prosedur kerja mengemaskini/menambah maklumat …€¦ · bahagian pengurusan akademik, jabatan...
Post on 26-Aug-2021
11 Views
Preview:
TRANSCRIPT
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
SEKYSEN 1: PENGENALAN
1.1 TUJUAN
Tujuan prosedur kerja ini adalah bagi menerangkan prosedur pengemaskinian data
pengajaran bagi memenuhi keperluan pengiraan Beban Tugas Staf Akademik (BTSA),
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan penilaian eLPPT melalui sistem pengurusan
maklumat akademik utama iaitu Academic Information Management System (AIMS).
Ia juga membantu pengurusan Universiti mengenalpasti pihak-pihak yang
berkepentingan dalam memastikan urusan kemasukan dan pengiraan data pengajaran
dilaksanakan secara tepat, seterusnya memberi gambaran sebenar terhadap prestasi
staf akademik yang dinilai melalui eLPPT.
1.2 SKOP
1.2.1 Prosedur ini disediakan oleh Bahagian Pengurusan Akademik (AMD),
Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) selaku
Urusetia Data Pengajaran BTSA dan bertanggungjawab kepada Urusetia
BTSA UTM dan Urusetia Elppt (Bahagian Sumber Manusia, Jabatan
Pendaftar).
1.2.2 Prosedur ini adalah menggunapakai data pengajaran yang bersumberkan
AIMS-UG (AIMS2000), AIMS-PG (SPS2003) dan TEAMS mengikut keperluan
tahun atau sesi/semester yang ditetapkan.
1.2.3 Prosedur ini terpakai kepada pengurusan Fakulti dan wakil (Timbalan
Pendaftar/Penolong Pendaftar/Pembantu Tadbir) yang dikenalpasti
bertanggungjawab menguruskan pengemaskinian data pengajaran staf
akademik Fakulti/Sekolah masing-masing.
1.2.4 Prosedur pengemaskinian melalui AIMS adalah dihadkan kepada dserID
Timbalan Pendaftar dan Penolong Pendaftar Fakulti yang diberikan akses.
Contoh userid – JXXPFXX.
1.2.5 Prosedur ini terpakai kepada semua staf akademik dan pihak-pihak yang
dinyatakan seperti di atas mengikut tarikh kelulusan UTM.
1.3 PROSEDUR BERKAITAN
1.3.1 Tiada sebarang rujukan daripada prosedur induk yang pernah disediakan.
1.3.2 Keputusan Mesyuarat Senat Bil. 09/2014/2015 bertarikh 18 Februari 2015.
1.3.3 Mesyuarat Senat Bil. 02/2018/2019 bertarikh 17 Oktober 2019 sebagai
maklumat rujukan terkini yang ketika itu Jabatan (Pejabat) Pendaftar
sebagai Urusetia BTSA dan penyedia Kertas Kerja Cadangan Garis Panduan
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
Penetapan dan Pengurusan Beban Tugas Dalam Kalangan Staf Akademik
Universiti Teknologi Malaysia.
1.3.4 Dokumen asal Bengkel Pengemaskinian Data Sistem Maklumat Pengurusan
Akademik (AIMS )Untuk Memenuhi Keperluan Sistem Beban Staf Akademik
yang telah diadakan pada 18 Ogos 2015 bertempat di Bilik Kuliah 2, Aras
1, Blok N28, Fakulti Komputeran, UTM.
1.4 DEFINISI
Istilah/
Singkatan Umum
Definisi/
Penerangan
AIMS Academic Information Management System
AMD Academic Management Division
BTSA Beban Tugas Staf Akademik
BPD Butiran Pelajar Diselia
CGPA (PNGK) Purata Mata Nilai Gred Kumulatif
eLPPT Sistem Penilaian Prestasi Staf Akademik
GPA (PNG) Purata Mata Nilai Gred
KKP Kategori Kursus Pengajaran
SLT Student Learning Time
SPP Status/Peranan Pengajar
1.5 KONTEKS PERUNDANGAN
Nama Dokumen Klausa Rujukan
Peraturan Akademik Pengajian Siswazah
2018
Peraturan Akademik Program Sarjana
Muda Pengajian Sepenuh Masa 2018
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
SEKSYEN 2: PROSEDUR
2.1 KERANGKA PROSEDUR
2.2 TANGGUNGJAWAB
2.2.1 Pengiraan Beban Tugas Staf Akademik (BTSA) telah dipersetujui dan
diperakukan oleh Universiti melalui Mesyuarat Senat Bil. 9/2014/2015
bertarikh 18 Februari 2015. Sejak perlaksanaannya mulai Tahun 2015,
sistem pengiraan BTSA telah dan akan terus melalui beberapa siri
penambahbaikan bagi tujuan menghasilkan indeks yang boleh digunakan
bagi mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan perancangan dan
pengurusan sumber tenaga dan kepakaran staf akademik di Universiti.
2.2.2 Jawatankuasa Dasar dan Entiti Universiti bertanggungjawab
memperakukan prosedur.
2.2.3 AMD bertanggungjawab mendapatkan maklum balas dan melaksanakan
pindaan dokumen prosedur sekiranya diperlukan.
2.2.4 AMD bertanggungjawab memastikan pengemaskinian dokumen prosedur
adalah teratur.
2.2.5 Pengurus Dokumen Prosedur bertanggungjawab memantau pelaksanaan
Dokumen Prosedur.
2.2.6 Pemilik Dokumen Prosedur bertanggungjawab membangunkan dan
meminda Dokumen Prosedur.
2.2.7 Pencadang Dokumen Prosedur boleh mencadangkan kepada Pemilik
Dokumen Prosedur untuk sebarang cadangan Dokumen Prosedur baharu
dan pindaan
Prosedur Mengemaskini/Menambah Maklumat Kursus/Pengajar
Proses Kerja Pemakluman
Kemaskini/Tambah Maklumat
Proses Kerja Kemaskini/Tambah
Maklumat
Proses Kerja Semakan Kemaskini/Tambah
Maklumat
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
2.3 KETERANGAN PROSES KERJA
2.3.1 Proses Kerja Pemakluman
Tanggungjawab Proses Kerja
Pegawai Lain
Yang Ada
Hubungan /
Dirujuk
Undang-
Undang,
Peraturan
Dan Punca
Kuasa
TPK TNC (A&A) 1. Mengeluarkan surat
pemakluman 2 minggu
sebelum semester bermula
kepada Fakulti/Sekolah bagi
melaksanakan prosedur
pengemaskinian/penambahan
maklumat kursus.
Dekan Fakulti
2. Fakulti/Sekolah
melaksanakan
pengemaskinian mengikut
pada setiap semester bagi
tujuan pengiraan BTSA. Data
pengemaskinian dilakukan
dalam tempoh minggu 1-4
semester.
TP/PP
Akademik
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
2.3.2 Proses Kerja Kemaskini/Tambah Maklumat Kursus/Pengajar
Tanggungjawab Proses Kerja
Pegawai Lain
Yang Ada
Hubungan /
Dirujuk
Undang-
Undang,
Peraturan Dan
Punca Kuasa
Pengarah Sekolah/
Ketua Jabatan
Fakulti
1. Menentu dan
mengesahkan pemilihan
kod yang dimasukkan
adalah tepat.
TP/PP Akademik
2. Memantau
pengemaskinian
mengikut langkah
pengemaskinian yang
ditetapkan.
TP/PP Akademik
A. KOD DAN KETERANGAN KATEGORI KURSUS PENGAJARAN (KKP),
STATUS/PERANAN PENGAJAR (SPP) DAN BUTIRAN PELAJAR DISELIA (BPD)
1. Ringkasan Kod Kategori Kursus Pengajaran (KKP), Status/Peranan Pengajar (SPP)
dan Butiran Pelajar Diselia (BPD) dinyatakan dalam Jadual 1 (LAMPIRAN 1)
2. Kod dan Keterangan KKP dinyatakan dalam Jadual 2 (LAMPIRAN 1)
3. Kod dan Keterangan SPP dinyatakan dalam Jadual 3 (LAMPIRAN 1)
B. TATACARA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS MELIBATKAN
KATEGORI KURSUS PENGAJARAN (KKP), STATUS/PERANAN PENGAJAR
(SPP) DAN BUTIRAN PELAJAR DISELIA (BPD)
1. Proses mengemakini/menambah maklumat kursus melibatkan KKP, SPP dan BPD
dibuat menggunakan menu yang disediakan dalam window kemasukan data yang
ditetapkan.
2. Proses dan tatacara mengemakini/menambah maklumat KKP dibuat dalam
Window 1 (W1).
3. Proses dan tatacara mengemakini/menambah maklumat SPP dibuat dalam
Window 2 (W2).
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
4. Proses dan tatacara mengemakini/menambah maklumat BPD dibuat dalam
Window 3 (W3).
5. Keterangan terperinci mengenai tatacara mengemaskini/menambah maklumat
dijelaskan dalam LAMPIRAN 2.
2.3.3 Proses Kerja Semakan Kemaskini/Tambah Maklumat Kursus/Pengajar
Tanggungjawab Proses Kerja
Pegawai Lain
Yang Ada
Hubungan /
Dirujuk
Undang-
Undang,
Peraturan Dan
Punca Kuasa
AMD/Task Force
eLPPT/Task Force
BTSA
1. Menyemak kesemua
data KKP, SPP dan BPD
telah diisi (tiada ruang
kosong) dan kod yang
digunakan adalah tepat
TP/PP Akademik
2. Menyemak kesahihan
maklumat KKP, SPP dan
BPD telah diisi
3. Memproses laporan awal
dan data output dari
team teknikal masing-
masing.
TP/PP Akademik
TP/PP Akademik
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
SEKSYEN 3 : PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PELAKSANA PROSEDUR
3.1 PUSAT TANGGUNGJAWAB BERKAITAN
Bil. PTJ
1. Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
2. Bahagian Pengurusan Akademik (AMD)
3.. Semua Fakulti/Sekolah/PTJ
3.2 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PTJ
PTJ TANGGUNGJAWAB
Jabatan Timbalan Naib Canselor
(Akademik & Antarabangsa)
Menyelaras semua urusan kemaskini/tambah
maklumat kursus/pengajar.
Bahagian Pengurusan Akademik
(AMD)
Menguruskan proses kerja kemaskini/tambah
maklumat kursus/pengajar dengan menganjurkan
bengkel mengikut keperluan.
Semua Fakulti/Sekolah/PTJ Melaksanakan pengemaskinian mengikut pada setiap
semester bagi tujuan pengiraan BTSA dan eLPPT.
Data pengemaskinian dilakukan dalam tempoh
minggu 1-4 semester.
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
SEKSYEN 4 : TADBIR URUS
4.1 PEMILIK PROSEDUR DAN PENGURUS DOKUMEN PROSEDUR
Pemilik Prosedur Jabatan Timbalan Naib Canselor (Akademik &
Antarabangsa)
Pengurus Dokumen Prosedur PTJ Timbalan Pendaftar, AMD
Pengurus Dokumen Prosedur Unit Pentadbiran & Kewangan, AMD
4.2 TANGGUNGJAWAB
Pemilik Prosedur 1. Pemilik Prosedur bertanggungjawab kepada pindaan
prosedur serta mendapatkan perakuan daripada JKTDEU
seterusnya kelulusan daripada JKDEU.
2. Pemilik Prosedur bertanggungjawab untuk memastikan
prosedur yang berkaitan didaftarkan dalam Daftar Polisi UTM.
3. Pemilik Prosedur bertanggungjawab untuk memastikan
prosedur yang berkaitan dihebahkan kepada warga
Universiti.
4. Pemilik Prosedur bertanggungjawab kepada semakan
prosedur dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan.
Pengurus
Dokumen Prosedur
PTJ
1. Bertanggungjawab kepada semua penyimpanan, perekodan
dan pengemaskinian prosedur di peringkat PTJ.
2. Bertanggungjawab memantau dan memastikan pelaksanaan
prosedur pada peringkat PTJ.
Pengurus
Dokumen Prosedur
1. Bertanggungjawab kepada semua penyimpanan, perekodan
dan pengemaskinian prosedur.
2. Bertanggungjawab memastikan semua prosedur yang
diluluskan oleh Universiti diwartakan oleh Pendaftar atau
mana-mana jabatan yang berkaitan.
3. Bertanggungjawab sebagai Setiausaha kepada JKDEU.
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
4.3 KAEDAH PEMANTAUAN DAN HEBAHAN
Pemantauan dan
Penambahbaikan
(CQI)
1. Semua Prosedur Universiti hendaklah disemak setiap tahun
untuk memastikan prosedur tersebut masih relevan.
2. Sebarang pihak boleh mencadangkan pindaan prosedur
dengan cara memaklumkan kepada Pemilik Prosedur.
Sebarang pindaan hendaklah merujuk perkara Prosedur
Tadbir Urus Dokumen Polisi.
3. Pemilik Prosedur hendaklah memaklumkan kepada Pengurus
Dokumen Polisi apabila berlaku sebarang pindaan kepada
prosedur.
Penyiaran /
Hebahan Prosedur
1. Polisi yang telah diluluskan oleh Senat/JPU akan didaftarkan
dalam Daftar Polisi UTM oleh Pengurus Dokumen Polisi dan
diwartakan oleh Pendaftar melalui Pekeliling Universiti.
2. Pemilik Prosedur hendaklah membuat hebahan prosedur yang
telah dilulus dan diwartakan untuk pelaksanaan polisi yang
efektif.
3. Prosedur mestilah disimpan secara teratur mengikut kluster di
dalam Daftar Polisi UTM.
4. Prosedur boleh diakses oleh warga Universiti.
4.4 KAWALAN VERSI DAN KRONOLOGI PERUBAHAN
No. Versi Tarikh Diluluskan Diluluskan oleh Pindaan
1.0 Februari 2020 0
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
SEKSYEN 5 : DOKUMEN SOKONGAN
5.1 CARTA ALIR BERSEPADU / CARTA ALIR BERKAITAN
Carta Alir Tanggung
Jawab Tempoh
Mula
1. Hebahan Pemakluman
2. Tindakan Pengemaskinian
3. Semakan
3. (i) Semakan Semula
Fakulti/Sekolah bagi Kemasukan
Data Tidak Lengkap
3. (ii) Laporan Awal
Selesai
TNC(A&A)
TPK, TNC(A&A)
Fakulti/Sekolah/A
kademi/Jabatan
AMD & Task
Force E-LPPT &
Task Force BTSA
1
2
3 (i)
3 (ii)
BAHAGIAN PENGURUSAN AKADEMIK,
JABATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK & ANTARABANGSA)
PROSEDUR KERJA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT KURSUS/PENGAJAR DALAM AIMS BAGI MEMENUHI KEPERLUAN PENGIRAAN BEBAN TUGAS
STAF AKADEMIK (BTSA) & PENILAIAN ELPPT
Tarikh kuatkuasa : 01.01.2020
Edisi : 1/2020
5.2 SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 Kod dan Keterangan Kategori Kursus Pengajaran (KKP), Status/
Peranan Pengajar (SPP) dan Butiran Pelajar Diselia (BPD
LAMPIRAN 2 Keterangan Tatacara Mengemaskini/Menambah Maklumat KKP, SPP
dan BPD
PENUTUP
Penyediaan prosedur ini serta pengemaskinian data yang dilakukan dapat memenuhi tujuan
di atas dan membantu dalam pembangunan sistem beban staf akademik.
LAMPIRAN 1
1 | Mukasurat
KOD DAN KETERANGAN KATEGORI KURSUS PENGAJAAN (KKP), STATUS/PERANAN PENGAJAR (SPP) DAN BUTIRAN PELAJAR DISELIA
Pengenalan
Setiap kursus yang didaftarkan dan ditawarkan dalam AIMS dikelaskan mengikut kod
klasifikasi yang ditetapkan. Pengkelasan ini dibuat untuk mempertingkatkan pentadbiran dan
pengurusan kursus serta memenuhi keperluan penjanaan maklumat spesifik yang diperlukan
oleh sistem maklumat tertentu di UTM (khususnya BTSA dan e-LPPT).
Ringkasan Glosari
Pengkelasan kursus dalam AIMS dibuat mengikut klasifikasi kursus, status/peranan pengajar
yang mengendalikan kursus berkenaan serta perincian butiran mengenai pelajar yang diselia
oleh pensyarah (yang perlu dimasukkan bagi kursus tertentu mengikut keperluan).
Kemasukan setiap kod klasifikasi kursus, kod kemasukan status/peranan pengajar dan
perincian butiran pelajar diselia ke dalam AIMS perlu dibuat dalam window yang berkenaan.
Ringkasan mengenai kod dan keterangan mengenai Kategori Kursus Pengajaran (KKP),
Status/Peranan Pengajar (SPP), Butiran Pelajar Diselia(BPD) serta window
kemasukan data adalah seperti dalam Jadual 1:
Jadual 1: Ringkasan Klasifikasi Kursus, Status Pengajar serta Maklumat
Pelajar Diselia
Klasifikasi Kursus/Pengajar Kod & Keterangan
Window Klasifikasi Singkatan Kod Keterangan
W1 KKP
Kategori
Kursus
Pengajaran
A Amali/Makmal
B Kuliah & Amali/Makmal (satu kod kursus)
C Penyelidikan (peringkat Sarjana & PhD)
D Reka Bentuk
G Kuliah & Kerja Lapangan (satu kod kursus)
I Disertasi Sarjana
J Seminar Prasiswazah
K Kuliah
LAMPIRAN 1
2 | Mukasurat
Klasifikasi Kursus/Pengajar Kod & Keterangan
Window Klasifikasi Singkatan Kod Keterangan
W1 KKP
Kategori
Kursus
Pengajaran
K3 Kuliah Bahasa lnggeris (2 Kredit dengan 3
jam pertemuan seminggu)
K4 Kuliah Bahasa lnggeris (2 Kredit dengan 4
jam pertemuan seminggu)
L Latihan lndustri/Latihan Mengajar
M lnternship/Praktikum
M1 Internship Khas Kaunseling (MPPB 1376)
M2 Praktikum Khas Kaunseling (MPPB 1243)
O MOOC
P Projek Kajian/PSM
R Laporan Latihan Industri/Latihan Mengajar
S Studio
SEQ Studio (Program Sarjana Muda Ukur Bahan –
SBEQ)
SEC Studio (Program Sarjana Muda Sains
Pembina – SBEC)
SSD Studio (Program Sarjana Muda Sains
Rekabentuk Industri –SRSD)
SSM Studio (program kendalian Sekolah Kej.
Mekanikal)
T Kuliah & Tutorial (satu kod kursus)
U Khemah Ukur/Kerja Lapangan/ Khemah
Latihan
LAMPIRAN 1
3 | Mukasurat
Klasifikasi Kursus/Pengajar Kod & Keterangan
Window Klasifikasi Singkatan Kod Keterangan
W2 SPP
Status/
Peranan
Pengajar
E Penyelaras Kursus (tanpa mengajar)
E2 Penyelaras Kursus (Turn Teaching)
E3 Penyelaras Kursus (Team Teaching)
E4 Pengajar dan Penyelaras Kursus (melibatkan 2
kumpulan kelas atau lebih).
T Team Teaching
W Turn Teaching
I Independent Study
X
Pengajaran bagi seksyen ini dibuat secara
pengabungan dengan kelas lain dan bukan
secara berasingan (tidak dikira sebagai beban
tugas berasingan)
N Kod ini perlu dimasukkan bagi SPP selain
dari E, E2, E3, E4, T, W, I dan X
W3 BPD
Butiran
Pelajar
Diselia
Perlu diisi bagi kursus dalam klasifikasi KKP dengan
kod berikut: D, L , M, M1, M2 dan P
LAMPIRAN 1
4 | Mukasurat
KETERANGAN KLASIFIKASI DAN KOD KATEGORI KURSUS PENGAJARAN (KKP)
Jadual 2: Kod dan Keterangan Klasifikasi KKP
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
K Kuliah
Semua kursus yang ditawarkan oleh Fakulti dan
didaftarkan dalam AIMS selain dari kursus dengan
kategori kod KKP yang tersenarai dalam glosari ini.
Lazimnya, kaedah penyampaian kursus ini dibuat
berdasarkan kuliah sementara penilaian pembelajaran
bagi kursus ini dibuat dalam bentuk kerja kursus dan
peperiksaan akhir.
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil
kira dalam pengiraan GPA dan CGPA (kecuali dalam
keadaan tertentu).
Kategori K juga meliputi:
a. kursus Metodologi Penyelidikan berkredit Cth.: UKKP0013
b. kursus Metodologi Penyelidikan tanpa kredit (Cth.: UKKP0010). Dalam hal ini Beban Kredit setara perlu dimasukkan dalam ruangan yang disediakan di dalam AIMS.
Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana/ PhD
A Amali/Makmal
Kursus peringkat pengajian Diploma dan Sarjana Muda di mana:
• Aktiviti pembelajaran adalah berbentuk amali dan dijalankan dalam makmal yang ditetapkan
• Mempunyai kod kursus berasingan daripada kursus teori yang berkaitan
• Lazimnya membawa 1 jam kredit dan dijalankan secara bersendirian atau berkumpulan.
• Pengajar lazimnya berperanan mengawas dan menyelia aktiviti pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/
Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
5 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
B Kuliah & Amali/Makmal (dalam satu kod kursus)
Kursus peringkat Diploma dan Sarjana Muda di mana:
• Aktiviti pembelajaran kuliah dan amali digabungkan dalam satu kod kursus tanpa pengasingan
• Amali dilaksanakan dalam sesi pembelajaran tambahan tanpa mengurangkan jumlah jam pertemuan kuliah (berdasarkan jam kredit kuliah yang ditetapkan) seperti dinyatakan dalam Rancangan Pembelajaran
• Perkadaran dan jumlah jam student learning time (SLT) ditetapkan mengikut jumlah jam kuliah dan amali seperti dinyatakan dalam Rancangan Pembelajaran
• Perlaksanaan aktiviti pembelajaran kuliah dan amali masing-masingnya dibuat mengikut spesifikasi seperti dinyatakan dalam Kod KKP = K dan Kod KKP = A secara sepenuhnya
• Gred akhir diberikan tanpa pengasingan aktiviti pembelajaran berasaskan kuliah atau amali
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/
Sarjana Muda
C Penyelidikan
Kod ini digunakan bagi kursus bersifat penyelidikan sepenuhnya yang perlu didaftar oleh pelajar pengajian Sarjana (mod campuran dan mod penyelidikan) dan PhD.
Lazimnya kursus ini dinamakan Penyelidikan (Research) dan tidak diberikan beban kredit (tetapi boleh mempunyai beban kredit setara) sementara kod kursus berakhir dengan angka ‘0’. Cth.: MPPU1110, PPPU5200
Kursus diberikan gred keputusan MM, TM atau GG tanpa sebarang matanilai gred
Kod C ini tidak boleh digunakan bagi kursus peringkat Sarjana dan Phd yang melibatkan penyampaian bahan pembelajaran melalui kuliah berikut:
a. Kursus Metodologi Penyelidikan dikendalikan oleh Fakulti/Sekolah/Akademi/ Jabatan dan mempunyai beban kredit. Cth.: UKKP0013
b. Kursus Metodologi Penyelidikan dikendalikan oleh Fakulti/Sekolah/Akademi/ Jabatan dan tidak mempunyai beban kredit (tetapi diberikan beban kredit setara). Cth.: UKKP0010
Sarjana/PhD
LAMPIRAN 1
6 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
D Reka Bentuk
Kursus peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di mana:
• Aktiviti pembelajaran lazimnya dilaksanakan secara berkumpulan di mana setiap kumpulan di kendalikan oleh seorang Pengajar/Penyelia atau lebih
• Tiada peperiksaan akhir
• Bagi program kejuruteraan, kursus ini lazimnya dinamakan Capstone Design atau Projek Pembangunan Kerja Lapangan
• Kursus mempunyai mempunyai jam kredit (atau jam kredit setara)
• Klasifikasi ini mesti dibuat berdasarkan hasil pembelajaran, struktur kursus dan kaedah perlaksanaan dan bukannya semata-mata berdasarkan ada perkataan 'Reka Bentuk' dalam nama kursus
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/ Sarjana
Muda/ Sarjana
G Kuliah & Kerja Lapangan (dalam satu kod kursus)
Kursus peringkat Diploma dan Sarjana Muda di mana :
• Aktiviti pembelajaran kuliah dan kerja lapangan
digabungkan dalam satu kod kursus tanpa pengasingan
• Kerja lapangan dilaksanakan dalam sesi pembelajaran
tambahan tanpa mengurangkan jumlah jam pertemuan
kuliah (berdasarkan jam kredit kuliah yang ditetapkan)
seperti dinyatakan dalam Rancangan Pembelajaran
• Perkadaran dan jumlah jam student learning time (SLT)
ditetapkan mengikut jumlah jam kuliah dan amali seperti
dinyatakan dalam Rancangan Pembelajaran
• Perlaksanaan aktiviti pembelajaran kuliah dan kerja
lapangan masing-masingnya dibuat mengikut spesifikasi
seperti dinyatakan dalam kod KKP = K dan kod KKP = U
secara sepenuhnya
• Gred akhir diberikan tanpa pengasingan aktiviti
pembelajaran berasaskan kuliah atau kerja lapangan
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira
dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/ Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
7 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
I Disertasi
Kursus berkaitan penulisan hasil penyelidikan yang diambil oleh pelajar Sarjana dan PhD secara kerja kursus dan penyelidikan (mised mode) termasuk:
- kursus berkredit Cth.: MCU1013, MGU2189
- kursus tanpa kredit yang didaftar dengan kod kursus ABCDXY80 dan ABCDXY90 Cth.: MPPT1180, PPP5190
Kod I tidak boleh digunakan bagi :
a. Kursus Metodologi Penyelidikan tanpa kredit peringkat Sarjana/PhD dengan kod kursus. Cth.: UKKP0010
b. Kursus Metodologi Penyelidikan berkredit peringkat Sarjana/PhD yang ditawarkan di peringkat Fakulti (lazimnya membawa 3 atau 4 jam kredit). Cth.: UKKP0013
Sarjana/ PhD
J Seminar Prasiswazah
Kursus peringkat Sarjana Muda di mana:
• Aktiviti pembelajaran dilakukan melalui sesi seminar atau/dan ceramah (talk) yang diberikan oleh penceramah (dari luar atau dalam UTM)
• Lazimnya kursus membawa 1 jam kredit dan tiada peperiksaan akhir
• Pelajar mengemukakan laporan berasaskan seminar atau/dan ceramah yang dihadiri
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana Muda
K3 Bahasa lnggeris Bahasa lnggeris (2 Kredit dengan 3 jam pertemuan seminggu)
Kursus Bahasa Inggeris di mana:
Aktiviti pembelajaran adalah berasaskan kuliah
Mempunyai 2 jam kredit tetapi melibatkan 3 jam
pertemuan seminggu
Penilaian pembelajaran bagi kursus ini dibuat dalam
bentuk kerja kursus dan peperiksaan akhir
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira
dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/
Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
8 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
K4 Bahasa lnggeris (2 Kredit dengan 4 jam pertemuan seminggu)
Kursus Bahasa Inggeris di mana:
Aktiviti pembelajaran adalah berasaskan kuliah
Mempunyai 2 jam kredit tetapi melibatkan 4 jam pertemuan seminggu
Penilaian pembelajaran bagi kursus ini dibuat dalam bentuk kerja kursus dan peperiksaan akhir
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/
Sarjana Muda
L Latihan lndustri/Latihan Mengajar
Kursus berbentuk latihan praktik peringkat Diploma dan
Sarjana Muda di mana:
• Lazimnya membawa jam kredit sebanyak 4 - 8 kredit
• Dilaksanakan dalam semester semester lazim atau semasa cuti semester panjang mengikut ketetapan Fakulti
• Tiada peperiksaan akhir
• Kursus adalah berstatus HW yang akan membawa keputusan HL atau HG (kecuali Latihan Mengajar dan
Latihan lndustri yang ditetapkan oleh Fakulti untuk diberi gred dan mata nilai gred diambil kira dalam
pengiraan GPA/CPA)
Diploma/
Sarjana Muda
M lnternship/Praktikum
Kursus latihan praktik peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di mana :
• Lazimnya membawa jam kredit sebanyak 3 - 5 kredit
• Lazimnya ianya dilaksanakan dalam semester lazim (Semester I atau Semester II)
• Tiada peperiksaan akhir
• Lazimnya, gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana
LAMPIRAN 1
9 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
M1 Internship Khas Kaunseling
Kursus internship khas bagi kursus MPPB 1376 (Internship) yang wajib diikuti oleh pelajar program Sarjana Kaunseling di mana :
• Pelajar perlu melakuan aktiviti pembelajaran melalui program internship yang ditetapkan
• Ia mempunyai 6 jam kredit
• Pelajar perlu diselia selama tidak kurang daripada 25 jam sepanjang mengikuti kursus ini
• Tiada peperiksaan akhir
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana
M2 Praktikum Khas Kaunseling
Kursus internship khas bagi kursus MPPB 1243 (Praktikum Kaunseling) yang wajib diikuti oleh pelajar program Sarjana Kaunseling di mana :
• Kursus akan dilaksanakan secara gabungan kuliah dan latihan praktik mengikut proses dan prosedur yang ditetapkan
• Mempunyai 3 jam kredit
• Selain mengikuti kuliah selama 1 jam seminggu, pelajar perlu diselia tidak kurang daripada 12 jam oleh pensyarah penyelia sepanjang mengikuti kursus ini
• Tiada peperiksaan akhir
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana
O MOOC
Kursus yang dilaksanakan menggunakan mod MOOC
mengikut peraturan, kaedah dan prosedur yang diluluskan
oleh Senat (rujuk Lampiran X bagi butiran terperinci)
Diploma/
Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
10 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
P Projek Kajian/PSM
Kursus bersifat penyelidikan yang diambil oleh pelajar Sarjana secara kerja kursus (Kajian Penyelidikan) atau Pelajar Sarjana Muda (bagi Projek Sarjana Muda) dimana:
i. Lazimnya terdiri dari gabungan dua kursus yang dilaksanakan dalam dua semester berurutan
ii. Setiap kursus diberi jam kredit (lazimnya 4 - 6 kredit bagi Kajian Penyelidikan dan 2 - 4 kredit bagi Projek Sarjana Muda)
iii. Tiada peperiksaan akhir
iv. Penilaian kursus dibuat berasaskan kertas laporan/ disertasi yang dikemukakan oleh pelajar kepada Sekolah/Fakulti
v. Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Status Kursus P ini tidak boleh digunakan bagi:
a. Kursus Metodologi Penyelidikan tanpa kredit peringkat Sarjana/PhD. Cth.: UKKP0010
b. Kursus Metodologi Penyelidikan berkredit di peringkat Sarjana/PhD (lazimnya mempunyai 3 - 4 jam kredit. Cth.: UKKP0013)
Sarjana Muda/ Sarjana
R Laporan Latihan Industri/Latihan Mengajar
Kursus peringkat Diploma dan Sarjana Muda di mana:
• Kursus digandingkan dengan Latihan lndustri/Latihan Mengajar
• Mempunyai kod sendiri (berasingan daripada kod kursus Latihan lndustri/Latihan Mengajar)
• Lazimnya membawa 2 - 4 jam kredit
• Tiada peperiksaan akhir
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/ Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
11 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
S Studio
Kursus peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana di mana:
• Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam studio dalam jadual waktu pembelajaran yang ditetapkan
• Tiada peperiksaan akhir
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/ Sarjana Muda/ Sarjana
SEQ Studio (Program Sarjana Muda Ukur Bahan – SBEQ)
Kursus studio yang dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan bagi program Sarjana Muda Ukur (SBEQ). Pelajar perlu mengikuti kuliah dan melaksanakan kerja amali (studio) mengikut jumlah dan peraturan yang ditetapkan oleh FABU. Butiran mengenai Beban Kredit Setara dan Jam Studio perlu dimasukkan dalam ruangan yang disediakan di dalam AIMS.
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana Muda
SEC Studio (Program Sarjana Muda Sains Pembinaan – SBEC)
Kursus studio yang dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan bagi program Sarjana Muda Sains Pembinaan (SBEC). Pelajar perlu mengikuti kuliah dan melaksanakan kerja amali (studio) mengikut jumlah dan peraturan yang ditetapkan oleh FABU. Butiran mengenai Beban Kredit Setara dan Jam Studio perlu dimasukkan dalam ruangan yang disediakan di dalam AIMS.
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
12 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
SSD Studio (Program Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri – SRSD)
Kursus studio yang dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan bagi program Sarjana Muda Sains Rekabentuk Industri (SSD). Pelajar perlu mengikuti kuliah dan melaksanakan kerja amali (studio) mengikut jumlah dan peraturan yang ditetapkan oleh Fakulti Teknologi & Informatik Razak. Butiran mengenai Beban Kredit Setara dan Jam Studio perlu dimasukkan dalam ruangan yang disediakan di dalam AIMS.
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana Muda
SSM Studio (program akademik kendalian Sekolah Sekolah Kejuruteraan Mekanikal)
Kursus studio yang dilaksanakan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan bagi program kendalian Sekolah Kejuruteraan Mekanikal selain daripada SSD. Pelajar perlu mengikuti kuliah dan melaksanakan kerja amali (studio) mengikut jumlah dan peraturan yang ditetapkan oleh Sekolah Kejuruteraan Mekanikal. Butiran mengenai Beban Kredit Setara dan Jam Studio perlu dimasukkan dalam ruangan yang disediakan di dalam AIMS.
Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Sarjana Muda
T Kuliah & Tutorial (dalam satu kod kursus)
Kursus peringkat Diploma dan Sarjana Muda di mana:
• Aktiviti pembelajaran kuliah dan tutorial digabungkan dalam satu kod kursus tanpa pengasingan
• Tutorial dilaksanakan dalam sesi pembelajaran tambahan tanpa mengurangkan jam pertemuan kuliah (berdasarkan jam kredit kuliah yang ditetapkan) seperti dinyatakan dalam Rancangan Pembelajaran
• Perkadaran dan jumlah jam student learning time (SLT) ditetapkan mengikut jumlah jam kuliah dan amali seperti dinyatakan dalam Rancangan Pembelajaran
• Gred akhir diberikan tanpa pengasingan aktiviti pembelajaran berasaskan kuliah atau amali
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/
Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
13 | Mukasurat
Kod Keterangan Peringkat Pengajian
U Khemah Ukur/Kerja Lapangan/Khemah Latihan
Kursus peringkat Diploma dan Sarjana Muda di mana:
• Aktiviti pembelajaran dijalankan di luar bilik darjah di bawah seliaan seorang atau lebih pensyarah penyelia
• Lazimnya melibatkan aktiviti pembelajaran yang memerlukan pelajar berada di luar kampus UTM selama beberapa hari
• Gred dan mata nilai gred akan diberikan dan diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA
Diploma/
Sarjana Muda
LAMPIRAN 1
14 | Mukasurat
KETERANGAN STATUS/PERANAN PENGAJAR (SPP)
Jadual 3: Kod dan Keterangan Status/Peranan Pengajar
Kod Keterangan
E Penyelaras Kursus
Pensyarah yang membuat tugas penyelarasan kursus tetapi beliau tidak terlibat
dengan pengajaran kumpulan kursus tersebut.
E2 Penyelaras Kursus (Turn Teaching)
Pensyarah yang membuat tugas penyelarasan kursus dan terlibat dengan pengajaran
kursus yang dilaksanakan secara turn teaching
E3 Penyelaras Kursus (Team Teaching)
Pensyarah yang membuat tugas penyelarasan kursus dan terlibat dengan pengajaran
kursus yang dilaksanakan secara team teaching
E4 Pengajar dan Penyelaras Kursus (melibatkan 2 kumpulan kelas atau lebih)
Pensyarah yang membuat tugas mengajar satu kumpulan kelas atau lebih secara
berseorangan serta terlibat membuat tugas penyelarasan kursus bagi kumpulan
kelas yang lain berkaitan kursus ini.
W Turn Teaching
Kod W perlu dimasukkan bagi mengenalpasti peranan dan sumbangan
pengajaran seseorang pensyarah dalam mengendalikan kursus yang diajar oleh
lebih daripada seorang pensyarah
Kod W menunjukkan pengajaran dilaksanakan oleh lebih daripada seorang
pensyarah dan pengajaran dilakukan secara bergilir (in turn)
Nilai peratusan perlu dimasukkan dalam ruang dan pensyarah berkenaan bagi
menunjukkan saiz sumbangan pensyarah berkenaan dalam pengajaran kursus
tersebut. Nilai peratusan ini akan menunjukkan saiz perkongsian peranan
pengajaran bagi kursus berkenaan bagi setiap pensyarah yang terlibat.
Jumlah peratusan bagi kesemua pensyarah terlibat adalah 100%
T Team Teaching
Kod T perlu dimasukkan bagi mengenalpasti peranan dan sumbangan
pengajaran seseorang pensyarah dalam mengendalikan kursus yang diajar oleh
lebih daripada seorang pensyarah
Kod T menunjukkan pengajaran dilaksanakan oleh lebih daripada seorang
pensyarah dan pengajaran dilakukan secara bersama dalam setiap sesi
pembelajaran
Tiada sebarang nilai peratusan perlu dimasukkan dalam ruang peratusan
sumbangan. Sebaliknya setiap pensyarah akan mendapat jumlah beban kredit
yang sama (iaitu 100% bagi setiap pensyarah terlibat)
LAMPIRAN 1
15 | Mukasurat
Kod Keterangan
I Independent Study
Pensyarah mengendalikan (menyampai, melaksanakan aktiviti pengajaran dan
membuat penilaian pembelajaran) kursus ini menggunakan pendekatan yang
sama seperti kursus lazim yang lain tetapi pengajaran melibatkan hanya
seorang atau sekumpulan kecil individu pelajar.
Kursus akan hanya dilaksanakan dalam mod ini sekiranya ianya memenuhi
syarat yang ditetapkan dalam Peraturan Akademik dan diarahkan/dibenarkan
secara rasmi oleh Pengurusan Fakulti/Sekolah/Akademi/Jabatan
Pengiraan beban tugas pensyarah yang mengendalikan kursus secara
independent study adalah sama seperti kursus lazim yang lain.
X Section Not Counted (seksyen tidak dikira sebagai kumpulan diajar secara
berasingan)
Kod X perlu dimasukkan dalam ruang nilai SPP bagi menunjukkan pensyarah
mengendalikan pengajaran kursus bagi seksyen (atau seksyen-seksyen)
tersebut dengan cara menggabungkannya bersama kumpulan kelas lain
(walaupun ianya didaftarkan sebagai seksyen berasingan dalam AIMS).
Beban pengajaran pensyarah bagi seksyen (atau seksyen-seksyen) yang
bertanda X tidak dikira sebagai beban tugas berasingan.
Contoh Seksyen yang perlu ditanda X:
a. Seksyen yang menggunakan kod kurikulum lama dan pelajar dalam
seksyen ini mengikuti kursus bersama dengan kumpulan kelas bersaiz
besar (menggunakan kurikulum baru) secara bergabung.
b. Seksyen tertentu (dengan bilangan pelajar yang kecil, lazimnya kurang
daripada 5 orang) di mana pelajar dalam seksyen ini mengikuti kursus
bersama dengan kumpulan kelas bersaiz besar (menggunakan kurikulum
yang sama) secara bergabung.
N Kod ini perlu dimasukkan bagi ruang SPP bagi individu pensyarah yang menjalankan
kursus pengajaran dengan status/peranan selain daripada E, E2, E3, E4, T, W, I
dan X
KETERANGAN BUTIRAN PELAJAR DISELIA (BPD)
Butiran Pelajar Diselia (BPD) perlu dimasukkan 3 bagi kursus dengan Kod KKP D, L, M, M1, M2
dan P. Kemasukan data perlu dibuat melalui melalui Window 3 (W3) mengikut kaedah dan
tatacara yang dijelaskan di atas.
LAMPIRAN 2
1 | M u k a s u r a t
KETERANGAN TATACARA MENGEMASKINI/MENAMBAH MAKLUMAT
KATEGORI KURSUS PENGAJARAN (KKP), STATUS/PERANAN PENGAJAR
(SPP) DAN BUTIRAN PELAJAR DISELIA (BPD)
1. Mengemaskini/Menambah Maklumat Kategori Kursus Pengajaran (KKP)
Pengajian Peringkat Pra-Siswazah/Pasca-Siswazah Dalam Window 1 (W1)
Langkah Mengemaskini/Menambah Maklumat:
1. Untuk AIMS (UG): Pilih 6. Selenggara diikuti dengan 13. Kod Subjek
Untuk AIMS (PG): Pilih 6. Maklumat Kod diikuti dengan 11. Kod Kursus
2. Bagi setiap kursus, Kemaskini/Tambah maklumat kursus berikut dalam petak berkenaan:
Kredit (masukkan Beban Kredit)
Status Kursus (pilih Kod KKP yang berkaitan dengan kursus ini - rujuk Keterangan
Kod KKP)
Beban Kredit (perlu dimasukkan bagi kursus didaftar tanpa kredit Cth.: UKKP0010 -
Masukkan Beban Kredit setara dalam petak)
Jam Studio (masukkan jam pertemuan studio bagi kursus dengan KKP berikut:
SEQ, SEC,SSD, SSM)
LAMPIRAN 2
2 | M u k a s u r a t
3. Anda perlu Kemaskini/Tambah maklumat semua kursus bagi kurikulum menggunakan
kod 4 aksara (kurikulum baru) dan juga kurikulum menggunakan 3 aksara (kurikulum
lama).
2. Mengemaskini/Menambah Maklumat Status/Peranan Pengajar (SPP)
Pengajian Peringkat Pra-Siswazah/Pasca-Siswazah Dalam Window 2 (W2)
Langkah Mengemaskini/Menambah Maklumat:
1. Dalam AIMS (UG): Pilih 2. Pendaftaran diikuti dengan 5. Pendaftaran Pengajar
Subjek
Dalam AIMS (PG): Pilih 2. Pendaftaran diikuti dengan 4. Pengajar Kursus
2. Masukkan Sesisem pilihan, pilih Kampus dan Fakulti.
3. Pada input Isihan (sorting), pilih Kursus dan Seksyen (mengikut keperluan anda).
4. Untuk kursus yang didaftarkan kepada lebih dari seorang pensyarah: Double klik pada
ruang % Kredit. Paparan Beban Pensyarah akan muncul mempamirkan petak %
Kredit, Beban Kredit, Status.
Pilih kod SPP yang berkaitan (rujuk Keterangan Kod SPP)
5. Jika kod T dipilih dalam petak Status – Petak % Kredit dan nilsi Beban Kredit akan diisi
secara automatik.
LAMPIRAN 2
3 | M u k a s u r a t
6. Jika kod W dipilih dalam petak Status – Isikan petak % Kredit. Nilai Beban Kredit akan
diisi secara automatik.
7. Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod.
8. Menandakan Status X pada seksyen atau seksyen/seksyen (jika berkaitan):
8.1 Pilih kod kursus yang melibatkan lebih dari satu seksyen atau pensyarah.
8.2 Double klik pada ruang Status Nilai dan maklumat Kursus Daftar Mengikut
Pensyarah akan dipaparkan. Maklumat yang akan dipaparkan adalah maklumat
semua kursus yang diajar oleh pensyarah berkenaan selama satu tahun (tiga
semester) di mana BTSA dikira.
Jika input Sesisem yang dimasukkan ialah 201420151 maka rekod pengajaran bagi
Tahun 2014 (jika ada) akan dipaparkan iaitu Sesi 201320142, 201320143 dan
201420151.
8.2 Kod X perlu dimasukkan dalam ruang nilai SPP bagi menunjukkan pensyarah
mengendalikan pengajaran kursus bagi seksyen (atau seksyen-seksyen) tersebut
dengan cara menggabungkannya bersama kumpulan kelas lain (walaupun ianya
didaftarkan sebagai seksyen berasingan dalam AIMS). Dalam hal ini, beban
pengajaran pensyarah tidak dikira sebagai beban tugas berasingan (rujuk
keterangan Kod SPP).
8.3 Klik butang Simpan untuk menyimpan rekod.
8.4 Ulang semua langkah di atas untuk mengemaskini/menambah maklumat SPP sesi
201320142 dan 201320143 (jika berkenaan).
LAMPIRAN 2
4 | M u k a s u r a t
3. Mengemaskini/Menambah Maklumat Butiran Pelajar Diselia (BPD)
Pengajian Peringkat Pra-Siswazah Dalam Window 3 (W3)
Langkah Mengemaskini/Menambah Maklumat:
1. Dalam AIMS (UG): Pilih 1. Rekod Asas diikuti dengan 7. Penyeliaan/Penasihat
Akademik
2. Ruangan ini digunakan untuk memasukkan Butiran Pelajar Diselia (melibatkan
penyeliaan Rekabentuk, Projek Sarjana Muda (PSM), Latihan Industri, Latihan
Praktik/Praktikum dan Internship.
Masukan maklumat No. KP pelajar terlibat dan tekan ENTER.
3. Tekan butang Kemaskini dan/atau butang Tambah untuk mengemaskini maklumat.
4. Klik Sesisem di ruang Penyelia Akademik untuk memilih Sesisem yang hendak
dikemaskini/ditambah iaitu sesi 201421051 atau 201320142 atau 201320143.
5. Klik butang Tambah dan masukan maklumat Penyelia Ke 1.
Pilih nama Penyelia dan maklumat No. Pekerja akan dipaparkan.
Pilih tugas samada Penyelia Utama atau Penyelia Bersama.
Pilih jenis penyeliaan dan no. telefon Penyelia.
6. Tekan butang Simpan untuk menyimpan rekod.
7. Tekan butang Tambah untuk menambah maklumat Penyelia Ke 2, Penyelia Ke 3 dan
selanjutnya (jika berkenaan).
LAMPIRAN 2
5 | M u k a s u r a t
4. Mengemaskini/Menambah Maklumat Butiran Pelajar Diselia (BPD)
Pengajian Peringkat Pasca-Siswazah Dalam Window 3 (W3)
Langkah Mengemaskini/Menambah Maklumat:
1. Dalam AIMS (PG): Pilih 6. Maklumat Kod diikuti dengan 42. Semester Individu
2. Ruangan ini digunakan untuk memasukkan Butiran Pelajar Diselia (melibatkan
penyeliaan Kajian Penyelidikan (Sarjana), Penyelidikan dan Internship.
3. Masukkan maklumat No. KP pelajar terlibat dan tekan ENTER.
4. Tekan butang Kemaskini dan klik SesiSem di ruang Sesisem untuk memilih Sesisem
yang hendak dikemaskini iaitu sesi 201421051 atau 201320142 atau 201320143.
5. Klik butang Tambah di ruang Penyelia Dalaman dan masukan maklumat Penyelia Ke 1.
Pilih nama Penyelia dan maklumat No. Pekerja akan dipaparkan.
Pilih tugas samada Penyelia Utama atau Penyelia Bersama.
Pilih jenis penyeliaan dan no. telefon Penyelia.
6. Tekan butang Simpan untuk menyimpan rekod.
7. Tekan butang Tambah untuk menambah maklumat Penyelia Ke 2, Penyelia Ke 3 dan
selanjutnya (jika berkenaan).
top related