proposal amnan edit latest
Post on 03-Dec-2015
65 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Islam merupakan dua kalimah yang bergabung membentuk satu istilah yang
bermaksud subjek yang menjadi wadah untuk mendidik manusia kepada ajaran Islam. Al-
Zuhayly (2000) menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam meliputi seluruh aspek
kehidupan manusia kerana tujuan pendidikan dalam Islam ialah membina kekuatan
psikomotor seseorang untuk dijadikan wasilah bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai
hamba Allah SWT di dunia ini. Ini bermakna Pendidikan Islam merupakan satu mata
pelajaran yang penting bagi membentuk jati diri seseorang murid.
Pendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua peringkat persekolahan.
Langkah ini selaras dengan pewartaan Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan
Malaysia. Pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Islam merangkumi 4 bidang iaitu Asuhan
Tilawah al-Quran, Asas Ulum Syariah, Asas Akhlak Islamiah dan Jawi. Asas Ulum Syariah
pula dibahagikan kepada Sirah, Akidah, dan Ibadah. Pembahagian secara terperinci ini adalah
bertujuan untuk memastikan murid-murid dapat menguasai Islam dari pelbagai aspek.
Sirah merupakan salah satu bidang yang berada di dalam mata pelajaran Pendidikan
Islam. Secara amnya, perkataan Sirah ini dikaitkan dengan kumpulan berita-berita atau kisah
yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah hidup Rasulullah SAW atau disebut
sebagai sirah nabi (as-Sirah an-Nabawiyah). Sirah merupakan mata pelajaran yang banyak
menggunakan fakta-fakta yang perlu difahami dan diingati oleh murid.
1
Mohammad Nazmi (2007) menyatakan pendidikan Sirah dan tokoh merupakan salah
satu bahagian daripada Pendidikan Islam KSSR dan KBSR. Sirah merupakan salah satu
komponen penting di dalam Ulum Syar’iah bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Apabila
menyelusuri sejarah kehidupan Nabi Muhammad SAW, murid dapat menghayati nilai-nilai
Islam itu sendiri dan sekaligus mengaplikasikan di dalam kehidupan seharian.
Menurut Kamarul Azmi Jasmi dan Ab.Halim Tamuri (2007) tujuan utama pengajaran
dan pembelajaran sirah, tokoh dan tamadun Islam ini antara lain cuba mengwujudkan dalam
jiwa murid agar menjadikan Rasulullah SAW dan tokoh yang dikaji sebagai idola bagi
menggantikan idola yang sering diagungkan oleh mereka. Kamarul Azmi Jasmi dan Abdul
Halim Tamuri (2007) juga menyatakan penghayatan pelajar terhadap ajaran Islam akan lebih
difahami apabila pelajar mengetahui sejarah kehidupan pembawa ajaran Islam itu sendiri,
iaitu Rasulullah SAW, para sahabat dan ulama’ Islam.
Menurut Ibnu Mandzur dalam kitab Lisanul Arab menyatakan bahawa As Sirah
menurut bahasa bermaksud kebiasaan, jalan, cara dan tingkah laku. Menurut istilah umum
pula, ianya membawa maksud perincian hidup seseorang atau sejarah hidup seseorang. Bagi
pendapat para pengkaji sirah, mereka mempunyai definisi yang tersendiri sesuai dengan
kefahaman mereka mengenai kalimah sirah. Menurut Ahmad Mohd Salleh (1995), Sirah
Nabawiyyah merujuk kepada satu disiplin ilmu yang khusus berhubung dengan perjalanan
hidup Rasulullah SAW. Terdapat banyak peristiwa yang berlaku di dalam kehidupan
Rasulullah SAW dan antara salah satu peristiwanya adalah Peristiwa Isra’ dan Mikraj.
2
Umumnya, pendekatan pengajaran dalam setiap bahagian dalam mata pelajaran
Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada satu kaedah pengajaran sahaja. Pelbagai
kaedah boleh dilaksanakan mengikut pengkhususan tajuk-tajuk tertentu. Memandangkan
pelajaran sirah ini amat penting dalam menanam sifat kecintaan para murid terhadap
Rasulullah SAW dan para sahabat maka perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh guru
dalam mengajar pelajaran sirah. Pelajaran sirah juga boleh menerapkan akhlak para tokoh dan
ilmuan Islam yang boleh dicontohi oleh umat Islam. Oleh itu, kajian tindakan ini dilakukan
bagi mengenal pasti masalah tersebut serta mengemukakan cadangan dan penambahbaikkan
bagi mencapai matlamat pengajaran sirah ini.
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran memainkan peranan penting dalam memastikan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (pdp) yang disampaikan guru. Bagi seorang guru, amat penting
untuk memastikan murid yang diajar dapat memahami segala pengajaran yang disampaikan.
Selain daripada melihat pencapaian murid di dalam peperiksaan, refleksi pengajaran selepas
selesai sesi pdp adalah satu cara untuk mereflek segala yang berlaku semasa sesi pdp dari awal
hinggalah akhir.
Berdasarkan pengalaman praktikum ketika menjalani praktikum fasa kedua di Sekolah
Kebangsaan Minda Talong, Dungun, Terengganu, pengkaji mendapati pelaksanaan bagi topik
Isra’ dan Mikraj ini agak sukar kepada murid Tahun 6. Kesukaran ini kerana topik ini
3
melibatkan banyak fakta dan juga peristiwa yang tidak pernah dialami oleh murid sedangkan
fakta-fakta tersebut perlu difahami dan dihayati oleh murid.
Pada pemerhatian awal pengkaji, ketika pengkaji memasuki sesi praktikum ketiga,
masalah yang sama juga berlaku kepada sebahagian murid–murid di Sekolah Kebangsaan
Duyong. Bagi tajuk Isra’ dan Mikraj ini, pembahagian tajuk ini adalah sebanyak dua kali dan
murid Tahun 6 telah belajar bersama ustaz mereka pada sesi pertama sebelum pengkaji
memulakan praktikum fasa 3. Namun begitu, semasa sambungan sesi pembelajaran yang
seterusnya, pengkaji telah mengulangi serba sedikit tajuk pembelajaran yang telah dipelajari
murid sebelum ini. Malangnya didapati sebahagian besar murid Tahun 6 telah lupa dan tidak
mampu mengingati fakta dan peristiwa yang berlaku sebelum dan semasa Isra’ dan Mikraj
melalui soalan-soalan latihan yang diberikan oleh pengkaji. Analisis jawapan latihan murid
didapati murid tidak dapat menjawab dengan baik walhal tajuk tersebut telah dipelajari dan
diulangi oleh guru sebelum latihan diberikan kepada mereka.
Hasil temu bual secara tidak berstruktur yang dijalankan terhadap guru-guru
Pendidikan Islam dan murid-murid sekolah, didapati bahawa masalah ini sememangnya
berlaku. Menurut Ustaz Mohd Saidi, guru Pendidikan Islam, murid-murid menghadapi
masalah dalam mengingati sorotan dan kronologi peristiwa Isra’ dan Mikraj. Kebanyakan
murid sering bertukar tentang pengertian Isra’ dan Mikraj.
4
Selain itu, Ustazah Wan Zulbaidah, guru Pendidikan Islam tahun 6 menyatakan murid
dalam kelas ini mempunyai masalah dalam topik mengingati sesuatu fakta atau perkara,
terutamanya apabila melibatkan fakta berkenaan sirah. Bagi murid, topik sirah sangat sukar
untuk dikuasai. Inikan pula kronologi penuh peristiwa Isra’ dan Mikraj. Mereka tentu sekali
menganggap topik ini lebih sukar daripada topik-topik yang lain seperti topik Rukun Solat,
Perkara Sunat dan Perkara Wajib Solat dan lain-lain. Selain daripada guru, pengkaji juga
menemu bual secara tidak langsung dengan salah seorang murid 6 Bijak tentang topik Isra’
dan Mikraj. Dia menyatakan pembelajaran topik sirah sangat sukar dan agak membosankan
kerana topik ini memerlukan kepada daya ingatan yang kuat dan topik ini hanya lah fakta
semata-mata.
Memandangkan mata pelajaran Pendidikan Islam memerlukan kemahiran mengingat
dan menghafal, subjek ini amat membosankan, khususnya bagi murid yang lemah. Justeru,
pengkaji cuba mengetengahkan kajian ini dengan menggunakan satu kaedah yang mudah.
Pengkaji berusaha untuk mengubah corak pelaziman pengajaran dan pembelajaran yang
mungkin membosankan murid dengan cara yang lebih menarik, di samping mampu menarik
minat murid dengan memberi keseronokan sewaktu belajar. Pengkaji cuba membawa murid
mengenali sebuah permainan yang mengambil sebahagian konsep permainan monopoli dan
pengkaji padankan agar ianya bersesuaian dengan tajuk sirah yang dikaji.
5
1.2 Sorotan Literatur
Refleksi sorotan literatur merupakan bahagian yang akan membincangkan tentang teori,
pendapat serta kajian lampau yang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Pengkaji ingin mengkaji
bagaimanakah penggunaan “Monopoli Bestari Sirah” dapat membantu mempertingkatkan
tahap penguasaan kefahaman murid-murid terhadap topik “Isra’ Dan Mikraj”.
Sirah dari segi bahasa bererti jalan (at-thariq). Secara amnya, perkataan Sirah ini
dikaitkan dengan kumpulan berita-berita yang diriwayatkan untuk menceritakan tentang kisah
hidup Rasulullah SAW (as-Sirah an-Nabawiyah) yang meliputi nasab, keadaan baginda
semasa di dalam kandungan ibunya, kelahirannya dan lain-lain lagi keadaan yang berkaitan.
Selain itu, sirah juga diertikan sebagai kumpulan berita-berita Sirah Rasulullah SAW. Ini
dikuatkan lagi dengan penyandaran kepada berbagai Hadis yang diriwayatkan oleh para
sahabat, tabiin dan generasi sesudahnya. Bidang Sirah mengandungi pelbagai fakta yang
kadangkala sukar untuk difahami dan diingati. Justeru, penggunaan ‘Monopoli Bestari Sirah’
adalah satu teknik pengajaran yang sangat sesuai.
Pengertian Isra’ dan Mikraj pula ialah menurut Jaafar Salih (2006), Isra’ bererti Allah
membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada malam hari dari Masjidil
Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin. Mikraj pula perjalanan Nabi Muhammad SAW
dari bumi (Masjidil Aqsa) naik ke langit. Dengan itu Isra’ dan Mikraj bermaksud perjalanan
Nabi Muhammad SAW pada waktu malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa,
kemudian naik ke langit hingga ke Sidratul Muntaha, dengan menembusi planet-planet dunia
6
serta menjelajahi tujuh lapis langit kemudian kembali semula ke Mekah pada malam yang
sama.
Bidang Sirah berkait rapat dengan proses mempelajari dan mendapat fakta dalam
kuantiti yang banyak. Penyataan ini disokong oleh Arifuddin (2011) yang berpendapat
bahawa pelajaran Sirah mengandungi banyak fakta yang kadangkala sukar difahami dan
diingati. Berdasarkan Teori Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan oleh R.M. Gagne,
rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-
deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Menurut Omardin (1999) menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu belajar dapat
menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah
mengikut peredaran zaman.
Dalam hal ini, menurut Ahmad Mohd. Salleh (2004), menjelaskan permainan
merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan merupakan satu teknik yang
baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan praktis. Kanak-kanak akan
memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka mempelajari sesuatu sesuai
dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
7
Mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Osman Affan (2011) yang dinyatakan di
dalam tulisannya yang bertajuk ‘Teknik Memori Smart Study’ bahawa memori kita sukar
untuk mengingat sesuatu dalam bentuk tulisan. Oleh itu, antara kaedah yang dicadangkan
beliau bagi memudahkan penghafalan fakta adalah dengan menukarkan maklumat tulisan ke
dalam bentuk yang lain seperti bentuk gambar atau bentuk permainan.
“Bermain” menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013) diertikan sebagai sesuatu
yang dilakukan untuk bersenang-senang atau bersuka-suka dengan menggunakan alat-alat
tertentu atau tidak. Menurut Vygotsky (1967) bermain membantu perkembangan bahasa dan
pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol serta alat dan ia juga
membantu dalam pembentukan pemikiran ini. Bermain juga memberi kebebasan kepada
kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dengan cara ini
kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka
dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain” (Spodek
1989).
Penggunaan teknik belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan
keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak
disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan
kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Sementara itu, Ismail Zin (2003) menyebut bahawa belajar melalui bermain boleh
meningkatkan daya ingatan seseorang kepada 40%. Penggunaan permainan yang
8
mengandungi gambar dan visual sebagai elemen grafik pegun adalah selari dengan
kepentingan visual dalam membantu pemahaman dan ingatan (Nor Azman, 1999).
Hurlock (1987) pula menyatakan bahawa main dapat mengelakkan rasa bosan dan
menghilangkan rasa takut kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang diajar. Nutbrown (1994)
pula menjelaskan bahawa aktiviti bermain yang disediakan oleh guru kepada kanak-kanak
memberi ruang kepada mereka untuk membina kefahaman tentang alam semula jadi hasil
gabungan daripada keseronokan dan pengalaman sendiri. Hasil daripada bermain, kanak-
kanak dapat membina kefahaman dan keperluan sendiri serta kemahiran melalui persekitaran
pembelajaran yang kondusif dan sesuai.
Daripada semua definisi yang telah dihuraikan di atas, pengkaji berpendapat bahawa
bermain adalah satu proses semula jadi dan spontan. la adalah aktiviti kanak-kanak yang dapat
menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membolehkan kanak-kanak
melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah
suatu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan isi dikenali
sebagai pembelajaran tidak formal. Melalui bermain juga akan boleh memupuk rasa
kegembiraan dalam kalangan kanak-kanak yang juga boleh mempengaruhi kanak-kanak
terbabit untuk berfikir, berkomunikasi, bergaul, bersosial, berkongsi, berfantasi dan
berimaginasi di dalam pembelajaran.
9
Dari segi konteks kajian, pengkaji berpendapat melalui kaedah permainan ia dapat
membantu murid dalam memahami dan mengingati topik Peristiwa Isra’ dan Mikraj. Antara
kajian lepas yang berkaitan dengan inovasi sedia ada bagi tajuk ini ialah kajian yang
dijalankan oleh Umi Hidayah Abd Aziz (2014) yang bertajuk Penggunaan Tree Map Dalam
Meningkatkan Tahap Ingatan Murid Bagi Topik Peristiwa Isra’ dan Mikraj. Pengkaji
mendapati antara kekuatan intervensi dalam kajian tersebut ialah peserta kajian dapat
menghafal dengan mudah peristiwa Isra’ dan Mikraj. Manakala kelemahan yang dikenal pasti
oleh pengkaji bagi penggunaan kaedah tersebut ialah intervensi tersebut memerlukan murid
untuk membina peta minda menggunakan konsep I-Think. Bagi sesetengah murid yang tidak
gemar menggunakan konsep peta minda, ini sedikit sebanyak mendatangkan perasaan cepat
bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung.
Seterusnya, kajian yang dijalankan oleh Wan Nor Farehah (2013) yang bertajuk
Kaedah “D & W” mempermudah menghafal peristiwa “Isra’ dan Mikraj”. Pengkaji mendapati
kekuatan intervensi dalam kajian tersebut ialah peserta kajian dapat memahami dan
mengingati dengan cepat peristiwa Israk dan Mikraj. Manakala kelemahan yang dikenal pasti
oleh pengkaji bagi penggunaan kaedah tersebut ialah intervensi tersebut tidak dapat digunakan
dan diaplikasikan jika murid tersebut tidak suka dan tidak mahir melukis kerana intervensi
yang dicipta memerlukan kemahiran melukis murid.
Berdasarkan dapatan tokoh-tokoh pemikir, penulis buku dan kajian-kajian lepas, dapat
disimpulkan bahawa kaedah belajar melalui permainan mampu mengubah situasi pedagogi
dan murid. Justeru, pengkaji berminat membina intervensi kajian yang berasaskan permainan.
10
2.0 FOKUS KAJIAN
Menurut Lee Shok Mee dalam bukunya Psikologi Pendidikan (1997) mengatakan bahawa
tanpa kebolehan mengingat, segala yang dipelajari menjadi sia-sia sahaja. Oleh yang
demikian, pengkaji berpendapat bahawa masalah kesukaran untuk mengingati fakta-fakta
dalam mata pelajaran Pendidikan Islam terutamanya bagi bidang pelajaran yang difokuskan
oleh pengkaji iaitu permasalahan pembelajaran dalam bidang sirah ini perlu ditangani dengan
kadar segera kerana keadaan ini bakal menyebabkan kemerosotan pencapaian murid-murid.
Justeru itu, pengkaji menggunakan satu pendekatan yang berbentuk permainan bagi
menarik minat murid-murid pengkaji. Melalui pemerhatian pengkaji, murid-murid ini sukakan
sesuatu yang berbeza daripada biasa. Pengkaji menggunakan kaedah belajar sambil bermain
melalui permainan “Monopoli Bestari Sirah”.
2.1 Tinjauan Awal Masalah
Kajian ini dijalankan terhadap murid Tahun 6 Bijak Sekolah Kebangsaan Duyong.
Kelas ini merupakan kelas kedua daripada tiga kelas bagi Tahun 6. Langkah pertama yang
dijalankan oleh pengkaji adalah melalui pemerhatian kepada keputusan ujian Operational
Targeted Incremental 1 (OTI 1) yang diadakan pada 10-12 Mac 2015, dua orang murid
mendapat pangkat A, lima orang murid mendapat pangkat B, empat orang murid mendapat
pangkat C, lima orang murid mendapat pangkat D dan sembilan orang murid mendapat
pangkat E. Ujian diagnostik telah dijalankan oleh pengkaji untuk memilih peserta kajian dan
11
mengenal pasti masalah murid dalam pemahaman kronologi topik Isra’ dan Mikraj.
Berdasarkan penilaian dokumen seperti ujian diagnostik, pengkaji dapat menilai peratusan
markah seseorang murid serta dapat mengenali dengan lebih dekat murid yang mengalami
masalah yang serius mahupun sederhana. Peratusan markah murid dapat menunjukkan
kefahaman murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Pengkaji kemudian
menganalisis peratusan markah untuk melihat dengan lebih terperinci murid yang bermasalah.
Langkah kedua yang dijalankan oleh pengkaji ialah menjalankan pemerhatian tidak
berstruktur dengan mencari maklumat tentang murid kelas Tahun 6 Bijak. Menurut Ustaz
Ruslim, guru Pendidikan Islam kelas Tahun 5 Pintar, masalah utama murid kelas 6 Bijak ini
ialah malas mengingat dan malas belajar. Sebagai contoh terdapat murid-murid yang sering
tersalah konsep Isra’ dan Mikraj di mana murid-murid sering bertukar pengertian Isra’ dan
Mikraj. Murid-murid tidak mampu menyatakan dengan tepat pengertian Isra’ dan Mikraj.
Sebagai contoh, mereka menyatakan peristiwa Isra’ berlaku di Madinah dan peristiwa Mikraj
berlaku di Makkah. Hal ini sangat bertentangan dengan konsep Isra’ dan Mikraj iaitu
peristiwa Isra’ bermula dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestin, manakala
peristiwa Mikraj bermula dari Masjidil Aqsa di Palestin menuju ke Sidratul Muntaha. Namun
demikian, murid-murid kelas ini mempunyai kes disiplin yang minimal dan masih boleh
dikawal dengan baik.
12
2.2 Analisis Tinjauan Masalah
2.2.1 Ujian Diagnostik
Pengkaji telah menganalisis ujian diagnostik bagi murid Tahun 6 Bijak untuk mengetahui
masalah yang dihadapi untuk topik Isra’ dan Mikraj. Ujian diagnostik ini juga bertujuan untuk
membantu pengkaji mencari kaedah dan alternatif lain yang boleh digunakan dalam proses
proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan murid dalam tajuk ini.
Jadual 1 merupakan skor yang diperoleh oleh 26 orang murid Tahun 6 Bijak bagi ujian
dignostik yang telah diadakan oleh pengkaji.
Jadual 1
Markah Gred Bilangan
80-100 A 0
60-79 B 1
40-59 C 11
20-39 D 8
0-19 E 6
Berdasarkan kepada keputusan ujian dignostik dalam Jadual 1 di atas, analisis
menunjukkan skala markah yang tertinggi adalah antara 40-59 iaitu pada gred C dengan
bilangan murid seramai 11 orang. Manakala seramai 8 orang murid yang mendapat gred D
dan seramai 6 orang murid yang mendapat gred yang paling rendah iaitu gred E dengan skala
markah antara 0-19 markah. Ini menunjukkan bahawa terdapat murid yang masih lemah
dalam tajuk Isra’ dan Mikraj ini.
13
Seterusnya, Rajah 1 hingga Rajah 3 menunjukkan kesilapan yang dilakukan oleh
murid dalam mendefinisikan pengertian Isra’ dan Mikraj.
Murid ini dikenal pasti mempunyai masalah dalam menguasai pengertian Isra’ dan
Mikraj. Pada semua soalan, murid ini tidak berjaya untuk menyatakan dengan betul pengertian
Isra’ dan Mikraj.
Murid ini dikenal pasti tidak dapat menguasai pengertian Isra’ dan Mikraj. Sebagai
contoh, bagi bahagian pengertian Isra’, murid ini tidak dapat menjawab dengan betul
14
Rajah 1
Rajah 2
pengertian Isra’. Manakala bagi pengertian Mikraj, murid ini memperoleh satu jawapan yang
betul.
Murid ini dikenal pasti
telah tersalah konsep bagi
pengertian Isra’. Murid tidak dapat menjawab dengan betul kedua-dua soalan berkenaan
pengertian Isra’. Bagi bahagian pengertian Mikraj, murid ini mampu menguasai dengan baik.
2.2.2 Pemerhatian
Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap murid Tahun 6 Bijak sepanjang proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkaitan dengan tajuk Isra’ dan Mikraj. Pengkaji telah
15
Rajah 3
memerhatikan beberapa orang murid yang sentiasa mendiamkan diri dan tidak memberikan
sebarang respon sewaktu pengkaji mengemukakan soalan di dalam kelas. Hasil daripada
rekod pemerhatian murid juga didapati bahawa kebanyakan murid dapat menjawab soalan
yang diberikan namun murid tidak dapat mengingati fakta-fakta Sirah dalam tempoh masa
yang lama. Terdapat juga segelintir murid yang hanya dapat menyelesaikan soalan berkenaan
apabila dengan bimbingan guru. Namun, apabila murid disuruh untuk menjawab soalan yang
diberikan secara individu, hanya segelintir murid sahaja yang dapat menyelesaikannya dengan
betul. Mereka juga seringkali tidak yakin dan bergantung kepada bimbingan guru dan rakan.
Mereka sentiasa bertanyakan sama ada jawapan mereka betul atau tidak. Mereka juga terlalu
bergantung dengan buku teks tanpa menghafalnya.
2.2.3 Temu Bual
Menurut Gay & Airasian (2000), temu bual terbahagi kepada tiga jenis iaitu temu bual
berstruktur, temu bual separa struktur dan temu bual tidak berstruktur. Pengkaji telah memilih
untuk melaksanakan temu bual tidak berstruktur sebelum, semasa dan selepas intervensi
dilaksanakan.
Pengkaji telah menjalankan temu bual bersama guru Pendidikan Islam, Ustaz Ruslim
dan murid Tahun 6 Bijak. Pengkaji telah menemubual guru Pendidikan Islam yang mengajar
kelas tersebut mengenai kesilapan utama yang sering dilakukan oleh murid dalam topik ini.
Guru tersebut telah menyatakan masalah utama murid kelas 6 Bijak ini ialah murid malas
16
mengingat dan malas untuk belajar. Sebagai contoh, terdapat ramai murid yang sering tersalah
konsep pengertian Isra’ dan Mikraj di mana murid-murid sering bertukar antara pengertian
Isra’ dan pengertian Mikraj.
Menurut beliau lagi, bidang Sirah adalah satu bidang yang memerlukan murid-murid
untuk mengingati fakta-fakta Sirah seperti tarikh dan nama tokoh. Selain itu, beliau turut
menyatakan bahawa terdapat beberapa orang murid Tahun 6 Bijak yang tidak menumpukan
sepenuh perhatian dan sering hilang tumpuan belajar sepanjang proses pdp berlangsung.
Selain itu, terdapat juga segelintir murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan
oleh guru. Justeru, guru mencadangkan kepada pengkaji supaya mencari satu alternatif untuk
membantu murid menguasai tajuk ini seterusnya meningkatkan tumpuan murid untuk belajar.
Seterusnya, pengkaji telah menemubual beberapa orang murid sebelum kajian
dijalankan. Terdapat beberapa item yang dikemukakan kepada murid. Antaranya ialah item
yang berkaitan dengan pendapat murid iaitu konsep dan kronologi peristiwa Isra’ dan Mikraj,
kaedah pengajaran yang diperkenalkan oleh guru di dalam kelas, kekeliruan murid dalam
memahami topik ini serta faktor kesilapan yang berlaku.
Murid menyatakan bahawa bidang Sirah sangat sukar untuk diingati dan dikuasai
lebih-lebih lagi berkaitan fakta-fakta Sirah. Hal ini kerana murid-murid harus menghafal
kronologi peristiwa Isra’ dan Mikraj dari permulaan sehingga akhir. Selain itu, murid
menyatakan mereka kurang minat bidang Sirah adalah kerana guru yang mengajar hanya
17
menggunakan kaedah satu hala sahaja iaitu kaedah penceritaan sahaja dan itu menyebabkan
mereka berasa cepat bosan. Terdapat juga murid yang tidak ingin mempelajari topik Sirah ini
kerana murid ini beranggapan Sirah adalah satu topik yang sukar dan menganggap dirinya
tidak mampu untuk mempelajarinya.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian tindakan adalah satu usaha untuk meningkatkan profesionalisme guru dengan cara
meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta dapat mengubah tingkah laku murid
ke arah yang lebih positif di akhir kajian nanti.
18
3.1 Objektif Kajian
Objektif kajian merupakan perkara yang penting dalam sesuatu kajian kerana ia merupakan
tujuan dan matlamat sesuatu kajian itu dijalankan. Di dalam kajian ini terdapat dua objektif
utama yang difokuskan iaitu objektif umum dan objektif khusus.
3.1.1 Objektif Umum
Meningkatkan penguasaan kefahaman murid dalam bidang Sirah dengan menggunakan teknik
permainan.
3.1.2 Objektif Khusus
Meningkatkan tahap penguasaan kefahaman murid lemah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan
Duyong bagi topik Isra’ dan Mikraj dengan menggunakan teknik permainan ‘Monopoli
Bestari Sirah’.
3.2 Persoalan Kajian
Bagaimanakah teknik permainan ‘Monopoli Bestari Sirah’ dapat membantu meningkatkan
tahap ingatan dan kefahaman murid lemah Tahun 6 bagi topik Peristiwa Isra’ dan Mikraj?
19
3.3 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan dapat memberi impak yang positif terhadap peserta kajian yang terlibat
terhadap pembelajaran Sirah. Melalui intervensi yang digunakan dalam kajian ini, peserta
kajian dapat bermain sambil belajar. Ini disokong oleh Ahmad Mohd. Salleh (2004),
menjelaskan permainan merupakan satu cara melatih murid sebagai seorang manusia dan
merupakan satu teknik yang baik untuk menjadikan pengajaran di sekolah lebih menarik dan
praktis. Kanak-kanak akan memperoleh pembelajaran yang paling berkesan sekiranya mereka
mempelajari sesuatu sesuai dengan minat, tujuan dan faedah mereka.
Bagi pihak guru, kaedah permainan perlu diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana murid secara psikologinya suka bermain. Penggunaan kaedah belajar
melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada
murid-murid. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada
mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga murid-
murid akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa
dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Sementara itu, Ismail Zin (2003) menyebut
bahawa belajar melalui bermain boleh meningkatkan daya ingatan seseorang kepada 40%.
Seterusnya, bagi pihak sekolah, kajian ini diharapkan membantu pihak sekolah untuk
menangani masalah ponteng sekolah dalam kalangan murid sisipan teknik bermain di dalam
kelas dapat menarik minat murid-murid untuk ke sekolah.
20
3.4 Definisi Operasional
Berikut adalah istilah yang digunakan bagi tajuk kajian ini. Istilah yang digunakan akan
dikupas secara terperinci untuk mendapatkan gambaran dan pemahaman yang jelas tentang
tajuk kajian yang diperkenalkan.
3.4.1 Aplikasi
Menurut kamus Dewan Edisi ke-4 (2013), aplikasi bermaksud kegunaan pada praktikalnya
atau menggunakan secara praktik atau amali. Manakala aplikasi yang digunakan di dalam
kajian ini pula bermaksud penggunaan permainan ‘Monopoli Bestari Sirah’ iaitu inovasi yang
direka oleh pengkaji.
3.4.2 Permainan Monopoli Sirah
Permainan monopoli dalam kajian tindakan ini merupakan intervensi yang digunakan sebagai
teknik permainan dalam membantu meningkatkan kefahaman murid dalam topik Peristiwa
Isra’ dan Mikraj. Intervensi ini berbentuk permainan monopoli yang telah diubahsuai pada
beberapa bahagian dari permainan monopoli asalnya.
3.4.3 Kefahaman
Kefahaman menurut Esler dan Esler (2000), pada aras pemahaman, pelajar dapat menterjemah
maklumat, menginterpretasi maklumat dalam ayatnya sendiri, menulis semula penyataan
dalam ayatnya sendiri, mengedit penyataan daripada maklumat lain dan mengekstrapolasi
21
maksud baharu daripada maklumat. Dalam kajian ini, kefahaman merujuk kepada bagaimana
murid-murid dapat meningkatkan kefahaman dalam topik Peristiwa Isra’ dan Mikraj dengan
menggunakan intervensi permainan ‘Monopoli Bestari Sirah’.
3.4.4 Peristiwa Isra’ dan Mikraj
Isra’ dan Mikraj terjadi pada malam Isnin, 27 Rejab tahun ke 11 kenabian bersamaan 622 M
dalam usia nabi 51 tahun. Peristiwa Isra’ dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa agung
dalam Islam dan dijelaskan oleh Allah SWT di dalam al-Quran menerusi Surah Al-Isra’ ayat
1. Sesuatu yang tidak dapat disangkal bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj telah membawa satu
pengertian yang besar dalam Islam kerana melalui peristiwa ini, ibadah solat fardhu lima
waktu mula disyariatkan. Solat yang merupakan tiang agama Islam telah difardhukan secara
langsung kepada Nabi Muhammad SAW melalui peristiwa Isra’ dan Mikraj.
3.5 Batasan Kajian
Kajian ini terbatas di lokasi Sekolah Kebangsaan Duyong (SKD) yang terletak dalam daerah
Kuala Terengganu sahaja. Kajian ini tidak boleh diguna pakai oleh sekolah-sekolah lain yang
berada dalam daerah Kuala Terengganu mahupun kawasan luar daerah Kuala Terengganu.
Seterusnya, kajian ini terbatas kepada tiga orang murid lemah Tahun 6 Bijak Sekolah
Kebangsaan Duyong sahaja dan bukan kepada semua murid di Sekolah Kebangsaan Duyong
Kajian hanya dijalankan ke atas satu topik dan bab tertentu sahaja iaitu topik Peristiwa Isra’
dan Mikraj.
22
Skop kajian ini hanya terbatas kepada topik dalam bidang sirah iaitu topik Isra’ dan
Mikraj sahaja. Terdapat empat topik sirah dalam Tahun 6 tetapi kajian ini hanyalah berfokus
kepada konsep, peristiwa sebelum, semasa dan selepas Isra’ dan Mikraj sahaja.
Kajian ini henya menggunakan teknik permainan “Monopoli Bestari Sirah” sebagai
intervensi kajian. Permainan ini diselitkan dengan penggunaan “Smart Note”. Namun kajian
ini tidak melibatkan penggunaan ICT.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini dijalankan keatas murid-murid tahun 6 Bijak di Sekolah Kebangsaan Duyong Kuala
Terengganu. Bilangan murid-murid tahun 6 Bijak adalah seramai 26 orang murid, iaitu 12
murid lelaki 14 orang murid perempuan. Di Sekolah Kebangsaan Duyong ini. Kelas Tahun 6
23
terdiri daripada tiga buah kelas dan 6 Bijak adalah kelas yang kedua. Tahap kecerdasan murid
di dalam kelas ini boleh dikategorikan sebagai murid yang sederhana pandai.
Berdasarkan kepada perbualan dengan guru mata pelajaran Pendidikan Islam yang
mengajar kelas tersebut iaitu Ustaz Ruslim bin Yusoff, beliau menyatakan terdapat segelintir
murid Tahun 6 Bijak yang mengalami masalah kurang mahir dalam penulisan dan pembacaan
jawi. Masalah ini menyebabkan mereka agak tercicir dalam pembelajaran Pendidikan Islam.
Maklumat ini diperkukuhkan berdasarkan maklumat yang telah dikumpul melalui senarai
semak peserta kajian yang dipilih untuk menjalankan kajian ini seramai 3 orang. Peserta
kajian dipilih berdasarkan keputusan ujian OTI dan latihan yang diberikan oleh pengkaji
kepada mereka sebelum ini. Keseluruhan peserta kajian tidak dapat menjawab soalan yang
diberikan dengan baik. Pencapaian markah mereka juga rendah iaitu daripada 20 markah
penuh mereka hanya mendapat 3 hingga 10 markah sahaja. Berikut adalah biodata 3 orang
peserta kajian yang telah dipilih oleh pengkaji.
Peserta Kajian 1 (PK 1)
Peserta Kajian yang pertama (PK 1) adalah Nurul Syafika binti Mohamad Jaafar (bukan nama
sebenar). Syafika adalah seorang murid perempuan yang agak aktif apabila bersama rakan-
rakannya tetapi pemalu apabila bersama guru. Syafika merupakan anak ketiga daripada 5
24
orang adik beradik kepada pasangan yang berkerja sebagai peniaga warung. Syafika adalah
seorang murid yang berminat dengan permainan sukan bola jaring dan beliau suka mengisi
masa lapang dengan membonceng basikal berdekatan rumah dan bercita-cita untuk menjadi
seorang pramugari pada masa hadapan.
Berdasarkan pemerhatian, pengkaji mendapati Syafika kelihatan malu-malu apabila
bersama guru terutamanya ketika sesi soal jawab semasa interaksi di dalam kelas. Sikap malu
ini sedikit sebanyak telah menjejaskan proses pembelajaran Syafika apabila dia sukar untuk
memperlihatkan kefahaman tentang topik yang diajar. Perasaan malu ketika bersama guru
juga menunjukkan bahawa murid ini mempunyai keyakinan yang rendah terhadap dirinya
sendiri.
Peserta Kajian 2 (PK 2)
Peserta kajian kedua (PK 2) adalah Che Wan Zariff Irfan bin Che Wan Md Ridzuan (bukan
nama sebenar). Zariff merupakan anak kedua daripada 4 orang adik beradik. Ibunya
merupakan seorang suri rumah yang sekarang berusia 36 tahun dan ayahnya berusia 44 tahun
yang bekerja sebagai nelayan. Hobi Zariff ialah gemar berbasikal bersama-sama adiknya dan
bercita-cita menjadi seorang pemain badminton negara. Zariff tinggal bersama keluarganya di
Kampung Duyong Kecil, Kuala Terengganu.
25
Pemerhatian pengkaji mendapati, Zariff ini merupakan seorang murid yang rajin dan
suka membantu guru. Walaupun begitu, kadangkala Zariff sering tidak memberi tumpuan di
dalam kelas sewaktu sesi pdp dijalankan. Zariff suka bermain, bersembang dengan rakan dan
mengantuk dalam kelas. Seperti contoh, beliau sering bersembang dengan rakan sebelahnya
sewaktu sesi pdp dan ini menyebabkan Zariff sering tidak menyiapkan tugasan latihan yang
diberikan kepadanya.
Peserta Kajian 3 (PK 3)
Peserta Kajian 3 adalah Muhammad Syahmi Ajmal bin Fauzi (bukan nama sebenar)
merupakan seorang murid lelaki yang agak nakal di dalam kelas. Ajmal merupakan anak
kedua daripada 4 orang adik beradik. Seperti kebanyakkan kanak-kanak lelaki yang sebaya
dengannya, Ajmal suka bermain bola ketika waktu lapang. Ajmal tinggal bersama- sama
keluarganya di Kampung Duyong Besar, Kuala Terengganu dan bercita-cita untuk menjadi
seorang polis.
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, Ajmal ini adalah seorang yang sukakan sesi
pembelajaran yang aktif, yang memerlukan pergerakan dan tidak bersifat statik. Jika sesi pdp
bersifat pasif, Ajmal ini akan mula mengganggu rakan yang lain dan cuba melakukan sesuatu
yang akan menarik perhatian guru yang sedang mengajar di hadapan kelas.
26
5.0 CADANGAN TINDAKAN
Perancangan tindakan perlulah dilaksanakan sebelum sesuatu kajian itu dilakukan untuk
mendapatkan hasil kajian yang lebih menepati objektif dan mencapai matlamat yang
diinginkan. Bahagian ini akan menceritakan tentang langkah-langkah penggunaan intervensi
yang direka cipta oleh pengkaji bagi menyelesaikan masalah yang difokuskan. Menurut
Metler (2006), tujuan penyelesaian masalah adalah untuk penambahbaikan amalan serta
kualiti pengajaran dan pembelajaran.
5.1 Perancangan Tindakan
Bahagian ini menerangkan model kajian yang digunakan. Pengkaji telah memilih Model
Stephen Kemmis dan McTaggart (1998) sebagai panduan pelaksanaan kajian ini. Menurut
Rosinah Edinin (2015), Model Stephen Kemmis dan McTaggart melibatkan gelung spiral
yang terdiri dari empat peringkat iaitu mereflek, merancang, bertindak dan memerhati.
Model ini digunakan apabila masalah sebenar belum diketahui lagi dan mengapa
masalah berkenaan berlaku. Mengikut model ini, ia akan dilaksanakan secara berulang-ulang
sehingga masalah yang dihadapi dapat diselesaikan sepenuhnya. Perancangan disemak dan
dikemaskini supaya dapat menghasilkan perancangan yang terbaik untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Model Kemmis & Mc Taggart ini mengandungi 4 peringkat utama
bagi menjalankan sesebuah kajian seperti yang dapat dilihat pada Rajah 1.
27
Rajah 1 : Model Kajian Kemmis & Mc Taggart (1988)
5.1.1 Mereflek
Pengkaji memulakan kajian dengan membuat refleksi berdasarkan sesi pengajaran dan
pembelajaran yang telah dilaksanakan dengan mencatat semua kekuatan dan kelemahan yang
terdapat di dalam pengajaran sirah. Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran, pengkaji telah
menyediakan aktiviti ‘hands-on’ iaitu penghasilan “Smart Note”, tugasan berkumpulan dan
menyelesaikan soalan kuiz dan soalan dalam lembaran kerja.
Disamping itu, pengkaji turut melaksanakan ujian diagnostik bertujuan untuk
mengenal pasti murid-murid yang bermasalah dalam tajuk ini. Melalui ujian diagnostik yang
telah dijalankan, pengkaji mendapati murid membuat kesalahan dalam menjawab soalan yang
diberi kerana tidak memahami konsep pengertian Isra’ dan Mikraj dengan baik.
28
Refleksi
Perancangan
Tindakan
Pemerhatian
Selain itu, pengkaji juga menggunakan beberapa instrumen dalam mengenal pasti
fokus masalah yang dihadapi oleh murid. Pengkaji telah menggunakan kaedah temu bual
secara tidak langsung bersama guru Pendidikan Islam dan pemerhatian bagi mengumpul
maklumat yang berkaitan. Selepas dianalisis, pengkaji mendapati masalah utama yang
dihadapi oleh peserta kajian adalah tidak berupaya untuk memahami isi pelajaran topik bidang
sirah “Isra dan Mikraj” yang diajar oleh pengkaji sekaligus menyebabkan mereka tidak dapat
menjawab soalan yang berkaitan dengan topik tersebut dengan baik.
5.1.2 Merancang
Setelah mereflek, pengkaji meneruskan langkah kedua iaitu merancang. Pengkaji telah
merancang untuk membina satu teknik pengajaran yang menarik dan mudah untuk digunakan
oleh murid-murid di tahun 6. Intervensi ini akan diaplikasi pengkaji dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang akan dijalankan. Penggunaan kaedah belajar melalui bermain adalah
satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik
ini juga akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu
pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat
menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi
perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Bersesuaian itu, pengkaji telah mengambil keputusan untuk merancang satu intervensi
berasaskan permainan. Hurlock (1987) menyatakan bahawa permainan dapat mengelakkan
rasa bosan dan menghilangkan rasa takut kanak-kanak terhadap mata pelajaran yang diajar.
29
Manakala, Ismail Zin (2003) menyebut bahawa belajar melalui bermain boleh meningkatkan
daya ingatan seseorang kepada 40%. Penggunaan permainan yang mengandungi gambar dan
visual sebagai elemen grafik pegun (tidak bergerak) adalah selari dengan kepentingan visual
dalam membantu pemahaman dan ingatan (Nor Azman, 1999).
Bagi membantu murid untuk memahami dan menguasai tajuk yang diajar, pengkaji
bercadang untuk menggunakan teknik permainan ‘Monopoli Bestari Sirah’ yang mengambil
konsep permainan Monopoli atau Saidina. Monopoli Sirah mengandungi sekeping papan
permainan. Papan permainan akan terdiri daripada 20 petak dan setiap petak akan diwakili
setiap satunya satu soalan dan satu fakta. Peserta akan memulakan permainan Monopoli Sirah
seperti bermain permainan monopoli di mana setiap peserta akan melontar buah dadu secara
bergilir. Sesiapa yang mendapat bilangan terbanyak akan memulakan permainan.
5.1.2 Bertindak
Setelah merancang, pengkaji meneruskan dengan membuat tindakan. Dalam prosedur ini,
pengkaji akan melaksanakan ujian pra ke atas 3 orang peserta kajian yang telah dipilih bagi
membuktikan kesalahan dan menganalisis masalah yang dihadapi oleh mereka. Menerusi
ujian pra, murid akan diberikan 20 soalan berdasarkan tajuk peristiwa Isra’ dan Mikraj untuk
diselesaikan dalam tempoh 15 minit.
Setelah melaksanakan ujian pra, pengkaji akan menjalankan 3 sesi intervensi ke atas
peserta kajian bagi memperkenalkan teknik permainan ‘Monopoli Bestari Sirah’ untuk
30
digunakan oleh peserta kajian ketika menjawab soalan-soalan yang diberi semasa sesi
intervensi ini. Seterusnya, pengkaji akan membuat perbandingan dapatan skor peserta kajian
dalam ujian pasca berbanding skor mereka dalam ujian pra bagi menilai kefahaman murid
setelah penggunaan alat bantu mengajar ini. Pengkaji menggunakan 20 soalan yang sama
dalam ujian Pra untuk ujian Pasca bagi mendapatkan kesahan yang tinggi untuk ujian ini.
Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu dilakukan dalam fasa tindakan ini.
i. Sesi intervensi pertama
Pengkaji akan melaksanakan sesi intervensi yang pertama pada hari tersebut. Menerusi sesi
intervensi pertama, pengkaji telah memfokuskan kepada pengertian Isra’ dan pengertian
Mikraj.
Jadual 4: Langkah Perlaksanaan Sesi Intervensi Pertama
Sesi Intervensi : Pertama
Tarikh : 27 Julai 2015
Masa : 30 minit
Standard Kandungan : Memahami dan mengambil iktibar daripada Peristiwa Isra’ dan
Mikraj
Standard Pembelajaran : 1) Menjelaskan pengertian Isra’
2) Menjelaskan pengertian Mikraj
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi ini, murid dapat:
31
i) Menjelaskan pengertian Isra’ dengan betul
ii) Menjelaskan pengertian Mikraj dengan betul
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1. Peserta kajian diberi ujian Pra .
2. Peserta kajian diberi penerangan tentang pengertian Isra’ dan Mikraj dibantu
dengan penggunaan “Smart Note”.
3. Peserta kajian diberi peluang untuk mengingati pengertian Isra’ dan Mikraj.
4. Peserta kajian diberikan satu set Ujian Pra.
5. Peserta kajian menjawab Ujian Pra tanpa merujuk kepada “Smart Note”.
ii. Sesi Intervensi Kedua
Menerusi sesi intervensi kedua, pengkaji akan memfokuskan kepada peristiwa sebelum,
semasa dan selepas Isra dan Mikraj. Berikut merupakan langkah-langkah yang akan
dilaksanakan dalam sesi intervensi kedua ini.
Jadual 5: Langkah Perlaksanaan Sesi Intervensi Kedua
Sesi Intervensi : Kedua
Tarikh : 30 Julai 2015
32
Masa : 30 minit
Standard Kandungan : Memahami dan mengambil iktibar daripada Peristiwa Isra’ dan
Mikraj
Standard Pembelajaran : 1) Menganalisis peristiwa sebelum Isra’ dan Mikraj
2) Menganalisis peristiwa semasa Isra’ dan Mikraj
3) Menganalisis peristiwa selepas Isra’ dan Mikraj
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi ini, murid dapat:
i) Menganalisis peristiwa sebelum Isra’ dan Mikraj
dengan betul
ii) Menganalisis peristiwa semasa Isra’ dan Mikraj
dengan betul
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1. Pengkaji akan menerangkan terlebih dahulu cara aplikasi permainan ‘Monopoli
Bestari Sirah’. Kemudian menerangkan peristiwa sebelum dan semasa Isra’ dan
Mikraj.
2. Peserta kajian diberi masa untuk memahirkan penggunaan ‘Monopoli Bestari
Sirah’ dan akan disoal oleh pengkaji secara lisan .
3. Peserta kajian akan diuji secara bertulis tanpa berbantukan ‘Monopoli Bestari
Sirah’.
iii. Sesi Intervensi Ketiga
33
Bagi sesi intervensi yang ketiga, pengkaji akan memfokuskan kepada kronologi penuh
Peristiwa Isra’ dan Mikraj. Berikut merupakan langkah-langkah yang dilaksanakan dalam sesi
intervensi ketiga ini.
Jadual 6: Langkah Perlaksanaan Sesi Intervensi Ketiga
Sesi Intervensi : Ketiga
Tarikh : 03 Ogos 2015
Masa : 30 minit
Standard Kandungan : Memahami dan mengambil iktibar daripada Peristiwa Isra’ dan
Mikraj
Standard Pembelajaran : 1) Menganalisis kronologi peristiwa Isra’ dan Mikraj
Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi ini, murid dapat:
i) Menganalisis kronologi peristiwa Isra’ dan Mikraj
dengan betul
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1. Peserta kajian diberi peluang untuk mengingati kronologi peristiwa Isra’ dan
Mikraj berpandukan ‘Monopoli Bestari Sirah’.
2. Peserta kajian diberikan satu set Ujian Pasca.
3. Pengkaji memberikan arahan dan penerangan cara menjawab Ujian Pasca.
4. Peserta kajian menjawab Ujian Pasca tanpa menggunakan intervensi.
5.1.3 Pemerhatian
34
Langkah yang terakhir dalam model kajian tindakan ini ialah pemerhatian. Pengkaji akan
melakukan pemerhatian terhadap peserta kajian setelah memperkenalkan teknik permainan
‘Monopoli Bestari Sirah’ ini. Pemerhatian yang dijalankan adalah bagi membantu pengkaji
untuk mengumpul data-data serta maklumat yang berkaitan dengan kajian yang akan
dilaksanakan. Setelah menjalankan 3 kali sesi intervensi, pengkaji akan memerhati
keberkesanan alat intervensi yang digunakan Jika teknik intervensi yang digunakan kurang
berkesan atau gagal, pengkaji perlu mengulang semula gelung model di atas dengan
melakukan penambahbaikan terhadap intervensi tersebut.
5.2 Perancangan Pengumpulan Data
Instrumen yang digunakan untuk mengumpul data ialah ujian pra dan pasca pemerhatian dan
temu bual. Pemilihan instrumen sangat penting untuk membantu pengkaji mengumpul data
secara sistematik dan berkesan.
5.2.1 Ujian Pra dan Pasca
Pengkaji telah menjalankan dua jenis ujian kepada peserta kajian iaitu ujian Pra dan ujian
Pasca.Ujian pra akan digunakan pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat-maklumat
awal yang berkaitan dengan kajian sebelum intervensi dijalankan. Tajuk yang telah dipilih
sewaktu menyediakan ujian pra adalah berdasarkan subtopik yang berada dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam iaitu dibawah bidang Sirah untuk tajuk Isra’ dan Mikraj bagi
murid Tahun 6.
35
Aras kesukaran ujian pra juga akan dirujuk mengikut Taksonomi Bloom iaitu aras
pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, penilaian dan reka cipta. Terdapat dua jenis ujian
iaitu ujian pra dan juga ujian pasca. Melalui ujian ini, perbandingan akan dibuat sebelum dan
selepas sesuatu intervensi dilaksanakan. Ujian pra dan pasca mestilah setara dan sama suasana
ujiannya seperti dilaksanakan pada tempoh masa yang sama walaupun pada tarikh yang
berbeza. Jika keputusan ujian pasca menunjukkan peningkatan berbanding dengan ujian pra,
maka objektif kajian telah tercapai.
5.2.2 Pemerhatian
Menurut Flick (2002), pemerhatian sebagai kaedah memungut data telah lama digunakan
dalam penyelidikan sosial. Instrumen pemerhatian diaplikasikan untuk menyokong hasil
dapatan kajian yang dijalankan. Pengkaji telah membuat pemerhatian terhadap setiap peserta
kajian bagi setiap sesi intervensi yang dijalankan. Pengkaji memfokuskan kepada perubahan
tingkah laku yang ditunjukkan oleh peserta kajian seperti tumpuan dan respon sepanjang sesi
intervensi. Tingkah laku positif yang ditunjukkan dapat menggambarkan pemahaman dan
penguasaan peserta kajian dalam topik Isra’ dan Mikraj menggunakan ‘Monopoli Bestari
Sirah’. Pengkaji telah menyediakan borang senarai semak berkaitan dengan perubahan tingkah
laku peserta kajian dari sudut perkembangan pembelajaran dan juga sikap untuk diperhatikan
sepanjang sesi intervensi berlangsung.
5.2.3 Temu bual
36
Pengkaji telah menggunakan instrumen temu bual untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam bagi setiap peserta kajian. Semasa sesi temu bual dijalankan, peserta kajian disoal
berkaitan dengan kesilapan yang telah dilakukan semasa menyelesaikan soalan pada lembaran
kerja yang diagihkan. Temu bual dilakasanakan adalah untuk mendapatkan pandangan dan
maklum balas daripada setiap peserta kajian mengenai penggunaan teknik permainan
‘Monopoli Bestari Sirah’ dalam meningkatkan penguasaan mereka dalam topik Isra’ dan
Mikraj. Data yang dikumpul hasil daripada semua sesi temu bual dipersembahkan secara
naratif iaitu dalam bentuk penceritaan semula berdasarkan kepada apa yang telah
ditranskripsikan daripada temu bual yang telah dijalankan.
5.3 Perancangan Cara Penganalisisan Data
Pengkaji menganalisis data kajian tindakan yang dikumpul dengan menggunakan cara
menganalisis data secara kualitatif. Data yang dianalisis secara kualitatif adalah data yang
berbentuk pemerhatian, temu bual, ujian pra dan pasca dengan melihat peningkatan markah
dan perubahan tingkah laku peserta kajian sebelum dan selepas intervensi kajian dilaksanakan.
Tujuan analisis data kajian ini dilaksanakan adalah untuk memastikan objektif yang digarap
mampu dicapai atau sebaliknya.
5.3.1 Ujian Pra dan Pasca
37
Ujian-ujian yang akan dijalankan merupakan ujian bertulis. Menerusi ujian bertulis, skor bagi
ujian bertulis pula ialah sebanyak 100 markah. Dalam ujian bertulis, pengkaji akan
menyediakan satu set soalan berkaitan dengan tajuk yang di ajar. Keputusan setiap ujian yang
dijalankan akan dicatat dan dikumpul bagi kegunaan penganalisisan yang seterusnya. Berikut
merupakan gred markah bagi ujian bertulis yang dilaksanakan tersebut.
Jadual 10 : Gred Ujian
Gred Tahap
A (80-100) Cemerlang
B (60-79) Baik
C (40-59) Sederhana
D (30-39) Lemah
E (0-29) Gagal
Berdasarkan kepada skor markah yang diperlolehi, pengkaji akan memperihalkan
secara diskriptif ujian pencapaian setiap peserta kajian.
5.3.2 Pemerhatian
38
Pengkaji telah menjalankan pemerhatian berstruktur dan tidak berstruktur semasa
menjalankan intervensi. Melalui pemerhatian tidak berstruktur, pengkaji akan membuat nota-
nota catatan terhadap setiap perlakuan yang dilakukan oleh peserta kajian. Hal ini bagi
memastikan setiap maklumat yang diperhatikan dapat dikumpul dan memudahkan proses
analisis.
Melalui pemerhatian berstruktur pula, pengkaji telah merekod perlakuan dan
pergerakan peserta kajian semasa menjalankan intervensi. Pengkaji juga akan menggunakan
senarai semak bagi memerhatikan tingkahlaku murid serta tahap penguasaan murid terhadap
tajuk yang dipelajari. Berikut merupakan analisis pemerhatian yang dijalankan dengan
menggunakan senarai semak.
5.3.3 Temu bual
Pengkaji akan menemu bual ketiga-tiga peserta kajian setiap kali sesi intervensi dijalankan.
Pengkaji akan merekod audio temubual bersama peserta kajian bagi memastikan setiap
maklumat yang diberikan oleh peserta kajian tidak tercicir dan tertinggal. Pengkaji perlu
menemu bual peserta kajian berhubung dengan perasaan mereka terhadap sesi intervensi yang
dijalankan, pendapat mereka terhadap pembelajaran Sirah, emosi, harapan, pandangan dan
sebagainya. Ianya bagi memberi maklumat kepada pengkaji tentang keberkesanan intervensi
yang dijalankan serta kesannya kepada peserta kajian. Dapatan temu bual akan ditranskrip
oleh pengkaji dan akan diperihalkan secara naratif bagi mengikut individu peserta kajian.
39
5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan
Pelaksanaan tindakan akan dirancang untuk memastikan kajian tindakan dapat dijalankan
dengan lancar mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Proses ini bermula dengan
refleksi yang dibuat terhadap proses pdp pengkaji semasa mengajar topik pecahan sehingga
penulisan laporan akhir kajian tindakan ini.
Bil Aktiviti Tarikh Pelaksanaan
1. Membuat refleksi pengajaran dan pembelajaran
berkaitan pengalaman mengajar sepanjang
tempoh berpraktikum.
Mac 2015
2. Menyediakan dan melaksanakan ujian diagnostik. Mac 2015
3. Menganalisis ujian diagnostik. Mac 2015
4. Menghantar draf pertama proposal kajian
tindakan.
Mac 2015
5. Menghantar draf proposal kajian tindakan. April 2015
6. Menghantar proposal akhir kajian tindakan. April 2015
7. Ujian Pra Julai 2015
8. Menjalankan sesi temu bual Julai 2015
9. Menjalankan sesi intervensi Julai 2015 – Ogos 2015
10. Ujian Pasca Julai 2015
11. Menjalankan temu bualselepas ujian pasca Julai 2015
12. Menulis laporan Julai 2015 – September 2015
40
13. Pembentangan dapatan kajian September 2015
5.4.1 Kos Kajian
Jadual 9 menunjukkan kos perbelanjaan untuk membina ‘Monopoli Bestari Sirah’ bagi kajian
tindakan ini.
Jadual 11 : Kos Perbelanjaan ‘Monopoli Bestari Sirah’
Bilangan Bahan Kuantiti x Harga Seunit
Jumlah Kos
1. Mounting Board 1 x RM4.00 RM 4.00
2. Bidak Monopoli 5 x RM0.50 RM 4.50
3. Kertas A4 Bewarna 5 x RM3.00 RM 15.00
4. Kotak Hadiah Kecil 1 x RM2.50 RM2.50
Jumlah RM 26.00
SENARAI RUJUKAN
Abdul Halim Mahmud (2001). Isra' dan Mikraj. Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.
Abu Kholid Marwan. (2009). Sirah Nabawiyyah 1 (Mutiara Perjalanan Mukmin). Batu Caves, Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid Sdn Bhd.
41
Ahmad Mohd Salleh (1995). Pendidikan Islam: Dinamika Guru. Shah Alam: Fajar Bakti.
Amaluddin Darus (1980). Israa-Mikraj dan Percobaan Manusia Ke Langit. Kuala Lumpur: Pustaka Abad.
Ariffudin Dzulkhefli (2011). Keberkesanan Penggunaan Kaedah Peta Konsep Dalam Meningkatkan Hafalan Fakta-Fakta Sirah Di Kalangan Murid Tahun 4, Tesis Kajian Tindakan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Che Normaryam Che Ismail (2013). Mengatasi Masalah Pembelajaran Sirah Nabawiyah: Peristiwa di Gua Hira' Murid Tahun Empat Mneggunakan Bestari Sirah. Tesis Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Chia Chiow Ming (2013). Penyelidikan Tindakan (Panduan Penulisan Laporan). Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn Bhd.
Dewan Bahasa Pustaka (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dilip Mukerjee (1996). Superbrain: Train Your Brain And Unleash The Genius Within By Using Memory Building, Mind Mapping, Speed Reading. United Kingdom: Amazon c.o.
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail (2010). Prosiding Seminar Penyelidikan Tindakan PISMP 2010. Kuala Terengganu, Terengganu: abatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail.
Jaafar Salleh (2006). Pengembaraan Rasulullah SAW Ke Alam Ghaib - Menyaksikan Peristiwa Aneh dan Ajaib. Selangor: Al-Hidayah Publishers.
Jalaluddin Al-Suyuthi, Ibnu Hajar Al-Asqalani (2009). Isra' Dan Mi'raj. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa.
Jamaluddin Muhammad ibn Mukarram ibn Ali (n.d.). Lisan al-'Arab. Lubnan. Beirut: Dar Sadir.
Mohd. Arif Hj. Ismail. (1996). Permainan dan Simulasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dalam Kalangan Guru-Guru dan Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah di Daerah Hulu Langat : Universiti Putra Malaysia
Mohammad Mustaqim Esa (2012). Meningkatkan Keupayaan Mengingat Peristiwa Isra' dan Mi'raj Bagi Murid Tahun 5 Mawar Menggunakan Pop Up Peta Minda. Tesis Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Muhammad Mutawali Sya'rawi (2007). As-Sirah An-Nabawiyah. Puchong, Selangor: Berlian Publications Sdn Bhd.
42
Muhammad Zulhilmi Daud (2011). Meningkatkan Kemahiran Mengingat Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim Di Malaysia Melalui Kaedah Peta Minda. Besut, Tesis Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan, Terengganu.
Osman Affan. (2011).“Teknik Memori Smart Study”. Selangor Darul Ehsan: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Nor Fatin Lauji (2013). Meningkatkan Keupayaan Mengingat Hukum Mad Asli Dalam Kalangan Murid Tahun Tiga Melalui Smart Tajwid. Tesis Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu.
Rosinah Edinin (2012). Penyelidikan Tindakan (Kaedah dan Penulisan) Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Wan Nor Farehah Wan Mohamad (2013). Kaedah 'D&W' Mempermudah Murid Tahun 5 Mneghafal Peristiwa Isra' dan Mikraj' Di Sekolah Kebangsaan Gong Kapas . Tesis Kajian Tindakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu
LAMPIRAN
43
top related