prakata - ministry of healthjknlabuan.moh.gov.my/onlineapps/mystemv1/mystem2/manual/... ·...
Post on 30-Jan-2020
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
2
PRAKATA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera, salam 1Malaysia, Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan. Bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurnia-Nya telah dapat
Diharapkan agar manual ini dapat memberi panduan serta memudahkan kita bagi tujuan penggunaan
sistem ini. Insya-Allah.
Saya yang menurut perintah,
MOHD. YEOZREE IZWAN BIN JEMIL
Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Kesihatan Negeri Wilayah Persekutuan Labuan
E-Mel: yeozree@lbn.moh.gov.my
Tel: +6087-596141
saya menyiapkan Manual Penggunaan Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat bagi rujukan pengguna sistem ini.
1
SISTEM TEMPAHAN BILIK MESYUARAT
JABATAN KESIHATAN NEGERI W.P. LABUAN VERSI 1.0
A.MEMBUAT TEMPAHAN
1. Untuk membuat tempahan dan pengesahan tempahan dalam Sistem Tempahan Bilik Mesyuarat
(mySTEM), anda klik butang “Tempah” yang terdapat pada bawah kalendar. Anda dapat melihat
antaramuka login yang memerlukan ID Pengguna dan Katalaluan untuk membuat tempahan. Sila
dapatkan akaun login daripada unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi Jabatan Kesihatan Negeri
W.P. Labuan.
2. Anda akan dapat melihat laman utama bagi admin mySTEM seperti gambarajah yang memaparkan
senarai tempahan bulan semasa setelah berjaya login.
2
3. Anda akan dapat lihat menu pengguna seperti gambarajah seterusnya.
3
4. Untuk membuat tempahan, sila klik menu “Tempah” dan sebuah antaramuka baru yang
memaparkan borang tempahan seperti gambarajah. Tempahan hendaklah dibuat 2 hari sebelum bilik
mesyuarat hendak digunakan.
4
5. Anda perlu mengisi borang tersebut dan setiap medan adalah wajib diisi. Medan Pegawai hendaklah
diisi dengan nama sebenar bukan nama panggilan atau nama timangan. Ini bagi memudahkan urusetia
untuk menghubungi jika ada sebarang pertukaran atau masalah dan medan E-mel hendaklah diisi
menggunakan e-mel rasmi jabatan sahaja (sila masukkan alamat e-mel tanpa sambungan
“@lbn.moh.gov.my”).
6. Setelah selesai mengisi borang tempahan, klik butang “Tempah”. Jika tarikh yang dipohon sudah
ditempah oleh orang lain, anda akan dimaklum oleh sistem seperti gambarajah.
5
6
7. Jika tempahan dipohon tiada masalah, maklumat yang diisi tadi akan dipaparkan semula untuk
pengesahan. Jika semua betul, klik butang Sahkan Tempahan. Sistem akan memaklumkan bahawa
tempahan anda telah diterima dan notifikasi tempahan akan dihantar melalui e-mel kepada pemohon.
7
8. Anda boleh semak tempahan dengan klik tarikh yang ditempah pada kalendar. Warna kuning
bermaksud tempahan belum mendapat pengesahan dari usursetia. Jika sudah mendapat pengesahan,
ia akan bertukar warna merah.
8
9
9. Anda juga boleh membuat tempahan melalui cara kedua ini iaitu dengan mengklik di kalendar pada
tarikh yang hendak ditempah. Paparan seperti gambarajah akan terpapar dan klik terus pada “Tempah
Bilik”.
10
10. Paparan borang akan keluar dan isi borang seperti cara pertama tadi sehingga selesai.
9. Setelah selesai membuat tempahan, anda boleh membuat tempahan seterusnya atau keluar dari
sistem dengan klik Logout pada menu admin.
11
top related