prinsip asas kemoralan-ppt
Post on 11-Jan-2016
41 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Prinsip-prinsip Asas Kemoralan
Prinsip-prinsip Asas Kemoralan terbahagi kepada 3, iaitu;
Keadilan (Justice)
Autonomi (Autonomous)
Altruisme
• Nagel, Thomas (I970) menjelaskan perkataan altruisme sebagai “sesuatu sikap atau perbuatan yang;
- menyenangkan orang lain,- memanfaatkan dan - prihatin terhadap orang lain”.
• Oleh itu, altruis (altruist) ialah orang yang pemurah, atau dermawan.
Altruisme
Beliau juga berpendapat bahawa untuk memperoleh sifat altruism dalam diri sendiri, seseorang individu mesti iuga
bersifat;
Empati Bersifat terbuka & percaya
akan orang lain
Bertoleransi & boleh
menerima orang lain
Keadilan • Istilah ‘keadilan’ (justice) berasal daripada
perkataan Latin Justus yang bermaksud ‘law/ right’. Kini disebut sebagai ‘justice’.
• Menurut Kamus Dewan, ‘keadilan’ bererti;- sifat (orang, perbuatan, tindakan,
keputusan, undang-undang, hukuman dan lain-lain)
- yang wajar atau berpatutan, - tidak memihak kepada mana-mana (apabila
memutuskan sesuatu dan sebagainya).
• Konsep keadilan melibatkan sebarang perbuatan & kelakuan yang adil terhadap;
Diri sendiri & orang lain
Tidak merugikan
diri & orang lain.
Melayan semua orang dengan cara
yang saksama
• Contohnya, dalam aspek pemikiran, percakapan, perasaan serta perlakuan.
Keadilan penting dalam penilaian moral kerana prinsip ini amat berkaitan
dengan pemikiran atau pentaakulan.
Apabila konsep keadilan ini dipegang oleh seseorang individu, individu
tersebut akan sentiasa berfikiran secara rasional dalam apa jua keadaan pun.
Ini secara langsung membawa individu tersebut utk mengawal dirinya daripada
unsur-unsur yang buruk seperti perasaan tamak haloba, kemarahan
dan sebagainya.
Perbezaan antara prinsip etika altruisme & keadilan:
Altruisme adalah satu sifat yang bukan
sahaja amat mulia tetapi terlalu mulia.
Altruisme
Keadilan adalah sesuatu perkara
(perbuatan, kelakuan & tindakan) yang
rasional
Keadilan
Konsep autonomi melibatkan pertimbangan serta kebebasan dalam
memilih untuk melakukan sesuatu perbuatan atau sebaliknya.
Maksudnya, seseorang individu tersebut bebas untuk membuat apa yang diingini atau memberi sebab-sebab tertentu jika seseorang itu dihalang daripada melakukan apa
yang dirasakannya baik. Ia adalah berdasarkan kepada dua perkara iaitu kemahuan (yang ingin dibuat) atau paksaan (yang perlu
diketepikan).
Autonomi
• Pertimbangan atau tindakan seseorang tidak boleh dikategorikan sebagai bermoral jika dia melaksanakan sesuatu perkara yang disebabkan oleh paksaan dari luaran atau kepatuhan kepada autoriti secara membuta tuli.
• Ini disebabkan individu yang berkenaan tidak berupaya untuk bertingkah laku secara rasional dan adil.
• Walau bagaimanapun, prinsip autonomi ini tidak merangkumi perkara-perkara yang boleh meruntuhkan atau memusnahkan kebajikan orang lain.
• Contoh penyalahgunaan konsep autonomi;- Sekiranya tindakan seseorang tersebut memudaratkan orang lain ataupun melakukan sesuatu yang berkepentingan kepada diri sendiri.
top related