rph bmalaysia tahun 3 kssr sjk 2012
Post on 06-Dec-2014
147 Views
Preview:
TRANSCRIPT
CONTOH FORMAT PENULISAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYU SEKOLAH RENDAH 2013
RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BAHASA MALAYU (SK/SJKC & SJKT)
Mata pelajaran Bahasa Melayu
Tarikh 11 September 2012
Tahun 3 Cemerlang
Bilangan murid 30 orang
Masa 8.30 – 9.30 pagi
Tema Keluarga
Tajuk Berkelah di Pantai
Standard Kandungan3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul
Standard Pembelajaran 3.3.4 Membina dan menulis pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan grafik dalam satu perenggan dengan betul.
Objektif Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat;i. membina tiga hingga empat ayat penyata berdasarkan gambar tunggalii.menulis tiga hingga empat ayat penyata dalam satu perenggan dengan betul berdasarkan gambar tunggal .
Pengisian Kurikulum Ilmu : Kajian TempatanNilai : Kasih Sayang, Menghargai Alam SekitarPeraturan Sosiobudaya : Laras bahasaEMK : Kreativiti dan inovasi – penjanaan idea : Keusahawanan – sedar tentang nilai penjagaan alam sekitar kepada industri pelancongan : TMK – belajar melalui TMK
Strategi Pengajaran Pembelajaran KonstruktivismeKemahiran BerfikirKemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran InterpersonalKemahiran Intrapersonal
Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah berkelah bersama-sama keluarga di tepi pantai.
Sistem Bahasa Sintaksis : Ayat PenyataBahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)
i. Gambar Tunggal Berkelah di Tepi Pantaiii. Komputeriii. Lagu ”Tanjung Puteri”iv.Slide ’PowerPoint’
Langkah/ Masa
Kandungan/Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan
Induksi Set(5 minit)
i. Lagu Tanjung Puteri
ii, Soalan;- Di manakah letaknya
Tanjung Puteri?- Mengapakah Tanjung
Puteri dikunjungi orang?iii. Tajuk pelajaran: Berkelah di Pantai
1. Murid diperdengarkan lagu Tanjung Puteri.
2. Lirik lagu dipaparkan dalam bentuk powerpoint.
3. Guru dan murid bersoal jawab tentang maksud lirik lagu tersebut.
4. Guru mengaitkan perbincangan dengan tajuk.
Video & seni kata lagu
Power point
Perbincangan. Soal jawab dan sumbang saran
Langkah 1(10 minit)
i. Berkelah di Tepi Pantai ii. Ayat Penyata
1. Murid meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru.
2. Guru menerangkan tentang gambar tersebut.
3. Murid membina ayat penyata berdasarkan gambar tersebut secara lisan.
4. Guru membimbing murid semasa membina ayat tersebut.
BSPP:Gambar perkelahan di tepi pantai.
Pendekatan Induktif dan deduktif
Kemahiran InterpersonalKemahiran Intrapersonal
Pembelajaran Konstruktivisme
Langkah 2(15 minit)
i. Contoh Ayat Penyata :1. Keluarga saya sedang
berkelah.2. Mereka berkelah di tepi
pantai.3. Mereka berkelah di pantai
Port Dickson.4. Pemandangan di tepi pantai
Port Dickson sangat cantik.
ii. Struktur Ayat Penyata:
- Subjek + 1Predikat ( FN+FN/ FN+FK/ FN+FA/ FN+FS)
1. Murid menulis ayat yang dibina berdasarkan gambar tersebut.
2. Guru menunjukkan contoh ayat yang betul strukturnya dan meminta muridmembandingkan dengan ayat yang mereka tulis.
3. Guru menerangkan struktur ayat penyata berdasarkan ayat tersebut.
KB – Banding BezaKP – verbal linguistik
Tatabahasa: Ayat Penyata
Pembelajaran kontektual
Langkah 3(15 minit)
i. Pentaksiran (Ayat Penyata)
Contoh ayat :1. Adik duduk di tepi pantai.2. Saya dan keluarga menaiki
perahu.3. Ayah, ibu dan adik bermain
pasir di tepi pantai.4. Kereta ayah terbabas di tepi
pantai.
1. Murid membina ayat penyata berdasarkan gambar (slide) powerpoint yang disediakan di komputer.
2. Guru dan murid menerapkan nilai-nilai murni.
3. Murid menyalin ayat yang dibina dalam buku tulis.
BSPP:Gambar slide ppt. tepi pantai.ENT : TMKEK : Sedar tentang peluang perniagaan.
Nilai: kebersihan, tanggungjawab dan amanah.
Langkah 4(10 minit)
Pengayaan;
i. Ayat penyata
1. Murid menyambung ayat yang dibina dalam langkah 3 supaya menjadi satu perenggan pendek.
Ggambar (slide) powerpointPerbincangan
Kemahiran berfikr
Pemulihan
i. Ayat Penyata
1. Murid menyusun perkataan yang diberi supaya menjadi ayat penyata.
Kemahiran Interpersonal
Kemahiran Intrapersonal
Penutup(5minit)
i. Penutup Kognitif :
-Murid menceritakan pengalaman berkelah di tepi pantai bersama-sama keluarga.
-Kepentingan dan keindahan alam sekitar perlu dipelihara demi meneruskan kehidupan pada masa hadapan.
ii. Penutup Sosial ;
-Guru dan murid menyanyi lagu Tanjung Puteri.
-Latihan kerja rumah membina ayat menjadi satu cerita pendek.
1.Guru bersoal jawab dengan murid dan merumuskan isi pelajaran.
Soal jawabPenjanaan ideaKecerdasan pelbagai.
Disediakan oleh:
En. Mat Nasir bin Che AliPensyarah JPM,IPG Kampus PerlisTel: 012 4275569.
LIRIK LAGU TANJUNG PUTERI
Tajuk Johor Tanjung PuteriSelat Tebrau airnya biru
Di Pantai Lido tepian mandiSepanjang masa di hari minggu
Atas bukit Tanjung PuteriTaman hiburan indah berseriPemandangan menawan hati
Jalan tambak hubungan negeri
( korus )Tanjung Sekijang nun di kuala
Tempat nelayan mengail gelamaIstana Hinggap di Kuala DangaPantai berkelah keluarga diRaja
Dari Tebrau orang berakitSinggah Stulang membeli kopi
Pusara Si Bongkok di lereng bukitDi tepi pantai Tanjung Puteri
SLIDE POWERPOINT
Slide 1
Slide 2
Slide 3
Slide 4
top related