jabatan Farmasi.
Berdaya saing serta berinovasi
Status pentadbiran sebuah jabatan
Sudah lama Farmasi beroperasi
Sejak HUSM mula diperkenalkan.
Mulai khidmatnya di tahap biasa
Semakin mantap membawa perubahan
Jabatan Farmasi sudah pun dewasa
Kerana usianya dah tiga puluhan.
Bukan mimpi dan bukan berangan
Perkhidmatan meningkat terus berkembang
Bermula dari lapan orang kakitangan
Sekarang hampir dua ratus orang.
Mengukir nama peringkat awal
Menang pertandingan dapat anugerah
Jabatan Farmasi mulai terkenal
Apabila KMK mencatat sejarah.
Segala usaha amatlah bererti
Kerja yang sukar menjadi senang
Jabatan Farmasi ungguli kualiti
Kekalkan pensijilan hingga sekarang.
Kerja dilaksana secara berterusan
Hasilnya berkat bergelar johan
Program 5S Farmasi amalkan
Menjadi idola pencetus perubahan.
Demi maruah agama dan bangsa
Khidmat dicurah sepenuh minat
Warga Farmasi semuanya berjasa
Berkorban, berbakti sepanjang hayat.
Hasil Karya:
Hamas
13
karya staf
segmen
Hubungan partikel subatomik sesuatu atom adalah ibarat cinta pasangan proton dan neutron yang bersahabat ber-
sama elektron di dalam sebuah dimensi atom yang tak dapat dilihat secara pandangan zahir apatah lagi dilihat oleh
mikroskop. Pasangan nukleus yang lebih mesra dipanggil nombor jisim itu sentiasa ditemani elektron yang setia mengelil-
ingi dalam orbitnya tersendiri juga adalah disebabkan ikatan eletrostatik seumpama suatu sifat kasih bersahabat yang
bertaut. Sebagaimana yang ditakdirkan, neutron yang neutral mungkin berpisah dari pasangannya bagi membentuk
isotop yang berbeza yang membawa haluan yang berbeza dengan sifat fizikalnya juga berbeza untuk kegunaan
manusia yang juga berbeza-beza. Biarkan proton terpisah ditinggalkan neutron, ia masih lagi sebuah atom untuk ele-
men yang sama, begitulah peranan proton dan elektron yang begitu setia dan berharga dalam mengekalkan identiti
jati diri sebagai nombor atom yang mempunyai sifat kimia sama. Wujudnya tanpa dilihat namun impak jelas terasa, se-
begitu kerdil kecilnya atom ciptaan Ilahi tersebut namum ia mampu menghasilkan kuasa maha hebat yang mampu
menggugat umat.
MH2
METAFORA SIFAT ATOM
Konsep Pentadbiran Menurut
Perspektif Islam Pentadbir dan Pengurus memainkan fungsi penting
dalam sesebuah organisasi. Berjaya atau tidaknya sese-
buah organisasi, bergantung kepada pentadbiran dan
pengurusan yang cekap dan efisyen. Menyedari hakikat
ini, maka Pentadbir atau Pengurus perlu berpengeta-
huan lagi adil dalam melaksanakan tugasnya.
Ketua atau Pentadbir sesebuah organisasi yang cemer-
lang dan bijak sentiasa menjadikan Al-Quran dan Sun-
nah sebagai landasan dalam melaksanakan tugasnya.
Islam menghendaki pekerja diberi layanan sewajarnya.
Mereka tidak boleh dikenakan tugas yang sukar dan
diletakkan dalam satu keadaan pekerjaan yang memu-
daratkan kesihatan (fizikal/mental). Oleh itu seseorang
Ketua mestilah mempunyai komitmen yang tinggi
dalam menjaga kebajikan dan keadilan pekerjanya
secara komprehensif dalam setiap aspek, malah ia perlu
menyedari bahawa stafnya adalah suatu aset yang
tidak ternilai harganya !
Mereka yang mempunyai kelebihan dari segi pengala-
man, kreativiti dan berinovasi mempunyai „hak‟ untuk
kenaikan pangkat. Mereka hendaklah diberi peluang
dan menikmati upah yang menggembirakan bersama
keluarga mereka.
Dari Abu Juhaifah (Wahab Bin Abdullah) berkata, Nabi
S.A.W bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya un-
tuk Tuhanmu ada hak atas dirimu, untuk dirimu sendiri
juga ada hak atasmu, untuk keluargamu pun ada hak
atasmu maka berikanlah kepada setiap yang berhak itu
akan haknya masing-masing” (Riwayat Bukhari).
Dalam isu kenaikan pangkat atau hal-hal perjawatan,
Pentadbir mestilah benar-benar berintegriti. Ia mestilah
berdasarkan meritokrasi dan bukannya politik pejabat
ataupun secara “Cah Keting” !
Konsep menyayangi pekerja juga perlu dihayati dalam
Islam sehingga seseorang Pentadbir tidak boleh meng-
gunakan kata-kata kesat terhadap pekerjanya. Dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Termizi disebutkan
bahawa salah seorang yang bekerja dengan Rasulullah
S.A.W berkata bahawa beliau bekerja selama 10 tahun
dengan Baginda dan dalam tempoh itu, Baginda S.A.W
tidak pernah bercakap kasar terhadapnya.
Ketua sebagai Penyelaras tidak boleh bertindak sesuka
hatinya tanpa batas, malah mereka terikat dengan un-
dang-undang yang ditetapkan oleh Allah. Jika ada se-
barang keraguan atau masalah mengenai sesuatu
perkara, maka hendaklah merujuk kepada Al-Quran
dan Hadis.
Kaedah penyelesaian masalah yang berpaksikan Al-
Quran dan Hadis akan menghasilkan sesuatu keputusan
yang tepat, adil dan berhemah. Manakala Pentadbir
yang tidak menggunakan sumber Al-Quran dan Hadis
pula lebih cenderung menggunakan kekerasan dan
„gemar menghukum‟ sebagai penyelesaian terhadap
permasalahan yang timbul. Mereka sering mengabai-
kan aspek-aspek positif seperti nasihat, menjaga keai-
ban, maruah dan perasaan pekerja. Kesannya akan
lahirlah „pekerja sakit‟ yang tidak dapat melaksanakan
tugas dengan sempurna, yang seterusnya akan mem-
berikan impak buruk terhadap perkhidmatan dan pro-
duktiviti serta imej sesebuah organisasi di mata masyara-
kat umum.
Oleh itu, segala visi dan misi sesorang Pentadbir mestilah
realistik dan selari dengan tuntutan Syariat Islam.
Pentadbir berperanan menyemai nilai-nilai murni dan
etika yang tinggi (integriti, akauntabiliti, responsibiliti,
kredibiliti dll) ke dalam jentera pentadbirannya untuk
melahirkan sumber manusia yang berskil “multi tasking”.
Sebenarnya konsep “multi tasking” ini telah dipelopori
oleh Rasulullah S.A.W beribu tahun dahulu lagi. Kerana
Baginda adalah Pemimpin Agama, Pemimpin Ekonomi,
Politik, Pertahanan, Perubatan dan banyak lagi.
Justeru konsep Mesra Ibadah yang diwar-warkan suatu
ketika dulu dilihat masih relevan dan mestilah
didendangkan semula serta diaplikasikan dalam
tugasan dan harian. Mudah-mudahan bertunaslah
budaya kerja cemerlang di kalangan pekerja
seterusnya dapat menggapai aspirasi organisasi serta
merealisasikan wawasan Universiti Apex di dunia ini dan
meraih kemuliaan di kemudian hari, Insyaallah.
Akhir kalam, Pentadbir mestilah Pemimpin. Pemimpin
bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin dan
akan disoal tentang kepimpinannya di akhirat nanti.
Nukilan,
Fakir Lena
I NEED AND LOVE U
You are only one
No one before and after You but … alone
No one beside You, together with You…single.
Every one needs You
Always and every time.
Forever.
When I need You
I am communicating You
Five time a day compulsory
Through a soul and heart
Together.
I need and loving You, since
Adam and Eve in heaven
Until all will be end
And coming face by face with You
In different world because
You are top and very superior.
You never need any one
For any purpose, any reason
But every one needs You closely
For survival of life
Better and better.
I love you, all time
Because You Are God
All things belong to You
Never beat You, You are nearby
With any one and so closed.
Written by: HAMAS 2012.
14
karya staf
segmen
PERKEMBANGAN
terkini di Jabatan Farmasi
http://www.kk.usm.my/husm/pharmacy/
SENARAI STAF BARU JABATAN FARMASI 2013
BIL. NAMA STAF PENEMPATAN BARU UNIT ASAL CATATAN
1. EN. EH NEM A/L CHA EAK PPSK (17 MAC 2013) UPDK PEMB. TADBIR (N17)
SENARAI PEGAWAI FARMASI PROVISIONAL 2013
BIL NAMA JAWATAN GRED NO. K/T I/C
1 MUHAMAD AKMAL MUHAMAD SAMUDI PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 4125 860301435121
2 NAJIHAH MOHAMAD SHUKRI PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5372 891119035262
3 GOH MAN FYE PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5902 880129075045
4 WAN IZZATI MARIAH WAN HASSAN PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5860 891102035354
5 MUHAMMAD FA-IZ ZAINUDIN PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5999 890918035539
6 AHMAD TARMIZI AHMAD ZAWAWI PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 4921 860328335489
7 AHMAD FIRDAUS AN NASR NASRI PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5003 880820295405
8 ASILAH CHE AYUB PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5028 880603115098
9 RABIATUL ADAWIYAH ADNAN PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 5040 880316035698
10 AHMED ISKANDAR AZHAN PEG. FAR. PROVISIONAL U41 PRP 6109 890324035371
STAF JABATAN FARMASI YANG BERTUKAR 2013
ZAKIAH MOHAMED
UPDK
PEMB. TADBIR (N17)
SITI NADIAH MUHAMAD SUHANE
UFS
PEN. PENGARAH
(FARMASI) U41
SHAHRUL AMIN BAHARUDIN
UPDK
PEMB. TADBIR (N17)
MAJDIAH
MOHAMAD YUNUS
UFPL
PEN. PENGARAH
(FARMASI) U48
NOORAINI OMAR
MAKMAL
PEN. PENGARAH
(FARMASI) U48
NUR AIMI MUHAMAD
KLINIKAL
PEN. PENGARAH
(FARMASI) U41
MUHAMMAD AZWAN HASSAN
UPDT
PEN. PEG. SAINS (C32)
top related