pusat tuisyen didikan genius program bahasa malaysia sekolah … · 2021. 1. 29. · pemahaman...
Post on 11-Feb-2021
10 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Pemahaman
Modul PT3
SM 202
Nama : _____________________________
-
Analisis Puisi
Genre PuisiTradisional
PantunSyair
ModenSajak
Tema
Persoalan
BentukTerikat
Rima akhir Pantun : ab / abab
Rima akhir Syair : aaaa
BebasRima akhir Sajak : abcdef
Unsur Bahasa
Pengulangan
Pengulangan baris Repitisi
Pengulangan Kata
Ulang kata depan Anafora
Ulang kata belakang Responsi
Ulang kata tengah Epifora
SinkopeSingkatan : ku, mu, nak
Inversiterbalik : akan kuambil
PerlambanganBunga : wanita
Personifikasibersifat manusia
HiperbolaMelebih-lebihkan
Unsur bunyi Pengulangan abjad
Ulang vokal (a,e,i,o,u) Asonansi
Ulang Konsonan (b,c,d,f,g...) Aliterasi
Nada
Romantiscinta, kasih sayang
Melankoliksedih
Protesmembantah
Sinismenyindir / mengejek
Nilai
Pengajaran
Analisis Puisi
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pemahaman Petikan
PENGKALAN HULU, 15 Julai- Kelab Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Kebangsaan Pengkalan Hulu telah mengadakan Minggu Membaca yang bermula dari
7 Julai hingga 15 Julai 2019. Pelancaran Minggu Membaca ini telah disempurnakan
oleh Pengetua Sekolah, Tuan Jamali bin Hassan. Dalam ucapan ringkasnya, beliau
berharap agar murid-murid akan mengambil peluang untuk menyertai aktiviti yang
dianjurkan dan mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur atas inisiatif
menggalakkan murid-murid membaca.
Antara tujuan Minggu Membaca diadakan adalah untuk memupuk budaya
membaca dalam kalangan murid-murid. Selain itu, murid-rnurid juga didedahkan
dengan pelbagai bahan bacaan dan mereka akan dididik untuk menghayati bahan-
bahan bacaan.
Pelbagai aktiviti diatur bersempena dengan minggu tersebut. Aktiviti tersebut
termasuklah aktiviti membaca novel secara berterusan selama dua jam oleh dua puluh
orang murid, taklimat tentang novel sastera, kempen derma buku dan majalah,
pameran buku, dan sidang perbincangan berdasarkan bahan-bahan yang dibaca. Selain
itn, pertandingan pidato, perbahasan, dan kuiz turut diadakan. Pelbagai hadiah
disediakan untuk para pemenang.
Aktiviti yang dijalankan telah mendapat sambutan daripada murid-murid.
Banyak murid mengambil peluang untuk menyertai setiap aktiviti yang dijalankan
terutama aktiviti membaca novel dan pertandingan kuiz. Pihak penganjur berpuas hati
dengan sambutan yang diberikan oleh murid-murid.
Majlis penutup Minggu Membaca telah disempurnakan Penolong Pengetua,
Puan Mariam binti Ibrahim. Beliau turut menyampaikun hadiah kepada para
pemenang. Dalam ucapannya, beliau berhatap agar budaya membaca dapat menjadi
amalan setiap murid. Beliau juga berharap agar aktiviti tersebut akan dapat diteruskan
pada masa akau datang.
1. Mengapakah pengetua sekolah mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur?
A Berusaha untuk menggalakkan murid-murid membaca
B Berjaya memupuk amalan membaca dalam kalangan murid
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 1
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
C Aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid
D Murid-murid dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan
2. Semua yang berikut ialah tujuan program "Minggu Membaca" diadakan, kecuali
A mendidik murid menghayati bahan bacaan.
B memupuk budaya membaca dalam kalangan murid,
C mendedahkan murid kepada pelbagai bahan bacaan.
D membimbing murid memilih bahan bacaan yang sesuai.
3. Apakah maksud rangkai kata memupuk budaya
A Menanam perbuatan
B Menyemai amalan
C Menyebarkan tabiat
D Menyuburkan sikap
4. Pada pendapat anda, mengapakah penolong pengetua berharap agar program
"Minggu Membaca" diadakan lagi pada masa akan datang?
A Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada murid-murid
B Semua murid telah membudayakan amalan membaca
C Pelbagai hadiah menarik disediakan oleh penganjur
D Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 2
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pemahaman Puisi Tradisional - Pantun
Pantun Kiasan
1 Tikar pucuk tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.
2 Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.
3 Tebang gelam tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.
4 Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.
5 Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.
6 Air surut memungut bayam,
Sayur diisi ke dalam kantung;
Jangan diikut resmi ayam,
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 3
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bertelur sebiji riuh sekampung.
7 Anak punai anak merbah,
Hinggap di tonggak mencari sarang;
Anak sungai lagi berubah,
Inikan pula hatinya orang.
8 Rotan siput rotan berlingkar,
Anak itik patah kakinya;
Hujan ribut gunung terbakar,
Embun setitik padam apinya.
9 Raut bilah pembatang taut,
Kail berada dalam raga;
Tidak sudah seluang melaut,
Akhirnya balik ke tepi juga.
10 Sangkut terendak dekat beranda,
Orang Papua anyam tak sudah;
Jika tidak ada berita,
Masakan tempua bersarang rendah.
11 Bunga geti bergulai temenung,
Di hari raya memakan tapai;
Hajat hati nak peluk gunung,
Apakan daya tangan tak sampai.
12 Suasa bertahil emas berbungkal,
Tetapi intan tiada sesaga;
Kalau kail panjang sejengkal,
Usah lautan hendak diduga.
13 Dang Nila memangku puan,
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 4
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Berembang buah pedada;
Adakah gila bagimu tuan,
Burung terbang dipipiskan lada.
14 Hari hujan puyuh mendengut,
Mendengut mari sepanjang jalan;
Air dalam kapar tak hanyut,
Kononlah pula kemarau panjang.
15 Berilah saya pisau raut,
Hendak meraut bingkai tudung;
Gila apakah ikan di laut,
Mengidamkan umpan di kaki gunung.
16 Laksana gadis Menteri Boger,
Bijak membilang ayam betina;
Nyawa menangis di pintu kubur,
Hendak pulang ke dalam dunia.
17 Hilir berderap mudik berderap,
Patah galah haluan perahu;
Sungguh laksana bunga dedap,
Cantik merah tidak berbau.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah Bahasa,
Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.)
Rangkap 1
Perbuatan membazir adalah suatu amalan yang merugikan.
Rangkap 2
Orang yang merantau selalunya akan merendah diri apabila berada di tempat orang.
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 5
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Rangkap 3
Sebelum menginginkan sesuatu yang dianggap mustahil, ketahuilah tahap kemampuan
dan kebolehan diri kita lebih dahulu.
Rangkap 4
Jangan mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Rangkap 5
Sikap seseorang yang sombong dengan kebolehan diri serta memandang rendah
terhadap orang lain.
Rangkap 6
Jangan suka membesar-besarkan kejayaan yang tidak seberapa.
Rangkap 7
Pendirian manusia sering berubah-ubah.
Rangkap 8
Perasaan marah akan segera hilang dengan adanya nilai kesabaran dalam diri.
Rangkap 9
Orang yang merantau akhirnya akan kembali ke tempat asalnya semula.
Rangkap 10
Setiap perkara yang berlaku dan diperkatakan orang tentu ada sebabnya.
Rangkap 11
Menginginkan sesuatu yang besar tetapi tidak mempunyai keupayaan.
Rangkap 12
Jika pengetahuan sedikit, janganlah hendak melawan orang yang lebih banyak
pengetahuannya.
Rangkap 13
Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh.
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 6
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Rangkap 14
Jika semasa masih muda sudah malas, apatah lagi setelah usia tua; sedangkan semasa
makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.
Rangkap 15
Seseorang yang inginkan sesuatu di luar kemampuannya.
Rangkap 16
Orang yang melakukan dosa tetapi sudah terlambat untuk bertaubat.
Rangkap 17
Seseorang yang mempunyai rupa paras yang elok tetapi tidak berbudi bahasa.
Tema
Sindiran terhadap segelintir anggota masyarakat yang mengamalkan sikap
negatif sehingga boleh menjejaskan kehidupan diri sendiri dan orang lain.
Persoalan
(a) Sikap membazir tidak digalakkan untuk diamalkan dalam kalangan masyarakat.
(b) Sikap rendah diri dalam kalangan perantau apabila berada di tempat orang.
(c) Sifat segelintir manusia yang mengharapkan sesuatu di luar kemampuan diri.
(d) Sikap manusia yang terlalu mengharapkan sesuatu yang belum pasti hasilnya.
(e) Sifat sombong dan bangga diri akan membawa kemudaratan kepada diri
sendiri.
(f) Sifat sabar akan dapat melenyapkan kemarahan.
(g) Perantau yang pergi jauh akhirnya akan kembali ke kampung halaman juga.
(h) Sifat malas yang bermula sejak kecil akan sukar diubah apabila sudah dewasa,
begitu juga apabila semasa makmur tidak senang, apatah lagi semasa susah.
(i) Kecantikan diri tidak berharga jika tidak berbudi bahasa.
(j) Segeralah bertaubat setelah melakukan dosa.
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 7
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Bentuk
(a) Pantun ini terdiri daripada tujuh belas rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama. Contohnya,
• rangkap 1: empat baris; • rangkap 10: empat baris;
• rangkap 2: empat baris; • rangkap 11: empat baris;
• rangkap 3: empat baris; • rangkap 12: empat baris;
• rangkap 4: empat baris; • rangkap 13: empat baris;
• rangkap 5: empat baris; • rangkap 14: empat baris;
• rangkap 6: empat baris; • rangkap 15: empat baris;
• rangkap 7: empat baris; • rangkap 16: empat baris;
• rangkap 8: empat baris; • rangkap 17: empat baris.
• rangkap 9: empat baris;
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata.
Contohnya,
Berembang buah pedada (3 patah kata)
Harimau di hutan lagi kutangkap (5 patah kata)
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara lapan hingga sebelas suku kata.
Contohnya,
Anak punai anak merbah (8 suku kata)
Bertelur sebiji riuh sekampung (11 suku kata)
(f) Pantun ini berbentuk terikat.
Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
• Alas nikah raja Melayu (perulangan vokal a);
• Sangkut terendak dekat beranda (perulangan vokal e);
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 8
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
• Limau Bentan di tepi tingkap (perulangan vokal i);
• Hujan ribut gunung terbakar (perulangan vokal u).
(b) Aliterasi, Contohnya,
• Buah bacang masak serangkai (perulangan vokal b);
• Hendak pulang ke dalam dunia (perulangan vokal d);
• Hajat hati nak peluk gunung (perulangan vokal h);
• Kalau kail panjang sejengkal (perulangan vokal k);
• Macam melukut di tepi gantang (perulangan vokal m);
• Tidak sudah seluang melaut (perulangan vokal s).
(c) Rima akhirnya terikat. Contohnya,
• rangkap 1: abab; • rangkap 10: abab;
• rangkap 2: abab; • rangkap 11: abab;
• rangkap 3: abab; • rangkap 12: abab;
• rangkap 4: abab; • rangkap 13: abab;
• rangkap 5: abab; • rangkap 14: abab;
• rangkap 6: abab; • rangkap 15: abab;
• rangkap 7: abab; • rangkap 16: abab;
• rangkap 8: abab; • rangkap 17: abab.
• rangkap 9: abab;
Gaya Bahasa
(a) Hiperbola. Contohnya,
• Hujan ribut gunung terbakar,
• Embun setitik padam apinya.
(b) Inversi. Contohnya,
• Ikan busuk jangan dibuang;
• Gila apakah ikan di laut.
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 9
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, ikan; buah bacang; burung dekut; gelam;
kenanga; kumbang; bunga; gunung; pokok terap; bukit; guruh; langit; kilat; hujan;
bayam; sayur; sungai, dan sebagainya.
(d) Peribahasa. Contohnya,
• Jangan diikut resmi ayam, Bertelur sebiji riuh sekampung;
• Masakan tempua bersarang rendah;
• Kalau kail panjang sejengkal, Usah lautan hendak diduga;
• Burung terbang dipipiskan lada;
• Air dalam kapar tak hanyut, Kononlah pula kemarau panjang;
• Sungguh laksana bunga dedap, Cantik merah tidak berbau.
(e) Personifikasi. Contohnya, nyawa menangis di pintu kubur.
(f) Repetisi. Contohnya,
• tikar (rangkap 1, baris 1);
• burung (rangkap 2, baris 1; rangkap 5, baris 2; rangkap 13, baris 4);
• anak (rangkap 7, baris 1 dan 3; rangkap 8, baris 2);
• bunga (rangkap 3, baris 3 dan 4; rangkap 11, baris 1; rangkap 17, baris 3);
• gunung (rangkap 3, baris 4; rangkap 11, baris 3; rangkap 15, baris 4);
• ikan (rangkap 1, baris 3; rangkap 15, baris 3);
• ayam (rangkap 6, baris 3; rangkap 16, baris 2);
• rotan (rangkap 8, baris 1);
• berderap (rangkap 17, baris 1).
(g) Sinkope. Contohnya,
• Kilat memancar hujan tak lalu;
• Orang Papua anyam tak sudah;
• Air dalam kapar tak hanyut.
(h) Simile. Contohnya,
• Macam melukut di tepi gantang;
• Laksana gadis Menteri Bogor;
• Sungguh laksana bunga dedap.
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 10
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Nilai
(a) Berjimat cermat. Contohnya, tidak membazir walaupun barang tersebut dianggap
tidak berguna lagi.
(b) Merendah diri. Contohnya, mengamalkan sikap merendah diri apabila berada di
tempat orang.
(c) Rasional. Contohnya, menggunakan akal fikiran yang waras sebelum bertindak
melulu.
(d) Keberanian. Contohnya, berani menghadapi sebarang kemungkinan dalam
perjuangan.
(e) Kesabaran. Contohnya, memulihkan perasaan marah dengan sifat sabar.
(f) Kerajinan. Contohnya, sifat rajin dalam diri perlu dipupuk sejak kecil lagi.
(g) Kepatuhan. Contohnya, patuh dengan pandangan orang yang lebih
berpengetahuan.
(h) Berbudi bahasa. Contohnya, kecantikan tidak memberikan apa-apa jika memiliki
tingkah laku yang negatif.
(i) Keinsafan. Contohnya, insaf dan bertaubat setelah melakukan kesilapan.
Pengajaran
(a) Kita mestilah mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.
(b) Kita disarankan agar bersikap merendah diri apabila merantau ke tempat orang.
(c) Kita hendaklah tidak terlalu mengharapkan perkara yang belum pasti menjadi
milik kita kerana kelak akan mengecewakan diri kita.
(d) Kita hendaklah tidak menyombong diri supaya tidak dibenci orang.
(e) Kita mestilah banyak bersabar untuk melenyapkan kemarahan dalam diri.
(f) Kita perlulah menghindarkan diri daripada bersikap malas sejak kecil lagi.
(g) Jika kita mempunyai pengetahuan yang sedikit, janganlah kita menentang orang
yang lebih banyak pengetahuannya.
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 11
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
(h) Kita hendaklah sentiasa berbudi bahasa supaya kita akan dipandang mulia oleh
masyarakat.
(i) Kita mestilah insaf dan bertaubat setelah melakukan dosa.
Latihan
(i) Kemukakan dua kritikan pemantun terhadap sikap masyarakat seperti yang
terdapat dalam pantun tersebut. [3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(ii) Banyak pengajaran yang ingin disampaikan melalui Pantun Kiasan. Nyatakan dua
pengajaran yang terdapat dalam pantun tersebut.
[3 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(iii) Kita disarankan supaya berjimat cermat agar tidak berlakunya pembaziran. Pada
pendapat anda, apakah kebaikan amalan berjimat cermat? [KBAT] [4 markah]
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
( /10)
Program Bahasa Melayu Edubest SM202 - Pemahaman Petikan & Antologi 12
Prog
ram
Bah
asa M
elay
u Ed
ubes
t
-
Pelan Lokasi
@ Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur. Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my
top related