pj thn 4 kssr
Post on 05-Jan-2016
41 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
RANCANGAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 4
Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani
Tarikh : 17.10.2015
Hari : Sabtu
Masa : 8:15 – 9:15
Tahun / Kelas : 4 UTM
Bil. Murid : 25 orang
Modul : Gimnastik Asas
Tema / Tajuk : Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan
dengan lakuan yang betul.
Standard Pembelajaran : 1.1.1 Melakukan hambur tangan dari tempat tinggi dan mendarat
ke tempat rendah.
2.1.1 Mengenal pasti penyerapan daya semasa mendarat
dengan kedua-dua belah kaki.
5.1.4 Mematuhi peraturan keselamatan di tempat aktiviti.
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid-murid boleh:-
Psikomotor
(a) Berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan
pendaratan dengan lakuan yang betul.
Kognitif
(a) Berkebolehan mengaplikasi konsep hambur dan
pendaratan dalam pergerakan.
Afektif
(a) Berkebolehan mematuhi dan mengamalkan elemen
pengurusan dan keselamatan.
Bahan Bantu Mengajar : Peti lombol, tilam, mendarat dan bangku gimnastik
Penerapan nilai : Disiplin, Kerjasama, Patuh pada arahan, Semangat kesukanan.
EMK : Kreativiti dan Inovasi
1
Masa Aktiviti Butir Mengajar Organisasi Catatan
3 minit 1. Regangan 1. Murid membuat regangan dengan arahan guru. Individu Penerapan
nilai:-
Disiplin,
Patuh pada
arahan.
15 minit 1. Memanaskan
badan
- Gerak siku ke
lutut
1. Murid berdiri tegak dan membuka kaki seluas bahu.2. Murid di minta mengangkat kaki kanan ke paras dada
dan menyentuhnya dengan siku kiri.3. Murid di minta mengangkat kaki kiri ke paras dada
dan menyentuhnya dengan siku kanan.4. Lakuan mengikut kiraan guru.
Inidividu Penerapan
nilai:-
Disiplin,
Patuh pada
arahan.
15 minit 1. Balak tumbang 1. Murid berada dalam kumpulan kecil.
2. Murid melakukan aktiviti balak tumbang dengan
bimbingan dan bantuan guru.
(a) Murid perlu merendahkan badan ke hadapan dan
kedua-dua belah tangan perlu mencecah bangku
dengan menolak bahu dengan kuat untuk
membantu menghambur badan.
Individu Bangku,
Tilam
mendarat
2
(b)Murid menegakkan badan dan mendarat (baring) di
atas tilam.
(c)Guru perlu memastikan penyokong berada di sisi dan
menangkap bahagian hamstring.
(d)Langkah di atas dilakukan secara ansur maju dengan
mula dari tempat rendah.
4. Aktiviti ini diulang beberapa kali.
Langkah keselamatan:-
● Pastikan bangku dilapik dengan tilam.
● Sentiasa luruskan tangan semasa melakukan
balak tumbang untuk mengelakkan kepala
terkena bucu bangku.
● Pastikan mendarat dengan bahagian badan dan
elakkan dari mendarat dengan tengkuk.
Penerapan
nilai:-
Patuh pada
arahan,
Semangat
kesukanan,
Kerjasama.
10 minit 1. Hambur tangan
dan mendarat
1. Murid berdiri di atas peti lombol.
2. Murid melakukan hambur tangan di atas peti lombol
dan mendarat di atas tilam.
(a) Murid mendahkan badan ke hadapan dan apabila
kedua-dua belah tangannya mencecah peti lombol,
murid perlu ayunkan kaki belakang ke atas dengan
kuat (kaki kiri menyusul pergerakan kaki kanan).
(b) Badan perlu dilentik sedikit semasa melakukan
hambur tangan untuk memudahkan menghambur.
(c) Pendaratan dilakukan dengan lutut fleksi untuk
merendahkan pusat graviti bagi mendapatkan
kestabilan dan menyerap daya hentakan.
3. Aktiviti ini dilakukan secara bergilir-gilir.
4. Aktiviti ini diulang beberapa kali.
Individu
Langkah keselamatan:-
● Elakkan murid yang ada kecerderaan pada
tangan, bahu, pinggang dan tulang belakang
melakukan aktiviti ini.
Peti lombol,
Tilam
Penerapan
nilai:-
Disiplin,
Kerjasama,
Patuh pada
arahan,
Semangat
kesukanan.
3
15 minit 1. Permainan kecil
▪ Menghambur
tangan
1. Murid berada dalam kumpulan kecil.
2. Murid melakukan hambur tangan di atas peti lombol
dan mendarat dengan kedua-dua belah kaki di atas
tilam.
3. Setiap kali kaki bergerak semasa pendaratan akan
ditolak 1 markah.
4. Jika gagal mendarat, akan ditolak 5 markah.
5. Kumpulan yang menerima potongan markah yang
paling sedikit dikira sebagai pemenang.
Berkumpulan
Langkah keselamatan:-
● Elakkan murid yang ada kecerderaan pada
tangan, bahu, pinggang dan tulang belakang
melakukan aktiviti ini.
Peti lombol,
Tilam
Penerapan
nilai:-
Disiplin,
Kerjasama,
Patuh pada
arahan,
Semangat
kesukanan.
2 minit 1. Penyejukkan
badan
1. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan
bersama guru.
Individu Penerapan
nilai
Disiplin,
Patuh pada
arahan.
4
top related