proposal hanis aqilah
Post on 29-Nov-2015
27 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
i – Creative
Oleh
HANIS AQILAH BT JOHARI.
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Penulisan pengenalan dalam Kajian Tindakan.
Peranan guru di dalam bilik darjah amat meluas dan tidak terhad kepada sesi pengajaran
semata-mata. Hal ini kerana, guru juga perlu memainkan peranan sebagai fasilitator
terutamanya bagi subjek Sains yang banyak melibatkan proses inkuiri penemuan. Selain itu,
guru seharusnya kreatif dalam pengajaran mereka supaya dapat menarik minat pelajar
terhadap proses pembelajaran. Peranan guru adalah penting untuk mewujudkan kreativiti di
dalam bilik darjah. Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) dalam Abu Sufian, (2001) telah
menyatakan bahawa; “ kreativiti di dalam bilik darjah boleh dan seharusnya memimpin
murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil bahagian dalam pengalaman dan
pengajaran.
Dalam seminar bertemakan “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh Bank Dunia,
UNICEF dan UNESCO (Siti Zuliana, 2005) dalam Yahaya ( 2011), kemahiran asas tidak lagi
terbatas kepada 3M ; Membaca, Menulis, Mengira, tetapi ditambahkan dua kemahiran lagi
iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik. Ini menunjukkan pendidikan
sedunia semakin mementingkan peningkatan kemahiran berfikir secara kreatif bagi
melahirkan individu yang kreatif di kalangan generasi masa kini.Justeru itu, menjadi
tanggungjawab pendidik sebagai ejen dalam dunia pendidikan untuk menerapkan elemen
kreativiti dalam amalan pengajaran mereka bagi menyediakan aktiviti pengajaran yang lebih
kreatif supaya dapat mengasah kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik dalam kalangan
murid.
Berdasarkan kenyataan di atas,pengkaji telah membuat keputusan untuk mencipta kreativiti
di dalam sesi pengajaran dengan menyediakan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang lebih
kreatif dan tidak merujuk kepada buku teks semata-mata.Fokus penerapan elemen kreativiti
ini adalah lebih kepada pengajaran Kemahiran Manipulatif Sains dan juga Kemahiran Proses
Sains untuk Tahun 3.Rasional tajuk ini dipilih adalah kerana kemahiran ini merupakan
tunjang dalam pengajaran sains yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun 3 sebelum
mereka melangkah ke Tahap Dua nanti.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Penyediaan aktiviti yang dipilih adalah berkaitan dengan Kemahiran Manipulatif dimana
murid perlu melakukan aktiviti tersebut bagi menguasai kemahiran yang ingin diajar oleh
guru. Fungsi utama aktiviti ini adalah untuk mengubah amalan guru yang kebiasaannya
mengajar tajuk Kemahiran Manipulatif secara terus tanpa menyediakan aktiviti yang
menarik untuk dilakukan oleh murid.Dengan menerapkan elemen kreativiti menerusi
aktiviti “Bubling Explosion’ ini, guru akan berupaya untuk menarik minat murid untuk belajar
sekaligus mengasah kemahiran berfikir kerana mereka perlu menyatakan ramalan awal dan
juga kesimpulan daripada aktiviti tersebut selain daripada perlu melakukan amali Kemahiran
Manipulatif seperti menggunakan, membersihkan dan menyimpan alat radas.
Selain itu, bagi kitaran kedua pula pengkaji akan menyelesaikan isu yang timbul bagi
kitaran pertama dengan mengubah amalan guru melalui aspek penyediaan bahan bantu
mengajar pula.Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajar
memahami isi pengajaran. Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapat membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai daya kreativiti, bijak
memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agar ianya berkesan.
Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahami pengajaran guru, namun
keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah penting tidak kira sama ada bahan yang
digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik.
Untuk menghasilkan BBM yang sesuai, ianya perlu menepati ciri-ciri seperti besar dan
jelas, warna yang menarik, saiz yang tepat, tahan lama dan murah , ( Kamarul Azmi dan
Abdul Halim , 2007) . Oleh itu , pengkaji telah merancang untuk menyediakan BBM “Magnet
Gergasi’ sebagai salah satu BBM dalam mengubah amalan guru dengan menggunakan elemen
kreativiti dalam p&p.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
1.2 Refleksi amalan Pengajaran dan Pembelajaran.
Setelah menjalani sesi praktikum selama 3 bulan di Lubuk Kawah, saya mendapati
terdapat beberapa amalan saya yang perlu diubah bagi mengajar subjek Sains ini. Hal ini
berlaku kerana beberapa faktor seperti:
Saya kurang menyediakan aktiviti yang menarik di dalam sesi pengajaran sehingga
murid kurang berminat dengan isi pengajaran guru.
Saya tidak memberikan peluang kepada murid untuk melakukan aktiviti secara hands
on.
Akibat daripada amalan yang sedemikian, terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang
sesi pengajaran berlangsung seperti:
Murid cenderung untuk melakukan tingkah laku distruptif disebabkan mereka bosan
dengan pengajaran saya.
Saya lebih terikat dengan pengajaran berbentuk tradisional seperti menggunakan
buku teks sahaja sebagai sumber pengajaran
Sesi pengajaran tidak meyeronokkan untuk dilalui oleh guru dan juga murid-murid
kerana tiada unsur kreativiti diterapkan oleh guru.
Murid tidak dapat menguasai sesuatu konsep sains dengan baik kerana saya kurang
menyediakan aktiviti berpusatkan murid.
Masalah ini dikukuhkan lagi dengan hasil pencapaian murid yang kurang memuaskan pada
peperiksaan OTI dimana seramai 70 % murid mendapat B dan C dan juga kebanyakan murid
gagal menerangkan kembali konsep yang diajar oleh saya setelah 3 minggu pengajaran
dijalankan.
Oleh itu, saya telah melakukan refleksi pengajaran dan mendapati bahawa amalan guru
akan dapat ditambahbaik sekiranya elemen kreativiti diterapkan di dalam bilik darjah
terutama sewaktu pengajaran subjek Sains sekaligus akan memberi impak kepada murid-
murid untuk terlibat sepenuhnya dalam proses pengajaran.Hal ini disokong oleh Atan Long
(1978) dalam Zainuddin ( 2011) yang menyatakan bahawa untuk menghasilkan pengajaran
yang baik keupayaan guru penting untuk merangsangkan murid supaya menimbulkan minat
mereka melibatkan diri di dalam proses pembelajaran.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kreativiti bermaksud kebolehan mencipta dan
secara umumnya, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau
tindakan baru.( BPG, 2012).Kreativiti merupakan nilai yang dipegang oleh pengkaji kerana
tanpa kreativiti, seseorang guru tidak akan mampu melahirkan murid-murid yang memiliki
minda kelas pertama. ( Yahaya, 2011). Elemen ini juga merupakan pegangan yang dizahirkan
oleh kerajaan menerusi tema Hari Guru pada tahun 1993 dan 1994 iaitu Guru Inovatif dan
Kreatif Menjayakan Wawasan. Manakala tema Hari Guru 2003 pula Guru Berkualiti Aspirasi
Negara (Utusan Malaysia, 2003). Ini menunjukkan betapa kerajaan menggalakkan guru-guru
untuk menjadi seorang yang kreatif dalam menjalankan tugas mendidik anak bangsa.
Hal ini disokong oleh Pelan Induk Pendidikan (PIPP) 2010 yang memberikan penekanan
untuk membangunkan modal insan yang kreatif dan inovatif bagi memenuhi keperluan
Negara abad ke-21.Pelaksanaan aspek kreativiti ini amat penting dalam bidang pendidikan
terutamanya kepada guru kerana guru merupakan ejen untuk menentukan pencapaian murid-
murid terutamanya di sekolah rendah.
Menurut Mohamad Shatar Sabran ( 2006), sifat kreatif akan membawa kepada penerokaan
baru melalui pemikiran yang lebih luas.Daya kreatif yang tinggi merujuk kepada sifat
mencari sesuatu kelainan dalam menjalankan tugas dan peranan sebagai pendidik.Ini
bertepatan dengan objektif kajian yang telah digariskan oleh pengkaji iaitu untuk mencari
kelainan dalam proses pengajaran dengan menerapkan kaedah i-Creative dalam penyediaan
aktiviti dan bahan bantu mengajar.
Menyedari akan pentingnya aspek kreativiti ini dalam menambahbaik amalan guru, pengkaji
telah mengambil inisiatif untuk menerapkan elemen ini di dalam pengajaran yang akan
dilakukan pada fasa internship sekaligus ingin mengkaji apakah isu-isu yang akan timbul
apabila aspek kreativiti ini diterapkan nanti.
Merujuk kepada tafsiran kreativiti iaitu menggunakan penghasilan idea baru (Yayasan
Inovasi Malaysia, 2010) , pengkaji telah memikirkan aspek kreativiti yang ingin diterapkan
adalah melalui kepelbagaian idea dalam menjalankan aktiviti pembelajaran yang tidak pernah
dilakukan oleh pengkaji sebelum ini.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Kepelbagaian aktiviti ini dikatakan memiliki elemen kreativiti kerana ianya berbeza
daripada corak pengajaran yang biasa dilaksanakan oleh pengkaji kerana sebelum ini,
pengkaji telah melaksanakan pengajaran hanya berpandukan buku teks dan buku rujukan
semata-mata tanpa cuba mencipta aktiviti lain yang lebih menyeronokkan.Pengkaji percaya
bahawa,dengan menggunakan idea baru di dalam penyediaan aktiviti pembelajaran, proses
pengajaran guru yang berbentuk tradisional dan membosankan akan dapat ditambahbaik
sekaligus membantu murid untuk lebih memahami konsep sains yang dipelajari.
Walaupun terdapat jurang yang besar diantara pegangan yang dipegang oleh pengkaji
dengan amalan pengajaran yang telah dijalankan sebelum ini, pengkaji berharap agar pada
kajian yang akan dijalankan pada fasa terakhir ini, amalan guru dapat ditambahbaik dengan
nilai kreativiti yang dipegang oleh pengkaji selama ini seperti yang dinyatakan oleh Brophy
dan Good dalam Shahril (2001), keberkesanan sesuatu pengajaran bergantung kepada
kepelbagaian cara memperkenalkan sesuatu isi pelajaran. Di samping itu ianya harus meliputi
penyampaian guru, perbincangan dan soal jawab.Oleh itu, pengkaji akan menekankan kepada
keberkesanan pengajaran itu sendiri melalui kepelbagaian cara dan aktiviti hasil daripada
penerapan elemen kreativiti tersebut.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
2.0 FOKUS KAJIAN.
Berdasarkan pengalaman mengajar subjek Sains di 3 buah sekolah sebelum ini, pengkaji
mendapati kebanyakan guru lebih cenderung untuk merujuk kepada buku teks semata-mata
dan tidak terkecuali diri saya sendiri.Oleh itu, bagi fasa kajian ini, pengkaji ingin memberi
fokus kepada penyediaan aktiviti-aktiviti baru yang menjana kreativiti guru agar pengajaran
tidak membosankan serta dapat mengubah amalan guru yang lebih berpusatkan pengajaran
tradisional selama ini.
Antara sebab utama pengkaji memilih elemen kreativiti ini adalah kerana elemen ini bersifat
universal dan tidak perlu berfokus kepada mana-mana topik asalkan guru tersebut
menyediakan sesuatu aktiviti baru yang berbeza daripada kebiasaan, ianya telah disebut
sebagai kreativiti di dalam pengajaran. Selain itu, elemen kreativiti ini juga merupakan nilai
yang ingin diterapkan oleh pengkaji kerana elemen ini menggalakkan murid berfikir,
berbincang, membuat rujukan, menyediakan nota dan menghasilkan tugasan sekaligus akan
menggalakkan percambahan idea dan dapatan baru yang melibatkan unsur-unsur kreativiti
dan inovasi di kalangan murid.
Hal ini disokong oleh penyataan yang dikeluarkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin
Yassin, dalam majlis Perhimpunan Khas Guru Malaysia pada 3 November lepas bahawa;
"Guru perlu meneliti semula amalan bilik darjah yang sesuai dengan ciri serta situasi murid
sekarang.Kreativiti dan inovasi amat dituntut untuk melahirkan generasi murid berfikiran
kelas pertama dalam abad ke-21 ini untuk bersaing dalam abad penuh cabaran ini kita tiada
pilihan kecuali meningkatkan keupayaan kreativiti dan inovasi. Dalam senario ini tugas guru
semakin mencabar." ( Utusan Melayu, 2012).
Berdasarkan fokus kajian yang telah diterangkan , terdapat 5 aspek yang perlu
dipertimbangkan oleh pengkaji dalam menjalankan kajian tindakan ini.Antaranya ialah, aspek
kebolehtadbiran, kepentingan, kebolehgunaan, kawalan, kolaborasi dan kerelevenan
kepada pihak sekolah.Penerangan tentang aspek-aspek tersebut adalah seperti berikut :
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
2.1 Kebolehtadbiran.
Kebolehtadbiran ini merujuk kepada bagaimana pengkaji dapat mengawal pengajaran yang
dikendalikan semasa intervensi sedang dijalankan dan instrumen yang digunakan dapat
ditadbir dengan baik sewaktu pengkaji ingin mendapatkan data.Oleh kerana elemen yang
ingin diterapkan adalah agak umum, pengkaji perlu peka dengan silibus sains dan konsep
yang ingin diajar bagi sesuatu tajuk sebelum mengajar supaya aktiviti yang disediakan masih
mencakupi silibus sains sekolah rendah.
Bagi mentadbir instrumen yang akan digunakan pula, pengkaji akan menyediakan soal
selidik yang dapat difahami oleh kumpulan sasaran serta data yang dikutip dapat dianalisis
dengan tepat.Soal selidik yang digunakan adalah mengenai pendapat mereka tentang aktiviti
yang telah saya jalankan dan juga nilai kreativiti yang saya terapkan di dalam bilik darjah
sewaktu sesi pengajaran berlangsung.
2.2 Kepentingan
Walaupun nilai kreativiti ini agak dipandang remeh oleh segelintir pihak, ianya merupakan
salah satu elemen yang mula ditekankan oleh pihak kementerian pelajaran dan bermula pada
tahun 2010, kurikulum KSSR diperkenalkan yang merangkumi nilai kreativiti dan inovasi
merentas kurikulum sebagai salah satu modul utama KSSR.
Antara kepentingan nilai kreativiti ini di dalam pengajaran adalah, dapat menyediakan
suasana yang menyeronokkan di dalam pengajaran sains dan nilai ini juga tidak terhad kepada
subjek Sains semata-mata kerana menerusi implementasi KSSR di sekolah, semua subjek
telah diterapkan dengan elemen kreativiti ini.
Kepentingan yang seterusnya ialah, dengan menyediakan aktiviti ataupun abm yang bersifat
kreativiti ini, pengkaji akan dapat meransang murid untuk lebih berfikir secara kritis dan
kreatif sera menggalakkan mereka untuk lebih cepat memahami konsep sains yang diajar oleh
pengkaji.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
2.3 Kebolehgunaan.
Oleh kerana kaedah i-Creative yang ingin diterapkan oleh pengkaji adalah aspek nilai
kreativiti yang merentas semua jenis kurikulum, kebolehgunaan kaedah ini tidak perlu diragui
lagi kerana semua subjek di sekolah boleh menggunakan elemen kreativiti ini di dalam proses
pembelajaran.Kebolehgunaan aspek ini adalah bergantung kepada diri guru itu sendiri kerana
apabila guru bersedia untuk mencipta kelainan di dalam proses pengajaran mereka, secara
automatik mereka akan menyediakan aktiviti yang menarik dan berbentuk kreativiti kepada
murid-murid.
2.4 Kawalan.
Kaedah i-Creative yang digunakan akan dapat dikawal sepanjang proses pengajaran
berlangsung kerana pengkaji akan membahagikan murid ke dalam kumpulan kecil bagi setiap
aktiviti yang disediakan dan pengkaji juga akan memastikan murid-murid memahami arahan
yang diberikan agar mereka tidak menimbulkan sebarang masalah sewaltu proses pengajaran
berlangsung.Selain itu, pengkaji juga akan bertindak sebagai fasilitator sepanjang aktiviti
dijalankan agar elemen kreativiti ini dapat diaplikasikan juga kepada murid-murid kerana
mereka akan meneroka setiap tugasan yang diberikan secara berkumpulan dan berfikir secara
kreatif dan kritis.
2.5 Kolaborasi
Kaedah ini tidak memerlukan kolaborasi daripada guru-guru lain kerana pengkaji akan
menyediakan aktiviti ini secara bersendirian bagi menerapkan elemen kreativiti di dalam
setiap aktiviti yang disediakan.Selain itu, dengan menggunakan kaedah i-Creative ini,
pengkaji akan menyediakan abm dan aktiviti yang mudah dikendalikan serta sesuai dengan
tahap kognitif murid agar pengkaji tidak perlu meminta bantuan guru-guru lain untuk sama-
sama menjayakan proses pengajaran.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
2.6 Kerelevanan kepada pihak sekolah.
Proses pengkaji menjalankan kajian ini adalah selama 1 bulan dan berfokus kepada subjek
Sains sahaja.Berdasarkan aspek kerelevanan kepada pihak sekolah, pengkaji tidak akan
menghadapi sebarang masalah dengan subjek dan agihan masa yang diberikan oleh pihak
sekolah kerana pada fasa internship nanti, pengkaji tidak perlu mengajar pelbagai kelas dan
hanya perlu berfokus kepada kajian ini sahaja..Selain itu, kajian ini juga akan dapat digunakan
oleh pihak sekolah secara umum dan guru-guru Sains secara khususnya kerana elemen
kreativiti yang ingin diterapkan oleh pengkaji menerusi kaedah i-Creative adalah merentas
kurikulum
Memang tidak dinafikan elemen kreativiti ini agak sukar diaplikasikan oleh guru-guru
kerana mereka beranggapan untuk menyediakan sesuatu aktiviti yang menarik dan kreatif,
ianya memakan masa dan tenaga namun perkara tersebut dapat diatasi sekiranya guru-guru
bersedia untuk berfikir di luar kotak kerana aktiviti yang kreatif ini sebenarnya lebih mudah
dan menyeronokkan berbanding hanya belajar dengan menggunakan buku teks semata-mata.
Fokus kajian yang ingin diterokai oleh pengkaji pada kali ini adalah menambahbaik
pengajaran guru yang sedia ada dengan mengaplikasikan kaedah i-Creative dan
mengenalpasti isu-isu yang timbul menerusi pelaksanaan kaedah ini. Oleh kerana elemen
kreativiti ini ditekankan menerusi kurikulum KSSR, pengkaji telah memilih untuk melakukan
kajian penambahbaikan pengajaran untuk Tahun 3 menerusi beberapa tajuk pengajaran yang
akan diajar kelak.Selain itu, fokus elemen kreativiti yang ingin diterapkan oleh pengkaji pada
kajian kali ini adalah menerusi penyediaan aktiviti dan bahan bantu mengajar yang kreatif
oleh pengkaji bagi menambahbaik pengajaran yang sedia ada.
Bagi membuktikan masalah pengajaran guru ini benar-benar wujud sebelum ini, pengkaji
telah membuat pemerhatian terhadap respons yang diberikan oleh murid-murid sewaktu sesi
pengajaran sedang berlangsung dan melakukan refleksi kendiri setelah bagi mengenalpasti
kaedah pengajaran terbaik untuk menambahbaik pengajaran yang sedia ada. Pengkaji
mendapati amalan guru ini dapat diperbaiki sekiranya aktiviti yang disediakan dapat menarik
minat murid sekaligus dapat memotivasikan guru untuk mengajar dengan baik di dalam kelas.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
2.7 Tinjauan Literatur.
Bahagian ini membincangkan tentang dapatan daripada sumber-sumber tertentu yang telah
dikupas dengan mendalam bagi topik berkaitan untuk menyokong kajian yang telah
dijalankan.
KREATIVITI.
Penyelidikan tentang elemen kreativiti telah lama dilakukan oleh para penyelidik.Menurut
Leonard M.S et al (1996, m.s. 47) telah menyatakan bahawa; “ kreativiti di dalam bilik darjah
boleh dan seharusnya memimpin murid-murid supaya lebih berminat dan mengambil
bahagian dalam pengalaman dan pengajaran.
Selain itu, Dalam seminar bertemakan “Education For All” 1990 yang dianjurkan oleh
Bank Dunia, UNICEF dan UNESCO (Siti Zuliana, 2005) dalam Yahaya ( 2011), kemahiran
asas tidak lagi terbatas kepada 3M ; Membaca, Menulis, Mengira, tetapi ditambahkan dua
kemahiran lagi iaitu kemahiran berfikir secara kreatif dan kemahiran saintifik.
Yahaya (2011) dalam kajian beliau tentang Faktor-faktor Yang Mendorong Kreativiti
dalam pelajar ijazah pendidikan juga menyatakan bahawa beliau memegang nilai Kreativiti
dalam pendidikan kerana tanpa kreativiti, seseorang guru tidak akan mampu melahirkan
murid-murid yang memiliki minda kelas pertama.
Muhamad Shatar pula menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk ” Tip Pendidik
Cemerlang” pada halaman 24 , pendidik yang kreatif suka mencuba pendekatan baru dan
menarik dalam menyampaikan ilmu dan elemen kreativiti ini bergantung kepada dirinya
sendiri kerana apabila individu tersebut yakin dirinya kreatif, ia akan benar-benar menjadi
seorang yang kreatif, Abdullah Hasssn dan Ainon ( 2005).
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
PENGAJARAN BERKESAN.
Menurut Ee Ah Meng (1997) , pengajaran ialah proses penyampaian kemahiran, ilmu
pengetahuan, sikap dan nilai. Proses atau aktiviti yang dilakukan bagi membolehkan murid-
murid menghasilkan sesuatu yang berfaedah untuk diri mereka dan menghargai apa yang
mereka lakukan (Kamarudin, 1990).
Pengajaran merupakan suatu aktiviti yang ditujukan kepada pelajar-palajar dengan tujuan
membawa perubahan tingkah laku di kalangan mereka.Oleh itu, guru-guru perlulah
merancang satu siri aktiviti pembelajaran yang akan membawa kepada perubahan-perubahan
yang diingini.
Manakala,pengajaran berkesan pula meliputi kepelbagaian kaedah yang digunakan dalam
p&p seperti yang dinyatakan oleh Brophy dan Good dalam Shahril (2001), keberkesanan
sesuatu pengajaran bergantung kepada kepelbagaian cara memperkenalkan sesuatu isi
pelajaran.
KEPENTINGAN AKTIVITI & BBM .
Mok Soon Sang (1996, m.s 58), mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar
dalam proses pengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru
menyampaikan pengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yang
disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Manakala isi
kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajar.Hal ini disokong
oleh Abu Sufian ( 2001) yang menyatakan bahawa, seseorang guru harus mahir mengenal
pasti, membuat keputusan untuk memilih ABM yang berkesan dan mengoptimumkan sumber
untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang. Ini kerana penggunaan ABM amat
penting kepada guru bagi membantu mereka menyampaikan pelajaran dan memastikan
pelajar dapat menguasai ilmu yang disampaikan.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
3.0 OBJEKTIF KAJIAN.
3.1 Objektif umum
a) Untuk melakukan penambahbaikan di dalam amalan pengajaran guru menerusi
penerapan elemen kreativiti di dalam bilik darjah.
3.1.1 Objektif khusus.
a) Untuk mengubah pengajaran guru melalui kaedah i-Creative di dalam bilik darjah.
b) Mengenalpasti isu yang timbul daripada penggunaan kaedah i-Creative di dalam bilik
darjah.
3.2 Persoalan kajian :
a) Apakah tindakan yang dapat guru laksanakan untuk menambahbaik pengajaran yang
sedia ada?
b) Adakah terdapat isu yang timbul daripada pengajaran guru berbentuk kreativiti?
4.0 KUMPULAN SASARAN.
Kumpulan sasaran yang akan dipilih oleh pengkaji adalah merangkumi murid-murid tahun
3 Bestari di sekolah SK Lubuk Kawah yang berjumlah 37 orang. Murid-murid ini terdiri
daripada 18 orang murid lelaki dan 19 orang murid perempuan dan mereka memiliki
pencapaian yang sederhana di dalam subjek Sains.Rasional saya memilih mereka untuk
menjadi responden pada kali ini ialah mereka lebih terdedah dengan aspek pembelajaran
kreativiti menerusi kurikulum KSSR dan saya dapat menyediakan pelbagai aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap kognitif mereka.Selain itu, rasional yang kedua adalah kerana saya
ingin menyediakan proses pembelajaran yang menarik supaya mereka akan lebih gembira
untuk belajar subjek Sains di Tahap Dua nanti.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN.
5.1 Perancangan tindakan.
Kajian tindakan yang akan dijalankan ini adalah bersifat kualitatif iaitu, pengkaji memilih
fokus kajian berkaitan dengan nilai kreativiti yang akan diterapkan untuk mengubah amalan
pengajaran guru sebelum ini.Bagi merancang kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih
Model Penyelidikan Stephen Kemmis kerana model ini mempunyai 2 gelungan tindakan dan
terdiri daripada empat langkah iaitu :
Perancangan.
Tindakan
Pemerhatian
Refleksi
Semak semula perancangan.
Selain itu, pengkaji juga memilih model ini kerana ia menggalakkan guru membuat
kajian refleksi terhadap pengajaran dan ianya bersesuaian dengan konsep kajian yang ingin
dijalankan iaitu berfokuskan perubahan amalan guru dalam proses pengajaran.
Model ini juga lebih khusus dalam membentuk perancangan kajian tindakan kerana ianya
mempunyai langkah dan juga gelungan dimana apabila gelungan 1 telah selesai, pengkaji
boleh terus memasuki gelungan kedua berdasarkan refleksi pada gelung yang pertama.Oleh
yang demikian, isu yang timbul pada gelung ataupun kitar 1 akan dapat diselesaikan pada
kitar kedua.Jika masalah ataupun isu lain masih timbul pada kitar kedua, kajian ini dapat
diteruskan lagi dengan pengkaji memberikan cadangan penambahbaikan jika kajian lanjutan
ingin diadakan.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
GELUNG 1.
Proses kajian tindakan ini bermula dengan guru membuat refleksi ke atas satu-satu isu
pengajaran dan pembelajaran yang hendakditangani.
Kemudian guru itu menyediakan satu pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah
yang dihadapinya.
Seterusnya guru melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses
pelaksanaannya guru perlu memerhati kemajuan tindakan yang dihasilkan.
GELUNG 2.
Model Stephen Kemmis.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Kitaran 2 ini adalah berlanjutan daripada kitaran gelung 1 dimana apabila masalah
pada gelung 1 tidak dapat diselesaikan, pengkaji akan meneruskan tindakan kepada
gelung kedua dengan mereflek kembali masalah yang timbul dari gelung 1.
Pengkaji akan merancang semula tindakan untuk mengatasi masalah tersebut dan
menjalankan tindakan serta memerhati respons yang diberikan.
Setelah itu, refleksi akhir dijalankan untuk mengetahui isu yang timbul dan ianya
menjadi bahan inkuiri yang berterusan.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Berdasarkan model yang telah dikemukakan oleh Stephen Kemmis, saya telah
merangka perancangan tindakan saya yang meliputi dua kitaran seperti di bawah.
1)PERANCANGAN.
-Saya tidak berpuas hati dengan kaedah pengajaran yang biasa digunakan di dalam proses pengajaran dan merancang untuk menyediakan aktiviti yang lebih kreatif dalam proses pengajaran.
2)TINDAKAN
-Tindakan yang akan saya jalankan adalah menyediakan aktiviti “Bubling Explosion” untuk pengajaran
Kemahiran Manipulatif Tahun 3.
3)PEMERHATIAN
-Saya akan melibatkan diri dengan melakukan pemerhatian kepada
respon yang diberikan oleh murid-murid
dengan menggunakan senarai semak semasa
aktiviti dijalankan.
4)REFLEKSI.
- Refleksi akan dijalankan dengan menemubual murid-murid setelah pengajaran dijalankan.
GELUNGAN KEDUA.
GELUNG 1
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
1)PERANCANGAN SEMULA.
-Guru akan merancang semula aktiviti
berdasarkan masalah yang didapati pada
kitaran pertama.
- Cadangan kaedah untuk kitaran kedua adalah dengan menyediakan
bahan bantu mengajar yang sesuai didalam
tajuk kemahiran Proses Sains.
2) TINDAKAN.
- Guru akan menjalankan tindakan kedua iaitu
dengan mencipta Magnet Gergasi bagi mengajar
tajuk pengelasan.
3) PEMERHATIAN.
-Pemerhatian ini akan dijalankan semasa proses pengajaran sedang berlangsung.
4)REFLEKSI
-Guru akan membuat refleksi dan mengenalpasti masalah pengajaran yang timbul.
GELUNG 2.
Sambungan dari gelung 1.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
5.1.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN UNTUK KAJIAN TINDAKAN.
Pengkaji telah menyediakan dua rancangan pengajaran harian untuk menjalankan kajian
pada gelung 1 dan juga pada gelung kedua. RPH pada kitaran 1 adalah mengenai tajuk
Kemahiran Manipulatif Tahun 3 dan tajuk bagi kajian kitaran kedua adalah Kemahiran Proses
Sains Tahun 3.
Rasional pemilihan tajuk ini adalah bertepatan dengan elemen kreativiti yang ingin dikaji
oleh pengkaji iaitu samada guru dapat mengubah amalan pengajaran sedia ada dengan
menyediakan aktiviti yang lebih kreatif di dalam pengajaran bagi mengajar Kemahiran
Manipulatif dan juga Kemahiran Proses Sains.
Bagi mendapatkan data sepanjang proses pengajaran berlangsung, pengkaji akan
menggunakan beberapa instrument seperti senarai semak, pemerhatian dan juga soal
selidik.Pengkaji juga akan mendapatkan bantuan daripada rakan bagi merakam tingkah laku
murid dengan menggunakan perakam video.
Rancangan pengajaran harian yang akan digunakan oleh pengkaji adalah seperti di
LAMPIRAN A.
6.0 PERANCANGAN PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Untuk mengumpul data, pelbagai kaedah dapat digunakan namun ianya bergantung kepada
kesesuaian alat yang digunakan agar data yang diperolehi adalah berkualiti dan tidak dapat
dipertikai lagi.Selain itu, dalam usaha untuk hendaklah tidak mengabaikan bahan-bahan yang
sedia ada seperti rekod prestasi murid, hasil kerja, kertas jawapan, peperiksaan, pekeliling
dan dokumen lain yang berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru.
Antara teknik pengumpulan data yang dapat digunakan adalah seperti pemerhatian,
menggunakan alat perakam, mengambil gambar, senarai semak, rekod anekdot dan juga soal
selidik.Hasil kerja murid seperti lembaran kerja dan projek juga perlulah disimpan sebagai
dokumen yang perlu dianalisis bagi mendapatkan data tentang kajian yang dijalankan.Analisis
hasil kerja murid ini juga penting untuk mendapatkan maklum balas secara tidak langsung
tentang hasil kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji.
6.1 KAEDAH MENGUMPUL DATA.
6.1.1 PEMERHATIAN.
Pemerhatian merupakan suatu aktiviti lumrah dalam proses pengajaran pembelajaran.
Seorang guru sentiasa memerhati reaksi muridnya untuk memastikan komunikasi berlaku
antara guru dengan murid serta antara murid dengan murid. Pemerhatian juga membantu guru
menentukan kesediaan dan penerimaan murid terhadap pengajarannya. Melalui pemerhatian
yang terancang dan sistematik, banyak data yang pelbagai dan berguna dapat diperolahi untuk
membantu penyelidikan tindakan dalam pendidikan .
Kaedah pemerhatian ini biasanya digunakan dengan meluas di dalam kajian kualitatif
kerana kaedah ini hanya memerlukan pengkaji untuk memerhatikan respons yang diberikan
oleh murid-murid dan mencatat hasil pemerhatian tersebut dengan menggunakan pen dan
kertas.Walaupun begitu,kaedah ini juga agak mencabar kerana pengkaji perlu peka dengan
tingkah laku yang ditunjukkan serta perlu adil dalam merekod pemerhatian tersebut.
6.1.2 MENGGUNAKAN ALAT PERAKAM VIDEO
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Untuk mengelakkan sebarang kesilapan dalam melakukan pemerhatian dalam kajian yang
dijalankan, pengkaji boleh menggunakan alat perakam seperti video kamera bagi merakam
segala respons yang ditunjukkan oleh responden sepanjang kajian dijalankan.Kelebihan
menggunakan alat perakam video ini juga adalah, pengkaji dapat melihat kembali keseluruhan
proses yang berlaku sepanjang kajian berjalan sekaligus dapat memperolehi data-data penting
secara tepat kerana proses tersebut dapat dilihat berulang kali.
6.1.3 PENGGUNAAN FOTO SEBAGAI ALAT PENGUMPULAN DATA.
Gambar foto merupakan suatu media yang amat berkesan untuk merekodkan perlakuan atau
keadaan fizikal secara holistik. Foto juga dapat menonjolkan “body language” terbayang oleh
sasaran dikaji tetapi terabai oleh pemerhati kerana pada ketika itu dianggap sebagai tidak
signifikan. Foto juga dapat dijadikan bukti konkrit sewaktu penulisan kajian kerana ianya
dapat dilampirkan bersama hasil dapatan kajian berbanding data secara audio mahupun video.
Walaupun foto dapat dijadikan bukti yang konkrit, pengkaji perlu bijak memiih gambar yang
bersesuaian agar bukti yang dilampirkan adalah menjawab persoalan kajian serta tidak
memerlukan banyak penerangan daripada pengkaji.
6.1.4 TEMUBUAL.
Temubual atau temu ramah adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau
persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temubual,
pengkaji dapat memahami mengapa seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan
tertentu.Kaedah temubual ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu temubual berstruktur, tidak
berstruktur dan separa berstruktur seperti dibawah :
Berstruktur
Soalan-soalan yang ditujukan telah dirancang secara rapi dan teratur supaya respons
yang spesifik diperolehi.
Tidak berstruktur
Memulakan dengan suatu ransangan umum, sasaran dikaji digalakkan memberi
respons secara bebas, soalan-soalan lanjutan dirangka mengikut keperluan semasa.
Separuh struktur
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Temubual jenis ini mengabungkan dua jenis yang awal.
Proses temubual ini boleh melibatkan responden secara individu mahupun
berkumpulan namun pengkaji perlu menitikberatkan etika dan juga situasi semasa
temubual dijalankan agar jawapan yang ikhlas dan benar dapat diperolehi.
6.1.5 SOAL SELIDIK
Soal selidik merupakan sejenis temubual berstruktur yang dijalankan secara
bertulis. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu
pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang
ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Ia mudah
dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran yang besar dan sekiranya penilaian
kuantitatif diperlukan untuk refleksi kemudian.
Untuk merangka soal selidik, bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira
tahap kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataan-perkataan
yang digunakan hendaklah disemak agar tidak mengelirukan responden.Semasa
mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden hendakalah dijamin untuk data yang
boleh dipercayai seperti tidak meminta nama responden sewaktu soal selidik
dijalankan.
6.1.6 SENARAI SEMAK.
Melalui senarai semak, penyelidik dapat meninjau kewujudan perlakuan-
perlakuan tertentu berdasarkan senarai perlakuan yang ditetapkan mengikut kriteria
fokus penyelidikan. Di samping itu, ia dapat mengukur kekerapan sesuatu perlakuan
ditunjukkan oleh kumpulan sasaran yang dikaji.
Selain itu, penggunaan senarai semak juga akan membantu pengkaji untuk
menyenaraikan keperluan kajian dengan tepat kerana senarai semak perlu disediakan
berdasarkan persoalan kajian yang ingin dikaji agar data yang dikumpulkan
mencakupi aspek yang ingin dikaji.
6.1.7 JADUAL PENGUMPULAN DATA.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Terdapat pelbagai alat yang digunakan oleh pengkaji dalam mengumpul data.
Antaranya ialah seperti Jadual 1.0 dibawah :
PERANCANGAN –SENARAI SEMAK PENGUMPULAN DATA.
BIL BUKTI/DATA YANG
DIKUMPUL
( / ) BAGAIMANA DAN BILA
1 Pemerhatian luaran / Pemerhatian luaran akan dilakukan sewaktu proses
pengajaran kerana kajian berfokus kepada amalan yang
ingin diubah oleh guru di dalam kelas.Pemerhatian ini
dibantu dengan senarai semak dan juga alat perakam video.
2 Analisis dokumen / Analisis dokumen akan melibatkan analisis lembaran kerja
dan juga projek yang dihasilkan oleh murid.Lembaran kerja
dan projek ini adalah untuk menilai kefahaman murid
terhadap proses pengajaran guru setelah aktiviti dijalankan.
3 Senarai semak / Senarai semak digunakan oleh pengkaji sewaktu murid
menjalankan aktiviti yang diminta oleh guru.Hasil dapatan
daripada senarai semak dianalisis supaya pengkaji dapat
mengesan kelemahan bagi setiap item yang telah
ditetapkan.Antara item yang dinilai di dalam senarai semak
adalah :
a) murid menunjukkan tingkah laku yang baik sewaktu
aktiviti dijalankan.
b) Murid dapat bekerjasama dalam kumpulan.
d) Menilai aspek kemahiran Manipulatif Sains dalam
kalangan murid.
(Rujuk LAMPIRAN B)
4 Soal selidik / Soal selidik diberikan oleh guru setelah kajian dijalankan
kepada murid-murid untuk mengkaji isu yang timbul.Antara
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
aspek yang dinilai sewaktu soal selidik dijalankan adalah :
Perasaan murid terhadap aktiviti yang dijalankan
Isu yang timbul sewaktu pengkaji menjalankan
kajian.
(Rujuk LAMPIRAN C)
5. Rakaman video dan
foto.
/ Rakaman video diambil semasa proses pengajaran
dijalankan manakala foto pula akan dijadikan bukti untuk
dilampirkan di dalam penulisan kajian.Rakaman video ini
akan diambil oleh pihak lain yang diminta oleh pengkaji
bagi membantu pemerhatian sewaktu kajian dijalankan.
Jadual 1.0 Perancangan cara pengumpulan data.
Perancangan cara pengumpulan data yang dinyatakan adalah sesuai dengan objektif
kajian yang ingin dikaji kerana ianya melibatkan proses pengajaran di dalam bilik darjah dan
mudah diselia oleh guru.
Antara aspek yang perlu diperhatikan oleh pengkaji sewaktu mengumpul data adalah,
pengkaji perlu peka dengan instrument yang digunakan dari segi kesesuaian soalan yang
dikemukakan dan juga bilangan soalan tidak melebihi 10 item agar persoalan kajian yang
digariskan pada peringkat awal kajian dapat dijawab dengan tepat.
Pengumpulan data juga penting kerana data yang diperolehi akan menjadi bukti kajian yang
dijalankan.Data yang diperlukan oleh pengkaji boleh diperolehi daripada dua sumber seperti
data yang dijana oleh penyelidik dan juga data yang diperolehi daripada orang lain tetapi
dikumpulkan oleh penyelidik seperti soal selidik dan dokumen.
6.2 PERANCANGAN CARA MENGANALISIS DATA.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
Setelah semua data dikumpulkan , pengkaji perlu menganalisis data tersebut samada
dengan menggunakan analisis kuantitatif dan juga analisis kualitatif.Analisis data kuantitatif
merujuk kepada data yang diperoleh dalam bentuk numerical ( Cresswell, 2009) dan biasanya
ia menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus ,min dan sisihan piawai
mengikut bilangan item, jenis skala atau skor markah.
Manakala, data kualitatif pula merujuk kepada data yang diperoleh dalam bentuk
teks.Langkah-langkah menganalisis data kualitatif yang perlu dilakukan menurut Altricther &
Gstentttner, ( 1993) adalah seperti dibawah:
Membaca data – pengkaji meneliti data yang dikumpulkan untuk menilai
semula peristiwa dan juga respon yang diberikan oleh murid-murid dalam kajian
tersebut.
Memilih data- pengkaji perlu memilih data yang penting dan menyusun hasil
dapatan kajian.
Mempersembahkan data- data mentah yang diperolehi oleh pengkaji akan di
analisis dan dirumuskan ke dalam bentik graf dan juga carta pai.
Membuat kesimpulan – berdasarkan data yang diperolehi, fakta baru akan
dirumuskan untuk membentuk satu kesimpulan.
Persembahan data.
Prosedur persembahan data perlulah sesuai dengan data yang ingin dianalisis oleh
pengkaji.Antara persembahan data yang sesuai adalah seperti menggunakan peratus,
kekerapan, min dan juga sisihan piawai bagi data kuantiatif manakala bagi data kualiatitif
pula, ianya perlu dipersembahkan dalam bentuk ayat yang pendek, ringkas tetapi padat
dengan isi yang diperlukan dalam menjelaskan dapatan kajian.
Antara cara analisis data yang telah dirancang ialah seperti jadual 2.0 dibawah:
BIL INSTRUMENT CARA MENGANALISIS DATA.
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
1 Soal selidik Soal selidik dianalisis dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel dan akan dipersembahkan dalam
bentuk Carta Pai ataupun Graf Bar.
2 Senarai semak Senarai semak yang disediakan oleh guru akan
dianalisis dengan menggunakan jadual kekerapan untuk
mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam
menjalankan aktiviti yang disediakan oleh guru pada
kitaran 1 dan kitaran 2.
3 Pemerhatian luaran Pemerhatian ini dianalisis dengan pengkaji mencatat
tingkah laku yang ditunjukkan oleh murid.
4 Video dan foto Video dan foto dianalisis sebagai bukti kajian yang akan
dijalankan.
5 Analisis dokumen Pengkaji akan menyediakan jadual interpretasi untuk
menunjukkan kekerapan kesalahan yang dilakukan oleh
murid dalam melakukan aktiviti yang disediakan oleh
guru berkaitan Kemahiran Manipulatif dan Kemahiran
Proses Sains.
Jadual 2.0 Jadual Analisis Data
7.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN.
Perancangan pelaksanaan yang telah dirancang oleh pengkaji adalah dengan
menggunakan Jadual pelaksanaan dan Carta Gantt seperti dibawah :
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
7.1 JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN.
BIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN.
1 Mengenalpasti masalah dan tajuk kajian. 2 Januari 2013
2 Perbincangan tajuk dan kaedah kajian bersama pensyarah penyelia.
6 Januari 2013
3 Mencari bahan rujukan dan tesis berkaitan untuk sokongan kajian tindakan
20 Januari 2013
4 Menyiapkan proposal kajian tindakan 20 Februari 2013
5 Menghantar proposal kepada pensyarah penyelia untuk disemak
13 Mac 2013.
6 Melakukan penambahbaikan terhadap proposal yang disediakan.
17 Mac – 20 April 2013.
7 Menghantar proposal akhir kepada pensyarah penyelia. 25 April 2013
8 Menjalankan Kitaran 1 kajian kepada murid-murid. 2 Julai 2013
9 Membincangkan masalah yang timbul di dalam Kitaran 1 bersama pensyarah penyelia
8 Julai 2013
10 Menjalankan intervensi kepada murid-murid. 10 Julai 2013
11 Membincangkan masalah ketika intervensi dijalankan bersama guru pembimbing.
11 Julai 2013
12 Menjalankan kitaran 2 kajian kepada murid-murid 17 Julai 2013
13 Refleksi kajian 18 Julai 2013
14 Menulis dapatan kajian 22 Julai 2013
15 Membentangkan hasil dapatan kajian kepada pensyarah penyelia.
28 Julai 2013.
Jadual 3.0 Pelaksanaan kajian tindakan.
7.2 CARTA GANTT
TAHUN2013
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
BULAN JANUARI FEBRUARI MAC APRIL MEI JUN JULAI SEPT
MINGGU 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4
PERKARA
1
MENGENALPASTI MASALAH & TAJUK KAJIAN
2
PERBINCANGAN TAJUK KAJIAN BERSAMA PENYELIA
3
PENYERAHAN TAJUK KAJIAN, OBJEKTIF & PERSOALAN KAJIAN
4
MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN TINDAKAN
5
BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KEDUA
6
BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KETIGA
7
BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KEEMPAT
8
MENYERAHKAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN KEPADA PENYELIA
9
PEMURNIAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN
10
BIMBINGAN PENYELIAAN KALI KELIMA
11
MENJALANKAN INTERVENSI PUSINGAN PERTAMA
12
MENGANALISIS ISU YANG TIMBUL BAGI
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
PUSINGAN PERTAMA INTERVENSI
13
MENJALANKAN PUSINGAN KEDUA INTERVENSI
14
MENGUMPULKAN DATA KAJIAN
15
PENYELIAAN KALI KEENAM
16
MENULIS REFLEKSI KAJIAN
17
MENULIS DAPATAN KAJIAN
18
MEYERAHKAN HASIL KAJIAN KEPADA PENYELIA
19
PENYELIAAN KALI KETUJUH
20PENULISAN TESIS
21PEMURNIAN TESIS
22 PRE-VIVA
23
PEMURNIAN TESIS KALI KEDUA
24 VIVA
25
MENGHANTAR TESIS KULIT KERAS
7.3 ANGGARAN KOS KAJIAN.
Kos kajian yang dijalankan adalah melibatkan penyediaan aktiviti dan juga bahan
bantu mengajar sepanjang kajian dijalankan. Penyediaan aktiviti adalah merujuk kepada
1
Kertas cadangan kajian tindakan 2013
aktiviti ‘Bubling Explosion‘ pada Gelungan 1 dan bahan bantu mengajar pula adalah
merujuk kepada ‘Magnet Gergasi’ pada Gelungan 2. Angggaran kos kajian adalah
seperti jadual 4.0 di bawah.
BIL ITEM HARGA SEUNIT JUMLAH
HARGA
1 Cuka Rm3.00 X 1 Rm 3.00
2 Soda bikarbonat Rm 2.00 X 1 Rm 2.00
3 Polisterene Rm 6.00 X 1 Rm 5.00
4 Kertas warna RM 2.00 X 1 RM 2.00
5. Kertas A4 RM 8.00 X 1 RM 8.00
RM 20.00
Jadual 4.0 Anggaran kos kajian.
top related