rancangan pengajaran kata sendi nama 'di' dan imbuhan awalan 'di
Post on 18-Jul-2015
2.572 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran
Topik Kekeliruan di antara penggunaan 1a) Kata Sendi Nama ‘di’& 1b) Imbuhan awalan ‘di’
Masa 1 jam
Langkah-langkah Aktiviti
1 Guru akan memberikan beberapa contoh (sebaik-baiknya daripada hasil kerja pelajar yang lalu) mengenai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar.
2 Pelajar diminta mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang ada
3(slaid 1-2)
Guru memperkenalkan topik pengajarannya
4(slaid 3-4)
Guru menerangkan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’. Para pelajar diminta memberikan beberapa contoh sebagai pengukuhan.
5(slaid 5)
Guru akan menerangkan kesalahan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’
6(slaid 6)
Dengan memberikan beberapa contoh, guru akan menerangkan penggunaan Imbuhan awalan ‘di’. Pelajar diminta memberikan contoh untuk mengukuhkan pemahaman mereka.
7(slaid 7)
Penutup :- Guru akan mengingatkan lagi pengajarannya sebagai pengukuhan.
8(slaid 8)
Latihan diberikan kepada para pelajar.(Sekiranya perlu, guru boleh menyiap latihann tambahan)
*Saranan : Guru boleh membuat salinan bagi slaid yang ke 7 untuk setiap pelajar. Pelajar digalakkan menggunakan nota tersebut setiap kali mereka diberi tugasan penulisan.
Latihan Tambahan : Pelajar diberikan beberapa kad kecil yang mengandungi kata dasar atau frasa nama. Mereka juga diberi sekeping kad yang mempunyai kata ‘di’. Secara berpasangan, pelajar perlu pilih sama ada perkataan ‘di’ itu harus dirapatkan atau diasingkan daripada perkataan yang diberi.
____buat daripada kayu jati
___sebat ___ tapak tangannya
____temani oleh rakan sedarjahnya
____ imbas kembali
____ penghujung hayatnya Borang pemohonannya ______ tarik balik
______ ibaratkan bagai aur dengan tebing Buih-buih ____ lautan
di
top related