prosedur 15 mencelup kelambu berubat
Post on 25-Jul-2015
939 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PROSEDUR 15 : MENCELUP KELAMBU BERUBAT
Tarikh : 27/1/2012
Lokasi/Lokaliti : Klinik Kesihatan Ibu dan Anak
Anggota Terlibat :
PKA Zulhimi
Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih)
Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih)
Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih)
Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)
Objektif :
Untuk mengurangkan dan salah satu cara dalam menangani wabak malaria.
Memutuskan kitaran hidup nyamuk
Mendapatkan penglibatan masyarakat serta komitmen mereka.
Bagi mempelajari kaedah pencelupan kelambu berubat yang sebenar.
Peralatan dan Bahan :
Kelambu yang belum dicelup
Racun K-Othrin
Pita pengukur
Pen
Kalkulator
Silinder penyukat
Baldi atau beg plastic
Sarung tangan getah dan mask
Bekas penyukat racun dan air
Alat membancuh
Kaedah/Tatacara :
Menyediakan jenis kelambu yang bersesuaian.
Kira keluasan kelambu yang akan dicelup bergantung samada terdapat
pintu atau tidak.
Berikut adalah formula bagi membancuh kelambu:
Size Single (s) Double Family Extra family
Warna Putih Biru Hijau Merah
Keluasan 10.2 m² 11.64 m² 14.52 m² 15.0 m²
Bil Kelambu KOM(ml) AIR(ml) KOM AIR KOM AIR KOM AIR
1 20.4 177 23.3 202 29.0 287 30 200
2 102 883 117 1009 145 1255 150 1300
3 204 1780 233 2017 290 2510 300 2600
Sukat K-Othrin yang diperlukan menggunakan silinder penyukat dan
tuangkan ke dalam basin.Sukat air yang diperlukan dan tuang ke dalam
basin yang sama dan kacau campuran tersebut supaya sekata.
Masukkan kelambu ke dalam basin dan tekan kelambu supaya basah
sepenuhnya.Terbalikkan kelambu berulang kali dalam basin untuk
memastikan campuran adalah sekata dalam kelambu.
Selepas itu,keluarkan kelambu dari basin dan jemur di atas tanah atau
tikar untuk dikeringkan. Jangan gantung kelambu semasa proses
pengeringan dengan serta-merta dan terlalu lama ,kerana jika cara ini di
gunakan campuran K-Othrine akan hilang melalui titisan
Lampiran :
top related