psk seni gayung fatani
Post on 29-Jun-2015
430 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SENI GAYUNG FATANI
FATANI NUSA BAKTI
CIK NAZURUL AINA PSK 3023
NOOR AZRINA BINTI TUAH 110821
Sejarah PSGFM
• Fatani Nusa Bakti
PERSEKUTUAN SILAT KEBANGSAAN MALAYSIA
Malaysia
Seni Silat Melayu Tradisi Semenanjung,Langkasuka,
Kemboja, Campa
Asal-usul Silat Minangkabau Panduan silat tempatan dengan siat tanah besar.
INDONESIA BRUNEI SINGAPURA
SILAT MELAYU Silat tempatan/seni silat Melayu tradisi
Semenanjung Tanah Melayu
Berbagai nama aliran perguruan yang dipimpin oleh tokoh silat
seperti Silat Patani, Silat Jawi, Silat Tari, Silat Pulut, Gayung Pulut, Silat
Melayu Asli, Silat Harimau dan lain-lain.
Silat Patani Perlis, Kedah, Perak, Kelantan,dan
terengganu
Seni Silat Gayung Patani Syeikh Abd Rahman Tohir
melahirkan beberapa orang tokoh dan Guru Silat mengamalkan
Pendidikan silat tradisi Gelanggang Bangsal. Antaranya.
Tn. Hj. Ramli Abd Rahman
Tn. Hj. Pak The. Mohd Ali
Tn. Hj. Imam Mansor Ismail
En Embung Abdullah
Tn. Hj. Abd Wahab amn
SILAT CEKAK
GAYUNG FATANI
GAYUNG MALAYSIA
SILAT LINCAH
PESAKA NEGERI
KURIKULUM BARU PSGFM Seni Gayung Fatani Malaysia
KURIKULUM SILAT PSGFM moden piawai 2001
Perkhidmatan Pendidikan Silat di Malaysia dan antarabangsa
Sukatan pendidikan Silat, ujian Penilaian Silat, Kokurikulum
Silat
Membangunkan silat sebagai seni bela diri asli bangsa
malaysia
PERSEKUTUAN PENCAK SILAT ANTARABANGSA
MELALUI 4 ZAMAN
ZAMAN 1 Sebelum pendaftaran
pendidikan silat mengikut cara guru masing-masing.
ZAMAN 2 Pendidikan silat tradisi
Gelanggang Bangsal (1976-1986).
ZAMAN 3 Menggunakan kurikulum
baru PSGFM (1986-2002).
ZAMAN 4 Kurikulum seni silat
Malaysia (2002-2007).
PERINGKAT LIMA
Kurikulum Silat PSGFM moden piawai 2002. Bermakna pada tahun 2002 PSGFM merupakan perguruan yang berjaya
membangunkan kurikulum silat yang lengkap.
Maksud Pertubuhan Seni Gayung Fatani
Pertubuhan- organisasi, persatuan atau badan untuk menguruskan, mengerjakan dan menjalan tugas pertubuhan mengikut peruntukan
perlembagaan pertubuhan
Seni- hasil ciptaan yang indah atau bernilai estatik dari aspek gerak,
kaedah dan rupa Silat Melayu yang berlatarkan adat seni budaya
Melayu
Gayung- silat, seni bela diri atau seni mempertahankan diri orang Melayu
dari aspek zahir dan batin
Fatani- bijaksana kerana insan yang berilmu, berkemahiran dan
berakhlak dapat memimpin diri dan memilih jalan yang benar dan
memberi faedah kepada diri untuk kehidupan dunia dan akhirat.
SIKAP PENDEKAR
PENDEKAR ADALAH INSAN YANG BERILMU, BERAMAL DAN BERKEMAHIRAN DALAM ILMU
PERSILATAN PADA ZAHIR DAN BATIN BERTERASKAN ADAT SENI BUDAYA MELAYU BERSENDIKAN
SYARAK’, MENGUNAKAN ILMU DI TEMPAT YANG BETUL DEMI KEBENARAN DAN KEAMANAN
DENGAN JIWA YANG TENANG SERTA BERKETERAMPILAN BERLANDASKAN SEMANGAT
KESATRIAAN YANG LUHUR .
Huraian Sikap Pendekar
InsanBerilmuBeramalBerkemahiranPersilatanZahirBatinAdatSeniBudaya
MelayuSyarakBetulKeamananKebanaranKetenanganBerketerampilanSemangatKesasteriaan Luhur
Pandangan Hidup
• Silat mengajar manusia mencapai matlamat hidup dengan mengenal dirinya yang kurang yang perlu dibaiki dan lebih yang boleh mendatangkan kebajikan diri, keluarga, saudara, masyarakat, alam sekitar dan negara. Memanfaatkan ilmu untuk menjaga dan meninggalkan maruah dari dengan belajar, menguasai dan mengendalikan diri untuk mencapai segal cita-cita bagi kejayaan dunia dan akhirat. Setiap orang berhak memilih pandangan hidupnya sendiri sesuai dengan cita-cita, pendidikan dan kemahiran masing-masing. Sebaiknya setiap pesilat berusaha membentuk pandangan hidup yang baik sesuai dengan diri, adat, agama dan negara.
• Silat juga mengajar manusia mencapai tujuan hidup yang lebih bermakna dengan melakukan kebajikan dan menjauhkan diri dari segala yang tercela yang boleh membinasakan diri pada zahir dan batin. Dapat menghayati keagungan Tuhan yang esa yang mengangkat manusia sebaik-baik ciptaan di alam ini dan sebgai khalifah Allah di muka bumi. Manusia harus mengerti makna kehidupan yang sementara. Oleh itu pilihlah cara hidup yang bersih, suci dan sejahtera.
Matlamat
• Matlamat pendidikan silat ialah untuk membangunkan dan mengembangkan Silat Melayu serta mengekalkan keasliannya di samping dapat menyumbangkan satun sistem pendidikan silat yang menggunakan satu kurikulum silat yang telus dan setara sejajar dengan keperluan masyarakat sepanjang zaman. Perkhidmatan pendidikan silat yang dapat melahirkan insan pendekar silat yang seimbang. Berkepakaran dalam selok belok ilmu persilatan pada zahir dan batin serta memupuk masyarakat Malaysia yang cinta kepada silat Melayu yakni silat tempatan. Ke arah meletakkan silat Melayu setanding dengan sni bela diri bukan silat di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
• Bahawa pendidikan silat untuk melahirkan ‘pendekar silat’ yang membawa makna insan yang ‘berisi’, yakni memiliki ilmu yang berkemahiran silat pada zahir dan batin untuk kesejahteraan dari aspek keduniaan dan akhirat. Pendidikan silat berusaha mengangkat martabat manusia sebagai insan yang kamil yang sempurna untuk melakukan amal kebajikan. Pendekar merupakan pewaris silat yang akan menyambung usaha pembangunan dan mengembangkan silat serta mengukuhkan seni budaya bangsa kepada tamadun dunia. Maka dengan itu setiap pendidikan perlu mengisi dadanya dengan berbagai ilmu yang bermanfaat kepada diri, agama, dan negara.
Moto ‘Fatani Nusa Bakti’
• Fatani bermakna bijaksana, pandai atau cerdik. Nusa bermakna nagara atau yanah air. Bakti bermaksud sumbangan atau perjuangan ikhlas kepada diri, agama dan negara.
• Moto tersebut membawa pengertian bahawa pesilat, khususnya ahli PSGFM sebagai insan yang bertindak secara berakal atau bijaksana melaksanakan perjuangan demi kepentingan negara. Menjauhkan diri daripada segala yang tercela yang boleh membinasakan zahir dan batin. Orang yang berilmu dan berakal bijak dapat menghayati keagungan Tuhan yang Esa. Sebagai insan sebaik-baik ciptaan alam yang diangkat sebagai khalifah Allah amat arif dan mengerti makna kehidupan yang sementara kepada kehidupan yang kekal dan yang sehubungan dengannya.
Maksud Logo
• Logo atau lambang PSGFM berbentuk bulat diambil daripada Tapak bulat atau langkah melilit yang menggambarkan pergerakan dan kesatuan yang padu. Perkataan yang membawa makna yang tertentu iaitu seni bermakna hasil ciptaan yang indah sempurna iaitu silat yang berdasarkan seni Budaya Melayu. Gayung bermaksud seni bela diri zahir dan batin. Fatani bermakna bijaksana. Warna merah lambang keberanian, hijau kesuburan dan kepercayaan agama, kuninga kedaulatan, putih ialah suci dan bersih dan hitam ialah matang dan keluhuran. Keris bersilang sarung lambang semangat kepahlawanan Melayu dan tangan bermaksud tanggungjawab, berusaha dengan gigih.
top related