sains dan teknologi tahun 3-penyerapan
Post on 14-Dec-2015
555 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Tarikh : 11 ogos 2015
Masa : 10.45-11.45 (60 minit)
Tahun : 3 Bestari 1
Bilangan murid : 37 orang
Subjek : Sains
Tema : Sains Bahan
Tajuk : Penyerapan
Standard Kandungan : 6.1 Menganalisis pengetahuan tentang keupayaan
bahan menyerap air.
Standard Pembelajaran :
6.1.4 Membuat urutan jenis bahan mengikut keupayaan menyerap air dengan
menjalankan penyiasatan.
6.1.5 Menaakul kepentingan bahan yang boleh menyerap air dan bahan yang kalis
air dalam kehidupan.
6.1.6 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, penulisan,TMK atau lisan.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran, murid boleh:
1. Menyatakan bahan mana yang mempunyai keupayaan menyerap air yang lebih tinggi daripada bahan yang lain.
2. Membuat inferens mengenai kepentingan bahan yang menyerap air dan kalis air.
3. Mempamerkan kefahaman melalui hasil kerja.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengetahui bahawa tidak semua bahan mampu
menyerap air dengan banyak.
Kemahiran Berfikir : Menghubungkait
Kemahiran Saintifik : KPS – Berkomunikasi dan menginferens
Sikap saintifik dan Nilai Murni: Berfikiran kritikal dan analitis dan bekerjasama.
EMK : Kreativiti
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran:
Refleksi 1. Nyatakan bilangan murid yang capai dan tidak capai objektif PdP.
2. Tindakan susulan (pemulihan/pengayaan/pengayaan)
Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran:
Fasa
Pengajaran
Isi kandungan Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Persediaan
(5 minit)
Bahan yang menyerap
air mempunyai
keupayaan menyerap
yang berbeza.
1. Guru menunjukkan
demonstrasi dengan
penyerapan air
menggunakan donut yang
dibungkus dengan plastik
dan beg kertas.
2. Murid diminta memberi
respon terhadap
demonstrasi yang
ditunjukkan.
3. Guru membantu murid
untuk menentukan bahan
mana yang lebih menyerap
air.
Tahap Kognitif:
Pengetahuan
KB:
Menghubungkait
Imaginasi
(15 minit)
Membuat urutan jenis
bahan mengikut
keupayaan menyerap
air menggunakan
gambar:
a) Pengemop lantai
b) Baju
c) Putik Kapas
d) Tanah
1. Guru melekatkan
beberapa keping gambar
bahan di hadapan kelas.
2. Murid diminta mengenal
pasti bahan tersebut supaya
dapat membayangkan
keupayaan penyerapan
airnya.
3. Guru membimbing murid
sepanjang proses supaya
kefahaman mereka dapat
Tahap Kognitif:
Pengetahuan,
Pemahaman
KPS:Berkomunikasi
BBM: Gambar
bahan
dibetulkan.
5. Murid diminta secara
lisan membuat urutan yang
baru menggunakan bahan
yang mereka ketahui.
Perkembangan
(25 minit)
Mengkaji keupayaan
menyerap air oleh
beberapa bahan
menggunakan:
a) kain kasa
b) kain bulu
c) kain kapas
d) kain jeans
e) kain felt
Melihat kepentingan
bahan yang boleh
menyerap air dan kalis
dalam kehidupan.
1. Murid dibahagikan
kepada enam kumpulan.
2. Guru memberikan arahan
sebelum murid menjalankan
penyiasatan.
3. Setiap kumpulan harus
menggunakan keempat-
empat bahan untuk melihat
keupayaan menyerap
airnya.
4. Kemudian, murid diminta
untuk membuat urutan
mengikut keupayaan
menyerap air.
5. Murid berbincang dengan
guru selepas tamat aktiviti
untuk melihat tahap
kefahaman mereka.
6. Murid diminta mengaitkan
peristiwa yang dilihat
mereka itu dengan
kepentingan bahan tersebut.
KPS:
Menginferens
Nilai Murni:
Bekerjasama
BBB: Tisu muka,
puitk kapas,
bongkah kayu dan
kertas A4.
Tindakan
(10 minit)
Kuiz Pop diadakan
untuk melihat tahap
kefahaman murid.
1. Secara berkumpulan,
murid menjawab soalan
yang dikemukakan oleh
Sikap Saintifik:
Berfikiran kritikal
dan analitis
Mengaitkan apa yang
dipelajari pada
kehidupan seharian.
Cth: Kapas tidak dapat
digunakan untuk
mengemop lantai
kerana serapan airnya
rendah.
guru.
2. Kumpulan yang berjaya
menjawab soalan diberikan
pujian dan tepukan.
3. Kemudian, murid-murid
disoal apa yang mereka
pelajari melalui P&P tadi.
4. Murid-murid dibantu
dengan rangsangan luar
daripada guru.
Penutup
(5 minit)
Rumusan tentang
subtopik yang
dibincangkan.
1. Guru menanyakan
soalan pada murid:
a) Adakah semua bahan
mempunyai keupayaan
menyerap yang sama?
b) Nyatakan satu urutan
bahan mengikut keupayaan
menyerap air yang betul
seperti yang telah
dibincangkan.
c) Apakah kepentingan
baldi sebagai bahan yang
kalis air?
Tahap kognitif:
Membuat
kesimpulan
top related