refleksi gerko
Post on 22-Jan-2016
38 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
REFLEKSI INDIVIDU
(MOHAMAD AZWAN BIN MOHD PUAT)
Sesungguhnya, tugasan bagi subjek WAJ 3112 kali ini merupakan satu
tugasan yang memberi seribu manfaat kepada saya. Alhamdulillah, saya bersyukur
kepada Allah kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya melaksanakan tugasan kali
ini. Berbekalkan semangat dan bantuan daripada pensyarah dan rakan-rakan yang
lain, saya mampu untuk menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Kursus
Kokurikulum Olahraga (WAJ 3112) merupakan satu subjek yang wajib bagi pelajar-
pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 5. Subjek ini
merupakan salah satu komponen penting dalam Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan. Bagi memenuhi keperluan Sukatan Pelajaran Kursus Olahraga (WAJ
3112), saya telah menerima tugasan kerja kursus bagi subjek ini juga secara
berkumupulan dan dinilai secara individu.
Pertama sekali, ingin saya nyatakan bahawa saya berasa sungguh gembira kerana
dengan penyempurnaan tugasan ini, saya telah menimba ilmu baru yang mampu
untuk memberi manfaat kepada saya apabila bergelar guru sebenar kelak. Semasa
proses menyiapkan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang saya hadapi di
samping banyak pengalaman dan juga ilmu pengetahuan baru yang dapat saya
perolehi yang mana ianya bermanfaat kepada saya.
Antara masalah yang saya hadapi sepanjang melakukan tugasan kerja kursus ini
ialah kekurangan buku rujukan. Jadi, saya telah pergi ke perpustakaan untuk
mencari buku yang boleh digunakan untuk tugasan ini. Walaubagaimanapun, tidak
banyak buku yang berkaitan dengan tugasan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.
Selain daripada itu, saya turut mendapatkan buku rujukan bagi acara lompat tinggi
daripada senior-senior yang lain. Hal ini sedikit sebanyak membantu saya untuk
mendapatkan maklumat yang benar-benar menepati kehendak tugasan.
Selain itu, saya juga tidak mempunyai ilmu yang mencukupi dalam bidang olahraga
terutamanya acara lompat tinggi yang mana pengetahuan saya hanyalah
berdasarkan pengalaman semasa di sekolah serta melalui media massa serta media
cetak seperti televisyen dan surat khabar. Oleh itu, saya berasa sukar untuk
menyiapkan tugasan ini memandangkan saya kekurangan ilmu yang dapat
membantu saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini dengan baik.
Sebenarnya, mula-mula saya keliru tentang bagaimanakah dapat menyiapkan
tugasan ini, namun dorongan dan tunjuk ajar pensyarah olahraga saya telah
menjayakan usaha saya menyiapkan tugasan ini.
Terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat saya elakkan dalam menyiapkan
tugasan olahraga ini. Pertamanya, saya telah amat menyedari peribahasa ‘masa itu
emas’; dimana saya terpaksa mengejar masa dalam pembahagian tugas. Satu lagi
masalah yang telah saya hadapi dalam menyiapkan kerja kursus ini adalah kurang
kemahiran dalam melaksanakan aktiviti lompat tiggi. Sebagai contoh, prosedur
menjalankan lompatan, iaitu penggunaan otot-otot yang terlibat, penggunaan alatan
dan aktiviti regangan khusus untuk lompat tinggi.
Terdapat beberapa peluang yang telah saya pelajari hasil daripada tugasan
olahraga ini. Pertamanya, saya telah berpeluang untuk mempelajari lebih mendalam
tentang cara menjadi jurulatih lompat tinggi. Acara lompat tinggi sebenarnya banyak
memupuk nilai-nilai bekerjasama, berkeyakinan dan berdisiplin diri serta
bertanggungjawab. Tidak semua orang boleh melakukan lompatan yang baik. Saya
sendiri daripada kecil hinggalah sekarang, masih takut-takut untuk melakukan
lompatan bagi melepasi palang lompat tinggi tersebut. Justeru, peluang yang ada ini
telah saya manfaatkan sebaik yang mungkin untuk merasai sendiri bagaimana cara
untuk membuat lompatan yang betul dan sempurna.
Walaupun mengalami beberapa masalah semasa dalam proses menyiapkan
tugasan ini, saya dapat banyak pengetahuan baru yang sangat berguna sebagai
seorang guru. Saya dapat belajar bagaimana cara untuk merangka jawatankuasa
kerja di samping dapat mengetahui bidang tugas bagi setiap jawatankuasa yang
mana saya tidak pernah tahu sebelum ini. Jika dilihat secara positif, tugasan kali ini
telah memberi persediaan kepada saya untuk melatih murid-murid di sekolah kelak
khususnya dalam acara lompat tinggi. Saban tahun, sekolah mengadakan sukan
tahunan dan dengan ilmu yang saya perolehi ini, dapat saya aplikasikannya semasa
sukan sekolah berlangsung kelak. Siapa tahu, suatu hari nanti saya dapat melatih
murid hingga berjaya ke peringkat kebangsaan dan dunia? Mudah-mudahan.
Keseluruhannya, kursus ini sangat berguna untuk dibawa ke sekolah. Ini kerana
sudah semestinya setiap sekolah akan mengadakan sukan setiap tahun. Dengan
adanya kursus ini, saya diterangkan dengan terperinci dari sejarah, pengenalan
sukan, cara latihan yang sesuai, teknik-teknik yang betul pada setiap sukan
olahraga, peraturan-peraturan sukan olahraga, cara borang penilaiaan dan cara
pemarkahan. Ia diterangkan secara terperinci dan mudah difahami. Sebelum ini
saya tidak jelas tentang setiap sukan olahraga yang dijalankan. Dengan adanya
kursus ini, saya tidak teragak-agak lagi apabila nanti diarahkan untuk menjadi
jurulatih mahupun pegawai penilai untuk aktiviti di mana-mana kejohanan yang
dianjurkan oleh sekolah mahupun daerah.
Salah satu cadangan bagi olahraga ini adalah supaya menambahkan masa
pengajaran bagi aktiviti di padang dan di dalam kelas supaya dapat melakukan amali
dan praktikal dalam olahraga demi menambahkan minat dan pengetahuan dalam
sukan. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang menolong memberi
idea terutamanya pensyarah saya yang berdedikasi dalam memastikan guru
pelatihnya menyiapkan kerja kursus olahraga dengan baik. Akhir sekali, tugasan
kerja kursus ini sangat bermanfaat kepada saya sebagai seorang guru yang mana
banyak ilmu baru mengenai pengurusan dan pentadbiran dalam menguruskan
sesuatu kejohanan sukan yang dapat saya perolehi dan samping ianya dapat
dipraktiskan di sekolah kelak.
top related