r i n g k a s a n m i n g g u a n i s u s e m a s a · 2020. 6. 22. · r i n g k a s a n m i n g g...
Post on 13-Nov-2020
1 Views
Preview:
TRANSCRIPT
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 1
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
• AWASI SEMPADAN PERAIRAN NEGARA • CHINA BERI PETANDA LEBIH AGRESIF TERHADAP TAIWAN
• SELAT MELAKA JADI TUMPUAN PERTEMBUNGAN INDIA-CHINA
• TURKI TEMPELAK OPERASI IRINI KESATUAN EROPAH KE ATAS LIBYA
• CHINA PERKUKUH KUASA KE ATAS HONG KONG
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
• LIMA PROGRAM BESAR BANTU GOLONGAN MISKIN BANDAR DAN HILANG PEKERJAAN
• GOLONGAN TERJEJAS COVID-19 DISARAN DAPATKAN BANTUAN AKPK
• GERAN UITM RM 3.55 JUTA BANTU PENYELIDIK KAJI PENYELESAIAN MASALAH PASCA COVID-19
• PELAJAR ANTARABANGSA DIBENARKAN MASUK, PELAJAR MALAYSIA DIBENARKAN KELUAR
• PERUNTUKAN DANA KWSP LEBIH BESAR UNTUK PENGURUS DANA LUARAN TAHUN 2019
POLITIK & INTEGRITI
• KERAJAAN PN JAGA KEBAJIKAN GOLONGAN OKU DAN IBU TUNGGAL
• BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK KOMITMEN KERAJAAN KEPADA RAKYAT
• POTENSI PRODUK BARU DALAM INDUSTRI HILIRAN
• SURVIVAL PN, ANTARA MN DAN BN
• SUNTIKAN DANA MENINGKATKAN KUALITI PERTANIAN NEGARA
1 9 J u n – 2 1 J u n 2 0 2 0 | 2
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
• 424,000 KANAK-KANAK MENGHIDAPI MASALAH MENTAL
• WHO BERI AMARAN: FASA BAHARU DAN BERBAHAYA
• ‘FRONTLINER’ BERMULA DAR I RUMAH
• PKPP: PENGANUT BUKAN ISLAM DIBERI KELONGGARAN
• PELUANG WARGA EMAS, PESAKIT KRONIK HIDUP NORMAL
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
• KONFLIK PENGURUSAN SISA PLASTIK DI LAGOS
• TUJUH SYARIKAT LEPASKAN DANA JIKA TIADA PEMBAHARUAN DI BRAZIL
• PENJANA: JELAPANG PADI GUNA KAEDAH BARU
• 2020 ANTARA TAHUN TERPANAS DALAM REKOD IKLIM
• BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK TAMBAHAN BUKTI KOMITMEN HARI INI
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 3
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ANTARABANGSA & KESELAMATAN
AWASI SEMPADAN PERAIRAN NEGARA
Komander Pasukan Petugas
Kebangsaan (NTF), Laksamana
Madya Datuk Aris Adi Tan
Abdullah yang bertanggungjawab
menjaga sempadan negara
daripada pencerobohan asing
khususnya PATI tidak menolak
kebarangkalian wujudnya tekong
darat dan laut yang bersekongkol
dalam aktiviti penyeludupan PATI. Berbekalkan imbuhan yang lumayan sekitar
RM800-RM1,500 bagi sempadan dekat, manakala bayaran RM13,000 hingga
RM15,000 bagi sempadan jauh, tekong-tekong ini menjalankan operasi
menggunakan jalan-jalan tikus bagi mengelak dikesan.
Laksamana Datuk Aris Adi turut menjelaskan pihaknya telah mengenal pasti laluan
yang berpotensi menjadi "pintu masuk" kepada aktiviti penyeludupan seperti Pulau
Langkawi di Kedah; selatan Kuala Selangor, Selangor ke Tanjung Piai, Johor; dan
tenggara Johor. Tambahan lagi, di Sabah dan Sarawak juga mempunyai hampir 500
lorong tikus yang sedang dikesan pihak NTF ketika ini. Kesemua lorong-lorong tikus
ini dibahagikan berdasarkan kategori aktif (203), kurang aktif (202) dan laluan tidak
aktif tetapi tetapi berpontesi (106). Selain isu lorong tikus, tindakan penguatkuasaan
menjadi lebih rumit disebabkan bantuan dalaman dalam kalangan orang tempatan
yang membantu aktiviti penyeludupan tadi. (Sinar Harian, 20 Jun 2020).
https://www.sinarharian.com.my/article/88655/BERITA/Nasional/Tekong-perjudikan-
kedaulatan-negara-seludup-PATI-diburu
CHINA BERI PETANDA LEBIH AGRESIF TERHADAP TAIWAN Kemunculan aset China di "grey zone" memberikan tanda Beijing akan memastikan
Taiwan sentiasa berada di bawah kedaulatannya. Penganalisis turut menjelaskan
bahawa ia juga suatu amaran kepada Washigton supaya tidak masuk campur selain
menghormati hubungan diplomatiknya dengan Beijing. Peningkatan aktiviti China
berdekatan Pulau Penghu boleh mencetuskan kebimbangan oleh kerana ia
merupakan laluan masuk ke Taiwan. Susulan ketegangan yang berlaku disebalik
penerimaan One Country Two System mendorong China bertindak agresif
memastikan "haknya" tidak diceroboh pihak lain. (South China Morning Post, 20 Jun
2020).
https://www.scmp.com/news/china/diplomacy/article/3089918/beijing-steps-presence-
military-grey-zones-pressure-taiwan
1 9 J u n – 2 1 J u n 2 0 2 0 | 4
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SELAT MELAKA JADI TUMPUAN PERTEMBUNGAN INDIA-
CHINA Selat Melaka menjadi tumpuan
disebaik perseteruan India dan China
ketika ini. Laluan tersebut merupakan
laluan penting bagi China yang
menggunakan Selat Melaka sebagai
laluan utama kapal-kapal
perdagangannya. Malah, laluan sempit
tersebut merupakan laluan terpenting
bekalan minyak dan gas China
khususnya dari negara-negara Arab.
Tindakan New Delhi mengerahkan
lapan buah kapal perangnya ke Selat
Melaka, khususnya di bahagian pintu masuk selat tersebut iaitu di Andaman dan
Pulau Nicobar, menunjukkan persediaan rapi sedang dirangka India bagi menghadapi
sebarang kemungkinan luar jangka. Langkah tersebut adalah usaha India bagi
memantau Selat Melaka dan Lautan Hindi terutamanya melibatkan aset-aset tentera
milik China susulan ketegangan sempadan yang berlaku. (Defence Security Asia,
21 Jun 2020).
https://www.facebook.com/103558231186505/posts/172778810931113/
TURKI TEMPELAK OPERASI IRINI KESATUAN EROPAH KE
ATAS LIBYA Langkah Kesatuan Eropah melancarkan Operasi Irini ke atas Libya bagi
menguatkuasakan perintah embargo yang telah dikeluarkan oleh Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tempoh hari, mengundang kecaman daripada pihak
Turki. Kenyataan Ankara yang menyebelahi Government of National Accord (GNA) di
Libya ketika ini melihat operasi tersebut sebagai “tidak bersifat objektif”. Menteri Luar
Turki, Mevlut Cavusoglu menjelaskan bahawa operasi tersebut bersikap bias
terhadap Kerajaan GNA yang diiktiraf antarabangsa dan PBB sendiri.
Dalam perkembangan berbeza, beliau turut menjelaskan bahawa pihaknya akan
sentiasa berkerjasama dengan Itali bagi mencapai kestabilan politik di Libya. Campur
tangan pihak luar terhadap krisis di Libya semakin ketara sejak minggu lalu. Malah,
Mesir yang mendokong pihak seterus LNA turut mengeluarkan ancaman akan
melakukan intervensi ketenteraan terhadap Libya. (Al-Jazeera, 20 Jun 2020).
https://www.aljazeera.com/news/2020/06/operation-irini-turkey-slams-eu-mission-arms-libya-
200619160820054.html
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 5
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
CHINA PERKUKUH KUASA KE ATAS HONG KONG Beijing telah memperincikan pelaksanaan undang-undang keselamatan negara
terhadap Hong Kong. Ia berkait dengan mewujudkan seorang pegawai keselamatan
negara kepada Hong Kong bagi mengawal peningkatan jenayah terhadap
keselamatan negara. Carrie Lam juga dijangka melantik hakim khas yang akan
mengadili kes-kes berkaitan dengan keselamatan negara. Di atas kertas, Beijing yakin
tindakan tersebut adalah untuk memastikan "kedaulatan"nya ke atas Hong Kong tidak
diganggu gugat. Oleh sebab itu undang-undang keselamatan negara tersebut
menjurus kepada aktiviti pemisah, subversif, keganasan serta memanggil campur
tangan. Bagi China kesemua ini adalah faktor yang bakal merosakkan prinsip Satu
Negara, Dua Sistem dengan Hong Kong. Walau bagaimanapun, dunia luar
menganggap Beijing cuba menceroboh kebebasan ke atas Hong Kong. (TRT, 20 Jun
2020).
https://www.trtworld.com/asia/china-to-establish-national-security-agency-in-hong-
kong-37445
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 6
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENDIDIKAN & SUMBER MANUSIA
LIMA PROGRAM BESAR BANTU GOLONGAN MISKIN BANDAR
DAN HILANG PEKERJAAN Golongan miskin bandar dan hilang pekerjaan kesan COVID-19 akan dibantu
Kerajaan menerusi lima program berskala besar yang diterajui oleh Kementerian
Wilayah Persekutuan. Penularan COVID-19 menyebabkan ramai hilang pekerjaan
dan peniaga yang jatuh miskin kerana perniagaan tidak dapat diteruskan seperti
biasa. Justeru, melalui program ini, majikan disaran menyenaraikan jumlah pekerja
yang diperlukan dan kekosongan jawatan tersebut akan diberi keutamaan untuk diisi
oleh warga tempatan.
Terdapat 5,000 peluang pekerjaan dijangka dapat ditawarkan melalui usahasama
kerajaan dengan firma perniagaan melalui program ini, di samping mencari Kerajaan
turut mencari peluang melalui bidang perniagaan dan penjajaan. Kementerian
Wilayah Persekutuan turut memfokuskan rawatan pemulihan kepada semua
gelandangan yang menawarkan diri secara sukarela. Kesemua kos pemulihan ini
akan dibiayai oleh kementerian tersebut sepenuhnya. (Astro Awani, 21 Jun 2020)
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-program-besar-bantu-atasi-masalah-miskin-
bandar-hilang-kerja-248054
GOLONGAN TERJEJAS COVID-19 DISARAN DAPATKAN
BANTUAN AKPK Golongan yang masih terjejas dari segi kewangan
pasca COVID-19 disaran mendapatkan bantuan
daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit
(AKPK) untuk mendaptkan khidmat nasihat serta
penjadualan semula hutang bagi menghadapi tempoh
selepas berakhirnya moratorium bermula Oktober ini.
AKPK turut menggariskan beberapa panduan
pengurusan kewangan pasca moratorium termasuklah
bersedia mental dan emosi, tidak membuat
perancangan kewangan saat akhir, menyemak
ansuran bulanan dan kedudukan kewangan terkini, mengkaji bajet bulanan, menjana
sumber pendapatan dan kemahiran baharu, meneroka pakej insentif koronavirus dan
mengelakkan terjebak dalam skim penipuan kewangan. (Sinar Harian, 20 Jun 2020)
https://www.sinarharian.com.my/article/88748/BERITA/Nasional/AKPK-sedia-beri-khidmat-
nasihat-bayar-semula-hutang
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 7
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
GERAN UITM RM 3.55 JUTA BANTU PENYELIDIK KAJI
PENYELESAIAN MASALAH PASCA COVID-19 Universiti Teknologi MARA (UiTM)
menyediakan geran berjumlah RM3.55 juta
yang memberi tumpuan kepada enam
bidang penyelidikan iaitu kesihatan dan
kesejahteraan, kreativiti sosial dan inovasi,
teknologi siber, tenaga dan alam sekitar,
logistik dan pengangkutan dan teknologi
industri. Kajian berimpak tinggi ini khusus
membantu negara untuk menyelesaikan
permasalahan masyarakat susulan
penularan COVID-19.
Selain itu, geran ini juga bertujuan mengenal pasti potensi penyelidik berkualiti dan
berprofil tinggi serta penyelidik pelawat terutama yang baru menamatkan ijazah doktor
falsafah (PhD) dan pasca kedoktoran. Jumlah peruntukan bagi setiap penyelidikan
adalah bergantung kepada skop dan keperluan sesuatu penyelidikan tersebut. (Berita
Harian, 19 Jun 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2020/06/701905/uitm-sediakan-geran-rm355-
juta-penyelidikan-pasca-covid-19
PELAJAR ANTARABANGSA DIBENARKAN MASUK, PELAJAR
MALAYSIA DIBENARKAN KELUAR Pelajar antarabangsa yang menyambung pengajian di mana-mana institusi pengajian
di negara ini diberi kebenaran untuk kembali ke Malaysia bagi menyambung pengajian
tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).
Sebaliknya mereka hanya perlu mendaftar dengan Kementerian Pendidikan dan
Kementerian Pengajian Tinggi sahaja.
Dari segi prosedur operasi standard (SOP) pula, hanya mereka yang datang dari
negara zon merah sahaja perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah dan
memuat turun aplikasi MySejahtera. Kebenaran turut diberikan kepada pelajar dari
Malaysia yang ingin kembali menyambung pengajian di institusi luar negara selain
yang mempunyai urusan kecemasan perubatan, mesyuarat khas dan sebagainya
tanpa perlu mengemukakan permohonan kepada JIM. Walaupun begitu, mereka tetap
perlu menunjukkan surat di pintu masuk negara sebagai bukti perjalanan mereka
adalah untuk sebab-sebab yang dibenarkan. (Astro Awani, 19 Jun 2020)
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pelajar-antarabangsa-dibenarkan-masuk-pelajar-
malaysia-dibenarkan-keluar-ismail-sabri-247888
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 8
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PERUNTUKAN DANA KWSP LEBIH BESAR UNTUK PENGURUS
DANA LUARAN TAHUN 2019 Sebagai pemegang dana pencen terbesar di
Malaysia, yang menguruskan lebih dari RM
900 bilion aset, Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP) komited dalam usaha
mempelbagaikan dan meningkatkan prestasi
aset dana berkaitan Kerajaan tersebut.
Terbaharu, KWSP telah menyalurkan
RM132.4 bilion kepada pengurus aset luaran
pada tahun 2019, peningkatan sebanyak
12.6% daripada tahun sebelumnya iaitu
RM117.6 bilion. Wang tersebut dilaburkan
dalam instrumen ekuiti dan pendapatan tetap
yang menyumbang sekitar 14% daripada jumlah aset pelaburan KWSP.
Baru-baru ini, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar RM12.16 bilion untuk
suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2020. Perolehan ini menunjukkan
penurunan yang sangat ketara melibatkan semua kelas aset terjejas teruk,
terutamanya ekuiti yang mengalami penurunan mendadak ketika pasaran global
jatuh, sementara FTSE Bursa Malaysia KLCI turun 15% pada 31 Mac 2020.
Penurunan ini kesan penularan pandemik COVID-19 yang bukan sahaja menjejaskan
ekonomi negara bahkan pasaran global hampir seluruh dunia.
Untuk rekod, pendapatan tetap menyumbang RM4.87 bilion kepada pendapatan
kasar pada suku tahun ini, manakala instrumen hartanah , infrastruktur dan pasaran
wang masing-masing menyumbang RM430 juta dan RM540 juta. Pelaburan ekuiti
pula memperoleh RM6.32 bilion atau 52% daripada jumlah pendapatan kasar. Di
samping itu, KWSP terus meningkatkan pelaburan luar negara yang pada waktu ini
menyumbang 28.8% daripada jumlah aset pelaburan KWSP.
Untuk tahun kewangan 2019, KWSP memberikan kadar dividen 5.45% dengan
pembayaran berjumlah RM41.68 bilion untuk Simpanan Konvensional, sementara
Simpanan Shariah melibatkan kadar dividen 5% dengan pembayaran berjumlah
RM4.14 bilion. (Malaysian Reserve, 19 Jun 2020)
https://themalaysianreserve.com/2020/06/19/epf-allocated-more-funds-for-external-
fund-managers-in-2019/n
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 9
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
POLITIK & INTEGRITI
KERAJAAN PN JAGA KEBAJIKAN GOLONGAN OKU DAN IBU
TUNGGAL Peruntukan sebanyak RM102 juta yang
diluluskan di bawah Pelan Jana Semula
Ekonomi Negara (Penjana) baru-baru ini
menurut Timbalan Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk
Siti Zailah Mohd Yusoff akan diagihkan
kepada kelompok armalah (ibu tunggal)
dan orang kurang upaya (OKU) dalam
masa terdekat. Masing-masing RM45 juta
akan diagihkan kepada armalah iaitu ibu
tunggal manakala baki RM57 juta pula bagi
bantuan tambahan kepada OKU.
Selain itu, pihak kementerian bersama syarikat korporat dan NGO mengambil inisiatif
untuk mewujudkan Yayasan Pembangunan OKU Malaysia yang berfungsi sebagai
satu platform bagi membantu golongan istimewa itu. (Sinar Harian, 21 Jun 2020)
https://www.sinarharian.com.my/article/88889/BERITA/Nasional/Peruntukan-Penjana-
RM102-juta-bantu-ibu-tunggal-OKU
BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK KOMITMEN KERAJAAN
KEPADA RAKYAT Kerajaan PN meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan berjumlah RM942 juta
kepada 7.66 juta pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung bagi
mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil yang dialami sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli,
Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah seramai empat juta pengguna domestik
dengan bil elektrik sebulan RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke
bawah akan menikmati bekalan elektrik secara percuma bagi bulan April, Mei dan Jun
2020. Manakala pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj
pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan untuk
April, Mei dan Jun 2020. (Sinar Harian, 20 Jun 2020).
https://www.sinarharian.com.my/article/88657/BERITA/Nasional/Kerajaan-lulus-Bantuan-
Prihatin-Elektrik-tambahan-RM942-juta
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 10
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
POTENSI PRODUK BARU DALAM INDUSTRI HILIRAN Menurut Menteri Perusahaan
Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr
Mohd Khairuddin Aman Razali Industri
gaharu berpotensi dikembangkan di
peringkat hiliran kerana belum ramai
usahawan yang terbabit dalam sektor ini
terutamanya dalam pembuatan minyak
wangi.
Sehingga Disember tahun lalu,
sebanyak 217 syarikat dan individu telah berdaftar dengan Lembaga Perindustrian
Kayu Malaysia (MTIB) sebagai penanam karas (dalam menghasilkan gaharu)
berkeluasan 2,398 hektar dengan jumlah pokok sebanyak 2.3 juta. Manakala jumlah
pengeksport dan pengimport gaharu yang berdaftar dengan MTIB adalah sebanyak
13 syarikat dan sebanyak 22 syarikat serta individu adalah pengilang manakala lebih
50 syarikat pengusaha produk gaharu dikenal pasti di seluruh Malaysia. Jumlah
eksport bagi industri berkenaan bernilai RM8.8 juta dan masih sederhana berbanding
nilai berbilion ringgit di pasaran global memandangkan ia merupakan antara ramuan
popular dalam penghasilan minyak wangi. Beliau akan memohon sejumlah
peruntukan dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) bagi membantu
industri gaharu berkembang di peringkat perladangan dan hiliran. (Malaysia Gazette,
21 Jun 2020).
https://malaysiagazette.com/2020/06/21/industri-gaharu-berpotensi-dikembangkan-di-
peringkat-hiliran/
SURVIVAL PN, ANTARA MN DAN BN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan
Negeri (DUN) Chini menyaksikan
pertandingan tiga penjuru antara calon
Barisan Nasional (BN) dan dua calon Bebas
sebagaimana diumumkan Pegawai
Pengurus Pilihan raya, Datuk Zaliza Zulkipli.
PRK DUN Chini diadakan berikutan
kematian penyandangnya Datuk Seri Abu
Bakar Harun, 60, pada 6 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.
Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum ke-11. (Berita
Harian, 20 Jun 2020)
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/702217/pertandingan-tiga-penjuru-di-
prk-dun-chini
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S | 11
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
SUNTIKAN DANA MENINGKATKAN KUALITI PERTANIAN
NEGARA Kerajaan Perikatan Nasional menyuntik dana bantuan kepada Lembaga Kemajuan
Pertanian Muda (MADA) sebanyak RM150 juta dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 1
(PRE1) dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin (PRE Prihatin). Menurut Menteri
Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, sebanyak RM11.2
juta telah disalurkan kepada Mada melalui PRE1, manakala RM5.4 juta di bawah PRE
Prihatin dalam usaha membuka semula ekonomi pasca wabak Covid-19.
Menerusi PRE1, kerajaan akan memberi fokus
kepada peningkatan pendapatan peladang
dan penambah baikan infrastruktur pengairan
dengan RM3.6 juta untuk penyelenggaraan
dan pembaikan operasi tali air dan RM3.5 juta
melibatkan program perataan tanah sawah
melibatkan keluasan 2,302 hektar. Manakala di
bawah PRE Prihatin, kerajaan turut
menyalurkan RM200,000 untuk setiap
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) membangunkan projek agro makanan jangka
pendek. (Sinar harian, 21 Jun 2020)
https://www.sinarharian.com.my/article/88834/BERITA/Nasional/Import-beras-tidak-terjejas-
ketika-Covid-19
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 12
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
KESEJAHTERAAN SOSIAL
424,000 KANAK-KANAK MENGHIDAPI MASALAH MENTAL Isu kesihatan mental kanak-kanak perlu diakui
dan ditangani dengan betul kerana mereka juga
mampu mengalami masalah yang sama seperti
orang dewasa. Namun kebanyakan masyarakat
hari ini lebih memfokuskan isu kesejahteraan
mental orang dewasa sahaja sedangkan Menurut
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019,
sejumlah 424,000 kanak-kanak didapati bergelut
dengan isu kesihatan mental.
Perkara ini amat membimbangkan jika langkah pencegahan awal tidak diambil. Hal
ini kerana, implikasi yang besar kepada kanak-kanak berkenaan tidak mustahil boleh
berlaku sehingga usia dewasanya turut terjejas. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya lebih
prihatin dengan kesejahteraan mental anak-anak mereka. Sebarang perubahan yang
berlaku kepada anak-anak mereka hendaklah dirawat pada peringkat awal lagi.
(Harian Metro, 21 Jun 2020).
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/592050/jangan-abai-kesihatan-mental-kanak-
kanak
WHO BERI AMARAN: FASA BAHARU DAN BERBAHAYA Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahaya penularan COVID-
19 masih aktif walaupun negara Malaysia tidak dinafikan sudah mula sedikit bebas
dengan virus tersebut. Namun, jumlah kes diseluruh dunia tidak membuktikan kita
semua bebas daripada virus tersebut malah ia nya semakin berbisa. Buktinya, kes
jangkitan di Amerika semakin meningkat hari demi hari, Brazil turut menyaksikan
penularan kes sehingga 1 juta kes. Keadaan yang sama berlaku di Columbia dan
Mexico dengan jumlah kematian masing-masing meningkat sehingga 2,000 dan
20,000 orang.
Sehingga kini, virus ini sudah membunuh lebih 458,000 orang, dan menjangkiti 8.6
juta orang di seluruh dunia dan tidak mustahil akan berlaku peningkatan hari demi
hari. Walaupun setelah dua bulan virus ini menular, namun tiada sebarang vaksin
berjaya ditemui untuk memeranginya. Oleh itu, rakyat Malaysia masih perlu
berwaspada dengan amaran tersebut walaupun kes jangkitan di Malaysia
menunjukkan penurunan hari demi hari (Berita Harian, 20 Jun 2020).
https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/06/702129/covid-19-who-beri-amaran-
dunia-dalam-fasa-baharu-berbahaya
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 13
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
‘FRONTLINER’ BERMULA DARI RUMAH Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) adalah tempoh yang diberikan
untuk rakyat menjadi ‘frontliner’ dari rumah. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor
Hisham mengingatkan semua bapa terutamanya agar perlindungan wajar diberikan
bermula dari rumah.
Sebagai menyambut ‘Hari Bapa’ pada 21 Jun 2020, beliau menasihati semua bapa
agar menjadi hero kepada anak-anak untuk melindungi mereka daripada ancaman
musuh yang tidak kelihatan termasuk COVID-19. Hal ini kerana, ayah mempunyai
peranan yang berat dalam memastikan setiap ahli keluarga selamat daripada
penyebaran wabak COVID-19. Oleh itu, ayah bertanggungjawab memastikan
keadaan anak-anak mereka selamat di mana jua mereka berada dan ayah adalah
‘frontliner’ sebenar dalam fasa ini. Keberhasilan fasa PKPP ini adalah bermula dari
penjagaan dari rumah. Setiap individu bertanggungjawab untuk bersama-sama
memerangi wabak COVID-19 (21 Jun 2020).
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/wahai-bapa-jadilah-hero-lindungi-keluarga-dr-
noor-hisham-248090
PKPP: PENGANUT BUKAN ISLAM DIBERI KELONGGARAN Kelonggaran telah diberikan kepada penganut bukan Islam untuk mengadakan majlis
perkahwinan di rumah ibadat masing-masing. Kebenaran ini diberikan sepanjang
tempoh PKPP dijalankan. Ia nya adalah bagi upacara perkahwinan bukan Islam di
rumah ibadat dan Persatuan Agama Bukan Islam melibatkan Penolong Pendaftar
Perkahwinan yang dilantik dibawah Seksyen 28, Akta Membaharui Undang-Undang
(Perkahwinan dan Penceraian) (Akta 164).
Walau bagaimanapun, kelonggaran ini
masih perlu mematuhi SOP yang
ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN). Majlis tersebut juga
tidak boleh melebih 20 orang yang
hadir dan tertakluk kepada kapasiti
rumah ibadat atau Persatuan Agama
Bukan Islam dan penjarakan sosial.
Selain itu, sebarang resepsi masih tidak
diberikan berikutan majlis resepsi
memerlukan kehadiran tetamu dengan jumlah yang agak besar sekaligus membuka
peluang penyebaran jangkitan virus COVID-19 (21 Jun 2020).
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/pkpp-upacara-perkahwinan-penganut-bukan-
islam-di-rumah-ibadat-kini-dibenarkan-ismail-sabri-248116
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 14
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PELUANG WARGA EMAS, PESAKIT KRONIK HIDUP NORMAL Setelah sekian lama dikawal, golongan berisiko pula
diberikan kelonggaran. Dua kelompok umur yang
berdepan risiko tinggi itu ialah warga emas berusia
antara 55 hingga 59 tahun dan 60 hingga 64 tahun.
Selain itu, individu yang mempunyai penyakit kronik
seperti kencing manis dan darah tinggi juga adalah
antara golongan yang mudah dijangkiti. Namun,
mereka yang sebelum ini tidak dibenarkan untuk
berada ditempat awam kini telah diberi kelonggaran
untuk bersama-sama menjalani hidup normal.
Mereka dibenarkan untuk ke masjid, ke taman permainan dan sebagainya walau
bagaimanapun SOP yang ketat patut dipatuhi. Antaranya adalah kerap mencuci
tangan dan juga sentiasa memakai pelitup muka dan hidung. Hal ini kerana, tidak
nafikan virus tersebut masih wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini, namun ia
nya masih dapat dikawal dengan penjagaan serius dari semua golongan (Astro
Awani, 19 Jun).
https://beta.astroawani.com/berita-malaysia/warga-emas-pesakit-kronik-boleh-lalui-
kehidupan-normal-namun-perlu-patuh-sop-247939
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 15
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
ALAM SEKITAR, SUMBER ASLI & ASAS TANI
KONFLIK PENGURUSAN SISA PLASTIK DI LAGOS Pencemaran sisa plastik di Lagos, Nigeria
mendapat perhatian daripada The National
Coalition Against Plastic Pollution (NCAPP) apabila
kawasan Akobi Crescent, Surulere dan
Lagos terlalu banyak dipenuhi dengan sampah-
sarap. Akibat daripada perbuatan penduduk di
Lagos sendiri yang tidak mengamalkan pelupusan
sisa domestik secara lestari telah mengakibatkan
banjir besar sering berlaku. Ketika mana banjir berlaku, terdapat begitu banyak
sampah-sarap terapung termasuk di jalan raya. Oleh itu, kerajaan di Lagos disarankan
mengambil tindakan segera oleh NCAPP dalam menyelesaikan isu tersebut yang
agak kritikal. (Environewsnigeria, 22 Jun 2020).
https://www.environewsnigeria.com/plastic-waste-pollution-coalition-calls-for-rethink-of-
management-process/
TUJUH SYARIKAT LEPASKAN DANA JIKA TIADA
PEMBAHARUAN DI BRAZIL Merujuk kenyataan Reuters, tujuh firma pelaburan utama Eropah iaitu Storebrand,
AP7, KLP, DNB Asset Management, Robeco, Nordea Asset Management dan LGIM
akan menarik diri daripada peniaga bijirin, pengeluar daging lembu dan juga bon
kerajaan di Brazil sekiranya tiada pembaharuan dan kemajuan yang dilakukan
berhubung isu penebangan hutan Amazon yang begitu besar. Berdasarkan laporan
Agensi Penyelidik INPE Brazil melaporkan seluas 10.129 km persegi kawasan hutan
Amazon dimusnahkan sejak dari Ogos 2018 hingga Julai 2019. Kemusnahan hutan
tersebut yang merupakan tulang belakang Bumi boleh mengundang pelbagai impak
yang negatif termasuk perubahan iklim.
Sejak era pemerintahan Presiden Jair Bolsonaro, penebangan hutan begitu
meningkat sebanyak 34 peratus dalam lima bulan pertama 2020 sahaja dan ia
melonjak ke paras tertinggi sejak Bolsonaro memegang jawatan pada tahun 2019.
(Al-Jazeera, 11 Jun & 20 Jun)
https://www.aljazeera.com/ajimpact/european-investors-threaten-pull-money-brazil-amazon-
200619153257579.html
https://www.aljazeera.com/ajimpact/brazil-deforested-10000-square-km-amazon-rainforest-
2019-
200610143250834.html?utm_source=website&utm_medium=article_page&utm_campaign=r
ead_more_links
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 16
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
PENJANA: JELAPANG PADI GUNA KAEDAH BARU Merujuk kenyataan Kementerian Pertanian dan
Industri Makanan, semua jelapang padi di
seluruh negara bakal menggunakan kaedah
pemprofilan tanah yang bertujuan untuk
meningkatkan produktiviti padi menjelang tahun
2022. Sehingga ke hari ini, 120,794 hektar
jelapang padi telah menggunakan kaedah
tersebut.
Kaedah ini dianggap penting dalam memastikan semua pesawah khususnya,
memahami keadaan tanah sawah mereka sebelum memulakan penanaman bagi
meningkatkan hasil pengeluaran yang berkualiti. Perincian kaedah ini dapat
menjelaskan jenis baja yang akan digunakan berdasarkan tanah, kandungan nutrien
yang berkesesuaian dan sebagainya yang dapat meningkatkan hasil pertanian
pesawah. (Bernama & Metro, 20 Jun 2020).
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1853088
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/591883/kaedah-pemprofilan-tanah-sawah-
padi-akan-dilaksana
2020 ANTARA TAHUN TERPANAS DALAM REKOD IKLIM
Berdasarkan laporan National Centers for Environmental Information (NOAA’s)
bahawa tahun 2020 di antara lima tahun terakhir yang terpanas dalam rekod iklim
sejak 141 tahun. Antara bulan Mei 2016 dan 2020 antara bulan yang terpanas
direkodkan di dunia. Bahkan, purata suhu global permukaan darat dan lautan pada bulan
Mei 2020 juga ialah 0.95 darjah Celsius.
Selain itu, sebahagian besar suhu pada bulan Mei di Asia, Afrika utara, Alaska dan
Amerika Syarikat sebelah barat daya ialah 1.5 darjah Celsius iaitu lebih tinggi daripada
purata. Walau bagaimanapun, keadaan panas di dunia tdak seragam apabila laporan
NOAA’s turut menyatakan sebahagian besar Kanada, AS timur, Eropah timur dan
Australia mencatat suhu 1.0 darjah Celsius di bawah purata iaitu bulan yang lebih
sejuk daripada biasa. (NBC News, 19 Jun 2020) (NOAA, 12 Jun 2020).
https://www.nbcnews.com/science/environment/2020-track-be-one-warmest-years-record-
n1231481
https://www.noaa.gov/news/may-2020-tied-for-hottest-on-record-for-globe
R I N G K A S A N M I N G G U A N I S U S E M A S A | 17
Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS)
BANTUAN PRIHATIN ELEKTRIK TAMBAHAN BUKTI KOMITMEN
KERAJAAN HARI INI Melalui Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan yang diumumkan oleh Kerajaan pada hari
ini memberi kelegaan kepada empat juta rakyat. Hal ini kerana, pengguna bil elektrik
domestik bagi penggunaan kurang daripada 300kWj sebulan atau bil RM77 ke bawah
tidak perlu membayar bil elektrik selama tiga bulan iaitu April, Mei dan Jun 2020.
Manakala, pengguna domestik bagi bil elektrik melebihi 300kWj sebulan pula akan
menerima potongan bil sebanyak RM77 sebulan iaitu RM231 (April, Mei dan Jun). Selain itu, bagi pengguna di antara 601 hingga 900kWj dengan bil elektrik di antara
RM232.35 hingga RM395.60 akan menerima diskaun tambahan sebanyak 8 peratus
berbnading 2 peratus pada April lepas. Oleh itu, pennguna akan menikmati secara
keseluruhannya adalah 10 peratus sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga
September. Pada masa yang sama, operasi pemotongan elektrik juga akan dihentikan
sementara oleh TNB sehingga 30 September 2020.
Bantuan tambahan ini yang berjumlah RM942 juta yang melibatkan 7.66 juta
pengguna elektrik domestik jelas membuktikan pendirian Kerajaan yang begitu cakna
dengan permasalahan rakyat ketika mana menghadapi kesempitan hidupan berikutan
pandemik Covid-19. Tindakan yang diambil oleh Kerajaan turut mendapat sokongan
daripada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) yang menzahirkan penghargaan dan menasihati rakyat agar sentiasa
berhemat ketika menggunakan elektrik. (Berita Harian, 20 Jun 2020).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/702245/4-juta-pengguna-domestik-
nikmati-elektrik-percuma
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/06/702430/bantuan-prihatin-
elektrik-kerajaan-dengar-keluhan-rakyat
top related