ringkasan eksekutif projek e-glhabinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2528-e-gl.pdf · ringkasan...
Post on 27-Oct-2019
197 Views
Preview:
TRANSCRIPT
RINGKASAN EKSEKUTIF PROJEK E-GL
Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah bertajuk E-GL iaitu berkaitan dengan kelulusan dan
penghantaran surat jaminan secara online. Kumpulan KIK CRTW ini telah ditubuhkan bagi
menyelesaikan isu kelewatan proses kelulusan dan penghantaran surat jaminan rawatan
pemulihan kepada pembekal rehabilitasi iaitu mengambil masa selama 3 hari 35 minit. Kelewatan
ini boleh menjejaskan perkhidmatan pengurusan hilangupaya kepada Orang Berinsurans (OB)
yang dilaksanakan oleh Cawangan Return To Work. Matlamat perkhidmatan pengurusan
hilangupaya ini diwujudkan untuk memberi pemulihan secara efektif dan efisien kepada OB yang
mengalami kecederaan akibat kemalangan atau penyakit bagi tujuan kembali semula bekerja
dengan lebih cepat dan sihat. Projek Inovasi yang dihasilkan ini adalah di bawah skop Bidang
Projek : Penyampaian Perkhidmatan dalam Kategori Projek : Penciptaan.
Proses kelulusan dan penghantaran surat jaminan sebelum inovasi dilakukan menggunakan dua
(2) pendekatan iaitu secara manual dan sistem yang mempunyai sembilan (9) proses kerja.
Kebanyakan proses pengeluaran surat jaminan ini adalah dibuat secara manual berbanding
melalui sistem.
Selepas projek ini dilaksanakan, proses kelulusan pengeluaran surat jaminan telah diinovasikan
secara menyeluruh dengan menggunakan sistem secara online. Proses kerja telah berjaya
dikurangkan daripada sembilan (9) menjadi dua (2) langkah sahaja.
Keberhasilan projek daripada perlaksanaan sistem E-GL ini dapat dilihat dari segi penjimatan
masa daripada 3 hari 35 minit kepada 1 hari, permohonan dan kelulusan yang boleh dilakukan di
mana-mana sahaja, dapat meningkatkan peningkatan mutu perkhidmatan kepada OB serta
dapat mengurangkan kos penggunaan kertas dan pengurangan tenaga kerja.
Impak daripada projek ini adalah dapat memberi kepuasan kepada pelanggan, menjimatkan kos
kerana tidak perlu mencetak untuk mendapatkan kelulusan Pengurus Cawangan dan proses
pemulihan OB dapat dilakukan lebih awal serta membantu OB untuk kembali bekerja dengan
lebih cepat dan selamat.
Projek ini secara tidak langsung memberi nilai tambah dari segi pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar melalui pengawalan penebangan hutan serta perlepasan gas rumah hijau yang
boleh menyebabkan pemanasan global.
1.0 PENGLIBATAN PIHAK PENGURUSAN
1.1 LATAR BELAKANG KUMPULAN
1.1.1 PENGENALAN KUMPULAN KIK
NAMA KUMPULAN : CRTW
NAMA ORGANISASI : PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL
ALAMAT : TINGKAT 15, CAWANGAN RETURN TO
WORK, MENARA PERKESO,
281, JALAN AMPANG,
50538 KUALA LUMPUR.
NO TEL : 03 4264 5376
NO FAKS : 03 4257 4603
EMEL : rosmawati.mat@perkeso.gov.my
TARIKH PENUBUHAN : 3 JULAI 2017
FASILITATOR : ROSHAIMI MAT ROSELY
KETUA KUMPULAN : ROSMAWATI MAT
AHLI KUMPULAN : MOHD SHAKIR MOHD SAAD
WONG FONG WEI
AMIR EFFENDI MOHAMAD
PANNIRSELVAM RAJAMANIKAM
NORHASHIMAH MOHD NOOR
NOR’AIN MOHD SALLEH
FAIZLINDA MOHD YUSOF
MOHD SHOPIAN HARUN
SURIANA MD HAMIL
1.1.2 PROJEK DAN KATEGORI
BIDANG PROJEK : PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
KATEGORI PROJEK : PENCIPTAAN
1.1.3 NAMA DAN TAJUK PROJEK
NAMA PROJEK : E-GL
TAJUK PROJEK : KELULUSAN DAN PENGHANTARAN
SURAT JAMINAN SECARA ONLINE
TARIKH SIAP PROJEK : 13 OKTOBER 2017
1.2 SOKONGAN DAN KELULUSAN PIHAK PENGURUSAN TERTINGGI SETIAP
AGENSI TERLIBAT
2.0 SIGNIFIKASI PROJEK DAN PEMBUKTIAN
a. Program Return To Work (RTW) telah diperkenalkan oleh PERKESO pada 15 Januari
2007. Program ini merupakan program pemulihan fizikal yang disediakan kepada
Orang Berinsurans PERKESO yang mengalami hilang upaya akibat kecederaan atau
penyakit bagi mengembalikan fungsi anggota badan dan seharusnya kembali semula
ke alam pekerjaan lebih awal, sihat dan selamat. Program Return To Work
dilaksanakan menerusi pendekatan Pengurusan Hilangupaya yang sistematik di mana
setiap kes yang layak dan bermotivasi akan diuruskan oleh seorang Pengurus Kes
yang bertanggungjawab sebagai perantara antara OB, doktor yang merawat, majikan,
pusat rehabilitasi dan pihak-pihak lain yang terlibat bagi memastikan setiap masalah
dan halangan OB dapat diselesaikan dengan kadar segera melalui pendekatan yang
terbaik.
b. Program ini yang telah berusia selama 10 tahun ini dilaksanakan dengan kerjasama
semua pihak termasuk pekerja, keluarga, majikan, doktor yang merawat, pembekal
rehabilitasi, badan bukan kerajaan, pusat vokasional dan pihak-pihak lain dalam
membantu menjayakan Program Return To Work dengan lebih efektif. Sejak program
dilancarkan sehingga 30 September 2017, seramai 17,368 OB telah berjaya dipulihkan
dan kembali semula bekerja. Kejayaan yang memberangsangkan ini telah membawa
inisiatif kepada tertubuhnya Pusat Rehabilitasi PERKESO.
c. Usaha yang dilaksanakan ini adalah selari dengan matlamat Teras Ke 4: Pelan
Strategik PERKESO untuk Meningkatkan Kesejahteraan Sosial Pelanggan dalam
mencapai Ministerial Key Performance Indicator (MKPI) Kementerian Sumber Manusia
iaitu dari segi jumlah pekerja yang dipulihkan dan kembali semula bekerja. Ia juga
mendokong matlamat Rancangan Malaysia ke-11 dalam Mentransformasikan
Perkhidmatan Awam untuk Produktiviti seterusnya ke arah mencapai Wawasan 2020.
d. Projek E-GL ini dihasilkan untuk menyelesaikan isu kelewatan proses kelulusan dan
penghantaran surat jaminan rawatan pemulihan kepada pembekal rehabilitasi iaitu
mengambil masa selama 3 hari 35 minit. Perkara ini telah melambatkan sesi rawatan
pemulihan diberikan kepada OB yang mana boleh menjejaskan proses kembali semula
bekerja dengan cepat, sihat dan selamat.
e. Sesi soalselidik telah dijalankan ke atas pembekal rehabilitasi dan Pengurus Kes bagi
mengenalpasti kepuasan dan maklumbalas berkaitan proses pengeluaran dan
penghantaran surat jaminan. Sebanyak sebelas (11) soalan telah dikemukakan kepada
tiga puluh (30) buah pembekal rehabilitasi dan tiga puluh (30) orang Pengurus Kes
secara rawak. Hasil daripada soalselidik ke atas pembekal rehabilitasi menunjukkan
50% menyatakan lewat menerima surat jaminan. Manakala, maklumbalas daripada
Pengurus Kes pula menunjukkan sebanyak 96% lewat menerima surat jaminan.
f. Terdapat perbezaan yang ketara dalam penilaian yang diberikan oleh pembekal
rehabilitasi dan Pengurus Kes. Analisa yang dibuat mendapati bahawa senario ini
terjadi kerana pihak pembekal rehabilitasi tidak mengetahui tarikh sebenar surat
jaminan dipohon dan diluluskan.
g. Ia merupakan isu yang sangat membimbangkan kerana Pengurus Kes juga sering
menerima aduan daripada OB mengenai kelewatan memulakan rawatan pemulihan.
h. Selepas Sistem E-GL ini dilaksanakan, hasil soalselidik yang diperoleh menunjukkan
100% pembekal rehabilitasi dan Pengurus Kes bersetuju bahawa penggunaannya
adalah sangat efektif dan efisien.
i. Lanjutan daripada maklumbalas yang diterima, maka terhasillah proses takrifan dalam
mengkaji isu dan punca secara mendalam seterusnya mencadangkan kaedah
penambahbaikan yang bersesuaian.
Proses takrifan bagi isu ini adalah seperti berikut:
Keadaan Semasa Penemuan Masalah Penambahbaikan / Hasrat
Kelewatan
penerimaan surat
jaminan kepada OB
dan pembekal
rehabilitasi.
1. Proses Kerja yang panjang
melibatkan Pegawai Kerani
perlu;
• copy and paste maklumat
daripada sistem
• mencetak
• semak
• kelulusan dan tandatangan
• muatnaik dan kemaskini
• pos dan emel
Merekabentuk aplikasi dalam
Sistem Disability Management
melibatkan penghantaran surat
jaminan secara automated
kepada pembekal rehabilitasi, OB
dan Pengurus Kes.
2. Penghantaran melibatkan;
• alamat bertukar
• alamat tidak lengkap / salah
• tempoh masa pengeposan –
cuti perayaan / mingguan /
jarak
3. Penerimaan
• Surat rosak
• Hilang
• Tiada makluman penerimaan
kepada Pengurus Kes
3.0 TINDAKAN PEMBUKTIAN & PENYELESAIAN
3.1 Cadangan Penyelesaian & Strategi Perlaksanaan
What
Merekabentuk aplikasi dalam Sistem Disability Management melibatkan
penghantaran surat jaminan secara automated kepada pembekal rehabilitasi, OB
dan Pengurus Kes.
Who
Pengurus Kes dan Bahagian ICT, PERKESO yang menyumbang idea serta
membangunkan sistem
When
Penghasilan sistem bermula pada November 2015 sehingga Disember 2015 dan
perlaksanaannya bermula pada 1 Januari 2016
Where Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
Why
Sistem E-GL ini dapat mempercepatkan proses kelulusan dan penghantaran surat
jaminan kepada pihak pembekal rehabilitasi serta OB. Selain itu, ia boleh disimpan
untuk tujuan semakan.
How Penghasilan satu sistem yang baru – Sistem E-GL
Bagi mengukuhkan lagi kaedah penyelesaian tersebut, kumpulan KIK CRTW turut menggunakan
Kaedah New Blue Ocean Strategy (NBOS) yang bersesuaian dengan canvassing strategy yang
dianalisa sebelum mencapai matlamat :
• 100% permohonan dan kelulusan surat jaminan adalah melalui proses online
• Penjimatan masa daripada 3 hari 35 minit kepada 1 hari diperuntukkan untuk kelulusan dan
penghantaran satu surat jaminan
• Pengurangan proses kerja daripada 9 ke 2 langkah sahaja
• Permohonan dan kelulusan ini boleh diadakan dimana-mana sahaja
• Peningkatan mutu perkhidmatan kepada OB
• Dapat mengurangkan penggunaan kertas dan pengurangan tenaga kerja
3.2 Pelan Tindakan Penyelesaian
Kumpulan KIK CRTW telah mengambil inisiatif membangunkan Sistem E-GL bagi
meningkatkan kualiti pengurusan perkhidmatan PERKESO secara menyeluruh selari
dengan fungsi dan tanggungjawab dalam membantu OB kembali bekerja
E-GL
REDUCE
RAISE
CREATE
ELIMINATE
Pengurangan proses kerja
Penghapusan
proses percetakan dan
penggunaan kertas
Penjimatan kos
Peningkatan mutu
perkhidmatan
Meningkatkan imej
penyampaian
Menghasilkan 100% permohonan online
Permohonan boleh dibuat di mana-mana
Penjimatan masa
3.3 Pelan Perlaksanaan Pembangunan Sistem E-GL
Bil. Perkara
1 Deraf bentuk dan butiran menu pada sistem
2 Perbincangan bersama Bahagian ICT, PERKESO
3 Uji Cuba 1
4 Perbincangan bersama pihak ICT selepas Uji Cuba 1
5 Uji Cuba 2
6 Pembentangan kepada pengurusan jabatan
7 Tindakan penyeragaman
3.4 Tindakan Uji Cuba
Bil. Perkara Tarikh Sasaran Keputusan Uji Cuba
1 Uji Cuba
1
Dis
2105
Penggun
a Sistem
Kekurangan maklumat bagi pelulus untuk membuat
keputusan
2 Uji Cuba
2
Jan
2016
Penggun
a Sistem
Maklumat sokongan untuk membuat permohonan
telah ditambah dengan memberikan justifikasi yang
bersesuaian
3.5 Penghasilan Output: Sistem E-GL
3.5.1 Perbezaan Sistem E-GL
• Sistem Websys (sebelum perlaksanaan Projek KIK)
• Ia melibatkan permohonan secara online dan proses kerja secara manual
• Sistem E-GL (selepas perlaksanaan Projek KIK)
Permohonan surat jaminan
(online)
Pelulus meluluskan
permohonan (online)
Route ke Pegawai Kerani
(online)
Pegawai Kerani semak dan
sediakan surat jaminan (manual)
Cetak surat jaminan (manual)
Tandatangan Pelulus (manual)
Imbas dan muatnaik surat
jaminan (manual)
Emel dan pos surat jaminan
kepada pembekal (manual)
Surat jaminan sampai ke pembekal (manual)
Permohonan surat jaminan (online)Pelulus meluluskan permohonan dan surat jaminan diemel terus kepada pembekal rehabilitasi (online)
4. KEBERHASILAN PROJEK
4.1 KESAN JANGKA PENDEK (KIRAAN UNTUK
SATU KES)
Bil. Aktiviti Sebelum Proses Kerja
Masa Penghantaran
(Minit)
Kos Percetakan &
Pengeposan
(RM)
Kos Tenaga Kerja
sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas
1 Permohonan surat jaminan / / 5 2 - - - -
2 Pelulus meluluskan permohonan / / 1 3 - - - -
3 Route ke Pegawai Kerani / - 1 - - - - -
4 Pegawai Kerani semak dan
sediakan surat jaminan / - 5 - - - 5 -
5 Cetak surat jaminan / - 5 - 0.5 - 5 -
6 Tandatangan Pelulus / - 5 - - - - -
7 Imbas dan muatnaiksurat jaminan / - 5 - - - 5 -
8 Emel dan pos surat jaminan kepada
pembekal rehabilitasi / - 10 - 7.31 - 10 -
9 Surat jaminan sampai ke pembekal
rehabilitasi / - 4320 - - - - -
4.2 KESAN JANGKA PANJANG
Kesan jangka panjang hasil daripada sistem E-GL yang dilaksanakan ini telah memberi
beberapa impak positif yang merangkumi impak kepada kos, jabatan dan pemegag taruh
(stakeholder) serta nilai tambah.
a. Impak kepada kos
Sistem E-GL ini dapat menjimatkan kos tenaga kerja di samping dapat mengurangkan
kos penggunaan kertas. Sistem ini juga dapat mengurangkan kos penghantaran surat
jaminan kepada pembekal rehabilitasi dan OB. Selain itu, kerani yang sedia ada boleh
menumpukan kepada tugas-tugas lain atau digunakan di cawangan lain yang
memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai.
ELEMEN SEBELUM PENGGUNAAN APLIKASI SELEPAS
PENGGUNAAN
APLIKASI
a. Kos Pentadbiran
Tenaga kerja Tenaga kerja
(RM 67.83 x 22 hari) x 12 bulan
= RM 17907.12
Tenaga kerja tidak
diperlukan
Jumlah Penjimatan RM17907.12
b. Kos Pencetakan
1 unit toner bagi Pencetak RICOH Model SP 5310 DN = RM 1045 (bersamaan 25,000 helai cetakan)
1 rim A4 (double A) = RM 12.40 (500 keping)
1) Toner RM 0.0418 = sehelai kertas
RM 0.0418 x 5 helai kertas = RM 0.209
Pencetakan dan
penggunaan kertas
tidak digunakan lagi
2) Kertas 1 surat jaminan = 5 helai kertas
1 kertas = RM 0.0248
RM 0.0248 x 5 helai = RM 0.124 (kos
untuk sehari)
Pengiraan pengeluaran surat
jaminan sehari
Surat jaminan bagi tahun 2016
= 1955
I bulan = 1955/12
= 162
1 hari = 162/22
= 8 GL
Pengeluaran surat jaminan sehari
= 8 set surat jaminan x 5 helai.
Toner + Kertas
RM 0.21 + RM 0.12 = RM 0.333
(kos bagi satu surat jaminan)
1 hari = 8 set surat jaminan
= RM 2.664
1 bulan = RM 2.664 x 22 hari bekerja =
RM 58.608
1 tahun = RM 58.608 x 12 bulan
= RM 703.296
Jumlah Penjimatan RM 703.296
Jumlah Penjimatan (a + b) Keseluruhan Setahun RM 18,610.42
b. Impak Kepada Jabatan
Sistem E-GL ini secara tidak langsung dapat mengelakkan aduan daripada OB atas
kelewatan memulakan sesi rawatan pemulihan. Imej penyampaian perkhidmatan
PERKESO juga dapat dipertingkatkan sejajar dengan tagline PERKESO Prihatin iaitu
“Melangkaui Ekspektasi Pelanggan”.
c. Impak Kepada Pemegang Taruh (Stakeholder)
i. Pembekal Rehabilitasi
Surat jaminan yang telah diluluskan menerusi Sistem E-GL ini dapat segera dihantar
kepada pihak pembekal rehabilitasi sekaligus dapat menyegerakan proses
pemulihan OB. Keadaan ini dapat mengukuhkan lagi kerjasama antara PERKESO
dan pihak pembekal rehabiitasi dalam usaha memberikan perkhidmatan yang
berkualiti dan cekap kepada OB. Selain itu, pihak pembekal rehabilitasi juga dapat
merangka dan mengatur perancangan pemulihan yang bersesuaian dan
dikoordinasikan bersama Pengurus Kes.
ii. Orang Berinsurans (OB)
Hasil daripada perlaksanaan Sistem E-GL ini, pihak pembekal rehabilitasi dapat
segera menghubungi OB bagi menjalani sesi rawatan pemulihan seterusnya
mempercepatkan proses pemulihan OB. Kesannya, OB dapat kembali bekerja lebih
awal dalam keadaan selamat dan sihat.
iii. Majikan
Kebaikan kepada majikan pula, sistem E-GL ini dapat mengembalikan OB bekerja
lebih awal dan cepat seterusnya dapat meningkatkan produktiviti syarikat. Keadaan
ini secara tidak langsung dapat memberi kepuasan kepada majikan terhadap
perkhidmatan PERKESO di mana majikan tidak perlu menggajikan pekerja baru
bagi menggantikan tempat OB.
iv. Kementerian Sumber Manusia
Sejak tahun 2010, jumlah OB kembali bekerja merupakan salah satu daripada
pengukuran KPI Menteri kepada PERKESO. Bagi tahun 2017, jumlah yang
ditetapkan adalah seramai 2500 peserta Program Return To Work perlu kembali
bekerja. Oleh yang demikian, sistem ini dapat mempercepatkan proses OB
menjalani sesi rawatan pemulihan dan sekaligus dapat mengembalikan OB ke alam
pekerjaan dengan lebih awal serta dapat merealisasikan hasrat Kementerian
Sumber Manusia dengan mencapai KPI tersebut.
d. NILAI TAMBAH
i. OB yang berjaya kembali bekerja dengan cepat hasil daripada menjalani rawatan
pemulihan segera secara tidak langsung dapat meningkatkan statistik OB yang
kembali bekerja dari tahun ke tahun. Keadaan ini secara tidak langsung membawa
kepada pencapaian KPI yang ditetapkan oleh Kementerian Sumber Manusia
kepada PERKESO.
ii. Selain itu, OB yang berjaya kembali bekerja ini dapat diintegrasikan semula kepada
komuniti seterusnya dapat meningkatkan produktiviti kepada diri, keluarga,
masyarakat dan negara. Secara umumnya, usaha yang dilaksanakan ini selari
dengan Pelan Strategik PERKESO: Teras Ke 4 iaitu Meningkatkan Kesejahteraan
Sosial Pelanggan dan juga Wawasan 2020 Teras ke 2.
iii. Penghasilan sistem E-GL ini boleh memberi nilai tambah kepada pengurangan kos
pengoperasian melalui langkah penjimatan penggunaan kertas dan percetakan.
Justeru, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dapat dikekalkan melalui
pengawalan penebangan pokok dalam penghasilan kertas sebagai salah satu
kesan jangka panjang kepada negara. Penebangan pokok yang berleluasa boleh
menyumbang kepada 12 – 20% daripada pelepasan gas rumah hijau yang
mengakibatkan perubahan iklim negara. Selain itu, sebanyak 70% spesis haiwan
serangga dan tumbuhan hidup tidak dapat meneruskan kehidupan akibat daripada
penebangan hutan yang berleluasa.
iv. Sistem ini juga dapat menghapuskan kos sewaan setor fizikal kepada setor maya
dalam penyimpanan dokumen sulit. Sebagaimana sedia maklum, dokumen sulit
perlu disimpan selama 7 tahun sebelum ianya boleh dilupuskan yang mana akan
mengakibatkan penambahan kos sewaan dan penambahan ruang simpanan
berbanding setor maya yang tidak memerlukan ruang penyimpanan dokumen.
Sebagai contoh, kos sewaan setor sekarang ini di Putra Pack adalah sebanyak RM
50,000 sebulan.
v. Selain itu, sistem E-GL ini mampu menjimatkan kos pelupusan dokumen sulit.
Terdapat kajian menyatakan kertas mencatatkan pengeluaran sisa terbanyak iaitu
sebanyak 17% bersamaan RM 205 juta. Manakala, kos pengurusan yang
ditanggung oleh kerajaan pusat adalah hampir RM 2 billion setahun. Tapak
pelupusan terbuka pula akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan
pembebasan gas metana yang menyebabkan pemanasan global, selain
menurunkan nilai hartanah di sekitarnya. Sidang kemuncak perubahan iklim
Copenhagen, Denmark 2009 telah mensasarkan pengurangan intensiti perlepasan
gas rumah kaca atau Greenhouse Gas daripada KDNK sehingga 40% menjelang
tahun 2020. Sehingga 2013, Malaysia telah berjaya mengurangkan sebanyak 33%
intensiti perlepasan gas metana daripada KDNK hasil daripada perlaksanaan
langkah-langkah mitigasi.
5. POTENSI PENGEMBANGAN INOVASI
Sistem E-GL ini berpotensi untuk digunakan bagi permohonan dan kelulusan seperti
berikut:
a. Kelulusan OB mendapatkan rawatan dialysis di mana permohonan boleh dikemukakan
oleh Pejabat PERKESO secara online kepada Ibu Pejabat bagi tujuan kelulusan.
Setelah mendapat kelulusan, surat rawatan atau surat jaminan akan secara automatik
dihantar terus kepada OB dan Pusat Dialisis di seluruh negara seterusnya OB dapat
menerima rawatan dengan kadar yang cepat dan segera.
b. Kelulusan surat jaminan bagi anggota PERKESO mendapatkan rawatan di hospital
panel di seluruh negara juga boleh mengaplikasikan sistem ini. Melalui penggunaan
sistem ini, anggota yang ingin membuat permohonan surat jaminan hanya perlu
mengemukan permohonan secara online untuk kelulusan Ibu Pejabat. Surat jaminan
yang telah diluluskan akan terus dihantar kepada pihak hospital panel seterusnya
mempercepatkan anggota mendapatkan rawatan.
LAMPIRAN
SISTEM E-GL
KEPUTUSAN SOALSELIDIK KELULUSAN DAN PENGHANTARAN E-GL
1) Adakah anda berasa berpuas hati dengan kualiti penerimaan surat jaminan daripada
pihak PERKESO?
Pembekal Rehabilitasi Ya (15) Tidak (15)
Pengurus Kes Ya (3) Tidak (27)
2) Adakah anda menghadapi masalah dalam penerimaan surat jaminan daripada pihak
PERKESO?
Pembekal Rehabilitasi Ya (16) Tidak (14)
Pengurus Kes Ya (29) Tidak (1)
3) Jika Ya, nyatakan masalah tersebut
Surat jaminan lambat / tidak sampai
4) Pernahkah anda menerima surat jaminan atas nama Pusat Rehabilitasi lain?
Pembekal Rehabilitasi Ya (18) Tidak (12)
Pengurus Kes Ya (20) Tidak (10)
5) Adakah kaedah penghantaran surat jaminan melalui pos dirasakan sesuai pada masa
kini?
Pembekal Rehabilitasi Ya (3) Tidak (27)
Pengurus Kes Ya (2) Tidak (2)
6) Adakah anda menerima surat jaminan dalam tempoh masa yang singkat?
Pembekal Rehabilitasi Ya (10) Tidak (20)
Pengurus Kes Ya (4) Tidak (26)
7) Berapakah kekerapan surat jaminan yang lewat diterima?
Pembekal Rehabilitasi Selalu (5), Jarang (13), Kadang-Kadang (8), Tidak Pernah (4)
Pengurus Kes Selalu (14), Jarang (8), Kadang-Kadang (7), Tidak Pernah (1)
8) Pernahkah anda menerima aduan daripada OB mengenai kelewatan memulakan semula
rawatan pemulihan akibat penerimaan surat jaminan yang lewat?
Pembekal Rehabilitasi Ya (3) Tidak (27)
Pengurus Kes Ya (28) Tidak (2)
9) Berapakah purata hari surat jaminan diterima?
Pembekal Rehabilitasi < 3 hari (10), >3 hari (15) Tidak terima langsung (5)
Pengurus Kes < 3 hari (7), >3 hari (21) Tidak terima langsung (2)
10) Sila berikan komen bagaimana untuk meningkatkan kualiti penghantaran surat jaminan
kepada pihak anda?
Penghantaran secara online
Selepas Sistem diaplikasikan:
1) Adakah sistem E-GL ini memberi faedah kepada pusat rehabilitasi anda?
Pembekal Rehabilitasi Ya (30) Tidak (0)
Pengurus Kes Ya (30) Tidak (0)
2) Berapa lamakah tempoh yang diambil untuk hubungi OB selepas surat jaminan diterima
menerusi sistem E-GL ini?
Pembekal Rehabilitasi < 3 hari (25), >3 hari (5)
Pengurus Kes < 3 hari (26), >3 hari (1)
top related