refleksi diorama
Post on 05-Jan-2016
228 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
[ALICE CHUA PEI LING]
REFLEKSI
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Saya, Alice Chua Pei Ling,
pelajar dari unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual 1 ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua pihak yang sanggup memberi tunjuk ajar kepada
saya untuk menyiapkan tugasan kerja subjek Kokurikulum-Persatuan (WAJ
3131) terutamanya pensyarah saya iaitu En. Abdullah bin Mohamad.
Sekalung penghargaan ingin ditujukan kepada rakan-rakan sekelas yang
sanggup memberi kerjasama dan komitmen dalam menjayakan pameran ini.
Pada semester ini, subjek Kokurikulum-Persatuan (WAJ 3131) adalah salah
satu subjek yang wajib bagi memenuhi syarat kelulusan Program Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan. Setiap pelajar semester 6 ambilan Jan 2013
dikehendaki menubuhkan kelab atau persatuan masing-masing bagi
melaksanakan aktiviti pameran.
Dalam sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini, saya telah
menghadapi kekangan dari segi pengurusan masa, sumber informasi dan
kewangan. Walaupun sibuk dengan tugasan projek dari subjek yang
berlainan, saya terpaksa meluangkan masa untuk memilih tajuk yang sesuai
untuk menghasilkan karya seni yang ingin dipamerkan pada Pameran Gerko
Persatuan Hari Kokurikulum yang berlangsung di Dewan Bendahara, Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan. Unit 6 PISMP Pendidikan Seni Visual
1 telah memilih Persatuan Pendidikan Seni Visual. Kami dibahagikan kepada
lapan kumpulan iaitu 3 orang dalam satu kumpulan. Saya dan dua orang
rakan saya iaitu Low Lai Teng dan Lee Joo Haa telah memilih tajuk ‘Diorama’
yang bertemakan Taman Permainan selepas membuat perbincangan.
Sesungguhnya, tugasan ini benar-benar membantu saya dalam
pembelajaran kerana melalui tugasan projek ini, saya berpeluang mereka
cipta logo kelab mengikut kreativiti masing-masing. Penciptaan logo, visi dan
penerangan logo turut perlu kami rekakan untuk menubuhkan kelab
Pendidikan Seni Visual. Saya juga bekerjasama menghasilkan ‘Diorama’
yang bertemakan Taman Permainan bersama rakan-rakan saya. Diorama
dapat disiapkan dalam tempoh satu minggu sahaja atas kerjasama dan usaha
ahli kumpulan. Kami telah memilih bahan terbuang seperti kayu aiskrim,
[ALICE CHUA PEI LING]
dawai besi, kertas kotak dan lain-lain untuk menghasilkan diorama ini. Nilai
cinta alam sekitar sudah pasti dapat diterapkan secara tidak langsung dalam
penghasilan tersebut. Sebelum sehari pameran dijalankan di Dewan
Bendahara, saya dan rakan-rakan berkesempatan menghias tempat pameran
yang telah disediakan mengikut kreativiti tersendiri.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa saya turut mengalami kekangan
dalam menyiapkan tugasan kerja tersebut. Mustahil setiap aktiviti yang
dirancang tidak mempunyai kelemahan. Saya kurang memahami terhadap
kehendak soalan pada awal permulaan semasa melaksanakan tugasan ini.
Hal ini telah menyebabkan perbincangan tentang tugasan ini tidak berjaya
antara saya dan rakan-rakan sekumpulan kerana kami keliru dengan
kehendak soalan dan tidak mempunyai pandangan dan cadangan yang
seiras antara satu sama lain. Saya telah meminta tunjuk ajar daripada rakan-
rakan yang lain serta pensyarah, En. Abdullah bin Mohamad. Mereka tidak
jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dengan memberi penerangan dan
penjelasan yang lebih terperinci. Saya juga mendapati bahawa saluran
internet yang lambat telah mengambil masa panjang untuk melayari dan
mendapati maklumat yang diperlukan.
Walaupun saya sibuk menjalankan praktikum di sekolah, tetapi saya
juga perlu meluangkan masa untuk melengkapkan setiap kehendak soalan
bagi tugasan ini. Saya juga belajar untuk mendisiplinkan diri sepanjang
tempoh ini. Saya perlu merancang masa mengikut jadual harian dengan
teratur dan rasional untuk menyiapkan tugasan projek ini supaya tidak
membazirkan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan adanya
perancangan dan persediaan yang secukupnya, saya berjaya menghantar
tugasan projek ini tepat pada masanya. Pengorbanan dalam semua aspek ini
banyak mematangkan saya serta mampu menggunakan daya pemikiran pada
tahap yang paling tinggi semasa membuat sesuatu perkara.
Oleh itu, dalam usaha untuk memenuhi pendidikan yang berkualiti itu,
kualiti guru yang bakal dilahirkan amat penting. Malahan kualiti guru
seharusnya tidak sahaja menakupi hal-hal akademik, pembangunan izikal
tetapi dalam segi pengurusan turut berperanan. Pengurusan kokurikulum
[ALICE CHUA PEI LING]
merupakan komponen yang penting dalam latihan perguruan, maka
penglibatan guru pelatih melalui aktiviti ini akan dapat memenuhi kehendak
dan Falsaah Pendidikan Negara yang menekankan penapaian yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Jika matlamat
ini boleh dicapai melalui penyertaan guru pelatih dalam aktiviti kokurikulum di
peringkat latihan perguruan, maka tidak hairanlah sahsiah guru pelatih yang
akan terbentuk nanti boleh mencerminkan kualti guru yang bakal dilahirkan
oleh Institut Pendidikan Guru.
Secara kesimpulannya, walaupun saya menghadapi banyak kesukaran
dan rintangan ketika menjalankan tugasan projek ini tetapi saya berasa amat
bangga kerana diberi peluang untuk menjalankan tugasan projek yang begitu
mencabar dan bermakna bagi saya. Pengalaman serta pengetahuan dalam
menyiapkan tugasan projek ini amat memanfaatkan saya.
top related