rekoder slaid
Post on 12-Jul-2015
542 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pengenalan
Rekorder memiliki beberapa jenis, iaitu Recorder Alto, sopranino dan Sopran.
rekorder sopran sering digunakan.
rekorder sopran termasuk jenis alat musik tiup yang terbuat dari kayu, namun dalam pengembangannyasekarang telah dibuat dengan menggunakan plastik.
Teknik Meniup RekorderBagi teknik meniup rekoder, terdapat lima teknik atau aspek yang perlu diamalkan supaya dapat menghasilkan peniupan kualiti ton yang baik.
Lima teknik tersebut ialah:1. Postur2. Embouchure3. Penglidahan4. Pernafasan5. Penjarian
teknik di atas sangat membantu dalam menghasilkan peniupan kualititon yang baik
TEKNIK PERTAMA – POSTUR
Postur memainkan peranan semasa meniup
rekoder. Postur yang baik membantu untuk
menghasilkan kualiti ton yang baik. Postur
semasa meniup rekoder ialah badan perlu
tegak dan berada dalam keadaan selesa.
Rekoder dipegang dengan kecondongan 45
darjah dari badan.
Postur memainkan peranan semasa meniuprekoder. Postur yang baik membantu untuk menghasilkankualiti ton yang baik.Ini untuk memudahkan pergerakan tangan semasa penjarian.Setelah itu, tangan diregangkan sedikit agar tidakmengganggu pernafasan. Rekoder dipegang dengan jaritangan kiri di bahagian atas dan jari tangan kanan di bahagian bawah. Cara ini adalah praktikal untukpermainan rekoder. Rekoder diimbangkan dengan diletakpada bibir bawah dan ibu jari tangan kanan. Gunakan‘music stand’ untuk meletakkan skor muzik dan ini jugadapat mengekalkan postur badan yang tegak.
TEKNIK KEDUA – EMBOUCHURE
Embouchure ialah penggunaan otot muka danpembentukan bibir yang mengikut bentuk pipit (mouthpiece).
Masukkan bahagian pemipit di antara bibir. Setelahitu bibir dirapatkan dan jangan gigit rekoder.
Bibir juga jangan ditegangkan dan pastikan bibirdalam keadaan selesa
TEKNIK KETIGA – PENGLIDAHAN
Penglidahan penting untuk penghasilan not rendahdan not tinggi. Pergerakan lidah membantupengeluaran udara dengan kadar yang sesuai dengankualiti ton.
Untuk not tengah, bunyikan ‘du’ denganlidah. Manakala not rendah menggunakan bunyi‘lu’. Bagi not tinggi, bunyikan ‘tu’ semasa meniup.
Bunyi ‘du-ku’ digunakan semasa ‘double tongueing’. Semasa memainkan not kaitan, hanya pada not pertama berlaku penglidahan. Bagi permainansecara ‘staccato’, bunyikan ‘tut’ untuk penghasilan not pendek.
TEKNIK KEEMPAT – PERNAFASANUntuk meniup not rendah, tekanan udara dari ruangdiafragma dilepaskan perlahan-lahan serta terkawal.
Tekanan udara yang lebih serta dilepaskan secara lajudalah untuk meniup not tinggi.
Bagi satu frasa, hanya satu pernafasan yang digunakan.
TEKNIK KELIMA – PENJARIANBagi tangan kiri, ibu jari bernombor 0
menutup lubang rekoder di bahagian belakang
rekoder. Jari telunjuk bernombor 1 menutup
lubang rekoder pertama. Jari hantu
bernombor 2 menutup lubang rekoder
kedua. Jari manis bernombor 3 menutup
lubang rekoder ketiga.
Untuk tangan kanan, jari telunjuk bernombor 4 menutup lubang rekoder keempat. Jari hantubernombor 5 menutup lubang rekoderkelima. Lubang rekoder keenam ditutup dengan jarimanis yang bernombor 6. Lubang rekoder ketujuditutup dengan jari bernombor tujuh iaitu jarikelingking.
Terdapat dua pembukaan kecil pada lubang rekoderbernombor 6 dan 7. Tujuan lubang kecil ini adalahuntuk menghasilkan bunyi syap dan flat.
top related