p.vokasional - pembinaan domestik - ting. 4 dan 5
Post on 31-May-2018
333 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
1/38
KEMENTERIAN PENDIDIKANMALAYSIA
Pusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
2002
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PEMBINAAN DOMESTIKTINGKATAN EMPAT dan LIMA
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
2/38
i
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendakmencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil dimana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan
saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisikebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satumasyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenagadan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
3/38
ii
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secaramenyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yangseimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikansumbangan terhadap keharmonian
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
4/38
iii
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 1
Organisasi Kandungan 2
Pendekatan Dan Penekanan 3
Pemetaan Kandungan 5
Format Huraian 6
Huraian Tingkatan Empat 7
Huraian Tingkatan Lima 20
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
5/38
iv
KATA PENGANTAR
Para 1 (kosong)
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaranyang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuksekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulumPembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuaidengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebihbermakna.
Para 3 (kosong)
( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN )PengarahPusat Perkembangan KurikulumKementerian Pendidikan Malaysia
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
6/38
1
Pembinaan Domestik adalah satu daripada matapelajaran elektif vokasional di sekolah menengahakademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amaliyang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dantingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan danpeluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkanFalsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untukmencapai matlamat ke arah mempertingkatkanproduktiviti negara dengan membekalkan tenagamahir yang berpengetahuan dalam bidangpembinaan.
Penawaran mata pelajaran ini merupakansebahagian usaha Kementerian Pendidikan untukmemperluaskan pendidikan teknikal dan vokasionaldi sekolah akademik. Persediaan awal ini adalahuntuk memenuhi keperluan permintaan tenagapekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagaibidang industri yang semakin meningkat seperti
pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik,perabot, komputer dan multimedia, penghasilanmakanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan danhaiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasandalaman, dan perkhidmatan penjagaan.
Dalam kurikulum Pembinaan Domestik tumpuan diberikepada pelbagai kemahiran dalam kerja menerapbata, kerja melepa, kerja konkrit bertetulang dan
simen ferro serta kerja peranca. Kemahiran kemasanmerangkumi kemasan cat emulsi, kemasan gerutudan memasang jubin.
Murid juga digalakkan merebut peluang kerjaya dalamindustri pembinaan. Penerapan nilai murni, sikappositif dan budaya kerja yang baik turut disepadukandalam mata pelajaran ini.
Matlamat mata pelajaran Pembinaan Domestik adalahuntuk melahirkan murid yang berkemahiran dalamkerja menerap bata, lepaan, konkrit, serta kerjamembuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin
dengan mengamalkan budaya kerja yang baik danselamat serta boleh menjalankan perniagaan sendiriatau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerjamahir di industri pembinaan.
Kurikulum Pembinaan Domestik adalah untukmembolehkan murid :
1. Membuat kerja menerap bata dan melepa dalampembinaan tembok, tiang dan gerbang
2. Membuat kerja merancang tanda tapakpembinaan dan memasang kerangka pintu dantingkap
ApakahMata
PelajaranPembinaanDomestik?
MatlamatMata
PelajaranPembinaan
Domestik
PENDAHULUAN
MATLAMAT
OBJEKTIF
ObjektifMata
PelajaranPembinaan
Domestik
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
7/38
2
3. Membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan jubin
4. Menghasilkan kerja konkrit dan simen ferro
5. Memasang dan menanggalkan peranca denganselamat
6. Mengguna dan menyenggara alatan dan mesinkerja bata
7. Melakar dan mentafsir lukisan projek
8. Mengenal pasti dan menggunakan bahan binaandalam kerja pembinaan
9. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etikakerja
10. Menyediakan rancangan perniagaan yangmudah.
Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidangpembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep sepertiberikut:
RangkaKonsep
ORGANISASI KANDUNGAN
RANGKA KONSEP
BANCUHANMORTARKONKRIT
PENGURUSANTEMPATKERJA
KEUSAHAWANAN
KOMUNIKASIRANCANGANPERNIAGAANKERJAYA
MENJALANKAN PERNIAGAAN
SENDIRI
MENYUMBANG TENAGA KERJA
INDUSTRI PEMBINAAN
KERJAYAMENJALANKAN PERNIAGAAN
SENDIRI
MENYUMBANG TENAGA KERJA
INDUSTRI PEMBINAAN
KEMAHIRAN
PEMBINAAN
KERJAKONKRITKONKRIT TETULANGKERJA BENTUKSIMEN FERR0
KERJAKONKRITKONKRIT TETULANGKERJA BENTUKSIMEN FERR0
KEMAHIRANPEMBINAAN
KEMASANKEMASAN GERUTU
CAT EMULSIJUBIN
BIRAI HIAS
KEMASANKEMASAN GERUTU
CAT EMULSIJUBIN
BIRAI HIAS
MENERAPBATA
TIANGTEMBOKGERBANG
MELEPATIANGTEMBOKGERBANG
MELEPATIANGTEMBOKGERBANG
MERANCANGTANDAMELAKARMELUKIS PELAN
MERANCANGTANDAMELAKARMELUKIS PELAN
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
8/38
3
Deskripsi tiga bidang pembelajaran bagi PembinaanDomestik adalah seperti berikut:
1 . Penguru san Tempat Kerja
Murid sentiasa mematuhi dan mengamalkan langkahkeselamatan semasa menjalankan kerja amali denganmematuhi peraturan dan undang-undang dalampekerjaan, rawatan kecemasan dan memadamkebakaran. Di samping itu juga murid dilatih
menguruskan tempat kerja secara berkesan denganmenitikberatkan kebersihan dan penyenggaraanalatan yang berkaitan.
2. Kemahiran Pembinaan
Dalam bidang pembelajaran ini murid menjalankanlatihan amali yang disepadukan dengan teori berkaitan
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Kemahiran yang diperolehi termasuk mengenalibahan, komposisi bancuhan, merancang tanda tapak, jenis ikatan bata, cara sambungan, mengemas ikat,pembinaan gerbang bata dan menguji hasil kerja.Murid juga diberi latihan amali berterusan bagimelakukan kerja melepa dan kemasan sepertimenggunakan cat emulsi, kemasan gerutu, memasang jubin dan birai hias. Di samping itu murid didedahkandalam kerja konkrit, simen ferro dan penggunaanperanca dalam pembinaan serta melakukan kerjamemasang dan menanggal dengan mengamalkanlangkah keselamatan.
3. Keusahawanan
Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yangberkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiranmembuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbingmembuat perancangan perniagaan yang mudah danmengenal pasti organisasi yang membantuusahawan. Murid juga didedahkan dengan peluangkerjaya yang terdapat di industri pembinaan.
Pembinaan Domestik adalah mata pelajaran yangmemberi tumpuan terhadap menguasai kemahiranmelalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali.Bahagian teorinya diserap secara tidak langsungsemasa menjalankan kerja amali. Dalam
mengendalikan kelas, penggabung jalinan perludiadakan di antara lakaran, lukisan, teori dan amali.Bidang pembelajaran Keusahawanan perludigabungkan dengan bidang pembelajaran KemahiranPembinaan bagi membolehkan murid berdikari danmemajukan diri semasa menceburi industripembinaan.
Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiringdengan apa yang dikehendaki di dalam industripembinaan dan relevan dengan bidang pekerjaanyang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akanlebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apayang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.
KemahiranmelaluiLatihanAmali
PENDEKATAN DAN PENEKANAN
Kemahiranyang
Relevan
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
9/38
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
10/38
5
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaranPembinaan Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan KandunganSukatan Pelajaran. Peruntukan masa yangdinyatakan merupakan cadangan untuk membantuguru dalam penyediaan rancangan pengajaran.
Masa pengajaran mata pelajaran PembinaanDomestik ialah dua belas waktu seminggu yang manasetiap waktu ialah empat puluh minit.
Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran
Pembinaan Domestik
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4
(minggu)TINGKATAN 5
(minggu)
1. Pengurusan Tempat Kerja ( 2 )
1.1 Organisasi bengkel 1
a. Peraturan dan langkahkeselamatan
b. Rawatan kecemasan
c. Memadam kebakaran
d. Etika dan budaya kerja
e. Peraturan dan undang-undangkerja
f. Pemeliharaan alam sekitar dalamindustri pembinaan
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4
(minggu)TINGKATAN 5
(minggu)
1.2
Jenis alatan, penggunaan dan
penyenggaraan 1
a. Penyenggaraan
b. Rekod stok
2. Kemahiran Pembinaan ( 33 ) ( 33 )
2.1 Kerja menerap bata
a. Mengenali jenis bata dan
pelbagai bahan dalam kerja bata
b. Memotong bata mengikut bentukdan saiz
c. Menyedia mortar 1
d. Menerap bata 9
e. Membina tiang 4
f. Membina tembok 6
g. Membuat bata 4
h. Membina gerbang 6
2.2 Kerja melepa
a. Jenis lepaan
b. Bahan dan alatan
c. Melepa 5 5
2.3 Kemasan
a. Pengenalan 1
b. Kemasan cat emulsi 3
c. Kemasan gerutu 2
d. Memasang jubin 5
PemetaanKandunganTingkatan 4
danTingkatan 5
BilanganWaktu
Seminggu
PEMETAAN KANDUNGAN
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
11/38
6
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARANTINGKATAN 4
(minggu)TINGKATAN 5
(minggu)
2.4 Kerja konkrit
a. Ciri konkrit 1
b. Pengkonkritan 2
c. Konkrit bertetulang 2
d. Kerja bentuk konkrit 1
e. Simen ferro 5
2.5 Peranca
a. Pengenalan
b. Langkah keselamatan kerjaperanca
c. Memasang dan menanggalperanca
1
3. Keusahawanan ( 2 )
3.1 Kemahiran berkomunikasi
3.2 Kemahiran membuat keputusan
3.3 Rancangan perniagaan
3.4 Agensi yang membantu usahawan
3.5 Pemasaran
3.6Peluang kerjaya di industri
pembinaan
JUMLAH ( 35 minggu ) ( 35 minggu )
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajuriaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; HasilPembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit
pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masapembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasandan kedalaman skop setiap unit pembelajarandihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang bolehdiukur.
Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaranbertujuan membantu guru merancang danmembekalkan pengalaman pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan bermakna kepadamurid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini danmereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaiandengan kebolehan murid dan keadaan sekelilingmereka.
Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan limadiperincikan seperti berikut:
Tiga lajur
Bidang, Unitdan TajukPembelajaran
HasilPembelajaran
CadanganAktiviti
Pembelajaran
FORMAT HURAIAN
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
12/38
7
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PEMBINAAN DOMESTIKTINGKATAN EMPAT
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
13/38
8
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Pengurusan Tempat Kerja
( Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu )
1.1 Organisasi bengkel
a. Peraturan dan langkahkeselamatan
Mengamalkan langkah keselamatan Tayangan video atau slaid tentang kemalanganyang sering berlaku di tempat kerja.
Perbincangan untuk mengenal pasti puncaberlaku kemalangan berdasarkan tayangan videoatau slaid.
Mengamalkan aktiviti 4M iaitu membersih,
menyusun atur, menilai dan mendisiplin.
NOTA :Amalan 4M ini perlu dipraktikkan sepanjangmasa pengajaran dan pembelajaran.
Membersih seperti membersih diri dari aspekfizikal dan minda.
Menyusun atur seperti menyediakan jadualtugasan dan melaksanakan sistem penyimpananalatan dan bahan.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
14/38
9
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Rawatan kecemasan
c. Memadam kebakaran
Melakukan rawatan asas pertolongancemas
Menyatakan pelbagai punca kebakarandan cara mencegah kebakaran
Menilai seperti menilai sendiri tentang diri, hasilkerja dan tempat kerja.
Mendisiplin seperti mempraktik peraturankeselamatan dan mematuhi arahan.
Tunjuk cara rawatan pertolongan cemas danmerawat kecederaan ringan.
Guru boleh menggunakan tayangan video, slaidatau carta pertolongan cemas serta keselamatanbagi memberikan kesedaran kepada murid.
Menyenaraikan empat punca kebakaran yangdikenalpasti melalui aktiviti sumbangsaran.
Murid dan guru membuat latihan kebakaran (firedrill).
Tunjuk cara memadamkan kebakaran.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
15/38
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
16/38
11
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
Menepati masa dan menyiapkan tugasandalam masa yang ditetapkan
Memastikan tempat kerja sentiasa bersihdan teratur
Mengenal pasti ciri peribadi yang sesuaisebagai seorang pekerja
Murid mematuhi jadual kehadiran, jadual tugasandan menyiapkan kerja dalam tempoh yangditetapkan.
Murid sentiasa memakai pakaian kerja, alatperlindungan keselamatan dan menjalankankerja membersih seperti yang dijadualkan.
Guru memberikan helaian kerja dan menetapkanmasa untuk murid menyiapkan kerja yang diberi.
Merujuk biodata tokoh pekerja untuk mengenalpasti keperibadian seorang pekerja yang berjaya.
Menonton cerita mengenai cara bekerjaseseorang dan menganalisis ciri pekerja yangboleh dicontohi atau yang perlu diperbaiki.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
17/38
12
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
e. Peraturan dan undang-undang kerja
f. Pemeliharaan alam sekitardalam industri pembinaan
Menyenarai peraturan yang perlu dipatuhisemasa melaksanakan sesuatu kerjaatau projek pembinaan
Menyatakan akta dan undang- undangyang berkaitan dengan pekerja
Menyatakan kesan mengabaikanperaturan dan undang-undang kerja diindustri pembinaan
Menerangkan kepentingan memeliharaalam sekitar dalam konteks industripembinaan
Mengenal pasti cara memelihara alamsekitar dalam konteks industri pembinaan
Perbincangan mengenai peraturan yang perludipatuhi semasa melaksanakan sesuatu tugas.
Perbincangan mengenai akta dan undang-undang yang berkaitan dengan bidangpembinaan. Contoh Akta Pekerjaan 1955, AktaKumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan AktaKeselamatan Sosial Pekerja 1969.
Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalahatau internet. Contohnya bancuhan simen tidakmengikut piawaian, ukuran yang tidak tepat danpenggunaan bahan yang tidak berkualiti.
Guru dan murid berkerjasama menganjurkanceramah oleh pegawai dari Jabatan Alam Sekitardi sekolah atau mengadakan lawatan.
Mengumpulkan maklumat dari akhbar, majalahatau internet mengenai kesan mengabaikan
pemeliharaan alam sekitar dan peranan setiappekerja menjaga alam sekitar.
Perbincangan mengenai cara memelihara alamsekitar dalam konteks industri pembinaan.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
18/38
13
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
1.2 Jenis alatan,penggunaan danpenyenggaraan
a. Penyenggaraan
b. Rekod Stok
Mengenal pasti nama dan fungsi alatan Mematuhi prosedur penggunaan alatan Mengenal pasti cara penyenggaraan
alatan
Merekodkan stok secara sistematik
Guru menerangkan kegunaan alatan, caramenyimpan dan menyenggara alatan yangberikut seperti pemaras kayu, pemaras kayupanjang, pemaras keluli, sudip, sudip sikat,sudip kemas ikat, bekas pemegang mortar, arasspirit, tukul bata, pahat bata, skop, cangkul,kereta sorong, kotak sukat, baldi plastik, sesikupemidang, tolok lapis, benang dan pin.
Perbincangan mengenai stok untuk projek yangdilaksanakan dari aspek bahan dan kuantiti yang
perlu dibeli, pembekal, perbelanjaan dan caramenyimpan stok bagi bahan tahan lama, bahanmudah rosak, bahan lupus guna, bahan kawalandan bahan beracun.
Murid merekodkan semua peralatan yangdigunakan sebelum dan selepas bekerja.
Latihan merekod stok bagi bengkel pembinaansecara sistematik.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
19/38
14
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2. Kemahiran Pembinaan
2.1 Kerja menerap bata
( Cadangan peruntukan masaialah 21 minggu)
a. Mengenali jenis bata danpelbagai bahan dalam kerjabata
b. Memotong bata mengikutbentuk dan saiz
Mengenal pasti jenis bata Mengenal pasti jenis bahan kerja bata
Memotong bata mengikut bentuk dansaiz yang dikehendaki
Guru menerangkan jenis bata dan bahan asaskerja bata.
Jenis bata ialah bata tanah liat dan bata simen.
Bahan asas dalam kerja bata ialah pasir, kapur,simen, jaring exmet dan lapis kalis lembap.
Tunjuk cara memotong bata denganmenggunakan tukul bata dan pahat bata.
Ukuran pemotongan bata asas ialah seperti batakerat setengah, kerat tiga suku dan bata penutupsetengah.
Semasa menjalankan aktiviti, keselamatanhendaklah diutamakan iaitu memakai pelindungmata dan kasut keselamatan.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
20/38
15
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
c. Menyedia mortar Menyediakan mortar mengikut nisbah Alat tangan yang digunakan dalam prosesmembancuh mortar ialah skop, baldi, keretasorong dan papan mortar.
Bahan mortar yang digunakan ialah kapur danpasir yang mana nisbah campuran di antarakapur dan pasir ialah 1:3 atau 1:4.
Tunjuk cara membancuh mortar dan caramenebar dan melekap mortar.
Jadual jenis mortar dan bahan campuran( tidak termasuk air ).
Jenis
mortar
Bahan
campuran
Nisbah
Bancuhandempulsimen
simen -
mortarkapur
kapur + pasir 1:3 atau 1:6
mortarsimen
simen + pasir 1:3 atau 1:6
mortarkompo
simen + kapur+ pasir 1:2:6 atau 1:3:12
konkritsimen + pasir+ batu baur
1:1 :3 , 1:2:4,1:2:6 atau 1:5:10
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
21/38
16
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Menerap bata
i. Cara ikatan bata
ii. Jenis ikatan bata
iii. Kerja bata bertetulang
iv. Pemasangan lapis kalislembap
Mengenal pasti cara ikatan bata Melakar pelan dan pandangan hadapan
ikatan bata
Mengenal pasti jenis ikatan bata
Menerap bata mengikut jenis ikatan
Membuat kerja menerap bata danmemasang jaring exmet
Melakukan kerja menerap bata danmemasang lapis kalis lembap
Ikatan bata yang baik mesti mengelaksambungan lurus dan melebarkan beban.
Jenis ikatan bata ialah ikatan Sisi Bata, ikatanInggeris, ikatan Flemish dan ikatan Kepala Bata.
Murid membina tembok mengikut cara dan jenisikatan bata.
Jenis tembok yang dipelajari ialah tembok lurus,tembok penjuru dan tembok simpang.
Tunjuk cara pemasangan jaring exmetpadasetiap tiga lapisan bata.
Tunjuk cara pemasangan lapis kalis lembab150 mm dari aras tanah.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
22/38
17
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
v. Membuat kemas ikat
vi. Bata laluan jalan kaki( pavement brick)
Mengemas ikat semasa pembinaantembok
Menyusun bata laluan jalan kaki
Murid membuat kemas ikat kepada setiap projekyang dibina.
Jenis kemas ikat yang dicadangkan ialahsambungan condong dan sambungan terbenam.
Tayangan video jenis ikatan bata dan caramenerap bata.
Bata laluan jalan kaki yang digunakan adalahmengikut bentuk dan warna yang terdapat di
pasaran.
Membuat aktiviti pemasangan bata jalan kakisecara kumpulan.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
23/38
18
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
e. Membina tiang
i. Merancang tandamengikut pelan
ii. Membina tiang tunggaldan tiang lekap besertapenapak bata
f. Membina tembok
i. Pengenalan tembok
dan tembok sekat
ii. Merancang tanda,membina tembok dantembok sekat
iii. Memasang kerangka
pintu dan tingkap
Melakar pelan dan pandangan hadapantiang tunggal dan tiang lekap
Melukis pelan dan pandangan hadapantiang tunggal dan tiang lekap
Membina tiang tunggal dan tiang lekapbeserta penapak bata
Melakar dan melukis pelan dan
pandangan hadapan tembok dan temboksekat
Merancang tanda dan membina tembokdan tembok sekat mengikut cara danjenis ikatan
Memasang kerangka pintu dan tingkappada tembok mengikut pelan
Melukis tiang tunggal dan tiang lekap denganmenggunakan ikatan Inggeris dan Flemishberpandukan lukisan kerja.
Merancang tanda, membina tiang tunggal dantiang lekap beserta penapak bata.
Melukis tembok dan tembok sekat.
Tunjuk cara merancang tanda, membina tembokdan tembok sekat mengikut pelan seperti ikatansisi bata, ikatan Inggeris dan ikatan Flemish.
Menggunakan kerangka pintu dan tingkap yang
telah siap di pasaran dalam kerja amali.
Saiz yang dicadangkan:Tingkap - 1200 mm X 1200 mmPintu - 900 mm X 2100 mm
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
24/38
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
25/38
20
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Kemasan
( Cadangan peruntukan masaialah 6 minggu )
a. Pengenalan
b. Kemasan cat emulsi
c. Kemasan gerutu
Mengenal pasti kemasan yang sesuai
digunakan pada tembok
Menyediakan permukaan tembok untukkemasan cat
Mengecat permukaan tembok
Membuat kemasan gerutu padapermukaan tembok yang telah dilepa
Terdapat tiga jenis kemasan iaitu kemasan cat,
kemasan gerutu dan kemasan jubin.
Perbincangan perbezaan cat emulsi dan catminyak.
Selepas mengecat tembok yang telah dilepa,murid digalakkan mengecat bangunan sekolah
sebagai projek keceriaan sekolah. Murid berasabangga kerana dapat memberikan sumbangankepada sekolah.
Tunjuk cara membuat kemasan gerutu.
Nisbah campuran simen dan pasir bagi mortar
kemasan gerutu ialah 1:1.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
26/38
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
27/38
22
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2. Kemahiran Pembinaan
2.1 Kerja menerap bata
(Cadangan peruntukan masaialah 10 minggu)
g. Membuat bata
i. Cara membuat bata
ii. Penghasilan bata simendan blok berliang
h. Membina gerbang
i. Pengenalan
Mengenal pasti cara menghasilkan bata
Membuat bata simen dan blok berliangdengan menggunakan acuan
Melakar pelan dan pandangan hadapangerbang bata
Menyatakan fungsi gerbang bata
Mengenal pasti bahan kerja gerbang bata
Menghasilkan bata menggunakan acuan kelulidan acuan kayu.
Nisbah campuran mortar simen ialah 1:6 atau 1:8(simen : pasir) untuk penghasilan bata simen.
Penerangan fungsi gerbang bata dan bahan yangdigunakan.
Guru menerangkan bahagian pemusat gerbangseperti tiang, rembat, penyokong, palang lintangdan baji.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
28/38
23
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
ii. Pembinaan pemusatgerbang
iii. Merancang tandabukaan tembok gerbang
iv. Membina gerbang bata
Membina pemusat gerbang
Merancang tanda dan membina tembokgerbang mengikut cara dan jenis ikatan
Memasang pemusat gerbang Membina gerbang bata mengikut
spesifikasi dan urutan kerja
Murid membina pemusat gerbang dalam kerjakumpulan.
Tunjuk cara merancang tanda bukaan gerbangdan membina gerbang.
Tunjuk cara membina gerbang ikatan Inggerisatau ikatan Flemish.
Tunjuk cara membina gerbang mengikut langkahkerja yang sistematik.
Murid mematuhi langkah kerja dalam pembinaangerbang termasuk menanggalkan pemusat.
Projek ini merupakan projek kumpulan.
Dua jenis gerbang yang dicadangkan ialahgerbang separuh bulat dan gerbang tembereng.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
29/38
24
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.2 Kerja melepa
( Cadangan peruntukan masaialah 5 minggu )
c. Melepa Membuat kerja lepaan dua lapisan dan
tiga lapisan pada permukaan belakanggerbang
Tunjuk cara dan membuat lepaan pada
permukaan belakang gerbang secara dua lapisandan tiga lapisan.
Untuk latihan melepa, gunakan bancuhan kapurdan pasir dengan nisbah 1:3 (kapur : pasir).
Untuk kerja melepa sebenar, bahan yang
digunakan ialah simen, kapur dan pasir dengannisbah 1:1:6 ( simen : kapur : pasir ).
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
30/38
25
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Kemasan
( Cadangan peruntukan masaialah 5 minggu)
d. Memasang jubin
i. Jenis jubin
ii. Memasang jubin
Menyenaraikan jenis jubin yang terdapatdi pasaran
Mengenal pasti bahan dan alatan semasamemasang jubin
Merancang tanda pemasangan jubin
Memasang jubin menggunakan simenbiasa dan simen gam
Melawat kilang membuat jubin atau kedai menjualjubin.
Alatan yang digunakan ialah aras spirit, pemotongjubin, sudip jubin, sudip sikat dan playar jubin.
Tunjuk cara merancang tanda dan memasang
jubin dengan menggunakan simen biasa dansimen gam.
Untuk latihan, murid disaran menggunakan mortarkapur tetapi untuk kerja sebenar, dempul simendigunakan untuk memasang jubin.
Dempul simen ialah bancuhan simen dengan airsahaja manakala simen gam ialah bahan terusguna yang boleh diperolehi di pasaran.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
31/38
26
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.4 Kerja konkrit
( Cadangan peruntukan masaialah 11 minggu )
a. Ciri konkrit
b. Pengkonkritan
Mengenal pasti ciri konkrit yang kuatdalam kerja pembinaan
Menyediakan bancuhan konkrit mengikutnisbah untuk pelbagai kegunaan
Membancuh, menuang dan memadatkonkrit
Mematuhi prosedur mengawet konkrit
Kekuatan konkrit dinyatakan sebagai kuat darisegi menahan daya mampatan, kalis air, tahan
lasak atau tahan ketukan, mudah dibentuk, tidakreput dan tahan panas.
Bahan konkrit ialah simen, pasir dan batu baur.
Alatan tangan yang digunakan ialah cangkul,skop dan kotak sukat.
Dua cara membancuh konkrit ialah membancuhdengan tangan dan menggunakan mesinpenggaul.
Tunjuk cara membancuh, menuang danmemadatkan konkrit secara manual.
Tayangan video cara memadatkan konkrit.
Selepas konkrit dituang dan mengeras ianyaperlu diawet iaitu secara ditutup dengan gunibasah atau siraman air.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
32/38
27
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
c. Konkrit bertetulang Mengenal pasti tetulang mengikutkegunaan
Memotong, membengkok dan mengikatbesi dalam kerja tetulang
Jadual contoh kegunaan konkrit mengikut nisbahbancuhan antara simen, pasir dan batu baur.
Jenis tetulang yang biasa digunakan dalam kerjakonkrit ialah keluli lembut terubah bentuk dantetulang anyaman.
Nisbah bancuhankonkrit ( simen :pasir : batu baur )
Contoh kegunaan
1 : 1 : 3 konkrit tegas dahulu dantangki simpanan air
1 : 2 : 4 konkrit tetulang bagitiang dan rasuk
1 : 3 : 6 lantai dan konkrit jasad
1 : 5 : 10 tapak tembok dalampeparit pada tanah
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
33/38
28
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Kerja bentuk konkrit
i. Pengenalan kerjabentuk konkrit
ii. Membina danmenanggalkan kerjabentuk konkrit
Mengenal pasti alatan dan bahan kerjabentuk konkrit
Membina ambang, pelapik tiang ataupenutup parit
Menanggalkan acuan kerja bentuk konkrit
mengikut prosedur
Alatan tangan yang digunakan ialah sudip,pemaras keluli, tukul, playar, pemotong besi,pembengkok besi dan acuan pelbagai bentukdan saiz.
Bahan kerja bentuk konkrit ialah simen, pasir,batu baur, keluli lembut atau tetulang ayaman.
Projek membina ambang, pelapik tiang ataupenutup parit dijalankan secara kumpulan.
Projek ini juga boleh dijadikan projek jualan
sekiranya terdapat pemintaan di sekitar sekolah.
NOTA :Acuan untuk projek pelapik tiang dan penutupparit boleh didapati di pasaran.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
34/38
29
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
e. Simen ferro
i. Pengenalan
ii. Cara pembuatan simenferro
iii. Kemasan
Mengenal pasti bahan dan alatan yangdigunakan dalam kerja simen ferro
Menghasilkan satu projek simen ferrodengan cara membina kerangka danmelepa
Membuat kerja kemasan denganmenggunakan cat kilat dan cat emulsi
Penerangan bahan dan alatan yang digunakanseperti pasir, simen, sudip, kasa dawai, playar,rod keluli dan pemotong besi.
Projek kumpulan yang dicadangkan ialah bangkutaman, pasu bunga atau objek hiasan seni tamanseperti cendawan atau bangau. Projek ini sesuaidijadikan projek keceriaan sekolah.
Murid berasa bangga kerana dapat memberikansumbangan kepada sekolah.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
35/38
30
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
2.5 Peranca ( scaffolding)
( Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu )
a. Pengenalan
b. Langkah keselamatan kerja
peranca
c. Memasang dan menanggalperanca
Mengenal pasti peranca rangka tiub keluli
Mengamalkan langkah keselamatansemasa memasang dan menanggalkan
peranca
Memasang dan menanggalkan perancarangka tiub keluli
Terdapat peranca jenis lain iaitu peranca kayudan peranca paip keluli.
Guru menunjukkan gambar foto, slaid atautayangan video bagi memperkenalkan perancarangka tiub keluli.
Menerangkan peraturan dan langkah
keselamatan semasa memasang, mengguna danmenanggalkan peranca.
Tunjuk cara memasang dan membuka perancasebelum murid melakukan aktiviti.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
36/38
31
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3. Keusahawanan
( Cadangan peruntukan masaialah 2 minggu )
3.1 Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi
Mengamalkan komunikasi yang jelas,tepat dan bertatasusila semasa berurusandalam konteks perniagaan pembinaandomestik
Menerangkan kepentingan menjalinperhubungan dengan orang lain
Komunikasi ialah perhubungan yang berlakuantara dua pihak dalam menyampaikanmaklumat mengenai sesuatu perkara.
Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranandan tayangan video mengenai caraberkomunkasi yang berkesan dalam konteksperniagaan pembinaan.
Simulasi cara berkomunikasi yang berkesandalam perbincangan dengan pelanggan
mengenai cita rasa pelanggan dari segi hargayang dipersetujui, kaedah pembayaran, kualiti,reka bentuk trend terkini dan tempoh siap.
Perbincangan kepentingan membentuk jaringanhubungan ( networking) dengan pembekal, sub-kontraktor dan pekerja dalam skop perniagaan diindustri pembinaan.
Perbincangan kepentingan perhubungan baikantara kontraktor dengan majlis tempatan danagensi lain yang berkaitan bekalan air, elektrik,kumbahan dan infrastuktur ICT.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
37/38
32
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.2 Kemahiran membuatkeputusan
3.3 Rancangan perniagaan
Mempratikkan langkah membuatkeputusan dalam projek pembinaan
Mengenal pasti tujuan menyediakanrancangan perniagaan
Menyediakan rancangan perniagaan
mudah
Langkah membuat keputusan ialah mengenalpasti masalah, mencari alternatif, memilihpenyelesaian yang baik, bertindak dan menilaisemula.
Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang
telah dibuat dan kepentingannya membuatkeputusan yang sesuai.
Contoh masalah mengenai bantuan modal,bekalan bahan, sumber buruh, peralatan,kemampuan menyiapkan projek dan tawarmenawar harga pembinaan.
Aktiviti sumbangsaran, main peranan danperbincangan.
Sumbangsaran tujuan menyediakan rancanganperniagaan.
Membuat rancangan perniagaan mudahberkaitan projek pembinaan domestik.
-
8/14/2019 P.Vokasional - Pembinaan Domestik - Ting. 4 dan 5
38/38
33
BIDANG / UNIT / TAJUKPEMBELAJARAN
HASIL PEMBELAJARAN CADANGAN AKTIVITI PEMBELAJARAN
3.4 Agensi yang membantuusahawan
3.5 Pemasaran
3.6 Peluang kerjaya di industri
pembinaan
Mengenal pasti agensi yang terlibat dalammembantu usahawan
Mengenal pasti cara mendapatkan projekpembinaan
Mengenal pasti peluang kerjaya di industri
pembinaan domestik
Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensiyang terlibat seperti bimbingan dan latihan olehMARA dan MEDEC, pelesenan oleh MajlisKerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA danMajlis Kerajaan Tempatan serta kewangan olehinstitusi kewangan berlesen.
Projek pembinaan seperti membina, mengubahsuai, membaikpulih dan menyenggara bangunanatau sebahagian daripada bangunan.
Perbincangan tentang kerjaya individu di industri
pembinaan seperti bermula dari pekerja biasa,sub-kontraktor, kontraktor kecil, pembekal barangpembinaan hingga kepada penubuhankonsortium kontraktor pembinaan.
Merujuk daftar kerjaya dalam PiawaianPengelasan Pekerjaan Malaysia, terbitanJabatan Tenaga Rakyat, Kementerian SumberManusia Malaysia, 1998.
Murid menyenaraikan kerjaya yang terdapat disekeliling tempat tinggal mereka dalam skoppembinaan domestik.
top related