refleksi akhir bola jaring
Post on 05-Apr-2018
242 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
8/2/2019 Refleksi Akhir Bola Jaring
1/1
Refleksi
Assalamualaikum w.b.t..
Pertama sekali saya mengucapkan syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana
dengan limpah dan kurniaNya dapat juga saya menyiapkan refleksi ini dengan
sejujurnya.
Setelah berjaya membentangkan hasil tugasan rancangan pengajaran harian
saya yang bertajuk kemahiran menjaring dalam bola jaring ini banyak yang dapat
saya pelajari daripadanya. Antaranya ialah bagaimana untuk saya mengawal
keadaan kelas. Sepertimana yang kita tahu, dalam pengajaran Pendidikan Jasmani
sangat mementingkan kawalan kelas. Ini adalah bertujuan untuk memastikanpengajaran yang hendak dijalankan pada hari tersebut berjalan dengan lancar dan
tersusun mengikut rancangan pengajaran harian yang telah dibuat.
Dalam melaksanakan tugasan ini, saya dapat melihat kelebihan saya iaitu
suara yang kuat dan cukup jelas untuk didengari oleh semua pelajar. Dengan
kelebihan tersebut, mungkin ia boleh dijadikan salah satu cara untuk saya mengawal
keadaan pelajar yang mempunyai pelbagai ragam di sekolah nanti.
Manakala kekurangan yang saya dapat lihat dalam aspek ini ialah bagaimana
untuk menarik perhatian pelajar yang terlampau asyik untuk bermain. Manakan tidak,
matapelajaran Pendidikan Jasmani ini amat disukai oleh pelajar kerana dengan
matapelajaran ini mereka dapat bermain dengan seronoknya.
Akhir kata dari saya, dengan pengalaman yang telah saya dapat ini moga-
moga apabila saya menjadi guru kelak saya akan menjadi guru yang cemerlang.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
____________________
(MOHD FIKRI BIN CHE HAMID)
top related