photoshop dan kegunaannya dalam pendidikan
Post on 22-Jul-2015
200 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TUGASAN
TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN ISLAM
(PENGGUNAAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DAN DAKWAH)
DISEDIAKAN OLEH:
MUHAMMAD LUKMAN ALHAKIM BIN SHAMSUL BAHRI (IEB110027)
MUHAMMAD SYAKIRIN BIN YUSLAN (IEB110032)
PENSYARAH:
PN SALINA BUSRAWI
PENGENALAN KEPADA TEKNOLOGI MAKLUMAT
Definisi ICT
ICT merupakan akronim atau singkatan daripada perkataan 'Information and Communication
Technology' yang bermaksud Teknologi Komunikasi Maklumat. Teknologi maklumat boleh
ditakrifkan sebagai sebarang kaedah yang digunakan untuk memindah, menyebar dan
memapar maklumat.
Teknologi Maklumat (Information Technology) atau IT dan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (Information and Communication Technology) atau ICT merupakan teknologi
yang diperlukan untuk pemprosesan data. Ruang lingkup tajuknya sangat luas berkenaan
segala aspek dalam pengurusan dan pemprosesan maklumat. Secara tepat dan mudah
penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan,melindungi, memproses,
memindah, melihat, dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan waktu.
Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,
penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.
Teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan
televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam
menyampaikan maklumat kepada penerima.
Definisi Maklumat
Menurut Paisley dan Chen (1982) di petik daripada Brown (1997) 'Information can be defined
both structurally and functionally. Structurally it is a system og encoding a message so that it can
be stored, retyrieved and manipulated and functionally it is something that alters a person
cognitive organisation'.
Oleh itu, maklumat boleh dikatakan sebagai sesuatu yang memberi kesan kepada cara
seseorang berfikir. Ia terkandung di dalam mesej yang boleh disimpan, dicapai dan
dimanipulasikan.
Definisi komunikasi
Komunikasi pula dirujuk sebagai "The interchange of information and again
may be viewed in terms of the structure of that structure of that
interchange or its function in affecting people's iunderstanding and
knowledge. Information and communication are, therefor, inextricably
linked (Brown 1997). Daripada definisi tersebut, komunikasi boleh
dirumuskan sebagai proses penukaran maklumat (interchanging information).
Manakala teknologi komunikasi (ICT) pula terdiri daripada perkakasan
telekomunikasi yang digunakan untuk menyalur dan mengakses
maklumat. Antara contoh perkakasan telekomunikasi ialah fiber optik,satelit, telegraf, modem
dan sebagainya.
Perkataan telekomunikasi ini pula berasal daripada perkataan Greek ' tele'
yang bermaksud 'sangat jauh'. Ianya memerihalkan penghantaran maklumat dari jarak jauh
tanpa mengubah kandungan maklumat tersebut.
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi
maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang
digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat
berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks,
grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu
seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan.
Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data
dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan
dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global. Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan Negara Brunei Darussalam
perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan untuk membangunkan ummah yang progresif
dengan senantiasa bertawakal kepada Allah SWT serta menjaga keluhuran nilai dan etika
bangsa dan agama dengan mengamalkan konsep Melayu Islam Beraja.
KEPELBAGAIAN TEKNOLOGI DAN PENGARUHNYA
Zaman beralih dan musim berubah. fasa demi fasa perubahan dunia telah berlaku. Dari
zaman falsafah ke zaman Renaissance, bertukar pula ke zaman industri dan zaman atom, kini
sampailah pada hari ini yang disebut dengan zaman teknologi maklumat (ICT). Dalam setiap
zaman yang dilalui oleh manusia telah menempuh pelbagai cabaran dan sepatutnya manusia
memperoleh pelbagai inputbaharu. Daripada pelbagai sumber pengetahuan, penemuan bidang
ICT telah berjaya menginjak tamadun dunia kepada situasi yang lebih kompetitif. Teknologi ICT
telah mewajarkan manusia mencapai pelbagai kemajuan lebih-lebih lagi dalam bidang ilmu
pengetahuan dan maklumat yang paling canggih. Sesungguhnya, kemajuan teknologi ini
meninggalkan pelbagai implikasi atau kesan sama ada implikasi yang positif atau negatif.
Kehadiran teknologi maklumat merupakan anugerah istimewa kepada dunia pendidikan.
Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya teknologi maklumat.
Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung elektronik dengan adanya teknologi
ini. Keupayaan menghantar, menerima dan memproses maklumat telah dapat diperluas.
Penerimaan ilmu tidak lagi melalui perantaraan antara guru dengan pelajar sahaja, malah
dilakukan dengan menggunakan komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan
kayu, sebaliknya alam maya. Contohnya, cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan di
surat khabar menjelaskan hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, “Jika anda sakit dan tidak dapat
menghadiri sekolah, kami akan menghantar guru ke rumah anda!” Iklan tersebut memaparkan
gambar seorang budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa
perlu pergi ke sekolah. Begitulah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.
Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif dan
efisien dengan adanya kemudahan maklumat ini. Dunia hari ini heboh tentang e-niaga iaitu cara
perniagaan melalui elektronik. Syarikat-syarikat e-niaga muncul seperti cendawan tumbuh
selepas hujan. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman sesawang mereka
beserta alamat mel elektronik atau e-mel. Kini, istilah www.sesuatu.com.my bukan lagi satu
perkara yang asing. Pelbagai barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan
sahaja dari peringkat glokal malah dari seluruh pelusok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia
juga tidak ketinggalan dalam hal ini malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar
yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak melalui e-
mel. Jadi, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa kesan positif dari aspek
perniagaan.
Di samping itu, kemajuan teknologi maklumat juga meningkatkan kualiti dan produktiviti
keluaran industri kita. Perkembangan teknologi maklumat secara langsung atau tidak membantu
meningkatkan produktiviti manusia. Semua kerja dapat dijalankan dengan cepat, tepat serta
dengan kesilapan yang amat minimum. Umpamanya, dengan adanya e-mel, sesuatu maklumat
dapat dihantar dengan cepat melewati batas sempadan negara, masa dan ruang. Tanpa teknologi
maklumat, kita tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa. Produk kita akan dicap sebagai
ketinggalan zaman. Mujurlah, kerajaan Malaysia siang-siang lagi telah memberi tumpuan kepada
pembangunan teknologi maklumat. Hal ini dapat dibuktikan ketika Bill Gates, insan terkaya di
dunia melawat Koridor Raya Multimedia atau lebih dikenali sebagai Multimedia Super Corridor
(MSC) di kawasan seluas 750 kilometer persegi, dari Kuala Lumpur City Centre (KLCC) hingga
ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), beliau memuji Malaysia sebagai
negara yang paling serius dalam membangunkan pusat multimedianya. Oleh itu, terbuktilah
bahawa pembangunan teknologi maklumat membolehkan Malaysia berdiri sama tinggi, dan
duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Dari segi sosialnya pula, pembangunan teknologi maklumat mengeratkan hubungan
antara rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia sama ada yang berada di dalam negara atau yang
berada di luar negara atas urusan pelajaran atau perniagaan dapat berhubungan dengan ahli
keluarga dan sahabat handai pada bila-bila masa. Mel elektronik boleh diterima dan dihantar dari
mana-mana pelosok dunia. Maklumat, berita, ucapan dan pandangan dapat disalurkan agar
rakyat dapat membuat keputusan yang rasional dalam kehidupan seharian. Hubungan melalui
mel elektronik bukan sahaja mudah malah jauh lebih murah daripada panggilan telefon dan jauh
lebih pantas daripada penghantaran surat. Selain itu, hubungan antara negara terutamanya
pemimpin politik dan tokoh perniagaan juga berjalan lancar melalui internet. Semangat
persefahaman dan kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan rakyat pelbagai negara dan
berbilang kaum. Bukankah teknologi ini satu anugerah yang tiada tolok bandingnya?
Walau bagaimanapun, pembangunan pesat teknologi maklumat tidak bebas daripada
implikasi negatifnya. Internet hari ini lebih menjurus kepada aspek-aspek negatif yang
boleh menggugat keamanan negara. Maka, tidak hairanlah apabila terdapat sesetengah pihak
yang menggunakan teknologi ini untuk yang menyampaikan khabar yang tidak berasas
dan berbaur fitnah. Di Malaysia sendiri, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
menggunakan kemudahan internet untuk menyebarkan khabar-khabar angin. Contohnya,
terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa akan berlaku rusuhan kaum pada 13 Mei, 1999
di Chow Kit, Kuala Lumpur yang disebarkan melalui internet pada suatu ketika dahulu. Khabar
angin ini pasti mempengaruhi rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini
boleh membawa kemudaratan kepada negara kita sendiri. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi
pergerakan golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh
negara dan rakyat kita. Aspek negatif internet inilah yang sukar dibendung oleh sesiapa.
Teknologi maklumat juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah terutamanya
dalam kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi mengisi kebanyakan daripada
ruang maya dalam internet. Remaja yang mendahagai pengetahuan seks dijadikan sasaran utama
peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini yang bersikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing ingin mengaut keuntungan besar dengan memberikan
perkhidmatan berunsur seks mereka itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam.
Masalah ini juga merebak dengan cepat bagai belut diketil ekor dalam kalangan pelajar sekolah
tidak kira lelaki atau perempuan. Hal ini turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa.
Hampir semua pelajar sekolah hari ini terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe
siber di merata-rata tempat memburukkan keadaan lagi. Kafe-kafe ini merupakan pusat
perkembangan dan perkongsian maklumat negatif dalam kalangan remaja dan belia.
Sesungguhnya, teknologi maklumat sememangnya menyebarkan unsur-unsur lucah dan
meningkatkan kebajetan akhlak remaja kita.
Sebagai penutup bicara, teknologi maklumat membawa pelbagai kebaikan, namun pada
masa yang sama memberi laluan kepada aneka keburukan yang mampu melanda negara kita.
Jadi, sebagai pengguna yang bijak kita tidak harus menyalahgunakan kemudahan teknologi
maklumat ini. Semua pihak harus bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengambil langkah
sederap untuk memastikan tiada unsur negatif yang berlaku seiring dengan ledakan teknologi
berinformasi ini. Sudah menjadi tugas kita bagi mengambil yang jernih dan membuangkan yang
keruh. Semoga impian negara untuk melahirkan masyarakat yang maju dan berinformasi tercapai
bagi memudahkan negara merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020.
PENGENALAN KEPADA ADOBE PHOTOSHOP
Adobe Photoshop, atau biasa disebut Photoshop, adalah penyunting grafik yang dikembangkan
dan diterbitkan oleh Adobe Systems yang dikhaskan untuk penyuntingan foto/gambar dan
pembuatan kesan gambar. "Photoshop" bermaksud "kedai foto" dalam Bahasa Inggeris. Perisian
ini banyak digunakan oleh jurugambar digital dan perusahaan iklan sehingga dianggap sebagai
pasaran utama untuk perisian pengolahan gambar, dan, bersama Adobe Acrobat, dianggap
sebagai produk terbaik yang pernah dihasilkan oleh Adobe Systems. Versi kelapan aplikasi ini
disebut dengan nama Photoshop CS, versi kesembilan disebut Photoshop CS2 dan seterusnya.
Photoshop boleh digunakan pada Microsoft Windows, Mac OS X, dan Mac OS; versi 9 ke atas
juga dapat digunakan oleh sistem operasi lain seperti Linux dengan bantuan perisian tertentu
seperti CrossOver.
Ciri – ciri
Walaupun pada awalnya Photoshop dirancang untuk menyunting gambar untuk cetakan
berasaskan kertas, Photoshop yang wujud kini juga dapat digunakan untuk menghasilkan gambar
bagi Jaringan Sejagat. Beberapa versi terakhir juga menyertakan sekali aplikasi tambahan,
Adobe ImageReady, untuk keperluan tersebut.
Photoshop juga berkait rapat dengan beberapa perisian penyunting media, animasi, dan authoring
buatan-Adobe lainnya. File format asli Photoshop, .PSD, dapat dieksport ke/dari Adobe
ImageReady. Adobe Illustrator, Adobe Premiere Pro, After Effects dan Adobe Encore DVD
untuk membuat DVD profesional, menyediakan penyuntingan gambar tidak linear dan layanan
kesan khas seperti latar belakang, tekstur, dan lain-lain untuk keperluan televisyen, filem, dan
laman web. Sebagai contoh, Photoshop CS dapat digunakan untuk membuat menu dan butang
DVD.
Photoshop dapat menerima penggunaan beberapa model warna:
1) Model warna RGB
2) Model warna Lab color model
3) Model warna CMYK
4) Grayscale
5) Bitmap
6) Duotone
Versi terbarunya, yang dilancarkan pada April 2007, adalah versi 10. Program ini
dipasarkan dengan nama "Photoshop CS3." "CS" melambangkan kesepaduan barangan
Photoshop dengan aplikasi "Creative Suite buatan Adobe dan disebut "3" kerana program ini
adalah versi ke-3 sejak Adobe menyepadukan kedua-dua produknya. Ada beberapa pada
tambahan pada Photoshop CS3 seperti penuras dan alatan baru.
Untuk para penggemar fotografi, Adobe menyediakan turas "reduce grain" (mengurangkan
bijian) yang dapat membantu mengoptimumkan foto yang diambil dalam keadaan kekurangan
cahaya. Untuk "memperjelas" perbezaan produk CS dengan produk-produk Photoshop
sebelumnya, Adobe menghilangkan lambang mata Photoshop, yang digunakan dalam bentuk
yang berbeza-beza sejak versi 3 hingga versi 7. Photoshop CS dan CS2 kini menggunakan bulu
sebagai ikon dan bentuk pengenalannya.
Versi beta Photoshop CS3 telah dilancarkan untuk pengguna CS2 pada 15 Disember 2006.
Berbeza dengan Photoshop CS dan CS2 yang menggunakan bulu sebagai logonya, logo untuk
edisi ketiga ini berbentuk tipografi, dengan huruf 'Ps' berwarna putih dan berlatar belakang biru-
berkecerunan.
Versi terakhirnya dilengkapi dengan Adobe Camera RAW, sebuah plugin yang
dikembangkan oleh Thomas Knoll yang dapat membaca beberapa format file RAW dari kamera
digital dan mengimportnya terus ke Photoshop. Versi awal RAW plugin ini juga tersedia untuk
Photoshop 7.0.1 dengan tambahan AS$99.
KEMUDAHAN PHOTOSHOP
Toolbox
Toolbox disediakan bagi membolehkan anda memilih pelbagai fungsi seperti alat pemadam, alat
pengabur, alat penajam, alat penerang, alat penyala, membuat pilihan warna, membuat mask,
menulis, membentuk, dan mewarna. Kemudahan-kemudahan ini digabungkan dengan Brushes
iaitu alat untuk memberus dan Palettes iaitu alat untuk mengesan dan mengubah sesuatu imej
secara digital.
Rajah 1: Alat Toolbox
Palettes
Tiga jenis palettes yang biasa digunakan iaitu:
Layers
Kemudahan Layers telah menjadikan Photoshop sebagai sebuah perisian yang berkuasa
berbanding perisian-perisian penyunting imej yang lain. Bayangkan layers sebagai kepingan-
kepingan garam asid yang bertindih satu sama lain. Jika tidak terdapat apa-apa imej pada layer
atas, anda boleh menyelak layer di bawahnya. Di bahagian bawah sekali adalah lapisan bagi latar
belakang imej atau background. Background adalah lapisan yang dilindungi dimana filter dan
effects tidak boleh digunakan pada lapisan ini.
Rajah 2: Layers
History
History ialah papan yang mengandungi 20 perubahan terakhir yang berlaku pada imej anda.
Ini membolehkan anda bekerja pada imej-imej yang asli tanpa perlu membuka fail yang baru,
hanya klik pada history. Jika anda telah melakukan kesilapan semasa proses menyunting, anda
boleh memilih imej asli iaitu imej asal tanpa perlu risau jika anda kehilangan punca semasa
proses suntingan dilakukan.
Rajah 3: History
FUNGSI & KELEBIHAN ADOPE PHOTOSHOP
1. Membuat tulisan dengan efek tertentu,kelebihannya photoshop adalah mampu membuat tulisan
dengan bermacam-macam karakteristik,dan dapat mengubah bentuk tulisan menjadi lebih
kreatif dan inovatif dengan tool effect yang ada di dalamnya.
2. Membuat tekstur dan material yang beraneka dengan langkah-langkah tertentu.
Misalnya,seorang designer boleh membuat gambar. Contoh: daun, logam, air, dan yang lainnya.
3. Untuk memmbuat logo, banner, poster.
4. Aplikasi seni digital, aplikasi seni digital ini boleh menggunakan adobe ilustasion,kerana
menghasilkan karya ilustrasi grafik yang bersih, tetapi tetap saja menyarankan photoshop.
Kerana menekankan detail yang sangat cermat, dan manipulasi foto.
5. Mengedit foto dan gambar yang sudah ada
6. Memproses materi Web.
Photoshop juga digunakan untuk keperluan web, misalnya: kompresi file gambar agar ukurannya
lebih kecil, memotong gambar kecil-kecil (slice), dan membuat web photo gallery. Dengan
Adobe Image Ready, gambar yang sudah ada boleh dibuat untuk keperluan web, misalnya
menjadi rollover dan animasi GIF.
Photoshop Photoshop memiliki kemampuan untuk membaca dan menulis gambar berformat
raster dan vektor seperti .png, .gif, .jpeg, dan lain-lain.
Kekurangan Adobe Photoshop
1. Hanya mampu mengolah dan mengubahsuai ‘image’ yang sudah sedia ada sebagaimana
yang diambil daripada internet mahupun gambar ‘JPEG’ daripada kamera digital.
Photoshop tidak mempunyai kemampuan untuk mencipta ‘image’ yang baru.
2. Tidak semua fungsi ‘tools’ yang ada di dalam photoshop dikuasai oleh pengguna kerana
kebanyakkan pengguna hanya mahir menggunakan ‘tools’ yang menjadi rutin bagi
mereka dalam melakukan kerja-kerja pengubahsuaian gambar atau dalam menghasilkan
poster dan sebagainya.
3. Amat rumit untuk difahami akan semua fungsi yang ada di dalam Photoshop dan ianya
mengambil masa yang lama untuk dipelajari.
4. Perisian Photoshop memerlukan spesifikasi komputer atau laptop yang tinggi kerana
ianya sangat memerlukan ruang RAM yang besar. Cth RAM 4gb paling minimum untuk
menghasilkan kerja yang optimum.
Penggunaan Photoshop dalam konteks Pendidikan.
Secara umumnya bukan semua guru pandai menggunakan perisian ini namun jika ianya berjaya
dieksploitasi penggunaannya dalam pendidikan khususnya dalam menghasilkan sendiri bahan
bantu mengajar dengan kreativiti guru itu sendiri nescaya ini akan memberikan banyak manfaat
dan sangat efektif dari segi pengurusan kos kerana bahan bantu mengajar yang dihasilkan adalah
berkualiti tinggi dan ‘custom made’ berdasarkan kesesuaian yang difikirkan patut bagi guru dan
sesuai bagi pelajar.
Dengan perisian ini guru mampu mencipta sendiri buku peta minda sendiri, flash card, poster
hiasan kelas yang menarik, dan macam-macam lagi bahan yang boleh diterokai potensinya.
Namun sebagaimana disebut pada awal, tidak semua guru mempunya kemahiran untuk
menggunakan perisian ini secara optimum untuk dimanfaatkan dalam bidang pendidikan.
Selain itu, Photoshop juga merupakan salah satu perisian yang menjadi teras dalam pendidikan
seni visual dan grafik di sekolah menengah. Ini sememangnya sesuatu yang bagus sekiranya
perisian taraf standard professional sebegini dimasukkan di dalam kurikulum sekolah terutama
dalam bidang vokasional menengah kerana kemahiran dalam menggunakan perisian ini
membuka banyak cabang dan bidang yang meluas dari sudut pekerjaan yang bakal diceburi
selepas sekolah. Sebagai contoh, Jurureka grafik sememangnya amat diperlukan pada zaman
teknologi sekarang. Segalanya grafik bermula daripada gambar, papan iklan, kain rentang,
poster dan web grafik.
Penggunaan Photoshop dalam konteks dakwah.
Dalam konteks dakwah perisian ini digunakan dengan sangat meluas dalam pelbagai medium.
Bermula daripada penghasilan poster kata-kata hikmah, wallpaper hadis, karikatur dakwah dan
berbagai lagi. Di bawah pihak kami membawakan beberapa contoh grafik yang dihasilkan
menggunakan photoshop dalam menyebarkan dakwah islam.
Rumusan
Secara rumusannya perisian ini mempunyai potensi yang amat luas dalam pelbagai bidang
bermula daripada bidang periklanan, fotografi malah termasuk juga dalam bidang pendidikan
dan dakwah. Jika diperhatikan pada zaman ini sememangnya kos untuk mempelajari kemahiran
dalam menggunakan perisian ini amatlah mahal namun sangat berbaloi untuk dipelajari. Bagi
pandangan kami mahir dalam perisian ini amat memberikan nilai tambah yang banyak kepada
guru terutamanya dan potensinya ternyata amatlah meluas berbanding hanya menggunakan
powerpoint dan paint dalam menghasilkan bahan bantu mengajar.
top related