refleksi gimnastik
Post on 23-Dec-2015
20 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
6.0 REFLEKSI
6.1 Refleksi 1
Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya dapat mengenalpasti kekuatan,
kelemahan dan penambahbaikan yang perlu saya lakukan.
Kekuatan yang dapat saya kenal pasti ialah pemilihan aktiviti dalam RPH
sesuai dan menarik untuk dilakukan. Aktiviti yang dipilih iaitu putar roda amat sesuai
untuk murid sekolah rendah kerana ianya tidaklah terlalu susah untuk dilakukan
dengan adanya bantuan guru.. Oleh itu, sebagai refleksi, saya sebagai bakal guru
seharusnya menyediakan dan memilih aktiviti yang sesuai dengan tahap umur murid
supaya mereka dapat melakukannya dengan mudah, berkesan dan seronok di
samping mengelakkan rasa bosan mereka sepanjang P&P berlangsung.
Kelemahan yang dapat saya kenal pasti ialah kemahiran dalam merangka
RPH dengan lebih baik. Sepanjang pelaksanaan tugasan ini, kesilapan dalam RPH
dikenal pasti semasa perbincangan dengan rakan kumpulan. Ini menunjukkan
bahawa masih ada kelemahan dalam merangka RPH pada bahagian-bahagian
tertentu. Bahagian-bahagian yang bermasalah ialah objektif pembelajaran,
kesepaduan dan organisasi pengajaran Dalam objektif pembelajaran, saya
seharusnya menetapkan satu objektif yang bersifat eksplisit iaitu lebih spesifikasi
dalam mengenal pasti penguasaan murid dalam kemahiran putar roda. Sebagai
contoh, murid dapat melakukan putar roda dalam 3 daripada 5 percubaan. Selain itu,
organisasi pengajaran juga perlulah dilakukan dalam bentuk stesen kerana jumlah
murid yang ramai. Dengan adanya stesen, guru boleh mengawal keseluruhan kelas
dengan baik. Saya seharusnya lebih teliti dalam merangka RPH dan tidak
mengabaikan keperluan murid-murid.
26
Penambahbaikan yang perlu saya lakukan ialah menguasai penulisan RPH
dengan baik. Sebagai seorang bakal guru, saya perlu menguasai penulisan RPH
kerana RPH adalah penting dalam proses P&P di sekolah. RPH adalah satu
panduan kepada guru untuk melaksanakan P&P tanpa tersasar daripada objektif
pembelajaran. Oleh itu, penting bagi saya selaku bakal guru untuk menguasainya
supaya di sekolah kelak saya boleh melaksanakan proses P&P dengan lancar dan
baik.
Sebagai guru, saya perlulah mahir dalam merangka RPH untuk P&P. Ini
merangkumi aspek pemilihan set induksi, aktiviti kemahiran, permainan kecil dan
penutup. Aspek-aspek ini mempengaruhi suasana P&P sama ada menyeronokkan,
hambar atau kurang menarik. Saya menyedari bahawa murid-murid lebih menyukai
aktiviti yang mereka tidak pernah lakukan dan menyeronokkan. Oleh itu, saya
perlulah kreatif dan boleh mengubahsuai sesuatu aktiviti yang sukar menjadi senang
dna menyeronokkan. Sebagai contoh, dalam kemahiran putar roda, ianya susah
kerana saya juga kurang mahir dalam kemahiran ini, apatah lagi jika kanak-kanak.
Oleh itu, kemahiran ini diubahsuai menjadi lebih senang dan mudah supaya murid-
murid mampu menguasainya secara ansur maju dan seronok melakukannya. Oleh
itu, saya menggunakan platform untuk memudahkan murid mempelajari kemahiran
ini.
Selain itu, saya perlulah mahir dalam kemahiran yang diajar. Sebagai contoh,
kemahiran putar roda dalam gimnastik. Jika saya dapat melakukan kemahiran
dengan betul, mudah bagi saya untuk mengajarkannya kepada murid-murid. Saya
menyedari bahawa, sebagai seorang guru Pendidikan Jasmani, saya perlulah
menguasai bidang ilmu terutamanya dari segi teori dan praktikal. Jika saya
menguasai kemahiran ini dengan baik, saya mampu mengajar dan melakukan
demonstrasi kepada murid-murid semasa P&P. Lakuan yang saya lakukan bolehlah
ditiru oleh murid-murid dan sekiranya saya melakukan dengan betul, maka murid-
murid juga melakukannya dengan betul. Saya menyedari bahawa guru Pendidikan
Jasmani yang menguasai kemahiran dalam segi praktikal mempunyai kelebihan
untuk mengajar murid-murid dengan lebih berkesan.
27
Selain itu, saya perlu lebih kreatif dalam merangka RPH kerana aktiviti yang
dipilih perlulah menarik perhatian murid-murid. Sebagai contoh, set induksi atau
bahan bantu mengajar perlu menarik dan menyeronokkan murid-murid supaya
mereka sentiasa bermotivasi untuk meneruskan sesi P&P. Dalam proses P&P,
adalah penting untuk saya menarik perhatian murid-murid sebelum memulakan sesi
P&P. Saya boleh melakukannya dalam bahagian set induksi untuk menjana idea
atau pengetahuan sedia ada murid-murid. Melalui cara ini, mereka akan lebih
bersemangat dan bersedia untuk mempelajari topik pembelajaran pada hari tersebut.
Sebagai contoh, permainan puzzle semasa set induksi merangsang mereka untuk
ingin tahu langkah seterusnya dalam P&P. Ini menjadikan mereka lebih aktif dalam
aktiviti sepanjang P&P.
Sebagai ringkasan, saya menyedari banyak aspek yang perlu saya perbaiki
dan kekuatan yang sedia ada dimurnikan lagi dengan beberapa aspek yang lain
supaya P&P yang saya laksanakan menepati dan mencapai objektif pembelajaran.
Sekian.
Disediakan oleh : Mohd. Dzul Alfian bin Samin
28
top related