rph minggu 2
Post on 20-Jul-2015
303 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Rancangan Pengajaran Harian 2:
Mata pelajaran: Sains
Kelas: Tahun 3 Inovatif
Tarikh: 20 Mac 2014
Masa: 07.45 pagi – 08.45 pagi (60 minit)
Bilangan murid: 20 orang
Tema: Sains Hayat/Manusia
Tajuk: Jadilah askar kecil mempertahankan gigi.
Standard Kandungan: 2.2. Mengamalkan penjagaan gigi.
Standarat Pembelajaran: 2.2.1 Mempraktikkan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek:
a. pemakanan
b. penjagaan
Objektif pembelajaran: Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:
A Menguasai isi kandungan
a. Menyebut secara lisan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik untuk
kesihatan gigi.
b. Menyatakan amalan yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi.
c. Membuat kesimpulan bahawa mempraktikan amalan terhadap kesihatan gigi dari
aspek pemakan dan penjagaan penting bagi memelihara gigi agar tidak rosak.
B Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir
a. Membezakan dan mengelaskan makanan yang baik dan makanan yang tidak baik
bagi mengelakkan kerosakan gigi.
C Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni
a. melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.
b. menghargai masa dengan menjalankan aktiviti dengan pantas dan sentiasa
menumpu kepada menjalankan tugasan tersebut
Konsep/prinsip/hukum/teori:
Manusia perlu memperaktikan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek permakanan dan
penjagaan gigi agar gigi tidak rosak.
a. Amalan minum susu sangat baik untuk pertumbuhan gigi dan tulang.
b. Pilih makanan yang kaya dengan garam mineral.
c. Jauhi makanan manis dan berkanji.
d. Gosok gigi selepas makan untuk mengelakan gig reput dan berlubang.
e. Jumpa doktor gigi sekurang-kurangnya tiga kali dalam setahun.
Bahan, peralatan dan bahan sumber:
Gambar kanak-kanak menangis
Slide power point lagu ‘Aduh mak sakitnya’.
Kad-kad gambar makanan.
Kad-kad ayat amalan harian yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi.
Langkah berjaga-jaga:
Pengetahuan sedia ada:
Murid telah memahami pengetahuan tentang kegigian manusia dalam pembelajaran sebelum ini.
Fasa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Nota
Aktiviti Guru Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil
idea
(5 min)
Kesihatan gigi
Buat kaitan dengan
pengetahuan sedia ada
pelajar dengan menyanyikan
lagu ‘ Aduh mak sakitnya’
dan gambar seorang budak
menangis kerana sakit gigi
Cungkil idea murid tentang
lagu dan gambar budak
menangis.
Murid memberi
respon
Strategi/
Teknik:
nyanyian
Penyoalan seluruh
kelas
Sumber
pengajaran: slide
power point
Menstruktur/
Menstruktur
semula
(15 min)
Mempraktikkan
amalan harian
terhadap kesihatan
dari aspek:
a. Pemakanan
b. penjagaan
Mengutarakan satu
persoalan utama:
a. Apakah yang
menyebabkan gigi menjadi
rosak?
b. Jenis makanan yang baik
dan tidak baik untuk
kesihatan gigi.
b. Apakah amalan yang perlu
dilakukan agar gigi kuat dan
sihat.
Debriefing
Taksir kefahaman secara
lisan – Murid yang telah
menguasai maju ke fasa
aplikasi, manakala murid
yang tidak, dikumpul dalam
satu kumpulan dan diberi
penerangan kumpulan kecil
Murid membuat
inferens, beri
cadangan makanan
yang baik untuk
kesihatan gigi dan
amalan yang perlu
dilakukan agar gigi
kuat dan sihat
Aktviti pemulihan:
Mendengar
penerangan guru
dalam kumpulan
kecil
Strategi/
Teknik:
Aktiviti inkuiri
dalam kumpulan
Sikap saintifik dan
nilai murni:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
Aplikasi Idea
(25 min)
1. Makanan yang baik
untuk kesihatan gigi.
2. Makanan yang tidak
baik untuk kesihatan
gigi.
3. Amalan penjagaan
gigi agar gigi sihat.
Mengutarakan satu
persoalan utama:
Makanan apakah yang baik
dan makanan yang perlu
dijauhi untuk menjaga
kesihatan gigi kita.
Apakah amalan harian yang
perlu diamalkan untuk
penjagaan gigi kita?
Guru membahagikan murid
kepada 5 kumpulan dan
setiap kumpulan diedarkan
gambar makanan dan kad
ayat amalan penjagaan gigi.
Murid diminta mengelaskan
makanan kepada makanan
yang baik untuk kesihatan
gigi dan makanan yang tidak
baik untuk kesihatan gigi dan
memilih kad amalan harian
yang perlu diamalkan untuk
penjagaan gigi.
Tunjukkan masalah di slaid
(rujuk lampiran 1)
Pelajar
menyelesaikan
masalah dalam
kumpulan
Pelajar
membentangkan
dapatan
Strategi:
Perbincangan
kumpulan diikuti
persembahan
Sumber
pengajaran: slaid
PP
Penutup
(5 min)
Makanan yang baik
untuk kesihatan gigi:-
i. Minum susu
ii.Jauhi makanan yang
manis dan berkanji.
iii.Pilih makanan yang
kaya dengan garam
mineral.
Amalan penjagaan gigi
yang baik:-
i. Berus gigi selepas
makan
ii.Berjumpa doktor
sekurang-kurangnya
dua kali dalam setahun
Guru membantu murid
membuat kesimpulan
bahawa pentingnya
mengamalkan amalan
pemakanan yang baik dan
penjagaan gigi agar gigi tidak
rosak.
Taksir kefahaman pelajar
dengan memberi lembaran
(Rujuk Lampiran) kerja
sebagai tugasan individu dan
sebagai pengukuhan.
Pelajar berbincang
dalam kumpulan
untuk menjawab
kuiz dan membuat
kesimpulan
pelajaran dengan
menyatakan idea
utama serta
mengaitkannya
dengan idea asal.
Strategi:
Penyoalan
keseluruhan kelas
Sumber
pengajaran: slaid
PP
Refleksi selepas p & p: Semua murid dapat menyatakan pemakanan yang perlu dielakkan agar
gigi tidak rosak dan dapat menyatakan bahawa memberus gigi selepas makan dapat mengelakkan
gigi daripada rosak.
AKTIVITI PERMULAAN (slide power point)
ADUH MAK SAKITNYA
Aduh mak sakitnya…
Aduh mak sakitnya…
Kan emak dah bilang,
Gosok gigi siang dan malam,
Gosoklah gigi,
Gosoklah gigi,
gigi putih berseri,
sihat setiap hari.
AKTIVITI APLIKASI IDEA
Kumpulan diedarkan kad-kad gambar seperti dibawah dan diminta mengelaskan kepada;
i. Makanan yang baik untuk kesihatan gigi
ii. Makanan yang tidak baik untuk kesihatan gigi
Kad-kad gambar yang diedarkan adalah seperti dibawah
MAKANAN YANG BAIK UNTUK GIGI MAKANAN YANG TIDAK BAIK
UNTUK GIGI
Murid diminta membuat pilihan kad-kad amalan penjagaan gigi yang harus dilakukan agar gigi sentiasa
sihat.
Menggosok gigi sekurang-
kurangnya dua kali sehari.
Membuat pemeriksaan gigi lima
tahun sekali.
Berkumur setiap kali selepas
makan.
Menggosok gigi tanpa
menggunakan ubat gigi.
Membuat pemeriksaan gigi
enam bulan sekali.
Menggunakan ubat kumur
selepas menggosok gigi.
Menukar berus gigi hanya
apabila berus gigi telah rosak
Menggunakan ubat gigi
berfluorida.
Amalan harian bagi penjagaan kesihatan gigi.
Amalan harian bagi penjagaan kesihatan
gigi 1.
2.
3.
4.
5.
Lembaran kerja murid.
Latihan 1.
Makanan yang manakah baik untuk kesihatan gigi dan makanan yang
manakah tidak baik untu kesihatan gigi? Senaraikan dalam jadual di bawah.
Makanan yang baik untuk
kesihatan gigi
Makanan yang tidak baik
untuk kesihatan gigi
1. 1.
2. 2.
3. 3.
Lembaran 2.
Apakah amalan harian yang baik untuk penjagaan kesihatan gigi? Pilih daripada
senarai berikut.
Amalan harian bagi penjagaan kesihatan gigi
1.
2.
3.
4.
5.
top related