pusat perkembangan kurikulum kementerian pendidikan · pdf filemenerangkan maksud pembelajaran...
Post on 01-Feb-2018
267 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
Pembelajaran Secara Kontekstual 1
Apakah Pembelajaran Secara 2Kontekstual?
Mengapa Kontekstual ? 15
Faedah Pembelajaran Kontekstual 22
Bentuk Pembelajaran Kontekstual 28
Bagaimana Melaksanakannya ? 33
Apakah Perbezaan Antara 40Pembelajaran Kontekstual Dengan Pembelajaran Tradisional?
Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan 43Bagi Melaksanakan PembelajaranSecara KontekstualDengan Berkesan
Senarai Semak Pengajaran Secara 56Kontekstual
Penilaian 57
Rujukan 58
Contoh Aktiviti Pembelajaran Secara 59Kontekstual
Contoh 1 60Contoh 2 65Contoh 3 69
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
MATLAMATMatlamat modul ini ialah untuk membantu guru memahami, menguasai danmenggunakan pendekatan kontekstual dalam pengajaran dan pembelajaran.
OBJEKTIFSetelah menggunakan modul ini, guru berupaya :
Menerangkan maksud pembelajaran kontekstual dan kepentingan menyerapkanpendekatan kontekstual ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran secara kontekstual.
Mengaplikasi dan mengamalkan pendekatan kontekstual dalam bilik darjahdengan yakin dan berkesan.
Melatih guru lain menjalankan pengajaran menggunakan pendekatan kontekstual.
1
APAKAH PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?
2
PENGENALAN
Anda mungkin memerlukannya suatu hari nanti.
3
Kenapakah saya mesti belajar perkara ini?
• Mereka tidak boleh didorong untuk belajar
• Mereka tiada kemampuan untuk menguasai mata pelajaran akademik
4
The Average Child
I don’t cause teachers trouble,my grades have been OK.
I listen in my classesand I’m in school everyday.
My teachers think I’m average,my parents think so too.I wish I didn’t know that
‘cause there’s lots I’d like to do.
I’d like to build a rocket, I havea book that tells you how,
or start a stamp collection-wellthere’s no use in trying now.
‘Cause since I found I’m averageI’m just smart enough you see,to know there is nothing special
that I should expect of me.
I’m part of the majority,that hump part of the bell,
who spends their life unnoticedin an average kind of hell.
5
• Bebanan pengurusan dan pentadbiran ke atas sekolah dan guru
• Sistem pendidikan yang berorientasikanpeperiksaan
• Tekanan untuk menghabiskan sukatan pelajaran
• Kebimbangan bahawa pengenalan elemen baru dalam kelas akan menambahkan bebanan guru
• Terlalu terkongkong kepada pendekatan pengajaran secara behaviourist iaitu penekanan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan
Kegagalan membantu murid mencari hubung kait• Antara maklumat baru dengan
pengalaman sedia ada
• Antara sekolah dengan dunia luar
• Antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain
• Antara pengetahuan lepas dengan cabaran kini, dan cabaran kini dengan tanggungjawab masa depan
Apakah kelemahan pengajaran dan pembelajaran hari ini?
Apakahkekangan dalam membina hubung
kait tersebut?
6
APAKAH PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang menggabungkan isikandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan.Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktivitihands-on dan minds-on.
Pengalaman Harian Individu
Persekolahan
Alam Pekerjaan
Kehidupan Masyarakat
7
TEORI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan baru
Pembelajaran hanya berlaku apabila murid dapat memproses maklumat ataupengetahuan baru dengan cara yang bermakna dalam rangka minda mereka.
8
Psikologi
Budaya
Fizikal Sosial
Konteks yangPelbagai
Pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
9
Kehidupan Harian
Makmal
Bilik Darjah
Tempat Kerja
KepelbagaianPersekitaranPembelajaran
Penekanan perlu diberi kepada kepelbagaian persekitaranpembelajaran untuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan.
10
• Kumpulan sederhana
• cenderung kepada aplikasi konsep
• terdorong melalui aktiviti hands-on
• tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak
• sekolah-sekolah menengah teknik dan vokasional
• sekolah-sekolah menengah harian
KUMPULAN SASARAN MURID YANG MANAKAH BOLEH MENDAPAT MANFAAT YANG LEBIH DARIPADA
PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL?
Jenis murid
Ciri murid
Lokasi
11
SainsMatematik
Komunikasi
Teknologi MaklumatBahasa
Teknikal dan Vokasional Kemanusiaan
PENDEKATAN KONTEKSTUAL MERENTAS PELBAGAI DISIPLIN ILMU
12
Students’ involvement in their schoolwork increases significantly when they are taught why they are learning the concepts and how those concepts can be used outside the classroom. And most students learn much more efficiently when they are allowed to work cooperatively with other students in groups or teams.
Dan Hull
A curriculum and teaching methodology tied to the child’s experiences and interests … John Dewey
Learning as a complex process that cannot be addressed adequately through drill-oriented,stimulus/response methodologies …
Howard Gardner
The mind seeks meaning through searching for relationships that make sense dan fit with past experiences.
Renate Numella Caine andGeoffrey Caine
Learning tasks that are situated in some meaningful real-world task, or are stimulated through some case-based or problem-based learning environment …
Jonassen
Suasana pembelajaran yang melibatkan pelbagai pengalaman yang mungkin dalam konteks sosial, budaya, fizikal dan psikologi …
D.A. Kolb
APAKAH PANDANGAN PAKAR PEDAGOGI TENTANG PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
13
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanyaakan berlaku apabila murid dapat memproses maklumat ataupengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka.Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteksdengan membuat hubung kait yang bermakna dan relevandengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstualmenumpukan kepada kepelbagaian aspek persekitaranpembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerjaatau kehidupan harian. Teori ini menggalakkan pendidikmemilih atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yangmerangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam kontekssosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasilpembelajaran yang dihasratkan.
14
MENGAPAKONTEKSTUAL?
15
16
• Pembelajarankontekstual mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran.
• Individu mengekalkanmaklumat dengan lebihberkesan melalui pengalaman sendiri.
• Individu memilikipelbagai jeniskecerdasan.
MENGAPAKAH PENDEKATAN KONTEKSTUAL PERLUDALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES APA YANG KITA TAHU TENTANG PROSES PEMBELAJARAN?PEMBELAJARAN?
• Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on danpeluang untuk penemuan kendiri.
• Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid.
• Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal, belajar dalam kumpulan,berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balasyang positif.
• Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.
17
CIRI-CIRI KEJAYAAN DALAM PEMBELAJARAN
Kita kekalkan :
• 10 % Apa yang kita baca
• 20 % Apa yang kita dengar
• 30 % Apa yang kita lihat
• 50 % Apa yang kita dengar dan lihat
• 70 % Apa yang kita bincang dengan orang lain
• 80 % Apa yang kita alami sendiri
• 95 % Apa yang kita ajar kepadaorang lain
Kita Belajar
Sumber : Secret of Ancient Chinese Art of Motivation
18
TEORI KECERDASAN PELBAGAI
Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-kurangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai.
L o g i k - M a t e m a t i k
K i n e s t e t i k
I n t e r p e r s o n a l
V i s u a l - r u a n g N a t u r a l i s
M u z i k
V e r b a l - L i n g u i s t i k
I n t r a p e r s o n a l
Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai memberi maklumattentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih penting lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru,pendekatan Pembelajaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebihberkesan.
•
+
19
PEMBELAJARANPEMBELAJARANKONTEKSTUALKONTEKSTUAL
PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL MENGAMBIL KIRA PELBAGAI GAYA PEMBELAJARAN
20
Pendekatan kontekstual merupakan suatu kaedahpengajaran dan pembelajaran yang mencabar, berkesandan menyeronokkan, seterusnya dapat menyumbang ke arah pemeringkatan penguasaan kemahiran danprestasi murid.
21
FAEDAHPEMBELAJARANKONTEKSTUAL
22
FaedahPembelajaranKontekstual
Kepada :
Guru
Murid
Industri
23
MURID
• Dapat mengaitkan mata pelajaran denganpekerjaan atau kehidupan
• Dapat mengaitkan kandungan matapelajaran dengan pengalaman harian
• Boleh memindahkan kemahiran
• Boleh meneroka dan mendapatkan bukti
• Boleh menguasai perkara abstrakmelalui pengalaman konkrit
• Dapat belajar secara kerjasama
24
GURU
• Dapat menjadikan pengajaransebagai satu pengalaman yangberjaya.
• Dapat mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan.
• Dapat menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atauindustri.
25
INDUSTRI
• Menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semulasecara berkesan mengikutkeperluan
• Menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagairakan kongsi
26
Pembelajaran secara Kontekstual dapat membina keyakinandiri kerana murid dapat memahami perhubungan antara teoridan amalan. Pembelajaran secara Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatumasalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagaipenghubung antara akademik dan alam pekerjaan dandengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.Pendekatan Kontekstual dapat membina asas kukuh tenagakerja mahir masa depan untuk menguatkan kedudukannegara di peringkat dunia.
27
BENTUKPEMBELAJARANKONTEKSTUAL
28
E Experiencing(Mengalami)
Belajar dalam konteks penerokaan,
penemuan dan reka cipta
RRelating
(Menghubung kait)Belajar dalam konteks
menghubungkaitkan pengetahuanbaru dengan pengalaman hidup
AApplying
(Mengaplikasi)Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh
digunakan dalam situasi lain.
C Cooperating(Bekerjasama)
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum
balas dan berkomunikasi
T Transfering(Memindahkan)
Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dan
menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada bentuk pembelajaran yang berikut :
APAKAH BENTUK PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
29
Experiencing (Mengalami)
Murid dibawa ke makmal untuk menyaksikan demontrasi serta membuat latihan amali
menyambungkan wayar kepada plug 3 pin.Pengalaman ini boleh digunakan di rumah apabila
berlakunya situasi wayar plug 3 pin sterika tertanggal
Relating (Menghubung kait)Murid melakukan aktiviti mengutip sampah di
sekitar sekolah untuk menanam sikap cintakan kebersihan. Menerusi pengalaman ini murid dapat mengaitkan aktiviti yang dilakukan oleh ibu bapa mereka semasa membersihkan kawasan tempat
tinggal mereka setiap hari
30
Transfering (Memindahkan)Murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut tegak dengan menggunakan Teorem Pythagoras.Murid boleh memindahkan pengetahuan segitiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk menghasilkan sudut tegak dalam aktiviti mengecat garisan gelanggang
permainan
Cooperating (Bekerjasama)Murid ditugaskan secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah pencemaran alam
menerusi satu aktiviti yang memerlukan mereka berbincang dan bekerjasama dengan ahli
kumpulan masing-masing . Hasil yang diperolehi adalah lebih baik disebabkan mereka
menyelesaikan masalah secara bekerjasama
Applying (Mengaplikasi)
Murid mempelajari teori dan konsep tuas. Mereka dapat mengaplikasikan pengetahuan ini apabila bertemu situasi sebuah kereta yang tayarnya pancit tidak mempunyai jek.
Dengan mengamalkan pengetahuan yang ada, murid boleh menggunakan konsep tuas untuk menggantikan jek
kereta bagi membolehkan penukaran tayar
31
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektifpembelajaran dapat dicapai melalui pelbagai bentuk.Antara bentuk yang diutarakan adalah menghubung kait,mengalami, mengaplikasi, bekerjasama dan memindahkan.Setiap bentuk yang dibincangkan harus mengaitkanpembelajaran dengan pengalaman dan persekitaran. Muridyang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstualberupaya mengaitkan apa yang dipelajari danmengaplikasikannya kepada situasi lain.
32
BAGAIMANAMELAKSANAKANNYA??
33
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategiyang berikut:
MOTIVASI
PengenalanIsu perbincanganAlat bantu mengajar
PEMAHAMANPenerangan
konsep danperbincangankelasBacaan danmelakukanContoh kajian
KEMAHIRAN
Aktiviti Hands-OnPenyelesaianmasalah
PENILAIAN
Ingat kembali fakta utamaPenilaiankemajuan
BAGAIMANAKAH MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL?
34
Memperdengarkanrakaman bunyi tembak menembak berserta jeritan
DaruratSejarah
Tayangan video permainangendang oleh pelbagai kaum di Malaysia
Permainan gendangMuzik
MotivasiKonsepBidang
Segmen ini bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yangakan dibincangkan, contohnya :
MOTIVASI
35
Segmen ini merangkumi kemahiran murid yang berkaitandengan tajuk yang dipelajari. Kaedah penyampaianmaklumat harus dipelbagaikan agar dapat menarik minatmurid terhadap sesuatu konsep itu. Murid diberikankebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.
PEMAHAMAN
36
Pengetahuan yang diperoleh murid dapat diaplikasi dengan caramelakukan hands-on dan seterusnya dapat mencetuskan pemikiranmurid (minds-on). Dengan ini murid dapat mengaitkan pengetahuanbilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru bolehmenyediakan senario tertentu untuk membantu muridmenyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas muridmempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakanpersoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopediasebagai rujukan.
Bidang kerjaya juga boleh dibincangkan oleh guru dalam segmenini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidangkerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikanpengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalamkerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yangmereka peroleh hasil daripada pembelajaran secara kontekstual.
KEMAHIRAN
37
Menggulung fakta utama sesuatu tajuk dan menilai penguasaantentang tajuk tersebut adalah dua aspek segmen ini. Apabila gurumerumus tajuk, murid diingatkan semula mengenai fakta penting. Disini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkaya pengetahuanmurid. Selepas ini, guru perlu mengadakan penilaian kemajuan murid.
Penilaian tidak semestinya secara bertulis. Guru boleh menggunakankaedah lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah sepertikuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaanportfolio. Perubahan sikap dan perlakuan yang dapat dilihat jugaboleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isipelajaran.
PENILAIAN
38
Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran perlu melalui proses motivasi, pemahaman, aplikasi sertaimbasan kembali dan penilaian. Kebolehan melakukan(hands-on) dan berfikir (minds-on) merupakan asaspendekatan kontekstual. Paduan kedua-duanya akanmendorong naluri ingin tahu murid dan menjadikanpembelajaran suatu aktiviti bermakna kepada mereka.
39
APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN
KONSTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARANTRADISIONAL?
40
Syarahan dan soal-jawabInkuiri, penemuan dan aplikasi.
Berasaskan pencapaian atau prestasidan penyelesaian masalah
(contoh: portfolio).
Menguji fakta (contoh:ujian kertas dan pensil).
Aktif mencari dan membina maklumatmelalui aktiviti sebenardalam kehidupan harian
Disesuaikan untukkecerdasan pelbagai.
Disesuaikan untuk kecerdasanBahasa dan Logik- Matematik.
Pembimbing dan mentor
Penerima maklumat yang pasifmelalui syarahan dan pembacaan
Penyampai maklumat
Pembelajaran SecaraKontekstual
Memindahkan maklumatMencari, membina dan
mengaplikasikan maklumatkepada dunia sebenar.
Pembelajaran SecaraTradisionalPerkara
Objektif
Peranan Guru
Peranan Murid
Isi Kandungan
Penilaian
Kaedah
39
APAKAH PERBEZAAN ANTARA PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL DENGAN PEMBELAJARAN TRADISIONAL?
41
Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antarapembelajaran secara kontekstual dengan pembelajaransecara tradisional. Pembelajaran secara kontekstualmemberi penumpuan kepada murid. Objektif pembelajarandapat dicapai dengan lebih cepat dan berkesan berbanding dengan kaedah tradisional.
4042
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN BAGI
MELAKSANAKANPEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL DENGAN
BERKESAN
43
Matlamat utama pembelajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkanmurid yang berkualiti. Untuk menjayakannya, semua pihak perlu bersetujumengenai apa yang perlu dipelajari dan bersetuju mengenai strategipembelajarannya. Di samping itu, sokongan daripada organisasi masyarakatdiperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran dan pembelajaran kontekstual.Sokongan luaran ini akan memberi galakan dan sumber-sumber untukmembantu murid dan guru mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaranyang kondusif.
44
PembelajaranMurid
PengajaranGuru
SokonganPentadbirSekolah
SokonganMasyarakat
Pengajaran Guru
Sokongan PentadbirSekolah
Komunikasi
SokonganMasyarakat
PERKARA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN
45
KOMUNIKASI
\
KOMUNIKASI
Guru Murid
Ibu bapa Masyarakat
46
KomunikasiAntara :
MuridGuru
Ibu bapaMasyarakat
• Ibu bapa dan masyarakat perlu memahami keadaan dan kaedah pengajaran yang terkini danmemberi sokongan kepadaperancangan dan perkembangan pembelajaran kontekstual.
• Pembelajaran kontekstual yangberjaya memerlukan komunikasi berterusan di kalangan murid,guru, ibu bapa dan masyarakat.
• Maklum balas daripadamurid adalah satu komponen yang penting untuk mengukurkeberkesanan programpembelajaran kontekstual.
47
PENGAJARANGURU
Teks danBahan
Sokongan
Penilaian
PersekitaranLuar
Sekolah
Kurikulum
SuasanaBilik Darjah
48
• Cara penilaian yang pelbagai dan adil perlu dirangka untuk membantu murid menguasai pembelajaran.
• Teks dan bahan sokongan yang pelbagai perlu disediakan.
• Aktiviti pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid
• Bilik darjah diubah suai supaya murid boleh menjalankanaktiviti ‘ hands-on’ secara berkumpulan.
• Suasana pembelajaran koperatif di kalangan murid digalakkan.
Kurikulum
Teks & Bahan Sokongan
Penilaian
Suasana Bilik Darjah
PersekitaranLuar Sekolah
• Guru mengambil kira persekitaran luar sekolah. Misalnya bagi sekolah luar bandar, guru akan menggunakan konteks yang ada di persekitarannya.
• Disiplin tradisional diubah suai dalam konteks yang bermakna.
• Strategi pengajaran baru perlu diwujudkan memandangkan perananguru hanya sebagai fasilitator.
• Kandungan kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran kontekstualdikenal pasti terlebih dahulu.
• Maklumat tentang hubung kait kurikulum dengan individu,masyarakat dan khususnya alam pekerjaan perlu disediakan.
• Bukan semua kandungan kurikulum boleh disampaikandengan kaedah pembelajaran kontekstual.
49
SOKONGANPENTADBIRAN
SEKOLAH
Kepimpinan
Infrastruktur PerkembanganStaf
Masa
Kewangan
50
• Guru perlu diberi latihan atau kursus untuk mempelajari teori dan kaedah pembelajaran kontekstual danmempraktikkannya dalam bilik darjah.
• Guru perlu peka tentang persekitaran tempat kerja bagi membantu prosespengajaran dan pembelajaran.
• Kemudahan bilik aktiviti, makmal, bilik tayang,perkakasan komputer dan perisian serta peralatan lain perlu disediakan untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
• Peruntukan kewangan yang mencukupi mesti disediakan.
• Sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbir amat perlu supaya guru boleh melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kontekstual denganberkesan.
• Jadual waktu perlu fleksibel supaya masamencukupi untuk menjalankan aktiviti.
PerkembanganStaf
Infrastruktur
Kewangan
Kepimpinan
Masa
51
SOKONGANMASYARAKAT
Sokongan TeknikalDan Kewangan
Kerjasama Masyarakat DanSekolah
Penyediaan Situasi Tempat Kerja Sebenar
52
SOKONGANMASYARAKAT
• Masyarakat perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk memberi sumbangan dalammenjayakan pelaksanaan kurikulum.
• Hubungan rapat antaraKementerian Pendidikan denganindustri adalah penting untuk mendapatkan sokongan teknikal,kewangan dan memberi pendedahan kemahiran kepada murid tentang alam pekerjaan.
• Murid memerlukan pengalamanhands-on. Mereka menimba pengalaman ini dengan cara bekerja atau membuat latihan amali dalam situasi tempat kerja sebenar.
53
Pembelajaran kontekstual yang efektif memerlukan gabungjalin atau interaksi di antara kurikulum, kaedah pengajaran,situasi dan masa. Penglibatan masyarakat dan industridalam merancang strategi untuk menjayakan wawasanbersama dengan pihak sekolah sangat penting. Oleh itusekolah, industri dan masyarakat perlu bersedia menerimaperubahan dalam menjayakan pengajaran danpembelajaran secara kontekstual.
54
“ I knew Applied Math wouldn’t be easy for me. Math never is. I’m learning how to comprehend problems and think through instead of just doing the mechanics of math. I like being able to have a group or partner.”
(Komen seorang murid selepas satu semester kelas Matematik Gunaan secara kontekstual di Portage High School, Amerika Syarikat).
Oleh itu, pendekatan secara kontekstual ialah …
Still the SAMEMathematics, History, Music, Science …
BUT …taught and learned DIFFERENTLY
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
55
1. Adakah konsep baru dinyatakan dalam situasi kehidupan sebenar dan pengalaman yang biasadialami oleh murid?
2. Adakah konsep dalam contoh dan latihan murid dinyatakan dalam konteks kegunaannya?3. Adakah konsep baru dinyatakan dalam konteks pengetahuan yang sedia ada pada murid?4. Adakah contoh dan latihan murid mengandungi banyak penyelesaian masalah pada situasi
sebenar dan sudahkah mereka mengenal pasti kepentingannya pada masa kini dan akandatang?
5. Adakah contoh dan latihan murid menanamkan sikap ‘saya perlu belajar konsep ini’?6. Adakah murid mengumpul dan menganalisis data mereka sendiri semasa dibimbing
menjalankan penyiasatan tentang konsep yang penting?7. Adakah peluang diberikan kepada murid untuk mengumpul dan menganalisis data untuk tujuan
pengayaan?8. Adakah pembelajaran dan aktiviti menggalakkan murid mengaplikasikan konsep dan
pengetahuan dalam konteks masa depan murid dan situasi yang pelbagai?9. Adakah murid sentiasa mengambil bahagian dalam interaksi kumpulan di mana perkongsian,
komunikasi dan respons kepada konsep penting dan membuat keputusan berlaku?10. Adakah pembelajaran, latihan dan aktiviti meningkatkan pembacaan dan kemahiran komunikasi
di samping meningkatkan kemahiran saintifik dan logik matematik?
SENARAI SEMAK PENGAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
56
1. Apakah yang anda faham tentang maksud Pembelajaran Kontekstual?2. Mengapakah pendekatan Pembelajaran Kontekstual perlu diserapkan dalam sesuatu
pelajaran?3. Nyatakan aspek-aspek yang terdapat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kontekstual.4. Senaraikan urutan strategi pengajaran dan pembelajaran Kontekstual.5. Apakah hasil yang diharapkan daripada murid melalui pendekatan Pembelajaran
Kontekstual?6. Nyatakan faedah Pembelajaran Kontekstual kepada :
a. Muridb. Guruc. Industri
7. Senaraikan perbezaan antara Pembelajaran Kontekstual dengan pembelajaran secara tradisional.
8. Nyatakan perubahan sosial dan fizikal yang perlu dilakukan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual di sekolah.
9. Apakah institusi-institusi yang perlu dilibatkan untuk menjamin kejayaan Pembelajaran Kontekstual?
10. Anda seorang guru sejarah. Anda dikehendaki mengajar tajuk Kemerdekaan Malaysia.
Cadangkan dengan ringkas bagaimana tajuk ini boleh diajarkan melalui pendekatan Kontekstual.
PENILAIAN
57
Brooks, J.G., & Brooks, M.G., (1993). In search of understanding: The case for constructivist classrooms. Alexandria,VA:ASCD.
Caine, Renate Numella and Geoffrey Caine, (1991). Making Connections : Teaching and the Human Brain. Alexandria : Association for Supervision and Curriculum Development.
CORD , (1998). CORD Algebra 1: Mathematics In Context. Waco : Center of Occupational Research and Development.
CORD , (1999). The ABCs of Tech Prep : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development.
CORD , (1999). Teaching Mathematics Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development.
CORD , (1999). Teaching Science Contextually : The Cornerstone of Tech Prep. Waco : Center of Occupational Research and Development.
Davidson, N. (Ed)., (1990). Cooperative learning in mathematic: A handbook for teachers. Menlo Park, CA: Innovative Learning, Addison – Wesley.
Gardner, Howard, (1983). Frames of Mind : The theory of Multiple Intelligences. New York : Basic Books.Hull, Dan and Dale Parnell, (1991). Tech Prep/ Associate Degree : A Win/Win Experience. Waco : Center of
Occupational Research and Development.Hull, Dan, (1993). Opening Minds Opening Doors : Rebirth of American Education. Waco: Center of Occupational
Research and Development.Hull, Dan, (1995). Who Are You Calling Stupid? Waco : Center of Occupational Research and Development.Kolb, David A., (1984). Experiential Learning : Experience as a source of Learning and Development. New Jersey :
Prentice Hall.Parnell, Dale, (1994). Logo Learning : In Search for Meaning in Education. Waco: Center of Occupational Research
and Development.http://www.google.yahoo.com/bin/query?p=contextual/+learning&hc=O&hs=Ohttp//www.cord.orghttp://ateec.eiccd.cc.ia.us/2000/themes/ctlinfo.html
RUJUKAN
58
59
CONTOH 1
Mata Pelajaran : Matematik
Tingkatan : Dua
Tajuk : Penyelesaian Persamaan Linear Dalam Satu Anu
OBJEKTIFSelepas menjalankan aktiviti ini, murid akan dapat menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Murid mengetahui bahawa bagi sebarang nilai a,a + ( − a ) = 0 , contohnya 5 + ( − 5 ) = 0
PERALATAN
- Jubin algebra berwarna hijau (Jubin-unit) dan kuning (Jubin-x)- 2 keping kad manila yang mempunyai kawasan positif (+) dan kawasan negatif (-)
CONTOH
AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA KONTEKSTUAL
60
+
−
Kad Manila
Jubin-unit Jubin-x
x1
PENYATAAN MASALAH
Anda akan menggunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan linear dalam satu anu.
61
+
−
+
−
=
3 x – 2 7
1
1 1 1 1
1
1
11
x
x
x
+
−
+
−
=
3 x – 2 + 2 7 + 2
1
1 1 1 1
1
1
11
x
x
x 1 1 11
LANGKAH
(a) Wakilkan persamaan 3 x – 2 = 7 dengan meletakkan jubin pada kad manila seperti yang berikut:
62
(b) Tambahkan dua jubin-unit pada kawasan positif di kedua-dua kad manila.
+
−
(c) Pada kad manila di sebelah kiri, keluarkan 2 jubin-unit pada kawasan positif dan 2 jubin-unit pada kawasan negatif.
+
−
=
3 x – 2 + 2 7 + 2
1
1 1 1 1
1
1
11
x
x
x 1 1 11
6263
(d) Agihkan jubin-unit di sebelah kanan secara saksama mengikut bilangan jubin-x yang terdapat di sebelah kiri.
+
−
+
−
=
3 x 9
1 1 1
1
1 11
x
x
x 11
64
Adakah ini menunjukkan bahawa 3 (iaitu x = 3) ialah penyelesaian bagi persamaan 3 x – 2 = 7? Semak jawapan anda.
AKTIVITI PENGUKUHAN
Gunakan jubin algebra untuk menyelesaikan persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3. Catatkan setiap langkah dengan melukis rajah. Nyatakan penyelesaian bagi persamaan 5 x + 3 = 2 x – 3.
CONTOH 2
Mata Pelajaran : Pendidikan MuzikTingkatan : SatuTajuk : Klasifikasi Alat Muzik Tradisional
OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran murid boleh:
1. Menyatakan klasifikasi yang terdapat dalam alat muzik tradisional.
2. Menyatakan pengertian Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon.
3. Mengklasifikasikan alat muzik tradisional dengan tepat mengikut Membranofon, Kordofon, Idiofon dan Erofon
65
MOTIVASI
Murid menonton video yang menunjukkan persembahan Dondang Sayang.
PEMAHAMAN
1. Guru menyuruh murid memberi tumpuan kepada jenis alat muzik yang digunakan oleh kumpulan muzik Dondang Sayang.
2. Guru mengadakan sesi perbincangan dengan murid tentang jenis alat muzik yang digunakan sama ada alat muzik tersebut bertali, berkulit, alat tiupan atau alat muzik yang diketuk.
3. Guru memberi penerangan kepada murid tentang klasifikasi alat muzik tradisional.
Kordofon : Alat muzik bertaliIdiofon : Alat muzik yang diketukErofon : Alat muzik tiupanMembranofon : Alat muzik yang diperbuat daripada kulit
66
67
APLIKASI
1. Guru membawa murid ke Istana Budaya Negara untuk menyaksikan persembahan Ghazal secara langsung.
2. Murid diberikan sehelai kertas. Semasa menonton persembahan, murid dikehendaki menyenaraikan bilangan alat muzik mengikutklasifikasi Membranofon, Idiofon , Kordofon dan Erofon.
3. Murid dibawa ke dalam bilik simpanan alat-alat muzik tradisional. Di sini mereka dikehendaki memegang, mengamati dan cubamembunyikan alat muzik yang dipilih.
4. Murid dikehendaki menyenaraikan sepuluh jenis alat muzik, dapatkan namanya daripada pembantu yang bertugas danmengklasifikasikan alat-alat muzik tersebut.
5. Murid kemudian menonton persembahan kumpulan Keroncong. Sambil menonton, murid dikehendaki menyenaraikan nama alat-alatmuzik yang digunakan dalam kumpulan Keroncong itu dan mengklasifikasikannya.
6. Guru mengaitkan pelajaran dan pengalaman yang telah dilalui oleh murid dengan kerjaya yang boleh diceburi.
Contoh kerjaya :
• Jurutera Audio (Audio Engineer)• Pengarah Orkestra (Orchestra Director)• Penggubah (Muzik Arranger)• Penerbit Rakaman (Recording producer)• Pengusaha Alat Muzik (Musical Instrument Manufacturer)
IMBAS KEMBALI
Murid dikehendaki menjawab soalan-soalan berikut :
1. Berapakah alat Membranofon yang digunakan dalam kumpulan Ghazal?
2. Berapakah alat Erofon yang digunakan dalam kumpulan keroncong?
3. Apakah klasifikasi alat yang tidak digunakan dalam kumpulan, Ghazal, Dondang Sayang dan Keroncong?
4. Nyatakan kerjaya yang boleh diceburi dalam bidang muzik.
68
CONTOH 3
Mata Pelajaran : BiologiTingkatan : LimaTajuk : Variasi dan Keturunan
OBJEKTIF
Selepas mempelajari unit ini murid dapat :
• Menganalisis perkembangan genetik di antara ahli keluarga.• Meramalkan generasi F 2 (generasi filial kedua) berdasarkan pengetahuan genotip.
PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pengetahuan yang telah ada pada pelajar ialah:
• Hukum Mendel I• Kacukan Monohibrid dan pewarisan monohibrid
69
AKTIVITI
Topik : Wajah zuriat kuPeralatan : Rajah wajah kosong, sekeping duit siling, pensil dan pemadam
Langkah :
1. Guru meyenaraikan sifat-sifat pada bahagian muka seperti berikut :- bentuk dagu- lekuk dagu- bentuk mulut- bentuk hidung- bentuk mata- bulu mata- suak rambut- rambut- telinga
2. Murid memilih pasangan daripada gender yang berlainan.
3. Setiap ahli pasangan memilih kesudahan lambungan siling secara tetap (iaitu sama ada kepala atau bunga).
4. Setiap pasangan memilih sifat yang hendak dilakar pada rajah wajah kosong yang disediakan.
5. Guru melambung siling dan menyatakan kesudahannya.
70
71
KEPUTUSAN
Wajah yang terhasil daripada aktiviti di atas merupakan satu daripada hasil yang mungkin dalam proses kacukan monohibrid.
RUMUSAN
• Aktiviti di atas terhad kepada kacukan dan perwarisan monohibrid sahaja.• Wajah yang diperoleh merupakan satu daripada kesudahan yang mungkin.
AKTIVITI PENGUKUHAN
Murid dibahagikan kepada kumpulan. Salah seorang ahli daripada setiap kumpulan diminta menyediakan gambarnya, ibu bapanyadan datuk dan neneknya (daripada sebelah ibu dan bapanya).
Ahli setiap kumpulan akan menganalisis gambar-gambar itu dan menerangkan kepada kelas daripada siapakah rakan merekamewarisi sifat-sifat wajahnya.
NOTA :
Aktiviti di atas mengukuhkan pengetahuan sedia ada bagi unit ini dan boleh dijadikan motivasi kepada unit pelajaran yang berikutnyaiaitu Hukum Mendel II dan kacukan dihibrid.
6. Jika kesudahan lambungan siling memihak kepada murid perempuan, murid lelaki akan melakarkan sifat wajah murid perempuan yangtelah dipilih tadi pada rajah wajah kosong. Begitu juga sebaliknya.
7. Ulang langkah 4 hingga 6 sehingga semua sifat wajah yang disenaraikan telah dilakarkan.
71
72
73
Panel Penulis
Penasihat
Dr. Sharifah Maimunah bt Syed Zin Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
Pengerusi
Dr. Rohani Abdul Hamid Timbalan Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum
Ahli Panel
Sharifah Fatmah Alhabshi (Ketua) Pusat Perkembangan Kurikulum
Bakhtiar Mohd. Salleh Pusat Perkembangan Kurikulum
Roslena Zakaria Pusat Perkembangan Kurikulum
Nor Zamani Abdol Hamid Pusat Perkembangan Kurikulum
Hoe Hong Tai Pusat Perkembangan Kurikulum
Mohamad Shah katimon Pusat Perkembangan Kurikulum
Salahuddin Abdullah Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru
Radziah Abdul Manap Sekolah Menengah Teknik Port Dickson
Azizah bt Mohamad Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar Seremban
74
top related