report tanah new
Post on 27-Jun-2015
381 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
1.0 PENGENALAN
Sektor pertanian memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial dan ekonomi
Malaysia. Pada peringkat awal, penanaman tanaman makanan seperti padi, sayur-sayuran,
buah-buahan serta kegiatan menangkap ikan dan menternak telah menyediakan sumber
makanan, mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk-penduduk
tempatan. Namun, sejak kebelakangan ini kita dikejutkan dengan isu tanah pertanian terbiar di
kawasan luar bandar yang semakin meruncing. Jika dahulu tanah sangat penting sebagai
sumber pendapatan dan keperluan hidup masyarakat. Kini tanah tidak lagi diusahakan untuk
aktiviti pertanian tetapi sudah beralih kepada proses pembangunan dan perindustrian.
(http://www.hum.usm.my/geo/course/HGM340/dasardpn3.htm)
Tanah terbiar bermaksud tanah bermilik atau tanah yang diberikan Lesen Pendudukan
Sementara (TOL) yang tidak ditanam atau diusahakan selama tiga tahun berturut-turut. Ia juga
merujuk kepada suatu tanaman atau ternakan secara khusus atau integrasi dengan maksud
mendapatkan hasilnya. Fokus tanaman tertumpu kepada sayuran,tanaman kontan dan buah-
buahan. Tanah ini biasanya dimajukan oleh pemilik sendiri secara berkumpulan atau usahawan
melalui sewaan atau 'profit sharing'.
Tanah pertanian terbiar kebiasaannya berlaku di kawasan luar bandar. Kawasan desa
merupakan kawasan selain daripada kawasan bandar. Ia merupakan petempatan yang meliputi
semua jenis kampung dan penempatan kecil yang kurang daripada 10,000 orang penduduk dan
bercirikan kawasan pertanian serta kawasan sumber alam semulajadi. Takrif kawasan bandar
menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (2000) ialah kawasan yang diwartakan serta kawasan
tepubina yang bersempadan dengannya dan gabungan kedua-dua kawasan ini yang
mempunyai penduduk seramai 10,000 atau lebih semasa Banci Penduduk dan Perumahan
tahun 2000, manakala kawasan selainnya dan mempunyai jumlah penduduk kurang daripada
10,000 orang ditarifkan sebagai kawasan luar bandar.
(http://kklw.e-kerajaan.com/temp_statistik/13145_Definisi%20LB.pdf)
Dalam usaha mengoptimumkan penggunaan tanah dan mencapai produktiviti yang
tinggi, kewujudan tanah pertanian terbiar telah membimbangkan semua pihak. Kebimbangan ini
1 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
dapat difahami apabila kita memikirkan bahawa tanah pertanian adalah sumber terhad di
Semenanjung Malaysia akibat perkembangan pesat sektor bukan pertanian. Data daripada
Kementerian Pertanian dan Asas Tani menunjukkan bahawa tanah pertanian milik petani yang
terbiar dan sesuai dimajukan diseluruh Semenanjung Malaysia sehingga tahun 2002 adalah
seluas 12 180 hektar. Keluasan ini merupakan 35 peratus daripada keseluruhan 34 360 hektar
tanah pertanian terbiar diseluruh negara yang melibatkan tanah-tanah sawah dan juga tanah
darat. Walaupun jumlah tanah pertanian terbiar yang sesuai dimajukan hanya melibatkan 35
peratus daripada jumlah keseluruhan, namun yang jelas tanah terbiar ini bukan sahaja
merugikan pendapatan bagi keluarga tani malah menjejaskan pengeluaran dan pendapatan
negara. (Azima Abdul Manaf : 2007)
Masalah tanah pertanian terbiar wujud disebabkan oleh projek-projek pembangunan
yang menular ke kawasan-kawasan luar bandar. Ini adalah kerana tanah-tanah ini pada
asalnya digunakan untuk tujuan pertanian. Namun apabila sektor komersial dan perindustrian
mula berkembang, tanah-tanah ini sukar untuk dimajukan kerana terikat dengan peruntukan-
peruntukan Enakmen Rizab Melayu yang sedang dikuatkuasakan. Selain itu, tanah pertanian
terbiar juga disebabkan oleh sekeping tanah rizab Melayu yang mempunyai berbilang pemilik.
Keadaan ini berlaku disebabkan oleh perwarisan tanah secara turun temurun daripada pemilik
asal yang diberimilik kepada anak cucunya. http://hasrolhaffiz.blogspot.com/2008/04/tanah-
rizab-melayu.html)
Persoalannya adalah mengapa tanah pertanian terbiar berlaku, sedangkan terdapat
peruntukan undang-undang di bawah seksyen 115, 116 dan 117 Kanun Tanah Negara 1965
yang jelas menyatakan bahawa tanah yang dibiarkan kosong bagi sesuatu jangka masa
tertentu akan dikenakan tindakan seperti disita yang diperuntukan di bawah Seksyen 129 (4)
(c). Walau bagaimanapun, tindakan tersebut jarang benar dilaksanakan Pihak Berkuasa Negeri,
demi menjaga hubungan antara kerajaan dengan rakyat. Oleh demikian tindakan-tindakan
proaktif wajar dilaksanakan dengan segera bagi menangani masalah tanah pertanian terbiar di
kawasan luar bandar agar tanah ini dapat dimajukan dan dimanfaatkan demi kemajuan dan
kepentingan rakyat dan negara. (Azima Abdul Manaf : 2007)
2 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
2.0 PENYATAAN MASALAH
Masalah tanah pertanian terbiar di kawasan luar bandar merupakan satu isu yang tidak
boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Hal ini kerana pertanian merupakan sektor
terpenting bagi Malaysia untuk menjana pendapatan negara. Malaysia merupakan salah satu
negara yang mengeksport hasil-hasil pertanian ke luar negara. Maka masalah tanah pertanian
terbiar ini perlu dikaji agar tanah tersebut boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada
masyarakat setempat malah kepada negara jua. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti
berlakunya masalah tanah pertanian terbiar di kawasan luar Bandar. Antaranya ialah :
2.1 Sikap dan Persepsi Golongan Muda
Faktor pertama yang menyebabkan terjadinya masalah tanah terbiar ini disebabkan oleh
sikap dan persepsi golongan muda itu sendiri. Seperti yang kita sedia maklum golongan muda
pada hari ini tidak lagi mempunyai minat untuk mengusahakan bidang pertanian. Hal ini kerana
mereka menganggap bidang ini tidak mempunyai masa depan yang cerah untuk menyara hidup
mereka. Lebih-lebih lagi golongan muda kini telah berpendidikan, mereka inginkan perubahan
dalam hidup mereka maka kebanyakkan golongan muda telah berhijrah ke kawasan bandar-
bandar besar dan bekerja di sektor awam mahupun di sektor swasta.
Hal ini dapat kita lihat dengan jelas apabila tanggapan sesetengah ibu bapa yang
berkerja sebagai petani dan tidak mahu anak mereka mengikuti jejak langkah mereka dan
menceburi bidang pertanian. Ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak agar mereka
mendapat pengetahuan dan mengubah corak hidup keluarga. Mungkin ini juga di sebabkan
oleh kejayaan pembangunan kita sehingga petani menganggap anak mereka tidak wajar
menjadi petani seperti mereka. Sejak dari kecil lagi anak-anak telah diberitahu tentang bidang
pertanian ini tidak mempunyai masa depan, maka secara tidak langsungnya golongan ini akan
merasakan bahawa bidang pertanian ini hanya layak untuk orang-orang tua yang tidak
mempunyai pelajaran untuk mengusahakannya.
3 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Kurangnya pengetahuan tentang pertanian moden dalam diri golongan muda juga telah
menyebabkan golongan muda tidak berminat untuk mengusahakan bidang pertanian. Maka
tanah di kawasan luar bandar hanya dibiarkan tanpa diusahakan dengan sebaik mungkin.
Keadaan ini menjadi semakin serius apabila golongan muda tidak ingin mengusahakan bidang
pertanian contohnya di Melaka, hanya 10 peratus daripada 16,683 anggota peladang terdiri
daripada golongan muda sedangkan sektor pertanian ini seharusnya diusahakan untuk
meningkatkan ekonomi negara di samping mengurangkan graduan yang menganggur.
2.2 Keadaan Tanah yang Tidak Ekonomik
Faktor yang kedua yang telah menyebabkan fenomena ini terus berlaku ialah
disebabkan oleh keadaan tanah yang tidak ekonomik. Tanah yang tidak ekonomik bermaksud
tanah yang tidak boleh mendatangkan hasil atau dengan erti kata lain tanah yang tidak subur.
Tanah pertanian terbiar mungkin juga disebabkan oleh faktor kedua ini. Ini kerana petani atau
peladang tidak ingin mengusahakan tanah yang tidak mendatangkan keuntungan kepada
mereka. Tanah yang tidak ekonomik juga mungkin disebabkan oleh penggunaan tanah yang
menghasilkan hasil tanaman yang sama. Apabila tanah pertanian tersebut tidak mendatangkan
hasil, petani atau peladang tersebut hanya membiarkan tanah tersebut tanpa
mengusahakannya atau mencari altenatif lain untuk mengusahakan tanah tersebut. (Azima
Abdul Manaf : 2007)
Kurangnya pendedahan tentang ilmu pertanian maka petani lebih cenderung untuk
melakukan kerja-kerja lain untuk menjana pendapatan keluarga. Petani yang kurang kemahiran
dalam bidang pertanian selalunya hanya menanam hasil tanaman tanpa mengambil kira
beberapa langkah yang perlu dipatuhi untuk mengekalkan kesuburan tanah tersebut. Antara
perkara penting yang petani atau pengusaha tanah tersebut perlu titik beratkan ialah mengenai
jenis tanah yang ingin diusahakan, kedua ialah jumlah pokok yang ingin ditanam dan di antara
satu pokok dengan pokok yang lain mestilah mempunyai jarak. Hal ini kerana melalui cara ini,
tanah dapat membekalkan nutrient dalam kadar yang sama kepada pokok-pokok tersebut.
(Azima Abdul Manaf : 2007)
4 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
2.3 Sikap Pengusaha Tanah
Sikap pengusaha tanah diakui oleh majoriti pemilik tanah sebagai faktor pendorong
tanah menjadi terbiar. Antara halangan sikap yang dapat dikenalpasti termasuklah rasa tidak
yakin pemilik tanah kepada penyewa, sikap penduduk setempat terhadap sistem penyewaan,
rasa tidak puas hati dengan kadar sewa serta keengganan menyewakan tanah kepada pemilik
luar.
Rasa tidak yakin pemilik tanah melalui sistem penyewaan kepada orang luar
menyebabkan usaha Jabatan Pertanian menjadi terhalang. Rasa tidak yakin dan syak
wasangka terhadap penyewa menyebabkan pemilik tanah tidak bersetuju untuk menyewakan
tanah mereka. Selain itu, kebanyakan penduduk kampung mempunyai sikap acuh tak acuh
terhadap usaha penyewaan walaupun mereka tidak berdaya untuk mengusahakan tanah
mereka. Pemilik tanah mempunyai sikap ‘biarlah’, ‘tengoklah’, ‘nanti tanya anak’ dan
sebagainya. (Azima Abdul Manaf : 2007)
Tanah pertanian terbiar juga disebabkan oleh sikap pengusaha tanah yang lalai. Sikap
pengusaha yang membeli tanah dengan cara melulu tanpa megambil kira akibat daripada
perbuatannya itu hanya mendatangkan kerugian kepada dirinya sendiri. Setelah membeli tanah
tersebut dan apabila mereka gagal mengusahakan tanah tersebut disebabkan oleh tanah
tersebut tidak ekonomik maka mereka mengambil sikap berdiam diri dan hanya membiarkan
tanah tersebut. Sikap mereka ini akan menyebabkan masalah tanah pertanian sukar untuk
diselesaikan .
2.4 Kemasukan Kapitalisme
Faktor yang ketiga pula disebabkan oleh kemasukkan kapitalisme. Sejak sebelum
kemerdekaan lagi kedatangan kolonial British di Semananjung Malaysia atas kepentingan
ekonomi telah campur tangan dalam segala urusan pentadbiran. Kegiatan ekonomi kapitalis di
barat telah mulai berkembang di alam Melayu dan turut mempengaruhi kehidupan penduduk
5 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
tempatan .Perkembangan ekonomi kapitalis yang lebih menekankan kepada keuntungan
maksima, dan kemasukan modal serta teknologi dari barat telah membawa perubahan penting
di negara ini, terutamanya di pusat bandar-bandar. (Azima Abdul Manaf : 2007)
Perkembangan ekonomi kapitalis di barat telah membawa perubahan dan
pembangunan industri yang amat pesat. Berikutan dengan ini Malaysia juga merupakan salah
satu negara yang membangun dengan pesat dalam bidang perindustrian. Bidang perindustrian
dilihat sebagai salah satu bidang yang dapat meningkatkan ekonomi negara. Oleh yang
demikian banyak kilang-kilang telah ditubuhkan ekoran daripada kemasukkan kapitalisma
Barat. Jika dilihat dari sudut sejarah itu sendiri, ketika Tanah Melayu dijajah, pihak British lebih
mementingkan kegiataan perlombongan berbanding sektor pertanian. Sektor pertanian juga
hanya diusahakan oleh penduduk kampung. Proses jual beli juga hanya berlaku pada kawasan
setempat sahaja. (Azima Abdul Manaf : 2007)
Struktur ekonomi negara kini disebabkan oleh sejarah negara itu sendiri. Wujudnya
dasar pecah dan perintah di mana kaum Melayu ditempatkan di kampung-kampung dan bekerja
sebagai petani, kaum Cina pula di letakkan di kawasan bandar dan juga di kawasan lombong
manakala kaum India pula diletakkan di kawasan ladang. Unjuran daripada proses tersebut
maka berlakulah ketidakseimbangan ekonomi antara kaum sehingga berlakunya peristiwa 13
Mei. Ekoran daripada peristiwa itu kerajaan telah memperkenal Dasar Ekonomi Baru. DEB
merupakan satu dasar untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Walau
bagaimanapun, dalam usaha kerajaan ingin memajukan rakyat, dasar ini dilihat lebih menjurus
ke arah sektor perindustrian apabila kita dapat melihat dengan sendiri beberapa strategi yang
telah digariskan dalam DEB.
Antara strateginya ialah membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian
di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya dapat membentuk dan memiliki 30%
ekonomi dalam tahun 1990 dan menubuhkan beberapa agensi seperti MARA, Bank
Pembangunan, Bank Bumiputera,Amanah Saham Nasional dan memberi peluang perpindahan
orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya kepada sektor yang lebih
lumayan. Di sini kita dapat lihat dengan jelas bahawa pengeluaran rendah daya bermaksud
6 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
bercucuk tanam secara kecil-kecilan manakala ke sektor yang lebih lumayan bermaksud sektor
perdagangan dan sektor perindustrian. Walaupun wujudnya FELDA, FELCRA dan sebagainya
untuk membantu sektor pertanian tetapi masyarakat lebih gemar menceburi bidang yang dapat
memberi pendapatan yang lebih lumayan. Disebabkan faktor ini jugalah yang menyebabkan
banyak tanah-tanah pertanian terbiar di kawasan-kawasan luar bandar.
2.5 Globalisasi
Globalisasi telah memaksa penglibatan teknologi dalam kehidupan seharian untuk
meningkatkan mutu kehidupan. Teknologi yang telah diperkenalkan juga merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan berlakunya masalah tanah pertanian terbiar. Teknologi yang canggih
juga menyebabkan masyarakat ingin hidup dalam keadaan yang senang dan serba mewah dan
bidang pertanian dilihat sebagai bidang yang tidak dapat memajukan diri mereka. Perubahan
yang berlaku dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya masyarakat disebabkan oleh
kemasukkan teknologi yang diperkenalkan oleh kapitalisme Barat telah menyebabkan wujudnya
masyarakat yang berilmu dan bermaklumat. Maka dengan itu, bidang pertanian telah diabaikan
oleh banyak pihak malah isu tanah pertanian yang terbiar juga sukar untuk diselesaikan
sekiranya tiada pihak yang ingin meningkatkan ekonomi negara melalui bidang pertanian dan
kembali mengusahakan tanah pertanian yang terbiar itu.
Kecanggihan teknologi maklumat memang tidak dapat disangkal lagi lebih-lebih lagi di
era serba canggih ini. Masyarakat juga boleh dikatakan lalai dengan kecanggihan teknologi ini
walaupun tidak dapat dinafikan bahawa teknologi ini memudahkan aktiviti harian. Dalam
konteks masyarakt di kampung , mereka juga merasai kecanggihan teknologi sama seperti
masyarakat di bandar contohnya penggunaan telefon bimbit, komputer, komputer riba dan
sebagainya. Kecanggihan teknologi ini telah memberi kesan yang mendalam kepada golongan
remaja yang berada di kampung. Hasil daripada maklumat yang terima menyebabkan remaja
dan kanak-kanak di kampung celik IT dan berilmu.
7 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Apabila golongan tersebut telah berilmu dan bermaklumat sudah semestinya mereka
tidak ingin mewarisi pekerjaan ibu bapa mereka. Kini di kawasan luar bandar sekali pun,boleh
dikatakan setiap rumah mempunyai komputer. Walaupun ibu bapa tidak celik IT,tetapi mereka
sedar akan kepentingannya. Disebabkan oleh adanya kesedaran tersebut, maka mereka
menggalakkan anak-anak mereka untuk menerokai ilmu IT. Tanpa mereka sedar bahawa
terlalu obses mengejar kecanggihan teknologi maklumat, bidang pertanian yang merupakan
hasil titik peluh ibu bapa mereka telah diabaikan. Sikap mereka yang mengejar kerja-kerja di
bandar menyebabkan tanah pertanian terbiar semakin berleluasa. Hal ini juga didorong oleh
usia ibu bapa atau golongan tua yang tidak lagi mampu untuk mengusahakan tanah tersebut
atau golongan seperti ini telah berpindah ke kawasan lain dan tinggal bersama anak-anak
mereka yang berada di bandar.
2.6 Faktor Pendidikan
Faktor pendidikan yang banyak melahirkan graduan dalam bidang tenaga kerja mahir
seperti sekolah teknik dan vokasional, politeknik, dan rata-rata universiti lebih-lebih lagi
universiti swasta hanya menawarkan kursus-kursus seperti kejuruteraan, bidang teknologi
maklumat, pengurusan dan sebagainya. Sistem pendidikan di negara ini juga lebih
mementingkan subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang sains manakala bidang pertanian
dipandang sepi. Contohnya kandungan subjek bagi pelajar darjah satu hingga darjah enam,
subjek-subjek wajib ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains sedangkan
subjek seperti Kajian Tempatan yang sedikit sebanyak mengisarkan tentang alam semulajadi
tidak dimasukkan dalam mata pelajaran wajib.
Masuk ke alam sekolah menengah, pendedahan tentang bidang pertanian amatlah
kurang. Penubuhan sekolah teknik dan vokasional sebagai contohnya, mereka lebih menitik
beratkan subjek yang boleh menyediakan para pelajar ke alam pekerjaan. Antara contoh
jurusan yang boleh diambil ialah jurusan kejuruteraan, jurusan teknologi maklumat, jurusan
ekonomi rumah tangga dan jurusan pembinaan. Walaupun jurusan pertanian juga
diperkenalkan tetapi kurang penyertaan daripada pelajar lelaki. Walaubagaimana pun secara
keseluruhannya penyertaan pelajar dalam jurusan pertanian adalah kurang.
8 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Dalam skop universiti swasta yang terkenal seperti Universiti Tenaga Nasional
(UNITEN) dan Universiti Multimedia (MMU) juga tidak menawarkan jurusan pertanian. UNITEN
hanya menawarkan bidang kejuruteraan dan jurusan akaun manakala MMU lebih kepada
jurusan teknologi maklumat dan bahagian pengurusan. Seperti yang kita sedia maklum
universiti dan kolej swasta kini tumbuh bagaikan cendawan begitu juga dengan kolej-kolej
kerujurawatan. Namun demikian, bidang-bidang tersebut tidak dapat membantu dalam bidang
pertanian.
Jadi dapat kita lihat bahawa kurangnya pendedahan awal dalam bidang pertanian ini
telah menyebabkan kurangnya minat masyarakat kini untuk menceburkan diri dalam bidang
pertanian. Pihak kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam
menyeimbangkan sektor perindustrian dan juga sektor pertanian kerana negara ini tidak hanya
bersandarkan sektor perindustrian semata-mata dan sistem pendidikan di negara kita juga perlu
menitik beratkan subjek-subjek yang berkaitan dengan bidang pertanian agar generasi akan
datang dapat memodenkan bidang pertanian ini sekali gus akan mengurangkan masalah tanah
pertanian yang terbiar.
2.7 Tanah Wakaf
Terdapat juga masalah yang wujud akibat daripada pemberian tanah wakaf. Masalah
timbul apabila wujudnya sikap pemilik tanah yang kurang berminat dalam menguruskan semua
hal berkaitan dengan tanah dan lebih memberikan perhatian pada aspek pengurusan yang lain.
(North: 1996) melihat institusi sebagai cara hidup individu atau masyarakat yang secara
kolektifnya stabil serta tersusun dan sebarang perubahan dalam institusi akan membawa
kepada perubahan dalam masyarakat. Pendapat beliau berkait rapat dengan keadaan pemilik
tanah yang dengan mudah mengubah kegiatan pertanian yang dijalankan dan beralih pula
kepada kegiatan lain yang sememangnya lebih menarik dan bertepatan dengan kehendak
modenisasi negara.
9 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Pemilik tanah yang dimaksudkan ini pada awalnya giat menjalankan kegiatan pertanian
namun setelah kegiatan pertanian dihentikan dan pemilik tanah telah meninggal dunia, tanah
yang terbiar itu pada kebiasaannya akan diwariskan oleh pemilik tanah kepada pewaris yang
sepatutnya ataupun bagi pemilik yang tidak mempunyai waris, tanah akan diwariskan kepada
ketua kampung untuk diusahakan. Walau bagaimanapun, tanah yang diwariskan itu tidak
mampu diuruskan oleh orang yang bertanggungjawab ataupun ketua kampung lalu mereka
membiarkan sahaja tanah tersebut tanpa menjalankan kegiatan pertanian dan juga tidak
meneruskan usaha dalam memanfaatkan tanah terbiar tersebut. Masalah ini akan berterusan
dalam meningkatkan lagi jumlah tanah pertanian terbiar di kawasan luar Bandar apabila hanya
diwakafkan tetapi tidak diusahakan pada kadar yang sepatutnya.
2.8 Warisan Pusaka
Masalah dalam tanah pertanian terbiar juga dapat dilihat menerusi aspek warisan
pusaka. Masalah ini wujud apabila terdapat tanah yang diusahakan untuk aktiviti pertanian telah
ditinggalkan begitu sahaja kerana tidak mempunyai waris. Hal ini menjadi lebih rumit setelah
pemilik asal tanah meninggal dunia dan tidak dapat mewariskan tanah pertanian tersebut
mungkin disebabkan tiada anak ataupun tiada waris yang terdekat. Selain itu, masalah tanah
pertanian dalam aspek warisan pusaka ini juga turut dilihat dalam kes lain seperti tanah
pertanian yang telah diusahakan dan mempunyai waris. Namun, setelah pemilik tanah
meninggal dunia dan mewariskan tanah kepada anak-anaknya, masalah lain pula yang timbul
apabila pewaris atau anak-anak pemilik tanah berhijrah ke Bandar.
Kesannya, tanah pertanian yang diwariskan tidak dapat diusahakan dengan sebaiknya
disebabkan anak-anak pewaris tidak mempunyai masa untuk memantau kegiatan pertanian
yang dijalankan. Dengan itu, kawasan tanah yang pada asalnya dimajukan dengan pertanian,
telah ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipantau ataupun diusahakan oleh sesiapa pun. Masalah
ini begitu mengecewakan kerana tanah yang mempunyai waris tidak dimanfaatkan dengan
sewajarnya dan secara tidak langsung telah merugikan hasil pertanian negara sekaligus tidak
dapat membantu dalam meningkatkan ekonomi negara amnya.
10 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Selain itu, masalah warisan pusaka ini juga turut melibatkan kes yang berkaitan dengan
ketiadaan nama pewaris ataupun pewaris tidak dapat dikenal pasti. Masalah ketiadaan nama
pewaris menjadikan pihak kerajaan tidak dapat mengesan dan menyerahkan hak milik tanah
kepada yang berhak. Terdapat juga hal yang melibatkan tanah yang diwariskan atas 1 nama
sahaja. Apabila waris utama telah tiada, maka waris seterusnya tidak akan mendapat hak
memiliki tanah dan sekaligus menjadikan tanah yang tiada waris terus terbiar dan mencacatkan
pandangan mata.
2.9 Skim Sewa Pajak Gadai
Seterusnya, masalah dalam tanah pertanian di kawasan luar Bandar juga turut
menyentuh aspek skim sewa pajak. Skim ini pada kebiasaannya melibatkan dua pihak yang
berkenaan dalam hal menguruskan tanah. (Ishak Shari: 1988) mendapati penumpuan dalam
pemilikan tanah pada tangan sebilangan kecil penduduk luar bandar telah meningkatkan
penyewaan tanah. Masalah yang wujud melalui skim sewa pajak adalah apabila dalam
sesebuah kes, pemilik tanah tidak mahu lagi mengusahakan tanahnya dan menyewakan tanah
miliknya kepada orang yang dikenali ataupun orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan
tanah ataupun kegiatan yang telah dijalankan pada tanah tersebut terutamanya tanah yang
melibatkan aktiviti pertanian.
Setelah tanah tersebut disewa dan diusahakan, masalah mula timbul apabila penyewa
tanah tidak dapat membuat pusingan modal kerana keuntungan yang diperoleh tidak mampu
menampung modal yang dikehendaki. Hal ini akan menjadikan pemilik tanah dan juga penyewa
tanah berasa putus asa lalu meninggalkan tanah pertanian tersebut tanpa cuba mengusahakan
kegiatan baru menggantikan pertanian. Permasalahan yang terus wujud ini sedikit sebanyak
telah meningkatkan lagi tanah pertanian terbiar di kawasan luar Bandar. Menurut kajian, dalam
tahun 1980-an sahaja, lebih 300 000 hektar tanah sama ada tanah sawah ataupun tanah darat
menjadi tanah terbiar dan tidak diusahakan. (Sharifah Salwa Syed Agil: 2002)
11 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
2.10 Hubungan Sosial yang Tidak Lancar
Terdapat juga tanggapan negatif pemilik tanah terhadap penyewa yang dirasakan tidak
memenuhi ciri-ciri yang layak untuk menyewa tanah. Tanggapan negatif yang dimaksudkan
adalah merangkumi perasaan curiga oleh pemilik tanah terhadap penyewa kerana pemilik
tanah meragui keupayaan pihak penyewa untuk menguruskan tanah berkenaan. Selain itu,
pemilik tanah juga menggangap jika semakin lama tanah mereka disewakan semakin
bertambah risiko serta ketidakpastian kepentingan pihak penyewa terhadap tanah yang
disewakan.
Keadaan ini mungkin akan menimbulkan penyalahgunaan hak pemilikan tanah yang
mampu memberi impak besar kepada pemilik tanah. Hal ini berlaku apabila wujudnya
perbezaan pandangan antara agen-agen yang terlibat dalam menguruskan urusan penyewaan
tanah. Oleh itu, tanah tersebut akan terus dibiarkan begitu sahaja tanpa disewa atau
diusahakan oleh sesiapa berikutan sikap dan juga tindakan pemilik tanah yang pada hakikatnya
tidak mahu melepaskan tanah milik mereka kepada orang lain untuk diusahakan.
Tambahan pula, dalam masalah ini melibatkan pemilik tanah yang telah lanjut usia.
Mereka akan memastikan tanah milik mereka tidak jatuh kepada pihak yang tidak
bertanggungjawab terutamanya dalam konsep penyewaan tanah. Keadaan ini akan merumitkn
lagi usaha pihak kerajaan dalam memainkan peranan mengurangkan tanah terbiar jika pemilik
tanah ini meninggal dunia dan tidak meninggalkan waris. Masalah hubungan sosio-ekonomi
yang dilihat tidak seimbang ini akan menjadikan pertambahan jumlah tanah terbiar di kawasan
luar bandar dan keadaan ini sudah tentu lebih memburukkan lagi keadaan.
2.11 Kebimbangan Terhadap Musuh Tanaman
Seterusnya, masalah para petani ataupun pengusaha tanaman yang sentiasa
mengganggu usaha gigih dan menjejaskan semangat para pengusaha tanah adalah
kebimbangan terhadap musuh tanaman. Terdapat musuh tanaman secara semulajadi dan juga
12 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
akibat daripada kurangnya penjagaan kebersihan di kawasan-kawasan pertanian. Kewujudan
musuh tanaman ini semakin membimbangkan apabila terdapat pengusaha tanah yang lain tidak
bekerjasama dalam menjaga kebersihan dan keselamatan tanaman mereka. Keadaan ini
sekaligus akan menjejaskan hasil pertanian pengusaha yang lain.
Para pengusaha tanah pertanian terpaksa berdepan dengan masalah penumpang
ataupun haiwan yang dianggap sebagai perosak tanaman apabila haiwan-haiwan ini
menyerang tanaman sekaligus menurunkan kualiti dan kuantiti hasil tanaman yang diperoleh.
Haiwan perosak seperti tikus, ular dan lipas tidak ketinggalan dalam menurunkan semangat
para pengusaha untuk terus bergiat aktif dalam kegiatan pertanian yang disarankan oleh pihak
kerajaan ini. Selain itu, masalah tanaman juga merangkumi bencana alam yang berlaku seperti
banjir dan juga kemarau. Masalah seperti ini sudah tentu menjadikan para pengusaha tanaman
tidak dapat menerima kenyataan apabila banjir dan juga kemarau datang melanda tambahan
lagi pada ketika berlakunya kejadian, tanaman mereka telah cukup tempoh untuk dituai. Hal ini
mendorong para pengusaha di tanah pertanian mula menarik diri daripada terus mengusahakan
tanaman dan mencuba kegiatan baru selain pertanian seperti pembinaan perindustrian yang
lain.
2.12 Tiada modal yang cukup
Dalam hal ini, terdapat segelintir pemilik tanah yang dilihat mempunyai semangat juang
yang tinggi dalam usaha untuk mengusahakan tanah tetapi masalah yang menjadi penghalang
para pemilik tanah ini adalah disebabkan oleh kekurangan modal. Walaupun pemilik tanah ini
mempunyai tanah sendiri ataupun tanah yang diwarisi sejak turun-temurun namun masalah
modal yang tidak cukup telah menjadikan para pemilik tanah hanya membiarkan sahaja tanah
mereka. Lebih rumit lagi apabila tanah yang pada asalnya telah diusahakan dengan corak
pertanian namun akibat kekurangan modal aktiviti pertanian tidak dapat diteruskan dan pemilik
tanah juga terpaksa meninggalkan tanah mereka dan tidak berusaha mencari alternatif lain
dalam meneruskan aktiviti pertanian tersebut.
13 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Keadaan ini juga tidak wajar menyalahkan seratus peratus oleh pemilik tanah kerana
sesetengah pemilik tanah tidak mempunyai sumber bantuan atau modal yang cukup ketika
mereka berdepan dengan masalah dalam mengusahakan tanah. Bantuan yang sewajarnya
diharapkan daripada pihak berkenaan namun kemudahan untuk pemilik tanah yang mahu
membuat pinjaman bagi mengusahakan tanah mereka kurang disediakan. Malah terdapat juga
pemilik tanah yang tidak mengetahui langsung pihak yang perlu dirujuk jika ingin membuat
pinjaman modal. Terdapat juga pemilik tanah yang kurang faham mengenai prosedur serta
peraturan untuk membuat pinjaman antara pihak yang berkenaan terutamanya melalui pihak
agensi yang terlibat (Bank Pertanian). Para pemilik tanah ini berasakan mereka seolah-olah
ditindas kerana kurang didedahkan dan tidak diberi penerangan dengan jelas tentang sumber
bantuan utama yang boleh dirujuk jika menghadapi masalah dalam melaksanakan kegiatan
pertanian.
Masalah kekurangan modal ini wajar dititikberatkan dalam masalah sosio-ekonomi yang
dilihat perlu disediakan bantuan modal yang cukup berdasarkan syarat-syarat tertentu bagi
memberi kemudahan sewajarnya kepada pemilik tanah. Jika masalah ini dapat diatasi secara
telus, sudah tentu para pemilik tanah dapat meneruskan aktiviti pertanian di tanah mereka
sekaligus membantu pihak kerajaan dalam mengurangkan jumlah tanah pertanian terbiar di
Malaysia.
3.0 STRATEGI DAN LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH TANAH PERTANIAN
TERBIAR DI KAWASAN LUAR BANDAR
3.1 FAMA (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan)
Pelbagai strategi telah digunakan dalam mengatasi masalah tanah terbiar yang berada
di kawasan luar bandar. Semua pihak dan agensi kerajaan mahupun swasta memainkan
peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Contohnya seperti Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing
14 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Authority). FAMA dikendalikan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Malaysia.
FAMA mula ditubuhkan pada 30 september 1965. Tujuan FAMA ini ditubuhkan
bertujuan untuk menyelia, menyelaras, mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran
pertanian Malaysia, termasuk pengimportan dan pengeksportan. FAMA juga mempunyai visi
dan misinya tersendiri. Visi FAMA ialah peneraju utama pemasaran makanan dan hasil
pertanian dan misi bagi FAMA pula ialah membangun rantaian pemasaran makanan dan hasil
pertanian yang cekap dan berkesan bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan.
Antara objektif FAMA yang pertama ialah merealisasikan wawasan negara dan Dasar
Pertanian Negara untuk menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama makanan dunia melalui
kecekapan dan keberkesanan produk pertanian dan makanan. Kedua ialah pembangunan
infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan yang cekap dan berkesan. Ketiga
pembangunan pemasaran dan peningkatan permintaan hasil pertanian dan makanan dalam
dan luar negara serta objektif yang terakhir ialah pemacuan keupayaan sumber manusia dalam
pemasaran pertanian berasaskan pengetahuan dan teknologi terkini.
Sepanjang penubuhan syarikat ini pelbagai strategi telah diatur. Antara strategi yang
telah diatur oleh FAMA sepanjang menjadi agensi pemasaran ialah yang pertama meluaskan
saiz pasaran dengan aktiviti-aktiviti seperti galakan pasaran di dalam dan luar negeri, aktiviti
urusniaga barangan segar dan barangan proses, penglibatan petani dalam pemasaran seperti
pasar tani dan memasar serta memproses produk-produk IKS (Industri Kecil Sederhana) petani
dengan jenama Agromas. Dalam strategi memperbaiki sistem dan amalan pemasaran, aktiviti-
aktiviti diatur seperti penggredan dan penentuan kualiti, penubuhan infrastruktur pasaran,
pengawalan pemasaran dan mengadakan aktiviti pengembangan pasaran. Dengan teknologi
penyebaran terkini, strategi FAMA untuk mempertingkatkan maklumat pasaran akan lebih
berkesan supaya maklumat bekalan, maklumat permintaan dan harga barangan pertanian
dapat digunakan oleh mereka yang ingin membuat keputusan dalam pengeluaran dan
pemasaran hasil pertanian.
15 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Pihak FAMA juga mempunyai fungsi-fungsi utama iaitu menyelaras aktiviti-aktiviti
pemasaran pertanian sama ada yang melibatkan pihak swasta atau jabatan / agensi kerajaan.
Memperbaiki sistem pemasaran dan memperluas serta memajukan pasaran baru bagi hasil-
hasil pertanian Malaysia. FAMA juga bekerjasama dengan pihak swasta dan jabatan /agensi
kerajaan bagi mewujudkan pemasaran pertanian yang cekap dan berkesan. Mereka juga
membangunkan dan memajukan pengurusan yang cekap dalam industri pertanian berkaitan
dengan aktiviti pemasaran atau pemprosesan hasil-hasil pertanian, dan melibatkan diri secara
langsung di dalam industri pertanian terutama di dalam aktiviti pemasaran atau pemprosesan
hasil-hasil pertanian. (http://www.famaxchange.org/web/guest/programmes_projects)
3.2 FELDA (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan)
Selain FAMA, terdapat juga syarikat lain yang boleh membantu dalam mengatasi
masalah tanah terbiar di kawasan luar bandar iaitu FELDA. FELDA atau Lembaga Kemajuan
Tanah Persekutuan telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah
(Land development Ordinance) 1956. Fungsi FELDA yang diperuntukkan di bawah akta
(Pindaan 1991) adalah seperti menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
Fungsi kedua ialah memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan
perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta
aktiviti sampingan yang lain.
FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang
dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. Ketiga ialah melaksanakan kegiatan yang dapat
membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana FELDA diberi kuasa
mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan
pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan dan fungsi yang terakhir ialah membantu,
membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan,
pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA. Kejayaan paling ketara yang boleh
dilihat ialah FELDA telah memajukan tanah seluas 161 000 hektar untuk tanaman kelapa sawit,
getah, koko serta kawasan perkampungan.
16 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Selain itu, FELDA juga berpegang kepada lima teras utama iaitu FELDA sebagai pelaku
global, warga peneroka menjadi golongan berpendapatan pertengahan, komuniti FELDA
menjadi komuniti contoh luar bandar, membangunkan potensi generasi baru dan yang terakhir
ialah membangunkan potensi generasi baru. Kerajaan juga telah berusaha untuk memperkukuh
institusi-institusi pembangunan luar bandar. Ini akan menjadi asas pembangunan pertanian luar
bandar.
Latihan khas atau latihan pembangunan psikologi seperti latihan kepimpinan dan
motivasi menghasilkan perubahan positif di kalangan petani dari segi sikap, nilai, tanggapan
dan semangat kekitaan dalam perancangan dan pelaksanaan pembangunan pertanian yang
akan dijalankan. Program yang menyeluruh juga telah disusun bagi generasi muda yang mana
mereka ini didedahkan kepada pengetahuan tentang perusahaan pertanian moden. Program
khas juga sedang dilaksanakan bagi golongan belia tani untuk memeupuk kesedaran serta
keyakinan dikalangan mereka bahawa perusahaan pertanian boleh mendatangkan pendapatan
yang lumayan sekiranya syarat-syarat yang tertentu diikuti dan pengurusan ladang yang
sempurna diamalkan. (http://www.felda.net.my/feldav2/bm/about/penubuhan)
Kerajaan juga telah mengambil beberapa pendekatan bagi menangani masalah ini
dengan memperkenalkan Dasar Pertanian Negara (DPN). Pendekatan atau strategi yang
dijalankan untuk mencapai matlamat DPN ialah pembukaan tanah baru, pembangunan institusi,
perkhidmatan sokongan dan pembangunan sosial dan institusi. Pembukaan tanah baru
bertujuan menyediakan peluang pekerjaan, membolehkan penubuhan unit kebun yang lebih
ekonomi, mewujudkan amalan pertanian yang lebih cekap dan mengimbangkan taburan
penduduk. Pembangunan institusi ialah rancangan untuk menambahkan daya pengeluaran
pertanian dengan memperbaiki kemudahan infrastruktur, program penanaman semula,
menyelesaikan masalah saiz tanah yang tidak ekonomik, tanaman yang kurang
menguntungkan dan tahap produktiviti yang rendah.
Program ini juga memberi perhatian kepada tanah-tanah terbiar, melaksanakan
pemulihan tanaman dengan menggunakan benih yang bermutu tinggi, memberikan kemudahan
kredit dan meningkatkan penggunaan teknologi moden. Di Malaysia boleh dikatakan
17 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
mempunyai masalah tanah pertanian terbiar yang serius. Justeru itu, masalah-masalah ini
perlulah diatasi dan ditangani oleh semua pihak agar masalah ini tidak menjadi semakin kronik.
Oleh itu, pelbagai pihak perlu mengambil inisiatif bagi memastikan tanah pertanian terbiar ini
dapat diusahakan dan dimajukan kembali.
3.3 Jabatan Pertanian
Jabatan Pertanian yang ditubuhkan pada 1905 misalnya, ditubuhkan pada awalnya
adalah berperanan untuk melaksanakan dasar-dasar pertanian yang digariskan kerajaan.
Diawal penubuhan Jabatan Pertanian ini adalah memberikan perkhidmatan dalam bidang
penyelidikan , teknikal, pengembangan, pemasaran, pembangunan pertubuhan peladang dan
lading-ladang serta estet. Jabatan Pertanian juga terlibat sepenuhnya dalam kerja-kerja
penyelidikan, khidmat pengembangan dan pasaran. Pada 1980 fungsi jabatan ini hanya
tertumpu pada pengeluaran bahan-bahan makanan dan perkhidmatan pengembangan kepada
petani-petani kecil. Pada 1984, perkhidmatan pengembangan ini diperkemaskan lagi dengan
penubuhan projek-projek berkelompok. Sehingga kini, Jabatan Pertanian berjaya menubuhkan
sebanyak 4309 projek berkelompok dan memajukan 203000 hektar kawasan sayur-sayuran,
buah-buahan, padi, kelapa serta tanaman singkat masa yang melibatkan 155,000 petani.
Antara negeri yang berjaya dan mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 ialah negeri Kedah
dan Perak. (Khairunnisa Sulaiman,17 Febuari 2006, Utusan Malaysia)
Selain itu, Jabatan Pertanian mengeluarkan benih padi yang diakui kualitinya dan
berupaya membekalkan 30 peratus benih padi sah iaitu kira-kira 24,000 metrik tan kepada
petani-petani padi di seluruh negara melalui lima loji pengeluarannya di Teluk Chengai,Kedah ;
Bumbung Lima, Pulau Pinang; Titi Gantung, Perak; Sungai Ujong, Selangor; dan Ajil,
Terengganu. Dengan bantuan benih padi kepada petani-petani kecil ini, ia dijangka akan
meminimumkan kemungkinan tanah pertanian itu menjadi tanah pertanian terbiar. Jabatan ini
juga, menumpukan kepada hasil pengeluaran hasil dan produk-produk pertanian yang
berkualiti, selamat dan mesra alam yang mengamalkan Amalan Pertanian Yang Baik (GAP)
dan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP) untuk berdaya saing di peringkat global. Sehingga
18 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
kini, sebanyak 715 permohonan telah diterima di bawah skim Amalan Ladang Baik Malaysia
(SALM) bagi penanaman buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selain itu, Jabatan pertanian berusaha membentuk petani-petani pelapis dengan
melaksanakan projek inkubutor selama enam bulan yang mana meraka dilatih dalam bidang
keusahawanan, pelan bisnes, rekod ladang, pemasaran serta mengamalkan GAP. Sehingga
kini, ramai yang telah dilantik di bawah program ini dan meraka di tempatkan di Projek-projek
TKPM ( Taman Kekal Pengeluaran Makanan). Di bawah projek TKPM, sebanyak 23 projek
dilaksanakan dengan keluasan 1849 hektar. Sebagai contohnya ladang TKPM di Bukit
Changgang, Dengkil, Selangor. Pelbagai tanaman ditanam di taman ini. Antaranya penanaman
tomato, cili, timun, dan buah rock melon. ( Khairunnisa Sulaiman, 5 April 2005, Utusan
Malaysia)
Selain itu, bagi memastikan tidak terdapat tanah pertanian terbiar, Jabatan Pertanian
telah mengatur beberapa strategi memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan
teknologi pertanian melalui pengembangan memandangkan ia merupakan ‘teras perniagaan’
jabatan. Pembangunan pertanian moden merupakan tanggungjawab kementerian dan Jabatan
Pertanian memainkan peranan penting dalam perolehan dan pemindahan teknologi kepada
petani-petani. Institusi penyelidikan bertanggungjawab menghasilkan teknologi baru yang dapat
mengeluarkan pelbagai varieti tanaman yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan tahan kepada
serangan penyakit dan perosak.
Selain itu, pihak jabatan juga akan mendapatkan teknologi-teknologi pertanian dari
negara-negara maju seperti Belanda, Australia, Thailand dan Jepun yang boleh digunakan di
negara ini. Pembangunan tanaman secara zon atau kluster yang membolehkan perancangan
pengeluaran lebih tersusun. Konsep berkenaan menggalakkan pelaburan sektor swasta,
misalnya sebagai syarikat sauh kepada petani-petani kecil. Zon kluster berkenaan akan
memberikan tumpuan kepada zon-zon khusus seperti mangga dan limau untuk kurangkan
defisit makanan negara.
19 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
3.3 FELCRA (Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan)
Selain FAMA , FELDA dan Jabatan Pertanian, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan
Tanah Persekutuan (FELCRA) turut berperanan dalam menangani masalah tanah pertanian
terbiar . FELCRA telah ditubuhkan pada tahun 1966. Matlamatnya ialah untuk membangunkan
sektor luar bandar dengan membantu penduduk-penduduknya menyertai aktiviti-aktiviti
ekonomi negara dan seterusnya meningkatkan taraf hidup dan nilai kehidupan mereka. Mulai 1
September 1997, FELCRA telah dikorporatkan dan namanye ditukar kepada FELCRA Berhad,
statusnya telah bertukar dari sebuah Badan Berkanun kepada sebuah Syarikat milik penuh
Kerajaan. (http://www.felcra.com.my/52 ). FELCRA menggalas tanggungjawab dan amanah
yang sangat penting dalam meningkatkan taraf hidup pesertanya menerusi pelbagai program
pembangunan tanah. Ia menjadi peranan penting apabila membabitkan penduduk di luar
bandar yang rata-ratanya merupakan orang Melayu dan bumiputera, sekali gus berusaha
merapatkan jurang ekonomi bukan sahaja penduduk di bandar tetapi juga di kalangan
masyarakat pelbagai kaum.
Bermula dengan kira-kira 400,000 hektar tanah terbiar yang diusahakan bersama
dengan RISDA sebagai estet kelapa sawit berkelompok ketika awal penubuhannya pada 1966,
FELCRA telah melalui revolusi yang pantas di sebalik peranan asas membangunkan tanah-
tanah terbiar di seluruh negara. Menyedari potensi pembangunan tanah ketika ini semakin
meluas tidak hanya kepada aktiviti perladangan semata-mata, FELCRA turut menggalakkan
penduduk serta anak syarikat terlibat secara langsung dalam aktiviti guna tanah berimpak
tinggi. Antaranya projek berpotensi besar seperti penternakan kambing dan lembu kerana
permintaan daging dan produk tenusu yang tinggi serta projek akuakultur seperti ternakan ikan
dan udang dalam kolam di muara sungai atau di paya. Aktiviti guna tanah yang menjadi fokus
terbaru FELCRA itu kini sedang giat diusahakan di beberapa kawasan termasuk di Tuaran dan
Selusuk, Sabah selain projek ikan hiasan di Terengganu, Johor dan Perak. (Mohd. Khuzairi
Ismail, 3 September 2008, Utusan Malaysia)
20 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
FELCRA Berhad telah membangunkan 1,593 projek milik penduduk luar bandar dengan
jumlah keluasan 226,162.49 hektar. Ini melibatkan tanaman seperti kelapa sawit (65%), getah
(32%) dan lain-lain (3%). Matlamat Program Pemulihan dan Penyatuan Tanah Terbiar adalah
untuk memulihkan tanah milik terbiar di luar bandar dan menguruskannya secara estet
komersial pada keluasan yang ekonomik. Ladang milik warga desa dibangunkan di bawah
program ini di mana lot-lot yang terbiar disatukan dan dipulihkan di bawah satu pengurusan
secara sistem saham. Saham peserta dinilai mengikut keluasan tanah milik peserta projek.
Dalam RMK-9, FELCRA Berhad telah diberi peruntukan untuk memulihkan tanah terbiar
sebanyak RM328 juta bagi sasaran kawasan luar bandar seluas 50,000 hektar untuk lima tahun
( 2006 - 2010 ) atau 10,000 hektar setahun. ( http://www.felcra.com.my/home )
Selain itu, sesebuah kawasan misalnya, ia turut membuka peluang perniagaan kepada
usahawan bumiputera untuk mengambil bahagian bersama-sama Koperasi Peserta Rancangan
FELCRA (KPR) dan Koperasi Peserta FELCRA Bhd. (KPFB) yang ditubuhkan. Kerajaan telah
meluluskan RM259 juta bagi menyelaras dan merancang pembangunan tanah-tanah wakaf
terbiar di seluruh negara. Peruntukan tersebut diberikan kepada Perbadanan Wakaf Nasional
bagi menjalankan pembangunan di atas tanah wakaf selain mengutip dana wakaf secara tunai.
Sebagai contohnya, terdapat kira – kira 2,700 hektar tanah wakaf am dan 3,500 hektar tanah
wakaf khusus di seluruh negara membabitkan nilai pasaran semasa RM1.9 bilion. Ia sekaligus
dapat memberi faedah dan manfaat kepada pewakaf dengan memastikan tanah – tanah terbiar
dibangunkan dengan cekap dan terancang. Bagi melaksanakan usaha itu, Perbadanan Wakaf
Nasional tidak akan mengambil alih pengurusan tanah-tanah wakaf di setiap negeri dan ia kekal
di bawah bidang kuasa majlis agama Islam negeri. Dengan ini, kerajaan hanya memantau
setiap projek yang dibangunkan ke atas tanah wakaf dan terpulang kepada majlis agama negeri
untuk memajukannya asalkan tidak tersasar dari matlamat asal.
3.4 MARDI ( Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia )
MARDI ditubuhkan pada 28 Oktober 1969. Ia beroperasi sepenuhnya pada 1971
dengan objektif utama untuk membangun, memindah dan mengkomersialkan teknologi baru,
wajar dan yang lebih baik dalam bidang pertanian. Wawasan MARDI adalah untuk menjadi
21 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
organisasi penyelidikan dan pembangunan (R&D) tersohor dalam industri makanan dan
pertanian tropika menjelang 2015. Usaha yang dilakukan oleh MARDI ini dilihat memberikan
kesan yang positif terutama dalam menangani masalah tanah pertanian terbiar. Semakin hari,
kita dapat melihat banyak tanah-tanah pertanian terbiar terutamanya di kawasan desa dan
kampung. Dengan ini, MARDI dengan kerjasama beberapa pihak telah menjalankan beberapa
inisiatif bagi menangani masalah ini supaya tidak menjadi semakin kritikal. (Melati Mohd Arif,
Utusan Malaysia)
Fokus MARDI untuk merealisasikan hasrat kerajaan menjadikan pertanian bidang
penting ekonomi negara dan menjana teknologi wajar untuk kegunaan pasaran. Ini
diperkuatkan lagi dalam RMK-9 kerana agenda utama negara adalah untuk menjadikan
pertanian sebagai salah satu penggerak pertumbuhan ekonomi. MARDI mahu menjadikan
R&D negara ini bertaraf dunia yang menerajui bidang sains dan teknologi untuk
mentransformasikan industri makanan dan pertanian. MARDI merupakan institusi yang
menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang makanan, pertanian, serta industri
asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun menghasilkan pelbagai jenis
dan klon tanaman baharu, baka ternakan baharu, serta kaedah pengurusan tanaman dan
ternakan dengan kos yang efektif.
Antara usaha yang dijalankan oleh MARDI adalah eksport betik Eksotika umpamanya
menyumbang RM40 juta setahun hasil eksport manakala nanas Josapine pula berjaya
menembusi pasaran Asia Barat, Kesatuan Eropah (EU) dan Hong Kong. Selain itu, MARDI juga
menghasilkan benih padi bermutu tinggi dan diagihkan kepada petani-petani negara ini. Hampir
90 peratus padi yang ditanam di Malaysia menggunakan jenis yang dihasilkan oleh MARDI.
Teknologi penyelidikan MARDI dipindahkan kepada golongan petani dan penternak melalui
agen pengembangan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Di bawah Unit
Pembangunan Perniagaan, MARDI berjaya melesenkan 14 bidang teknologi dan hasil pulangan
yang diterima melebihi RM3 juta sejak 2005. Contohnya dalam bidang ternakan, MARDI
berjaya memformulasikan makanan bagi pengeluaran telur yang tinggi kandungan Omega 3
sehingga ke peringkat komersial. Teknologi ini dilesenkan kepada sebuah syarikat di Melaka
yang berjaya membekalkan telur Omega 3 hingga memenuhi keperluan pasaran tempatan.
22 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
(http://www.biotechcorp.com.my/KenticoCMS/about-us/news-and-events/industry-news/default-
(33).aspx)
Dengan usaha pertanian berteknologi yang dilakukan oleh MARDI ini, ia dilihat mampu
menggunakan tanah pertanian terbiar sebagai satu alternatif untuk memperkembangkan lagi
inisiatif MARDI dan seturusnya dapat meningkatkan ekonomi negara secara amnya dan
penduduk secara khasnya.
4.0 CADANGAN BAGI MENGATASI MASALAH TANAH PERTANIAN TERBIAR DI
KAWASAN LUAR BANDAR
Industri berasaskan pertanian perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak kerana ia
akan memberi nafas baru kepada sektor pertanian tradisi. Aspek pemodenan sektor pertanian
dari segi pengeluaran mesti diselaraskan dengan keupayaan untuk memproses bahan-bahan
mentah tersebut. Tanah pertanian terbiar banyak terdapat di kawasan pedalaman. Pelbagai
usaha perlu dimulakan untuk memastikan tanah pertanian ini diusahakan semula untuk
dimanfaatkan. Tanah-tanah terbiar perlu diusahakan semula untuk meningkatkan prestasi
sektor pertanian. Tanah terbiar ini membawa kesan negatif kepada kegiatan dan pengeluaran
pertanian. Semakin meningkat tanah terbiar, semakin berkurangan saiz tanah yang diusahakan
dan semakin menyusut kegiatan dan pengeluaran pertanian.Terdapat beberapa cadangan
untuk memastikan tanah pertanian terbiar ini diusahakan semula.
Cadangan pertama dengan usaha ketua kampung untuk mendapatkan semula pemilik
asal tanah pertanian tersebut dan berusaha untuk mengusahakan tanah pertanian dengan
mendapatkan kerjasama daripada badan-badan berkanun seperti FELDA , FELCRA atau
Kementerian Pertanian Asas Tani. Walaupun begitu, Kementerian Pertanian perlu menilai
semula sesetengah jabatan ataupun agensi kerajaan yang ditugaskan untuk memperbaiki taraf
sosioekonomi dan meninggikan pendapatan petani yang dirasakan bertindih perkhidmatan
antara satu sama lain. Tanggungjawab paling utama Jabatan Pertanian ialah mencadangkan
23 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
benih dan segala bahan input yang diperlukan dan memberi khidmat nasihat kepada para
petani.
Pihak kerajaan juga perlu bekerjasama dengan pihak swasta bagi membantu menaik
taraf tanah pertanian yang tidak diusahakan bersama-sama dengan AJK setiap kampung. Hal
ini kerana masa depan sektor pertanian bergantung kepada bidang pertumbuhan baru (new
growth areas) yang mempunyai potensi untuk dimajukan. Beberapa bidang baru yang telah
dikenalpasti ialah pembangunan pusat makanan halal, ekuin dan haiwan eksotik, minimally
processed food dan produk-produk bioteknologi seperti kultur sel, pharmaceutical, nutraceutical,
produk-produk herba dan makanan ternakan atau bahan tambahan makanan ternakan. Inisiatif-
inisiatif baru perlu diambil olah Jabatan dan agensi di bawah Kementerian untuk bekerjasama
dengan pihak swasta bagi menerokai bidang-bidang ini.
Para petani juga perlu memperluaskan skop perusahaan di atas tanah yang terbiar itu.
Misalnya dengan menanam tanaman yang mengeluarkan hasil dalam jangka masa yang
singkat seperti sayur-sayuran, buah-buahan yang tidak bermusim dan sebagainya.
Pergantungan kepada penggunaan hasil pertanian secara segar atau mentah tidak sesuai
untuk menampung pengeluaran yang meningkat sekiranya ladang-ladang ini mula
mengeluarkan hasil. Amat wajar persiapan untuk menghadapi zaman pertanian secara besar-
besaran dimulakan sekarang khususnya pengeluaran buah-buahan, sayur-sayuran dan
tanaman makanan lain. Pejabat pertanian setiap daerah perlu mengenalpasti tanah pertanian
terbiar dan perlu berusaha dalam membangunkan semula tanah tersebut dengan izin tuan
tanah. Tuan tanah juga perlu diberi kaunseling dan nasihat mengenai perusahaan tanah
miliknya. Sistem pengurusan ladang boleh dipertingkatkan melalui latihan intensif kepada petani
dan pendedahan kepada teknologi baru. Ini memerlukan usaha-usaha pengembangan yang
pesat kerana pertanian adalah satu perusahaan yang boleh mendatangkan pendapatan
lumayan jika diusahakan secara cekap. Dalam hal ini kerajaan berperanan besar untuk
membekalkan pengetahuan, kemahiran, motivasi, dan perubahan sikap. Bagi tanah harta
pusaka yang pemiliknya dikongsi secara beramai-ramai, persetujuaan perlu diputuskan untuk
terus mengusahakan tanah tersebut untuk mengeluarkan hasil untuk kegunaan semua.
24 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Selain itu, pemilik tanah yang tinggal di bandar perlu mempunyai sikap
bertanggungjawab untuk terus mengusahakan tanah pertanian terbiar tersebut. Jika tidak
mampu untuk mengusahakannya perlulah menyerahkan kepada agensi yang
bertanggungjawab atau badan-badan kerajaan seperti jabatan pertanian daerah untuk
menguruskan tanah tersebut. Pemilik tanah juga boleh memohon pinjaman atau peruntukan
daripada agensi-agensi atau badan-badan kerajaan untuk memulakan semula projek pertanian
yang terbengkalai. Bagi pemilik tanah yang tinggal di bandar juga boleh meluaskan kempen
untuk mencari penyewa atau pemajak melalui iklan di surat khabar atau di internet.
Pihak Berkuasa Negeri juga perlu bertegas dalam mengambil perhatian dalam
mengurangkan keluasan tanah pertanian terbiar di kawasan luar bandar. Oleh itu, Pihak
Berkuasa Negeri perlulah menguatkuasakan sepenuhnya dan mengambil tindakan sewajarnya
berdasarkan peruntukkan dalam undang-undang di bawah seksyen 115,116,dan 117 Kanun
Tanah Negara 1965 yang jelas menyatakan bahawa tanah yang dibiarkan kosong bagi sesuatu
jangkamasa tertentu (2 tahun bagi tanah bangunan dan 3 tahun bagi tanah pertanian dan
industri) akan dikenakan tindakan seperti disita yang diperuntukkan di bawah Seksyen 129 (4)
(c), Kanun Tanah Negara 1965. Seksyen 129 (4)(c) ini telah memperuntukkan bahawa pihak
Pentadbir Tanah boleh mengambil hak sementara bagi tanah itu sebagaimana yang diarahkan
oleh Pihak Berkuasa Negeri atau dalam masa ketiadaan arahan itu, membuat suatu arahan
mengisytiharkan tanah itu dirampas oeleh Pihak Berkuasa Negeri.
Bidang pendidikan juga perlu memainkan peranan penting dengan menitikberatkan
sektor pertanian dalam setiap kursus yang ditawarkan kepada pelajar. Sudah tiba masanya
bidang pendidikan mengubah tanggapan daripada kursus teknikal dan pentadbiran kepada
sektor pertanian dengan menerapkan unsur-unsur usahawan kepada pelajar. Seperti kita sedia
maklum semakin ramai pelajar lepasan ijazah yang menganggur kerana terlalu memilih
pekerjaan. Jadi Kementerian Pengajian Tinggi perlu memfokus kepada bidang keusahawanan
sebagai mekanisme untuk melahirkan graduan yang berdikari dan mampu berdiri sendiri
dengan menceburkan diri dalam sektor pertanian. Pelajar-pelajar ini diharap dapat membawa
perubahan besar kepada bidang pertanian dengan mempraktikan dan mengaplikasikan segala
pengalaman dan ilmu yang dipelajari untuk melahirkan petani moden.
25 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
5.0 KESIMPULAN
Tanah merupakan aset terpenting bagi menjamin kelangsungan hidup masyarakat dan
meningkatkan produktiviti negara. Jesteru, untuk memajukan sektor pertanian negara sebagai
satu sektor yang moden, dinamik dan berdaya saing, isu-isu kritikal yang dihadapi oleh sektor
pertanian seperti isu tanah pertanian terbiar di kawasan luar bandar perlu ditangani. Hal ini
kerana isu tanah pertanian terbiar bukan merupakan isu baru, malah isu ini sering diperkatakan
oleh media dan ahli-ahli akademik. Seperti yang kita sedia maklum, punca tanah pertanian
terbiar adalah disebabkan oleh proses pembangunan yang hebat dijalankan di kawasan luar
bandar. Akibatnya banyak tanah yang berpotensi untuk dimajukan tidak dapat diusahakan
dengan sistematik disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang
semata-mata ingin mengaut keuntungan dan mengejar pembangunan.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan masalah tanah pertanian terbiar di
kawasan luar bandar. Antaranya faktor sikap individu itu sendiri, sikap pengusaha tanah,
keadaan tanah yang tidak ekonomik, faktor pendidikan, kapitalisme, globalisasi, tanah wakaf,
warisan pusaka, sewa pajak dan musuh tanaman. Masalah tanah pertanian terbiar di kawasan
luar bandar merupakan satu isu yang tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak. Hal ini
kerana pertanian merupakan sektor terpenting bagi Malaysia untuk menjana pendapatan
negara. Malaysia merupakan salah satu negara yang mengeksport hasil-hasil pertanian ke luar
negara. Maka masalah tanah pertanian terbiar ini perlu dikaji agar tanah tersebut boleh
mendatangkan pelbagai faedah kepada masyarakat setempat malah kepada negara jua.
Pelbagai strategi telah digunakan dalam mengatasi masalah tanah terbiar yang berada
di kawasan luar bandar. Semua pihak dan agensi kerajaan mahupun swasta memainkan
peranan yang penting dalam mengatasi masalah ini. Contohnya seperti Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan atau lebih dikenali sebagai FAMA (Federal Agricultural Marketing
Authority) yang dikendalikan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.
26 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Kerajaan juga telah mengambil beberapa pendekatan bagi menangani masalah ini dengan
memperkenalkan DPN untuk menjamin kadar pertumbuhan sektor pertanian yang seimbang
dan berterusan serta memaksimumkan pendapatan daripada pertanian melalui penggunaan
sumber negara yang cekap dan mempergiat semula kegiatan sektor pertanian. DPN telah
menubuhkan beberapa agensi dalam sektor pertanian ini untuk perancangan dibidang
pertanian seperti FELDA, FELCRA, Jabatan Pertanian Negara (JPN), MADA, KADA, FAMA,
RISDA dan MARDI.
Oleh itu, masalah tanah pertanian terbiar di kawasan luar bandar tidak wajar dipandang
ringan memandangkan ia aset terpenting negara disamping dapat menjana pendapatan dan
meningkatkan ekonomi negara. Sudah tiba masanya pihak kerajaan memikirkan jalan alternatif
dan mekanisme terbaik bagi menangani masalah ini agar penggunaan tanah dapat digunakan
dengan produktif. Apa yang penting, sikap sesetengah individu terhadap kepentingan tanah
harus diubah dan perlunya anjakan paradigma bagi menghadapi cabaran yang mendatang.
27 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
BIBLIOGRAFI
North, D.C .(1996). Institution, Institutional change and economic performance .
Cambridge: Cmbridge University Press.
Ishak Shari .(1988. Pembangunan dan kemunduran: Perubahan ekonomi luar Bandar di
Kelantan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sharifah Salwa Syed Agil. (25 Oktober 2002). Memajukan semula tanah terbiar. Berita Harian,
muka surat 10.
Kharunnisa Sulaiman.( 17 Februari 2006). Jabatan pertanian cetuskan era petani komersial.
Utusan Malaysia.
Khairunnisa Sulaiman. (5 April 2005). Satu abad Jabatan Pertanian. Utusan Malaysia.
Mohd. Khuzairi Ismail.(3 September 2008). Komitmen besar FELCRA. Utusan Malaysia.
Azima Abdul Manaf. (2007). Keupayaan pendekatan institusi dalam menghurai punca-punca
tanah pertanian terbiar di daerah Kuala Pilah Negeri Sembilan. Jurnal e-Bangi, muka surat 1-
25.
Melati Mohd Ariff (26 Januari 2010). MARDI membangunkan teknologi pertanian baru. Utusan
Malaysia.
28 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
Pengenalan FELCRA ( dicapai pada 15 Januari 2010 ) :
http://www.felcra.com.my/52
RM259j Selaras Tanah Wakaf Terbiar (dicapai pada 15 Januari 2010) :
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm&arc=hive
FAMA (dicapai pada 13 Januari 2010) :
http://www.famaxchange.org/web/guest/programmes_projects
FELDA (dicapai pada 13 Januari 2010) :
http://www.felda.net.my/feldav2/bm/about/penubuhan
Tanah Rizab Melayu (dicapai pada 10 Januari 2010) :
http://hasrolhaffiz.blogspot.com/2008/04/tanah-rizab-melayu.html)
Kecemerlangan Sektor Pertanian dan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN) 1998-20108-2010)
(dicapai pada 22 Januari 2010) :
http://www.hum.usm.my/geo/course/HGM340/dasardpn3.htm
Definisi Luar Bandar (dicapai pada 20 Januari 2010) :
(http://kklw.e-kerajaan.com/temp_statistik/13145_Definisi%20LB.pdf)
Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani Peranan MARDI (dicapai pada 25 Januari 2010) :
http://www.biotechcorp.com.my/KenticoCMS/about-us/news-and-events/industry-news/default-
(33).aspx
29 | P a g e
Pembangunan dan Masalah Tanah Pertanian Terbiar di Kawasan Luar Bandar
30 | P a g e
top related