program kesedaran awam - ocps.mpsj.gov.my · hutan simpan air hitam, puchong kaya program...
Post on 27-Dec-2019
18 Views
Preview:
TRANSCRIPT
14 Feb. 2009
Lawatan Persatuan Peniaga Medan Selera Awam MPSJ USJ 7 ke Pusat Kompos Sisa Makanan MPSJ
Seramai 15 peniaga Medan Selera Awam MPSJ USJ 7 menyertai lawatan bagi melihat proses menghasilkan baja kompos daripada sisa makanan
28 Feb. 2009
Lawatan Persatuan Peniaga Medan Selera Awam MPSJ SS 13, PJS 11 dan JKP Zon 20 ke Pusat Kompos Sisa Makanan MPSJ
Pusat Kompos Sisa Makanan MPSJ berjaya menarik perhatian umum. Ini dapat dilihat dengan kehadiran kira-kira 35 orang terdiri daripada para peniaga gerai dan Jawatankuasa Penduduk. Melalui lawatan ini, orang awam dapat mempelajari konsep pengkomposan.
Februari
13 – 15 Mac 2009
Program Perkhemahan Alam Sekitar MPSJ
Bertempat di Hutan Simpan Air Hitam, Puchong, seramai 50 orang pelajar sekolah menengah menyertai program perkhemahan anjuran MPSJ & Fakulti Perhutanan UPM bertujuan memupuk kesedaran mencintai alam sekitar.
24 Mac 2009
Seminar Pengurusan Buangan Terjadual Bagi Bengkel Kenderaan Kawasan MPSJ
MPSJ dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Selangor mengadakan seminar ini bertujuan memperkemaskan pengurusan buangan terjadual bagi bengkel-bengkel kenderaan di kawasan MPSJ. Peserta juga berpeluang mengemukakan persoalan berhubung perkara tersebut.
Mac
9 Mei 2009
Pameran Kitar Semula & Pengkomposan Sempena Karnival Mesra Rakyat JKP Zon 20
Orang ramai berpeluang melihat demonstrasi pengkomposan sisa organik oleh pihak MPSJ semasa Karnival Mesra Rakyat JKP Zon 20 di Tasik Taman Seri Serdang.
Mei Jun
1 Sept. –
Pertandingan Esei Bertemakan Alam Sekitar Peringkat Sekolah Menengah Kawasan MPSJ 2009
Sebanyak 42 penyertaan pertandingan esei daripada 7 buah sekolah menengah di kawasan MPSJ. Objektif pertandingan adalah untuk menambahkan pengetahuan para pelajar berkaitan alam sekitar melalui kaedah penulisan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Alam Sekitar Selangor telah dijemput sebagai panel hakim.
23-25 Okt. 2009
Sambutan Hari HabitatMinggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat MPSJ 2009
MPSJ dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), ADUN Kinrara, IOI Mall dan pelbagai agensi lain telah bekerjasama menganjurkan Sambutan Hari Habitat Sedunia di Pusat MembeliBelah IOI Mall,
24 Okt. 2009
Pertandingan Enviro
Pertandingan ini menguji peserta dari segi pengetahuan berkaitan alam sekitar. berbasikal dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan di sekitar Pusat Bandar Puchong. terdiri daripada wakil jawatankuasa penduduk MPSJ dan institut pengajian tinggi awam telah menyertai pertandingan ini. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000.
Program dijalankan berterusan untuk meningkatkan kesedaran awam
“ Program-program yang dijalankan dirangka khusus untuk kumpulan sasaran tertentu seperti pelajar sekolah, jawatankuasa penduduk, peniaga dan pemimpin tempatan sesuatu kawasan”
Dato’ Adnan b. Hj. Md Ikshan Yang Dipertua MPSJ
6 Jun 2009
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat JKP MPSJ–Zon 1
Bertempat di Dataran Millenium SS 13, Subang Jaya, penduduk JKP Zon 1 MPSJ bergotong-royong menanam pokok. Sebanyak 200 batang pokok berjaya ditanam dengan kerjasama kira-kira 100 orang penduduk.
28 Jun 2009
Sambutan Hari Kitar Semula JKP MPSJ Zon 4
Dihadiri oleh ADUN Subang Jaya, Y.B. Pn. Hannah Yeoh dan Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Adnan b. Hj. Md Ikshan, JKP Zon 4 mengadakan sambutan Hari Kitar Semula Peringkat JKP Kawasan. Pelbagai acara diadakan seperti pameran, mini zoo, menanam pokok, demonstrasi seni mempertahankan diri dan lain-lain lagi.
Majlis Penutup & Penyerahan Aset Projek Pengkomposan Sisa Makanan MPSJ/DANIDA
Projek Perintis Pengkomposan Sisa Makanan yang dijalankan oleh MPSJ dengan kerjasama agensi kerajaan Denmark (Danish International Development Assistance; DANIDA) secara rasminya telah berakhir. Pihak DANIDA telah menyerahkan segala aset projek kepada pihak MPSJ supaya projek tersebut dapat diteruskan.
Y.A.B. Menteri Besar, ADUN Kinrara dan YDP MPSJ mengadakan lawatan ke Hutan Simpan Air Hitam, Puchong sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia
ADUN Subang Jaya dan YDP MPSJ memasukkan sisa makanan ke dalam mesin kompos Gotong-royong menanam pokok di kawasan JKP Zon 4 di
USJ 1
Hutan Simpan Air Hitam, Puchong kaya dengan flora dan fauna
Program Perkhemahan Alam Sekitar MPSJ Peringkat Sekolah Menengah
– 10 Okt. 2009
Pertandingan Esei Bertemakan Alam Sekitar Peringkat Sekolah Menengah Kawasan MPSJ 2009
Sebanyak 42 penyertaan pertandingan esei daripada 7 buah sekolah menengah di kawasan MPSJ. Objektif pertandingan adalah untuk menambahkan pengetahuan para pelajar berkaitan alam sekitar melalui kaedah penulisan. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Alam Sekitar Selangor telah dijemput sebagai panel hakim.
25 Okt. 2009
Sambutan Hari Habitat Sedunia & Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat MPSJ 2009
MPSJ dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM), ADUN Kinrara, IOI Mall dan pelbagai agensi lain telah bekerjasama menganjurkan Sambutan Hari Habitat Sedunia di Pusat Membeli-Belah IOI Mall, Puchong
24 Okt. 2009
Pertandingan Enviro-Challange
Pertandingan ini menguji peserta dari segi pengetahuan berkaitan alam
Setiap pasukan dikehendaki berbasikal dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan di sekitar Pusat Bandar Puchong. 20 pasukan yang terdiri daripada wakil jawatankuasa penduduk MPSJ dan institut pengajian tinggi awam telah menyertai pertandingan ini. Pemenang membawa pulang hadiah wang tunai RM 2,000.
Oktober
20 Nov. 2009
Majlis Penutup Program Alam Sekitar MPSJ Tahun 2009
Bersempena majlis ini, pihak MPSJ telah menyampaikan hadiah bagi pemenang Pertandingan Esei Bertemakan Alam Sekitar Tahun 2009, Penyampaian Sumbangan Kepada Badan Amal Melalui Program Kitar Semula NGO MPSJ dan Pelancaran Program Kitar Semula Minyak Masak Terpakai Zon Subang Jaya MPSJ.
21 Nov. 2009
Lawatan Ahli Majlis dan Pegawai MPSJ ke Hutan Simpan Air Hitam, Puchong
Seramai 15 Ahli Majlis dan 19 Pegawai MPSJ menyertai lawatan ke Hutan Simpan Air Hitam, Puchong. Lawatan bertujuan melihat secara dekat khazanah flora dan fauna yang terdapat di hutan tersebut. Program ini dijalankan dengan kerjasama Fakulti Perhutanan UPM.
November
Disediakan : Bahagian Perkhidmatan Bandar, Majlis Perbandaran Subang Jaya
Penyampaian Hadiah Pertandingan Enviro-Challange
Seminar Pengurusan Buangan Terjadual Bagi Pengusaha Bengkel Kenderaan Kawasan MPSJ
Pelepasan peserta Pertandingan Enviro-Challange 2009 di IOI Mall, Puchong
top related