profil personaliti dominan pelajar tingkatan empat di tiga buah
Post on 20-Dec-2016
254 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
PROFIL PERSONALITI DOMINAN PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI TIGA BUAH
SEKOLAH MENENGAH DI ZON PASIR GUDANG, JOHOR BAHRU
PUSPA A/P SUPPIAH
Laporan ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2007
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda
Suppiah a/l Saminathan
Yang banyak memberi semangat dan galakan
Serta doa restu yang mengiringi perjuangan ini
Buat Ibuku
Pechai a/p Muthu
Yang banyak membantu serta memberi tunjuk ajar
Yang sentiasa memberikan sokongan dan dorongan
Yang turut mendoakan kejayaan ini
Buat Sahabat dan kakakku
Saripah Raudzah dan keluarga
Haslina dan keluarga
Yang sentiasa menghulurkan bantuan
Di saat aku amat memerlukan
Kenangan bersama kalian abadi dalam ingatan
Ya Tuhan
Berkatilah usahaku selama ini serta syukurku yang
Tidak terhingga atas segala rahmat yang kau limpahkan kepadaku
Kejayaanku adalah restu dan doa kalian
Terima kasih di atas segala-galanya
iv
PENGHARGAAN
Syukurlah, pertama-tamanya penulis melafazkan setinggi rasa syukur yang tidak terhingga
ke hadrat Tuhan Yang Maha Berkuasa kerana dengan limpah kurnia dan izinNya jua membolehkan
penulisan tesis ini sampai ke noktah yang terakhir.
Terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada Profesor Dr Mohd Tajudin Bin Haji
Ninggal selaku penyelia yang sentiasa melapangkan masa memberi panduan, bantuan,nasihat dan
sokongan moral yang padu dari peringkat perancangan hinggalah ke peringkat penyempurnaan
laporan penyelidikan ini.
Seterusnya penghargaan diberikan kepada Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan diatas
sokongan, pihak UTM kerana membiayai pengajian penulis dan penyelidikan yang dijalankan serta
semua warga Fakulti Pengajian Pendidikan yang telah banyak membantu penulis sama ada secara
langsung mahu pun tidak langsung.
Penyelidik juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua penyelidik yang
telah memberi kebenaran mengguna alat kajian mereka, ahli akademik yang menjadi panel yang
mengesahkan alat kajian yang diguna, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan
Negeri Johor,Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang, guru-guru dan para pelajar yang memberi
kerjasama di dalam penyelidikan ini.
Buat ibu bapa, sahabat serta insan-insan teristimewa yang sentiasa memberi sumbangan serta
sokongan, setulus ikhlas penghargaan yang tiada terhingga saya hulurkan di atas pengorbanan
mereka. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
memberikan kerjasama kepada saya menyempurnakan tesis ini.
Yang baik itu datang dari-NYA dan yang buruk itu adalah atas kelemahan saya sendiri. Semoga
Tuhan memberi rahmat kepada kita semua.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri personaliti pelajar serta melihat perbezaan personaliti
mengikut jantina, lokasi tempat tinggal, serta ciri personaliti yang dominan di kalangan pelajar.
Seramai 137 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada tiga buah sekolah di Zon
Pasir Gudang iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2, Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Penggawa Timur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor. Kaedah soal selidik telah
dijalankan bagi penyelidikan ini. Data yang telah dikumpul diproses secara deskriptif dalam bentuk
taburan kekerapan dan peratusan bagi demografi responden dan hipotesis kajian dianalisis secara
inferensi dengan bantuan perisian SPSS. Hasil dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang
signifikan dalam tiga tret personaliti (asertif, kepimpinan dan prihatin) diantara pelajar bandar dan
luar bandar. Akhir sekali, cadangan bagi kajian akan datang juga telah diutarakan di akhir
perbincangan.
vi
ABSTRACT
The research was conducted to identify students’ personality traits differences of personality in
relation to gender and location stay (urban versus rural area). The research was also conducted to
identify the students most dominant personality traits. A total 137 Form 4 students were involved in
this research from three different school in Zon Pasir Gudang which comprised Sekolah Menengah
Kebangsaan Pasir Gudang 2, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur and Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama Johor. The research was conducted by using questionnaires and the
data collected was presented descriptively by using frequencies and percentages. The hypothesis of
this study was analyzed by inferential technique with the help of SPSS. The finding of the research
indicated that there were significant differences in three personality traits ( assertiveness,leadeship
and caring ) between students from the rural versus urban area. Finally, some recommendation have
been put forward for future studies.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKASURAT
TAJUK TESIS
DEKLARASI ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xii
BAHAGIAN SATU
1 PENDAHULUAN 1
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 8
1.7 Definisi Istilah 8
1.7.1 Personaliti 8
1.7.2 Pelajar 10
1.7.3 Profil 10
1.7.4 Sekolah 10
1.7.5 Dominan 11
1.7.6 Opennes to Experience 11
1.7.7 Conscientiousness 12
1.7.8 Ektrovert 13
1.7.9 Agreeable 14
1.7.10 Neuroticisme 15
1.8 Profil Personaliti TAJMA(PPT-) 16
1.8.1 Asertif 16
1.8.2 Analitikal 16
1.8.3 Keterbukaan 17
viii
1.8.4 Keyakinan Diri 18
1.8.5 Kepimpinan 18
1.8.6 Jati diri 19
1.8.7 Prihatin 19
1.8.8 Intelektual 20
1.8.9 Pencapaian 20
1.8.10 Integriti 20
1.8.11 Kesempurnaan 21
1.9 Myers-Briggs Type Indicator (MBT) 21
BAHAGIAN KEDUA
II KAJIAN LITERATUR 24
2.0 Pengenalan 24
2.1 Istilah Personaliti Atau Sahsiah 24
2.2 Ciri-ciri yang Membentuk Personaliti 25
2.2.1 Intisari Bidang Personaliti 26
2.3 Klasifikasi Personaliti 26
2.3.1 Teori Psicoanalisis 26
2.3.2 Teori Trait 27
2.3.3 Teori Humanistik 28
2.3.4 Teori Jenis 28
2.3.5 Personaliti Mengikut Pandangan Islam 29
2.4 Identiti Lawan Kekeliruan Perasaan 30
2.5 Faktor-faktor yang mempengaruhi sahsiah 31
2.5.1 Baka 31
2.5.2 Persekitaran 32
2.6 Kajian Terdahulu Berkaitan Penilaian Personaliti 39
(Kajian Terdahulu)
2.6.1 Kajian Vasu Devan Raman Kutty (1991) 39
2.6.2 Kajian Zalizan Mohd Jelas 39
2.6.3 Kajian Noran Fauziah Yaacob (1988) 40
2.6.4 Kajian Koay, Siew Luan (1977) 40
2.6.5 Kajian Sh. Norashikin Syed Abu Bakar (1997) 40
2.7 Kajian Luar Negeri 41
ix
BAHAGIAN KETIGA
III METODOLOGI KAJIAN 45
3.0 Pengenalan 45
3.1 Rekabentuk Kajian 45
3.2 Tempat Kajian 46
3.3 Sampel Kajian 48
3.4 Kaedah dan Alat Kajian 48
3.5 Analisis Data 49
BAHAGIAN KEEMPAT
IV DAPATAN KAJIAN 50
4.0 Pengenalan 50
4.1 Latar Belakang Responden 51
4.1.1 Jantina 51
4.1.2 Sekolah 51
4.1.3 Bangsa 52
4.1.4 Tempat Tinggal 52
4.2 Analisis Deskriptif Profil Personaliti Pelajar 53
4.2.1 Profil Personaliti yang Lebih Menyerlah Di Kalangan 53
Pelajar Tingkatan 4
4.2.2 Melihat Perbezaan Personaliti Pelajar Mengikut 54
Jantina
4.2.3 Melihat Perbezaan Personaliti Diantara Pelajar 54
Bandar dan Luar Bandar
4.3 Kesimpulan 57
BAHAGIAN KELIMA
V PERBINCANGAN DAN CADANGAN 58
5.1 Pengenalan 58
5.2 Perbincangan Hasil Kajian 58
5.2.1 Latar Belakang Responden 58
5.2.2 Profil Personaliti yang Lebih Menyerlah Di Kalangan 59
Pelajar Tingkatan
5.2.3 Melihat Perbezaan Personaliti Pelajar Mengikut 62
Jantina
x
5.2.4 Melihat Perbezaan Personaliti Diantara Pelajar 63
Bandar dan Luar Bandar
5.3 Cadangan Kajian 63
5.3.1 Institusi Kekeluargaan 63
5.3.2 Sistem Pendidikan 63
5.3.3 Masyarakat 65
5.3.4 Kenegaraan 66
5.3.5 Cadangan Lanjutan 67
5.3 Kesimpulan 68
BIBLIOGRAFI 68
LAMPIRAN 73
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 48
Jantina
4.2 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 48
Sekolah
4.3 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 49
Bangsa
4.4 Taburan Kekerapan dan Peratus Responden Mengikut 49
Tempat Tinggal
4.5 Taburan Kecenderungan Responden Mengikut Ujian 50
Personaliti Di kalangan Pelajar Tingkatan 4
4.6 Taburan Perbezaan Personaliti Mengikut Jantina 51
4.7 Taburan Perbezaan Personaliti Pelajar Bandar dan 52
Luar Bandar
xii
SENARAI SINGKATAN
FPN Falsafah Pendidikan Negara
SMKPG2 Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2
SMKDPT Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur
SMKAJ Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor
JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual
FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
MBTI Myers-Briggs Type Indicator
xiii
ACKNOWLEDGEMENT
Praise is to the Almighty Allah the God of the Universe who gave me
chances to live this beautiful life. This piece of work would not become possible
without the contributions from many people and organizations. In this segment, I
would like to acknowledge each and every person who has contributed their effort in
xiv
this study by whatever means directly or indirectly. Most importantly, I would like to
acknowledge my supervisor, PM Dr. Aminah bt. Md. Yusof for her kind assistance
and advice, beneficial criticisms and observations throughout this master project.
I would also like to thank the respondents of this study that I had interviewed
and asked for help in improving my questionnaire survey form. Their precious
comments and ideas have provided me with very useful background data and
information. Not forgetting to all the contractors that help me by completing the
questionnaire survey, a special thanks to all of you. Your kind and generous help will
always be in my mind.
Many thanks go to my relatives back home especially to my beloved father
and mother, Mr. Jatarona b. Mohd Nor and Mrs. Zainab bt. Kulub M.Nasir. Not to
forget, my loving husband, Mr. Mohd Afdhal who has been supported me throughout
my study and to all my friends from whom I have received a great deal of support
while conducting this research as well as studying at UTM. For the rest of the
persons who had not been mention here, who have participated in various ways to
ensure my research succeeded, thank you to all of you.
ABSTRACT
For many years, the construction industry has relied on formal contracts to
define and enforce the obligations and rights of contracting parties. Nonetheless,
existing formal contracts are subject to some disadvantages hence and alternative is
required to address the issue. The objectives of this study are to study the current
xv
practice of construction contract, to analyze problems associated with the application
of traditional contract in Malaysia and to appraise the knowledge and the application
of Relational Contract in Malaysia. The data used in this study was collected
through literature study and questionnaire survey from Class A contractor in Johor
Bahru. Data was analyzed using Statistical Package for Social Sciences Software
(SPSS) and the results analyses were presented in frequency and average index
value. The finding shows that traditional contract has been identified to be the most
frequently used contract in Malaysia due to its familiarity to works with but there are
problem associated to the traditional contract. Potential barrier such as lack of client
knowledge also being identified in this study and lack of client knowledge is found
to be the most critical reason in adopting relational contract. The traditional contract
can be improved through the incorporation of Relational contract’s element such as
clearly defined scope, integrated project team, alignment of goals and open honest
communication. It can be concluded that relational contract is still new in Malaysia.
Many of the practitioners in the industry are not aware of this approach. However,
they agree that some of the elements in relational contract can be adopted in order to
overcome the weaknesses in traditional contract.
ABSTRAK
Industri pembinaan di Malaysia buat sekian lama bergantung pada kontrak
tradisional dalam mementukan tanggungjawab dan hak pihak –pihak yang
berkontrak. Walau bagaimanapun terdapat beberapa kelemahan dalam kontrak sedia
ada dan suatu pembaharuan diperlukan dalam menangani isu ini. Objektif yang
xvi
digaris dalam kajian ini ialah mengkaji jenis kontrak yang digunakan dalam industri
pembinaan dalam masa kini, menganalisa masalah yang berkaitan dengan
penggunaan kontrak di Malayasia dan untuk mengkaji pengetahuan serta aplikasi
Kontrak Perhubungan di Malaysia. Data dalam kajian ini diperoleh daripada kajian
literatur dan melalui borang soal selidik. Borang soal selidik ini telah diedarkan
kepada kontraktor kelas A di sekitar bandaraya Johor Bahru. Statistical Package for
Social Sciences Software (SPSS) telah digunakan dalam menganalisa data-data
tersebut. Hasil analisis telah dibuat dengan menggunakan dua kaedah iaitu data
frekensi dan nilai purata index. Analisis, kajian menunjukkan bahawa kontrak yang
lazim digunakan dalam industri pembinaan adalah kontrak tradisional. Ini kerana
kontrak tersebut mudah digunakan. Namun begitu, masih terdapat beberapa
kelemahan yang perlu ditangani. Faktor yang menghalang kontrak perhubungan
turut dikaji dan didapati faktor utama yang menghalang kontrak perhubungan ini
ialah kerana kurangnya pengetahuan berkaitan kontrak tersebut. Elemen dalam
kontrak perhubungan seperti penerangan skop yang jelas, intergrasi dainatra pihak
berkontrak, matlamat yang sama bagi setiap pihak dalam sesuatu projek serta
mengamalkan komunikasi yang telus dilihat dapat menangani kelemahan dalam
kontrak tradisional. Kesimpulannya, kontrak perhubungan ini masih baru di
Malaysia dan kebanyakan pihak tidak mengetahui tentang penggunaannya.
Walaubagaimanapun kebanyakannya bersetuju bahawa terdapat beberapa elemen
didalam kontrak perhubungan yang sesuai digunakan dalam menangani kelemahan
kontrak tradisional ini.
TABLE OF CONTENTS
CHAPTER TITLE PAGE
DECLARATION ii
DEDICATION iii
xvii
ACKNOWLEDGEMENTS iv
ABSTRACT v
ABSTRAK vi
TABLE OF CONTENTS viii
LIST OF TABLES xii
LIST OF FIGURES xiii
1 INTRODUCTION 1
1.1 Problem Statement 3
1.2 Aim and objectives 4
1.3 Research Methodology 5
1.4 Scope of Study 7
1.5 Importance of this Study 7
1.6 Conclusion 8
2 CONSTRUCTION CONTRACT 8
2.1 Introduction 8
2.2 Current Practice in Malaysia 8
2.3 Types of Contract Procurement used in Malaysia 9
2.3.1 Traditional Contract 10
2.3.2 Design and Build Contract 12
2.3.3 Management Contract 13
2.3.4 Construction Management 13
2.3.5 Hybrid 14
2.3.6 Miscellaneous Contracts 15
2.3.7 Term Contract 16
2.3.8 Selection Preferences Type of Contract 17
2.4 Traditional Contract 18
2.4.1 Why use Traditional Contract? 18
2.4.2 Criticism on Traditional Contract 20
2.4.3 Advantages and Disadvantages of 26
Traditional Contract
2.4.4 Limitation on Traditional Contract 29
xviii
2.5 Conclusion 30
3 RELATIONAL CONTRACT 31
3.1 Introduction 31
3.2 Relational Contract 31
3.3 Benefits of Relationship Based Contract 34
3.4 Potential Barriers to Adopting Relational Contract 36
3.5 Paradigm Shift from Traditional To Relational Contract 38
3.6 The use of Traditional Contract in Malaysia 39
3.7 Conclusion 40
4 METHODOLOGY 41
4.1 Introduction 41
4.2 Literature Review 41
4.3 Develop Questionnaire 42
4.4 Survey 43
4.5 Data Analysis 44
4.5.1 Frequency Analysis 44
4.5.2 Average Index Analysis 45
4.6 Conclusion 46
5 PRELIMINARIES ANALYSIS 47
5.1 Introduction 47
5.2 Data Collection 48
5.3 Respondent Background 49
5.3.1 Gender Distribution 49
5.3.2 Age Distribution 50
5.3.3 Position Distribution 51
5.3.4 Experience Distribution 52
5.4 Conclusion 53 6 ANALYSIS AND DISCUSSION 54
xix
6.1 Introduction 54
6.2 Traditional Contract 55
6.2.1 Contract that is regularly used 55
6.2.2 Problems with Traditional Contract 56
6.3 Relational Contracts 63
6.3.1 Knowledge on Relational Contract 63
6.3.2 Potential Barrier in adopting Relational 64
Contract
6.3.3 Element to be added in Traditional Contract 67
6.4 Conclusion 70
7 CONCLUSION AND RECOMMENDATION 71
7.1 Introduction 71
7.2 Objectives 72
7.2.1 Objective 1: To study the current study of 72
Construction Contract
7.2.2 Objective 2: To analyzed problems 72
Associated with the application of
Traditional Contract in Malaysia
7.2.3 Objective 3: To appraise the knowledge 73
and the application of relational contract
In Malaysia
7.2.4 Objective 4: To recommend an 73
improvisation of traditional contract
through Relational Contract elements
7.3 Conclusion 74
7.4 Recommendations for further study 74
REFERENCES AND BIBLIOGRAPHY 75
xx
LIST OF TABLES
TABLE NO TITLE PAGE
3.1 Attitudes and Behaviors 37
4.1 The level of Agree for Average Index Analysis 45
xxi
6.1 Analyses on Problem with Traditional Contract 57
6.2 Analysis on Potential Barrier in Adopting Relational 65
Contract
6.3 Analysis on added factors for Traditional Contract 68
LIST OF FIGURES
FIGURE NO TITLE PAGE
1.1 Methodology flow chart 6
2.1 Traditional Delivering Method 11
xxii
2.2 Stages in traditional method in delivering project 11
3.1 Partnering / Alliance Curve 38
5.1 Responses Percentage 48
5.2 The percentage of Gender Distribution 49
5.3 The Percentage of Age Distribution 50
5.4 The Percentage of Respondent Position in the company 51
5.5 The Percentage of Respondent Experience Distribution 52
6.1 The practice of contract procurement in the construction 55
Industry
6.2 Problem with traditional contract 56
6.3 Critical Problem with Traditional Contract 60
6.4 Problems with traditional contract: Less critical 62
6.5 Distribution of having problem with Traditional Contract 64
6.6 Potential Barrier in adopting Relational Contract 66
6.7 Element to be added in Relational Contract 68
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia sedang menuju ke era penggunaan teknologi multimedia
secara menyeluruh. Kementerian Pelajaran berhasrat untuk melahirkan pelajar-pelajar
yang berketerampilan dari aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).
Sehubungan itu kementerian telah melahirkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
yang merupakan aset yang utama untuk mengemudikan tenaga muda ke arah yang lebih
mantap. Justeru, seluruh usaha dan langkah yang diambil dalam sistem pendidikan
mestilah mengambil kira potensi dan keperluan setiap individu pelajar. Setiap individu
yang normal semenjak dari usia bayi telah memiliki potensi dan bakat yang boleh
diperkembang dan dipertingkatkan. Dewasa kini mereka telah terdedah lebih awal
dengan pelbagai sumber maklumat. Fenomena ini sedikit sebanyak boleh memberi
impak yang besar dalam perkembangan dan pertumbuhan fizikal, kognitif, psikomotor
dan emosi mereka.
Sistem pendidikan yang bersifat progresif dan dinamis bukan sahaja dapat
berperanan sebagai agen perubahan dan reformasi sosial dalam masyarakat membangun
tetapi juga dapat mewacanakan perkembangan budaya saintifik yang menjadi asas
percambahan dan ledakan kepada kemajuan sains, teknologi dan budaya. (Abd. Rahim
Rashid, 1997). Atas dasar inilah, maka pendidikan memainkan peranan asas di dalam
menangani isu-isu sosial remaja kerana saling berhubungkait di antara satu sama lain.
2
Adunan kedua-dua elemen ini iaitu pendidikan dan sosial remaja mampu untuk menjana
satu harapan baru jika pendekatan yang lebih holistik diperhalusi.
Sekolah adalah menjadi tempat utama dalam membentuk dan menghasilkan
pelajar yang bukan sahaja bijak tetapi juga berwibawa, berkarismatik dan berketrampilan
untuk menjadi pemimpin di masa hadapan. Bagi merealisasikan impian ini, para
pendidik perlulah mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup dalam pembentukan
konsep kendiri pelajar bagi menghasilkan generasi yang lebih berwibawa dan
berkeyakinan.
Menurut Parameswary Chelliah (1999) perbezaan individu bermaksud variasi
atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat
kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain
mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Antara aspek – aspek
perbezaan adalah seperti berikut :
( a) Fizikal
Perbezaan yang boleh dlihat dengan mata kasar dari segi rupa paras, susuk badan, jantina,
kemahiran fizikal dan kebolehan kerja tangan.
( b ) Emosi
Aspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung
kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira,
duka, suka,marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya.
( c ) Mental
Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman,
latar belakang, kebolehan akal (imaginasi dan penaakulan), keupayaan belajar, kebolehan
bertindak,kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa.
3
( d ) Tingkah laku
Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah
laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur-unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan
ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama.
( e ) Sosial
Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang,
kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua
kanak – kanak sejak dilahirkan
1.1 Latar Belakang Masalah
Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira
akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke
taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education ."
Menurut Rohaty (1998), Habibah dan Noran Fauziah (1997), Muhd. Mansur dan
Siti Nordinar (1988), remaja merupakan zaman peralihan dalam pusingan hidup
seseorang. Banyak perubahan yang berlaku pada zaman ini, sama ada dari segi
fizikal atau emosi. Keremajaan merupakan satu jangka masa yang mencabar dalam
perkembangan seseorang.
Rogers (1972) membahagikan masa remaja kepada tiga peringkat iaitu awal
remaja (12 – 15 tahun), pertengahan remaja (15 – 18 tahun) dan akhir remaja (18 – 22
tahun). Namun begitu, umur akhir remaja masih dipertikaikan lagi kerana terdapat
perbezaan budaya dan negara yang membezakan peringkat akhir remaja.
4
Steinberg (1993), Steinberg dan Belsky (1991) mengemukakan teori
pergolakan dan tekanan mengatakan masa remaja adalah satu peringkat pertikaian
emosi yang tidak dapat dielakkan. Beliau percaya perubahan hormon semasa
akil baligh menyebabkan perubahan atau pergolakan yang berlaku secara tiba-
tiba di kalangan remaja. Pergolakan ini adalah perubahan biologis yang tidak
dapat dielakkan.
Piaget (dalam Woolfolk 1995) menjelaskan perkembangan kognitif waktu
remaja melibatkan satu peralihan daripada konkrit hinggalah kepada operasi
formal. Zaman operasi formal bermula dari umur 11 hingga 15 tahun. Dalam
zaman ini remaja, struktur kognitif kanak-kanak mencapai tahap paling kemuncak.
Perkembangan remaja amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Persekitaran yang
terdekat dan terpenting buat remaja ialah keluarga mereka. Mengikut Hoffman,Paris dan
Hall (1994), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus
memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap, dan pemikiran
seseorang dalam alam dewasa. Kajian-kajian terdahulu di Malaysia dan di barat telah
menunjukkan bahawa hubungan kekeluargaan yang baik telah dikaitkan dengan
kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep kendiri, tingkah
laku seks, dan pencapaian akademik (Fatanah 1997; Graham 1992; Leung & Leung 1992;
Yusof 1984).
Pendidikan menengah terdiri daripada pendidikan menengah rendah dan
menengah atas. Ianya dipanggil menengah kerana ia terletak di tengah-tengah iaitu antara
sekolah rendah dan universiti (pendidikan tinggi).Usia pelajar-pelajar di sekolah
menengah adalah di antara tiga belas hingga lapan belas tahun atau sembilan belas tahun.
Oleh kerana ia menjurus ke arah universiti, pelajarannya adalah lebih berat berbanding
pendidikan rendah.
Dari segi populasi warga sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga
2000 orang pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai pelajar lebih 1200 orang,
5
80 orang guru dan 10 orang kakitangan. Sementara sekolah menengah gred B pula pelajar
dalam lingkungan 800 orang hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar
sekolah menengah terdiri dari pelajar yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19
tahun.
Bagi pelajar-pelajar sekolah Menengah pula khususnya pelajar Tingkatan Empat,
adalah merupakan tempohtransisi dari menengah rendah (Tingkatan 1, 2,3) kepada
menengah atas (Tingkatan 4 & 5). Berdasarkan keputusan PMR pula, mereka diagihkan
mengikut aliran akademik tertentu. Selepas tingkatan tiga, pelajar-pelajar Tingkatan 4,
dibahagikan kepada aliran tertentu seperti sains, perdagangan atau sastera. Cabaran demi
cabaran mesti ditempuhi sebelum tiba di puncak kejayaan atau mencapai cita-cita yang
diimpikan sebelum ini.
1.2 Pernyataan Masalah
Secara umumnya, pelajar-pelajar terdiri daripada latarbelakang yang berbeza.
Mereka adalah merupakan individu yang berbeza dari segi kognitif, emosi, fizikal, moral,
minat tingkah laku, personaliti, sosial, bakat, dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat
di kalangan mereka walau pun mereka ditempatkan di dalam kelas yang sama.
Kajian ini akan melibatkan kajian tentang personaliti dominan berdasarkan
kepada profil personaliti Tajma yang dicipta oleh Prof. Dr.Mohd. Tajuddin Hj. Ninggal
di kalangan pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah harian di Zon Pasir
Gudang Tahun 2007.
6
1.3 Objektif kajian
Kita sedia maklum seperti mana yang telah dinyatakan diatas bahawa personaliti
merupakan factor penting dalam pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan adalah
bertujuan untuk:
1.3.1 Mengetahui jenis personaliti yang dominan di kalangan Pelajar Tingkatan Empat.
1.3.2 Melihat perbezaan personaliti pelajar mengikut jantina.
1.3.3 Melihat perbezaan personaliti diantara pelajar bandar dan luar bandar.
1.4 Persoalan kajian
Berpandukan kepada objektif tersebut, kajian ini akan menjawap persoalan seperti
berikut:
i. Apakah personaliti yang dimiliki oleh pelajar tingkatan 4 di Zon Pasir Gudang?
ii. Adakah wujudnya perbezaan kecenderongan personaliti pelajar di Zon Pasir
Gudang?
iii. Adakah wujudnya perbezaan personaliti dengan factor-faktor gred sekolah,
jantina, aliran akademik, prestasi akademik dan latar belakang keluarga?
iv. Apakah jenis personaliti dominan di kalangan pelajar?
7
1.5 Kepentingan Kajian
Antara kepentingan kajian adalah:
1. Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi suatu pengetahuan yang
amat berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan guru
dalam menghadapi dan mengendalikan golongan remaja di sekolah dan
permasalahan
2. Dapatan kajian ini juga akan dapat digunakan oleh sekolah-sekolah terlibat
untuk menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi kesedaran kepada
ibu bapa tentang pentingnya corak asuhan yang bersesuaian serta
perhubungan yang baik dalam membentuk personaliti yang positif.
3. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu guru-guru, kaunselor dan
pihak pentadbir sekolah memahami perlakuan remaja dan pelajar supaya
bantuan dan bimbingan yang bersesuaian dan sewajarnya dapat disalurkan
sejajar dengan proses sosialisasi dan pengajaran pembelajaran di sekolah.
4. Hasil kajian ini nanti diharapkan dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada
pengkaji-pengkaji lain untuk meneruskan usaha ke arah pengkajian yang
lebih mendalam dalam bidang yang sama.
5. Selain itu, kajian ini diharapkan dapat memberi panduan kepada pelajar agar
dapat membaiki sahsiah, disiplin dan konsep kendiri mereka agar menjadi
remaja yang sihat dari segi mental,fizikal, rohani dan sahsiah, rasional dan
matang dalam menghadapi kenyataan hidup; yang tidak menyalahkan sejarah
silam yang berlaku terhadap diri mereka semata.
8
1.6 Batasan kajian
Kajian ini dijalankan di tiga buah sekolah yang terletak di Zon Pasir Gudang.
Sekolah yang dipilih merupakan sekolah menengah harian gred A,Sekolah Premier dan
Sekolah berasrama. Kajian ini melibatkan 137 orang pelajar Tingkatan Empat. Kajian
ini hanya dibataskan kepada soalan kajian iaitu melihat kecenderongan personaliti
pelajar Tingkatan Empat,dan perbezaan di antara kecenderongan personaliti mengikut
sekolah.
1.7 Definisi Istilah
Beberapa istilah diperjelaskan dibawah bagi menerangkan dengan lebih tepat
kehendak dan kaitannya dengan perkara-perkara yang akan dibincangkan oleh
penyelidik dalam kajian ini.
1.7.1 Personaliti
Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng
atau pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu.
Menurut ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,
keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 196I,
(dalam Mischel, 1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi
dinamik sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.
Janes(1969) mendefinisikan personaliti sebagai pola-pola tingkahlaku dan bersifat pra
disposis yang menentukan bagaimana individu bertindak mengikut fikiran dan perasaan.
9
Sementara definisi oleh Pervin dalam Mitschel (1999) adalah;
“Personality is the complex organization of cognition, affects, and behaviors that gives direction and pattern (coherence) to the person’s life. Like the body, personality consists of both structures and processes and reflects both nature (genes) and nurture (experience). In addition, personality includes the effects of the past, including memories of the past, as well as constructions of the present and future.”
Definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh Warren dan
Carmichael, Connell (1981). Menurut mereka, personalit ialah “organisasi dinamik
dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologi dan fizikal yang menentukan
penyesuaiannya kepada persekitarannya.”
Menurut Imam Al-Ghazali(1083M) jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan
mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa, muncul perbuatan
yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personality yang
baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang, maka dinamakan
personality yang buruk(Al–Ghazali dalam Tajul Ariffin Noordin ,1990)
Istilah Eysenck iaitu personaliti bermaksud organisasi watak, perangai, intelek
dan fizikal seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang mana
menentukan keunikan penyesuaiannya dengan persekitaran (Eysenck,1967)
Watak menandakan seseorang yang agak stabil dan daya ketahanan system
tingkah laku kognitif (will). Perangai menunjukkan seseorang yang agak stabil dan daya
ketahanan system tingkah laku afektif (emotion). Intelek menandakan seseorang yang
agak stabil dan ketahanan system tingkah laku kognitif (intelligence). Fizikal
menandakan seseorang yang agak stabil dari segi ketahanan keseluruhan system badan
dan pembawaan “neuroendocrine.”
10
1.7.2 Pelajar
Pelajar merupakan orang yang sedang belajar atau berguru (Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka,1986) atau orang yang mengkaji ilmu (menyelidiki ilmu). Pelajar dalam konteks
kajian ini didefinisikan sebagai pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Bantuan
Kerajaan di Zon Pasir Gudang, yang berumur dalam lingkungan enambelas tahun. Ia
meliputi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan dalam lingkungan umur 16.5 tahun
serta berbagai etnik.
1.7.3 Profil
Profil bermaksud penghuraian tentang seseorang atau sesuatu yang akan
mengandungi maklumat yang berguna.
1.7.4 Sekolah
Sekolah merupakan suatu organisasi yang berperanan membentuk proses
sosialisasi dengan budayanya yang tersendiri. Oleh itu kajian mengenai sahsiah pelajar di
sekolah mestilah melihat sekolah sebagai suatu organisasi sosial yang mempunyai
struktur pentadbiran yang tersendiri. Di samping sekolah berfungsi sebagai sebuah
organisasi yang formal, sekolah juga merupakan sebuah organisasi tidak formal yang
wujud akibat daripada berlakunya interaksi sosial iaitu proses di mana manusia bertindak
atau bertindakbalas dengan orang lain antara individu atau kumpulan dalam organisasi itu
(Sharifah Alawiyah Alsagof, 1985).
11
Menurut Paul B. Horton (1964:296) sistem interaksi di sekolah boleh dilihat
sekurang-kurangnya dari dua perspektif iaitu interaksi antara pelajar di dalam sekolah
tersebut dengan pelajar sekolah lain atau interaksi antara pelajar dalam sekolah yang
sama. Melalui kegiatan atau aktiviti di sekolah yang sentiasa dipenuhi oleh interaksi
sosial, komunikasi dan kerjasama antara ahli-ahli akan membantu pembentukan sahsiah
para pelajar dalam suatu organisasi sekolah tersebut.
1.7.5 Dominan
Dominan bermaksud sebagai paling berpengaruh, paling menonjol (Kamus
Dwibahasa Oxford Fajar). Terdapat lima personaliti dominan yang dijumpai melalui
kajian empirikal. Ia lebih merupakan model deskriptif personaliti, bukan teori, walaupun
ahli psikologi telah melahirkan teori-teori untuk menerangkan Lima ciri utama. Menurut
Dr. John A. Jhonson, secara umumnya lima personaliti dominan seseorang individu di
bahagikan kepada 5 sifat yang asas iaitu mengikut suatu konsep yang dikenali sebagai
OCEAN. 5 sifat yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:
(o) Openess To Experience-Mempunyai sikap Terbuka
(c) Conscientiousness- Mempunyai kesedaran
(E) Extrovert-Bersifat social(suka bergaul)
(A) Agreeable-Berpendapat sama (senang mencapai persetujuan)
(N) Neuroticism-Bersifat neurotik (mempunyai gangguan emosi)
1.7.6 Opennes to Experience
Golongan yang berada dalam kumpulan ini mempunyai sikap yang terbuka
terhadap sesuatu idea. Mereka ingin terdedah kepada sesuatu pengalaman yang baru.
Setiap daripada pengalaman yang diterima atau datang pada mereka akan digunakan
dengan sepenuhnya. Mereka mempunyai sifat ingin tahu yang begitu mendalam. Mereka
12
suka pada sesuatu benda yang cantik dan menghargai kesenian. Golongan ini juga lebih
peka terhadap emosi mereka dan suka membandingkan diri mereka dengan orang yang
terdekat dengan mereka. Mereka bertindak dan berfikir secara cara tersendiri
(individualistic) dan dalam cara yang kurang berkonfrontasi. Orang yang kurang
mempunyi sifat dominan dalam ciri ini mempunyai daya presepsi dan pemikiran yang
cetek dalam sesuatu hal. Mereka lebih suka pada sesuatu yang terus terang dan kurang
kompleks.Mereka mempunyai tangapan (prasangka) atau kekhuatiran (wasangka) yang
salah tentang perkara yang berkaitan dengan seni dan sains. Golongan ini lebih bersifat
konservatif dan tidak suka pada perubahan khususnya yang drastik. Sikap terbuka
(openess to experience) ini pada pandangan ramai ahli sosiologi adalah sihat dan lebih
matang dari aspek pemikiran dan tindak-tanduk. Walau bagaimanapun pemikiran terbuka
dan tertutup ini berguna pada situasi atau persekitaran yang berbeza.
1.7.7 Conscientiousness
Nilai mempunyai kesedaraan yang tinggi ialah satu ciri personaliti di mana
seorang individu itu amat berhati-hati semasa membuat sebarang keputusan, atau satu
kualiti yang wujud dalam diri seorang manusia yang bertindak mengikut kesedaran
mindanya. Ciri ini merujuk kepada seseorang yang mempunyai kesedaran yang di
antaranya merangkumi kehidupan sehariannya, persekitarannya dan masyarakat
sekelilingnya. Bentuk kesedaran kita wujud melalui tindak balas impuls kita. Kesedaran
kita berdasarkan cara kita mengawalnya,mengurusnya dan cara kita bertindak
berdasarkan impuls yang diterima. Antara ciri yang dipunyai oleh golongan ini adalah
seperti boleh dipercayai, sanggup berkerja keras untuk sesuatu , menepati masa, kemas
dari segi kerjanya dan keperibadian luarannya, berdisiplin, bercita-cita tinggi dan
mempunyai atau suka pada kehidupan yang teratur (organized). Akan tetapi masalah
yang dihadapi oleh golongan ini adalah mereka sering dan selalu berkerja keras
(workoholics) dan dikategorikan dalam satu tingkah laku yang disebut sebagai
“Obsessive Compulsive Perfectionists Behavior.” Tambahan pula, individu yang tinggi
dalam nilai ini kadang-kala membosankan disebabkan oleh sifat atau sikap mereka yang
13
tidak ingin mengambil risiko dan kurang ingin terdedah kepada persekitaran (less
adventurous). Golongan yang kurang mempunyai kesedaran (unconscienctiousness)
lazimnya akan di kritik kerana tidak mempunyai cita-cita, kurang di percayai, dan tidak
beramanah. Tetapi, golongan ini tidak akan di copkan sebagai orang yang membosankan.
Menurut satu kajian yang di lakukan,dikatakan bahawa kesedaran kita terletak pada
bahagian lateral belakang otak kita dan di katakan orang yang mempunyai kesedaran
yang tinggi mempunyai bentuk kepala yang berbentuk seakan kubah (dome-
shaped) ,manakala orang yang mempunyai kesedaran yang kurang mempunyai bentuk
kepala yang berbentuk seakan bujur (oval shaped).
1.7.8 Extrovert
Golongan yang berada dalam kumpulan ini biasanya bersikap “out going” , penuh
bertenaga dan biasanya bersikap positif. Individu yang tergolong dalam kumpulan ini
mempunyai minat terhadap orang lain atau persekitaran mereka dari dirinya sendiri.
Persepsi dan perspektif mereka terhadap sesuatu perkara itu terutamanya tentang hidup
ini pada kebiasaannya ialah positif. Bagi golongan ini, dunia ini merupakan “Taman
Permainan” mereka. Semasa berada didalam kumpulan mereka, mereka suka sangat
bercakap, menilai diri mereka dan mendapat perhatian. Berbanding dengan kumpulan ini
terdapat satu kumpulan lagi yang betul-betul berbeza dari kumpulan Extrovenrt iaitu
kumpulan yang di kenali sebagai golongn Introvert. Golongan introvert ini kurang dari
segala aspek yang di miliki oleh kumpulan golongan Extrovert. Antara ciri personaliti
yang di miliki oleh golongan ini adalah seperti kurang bertenaga, suka persendirian, dan
biasanya kurang berhubung dengan masyarkat sekeliling.
Kurang penglibatan mereka dalam masyarakat bukan bermakna mereka ini ‘Anti-
sosial’, sedih (depressed) atau berasa malu, tetapi mereka ini tidak perlu banyak stimulasi
dari persekitaran mereka berbanding dengan yang berada dalam golongan extrovert dan
lebih memilih untuk bersendirian .
14
1.7.9 Agreeable
Seseorang individu mempunyai pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara
yang berkaitan dengan kerjasama dan keharmonian sosial diantara masyarakatnya.
Individu yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini menghargai perhubungan di
antara orang ramai. Jadi lazimnya orang yang mempunyai nilai yang tinggi dalam ciri ini
berperikemanusian, peramah, suka menolong, dermawan dan sanggup berkompromi
dengan orang lain walaupun dengan kepentingan mereka yang akan mungkin tergugat.
Individu yang senang berkompromi ini mempunyai pandangan yang optimistik terhadap
manusia, mereka senang melihat pada kebaikan yang ada pada orang. Individu yang
senang berkompromi ini senang mendapat dan mengekalkan hubungan dengan orang lain.
Mereka dapat mengekalkan status populariti mereka dengan baik.
Individu yang kurang mempunyai trait ini meletakkan kepentingan diri sendiri
daripada bergaul dengan orang ramai. Mereka tidak mengambil peduli tentang masalah
orang lain dan tidak kisah akan pandangan orang ramai tentang diri mereka. Kadang- kala
mereka berprasangka terhadap motif orang lain dan ini membuatkan mereka bersifat
wasangka, tidak berkerjasama dan kurang peramah.
Tetapi keburukan memiliki.trait ini ialah antaranya orang ini kurang sesuai untuk
membuat kerja-kerja yang lasak atau yang memerlukannya membuat keputusan yang
berpendirian yang kukuh contoh dalam bidang koprat. Individu yang sebaliknya pula
boleh menjadi seorang saintist, pegawai tentera, ahli koprat, pengkritik, ahli perniaga atau
tentera.
15
1.7.10 Neuroticism
Tret ini merujuk kepada mereka yang kebiasannya berpandangan negatif. Mereka
yang bertahap tinggi dalam tret ini pada mulanya merasa satu sifat yang negatif yang
spesifik contoh seperti kemarahan, kemuraman (depression), ketakutan atau
kebimbangan pada sesuatu isu, tapi kemungkinan orang ini akan merasakan lebih dari
salah satu emosi-emosi negatif ini pada satu-satu masa yang tertentu atau pada masa yang
sama juga. Mereka dalam golongan ini mempunyai emosi yang reaktif. Ini dikatakan
demikian kerana mereka bertindak dengan lebih beremosi terhadap sesuatu perkara atau
peristiwa yang pada padangan atau response orang lain adalah biasa. Reaksi mereka
terhadap perkara-perkara ini adalah lebih tertekan.
Mereka lebih tercenderung untuk memandang sesuatu situasi yang normal sebagai
mengancam nyawa dan kekecewaan yang kecil dalam hidup mereka sebagai sesuatu yang
sangat susah. Disebabkan emosi-emosi yang negatif ini berpanjangan, pada kebiasaannya
golongan ini tertekan sepanjang masa. Disebabkan oleh faktor-faktor ini, golongan ini
tidak dapat berfikir secara logik
16
1.8 Profil Personaliti TAJMA(PPT-R)
Profil Personaliti TAJMA(PPT-R) merupakan satu set alat ukur psikologi
yang dibina untuk mengukur dimensi personaliti seseorang individu.Profil ini
mempamerkan 11 tret personaliti diri yang diukur menerusi 83 item.
1.8.1 Asertif
Item Perkara
1 Selesa memberitahu orang lain mengenai sebarang perkara yang ada dalam
fikiran saya.
12 Selesa meminta pertolongan dari orang lain apabila diperlukan
23 Selesa untuk menyatakan perasaan saya sekiranya tingkah laku seseorang itu
menyakitkan hati
34 Selesa meminta sesuatu penjelasan sekiranya saya tidak pasti
45 Selesa memberikan pendapat saya tanpa mengira samada ianya diterima atau pun
tidak.
56 Selesa menyatakan tidak keatas permintaan yang kurang sesuai.
67 Selesa meminta semula barang saya yang telah dipinjam oleh seseorang
76 Selesa untuk menegur seseorang yang dilihat berlaku tidak adil.
17
1.8.2 Analitikal
Item Perkara
2. Selalu mempersoalkan secara kritikal setiap perkara yang saya lihat dan buat.
13 Suka menganalisa tingkah laku orang lain
24 Suka terlibat dalam perbincangan yang serius
35 Suka memikirkan langkah penyelesaian ke atas politik, ekonomi, dan sosial.
46 Berusaha mencari jawapan kepada setiap permasalahan yang timbul
57 Berminat untuk mengikuti setiap perkembangan yang berlaku di dalam persekitaran
dan dunia luar.
68 Saya selalu membuat perancangan untuk masa depan
77 Sentiasa mengambil masa yang lama untuk membuat sesuatu keputusan
1.8.3 Keterbukaan Item
Perkara
3
Suka menghadiri majlis-majlis keramaian
14
Selesa berada di dalam situasi yang baru
25 Selesa memulakan perbualan dengan orang yang baru saya kenali
36 Suka dikenali sebagai seorang yang peramah
47
Suka mempunyai ramai sahabat dan kenalan
58
Selesa berkawan dengan orang yang pendiam dan pemalu
69
Selesa bekerja dengan sesiapa sahaja tanpa memilih rakan
18
1.8.4 Keyakinan diri
Item
Perkara
4 Berasa tertekan apabila saya tidak boleh mengawal sesuatu keadaan
15
Percaya bahawa orang lain mampu membuat sesuatu kerja yang lebih baik daripada saya
26 Berasa bersalah diatas perkara yang telah saya lakukan pada masa lalu 37 Rasa terlalu banyak kekurangan dan kelemahan yang ada pada diri saya 48 Selalu melihat diri saya lebih lemah jika dibandingkan dengan orang lain 59 Saya seringkali berasa tidak selamat 70 Percaya bahawa adalah sukar untuk mendapat kejayaan dalam hidup.
1.8.5 Kepimpinan Item Perkara 5 Lebih suka menjadi seorang ketua daripada pengikut 16 Suka membuat sesuatu keputusan untuk kumpulan 27 Suka mengambil alih sesuatu keadaan apabila suasana tidak dapat dikawal 38 Suka meyakinkan orang lain untuk menerima pendapat saya 49 Selesa melakukan tugas yang berkaitan dengan penyeliaan 60 Tidak suka dipengaruhi apabila membuat sesuatu keputusan
19
1.8.6 Jatidiri Item Perkara
6 Jangan mengaku kalah apabila berhadapan dengan masalah yang rumit 17 Sanggup bekerja dalam jangka waktu yang panjang 28 Sanggup meneruskan kerja yang susah walaupun mempunyai sedikit harapan
untuk berjaya 39 Akan meneruskan sesuatu kerja yang telah diberi walaupun orang lain telah
menarik diri 50 Tidak suka melihat sesuatu kerja terbengkalai tanpa mengambil sebarang usaha
untuk menyempurnakannya 61 Percaya bahawa setiap perkara yang rumit akan dapat diselesaikan dengan baik 71 Saya akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya kepada sesuatu kerja yang
dimulakan 78 Apabila memulakan sesuatu pekerjaan, saya akan pastikan yang ianya dijalankan
sehingga selesai 82 Apabila membuat sesuatu perancangan, saya akan pastikan ianya dijalankan
dengan lancar dan berkesan 83 Saya akan berusaha untuk menghabiskan sesuatu tugas yang diberikan sehingga
berjaya 1.8.7 Perihatin Item
Perkara
7 Seringkali menolong orang lain yang mengalami masalah peribadi 18 Tidak suka melihat orang lain didera 29 Sanggup meluangkan masa membantu orang lain 40 Percaya bahawa membantu orang lain adalah baik selain daripada membantu diri
sendiri 51 Sanggup meluangkan masa untuk menziarahi kaum keluarga dan rakan-rakan
yang sakit dan tidak bernasib baik 62 Saya bersedia untuk melakukan kerja sukarela sekiranya diberikan peluang 72 Tidak suka menyinggung perasaan orang lain dengan kata-kata saya 79 Bersedia mengorbankan kepentingan diri sendiri demi kepentingan orang lain
20
1.8.8 Intelektual Item Perkara
8 Suka menyelesaikan masalah saintifik menerusi penyelidikan 19 Suka memberi pendapat di dalam perbincangan yang memerlukan
kemampuan berfikir yang mendalam 30 Berminat membincangkan suatu konsep atau idea 41 Percaya bahawa penguasaan ilmu pengetahuan dapat meningkatkan harga
diri saya 52 Rasa dihargai jika diminta untuk memberi pendapat 63 Berupaya untuk menyelesaikan sesuatu masalah dengan berkesan 73 Tidak suka melakukan suatu kerja yang sama pada setiap hari 80 Suka melibatkan diri dalam perbincangan isu yang boleh menimbulkan
kontroversi 1.8.9 Pencapaian Item Perkara
9 Suka melihat diri saya sebagai orang yang berjaya 20 Menganggap diri saya boleh melakukan pekerjaan yang sukar dilakukan oleh orang
lain 31 Akan cuba bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik dalam apa sahaja
aktiviti yang dilakukan 42 Melihat diri saya sebagai seseorang yang bercita-cita tinggi 53 Mempunyai keinginan yang tinggi untuk berjaya dalam hidup 64 Sanggup menjadi terbaik dalam segala bidang yang diceburi 74 Melihat diri saya sebagai seorang yang bertuah dan hebat
1.8.10 Integriti Item
Perkara
10 Sanggup menjalankan sesuatu tugas tanpa mengharapkan ganjaran atau balasan 21 Tidak akan menggunakan kemudahan rasmi dibawah kuasa saya untuk tujuan
peribadi 32 Tidak akan memanipulasikan sebarang maklumat penting organisasi untuk
kepentingan diri sendiri 43 Akan mengutamakan kepentingan organisasi melebihi peribadi 54 Bersedia untuk mengikut sebarang peraturan, prosedur dan undang-undang 65 Benar-benar memahami akibat yang akan ditanggung sekiranya saya melakukan
sesuatu kesalahan
21
1.8.11 Kesempurnaan Item Perkara
11 Saya tidak pernah marah dengan sesiapa pun 22 Saya tidak pernah mengumpat tentang diri orang lain 33 Saya sentiasa bersetuju dengan pandangan oranga lain 44 Saya tidak pernah berselisih faham dengan sesiapa pun 55 Saya tidak akan bercakap bohong dalam apa keadaan sekali pun 66 Percaya bahawa Tuhan sentiasa melihat apa yang saya lakukan walau pun orang
lain tidak nampak 75 Saya tidak pernah cemburu dengan kejayaan orang lain 81 Saya tidak memusuhi sesiapa pun dalam hidup
1.9 Myers-Briggs Type Indicator (MBTI) 1985
Menurut MBTI, baka memainkan peranan penting dalam pembentukan dan
personaliti seseorang. Carl Jung membahagikan personaliti kepada dua bentuk iatu
introvert dan ekstrovet. Pelajar yang berpesonaliti ekstrovet lebih peka kepada dunia luar
dan daripada dunia dalaman. Mereka gemar berinteraksi dan memberi perhatian kepada
orang lain. Menurut MBTI, kanak-kanak yang diasuh dengan penuh demokratik dan
penuh kebebasan akan menunjukkan dengan jelas ciri-ciri ekstrovert. Antara ciri-ciri
ekstrovert yang lain adalah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran
dengan cepat,peramah,mudah berinteraksi dengan orang lain, bebas dari perasaan
bimbang dan berminat dengan pelbagai jenis sukan. Menurut MBTI, pelajar yang
berpesonaliti introvert lebih memfokuskan ke dalam diri sendiri. Mereka tidak gemarkan
aktiviti-aktiviti social yang tentunya melibatkan hubungan interpersonal.Selain itu,
mereka bersifat pasif, sensitive dan pemalu, mereka juga gemar bekerja secara
bersendirian.Walaupun golongan ini tidak mempunyai ramai rakan, mereka mempunyai
ikatan persahabatan yang berpanjangan.
22
Bagi menerangkan dengan lebih lengkap, MBTI mengkelaskan pelajar kepada 4 kategori: a) Ekstovert dan Introvert
Ekstrovert merujuk kepada individu yang berkeinginan mencuba semua perkara
terutamanya yang berkaitan dengan sesuatu yang berada di luar dirinya. Introvert sama
seperti yang dikatakan oleh Carl Jung iaitu individu yang lebih memfokuskan idea-idea
dalaman.
b) Sensor dan Intuisi Sensor ialah seseorang individu yang bersifat praktikal, menumpukan segala bentuk fakta-fakta yang sedia ada atau berkemungkinan,menjalankan tugas secara terperinci.Intuisi ialah seseorang yang menitikberatkan kepada sesuatu pengertian dan sesuatu kemungkinan c) Pemikir dan Perasa Pemikir ialah seseorang yang cenderung untuk mengambil keputusan yang berasaskan logic dan prosedur atau perasa iaitu seseorang yang berkecenderungan membuat sebarang keputusan yang berasaskan pertimbangan yang bersifat peribadi dan kemanusiaan. d) Pengadilan dan Perceiver Pengadilan ialah seseorang yang berperibadi tetap,patuh dan mengikut peraturan tertentu, mengambil keputusan atau kesimpulan walaupun data atau maklumat tidak lengkap. Perceiver ialah seseorang yang sentiasa berubah mengikut persekitaran.Golongan ini juga sentiasa berusaha untuk melengkapkan maklumat-maklumat yang telah diperoleh.
23
MODEL MYERS-BRIGGS TYPE INDICATOR
Sensor dan Intuisi Pemikir dan Perasa Pengadilan dan Perceiver • Sensor: • Pemikir: mengambil • Pengadilan: Bersifat praktikal, fakta keputusan yang berperibadi yang sedia ada dan berasaskan logik dan tetap,patuh dan menjalankan tugas prosedur mengikut peraturan tertentu. secara terperinci • Intuisi: • Perasa: • Perceiver: menitikberatkan kepada pertimbangan yang sentiasa berubah sesuatu kemungkinan bersifat peribadi dan mengikut persekitaran kemanusiaan
24
BAB II
KAJIAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan meneliti beberapa kajian-kajian yang telah
dijalankan dalam negeri dan luar negeri yang berkaitan. Banyak kajian telah dibuat
tentang personaliti. Dalam bab ini dibentangkan beberapa ulasan kajian-kajian yang telah
dilakukan oleh beberapa pengkaji luar negeri dan tempatan. Terdapat beberapa kajian
yang hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh pengkaji daripada segi teori.
Personaliti akan dihuraikan dengan lebih jelas dalam bab ini. Teori-teori
personaliti dan istilah-istilah personaliti akan disentuh. Selanjutnya, bab ini akan melihat
beberapa kajian berkaitan dengan masalah personaliti dan pengkelasannya serta
hubungannya dengan factor pencapaian akademik.
2.1 Istilah Personaliti atau Sahsiah
Mengikut World Power Oxford Dictionary (19940), personaliti ialah :-
Kualiti atau sifat-sifat seseorang. Kualiti yang mempunyai kekuatan, menarik minat dan
memikat orang yang terkenal di dalam satu-satu bidang.
25
Mengikut Kamus Dwibahasa, Dewan Bahasa Pustaka (1979), personaliti ialah satu kata
nama yang bermaksud:-
Manusia sebagai diri sendiri (perseorangan atau peribadi), keperibadian atau
sahsiah, orang yang terkenal atau terkemuka dan kecaman atau celaan yang menyentuh
hal peribadi.
Perasaan meliputi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran dan
bertindak serta bertingkahlaku. Watak ialah satu bentuk penilaian berdasarkan norma-
norma budaya masyarakat. Ia merangkumi trait seperti jahat dan baik.
Trait ialah ciri-ciri personaliti yang agak kekal. Personaliti atau sahsiah
membayangkan nilai-nilai kewibawaan unik yang ada pada seseorang, sifat-sifat tertentu
yang selalu diamalkan. Setiap orang mempunyai personaliti tidak kira berapa lemah
otaknya. Personaliti terbentuk dari gabungan beberapa sifat diri yang tersendiri. Dengan
kata lain ia disebut struktur personaliti individu.
Sifat dalam personaliti seseorang itu boleh diubah, melalui perubahan dalam
sikap. Setiap orang boleh membentuk struktur personaliti baru yang tersendiri.
2.2 Ciri-Ciri Yang Membentuk Personaliti
Lauster (1974) menyatakan bahawa ciri-ciri yang membentuk personaliti adalah
saling berkaitan diantara satu sama lain. Keyakinan pada diri sendiri contohnya akan
mempengaruhi sifat berwaspada, kebebasan diri, mementingkan diri, bertolak ansur dan
bercita-cita, tidak terlalu berwaspada, yakin terhadap kebebasan dirinya, tidak perlu
berasa ego serta bersikap tolak ansur dan bercita-cita secara normal.
26
2.2.1 Intisari Bidang Personaliti
Keyakinan diri dan optimis merupakan intisari kepada bidang personaliti.
Keyakinan diri dan optimis sukar untuk diubah memandangkan ia lebih sukar untuk
difikirkan secara rasional. Sifat optimis adalah sifat mental yang asas, dihasilkan oleh
pengalaman masa lalu.
2.3 Klafikasi Personaliti
Beberapa teori telah dikemukakan mengenai pengkelasan personaliti iaitu:-
i. Teori Psikoanalisis
ii. Teori Trait
iii. Teori Humanistik
iv. Teori Jenis
2.3.1 Teori Psikoanalisis
Personaliti ialah tingkahlaku manusia yang didorong oleh tenaga dalaman iaitu
tenaga psikik. Menurut Freud (6 Mei 1856-23 September 1939) sahsiah mempunyai tiga
componen iaitu id,ego, dan super ego. Burn(1979) menambah id yang berfungsi di dunia
dalaman pada personaliti seseorang dan ia adalah bawah sedar yang amat Sangat.Id
dianggap sebagai satu personaliti yang asli pada diri seseorang dan wujud Sejak
seseorang itu dilahirkan lagi. Id juga dikatakan mengandungi naluri-naluri yang berkaitan
dengan asas membentuk kejahatan seseorang itu.Ia juga sentiasa mencari jalan untuk
kepuasan dan keseronokan tanpa menghiraukan nilai atau moral. Super ego lebih
menyerupai hati kecil atau nurani sesuatu fikiran dari aspek peneguhan moral oleh
budaya dan masyarakat setempat yang telah dipelajari oleh individu tersebut. Super ego
27
mempunyai ganjaran-ganjaran tersendiri seperti rasa megah, kasih sayang pada diri
sendiri, hukuman-hukuman seperti perasaan bersalah dan rendah diri terhadap diri
sendiri. Menurut Melanie Klien (1959) ego pula adalah unsur yang paling rasional bagi
personaliti individu. Ego ini berhubung dengan dunia nyata yang dapat mengawal
tindakan dengan kesedaran serta memberikan realiti dan pemikiran serta perancangan
yang lojik sekali. Semakin kuat pertentangan antara kedua-duanya, maka akan bertambah
lagi konflik yang dialami oleh individu tersebut. Konflik intrapersonal akan bertambah
teruk lagi apabila ego individu juga tidak dapat dikawal.
Contohnya ialah seorang remaja yang masih belajar ingin memiliki sebuah
motosikal yang tidak mampu dibelinya atau keluarganya. Maka timbul konflik dalam
dirinya samada dia hendak mencuri motosikal besar itu atau melupakan sahaja
keinginannya kerana mencuri adalah satu kesalahan yang besar di sisi undang-undang.
Freud menyatakan tindakan manusia dari desakan semulajadi yang bersifat
membinasa seperti bengis, distruktif, tidak matang, menyakiti dan regresif. Namur begitu
manusia berupaya mencapai dan mengekalkan imbangan di antara desakan dalaman dan
halangan luaran, melalui perkaitan bebas, ‘transference’ dan interpretasi mimpi.
2.3.2 Teori Trait
Trait ialah pola personaliti yang dapat membezakan antara individu, William
Sheldon (1942) menyatakan bentuk badan mempengaruhi personaliti. Contohnya orang
yang gemuk, tidak aktif sukan, senang mencurah rasa, bertolak ansur dan tidak
kedekut.Orang yang segak pula kuat beramal, bertenaga, cergas, tegas dan agresif.
Sementara orang yang tinggi pula banyak berfikir, tidak suka mencurah perasaan,
berhati-hati dalam percakapan, sensitif dan pemalu.
Gordon Alloport (1961) menyatakan trait ialah sifat semulajadi yang
mengarahkan tingkahlaku individu dengan kadar yang konsisten. Individu juga dinamik
28
dan berubah-ubah dari masa ke masa. Personaliti merupakan satu organisasi sistem
psikologikal dan fizikal yang dinamik. Trait terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
cardinal,pusat dan sekunder. Trait cardinal satu disposisi yang mempengaruhi
keseluruhan perilaku dan percatan seseorang individu terhadap alam sekeliling. Trait
pusat ialah kesabaran, kejujuran, kebimbangan, ketegasan, agresif dan optimistik yang
berpengaruh pada masa-masa tertentu. Trait sekunder ialah sifat yang mengawal sesuatu
perilaku secara spesifik tetapi kurang mempengaruhi kehidupan seseorang.
2.3.3 Teori Humanistik
Carl Rogers (1959) menyatakan untuk membolehkan seseorang itu berkembang
secara positif dan membina, mesti wujud tiga suasana. Pertama ialah kejujuran,
keikhlasan dan kebenaran. Kedua, penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
Manakala ketiga ialah kefahaman yang mendalam. Anggapan Rogers tentang manusia
adalah positif. Rogers (1959) seterusnya mencadangkan guru atau ibu bapa memberikan
anak-anak penghargaan yang positif dan perhatian yang wajar, supaya tidak wujud
keadaan ketidakselarian di antara konsep kendiri dengan pengalaman yang membawa
tingkahlaku negatif.
Maslow (1954) menyatakan manusia cuba mendapatkan kesempurnaan kendiri
untuk membentuk personaliti yang positif. Menurut Maslow, keperluan estim tidak
pernah kita rasa cukup. Kita sentiasa ingin dikasihi dan dikagumi. Oleh itu kita
sepatutnya mengasihi anak-anak atau relajar kita, sekiranya kita hendak mereka berjaya.
2.3.4 Teori Jenis
Carl Jung (1923) membahagikan personaliti kepada tiga aspek iaitu, ekstrovert,
ambivert dan introvert. Ekstrovert berciri lebih menilai dunia luar dan dunia dalamannya,
suka berjenaka dengan kumpulan orang ramai, aktif dan suka bergembira. Mereka juga
29
cepat marah tetapi menyimpan dendam yang berpanjangan, mempunyai mental emosi
yang stabil, dan tahap kebimbangan yang rendah.
Introvert berciri tidak mudah marah tapi suka memendam perasaan. Kawan yang sedikit
tapi ikatan yang berpanjangan, mementingkan diri sendiri serta suka membaca atau
membuat kerja secara bersendirian. Suka merancang dengan teratur untuk masa depan.
Serius tapi tidak agresif. Tidak banyak memerlukan rangsangan dari luar. Tahap
kebimbangan yang tinggi pada waktu pagi dan menurun pada waktu malam. Mengambil
masa yang panjang untuk tidur.
2.3.5 Personaliti Mengikut Pandangan Islam
Imam al-Ghazali atau Abu Hamid Muhammad Bin Mahmood Al-Ghazali (1974),
adalah seorang imam besar yang menulis berkaitan dengan psikologi. Beliau hidup pada
zaman kegemilangan Islam di Iraq semasa pemerintahan Perdana Menteri Nizamul
Mulk.
Menurut Al-Ghazaly, kalbu atau bahasa Arabnya ‘qaib’ ialah zat atau pati
kemanusiaan yang mendapat pengaruh Al-Latiff Rabbaniyyah (cahaya ketuhanan). Inilah
yang menentukan personaliti seseorang.
Al-Ghazaly berpendapat pancaindera luar juga mempengaruhi indera yang dalam
seperti keperluan terhadap makanan dan amarah. Melihat atau mendengar sesuatu
mendatangkan keinginan dan tindakan. Inilah asas sahsiah fizikal.
Tabii manusia ada nafsu daya amarah dan daya intelek. Nafsu ada naluri
kebinatangan . Amarah pula berciri keganasan. Daya intelek berciri ketuhanan. Manusia
boleh tersilap jatuh lebih teruk dari haiwan jika tidak menggunakan akal dengan
berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.
30
Mohd. Othman Najati (1992) pula menyatakan, Al-Quran telah
mengklasifikasikan manusia kepada tiga pola iaitu orang-orang beriman, orang-orang
kafir dan orang-orang munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya
akidah dalam membentuk keperibadian manusia,orang-orang kafir dan orang-orang
munafik. Klasifikasi ini mengemukakan tentang pentingnya akidah dalam membentuk
keperibadian manusia, membentuk keperibadian manusia, membentuk sifat-sifat yang
khas dan mengarahkan tingkahlakunya ke satu arah tertentu.
2.4 Identiti lawan kekeliruan peranan (Identity versus Role Confusion)
Peringkat ini berlaku ketika kanak-kanak mula memasuki zaman awal remaja,
iaitu berusia 12 hingga 18 tahun. Mereka mula memilih pasangan dan sudah bersedia
menghadapi cabaran-cabaran yang datang kepadanya. Factor ini merupakan satu
dorongan ke arah pencapaian yang lebih dalam aktiviti-aktivit mereka.
Erikson menegaskan bahawa matlamat remaja ini ialah untuk mencapai
pengenalan identity personal berasaskan kematangan fizikal dan seksual. Identity bukan
sahaja terhad kepada personal tetapi meliputi konsep kendiri seperti penyatuan kendiri
personal dan perasaan social, identiti masa kini dan identiti masa lalu. Identiti yang cuba
dibentuk adalah diasaskan lepada konsep kendiri individu yang berkait rapat dengan
factor-faktor fizikal dan psikologi remaja. Interaksi remaja dengan persekitaran
terutamanya dengan orang yang signifikan seperti ibu bapa atau ahli keluarga yang
mempengaruhi pembentukan identiti dan konsep kendiri remaja. Identiti ini juga
dikaitkan dengan perkembangan kognitifnya dalam usaha untuk menyesuaikan diri
dengan realiti hidup. Semasa mencari identiti inilah remaja akan menghadapi konflik atau
crisis identiti.
31
2.5 Faktor-faktor yang mempengaruhi sahsiah
Pembentukan sahsiah seseorang individu adalah dipengaruhi oleh baka dan persekitaran.
2.5.1 Baka
Faktor baka akan mempengaruhi sahsiah secara langsung . Kesemua unsur ini akan
mempengaruhi sahsiah individu.
a. Saiz badan. Saiz badan akan menentukan kesesuaian seseorang melakukan
sesuatu aktiviti. Kebolehan melakukan sesuatu aktiviti akan meningkatkan nilai
prestij yang tinggi untuk dirinya. Ini menyebabkan seorang itu diminati oleh
rakan-rakannya dan seterusnya meningkatkan harga dirinya. Harga diri yang
meningkat akan membentuk sahsiah yang sihat.
b. Penyakit. Melalui baka, kemungkinan seseorang itu mewarisi penyakit seperti
lelah dan kencing manis tetap ada. Kanak-kanak yang kurang bertenaga dan kerap
sakit akan menyukarkannya menyertai aktiviti sosial yang menyebabkan
perkembangan sosialnya akan terganggu. Hubungan dengan rakan-rakan yang lain juga kurang. Dia akan merasa sedih dan mengalami kesunyian.
Perkembangan sahsiahnya menjadi tidak sihat kerana perkembangan sosial dan
emosi yang terjejas.
c. Kecerdasan. Perbezaan kecerdasan yang diwarisi antara individu adalah suatu
kenyataan. Kecerdasan membantu seseorang individu menyelesaikan masalah
sehari-hari dan masalah akademik. Kemampuan menjawab soalan dalam
peperiksaan dan dalam bilik darjah akan membentuk sahsiah yang meyakinkan.
Sebaliknya seseorang yang kurang kecerdasan menyebabkan sukar untuk
32
menyelesaikan tugasan akademik dan sering mendapat keputusan yang kurang
baik dalam peperiksaan. Ini akan menjadikan seseorang itu menarik diri daripada
rakan-rakannya dan menjadi pemalu.
d. Temperamen (Sifat semulajadi).
Temperamen seseorang individu boleh mempengaruhi interaksinya dengan
individu-individu yang lain. Seseorang yang stabil emosinya serta boleh mengawal
kekecewaannya meyenangkan orang lain menghampiri dan bergaul dengannya sebalik
seseorang yang pemarah, kurang sabar dan gemar mengkritik orang lain biasanya akan
dijauhi oleh orang lain.
2.5.2 Persekitaran
Persekitaran memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah
seseorang individu. Antara faktor persekitaran itu termasuklah keluarga, pengalaman
awal, kebudayaan, pengaruh sekolah, rakan sebaya, media massa dan masyarakat.
a. Keluarga
i. Suasana rumah.
Dalam ikatan sosial keluarga, terdapat sifat kasih sayang,saling menghormati dan
perlaksanaan tanggungjawab oleh setiap ahli keluarga,di mana ayah menjadi
penanggungjawab keluarga. Ayah berperanan memenuhi segala keperluan hidup,
memberi perlindungan, mengembangkan sahsiah anggota keluarga. Selain itu, ibu
mempunyai peranan tersendiri dalam pembentukan sahsiah anak-anak dalam sesuatu
33
keluarga. Ini kerana ibu adalah orang paling rapat dengan anak-anak, bermula daripada
kelahirannya ibulah yang mengasuh, menyusu dan melindunginya. Corak perhubungan di
dalam keluarga mempunyai kesan terhadap anak.Rumah yang mesra dan harmoni
menggalakkan bagi perkembangan sahsiah yang sihat. Keluarga yang retak dan ibu bapa
yang bercerai akan mewujudkansuasana rumah yang dingin dan mengancam
perkembangan sahsiah kanak-kanak dari segi emosi dan sosial. Bagi ibu bapa yang
bersikap demokratik akan juga membantu kanak-kanak dalam proses membuat keputusan.
Ini dapat meningkatkan lagi konsep kendiri kanak-kanak. Kasih sayang, layanan, asuhan
dan perhatian yang diberikan ibu bapa akan secara langsung akan membantu
perkembangan sahsiah yang positif. Sebaliknya ibu yang tidak pengasih pula boleh
menyebabkan anaknya melawan, bersikap dingin, berasa irihati dan pesimitik pandangan
hidupnya.
ii. Pemakanan
Makan seimbang adalah perlu perkembangan sahsiah kanak-kanak secara
menyeluruh. Kekurangan terhadap satu-satu jenis makanan boleh menyebabkan individu
akan cepat letih atau mudah terkena penyakit. Ini akan menyebabkan kanak-kanak tidak
dapat sekolah atau menyertai aktiviti ko-kurikulum.Tanpa pergi ke sekolah dan menyertai
aktiviti ko-kurikulum akan menjejaskan perkembangan jasmani, intelek dan rohani
pelajar.
34
iii.Taraf sosioekonomi keluarga.
Kedudukan kewangan keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh
disediakan untuk anak-anaknya. Selain makanan yang seimbang, ibu bapa akan mampu
menyediakan bahan pengajaran tambahan seperti buku rujukan, komputer, alatan
permainan dan peralatan muzik. Sebaliknya kanak-kanak yang datangnya dari keluarga
miskin, tidak dapat menyediakan perkara tersebut menyebabkan perkembangan sahsiah
mereka terjejas.Dengan ini jelaslah kedudukan sosioekonomi tetap akan mempengaruhi
perkembangan sahsiah seseorang individu. Dalam ertikata yang lain, terdapat proses
sosialisasi yang berlainan di antara dua kelas ini. Proses sosialisasi di kelas bawahan
tidak menggalakkan anak berfungsi dengan lebih sempurna di sekolah. Jika dibandingkan
dengan anak-anak kelas pertengahan atau atasan yang lebih bersedia untuk masuk ke
sekolah, disebabkan oleh keadaan persekitaran yang berlainan.
b. Pengalaman Awal
Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan sahsiah seseorang
individu. Kanak-kanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan akan
menyebabkan kanak-kanak sentiasa merasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang
tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan merasa rendah diri serta
terancam apabila tidak boleh mengenal huruf dan nombor. Situasi begini akan
menjejaskan harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.
c. Kebudayaan
35
Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yang berbeza.Penekanan
terhadap satu-satu nilai dalam satu-satu kebudayaan tertentu akan mempengaruhi
perkembangan sahsiah kanak-kanak juga. Contohnya, jika budaya sesuatu keluarga
menekankan unsur agama, maka individu yang dibesarkan akan menjaga nilai-nilai
agama. Sebaliknya, kalau sesuatu keluarga yang menekankan kekayaan dan kebendaan
sebagai nilai yang penting dalam hidup, maka kanak-kanak yang membesar akan bersifat
materialistik.
Nilai-nilai murni yang ditekankan kepada kanak-kanak seperti sifat hormat-
menghormati, tolong-menolong, belas kasihan, bertoleransi, jujur, bersih, rajin, syukur
dan sebagainya akan menjadikannya seorang yang sopan dan menonjolkan sahsiah yang
seimbang.
d. Pengaruh Sekolah
Sekolah adalah agen sosialisasi yang beroperasi secara formal. Ianya mengandungi
struktur pentadbiran dalam mengurus program pengajian. Kuasa di sekolah terletak
kepada orang tertentu seperti pengetua, guru penolong kanan, guru disiplin dan lain-lain
lagi. Oleh itu jenis kepimpinan dan suasana sekolah amat mempengaruhi perkembangan
sahsiah kanak-kanak. Pengetua sekolah yang tegas akan melahirkan pelajar yang
berdisiplin bagi melaksanakan sesuatu tugas. Sebaliknya pengetua yang tidak tegas akan
melahirkan pelajar yang pasif, kurang inovatif dan takut membuat sesuatu perubahan.
Sifat-sifat kepimpinan pelajar akan terbantut perkembangannya.Sifat guru yang adil,
tidak pilih kasih dan kurang menghukum secara deraan akan mewujudkan suasana
36
pembelajaran dan pengajaran yang sihat. Guru yang penyayang pula akan membentuk
emosi pelajar yang stabil. Sifat-sifat yang baik ini akan menjamin sahsiah yang sihat.
Sebaliknya guru yang tidak adil, pilih kasih suka mendera pelajar akan menjadi ikutan
kepada pelajar-pelajar. Ini akan melahirkan sahsiah pelajar yang kurang baik.
Sehubungan dengan itu, peranan guru di dalam dan di luar bilik darjah, semasa mereka
berinteraksi dengan murid adalah penting. Keith (1979) menegaskan bahawa guru adalah
agen sosialisasi yang berpengaruh. Persekitaran sekolah merupakan situasi yang
menggalakkan perkembangan sikap positif terhadap rakan dan sekolah, kerana pelajar
adalah produk sekitarannya. Sekitaran sekolah yang baik dapat membantu pembentukan
sahsiah yang sempurna. Melalui bimbingan guru dan persekitaran yang menyenangkan,
maka harapan untuk mempengaruhi pelajar-pelajar yang mengalami hubungan sosial
adalah lebih cerah.
e. Rakan Sebaya
Di mana-mana sekolah pun, pelajar-pelajar mempunyai kumpulan atau pun
organisasi masing-masing yang merupakan faktor yang penting dalam mempengaruhi
pembentukan sahsiah seseorang. Organisasi ini mempunyai sistem pangkat dan
martabatnya sendiri. Ahli-ahli kumpulan ini bertindak mengikut pola tingkahlaku yang
dipersetujui bersama. Clark (1969) melaporkan terdapat empat corak budaya pelajar.
Pertama diberi nama sub-budaya keseronokan yang mengutamakan kecantikan rupa,
sukan, berkelah dan sebagainya tanpa menghargai nilai-nilai akademik. Kumpulan yang
kedua,ialah sub-budaya akademik iaitu mereka yang berorientasikan pelajaran dan
aktiviti-aktiviti bercorak akademik. Kumpulan yang ketiga terdiri daripada mereka yang
37
dikatakan delinkuen. Mereka ini adalah pelajar yang suka memberontak, menentang
sekolah dengan nilai orang dewasa dan ponteng sekolah. Kumpulan keempat tidak
menyebelahi mana-mana pihak. Mereka lebih suka mengasingkan diri, tidak mengambil
tahu apa yang berlaku (Mohamed Nor, 1990:50).
Glidewell (1966) mendapati tiga cara utama bagaimana kanak-kanak dapat
dipengaruhi oleh rakan mereka.
a) Anak-anak muda dipengaruhi oleh rakan sebaya apabila anak-anak berkenaan ingin
diterima atau disukai oleh kumpulan rakan mereka.
b) Mereka terpengaruh oleh kepimpinan dan kemampuan rakan mereka.
c) Mereka ingin membuktikan kebolehan dan memperolehi pengakuan dan penghargaan
rakan.
Selaras dengan pengaruh-pengaruh tersebut Rose (1970) membuat kesimpulan
seperti berikut:
“It is a matter of gaining acceptance from desirable peers as belonging in
the group, which later ripens into the conception of the popular teenager”
f. Media Massa
Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting bagi perkembangan
sahsiah yang sihat. Pelajar yang didedahkan dengan program-program seperti bercorak
keagamaan, Taman Sesame dan infosains melalui televisyen, dan radio akan membantu
dalam perkembangan intelek seseorang pelajar. Sebaliknya pelajar yang terdedah kepada
tayangan video dan filem yang memaparkan keganasan, pergaduhan dan kezaliman akan
38
menyebabkan mereka akan bertendensi untuk memperolehi tingkahlaku yang agresif.
Boleh dikatakan bahawa media massa seperti televisyen, wayang gambar, video dan
sebagainya sedikit sebanyak mempengaruhi cara kanak-kanak berfikir,bertingkahlaku,
sikap dan kemahiran. Guru dan ibu bapa menghadapi cabaran daripada media massa
untuk membangkitkan motivasi dan minat anak terhadap pelajaran sekolah
g. Masyarakat
Aspirasi, harapan dan nilai-nilai sesuatu masyarakat boleh mempengaruhi seseorang
individu. Masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan norma-norma yang sihat akan
melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia berkorban
untuk menolong orang lain. Masyarakat yang mementingkan kekayaan dan harta benda
dengan mengenepikan nilai-nilai murni akan melahirkan masyarakat kebendaan. Kanak-
kanak membesar dengan menjadi individu yang sentiasa mengejar harta benda dan
kemewahan. Nilai-nilai murni akan ditinggalkan. Bagi mencapai tujuan tersebut,
anggota-anggota masyarakat sanggup mencuri, merompak, membunuh dan mengamalkan
rasuah. Ini adalah jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan sahsiah individu
yang tidak diingini.
39
2.6 Kajian Terdahulu Berkaitan Penilaian Personaliti ( Dalam Negeri)
2.6.1 Kajian Vasu Devan Raman Kutty (1991)
Kajian ini dilakukan di sekolah menengah pada tahun 1991. Kajian ini melihat
hubungan diantara kecerdasan mental dengan trait personaliti. Bilangan subjek yang
terlibat ialah 251 orang. Subjeknya dikategorikan kepada beberapa kelompok mengikut
ciri-ciri jantina,tempat tinggal, etnik dan pelajaran.
Beliau menyatakan lagi bahawa kecerdasan mental seseorang pelajar mempunyai
hubungan dengan trait personaliti. Tahap penyesuaian yang tinggi menyebabkan individu
berkenaan memanipulasikan persekitarannya dengan baik. Oleh itu ia memperoleh
pengetahuan dan mengembangkan kecerdasan mentalnya.
Seterusnya penyelidikan itu mendapati ada tiga trait yang mempunyai hubungan
yang signifikan dengan kecerdasan mental. Trait-trait itu ialah trait kecerdasan, trait
kestabilan emosi dan trait putus asa(withdrawal).Hubungan yang ditunjukkan itu pada
aras signifikan <0.05. Ia menyokong tanggapan umum bahawa orang yang mudah putus
asa sukar mencapai kejayaan (dalam bidang pelajaran).Mudah putus asa juga membawa
skor I.Q rendah.
2.6.2 Kajian Zalizan Mohd Jelas
Kajian ini menunjukkan penilaian tingkahlaku ada kaitannya dengan personaliti
sebagaimana katanya,
“Result of this exploratory study to examine the predeictive relationship of structure of
intelect factors and a measure of mathematics achievements of the LCE examination
suggest that this test can be used in the Malaysian setting as part of the overall
behavioral assessment in the identification and classification of children.”(m.s.24)
40
2.6.3 Kajian Noran Fauziah Yaacob (1988)
Kajian ini dijalankan di kalangan guru-guru pelatih,untuk melihat perhubungan
antara trait personaliti dengan motif pengajaran dan keberkesanan pengajaran. Kajian ini
juga menunjukkan perbezaan yang jelas di mana guru pelatih perempuan lebih ekstrovert
berbanding dengan pelatih lelaki.
2.6.4 Kajian Koay, Siew Luan (1977)
Kajian ini menyentuh analisis perbandingan corak personaliti guru-guru lulusan
maktab dengan guru-guru lulusan universiti. Ia juga merupakan satu penilaian personaliti
untuk melihat perbandingan dari segi jenis-jenis personaliti dan kesesuaiannya dalam
profesion perguruan atau menjadi kaunselor.
2.6.5 Kajian Sh. Norashikin Bt Syed Abu Bakar(1997)
Kajian ini berkisar kepada personaliti guru dan kesannya terhadap motivasi
pelajar. Subjeknya terdiri daripada 107 pelajar Tingkatan Empat di sekolah Menengah
Malawati, Kuala Lumpur
41
2.7 Kajian Luar Negeri
Terdapat beberapa kajian lain yang mengaitkan aspek personaliti ekstrovert-
introvert dengan gender. Pelajar lelaki secara umumnya dilihat lebih agresif berbanding
dengan pelajar perempuan. Kajian awal Eysenck (1965) ke atas kanak-kanak berumur 7-
16 tahun menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki lebih ekstrovert daripada pelajar
perempuan. Mehryer dan Hosseini (1973) telah membuat kajian terhadap 707 pelajar
lelaki dan 171 pelajar perempuan di Iran, mendapati bahawa pelajar ekstrovert yang
memperolehi pencapaian cemerlang terdiri daripada pelajar lelaki. Meskipun begitu
terdapat kajian menunjukkan dapatan yang berbeza.
Merujuk kepada Model Trait Personaliti Eysenck, kajian yang dilakukan beliau
telah memfokuskan kepada sekumpulan kecil jenis personality (Liebert dan Spiegler,
1994). Kajian tersebut telah dilakukan dengan adaptasi daripada tipologi Hipocrates dan
Galen, Carl Jung dan Wilhelm Wundt. Daripada hasil tersebut beliau telah mengambil 4
jenis personality yang dikemukakan oleh Hipocrates dan Galen. Ini berkait rapat dengan
jenis personaliti yang utama dan kurang utama.
Terman dan rakan-rakan (1930), telah mengkaji perkembangan kanak-kanak
pintar cerdas dengan menggunakan Ujian Kecerdasan Stanford-Binet (Stanford-Binet
Tests) yang telah diubah suai. Kajian Awal oleh Terman ini mendapati bahawa
personaliti pelajar pintar cerdas lebih mudah mesra, lebih popular dan gemar bergaul
dengan rakan sebaya.
Kebolehan dan kecerdasan kognitif di kalangan pelajar pintar cerdas sering dikaitkan
dengan personaliti ekstrovert iaitu suka bergaul, cepat mengeluarkan pendapat, mudah
mesra, kreatif dan lebih bersikap terbuka. Personaliti ekstrovert mampu mempengaruhi
pemilihan kerjaya seseorang pelajar. Eysenck dan Cookson (1961) telah membuat kajian
di kalangan pelajar sekolah rendah di Staffordshire, dan beliau mendapati pelajar yang
mempunyai kecerdasan yang tinggi adalah berpersonaliti ekstrovert. Selain itu pelajar
42
yang stabil juga dianggap lebih baik di dalam pencapaian akademik daripada neurotik.
Ini menunjukkan kebimbangan mempengaruhi tahap kebolehan pelajar.Pelajar sekolah
rendah didapati lebih ekstrovert serta mampu memperolehi pencapaian akademik yang
cemerlang (Elliot,1972; Anthony, 1977 dan Riding 1979). Dalam kajian lain, Johnson
(1997) juga mendapati bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara faktor personaliti
dengan pencapaian akademik.
Menurut Thorne (1987) personality bukan sahaja mempengaruhi cara seseorang itu
bertindak, tetapi ia juga mempengaruhi orang lain namun aspek ini masih tidak diberi
perhatian oleh penyelidik. Personaliti anak remaja didapati mempengaruhi penilaian
mereka terhadap persekitaran keluarga di mana Milikan,Wamboldt et al. (2002)
mendapati remaja yang tinggi neurotik memberi persepsi negatif terhadap keluarga
mereka. Kracke (2002) pula mendapati personality remaja juga mempengaruhi
penerokaan kerjaya di mana kajiannya mendapati karakteristik individu yang aktif berkait
dengan penerokaan kerjaya yang lebih giat.
Dalam hubungan sosial, satu kajian longitudinal oleh Asendorf dan Wilpers (1998)
telah dijalankan ke atas pelajar universiti berkaitan dengan kesan personality ke atas
perhubungan sosial. Personaliti diukur berdasarkan instrumen Big Five Factor dan
perhubungan sosial merujuk kepada perhubungan dengan individu yang hampir dengan
mereka seperti keluarga, rakan dan jiran. Kajian mereka mendapati individu yang
mempunyai personality ekstrovert, sociable dan kurang pemalu mempunyai jaringan
rakan sebaya yang lebih baik. Secara umumnya kajian mereka mendapati bahawa
perbezaan personality mempengaruhi perkembangan sosial tetapi tidak sebaliknya.
Di kalangan ibubapa, Asher dan Jr. (1990) mendapati ibubapa yang tinggi skor
neurotik melaporkan mereka mempunyai anak-anak bermasalah tingkah laku
berbanding dengan ibu bapa yang tinggi skor dusta melaporkan mempunyai kurang
masalah tingkah laku anak-anak. Bapa yang mempunyai skor tinggi psikotik
melaporkan mempunyai anak-anak bermasalah tingkah laku, sementara skor psikotik
ibu tidak berkait dengan masalah tingkah laku anak-anak. Kajiannya juga mendapati
tiada perkaitan di antara ibubapa ekstrovert dengan masalah tingkah laku anak-anak.
43
Mervielde dan Fruyt (1997) telah membuat kajian tentang hubungan antara Five
Factor Model of Personality (Model Personaliti Lima Faktor) dengan model RIASEC
oleh Holland. Model Personaliti Lima Faktor yang dimaksudkan ialah exraversion,
agreeableness, conscientiousness, emotion stability dan intellect. Kajian ini dibuat juga
adalah untuk melihat hubungan antara trait-trait dan konsep-konsep Holland seperti
kekongruenan, ketekalan dan pembezaan serta melihat hubungan antara trait Model Lima
Faktor dengan inventori minat kerjaya. Kajian ini dibuat ke atas 934 orang pelajar tahun
akhir dalam bidang yang berbeza. Kajian ini mengunakan alat ukur Dutch/Flemish oleh
NEO-PI-R (Costa & McRae, 1992) yang mewakili Model Personaliti Lima Faktor
manakala alat ukur Self-Directed Search (Holland, 1977; 1979) mewakili RIASEC.
Perhubungan antara kedua-dua model ini telah diuji dengan menggunakan korelasi
dan penyelidikan analisis faktor. Keputusan kajian menunjukkan kesemua kelima-lima
faktor utama Model Personaliti Lima faktor adalah berkait secara signifikan dengan
sekurang-kurangnya satu atau lebih dalam komponen RIASEC tetapi tidak semua skala
RIASEC berkorelasi dengan Personaliti Model Lima Faktor terutamanya skala Realistik
dan Investigatif. Penemuan korelasi tersebut telah dikembangkan oleh Costa, Mc Crae
dan Holland (1984) dan Gottfredson, Jones dan Holland (1993) telah mencadangkan
bahawa terdapat perhubungan antara kedua-dua model, namun masih terdapat beberapa
kelainan yang unik.
Kajian Furneaux (1962) terhadap 91 orang pelajar daripada beberapa buah Jabatan
Sains telah mendapati bahawa kejayaan seseorang pelajar ditentukan oleh kedua-dua
dimensi personaliti Ekstroversi dan Neurotisme. Selain itu Boocock menyatakan bahawa
pelajar-pelajar yang mempunyai sifat yang teratur adalah mereka yang berpencapaian
akademik yang tinggi. Sifat ini biasanya terdapat pada individu yang berpersonaliti
Neurotisme. Howarth dan Eysenck (1968), Howarth (1963), Jensen (1964) dan
Shanmugam dan Santhanam (1968) dalam Sharma dan Radha (1985) pula telah
membuktikan bahawa ekstrovert adalah lebih baik daripada introvert dalam
meningkatkan kembali perkara yang memerlukan ingatan jangka pendek.
44
Southworth (1988) telah menjalankan kajian ke atas 227 orang pelajar lelaki dan 210
orang pelajar perempuan di 14 buah ‘Junior School’ di Lancashire untuk melihat
hubungan dimensi personaliti dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
matematik asas. Southworth mendapati bahawa ekstroversi menunjukkan korelasi
positif yang signifikan dengan kebolehan matematik asas.
Kajian yang telah dibuat oleh Lynn, Hampson dan Magee (1983) terhadap 701
pelajar tahun lima daripada 8 buah sekolah menengah di kawasan bandar dan luar
bandar Ireland Utara telah mendapati bahawa personaliti Neurotisme (N) tidak ada
hubungan dengan pencapaian akademik pelajar-pelajar lelaki dan prempuan. Namun
demikian Ekstroversi (E) yang lebih introvert tidak menunjukkan hubungan dengan
pencapaian akademik di kalangan pelajar lelaki tetapi mempunyai hubungan yang
signifikan dengan pelajar perempuan.
Melalui kajian yang dilakukan oleh Asbi (1989), menyatakan bahawa individu
ekstroversi adalah merupakan individu yang suka dirinya dikelilingi oleh orang ramai,
tidak suka menyendiri dan selesa di dalam keadaan yang ramai. Bagi individu introversi
mereka suka mengelak daripada aktiviti kumpulan yang besar, selesa menyendiri atau
berada di dalam kumpulan yang kecil. Menurut Furhman (1984), menyatakan bahawa
individu introversi lebih penakut,saling bergantungan, ingin bebas daripada konflik.
Selain itu personaliti introversi juga lebih suka untuk menolak kerja yang kompleks dan
berbeza dengan individu ekstroversi yang menyukai kerja yang kompleks.(Kirkealdy,
Furnham dan Lynn,1992)
45
BAB III
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Menurut Berenson dan Levine (1987) dan Mohd Sobri Ismail(2000) metodologi
atau kaedah dalam penyelidikan adalah satu bentuk kawalan dalam memperolehi
maklumat bagi mencapai matlamat sesebuah penyelidikan yang dijalankan. Dalam bab
tiga ini akan menerangkan tentang kaedah penyelidikan iaitu bagaimana mendapatkan
maklumat bagi mencapai objektif penyelidikan ilmiah ini. Antara lain yang akan
dijelaskan dalam bab ini ialah Rekabentuk kajian, Subjek Kajian,Kaedah dan Alat Kajian,
Penganalisisan data dan Kesimpulan bagi bab tiga ini.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini berbentuk tinjauan. Tinjauan dijalankan adalah untuk meninjau beberapa
faktor yang mempunyai perkaitan dengan personality dominan. Rasional pemilihan
kaedah ini ialah kerana sampel kajian adalah besar, maka teknik temubual tidak begitu
praktikal digunakan. Pemerolehan data dilakukan secara teknik soal selidik . Kaedah ini
sangat praktikal digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat (Mohd Majid
Konting, 1990) Reka bentuk kajian ini memberi panduan kepada pengkaji untuk
mengumpul,menganalisis dan menginterpretasi data. Kajian ini juga merupakan kajian
korelasi kerana tujuan penyelidik menguji perkaitan dan pengaruh beberapa faktor dan
hubungannya dengan personaliti dominan. Reka bentuk ini dapat menunjukkan pola pada
46
satu-satu peringkat masyarakat. Kajian yang dijalankan berasaskan kajian tinjauan ciri-
ciri personaliti dominan pelajar pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang
2, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Penggawa Timur dan Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Johor. Kajian ini juga melibatkan kajian korelasi iaitu melihat
hubungan atau pengaruh antara satu faktor dengan faktor yang lain menggunakan ujian
statistik korelasi.
3.2 Tempat kajian
Tempat yang dipilih dalam kajian ini ialah beberapa buah sekolah yang terletak dizon
Pasir Gudang. Sekolah yang dipilih ialah :-
i)SMK Pasir Gudang 2
ii)SMK Dato Penggawa Timur
iii) SMK Agama Johor
SMK Dato Penggawa Timur adalah berteraskan kepada WAWASAN sekolah
yang ingin muncul sebagai sebuah institusi pendidikan terulung bukan sahaja di peringkat
daerah dan negeri bahkan juga diperingkat negara. Sekolah ini telah melahirkan pelajar
yang berjaya dalam pelbagai lapangan di seluruh negara. Kejayaan masa lalu dan masa
kini telah mendorong Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengistiharkan sekolah ini
sebagai salah sebuah sekolah “PREMIER” di negara ini. Komitmen padu antara
pentadbir,guru,kakitangan sokongan,ibu bapa dan pelajar telah menjadikan sekolah ini
sebagai “MODEL” dikalangan sekolah-sekolah di daerah Pasir Gudang .
Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) oleh kerajaan pusat
dengan tujuan bukan sahaja memberi pendidikan agama Islam tetapi juga pelajaran
akademik bagi mengimbang keperluan pendidikan dalam sebuah negara yang
47
membangun dan menghadapi proses globalisasi. Peluang yang terbatas untuk memasuki
SMKA telah mendorong kerajaan-kerajaan negeri membina sekolah-sekolah menengah
agama oleh bagi menambah peluang lebih luas kepada pelajar dari sesebuah negeri
tersebut. Sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri Johor
yang menyelaras semua pentadbiran sekolah-sekolah Agama Kerajaan Negeri dan
sekolah Agama Rakyat di Negeri Johor . Falsafah sekolah ini menegaskan bahawa usaha
yang berterusan perlu dalam melahirkan para pelajar cemerlang dan berkualiti yang
berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah bagi melahirkan para pelajar yang berilmu
pengetahuan dunia dan akhirat, beriltizam, berakhlak mulia .bertaqwa kepada Allah s.w.t.,
mempunyai tanggungjawap terhadap memartabatkan agama bagi kesejahteraan diri,
keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini
adalah majoritinya terdiri daripada mereka yang mempunyai keputusan 5A dalam
peperiksaan UPSR dari seluruh negeri Johor dan kesemuanya ditempatkan di asrama
sekolah. Tujuan asrama sekolah diadakan untuk mengambilalih suasana kekeluargaan
pelajar kearah membentuk sahsiah pelajar sebagai seorang muslim cemerlang. Selain dari
itu, asrama diwujudkan. Selain dari itu, asrama diwujudkan untuk memberi peluang
pelajar yang tinggal dari seluruh pelusuk negeri ini mendapat pendidikan sempurna
selaras dengan matlamat penubuhan SMAKJ.
SMK Pasir Gudang 2 terdiri daripada pelajar-pelajar dari kawasan perumahan
Pasir Gudang seperti Taman Mawar, Taman Dahlia, Taman Air Biru, Taman Cendana,
Taman Pasir Putih, Kampung Pasir Putih, Taman Kota Masai, Taman Scientex dan
Perumahan Bakti. Pelajar yang diterima masuk ke sekolah ini adalah majoritinya terdiri
48
daripada mereka yang mempunyai keputusan kurang daripada 5A dalam peperiksaan
UPSR dari seluruh daerah Pasir Gudang. Sekolah ini adalah gred A dan semakin
menonjol dalam kurikulum dan ko-kurikulum.
Tempat responden melengkapkan borang-borang soal selidik adalah di dewan
Sekolah masing-masing.
3.3 Sampel Kajian
Sampel kajian ini terdiri daripada 137orang pelajar Tingkatan 4. Daripada
jumlah ini, pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2
adalah seramai 46 orang, pelajar dari Sekolah Menengah Dato Penggawa Timur seramai
52 orang, manakala pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seramai 39
orang. 79 orang daripada sampel ini adalah pelajar perempuan, manakala 58 orang adalah
pelajar lelaki. Aspek gender sampel merupakan kriteria utama dalam pemilihan kerana
kajian ini bertujuan untuk melihat perbezaan personaliti mengikut gender.
3.4 Kaedah dan Alat Kajian
Untuk melaksanakan kajian ini, pengkaji mendapatkan kerjasama daripada
pelbagai pihak bagi mengumpulkan maklumat yang diperlukan. Bagi membolehkan
kajian ini dilakukan, senarai populasi didapatkan di Pejabat Pendidikan Daerah.
Seterusnya untuk mendapatkan senarai subjek kajian, pengkaji merujuk kepada Jabatan
Pendidikan Negeri Johor iaitu di bahagian Sektor Pengurusan Sekolah-sekolah
Menengah bagi mengetahui di mana sampel berada.
Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan melalui
pergi sendiri ke sekolah-sekolah berkenaaan. Soal selidik dihantar kepada responden
49
melalui tangan. Terdapat tiga perkara yang dibawa iaitu soal selidik, surat yang
menerangkan tujuan kajian dan memohon kerjasama responden untuk menjawab soal
selidik .
Bagi merealisasikan kajian ini, soal selidik telah digunakan. Terdapat empat
bahagian dalam soal selidik ini. Bahagian A, mengumpul maklumat latar belakang atau
demografi responden, termasuk jantina, agama dan ras.
3.5 Analisis Data
Data yang dikumpulkan melalui Bahagian A soal selidik Demografi dianalisis
secara diskriptif dan hasilnya diterangkan dalam bentuk jadual yang menunjukkan
peraturan data. Hipotesis-hipotesis kajian pula dianalisis secara inferensi melalui ujian-t
untuk menentukan sama ada terdapat perkaitan yang signifikan dalam perubahan
personality dominan dari segi jantina. Secara keseluruhannya, data-data yang diperolehi
daripada sampel dianalisis dengan bantuan komputer menggunakan Statistical Package
for Social Sciences (SPSS/PC+).
.
50
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Analisis data diperlukan bagi menukarkan data mentah kepada data yang dapat
memberikan maklumat bagi mencapai objektif sesuatu kajian. Bagi memenuhi tujuan
ini, data yang diperoleh dan dikumpulkan daripada soal selidik dianalisis dengan
menggunakan program komputer SPSS (Statistical Package for Social Science).
Dalam bahagian Bab 4 ini akan memaparkan keputusan dan keterangan bagi
dapatan data yang telah dianalisis menggunakan perisian SPSS version 15.0. Kajian yang
dijalankan adalah untuk melihat kecenderongan personaliti pelajar Tingkatan Empat,dan
perbezaan di antara kecenderungan personaliti mengikut sekolah. Responden yang
terlibat iaitu pelajar-pelajar di tiga buah sekolah yang terletak di Zon Pasir Gudang
yang merupakan sekolah menengah harian gred A dan gred B. Seramai 137 orang
responden yang terlibat merupakan sampel kajian ini.
51
4.2 Latar Belakang Responden
4.2.1 Jantina
Jadual 4.1 Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Jantina
Pernyataan Kekerapan Peratus
Lelaki 58 42.3
Perempuan 79 57.7
Jumlah 137 100.0
Jadual 4.1 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
jantina di mana seramai 79 orang atau 57.7% adalah perempuan dan seramai 58 orang
atau 42.3% adalah lelaki. Ini menunjukkan kebanyakan responden yang dikaji adalah
didominasi oleh pelajar perempuan.
4.2.2 Sekolah
Jadual 4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah
Pernyataan Kekerapan Peratus
SMK Pasir Gudang II (Sains) 27 19.7
SMK Pasir Gudang II (Sastera) 19 13.9
SMK Agama Johor (Sains) 18 13.1
SMK Agama Johor(Sastera) 21 15.3
SMK Pengawa Timur(Sains) 27 19.7
SMK Penggawa Timur(Sastera) 25 18.3
Jumlah 137 100.0
Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
sekolah. Majoriti responden adalah bersekolah di SMK Pengawa Timur iaitu seramai 52
orang pelajar dari aliran sains dan sastera atau 38.0%, diikuti seramai 46 orang pelajar
atau 33.6 % adalah bersekolah di SMK Pasir Gudang II dari aliran Sains dan Sastera dan
seramai 39 orang atau 28.4 % adalah responden yang bersekolah di SMK Agama Johor
52
dari aliran Sains dan Sastera. Ini menunjukkan majoriti responden terdiri daripada pelajar
yang bersekolah di SMK Pengawa Timur.
4.2.3 Bangsa
Jadual 4.3 Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa
Pernyataan Kekerapan Peratus
Melayu 85 62.0
Cina 24 17.5
India 26 19.0
Lain-lain 2 1.5
Jumlah 137 100.0
Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
bangsa. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 85 orang atau 62.0%,
diikuti seramai 26 orang atau 19.0% adalah daripada berbangsa India dan seramai 24
orang atau 17.5% adalah responden berbangsa Cina. Manakala responden berbangsa
lain-lain selain Melayu, Cina dan India mempunyai jumlah paling rendah iaitu 2 orang
atau 1.5% responden. Ini menunjukkan majoriti responden terdiri daripada pelajar yang
berbangsa Melayu.
4.2.4 Tempat Tinggal
Jadual 4.4 Taburaran Kekerapan dan Peratusan Responden Mengikut Tempat
Tinggal
Pernyataan Kekerapan Peratus
Bandar 92 67.2
Luar Bandar 45 32.8
Jumlah 137 100.0
53
Jadual 4.4 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
tempat tinggal di mana majoriti responden tinggal di kawasan bandar iaitu seramai 92
orang atau 67.2% manakala responden yang tinggal di kawasan luar bandar pula seramai
45 orang atau 32.8%. ini menunjukkan bahawa sebahagian besar daripada responden
tinggal di kawasan bandar berbanding luar bandar.
4.3 Analisis Diskriptif Profil Personaliti Pelajar
4.3.1 Profil Personaliti Pelajar Yang Lebih Dominan Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat
Jadual 4.5 Taburan Kecenderungan responden Mengikut Ujian Personaliti Di Kalangan
Pelajar Tingkatan Empat
Tret Kod Purata Skor/10
Asertif AS 5.66 51.4%
Analitikal AN 5.16 53.8%
Keterbukaan KT 5.75 50.7%
Keyakinan Diri KD 4.62 46.2%
Kepimpinan KP 4.18 41.8%
Jati Diri JD 5.24 52.4%
Prihatin PT 5.14 56.6%
Intelektual IT 5.38 51.6%
Pencapaian PN 5.07 57.5%
Integriti IG 4.66 46.6%
Kesempurnaan KS 5.33 53.3%
N = 230
Jadual 4.5 di atas menunjukkan sebanyak 51.4 % pelajar memiliki personaliti asertif,
manakala 53.8 % daripada mereka memiliki personaliti yang analitikal. Sebanyak
50.7 % pelajar lebih cenderung untuk memiliki personaliti keterbukaan , 46.2 % memiliki
keyakinan diri, 41.8 % kepimpinan dan 52.4 %jati diri. Daripada hasil dapatan kajian
juga mendapati 56.6 % pelajar memiliki personaliti yang prihatin, 51.6 % memiliki
54
personaliti intelektual, 57.5 % pencapaian, diikuti oleh personaliti integriti sebanyak
46.6 % dan akhir sekali ialah Kesempurnaan sebanyak 53.3 %.
4.3.2 Melihat Perbezaan Personaliti Pelajar Mengikut Jantina
Jadual 4.6 Taburan perbezaan personaliti pelajar mengikut jantina. Group Statistics
Jantina N Mean Std. Deviation Signifikan
Asertif Lelaki 58 7.78 3.32 0.34
Perempuan 79 8.24 2.66
Analitikal Lelaki 58 8.31 3.08 0.65
Perempuan 79 8.28 2.80
Keterbukaan Lelaki 58 7.40 2.35 0.61
Perempuan 78 7.17 2.26
Keyakinan Diri Lelaki 58 7.24 2.74 0.89
Perempuan 78 7.42 2.61
Kepimpinan Lelaki 58 5.55 2.08 0.99
Perempuan 78 5.79 1.94
Jati Diri Lelaki 58 8.28 3.50 0.59
Perempuan 78 7.40 3.38
Prihatin Lelaki 58 9.16 2.56 0.20
Perempuan 78 6.12 3.06
Intelektual Lelaki 58 8.12 2.81 0.45
Perempuan 78 8.83 2.60
Pencapaian Lelaki 58 8.95 2.65 0.57
Perempuan 78 9.33 2.82
Integriti Lelaki 58 6.12 2.37 0.39
Perempuan 78 6.97 2.48
Kesempurnaan Lelaki 58 5.76 3.21 0.68
Perempuan 78 5.12 2.10
• Tret personaliti diri yang diukur menerusi Profil Personaliti TAJMA (PPT-R)
55
Daripada jadual 4.6 di atas, bagi personaliti asertif, nilai signifikan yang diperolehi ialah
0.34 manakala bagi personaliti analitikal, nilai signifikan yang diperolehi ialah 0.65.
Nilai signifikan 0.61 diperolehi bagi personaliti keterbukaan, 0.89 bagi personaliti
keyakinan diri, 0.99 bagi kepimpinan dan 0.59 bagi jati diri. Seterusnya, hasil dapatan
yang diperolehi juga menunjukkan bagi personaliti prihatin, nilai signifikan yang dikira
ialah 0.20, 0.45 untuk intelektual, 0.57 untuk pencapaian, 0.39 untuk integriti dan akhir
sekali 0.68 untuk personaliti kesempurnaan. Secara keseluruhannya kesemua personaliti
yang disenaraikan di atas tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan jika dilihat
melalui personaliti mengikut jantina di mana aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05
atau 5 %.
4.3.3 Melihat Perbezaan Personaliti Diantara Pelajar Bandar Dan Luar Bandar
Jadual 4.7 di bawah menunjukkan taburan perbezaan personaliti antara pelajar bandar dan
luar bandar. Bagi personaliti asertif, kepimpinan dan prihatin, nilai signifikan yang
diperolehi menunjukkan kurang daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.04, 0.02
dan 0.03 manakala aras signifikan yang ditetapkan ialah 0.05. bagi personaliti analitikal,
nilai signifikan yang diperolehi ialah 0.13 dan 0.12 bagi personaliti keterbukaan.
Seterusnya bagi personaliti keyakinan diri, jati diri, dan intelektual, nilai signifikan yang
diperolehi ialah 0.11, 0.06 dan 0.85 masing-masing. Akhir sekali bagi personaliti
pencapaian, integriti dan kesempurnaan, nilai signifikan ialah 0.21, 0.80 dan 0.94. Secara
keseluruhannya, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam personaliti pelajar
bandar dan luar bandar kecuali bagi personaliti asertif, kepimpinan dan prihatin.
56
Jadual 4.7 Taburan perbezaan personaliti pelajar bandar dan luar bandar Group Statistics
Jantina N Mean Std. Deviation Signifikan
Asertif Lelaki 92 7.62 2.61 0.04
Perempuan 45 8.91 3.43
Analitikal Lelaki 92 8.04 2.68 0.13
Perempuan 45 8.80 3.31
Keterbukaan Lelaki 92 7.39 2.09 0.12
Perempuan 44 7.00 2.69
Keyakinan Diri Lelaki 92 7.34 2.53 0.11
Perempuan 44 7.36 2.94
Kepimpinan Lelaki 92 5.63 1.69 0.02
Perempuan 44 5.82 2.55
Jati diri
Lelaki 92 7.39 3.23 0.06
Perempuan 44 7.00 3.84
Prihatin Lelaki 92 8.04 2.73 0.03
Perempuan 44 8.80 3.22
Intelektual Lelaki 92 8.43 2.67 0.85
Perempuan 44 8.73 2.80
Pencapaian Lelaki 92 9.09 2.65 0.21
Perempuan 44 9.34 2.96
Integriti
Lelaki 92 6.49 2.44 0.80
Perempuan 44 6.86 2.52
Kesempurnaan Lelaki 92 5.30 2.38 0.94
Perempuan 44 5.57 3.13
57
4.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, personaliti pencapaian merupakan personaliti yang
mempunyai peratusan yang paling tinggi jika dibandingkan dengan personaliti yang lain.
Daripada kajian juga didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap
personaliti pelajar mengikut jantina. Bagi pelajar bandar dan luar bandar pula, juga tidak
terdapat perbezaan yang signifikan kecuali bagi personaliti asertif, kepimpinan dan
prihatin.
58
BAB 5
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan hasil kajian daripada bab 4 seterusnya membuat
kesimpulan dan cadangan untuk kajian pada masa hadapan.
5.2 Perbincangan Hasil Kajian
Perbincangan akan dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu:
i. Latar belakang responden
ii. Ciri personaliti yang lebih menyerlah di kalangan pelajar tingkatan 4.
iii. Perbezaan personaliti pelajar mengikut jantina
iv. Perbezaan personaliti diantara pelajar bandar dengan luar bandar
5.2.1 Latar Belakang Responden
Dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan hasil kajian pertama
berhubung dengan demografi responden.
59
Taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina di mana seramai 79
orang (57.7%) adalah perempuan dan seramai 58 orang (42.3%) adalah lelaki. Ini
menunjukkan kebanyakan responden yang dikaji adalah didominasi oleh pelajar
perempuan.
Hasil kajian menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut
sekolah, majoriti responden bersekolah di SMK Pengawa Timur iaitu seramai 52 orang
atau 38.0%, diikuti seramai 46 orang atau 33.6% bersekolah di SMK Pasir Gudang dan
seramai 39 orang atau 28.4% responden bersekolah di SMK Agama Johor.
Dari segi bangsa pula, majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai
85 orang atau 62.0%, diikuti seramai 26 orang atau 19.0% daripada bangsa India dan
seramai 24 orang atau 17.5% adalah responden yang berbangsa Cina. Manakala
responden berbangsa lain-lain selain Melayu, Cina dan India mempunyai jumlah paling
rendah iaitu 2 orang atau 1.5%.
Jika dilihat dari aspek tempat tinggal, majoriti responden tinggal di
kawasan bandar iaitu seramai 92 orang atau 67.2% manakala responden yang tinggal di
kawasan luar bandar pula seramai 45 orang atau 32.8%.
5.2.2 Profil Personaliti Pelajar Yang Lebih Dominan Di Kalangan Pelajar
Tingkatan Empat
Dalam bahagian ini, pengkaji akan membincangkan tentang profil personaliti
pelajar yang lebih menyerlah di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan 4 di sekolah yang
terbabit.
Daripada ujian personaliti diri yang dijalankan ke atas responden, peratusan yang
paling tinggi menunjukkan personaliti pelajar lebih menyerlah melalui pencapaian. Ini
60
menunjukkan bahawa pelajar dapat menonjolkan diri melalui pencapaian yang baik
samada dari segi akademik atau bukan akademik.
Ciri personaliti lain yang mempunyai taburan peratusan melebihi 50 % ialah
asertif, analitikal, keterbukaan, jatidiri, prihatin, intelektual, dan ketidakselesaan. Ciri-ciri
lain dalam ujian personaliti yang tersebut di atas adalah keyakinan diri, kepimpinan dan
integriti.
Bagi ciri personaliti jenis asertif, pelajar-pelajar yang mempunyai jenis personaliti
jenis ini mempunyai kebolehan dalam komunikasi. Mereka mempunyai kebolehan dalam
membuat orang disekeliling berasa yakin dengan apa yang mereka perkatakan. Oleh yang
demikian pelajar yang bersikap asertif akan lebih mudah dipercayai oleh orang-orang
disekelilingnya.
Bagi pelajar yang mempunyai ciri personaliti analitikal pula, mereka merupakan
golongan pelajar yang mempunyai ketelitian dalam sesuatu pekerjaan yang dilakukan.
Mereka lebih suka dalam melakukan perkara-perkara yang memerlukan pemikiran dan
abstrak. Bagi mereka, menyelesaikan suatu perkara yang kompleks serta memerlukan
penganalisaan adalah mudah.
Pelajar-pelajar tingkatan 4 ini juga didapati mempunyai personaliti keterbukaan.
Ini menunjukkan mereka boleh diajak berbincang dalam apa-apa topik. Mereka juga
mempunyai pandangan tersendiri dalam topik yang dibincangkan. Pada pandangan
mereka, setiap orang mempunyai cara tersendiri dalam menyampaikan sesuatu perkara
Seterusnya, pelajar-pelajar ini juga mempunyai jati diri yang tinggi. Mereka
adalah golongan pelajar yang menanamkan serta mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan seharian. Mereka juga mempunyai semangat yang tinggi dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. Contoh yang paling mudah ialah menyelesaikan tugasan yang diberikan
oleh guru tepat pada masanya dan bersungguh-sungguh dalam melakukan tugasan yang
diberikan.
61
Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kajian juga mempunyai ciri personaliti yang
intelektual. Mereka lebih suka menyelesaikan sesuatu perkara secara logikal dan
memerlukan pemikiran yang lebih matang. Oleh yang demikian, mereka lebih gemar
dengan aktiviti yang lebih kepada bentuk akademik serta aktiviti yang memerlukan
perancangan.
Selain daripada yang disebutkan di atas, pelajar-pelajar ini juga cenderung untuk
bersikap tidak selesa. Apa yang dimaksudkan di sini ialah cenderung untuk berasa tidak
selesa apabila berada dalam persekitaran yang baru termasuklah apabila bergaul dengan
individu yang baru dikenali. Satu kelebihan yang terdapat dalam diri mereka adalah jika
dapat menyembunyikan perasaan tidak selesa mereka. Dengan cara ini dapat
membuatkan orang-orang di sekeliling mereka turut berasa selesa.
Daripada hasil kajian juga didapati pelajar ini mempunyai tahap keyakinan yang
tinggi. Mereka percaya dengan kebolehan diri sendiri serta yakin dalam setiap perkara
yang dilakukan. Selain itu, dengan tahap keyakinan yang tinggi akan membuatkan
pelajar-pelajar ini lebih mudah untukmenyesuaikan diri serta menonjolkan keperibadian
yang baik yang terdapat dalam diri mereka.
Jika dilihat daripada peratusan, ciri kepimpinan merupakan ciri personaliti yang
paling rendah dimiliki oleh pelajar-pelajar ini. Ini mungkin disebabkan oleh perasaan
kurang yakin dengan sikap kepimpinan yang ada dalam diri mereka ataupun mereka tidak
menyedari bahawa mereka mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin yang baik.
Sebagai latihan untuk menjadi seorang pemimpin, mereka boleh diberikan tugasan untuk
menjadi ketua kelas, ketua dalam kelab yang disertai juga ketua kepada program-program
yang dianjrkan oleh sekolah. Dengan ini, pelajar akan lebih yakin dengan kemampuan
diri mereka.
Ciri personaliti yang terakhir ialah integriti. Ciri personaliti jenis ini menunjukkan
bahawa pelajar tersebut dapat menjalankan sesuatu amanah yang telah digalas oeh
62
mereka. Mereka juga bersikap jujur dalam sesuatu perkara yang dilakukan dan
menghindari perkara yang boleh menjejaskan nama baik sendiri, ibubapa atau pihak
sekolah.
Setiap ciri personaliti yang terdapat dalam diri pelajar-pelajar ini haruslah diasah
dan mereka haruslah dilatih supaya dapat melahirkan generasi yang berwawasan dan
memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin negara.
5.2.3 Perbezaan Personaliti Pelajar Mengikut Jantina
Dalam bahagian ini, penyelidik akan membincangkan tentang perbezaan
personaliti pelajar mengikut jantina.
Analisa yang ditunjukkan dalam bab 4 menunjukkan jantina tidak menunjukkan
perbezaan yang signifikan dalam personaliti diri. Semua ciri-ciri personaliti yang telah
disebutkan sebelum ini menunjukkan nilai yang tinggi melebihi aras signifikan yang
ditetapkan iaitu 0.05. nilai yang paling tinggi ialah ciri kepimpinan dengan nilai
signifikan 0.99 dan diikuti oleh ciri keyakinan diri iaitu 0.89.
Melalui hasil yang didapati, jantina tidak mempengaruhi pelajar untuk memiliki
ciri-ciri personaliti yang tertentu. Setiap individu adalah unik dan mereka boleh memiliki
apa-apa personaliti pun tanpa mengira lelaki atau perempuan. Contohnya, oleh kerana
pelajar A adalah lelaki maka beliau tidak semestinya cenderung untuk memiliki ciri-ciri
seorang pemimpin. Jika pelajar B yang merupakan seorang perempuan, maka pelajar ini
juga boleh memiliki ciri personaliti kepimpinan.
63
5.2.4 Perbezaan Personaliti Antara Pelajar Bandar Dengan Luar Bandar
Daripada hasil dapatan kajian, ciri personaliti asertif, kepimpinan dan prihatin
menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam personaliti antara pelajar yang tinggal di
bandar dengan pelajar yang tinggal di luar bandar.
Ciri-ciri personaliti yang lain seperti integriti, ketidakselesaan dan lain-lain tidak
menunjukkan perbezaan yang signifikan kerana mempunyai nilai signifikan yang lebih
tinggi daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05.
5.3 Cadangan Kajian
Berdasarkan kepada hasil-hasil yang telah diperolehi dari kajian ini, penyelidik
ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi beberapa masalah yang dapat
dikesan dalam kajian ini. Cadangan-cadangan tersebut adalah seperti yang berikut:-
5.3.1 Institusi Kekeluargaan
5.3.1.1 Hasil kajian ini menunjukkan wujudnya pengaruh hubungan di antara ibu bapa
dengan para remaja dalam memainkan peranan mereka bagi memastikan
perkembangan yang berbentuk positif di dalam diri remaja dan pembentukan
personaliti mereka. Merekalah orang yang paling hampir dan signifikan dengan
pelajar itu sendiri maka mereka memainkan peranan yang penting dalam
menangani atau mengawal faktor-faktor dan gejala yang berlaku di sekitar remaja
yang mempengaruhi perkembangan kognitif dan sahsiah remaja itu sendiri.
Hubungan ibu bapa anak yang baik dapat mendorong pembentukan personaliti
yang positif. Ini kerana tanpa personaliti yang positif, remaja mungkin mudah
kecewa, putus asa dan bertindak kasar.
64
5.3.1.2 Ibubapa perlu meneliti semula dan memperbaiki cara mereka berkomunikasi
dengan anak-anak dan mengambil berat terhadap keperluan anak-anak samada
fisiologi, keselamatan, kasih-sayang serta keperluan-keperluan lain yang
sewajarnya diberikan kepada anak-anak terutamanya bagi anak-anak yang baru
meningkat usia bagi memastikan mereka mempunyai penghargaan kendiri yang
tinggi dan ini akan membuatkan mereka berasa yakin untuk berkomunikasi dan
menyesuaikan diri dengan rakan-rakan, masyarakat dan persekitaran.
5.3.1.3 Ibubapa perlu perihatin dengan siapa anak-anak mereka bergaul dan berkawan
bagi mengelakkan anak-anak bertingkahlaku negatif yang tidak didiingini kesan
daripada pengaruh rakan-rakan. Ibubapa juga perlu peka dengan apa yang berlaku
di sekeliling anak-anak mereka samada unsur budaya mahupun arus media massa
terutamanya yang dibawa dari Barat yang kini memang sukar dibendung. Ibubapa
perlu bijak mengawal pengaruh ini dari mempengaruhi perkembangan mental
dan sahsiah anak-anak.
5.3.2 Sistem Pendidikan
Sekolah dan guru-guru merupakan agen kedua terpenting selepas ibubapa atau keluarga
yang berperanan sebagai pendidik kepada anak-anak.Sebagai orang kedua yang memberi
didikan dan “modelling” kepada anak-anak di awal perkembangan mereka, guru-guru
perlulah:
5.3.2.1 Guru perlu menunjukkan diri mereka sebagai role-model yang terbaik serta
berjaya menjadi ikutan dan inspirasi kepada pelajar. Mereka perlu bersikap
positif dan terbuka dalam berkomunikasi dengan pelajar dan dalam masa yang
sama menanamkan nilai-nilai murni dalam diri pelajar yang baru meningkat
usia.
65
5.3.2.2 Peka dan mengambil perhatian terhadap permasalahan pelajar termasuk
tingkahlaku dan personaliti selain akademik. Guru kemudian perlu
memperbaiki mutu perkhidmatan kaunseling bagi meningkatkan trait-trait
positif pelajar. Trait-trait positif boleh dipupuk secara langsung dan tidak
langsung. Aktiviti perkembangan sahsiah pelajar hendaklah diatur dari masa
ke semasa melalui aktiviti PRS, kaunseling individu dan kaunseling kelompok.
5.3.2.3 Pihak pentadbiran sekolah pula terutamanya perkhidmatan Bimbingan dan
kaunseling adalah merupakan satu saluran yang dapat membimbing para
remaja dalam menghadapi rintangan-rintangan dalam memperkembangkan
lagi pembentukan personaliti mereka yang positif. Oleh itu adalah perlu para
kaunselor yang terlatih disediakan di setiap sekolah dalam usaha menangani
masalah atau rintangan serta menyediakan saluran yang betul bagi membantu
para remaja.
5.3.3 Masyarakat
5.3.3.1 Perlu wujud kerjasama yang berpanjangan di antara anggota masyarakat dari
pelbagai peringkat dalam menghadapi dan menangani segala pengaruh negatif
dan cabaran yang berlaku yang memberi pengaruh yang besar dalam
perkembangan kognitif remaja sebagai generasi masa depan yang berharga untuk
masyarakat dan negara. Masyarakat haruslah menyedari pentingnya keluarga
yang bahagia untuk menghasilkan individu yang baik dari segi mental dan fizikal
khasnya perkembangan dari segi personaliti. Oleh itu, kerajaan haruslah
melaksanakan lebih banyak lagi program yang berbentuk kekeluargaan seperti
kempen keluarga bahagia dan mengadakan kursus-kursus mengenai teknik
keibubapaan. Pihak media seperti televisyen dan radio, sepatutnya mengadakan
lebih banyak lagi rancangan khusus untuk remaja bagi melahirkan golongan
remaja yang berdisiplin, bermoral, dan menghormati nilai-nilai hidup yang murni.
66
5.3.3.2 Di samping itu, suratkhabar-suratkhabar serta majalah haruslah
memperbanyakkan artikel-artikel serta rencana-rencana yang berkaitan dengan
kebahagiaan keluarga demi menyedarkan masyarakat khasnya golongan ibu bapa
mengenai kepentingan bagi membina sebuah keluarga yang harmoni dan sihat
dari segi dalaman dan luaran.
5.3.4 Kenegaraan
5.3.4.1 Kementerian perlu mementingkan dan menekankan hal keagamaan dalam
kurikulum sekolah agar pelajar-pelajar dapat menghayati nilai-nilai agama yang
sebenarnya dan dapat menangkis pengaruh negatif di sekitar mereka. Kurikulum
sekular yang digunakan perlu diubahsuai selaras dengan matlamat untuk
melahirkan pelajar yang beriman dan bertaqwa.
5.3.4.2 Kementerian sepatutnya mengawal dan memperbaharui sistem penyiaran media
massa dan elektronik bagi menapis dan menyekat unsur-unsur negatif meracuni
permikiran dan perkembangan diri remaja dan masyarakat amnya.
5.3.4.3 Melancarkan program-program dan aktiviti-aktiviti yang menarik minat remaja
untuk turut serta bagi mengisi kekosongan masa dari terus terabai sia-sia.
5.4 Cadangan Lanjutan
Dalam kajian yang akan datang, penyelidik mengemukakan beberapa usaha yang boleh
dilakukan untuk masa hadapan agar kajian yang dihasilkan lebih bermutu dan
memuaskan semua pihak seperti berikut:
5.3.5.1 Skop kajian perlu diluaskan untuk mendapat hasil yang lebih jelas dari pelbagai
aspek. Kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah sekitar zon Pasir
Gudang ,Johor . Oleh itu, adalah dicadangkan agar Kajian yang sama dibuat di
67
tempat-tempat lain, di mana hasilnya dapat dibandingkan dengan kajian ini
samada menyokong atau menolak dapatan kajian ini.
5.3.5.2 Sasaran responden perlu dijalankan ke peringkat usia yang lebih matang lagi
untuk mendapat keputusan yang lebih jelas seperti peringkat institusi pengajian
tinggi. Penekanan yang lebih juga perlu dijalankan kepada sasaran kumpulan
yang bermasalah dari segi personalitinya untuk melihat hasil yang lebih
memuaskan.
5.3.5.3 Selain daripada itu, kajian secara perbandingan juga boleh dilakukan untuk
kajian-kajian akan datang. Antara kajian perbandingan itu adalah di antara remaja
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hubungan remaja dengan keluarga yang
mempunyai ibu bapa atau sebaliknya.
5.3.5.4 Pelbagaikan lagi jenis personaliti yang ingin dikaji dan dikaitkan dengan tahap
pencapaian akademik untuk melihat tahap hubungan yang lebih jelas. Soalan
kajian boleh dimantapkan lagi dengan memfokus pada satu teori tertentu agar
lebih mudah difahami.
68
5.5 Rumusan
Dalam kajian ini, penyelidik mendapati hubungan ibu bapa dan rakan sebaya bagi
seseorang remaja akan mempengaruhi personaliti remaja tersebut iaitu dalam aspek
perkembangan kognitif, perkembangan moral, dan perkembangan emosi. Hubungan ibu
bapa dan rakan sebaya yang erat akan membawa kepada pembentukan personaliti yang
baik dan positif. Sebaliknya, jika hubungan ibu bapa dan rakan sebaya adalah tidak baik,
maka ia akan membawa kepada pembentukan personaliti yang cenderung kepada
personaliti negatif. Pentadbir, guru-guru dan ibu bapa harus berperanan memberi
perhatian yang serius kepada personaliti mereka. Sokongan dan bimbingan juga
diperlukan agar pelajar remaja terarah kepada personaliti yang diharapkan dan
membanggakan. Generasi yang lahir nantinya adalah generasi yang mencapai matlamat
wawasan negara iaitu Wawasan 2020
69
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman, Aroff & Zakaria Kasa(1997). Falsafah dan Konsep
Pendidikan.Shah Alam:Fajar Bakti.
Alias Baba(1992).Statistik penyelidikan dalam pendidikan & Sains Sosial.
Bangi:UKM
Atan Long(1984). Pendidikan dan pendidikan. Petaling Jaya:Fajar Bakti
Buss, H.B.(1995).Personality.U.S.A.:Allyn & Bacon.
Bustamam b. Ahmad,(1997). Hubungan antara lokus kawalan dengan pencapaian sains di kalangan Pelajar Tingkatan Empat, Latihan Ilmiah yang tidak diterbitkan, UKM, Bangi.
Cantor,N.& Kihlstrom,J.F.(1987).Personality and social intelligence. U.S.A:
Prentice Hall.
Cloninger, S.C, (1996).Theories of personality ( Understanding Persons ), Prentice Hall,New Jersey,.
Cowell,M.D. & Entwistle, N.J,(1971). The relationship between personality,
study, attitudes and academic performance in a technical college. British
Journal of Educational Psychology.41:85-90.
Engler,B(1985).Personality theories.U.S.A.: Houghton Mifflin Company.
Entwistle,N.J.& Entwistle,D.(1970).The relationship between personality, study
methods and academic performance. The British journal of educational
psychology, 40;132-142.
70
Eysenck,H.& Wilson,G.(1975).Know your own personality.London:Temple
Smith.
Eysenck,H..J(1976).The measurement of personality. Lancester:MTP Press
Limited.
Farminah Hasan (1999). “Hubungkait Trait-trait Personaliti Dengan
Kecerdasan Mental Remaja.” Universiti Teknologi Malaysia” Tesis Sarjana
Muda.
Fatanah Mohamed. 1997. Perkaitan antara pencapaian akademik dengan faktor
personaliti dan persekitaran keluarga di kalangan pelajar Maktab Rendah Sains
Mara. Disertasi Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi: Kuala Lumpur.
Fredenburgh, A.F.(1971).”The Psychology of Personality And Adjustment.”
California: Cummings Publishing Co.
Habibah Elias & Noran Fauziah Yaacub (1997). ‘Psikologi Personaliti. ‘ Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Hamid Fahmy Zarkasyi ( 1990 ). P emikiran al- ghazali : Tentang Pendidikan:
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Horgan, R.Johnson, J.& Briggs,S.(1997).Handbook of personality psychology.
California: Academic Press
Iman Al- Ghazali ( 1966 ) . Ajaran – ajaran Akhlak, Surabaya: Penerbit Al- Ikhlas.
Jensen,L.B. (1964).Enterpreting personality.U.S.A.:Harper & Row Publisher
71
Lynn,R. & Gordon, T.Z.(1961). The relationship of Neurotism and Extraversion
to intelligence and educational attainment. British journal of educational
psychology.31;194-203
Mavis Janang (1999). Hubungan dimensi personaliti dengan pencapaian
akademik pelajar Tingkatan 4 (1998) Sekolah Menengah Kerajaan Batu
Lintang, Kuching, Sarawak.” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Muda
McMartin,J.(1988). Personality psychology. U.S.A:Sage Publications.
Mckenzie,J.(1982). Neuroticism and academic achievement: The Furneaux factor.
Personality individual differences. 10(5);509-515.Great Britain: Pergamon
Press.
Miller, J. B. & A. Stubblefield. 1993. Parental disclosure from the perspective of
late adolescents. Journal of Adolescence 16: 439-455.
Mohd. Majid Konting (1993). Kaedah penyelidikan pendidikan . Kuala
Lumpur:DBP
Noresah(1997). “Kamus Dewan Edisi Ketiga.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Rohaty Mohd Majzub(1998). Memahami jiwa dan minda remaja, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Shah Alam.
Ruse,C.(1988). Oxford students dictionary of current English.Great Britain :
Oxford University Press.
72
Sharma & Radha (1985). Enchasing academic achievement-Role of Some
Personality Factors.New Delhi:Naurang Rai.
Southworth,P.(1988).Personality and performance in elementary Mathematics
with special reference to skill area. Personality individual differences.10;517-
523.
Taylor,J.A. & Spencer,K.W.(1952). The relationship of anxiety level to
performance in serial learning.Journal of experimental psychology.44;61-64
Vasu Davan Raman Kutty(1991). “Kajian Hubungan Tret Personaliti Dengan
Kecerdasan Mental Dikalangan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah”.
Universiti Kebangsaan Malaysia:Tesis Sarjana Muda.
Yong Chee Ken (1998).”Ciri-ciri Personaliti dan Hubungannya Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar; Satu Tinjauan Di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bahau, Bahar, Negeri Sembilan Darul Khusus.” Universiti
Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Muda.
Yusof, A. M. 1984. The relationship between family communication, self concept, and academic achievement of adolescents in some schools of Petaling Jaya, Malaysia.
73
LAMPIRAN SOAL SELIDIK
74
LAMPIRAN
SURAT PENGHARGAAN MENJALANKAN KAJIAN
75
PUSPA A/P SUPPIAH, FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 80990 SKUDAI, JOHOR BAHRU. JOHOR. 12 SEPTEMBER 2007
TUAN/PUAN/EN/CIK/ADIK,
PERKARA :SOAL SELIDIK PROFIL PERSONALITI TAJMA
Adalah dimaklumkan bahawa saya adalah pelajar tahun empat di Universiti Teknologi
Malaysia. Saya sedang berusaha memenuhi syarat pembelajaran dalam bidang
Bimbingan dan Kaunseling.
Tujuan saya mengadakan soal selidik ini hanyalah untuk memenuhi keperluan
kajian saya untuk melihat personaliti dominan dikalangan pelajar Tingkatan Empat.
Bersama-sama ini disertakan surat akuan dari Penolong Pendaftar Universiti Teknologi
Malaysia.
Segala kerjasama yang diberikan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Kejujuran dan keikhlasan anda serta masa yang anda berikan sangat saya hargai.
Sekian.Terima Kasih.
Yang Benar,
…………………..
(PUSPA A/P SUPPIAH)
76
37,JALAN TENTERAM 2, TMN NUSA DAMAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR 12 NOVEMBER 2007
PENGARAH BAHAGIAN PEN.GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-4,BLOK E-8, KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA TUAN,
PENGHARGAAN
Adalah saya dengan penuh hormatnya dengan ini mengucapkan setinggi penghargaan
kepada pihak tuan di atas kerjasama tuan memberi kerjasama kepada saya untuk
melanjutkan pengajian peringkat sarjana di Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian, terima kasih.
‘ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ‘
Saya yang benar,
…………………………….
(PUSPA A/P SUPPIAH)
77
37,JALAN TENTERAM 2, TMN NUSA DAMAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
12 NOVEMBER 2007
PENGARAH PENDIDIKAN JOHOR, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR, JLN.TUN ABDUL RAZAK, 80604 JOHOR BAHRU. JOHOR DARUL TAKZIM TUAN, PENGHARGAAN Adalah saya dengan penuh hormatnya mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak
tuan di atas kerjasama pihak jabatan memberi kerjasama kepada saya untuk menjalankan
kajian di SMK Pasir Gudang 2, SMK Agama Johor dan SMK Dato Penggawa Timur.
Sekian,terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang benar,
……………………….
(PUSPA A/P SUPPIAH)
78
37,JALAN TENTERAM 2, TMN NUSA DAMAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
12 NOVEMBER 2007
TUAN PENGETUA, SEK.MEN.KEB PASIR GUDANG 2 JLN MAWAR PUTIH, TMN MAWAR 81700 PASIR GUDANG, JOHOR. TUAN, PENGHARGAAN Adalah saya dengan penuh hormatnya mengucapkan setinggi penghargaan di atas
kerjasama pihak tuan kepada saya ketika menjalankan kajian di sekolah tuan, bagi
memenuhi sebahagian keperluan projek sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian,terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang benar,
……………………….
(PUSPA A/P SUPPIAH)
79
37,JALAN TENTERAM 2, TMN NUSA DAMAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
12 NOVEMBER 2007
TUAN PENGETUA, SEK.MEN.KEB DATO PENGGAWA TIMUR, JOHOR. TUAN, PENGHARGAAN Adalah saya dengan penuh hormatnya mengucapkan setinggi penghargaan di atas
kerjasama pihak tuan kepada saya ketika menjalankan kajian di sekolah tuan, bagi
memenuhi sebahagian keperluan projek sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian,terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang benar,
……………………….
(PUSPA A/P SUPPIAH)
80
37,JALAN TENTERAM 2, TMN NUSA DAMAI, 81700 PASIR GUDANG, JOHOR
12 NOVEMBER 2007
TUAN PENGETUA, SEK.MEN.KEB AGAMA JOHOR JOHOR. TUAN, PENGHARGAAN Adalah saya dengan penuh hormatnya mengucapkan setinggi penghargaan di atas
kerjasama pihak tuan kepada saya ketika menjalankan kajian di sekolah tuan, bagi
memenuhi sebahagian keperluan projek sarjana muda di Universiti Teknologi Malaysia.
Sekian,terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang benar,
……………………….
(PUSPA A/P SUPPIAH)
81
LAMPIRAN PETA PASIR GUDANG
82
83
LAMPIRAN C Surat Perakuan
top related