rph kssr thn 2
Post on 28-Sep-2015
313 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Rancangan Pelajaran Harian
Mata PelajaranBahasa Malaysia
Kelas2 Jujur
Tema/TajukPerpaduanRumah Terbuka
Masa7.45 8.45 pagi
Standard Pembelajaran5.1.2/
Objektif PembelajaranPada akhir pelajaran, murid dapat:
1. Memahami kata nama khas hidup manusia dengan betul.
2. Menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul.Literasi
Aktiviti1. Guru memperdengarkan lagu raya.
2. Guru menunjukkan gambar tunggal.3. Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan gambar.4. Guru memperkenalkan kata nama khas manusia yang terdapat dalam gambar.5. Murid memberi contoh kata nama khas manusia yang terdapat dalam gambar.6. Murid membaca petikan kata nama khas manusia yang dipaparkan.7. Murid melengkapkan ayat dengan tulisan yang kemas dan betul.
Literasi
Elemen Merentas KurikulumIlmu: Pendidikan Moral
Nilai: Hormat-menghormatiTMK: Belajar melalui TMK
Bahan Bantu MengajarPaparan slaid, komputer riba, gambar, lembaran kerja
Penilaian pengajaran dan pembelajaran Murid memahami dan menggunakan kata nama khas hidup manusia dengan betul .
Refleksi__orang murid daripada ___orang murid mencapai objektif.Murid yang tidak mencapai objektif diberi pemulihan. Murid yang mencapai objektif diberi pengayaan.
Lembaran Kerja 1.Lengkapkan ayat di bawah.
1. ________________ memakai Baju Melayu.
2. ________________ memakai baju Samfu.
3. ________________ memakai Dhoti.
Lembaran kerja 2.
Suaikan nama dengan gambar.
1
2
3 Pengayaan
Bina 3 ayat dengan menggunakan kata nama khas berpandukan gambar di bawah.
1.__________________________________________________
2.__________________________________________________
3.__________________________________________________Ah Meng
Kamal
Raju
Baca petikan di bawah
Kamal dan keluarganya mengadakan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri. Ramai tetamu yang hadir termasuklah kawan-kawannya seperti Raju dan Ah Meng.
Kamal orang Melayu . Dia memakai Baju Melayu. Ah Meng orang Cina. Dia memakai baju Samfu. Raju orang India . Dia memakai Dhoti. Semuanya nampak menarik dan cantik.
Di rumah Kamal terdapat pelbagai jenis makanan yang terhidang di atas meja. Ketupat ,rendang ,lemang , sate, kuih, kek dan buah-buahan. Terdapat dua jenis minuman yang disajikan oleh keluarga Kamal iaitu minuman sejuk dan panas.
Para tetamu berasa gembira kerana dapat menjamu selera disamping itu mereka dapat mengeratkan perpaduan dengan pelbagai bangsa dan agama.
Raju
Ah Meng
Kamal
top related