program perantisan industri pembinaan€¦ · xi. penyaman udara dan pengudaraan mekanikal...
Post on 19-Oct-2020
12 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PANDUAN UNTUK MAJIKAN PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN
CONSTRUCTION INDUSTRY APPRENTICESHIP PROGRAM
OGOS 2020 (PINDAAN 0)
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ................................................................................................................. 3
2.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM .......................................................................... 4
3.0 PEMAIN UTAMA PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN ............................ 5
3.1 PEMILIK PROGRAM .................................................................................................... 5
3.2 PENGANJUR PROGRAM ............................................................................................ 5
3.3 MAJIKAN 5
3.4 PERANTIS 5
4.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN UTAMA PROGRAM ......................................................... 6
4.1 Tanggungjawab Pemilik Program (CIDB) ...................................................................... 6
4.2 Tanggungjawab Penganjur Program ............................................................................. 6
4.3 Tanggungjawab Majikan ............................................................................................... 8
4.4 Tanggungjawab Perantis .............................................................................................. 8
5.0 TEMPOH PROGRAM PERANTISAN ............................................................................... 9
6.0 BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN DALAM PROGRAM PERANTISAN ............................. 10
6.1 PERANTISAN BIDANG KEMAHIRAN BINAAN .......................................................... 10
6.2 PERANTISAN BIDANG PENYELIAAN PEMBINAAN.................................................. 10
6.3 PERANTISAN BIDANG PENGURUSAN PEMBINAAN ............................................... 11
7.0 PERMOHONAN BERKAITAN PROGRAM PERANTISAN .............................................. 11
7.1 Permohonan Secara Manual ...................................................................................... 11
7.1.1 Permohonan Pentauliahan Sebagai Penganjur Program Perantisan ....................... 11
7.1.2 Permohonan Penempatan Perantis ......................................................................... 11
7.1.3 Permohonan Sebagai Perantis ................................................................................ 12
7.2 Permohonan Secara Atas Talian (Competency Management System - CMS) ............ 12
8.0 KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM PERANTISAN ........................................... 13
9.0 SASARAN & KELAYAKAN PERANTIS .......................................................................... 13
9.1 Perantis Bidang Kemahiran Binaan ............................................................................ 13
9.2 Perantis Bidang Penyeliaan Pembinaan ..................................................................... 13
9.3 Perantis Bidang Pengurusan Pembinaan .................................................................... 13
10.0 INSENTIF BAGI PROGRAM PERANTISAN ................................................................... 14
10.1 Insentif Kepada Penganjur Program ........................................................................... 14
10.2 Insentif Kepada Perantis ............................................................................................. 14
11.0 TUNTUTAN INSENTIF PELAKSANAAN PROGRAM ..................................................... 15
11.1 Tuntutan Insentif Oleh Penganjur Program ................................................................. 15
11.2 Bayaran Insentif Kepada Perantis ............................................................................... 16
LAMPIRAN ............................................................................................................................... 17
1.0 PENGENALAN
1.1 Perantisan atau Apprenticeship adalah bermaksud sesuatu tempoh yang mana
seseorang lepasan pelatih memulakan kerjaya untuk mendapatkan pendedahan kepada
dunia pekerjaan sebenar di mana melaluinya kompetensi kemahiran perantis akan dapat
dimantapkan dan digilapkan.
1.2 Melalui Program Perantisan Industri Pembinaan, perantis dijangka mampu
melaksanakan kerja berkemahiran tinggi dari pelbagai tugasan bidang pekerjaannya
bersesuaian dengan Standard Kompetensi Industri Pembinaan yang ditetapkan. Ini dapat
membuka peluang pekerjaan yang lebih luas dan pendapatan lebih tinggi kepada
seseorang perantis dan secara langsung dapat menyumbang peningkatan tenaga kerja
mahir dalam industri pembinaan negara.
1.3 Program Perantisan Industri Pembinaan adalah merupakan satu program yang
dibangunkan oleh CIDB selaras dengan kehendak Pelan Transformasi Industri
Pembinaan - CITP (2016-2020) di bawah Teras 3 - Produktiviti (Inisiatif - Pembangunan
Modal Insan Dalam Sektor Pembinaan). Ia juga adalah selaras dengan Rancangan
Malaysia Ke 11 bagi meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju
menjelang tahun 2020.
1.4 CIDB telah membahagikan program ini kepada 3 bidang iaitu Bidang Kemahiran Binaan,
Bidang Penyeliaan Pembinaan dan Bidang Pengurusan Pembinaan. Bagi bidang
kemahiran binaan, antara sasaran adalah pekerja-pekerja dalam tred-tred bangunan,
kejuruteraan, mekanikal & elektrikal, dan lain-lain. Bagi bidang penyeliaan dan
pengurusan pembinaan, sasaran adalah kepada penyelia tapak keselamatan, penyelia
tapak binaan, jurutera tapak dan lain-lain.
1.5 Rangka kerja Program Perantisan Industri Pembinaan ini disediakan sebagai panduan
kepada semua pihak dalam melaksanakan program ini bagi memastikan pelaksanaannya
dapat mematuhi segala syarat dan ketetapan yang telah digariskan oleh CIDB.
3
2.0 OBJEKTIF PELAKSANAAN PROGRAM
Objektif Program Perantisan Industri Pembinaan ini adalah seperti yang berikut:
2.1 Menjayakan inisiatif di bawah CITP dan menyahut pelaksanaan Program Perantisan di
bawah RMK-11.
2.2 Mendukung matlamat pembangunan negara dalam strategi untuk meningkatkan
pengetahuan dalam bidang kemahiran industri pembinaan yang akan memberi tumpuan
kepada inisiatif meningkatkan pembangunan modal insan berkemahiran dan
berpendapatan tinggi.
2.3 Memberi peluang kepada perantis mempraktikkan kemahiran yang dimiliki dalam dunia
pekerjaan yang sebenar sambil kemahirannya diasah dan digilap selanjutnya dengan
pemantauan dan tunjuk ajar tenaga kerja berpengalaman.
2.4 Mempersiapkan perantis dengan pelbagai bidang kemahiran teknikal dan bukan teknikal
bagi meningkatkan kebolehpasaran (marketability) sebelum memulakan kerjaya lebih
mencabar dalam industri pembinaan.
2.5 Membantu meningkatkan jumlah tenaga kerja mahir dalam industri pembinaan negara
dan secara langsung membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan
belia dan graduan serta mengurangkan penggantungan kepada tenaga kerja asing.
4
3.0 PEMAIN UTAMA PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN
3.1 PEMILIK PROGRAM
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) adalah merupakan pemilik
(owner) kepada Program Perantisan Industri Pembinaan. CIDB juga adalah merupakan
sebuah Badan Berkanun Kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang
ditubuhkan di bawah Akta 520 dan bertanggungjawab untuk membangunkan dan
mengawal selia sektor pembinaan di Malaysia. CIDB akan memastikan program ini
dilaksanakan dengan sempurna bagi mencapai objektif yang ditetapkan dengan
kerjasama pelbagai pihak.
3.2 PENGANJUR PROGRAM
Penganjur adalah merupakan mana-mana organisasi Kerajaan atau swasta yang dilantik
oleh CIDB untuk bekerjasama bagi menganjur dan melaksanakan Program Perantisan
Industri Pembinaan sepanjang tempoh yang telah dipersetujui dan syarat yang ditetapkan.
Penganjur akan memantau pelaksanaan program ini yang berada di bawah
penganjurannya.
3.3 MAJIKAN
Majikan adalah merupakan mana-mana organisasi atau syarikat yang menjalankan
perniagaan berkaitan pembinaan secara sah yang telah bersetuju dan dilantik bagi
menempatkan perantis untuk bekerja bersama organisasi atau syarikatnya bagi satu
tempoh yang tertentu dan komited bagi membantu mendidik serta menggilap kemahiran
seseorang perantis dalam bidang kemahiran mereka.
3.4 PERANTIS
Perantis merupakan seseorang individu yang baru tamat menjalani latihan kompetensi
kemahiran dan telah diakredit kompetensinya oleh CIDB dan terpilih bagi mengikuti
Program Perantisan Industri Pembinaan. Perantis juga terikat bersama seseorang /
sesebuah majikan bagi tempoh perantisan.
5
4.0 TANGGUNGJAWAB PEMAIN UTAMA PROGRAM
4.1 Tanggungjawab Pemilik Program (CIDB)
4.1.1 Membangun rangka kerja program dan memantau pelaksanaan program.
4.1.2 Melantik Penganjur program melalui permohonan yang dikemukakan.
4.1.3 Menyedia bayaran pengurusan kepada pihak Penganjur dan bayaran insentif kepada
Perantis sepanjang tempoh perantisan.
4.1.4 Memantau pelaksanaan program yang melibatkan Penganjur program, Majikan dan
Perantis serta membantu menyelesaikan sebarang isu dasar yang timbul sepanjang
tempoh perantisan.
4.1.5 Meneliti laporan akhir dari Penganjur dan mengambil langkah penambahbaikan di
mana perlu.
4.1.6 Mengemaskini pengkalan data program.
4.1.7 Lain-lain tanggungjawab yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan Program
Perantisan Industri Pembinaan berjalan lancar dan mencapai objektif yang
ditetapkan.
4.2 Tanggungjawab Penganjur Program
4.2.1 Mengemukakan permohonan sebagai Penganjur Program Perantisan kepada CIDB
dengan menggunakan Borang Permohonan Penganjur APP-01/2019.
4.2.2 Mengenalpasti bakal Perantis yang berpotensi bagi beberapa bidang Program
Perantisan bagi tujuan pemilihan.
4.2.3 Mengenalpasti Majikan yang berpotensi, memilih dan melantik Majikan melalui
pelaksanaan perjanjian atau persefahaman yang formal dan teratur.
4.2.4 Menganjur sesi temuduga Perantis bersama Majikan yang dilantik bagi tujuan memilih
Perantis yang bersesuaian sekiranya perlu.
4.2.5 Mengemukakan Borang Permohonan Penempatan Perantis (APP-02/2019) kepada
CIDB selewat-lewatnya satu bulan sebelum program bermula pada setiap kali
sebelum memulakan program. Borang tersebut perlu dikemukakan bersama Borang
Permohonan Perantis (APP-03/2019) yang telah lengkap diisi oleh bakal perantis
beserta dokumen yang ditetapkan CIDB berdasarkan senarai semak di Borang
Senarai Semak Permohonan Penempatan Perantis APP-06/2019.
6
4.2.6 Membuat bayaran insentif kepada Perantis berdasarkan kadar yang ditetapkan oleh
CIDB.
4.2.7 Mengumpul, merekod dan mewujudkan pengkalan data Majikan yang terlibat dengan
Program Perantisan.
4.2.8 Menyediakan dan menyimpan semua rekod lengkap transaksi bayaran kepada
Perantis.
4.2.9 Memantau pelaksanaan program, terutamanya :
i. Memastikan Majikan bersedia untuk menerima Perantis pada tarikh
permulaan program di lokasi yang ditetapkan.
ii. Memastikan Perantis bersedia untuk melaporkan diri.
iii. Memastikan semua Perantis melapor diri pada tarikh dan lokasi yang
ditetapkan.
iv. Memastikan Majikan menyelia, membantu, menunjuk ajar dan memantau
Perantis selama tempoh Program Perantisan bersama mereka.
v. Memastikan Perantis mengisi buku laporan harian (buku log) sepanjang
tempoh Program Perantisan.
vi. Membuat lawatan pemantauan sekurang-kurangnya sekali ke lokasi kerja
Perantis serta menyemak dan mengesahkan buku log Perantis.
vii. Memastikan pihak Majikan dan Perantis memainkan peranan yang sepatutnya
dalam mematuhi segala peraturan dan perjanjian yang telah ditandatangani.
4.2.10 Menyediakan dan memastikan dokumen sokongan bagi proses tuntutan adalah
lengkap dan direkod pada setiap kali pembayaran/transaksi dibuat. Tuntutan perlu dikemukakan dengan lampiran dokumen seperti di perenggan 11.1.2 (Borang Senarai Semak Tuntutan Insentif APP-07/2019).
4.2.11 Menyedia dan menyerahkan laporan akhir (APP-05/2019) kepada CIDB setelah
tamat tempoh perantisan bagi setiap program yang dianjurkan yang merangkumi
aspek berikut :
i. Senarai dan butiran lengkap Perantis dan Majikan
ii. Laporan lengkap prestasi Perantis (Borang Penilaian Perantis: APP-04/2019)
iii. Bukti kehadiran Perantis yang disahkan oleh Majikan dan Penganjur
iv. Bukti bayaran insentif kepada Perantis yang dibayar oleh Penganjur
7
v. Membuat laporan kajian pengesanan Perantis (tracer study) selepas tempoh
perantisan bertujuan bagi mendapatkan maklumat penyerapan Perantis
dalam industri pembinaan.
vi. Gambar-gambar sepanjang tempoh perantisan
vii. Lain-lain maklumat yang bersesuaian
4.2.12 Lain-lain tanggungjawab yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan Program
Perantisan Industri Pembinaan berjalan lancar dan mencapai objektif yang
ditetapkan.
4.3 Tanggungjawab Majikan
4.3.1 Menyediakan/mengeluarkan surat tawaran penempatan kepada Perantis yang
terpilih untuk bekerja dengan syarikat secara Contract for Service.
4.3.2 Majikan boleh membayar insentif tambahan kepada Perantis berdasarkan kelayakan
yang dirasakan berpatutan selaras dengan standard industri.
4.3.3 Menyediakan mentor yang berkemahiran dalam bidang yang sama dengan Perantis
untuk menyelia dan menggilap kemahiran Perantis serta memantau Perantis
sepanjang tempoh Program Perantisan.
4.3.4 Mengesahkan rekod buku log yang diisi oleh Perantis.
4.3.5 Menyediakan laporan penilaian prestasi Perantis dengan menggunakan Borang
Penilaian Perantis APP-04/2019 dan mengemukakan laporan penilaian tersebut
kepada pihak Penganjur dalam tempoh 2 minggu selepas tamat tempoh Program
Perantisan.
4.3.6 Mempertimbangkan untuk mengambil Perantis bekerja selepas tamat Program
Perantisan.
4.3.7 Lain-lain tanggungjawab yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan Program
Perantisan Industri Pembinaan berjalan lancar dan mencapai objektif yang
ditetapkan.
4.4 Tanggungjawab Perantis
4.4.1 Memahami objektif program dan mempersiapkan diri dari aspek fizikal dan mental
bagi menjalani Program Perantisan.
4.4.2 Melaporkan diri kepada Majikan mengikut tarikh dan lokasi yang ditetapkan.
8
4.4.3 Menghadirkan diri pada lokasi yang ditetapkan setiap hari bekerja kecuali hari cuti
yang dibenarkan oleh Majikan atau mendapat cuti sakit. Perantis dibenarkan untuk
mengambil cuti rehat maksimum selama 5 hari sepanjang tempoh program 3 bulan
dengan kelulusan oleh Majikan. Cuti sakit boleh diambil oleh Perantis namun kos
rawatan tidak akan ditanggung oleh CIDB.
4.4.4 Memastikan kehadiran setiap hari bekerja sepanjang tempoh perantisan dan
memastikan setiap kerja yang dilaksanakan adalah berkaitan dengan bidang
kemahiran yang betul dan tepat sebagaimana objektif program.
4.4.5 Memastikan pengalaman kerja yang sebenar diperolehi dan kemahiran yang dimilki
digilap sepanjang tempoh perantisan.
4.4.6 Mengisi buku laporan harian (buku log) bagi kerja-kerja yang telah dilaksanakan
setiap hari sehingga tamat tempoh program dan mendapatkan pengesahan daripada
Mentor atau Penyelia.
4.4.7 Menjalani program selama tempoh perantisan yang ditetapkan dan mematuhi segala
arahan dari semasa ke semasa.
4.4.8 Lain-lain tanggungjawab yang sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan Program
Perantisan Industri Pembinaan berjalan lancar dan mencapai objektif yang
ditetapkan.
5.0 TEMPOH PROGRAM PERANTISAN
5.1 Tempoh pelaksanaan setiap Program Perantisan adalah selama 3 atau 6 bulan.
Pelaksanaan program yang melebihi tempoh yang ditetapkan hanya boleh dijalankan jika
ianya benar-benar diperlukan dengan kelulusan CIDB.
5.2 Pihak Penganjur perlu memaklumkan kepada CIDB tarikh mula dan tamat program
dengan menggunakan Borang Permohonan Penempatan Perantis APP-02/2019.
9
6.0 BIDANG-BIDANG KEMAHIRAN DALAM PROGRAM PERANTISAN
Bidang-bidang kemahiran yang terlibat dalam Program Perantisan ini adalah seperti
berikut:
6.1 PERANTISAN BIDANG KEMAHIRAN BINAAN
6.1.1 CIDB tidak menetapkan tred-tred yang ingin dilaksanakan oleh Penganjur.
Walaubagaimanapun fokus diberikan kepada tred-tred kemahiran dan berimpak
tinggi seperti di bawah:
i. Pemasangan Perancah (Scaffold Erection)
ii. Kimpalan (3G & 6G)
iii. Pendawaian (Wireman) PW1, PW2, PW3 & PW4
iv. Penjaga Jentera (Chargeman) A0, A1, B0, B1 & B4
v. Jurugegas Paip Gas /Penebat Gas (Gas Pipe Fitting/ Insulation)
vi. Painting & Blasting
vii. Non Destructive Testing (NDT)
viii. Operasi Kren (Crane Operation)
ix. Operasi Mesin Tapak Binaan (Plant Operation)
x. Perpaipan (Plumbing)
xi. Penyaman Udara dan Pengudaraan Mekanikal (Air-Conditioning &
Mechanical Ventilation)
6.1.2 Penganjur Program dan Majikan boleh mencadangkan bidang-bidang kemahiran
yang lain untuk Program Perantisan ini jika ianya benar-benar diperlukan dengan
memberi jaminan bahawa Perantis akan diambil bekerja dengan Majikan selepas
tamat tempoh perantisan.
6.2 PERANTISAN BIDANG PENYELIAAN PEMBINAAN
Bidang-bidang penyeliaan (supervisory) berkaitan pembinaan yang terlibat dalam
Program Perantisan ini adalah seperti berikut.
i. Penyelia Tapak – Kerja Bangunan & Arkitek
ii. Penyelia Tapak – Kerja Awam & Struktur
iii. Penyelia Tapak – Kerja Elektrikal
iv. Penyelia Tapak – Kerja Mekanikal
v. Lain-lain bidang penyeliaan yang ditentukan oleh CIDB
10
6.3 PERANTISAN BIDANG PENGURUSAN PEMBINAAN
Bidang-bidang pengurusan (managerial) berkaitan pembinaan yang terlibat dalam
Program Perantisan ini yang diluluskan oleh CIDB.
7.0 PERMOHONAN BERKAITAN PROGRAM PERANTISAN
7.1 Permohonan Secara Manual
7.1.1 Permohonan Pentauliahan Sebagai Penganjur Program Perantisan
Sesebuah organisasi atau syarikat yang berminat perlu memohon kepada CIDB bagi
ditauliahkan sebagai Penganjur Program terlebih dahulu dengan mengemukakan
Borang Permohonan Penganjur (APP-01/2019). Borang tersebut perlu disertakan
dengan latarbelakang organisasi/syarikat, maklumat ringkas aktiviti
organisasi/syarikat, pasukan pengurusan yang terlibat, jangkaan bilangan Perantis,
jangkaan tempoh pelaksanaan, jangkaan Majikan berpotensi dan sebagainya.
Pentauliahan sebagai Penganjur Program akan diuruskan dalam tempoh 7 hari
bekerja selepas menerima maklumat permohonan yang lengkap.
Penganjur Program boleh menggunakan Surat Pentauliahan yang dikeluarkan oleh
CIDB bagi tujuan mempromosikan Program Perantisan kepada mana-mana pihak
yang berkenaan.
7.1.2 Permohonan Penempatan Perantis
Penganjur Program yang ditauliahkan mestilah mengemukakan permohonan
penempatan Perantis menggunakan Borang Permohonan Penempatan Perantis
(APP-02/2019) kepada CIDB sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh permulaan
program. Kelulusan perlu diperolehi daripada pihak CIDB sekurang-kurangnya 14
hari sebelum tarikh program bermula.
Penganjur Program perlu mengenalpasti Majikan yang berpotensi untuk bekerjasama
dalam Program Perantisan ini sebelum mengemukakan borang permohonan kepada
CIDB. Pihak CIDB akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kesesuaian
Majikan, projek, lokasi dan sebagainya.
11
7.1.3 Permohonan Sebagai Perantis
Mana-mana individu yang berminat untuk menjadi Perantis bagi program ini
hendaklah mengemukakan permohonan kepada Penganjur bagi dipertimbangkan
mengikut syarat asas kelayakan yang ditetapkan CIDB. Syarat kelayakan menjadi
seorang Perantis bagi Program Perantisan ini adalah seperti berikut:
i. Warganegara Malaysia
ii. Berumur di antara 18 hingga 35 tahun
iii. Memenuhi syarat khusus yang ditetapkan dalam syarat & kelayakan
Perantis mengikut bidang kemahiran (Perenggan 9.1, 9.2 atau 9.3).
iv. Sihat tubuh badan
v. Telah diakredit oleh CIDB dalam bidang kemahiran tertentu
vi. Bebas dari penyalahgunaan dadah dan kesalahan jenayah
vii. Berminat untuk bekerja sepenuh masa dalam bidang pembinaan.
Pemohon akan dinilai dari aspek fizikal, pengetahuan, kemahiran dan sikap bagi
memastikan mereka berjaya menamatkan program dan bekerja dalam industri
pembinaan yang mencabar. Temuduga akan dilaksanakan oleh Penganjur Program
dan Majikan sekiranya perlu. Pemohon yang layak diterima sebagai Perantis akan
dimaklumkan oleh Penganjur Program.
7.2 Permohonan Secara Atas Talian (Competency Management System - CMS)
Bermula Julai 2019 (jangkaan sistem sedia digunapakai), kesemua permohonan dan
beberapa peringkat pelaksanaan Program Perantisan perlu dibuat secara atas talian
melalui Competency Management System (CMS). Tatacara pelaksanaan program
menggunakan sistem tersebut akan dikeluarkan oleh CIDB apabila sistem siap
sepenuhnya dan sedia untuk digunapakai.
12
8.0 KEBENARAN MENJALANKAN PROGRAM PERANTISAN
8.1 Kertas Cadangan sebenar bagi sesuatu Program Perantisan yang khusus perlu
dikemukakan oleh Penganjur Program yang bertauliah dan akan diteliti dan
dipertimbangkan oleh CIDB. Surat kelulusan melalui pengeluaran Surat Tawaran Perantis
akan dikeluarkan apabila kriteria dan syarat yang ditetapkan oleh CIDB dipenuhi.
8.2 Kelulusan atau kebenaran ini adalah penting supaya setiap Program Perantisan yang
dijalankan berada dalam pengetahuan CIDB bagi tujuan pemantauan dan penyediaan
peruntukan pembiayaan insentif yang bersesuaian.
8.3 Kelulusan penganjuran ini akan diuruskan oleh CIDB dalam tempoh 14 hari sebelum
program dimulakan.
9.0 SASARAN & KELAYAKAN PERANTIS
9.1 Perantis Bidang Kemahiran Binaan
Perantis yang berpotensi adalah dari kalangan pelatih yang telah menamatkan latihan
kemahiran di mana-mana Akademi Binaan Malaysia (ABM) atau Pusat Latihan Bertauliah
(PLB) CIDB, memperolehi Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) dan telah diakreditkan oleh
CIDB dengan memiliki Kad Pendaftaran Personel Binaan CIDB termasuk kod bidang
pendaftaran yang bersesuaian dengan bidang kemahirannya.
Pemilihan Perantis yang berpotensi juga boleh ditumpukan kepada pelatih yang sedang
atau baru menamatkan latihan kemahiran di ABM atau PLB tetapi mereka tetap perlu
memenuhi syarat sepertimana huraian di perenggan di atas.
9.2 Perantis Bidang Penyeliaan Pembinaan
Terbuka kepada graduan berumur 21 hingga 35 tahun yang belum mendapat pekerjaan
dan memiliki latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya peringkat diploma dalam
bidang pembinaan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
9.3 Perantis Bidang Pengurusan Pembinaan
Terbuka kepada graduan berumur 21 hingga 35 tahun yang belum mendapat pekerjaan
tetapi memiliki latar belakang pendidikan sekurang-kurangnya peringkat sarjana muda
dalam bidang pembinaan dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh CIDB atau
menamatkan mana-mana program yang bersesuaian yang dianjurkan oleh CIDB.
13
10.0 INSENTIF BAGI PROGRAM PERANTISAN
10.1 Insentif Kepada Penganjur Program
CIDB menyediakan insentif sejumlah RM 200 sebulan bagi setiap Perantis kepada
Penganjur Program sebagai imbuhan kepada penglibatan dan kerjasama mereka
menganjurkan Program Perantisan ini. Ini bermaksud bahawa Penganjur Program akan
mendapat insentif sebanyak RM 600 bagi setiap Perantis untuk tempoh perantisan
selama 3 bulan bagi membiayai kos pengurusan dan pemantauan Perantis.
10.2 Insentif Kepada Perantis
10.2.1 CIDB menyediakan insentif kepada setiap Perantis sepanjang tempoh 3 atau 6
bulan Program Perantisan dijalankan. Jumlah keseluruhan insentif yang
diperuntukkan adalah seperti berikut:
i. Perantis Bidang Kemahiran Binaan
RM 800 bagi setiap Perantis sebulan
ii. Perantis Bidang Penyeliaan Pembinaan
RM 1,000 bagi setiap Perantis sebulan
iii. Perantis Bidang Pengurusan Pembinaan
RM 1,300 bagi setiap Perantis sebulan
10.2.2 Bagi Program Perantisan Bidang Penyeliaan Pembinaan dan Pengurusan
Pembinaan yang dilaksanakan berdasarkan kepada program-program yang diolah
khas (custom made) bersama industri, bayaran insentif boleh dibuat selain
daripada yang dinyatakan di Perenggan 10.2.1.
14
11.0 TUNTUTAN INSENTIF PELAKSANAAN PROGRAM
11.1 Tuntutan Insentif Oleh Penganjur Program
11.1.1 Penganjur Program layak untuk membuat tuntutan insentif mengikut kadar yang
ditetapkan oleh CIDB secara bulanan atau setelah tamat tempoh perantisan dengan
syarat semua tanggungjawab Penganjur Program telah dipenuhi. Penganjur
Program perlu membayar bayaran insentif kepada Perantis sebagaimana syarat dan
kelayakan yang telah ditetapkan oleh CIDB (rujuk perenggan 11.2).
11.1.2 Penganjur perlu memastikan pelaksanaan program ditamatkan pada 31 Disember
tahun semasa bagi memastikan peruntukan kewangan dapat diuruskan dengan
baik. Tuntutan insentif hendaklah dikemukakan oleh Penganjur kepada CIDB
selewat-lewatnya pada setiap 15hb bulan berikutnya bagi tuntutan secara bulanan
atau dalam tempoh 30 hari selepas tamat tempoh perantisan bagi tuntutan yang
dibuat setelah tamat tempoh program. Tuntutan perlu dikemukakan beserta dengan
dokumen-dokumen seperti di bawah:
i. Surat iringan organisasi / syarikat
ii. Inbois asal
iii. Salinan surat kelulusan pentauliahan sebagai Penganjur Program – bagi
tuntutan pertama sahaja
iv. Salinan surat setuju terima yang telah ditandatangani oleh Penganjur
Program – bagi tuntutan pertama sahaja
v. Senarai dan butiran lengkap Perantis dan Majikan
vi. Bukti kehadiran Perantis yang disahkan oleh Majikan dan Penganjur
vii. Bukti bayaran insentif kepada Perantis yang dibayar oleh Penganjur
viii. Laporan lengkap prestasi Perantis (Borang Penilaian Perantis APP-
04/2019) – bagi tuntutan akhir
ix. Kajian pengesanan Perantis (tracer study) – bagi tuntutan akhir
x. Gambar-gambar sepanjang tempoh perantisan – bagi tuntutan akhir
xi. Lain-lain maklumat yang bersesuaian
11.1.3 Bagi program yang tamat pada akhir bulan Disember, Penganjur diberi tempoh
sehingga 5 Januari pada tahun berikutnya untuk membuat tuntutan. Tuntutan yang
diterima melebihi tempoh tersebut tidak akan diproses dan tidak akan dibayar.
11.1.4 Pihak Penganjur hanya layak membuat tuntutan terhadap Perantis yang berjaya
menjalani program selama tempoh yang tertentu berdasarkan bukti-bukti dokumen
tuntutan yang dikemukakan.
11.1.5 Tuntutan yang tidak mematuhi peraturan atau mengandungi unsur kecuaian atau
penipuan tidak akan diproses dan tidak akan dibayar. ClDB tidak akan teragak-agak
untuk mengambil tindakan undang-undang bagi kes yang mempunyai unsur
penipuan atau penyalahgunaan kuasa yang boleh menjejaskan imej dan reputasi
CIDB.
15
11.2 Bayaran Insentif Kepada Perantis
11.2.1 Penganjur dikehendaki untuk membayar insentif kepada Perantis selewat-lewatnya
pada 5 hari bulan pada bulan berikutnya. Penganjur juga perlu memastikan bukti
kehadiran Perantis dan buku log disahkan oleh Majikan.
11.2.2 Perantis hanya layak menerima insentif sekiranya berjaya menjalani program
selama tempoh yang tertentu dan bayaran insentif hendaklah dibuat secara terus ke
akaun bank Perantis.
11.2.3 Bayaran insentif Perantis adalah bergantung kepada peratus kehadiran Perantis
mengikut pecahan seperti berikut:
i. 80 – 100 % : Bayaran Penuh
ii. 51 – 79 % : Bayaran Separuh
iii. Kurang 50 % : Tiada bayaran
11.2.4 Ketidakhadiran Perantis yang disertakan dengan surat kebenaran dari Majikan atau
sijil cuti sakit (Medical Certificate – MC ) akan dipertimbangkan oleh CIDB.
Sekiranya surat/sijil tersebut didapati benar dan munasabah, maka ketidakhadiran
tersebut tidak dianggap sebagai tidak hadir bekerja dalam pengiraan peratusan
kehadiran Perantis.
16
LAMPIRAN
NO PERKARA
1 Carta Alir & Perincian Proses Pelaksanaan Program Perantisan
2 Carta Alir & Perincian Proses Tuntutan Program Perantisan
3 Senarai Tred Latihan Kemahiran di ABM
4 Borang Permohonan Penganjur (APP-01/2019)
5 Borang Permohonan Penempatan Perantis (APP-02/2019)
6 Borang Permohonan Perantis (APP-03/2019)
7 Contoh Surat Tawaran Mengikuti Program oleh CIDB kepada Perantis
8 Contoh Surat Tawaran Kerja oleh Majikan kepada Perantis (Jika Perlu)
9 Contoh Borang Perjanjian Majikan & Perantis (Jika Perlu)
10 Contoh Buku Log Perantis
11 Borang Penilaian Perantis (APP-04/2019)
12 Laporan Akhir Program Perantisan (APP-05/2019)
13 Senarai Semak Permohonan Penempatan Perantis oleh Penganjur (APP-06/2019)
14 Senarai Semak Tuntutan Insentif Penganjur kepada CIDB (APP-07/2019)
17
MULA
Permohonan pelantikan sebagai penganjur Program Perantisan
GAGAL
Proses Pemohonan
LULUS
Penetapan kuota dan bajet secara tahunan dan pengeluaran surat
lantikan
Penganjur mengenalpasti calon perantis dan majikan untuk
memulakan program
GAGAL Penganjur mengemukakan permohonan untuk memulakan
program kepada CIDB
Proses Pemohonan
LULUS
Pengeluaran surat tawaran mengikuti Program Perantisan
Perantis menjalani Program Perantisan selama tempoh yang ditetapkan
Penganjur mengemukakan laporan akhir kepada CIDB
TAMAT
Bayaran insentif program
rujuk Carta Alir & Perincian
Proses Tuntutan
CARTA ALIR PELAKSANAAN PROGRAM PERANTISAN
Rujukan Perincian Proses
Rujuk 1.0
Rujuk 2.0
Rujuk 3.0
Rujuk 4.0
Rujuk 5.0
Rujuk 6.0
Rujuk 7.0
Rujuk 8.0
Rujuk 9.0
BIL PERKARA TANGGUNGJAWAB DOKUMEN TEMPOH MASA
1. Permohonan pelantikan sebagai penganjur Program Perantisan
PENGANJUR
Mengemukakan permohonan
kepada CIDB sebagai
penganjur program
Borang Permohonan
Penganjur
2. Proses permohonan
CIDB
Menyemak borang
permohonan
Borang Permohonan
Sebagai Penganjur
7 hari bekerja
selepas
menerima
permohonan
lengkap 3. Penetapan kuota dan bajet secara tahunan dan pengeluaran surat lantikan
CIDB
Menetapkan bilangan perantis dan bajet ABM
Mengeluarkan surat lantikan beserta TOR
PENGANJUR
Menerima tawaran dan mengembalikan Surat Setuju Terima dan TOR
Surat Lantikan
sebagai Penganjur
4. Penganjur mengenalpasti calon perantis dan majikan untuk memulakan program
PENGANJUR
Mengenalpasti calon perantis dan majikan yang bersesuaian
Menguruskan sesi temuduga di antara calon perantis dan majikan (jika perlu)
5. Penganjur mengemukakan permohonan untuk memulakan program kepada CIDB
PENGANJUR
Mengemukakan borang
permohonan memulakan
program
Mengemukakan borang
permohonan sebagai perantis
yang telah lengkap diisi oleh
calon perantis
PENGANJUR
Borang
Permohonan
Memulakan
Program
Borang
Permohonan
Sebagai Perantis
Sekurang-
kurangnya 1
bulan sebelum
tarikh program
bermula
BIL PERKARA TANGGUNGJAWAB DOKUMEN TEMPOH MASA
6. Proses Pemohonan
CIDB
Mempertimbang dan
meluluskan permohonan
berdasarkan kriteria dan
syarat yang ditetapkan oleh
CIDB
7. Pengeluaran surat tawaran mengikuti Program Perantisan
CIDB
Pengeluaran surat tawaran kepada perantis dan diserahkan melalui penganjur
Surat tawaran
perantis & buku log
14 hari sebelum
program
dimulakan
PENGANJUR
Menyerahkan surat tawaran kepada perantis beserta buku log untuk diisi oleh perantis sepanjang tempoh program
7. Perantis PENGANJUR
Memastikan perantis melapor
diri pada tarikh yang
ditetapkan
Membuat pemantauan ke
lokasi penempatan perantis
Memastikan perantis mengisi
buku log dan mengesahkan
semasa pemantauan dibuat
Membuat bayaran insentif
yang diluluskan oleh CIDB
kepada perantis
MAJIKAN
Menyediakan/mengeluarkan
surat tawaran penempatan
kepada perantis untuk
bekerja dengan syarikat
Membayar insentif tambahan
kepada perantis berdasarkan
kelayakan yang dirasakan
berpatutan selaras dengan
standard industri.
PENGANJUR
Bukti pembayaran
insentif kepada
perantis
MAJIKAN
Surat tawaran penempatan
Slip bukti pembayaran insentif tambahan (jika ada)
Rekod kehadiran perantis yang disahkan
PERANTIS
Buku log yang disahkan oleh majikan
Rekod kehadiran yang disahkan oleh majikan
menjalani
Program Rujuk SOP Perantisan Pelaksanaan selama tempoh Program yang Perantisan Mac
ditetapkan 2019 (Pindaan 2)
BIL PERKARA TANGGUNGJAWAB DOKUMEN TEMPOH MASA
Menyediakan mentor yang
berkemahiran dalam bidang
yang sama dengan perantis
Mengesahkan rekod buku log
yang diisi oleh perantis
Menyediakan laporan
penilaian prestasi Perantis
dan mengemukakan laporan
penilaian tersebut kepada
pihak Penganjur di akhir
program
PERANTIS
Melapor diri pada tarikh dan
lokasi yang telah ditetapkan
Mengisi buku log secara
harian dan mendapatkan
pengesahan mentor/penyelia
8. Penganjur mengemukakan laporan akhir kepada CIDB
PENGANJUR
Mengemukakan tuntutan beserta dokumen sokongan yang ditetapkan.
Menyediakan laporan akhir beserta dokumen sokongan kepada CIDB secara bulanan atau selepas tamat program
Laporan Akhir: Senarai dan butiran
lengkap Perantis dan Majikan
Laporan lengkap prestasi Perantis (Borang Penilaian Prestasi Perantis)
Laporan kajian pengesanan perantis (tracer study) selepas tempoh perantisan.
Gambar-gambar sepanjang tempoh perantisan
Lain-lain maklumat yang bersesuaian
30 hari selepas tamat tempoh perantisan
Bagi program yang tamat pada akhir bulan Disember, penganjur diberi tempoh sehingga 5 Januari pada tahun berikutnya
CARTA ALIR PROSES TUNTUTAN PROGRAM PERANTISAN
Rujukan Perincian Proses
Rujuk 1.0
Rujuk 2.0
Rujuk 3.0
Rujuk 4.0
Rujuk 5.0
Rujuk 6.0
MULA
Perantis mengemukakan bukti kehadiran yang telah disahkan oleh
majikan kepada penganjur TIDAK
LENGKAP
Semak dokumen
LENGKAP
Penganjur membuat bayaran insentif kepada perantis
Penganjur mengemukakan tuntutan insentif penganjur dan perantis kepada
CIDB bersama dokumen sokongan
TIDAK
LENGKAP
Semak dokumen
LENGKAP
CIDB membuat bayaran insentif kepada penganjur
TAMAT
BIL PERKARA TANGGUNGJAWAB DOKUMEN TEMPOH MASA
1. Perantis mengemukakan bukti kehadiran yang telah disahkan oleh majikan kepada penganjur
PERANTIS
Mengemukakan bukti
kehadiran yang telah disahkan
oleh majikan kepada
penganjur secara bulanan
Bukti kehadiran
yang telah
disahkan oleh
majikan
Rekod buku log
yang telah diisi
dan disahkan oleh
penyelia/mentor
Pada setiap akhir
bulan
2. Semak dokumen
PENGANJUR
Menyemak dan mengesahkan
senarai kehadiran yang
disahkan oleh majikan
3 hari bekerja
selepas
menerima
dokumen
lengkap
3. Penganjur PENGANJUR
Membuat pembayaran insentif kepada perantis berdasarkan dokumen sokongan dan peratus kehadiran yang ditetapkan CIDB
Bukti pembayaran 2 hari bekerja membuat kepada perantis
bayaran
insentif kepada
perantis
4. Penganjur PENGANJUR
Mengemukakan tuntutan beserta dokumen sokongan yang ditetapkan CIDB
Surat iringan organisasi / syarikat
Inbois asal
Salinan surat kelulusan pentauliahan sebagai Penganjur Program
Salinan surat setuju terima yang telah ditandatangani oleh Penganjur Program
Senarai dan butiran lengkap Perantis dan Majikan
Bukti kehadiran
Perantis yang
disahkan oleh
Majikan
Tuntutan secara mengemukakan bulanan:
tuntutan insentif penganjur dan perantis kepada CIDB
Selewat-
lewatnya pada
setiap 15hb
bulan berikutnya
bersama dokumen Tuntutan selepas
sokongan tamat program:
Selewat-
lewatnya 30 hari
selepas tamat
program. Bagi
program yang
tamat pada akhir
bulan Disember,
penganjur diberi
tempoh sehingga
5 Januari pada
tahun berikutnya
BIL PERKARA TANGGUNGJAWAB DOKUMEN TEMPOH MASA
Bukti bayaran
insentif kepada
Perantis
5. Semak dokumen
CIDB
Semak tuntutan yang
dikemukakan bersama
dokumen sokongan
Seperti perkara 4 5 hari bekerja
selepas
menerima
dokumen
lengkap
6. CIDB membuat bayaran insentif kepada penganjur
CIDB
Membuat pembayaran
insentif kepada penganjur
berdasarkan kadar yang telah
ditetapkan
14 hari bekerja
Senarai Tred Latihan Kemahiran di ABM
BIL
BIDANG KURSUS
KOD KURSUS
TAHAP
BUILDING
1 Bricklaying (level 1) BRL1 1
2 Plastering (level 1) PLR1 1
3 Tiling (level 1) TLR1 1
4 Carpentry (Joinery) (level 1) TCJ1 1
5 Carpentry ( Formwork)(level 1) FWC1 1
6 Drywall Partition Installation (level 1) DWP1 1
7 Fixed Ceiling Installation (level 1& 2) DCF2 1 & 2
8 Demountable Ceiling Installation(level 1& 2) DCG2 1 & 2
9 Concreting (level 1) CCT1 1
10 Barbending (level 1) BBR1 1
11 Plumbing (Building & Sanitary Fitting)(level 1) PNS1 1
12 Plumbing (Water Reticulation) PWR1 1
13 Building Operation & Maintenance Handyman (C&S) BOM1 1
14 Scaffold Erection(level 1) SCF1 1
15 Building Decorative Painting(level 1& 2) PTD2 1 & 2
16 Building Architectural Coating Application(level 1& 2) PTC2 1 & 2
INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEMS (IBS)
1 Aluminium Framework Fabrication (level 1) FWA1 1
2 Steel Structure Erection & Fabrication (level 1) STF1 1
3 Precast Concrete Installer (level 1) PCC1 1
4 Lightweight Blockwall Installer (level 1) BLK1 1
5 Lightweight Panel Installer (level 1) LWP1 1
CRANE OPERATION
1 Mobile Crane Operation (level 2) CMW2 2
2 Crawler Crane Operation (level 2) CMC2 2
3 Tower Crane Operation (level 2) CTO2 2
4 Rigging and Slinging ( Slinging / Dogging ) RR1 1
PLANT OPERATION
1 Backhoe Loader Operation (level 2) BHL2 2
2 Wheel Loader Operation (level 2) LWH2 2
3 Hydraulic Excavator Operation (level 2) EXH2 2
4 Track Dozer Operation (level 2) DZT2 2
5 Motor Grader Operation (level 2) GRM2 2
MECHANICAL & ELECTRICAL
1 Building Wiring Installation BWI1 1
2 Wireman Grade 2 (Sarawak) BWS2 2
3 Wireman Grade 1 (Sarawak) BWS1 1
4 Chargeman L1 & L3 (Sarawak) AAL1
5 Single Phase Electrical Installation (PW1/PW2) PWI2/PWZ2
6 Three Phase Electrical Installation (PW3/PW4) PWE2/PWA2
BIL
BIDANG KURSUS
KOD KURSUS
TAHAP
7 Chargeman (AO) AAO2
8 Chargeman (A1) AAI2
9 Gas Pipe Installer High Pressure FHG1 1
10 Gas Pipe Insulation GPI1 1
11 Air-Conditioning & Mechanical Ventilation (level 1& 2) ACV2 1 & 2
12 Pemasangan Solar Tersambung Grid GCP2 2
DRAFTING
1 Architectural Drafting (level 1& 2) ABD2 1 & 2
CIVIL
1 Landscape Construction (level 1& 2) LSC2 1 & 2
WELDING
1 Welding (1G)
Shielded Metal Arc Welding (SMAW / MMA) - 1G WAB 1
Gas Tungsten Arc Welding (GTAW /TIG) - 1G WBB1
Gas Metal Arc Welding (GMAW / MIG) - 1G WCB1
Flux-cored Arc Welding (FCAW) (GS) - 1G WDB1
Flux-cored Arc Welding (FCAW) (SS) - 1G WDF1
2 Welding (3G / 4G) (level 2)
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW / MMA) - 3G WAB3
- Gas Tungsten Arc Welding (GTAW /TIG) - 3G WBB3
- Gas Metal Arc Welding (GMAW / MIG) - 3G WCB3
- Flux-cored Arc Welding (FCAW) (GS) - 3G WDB3
- Flux-cored Arc Welding (FCAW) (SS) - 3G WDF3
3 Welding 5G
- Shielded Metal Arc Welding (SMAW / MMA) - 5G WAD5
4 Welding 6G
Gas Tungsten/Shielded Metal Arc Welding (GTAW + SMAW WOD6
Shielded Metal Arc Welding (SMAW / MMA) - 6G WAD6
Shielded Metal Arc Welding (SMAW / MMA) - 6GR WAD7
Gas Tungsten Arc Welding(GTAW / TIG) - 6G WBD6
Gas Metal Arc Welding (GMAW/MIG) - 6G WCD6
Flux-cored Arc Welding (FCAW) (GS) - 6G WDD7
Flux-cored Arc Welding (FCAW) (SS) - B72 WDH6
BLASTING & PAINTING
1 Blasting & Painting (level 2) PCB2/PCP2 2
NON DESTRUCTIVE TESTING (NDT)
1 Interpretation Of Radiographs (level 1) TTR2 1
2 Magnetic Particle Testing MGP2 1
3 Penetrant Testing TTP2
4 Ultrasonic Testing Thickness Measurement (level 1) TTU2 1
5 Ultrasonic Testing Weld (level 1) TTW2
SURAT TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN
*Dikeluarkan oleh CIDB kepada perantis
Tuan/Puan,
SURAT TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN
Nama : .............................................................
No KP : .............................................................
Tred : ...........................................................
Majikan : ...........................................................
2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan telah terpilih untuk mengikuti Program
Perantisan Industri Pembinaan seperti butiran yang berikut :
Nama Program : Program Perantisan Industri Pembinaan Tempoh Program : 15 November 2017 – 15 Februari 2018 (3 Bulan) Tempat Program : Tempat yang ditetapkan majikan Penggajian : Dibuat oleh majikan secara bulanan
3. Untuk makluman, tuan yang menyertai program ini akan tertakluk kepada syarat-syarat
seperti yang berikut:
i) melengkapkan buku log dan menyerahkan kepada penganjur selepas tamat program;
ii) mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh CIDB dan pihak majikan; dan
ii) memberi komitmen sepanjang tempoh program.
4. Oleh yang demikian, tuan bertanggungjawab untuk menyertai sepenuhnya program ini
selama tempoh yang telah dipersetujui. Pihak CIDB berhak mengambil tindakan atas kegagalan
tuan menamatkan program.
5. Sekiranya tuan menerima tawaran ini atau terdapat kemusykilan, sila berhubung dengan pegawai yang menguruskan program iaitu Pn. Nurul Nadiah / En. Mohamad Shafiq melalui talian 03-40477306 / 03-4047375 atau e-mel kepada nadiah@cidb.gov.my / shafiq.aziz@cidb.gov.my .
Sekian, terima kasih.
“BINA SEMPURNA”
Ir RASLIM BIN SALLEH
Pengurus Besar
Bahagian Pembangunan Kompetensi Kemahiran
b.p. Ketua Eksekutif
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
SURAT TAWARAN KERJA (MAJIKAN)
*Dikeluarkan oleh pihak majikan kepada perantis (sebagai rujukan sekiranya perlu)
Tuan/Puan,
PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa , no. kad
pengenalan telah terpilih untuk mengikuti Program Perantisan
Industri Pembinaan seperti butiran yang berikut.
Nama Program : Program Perantisan Industri Pembinaan
Jawatan : Juruteknik
Tarikh Lapor Diri : 1 Disember 2016
Tempat Lapor DIri : Tempat yang ditetapkan majikan
2. Tawaran program perantisan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
i. Tuan dikehendaki mengisi dan menandatangani Perjanjian Perantis dan Majikan
seperti di lampiran;
ii. Tawaran ini akan terbatal sekiranya tuan/puan tidak melengkapkan surat perjanjian
tersebut atau tidak mengemukakannya kepada pihak pengurusan semasa
melaporkan diri.
3. Sekiranya tuan/puan bersetuju menerima tawaran program perantisan ini, sila bawa
bersama dokumen-dokumen seperti berikut:
i. Surat Penerimaan Tawaran
ii. Salinan Kad Pengenalan
iii. Gambar Berukuran Pasport (2 keping)
iv. No. Akaun Bank (CIMB Bank)
v. Borang Perjanjian yang telah dimeteri
vi. Borang Pengakuan Kedudukan Kewangan Penjamin
vii. Salinan Kad Pengenalan Penjamin
viii. Penyata Gaji / Penyata Akaun Bank Penjamin
4. Tuan dikehendaki untuk menanggung sendiri kos perbelanjaan stamping perjanjian ini.
Sekiranya tuan/puan menerima tawaran ini atau terdapat kemusykilan, sila berhubung dengan
pegawai yang menguruskan program iaitu melalui
talian atau e-mel .
Sekian, terima kasih.
NAMA MAJIKAN
Bahagian Sumber Manusia
Syarikat XYZ
BORANG PERJANJIAN MAJIKAN DAN PERANTIS
*Dikeluarkan oleh pihak majikan kepada perantis (sebagai rujukan sekiranya perlu)
PERJANJIAN INI adalah dibuat pada haribulan tahun di
antara (nama majikan) (selepas ini disebut
sebagai “Majikan”) sebagai satu pihak
dengan (nama perantis) (selepas ini disebut sebagai
“Perantis”) no. kad pengenalan: sebagai pihak yang satu
lagi.
MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut:
1) Majikan hendaklah mulai dari mengambil bekerja Perantis dan
Perantis hendaklah berkhidmat dengan Majikan sebagai seorang
(jawatan) selama tempoh program dan tertakluk kepada terma-terma dan syarat-
syarat yang tersebut di bawah ini.
2) Tempoh perkhidmatan adalah tertakluk kepada syarat-syarat di dalam Perjanjian ini
dan hendaklah berjalan terus menerus selama mulai
dari hingga .
3) Perantis hendaklah dalam tempoh perkhidmatan itu:
i. mematuhi segala yang telah termaktub di dalam surat tawaran dari Majikan
masing-masing;
ii. menjalankan kewajipan jawatan yang dia diambil bekerja dan apa-apa
kewajipan lain yang berkaitan dengan skop tugas;
iii. memperolehi kelulusan daripada Majikan sekiranya tidak dapat menghadirkan
diri atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan; dan
iv. tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau sebarang kesalahan jenayah serta tidak diishtiharkan muflis.
4) Majikan hendaklah:
i. dalam tempoh perkhidmatan itu membayar kepada Perantis gaji mengikut
kadar yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah Pihak; dan
ii. dalam tempoh perkhidmatan itu memberi semua cuti dan membayar elaun
serta kemudahan kepada Perantis seperti yang telah dipersetujui oleh Perantis
dan Majikan.
5) Jika Perantis melakukan apa-apa kesalahan tatatertib, Majikan berhak untuk
mengambil tindakan atau menamatkan perkhidmatannya dan apabila dia ditamatkan perkhidmatan mengikut peruntukan ini, segala hak dan faedah Perantis di bawah Perjanjian ini hendaklah luput dan tamat dengan serta-merta.
PADA MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI pihak-pihak kepada Perjanjian ini telah
menurunkan tandatangan masing-masing pada hari, bulan dan tahun yang mula-mula
tertulis di atas.
Ditandatangani oleh majikan:
Tandatangan :
Nama :
bagi pihak (nama majikan) :
pada haribulan tahun
dan disaksikan oleh:
Tandatangan :
Nama saksi :
No. Kad Pengenalan :
Ditandatangani oleh Perantis :
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Dan disaksikan oleh:
Tandatangan :
Nama saksi :
No. Kad Pengenalan :
CONTOH BUKU LOG PERANTIS
*Buku log akan dibekalkan oleh CIDB kepada Penganjur bertauliah berdasarkan bilangan
perantis yang diluluskan.
top related